Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya
-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 149
Ahli: 0
Jumlah: 149




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 23 jam, 16 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Wahai lelaki jangan 'sakiti' wanita..


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Wahai lelaki jangan 'sakiti' wanita..

Please Mendaftar To Post


Oleh Wahai lelaki jangan 'sakiti' wanita..

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-04-08 08:25


dapat ni dr seorang kawan...sama-sama kita renung dan jadikan teladan.

        
Kisah benar untuk dijadikan renungan terutama bagi lelaki. Setiap yang Allah swt kurniakan tak kira sempurna atau tidak pada pandangan mata kita, ia adalah anugerah, amanah yang tak terhingga nilainya. Isteri dan anak untuk disayang sampai bila2, bukan untuk dibuang bila dah "tak berguna"..


Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena barah buah dada....dia dah mula cari spare tayar, dapat pula student ipta..muda lagi. wife dia kena buang sebelah buah dada...kawan saya ni dah geli untuk bersama dengan wife nya.bulan 12 tahun lepas kawan saya kawin dengan 2nd wife dia yang baru umur 21 tahun....

Masa cuti thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wife
no.1 dan yang paling kejam...wife no.1 kena keluar dari bilik master bed
room..untuk kasi laluan kat wife no.2...kejam kejam

saya sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yang
halau wife no.1 keluar bilik, walaupun tindakan dia kawin tu..saya tak kisah
sangat...tapi jauh di sudut hati saya...memang terasa kejam...sebab wife
dia masih sakit dan tak terfikir ke dia pengorbanan wife no.1 jaga dia dulu dan 4 orang anaknya.

masa thaipusam tu, saya sempat lah cakap dengan dia kat luar rumah, sebab kawan saya tu jiran sebelah rumah- we all sama-sama beli rumah masa bujang. saya
cakap sampai hati dia buat begitu kat wife no.1, kawan saya marah saya balik,
hal rumahtangga dia, saya jangan campur..dah kena begitu....saya malas lah nak bertekak...

saya ada juga suruh dia asingkan dua dua isteri...dia tak nak...dia kata
payah dia nak berulang alik. lantaklah... ..biar tuhan saja balas di atas
perbuatan kejamnya ke atas wife no.1.

kawan saya tu sebaya gan saya umur 35 tahun, wife no.1 kawan saya tu umur
39 tahun. Tua dari kawan saya tu. Masa kawan saya belajar dulu...memula dia
dengan wife no.1 sebagai kakak dan adik angkat....wife dia dah kerja sebagai
operator kilang...so wife no.1 tu banyak support study kawan saya
tu...lepas tu dah jodoh dia orang kawin..

mungkin sebab perbezaan umur yang perempuan lebih tua, menyebabkan kawan
saya berubah arah.. tak tahu lah saya nak cakap... tapi yang buat saya
bengang...ada ke...kawan saya tu....selalu pujuk saya sampai lah ni
supaya jadi macam dia...cari no.2... tak sampai hati saya nak duakan
isteri tersayang saya tu.

saya memula tak tahu juga yang kawan saya tu , bawa wife no.2 dia tinggal
sama dengan wife no. 1 masa thaipusam..tapi bila saya dengar kecoh dari rumah
sebelah...saya jengoklah... saya nampak kawan saya tengah campak baju2
wife no.1 dari balconi....wife saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu...

kat bawah...saya tengok...anak2 dia yang 4 org tu dengan maid...menangis2
pungut baju mak dia...kawan saya menjerit2 dari atas balconi..cakap. ..
"kau org cakap gan mama kau...kalau nak papa jaga sampai mampus...jangan lawan cakap papa..."

tak boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak2 dia bila dengar papa dia cakap begitu...anak anak no.1&2 perempuan, 3 & 4 lelaki. saya rasa tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada jacuzzi dalam bilik utama tu...so...seronokla h dia berendam & mandi sama-sama gan wife no.2 dalam jacuzzi tu. saya ingat lagi..saya dengan kawan saya tu...sama-sama pergi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing-masing dulu...

maaf lama saya nak sambung cerita kawan saya ini. Ini kerana saya sibuk
menguruskan urusan pengebumian, dan kenduri aruah wife no.1 kawan saya
tu.

aruah baru saja meninggal dunia pada hari sabtu 25/1/03...sedangkan
suaminya - rakan baik saya tiada di malaysia kerana honeymoon dengan wife no.2 ke France. Rakan saya sudah berlepas pada malam 24/1/03 lagi.

apabila saya balik rumah setelah menghantar rakan baik saya ke airport
changi, Maid aruah call mengatakan yang aruah mengalami sesak nafas...saya
kelam kabut ke rumah sebelah..untuk bawa aruah ke hospital...sebelum aruah
pergi kehospital.. .dengan kepayahan aruah mencium dua anak kembarnya
(no.3,4) yang berusia 3 tahun yang sedang tidur. aruah juga berpesan kepada 2 anak perempuan ( no 1 dan 2) yang berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya. Mungkin aruah dah tahu yang dia akan pergi

Hanya saya dan maid aruah sahaja yang menghantar aruah ke hospital. wife
saya menunggu di rumah rakan saya. beberapa kali masa dalam perjalanan aruah berpesan kat saya supaya tolong tengok-tengok kan anaknya...

Saya masa tu hanya menginggalkan pesanan sms kat rakan saya yang isteri
sakit kerana rakan saya masih dalam penerbangan. saya juga sempat menelefon abang aruah yang berada di Kluang supaya datang segera .aruah hanya mempunyai dua beradik sahaja, mak& ayah aruah sudah tiada.

masa kat hospital, aruah sempat berpesan dengan doktor, jangan lakukan
rawatan yang teruk2 kerana dia dah nak pergi...memang sedih masa tu. dah puas saya menangis dua/3 hari ni.

masa abang aruah sampai dari kluang ke hospital...aruah masih dalam bilik
rawatan....abang aruah terlampau geram bila tahu, adik iparnya pergi
melancong. masa tu aruah dah koma dan tak lama lepas tu, aruah pergi
dengan tenang. dan abang aruah yang membuat keputusan agar jenazah aruah segera di kebumikan tanpa menunggu kepulangan suaminya.

saya dengan abang aruah yang sibuk menguruskan urusan untuk mengeluarkan
jenazah.Banyak perkara saya pelajari, seperti mendapatkan pengesahan kematian oleh doktor, lepas tu kena buat laporan kematian di balai polis, dan balai polis mengeluarkan sijil kematian dan permit pengebumian , kemudian dengan sijil kematian dan permit pengebumian, kami terpaksa ke hospital untuk
pengeluaran jenazah dan juga urusan2 lain.

Alhamdulilah untuk urusan pengembumian jenazah,jawatankuas a masjid telah
banyak membantu saya. semua urusan pengebumian seperti pembelian
peralatan, mengali dsbnya diuruskan oleh jawatankuasa masjid. satu malam saya dan abang aruah tidak tidur.

dalam pukul 10 lebih 25/1/03 pagi barulah jenazah aruah dapat di bawa
kerumahnya dan selepas zuhur jenazah aruah selamat di kebumikan.

Suami aruah hanya menelefon semasa jenazah aruah di bawa pulang ke rumah dan saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan supaya rakan saya tu meneruskan percutian, dalam kepala saya masa tu tak ada fikir untuk marahkan rakan saya tu, hanya yang terlintas untuk selesaikan urusan pengebumian sahaja.

masa jenazah dirumah anak2 aruah yang no.1 dan 2 dah tahu ibunya sudah
tiada, tapi yang kembar tu..sibuk tanya Kenapa mama tidur kena tutup..sedih sangat
saya. saya hanya berupaya memeluk dua kembar tu supaya senyap...tapi airmata saya meleleh juga.saya kenal aruah masa saya form 4 di mrsm, masa tu saya saya dan rakansaya sama-sama belajar di mrsm. masa form 4 lah rakan saya menjadi yatim piatu kerana bapanya meninggal dan aruah yang selalu menjadi perangsang kepada rakan saya tu. Lepas spm, we all dapat tawaran ke USA. setiap bulan rakan saya tu mendapat kiriman wang dari aruah kak zai tidak kurang dari $100 USD.

masa pengebumian saya antara yang menyambut jenazah dari dalam lubang kubur untuk diturunkan ke liang lahad. saya memegang bahagian kepala jenazah, dan saya merasakan bahawa aruah sedang menenung saya, sedih masa tu.

Masa urusan pengebumian tu, anak2 aruah yang kembar hanya memandang sahaja.Tetapi bila tanah di kambus, barulah yang kembar tu menangis, tapi dipujuk oleh wife saya.

suami aruah akan kembali pada hari rabu 29/1/03. dan sehingga hari ni,
setiap malam ke empat2 anak aruah tidur bersama sama saya...mereka rindukan aruah mama mereka, dan juga papa mereka. Boleh dikatakan budak-budak tu selalu saja mengigau bila tidur panggil mama...mama. ..mama... dan saya terpaksa memujuk dengan mengatakan.. .senyap2 sayang...papa ada...dan saya berharap agar allah..berikan hidayah kat rakan saya tu...supaya dia sedar akan kekejaman dia dan AL-FATIHAH lah kiriman kita semua yang masih bernafas dibumi ini untuk arwah kak zai...



Wanita yang baik adalah wanita yang tak kan sanggup melihat wanita lain dihina macam ni..

(diambil dari sebuah laman web, penulis asal tidak dinyatakan.. bagi mereka yang dah baca, fikir-fikirkan isi tersirat dalam kisah ni..)


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

izzahtulsakinah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.11.2006
Ahli No: 27515
Posting: 112
Dari: Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-04-08 09:19


sedih cerita ini..mengambil kata-kata ustz hasrizal sebuah rumahtangga perlu dibina atas prinsip untuk memberi bukan menerima sahaja..
terimalah kelebihan pasangan dengan perasaan syukur dan kekurangannya dirahmati..melihat pasangan dengan pandangan hati,kerana hatilah yang memberi makna kepada pasangan kita..

moga dipertemukan pasangan yang saling menghargai..

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzahtulsakinahProfil   Hantar PM kepada izzahtulsakinah   Pergi ke izzahtulsakinah's Website   Quote dan BalasQuote

kahfi8
WARGA SETIA
Menyertai: 19.09.2007
Ahli No: 31129
Posting: 517
Dari: Damansara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-04-08 09:20


sangat menyanyat hati... hu hu.. jangan lah allah jadikan begini pada lelaki muslim yang lain.. sayangilah wanita!! hehe..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kahfi8Profil   Hantar PM kepada kahfi8   Pergi ke kahfi8's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-04-08 09:23


Ya ALLAH Ya RABBI sedihnya tak terkata.....

simpatinya saya dengan arwah wife no.1 tu... mujur lah ada penulis ni yang banyak membantu dia kan...

hampeh betul suami tu... kejam tak hengatnyer... hish.. minta jauh.

moga arwah lebih tenang di sana... daripada terus terseksa di dunia bersama suami yang tak kenang budi dan tak prihatin langsung tu. tak dapat saya bayang macamana agaknya hancur hati arwah tu masa sakit tu.. begitu juga anak2nya... aduh pedihnya......


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-04-08 10:08


Nilai kesabaran dan pengorbanan seorang isteri itulah yang perlu dipandang... Seorang perempuan akan korbankan hati dan perasaan mereka buat kebahagiaan seorang suami...kerana suami itulah syurganya....

Semoga isteri 1st itu ditempatkan dikalangan hamba2 yang solehah..insyaAllah....


Wahai lelaki...jangan disakiti wanita....



:bunga: niza_ati :bunga:


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 15-04-08 10:11


setiap perbuatan baik, akan dibalas dengan kebaikkan.
setiap perbuatan jahat/kejam, akan di balas dengan setimpal..
semoga cerita ni akan memberikan pengajaran kepada kita yang masih hidup..
semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh/solehah, ameenn...

untuk kaum adam, sayangilah kaum hawa...bajailah dengan kasih sayang...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

nuhan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.01.2004
Ahli No: 6399
Posting: 214
Dari: bangi

Perak  


posticon Posting pada: 15-04-08 10:12


ya Allah..sedih nya..sampai hati lelaki tu...geram pun ada!!! hishhh..ksian sangat kat anak2 arwah..kecil-kecil dah hilang mak, bapa pula macam tu...moga arwah ditempatkan bersama2 dengan orang-orang yang soleh..amin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuhanProfil   Hantar PM kepada nuhan   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-04-08 10:14


Assalamualaikum .................

tentu ada hikmahnya disebalik kisah benar yang menyayat hati ni...

yang paling sedih aruah yatim piatu dan di temukan juga jodoh dengan yatim piatu....nampaknya aruah sebagai penganti ibu kepada si suami ....

tapi akhirnya di sakiti..... :-(


-----------------
Photobucket

MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia


Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

zahratul_wardah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9470
Posting: 283
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-04-08 10:45


masya Allah...sanggup seorang manusia melakukan ini keatas manusia yang lain, lebih-lebih lagi dalam ikatan yang kukuh.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahratul_wardahProfil   Hantar PM kepada zahratul_wardah   Quote dan BalasQuote

nizam_maniz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.02.2008
Ahli No: 32740
Posting: 65
Dari: S'gOr-terGaNu-M'kA

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-04-08 11:13


Nikah kahwin di dalam Islam satu peranan,
Dianggap satu perjuangan yang menentukan Islam
Dan umat Islam di masa depan,
Nikah kahwin yang dimulakan dengan niat yang baik,
Atas nama Tuhan, kerana Tuhan dan untuk Tuhan,
Perkahwinan itu akan diberkati oleh Tuhan,
Berpanjangan hingga sampai melahirkan etnik,
Dari pasangan yang berkahwin itu atas nama Tuhan,
Kerana Tuhan dan untuk Tuhan,
Apabila lahir dari pasangan hidup itu niatnya murni,
Dilakukan dengan syariat yang murni,
Dengan pilihan pasangan yang murni,
Kalau lahirlah keturunan, satu tanggung jawab dibebankan,
Iaitu mendidik anak-anak oleh suami isteri hendak diberi mereka Tuhan,
Hendak diberi kepada mereka iman dan ketaqwaan,
Sebab itulah di dalam pergaulan suami isteri bukan semata-mata hiburan,
Kalau semata-mata hiburan, haiwan pun ada perasaan,
Jangan sekadar nikah kahwin,
Jangan mensetarafkan diri kita sebagai haiwan,
Iaitu hendak melepaskan nafsu haiwan,
Atau nak menunaikan tuntutan biologi yang Tuhan jadikan,
Tuntutan selepas itu pada suami isteri,
lebih besar tanggungjawab lagi besar cabaran...

Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan mereka-mereka yang beriman dan beramal soleh..amin

Wallahu a'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nizam_manizProfil   Hantar PM kepada nizam_maniz   Quote dan BalasQuote

setanggi_syurga83
WARGA SETIA
Menyertai: 10.03.2006
Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 15-04-08 11:36


Sempadan dan tauladan untuk semua...bilamana seorang yang beragama dan beriman itu berkahwin,jika ia menyukai,pasti dia akan menyayangi..dan jika dia tidak menyukai,dia akan berasa belas dan mengasihani..


-----------------
-StaIrWays To HeaVen-http://nurfazilah.hadithuna.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggi_syurga83Profil   Hantar PM kepada setanggi_syurga83   Pergi ke setanggi_syurga83's Website   Quote dan BalasQuote

nur_anis
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1496
Posting: 395
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-04-08 12:06


bila dah tak ada perasaan sayang dalam dirinya,segala pengorbanan isteri ketika sama-sama susah dulu tak dipedulikan lagi..sayangilah pasangan kita biarpun dia sakit atau susah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_anisProfil   Hantar PM kepada nur_anis   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-04-08 12:23


Al-Fatihah buat arwah yang dah pergi, juga Al-fatihah buat roh suaminya yang telah terpisah daripada kewarasan dan kasih-sayang...semata-mata kerana no.2nya.....

"Boys're stupid.Some main too.Throw rocks at them " - Hvolate 5Tahun5Bulan Part3 Ep 1....rasanya dia layak dikategorikan dalam golongan ni....

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

syahirahsoid
WARGA SETIA
Menyertai: 06.03.2007
Ahli No: 29040
Posting: 496
Dari: mana hendak ke mana

malaysia  


posticon Posting pada: 15-04-08 14:06


sedihnya...
sampai hati buat begitu..
yang wife no2 pun same!
org 2 kan da ada family...
yang pagi kawin juga 2 kenapa??
belajar tinggi-tinggi..
tapi otak separuh letak kat lutut!!
geram nya...
si suami pun same...
xkenang budi...
aaaaaaaaaaaa....tttiiiiiidddddaaaaakkkkk....
geramnyer....

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahirahsoidProfil   Hantar PM kepada syahirahsoid   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-04-08 14:10


Pada 15-04-08 14:06 , syahirahsoid posting:

!!! QUOTE !!!

sedihnya...
sampai hati buat begitu..
yang wife no2 pun same!
org 2 kan da ada family...
yang pagi kawin juga 2 Kenapa??
belajar tinggi-tinggi..
tapi otak separuh letak kat lutut!!
geram nya...
si suami pun same...
xkenang budi...
aaaaaaaaaaaa....tttiiiiiidddddaaaaakkkkk....
geramnyer....

nampaknya cik syahirahsoid sudah geram tahap gaban z belah 4
pastikan nada
ON GERAM dan sms ke DAPAT
anda akan dapat semua petua dan info tentang geram

hahahaha
guro saja lah.....
:lol: :lol: :lol:

p/s: nauzubillah, mahu jadi lelaki sejati dan beriman serta bertaqwa

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 15-04-08 14:16


Pada 15-04-08 14:06 , syahirahsoid posting:

!!! QUOTE !!!

sedihnya...
sampai hati buat begitu..
yang wife no2 pun same!
org 2 kan da ada family...
yang pagi kawin juga 2 Kenapa??
belajar tinggi-tinggi..
tapi otak separuh letak kat lutut!!
geram nya...
si suami pun same...
xkenang budi...
aaaaaaaaaaaa....tttiiiiiidddddaaaaakkkkk....
geramnyer....




jangan feeling sssangattt..... :berfikir: :jangan:


-----------------
"Subhanaka lah 'ilma lana illa ma'allamtana innaka antal 'alimul hakim...Ilaahi Anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi...


Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 15-04-08 14:24


Pada 15-04-08 11:36 , setanggi_syurga83 posting:

!!! QUOTE !!!

Sempadan dan tauladan untuk semua...bilamana seorang yang beragama dan beriman itu berkahwin,jika ia menyukai,pasti dia akan menyayangi..dan jika dia tidak menyukai,dia akan berasa belas dan mengasihani..



Yup.betul tu.. :-) ..kisah diatas cukup menyedihkan..tergamak dia meninggalkan isteri dan anak2 dalam keadaan yang cukup genting begitu..bak kata syahidatul 'memang hampeh' laki tu..memang layak disumpah2 saja.. :-| :-|


-----------------
"Hujung FIKIR pangkal AGAMA"-Pak Hamka


Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

syahirahsoid
WARGA SETIA
Menyertai: 06.03.2007
Ahli No: 29040
Posting: 496
Dari: mana hendak ke mana

malaysia  


posticon Posting pada: 15-04-08 14:46


Pada 15-04-08 14:10 , alwalid posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-04-08 14:06 , syahirahsoid posting:

!!! QUOTE !!!

sedihnya...
sampai hati buat begitu..
yang wife no2 pun same!
org 2 kan da ada family...
yang pagi kawin juga 2 Kenapa??
belajar tinggi-tinggi..
tapi otak separuh letak kat lutut!!
geram nya...
si suami pun same...
xkenang budi...
aaaaaaaaaaaa....tttiiiiiidddddaaaaakkkkk....
geramnyer....

nampaknya cik syahirahsoid sudah geram tahap gaban z belah 4
pastikan nada
ON GERAM dan sms ke DAPAT
anda akan dapat semua petua dan info tentang geram

hahahaha
guro saja lah.....
:lol: :lol: :lol:

p/s: nauzubillah, mahu jadi lelaki sejati dan beriman serta bertaqwa


bukan gaban saja...
keluang man, superman dan man2 yang lain...
geram lah...
sampai at buat macam itu..
dala wife no 1 tu sakit...
anak2 kecik lagi..
tak baik tahu.... :-| :-|


-----------------




Bookmark and Share

    


  Member Information For syahirahsoidProfil   Hantar PM kepada syahirahsoid   Quote dan BalasQuote

asroal
Warga 5 Bintang
Menyertai: 22.04.2006
Ahli No: 24359
Posting: 352
Dari: bumi ALLAH

france   avatar


posticon Posting pada: 15-04-08 16:40


hmmmm memang hampassss lelaki macam ini..patutnya masa wife dia sakit lah dia jaga dengan penuh kasih sayang,bukan cari yang baru..memang tak guna laki macam ini..aku sudah tekad nak jadi suami mithali nanti..janganlah sakiti wanita wahai kaum lelaki..Ya Allah,jadikanlah aku hamba yang soleh... :bunga:

Bookmark and Share

    


  Member Information For asroalProfil   Hantar PM kepada asroal   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 15-04-08 16:54


Pada 15-04-08 14:16 , izzul_islam posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-04-08 14:06 , syahirahsoid posting:

!!! QUOTE !!!

sedihnya...
sampai hati buat begitu..
yang wife no2 pun same!
org 2 kan da ada family...
yang pagi kawin juga 2 Kenapa??
belajar tinggi-tinggi..
tapi otak separuh letak kat lutut!!
geram nya...
si suami pun same...
xkenang budi...
aaaaaaaaaaaa....tttiiiiiidddddaaaaakkkkk....
geramnyer....




jangan feeling sssangattt..... :berfikir: :jangan:



humm.. kaum adam mungkin kurang sensitif sikit bila isu poligami ini...tapi realiti, kalau tak poligami pun berlambak lelaki yang macam ni...



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

sirat82
WARGA SETIA
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-04-08 17:33


Kenapa ku rasa seperti pernah membaca cerita ini sebelum ini.... hmm tapi bila ya
ps:- baca dalam nada indonesia

Bookmark and Share

    


  Member Information For sirat82Profil   Hantar PM kepada sirat82   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-04-08 08:29


Melamar Bidadari..

Mendekatlah, ada kabar yang ingin ku bisikkan. Aku melamar Bidadari,.wajahnya lebih jernih dari pada Cermin. Harumnya semerbak antara Langit dan Bumi. Cahayanya memenuhi Istana dan Kamarnya. Kecantikkannya sama dengan Mentari dan Rembulan

Mendekatlah, ada kabar yang ingin ku sampaikan. Maukah Engkau ku beritahu Mas kawin yang dimintanya. Mas kawinnya adalah sholat Tahajjud, Qiyamullail, Puasa dan bertaqwa kepada Allah Azza wa jalla..

Mendekatlah, ada keindahan yang ingin ku ceritakan. Lekuk tubuhnya bagai keindahan dahan pepohonan. Kelembutan kulitnya bagai kulit buah Delima. Warna kulitnya bagai Batu Permata Yagut dan Marjan. Tuturnya mempesona lagi lugu tak berdosa

Mendekatlah, ada berita gembira yang ingin ku bagi. Dia selalu menunggu ku di penghujung malam. Bagai penantian setia kekasih sejati. Tatapannya seteduh angin pagi. Bola matanya bening berkilau cahaya. Senyumnya mampu memikat seluruh lelaki

Mendekatlah, tidakkah Engkau menginginkannya ?

Bawakanlah mas kawinnya berupa Amal shaleh, Engkau pasti mendapatkannya. . dan bidadari itu telah menunggu dengan senyum yang terindah

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

searchforguidance
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30916
Posting: 403
Dari: johore

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-04-08 09:26


tertumpah jua air mataku..........
semoga rohnya dirahmati Allah...
semoga suaminya mendapat hidayah...
semoga rakan tu mendapat pahala kerana menjaga anak2 itu.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For searchforguidanceProfil   Hantar PM kepada searchforguidance   Quote dan BalasQuote

setanggi_syurga83
WARGA SETIA
Menyertai: 10.03.2006
Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 16-04-08 11:51


Pada 15-04-08 14:24 , azemi posting:

!!! QUOTE !!!



Yup.betul tu.. :-) ..kisah diatas cukup menyedihkan..tergamak dia meninggalkan isteri dan anak2 dalam keadaan yang cukup genting begitu..bak kata syahidatul 'memang hampeh' laki tu..memang layak disumpah2 saja.. :-| :-|



Ish tak baik sumpah2..kita tak tau keadaan kita dimasa depan..mana tau tertimpa ke diri sendiri(minta dijauhkan nauzubillah).....hidayah Allah boleh datang dan pergi..



-----------------
-StaIrWays To HeaVen-http://nurfazilah.hadithuna.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggi_syurga83Profil   Hantar PM kepada setanggi_syurga83   Pergi ke setanggi_syurga83's Website   Quote dan BalasQuote

Nur_Din
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.04.2008
Ahli No: 33163
Posting: 81
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 16-04-08 12:13


Astagfirullahalaizim...kasihan sangat-sangat pada nasib kak zai tadi tu..semoga ALLAH mencucuri rahmah ke atas arwah..sampai hati suami dia memperlakukan sedemikian rupa...nauzubillah...sebagai wanita hati saya sangat-sangat tersentuh dan sedih..tak sangka dan terkejut..orang yang berpelajaran pun masih tidak dapat untuk menilai baik dan buruk dengan baik.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nur_DinProfil   Hantar PM kepada Nur_Din   Quote dan BalasQuote

ziyah
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 16-04-08 15:53


tak baik sgguhla buat macam tu.. dah lah buat kat org yang sangat-sangat berjasa kat dia... memang tak gheti betul lah nak kenang budi...
geram sgguhla tengok org macam ni... cepat sangat berubah2...
gerammmmmnyer......
nauzubillah...mintak2 semua perempuan di dunia ini, dijauhkan perkara macam itu ni...
Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan mereka-mereka yang beriman dan beramal soleh..amin..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ziyahProfil   Hantar PM kepada ziyah   Quote dan BalasQuote

najdahsuraya
Warga 1 Bintang
Menyertai: 06.10.2008
Ahli No: 35253
Posting: 36
Dari: sepanyol

mexico  


posticon Posting pada: 15-10-08 13:11


nauzubillah.......cdey sangat..:-(...
tapi cerita ni macam tak habis saja.....macam mana suami dia erk....??
nak tahu sangat-sangat....

Bookmark and Share

    


  Member Information For najdahsurayaProfil   Hantar PM kepada najdahsuraya   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 15-10-08 14:12


Saya takut saya akan jadi macam lelaki yang dimaksudkan...Semoga Allah buang sifat ini dan gantikan sifat yang lebih baik///

kepada aemua warga ukhwah... marilah kita doakan agar Allah beri hidayat kepada suami yang dimaksudkan ini...... janganlah kutuk dia.... ia tidak akan merubah apa-apa... doakanlah dia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 15-10-08 17:03


Na'auzubillah .. Sedih sungguh .. tapi tu lah, biarpun kecil kjahatan seseorang tu, pasti ALLAH SWT akan mmbalasnya .. Wawa lebih rela jadi Ibu tunggal daripada kawin bermadu sebabnya .. Wawa tak rasa diri ni kuat dan penyabar..

P/s: Student tu tak fikir ke dia tu kejam?? hm..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

maryam_aulia
Warga Rasmi
Menyertai: 26.06.2008
Ahli No: 33804
Posting: 6
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-10-08 18:08


sedih betul...
tergamak dia memperlakukan isteri dia macam tu...
apa punya laki, memang tak boleh harap.
habis madu sepah dibuang...
dia tak fikir ke,kalau dia yang sakit...isteri dia buat macam tu dengan dia.
baru tau langit tu tinggi rendah.

setuju dengan niza_ati
Seorang perempuan akan korbankan hati dan perasaan mereka buat kebahagiaan seorang suami...kerana suami itulah syurganya....

Ya Allah, jauhkanlah aku dari lelaki macam ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For maryam_auliaProfil   Hantar PM kepada maryam_aulia   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 16-10-08 13:57


Mungkin juga cerita ni hanya cerita sahaja..sebab pernah terbaca beberapa tahun yang lalu dalam artikel

Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-10-08 14:23


Salam

Berdasarkan pemerhatian saya, lelaki yang sudah berkahwin cabarannya lebih besar.Dihadapannnya ada satu "garisan" yang kalau dilanggar akan membawa kemusnahan .dalam konteks cerita diatas adalah jelas si lelaki itu telah menuruti nafsunya dan telah melangkah jauh kedalam "garisan" dan telah membawa masalah besar dalam kehidupannya dan sebenarnya masalah kepada seluruh keluarganya.

Timbangan hati sepatutnya mengatasi nafsu...malangnya pada kali ini nafsu menjadi kayu ukur, Sudahlah begitu isteri pertamnya di tendang umpama sampah atau kain buruk.Tidak terkenang langsung jasa baik budi luhur isterinya itu semasa sihat.
Ya si suami boleh berkahwin lagi dengan alasan isteri pertama tidak mampu melayaninya.. tetapi maruah, kehormatan dan prestige isteri pertama mesti dijaga .dan disebabkan itu perbuatan nya itu tiak mencerminkan akhlak dan adab Rasulullah didalam melayani Isteri-isteri Baginda.

Jika benar cerita di atas moga diampunkan dosa semua yang terlibat dan jika sekadar perkhabaran sahaja , ambil lah iktibar.Moga dijauhkan keadaan diatas dari kita semua.


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

panglima_azam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.09.2008
Ahli No: 35073
Posting: 139
Dari: pertemuan antara 3 benua lautan

Kedah  


posticon Posting pada: 16-10-08 15:49


sedih cerita ni... boleh dijadikan tauladan... ana berdoa agar kita sebagai kaum lelaki ini sentiasa menghargai setiap pengorbanan wanita.. sesungguhnya mereka lah tulang belakang para lelaki...

Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_azamProfil   Hantar PM kepada panglima_azam   Quote dan BalasQuote

islamic_gil
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2005
Ahli No: 14692
Posting: 427
Dari: SATU KAWASAN DI SATU MASA

Selangor  


posticon Posting pada: 17-10-08 14:23


nak cakap apa ek.....emm.minta rumahtangga ku akan datang di jauhkan dari ganguan yang semua.amin!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_gilProfil   Hantar PM kepada islamic_gil   Quote dan BalasQuote

imni_1612
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-10-08 15:12


Kenapa lah ada suami yang macam ni..??:-?

Bookmark and Share

    


  Member Information For imni_1612Profil   Hantar PM kepada imni_1612   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.165448 saat. Lajunya....