Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 14-02-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup . Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 24
Ahli: 0
Jumlah: 24




  Yang Masuk Ke Sini
al-biruni03: 5 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Akhirat yang fitnah Islam


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Akhirat yang fitnah Islam

Please Mendaftar To Post


Oleh Akhirat yang fitnah Islam

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-04-08 06:06


Apa bezanya 'Fitna' Belanda dan 'Akhirat' Malaysia ?
Azamin Amin
Wed | Apr 02, 08 | 12:17:23 pm MYT

KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) - Kontroversi video klip 15 minit 'Fitna' telah mengundang kemarahan penduduk dan umat Islam dunia kerana menghina Islam dan mencaci al-Quran.
Tanpa kecuali tindakan seorang ahli politik Belanda, Geert Wilders yang menghasilkan klip video berkenaan turut mendapat reaksi daripada rakyat negara ini namun secara tidak disedari, Malaysia juga turut 'menghasilkan' filem-filem yang secara tidak langsung 'mempersendakan' agama dan nilai akhlak seorang umat Islam.

Tanpa sebarang bantahan dan halangan pelbagai jenis filem Malaysia seperti Sepet, Gubra, Anak Halal dan terkini Akhirat telah dilihat cuba 'merosakkan' fikrah para penonton tentang tafsiran mereka terhadap agama Islam.

Ada antara filem berkenaan seolah-olah secara halus cuba menerapkan unsur-unsur nilai terbuka terhadap perbuatan pelacuran, zina dan konsep menyalahkaan takdir atas sesuatu kecelakaan yang berlaku seolah-olah Tuhan yang menciptakan manusia bersifat 'kejam' menetapkan sesuatu yang buruk kepada seseorang individu tanpa boleh diubah.

Alasan penerbitan filem-filem seumpama itu adalah kerana para penonton kini sudah berfikiran terbuka, matang dan boleh menilai pro dan kontranya namun apakah hakikatnya filem-filem terbabit berjaya membina tamadun manusia yang baik dan memperbaiki gejala keruntuhan moral yang semakin rosak?

Filem Akhirat yang skripnya ditulis oleh Ikhzal Azfarel Ideris ini telah diwarwarkan bertumpu kepada cerita berunsur keagamaan namun bagi pengkritik filem Faisal Tehrani bahawa filem ini membawa kesongsangan beragama.

Aspek-aspek dalam filem yang digaris faisal dalam blognya sewajarnya diambil perhatian antaranya:-

1.Menjadikan adegan zina sebagai sesuatu yang 'cool' dan kasual.

2.Dalam satu adegan Tony Eusoff terdesak merangkul Vanidah Imran dari belakang sambil menjerit: 'I want to make love with you) setelah tidak dapat menyetubuhi Mira sekian lama (kerana Mira HIV positif).

3.Babak-babak yang dilakonkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin sebagai ayah Mira dan Noni menunjukkan dialog bebal menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yang mereka hadapi

4.Adegan separa seks separa panas dalam filem ini amat menjengkelkan dan memualkan seperti cium leher, peluk rangkul dan belai membelai, tidak dapat mencerminkan judul Akhirat yang ditatang.

"Sekiranya filem Akhirat adalah seorang manusia, maka manusia itu saya putuskan adalah Abu Jahal.

"Anugerah Abu Jahal yang jahil ini sesuai dijadikan satu anugerah ala-ala Oscar kepada filem ini, ataupun filem-filem lain yang 'mempersendakan' agama kelak," kata Faisal dalam blognya.

Seorang penulis dalam laman web mstar online Wahida Asrani turut merasa tidak 'selesa' ketika menonton filem Akhirat ini gara-gara beberapa babak panas dan elemen seks yang ditonjolkan di dalam filem ini.

"Bukan penulis tidak pernah menonton adegan-adegan seperti ini yang sering disajikan oleh filem-filem luar, tetapi rasa kurang senang itu timbul kerana filem arahan Syed Mohamed Benyahya ini adalah filem tempatan," katanya.

Lalu di samping 'mengutuk' filem luar kerana kebiadapannya menghina Islam adalah lebih baik dalam masa sama rakyat Malaysia khususnya umat Islam mengambil masa 'merenung diri' melihat hasil filem produk tempatan yang adakalanya dikira 'berbahaya' dari segi mesej dan mengelirukan para penonton tentang imej Islam yang sebenar yang sepatutnya dipandang mulia di mata semua.

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13672&Itemid=50


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

paku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2004
Ahli No: 8497
Posting: 179
Dari: Bumi, Bima Sakti

Johor  


posticon Posting pada: 03-04-08 06:38


'Akhirat' yang 'Fitna' Islam...

banyak cerita melayu lagi-lagi lah kutuk islam macam yang ummi cakap. cerita 'Anak Hala' yang ummi cakap tu saya tengok meluat. Tah hape2 tah mesej. kalau tak pandngn Islam pun, dalam filem ini solah2 tunjuk Malaysia dah teruk sangat. dia ingat malaysia macam kat negare2 lain yang huru-hara?!!! tah hape2 tah pengarah kat malaysia fikir..... tu belum masuk cerita 'Berlari ke Langit' -tajuk macam menginsafkan tapi tah apa mesej tersirat dia nak smpaikan. jadi nak boikot siapa sekarang ini...fikir-fikirkan lah

Bookmark and Share

    


  Member Information For pakuProfil   Hantar PM kepada paku   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 03-04-08 06:58


kalaulah ditanya pada orang kafir Kenapa kamu tak hormat Islam..
orang kafir jawab orang Islam sendiri pun tak hormat Islam..

macamanalah nak jawab tu ya :-? :-(


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 03-04-08 07:01


memang tak suka tengok cerita-cerita macam tu...mereka ni sekadar nak tarik pnonton saja,,,buat kelainan pun tajuk entah apa-apa...tak fikir implikasinya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 03-04-08 07:29


memang dah tak bertamadun dah urang kita ni kerene dek mengejar kemodenan.

'Civilization' VS 'Modernisation'

Cabaran dunia baru orang Malaysia

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-04-08 08:35


tak pernah tengok dan tak berminat pun nak tengok cite2 macam 2....terlalu teruk...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Pergi ke nur_islami's Website   Quote dan BalasQuote

nurfieza
WARGA SETIA
Menyertai: 19.01.2006
Ahli No: 22039
Posting: 416
Dari: utara...

Selangor  


posticon Posting pada: 03-04-08 11:39


kenapa filem malaysia sekarang teruk2..???

harus ke mereka buat begitu untuk tarik penonton..

ish2...moga depa insaf sebelum terlambat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurfiezaProfil   Hantar PM kepada nurfieza   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-04-08 11:46


bukan hanya cerita ni saja.. patutnya cerita-cerita seram pun jangan terima dah... banyak sangat benda-benda yang tak elok... percaya sangat pada benda-benda tahyul... harap kita semua tak yh tengok cerita-cerita macam tu...

p/s : baik tengok cerita p.ramlee... :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 04-04-08 11:48


Pada 03-04-08 07:29 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

memang dah tak bertamadun dah urang kita ni kerene dek mengejar kemodenan.

'Civilization' VS 'Modernisation'

Cabaran dunia baru orang Malaysia


Yup.betul kata daeng..dunia Islam diserang oleh konsep modenisme dan pascamodenisme yang sangat kuat..sangat menakutkan apabila org Islam sendiri menghasilkan filem2 yang merosakkan pandangan org lain terhadap Islam..nauzubillah..


-----------------
"Hujung FIKIR pangkal AGAMA"-Pak Hamka


Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 04-04-08 14:36


oh filem akhirat ke... pelik jugak bila mula-mula baca tajuk topik ni...
Akhirat yang fitnah Islam... kenapa pulak ni? hihi... bila dah buka topik barulah faham...

Bagi saya, kalau orang kafir harbi yang buat filem memfitnah Islam tu masih boleh faham lagi lah Kenapa sebabnya. Dah memang itu kerja mereka, nak buruk-burukkan Islam.

Tapi kalau orang Islam sendiri, itu yang menyedihkan tu...

Apa-apapun terima kasih atas info yang diberikan... maklumlah, saya ni sejak kebelakangan ni boleh dikatakan dah jadi katak bawah tempurung dah... online pun jarang-jarang...

:-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 04-04-08 14:45


Inilah bahayanye kalau orang yang berkarya tu bukan ahli dalam bidang agama.... masing-masing nak buat tafsiran tersendiri... sudahnya beginilah jadinya...

P/s: teringat saya kat majalah-majalah picisan yang kononnya nak bawakan kisah menginsafkan, tapi bila cerita bab maksiat yang pernah dilakukan memang detail, macam majalah lucah jadinya. Saya pernah baca masa sekolah menengah dulu kawan-kawan selalu jugak bawa balik dorm. Saya tak katakan semua, tapi ada sebilangan lah yang begitu. Agaknya filem-filem macam akhirat dengan anak halal ni itulah juga caranya agaknya... tak bertempat.

Macam manapun saya tak tengok pun lagi cerita ni (memang takkan dapat tengok rasanya), jadi tak bolehlah nak komen panjang lebar. Tapi daripada komen yang Faisal Tehrani bagi tu kita dah dapat gambaran macam mana pokok pangkalnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

aisya_aqmar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.08.2004
Ahli No: 10643
Posting: 195
Dari: pasir puteh ~ kaiy ell ~ k. tganu ~ next....?

Kelantan  


posticon Posting pada: 04-04-08 15:05


filem2 di malaysia ini dah jadi filem murahan... tak ada kualiti... entah lah... kalau filem dulu-dulu tu ok lah lagi... tapi, yang sekarang ini... melampau2... tak ada feel nak tengok... lebih baik tengok cerita jepun... huhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For aisya_aqmarProfil   Hantar PM kepada aisya_aqmar   Quote dan BalasQuote

AinulYaqan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.02.2007
Ahli No: 28907
Posting: 102

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-04-08 15:16


Pada 03-04-08 06:58 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

kalaulah ditanya pada orang kafir Kenapa kamu tak hormat Islam..
orang kafir jawab orang Islam sendiri pun tak hormat Islam..

macamanalah nak jawab tu ya :-? :-(




hmm...betul tu.inilah yang dikatakan fitnah akhir zaman di mana org islam sendiri yang memfitnah kesucian islam itu. haii...director2 filem2 tempatan ni kena ditegur; matlamat tidak menghalalkan cara.tapi kalau barisan pemimpin sendiri dah tak betul cara jalannya, mana mungkin ketam bisa mengajar anaknya berjalan betul :roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For AinulYaqanProfil   Hantar PM kepada AinulYaqan   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-04-08 15:56


Pada 03-04-08 06:06 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Apa bezanya 'Fitna' Belanda dan 'Akhirat' Malaysia ?
Azamin Amin
Wed | Apr 02, 08 | 12:17:23 pm MYT

KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) - Kontroversi video klip 15 minit 'Fitna' telah mengundang kemarahan penduduk dan umat Islam dunia kerana menghina Islam dan mencaci al-Quran.
Tanpa kecuali tindakan seorang ahli politik Belanda, Geert Wilders yang menghasilkan klip video berkenaan turut mendapat reaksi daripada rakyat negara ini namun secara tidak disedari, Malaysia juga turut 'menghasilkan' filem-filem yang secara tidak langsung 'mempersendakan' agama dan nilai akhlak seorang umat Islam.

Tanpa sebarang bantahan dan halangan pelbagai jenis filem Malaysia seperti Sepet, Gubra, Anak Halal dan terkini Akhirat telah dilihat cuba 'merosakkan' fikrah para penonton tentang tafsiran mereka terhadap agama Islam.



Betul...tak ada bezanya....mungkin dari segi FITNA itu memgunakan al-Quran tetapi filem2 itu pula mempersendakan agama dengan menggunakan akhlak umat-umat Islam....
Yang nyata....kedua-duanya nya masih sama...iaitu mempersendakan Agama Islam. Ana sendiri pelik Kenapa filem2 seperti itu dapat mendapat kelulusan untuk disiarakn dipawagam dan paling menyedihkan di TV turut ditayangkan dimana menonton TV terdiri daripada pelbagai golongan...
Sungguh menyedihkan....nilailah sejauh mana kekuatan ISLAM kita di Malaysia....dan dimanakah maruah orang MELAYU? :-(
WaAllahualam


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

agmnhob
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2007
Ahli No: 30706
Posting: 269
Dari: Shah Alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-04-08 16:09


kita juga perlu hati-hati agar FILEM DIRI KITA SENDIRI (TAYANGAN DI PADANG MAHSYAR) tidak lebih buruk, busuk , dan keji dari FILEM-FILEM TERSEBUT....

Bookmark and Share

    


  Member Information For agmnhobProfil   Hantar PM kepada agmnhob   Pergi ke agmnhob's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-04-08 00:43


Betul tu agmnhob. Ish nick anakanda ni amat menarik sebab tak boleh nak disebut. Sebenarnya apa maknanya ya?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-04-08 01:19


Qaradhawi: Jangan Pandang Enteng Orang yang Menyalakan
Api terhadap Al-Quran
Posted by : fitrion on Monday, March 31, 2008 - 02:23
PM CCT 362 Reads Printer Friendly Page

Dr. Yusuf Qaradhawi, Ketua Ulama Islam Antarbangsa,
menyatakan lima spektrum yang berisi seruan kepada
kaum Muslimin untuk melawan serangan yang memburukkan
Islam dan kitab sucinya.

Seruan ini disampaikan berikutan penyiaran filem
"Fitna" yang ditayangkan oleh ahli politik radikal
Belanda Geert Wilders di internet. “Kita tidak boleh
menganggap enteng upaya menyalakan api terhadap
Al-Quran, ” begitu tegas Qaradhawi.

Qaradhawi menegaskan bahawa dakwaan Wilders dalam
"Fitna" yang menyebutkan bahawa Islam mengajarkan
kebencian dan pembunuhan, sangat berlawanan karena
Islam adalah agama yang menyerukan kecintaan dan hidup
berdampingan secara damai dengan pihak lain.

Qaradhawi dalam kesempatan yang sama juga menyelar
sikap sebagian umat Islam yang turut mencemarkan nama
Islam dan secara automatik membuka peluang bagi
musuh-musuh Islam untuk memperburuk citra agama Islam
yang hanif.

Dalam keterangannya kepada Islamonline, Qaradhawi
menegaskan, “Apa yang dilakukan oleh ahli politik
radikal Belanda itu, sama dengan menyalakan api
terhadap Al-Quran.”

Ia menambahkan, “Filem yang menuding al-Quran sebagai
kitab suci fasis adalah pembohongan, dan merupakan
perkataan yang tidak dikeluarkan kecuali oleh orang
yang bodoh, sombong dan keras kepala. Ini rangkaian
baru dari rangkaian permusuhan yang telah dibangun
oleh arus di Barat, yang mengambil keuntungan di
baliknya.”

Lima hal yang yang digariskan Qaradhawi dan harus
dilakukan umat Islam adalah; pertama, penolakan.

“Menolak pendustaan ke atas Rasulullah saw yang
menyebutkan baginda seorang yang haus darah dan
seorang haus seks, secara ilmiah. Penolakan ini harus
dilakukan secara menyeluruh, hingga sampai kepada
orang-orang yang selama ini memiliki imej buruk
terhadap Rasulullah dan orang yang tidak tahu akan
kemuliaan Rasulullah saw.”

Kedua, “Melalui kaedah politik, sikap negara-negara
Islam besar harus berdiri secara jantan untuk membela
Islam dan Rasul-Nya.”

Ketiga, “Penolakan massa dengan menekan pemerintahan
kaum Muslimin untuk memiliki sikap tegas berdasarkan
keimanan bahawa umat Islam masih hidup dan masih
memiliki kecintaan besar terhadap keyakinannya.”

Keempat, Qaradhawi menyerukan agar ada penolakan di
lapangan seni dan budaya. Beliau menerangkan upaya itu
misalnya, drama, filem atau drama bersiri untuk
meluruskan imej yang selama ini tertutup dari Islam.

Kelima, “Pemboikotan ekonomi terhadap negara-negara
yang mengizinkan penduduknya mencederai kesucian
Islam. Pemboikotan ini adalah senjata yang mampu
menyakitkan suatu negara.”

Diadaptasi dari: eramuslim

Sumber: Abuhasif

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

agmnhob
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2007
Ahli No: 30706
Posting: 269
Dari: Shah Alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-04-08 07:08


Pada 05-04-08 00:43 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Betul tu agmnhob. Ish nick anakanda ni amat menarik sebab tak boleh nak disebut. Sebenarnya apa maknanya ya?


Salam, ummi, nick ni saya dapat sewaktu saya naik shuttle bus di Jeddah, saya nampak plate besi di bumbung bahagian dalam,
macam cantik, mungkin sebenarnya syarikat pembuat bas itu dari German (GmBH = Sdn Bhd). Saya ambil jadi nick supaya boleh ingat selalu Tanah Suci yang dirindu2 :malu:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For agmnhobProfil   Hantar PM kepada agmnhob   Pergi ke agmnhob's Website   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-04-08 17:44


Salam
Dulu Denmark siarkan karikatur menghina Islam, kita semua boikot barangan keluaran Denmark........

baru-baru ni, seorang ahli politik Belanda menyiarkan filem pendek yang menghina Islam walaupun ditentang hebat oleh kebanyakan rakyat dan kerajaan Belanda, kita sekali lagi mengambil tindakan memboikot barangan keluaran Belanda......

Dulu, kini dan ......., kerajaan Malaysia membenarkan penyiaran filem2 keluaran tempatan yang menghina kesucian dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara......apa tindakan kita????
berani tak boikot barangan keluaran tempatan esp keluaran GLC dan lain yang berkaitan dengan kerajaan????

sama-sama kita fikirkan...............

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.12342 saat. Lajunya....