Oleh |
SMS planet Marikh mengalami pusingan terbalik |
isa777_musa
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.04.2008 Ahli No: 33185
Posting: 129
Dari: Klang
|
Posting pada: 16-04-08 01:27
Saya ada menerima sms yang berbunyi : Maklumat dari ustaz HARON DIN, planet marikh yang terdekat dengan bumi telah mengalami pusingan terbalik pada bulan 9 yang lepas... planet yang berhampiran dengannya juga akan mengalami kejadian yang sama. maka akan terjadi kejadian matahari naik di barat yang tanda-tanda besar kiamat, lalu pintu taubat ditutup... kata pada astronomi, bumi hanya tunggu masa sahaja. info ini tak didedahkan secara meluas dan telah dihenti NASA kerana ia akan menguntungkan pihak Islam. ambillah peringatan sama ada benar atau tidak atau sejauh mana kebenarannya.. sama-sama harap tak tinggal solat dan solat taubat lepas maghrib sebelum terlambat. kita dah dekat ke situ. apa komen anda tentang SMS di atas? -----------------
|
aierah_me
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.08.2004 Ahli No: 10685
Posting: 252
Dari: Johor
|
Posting pada: 16-04-08 02:21
saya pun dapat sms ni tapi tak tahu juga sejauh mana kebenarannya
|
mizie_hafiz80
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 16-04-08 07:31
Saya percaya sebab percaya kepada hari kiamat bukan perkara bidaah... Kenapa nak ragu- ragu lagi...?
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 16-04-08 08:39
mufti kata apa akan SMS ni... saya jua dapat...khuatir jua sebab amal kebajikan sedikit
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 16-04-08 11:04
Khuatir kerana Mar adalam jiran kepada BUMI...
|
asroal
Warga 5 Bintang Menyertai: 22.04.2006 Ahli No: 24359
Posting: 352
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 16-04-08 12:50
saya pun dapat sms ini last week..
|
alwalid
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2004 Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar
|
Posting pada: 16-04-08 12:53
dapat kat sms, emel, buletin board....siap suruh forward lagi saya buat tak peduli saja, akhirat itu pasti cuma tak tau bila..... terserah kepada Iman dan Taqwa seseorang
|
agmnhob
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.08.2007 Ahli No: 30706
Posting: 269
Dari: Shah Alam
|
Posting pada: 16-04-08 13:29
bersedialah setiap masa.. bukan tunggu matahari terbit dari barat saja..setiap saat MAUT menanti dan semakin hampir.. taubat hari2..istighfar hari2..  tentang kejadian planet tu saya percaya... tapi ada yang tambah tarikh tetap tu yang tak betul tu... itu perkara ghaib hanya Allah yang MengetahuiNya... dan HAK Allah untuk itu semua bila dan apa saja. usaha sentiasa Jadikan Allah dan Rasululllah.s.a.w tunjang dihati  ameen!! ..sedih..
|
syahirahsoid
WARGA SETIA Menyertai: 06.03.2007 Ahli No: 29040
Posting: 496
Dari: mana hendak ke mana
|
Posting pada: 16-04-08 14:23
dapat juga sms ini... percaya... sebab hari kiamat pasti berlaku... kita kan umat akhir zaman... bersedia lah hadapinya..
|
kumpulansenyum
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.05.2006 Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM
|
Posting pada: 16-04-08 15:04
saya tak dapat pun sms tu...
|
nurlynn
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku
|
Posting pada: 16-04-08 19:48
setahun yang lalu saya dapat mesej ni melalui emel.. dan pernah juga dapat sms... di bawah ni saya sertakan penerangan yang telah saya temui di falak online.. mudah mudahan terjawab segala persoalan.. apa yang pasti kiamat akan berlaku, bila, tiada siapa yang tahu.. kecuali Allah SWT.. !!! QUOTE !!! wbt
Permasalahan berkenaan email tersebut sebenar dah bermula sejak tahun 2003 lagi. Pada masa tu, Marikh berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi setelah beberapa puluh ribu tahun (masa istiqbalnya). Ketika itu email tersebut menyatakan Marikh akan berhenti bergerak ke seketika pada 30 Jun ( sekitar tarikh posisi Istiqbal Marikh), dan kembali normal selepas tarikh tersebut.
Kemudian tahun 2004, muncul lagi sekali email tu, tapi dengan tambahan sikit. Email tu tulis, fenomena itu berlaku hasil kajian NASA yang menghantar robot ekplosari Spirit dan Opportunity! Pulak dah...
Kemudian tahun 2005 ni muncul lagi, cuba tengok sisipan versi email tu di bawah
The science of astronomy states that the speed of planet Mars has been decreasing in its course toward the eastern direction in the few pasti weeks to the level we notice the "waver" between the east and the west..and on Wednesday the 30th of July the planet movement stopped going toward the eastern direction.. Then in the months of August and September...Mars changed its course in the opposite direction to the West- and that until the end of September..which means the sun will rise now from the west on Mars!! And this weird phenomena of the opposite movement called "Retrograde Motion" Most scientist state that all the planets will go through the same once at least and our planet Earth is one of them. Planet Earth will move in the opposite direction some day and the sun will rise from the west!! This might occur soon and we are unaware! The rise of the sun from the west is mentioned in the hadith and this is the major sign of the day of judgment, most if not All, the minor signs have occured.
Wake up. Our beloved messenger Mohamed (Peace Be Upon Him) said: "One of the signs of the hour..the sun will rise from the west, where no longer tauba (forgiveness) will be granted" !! And the strange thing..most of our Shariah scholars mentioned that the rise of the sun from the west occurs only once..on that day..the sun will rise from the west..then again from the east..and continues until Allah wishes..and this is similar to what is happening to Mars..it stops, then it changes its course of direction for a short period of time..then returns to way once it was. And Abdullah Bin Amro (.a.) said: (I memorized from the messenger (SAW) a hadith I will never forget..I heard the messenger of Allah (SAW) say: The first aya to come the rise of the su! dan from the west) And the messenger SAW "Allah (SWT) places HIS hand at night to forgive his morning sinners, and places in the morning to forgive his night sinners until the sun rises from the west"
This piece of news is very important as it brings with it a great sign of warning and remembrance of the coming of a new WORLD - the world of the Hereafter And it is also good material for calling others to ALLAH s.w.t. - whether for muslims, the unwary of us or the kufar. When we show this hadith that was told 1400 years ago about this miracle..you will see InshaALLAH, a lot will enter this beautiful religion...And the muslims if they see this phenomena happening in Mars..who knows maybe it would bring them closer to our CREATOR. May Allah (swt) keep all of us in the Right path and provide us with success in this world as well as in the hereafter.
Kita harus faham fakta sains secara jelas sebelum membuat sebarang rumusan dan menyebarkan berita ini kepada orang ramai, seterusnya memalukan umat Islam itu sendiri!
Perkara pertama yang harus faham ialah berkenaan putaran paksi planet-planet. Semua planet (kecuali Zuhrah) berputar dari barat ke timur, ikut arah lawan jam jika dilihat dari kutub utara). Disebabkan putaran atas paksi inilah, yang mennyebabkan semua objek di langit, bulan, bintang, matahari terbit di timur dan terbenam di barat. Cuma posisi terbenam matahari tidak semestinya tepat di barat, bergantung kepada kecondongan paksi sesebuah planet.
Rujuk artikel yang cukup bagus dari laman web KUSZA yang bertajuk Arah Matahari Terbenam Vs Arah Kiblat-- http://imran.kusza.edu.my/miqat/index.php?link=64
Putaran ini juga yang menghasilkan fenomena yang dipanggil siang dan malam!
Perkara kedua ialah laluan planet-planet di orbitnya. Semua planet mengelilingi matahari di dalam orbit masing-masing pada jarak tertentu. Lebih dekat planet itu mengorbit matahari, lebih pantas ia bergerak di dalam orbitnya dan melengkapkan satu pusingan keliling matahari. Pergerakan orbit ini tidak menyebabkan siang dan malam, ia cuma effect pada musim, dan perubahan posisi buruj-buruj di langit. Kita boleh bayangkan semua planet sedang berlumba di atas trek lumba lari 400 meter! Jika semua bermula serentak pada garis permulaan yang sama, planet yang paling ke-dalam akan menang dulu!
Perkata ketiga ialah fenomena retrograde. Sebelum saya pergi jauh ke dalam lagi, ada satu fakta yang kita kena faham, objek-objek sistem suria kita, matahari, bulan dan planet, sebenarnya bergerak ke arah timur pada hampir sepanjang masa, relatif kepada kedudukan buruj-buruj di langit. Ini bermakna, sebagai contohlah, hari ini jika kita pandang ke Timur dan melihat buruj Orion, dan kelihatan juga planet Zuhal berada di atas buruj Orion, beberapa bulan yang akan datang, jika kita pandang ke buruj Orion tersebut, kita akan dapat lihat Zuhal sudah bergerak dan berada di sebelah bawah Orion pula. Sama juga kes dengan Bulan, hari ini bulan sabit berada di barat, dalam masa 7 hari, bulan separuh dah berada tegak atas kepala, 7 hari lagi, bulan penuh dah berada di timur pulak! Itu jelas menunjukkan pergerakan timur relatif kepada bintang-bintang.
Perkara ini adalah normal dan berlaku tiap-tiap hari, cuma kita perasan tak perasan saja.
Berbalik kepada fenomena retrograde, ia sebenar satu ilusi langit, yang mana planet-planet luaran (outer planets) seperti Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptune dan Pluto, yang apabila ketika normal bergerak arah timur (relatif kepada bintang) tiba-tiba kita nampak seperti ia semakin perlahan dan berhenti, kemudian bergerak ke barat (relatif kepada bintang) buat beberapa ketika, kemudian berhenti kembali, dan bergerak kembali ke arah timur (relatif kepada bintang). Keseluruhan fenomena ini mengambil masa 2,3 bulan.
Apakah yang sebenarnya berlaku?
Cuba kita ambil kes Bumi dan Marikh. ketika ini Marikh berada jauh di hadapan kita di dalam orbitnya, Bumi sedang mengejar Marikh. Disebabkan Bumi mempunyai orbit ke-dalam dari Marikh, maka lambat laun Bumi akan berjaya memotong Marikh. Ketika ia hendak memotong, Marikh akan kelihatan seperti semakin perlahan, ketika ketika Bumi memotongnya, iaitu masa posisi Iqtisbal, Marikh akan kelihatan seperti tidak bergerak (berhenti), kemudian bila kita dah semakin jauh meninggalkan Marikh di belakang, ia akan bergerak normal kembali ke timur.
Tak faham? Cuba tengok animasi di website di bawah: http://www.astro.uiuc.edu/projects/data/Retrograde/ http://www.flex.com/~jai/astrology/retrograde.html http://mars.jpl.nasa.gov/allabout/nightsky/nightsky04.html
Oleh itu, jelas isi email yang tersebar luas itu , mempunyai fakta-fakta salah yang dicampuradukkan!
ayat "Most scientist state that all the planets will go through the same once at least and our planet Earth is one of them" adalah salah kerana fenomena retograde bagi Marikh berlaku hampir setiap 2 tahun, manakala bagi Musytari, Zuhal, Uranus, Neptune dan Pluto berlaku setiap tahun! Dan jika kita berada di atas planet Zuhrah, kita akan dapat lihat Bumi pula yang mengalami fenomena yang sama!
ayat "Planet Earth will move in the opposite direction some day and the sun will rise from the west" cukup mengelirukan kerana pergerakan planet di atas orbit tidak menghasikan fenomena terbit terbenamnya matahari. Putaran bumi atas paksilah yang menyebabkan ia berlaku demikian.
Kesimpulan yang boleh dibuat ialah, berita perihal matahari terbit di barat hasil fenomena retrograde ini , mempunyai fakta-fakta salah, mengelirukan. Mungkin penulis asal email ini berniat baik untuk mengingatkan kita perihal tanda-tanda besar Kiamat, tetapi jika tujuan asal penulis ini adalah untuk mengelirukan umat Islam, dan menyebarkan berita-berita pelik tanpa asas kepada umat Islam, saya berpendapat penulis tersebut hampir berjaya, berdasarkan berapa ramai orang yang telah menerima dan menyebarkan email tersebut!
Semoga penerangan ringkas ini dapat menejaskan segala kebuntuan dan kekeliruan di dalam diri kita. Sebar-sebarkan email ini bagi menangkis segala dakyah palsu yang telah tersebar luas.
Segala kekurangan adalah dari diri saya sendiri, yang Haq dan baik adalah kepunyaan Allah SWT semata-mata.
Wallahualam -Shah- www.falak-online.net.
Sumber: http://www.falak-online.net/komuniti/index.php?topic=99.0 ----------------- "Ukhwah itu indah jika bertemu dan berpisah kerana Allah SWT"
|
nurlynn
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku
|
Posting pada: 16-04-08 20:19
satu lagi penerangan dari armins_eye sumber: http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=26030&page=2!!! QUOTE !!! Saya adalah ahli kepada Astronomi dan insya Allah saya terangkan apa yang tidak kena dengan topik ini.
Saya harap kamu semua mendalami ilmu sains astronomi dan ilmu islam memandangkan ramai dari ahli forum ni budak-budak belaka.
Kalau betul lah Ustaz Haron Din yang cakap seperti petikan ini:
!!! QUOTE !!! : Originally Posted by .... MAKLUMAT INI DARI USTAZ HARUN DIN,BELIAU BACAKAN ARTIKEL tentang FAKTA BAHAWA PLANET MARIKH ( PLANET TERDEKAT dengan BUMI ) TELAH MENGALAMI PUSINGAN TERBALIK PADA BULAN SEPTEMBER LEPAS.INI MENUNJUKKAN BAHAWA PLANET YANG BERHAMPIRAN DENGAN PLANET MARIKH JUGA AKAN MENGALAMI KEJADIAN YANG SAMA.MAKA AKAN TERJADILAH KEJADIAN MATAHARI AKAN TIMBUL DARI ARAH BARAT YANG JUGA MERUPAKAN TANDA-TANDA BESAR KIAMAT .PADA MASA ITU JUGALAH PINTU TAUBAT AKAN DI TUTUP.KATA PARA ASTRONOMI PLANET,BUMI HANYA TUNGGU MASA SAJA.MAKLUMAT INI TIDAK DIDEDAHKAN SECARA MELUAS DAN TELAH DI HENTIKAN PENYEBARANNYA OLEH 'NASA' KERANA IA MENGUNGTUNGKAN UMMAT ISLAM.AMBILLAH PERANAN....
Maka, Saya juga berharap Ustaz Haron Din dapat baca pos saya ini.
================================================== ==============
Sebenarnya,semua planet akan mengalami situasi ini,tapi bukan MASALAH MATAHARI TERBIT DARI BARAT persoalannya,iaitu... di mana,apabila kita berada di sesuatu tempat,kita seolah-olah melihat bahawa objek itu seolah-olah berpatah balik atau gostand.
Untuk kejadian seperti di Planet Marikh,kita di bumi seolah-olah melihat bahawa Marikh berhenti berputar pada satu titik koordinat, dan kita juga seolah-olah melihat planet itu berpatah balik dari pusingan orbit asalnya.
Sebenarnya tidak,ini adalah hukum alam,di mana... apabila kita berada pada 1 sudut yang kebetulan pula BUMI melalui garisan yang selari dengan sudut pandangan itu, menyebabkan KONONNYA Marikh berpatah balik dari apungan orbit asalnya.
Sebenarnya juga,bumi juga begitu,sekiranya.... kalaulah saya dapat bawa kamu pergi ke Marikh, dan di Marikh kita melihat bumi dari permukaan Marikh, SUDAH TENTU kita juga akan memerhatikan seolah-olah bumi juga berpusing terbalik dari orbit yang sepatutnya.
Saya nak kamu lihat gambar di bawah dan kaji secara iLMU, sertai dengan pengetahuan islam,barulah hati terbuka DAN TAMBAH BERIMAN dengan kecanggihan ciptaan Allah, jangan sekadar sembang kosong di internet tapi apa pun tak tahu tambah dosa saja.
Pergerakan planet yang kononnya dianggap terbalik ini sebenarnya hanya FITRAH ALAM untuk setiap planet mengikut darjah sudut pemandangan tertentu.
Kajilah ilmu ini disertai dengan kombinasi ayat2 AlQuran.
BAB MATAHARI TERBIT DARI BARAT: -perkara ini akan terjadi di planet bumi -berlakunya peristiwa ini hanya 1 hari sahaja dan bumi akan berputar seperti normal selepas 1 hari matahari terbit dari barat di planet BUMI. -kejadian ini hanya akan berlaku selesai sahaja Nabi Isa turun dari langit membantu Imam Mahdi membunuh dajjal dan mengembalikan ajaran benar iaitu Islam. -saya ada teori kukuh bagaimana MATAHARI BOLEH TERBIT DARI BARAT namun hendak diceritakan di sini adalah jauh panggang dari api kerana ilmu ini bukanlah boleh dibawa sembang kerana ORANG KEBANYAKAN di luar sana sungguh cetek ilmunya, kalau salah bicara dikatakan kita gila. -apa pun, dalami semua bidang ilmu dan sertailah dengan pemahaman ilmu Islam melalui ALQURAN & catatan HADIS.
================================================== ============== Gambar di bawah menunjukkan pergerakan songsang planet Maklumat tambahan sila rujuk http://www.lasalle.edu/~smithsc/Astr...retrograd.html
Wassalam.
... ----------------- "Ukhwah itu indah jika bertemu dan berpisah kerana Allah SWT"
|
diella
Warga 4 Bintang Menyertai: 25.12.2006 Ahli No: 27880
Posting: 219
Dari: alor star
|
Posting pada: 16-04-08 20:24
saya pun dapat mesej macam ni jugak.. baru saja tadi..
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 16-04-08 21:39
Pada 16-04-08 15:04 , kumpulansenyum posting:!!! QUOTE !!! saya tak dapat pun sms tu... saya pun ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
sirat82
WARGA SETIA Menyertai: 17.04.2006 Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil
|
Posting pada: 16-04-08 21:45
Heh... dari dulu lagi mesej ni dah ada. sekarang siap tambah "ustaz harun din yang suruh sebar". siapa lah agaknya yang mula-mula sekali pakai (menggunakan) nama harun din ni.
|
ABg_IMaM
 Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 16-04-08 21:59
|
syahadahtul_nur
Warga 5 Bintang Menyertai: 10.09.2008 Ahli No: 34899
Posting: 385
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 08-01-09 01:40
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 08-01-09 21:11
alaaa..benda ni da lama da dapat ... rasanya ini berita palsu sebab dr harun din sendiri da buat statement kat majalah I yang dia tak pernah sebarkan benda tu pun pada umum...
|
marul
WARGA SETIA Menyertai: 04.09.2007 Ahli No: 30924
Posting: 650
Dari: Seremban
|
Posting pada: 09-01-09 09:27
ana pun pernah terima... tak perlu nak melatah...ambil perkara yang baik dr sms tu... bumi memang di akhir zaman pun...dunia pun memang akan kiamat... kalau memang pun perkara ni berlaku,kaum2 yahudi akan sebarkan tak kalau menguntungkan umat Islam???? point ni memang betul... lastly..ambil peringatan sama ada sms ni betul @ tidak...Peringatan!! tapi kasihan lah kat Dato' Harun Din...dia tak pernah kuarkan statement ni pun...  -----------------  ...salam ukhwahfillah... www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/
|