Oleh |
Dosa Sang Guru Kerana Mendidik Anak Muridnya? |
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 06-04-08 11:46
Guru diibaratkan sebagai lilin yang menerangi muridnya dengan ilmu. Pengganti ayah dan ibu di dalam kelas. Guru membentuk disiplin anak-anak, dilentur agar betul tegaknya apabila sudah dewasa. Dia mengajar 'anaknya' bagaimana cara menyebut, menulis, membaca. Mengajar agar tahu tegak dan bengkoknya cara solat, cara makan dan sebagainya. Bukan itu sahaja, bahkan untuk menjadikan anak murid sebagai seorang manusia yang berguna dan mempunyai cita-cita. Lihatlah, yang menjadi pemimpin, menjadi ahli perniagaan semuanya atas jasa pejuang yang tidak bernama ini. Kerana guru, tidak diajar untuk menerima balas jasa, tidak inginkan namanya disebut. Cukup dengan ilmu yang diajar dapat diamal, dihayati. Mudah-mudahan menjadi amal jariah di kemudian hari. Fahamkah ibu ayah yang dahulunya juga pernah diajar oleh gurunya? Anak-anak perlukan bimbingan dan perhatian di rumah. Bukunya disemak, dilihat kerja rumahnya, ditanyakan siapa kawan-kawannya. Malanglah sang guru, kerana segelintir perbuatan individu ‘guru’ yang tidak bertanggungjawab, maka semua nodanya di taburkan kepada seluruh insan yang bergelar guru. Disebut-sebut perbuatan guru memukul anaknya – adakah mereka tahu benar peribadi anak sendiri? Ditunding-tunding kesalahan sang guru, padahal mereka lupa. Menyerahkan tanggungjawab, tidaklah sama dengan melaksanakan tanggungjawab. Tidak sama juga dengan orang yang hanya pandai memerhatikan dan mengkritik dengan yang duduk dibangku seorang guru. Tugas Guru Dijadikan NilaianMereka berkata kerja guru senang, 6 jam sehari, ada hari cuti yang panjang. Boleh makan angin lagi. Ya, memang kerja guru senang. Perlu bersengkang mata memikirkan perihal anak muridnya sahaja, perlu menanda buku, mengikuti kursus, belum dicampur dengan karenah pentadbiran sekolah, kelas tambahannya, program sampingan sukan sekolah. Yang sudah berkahwin perlu memikirkan keluarga mereka sendiri. Tidur malamnya selalu nyenyak. Mudahnya kerja guru.. Dari A hingga ke Z guru mengajar, dari berdiri tegak sehingga memberi salam diasuh agar muridnya menjadi orang yang tahu Islam. Ada guru yang menyerahkan jiwa raganya di dalam profesion ini, memberi motivasi dan semangat agar anak didiknya terus berjaya. Yang malas, yang suka bermain di dalam kelas, yang hanya tahu tidur, masih tergagap untuk membaca, tidak kenal huruf dan merangkak menyebut perkataan – disuakan dengan teknik belajar. Tidak lupa sang guru untuk mengingatkan anak didiknya itu silalah ulangkaji, tunjukkan pada ibu dan ayah mana yang perlu dibuat dan disemak semula. Tetapi yang lebih difahami - anaknya mesti mendapat semua A apabila mendapat keputusan peperiksaan. "Anak aku pintar, bijak" Dan semuanya diakhiri dengan perkataan 'AKU' juga. Sang guru memberi nasihat “Awak dah belajar solatkan.. kat rumah solat dengan mak ayah ye..â€, lalu dia membalas “mak ayah saya tidak solat cikgu.. nak buat macam mana?â€. Dan sang guru tergumam. Sebagai seorang ayah dan ibu di dalam kelas, ia tidak senang melepaskan anaknya balik ke rumah tanpa membawa apa-apa yang bermakna di dalam kehidupan. Lalu diberi peringatan – bahawa hormati ibu dan bapa, cium tangan mereka, minta maaf kepadanya. Jangan segan untuk meringankan tulang. Berilah khabar gembira apabila sudah berjaya… Begitulah… sang guru tetap juga meneruskan pengajaran dan didikannya dengan sabar, walaupun saban waktu hatinya menahan kerana herdikan, cacian dan cemuhan. Dan itulah dosa-dosa guru kerana mendidik anak muridnya.. http://jarumemas.blogspot.com/2008/04/jika-guru-mendidik-di-sekolah-ibu-bapa.html----------------- .:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:. http://jarumemas.blogspot.comhttp://jomfaham.blogspot.com
|
anis_zulaikha
 Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 06-04-08 14:50
tak tau nak kata apa.. zaman sekarang ni, mak bapak lebih percaya kan anak2 dan prejudis pada guru2... semalam, dalam berita bapak budak datang tampar cikgu... hemm.. dunia.. dunia... #dr seorang guru..
|
Meow
 Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 06-04-08 16:04
Pada 06-04-08 14:50 , anis_zulaikha posting:!!! QUOTE !!! tak tau nak kata apa.. zaman sekarang ni, mak bapak lebih percaya kan anak2 dan prejudis pada guru2...
semalam, dalam berita bapak budak datang tampar cikgu... hemm.. dunia.. dunia...
#dr seorang guru..
Kalau lah saya yang jadi cikgu yang kena tampar tu, saya akan kata pada bapak student yang tampar tu saya tak halalkan semua ilmu yang anak dia terima dari saya walau sekecil noktah pun dari dunia sampai akhirat.. ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 06-04-08 16:24
Anak nakal dituduh guru tak reti mengajar, anak tak pandai dikata guru tak pandai mengajar. Apakah ibu dan ayah hanya tahu 'menghasilkan' anak sahaja? Tetapi tugas mendidik diserah pada guru semata-mata?
|
anis_zulaikha
 Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 06-04-08 19:46
Pada 06-04-08 16:04 , Meow posting:!!! QUOTE !!! Pada 06-04-08 14:50 , anis_zulaikha posting:!!! QUOTE !!! tak tau nak kata apa.. zaman sekarang ni, mak bapak lebih percaya kan anak2 dan prejudis pada guru2...
semalam, dalam berita bapak budak datang tampar cikgu... hemm.. dunia.. dunia...
#dr seorang guru..
Kalau lah saya yang jadi cikgu yang kena tampar tu, saya akan kata pada bapak student yang tampar tu saya tak halalkan semua ilmu yang anak dia terima dari saya walau sekecil noktah pun dari dunia sampai akhirat..
tapi cikgu tu bagus... walaupun dah kena tampar dengan bapak budak tu, dia tak balas, sebaliknya ajak pergi duduk bincang... sekarang ni.. nak marah mak bapak marah balik... nak rotan kang kena rotan balik.. so bebudak bertambah2 lah kurang ajar... datang salah kan cikgu lagi pula tu, tanya apa yang cikgu ajar kat sekolah...
|
anis_zulaikha
 Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 06-04-08 19:51
Pada 06-04-08 16:24 , Anak_Pejuang posting:!!! QUOTE !!! Anak nakal dituduh guru tak reti mengajar, anak tak pandai dikata guru tak pandai mengajar.
Apakah ibu dan ayah hanya tahu 'menghasilkan' anak sahaja? Tetapi tugas mendidik diserah pada guru semata-mata? kita lah generasi yang akan jadi ibubapa yang akan didik anak2 kembali hormat pada guru, seperti yang ibu bapa kita ajar... huhuhu, sekali teringat... dulu..kalau kena rotan, balik senyap2 saja, tak bagitahu ayah, nanti kena rotan lagi.. cikgu golongan yang sangat dihormati.. tapi sekarang ni mak bapak jadikan guru macam lombong untuk jadi kaya.. ye lah... anak kena rotan sikit saja, heboh nak saman juta2... padan muka ada parent yang nak saman fitnah kata gru pukul anak dia, last2 NUTP fight, dia yang kena saman.... :-|
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 06-04-08 20:43
apa respon guru lain yang ada di forum ini? atau yang sudah menjadi ibu dan ayah?
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 07-04-08 07:04
kasihan cikgu-cikgu. pemerintah menerapkan sistem pendidikan sekular yang hanya mengutamakan pencapaian akdemik. subjek agama hanya mengisi ruang yang sikit dalam p&p. tetapi apabila pelajar rosak akhlak, bermasalah guru-guru yang dipersalahkan. walhal pemerintah kapitalisme hari inilah yang paling bersalah. wahai pemerintah, laksanakanlah hukum islam secara kaffah termasuk polisi pendidikan, allahuakbar!
|
ellina
Warga 3 Bintang Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12348
Posting: 129
Dari: bumi ijau
|
Posting pada: 07-04-08 11:16
dunia hari ni...hanya yang bergelar guru akan memahami tugas seorang guru.. teringat suatu masa tahun 2007 mendenda anak yang tidak ada adab ketika solat..denda berdiri saja..tapi di salah ertikan sehingga nak tukarkan anaknya sekolah..namun niat untuk mendidik kita berjanji tidak akan mendenda anaknya lagi..sudah terbalik dunia hari ini.. senyumlah...walau kita disakiti...
|
ellina
Warga 3 Bintang Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12348
Posting: 129
Dari: bumi ijau
|
Posting pada: 07-04-08 11:21
ku berfikir..dapatkah kita menjadi ibu ayah yang memahi tugas guru dalam mendidik anak didiknya...dapatkah kita menjadi seperti ibu dan ayah kita suatu masa dulu yang sangat menghormati guru..
|
Cik_Liyana
Warga 4 Bintang Menyertai: 04.03.2008 Ahli No: 32802
Posting: 239
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 07-04-08 11:26
kak anis, NUTP tu apa ye? boleh paste kan link berita tu tak? saya tak tahu pula pasal kes saman fitnah tu..
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 07-04-08 11:38
NUTP, Persatuan Guru... T stand for Teacher. Ketua nya Cikgu dari umat Cina yang stay in Negara ini... Ok saja dia ...nama apa...tak ingat saya, Asif...selalu wajahnya terbit dalam TV3 bila ada isu perguruan. Guru better join NUTP, ada kebaikan dalam memperjuangkan hak serta kebajikan Guru di negara ini.
|
setanggi_syurga83
WARGA SETIA Menyertai: 10.03.2006 Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah
|
Posting pada: 07-04-08 13:14
Berpengalaman mengajar anak2 org asli selama 5 bulan..tak dapat dinafikan tugas guru dizaman ini tidak lah semudah yang disangkakan..tidak sedikit bebanan yang dipikul..bukan setakat mengajar,malah yang paling susah itu adalah mendidik,memberi semangat dan contoh..sapa yang kata kerja cikgu tu senang..cubalah jadi cikgu sebulan..confirm terasa..tapi bagi mereka yang minat dan rela mendidik anak bangsa pasti tak terasa kesusahannya...  ----------------- -StaIrWays To HeaVen- http://nurfazilah.hadithuna.com/
|
ulfah_widad
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.07.2006 Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor
|
Posting pada: 07-04-08 16:53
 ... Haha, jadi cikgu ni besar tanggungjawabnya. Perlukan kesabaran dalam mendidik...macam saya sekarang pun dah terasa bahang menjadi guru. Banyak aspek yang perlu kita lihat. Dalam masa yang sama, menjadi guru bukan sahaja terhad kepada masyarakat, malah kepada ibu bapa juga perlu diberi tunjuk ajar. Zaman ibu bapa yang educated sekarang memerlukan guru juga bertindak menggunakan akal fikiran yang lebih wajar menggunakan kebijaksanaan dalam menghadapi masalh2 pelajar.. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dan tidak meletakkan semua di bahu guru.. ketahui lah guru juga manusia yang ada keluarga, ada perasaan sama seperti insan2 biasa yang lain..
|
Strawberry_Ungu
WARGA SETIA Menyertai: 13.05.2007 Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor
|
Posting pada: 07-04-08 20:49
salam alaik..tugas guru memang amat mencabar..pengalaman SBE hari tu kat putrajaya menyebabkan hati ni berfikir banyak kali juga bagaimana nak melaksanakan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin..hari tu SBE kat sekolah putrajaya..huhu..cikgu2 kat situ kata murid2 tak boleh disentuh sikit, marah sangat pun tak boleh juga..kalau tak nak buat homework pun tak boleh pksa2..so, apa saja lah yang murid2 ni dapat? macmne nak jlnkan amanah didik mereka ni? ibu bapa org besar-besar..buat apa-apa sikit kat anak2 mereka kang kena su pulak..cmane ni masa praktikum nanti..rasanya nak pilih sekolah lain..
|
maestra_dila
WARGA SETIA Menyertai: 26.10.2007 Ahli No: 31514
Posting: 404
|
Posting pada: 07-04-08 21:11
 ... Sekarang tugas guru makin mencabar.. murid2 sekarang tak macam murid2 dulu.. pantang ditegur cepat tangan dia daripada guru.. rasanya guru dah guna banyak ilmu yang dipelajari di U macam falsafah, sosiologi, psikologi, pedagogi... bimbingan dan penasihatan.. tugas guru memang mencabar.. tugas guru adalah amanah.. bukan sekadar untuk epistimologi.. tetapi juga untuk aksiologi, metafizik dan rasional untuk melahirkan insan-insan kamil.. bukan melahirkan insan camel kata pensyarah ana.. buat ibu bapa, sayang anak tangan2kan... bukan untuk menyakiti tetapi untuk mendidik..  .
|
Strawberry_Ungu
WARGA SETIA Menyertai: 13.05.2007 Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor
|
Posting pada: 07-04-08 21:52
dalam teori behaviorism pun ada pendekatan ganjaran dan dendaan untuk memodifikasi tingkah laku..tapi nmpaknya immposibble nak apply dendaan tu dalam situasi sekarang..huu..hncus my proposal kalau buat tajuk dendaan..huh
|
ummimq
 Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 07-04-08 23:29
Sepatutnya ayah kepada budak yang kena tampar tu mengucapkan terima kasih kepada guru kerana cuba memperbetulkan anaknya. Ini tidak guru tu pula ditampar. Hari ini masalah pendidikan bermula di rumah mestilah diberi keutamaan agar anak-anak yang beres dididik oleh ibu bapa tidak akan menimbulkan masalah di sekolah pula. Wallahuta'ala a'lam bissawab
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 08-04-08 06:38
dengar banyak kes2 tentang salah laku guru ni rasa berdebar pula meneruskan karier seorang guru.bukan salah guru pun , guru juga yang kena.ibu bapa sekarang ni tak dapat menerima hakikat anak mereka bersalah dan tidak mahu dilabel mereka ni tak reti nak jaga anak. tu yang respon negatif kat guru.apa-apa saja guru lakukan ,tegur budak,denda budak...datanglah segala ancaman kepada guru ..polislah,belasahlah ,rosakkan barang guru lah.ibu bapa sekarang ni tak fikir ke mereka belajar kat sekolah dulu macam mana?.siapa salah dan sapa yang betul? saya tau mereka tau sangat hal-hal macam ni tapi dek kerana pentingkn diri dan sombong..mereka menghentam guru.tidakkah mereka bersyukur sekarang ni mereka da dapat kerja elok,study tinggi? xke itu bermula dr didikan dr guru? golongan macam ni lah yang tak kenang budi...berpada-padalah nak ancam guru...tanpa guru, ilmu takkan datang sndrinya.... wahai guru, selagi ada murid yang inginkan khidmatmu...teruskan perjuanganmu...
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 08-04-08 07:11
Pergi memburu ke padang datar Dapat rusa berbelang kaki Pergi berguru ke palang ajar Ibarat bunge kembang tak jadi... Guru kencing bediri, murid kencing berlari
|
emirmizan
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.01.2006 Ahli No: 22006
Posting: 91
Dari: seremban
|
Posting pada: 08-04-08 07:12
itulah,pelik betul tengok zaman sekarang ini.... geram pula kadang-kadang... bukan pada murid2.. tapi pada mak ayah yang 'over reaction'.... aduh!!! susah betul..... mereka ingat, zaman berubah, maka segalanya berubah?? banyak yang perlu merujuk semula ke belakang zaman.... dalam sistem pendidikan ni apatah lagi... akhlak anak2 murid ni perlu dibentuk... dan bila salah, didenda bukan bermakne dera... tapi nak tolong....
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 08-04-08 07:16
Ayah sekarang adalah didikan generasi dulu... Anak sekarang adalah didikan ayah sekarang... Ayah akan datang adalah didikan ayah dulu.
|
atiey11
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.04.2005 Ahli No: 15667
Posting: 93
Dari: selangor
|
Posting pada: 08-04-08 07:33
betul ke ayat tu Daeng_Jati? rasanya ayat terakhir tu patut 'Ayah akan datang adalah didikan ayah sekarang' kan? Jangan marah......
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 08-04-08 07:45
ye, ayat meke tu betul, ayat teman yang salah heheheh....
|
atiey11
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.04.2005 Ahli No: 15667
Posting: 93
Dari: selangor
|
Posting pada: 08-04-08 08:00
pengalaman sebagai guru ganti dulu menyebabkan saya rasa tak boleh memilih bidang perguruan sebagai career, sebagai part time saja.. hehehe.. kalau ngaja kat bandar besar memang akan berhadapan dengan risiko mak ayah yang berpangkat besar dan sombong, dia meletakkan tanggungjawab mendidik anak kepada guru semata-mata, anak yang mak ayahnya bekerja sebagai orang besar, 'terlupa' nak tengok apa yang anak mereka belajar, apa yang anak dia buat, sampai darjah 5 pun masih tak boleh membaca, baru bertatih mengeja macam budak tadika.. bagi mereka yang ikhlas dalam mendidik, mereka akan rasa ini sebagai penghalang untuk mendidik anak bangsa, tapi ramai juga guru yang memilih guru sebagai pilihan terakhir, mengajar sekadar habiskan silibus, apa nak jadi dengan budak tu lantak lah.. bukan anak dia.. tak ada kaitan dengan dia.. yang dia tau silibus habis dan hujung bulan dapat gaji. kes macani pernah menyebabkan seorang pelajar kat tempat saya ngaja dulu hampir dimurtadkan sebab tak ada orang nak ambil tau pasal dia, seorang pelajar yang bermasalah, hingga memberi ruang kepada seoang guru cina mendekati dan mengaja dia apa itu kristian... dalam hal ni, rasanya kita tak boleh nak salahkan mak ayah dan student semata-mata sebab banyak juga guru yang tak ikhlas dalam mendidik, bila tak ikhlas, ilmu akan menjadi seperti bola getah yang akan melantun semula bila 'dilontar' ke dalam kepala student.. maaf kalau ada yang tersinggung, ini hanya pendapat..
|