Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang takut ditakluki pasti akan kalah
-- Napoleon Bonarpate

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 141
Ahli: 0
Jumlah: 141




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 18 jam, 51 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Sirah dan Tokoh Islam
Topik: Ustaz Wan Mohd Shaghir Abdullah, Pengkaji Biografi Ulama Nusantara Yang Gigih


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sirah dan Tokoh Islam
    »» Ustaz Wan Mohd Shaghir Abdullah, Pengkaji Biografi Ulama Nusantara Yang Gigih

Please Mendaftar To Post


Oleh Ustaz Wan Mohd Shaghir Abdullah, Pengkaji Biografi Ulama Nusantara Yang Gigih

Uswah_teladan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.06.2007
Ahli No: 30310
Posting: 168
Dari: Sandakan

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 12-04-08 22:50


/

Hari ini merupakan pemergian pertama Ustaz Wan Mohd Shaghir ke rahmatullah yang pergi pada 12 April tahun lalu. Ustaz Wan Mohd Shaghir merupakan seorang pengkaji dan penulis biografi Ulama Nusantara yang hebat. Beliau gigih dan tidak jemu dalam mengkaji sesuatu biografi ulama itu.

Usahanya yang gigih dalam meneliti, mencari dan mengumpul biografi ulama nusantara dan karya-karya ulama dalam bentuk manuskrip itu telah dimulakannya sejak semasa zaman remaja lagi.

Setiap Isnin, saya dan pembaca setia Ulama Nusantara lain akan tertunggu-tunggu dan menanti apakah nukilan terbaru beliau dalam ruangan Agama, Mega, akhbar Utusan Malaysia. Kalau tidak membaca tulisan beliau pada hari itu walaupun sekali, saya rasa bagaikan tidak lengkap hari itu tanpa membaca tulisan baru beliau.

Komitmen beliau terhadap pengkajian ulama Nusantara memang amat mengagumkan sekali.

Apa tidaknya, sejak tahun 1958 lagi Allahyarham mengembara dan mengumpulkan pelbagai bahan berkaitan biografi, pemikiran, ketokohan dan perjuangan, analisis teks, transliterasi kitab-kitab lama serta karya ulama silam.

Dalam uzur, beliau menggagahkan diri membentang kertas kerja pada seminar-seminar baik yang diadakan di universiti mahupun oleh pihak lain di dalam dan luar negara.

Menurut Hamidiah, cinta suaminya terhadap bidang penulisan tidak pernah padam walaupun semasa terlantar sakit di rumah.

“Walaupun menaip dalam keadaan mata tertutup kerana sakit namun Allahyarham tetap terus berkarya menyiapkan bahan untuk Agama, Mega,” katanya.

Jodoh Allahyarham bersama Utusan Malaysia bermula sejak 12 Februari 2004. Ketika itu Ustaz Wan Shaghir berada di peringkat awal mengumpul, menyebar dan mengembangkan karya tokoh ulama Nusantara ke alam Melayu.

Karya sulung beliau yang disiarkan Utusan Malaysia ialah Syeikh Abdul Lathif Tambi Ulama gigih dan Dermawan.

Beliau juga adalah pengasas Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Malaysia (Pengkaji) yang didaftarkan pada tahun 1996.

Persatuan ini juga berfungsi sebagai Pusat Penyelidikan dan Penyebaran Khazanah Islam Klasik dan Moden Dunia Melayu.

Bercakap soal penulis yang prolifik, tidak syak lagi beliau adalah salah seorang contohnya. Apa tidaknya, sepanjang lebih tiga tahun bersama Utusan, lebih 100 karya kajiannya telah diterbitkan.

Ini tidak termasuk hasil kerja berbentuk transliterasi teks, kertas kerja, koleksi rencana yang disiarkan dalam buku dan majalah.

Karya-karya itu pula menjadi bahan rujukan bukan sahaja oleh para penuntut institusi pengajian tinggi tetapi juga di kalangan para pengkaji ilmu Islam antarabangsa.

Dalam temu bual bersama Utusan Malaysia pada 12 Februari 2007, beliau memberitahu, “seawal usia 12 tahun saya telah mula mengembara ke Kepulauan Riau dan Sumatera untuk membuat penyelidikan di samping mengikuti pengajian di beberapa pondok di sana.”

Sebenarnya, minat berkarya cucu kepada tokoh ulama yang tidak asing lagi, Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani ini dipupuk oleh ibunya Hajah Wan Zainab melalui cerita-cerita karamah tokoh ulama terulung silam.

Kelebihan beliau ialah dari segi semangat mencari dan mengumpul bahan-bahan terutama khazanah yang tidak diperoleh daripada pihak lain kecuali dirinya.

Untuk itu, beliau menjelajah beberapa negara asal ulama tertentu seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan beberapa wilayah di Patani dan Kalimantan Barat dalam usaha meneroka dan pencarian bahan-bahan ulama Nusantara. Malah, sanggup membelinya walaupun dengan harga yang mahal.

Di antara karya beliau ialah Sufi dan Wali Allah, Pusaka Penulisan al-Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani dan banyak lagi. Semuanya boleh didapati di Pengkaji.

Kini, semua usaha beliau hanya tinggal sejarah. Namun, alhamdulillah matlamat Beliau menyebar dan mengembangkan tokoh ulama silam ke alam Melayu telah berjaya.

Pemergian beliau memang satu kehilangan kepada dunia ilmu Islam khususnya ulama Nusantara. Sebabnya, beliau semasa hayatnya bukan sahaja aktif berkarya tetapi terlibat menerbit, mencetak dan membentang kertas kerja.

Bagaimanapun, kita berharap Pengkaji yang diasaskan oleh beliau akan meneruskan perjuangan yang murni ini.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Di bawah ini saya akan perturunkan secara eksklusif sedikit biografi Ustaz Wan Mohd Shaghir dari pejabat Pengkaji. Semoga ada manfaatnya.

Biografi Ustaz Wan Mohd Shaghir Abdullah

1. Nama:

Jalur (sebelah ayah)

Haji Wan Mohd. Shaghir bin Haji Wan Abdullah bin Haji Wan Abdur Rahman bin Haji Wan Abu Bakar bin Wan Ma'aris bin Cik Wan Taksim al-Qumari al-Juhuri al-Fathani bin Datuk Bendahara Lingkai al-Juhuri al-Fathani.

Jalur (sebelah ibu)

Haji Wan Mohd. Shaghir, ibu bernama Hajah Wan Zainab binti Al-'Alim Al-'Allamah Syeikh Wan Ahmad bin Syeikh Haji Wan Muhammad Zainal 'Abidin bin Syeikh Haji Wan Mushthafa bin Wan Muhammad Faqih bin Muhammad Zainal 'Abidin @ Faqih Wan Musa bin Wan Muhammad Shalih bin 'Ali al-Masyhur al-Laqihi.

Syeikh Ahmad al-Fathani adalah seorang ulama tersohor pada akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20, lahir pada tahun 1856 dan wafat 1908. Dalam era setelah kebangkitan Syeikh Ahmad di Makkah, muncul murid-murid atau kader beliau dan ulama-ulama Makkah di Malaysia seperti Tuan Husein Kedah, Syeikh 'Utsman Sarawak, Mufti Pulau Pinang Haji 'Abdullah Fahim, Tok Kenali, Syeikh Muhammad Sa'id Linggi, Qadhi Haji Abu Bakar bin Haji Hasan Muar, Johor, Syeikh al-Islam Selangor Tengku Mahmud Zuhdi bin 'Abdur Rahman al-Fathani dan masih ramai lagi di seluruh dunia Melayu.

2. Tarikh lahir :

Jumaat, 9 Ramadhan 1364 H/17 Ogos 1945 M, berumur 61 tahun

3. Status Perkawinan:

Berkahwin dengan Hamidiyah binti Haji Abdul Majid bin Ismail, memperoleh anak 6 orang.

4. Pekerjaan:

Penulis, khas penyelidikan sejarah ulama dunia Melayu dari semua zaman tentang biografi, karya, pemikiran, perjuangan dll. menyentuh seluruh aspek mengenai ulama-ulama Asia Tenggara/alam Melayu yang tersebut. Menerima wasiat dari ibunya untuk meneruskan kerja-kerja datuknya 100 tahun yanmg lampau iaitu Syeikh Ahmad al-Fathani. Penulisan beliau merujuk kepada bahan asli hasil pengembaraan selama 48 tahun melalui manuskrip, cetakan lama, litografi hasil karya yang ditulis oleh ulama Melayu. Tidak mengambil rujukan dari Inggeris, hanya sebagai perbandingan dan bukan menjadi rujukan utama.

5. Alamat sekarang:

36 Jalan Batu Geliga Satu, Taman Melewar, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

6. Organisasi:

a). Mengasaskan Khazanah Fathaniyah yang berfungsi sebagai penerbit hasil penulisan sendiri dan menerbitkan kembali karya-karya ulama terdahulu.

b). Mengasaskan Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Malaysia dengan singkatan PENGKAJI dengan tujuan memberi pendedahan tentang betapa besarnya peranan dan sumbangan ulama terdahulu dalam penyebaran ilmu di dunia Melayu melalui pameran, seminar dan sebagainya.

7. Menjalin Kerjasama antara Penerbit Khazanah Fathaniyah dengan PENGKAJI

- Pembentanagan kertas kerja dalam memenuhi undangan Jabatan Kerajaan, Pusat Pengajian Tinggi, Organisasi dan Pertubuhan di dalam seminar, forum, muzakarah dan lain-lain di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

- Mengadakan Siri Pameran Koleksi Karya-karya Ulama Dunia Melayu diadakan dalam bentuk warkah maklumat terdiri dari manuskrip kitab, gambar-gambar, surat, lakaran absrtak, catatan dan lain-lain ditonjolkan untuk diperkenalkan kepada masyarakat umum.

- Menjalin kerjasama dengan organisasi yang berminat untuk menganjurkan seminar, forum, muzakarah, taskirah, pameran, dokumentari, penerbitan dan sebagainya.

- Menerbitkan siri buku-buku dan dokumen mengenai sejarah ulama-ulama alam Melayu seperti:

• Buku Bersiri-Penyebaran Islam & Silsilah Ulama Sejagat Dunia Melayu. ( Jilid 1- Jilid 15 )

• Wawasan Pemikiran Islam Ulama Asia Tenggara. ( Jilid 1- Jilid 7 )

• Jadwal Tarikh, Bulan Dan Tahun Hijri-Masihi. ( Jilid 15-Jilid 16 )

• Warkah Maklumat ( 98 Judul )

q Memberi khidmat pakar rujukan dan maklumat kepada para pengkaji dan penyelidik dari berbagai peringkat bagi tujuan penulisan dan tesis mereka. Sejak tahun 1990 sehingga kini, telah menerima lebih dari 1000 pengunjung yang terdiri dari kalangan mahasiswa universiti pelbagai peringkat untuk mendapat B.A hingga Ph.D sama ada dari dalam mahu pun luar negeri.

q Hasil daripada penyelidikan Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Malaysia dengan kerjasama Penerbit Khazanah Fathaniyah telah menghasilkan lebih dari 800 judul dalam pelbagai koleksi yang di katogerikan seperti berikut:

• Koleksi Transliterasi Kitab-40

• Koleksi Penyebaran Islam & Silsilah Ulama Sejagat Dunia Melayu-15

• Koleksi Kertas Kerja(Pembentangan Dalam Pelbagai Seminar)-70

• Koleksi Syair dan Puisi-5

• Koleksi Wawasan Pemikiran Islam Ulama Asia Tenggara-7

• Koleksi Kitab Arab dan Kitab Melayu/Jawi-130

• Koleksi Kitab Wakaf-4

• Koleksi Warkah Maklumat ( Artifak ) Berupa Manuskrip dan lain-lain-98

• Koleksi Gambar Ulama Dan Tokoh-Tokoh Nusantara-135

• Koleksi Surat Dan Pelbagai Dokumen-10

• Koleksi Siri Amalan-Amalan Islam-6

• Koleksi Kad Hari Raya(Khat, Gambar Ulama dan Tokoh Dunia Melayu)-40

• Koleksi Stiker(Kata-Kata Hikmah Ulama Dunia Melayu)-5

• Koleksi Poster(Kata-Kata Hikmah dan Gambar Ulama Dunia Melayu)-5

• Koleksi Penulisan Ulama Nusantara DI Akhbar Utusan Malaysia-110

• Koleksi Penulisan Ensiklopedia Nusantara Di Akhbar Berita Harian-40

• Koleksi Karya Ilmiah berupa artikel dalam Majalah Dian, Pengasuh, Dewan Budaya, Dakwah, Al-Islam, Kiblat, Al-Ehsan, Jurnal Dewan Bahasa, Jurnal Filologi Melayu, Koleksi Biografi Ulama Asia Tenggara-150

- Sedia menerima undangan dari pelbagai pihak, media masa iaitu media cetak dan media elektronik untuk memberi pandangan, ceramah dan membuat dokumentari berkaitan Islam, Melayu dan ulama dunia Melayu.

- Mengadakan kelas pengajian kitab-kitab Melayu/Jawi klasik karya ulama dunia Melayu dan sekaligus membantu menghidupkan tulisan jawi seperti yang disarankan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, yang.B. Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Telah mulai di Masjid Al-Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur.

8. Pengalaman Kerja:

Sejak tahun 1958, dalam usia 12 tahun telah melakukan pengembaraan dan pengumpulan pelbagai bahan untuk dokumentasi ulama-ulama Asia Tenggara baik berupa tulisan tangan (manuskrip) maupun berbagai-bagai edisi cetakan, walau keadaan darurat pun pekerjaan itu tetap diteruskan hingga sekarang ini. Penyelidikan telah berjalan selama 48 tahun dengan penuh gigih dan tanpa jemu. Pengembaraan dan penyelidikan dilakukan di Champa, Fathani, Malaysia, Sumatera, Sulawesi, Jawa, Kepulauan Borneo, Kalimantan Barat dan Selatan, Sabah, Sarawak, Negara Brunei Darussalam, Singapura dan banyak lagi.

a). 1977 dilantik oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia untuk menyelesaikan buku mengenai ulama Asia Tenggara. Telah berhasil dibukukan dengan judul Aktiviti Ulama Asia Tenggara dua jilid tebal 2000 halaman taip folio.

b). Menyumbangkan tenaga dan fikiran di beberapa tempat, iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka, Pusat Islam Malaysia dan Perpustakaan Negara Malaysia:

i). DBP, tarikh September 1988, pelantikan sebagai penulis makalah Proyek Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu.

ii). DBP, tarikh 24 November 1988/14 Rabiulakhir 1409. pelantikan Ahli Jawatan Kuasa Istilah Agama Islam (Bidang Usuluddin dan Falsafah Islam).

c). 1989 Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri telah memberikan tugas-tugas yang bersangkutpaut dengan manuskrip Melayu/Jawi, iaitu:

i). Mengesan dan memberi penilaian sesuatu karya yang nadir, baik judul, pengarang, penyalin atau pun apa saja yang ada hubungkaitnya dengan permanuskripan termasuk memberikan data ringkas seseorang tokoh.

ii). Menyusun katalog manuskrip yang telah menjadi jadi milik/koleksi BAHEIS sebanyak 739 manuskrip. Pekerjaan ini telah selesai.

d). Dalam waktu yang sama (akhir 1989, awal 1990) telah menerima tugas dari Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia untuk:

i). Membuat katalog Manuskrip-manuskrip yang berbahasa Arab yang terdapat di Pusat Manuskrip Melayu itu.

ii). Mengesan beberapa manuskrip yang tidak diketahui nama pengarang dan judulnya.

iii). Membuat biografi ringkas beberapa tokoh yang manuskrip karyanya dipamerkan dalam Persidangan Antarabangsa Tamadun Melayu ke II.

e). Mulai 1 November 1994 hingga 31 Oktober 1996 menjadi Karyawan Tamu Pengajian Arab & Tamadun Islam, Fakulti Islam Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menyelesaikan buku berjudul Tabaqat Ulama Asia Tenggara, dan sebagai tambahan buku berjudul Data Karya-karya Para Ulama Asia Tenggara.

f). 2005 M atas permintaan Perpustakaan Negara Malaysia, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, dalam rangka memasyarakatkan kembali tulisan Jawi, beliau telah dilibatkan dijemput hadir secara berterusan berkali-kali dalam "Mesyuarat Seminar dan Pameran Tulisan Jawi

9. Tulisan Dalam Surat Khabar:

Beliau adalah penulis di akhbar Utusan Malaysia pada setiap hari Isnin mengenai ulama dan tokoh Nusantara dan Berita Harian pada setiap hari Selasa mengenai kitab-kitab karya ulama dunia Melayu.

a. Utusan Malaysia, Bahagian Agama, Ruangan Ulama Nusantara, Setiap

Hari Isnin, dari 19 Februari 2004 hingga 15 Januari 2007 - 150 siri

b. Berita Harian, Bahagian Agama, Ruangan Ensiklopedia Nusantara Setiap

Hari Selasa, dari 21 Jun 2005 hingga 16 Januari 2007 – 85 siri

10. Teks ceramah di Radio: 5 Kali

11. Bicara di televisyen: 4 Kali

12. Karya-karya telah dirujuk oleh pelbagai golongan,

dalam dan luar negara: Lebih dari 100 perujuk

13. Biodata Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah yang pernah ditulis oleh pelbagai tokoh dan judul dalam media:16 Judul

14. Tarikh Meninggal Dunia : 12 April 2007

Sumber:
http://tamanulama.co.cc

Bookmark and Share

    


  Member Information For Uswah_teladanProfil   Hantar PM kepada Uswah_teladan   Pergi ke Uswah_teladan's Website   Quote dan BalasQuote

asroal
Warga 5 Bintang
Menyertai: 22.04.2006
Ahli No: 24359
Posting: 352
Dari: bumi ALLAH

france   avatar


posticon Posting pada: 12-04-08 23:29


emm beliau pernah datang jumpa tokwan saya,mai siasat salasilah keluarga sebab family sebelah omi saya memang dari keturunan yang sama dengan beliau,sebab sheikh abdul qadir al fatani 2 datuk kepada tokwan saya..memang nama tokwan ada lah beliau letak kat dalam salasilah ulama pattani 2... :bunga: :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For asroalProfil   Hantar PM kepada asroal   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 13-04-08 06:33


ye, betul. allahyarham Ustaz Wan Mohd Shaghir Abdullah, adalah salah orang idola teman, karya2 beliau menjadi sumber rujukan teman tentang ulama nusantara dan kekuatan bangsa melayu, Beliau dalam sakit2 pun sanggup meneruskan kajiannye. malah pernah dipapah masa nak membentangkan kertas kerjenye

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.159684 saat. Lajunya....