Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
JANGAN sesekali memulakan jika tidak bersedia untuk menyudahkan

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 322
Ahli: 0
Jumlah: 322




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Bilakah akan berlakunya penyatuan umat Islam?


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Bilakah akan berlakunya penyatuan umat Islam?

Please Mendaftar To Post


Oleh Bilakah akan berlakunya penyatuan umat Islam?

arRazi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.11.2005
Ahli No: 20205
Posting: 230

blank   avatar


posticon Posting pada: 03-04-08 08:51


Assalamualaikum

Saya ingin melontarkan satu persoalan kepada antum semua dan marilah sama-sama kita berikan pendapat dan formula yang terbaik untuk mengembalikan penyatuan umat Islam, sehinggakan umat ini menjadi umat yang terbaik sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran. Kita pernah menjadi umat yang bertamadun dan termaju di dunia selama seribu tahun lebih dan tiada tamadun yang lebih lama daripada itu berdiri di muka dunia. kepada antum semua, sila lontarkan pandangan anda dan mungkin dapat mengemukakan 1 cara penyatuan umat Islam dengan cara yang syar'i mengikut nas2 syara'..

Bookmark and Share

    


  Member Information For arRaziProfil   Hantar PM kepada arRazi   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-04-08 11:54


Waalaikumsalam..

Pada pendapat saya, salah satu faktor yang boleh menyatukan umat Islam ialah aspek kepimpinan. Dunia Islam KINI tidak banyak melahirkan pemimpin siasah yang memiliki skill politik dan kepimpinan Islam, dalam hal ini termasuklah ketinggian ilmu dan budi yang boleh menjadi teladan kepada pengikutnya. Jika kita berhasrat menyatukan umat Islam seluruh dunia, penyatuan itu hendaklah melalui SATU pemimpin iaitu melalui pemerintahan konsep khalifah Islam. Tetapi dalam dunia yang kompleks hari ini, saya berpandangan ianya sulit untuk dilaksanakan. Kita percaya kekuatan sistem khalifah ini dapat dihidu oleh musuh2 Islam, dan caranya ialah mereka meruntuhkan sistem khalifah uthmaniyyah di turki lalu melancarkan gerakan penjajahan untuk mewujudkan sistem negara bangsa. Tujuannya ialah untuk memisahkan umat Islam mengikut negara dan bangsa mereka. Lalu mereka memperkenalkan pula konsep perlembagaan negara2, tatanegara, logo, lagu kebangsaan setiap negara dll..akibatnya, negara2 ini akan bersifat mementingkan diri sendiri daripada mempedulikan umat2 Islam dinegara lain.

Sekadar pendapat..Wallahua'lam..


-----------------
"Hujung FIKIR pangkal AGAMA"-Pak Hamka


Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-04-08 12:33


"Bilakah akan berlakunya penyatuan umat Islam?"

bila sesama jemaah Islam sendiri dah tak berbalah atau bermusuh, boleh bersepakat dan mereka berhenti menyalahkan antara satu sama lain.

bayangkan, kalau ada sebuah jemaah tu nak perjuangkan Islam, tup2 datang jemaah lain kata: "cara kamu salah! itu sistem kufur! cara kami ni yang betul-betul ikut tariqah RasuluLlah, cara kamu pasti takkan berjaya.."

jemaah lain pulak datang: "kamu semua ni pembuat bid`ah, terkeluar dari ahli sunnah wal-jama`ah! kamu termasuk 72 golongan yang sesat! hanya manhaj kami saja yang ikut sunnah dan dijamin masuk syurga..."

selagi orang2 yang macam di atas masih ramai di dunia ni, susahlah umat Islam nak bersatu, asyik nak bergaduh saja puak sendiri saja yang betul orang lain semua salah.

cuba perhatikan senario di timur tengah, bukankah perkara2 ini yang menjadi penyebab utama kepada perpecahan sesama umat Islam?

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

sirat82
WARGA SETIA
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-04-08 13:14


Pandangan aku sama macam pandangan ibnu musa.

ps:- Kenapa masa HT 'berdakwah', ramai warga ukhwah.com yang bukan bersama HT, tak dapat 'menerima' cara dakwah mereka. Siapa yang silap...? Dai'e atau Mad'u...?

Bookmark and Share

    


  Member Information For sirat82Profil   Hantar PM kepada sirat82   Quote dan BalasQuote

didad
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1966
Posting: 114
Dari: penang

Selangor  


posticon Posting pada: 03-04-08 13:44


salam...

saja nak bagi pandangan..kadang-kadang umat islam ni terutama melayu sangat taksub dan fanatik.istilah berlapang dada seakan tak wujud dalam berdakwah mahupun hukum.

serupa lah macam sesetengah orang memperlekehkan usaha yang dilakukan jemaah tabligh masa saya mengaji dulu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For didadProfil   Hantar PM kepada didad   Quote dan BalasQuote

Al-Mashoori
WARGA SETIA
Menyertai: 12.07.2006
Ahli No: 25170
Posting: 483
Dari: Bandar Baru Gaza

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 03-04-08 13:52


Itulah, kita ni asyik berbalah mengenai cara masing-masing yang berlainan. Tak pernah dizahirkan istilah bersatu walaupun masing-masing pakat berteriak jerit kuat-kuat sampai terkeluar kerongkong suruh bersatu. Bilakah lagi kita semua nak bersatu hati? Takkan nak tunggu Imam Mahdi dengan Nabi Isa a.s. turun baru nak bersatu?


-----------------
zwani.com myspace graphic comments


Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MashooriProfil   Hantar PM kepada Al-Mashoori   Quote dan BalasQuote

arRazi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.11.2005
Ahli No: 20205
Posting: 230

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-04-08 11:15


Assalamualaikum,

Apakah kesatuan yang diizinkan oleh syarak? Jika kita mengkaji bagaimana sejarah Islam bermula iaitu ketika Nabi Muhammad s.a.w. mempersatukan umat manusia dengan mengajak manusia untuk menyembah Allah. Seruan yang dibuat adalah tauhid kepada Allah. Jelas menunjukkan bahawa seruan yang dibawa mengajak kepada kesatuan yang mengenepikan sekala kesatuan lain daripadanya. Umat diajak menyembah Allah, mengamalkan suruhanNya dan menjauhkan laranganNya.

Apabila ini berlaku, secara automatik umat akan menganggap umat Islam yang lain sebagai saudara seakidah, dan mengenepikan segala fahaman yang menjejaskan kesatuan akidah tersebut sama ada ikatan bangsa, asobiyah, fanatik kesukuan dll yang mana ikatan-ikatan tersebut adalah tak syarie dan sesat. Islam datang dengan memurnikan kehidupan manusia dengan cara penyatuan yang benar-benar menyenangkan jiwa, hati dan perasaan serta selaras dengan fitrah manusia. Tiada lagi ikatan yang lebih kuat daripada penyatuan dalam akidah yang salim ini. Kita disuruh menyembah Allah yang Satu, berkiblatkan kaabah yang satu, mengamalkan alkitab yang satu, serta cita-cita pun satu sama ada cita-cita di dunia untuk menegakkan khilafah Islam dan cita-cita di akhirat untuk memperoleh mardhatillah..

Dunia hari ini begitu kusut dengan pelbagai fahaman dan pemikiran yang menghalang umat Islam daripada bersatu..Hatta dalam perkara kecik sekalipun mereka sanggup berbalah dan berbunuh2an sesama sendiri..di luar sana, di palestin, umat Islam yang terdiri dripada gerakan Hamas dan Fatah saling berbalah dan pernah memerangi saudara sendiri dan pernah berlakunya pertumpahan darah. Sedangkan musuh yang paling jelas dan nyata asyik memerhatikan gelagat mereka dengan senyum gembira..Musuh terlaknat tersebut adalah Yahudi. Mengapa ini berlaku? Jelas bahawa tiadanya ikatan penyatuan yang kuat yang berasaskan akidah yang salim tadi. Jika mereka benar-benar menuruti apa yang dibawa oleh Rasulullah, mereka tahu bahawa membunuh saudara seakidah adalah haram. Ini yang terjadi..

Bagaimana pula di tempat kita wahai saudara? Umat bersatu dalam pelbagai bentuk fahaman dan pemikiran. Ada satu golongan yang bersatu dari aspek kerohanian semata dan tidak mahu berdakwah ke dunia luar selain daripada dirinya. Mereka mengatakan bahawa 'baik dulu hati, maka semua manusia akan baik'. Mereka mencampakkan jauh2 politik dan tidak melibatkannya. Ada juga golongan yang lantang dengan mazhab yang dianutinya dan menganggap mazhab lain salah. Mereka ini amat fanatik mazhab. Ada juga umat yang menebal dengan fahaman kebangsaan dan kepartian mereka. Mereka meletakkan agenda bangsa di permulaan seruan mereka dan mereka teruja dengan idea tersebut, lantas terzahirlah semangat patriotisme dan lain-lain. Ramai juga dalam kalangan umat Islam yang begitu teruja dengan idea sekularisme serta tidak ketinggalan pula meilbatkan diri dengan sistem demokrasi dan sebagainya. Mereka mempersatukan dalam sistem kufur tersebut. Selain daripada itu banyak lagi bentuk penyatuan umat Islam, termasuklah dalam pelbagai gerakan2 atau kesatuan lain seperti PERKIDA dan lain-lain..

Bagaimana pendekatan yang terbaik untuk mengajak kesemua umat Islam ini untuk bersatu? Sudah jelas bahawa inilah hakikat umat Islam kini, mereka mengenepikan penyatuan yang hakiki yang selaras dengan seruan Rasulullah iaitu seruan kepada mentauhidkan Allah yang secara tidak langsung menyahkan segala bentuk penyatuan yang lain..

Bookmark and Share

    


  Member Information For arRaziProfil   Hantar PM kepada arRazi   Quote dan BalasQuote

riz_eiza
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.09.2007
Ahli No: 30946
Posting: 78
Dari: selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 10-04-08 08:41


Bila akan berlaku penyatuan umat?? tak tau bila..
cara tabligh ke atau cara apa-apa sekalipun selagi berpandukan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah maksudnya kita masih lagi dalam satu akhidah yang sama.. sesat tu hanya sekiranya apa yang dibawa tak mengikut Al-Quran dan Sunnah.. betul tak? Cuma cara penyampaian tu macam mana.. atau mentaliti orang yang kata cara tu sesat ?

Kalau cara Rasulullah dulu sembunyi2.. kalau sekarang dibuat sembunyi2 confirm orang cop sesat.. Kalau cara Rasulullah dulu cara Khalifah sekarang demokrasi.. confirm sesat/ salah?? sebab cara and ideologi tu berbeza dah terlalu lama.

sekadar pendapat

Bookmark and Share

    


  Member Information For riz_eizaProfil   Hantar PM kepada riz_eiza   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 10-04-08 10:03


Ni bab global... Kita tak boleh tengok senario penyatuan ni kat Malaysia saja... Umat Islam ada di mana- mana sahaja di dunia ni... Jadi, Kita akan bersatu jugak satu hari nanti berdasarkan hadith Rasulullah... Tapi, saya tak ingat hadith tu... sesiapa yang ingat dan tahu hadith tu, kongsi- kongsi lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 11-04-08 10:34


Pada 03-04-08 13:44 , didad posting:

!!! QUOTE !!!

salam...

saja nak bagi pandangan..kadang-kadang umat islam ni terutama melayu sangat taksub dan fanatik.istilah berlapang dada seakan tak wujud dalam berdakwah mahupun hukum.

serupa lah macam sesetengah orang memperlekehkan usaha yang dilakukan jemaah tabligh masa saya mengaji dulu..


yup..salah lagi yang tak berapa elok kat Malaysia ni fanatik dengan jemaah sendiri..merendah2kan jemaah org lain..


-----------------
"Hujung FIKIR pangkal AGAMA"-Pak Hamka


Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 11-04-08 16:06


Al-Jamaah Di Dalam Islam –Menyelesaikan Persoalan Ummah
Kejatuhan empayar Islam Uthmaniyah menjadikan umat Islam sedunia berpecah belah dan kehilangan arah dan punca perjuangan sehingga masing-masing tidak mengetahui ke manakah dan apakah seruan dakwah Islam yang harus dihadapkan.

Persoalan paling utama ditimbulkan ialah sekiranya seseorang itu mahu berdakwah dan menyeru kepada Islam maka kumpulan Islam yang manakah harus diserukan dan siapakah golongan yang boleh disertai untuk bergerak bersama kerana fitrah manusia menafikan perjuangan dan gerak kerja seorang diri.

Bahkan di dalam hadith sendiri baginda rasulullah pernah bersabda :

فان الشيطان مع الواحد وهو من الاثنين أبعد

“ Sesungguhnya Syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua” (hadith sahih, riwayat Ahmad dan Nasaie, Tirmidzi dan Ibn hibban dan lain-lain.)

Pelbagai perintah di dalam kitab dan sunnah menyuruh dan melazimi umat Islam supaya menetap diri di dalam jemaah al-haq dan disebut sebagai kumpulan orang-orang yang beriman serta larangan menyelisihi mereka dan perintah supaya menetap diri bersama jemaah.


Bahkan perintah di dalam Al-Qur’an juga menyuruh supaya umat Islam saling bantu-membantu di antara satu sama lain sehingga terpapar gambaran gerak kerja yang disebut “Amal Jamaie” di dalam Al-Qur’an.


وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah Amat berat siksa-Nya.” (Al-Maidah : 2).

Perintah berjemaah merupakan satu perintah yang disebut sebagai wajib berdasarkan kepada hadith baginda yang diriwayatkan oleh Ibn Umar ra yang bermaksud “ Akan datang kepada umatku perkara seperti yang pernah menimpa kaum bani Israel, selangkah demi selangkah sehingga akan berlaku dikalangan mereka yang berzina dengan ibunya secara terang-terangan. Sehingga ada umatku akan melakukan sedemikian. Sesungguhnya umat bani Israel berpecah kepada 72 golongan dan akan berpecah umatku kepada 73 golongan dan kesemuanya di neraka kecuali satu golongan.

Maka bertanyalah para sahabat ra kepada baginda akan siapakah golongan yang satu itu wahai rasulullah ? Maka jawab baginda “ Golongan yang aku berada di dalamnya dan para sahabatku .” (Hadith Hasan, riwayat Tirmidzi no.26 Jilid 5, Hakim no.218 Jilid 1).

Iaitu jalan serta manhaj yang beradanya nabi dan para sahabatnya iaitu jalan salaf soleh dalam iktiqad (kepercayan) serta aqidah mereka itulah yang benar.

Manakala kalimah dan pengertian jemaah berdasarkan hadith pula boleh dilihat pada riwayat yang pelbagai dari baginda rasulullah salallahualaihiwasalam yang menyebut perihal jemaah.

Seperti yang dikeluarkan oleh At- Tibrani dengan sanad yang sahih akan sabda baginda nabi salallahualaihiwasalam :

عليكم بالجماعة فان يد الله على الجماعة

"Hendaklah kamu berada dalam jemaah sesungguhnya tangan Allah itu berada dalam jemaah” (Riwayat Tibrani 447 /12).

Dikeluarkan oleh Imam At-Tirmidzi ra , dari riwayat Ibn Abbas ra bahawa baginda pernah bersabda :


يد الله مع الجما عة

“Tangan Allah itu bersama jemaah” (Riwayat Tirmidzi m/s 367 Jilid 6).

Juga melalui riwayat yang lain di tambah dengan

فان الشيطان مع الواحد وهو من الاثنين أبعد

" Sesungguhnya Syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua” (riwayat Ahmad dan Nasaie, Tirmidzi dan Ibn hibban dan lain-lain.)

Juga dari riwayat Abi Dzar ra yang berkata bahawa telah bersabda rasulullah salallahualaihiwasalam :

من فا رق الجماعة شبرا فقد خلع الله ربقه ألاسلام من عنفه

“Barangsiapa yang memisahkan dirinya dari jemaah walaupun sejengkal maka Allah akan mencabut ikatan Islam dari tengkuknya” (Hadith sahih riwayat Abu Daud no. 4750).

Sebenarnya masih banyak hadith yang menyebut mengenai perihal kewajipan melazimi dan berada dalam jemaah dan larangan dari keluar atau mengasingkan diri dari jemaah.

Juga disebut melalui riwayat Umar Ibn Khattab ra menyebut bersabdanya baginda rasulullah salallahualaihiwasalam :


من أراد بحبوحة الجنة فليلزم الجماعة

“Barangsiapa yang menginginkan tempat tinggal di syurga maka hendaklah berada dalam jemaah” (Hadith Sahih riwayat Tirmidzi no 2165, Ibn Majah dan Humaidi).

Imam Al-Hafidz Mubarakfuri dalam kitabnya Syarah Jami’ Tirmidzi Tuhfatul Ahwazi mensyarahkan hadith ini dengan menyebut kewajipan berjemaah dalam hadith ini ialah bermaksud menetapkan diri bersama kepimpinan masyarakat Islam kerana Islam itu ialah sudah merupakan sebuah jemaah dan barangsiapa yang memisahkan dirinya dan keluar dari jemaah (masyarakat Islam) itu atau menyisihkan diri (membuat jemaah baru) maka sesungguhnya dia telah menghilangkan Islam dari dirinya seperti apa yang disebut oleh hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah secara marfu dalam Sahih Muslim yang menyebut :


من خرج من الطاعة و فرقوا الجماعة فمات مات ميتة جاهلية

" Barangsiapa yang keluar dari ketaatan kepada kepimpinan umat Islam dan memecah belahkan jemaah (masyarakat Islam) maka matinya merupakan kematian jahiliyah”

Bahkan berkata lagi Hafidz, hal ini juga disebut dalam hadith yang diriwayatkan oleh Syaikhain (Imam Bukhari dan Muslim) dari Huzaifah al-yamani ra akan hadith yang berbunyi :


تلزم جماعة المسلمين وامامهم

“ Hendaklah kamu beriltizam dengan jemaah umat Islam dan kepimpinannya” dan dalam riwayat Khalid bin Sabi’ di sisi Tibrani menambah apabila kamu melihat Khalifah maka taatilah dan apabila tiada khalifah maka berperanglah ( Sila lihat Tuhfatul Ahwazi m/s 385 Jilid 6).

Menurut para ulama salaf soleh seperti apa yang diriwayatkan oleh Muhammad Ibn Sirrin dari Ibn Mas’ud ra bahawa yang dimaksudkan jemaah itu ialah para sahabat baginda dan sebahagiannya mengatakan mereka itu ialah para ulama kerana para ulama itu pewaris nabi salallahualaihiwasalam ان العلماء ورثة الأنبياء (Hadith Sahih, riwayat Tirmidzi no. 2606, Abu Daud dan Ibn Majah).

Berdasarkan situasi pada hari ini, jemaah yang berbentuk organisasi dan membawa kefahaman yang sahih yang diperjuangkan oleh rasulullah dan para sahabat boleh memainkan peranan sebagai penyelamat umat Islam daripada kesesatan dan kejahilan. Tidak ada halangan dan kedosaan bergerak menjalankan dakwah secara berjemaah bahkan itulah yang paling afdhal selain membawa berkah dan kebaikan kepada umat Islam. Disebabkan dengan membawa dakwah secara berjemaah maka umat Islam selain teratur dan tersusun maka harakah dakwah juga bebas dari godaan syaitan secara peribadi dan ancaman-ancaman penyelewengan.

Apakah Maksud Al-Jamaah ?

Di sebut di dalam kamus Lisanul Arab oleh Ibn Manzur ra bahawa kalimah “Jamaah” bermaksud ialah menghimpunkan sesuatu daripada berpecah dan jamaah bagi manusia ialah sesuatu yang orang berhimpun dan berkumpul padanya. (lihat Lisanul Arab m/s 200 Jilid 2)

Manakala dari sudut istilah Al-Jamaah ialah “Perkumpulan orang-orang yang beriman di atas al-Haq (kebenaran) yang padanya rasul dan sahabat berada dan jalan yang dilalui oleh mereka seperti yang disebutkan oleh kitab dan sunnah.” (sila rujuk Kitab Qawaid Fil Bayan Hakikatul Iman m/s 28 oleh Syeikh Adil Ali Syaikhan, cetakan Adhaul Salaf, Riyadh, Arab Saudi)

Berdasarkan istilah di atas, jemaah bermaksud syumul, rabbani dan juga menyeluruh serta bersifat umum dan terpakai kepada sesiapa dan mana-mana kumpulan di dunia ini tanpa terikat kepada batasan kawasan, sempadan negeri dan bangsa serta organisasi.

Sesiapa sahaja yang berada di jalan yang sahih yang padanya menepati apa yang di bawa oleh rasulullah dan sahabat ra maka dia sedang berada di dalam jemaah sekalipun berseorangan atau mempunyai bilangan yang sedikit di sesuatu kawasan dan melaksanakan dasar-dasar dan prinsip berjemaah itu sendiri seperti mengangkat amir, mengadakan syura dan beramal secara jamaie maka tertunailah kewajipan berjamaah ke atas dirinya dan selamatlah dia daripada ancaman menyalahi jemaah.

Seperti hadith dari riwayat Abi Dzar ra yang berkata bahawa telah bersabda rasulullah salallahualaihiwasalam :


من فا رق الجماعة شبرا فقد خلع الله ربقه ألاسلام من عنفه

“Barangsiapa yang memisahkan dirinya dari jemaah walaupun sejengkal maka Allah akan mencabut ikatan Islam dari tengkuknya” (Hadith sahih riwayat Abu Daud no. 4750).

Sebahagian ulama menyebutkan Al-Jamaah sebagai Islam itu sendiri kerana Islam itu ialah jemaah , sebahagian mengatakan masyarakat Islam yang padanya ada imam dan sebahagian yang lain mengatakan ianya ialah haq (kebenaran) dan sunnah tetapi istilah di atas lebih tepat.

Ini berdasarkan kalimah mutiara daripada Ibn Mas’ud ra : “ Al-Jamaah itu ialah apa yang menepati kebenaran walaupun engkau berseorangan”. (Lihat dalam Syarah Usul Al-Iktikad oleh Al-Lalikaie m/s 18 Jilid 1)

Juga berkata Imam Abu Syamah ra : “ Telah datang perintah melazimi jamaah yang di maksudkan dengannya ialah perintah melazimi kebenaran dan mengikutinya sekalipun yang berpegang kepada kebenaran itu sangat sedikit sekali dan bersalahan dengan ramai orang..” (Al-Bahis Ala Inkar Al-Hawadis wal Bida’ m/s 26).

* Abu Syamah ialah Abd Rahman ibn Ismail ibn Ibrahim Al-Maqdisi ulama Muhaddis dan Mufassir, terbunuh di Dimasyq pada tahun 665 Hijrah.

Menurut Al-Imam Syatibi ra di dalam kitabnya “Al-Jamaah secara kesimpulannya mempunyai lima ciri iaitu yang pertama ialah Al-Haq (kebenaran) dan perkara ibadah serta ketaatan kepada Allah dan yang kedua ialah apa yang berada di dalamnya rasul dan sahabat, yang ketiga ialah para ulama dan mujtahid seperti yang disebutkan oleh Imam Tirmidzi ra bahawa Al-Jamaah itu ialah Ahlul fiqh wal ilm Wal Hadith dan yang ke-empat ialah Ahlul Islam iaitu apa yang berada di dalamnya umat Islam dan masyarakatnya dan lawan mereka ialah kuffar dan apa yang menyerupai kuffar dan kelima ialah apa yang disebutkan oleh Imam At-Tabari ra bahawa Jemaah itu ialah jemaah muslimin yang padanya diangkat amir dan wajib menuruti perintahnya dalam hal melaksanakan apa yang diperintahkan Allah dan rasul..” (lihat di dalam Al-I’tisom oleh As-Syatibi m/s 770 Jilid 2 tahqiq Dr. Salim Al-Hilali)

Maka dari penerangan di atas terkeluarlah golongan berikut daripada Al-Jamaah yang dikehendaki oleh Syarak iaitu :

1) Ahli Bid’ah dan kebathilan


2) Pengikut kumpulan sesat dan bathil seperti Syiah, Khawarij, Muktazilah, Murjiah, Qadariyah, jahmiyah, ahli kalam, sufiyah dan lain-lain)


3) Golongan yang menyalahi jalan salaf soleh dan teladan serta fatwa ulama Islam seperti ahli falsafah, pengikut isme (FIKRAH) ciptaan manusia, pengikut tokoh-tokoh tertentu yang ta’asub, golongan yang menyerupai kuffar dan menerima sistem kuffar dalam kehidupan mereka.


4) Ahli kumpulan atau organisasi yang mahukan orang lain menyertai mereka dan memperjuangkan “fahaman” dan “keyakinan” mereka yang menyalahi prinsip-prinsip Islam serta menolak organisasi selain mereka.


5) Organisasi yang memperjuangkan Islam dengan cara yang bathil, berlaku keras terhadap sesama Islam yang lain yang bukan ahli jemaah mereka dan bersikap curang terhadap Islam apabila mengajak orang menyertai jemaah mereka bukan menyeru kepada Islam sebaliknya kepada gerakan mereka.

Perjuangan jemaah yang diredhai Islam ialah “Golongan yang membawa dasar-dasar Islam dan menyeru manusia kepada Islam bukan kepada gerakan dan kumpulan mereka sebaliknya mengajak kepada kebenaran dan mengikuti kebenaran bukan kepada peribadi manusia yang tidak maksum”.


إتباع الحق لا إتباع الرجال

“Ikutilah Kebenaran Bukan Mengikuti Orangnya”

Berkata Al-Auzaie ra : “ Kami mengikuti sunnah daripada sumbernya” ( lihat Syarh Sunnah oleh Al-Lalikaie).

Berkata Ibn Abbas ra : “ Aku berasa bimbang diturunkan ke atas kamu batu daripada langit apabila aku mengatakan Allah swt berfirman sekian maka kamu bahkan mengatakan telah berkata Abu Bakar dan Umar sekian dan sekian”. (lihat di dalam Musnad Ahmad no. 337/1 dan disahihkan isnadnya oleh Syeikh Ahmad Syakir ra).

Hal ini telah disyarahkan oleh Syeikhul Islam Muhammad Abd Wahab di dalam Kitab Tauhid dan dijelaskan oleh Syeikh Soleh ibn Fauzan dengan berkata sekiranya ta’asub terhadap pendapat dan tokoh agung seperti Abu Bakar ra dan Umar ra yang merupakan sebaik manusia selepas para nabi tanpa dalil adalah dilarang maka apatah lagi ta’asub dan mengikuti pendapat mereka yang lain ?

Ubay bin Ka'ab berkata : 'Sesungguhnya sederhana di jalan ini dan (di atas) sunnah itu lebih baik daripada bersungguh-sungguh tetapi dalam menentang jalan ini dan bercanggah dengan sunnah. Maka lihatlah amalan kalian jika dalam keadaan bersungguh-sungguh atau sederhana hendaknya di atas manhaj (cara pemahaman dan pengamalan) para Nabi dan sunnah mereka.'

Baginda rasulullah pernah bersabda :


يد الله مع الجما عة

“Tangan Allah itu bersama jemaah” (Riwayat Tirmidzi m/s 367 Jilid 6).

Dimaksudkan jamaah ialah berkumpulan dan bersatu bukan berpecah, ramai lebih daripada seorang, bersoff (dalam barisan) dan tersusun bukan berterabur tanpa panduan bagaikan anak kambing



وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيراً

"Barangsiapa yang menentang rasul sesudah jelas kebenaran baginya dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang yang beriman maka kami membiarkan dia berleluasa dengan kesesatan yang dialaminya itu dan kami masukkan dia ke dalam neraka jahanam yang seburuk-buruk tempat kembali" (An-Nisa : 115).

Maka berkata Al-Imam Syirazi dalam kitabnya bahawa ayat di atas memerintahkan kita kepada menuruti "jalan orang yang beriman" dan larangan menyalahi mereka serta mengikuti jalan orang yang beriman itu ialah wajib (Al-Luma' Fi Usul Fiqh m/s : 180).

Jalan orang yang beriman di dalam ayat ini merujuk kepada sebaik-baik golongan manusia yang beriman iaitu mereka yang beriman di zaman rasul dan hidup di bawah pertunjuk Allah dan di zaman penurunan wahyu iaitu para sahabat ra dan kemudian para anak-anak mereka dan seterusnya cucu mereka yang disebut sebaik-baik golongan.


وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

" Golongan yang terdahulu daripada Muhajirin dan Ansor dan golongan yang mengikuti mereka dengan ehsan maka telah redhalah Allah kepada mereka dan mereka pun merasa redha dengan Allah" (At-taubah : 100).


مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعاً سُجَّداً يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَاناً سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذَلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنْجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْراً عَظِيماً

"Muhammad itu rasul Allah dan golongan yang bersamanya bersikap keras terhadap kuffar dan berkasih sayang di antara mereka dan kelihatan dari mereka beruku' dan bersujud dan mereka mencari fadhilat dari Allah dan redha-Nya" (Al-fath : 29).

Diriwayatkan oleh Ibn Umar ra yang bermaksud " Akan datang kepada umatku perkara seperti yang pernah menimpa kaum bani Israel , selangkah demi selangkah sehingga akan berlaku dikalangan mereka yang berzina dengan ibunya secara terang-terangan. Sehingga ada umatku akan melakukan sedemikian. Sesungguhnya umat bani Israel berpecah kepada 72 golongan dan akan berpecah umatku kepada 73 golongan dan kesemuanya di neraka kecuali satu golongan. Maka bertanyalah para sahabat ra kepada baginda akan siapakah golongan yang satu itu wahai rasulullah ? Maka jawab baginda " Golongan yang aku berada di dalamnya dan para sahabatku ." (Hadith Hasan, riwayat Tirmidzi no.26 Jilid 5, Hakim no.218 Jilid 1).

Nabi Salallahualaihiwasalam bersabda melalui riwayat Aisyah ra : " Sebaik-baik kurun manusia ialah kurun aku berada di dalamnya dan kemudian kurun kedua (Sahabat) dan kurun ketiga (Tabi'ien)" (Hadith Sahih, riwayat Muslim no.1965 Jilid 2, Abu Daud no. 44 Jilid 50)

Dasar-Dasar Jamaah

Hendaklah difahami bahawa sesuatu yang dinamakan jemaah itu haruslah mempunyai dasar-dasar dan ciri-ciri berikut berdasarkan apa yang telah diberikan garis panduan oleh kitab dan sunnah serta fatwa ulama di dalam persoalan harakah (gerakan).

Pertama :

Hendaklah Mengangkat Amir & Imam

Mengangkat Imam atau amir ialah satu kewajipan yang diperintahkan oleh sunnah dan hal ini merupakan salah satu di antara bukti-bukti kewajipan hidup berjemaah di dalam Islam supaya masyarakat Islam dan umatnya terpelihara dari penyelewengan dan kesalahan. Para ulama menyebutkan bahawa mengangkat imam bagi umat Islam itu ialah satu kewajipan yang disepakati oleh ijmak ulama. (lihat Al-Ahkam Sultoniyah m/s 5)

Disebutkan oleh para ulama seperti Imam Ibn Hazm dan Imam Al-Qurtubi ra bahawa tidak ada khilaf dalam persoalan kewajipan mengangkat imam bagi golongan ahlul sunnah dan tidaklah menyalahi mereka hal ini melainkan golongan yang sesat. (lihat Al-Imamah Al-Uzma oleh Syeikh Dr Abdullah Ad-Domaiji m/s 46)


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً

“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. kemudian jika kamu berlainan Pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (An-Nisa : 59)

Diriwayatkan oleh Imam At-Tabari daripada Abu Hurairah ra bahawa yang dimaksudkan dengan ulil amri itu ialah para pemimpin dan kemudian di tambah lagi dengan katanya At-Tabari yang paling tepat dari maksudnya ialah mereka itu para pemimpin yang diberikan wala ketaatan oleh umat Islam dan pemelihara maslahat umat Islam. (Tafsir At-Tabari m/s 497 Jilid 7 dengan isnad yang sahih)

Bahkan di dalam hadith terdapat perintah supaya melantik amir apabila seseorang keluar bermusafir seperti hadith riwayat Abu Said Al-Khudri ra bahawa baginda rasulullah bersabda : “ Sekiranya keluar tiga orang dalam musafir maka hendaklah mengangkat amir salah seorang di antara mereka.” Demikian juga hadith yang sama makna daripada riwayat Abu Hurairah Abdullah ibn Umar dengan tambahan. (Hadith sahih riwayat Ahmad, Abu Daud no. 87 dan lain-lain)

Maka berkatalah Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah ra dengan maksudnya sekiranya diwajibkan mengangkat amir bagi satu kumpulan yang kecil seperti tiga orang di dalam musafir maka lebih-lebih lagi menjadi kewajipan untuk mengangkat amir (pemimpin) di dalam kumpulan yang lebih besar dari itu apatah pula di dalam urusan yang lebih besar dari sekadar musafir. (lihat Al-Imamah Al-Uzma oleh Syeikh Dr Abdullah Ad-Domaiji m/s 50)

Pengangkatan Amir (pemimpin) di dalam Islam terlihat dari hadith yang menyuruh supaya mengangkat ketua di dalam musafir maka perlantikan ketua bagi urusan besar dari musafir adalah amat-amat lebih perlu seperti urusan dakwah, tarbiyah dan jihad serta pelbagai hal urusan agama. Sehingga di dalam kitab solat terdapat hadith dan bab supaya menyuruh menunggu imam dan hadith yang memerintahkan supaya makmum bersolat menurut takbir imam dan mengikuti perbuatannya sekaligus mencerminkan kedudukan imam dan ketua yang mesti dipatuhi dalam hal yang berkaitan syarak dan memberi manfaat kepada syarak.

Melalui amir (pemimpin) dan Imam maka umat Islam lebih tersusun dan kemas serta rapi dalam bergerak menegakkan deen Allah dan sesungguhnya telah disebutkan di dalam hadith baginda : “ Mukmin yang kuat itu adalah lebih baik dan disukai oleh Allah swt daripada mukmin yang dhaif.” (hadith sahih riwayat Muslim dan Ibn Majah no. 79)

Kedua :

Melaksanakan Syura’ Dalam Urusan

Di antara aspek penting dasar sesebuah jamaah menurut kitab dan sunnah serta konsep kumpulan orang-orang yang beriman ialah mereka melaksanakan syura’ di dalam urusan mereka seterusnya bertawakal kepada Allah di atas segala keputusan yang dibuat.


وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

“Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” (As-Syura : 38)


فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظّاً غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu Berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. kerana itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.” (Ali-Imran : 159)

Berkata Al-Ustaz Syed Qutb bahawa pada ayat ini tergambarlah kekhususan umat Islam ini berbanding umat-umat yang lain apabila Allah memerintahkan mereka dengan mengadakan syura’ sedangkan ayat ini ialah ayat Makkiyah dan daulah Islam belum lagi tertegak di Madinah maka difahami bahawa inilah sifat jemaah yang mesti ditegakkan oleh jemaah umat Islam sebelum menuju kepada daulah bahawa syura ditegakkan di dalam segala urusan penting mereka. (lihat Fi Zilalil Qur’an m/s 316 Jilid 5)

Disebut di dalam hadith riwayat Abu Hurairah ra : “ Tidaklah aku melihat seorang pun yang lebih banyak bermesyuarat bersama sahabatnya selain nabi salallahualaihiwasalam.” (hadith riwayat Tirmidzi, Syafie dan Baihaqi, rijalnya siqah tetapi terputus isnadnya).

Maka menjadi kewajipan kepada para muslimin menegakkan syura’ di dalam jemaah atau gerakan mereka serta memahami baawa ianya ialah sunnah yang sangat dituntut oleh Allah swt serta menjadi salah satu dasar kepada sebuah jemaah yang dikehendaki oleh syariat.

Ketiga :

Mengikuti Tanzim (Organisasi)

Organisasi atau sebuah tanzim merupakan perkara yang mesti dan lazim di dalam sebuah gerakan atau jemaah dan ianya mesti di atur dengan baik menurut kesesuaian serta kedudukan yang sewajarnya. Di dalam hadith baginda rasulullah salallahualaihiwasalam ada menyebut :


أمرت أن أخاطب الناس على قدر عقولهم

" Aku diperintahkan untuk berbicara dengan manusia menurut kadar kemampuan mereka"(Hadith Sahih, riwayat Bukhari no.124).

Lantaran itu penetapan organisasi, bidang tugasan dan pekerjaan harus disesuaikan benar-benar menurut kemampuan seseorang dan kebolehan serta keperluan semasa yang memerlukan kepada jemaah menetapkan seseorang memikul tugas dan berperanan dalam gerak kerja agama yang diputuskan melalui syura’.

Mengikut arahan atau bertindak melalui bidang kuasa serta struktur organisasi adalah sangat penting kerana ianya menjamin kepada keselamatan dan manfaat umum yang terselamat dari kesilapan dan penyelewengan. Banyak berlaku kepada umat Islam yang bertindak tidak menurut struktur organisasi sebaliknya bersikap “Sendiri” akhirnya tewas dan terjebak kepada kekalahan, penyelewengan dan kesilapan.

Hal ini pernah disebutkan di dalam hadith baginda rasulullah salallahualaihiwasalam mengenai kebahayaan bertindak dan melakukan kerja seorang diri termasuk dalam beramal untuk Islam apabila baginda menyebutkan :

فان الشيطان مع الواحد وهو من الاثنين أبعد
“ Sesungguhnya Syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua” (riwayat Ahmad dan Nasaie, Tirmidzi dan Ibn hibban dan lain-lain.)


(bersambung insyaAllah...)
Labels: Dakwah
POSTED BY USTAZ EMRAN AT 6:26 PM

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

isa777_musa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.04.2008
Ahli No: 33185
Posting: 129
Dari: Klang

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 16-04-08 10:58


Pecah Gayong di dalam dulang,
Dulang hanyut lautan tujuh,
Perpecahan Islam perpecahan sayang,
Di satu masa balik berteguh...

Bookmark and Share

    


  Member Information For isa777_musaProfil   Hantar PM kepada isa777_musa   Pergi ke isa777_musa's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-04-08 11:04


ini buat hukuman ke apa>?

mereka yang terkeluar dari ahlussunnah ?

2) Pengikut kumpulan sesat dan bathil seperti Syiah, Khawarij, Muktazilah, Murjiah, Qadariyah, jahmiyah, ahli kalam, sufiyah dan lain-lain)

ahli kalam dan sufiyah semuanya terkeluar?

ini lagi satu tak bertanggungjawab dalam mengeluarkan pernyataan. Anda sedang membawa kepada isu perpecahan umat Islam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-04-08 11:05


Sudah! jangan disambungkan jika ia hanya merupakan pendapat yang membawa rebah tentang perkara khilaf.

Hentikan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 16-04-08 12:36


Pada 16-04-08 11:05 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

Sudah! jangan disambungkan jika ia hanya merupakan pendapat yang membawa rebah tentang perkara khilaf.

Hentikan.

Yelah... Hentikan sahaja... Anak_Pejuang dah tak ada hujah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-04-08 12:49


Pada 16-04-08 11:04 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

ini buat hukuman ke apa>?

mereka yang terkeluar dari ahlussunnah ?


tak faham, ni refer kat kata-kata siapa? :-?


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

agmnhob
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2007
Ahli No: 30706
Posting: 269
Dari: Shah Alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 16-04-08 16:55


http://hadith.al-islam.com/bayan/display.asp?Lang=mal&ID=1074

Bab Wajib Menyertai Jemaah (Kumpulan) Orang Islam Ketika Timbulnya Fitnah Dalam Setiap Keadaan Dan Haram Melanggar Perintah (Arahan) Serta Mengasingkan Diri Dari Jemaah

Hadis Huzaifah bin Al-Yaman .a katanya: Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan? Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu?Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenal dan ada yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke Neraka Jahanam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka itu. Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami. Rasulullah menjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka. Aku bertanya lagi: Bagaimana sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin? Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian. Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim :3434


zaman islam kembali menyinar.. eropah pun dah mengakui perkembangan umat islam di sana. amerika pun. asia tenggara wallahua'lam.

kita sekarang ada jemaah yang memperjuangkan islam. bukan perjuangkan bangsa..tapi perjuangkan islam dan melatakkan Allah dan Rasulullah.s.a.w sebagai tunjang... kita ikut lah yang tu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For agmnhobProfil   Hantar PM kepada agmnhob   Pergi ke agmnhob's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 16-04-08 21:51


bila semua jemaah Islam yang ada bersatu pada perkara usul dan berlapang dada pada perkara furu'...

isu inilah yang tak selesai sampai sekarang.... :-( :-( :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 18-04-08 00:47


Pada 10-04-08 08:41 , riz_eiza posting:

!!! QUOTE !!!

Bila akan berlaku penyatuan umat?? tak tau bila..
cara tabligh ke atau cara apa-apa sekalipun selagi berpandukan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah maksudnya kita masih lagi dalam satu akhidah yang sama.. sesat tu hanya sekiranya apa yang dibawa tak mengikut Al-Quran dan Sunnah.. betul tak? Cuma cara penyampaian tu macam mana.. atau mentaliti orang yang kata cara tu sesat ?


Salam, kita bukan sekadar tengok apa yang dibawa saja, kita mesti teliti juga bagaimana ia dibawa juga... Tak perlu saya elaborate panjang... Tunggu saja, tak lama nanti insya Allah ada lah yang akan respon terhadap kenyataan saya ni... hu hu.

!!! QUOTE !!!

Kalau cara Rasulullah dulu sembunyi2.. kalau sekarang dibuat sembunyi2 confirm orang cop sesat.. Kalau cara Rasulullah dulu cara Khalifah sekarang demokrasi.. confirm sesat/ salah?? sebab cara and ideologi tu berbeza dah terlalu lama.

sekadar pendapat


Bukan semua perkara perlu disembunyikan, dan tak semua perlu diwar-warkan. Perkara-perkara aspek administratif tak perlulah dihebahkan... Kemudian aktiviti yang dijalankan janganlah hanya buat sembunyi-sembunyi di pinggir hutan. Kalau buat juga, memanglah orang akan syak wasangka.

Jangan-jangan riz eiza pun sefikrah dengan Dr. Abdel Wahhab el-Affendi, pengarang buku "Who Needs an Islamic State?"... Beliau berpandangan bahawa Islam tidak menunjukkan kaedah yang spesifik bagaimana nak menguruskan aspek kenegaraan. Sedangkan kalau dirungkai khazanah-khazanah Islam yang ada, pasti kita akan temui huraian dan panduan dalam mengurus sesebuah daulah menurut perspektif syarak.

Bukan itu saja, bahkan kaedah menegakkan daulah pun boleh ditemui sekiranya kita benar-benar ikhlas nak berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah serta tak dikaburi dengan pemikiran asing yang membinasakan.

Zaman dulu mahupun zaman sekarang tuntutan Daulah Islam tetap tidak pernah berubah. Ia merupakan suatu kewajipan, bukannya pilihan yang boleh ditukar ganti semata-mata kerana zaman dah berubah... Demikian juga dengan tariqah bagi meraihnya, tidak akan pernah berubah... Yang bisa berubah hanyalah uslub dan wasilahnya...


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 18-04-08 01:14


!!! QUOTE !!!

2) Pengikut kumpulan sesat dan bathil seperti Syiah, Khawarij, Muktazilah, Murjiah, Qadariyah, jahmiyah, ahli kalam, sufiyah dan lain-lain)


Melemparkan pertuduhan sesat dan batil secara pukul rata terhadap Syiah merupakan satu kesilapan. Bukan semua Syiah itu sesat dan batil.

Betulkan saya kalau tersilap. Beza antara Sunni dan Syiah hanya berkisar tentang khalifah dan pelantikannya sahaja. Pertama, mereka (iaitu Syiah Imamah) hanya menerima pelantikan Saidina Ali, dan seterusnya (12 kesemuanya) khalifah dari kalangan ahlul bait. Sunni pula berpegang bahawa sesiapa sahaja berkelayakan selagimana memenuhi syarat iniqad. Kedua, mereka menganggap kesemua imam-imam ini maksum, sedangkan manusia yang maksum hanyalah para Nabi dan Rasul.

Hal-hal yang lainnya mereka masih lagi berpegang sepertimana yang kita anuti. Mereka tetap beriman kepada Allah Tuhan yang Esa, beriman kepada Malaikat, beriman kepada kitab-kitab, beriman kepada para Rasul, dan juga meyakini qadha dan al qadar.

Melabelkan Syiah sebagai sesat dan batil tidak akan membantu ke arah penyatuan ummah. Sewajarnya kita menyelesaikan permasalahan dan perselisihan ini secara baik dan bertamadun. Jangan sampai sentimen Sunni-Syiah ini menyebabkan kita dengan mudahnya dimanipulasikan oleh musuh Islam agar kita saling bertelagah antara satu dengan yang lainnya.

Percayalah, sebelum penaklukan Amerika di Iraq, tidak pernah berlaku ketegangan antara mazhab Sunni dan Syiah ni. Bahkan mereka boleh hidup bersama dalam satu kejiranan secara aman damai. Bila Perang Teluk kedua tercetus barulah pertelagahan ni tercetus. Kenapa? Sebab itulah yang diingini oleh si penjajah. Mereka tak mahu umat Islam bersatu. Sudahlah umat Islam dipecah-pecahkan kepada statelets (negara-negara kecil) yang akan sentiasa bergantung dan tunduk kepada musuh Islam, kini dalam sesebuah negara itu sendiripun dipecah-pecahkan lagi. Tengok saja di Iraq, kini dah dipecahkan kepada tiga zon, zon Kurdish di utara, zon Syiah berhampiran Iran, dan zon Sunni di Basra dan sekitarnya.

Ringkasnya, dalam menangani isu Sunni-Syiah ni kita mestilah bertindak secara rasional dan tidak terikut-ikut dengan sentimen yang dipermainkan oleh musuh kita semua. Mungkin di Malaysia tak terasa sangat tentang isu ni, sebab pengaruh Syiah di sini boleh dikatakan tidak ada langsung. Tapi di timur tengah situasinya berbeza.

P/s: baru-baru ni saya dapat perkhabaran dari warga Iraq. Di sana, orang-orang Sunni terpaksa berpindah keluar sekiranya mereka mendiami kejiranan yang terdiri daripada majoriti Syiah. Demikian juga sebaliknya. Bahkan ramai juga yang berhijrah keluar ke Jordan, Syria, dan Lubnan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 18-04-08 01:49


Pada 03-04-08 13:14 , sirat82 posting:

!!! QUOTE !!!

Pandangan aku sama macam pandangan ibnu musa.

ps:- Kenapa masa HT 'berdakwah', ramai warga ukhwah.com yang bukan bersama HT, tak dapat 'menerima' cara dakwah mereka. Siapa yang silap...? Dai'e atau Mad'u...?


Salam, tidak cukup jika hanya mencari salah siapa. Yang dicari sekarang ialah cara menyelesaikannya.

1.Apa yang dimaksudkan dengan tidak dapat 'menerima' cara dakwah mereka?

2.Kemudian kita beralih pula kepada persoalan 'Kenapa'?

Kenapa tidak diterima? Kerana berbeza dengan pegangan kita selama ni? Ataupun kerana vektor yang tak pandai menyampaikan?

Jika kesilapan disebabkan oleh vektor, Kenapa tidak rujuk saja kepada sumber asalnya? Janganlah menilai berdasarkan penyampainya sahaja. Kajilah perkara yang dibawa... Jika di kalangan kami yang kurang ajar dan menyinggung perasaan, maka tegurlah seadanya. Jangan pula membuat generalisasi. Soal individu tidak boleh di-extrapolate kepada jemaah. Kita kan manusia, banyak berbuat silap. Bahkan di situlah letaknya sebahagian daripada peranan jemaah, iaitu saling memuhasabah dan saling melengkapi ahlinya.

Jika ada yang mendakwa kami berlagak seperti ulama', maka ketahuilah bahawa bukan itu niat kami. Bukan kami yang memandai reka hukum itu-ini. Hanya orang yang kehabisan hujah saja akan mendakwa sedemikian supaya orang melihat kami seolah-olah menghina ulama' lain kerana membawa pendapat dan hujah yang berlainan.

Kalau silapnya pada diri kita sendiri pula, maka kita sendirilah yang perlu mengubahnya.

"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri..." Ar-ra'd : 11

Ada sesetengah orang tu beranggapan bahawa bila kita dah jadi daie, kita bukan lagi mad'u... Seolah-olah kita dah berada di landasan yang benar dan langsung tidak akan tergelincir... Sebab tu lah bila ada orang lain yang ikhlas membuat muhasabah, dilabelnya sebagai dengki dengan usaha yang telah mereka buat selama ni. Dituduhnya berhasrat nak menjatuhkan jemaah mereka. Didakwanya pula kami menyebelahi musuh mereka.

Percayalah, bukan mudah bagi seseorang untuk menerima sesuatu yang berlainan daripada apa yang telah dipegangnya sejak sekian lama. Saya sendiri pun mengambil masa yang agak panjang. Tapi saya bukannya jenis 'denial' semata-mata kerana fikrah yang dibawa tidak menepati apa yang telah didoktrinkan kepada saya selama ni.

Percayalah, sekiranya kita ikhlaskan diri dan tidak memikirkan soal kepentingan dan pengaruh mana-mana pihak, insya Allah tidak sukar bagi kita untuk menilai dari luar 'tempurung' yang membelenggu kita selama ini...

Tidak pernah saya katakan HT-lah satu-satunya, the one and only... Tidak pernah juga saya katakan join-lah HT, jemaah lainnya sesat... Yang saya perjuangkan bukanlah kepentingan HT. Yang saya perjuangkan bukanlah supaya HT mampu memijak kepala jemaah-jemaah lain.

Saya memperjuangkan Islam, seperti kalian juga.

Demikianlah adanya...

P/s: Bagaimana 'penyampai' nak 'menyampaikan' kalau 'penerima' tak mahu 'mendengarnya'? Salah 'penyampai' jugak ke kalau si 'penerima' awal-awal lagi dah ada mindset "itulah, kau tak faham..."

Teguran kepada diri juga...


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

sirat82
WARGA SETIA
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-04-08 02:06


!!! QUOTE !!!

P/s: Bagaimana 'penyampai' nak 'menyampaikan' kalau 'penerima' tak mahu 'mendengarnya'? Salah 'penyampai' jugak ke kalau si 'penerima' awal-awal lagi dah ada mindset "itulah, kau tak faham..."


itulah, hang tak paham..... :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For sirat82Profil   Hantar PM kepada sirat82   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 18-04-08 03:51


opss, tersilap... errata

Salah 'penyampai' jugak ke kalau si 'penerima' awal-awal lagi dah ada mindset "itulah, hang tak paham..."

Terima kasih atas pembetulan yang diberikan...

P/s: sirat, ni inside joke, orang lain takkan faham... kita yang terlibat saja yang faham...

:-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

hanafirazali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-04-08 07:23


jemaah yang kita ikuti takkan ke mana kalau kita merendahkan jemaah lain... jangan pulak kita mengingkari usaha jemaah lain yang ingin menegakkan AlQuran dan Sunnah dalam perlembagaan dengan pelbagai fitnah dan miskonsepsi.. tolonglah faham... jangan sempitkan fikiran... minta berlapang dada... semua jemaah inginkan penerapan islam secara syumul dalam kehidupan.. yang kita patut tentang ialah kumpulan (tak sesuai letakjemaah sebab mereka bukan nak perjuangkan islam) yang menentang islam terang-terangan... hanya memperjuangkan nasib bangsa yang tak ke mana arah tuju...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanafirazaliProfil   Hantar PM kepada hanafirazali   Quote dan BalasQuote

agmnhob
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2007
Ahli No: 30706
Posting: 269
Dari: Shah Alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-05-08 08:50


assalamualaikum wbt.
baca mula dengan bismillah..sebab panjang ini..takut sekerat jalan syaitan hasut bukan2.
iqra' bismirabbikallazi qalam. !!! itu arahan pertama Rasulullah s.a.w terima dari Allah.s.w.t...penting tu..arahan pertama tu!!! =D


saya cerita pengalaman saya bersama tabligh, pas, dan lain-lain.. InsyaAllah.

saya ramai kawan jemaah tabligh, (tabligh tu salah satu 4 sifat utama kan? JUJUR AMANAH TABLIGH FATONAH). saya, pernah mengikuti keluar 3 hari. Alhamdulillah, memang saya terelak dari maksiat yang nyata sebabnya saya sentiasa di masjid. tak tengok drama cina petang-petang yang tak tutup aurat, tak tengok bola lelaki pakai seluar pendek..yang penting saya tak tengok artis dok menyanyi lupa Allah...asik ingat dunia dunia dunia..siap ada kata dunia baru pulak tu..baru apa...padahal dunia dah meniti saat2 hampir kiamat dah pun!!..hubbuddunia sungguh!! semoga mereka diampuni Allah s.w.t...selingan*

Tabligh, sebenarnya mereka ini cuba menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w dan cara dakwah para sahabat yakni secara bersemuka dari rumah ke rumah. dari pelbagai golongan. itu dakwah cara Rasulullah s.a.w, bukan melalui perantaraan lain seperti internet dan sebagainya. walaubagaimanapun, tak salah menggunakan apa-apa medium ke jalan dakwah. memang tak salah. saya ulang..memang tak salah pun guna apa-apa medium untuk berdakwah....tapi sampaikah kepada mereka-mereka yang duduk dalam hutan seperti orang asli? =D adakah micheal jackson atau ah seng akan buka web ukhwah.com??iluvislam.com? ataupun billgates ke? =D raju ke?

MANHAJ KENABIAN. method kenabian ini adalah zaman yang akan kembali tertegaknya khilafah, cuba rujuk ceramah mp3 ustaz saifulislam tentang tamadun-tamadun yang dilalui oleh umat islam bersumberkan hadith Nabi. Maknanya, ada segolongan umat islam menghidupkan semula kerja kenabian, yakni dakwah sepenuh masa, dari pintu ke pintu, kabilah ke kabilah, negara ke negara method yang sama dengan kerja nabi-nabi... tetapi mereka bukan nabi, tapi mereka menyambung kerja-kerja kenabian.

kerana itulah khairun ummatin yang disebut2 dalam al-quran...umat yang terbaik..umat terdahulu , setiap zaman di hantar nabi dan rasul untuk jadi ketua pendakwah. tetapi umat nabi muhammad diberikan tanggungjawab itu antara mereka sendiri..itulah dapatnya title KHAIRUN UMMATIN... bukan dengan kayu ukur kemajuan bandar, kemajuan budaya, kemajuan teknologi, tak...umat terdahulu pun hebat dalam perbandaran, kemajuan budaya, teknologi juga canggih2.....fikirkan!

(dengar disin ceramah ketamadunan oleh saifulislami=http://www.iluvislam.com/v1/viewpage.php?page_id=217)

tentang 5 zaman untuk umat islam sebelum yaumul qiyamah) bagi yang tak pernah dengar..dengar..nanti baru faham....insyaAllah...

sebelum dengar di link itu, saya tuliskan zaman2nya.

zaman 1. zaman kenabian. method dakwah kenabian oleh rasulullah s.a.w..bersama para sahabat.

zaman 2. zaman khilafah..method dakwah juga ikut cara rasulullah s.a.w..manhaj nubuwwah..atas manhaj kenabian juga..methodologi kenabian juga..

zaman 3. zaman raja mengigit...malikan a'dhan..ni method raja menyakiti rakyat...tentang dakwah wallahua'lam

zaman 4. zaman pemerintah mencengkam..diktator...dah ditempuh..insyaAllah akan berakhir..

zaman ke-5...kepimpinan islam kembali semula dengan method kenabian...tak ada nabi baru..cuma umat kembali dengan berdakwah/kepimpian/kenegaraan dengan method nabi.....ada kembali nabi cuma sampai saat Nabi Isa A.s turun semula...

yang disebut2 dalam al-quran khairun ummatin...kamu adalah umat terbaik, mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. ....fikirkan.... bukannya, kamu adalah umat terbaik, terbinanya menara pencakar langit paling tinggi didunia di negara islam..tak....zaman abrahah juga ada menara tinggi sebagai penarik kepada pedagang-pedagang..(rujuk ceramah tafsir surah al-fill oleh ustaz zahazan)...zaman firaun pun ada menara tertinggi di dunia kerana mencabar ketuhanan....

tafsir surah al-fill oleh ustaz zahazan:

http://www.othreestudio.com/Al-Fiil.mp3

Jemaah yang mengajak kepada kebaikan (mereka sebenarnya tak melabelkan diri mereka tabligh pun, mereka melabelkan diri mereka mengajak kepada kebaikan) ya, mengajak masyarakat muslim menjadi mukmin, mukmin menjadi muttaqin, dan juga yang bukan muslim.untuk mentauhidkan Allah s.w.t dan mengikuti ajaran Rasulullah s.a.w.

tentang amar ma'ruf tentu akan tinggal mungkar.... itu kiasan mereka. amar ma'ruf nahi mungkar tetap berlaku. contohnya... seorang yang sedang bermain bola petang-petang pakai seluar pendek, mereka tidak tegur seluar pendek tu secara direct "woi woi ..haram nampak lutut"... tapi mereka tegur dengan mengajak yang main bola pakai seluar pendek tu kemasjid, jika dizinkan Allah s.w.t terbuka hati lelaki tu, tentunya dia akan pakai seluar panjang atau kain pelikat dan terus ke masjid... kan berlaku amar ma'ruf nahi mungkar disitu? pendekatan jemaah ni lebih kepada mencegah....bukan mengubat...

saya rasa, itulah pencegah maksiat sebenarnya, bukan pergi ke hotel, tanya pasangan bukan muhrim ada tak ada, jika ada tangkap, itu dah masuk kategori mengubat...bukan lagi mencegah..... mencegah ialah proses dari awal, iaitu mentauhidkan allah s.w.t. ajak orang kenal Allah s.w.t dengan sifat Allah s.w.t MAHA MELIHAT...barulah tercegahnya maksiat... tapi tak pula saya kata pencegah maksiat tu salah methodnya...tak ada pun saya kata salah kan? itu pun salah satu usaha juga... (kena type untuk guide pemikiran pembaca supaya tak bersangka buruk pada penulisan saya pulak..nanti ada kata saya bersangka buruk pada kerja pencegah maksiat pula) bahaya sungguh syaitan ni..macam-macam cara dia nak pecahbelah kan kita, termasuk bisik kat hati kita... "zulhafidz type ni berdasarkan sumber mana?" "boleh percaya ke dia type ini"...nanti ada dibawah saya tulis.

cuba yang bertanya fikirkan, apakah sampai Islam kepada kita ditanah melayu jika para peniaga dari tanah arab tidak datang berdakwah menyampaikan (tabligh) TAUHID KEPADA ALLAH kepada masyakat waktu itu dan tentunya parameswara? itu sebabnya mereka menyebarkan dakwah keseluruh dunia kerana:

1. IKUT KEMAMPUAN= ada yang mampu dan berduit, sudah haji, lalu mereka menyampaikan kepada masyarakat dunia kepada kalimah TAUHID.mengesakan Allah s.w.t.

2. KURANG MAMPU= yang kurang mampu, student, baru bekerja, etc, menyampaikan dan mengajak kepada kebaikan pada masyarakat terdekat dan berhampiran. selalunya berhampiran masjid2 yang mereka tinggal. RUMAH bagi mereka adalah hanya sebagai tempat istirehat sepertinya para sahabat pulang ke rumah setelah keluar berjihad, berperang, berkelana menyampaikan dakwah. cuba rujuk buku ISLAM ABAD PERTAMA. dari mana sampai kemana ISLAM berkembang. DENGAN METHOD apa? =D

3. mereka tidak meletakkan PEMERINTAHAN ISLAM sebagai tujuan utama, sepertinya kaedah dakwah RASULULLAH S.A.W, (rujuk asbabul nuzul) rasulullah s.a.w mulanya berdakwah pada para keluarga, ada yang terima, ada yang menghina, (dalam era dakwah secara senyap) SEMUA ITU KUASA ALLAH S.W.T.

kemudian rasulullah mula berdakwah secara terang-terangan setelah diperintahkan Allah s.w.t setelah terkumpulnya golongan2 miskin, yakni golongan bawahan (tak target pemerintah lagi) lalu setelah ramai dan kuat, mereka berdakwah pula pada ketua kabilah yang pelbagai untuk mentauhidkan Allah s.w.t. method inilah jemaah tabligh gunakan. melalui mulut ke mulut menyampaikan kebenaran dan keesaan Allah s.w.t.

secara berterusan, dari makkah, tidak diterima, rasulullah pindah ke madinah. (taif dan sebagainya dipendekkan) diterima, lalu jumlah yang mengesakan Allah s.w.t bertambah. bila dah ramai, terbentuklah masyarakat yang mentauhidkan Allah s.w.t. bila dah terbentuk masyarakat, secara automatiknya terbentuklah satu daulah yang mentauhidkan Allah s.w.t. lalu terbentuklah MADINAH SEBAGAI BANDAR/NEGARA BERPELEMBAGAAN ISLAM PERTAMA DI DUNIA. SEPENUHNYA ACUAN AL-QURAN. PIAGAM MADINAH CUN KAN? =D semua kita disini bercita2 untuk begini kan? jadi janganlah berpecah belah.bantu membantu kan lebih bagus.. jangan taksub kepada pemahaman masing-masing..

dalam kaedah dakwah rasulullah s.a.w. sememangnya dengan cara dari mulut ke mulut, ada juga kisah dimana rasulullah .s.a.w menggunakan surat untuk dihantar kepada raja, itupun setelah umat islam benar-benar kuat dan teguh imannya dan ramai.

jadinya, tersebarlah Islam keseluruh Alam buana dengan method tersebut, sehingga ke empat-empat zaman dan empayar khalifah2 juga menggunakan method tersebut, yakni, mana yang mampu, keluar negara, sambil berniaga, kerana berniaga itu sebagai keperluan hidup di dunia, niat dan tujuan utama para pedagang arab dulu adalah untuk menyebarkan Islam. matlamat utama still sama. menyampaikan dakwah.

dan para jemaah tabligh ini, tidak langsung yakin pada usaha mereka itu Islam akan melalui zaman kegemilangan, tapi mereka diterapkan dengan keyakinan kepada Allah s.w.t

ada satu kisah, jemaah tabligh menyampaikan kalimah tauhid kepada sebuah rumah bukan Islam. 3 orang mendengar. 2 orang menolak. cerita-cerita-cerita...yang seorang lagi dia pergi cerita pada kawan-kawan dia selepas jemaah tu pulang..... nak tahu sapa yang datang ke masjid untuk menyatakan shahadah? yang kawan-kawan dia diperingkat ketiga tu yang dengar kawan dia yang seorang tu cerita........ jadinya, siapa sebenarnya yang berdakwah serta usaha dan siapa sebenarnya yang memberikan HIDAYAH kepada orang bukan islam itu untuk memeluk Islam.???

tentang keluar 40 hari. 40 hari tersebut, mereka akan sentiasa cuba dan usaha untuk berada dalam suasana sunnah rasulullah s.a.w sepenuhnya, dari bangun tidur, subuh, makan beramai2 dalam talam, kemudian keluar menyampaikan dakwah untuk mengajak manusia mentauhidkan Allah s.w.t solat jemaah lagi 5 waktu sehari selama 40 hari. semuanya diusahakan agar sepenuhnya mengikut SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

bayangkan 40 hari buat semua tu, saya dengar ceramah fadhilah kamsah, apa-apa perkara kita buat lebih 21hari tak tinggal dan istiqamah, maka ia akan jadi tabiat. JADI 40 KELUAR, insyaAllah, balik akan amalkan apa yang dilatih. saya anggap 40 hari tu sama seperti keluar berkursus tetapi kursus Sunnah Rasulullah s.a.w, dakwah, dan sebagainya. kem PLKN lagi lamaaaa tinggal mak ayah.. =D

duduk dan tidur di masjid, makan di masjid, dan kemudian keluar berdakwah, tentang keperluan dunia, mereka tak bimbang, kerana itu sama dengan keluar berjihad macam zaman rasulullah s.a.w dulu.... Tentang tinggalkan anak-anak dan isteri, saya rasa Allah kurniakan kepada mereka isteri yang memahami tujuan dakwah mereka, bukanlah hidup didunia ini hanya untuk bersenang lenang dan bermesra dengan isteri dan anak2 sahaja..., tetapi penuh tanggungjawab untuk menyebarkan TAUHID KEPADA ALLAH s.w.t, kebenaran, dan kesabaran.

saya rasa, rata-rata forumers dalam ni tahu maksud ayat yang berbunyi begini:

Ertinya : Katakanlah: ""Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya."" Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik" (At-Tawbat : 24)

jadi, janganlah kita bersangka buruk kepada mereka-mereka yang berusaha untuk menyebarkan KALIMAH lah ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH keseluruh alam.
tentunya isteri2 mereka faham TUJUAN ALLAH S.W.T MENGHANTAR KITA KE DUNIA..untuk apa ya?

bukankah ada kisah sahabat yang ditegur supaya menceraikan isterinya yang cantik cun melecun dan mesra semanja-manjanya membuatkan si suami terlupa nak berjihad di jalan Allah s.w.t.

saya kagum, jemaah yang mengajak kepada kebaikan dan mentauhidkan Allah s.w.t di kawasan saya pakai merc s class, caldina, honda 3.0, bwm, toyota alphard, tetapi semua itu tidak terletak di hati mereka, akhirat tujuan mereka, akhirat dihati mereka, kerana mereka yakin semua itu hanya 1% didunia, 99% lagi Allah s.w.t simpan untuk mereka di akhirat kelak. mereka menggunakan harta mereka, jiwa mereka, sepenuhnya untuk menyebarkan kalimah syahadah tersebut. Apakah yang anda telah lakukan untuk menyebarkan kalimah tauhid ini? =D

Namun, ada juga dikalangan jemaah yang tidak cukup kekuatan, duit, dan ilmu, tetapi mereka ada kesedaran untuk sama-sama bekerja untuk Allah s.w.t. ada dari pelbagai kalangan, tukang sapu sampah, sudah tentunya pakaian mereka tidak secantik pengarah JKR wilayah persekutuan. student, sudah tentunya warna pakaian mereka itu lusuh berbanding usahawan muslim berjaya. tetapi mereka yakin pada Allah s.w.t, Allah tidak memandang semua itu, yang Allah pandang adalah hati dan ketaqwaan mereka. cuma manusia memang sejak azali memandang zahir. =D bersih itu dituntut.separuh dari iman.

dan, mereka-mereka ini sentiasa memuji Allah s.w.t jika berjaya, tidak pernah memuji diri sendiri atas usaha mereka kerana semuaNya dari Allah s.w.t. rezeki dan keperluan hidup dunia mereka yang mereka dapat mereka yakin kepada Allah s.w.t, mereka tetap berusaha untuk dunia, tetapi mereka lebih mengutamakan akhirat yang kekal abadi.

jika tidak berjaya, mereka rasa ada dosa pada diri mereka yang membuatkan mereka tidak berjaya, sepertinya saidina umar mengeluh pada tenteranya "AKU TIDAK TAKUT KALAH KEPADA MUSUH JIKA ITU KETETAPAN ALLAH, TETAPI AKU TAKUT JIKA KITA KALAH KERANA DOSA KITA KEPADA ALLAH"

itulah sebabnya, masing-masing ada kekuatan iman dan amal masing-masing. dan apa yang Allah beri kepada kita, kita gunakan sepenuhnya untuk Allah s.w.t.

MasyaAllah, panjangnya saya type. semoga ia bukan dari nafsu saya.saya berkawan dengan semua, mat rempit, mat pit, mat kereta, abim, tabligh, pas, umno,pkr,dap, supaya saya tidak taksub kepada sesuatu kabilah (puak) atau asabiah.... dan sebabnya saya suka naik komuter dan public transport, supaya saya dapat menyampaikan kalimah tauhid kepada mereka-mereka yang bukan ISLAM.

ada seorang pendakwah saudara baru, di SHELL kl, dia asal dahulu cina katolik, kemudian diberikan hidayah kepadanya, dia memeluk islam, lalu menjadi lebih hebat dari orang-orang islam warisan. dia lebih kuat berdakwah kepada non-muslim.

dia pernah berkata " saya ramai kawan muslim, sekiranya saya mati dalam keadaan kafir, saya akan tarik rakan-rakan muslim saya di padang mahsyar kelak, Kenapa tidak pernah beritahu kepada saya tentang islam?" bukan paksa, beritahu saja apa itu islam =D

kini dia amat gigih berdakwah dikalangan bangsa cina kerana dia takut dengan ancaman tidak menyampaikan walau satu ayat tersebut. bukan hanya copy paste "sampaikanlah dari ku walau satu ayat" tapi dia jumpa dan nyatakan dan amalkan.....

dan jika dihina, diperli, dicaci, dipulau, itu semua ketentuan ALLAH s.w.t. orang yang didakwah itu peluk islam atau tidak, itu KERJA ALLAH.s.w.t. KERJA KITA? menyampaikan KALIMAH TAUHID tersebut.

wallahua'lam.

"KATAKANLAH, SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADAHKU, HIDUPKU DAN MATIKU HANYALAH UNTUK ALLAH, TUHAN SEMESTA ALAM" al-an'am ayat 162.

ps: saya bukan karkun,bukan pas,bukan umno,(tapi undi saya pangkah yang perjuangkan Islam-bukan yang perjuangkan Bangsa...bila perjuangkan Islam..adil bagi semua bangsa...bila perjuangkan bangsa...tak adil bagi bangsa lain)
saya hamba Allah s.w.t dan Umat Muhammad s.a.w. semoga saya diterima olehNya dan mendapat syafa'at rasulullah s.a.w di padang mahsyar KELAK...

ps2: ada yang bertanya, Kenapa pakistan? tidak mekah atau madinah? kerana mereka awal-awal dahulu memang cuba hidupkan cara ini di madinah dan makkah, tetapi ditegur oleh kerajaan arab saudi kerana pernah berlaku pergaduhan dengan puak syia'h lalu mengganggu orang buat urusan haji.. haji tu kan ibadah wajib (khusus) rukun pula tu, lalu mereka berpindah ke pakistan..kerana suasana ini hidup di sana.

ps3: ada rakan saya kata, ISRAEL, YAHUDI, NASRANI, akan takut gerun pada umat islam JIKA..JIKA....SOLAT SUBUH BERJEMAAH PENUH SEPERTI SOLAT JUMAAT.. fuh!! semoga saat itu akan sampai!! macam mana? letak dan ajak umat islam tidur dimasjid =D

ps4: jangan tuding jari..check diri sendiri...apakah sumbangan kita?apa yang Allah s.w.t nilai? usaha? natijah? check dan baca balik kisah2 para nabi berdakwah menyampaikan tauhid kepada Allah s.w.t macam mana. macam mana usahanya, apa natijahnya. semua yang terkandung dalam al-quran itu adalah kisah sejarah yang jadi panduan untuk kita guna..bukan hanya baca..............

ps5: sumber rujukan mereka. kitab fadhail amal. kitab itu telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa dan telah dipermudahkan dari tafsiran ibnu katsir, sebabnya dipermudahkan untuk pemahaman manusia, sebab golongan manusia ni ada cepat paham, ada yang susah paham, dan dari pelbagai golongan miskin, kaya, terpelajar, tak belajar, dan sebagainya.

fadhail amal itu ditulis penuh dengan ganjaran2 untuk beramal, untuk jadi motivasi kepada penyampai kebaikan bahawasanya, ganjaran di akhirat adalah lebih utama dari ganjaran didunia, kejayaan di akhirat adalah lebih utama dari dunia.. lebih utama, bukan saya kata tak penting kejayaan dunia tau! =D

ada ainul yaqin...dah nampak baru yakin
ada haqqul yaqin... tetap yakin samaada nampak atau tidak.

ps6: ulangan...apakah tujuan kita dihantar ke muka bumi?

ps7: golongan muslimah ramai kurang faham..sebabnya

1. bimbang kehilangan suami tinggal mereka lama-lama...takut jatuh taqlid.....kan selalu dengar kisah handzalah, zahid, sumayyah... kuatkan taqwa anda wahai ukhti2!!

2. lagi satu, ke masjid pun muslimah dinasihatkan bersama muhrim, sebabnya mudah difitnah dan terfitnah (akibat tabarruj ke masjid-wangi2,niat nak orang pandang dan lihat dan sebagainya) jadinya, kan fatimah pernah ditegur rasulullah s.a.w untuk menyertai perang dan sebagainya. tapi boleh saja jika nak berdakwah juga.. ada jemaah muslimah..ramai berpurdah dan berjubah hitam..sebab syaitan tak boleh guna mereka sebagai panahan jemaah muslim =D hitamkan serap cahaya.. =D

3. itulah sebabnya wanita diberikan Allah ganjaran2 mudah untuk ke syurga sepertinya buat air sambil tunggu di muka pintu kepulangan suami, picit suami, pegang tangan suami mesra2, masak baca bismillah pun dah besar-besar pahala, apatah lagi mengandung dan sebagainya. sebabnya mereka kurang kekuatan untuk keluar dan duduk di masjid... kan ada yang datang bulan, kena tidur luar masjid...kan susah? =D sebab itu tak ramai muslimah faham usaha ini.


ps8: apa ertinya saya menganut ISLAM..?

ps9: syukur itu banyak caranya...ewah..raihan pula

ps10: maafkan saya ye jika salah dan silap dan mengecilkan hati sesetengah pihak. tapi saya tak sanggup biarkan rakan-rakan bersangka buruk pada orang-orang yang berusaha untuk menyampaikan kalimah tauhid kepada mereka-mereka yang langsung tidak tahu. yang dah islam tu, Allah maha pengampun...yang belum islam tu...dosa SYIRIK berat!!!!!!!! kita tak paksa pun yang bukan islam masuk islam, kita hanya ceritakan tentang Allah, Rasulullah, dan kecantikan ISLAM sebagai cara HIDUP, penyelamat dunia dan akhirat!!!

ps11: tak sabarnya nak tunggu zaman kegemilangan ISLAM semula!!!!!

ps12: dulu saya kata golongan tabligh ni EXTREME..eh..salah ke kalau extreme islam.. bagus apa..terlebih2 islamnya..jangan terpengaruh lah dengan dakyah yahudi dan nasrani..extreme2 tu..tu propaganda mereka....saya rasa...ARTIS2 LAGI EXTREME..sebabnya..itulah golongan melampui batas yang Allah maksudkan dalam al-quran..EXTREME kerana berani melanggar perintah Allah.s.w.t ..lepas itu bangga pula tu langgar perintah Allah.s.w.t...jadi mari kita counterback propaganda yahudi..kita gelarkan golongan yang langgar perintah Allah s.w.t tu lah extreme...beraninye mereka ye..extreme sungguh!!!!! bangga langgar perintah Allah s.w.t...

jadi..mari kita tukar minda kita.... orang2 yang melanggar perintah Allah s.w.t dan Hadith Rasulullah s.a.w itulah golongan EXTREME!!! extremenya mereka ni..berani sungguh langgar perintah PENCIPTA MEREKA!!!

ps13: komen saja ni...tentang pembelajaran science...tak salah..saya ulang..tak salah pun....fardhu kifayah...contohnya teori proses hujan tu... betullah tu...teorinya air terserap naik ke atas, jadi awan...awan berat ..lalu hujan.... tapi kita jangan lupa...kan dah ada mentioned...Nama malaikat pembawa rezeki dan hujan apa ye....alamak..saya ingat nama artis pulak...lupa nama malaikat?? rukun iman tu! =D

ps14: dalam 100 orang saya tanya.... "adik/abang/kakak/makcik/pakcik/dato/datin boleh ingat tak ada nama-nama malaikat...rukun iman ketiga kita tu.....12 orang saja yang ingat....wah..rukun tu...bagaimana kalau rukun tak complete?? sampai hati anda..lupa nama malaikat-malaikat yang dok bekerja hari-hari bawa amalan kita, bawakkan rezeki untuk kita, catit amalan kita, yang kita ingat..malaikat maut saja kan? dia datang sapa kita last2 nanti...tapi yang tu kita ingat..yang 24jam sekeliling kita...takkanlah kita lupa agaknya..tak patut sungguh!!!.. " ni hasil pertanyaan random saya dalam komuter =D "

ps15: dalam 100 orang saya tanya..."adik/abang/kakak/makcik/pakcik/dato/datin...apa makanan kegemaran rasulullah s.a.w? errr.. ramai jawap...kurma agaknya?agaknya?agaknya? errr... saya tanya lagi... errr...apa makanan kegemaran siti nurhaliza.... 40 orang jawab kuewtiaw dengan yakin...wah..tererkah?????

masyarakat kita sekarang ni banyak masalah dari asas...yakni TAUHID KEPADA ALLAH S.W.T... tanya 99 nama pun tak tahu....20 sifat Allah s.w.t pun tak tahu..itu asas rukun ISLAM...SYAHADAH..sebut boleh..tapi tak kenal ALLAH dengan sifat2Nya...tak kenal pesuruh Allah dan sejarah kehidupan baginda...

lepas tu..juga masalah asas..RUKUN IMAN...
saya memang selalu tanya rakan-rakan tentang rukun iman ketiga..percaya kepada malaikat... apa tugas2 malaikat etc2...
ramaiiiiiiii yang lupa...tak ramaiii yang boleh ingat ada malaikat dok catit amalan kiri dan kanan bahu...ramai tak sedar tentang malaikat pembawa rezeki dan hujan.. apatah lagi malaikat2 lain... bukan rakan-rakan dalam ukwah.com lah...rakan-rakan lain... =D

2 tunjang ni settel..rukun ISLAM DAN RUKUN IMAN teguh dan KUKUH....sure kita akan kembali dalam zaman kegemilangan ISLAM!!... AMIN!!!


RUJUKAN PENULISAN HASIL PEMBACAAN:
1. 3 JILID BUKU WASIAT RASULULLAH S.A.W oleh DR. MUHAMMAD BAKAR ISMAIL:TERBITAN JASMIN. PENTERJEMAH HJ. ABDURRAHMAN SALEH.
2. PERJALANAN RABBANI: MERENTASI ALAM DUNIA, BARZAKH, DAN AKHIRAT: PENULISAN PROF MADYA DR.MUSA BIN FATHULLAH HARUN: TERBITAN SYARIKAT MEZA:
3. JANGAN TIDAK-TIDAK HM TUAH ISKANDAR
4. 3 TOKOH BAKAL MENAKLUK DUNIA: AL-MAHDI-DAJJAL-ISA AL-MASIH: USTAZ JAAFAR BIN SALLLEH: TERBITAN PUSTAKA AZHAR
5. KITAB FADHAIL AMAL: HJ ZAKARIA
6: SEJARAH ISLAM ABAD PERTAMA OLEH MOHD MOKHTAR SHAFIE: NURIN ENTERPRISE
7: 10 INTI PERINTAH ALLAH PADA NABI MUHAMMAD S.A.W: MUHAMMAD NASHIRUDDIN: TERBITAN JAHABERSA:
8: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS 1 DAN TITAS 2): AZHAR HJ MAD AROS. AZHARUDDIN MOHD DALI: ARBA'IYAH MOHD NOOR: SALINA HJ ZAINOL: PENERBITAN FAJAR BAKTI


(sesiapa nak baca, mehla rumah saya, saya buatkan air kosong special insyaAllah) *grindance*


(mana yang baik-baik... PUJI ALLAH S.W.T....jangan puji mana-mana penulis...kan pernah rasulullah s.a.w nak baling pasir pada orang yang terlalu memuji baginda..sebabnya takut syaitan cari ruang untuk membisikkan TAKSUB kepada si pemuji....atau U'JUB..mahupun RIAK serta takabbur kepada orang yang dipuji.) kan saidina umar pernah ditegur saidina abu bakar kerana menunjukkan sikap taksub kepada rasulullah s.a.w sewaktu rasulullah wafat.... "JIKA KAU MENCINTAI ISLAM KERANA MUHAMMAD..SESUNGGUHNYA MUHAMMAD ITU ADALAH MAKHLUK yang TIDAK KEKAL, CINTAILAH ISLAM KERANA ALLAH S.W.T, KERANA HANYA ALLAH YANG MAHA KEKAL" - teguran untuk mereka-mereka yang taksub pada sesiapa pun..salah2!!!...

* semoga kita semua bersatu hati, matlamat kita sama sebenarnya =D jangan menghina method orang lain tau!mula dari akar dalam diri, keluarga, saudara, jiran, automatik akan jadi masyarakat dan seterusnya keperingkat negara..amin ya rabbal'alamin!!

*gunakan apa yang ada ditangan...bagi yang ada kuasa politik, mereka gunakan method itu...
*bagi yang tiada kuasa politik, kita guna method apa yang kita mampu
*bagi yang niat nak memenangkan diri masing-masing.. hentikan.

kita sokong pas dengan methodnya melalui sistem ciptaan yahudi yakni demokrasi berpelembagaan sekarang... itu peluang dan ruang yang mereka ada..sama macam kita gunakan KOMPUTER untuk tujuan DAKWAH...komputer dari ciptaan orang ISLAM kah??? web? internet? microphone? mesin2 lain? sistem gelombang radio untuk radio2 islam? kita gunakan medium ciptaan mereka tapi atas jalan Allah s.w.t.

kita sokong HT dengan methodnya untuk tidak menggunakan demokrasi, tetapi cuba kembalikan khilafah secara total..melalui method apa saya tak pasti..tapi saya doakan.... semoga Allah memudahkan orang memahami perjuangan dalam peluang dan ruang yang HT ada..cuma saya tak faham method/ruang yang HT nak gunakan..maafkan saya..boleh call saya 0192866120 s.alam ..mana-mana ahli HT berhampiran call dan kita bersua ya?? atau yahoo saya [email protected]... sila kenalkan diri jika nak add ye.. taaruf =D

kita sokong mana-mana jemaah yang menyampaikan kebaikan, kebenaran dan kesabaran melalui penggunaan AL-QURAN DAN HADITH...dan juga sumber2 sahih lain yang berkaitan al-quran dan hadith...

jangan kita terus hentam mana-mana golongan..cuba kita fikir cara mereka fikir sebentar...mana yang tak betul..kita tegur elok-elok.. ada seorang dari parti pas...ajak saya berfikir, macam mana geng sisters in islam tu berfikir..Kenapa dia berfikiran begitu..apa punca..dah dapat punca..kita betulkan mana yang salah...jangan hentam... sama juga dengan tabligh, pas, ht.... masing-masing kita tiada ketua yang maksum sekarang ni...dah wafat...takkan kembali...tapi baginda tinggalkan kita al-quran dan hadith kan??

jangan kita tambah cabaran2 kepada orang yang memperjuangkan islam walau apa methodnya ..kita masing-masing ada kesedaran dan matlamat yang sama...

...cukuplah cabaran dari orang yang tiada kesedaran dalam negara dan luar negara...sesat dan menyesatkan......dan juga golongan yang memang memusuhi kita seperti yang tertulis dalam al-quran dan hadith.... yahudi nasrani..dan tentunya yang 24jam kerja nak sesatkan dan pecah belahkan kita..SYAITAN lah..siapa lagi!!!

takkan tak sedar.hasutan berpecah belah tu adalah dari syaitan??sama-sama kita pun baca al-ma'thurat kan pagi2?petang-petang?

Satukanlah hati kami dalam memperjuangkan agamaMu...Ya Allah!


ps16: jangan niat nak cari jodoh soleh/solehah saja dalam forum ni..boleh niat tu..tak salah pun..bagus apa..dari niat cari jodoh kat forum lowyat.net...=D ..tapi berpada2 lah.....asyik cari mencari....lupa tanggungjawab sebenar ye??... bantu agama Allah s.w.t..insyaAllah....Allah bantu kamu dengan mempermudahkan hidup didunia ini tentang apa saja keperluan dunia kamu.. jodoh/rezeki/ apa saja...ianya MUTLAK DARI ALLAH S.W.T...tenang2 saja....apa saja rezeki kamu, takkan diambil oleh orang lain..jangan lah risau sangat tentang jodoh wahai saudara2 seAKIDAH ku!!!!! saya pun nak jugak saat2 yang haram itu jadi pahala...saya pun nak syafa'at sunnah besar tu..semua orang pun nak kan..? =D tapi berpada2lah..hehe...

jika tak tahan juga..saya nak cadangkan pada pengerusi ukhwah.com, kita tubuhkan DANA NIKAH bagi forumers ukhwah.com..... buat kutipan bulanan... siapa nak kahwin, kita bantu...pahala/saham besar akhirat tu..amal-jariah.. selagi zuriat perkahwinan tu berkembang..dapat pahala kepada penyumbang....dan kemudian...buat satu pasukan merisik/meminang dari ukhwah.com..untuk terus kita gunakan bagi menyampaikan hajat kepada mana-mana wali muslim/muslimah yang dah berkenan dan sampai seru/hajat tu.. ke dah ada saya tak tahu? jika ada saya nak apply jugak ini..hehe..konfirm ramai pulak respon dengan perkara ni nanti.. lupa nak respon perkara asal penulisan...


wassalam wbt. =D

(baca bismillah ke tak waktu nak mula baca mana-mana penulisan ukhwah.com?) selawat?


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For agmnhobProfil   Hantar PM kepada agmnhob   Pergi ke agmnhob's Website   Quote dan BalasQuote

agmnhob
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2007
Ahli No: 30706
Posting: 269
Dari: Shah Alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-05-08 01:52


tambahan**
kita dok bising pasal paderi2 kristian berdakwah mengkristiankan orang melayu.

tapi bila ada segolongan islam yang berdakwah tentang islam kepada yang dah islam tapi separuh2..dan juga yang bukan islam...macam-macam pula tempelak, alasan, provokasi, kata-kata tidak mendorong dan sebagainya... ????? siapa yang menghalang usaha dakwah sebenarnya?? orang bukan Islam? atau orang yang mengaku Islam???

Kenapa masih tidak mahu bantu membantu????

Bookmark and Share

    


  Member Information For agmnhobProfil   Hantar PM kepada agmnhob   Pergi ke agmnhob's Website   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 03-05-08 08:41


Dimulakan dengan Bismillah ar-Rahman ar-Rahim.

Salam, saya faham apa yang agmnhob cuba sampaikan. Saya ada beberapa kenalan di kalangan karkun. Mereka semua ikhlas dalam menyumbang dan beramal. Saya tak pernah pun pertikaikan usaha mereka. Saya tak pernah pula perlekehkan uslub yang mereka gunakan. Bahkan saya pernah join gasht di kolej saya beberapa kali.

Saya tak terlibat dalam jamaah tersebut bukan kerana saya lebih hebat ataupun saya memperlekehkan usaha mereka. Tapi saya rasakan yang saya dapat menyumbang lebih banyak melalui jalan yang saya tempuh sekarang ni. Tak bermakna saya katakan HT lebih baik. Apa yang saya maksudkan, saya mempunyai sedikit kelebihan yang Allah berikan dan saya dapati saya mampu memanfaatkan kelebihan tersebut melalui usaha HT. Dan saya yakin dengan method HT. Tak bermakna jemaah lain salah sepenuhnya. Begitu juga sebaliknya, tak bermakna HT betul 100% tanpa sebarang cacat-cela.

Saya turut berkunjung ke bilik-bilik untuk menyampaikan fikrah Islam, cuma takdalah saya hadkan melalui cara tersebut sahaja. Namun ini semua kan uslub sahaja? Tak perlu nak diperbalahkan selagi tak bertentangan dengan pandangan syarak.

Cuma, ada beberapa perkara yang menyebabkan saya kurang selesa (bukan benci ye...). Tapi mungkin ini cuma keperibadian individu tertentu sahaja, dan bukannya sikap jamaah keseluruhannya. Ada di kalangan senior saya yang menggunakan pendekatan 'memaksa' untuk ajak keluar sehari (untuk student). Kadang-kadang sampai rimas jadinya. Selalunya karkun akan hanya 'minta bagi azam' selepas bayan saja, tapi senior saya ni siap datang bilik pagi tu walaupun bulan tu saya tak bagi nama masa bayan. Bila senior dah ajak tu, seganlah nak menolak. Seolah-olah dah ada target list. Saya ni bukanlah baik sangat, mungkin sebab saya pernah keluar, jadi lebih mudah untuk diajak.

Kadang-kadang yang lucunya ada batch saya yang pura-pura tidur atau sakit perut bila ada karkun datang ziarah. Yang bagusnya, bila karkun datang, kawan-kawan yang tak solat lagi terus pergi solat (walaupun solat kat bilik, tapi better daripada tak solat langsung). Ikhlas atau tak itu terserah kepada-Nya.

Cuma yang tak bestnya, pendekatan ziarah bilik ke bilik ni lebih kepada komunikasi satu hala. Pernah saya cuba bermuzakarah (bukan provoke ye) dalam soal qadha' dan qadar, karkun yang ziarah tu potong cakap saya dan minta diri sebab nak ke bilik lain. Sepatutnya kualiti mestilah ditekankan juga. Kalau cuma dapat satu bilik pun tak mengapa, yang penting mesej dapat disampaikan. Terkadang saya rasakan macam dah ada 'template' dalam ziarah (khususi) dan gasht. Mungkin ada agaknya.

Kemudian dalam majlis-majlis yang dijalankan, terkadang ada di kalangan karkun yang mengungkapkan kata-kata seperti "Alhamdulillah Allah dah pilih kita untuk berada dalam majlis ini berbanding saudara-saudara kita di luar sana, dalam banyak-banyak orang kitalah yang terpilih (dan seterusnya)...." seolah-olah mereka di luar sana tu semuanya membuat perkara yang lagha (pada pandangan saya, mungkin mereka ada maksud lain). Mungkin ada yang mempunyai urusan lain di jalan Allah, ataupun menunaikan kewajipannya dalam bidang masing-masing, ataupun terlibat dalam program lain yang berbentuk dakwah dan tarbiyah serta taqarrub ilallah.

Seperkara lagi, penekanan kurang diberikan kepada aspek siyasah dan kemasyarakatan. Bukannya tak ada, cuma kurang. Bila saya (atau mana-mana penceramah lain) cuba sampaikan pengisian selain daripada fadilat amal dan ibadah khusus, sambutan dingin yang diberikan. Ada yang berkata kat saya, boleh saja nak bincang pada waktu-waktu lain. Malangnya, tidak ada 'waktu-waktu lain' bagi mereka membincangkan hal tersebut. Sebab selain daripada buat usaha, mereka akan fokus sepenuhnya kepada study atau pekerjaan. Waktu lapang pula mereka riadah dan jalankan hobi. Jadi tak ada masa yang boleh diluangkan bagi membincangkan aspek tersebut.

(But then again, I would like to stress that maybe these facts are involving individuals within the jamaah only. Thus, we cannot extrapolate them to the jamaah as a whole).

Kalau tiada orang yang terlibat dalam politik, bagaimana nak memastikan syariah Islam tertegak. Kalau tiada orang yang terlibat dalam membongkar kebobrokan sistem kufur, bagaimana nak meyakinkan umat supaya menerapkan tuntutan syarak. Kalau tiada orang yang menyebarkan kebatilan sistem kapitalis, maka tentulah ia akan terus diterapkan.

Mungkin dari segi keimanan seseorang itu dah teguh, ibadahnya juga dilaksanakan secara teliti. Namun, kalau kita tak tahu apa pandangan syarak tentang sesuatu isu, maka tentunya kita tak pasti apakah kita benar melaksanakan sesuatu itu mengikut syarak ataupun tidak. Ada di kalangan orang yang teguh imannya, kuat amalannya, baik bacaan al-Quran, dan sebagainya, tapi menjadi peguam di Mahkamah Sivil dan merujuk Perlembagaan dalam berhujah. Demikian juga, ada yang bagus akhlaknya, amalnya terpelihara, tapi menggunakan kad kredit dan membeli rumah secara sewa-beli.

Keimanan tidak terhenti di tahap keyakinan semata-mata, bahkan ia perlu dizahirkan dalam kata-kata dan juga perbuatan kita sehari-hari. Bagaimana nak menzahirkan keimanan kita? Semestinya dengan mematuhi tuntutan syarak dalam setiap perkara yang kita lakukan. Bagaimana nak tahu sama ada tindak-tanduk kita tu menuruti syarak? Sudah tentu melalui ilmu yang kita pelajari. Bahkan menjadi kewajipan ke atas seseorang itu untuk memahami hukum syarak yang berkaitan dengan bidang yang ditempuhinya. Misalnya, seorang doktor wajib mengetahui hukum syarak berkenaan bidang kedoktoran. Para petani pula wajib mengetahui pandangan syarak dalam hal-hal berkaitan pertanian. Peguam sivil pula? Mereka wajib meninggalkan profesion tersebut dan berusaha menegakkan syariah.

Dalam hal-hal di luar bidang dan perbuatan mereka sehari-hari pula, tidak diwajibkan untuk mengetahuinya. Misalnya, saya tak wajib nak tahu bagaimana nak solat di angkasa sebab saya bukannya seorang angkasawan. Tapi kalau belajar dapat pahala kebajikan. Kalau sebarkan lagilah bagus. Namun kalau kita kurang memberikan perhatian dalam bidang tersebut, bagaimana kita nak menzahirkan keimanan kita tatkala kita jahil tentang pandangan syarak berkenaan sesuatu perbuatan yang kita buat sehari-hari?

Aspek akidah dan keimanan merupakan aspek yang paling penting, there is no doubt about that. But we must also make sure that we don't miss other aspects of the deen.

Tak ada jemaah yang sempurna, sebab yang membentuk 'tubuh' jemaah tu kan manusia. Tak ada manusia yang sempurna. Tapi kalau sampai melibatkan soal hukum syarak, maka perlulah ditegur dengan penuh kemesraan tanpa niat nak menjatuhkan. Cuma harapnya janganlah sampai teguran tersebut disalah anggap sebagai usaha nak menjatuhkan pula. Apa yang saya post-kan ini adalah cadangan yang diusulkan untuk penambaikan, bukan untuk merosakkan. Tapi saya tak insist untuk berubah melainkan jika tindakan tersebut menyanggahi syarak. Saya ni cuma 'orang luar' saja.

Inilah salah-satu bentuk bantuan yang boleh diberikan untuk mengukuhkan saf perjuangan kita (i.e. umat Islam seluruhnya) ke arah menegakkan Islam dalam diri kita dan juga dalam umat keseluruhannya. Marilah berusaha mengembalikan kehidupan Islam di setiap peringkat, baik dalam diri, keluarga, masyarakat, mahupun bernegara.

P/s; adakalanya bila kita dah mula melihat diri kita sebagai daie, kita terlupa bahawa kita ni masih lagi seorang mad'u yang bisa berbuat salah dan ditegur. Saya tak tujukan kepada sesiapa, sekadar nyatakan secara umum. Lebih-lebih lagi kepada yang menaip ini.

Wallahu'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-05-08 11:51


Pada 16-04-08 12:49 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 16-04-08 11:04 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

ini buat hukuman ke apa>?

mereka yang terkeluar dari ahlussunnah ?


tak faham, ni refer kat kata-kata siapa? :-?



saya merujuk kepada isi ini :

2) Pengikut kumpulan sesat dan bathil seperti Syiah, Khawarij, Muktazilah, Murjiah, Qadariyah, jahmiyah, ahli kalam, sufiyah dan lain-lain)

ahli kalam dan sufiyah semuanya terkeluar?


dari artikel yang diambil oleh saudara saufudin dari pendapat USTAZ EMRAN.

Mizie_hafiz80 berkata :

!!! QUOTE !!!

Yelah... Hentikan sahaja... Anak_Pejuang dah tak ada hujah...



apa pulaknya tak ada hujjah? Enta dah check ka semua postingan saya yang dikatakan tiada hujjah? Saya menentang dengan hukum semberono dari USTAZ EMRAN mengenai sufiyah, dan ahli kalam terkeluar dari jama'ah.

Berhati-hati mengambil artikel orang lain yang boleh membawa permusuhan.


-----------------
.:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:.
http://jarumemas.blogspot.com

http://jomfaham.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

AqluSalim
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.04.2008
Ahli No: 33294
Posting: 114

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-05-08 12:22


jika penyakit wahan...ada... sukar untuk Ummat Bersatu...
fikir mesti untuk Islam Menang...baru boleh bersatu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For AqluSalimProfil   Hantar PM kepada AqluSalim   Quote dan BalasQuote

hanafirazali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-05-08 21:46


Assalamualaikum... syukran jiddan jiddan akhi agmnhob... ana tertunggu2 posting seumpama posting anta... Buang yang keruh... ambil yang jernih... Wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanafirazaliProfil   Hantar PM kepada hanafirazali   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.169244 saat. Lajunya....