Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tiada apa yang paling berharga di dunia ini selain dari kebahagiaan..tiada apa yang paling memilukan selain dari kesedihan
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 282
Ahli: 0
Jumlah: 282




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Sesuci Cinta


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Sesuci Cinta

Please Mendaftar To Post


Oleh Sesuci Cinta

wardiah_alwani
Warga 5 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu

iceland  


posticon Posting pada: 31-03-08 09:41


Episod 1
Hadiah Hyrena melangkah laju ke bilik kecemasan 7. Belum sempat dia melepaskan lelah setelah bertugas selama 7 jam di wad pembedahan, dia terpaksa membuat ‘follow up' ke atas pesakit kecemasan yang baru mendaftar 10 minit yang lalu. Pintu bilik kecemasan dikuak sedikit. Seorang lelaki berkemeja sedang duduk, dia kelihatan dalam sekitar umur 25 tahun. Nia menguntum senyum kepada pesakitnya. Laporan pendaftaran pesakit tersebut dibeleknya.

“Saya Dr. Hyrena. Nama encik Mohd. Saiful?” Tanya Nia sekilas.

Mohd. Saiful tersenyum, hatinya sedikit lega. “Ya, saya.” Dalam hatinya sudah berkira-kira. Jari yang sakit sudah hampir dilupakan dengan kehadiran doctor muda yang cantik di hadapannya. Dia menjeling sekilas kepada teman sekerja yang sedang menjengah-jengah ke luar tingkap. ‘Apala Is ni. Doktor cun bukan nak usha,’ ngomel Saiful.

Nia tersenyum lagi. “Boleh saya tengok luka jari encik?” ujar Nia. Jari tengah Saiful yang terluka dalam dibeleknya. “Dalam jugak luka encik ni. Apa jadi tadi?”

Saiful tersengih. Jumpa doctor cun memang best, tapi kalau dia terpaksa mendedahkan kebodohan dia, mungkin rendezvous ni akan jadi kurang best. “Saya tengah periksa mesin tadi, doctor. Entah macam mana entah, jari saya tersangkut, kena dekat blade tu. Nasib tak putus.”

“Kena blade? Blade bersih ke?” soal Nia lagi, kening terjungkit.

“Blade jentera. Nak kata bersih, tak jugak agaknya,” jawab Saiful pendek sambil menggigit bibir.

Nia mencapai pembalut dan iodine di rak. “Encik Saiful, luka ni dalam. So, expect about 5 to 7 stitches, okay? And one tetanic injection, to avoid contamination, just in case. Untuk jahitan tu, encik nak saya bagi bius or, are you okay with it?”

Mata Saiful membulat. 7 jahitan? Injection? Ya Allah… Dia memang cukup tak suka hospital. Tapi, untuk Doktor Hyrena, mungkin semua itu berbaloi. Dia tersenyum sendiri, sambil berkira-kira untuk mengambil bius atau tidak. “Ala.. tak payah susah-susah bius lah doctor…”

Tiba-tiba seorang lelaki tertawa. “Ya lah Saiful. Konon nak tunjuk macho lah tu..”

Saiful mendengus. Ada-ada saja Is untuk merosakkan plannya.

Nia menjungkit keningnya, hairan. Dia tidak perasan kehadiran seorang lagi lelaki di bilik itu. Suaranya juga agak familiar… Mata Nia membulat sambil dia memusingkan badan perlahan-lahan untuk menghadap empunya suara. “Is??”

Khairil Iskandar tergelak. “Ya, Nia. How gullible could you get?? Aku besar gajah ni pun kau tak nampak?”

Nia tergelak sama. “Tak guna betul lah kau ni. Siapa suruh berdiri kat belakang tu, mana aku nak nampak.” Dia memaling terhadap Saiful yang agak kehairanan. “Apa yang kau dah buat kat dia, Is?”

“Aku tak buat apa-apa pun. Dia yang gatal nak masukkan jari dalam mesin, siapa suruh,” jawab Is, masih tersengih. Geli hatinya melihat wajah Saiful yang penuh tanda tanya.

Nia mendengus perlahan sambil dia berhati-hati membersihkan luka Saiful. “Do you expect me to believe that? Heh….”

Saiful menggigit bibir. Pedih terasa apabila iodin dicecah kepada lukanya yang terdedah. “Doktor kenal dengan dia ke?” Tanya Saiful yang jelas sedang menahan sakit.

Nia menjeling sekilas terhadap Is sambil tersenyum. Is menyambut senyumnya. “Doktor Hyrena ni kawan baik aku lah, Saiful…”


***************************************************************

“Sudah siap. Encik Saiful sila datang selepas dua minggu untuk buka balik jahitan ni. Jangan risau, your finger will be okay. For now, jangan buat benda berat menggunakan jari yang injured ni. Ada apa-apa soalan?” terang Nia sambil menyerahkan preskripsi Saiful kepada jururawat.

Saiful tersenyum. “tak ada apa-apa soalan, doktor.” Is yang memerhati dari sudut bilik turut tersenyum.

Nia bangun dari kerusinya. “Kalau begitu, I think we are done now. Encik Saiful kena beringat-ingat tentang keselamatan di tempat kerja,” pesannya. Saiful juga perlahan-lahan bangun dari katil pesakit. Dia tersengih mendengar pesanan Nia. “Terima kasih, doktor.”

Setelah Saiful berlalu untuk mendapatkan ubat di kaunter farmasi, Is perlahan-lahan mendapatkan Nia. “Terkejut jugak aku jumpa kau kat sini,” soal Is perlahan.

Nia tersenyum. “I’m on my break, actually. Saja saja melawat kawan-kawan aku kat wad ni. Kau apa khabar?”

“Alhamdulillah…” jawab Is ringkas. Wad kecemasan nampak lengang ketika itu. Mungkin kerana masa makan tengah hari telah bermula. Dia memerhati Nia yang sedang menyimpan fail di sebalik kaunter. “Kau macam mana? Lama betul aku tak jumpa kau.”

“Aku ok saja. Lama tak jumpa aku? Hmm… mungkin pasal kau busy kut…” jawab Nia pendek. Dia maklum, sejak beberapa minggu itu, Is pernah bercerita untuk mendekati seorang gadis di tempat kerjanya. Nia tidak berkecil hati. Dia faham, bila tiba masanya, mereka akan berkahwin, membawa haluan masing-masing dan hubungan persahabatan mereka mungkin tidak seerat dahulu.

Is tersenyum. Dia maklum perasaan Nia. Dia juga mengakui sejak beberapa minggu yang lalu, amat jarang dia menghubungi Nia. “Sorry lah sayang. Aku memang sibuk pun….”

Nia tersenyum tawar. Is memang begitu. Walaupun mereka hanya berkawan baik, bibir Is tak pernah lekang dari memanggilnya dengan panggilan-panggilan manja. Sekilas dipandang oleh sesiapa yang tidak mengenali mereka, mereka pasti akan dirujuk sebagai pasangan kekasih. “Aku tak kisahlah Is… Macam mana…….”

“Nia, akak balik pukul 3 hari ni. Nak tumpang, tunggu akak depan café, ok?” laung Dr. Norisa dari bilik penyelia, memotong kata-kata Nia terhadap Is. Nia mengangguk sambil memberikan signal ‘ok’ kepada Dr. Norisa.

Is menjungkit kening, sedikit hairan. “Kenapa kau nak tumpang kereta Kak Risa?”

“Anyway, back to our conversation…..” ucap Nia, pura-pura mengabaikan kata-kata Is.

Is menyekat pergerakan Nia di sudut bilik. Mata Nia direnungnya. “Nia, answer my question,” ucap Is, tegas.

Nia mengeluh. “Pasal… kereta aku rosak, sebab tu aku tumpang kereta dia,” ujar dia perlahan, pandangan matanya dilarikan daripada mata Is.

“Dah berapa lama?”

“Umm… seminggu…”

Is merenung bulat Nia. “And you didn’t even bother telling me?”

Keluh lagi. “Aku tak nak susahkan kau. Lagipun, I have my ride already…”

“Nia, kau tak pernah susahkan aku. You are my best friend, dear. How could you ever be a trouble for me?” soal Is perlahan. “Look at me, Nia.” Dagu Nia diraih lembut dalam usaha untuk mendapatkan perhatian Nia.

“Is….”

“I’ll pick you up at three, okay?”


**************************************************************

“Macam mana kau boleh lupa nak cerita kau ada kawan baik yang cun?” soal Saiful untuk kesekian kali.

Is tergelak. “Aku tak lupa lah. Kau saja tak pernah tanya,” jawabnya tenang. Matanya memfokus ke atas jalan raya. “Kau terkejut ke?”

Saiful memasamkan muka. “Logik lah kau tak bagitahu aku, kan? Kawan cun macam tu kena simpan, beb,” tukas Saiful lagi, tersengih.

“Buat apa aku nak simpan dia. kami kawan baik saja lah…”

“Macam mana kau kenal dia? anda langsung tak telly lah. Dia doktor, kau jurutera. Macam mana boleh jumpa?” soal Saiful bertalu-talu.

“Aku kenal dia sejak sekolah lagi. Dia best friend ex aku waktu zaman sekolah dulu,” jawab Is, tersenyum.

“Tapi kau dah break dengan kawan dia. Macam mana boleh rapat lagi?” soal Saiful lagi.

“Aku kawan dengan dia bukan pasal ex aku. Aku kawan dengan dia just because of who she is. Tak kan lah aku dah broke up dengan member dia. Aku kena stop berkawan dengan dia? I can’t do that,” terang Is.


Saiful tersenyum. Ada sesuatu dalam nada suara Is yang menerangkan segala-galanya tentang situasinya dan Nia. “She’s special to you, Is?”

Is terdiam sejenak. Kemudian, bibirnya menguntum senyum. “Yes, she is.”

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardiah_alwaniProfil   Hantar PM kepada wardiah_alwani   Quote dan BalasQuote

wardiah_alwani
Warga 5 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu

iceland  


posticon Posting pada: 31-03-08 09:43


i read this story in a couple of month ago..
i'm not the original writer...
just pastekan kat sini saja...
and wanna share it with u guys...huhu
enjoy it...!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardiah_alwaniProfil   Hantar PM kepada wardiah_alwani   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 31-03-08 10:07


ala.... sambung lah lagi... macam best juga... hehehe...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

mdzahran
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.08.2007
Ahli No: 30684
Posting: 50
Dari: Jepun

japan   avatar


posticon Posting pada: 31-03-08 10:11


Assalamualaikum

tak suci pun... :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdzahranProfil   Hantar PM kepada mdzahran   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-03-08 10:44


Pada 31-03-08 10:11 , mdzahran posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

tak suci pun... :-(


ni suci dalam debu agaknya????

:lol: :lol: :lol:

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

nur_anis
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1496
Posting: 395
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 31-03-08 10:52


macam best saja cerita ni..novel ke..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_anisProfil   Hantar PM kepada nur_anis   Quote dan BalasQuote

hazni
Warga Rasmi
Menyertai: 29.02.2008
Ahli No: 32761
Posting: 20
Dari: ums-kal, labuan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 31-03-08 12:09


cerita kali ni pun macam best juga...
cepat-cepat pastekan lagi....

Bookmark and Share

    


  Member Information For hazniProfil   Hantar PM kepada hazni   Quote dan BalasQuote

wardiah_alwani
Warga 5 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu

iceland  


posticon Posting pada: 31-03-08 17:43


“Boleh tak, kalau aku cakap, I don’t understand why you want to pick me up, instead of letting me crashing in with Kak Risa,” ngomel Nia perlahan sebaik sahaja dia memasang tali pinggang keselamatan di dalam Audi Bavaria Is.

Is membetulkan cermin mata hitam di batang hidungnya. “Because aku sayang kau. Now, shut up.”

Nia memasamkan muka dan membuangkan pandangan ke luar tingkap. Lebuhraya di Subang kurang sesak kerana belum tamat waktu pejabat. Tepat pukul tiga petang tadi, Is telah mengotakan janji dan menjemputnya dari SJMC. Puas dia menghantar SMS kepada Is untuk membatalkan janji mereka, namun Is tetap berkeras. “You know, this is exactly the reason Kenapa aku tak cakap dengan kau yang kereta aku masuk bengkel,” ujar Nia enteng.

Mata Is melirik ke arah Nia di sebalik bingkai cermin mata hitamnya. Wajah Nia yang jernih sudah agak berkerut. Is cukup maklum itu adalah tanda-tanda awal yang Nia marah dengannya. Dia tersenyum geli hati. “Exactly why, sayang?”

“Kalau aku cakap dengan kau kereta aku rosak, you would behave exactly like this! Ditch your work just to pick me up. Is, I’m not a handicap. Aku tak puas hati betullah! Sesuka hati saja keluar office pukul 3. Is, I don’t want to be the reason your work performance to deteriorate. Aku dah agak….”

Is tergelak. Tanda kedua Nia memang betul-betul marah: dia akan berleter tanpa berhenti, tanpa menarik nafas. Is pantas memotong leteran Nia. “Nia, first of all. Aku tak sesuka hati keluar office. I’m given half the day off. Second of all, of course you’re not a handicap. Third of all. Aku saja saja nak ambil kau. The truth is…” tutur Is. Ayat terakhirnya dibiarkan tergantung begitu sahaja.

“The truth is what?” soal Nia lagi dalam nada yang perlahan.

“The truth is, I missed you,” sambung Is ringkas.


**************************************************************

Kunci apartmen digantung di bingkai kunci, beg tangan pula dibaling ke atas sofa. Nia penat. Tudung di kepala dengan hati-hati ditanggalkan.

Sudah semalaman dia bertugas di wad pembedahan. Mereka baru sahaja tamat melakukan transplant hati dari seorang penderma kepada kanak-kanak berusia 3 tahun. Pembedahan tersebut berlangsung selama lebih kurang 9 jam. Nia bersyukur kerana tempoh masa untuk kanak-kanak itu mendapatkan sumbangan hati dari penderma adalah singkat, oleh yang demikian, peratusan peluang untuk kanak-kanak itu untuk hidup adalah lebih tinggi.

Setelah shiftnya dia wad pembedahan berakhir, Nia melawat rakan-rakan seuniversiti di wad kecemasan pula. Dahulu, Nia pernah ditugaskan di wad kecemasan. Namun, setelah senior residents mengamati kecenderungannya dalam bidang surgeri, maka mereka bersetuju memindahkannya ke wad tersebut.

Setelah Is menjemputnya pulang dari hospital tadi, mereka terus menuju ke restoran makanan laut di tebing Sungai Buloh. Sesungguhnya, hari itu memang memenatkan baginya.

Setelah mandi dan bersolat Isyak, Nia melangkah ke meja telefon dan menekan butang mesin pesanan. Lampu digital merah di mesin itu menandakan dua pesanan yang telah dia perolehi.

“Nia, benda tah wei. Aku telefon asyik tak ada rumah saja. Aku call handset, asyik tak on saja. Rajin-rajinlaa charge handset kau tu,” kedengaran suara Nissa, kawan baiknya mengomel. Nia tergelak. Dia baru teringat tentang bateri handsetnya yang telah mati. “Asyik-asyik aku kena layan dengan mesin ni saja. Anyway, make yourself available this Sunday. Aku nak ajak buat ladies outing.” Nissa tergelak sebentar. “Banyak gila benda aku nak story dengan kau. Mmm… anyway, missing you so much!” Tut.

Mesej kedua. “Assalamualaikum. Bertuah betul anak seorang ni.” Kedengaran suara emaknya. Nia tergelak sekali lagi. “Dua-dua telefon asyik dapat mesin saja. Mama dah cakap, malas sangat charge handset, beli bateri spare letak dalam handbag tu,” komen ibunya lagi. Nia mengerut wajah sambil mencatatkan sesuatu di atas memonya. Beli bateri spare. “Mama dan ayah nak balik kampung hari minggu ni, jadi hari minggu ni mungkin Eewan akan bermalam di rumah Nia. Nak pesan apa-apa, call saja mama, okay? Jaga diri elok-elok.”

Nia tersenyum senang hati sambil memasang televisyen. Sudah agak lama adik bongsunya Eezwan tidak datang melawatnya. Rancangan kegemarannya Gilmore Girls tengah ke udara. Nia menghempaskan dirinya ke sofa perlahan-lahan. Malam itu, sesiapa pun tidak boleh mengacau ketenteramannya.

“You have to choose, Rory. I cannot make the decision for you, although I’m seriously rooting for Yale,” tutur ibu Rory, watak dalam siri Gilmore Girls.

Telefon berbunyi.

Mata Nia tidak lekang dari memandang skrin televisyen. Walaupun telinganya menangkap bunyi telefon yang berdering, dia tetap tidak berganjak dari sofa. Sesiapa yang menelefon boleh tunggu untuk berbicara dengannya sehingga Gilmore Girls tamat.

Sudah deringan yang kesepuluh, namun orang yang memanggil tetap tidak membatalkan panggilan. Nia musykil. Siapa sahaja yang menelefonnya di lewat malam begitu? Selepas deringan kedua belas, mesin pesanannya berbunyi. “Assalamualaikum. You’ve reached Nia’s residence. I’m obviously occupied right now. After the tone, do your thing. Nice day, everyone.”

“Nia, pick up the phone.” Nia mengeluh. Bukan ke aku baru saja jumpa dia less than two hours ago? “I know you’re watching the Gilmore Girls, kau saja saja tak nak jawab call aku.”

Nia melangut bosan. “Kalau dah tahu, saja saja gatal nak kacau aku,” ngomel dia sendirian.

“Nia, pick up the darn phone. Aku bosanlaa…. Macam ni saja lah kau. Aku punya skip kerja nak ambik kau, kau pulak boleh tak layan aku pasal nak tengok Gilmore Girls punya pasal…” Jauh bunyinya suara Is.

Nia mengeluh. “Mengada betul,” rungutnya lagi. Gagang telefon dicapai. “Kalau bosan, pergi lah tidur. Lagi nak kacau aku…” balas Nia.

Is tergelak. Dia memang sudah agak Nia pasti akan kecundang apabila dia berlagak berkecil hati. “Ala… itu tandanya aku ingat dengan kau.”

Nia turut tergelak. “Pergila pengsan oi! Ingat dengan aku konon… tak ada siapa nak layan kau, sebab tu lah kau call aku, ye tak?”

Is tersengih walaupun dia tahu, Nia tidak dapat melihat reaksi wajahnya.

“Kau nak apa ni. Aku nak tengok Gilmore Girls lah…” ngomel Nia. Seperti biasa, dia pasti Is menelefonnya saja untuk mengada-ngada.

“Hmm… let’s plan our weekend,” cadang Is.

Nia menggelengkan kepala. “Na uh. Eewan nak datang. Mama aku balik kampung. Takkan aku nak tinggal dia seorang di rumah,” jawab Nia.

Is mengerut kening. “Kalau macam tu, boleh lah aku pergi lepak kat rumah kau hari Sabtu ni. Aku pun dah lama tak jumpa Ee.”

“Mm… datanglah. Boleh join kami lunch sekali. Ee mesti nak ajak kau pergi swimming dengan main tennis seround dua,” balas Nia. Dagunya diurut perlahan-lahan. “Bagus jugak tu. anda boleh tolong aku kemas rumah. Cayalah!” ujar Nia gembira. Dia melarikan jari ke atas meja telefon di sisi. Eei, habuk.

Is menjelirkan lidah mengejek. Kemudian, dia tergelak sebentar. Macamlah Nia dapat tengok aku jelir lidah kat dia. “So that you know, I’m sticking my tongue out at you.”

Nia tergelak. “Well, siapa suruh kacau aku tengok Gilmore Girls? That’s the price you have to pay, dear.”

“How about Sunday then. Aku rasa macam nak pergi kayak lah…”

Nia menggelengkan kepala. “Sunday pun tak boleh. I have a date.”

“Ada date siyot…. Langsung tak story apa-apa dengan aku….” Sekali lagi, suara Is berbunyi amat jauh.

“Is. Aku ada date dengan Nissa lah….”

Talian terdiam sebentar. Nia faham perasaan Is. Dia tidak bertanya lanjut. Dibiarkan sahaja Is melayan perasaan.

Nissa merupakan sahabat karib Nia dari bangku persekolah, juga merangkap bekas kekasih Is. Nissa seorang gadis yang pintar dan lincah, selepas keputusan peperiksaan SPM diumumkan, dia ditawarkan peluang menuntut pengajian di Jepun. Hubungan Is dan Nissa tetap mekar. Setelah setahun berlalu, ketiga-tiga sahabat berpecah menuju ke destinasi masing-masing: Nissa di Jepun, Nia ditawarkan peluang menuntut perubatan di United Kingdom manakala Is ditawarkan menuntut kejuruteraan di Amerika Syarikat.

Sepanjang pengajian mereka, Nia, Nissa dan Is masih tetap berkomunikasi antara satu sama lain. Hubungan cinta Nissa dan Is juga berkembang subur selama tiga tahun. Namun pada tahun akhir, Nissa akur dengan cinta rakan seuniversiti, yang telah banyak membantunya. Perpisahan Nissa dan Is amat memedihkan hati kedua-dua belah pihak. Is amat kecewa dengan keputusan Nissa. Nia pula tersepit di tengah-tengah.

“Of all the couples that I would want to see to last forever, it was you and Nissa,” ujar Nia perlahan. Gagang telefon digenggam erat. Bodohnya dia berkata begitu. Bukankah Is tengah bersedih?

Is tertawa dalam sendu. Orang yang pertama difikirkannya untuk menyampaikan berita perpisahannya dengan Nissa berada selang lautan dan benua darinya. “Nia, kau ni bukan bagi aku makin okay, makin sedih ada lah.”

Nia tersenyum hambar. Dia betul-betul serba salah. Satu jam sebelum itu, Nissa telah menelefonnya dari bumi Tokyo untuk memaklumkan perkara yang sama. Dia agak terkejut, namun dia tahu berita itu bukan berita yang mendadak. Sebelum itu, Nissa banyak bercerita tentang masalah hubungan mereka berdua. Tiba-tiba, air mata jernih mengalir di pipinya. “Sorry, Is. I really wish I could say something positive…. Is, be strong, okay?”

“Insya Allah, Nia. Aku sayang dia, tapi kalau tak ada jodoh….”

Air mata Nia mengalir deras. Dia maklum, retaknya hubungan Is dan Nissa bukan sahaja menandakan mereka kehilangan kekasih masing-masing, namun ia juga menandakan retaknya rantai persahabatan mereka bertiga.

“Mm… Apa aktiviti kau dengan Nissa Ahad ni?” soal Is setelah beberapa ketika menyepi.

Nia mengulum bibir. “Entahlaa.. The normal stuff, I guess. Shopping… gossip. Aku dah lama tak jumpa dia. Rindu rasanya,” jawab Nia.

“Mmm…”

“Jangan macam ni….”

Is tersenyum. “Nia, I don’t mind. Seriously.”

Diam sebenar. “Ok,” jawab Nia riang.

“Ok lah sayang. Sorry kacau kau. Hehhe… Gilmore Girls pun dah habiskan?” Nia memalingkan muka ke kaca televisyen. Memang sahlah rancangan itu sudah tamat. Namun, sebelum sempat dia berkata apa-apa, Is sudah mencelah. “Don’t be mad, sweetie. I’ll see you tomorrow, okay?”

Tersenyum lagi. “Ok. Good nite.”



“Aiseh, apa Ee buat dengan Astro akak ni? Bukan makin elok, makin horror adalaa,” komen Nia sambil menjengah adiknya yang membaiki sambungan-sambungan wayar di belakang set mini home theatre Nia.

Khairil Eezwan menggelengkan kepalanya dan mencucuk salah satu dari plag yang terdapat di belakang camcorder Astro kakaknya. Skrin TV yang sebelum ini berwarna biru, terpancar hidup dengan siaran Astro. “Akak tu yang sesuka hati pomen, kata orang pulak.”

Nia tersengih. “Mana lah akak tau. Itu hari akak lupa lubang mana nak cucuk lepas akak buka wayar DVD player tu…” balasnya balik sambil menjuihkan bibir ke arah pemain DVDnya. “Jangan lah marah dik…”

Di saat itu, loceng pintu hadapan berbunyi. “Ee, pergi check sekejap siapa datang,” arah Nia.

Eezwan berlalu untuk membuka pintu seraya Nia menyusun beberapa majalah di meja kopi. “Akak, abang Is sampai!” laung Eezwan.

Nia bingkas bangun dan masuk ke bilik untuk mengenakan tudungnya. Ketika dia melangkah masuk ke ruang tamu kembali, kelihatan Is dan Eezwan sudah khusyuk bermain PlayStation.

“Aku dah agak dua ekor ni… Ey, Ee kata nak tolong akak kemas rumah,” ngomel Nia.

Eezwan mengangguk, matanya langsung tidak meninggalkan skrin TV. “Ya lah, orang tolong. Mana adil kalau abang Is tak tolong,” tukasnya, sambil menyiku Is yang duduk di sebelahnya.

Is tertawa. “Ek en naa… Nak jealous pulak! Kakak Ee jemput Ee khas untuk kemas rumah dia. Dia jemput abang suruh datang makan saja,” jawab Is sambil tersengih-sengih. Oleh sebab komen yang diberikan kepada Ee, dia cuai dalam permainan Mario Bros nya dan Mario nya terjatuh ke dalam lubang.

Nia menjengah ke ruang tamu dari dapur. “Eh, siapa cakap abang Is tak kena tolong akak?” soal Nia. “Is, kau kena tolong aku masak kat dapur,” tambahnya sambil menggawang-gawang spatulanya di udara.

Eezwan ketawa terkekek-kekek. “Dah, shooh shooh. Pergi tolong akak kat dapur nun.”

Is turut sama tergelak. “Eleh! Awak tu pun, cepat pergi bawa keluar vacuum!”

Setengah jam berlalu, apartmen Nia penuh dengan aktiviti. Eezwan sedang mengelap koleksi-koleksi bingkai gambar Nia di atas meja di ruang tamu. Is pula telah ditugaskan oleh Nia untuk menyiang kangkung.

“Apa kau buat tu, Is?” tanya Nia kehairanan. “Kau nak cincang halus kangkung tu ke?”

Is membelek ‘mangsanya’ yang lesu di atas papan pemotong. “Bukan macam ni ke potong kangkung?” soalnya lagi.

Nia menepuk dahi. “Ya Allah….. Kalau kangkung tu dah mati, dia akan mati lagi sekali tau tak? Cara kau potong tu kejam sangat lah…” Pisau di tangan Is diraihnya. “Tengok ni aku demonstate.” Satu batang kangkung diambilnya. “Papan pemotong pun tak payah guna.” Sehelai demi sehelai daun kangkung dipetiknya.

Is tersengih. Kepala yang tidak gatal digaru. “begitu ke…”

“Itu lah… Malas sangat tolong Cik Mah kat rumah…,” balas Nia, tersenyum. Nia cukup maklum, Is sangat malas untuk menolong emaknya, Puan Rahmah di dapur. Anak sulung pasangan pensyarah ini cukup berat tangannya untuk memasak.

Minyak di kuali telah pun panas. Nia masukkan pes yang telah ditumbuk untuk ditumis. Serta-merta bau belacan memenuhi ruang dapur.

“Akak goreng kangkung belacan ek?!” laung Eezwan dari ruang tamu.

Nia tersenyum. Sengaja tidak mahu menjawab soalan adiknya. Dia sengaja memilih menu hari ini bersesuaian dengan lauk kesukaan Eezwan dan Is.

“Kau dah habis potong kangkung?” soal Nia tanpa memaling untuk wajahnya terhadap Is.

“Sudah boss!”

Sambil Nia menumis, Is pula berdiri tegak di belakangnya untuk memasukkan kangkung ke dalam kuali.

“Hey, look here!”

Serentak Nia dan Is memalingkan wajah ke arah Eezwan yang memegang kamera. Gambar kandid mereka berdua ditangkap. Eezwan tersengih. Kakaknya nampak begitu serasi dengan Is.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardiah_alwaniProfil   Hantar PM kepada wardiah_alwani   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-04-08 10:19


alahai, kenapa tak paste banyak-banyak... hehe... tengah best ni sambung pula.... sambung cepat-cepat ye... :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

nurfieza
WARGA SETIA
Menyertai: 19.01.2006
Ahli No: 22039
Posting: 416
Dari: utara...

Selangor  


posticon Posting pada: 01-04-08 10:30


a'ah lah...

paste lah sampai habis..

baru best nak baca...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurfiezaProfil   Hantar PM kepada nurfieza   Quote dan BalasQuote

hazni
Warga Rasmi
Menyertai: 29.02.2008
Ahli No: 32761
Posting: 20
Dari: ums-kal, labuan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-04-08 11:32


paste lah lagi.....
tak sabar lah nak tahu cerita seterusnya....
mesti lagi best.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For hazniProfil   Hantar PM kepada hazni   Quote dan BalasQuote

AinulYaqan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.02.2007
Ahli No: 28907
Posting: 102

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-04-08 11:43


Pada 31-03-08 10:11 , mdzahran posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

tak suci pun... :-(



kih..kih...betullah.siap bersentuhan yang bukan mahram :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For AinulYaqanProfil   Hantar PM kepada AinulYaqan   Quote dan BalasQuote

wardiah_alwani
Warga 5 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu

iceland  


posticon Posting pada: 03-04-08 19:59


Episod 2
“Hahha… busuk gila lah abang Is ni! Baru 25-30, takkan dah penat agaknya?” soal Eezwan sambil melantun-lantunkan bola keranjang di simen. Is yang kepenatan, kelihatan termengah-mengah.

“Orang baru lepas makan lah… Penat lagi,” jawab Is tersengih-sengih, memberikan alasan.

Nia yang memerhati dari kerusi taman apartmen KV Heights tergelak. “Yo yon lah Is….”

Is tersengih lagi. Terbukti, staminanya semakin berkurangan. Kali terakhir dia berjogging pun kira-kira dua bulan lalu. Tiba-tiba mindanya mendapat idea. “Nia, kau pun dah lama tak main basketball kan? Jom!”

Mata Nia membulat. Sudah agak lama dia meninggalkan sukan itu. Kali terakhir dia melantun bola itu adalah ketika zaman universitinya. “Ish, tak nak lah. Aku mana pakai kasut sukan pun,” jawab Nia. Dia tahu, Is sengaja hendak mencari pasal dengannya.

“Kak, jom lah,” desa Eezwan. Dia tahu, kakaknya merupakan pemain bola keranjang yang agak hebat ketika zaman persekolahannya. Nia pernah mewakili sekolah hingga ke peringkat negeri.

Is juga wakil pemain bola keranjang untuk sekolahnya. Nia dan Is bertemu ketika kejohanan bola keranjang antara Sekolah Berasrama Penuh.

Nia menggaru kepala. “Buat apa? Abang Is kan ada…. Malas lah akak…”

Eezwan melantun bola sambil mendekati kakaknya di kerusi taman. Bola yang terlantun diletakkan dalam genggaman Nia. “Nah. Alaa… shoot saja…” pujuk Eezwan.

Nia menelan liur. Sudah begitu lama dia tidak bermain bola keranjang. Kadang kala rindu datang membuak ketika melihat anak-anak jiran bermain di gelanggang apartmennya. Bola di tangan ditenung, kemudian dia mengalihkan pandangan ke jaring yang tergantung.

“Is, kau ni memanglaa…” ujar Nia perlahan. Is sekadar tersenyum.

Nia mengambil posisi di tengah gelanggang. Bola dilantun beberapa kali untuk meningkatkan semangatnya. Lengan kanan diangkat melebihi paras kepala, pergelangan tangannya dilembutkan, dan dia melempar bola dengan penuh tenaga, tapi penuh konsentrasi. Bola itu melepasi ke dalam jaring.

“Woo hoo!! Three pointer!” laung Eezwan sambil terlompat-lompat. Dia meluru ke arah kakaknya dan terus memeluk Nia.

Nia tertawa. Hatinya gembira. Is tersenyum.



“Oh my God, woman! You are loud!” ucap Nia sambil tergelak-gelak memeluk sahabat karibnya, Nissa.

Nissa terkekeh-kekeh sambil memeluk erat sahabat karibnya. Sebelum itu, dia telah terjerit nama Nia ketika ternampak kelibatnya berdiri di hadapan Haagan Dazz. Hiruk-pikuk jugalah Bintang Walk itu dengan suara mereka berdua.

“Kau ni… Tak boleh ke kalau tak malukan aku? Ingat Bintang Walk balak kau punya? Jatuh saham aku!” tukas Nia, sambil berganding tangan dengan Nissa. Mereka berdua berjalan perlahan-lahan menuju BB Plaza.

Nissa tergelak. “tak mengapa, nanti aku suruh Farid belikan Bintang Walk untuk hantaran perkahwinan,” balasnya, seraya menjeling Nia dengan senyuman.

Mata Nia membundar. Mulutnya juga ternganga. Dia dapat menangkap maksud Nissa. “Oh my God, he proposed!” jerit Nia, sambil terus memeluk Nissa. Mereka sekali lagi mengejutkan orang ramai yang berpusu-pusu di pintu hadapan BB Plaza.

Nia tergelak lagi, mukanya kemerah-merahan. “I am so happy for you! Oh my God!”

Nissa mengangguk kegembiraan. Mereka meneruskan perjalanan dan tiba di restoran Deefa, restoran kegemaran mereka berdua. Setelah mereka diiringi ke meja yang ditempah, sesi gossip mereka diteruskan.

“So, ini lah hot news yang kau nak cakap dengan aku ya?” soal Nia, sambil mengenyitkan mata terhadap sabahat karibnya. Nissa tersenyum malu yang membuatkan Nia ketawa lagi. “Eleh, nak malu dengan aku konon!” Nada suaranya direndahkan. Kepala kedua-dua sahabat karib itu dirapatkan. “So, tell me everything that happened!” ujar Nia perlahan, teruja.

Nissa tersengih. “Ingat tak dia ajak aku pergi dinner dekat Palace of the Golden Horses?”

Nia mengangguk berulang-ulang kali. “Mestilah. I helped you picked out the outfit, remember?”

Nissa mengangguk. Pakaian gaun malam bersejarah itu telah dibeli di MNG dengan bantuan Nia. Mereka telah menghabiskan masa selama lima jam membeli-belah untuk gaun yang satu itu. “Well, dekat situ lah. You know, kau buat lah conclusion sendiri,” jawab Nissa, tersenyum penuh rahsia.

“Oh my God! You’re so shitting me! Nissa, that was like so one week ago! kenapa kau tak cerita dengan aku Isnin lepas?” tukas Nia lagi, sambil memukul lembut lengan sahabatnya.

Nissa tersengih lagi. “Ala. Aku tunggu special occasion lah. Tengok. Aku siap buat set up dekat Deefa lagi. Kalau cerita dalam telefon tak masyuk lah,” jawabnya. Dia segera memaut tangan Nia, menggenggamnya erat. “I’m so happy, Nia. Seriously, I am.”

Nia tersenyum. Matanya merenung dalam mata Nissa. Kadangkala, komunikasi mata mereka lebih berkesan daripada komunikasi lisan. “I know, Nissa. Two people in love deserve to be happy,” jawabnya perlahan dan ikhlas.

“You are so my bridesmaid. You are going to help me with this whole wedding,” sambung Nissa, semangatnya juga semakin teruja. “You know how uncoordinated I am with colour!” Nia tertawa. “But, first, I have to settle one thing first,” ujar Nissa sambil tersenyum.

“Oh, and what is that?” soal Nia. Senyuman Nissa juga telah berjangkit kepadanya.

“I have to find you someone first.”


“benda entah wei. Orang suruh kahwin, lagi nak buka agensi cari jodoh,” ujar Nia sambil menjamu Char Kuew Tiaw yang dipesannya.

Nissa tergelak. “Jangan kau tak tahu. Aku kan dah ada Master dalam bab ni,” dia membalas sebelum menghirup Latte. “Seriously. Let’s start with our potential candidates,” sarannya, sambil mengeluarkan buku memo kecil dari tas tangannya.

Sebaik sahaja Nia terlihat kelibat buku memo itu, dia terus tertawa. “Oh my God, Nissa! Kau ni memang kritikal!” Dia berhenti untuk menghirup moccachino. “tak ada, tak ada. tak ada benda lain ke kau nak discuss dengan aku? Kau tahu tak apa persamaan kau dengan mak aku?” soal Nia, sambil jari manisnya menunjuk ke arah Nissa.

“Hmm…” Nissa mengurut dagu. “Probably that we are clever, and you are not?” jawabnya, tersengih.

Nia menjulingkan matanya. “You’re hopeless.”

Tiba-tiba, seorang pelayan lelaki menghampiri meja mereka berdua seraya menunduk hormat. “Miss Nia and Nissa? You have a note,” ujarnya sambil menyerahkan nota yang berlipat kepada Nia.

Nia menjungkitkan kening. Dahi Akmar berkerut. “Thank you. But may I ask who delivered this?” soal Nia terhadap pelayan itu.

Pelayan itu mengunjukkan mereka terhadap sekumpulan lelaki yang duduk di sekeliling meja di sudut restoran. “From the man in blue shirt, Miss,” jawabnya.

Nia tersenyum kepada pelayan dan dia berlalu. Nia mengalihkan pandangan kepada Nissa pula. Bibirnya menguntum senyum. “Let’s read.” Nota yang berlipat itu dibukanya. “Hmm… Hi Mafia KUSESS. Long time no see. Good to see you again. Farooq.”

Nissa lantas tergelak. “lah ilaha illahlah… Farooq kan?” dia melihat semula ke arah kumpulan lelaki itu. Lelaki berbaju biru itu tersenyum kepada mereka sambil melambai.

Nia turut tersenyum. Farooq merupakan senior mereka di sekolah menengah ketika mereka menuntut di Sekolah Berasrama Penuh. Mereka telah bertemu dengan jejaka itu ketika menyertai Persatuan Pengakap dan Farooq pertama kali menegur mereka.

Setelah kedua-dua gadis itu melanjutkan pelajaran ke luar negara, mereka terputus hubungan. Namun dengan bantuan teknologi, mereka bertemu semula di alam internet. Namun, semenjak di Tingkatan 5 hingga sekarang, mereka tidak pernah bertemu semula dengan Farooq.

“Dia ingat lagi dengan kita, Nissa,” jawab Nia, tersengih-sengih.

“Takkan lah saya nak lupa dengan awak, Cik Nia.”

Nia terkejut. Dia terus memusingkan badannya ke belakang. Matanya membundar melihat Farooq berdiri tegak di belakangnya. “Bukan awak dekat meja tu tadi ke?” soal Nia, masih terkejut.

Farooq tersenyum. “Tadi. Sekarang saya dekat meja ni,” balas Farooq.

Nissa tertawa. “Hai, Encik Farooq. Ingat nama Cik Nia saja ke?” soalnya, sambil mengenyitkan mata kepada Nia.

Farooq tertawa. “Eh, nama awak siapa ya? Shizuka ya?”

Mereka bertiga serentak ketawa.

“Saya ingat nama awak. Nissa kan?”

Nissa tersenyum. Farooq memang tampan orangnya. Sewaktu di sekolah dahulu, dia terkenal kerana begitu aktif terlibat dalam kegiatan pengakap. Namun, Farooq tidak pernah mempunyai kekasih. “Duduk lah, Farooq. Dah lama kita tak jumpakan?”

Farooq mengambil tempat antara Nia dan Nissa. Mereka berbual-bual, mengingati zaman sekolah dan bertanya hal rakan-rakan yang lain.

“Hmm…. Lama betul tak jumpa awak. Sekarang ni awak buat apa, Farooq?” soal Nissa.

“Saya bekerja di Binariang sekarang. Hmm… anda berdua ni buat apa pulak? Tak pun dah kahwin?” soal Farooq kembali, tersengih. Namun dia yakin, kedua-dua wanita di hadapannya mesti telah berjaya dalam bidang yang mereka ceburi.

Nia tergelak. “Ha’ah. Betul lah tu. Dah kahwin dah pun. Saya ada anak enam. Si Nissa ni pulak dah anak sepuluh,” jawab Nia. Dia tersengih memandang Nissa.

Farooq memuncungkan bibir. “Itu tipu sangat lah tu. Kita baru 7 tahun tak jumpa. Takkan lah si Nissa ni dah beranak sepuluh. Kalah tikus beranak kalau begitu,” balasnya.

Nissa tersengih. “Si Nia ni memang tak betul sikit. Dia ni doctor gagal sikit,” jawabnya.

“Wah…. Doctor cik adik kita ni. percaya lah! Boleh dapat MC free!” balas Farooq, sengihnya melebar.

“lah… dah pergi belajar medic takkan jadi arkitek pulak,” tukas Nia. Semeja tergelak dengan jawapannya. “Hmm… MC free? What’s in there for me?” soal Nia, sambil menjungkit-jungkitkan bulu keningnya.

Nissa memonyokkan muka. “Eleh, hampeh saja si Nia ni. Dengan kawan dunia akhirat dia ni pun tak nak bagi. Tak beretikalah, apa lah.... Doktor poyo dia ini,” perli Nissa. Namun seketika kemudian, dia tersengih lagi. “Betul tak, Nia?”

Nia tergelak. “Oo…. begitu ye kau dengan aku, Sa? Nak MC pasal tak nak miss cerita ‘Juana’s Miracle’. Tak larat lah…”

Farooq tergelak lagi. “lah… Melampau lah. Dah lah cerita tu berapa ratus episodnya. Nak bagi MC hari-hari bankrap lah company Cik Nissa oi.” Dia memandang sekilas ke arah jam tangan yang menunjukkan pukul 2 petang. “Okaylah, Nia dan Nissa. Saya pun kena pergi dulu. Nak pergi memancing dengan member.”

“Hmm…. Pergi mancing apa tu ya?” soal Nissa, tersengih. Nia pula tumpang tertawa.

“Mancing ikan lah. Takkan mancing basikal pulak,” jawab Farooq, juga tersengih. “Anyway, nice meeting you guys. Here’s my card,” jawabnya sambil menghulurkan kad perniagaan berlabel Maxis kepada Nia dan Nissa. “Kontek-konteklah selalu.”

“Insya Allah….”

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardiah_alwaniProfil   Hantar PM kepada wardiah_alwani   Quote dan BalasQuote

wardiah_alwani
Warga 5 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu

iceland  


posticon Posting pada: 03-04-08 19:59


Nia menolak pintu wad terapi perlahan-lahan. Hari minggu telah berakhir dan dia memulakan tugas seperti biasa. Nia tersenyum mengingatkan ‘girls outing’nya bersama Nissa. Shopping sakan mereka berdua. Setelah makan tengah hari di Deefa, Nissa memandu ke MidValley pula. Di sana, mereka meluangkan masa berjam-jam mencari sut kerja baru, aksesori dan mencuba wangian. Nia paling suka meluangkan masa di MNG, manakala Nissa pula lebih menggemari Topshop.

“Asal keluar dengan kau saja, mesti kopak,” ujar Nissa sambil tersengih. Hari itu sahaja, dia telah membeli sepasang sut kerja berwarna violet dan sehelai blaus berwarna sedondon. Atas desakan Nia juga, mereka telah mencuba pelbagai haruman wangian, dan akhirnya, dia tidak dapat mengatakan tidak untuk membeli wangian Dior Addict.

Nia tergelak. Memang sejak dahulu rakan-rakannya sering memanggilnya ‘setan’ ketika membeli-belah. Dia akan berusaha menghasut mereka membeli barangan yang mereka sukai, walaupun harganya agak mahal. “Ala… Kalau kau tak nak Dior Addict tu, haa, bak sini,” balas Nia, tangannya sudah mula menyeluk ke dalam beg hasil beli-belah Nissa.

Nissa menepis tangan Nia yang merayap, sambil sebelah tangan lagi cekap memegang stereng kereta. “Malam sikit. Berpeluh-peluh aku tenyeh Mastercard aku tadi, selamba saja kau nak tibai ye?” soal Nissa. “Kau tu lah yang patut bagi aku hadiah. My first wedding present,” sambungnya sambil tersengih.

Nia menjulingkan matanya. “Kepala hangguk lah… First wedding present? Berapa banyak wedding present kau nak?” soal Nia, menunjukkan wajah bosannya terhadap Nissa.

“Ye lah… Setiap bulan musti ada satu lah. Sampai bulan aku diijab kabulkan. Tapi, kalau lepas tu kau nak bagi lagi, niat murni anda tak akan dihalang sama sekali,” balas Nissa, sambil tangannya menggawang-gawang di udara, menunjukkan tanda ‘all clear’.

Nia menjungkitkan kening. “And exactly who are you? The latest Princess of Wales? Huh? Huh?”

Nia tersenyum lagi mengenangkan gelagat Nissa. Setibanya dia di kaunter pertanyaan, Nia menghadiahkan sekumtum lagi senyuman kepada jururawat yang bertugas. “Assalamualaikum Yati. Macam mana keadaan Tengku Eliana hari ini?” soalnya.

Waalaikumsalam doctor. Tengku baru sedar semalam. Semua stabil doctor,” lapor Yati sambil menyerahkan laporan pesakit kepada Nia. “Sayang betul doctor dengan Tengku ya?” tambah Yati lagi. Dia amat maklum, Nia memang selalu mengambil berat tentang pesakit kanak-kanak atau remaja. Sudah lama wad pembedahan itu tidak menerima pesakit seusia Tengku Eliana. Oleh yang demikian, Nia amat memberi perhatian kepadanya.

“Mana ada, Yati,” balas Nia, matanya tidak lepas dari membaca laporan kesihatan Tengku Eliana. “Hmm… Bagus. Bilik dia masih yang lama tu ke?” soalnya lagi.

Yati mengangguk. “Ya. Doktor nak pergi melawat ke?” soal Yati, kehairanan. Semua maklum dengan perangai Tengku Eliana. Pesakit keturunan kerabat diraja itu memang semacam sedikit kerenahnya. Maklumlah anak orang-orang besar. Dia telah menjalani pembedahan mengeluarkan besi yang tertusuk ke dalam pahanya ketika kemalangan jalan raya. Tengku Eliana mengalami kecederaan teruk. Setelah tamat sesi pembedahan, dia ditukarkan ke wad terapi. Kecederaan pahanya membuatkan dia lumpuh.

Nia tersenyum. “Hmm…. Kalau saya tak melawat dia, siapa lagi nak melawat dia, Yati?” ujar Nia. Baginya, Tengku Eliana memang sedikit bermasalah. Namun, sebagai doctor yang ditugaskan dalam kes remaja itu, Nia tetap menjalankan tugas. “Dia ada buat hal lagi tak?”

Yati membulatkan matanya, tanda bermula sesi gossip antara mereka. Nia tersengih. “Doktor tahu, semalam, sewaktu Jaya nak bagi dia makan, apa dia buat?” ujar Yati bersungguh-sungguh.

Nia memuncungkan bibir. “Manalah saya nak tahu. Kan saya off semalam.”

“Dia tepis tray makanan tu, dan tolak Jaya. Sampai jatuh minachi tu dibuatnya!” sambung Yati lagi. Spontan mata Nia terbeliak. Mak oi! Ganas betul untuk seseorang yang tempang!

“Habis uniform Jaya, doctor. kami yang lain pun hairan. Apa dah naik sewel apa perempuan tu?”

Nia mengulum bibir. Kadang-kadang, tak larat juga kepala otaknya memikirkan pasal mentee yang satu ini. “Yati kena faham. Mungkin apa yang dilakukan oleh Eliana tu agak….well,” kata Nia mati, otaknya ligat mencari perkataan yang lebih sesuai. “Macam orang sewel, tapi, dia dah tak boleh jalan,” jelas Nia. “Bayangkan, malam ini awak tidur, esok pagi awak tak boleh nak jalan. Tak cuak ke awak?”

“Tapi doktor, takdelaa sampai nak menyusahkan orang lain, ya tak?”soal Yati lagi. Perasaan meluat terhadap gadis berumur 16 tahun itu ditolak jauh-jauh, memikirkan etika kerja yang perlu dipatuhi. “Lemak lah kan, doctor.”

Nia tertawa. “Lemak ke, protein ke, nanti saya sambung sembang dengan awak. Lagipun, saya kena cepat ni. Okay Yati, take care.”

Pintu bilik 506 dikuaknya perlahan. Kelihatan seorang gadis berambut panjang sedang baring di atas katil, membelakangi Nia. Tengku Eliana melemparkan pandangan ke tingkap, langsung tidak berminat untuk mengetahui siapa pelawatnya. Semenjak tiga minggu lalu, pelawat datang dan pergi. Tinggal sejambak bunga, kemudian terus pulang. Kadang-kadang Eliana rasa seperti dirinya telah meninggal dunia di kelilingi jambangan-jambangan bunga itu.

“Mak ai, banyaknya bunga….”

Telinga Eliana menangkap bisikan suara Doktor Hyrena. Eliana buat tidak endah. Baginya Doktor Hyrena kelihatan amat muda untuk menjadi seorang doktor yang layak mengubatinya. Entah, mungkin dia akan berasa lebih yakin sekiranya seorang doktor yang beruban dan layak digelar datuk merawatnya. Baginya, Doktor Hyrena kelihatan naïf, apatah lagi dengan dressingnya yang bergaya, walaupun bertudung. She just knows how to look pretty. Capacity ‘up there’ may be nil, zero, zilch, tukas hatinya.

Assalamualaikum Eliana. How are you feeling today?” soal Nia, sambil matanya memandang sekilas lalu terhadap tubuh Eliana.

Eliana tidak berpaling. “Peachy, doctor. The feeling you have bila kaki you lumpuh,” balas Eliana. Dia tidak berminat untuk bersembang dengan sesiapa.

Nia tersenyum. Mungkin harapannya untuk melihat Eliana berbicara secara sivil dengannya terlalu tinggi. “Hmm… I feel the love. Anyway, you dah breakfast?” soal Nia lagi. Dia tahu dia mencari pasal, namun, dia akui dia suka mencari pasal dengan gadis sunti itu. Dia mengenali sifat Eliana. Nia juga cukup sinis terhadap sesiapa ketika di zaman remajanya. Pertemuannya dengan Eliana, pendek kata, bak buku bertemu ruas.

Akhirnya Eliana memalingkan muka untuk menghadap Nia. Keningnya yang dicukur kemas dijungkitkan. “If you call the undercooked rice breakfast, then, it’s a yes.”

Nia mencapai carta di hujung katil Eliana. “That undercooked rice has a name, Eliana. Try ‘bubur’,” balas Nia, langsung tidak melihat ekspresi wajah Eliana. “Anyway, esok, Insya Allah you akan start therapy. It may cause you a lot of pain, tapi….”

Eliana terkejut. Tidak cukupkah beban yang melanda apabila dia tersadai di atas katil itu seorangan? Eliana tidak bersedia untuk terapi. Baginya, kakinya kelihatan seolah-olah langsung tidak berfungsi. “Siapa yang buat keputusan ini, doctor? You can’t make decision on your own! You have to discuss with my physician! Kaki I masih tak sembuh sepenuhnya!” jerit Eliana.

Nia menarik nafas dalam. Mood Eliana seperti itu bukanlah satu berita baik. “Eliana, bukan I seorang yang buat keputusan ini. Doktor-doktor surgeri Eliana semua telah berbincang dengan pakar terapi dan keputusan telah dibuat. And, I happen to be your physician, Eliana,” ujar Nia.

Wajah Eliana semakin berapi. Doktor gullible ini telah dijadikan doctor peribadinya? “Who died and left you in charge?” soal Eliana lagi, kasar.

Nia menjungkit bahu. “Oh, probably someone who couldn’t stand you?” balas Nia. Dia sendiri hampir tergelak bertikam lidah dengan seorang budak. “Listen, Eliana. Kaki you sudah physically sembuh. Alhamdulillah. Secara physiologically, ada respon yang baik. Ibu jari kaki you dapat bergerak-gerak. Lutut you juga bertindak balas terhadap refleks. Contrary to common beliefs, you tak lumpuh.”

Muka Eliana masih mencuka. Namun dia tidak membalas apa-apa kali ini. Pertama kali Doktor Eliana bercakap secara professional dengannya. Semenjak dia terlantar di SJMC, tiada sesiapa pun yang pernah menjelaskan keadaan kesihatannya secara terperinci. Eliana bosan. Dia sudah besar. Dia berhak mengetahui segalanya.

Nia menapak menghampiri katil Eliana. Wajah Eliana dipandang dalam. “Biarpun tragedi yang menimpa itu pahit, hidup kena diteruskan. Kaki you cedera, namun syukur you masih boleh sembuh,” jelas Nia. “You are sixteen. I bet you have lots of friends. You tak nak ke sambung sekolah? You are very bright, Eliana. Jangan hancurkan masa depan you because of this negative vibe you have.”

Eliana membisu. Dengan itu, perlahan-lahan Nia keluar dari bilik itu

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardiah_alwaniProfil   Hantar PM kepada wardiah_alwani   Quote dan BalasQuote

wardiah_alwani
Warga 5 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu

iceland  


posticon Posting pada: 03-04-08 20:06


huhuhu...
ini smbungannya...
if u like it baca,kalau tak berkenan, then leave it....hehe...
if there's something wrong with it, sorry,i cant do anything sebab i'm just the one who paste it...not wrote it...haha...
except stop pasting it..huhu.... :-D :-D :-D :-D :bye:


-----------------
:::never stop trying because at the end of the tunnel there's a light-j.j palomo:::


Bookmark and Share

    


  Member Information For wardiah_alwaniProfil   Hantar PM kepada wardiah_alwani   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 04-04-08 08:27


sambung lah lagi.... jangan lah sekerat-kerat.... huhu....
sambung lagi tau....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

nurfieza
WARGA SETIA
Menyertai: 19.01.2006
Ahli No: 22039
Posting: 416
Dari: utara...

Selangor  


posticon Posting pada: 04-04-08 11:14


sambung lagi,....sambung lagi....

sambung lai.... sambung lagi...

hehehe....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurfiezaProfil   Hantar PM kepada nurfieza   Quote dan BalasQuote

Wuddah
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2007
Ahli No: 29021
Posting: 508
Dari: Chenderong Balai

Perak  


posticon Posting pada: 04-04-08 12:23


Assalamualaikum...agak menarik juga cerita ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For WuddahProfil   Hantar PM kepada Wuddah   Quote dan BalasQuote

wardiah_alwani
Warga 5 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu

iceland  


posticon Posting pada: 04-04-08 15:53


Episod 3
“Jom!”

Nia menekan pedal minyak dan Honda Jazznya bergerak meredah kesesakan Jalan Pudu. Trafik di hadapan Victoria Institute kelihatan agak kelam-kabut kerana sesi persekolahan baru sahaja tamat. Tambahan pula, ramai orang berpusu-pusu untuk pulang saja pejabat masing-masing setelah waktu makan tengah hari tamat. “kenapa lambat?” soal Nia.

Eezwan tersengih memandang kakaknya. “Sorrylah, kak. Cikgu tahan tadi. Pasal football match next week,” balasnya. Beg sandang Nike berwarna hitam dihumbannya ke tempat duduk belakang.

“Football match dengan sekolah mana?” soal Nia lagi. Nia gemar juga menonton perlawanan bola sepak, terutama sekira adik tunggalnya itu bermain. Selalunya, Nia yang akan memandu Eezwan ke pertandingan-pertandingan yang disertainya. Setelah dia menonton perlawanan, dia akan pulang dan membiarkan adiknya keluar dengan rakan-rakannya.

Eezwan mengelap peluh di dahi. Tag nama pengawas dicabut dan diletak di atas dashboard kereta. “Dengan Seri Hartamas. You are coming, right?” soal Eezwan dengan penuh harapan. Dia bangga jika kakaknya ada bersama ketika perlawanan. Kawan-kawan yang lain selalu kehairanan melihatkannya mempunyai hubungan yang akrab dengan kakaknya. Baginya Nia bukan setakat kakak, Nia juga seorang kawan.

Nia menjulingkan matanya. “ya, what do you think?” balas Nia, memberikan Eezwan senyuman. Dia terus memecut menuju ke Taman Tun Dr. Ismail. Itulah rutin mereka setiap hari Jumaat. Nia akan menjemput Eezwan dari sekolah dan mereka akan pulang ke rumah ibu bapa mereka bersama-sama. Ketika Eezwan dan bapa mereka ke masjid untuk Solat Jumaat, Nia pula akan membantu ibunya di rumah menyediakan hidangan tengah hari.

“Mama tak marah ke Eewan masih aktif bersukan? Bukan SPM lagi beberapa bulan ke?” soal Nia lagi. Dia masih teringat ibunya membebel ketika dia berada di tingkatan 5. Nia masih lagi aktif berdebat, bermain bola keranjang dan menjadi ahli lembaga pengawas. Eezwan pula, jangan cakaplah. Nia sendiri tidak pasti berapa banyak kelab yang dia sertai. “Kadet Polis lah, pengawaslah, bola lah, haa, apa lagi? Ada masa ke Eewan?”

“Oh, akak lupa nak sebut editorial board, swimming club, bla bla….” Sebut Eezwan sambil menghitung dengan jari. Nia mengambil kesempatan itu untuk menyekeh kepala adiknya. Eezwan tergelak. “Lepak lah kak… At least my principal didn’t call home to tell you I’ve been sleeping in class!” tukas Eezwan. Serentak dengan itu, dia mengelakkan diri daripada dipukul Nia lagi.

Nia lantas tertawa. “Kurang asam betullah Eewan! Nanti kamu! Kakak sekeh sekali!” Mereka sekeluarga pernah dikecohkan dengan panggilan yang diterima dari pengetua sekolah Nia. Beliau memaklumkan mama dan ayah bahawa Nia selalu tidur di dalam kelas. Walaupun prestasi pelajaran Nia tidak merosot, namun ia imej yang buruk untuk seseorang yang memegang jawatan pengawas sekolah.

Mama berasa sangat malu. Selepas dia meletakkan gagang telefon, dia pun berasa serba salah, hendak dimarah atau hendak digelakkan sahaja si Nia. Memang Nia tidak pernah mendapatkan keputusan yang kurang memberangsangkan dalam ujian. Malah, Nia sentiasa mendapat keputusan A1. Namun bukan sekali, malah berkali-kali guru-guru Nia memberi komplen tentang sikap buruk anaknya itu. Kadang-kadang, mama berasa malas untuk pergi ke perjumpaan PIBG.

Bila ditanya, Nia kata dia tidak sengaja. Menurut rakan-rakan sekolah seperti Nissa, Nia tidur memang dengan pelbagai gaya. Kadang-kadang, ketika dia sedang duduk tertib di atas kerusi pun dia masih boleh memejamkan mata. Ustaz mereka telah melabelkan salah satu gaya tidur pelajar ‘berenang’, di mana pelajar akan meletakkan kepala di atas meja sambil tangan diluruskan kehadapan. Guru Fizik mereka juga sudah tidak sampai hati menggerakkan Nia dari tidur. Baginya, selagi Nia mendapat markah yang cemerlang bagi subjeknya, itu sudah memadai.

“Apa lah anak dara, tidur dalam kelas! Malu betul!” ujar Eezwan, sambil terkekeh-kekeh. Dia memang amat maklum tentang perangai kakaknya ketika di sekolah menengah. Waktu prep, usah cakap, memang sejam setengah daripada waktu itu akan dihabiskan masa dengan tidur.

Di rumah, setelah menyalami kedua orang tuanya, Nia membentangkan laporan kepada ibunya. “Mama, tengok Eewan! Dia ejek orang tidur dalam kelas dulu!”

Ayah tergelak. Mama menggelengkan kepala. Eezwan masih mengilai-ngilai gelaknya. “Eleh. Macam akak tak tau saja. Mama malu gila waktu pengetua akak call. Akak mana tahu! Akak dekat asrama lagi masa tu,” jawab Eezwan.

Ayah yang sedang memakai songkok hanya menggelengkan kepala. “Entah apa nak jadi entah anak dara ayah ni,” tokok ayah mereka pula. “Sebab itulah mama saja yang pergi PIBG meeting selalu. Kalau ayah pergi, sure tebal muka ayah!”

Eezwan tergelak lagi. Mama join sama. “Cukuplah tu, Eewan! Kakak kamu tidur dalam kelas pun dapat straight A’s. Kamu ni macam mana pulak? Sekejap ada lawan bola kat sini, esok masuk hutan kat sana. SPM kalau kantoi mama suruh jadi tukang masak kat rumah!” kata mama.

Eezwan mendabik dada. “Haa… Mama jangan risaulah! Anak mama semua berjaya tau! Kalau Bang Long arkitek, Kak Nia doctor, mama nak Eewan jadi apa? Jadi wrestler boleh tak?”

Nia memuncungkan mulutnya. Tangannya ligat menyiang ikan kembung yang hendak dipanggang. “Bolehlah jalan. Nak jadi wrestler konon… Itu hari ayah ajar sembelih ayam pun tak lepas!

Ayah sudah mencapai kunci Intercoolernya. “Entahnya. Baru ayam katik pun dah cuak. Ayah bagi kamu 5 minit untuk siap Eewan. Kalau lambat, kamu menapak pergi masjid. Lebihkan sikit pahala kamu tu.”

Eezwan mencicit lari naik ke bilik. Walaupun sunnah Nabi SAW berjalan ke masjid untuk solat, namun Eezwan tidak sanggup. Tiga kilometer, panas terik pulak tu! “Tunggu ayah! Orang mandi ekspres!”

“Abang Long tak balik ke, mama?” soal Nia. Ikan yang telah siap disiang diletakkan kunyit. Kemudian dia mula menumbuk kelapa dan cilia pergi untuk dijadikan inti.

Mama pula sedang memerah santan. “Dia terus ke masjid rasanya. Tadi ada meeting penting katanya. Nak dapat tender. Lepas ini dia nak bawa mama pergi MidValley. Nak siapkan barang hantarannya. Kamu nak ikut?”

Nia mememekkan muka. “Macam itu saja mama… Kalau Nia tak tanya tadi, agaknya mama tak cerita pun nak pergi MidValley dengan abang….”

“lah… merajuk pulak budak bertuah ni. Bukannya mama tak nak cerita. Kan tengah cerita ni? Marilah. Malam ni tidur sini saja. Orang kata jangan pindah dulu, degil,” bebel mamanya.

Nia tersengih. “Ala… Taman Tun jauhla dengan tempat kerja Nia. Lagipun, bila lagi Nia nak belajar hidup sendiri? Ayah ikut sekali ke?”

“Haa… Ayah kamu nak fly ke Canberra petang ni. Kita hantar dia dekat KL Sentral, lepas tu kita lajak terus pergi MidValley.”


“Abang ni memang buta bau betullah! Ada ke dia cakap Green Tea ni baunya sedap?” ujar Nia, sambil menyuruh adik dan mamanya mencium bau haruman Elizabeth Arden itu.

Abang Long mengerutkan dahinya. “Apa pasal pulak? Okay lah tu… Bukan nak suruh Nia pakai pun,” jawab abangnya.

Eezwan yang telah mencium bau haruman itu, menutup hidung serta-merta. Mama pula, memainkan ekpresi wajah yang sukar dibaca. “Abang ni memang fail lah. Setakat nak bau Green Tea, kat rumah tu berlambak Green Tea mama beli dekat Cameron dulu!” ujar Eezwan.

Abang Long menepuk dahi. “Abang bawa anda minta tolong bagi pendapat. Lagi nak kutuk abang,” katanya, bunyi suaranya jauh.

Nia tertawa. Lantas Eezwan menuju ke kaunter. “Bagi Eewan pilih,” katanya ringkas. Pilihan-pilihan wangian di dalam kaunter kaca itu diperhatinya. Nia dan mama tersengih memandang masing-masing. Anak bongsu itu memang bukan main-main. Bab-bab memilih hadiah untuk perempuan serah kepadanya. “Cool Water? Hmm… Macam cikai. Issey Miyake?”

“Dah lapuk daa…,” tokok Nia.

Eezwan mengerutkan dahi. “Okay, cancel Issey Miyake. Pink Mat ni nampak macam comel, tapi tak elegantlah.”

Mama sudah tergelak. Abang Long pula menggeleng-gelengkan kepala.

“Okay. Eewan dah pilih. Set Sensi Giorgio Armani ni macam cun,” ujar Eezwan. Gadis di belakang kaunter digamitnya. “Miss, can you please show me Sensi Giorgio Armani?”

Abang Long, Nia dan mama terus mengerumuni Eezwan untuk menilai haruman itu. Mama mengangguk bersetuju. Nia pula memberi komen ‘not bad’. “Kopak duit aku,” kata Abang Long.

Setelah mereka membeli-belah haruman, set kasut kulit dan tas tangan wanita, mereka melangkah pula ke supermarket.

Di sana, awal-awal lagi Eezwan menyumbat hampir sepuluh kotak sushi ke dalam troli. Mama menggeleng-gelengkan kepala sahaja. “Mak ai! Eewan ambil sushi banyak-banyak ni nak buat apa?” soal Nia, agak terkejut. Eezwan memang gila makan sushi.

“Makanlah. Tak kan nak buat kapur kasut agaknya?” ujar Eezwan selamba. Abang Long hanya tertawa.

Setelah Eezwan memasukkan tiga baket ais krim Haagan Daaz dan lima bungkus besar Twisties, Nia menjungkitkan kening.

“Eewan ni, ambillah makanan yang sihat sikit! Ni asyik makan junk food saja,” mama sudah mula membebel.

“Doktor Hyrena?”

Nia terkejut. Siapa pula yang ada di belakang ni? Mama, Eezwan dan Abang Long serentak terdiam. Mereka turut memusingkan badan untuk mencari empunya suara.

“Tengku rupanya,” ujar Nia sambil menguntum senyum. Dia terus menuju ke arah perempuan seusia mamanya itu dan mereka bersalaman. “Fancy meeting you here. Ini mama saya, adik saya, Eezwan, dan abang saya, Hazrin. Ini pula Tengku Suraya.”

Mama bersalaman dengan Tengku Suraya. “I Hashima.”

“Tengku Suraya ibu kepada salah seorang patient Nia, mama,” kata Nia.

“Alhamdulillah Eliana dapat doktor muda macam Doktor Hyrena. I takut Eliana tak dapat nak relate dengan physician dia. Doktor Hyrena banyak bantu dia,” sambung Tengku Suraya. Sebagai seorang ibu, Tengku Suraya juga amat kagum dengan pencapaian doctor wanita muda seperti Doktor Hyrena. Mula-mula dia sendiri skeptik dengan keupayaan doctor itu, namun setelah memerhati perkembangan pemulihan anaknya, Tengku Suraya tidak ragu-ragu lagi.

Hashima tersenyum. “Alhamdulillah. I’m glad Nia dapat memberi bantuan kepada anak Tengku.”

Eezwan, Hazrin dan Nia saling berpandangan. Sudah. Apabila para ibu sudah mula bersembang, semua pekerjaan terencat. Eezwan menjulingkan matanya. Hazrin pula mula memeriksa telefon bimbitnya. Nia hanya mampu tersenyum sambil mengangguk itu ini ketika mamanya bersembang.

Lima minit berlalu. Eezwan mencuba sebaik mungkin untuk tidak bersandar di troli dan tidur. Kadangkala dia melemparkan senyuman kepada Tengku Suraya yang menjenguk ke arahnya.

“Okaylah, Tengku. Agaknya anak-anak I semua dah lapar. Lepas ni kami semua nak pergi makan,” ujar mama, kata-katanya berbaur penutup bicara. Senyuman Eezwan melebar.

Tengku Suraya dan Hashima bersalam. “Okay, Has. You ada masa konteklah I. Boleh kita keluar shopping sama-sama. Doktor Hyrena, you pun bolehlah join kami nanti ya?”

“Insya Allah…….”


“Nia. Aku cakap serius tahu!”

Nia menghirup Frappuchinonya dengan selamba. “lah…. Aku tak kata pulak kau tak serius,” ujarnya. Wajah Is yang cuak dipandangnya. “Kau okay tak?” Segera dia memeriksa suhu dahi Is. “You look a bit…reddish,” komennya.

Tangan Nia ditepis. Nia tertawa kecil. “Nia, please, look at me and say you do pity me!”

Nia mengepam bibir. “Is, getting married is not something that I should pity you about. Well, now that I think about it, how’s that Lina secretary of yours? Dia okay apa.”

“Nia!”

“Okay, touché,” guman Nia perlahan. Is hanya sekadar menjeling. Akhirnya Nia tergelak besar juga. Memang kasihan juga dia dengan situasi yang menimpa Is. Namun…. “Is, logikla kalau ibu kau nak carikan jodoh untuk kau. I haven’t seen you date any other woman for like aeons. Ala…. Susah-susah, carilah seorang cepat-cepat. Lepas tu bawa balik kasi Cik Mah tengok.”

“Hah, look who’s talking! Macamlah kau dah ada pengganti lepas Shafiq kan?” tukas Is, mengungkit kembali kisah silam Nia pada zaman universiti.

“lah, lagi nak ungkit pasal aku. Mak siapa yang suruh kahwin? Ibu kau. Mama aku rilek saja,” balas Nia. Tak pasal-pasal pulak pakcik ni. Dia menghela nafas. “Well, I guess I shouldn’t be keeping this a secret any longer. Nissa dah nak kahwin. In two months’ time,” Nia berkata perlahan. “Dia jemput kau jugak.” Wajah Is kelihatan sugul. “Is, I think it’s about time we end this entire feud.” Nia menundukkan sedikit kepala untuk melihat reaksi wajah Is. Kompleks. Hati Nia mula resah. “Once, we were the best of friends, Is. Jodoh tiada antara kau dan Nissa. Mungkin jodoh kau bersama perempuan lain, where the two of you deserve each other. We start another chapter in our lives, okay?”

Tiada jawapan dari Is. Dia menggigit bibir. “I know that Nia. Please convey my congratulations to her, okay?”

Bibir Nia mengukir senyuman. “Why don’t you do it yourself. Aku bagi nombor handphone dia, okay?”

Is mengangguk. Mungkin kata-kata Nia ada betulnya. It’s about time for him to grow up.


Episod 4
“Iye…. I won’t miss it for the world,” ujar Nia perlahan. Dia pasti Nissa sedang kecoh di hujung talian. Menurutnya, dia berada di Gulati’s Silk Store bersama bakal mentuanya. Kalau diikutkan hati, handak sahaja Nia gelakkan Nissa di telefon. Mesti sahabatnya itu sedang cuak.

“Sa. Aku kat hospital ni. Mana boleh cakap telefon. I have to check up on a patient, I’ll call you later, okay?” Nia terdiam, dia cuba memahami jawapan Nissa yang agak kelam-kabut. “Wey, bawa bertenang… Mak Farid tu pun orang jugak. Layan saja lah macam mana kau layan mama aku.” Diam lagi. “What?? 20 pasang kau dah try??” Sekarang Nia meragui kata-katanya sendiri. “Betul kut… Mungkin mak Farid bukan mak orang….”

Pintu wad terapi dikuaknya perlahan. “Hang on, okay? Lagi sejam aku habis kerja. Ala…. It can’t be that bad. Remember, you’re marrying his son, right?” Nia tergelak perlahan. Beberapa orang doctor telah menoleh memandangnya. “Whoops…” gumamnya perlahan. “I really got to go, dear. Will be there, don’t worry. Bye!” ujar Nia sambil mengklik butang ‘end’ handphonenya. Selepas ini Nissa akan membebel tanpa henti kepadanya kerana mematikan talian, Nia pasti.

Di kamar terapi no. 9, kelihatan Tengku Eliana sedang berpaut terhadap railing di sudut bilik. Nia tersenyum. Setelah Nia memberikan ‘pep talk’ kepadanya tempoh hari, Eliana memberikan respon yang positif. Dia telah mula menerima lawatan dari rakan-rakan dan famili. Tempoh hari, Nia dikejutkan dengan berita dari Yati bahawa Eliana telah menghadiahkan jambangan-jambangan bunga yang diterimanya kepada Jaya sebagai tanda maaf.

“Looking good, huh, doctor?”

Nia berpaling ke arah empunya suara. Doktor Zainal, senior resident di wad terapi memberikan senyuman kepadanya. Nia tersenyum. Doktor Zainal banyak memberi tunjuk ajar kepada Nia dalam bidang terapi. “Alhamdulillah, doctor. What do you think?” soal Nia kembali.

Doktor Zainal memandang sekilas Tengku Eliana. “Frankly, I would say she’s doing not bad at all. A plus point is that, dia ada keyakinan diri. Her muscles and nerves are responding beautifully.”

“Doktor Hyrena?”

Nia memalingkan mukanya. Ternyata Tengku Eliana sudah menyedari kehadirannya. Dia memberikan senyuman, walaupun kurang pasti akan reaksi Eliana. “Assalamualaikum. How are you feeling today?” Nia perasan Eliana telah mula mengikat semula rambutnya yang panjang. Sedikit lip gloss telah disapu ke bibirnya yang sebelum ini kering.

Waalaikumsalam, doctor. I’m feeling great,” jawab Eliana sambil membalas senyuman. “Doktor datang nak tengok perkembangan saya ke?” soalnya lagi. Eliana melepaskan pegangannya di railing dan mula merebahkan diri ke atas permaidani. “How am I doing?”

Nia senyum lagi. Dalam hatinya, dia cukup gembira dengan perkembangan terbaru Eliana. Paling tidak, Eliana tidak lagi terperap di dalam biliknya dan bermuram sepanjang hari. Nia bertukar pandangan dengan Doktor Zainal. “Why don’t we ask the expert here?”

“As I’ve told you before, insya Allah semuanya dalam keadaan positif.” Doktor Zainal melihat jam di tangan. “Excuse me, ladies. Saya ada appointment in 10 minutes. Sorry Nia,” ujar Doktor Zainal. “As for you Eliana, keep up the good work. Esok jangan lupa date kita okay?” Dengan itu, Doktor Zainal berlalu pergi.

Nia menutup pintu kamar dari belakang. Dia memberikan senyuman terhadap Eliana. “Date? Tak risau ke kalau isteri Doktor Zainal mengamuk nanti?”

Eliana tertawa. “Doktor Zainal main-main saja tu. Dia selalu refer to our appointments as ‘dates’,” jawabnya. Eliana menepuk tempat di sebelahnya sebagai ‘cue’ untuk menyuruh Nia duduk. Setelah bersimpuh di sebelahnya, Eliana mengajukan soalan. “Kenapa sudah lama doktor tak melawat saya?”

“Kenapa Eliana tanya? Do you want me to visit you?” soal Nia kembali. Dia tersenyum apabila melihat wajah Eliana tidak keruan.

Eliana menggigit bibir. “I thought that you are my physician. Aren’t you supposed to visit me all the time?”

Nia membetulkan duduknya. “I was your physician. Sekarang ni, Eliana dah dipindahkan ke wad terapi, so, your new physician is Doktor Zainal. He’s a therapeutist. Sekarang Eliana dah tak perlukan saya. Saya cuma bertugas di bahagian surgical neurology,” terang Nia satu-persatu.

Eliana mengangguk perlahan. Dia memandang lantai.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardiah_alwaniProfil   Hantar PM kepada wardiah_alwani   Quote dan BalasQuote

wardiah_alwani
Warga 5 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu

iceland  


posticon Posting pada: 04-04-08 15:54


“Eliana…”

“Doktor, saya minta maaf atas tingkah-laku saya selama di wad doktor. I was behaving like a child. Sekiranya doktor masih terasa hati tentang hal itu, saya minta maaf banyak-banyak. I didn’t mean it,” ujar Eliana perlahan. Air matanya bergenang.

Nia tersentak. Serentak itu dia menggelengkan kepalanya. “Eliana, Kenapa harus fikir begitu? Saya tak pernah ambil hati dengan apa yang Eliana cakap. Saya faham apa yang Eliana lalui mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku Eliana,” balas Nia. Dia meletakkan tangan ke atas bahu Eliana seraya mengusapnya lembut. “You’ve never done anything to hurt me, dear. Eliana sudah macam adik saya sendiri.”

“Betul?”

Nia mengangguk, menguntum senyuman kecil. “Betul.”

“Jadi kalau doktor anggap saya seperti adik doktor sendiri, doktor kena melawat saya hari-hari,”


Assalamualaikum.”

“Mama di dapur ni,” laung Puan Hashima kepada anak perempuannya itu. Nia baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah sambil diiringi Is. “Is, minum dulu nak!”

Is tersengih. Memang begitulah rutin Cik Shimah setiap kali dia menjejakkan kaki di rumahnya. Namun jam telah menunjukkan angka 9 malam. Tidak manis sekiranya Is duduk lama-lama di situ. “tak mengapa lah, chik. Baru saja lepas minum teh di rumah tadi. Ibu cakap terima kasih kerana kasi pinjam Nia,” jawab Is sambil menyampaikan pesanan ibunya.

Cik Shimah tertawa. Dia muncul dari dapur sambil membawa segelas Milo panas di tangan. “Sama-sama,” balas Cik Shima. Dia menyerahkan gelas itu kepada Is. “Nia tak buat hal ke tadi?” soalnya, sambil memerhatikan anak daranya meletakkan beg tangan di atas meja.

Wajah Nia mencuka setelah mendengar tawa Is. “Mama ni, mana ada orang buat hal kat rumah Is. Is itu saja yang bikin malu kat rumah sendiri. Ibu suruh goreng ikan pun fail, sampai hangit ikan tu!”

“Nia tipu, chik! Mana lah orang nak tau bila kena alih ikan tu.. Saya harap dia cakap dengan saya, tapi dia buat derk saja!” tukas Is, bibirnya dijuihkan terhadap Nia.

Cik Shima tergelak melihatkan gelagat kedua-dua anak muda itu.

Nia mencium pipi mamanya. Sejak pulang tadi dia belum sempat mencium pipi mamanya. “Tengok tu, mama. Ada ke nak alih ikan pun harapkan Nia? Gagal betul… Lagi nak salahkan Nia..”

Cik Shima menggeleng-gelengkan kepala. “Ala… Dia tu kan lelaki, kamu pun patut lah tolong dia..”

“Ala.. Sudahla mama.. Lagi nak backing Is. Mama adopt saja lah dia macam tu..” ujar Nia, berjauh hati.

Is tergelak besar. Hampir tertumpah air Milo di tangan. “Eh, lupa ke labu? Mama memang dah lama jadi mama angkat aku!”

“Abang Is! Lama sampai?”

Mereka bertiga berpaling menghadap Eezwan yang sedang menuruni anak tangga. “Baru saja. Ni haa, tengah wrestling tekak dengan kakak kamu. Nak join?” jawab Is sambil tersengih-sengih.

Eezwan menyalam kakaknya. Dia segera mengambil tempat duduk di sofa sebelah ibunya. “Wrestling tekak dengan Kak Nia? Huih… Tak nak lah saya… Surrender!” balas Eezwan.

Kening Is dijungkitkan. “Kamu ni.. Tak apa-apa lagi dah surrender. Kenapa?”

“Abang Is, she didn’t become a debater for nothing, okay? Toksah lah buang masa bertekak dengan dia.. Itu pun nasib dia dapat sponsor scholarship buat medic lagi awal dari offer buat law, kalau tak, haru-biru rumah ni…” ujar Eezwan, sekali-sekala tersengih terhadap kakaknya.

Nia turut tersengih. “Eewan… Awak ingat.. Tak pun esok naik bas pergi sekolah..”

Eezwan menepuk lembut sofa. “See my point?? Baru cakap sikit dah nak blackmail orang!”

Mereka tertawa. Tidak lama kemudian Hazrin turut sama berceloteh. Apabila jam menunjukkan angka 10, baru lah Is meminta diri. Nia mengiringinya ke kereta. “Awak….”

Is tertawa. “Ni kenapa nak manja-manja pulak ni?” ujar Is sambil membuka pintu kereta. Jarang sungguh dia mendengar Nia bersuara manja dengannya. Mesti Nia berkehendakkan sesuatu.

Nia tersengih. “Can you do me a favor?”

“Dah agak dah…”

“Thanks dear! Boleh tak tolong ambil pergi kerja esok? Eezwan nak pinjam kereta lah… Kereta ayah masuk bengkel…”

Is merenung lembut wajah bersih Nia. Wajah itu kelihatan penat, setelah seharian menemaninya ke Port Dickson dan pula menolong ibunya memasak di rumah. Walaupun penat, Nia tidak pernah lokek dengan senyuman. “Of course sayang. Be ready by 7, ok?”

Senyuman Nia melebar. “Thank you, sweetie! By 7, don’t worry!”

“Eh, ingat free?? Sini satu,” ujar Is, sambil menunjukkan ke arah pipinya, meminta ciuman dari Nia.

Mata Nia membundar. Dia mencubit lembut lengan Is. “Sesuka hati saja! Cakap dengan mama karang!”

“Ala… mama dah sayang dengan orang, dia gerenti cakap no problem punya lah!”

Sebelum Nia dapat mencubit Is sekali lagi, lelaki itu segera menutup pintu kereta Autobavarianya. Nia cuma mampu tersenyum melihat gelagat teman rapatnya. “Thank you for spending your time with me today,” ujar Is, ikhlas.

Nia tersenyum. “No problem. What are friends for, right?”


“That’s why I cakap dengan dia, apa kelas tema warna pink terang! Buta mata orang yang pergi wedding dia nanti!” ujar Nia lagi.

Eliana tertawa. “Nasib baiklah Kak Nissa dengar nasihat doktor. Bright pink is totally out! Kalau light pink tu boleh terima lagi, ye tak?” cadang Eliana. Dia mengurut-ngurut perlahan kakinya.

Nia tersenyum. “Kak Nissa sukakan warna hijau. Tapi bakal mertua dia tak suka..” Minyak gamat disapu lagi ke kaki Eliana. “Nak buat macam mana… Saya pun kasihan dengan dia. So, we tried to make the best out of it. Pink pun, pink lah…”

“Bagus betul Kak Nissa tu. Kenapa mertua dia pula yang nak sibuk? Macam mereka pulak nak kahwin!” tukas Eliana.

“Cakap orang tua tak boleh lawan, Eliana,” ujar Nia lembut. “Lagipun, tak eloklah kalau awal-awal dia dah bertelingkah dengan mertuanya.” Botol minyak gamat ditutupnya. “Ini soal ikatan seumur hidup. Tak baik mulakan hubungan dengan pergaduhan.”

Eliana mengangguk, tersenyum. Dia memerhati wajah Doktor Hyrena. “Doktor pula bila lagi nak kahwin?” soalnya, tersengih. Kadangkala, dia terperasan panggilan yang diterima oleh Doktor Hyrena dari seorang lelaki. Mungkin kah itu teman lelakinya?

Nia tertawa. “Amboi, advanced betul soalan tu!” balas Nia. “Hmm… Saya single lagi. Nak kahwin pun belum tentu bila. Insya Allah, ada jodoh nanti kahwin lah saya.”

Eliana menjungkit kening. Mustahillah doktor secantik Doktor Hyrena tidak mempunyai teman istimewa. “Doktor tak pernah ada boyfriend ke?”

Nia mengepam bibir. Kemudian dia tersenyum. “Hmm… Pernah tu memang pernah. Tapi tak sampai jodoh agaknya. Lama lah jugak saya couple dengan dia. Lima tahun. Tup tup, tak jadi,” ujar Nia, sambil tertawa kecil. “Jadi, sekarang saya malas lah nak bercinta. Bercinta lama-lama pun tak jadi. Sampai seru nanti, kahwin terus!”

Eliana tertawa, lucu melihat keletah Doktor Hyrena. Kasihan juga… “Lima tahun tu… Apa jadi, doktor? Lelaki tu ada perempuan lain ke?” soal Eliana. Lelaki bodoh mana yang sanggup menolak jodoh bersama wanita itu?

“Emm… Wallahua’lam. Saya pun tak tahu menahu apa yang jadi. Satu hari tu, dia muncul, terus dia cakap, kami tak serasi. Hmm… apa nak buat.. Menangis air mata darah pun belum tentu dia nak dengan saya balik,” terang Nia. Berat juga hatinya untuk meluahkan perkara sebenar. Let the bygones be bygones.

Mata Eliana membundar. Ketika itu, cadar katil ditariknya sedikit. Geram dengan perlakuan lelaki terhadap wanita selembut Doktor Hyrena. “Mangkuk ayun betul lelaki tu! Tak serasi konon! Kenapa doktor tak sepak saja orang macam tu?”

Nia tertawa. Geli hatinya melihat reaksi Eliana sedemikian. “Ish, janganlah emo pulak Eliana!” ujar Nia, sedikit terbatuk-batuk akibat terlalu banyak ketawa. “Memang saya teringin nak sepak dia masa tu, tapi, apakan daya.. Orangnya tegap. Silap-silap, dia yang sepak saya!”

Eliana tertawa.

“Lagipun, you would never want to hurt the person you love,” ujar Nia perlahan.

Telefon bimbit Nia berdering. Eliana terdiam. Segera Nia mencapai beg tangannya. “Waalaikumsalam,” balas Nia. Matanya segera melirik ke jam tangan. “Emm… Sri Hartamas ek? Akak tak lupa lah….” Dia terdiam sebentar. “Awak nak akak belikan apa-apa ke? Okay, Quarter Pounders’ coming up.” Diam lagi. “Dah telefon abang Is? Iye… Just hang on, okay? Of course I’ll come. Kick some fool. Mmm…. Akak sayang awak. Make me proud.” Bibir Nia mengukir senyuman. “Waalaikumsalam.”

“Adik doktor ke?”

Nia tersengih. “Oh… Eavesdropping saya ya?”

Pipi Eliana terasa hangat. Kaku sebentar. “Ala, doktor pun cakap depan mata saya. Mustahillah kalau saya tak dengar,” balasnya. “Adik ke?” soal Eliana lagi.

“Ya, adik saya. Hari ni dia ada football match kat Sri Hartamas. Saya tak pernah miss match dia,” ujar Nia. Jam di tangan dilihat sekilas. “Lagi sejam.”

“Sayang betul doktor dengan adik doktor ya,” tambah Eliana lagi. Bukan sekali dia melihat Nia bercakap telefon dengan adiknya, malah agak selalu juga. Tiba-tiba timbul rasa rindu terhadap abangnya sendiri. Tapi abang Shafiq sibuk. Manalah nak melawat aku hari-hari…

Nia mengangguk. “Kami memang rapat. Hmm… Mungkin Eliana kenal dia. Dia belajar kat VI. Eliana bukan study di CBN ke?”

Eliana mengangguk. “Siapa ya? Muka dia iras-iras doktor ke?”

“Tak. Rasanya dia lebih ikut muka ayah saya. Nama dia Khairil Eezwan. Tingkatan 5. Kenal?” soal Nia.

Eliana tertawa. “Khairil Eezwan VI? Alahai doktor, siapalah tak kenal dengan dia tu,” balas Eliana.

Nia turut tergelak. “Amboi. Glamour ke adik saya tu Eliana?”

“Hmm… Saya tak pernah pun tengok dia. Tapi ramai pelajar sekolah saya ada crush dengan dia. Orang cakap dia handsome,” ujar Eliana, sambil tersengih terhadap Nia. “Ala, apa nak dihairankan. Now that I’ve seen his sister, I believe dia pun mesti cute jugak,” tambahnya lagi.

Nia tertawa lagi sambil menggeleng-gelengkan kepala. “Ye ke handsome? Hmm….”

“And I heard he’s a superb football player. Tu yang ramai lagi jatuh cinta tu, doktor. I think, there are like a hundred or more girls yang setuju saja jadi bakal adik ipar you sekarang ni,” tambah Eliana lagi.

Membulat mata Nia mendengar kata-kata Eliana. “Patutlah saya pun tak larat nak angkat telefon untuk dia di rumah.” Serentak dengan itu, beepernya berdering, tanda masa sudah tiba untuk menempuh trafik ke Sri Hartamas. “Oops, Eliana. I have to go. Kalau lambat, membebel pula Prince Charming tu nanti. One of these days , I nak kamu berdua jumpa. Mesti boleh cerita panjang-panjang.” Nia mengambil beg tangan di meja dan menghadiahkan ciuman di ubun-ubun Eliana. “Take care, dear.”

Eliana tersenyum. “Thank you, sis.”


“Awak buta ke? Saya yang besar ni pun awak tak nampak?!”

Nia segera memusingkan badan ke arah kaunter pertanyaan. Seorang lelaki sedang menjerkah Nurse Ling Suk Ngo. Muka lelaki itu merah padam, Suk Ngo pula pucat tidak terkata. Keadaan di wad surgeri hening seketika.

“Maaf encik. Saya terburu-buru tadi…,” tutur Suk Ngo perlahan, suaranya kecil sekali. Dia tidak sengaja melanggar lelaki itu ketika menatang dulang berisi makanan tengah hari pesakit. Habis baju lelaki itu dibasahi dengan air minuman.

Lelaki itu mendengus. Dia menepis air yang bersaki-baki di baju kemejanya. “Lain kali mata jangan letak dekat kepala lutut! Siapa supervisor awak? Macam mana awak boleh graduate nursing school hah??!” tempik lelaki itu.

Nia menghela nafas. Diingatkan, wad surgeri takkan dilanda ribut taufan seperti yang selalu berlaku di wad kecemasan. Dia merapati Suk Ngo yang terkocoh-kocoh mengeringkan baju lelaki itu. “Maaf encik, supervisor Nurse tak available sekarang kerana dia menghadiri mesyuarat,” tutur Nia. Lelaki itu menjelingnya tajam. “Apa-apa hal, encik boleh rujuk dengan saya. Saya Dr. Hyrena, residen di wad ini.”

Lelaki itu menepis tangan Suk Ngo yang ingin menolong. “Hah, doktor, macam mana hospital ni train nurse mereka? Cuba doktor tengok baju saya ni. Habis lencun dengan air. Kalau dah diminum, penyakit apa yang boleh berjangkit dekat saya!”

“Pihak hospital mohon maaf, encik. Kami akan bayar ganti rugi. Kami akan sediakan bilik khas untuk encik membersihkan diri,” balas Nia. Sengaja dia mengawal nada suaranya. Tak retikah lelaki itu bercakap elok-elok? Muka sahaja handsome, perangai mengalahkan tapir!

Lelaki itu mendengus. “Would the hospital pay for the time I’ve lost disebabkan insiden bodoh ini?” soalnya sinis. “Fikir, doktor. Time is money.” Dia memandang wajah Suk Ngo yang menikus di sebelah Nia. “Saya akan bring this matter to the authority. Saya nak Nurse ni dipecat!”

Hati Nia berdetik. Begitu sekali? Itu baru tumpah air. Kalau terpalit bubur di bajunya tadi agaknya, mahu lelaki itu menyuruh SJMC tutup kompeni sahaja. Nia menarik nafas dalam-dalam. “Encik, pihak hospital dan Nurse Suk Ngo sudah memohon maaf. Malah, kami sedia membayar ganti rugi. Lagipun, air tu belum diminum sesiapa. Saya berharap encik akan fikir masak-masak. Nurse Suk Ngo memang tidak sengaja,” jawab Nia setenang yang boleh. Kalau dia sama ikut naik angin, keadaan akan lebih parah.

“Saya apa peduli?! Yang saya tahu, I’m late for my meeting. And my shirt! Doctor, I want her fired. Bodoh betul! Lain kali, kalau dah sangap sangat, duduk saja lah dekat rumah!” bebel lelaki itu. Beberapa orang yang berada di kawasan lobi wad surgeri itu terpempan dengan kata-kata lelaki itu.

Air mata Suk Ngo mengalir laju. Apalah malang nasibnya hari itu. Dia tidak pernah cuai dalam tugasnya. Sudah sedekad dia bertugas di SJMC, tidak pernah dia menjalankan tugas sambil lewa. Nia amat maklum tentang Suk Ngo. Baginya, kesilapan Suk Ngo kecil, dan tak perlu dibesar-besarkan.

“Encik, Kenapa biadap sangat tu? Nurse dah minta maaf, apa lagi yang encik nak? Benda yang remeh-temeh pun nak dibesarkan. Macamlah baju encik tu, kalau terkena air boleh jadi lubang macam kena asid,” balas Nia, sedikit geram. Namun, nadanya dibiarkan mendatar. Yati yang berdiri di belakang kaunter sudah tersengih. Apa-apa terjadi, dia akan menyokong Dr. Nia.

Muka lelaki itu memerah, hanya Tuhan sahaja yang tahu suhu kepanasannya ketika itu. Doktor muda bertudung ini berkurang ajar dengannya?? Who does she think she is? Sebelum dia mampu membuka mulut, doktor itu membidas lagi.

“Tadi encik kata dah lewat untuk meeting. Apa lagi buat kat sini? Sendiri melambatkan masa, lagi nak menyalahkan orang. Fikir, encik. Time is money,” sindir Nia. Dia memegang bahu Suk Ngo di sebelah. “Dah, nurse. Awak kemaskan tempat ini, ya?” ujarnya lembut. Suk Ngo mengangguk perlahan, mengesat air mata sambil tersenyum sedikit.

Nia berlalu. Namun, suara lelaki itu memecah keheningan wad membuatkan langkah terhenti. “Apa SJMC pun ajar doktornya untuk berkurang ajar ke? You’ll be hearing from me in court, doctor.”

‘That was the last straw,’ detik hati Nia. Memang sengaja lelaki itu dicabar. Sahaja dia ingin menilai kebijaksanaan lelaki itu. Dia melangkah yakin menuju lelaki itu. Kedengaran suara Hussein, pembantu perubatan meminta Nia untuk bertenang. Doktor Zainal pula baru sahaja muncul setelah berlari-lari anak dari OR 5.

“Dengar sini, encik,” Nia memulakan bicara. “You can go ahead and sue us on what? Spilling water on your shirt? Rude treatment?,” ujar Nia, sambil membilang dengan jari. “Encik tergopoh-gapah cuba keluar dari sini, terlanggar Nurse Suk Ngo, and yet you are blaming her on your supposed mistake? We have more than 10 witnesses here ready to testify kalau betul encik nak saman. Suk Ngo has an excellent record in our hospital, and a stupid spill of water won’t jeopardize her career. And I, sir, Doktor Hadiah Hyrena, speaking of which, have a brilliant record here. We’ve apologized, we were ready to compensate for the damage, namun encik berdegil, and start calling her names. Which Suk Ngo didn’t deserve. Daripada encik nak buang duit on a losing case, I reckon, encik sedekahkan kepada wad kanak-kanak hospital ini.” Nia berhenti berkata-kata apabila gelak tawa memecah suasana tegang. Dia tersenyum, gembira kerana saranan dermanya dapat membawa suasana humor. “Sudahlah encik, kami dah minta maaf, sudah cukup bagus.”

Wajah lelaki itu hampir bertukar kepada warna biru. Ingin sahaja Nia tergelak. Lelaki itu memang ego. Dia mencapai kasar briefcasenya sebelum melangkah pergi. Malah, dia sempat menghempas kasar pintu wad itu.

Kesemua saksi yang berada di lobi itu bersorak riang tatkala lelaki itu hilang dari pandangan. Siulan dan ucapan membina semangat memenuhi ruang. Mereka bangga doktor semuda Dr. Nia mampu membela diri di hadapan lelaki itu. Doktor Zainal segera merapati Nia.

“That was good, Dr. You handled the situation nicely. I dah nak contact admin, tapi bila tengok you smash dia tadi, I rasa elok tak payah. Membesar-besarkan perkara,” ujar Doktor Zainal. Dia menepuk bahu Suk Ngo lembut, tanda memberi sokongan.

Nia tersenyum. Dia cuba memperlahankan degupan jantungnya. “Orang macam tu memang tak boleh layan, Dr. Sekolah tinggi-tinggi, bodohnya bertingkat-tingkat,” balas Nia. Beberapa pekerja yang mendengari perbualan itu turut tertawa dengan kata-kata Nia. Sedikit sebanyak hilang perasaan marah yang memenuhi kepalanya.

“Doktor, saya sangat-sangat sorry. Saya memang tidak sengaja….” Tutur wanita Cina itu lembut. Dia amat-amat berterima kasih kepada doktor muda itu yang telah mempertahankan air mukanya.

Nia mengukir senyuman. “tak mengapa lah, Suk Ngo. Macam saya tak tahu awak memang tak sengaja. Lelaki tu sahaja yang tertanggal skru agaknya,” ujar Nia. Suk Ngo cuba ketawa namun tawanya masih bersendu lagi. Nia menghela nafas. “Perkara ni memang kena report kepada admin. Just in case. Tapi buat masa sekarang, jangan risau, okay?”

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardiah_alwaniProfil   Hantar PM kepada wardiah_alwani   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 08-04-08 07:38


makin menarik cerita ni..
tapi jangan lah sekerat2... rasa tak sbr2... paste lah bayk2 ye... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

wardiah_alwani
Warga 5 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu

iceland  


posticon Posting pada: 09-04-08 11:19


Episod 5
Is mengeratkan genggaman terhadap stereng kereta. Telapak tangannya sudah memerah, namun kesakitan tidak dirasa.

Nia menggigit bibir, risau. “Is… Janganlah macam ni…”

Is membrek perlahan. Lebuhraya Damansara penuh sesak. Jam mungkin berterusan sehingga ke simpang masuk ke TTDI. Dia menghela nafas. “Nia. Aku risau betullah.”

“Apa yang nak dirisaukan? Is, benda ni perkara kecik saja. Itu lah yang aku malas nak story dengan kau. Mesti kau risau tak tentu pasal,” balas Nia perlahan.

Nia langsung tidak bercadang untuk memberitahu Is tentang perkara itu. Namun ketika dia hendak melangkah masuk ke dalam kereta Is di perkarangan SJMC, Guna, atendan wad mengucapkan ‘bravo’ kepadanya. Is yang menunggu di dalam kereta, kehairanan. Nia memang tidak reti untuk menipu Is, akhirnya, dia menceritakan juga segala yang terjadi di wad tengah hari itu.

“Macam mana aku tak risau? Surely, this guy must be of an important figure. Kalau tak, dia mana ada sebarang sebut nak saman SJMC. Kalau diapa-apakan kau, macam mana?” soal Is lagi, masih risau.

Nia menjungkit kening. “Habis tu, kau lebih suka aku terdiam macam batu bila dia sesuka hati nak orang lain dipecat? I thought you would side me here…” balas Nia, jauh bunyi suaranya.

Is menekan minyak sedikit, dan Autobavaria itu menginjak sedikit kehadapan. Jam masih teruk. “Sayang……” ujar Is lembut. Wajah Nia yang sedikit keruh ditatapnya. “Siapa cakap I’m not on your side, hmm? Cuma aku risau kalau-kalau lelaki itu akan bertindak lagi,” tutur Is.

Nia menghela nafas. “Insya Allah tak ada apa-apa. Janganlah risau, ok? Kau tahu tak. Aku cukup tak suka bila kau risau pasal aku. Because, bila kau risau pasal aku, that means. Aku dah menyusahkan kau,” luah Nia. “Worrying about me is not in your job description,” tambahnya lagi. Dia terdiam sebentar. “Muka saja handsome, perangai, masya Allah!”

Is tertawa akhirnya. Kesesakan lalu lintas juga semakin reda. “Engkau ni memanglah, Nia. Dalam dok fire mamat tu, sempat lagi puji dia handsome! Gagal betul!”

Nia tersengih. Dia hanya mengucapkan yang benar. “Yalah, dah memang betul dia handsome. Aku nak kata apa?”

“Habis tu, kalau betul dia handsome, macam mana kau boleh fire dia kaw-kaw macam tu? Jatuhlah saham kau nanti!” ujar Is lagi. Sengaja mahu mengacau sahabatnya itu.

Nia membundarkan matanya. Dia menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak setuju. “Tak sanggup aku! Mulut dia dah satu hal, lepas tu diktator semacam saja, kalah Hitler! Kau ingat aku desperate sangat ke nak lelaki macam tu? Eeeiiii….” Balas Nia.

Tawa Is masih berbaki. “Hmm…. Mana tahu. Agaknya bila lelaki tu dah blah, dia mesti rasa down pasal terlepas peluang nak berkenalan dengan doktor lawa macam kau. Rugilah dia.”

Giliran Nia pula tertawa. “Ooh, so kira aku ni lawa lah ya, Is?” soalnya kembali, matanya bersinar galak.

“Ahh, sudah. Baru puji sikit dah nak kembang semangkuk,” balas Is malas. Sengaja dia memberikan respon negatif. “Jangan kembang sangat. Kalau meletup dalam kereta aku, kau nak bayar ke servis cuci kereta nanti?”

Nia memuncungkan bibir. “Yalah. Siapalah aku ni kan…”

“Alahai…” tutur Is perlahan. Dia ketawa melihat reaksi Nia. Tangan Nia diraihnya lembut. Dia tahu Nia sedikit terkejut, namun Nia membiarkan sahaja. “Kenapa Hadiah Hyrena hari ni? Takkan lah orang main-main sikit dah nak merajuk?” Jari-jemari lembut itu diramas perlahan, tanda memohon maaf. “Main-main saja lah, ayang. Siapa tak tahu, Hadiah Hyrena, best friend Khairil Iskandar kan memang cantik orangnya,” tuturnya ikhlas.

Entah mengapa, hati Is berdebar-debar. Tangan Nia yang masih kemas dalam genggamannya dipandang sekilas. Apakah perasaan ini?


“Nia balik mana tadi, Is?” soal ibunya yang ligat membancuh milo di dapur.

Is melonggarkan tali leher sambil mencium pipi ibunya lembut. “Dia balik apartment tadi. Esok ada operation awal pagi katanya,” balas Is. Adik perempuan Is, Khairunnisa Amani muncul dari dapur basah sambil menatang dulang berisi cawan. Is tersengih. Lama benar dia tidak berjumpa dengan adiknya itu. “Ayun! Bila balik?”

Khairunnisa perlahan-lahan meletakkan dulang di atas meja. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan abangnya. “Baru sampai pagi tadi, abang. Ibu pergi jemput dekat Jalan Duta,” balas Khairunnisa mesra. Rindu betul dia untuk meluangkan masa bersama-sama keluarganya. Kali terakhir dia pulang untuk cuti semester dari UUM adalah tiga bulan yang lalu.

“Amboi, lama kau tak message abang ya? Tu mesti asyik dok message pakwe dia tu,” gurau Is. Sedangkan Khairunnisa memang selalu menghantar khabar, cuma dia yang kadang-kadang begitu sibuk untuk membalas SMS adiknya.

Khairunnisa mencebik bibir. Sambil itu dia menuang air milo ke dalam cawan-cawan yang disediakan. “Nak salahkan Ayun pulak. Abang tu yang tak pernah nak balas mesej orang,” bidas dia balik. Dia segera mengambil tempat di sebelah ibunya. Tersengih-sengih dia memandang Is. “Haa bang. Dengar kata, ibu suruh abang kahwin.”

Hampir tersedak Is mendengar kata-kata adiknya. Kuih keria yang dijamahnya tadi rasa tersangkut di tekak. Khairunnisa ketawa geli hati. “Abang ni, umur dah 27 pun, dok tersedak lagi bila orang suruh kahwin. Lawak betullah,” tukas Khairunnisa.

Is menjeling adiknya. Dia menghirup milo sambil mengurut-urut dada. Ibu sekadar menggelengkan kepala. “Pandailah kau. Ni mesti ibu dah cucuk jarum kat Ayun ni,” balas Is.

“Apa pulak cucuk jarum? Memang betul kamu tu dah layak kahwin. Dia bertanya dengan ibu, kamu dah jumpa calon ke? Ibu bercerita saja lah,” jawab Cik Mah. Anak lelakinya itu, kalau disuruh kahwin, amat liat!

“Entah, abang ni. Nak tunggu terlajak trang-tang-tang kut. Karang tak laku, sendiri mahu ingat lah,” ujar Khairunnisa lagi. Simpati terhadap diri abangnya yang seolah-olah putus harapan bercinta.

Is tersengih. “Mana boleh tak laku, Ayun. Abang ni kan ‘hot stuff’,” gurau Is, keningnya dijungkitkan. Khairunnisa membundarkan mata.

“Sikit punya dok ada lah perasan abang ni,” tukas Khairunnisa. “Hot stuff pun, kalau tak kahwin, lama-lama jadi sejuk bedi jugak abang oi.”

Is menggeleng-gelengkan kepala. “Ayun ni. Ingat urusan kahwin ni macam tukar tayar kereta ke? Kalau tukar tayar ok lah jugak, bukan payah pun. Pergi kedai saja, beres.”

“Ala, macam kahwin susah sangat. Bukan abang pun yang kena tungkus-lumus buat pelamin, bunga telur, masak bagai. Abang cuma akad saja,” balas Khairunnisa lagi. Dia mengunjuk kuih keria di tangan ke arah abangnya. “Tengoklah kahwin abang nanti siapa yang setengah mati buat kerja. Ayun jugak tau.”

Is terkekeh-kekeh. “Beriya betul kau suruh abang kahwin.”

“Masakan tak beriya. Adik kamu tu gatal dah nak kahwin. Tak nak langkah bendul katanya. Itu yang dia suruh kamu selamat dulu,” ujar Cik Mah yang dari tadi sekadar menjadi pemerhati.

“Ibu ni!” Muka Khairunnisa memerah. “Siapa kata Ayun gatal nak kahwin ni?”

Cik Mah tertawa. “Ibu kasihan tengok Ayun asyik menyakat abang Is dari tadi. Ala Ayun ni... Haa, Ayun setuju tak dengan cadangan ibu tadi?”

“Cadangan apa pula ni, bu?” soal Is, tidak tahu-menahu.

Muka Ayun yang mencuka terus menjadi riang semula. “Oh, kalau yang cadangan tadi tu, Ayun pun up saja. Ibu sound saja lah dengan abang Is.”

Is kaget. Risau pun ada melihat ibunya sepakat dengan Ayun. Selalunya apabila kedua-dua wanita itu bersepakat, mesti ada sahaja untuk mengenakannya. “Haa, take team apa pulak ni? Ibu dengan Ayun kalau dah take team mesti abang yang sangkut kat tengah…”

“Ibu nak masuk minang Kak Nia!”

“Apa?!”

Assalamualaikum!”

Cik Mah bingkas bangun dan terus bersalaman dengan Chik Rahman, suaminya. “Waalaikumsalam.” Cik Mah mencapai briefcase Chik Rahman. “Apahal kecoh sangat? Dari luar saya dengar suara kamu tiga beranak ni,” ujar Chik Rahman.

“Abah, ada ke patut mereka nak masuk minang Nia?” Is tidak membuang masa untuk mengadu kepada abahnya.

Chik Rahman tersenyum sambil mencapai kopi yang dihulurkan isterinya. “Untuk siapa?”

Raut wajah Is berubah. Dia tersengih. “A’ah ibu. Untuk siapa?”

Khairunnisa tertawa. “Sikit punya cover line!


‘Kenapa semua orang dok kenen aku dengan Nia?’ gumam Is. Suasana di TTDI malam itu agak lengang. Jalan hanya diterangi dengan cahaya lampu jalan. Sudah lama Is tidak melepak di balkoni biliknya. Malam itu fikirannya agak kusut. Mungkin udara segar waktu malam dapat menenangkan mindanya.

Selepas Isyak tadi, Is telah menelefon Nissa. Itulah kali pertama mereka berbicara setelah beberapa tahun membawa haluan masing-masing. Is sudah dapat menerima hakikat, mungkin jodohnya dengan Nissa tidak tertulis di suratan takdir.

Kata-kata Nissa masih terngiang-ngiang di telinga. Ibu, Nissa dan Ayun, mereka seolah-olah telah sepakat untuk menyatukan dia dengan Nia.

Nia.

Apakah yang sedang dibuatnya agaknya? Fikiran Is melayang lagi. Baru beberapa jam lepas dia telah menghantar Nia pulang ke apartmen. Tetapi, wajah itu tetap muncul di benak fikirannya saban waktu.

Is teringat kali pertama mereka bertemu. Di Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh yang telah diadakan di SEMESTI. Is mewakili pasukan bola keranjang Sekolah Datuk Abdul Razak manakala Nia pula mewakili Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor.

Nia melantun-lantun bola di gelanggang. Keadaan sekeliling agak gelap, cuma spotlight yang menerangi gelanggang bola keranjang itu. Nia sendiri tidak faham akan moodnya malam itu. Dia menolak pelawaan rakan-rakan yang lain untuk minum malam. Pelik! Selalunya, mereka sekumpulan tidak pernah miss waktu minum malam. Bagi mereka, makanan percuma yang disediakan jangan dibazir. Muka-muka mereka sahaja yang rajin menapak ke dewan makan. Kadang-kadang, mereka pulang ke asrama dengan berbungkus-bungkus biskut cap Ping Pong. Maklumlah, amat kurang pelajar perempuan yang rajin untuk minum malam.

Nia risau. Esok pusingan terakhir perlawanan bola keranjang perempuan. Sekolahnya akan berhadapan dengan saingan dari Sekolah Menengah Sains Sultan Muhammad Jiwa. Risau, risau, risau…

“Boleh saya join?”

Hampir gugur jantung Nia. Dipusingkan badan. Seorang pelajar lelaki berbaju Melayu biru berdiri tidak jauh darinya. Dia kenal pelajar itu. Salah seorang favourite dalam kejohanan tersebut. Kecoh juga kalau mereka dilihat warden. Mana tahu mereka disangka ‘berdating’.

Nia sekadar mengangguk. Bola di tangan dilantun rendah. Lelaki itu dengan mudah menangkap bola dan melontar ke jaring. 3 pointer. Hebat juga.

“Nama awak Hyrena kan? Nama saya Iskandar,” tutur Is. Bola yang membolosi jaring dicekup pantas. Timbul rasa geli hati melihat gadis berbaju kurung itu melantun bola keranjang sebentar tadi.

“Awak dari sedar ke?” soal Nia perlahan. Dia pun agak kekurangan topik. Esok sedar akan bertarung dengan SEMESTI dalam bahagian lelaki.

Is tersenyum. Maknanya sedikit sebanyak gadis itu tahu tentang perkembangan dirinya. “Ya.”

Nia tersenyum kecil. Siapa yang tak kenal Khairil Iskandar dari sedar? Selain dari menjadi favourite kejohanan, ramai pelajar perempuan yang menyimpan perasaan terhadap lelaki ini. Maklumlah, kacak juga orangnya. “Saya dari…”

“KUSESS. Saya tahu. Jersey no. 7. Minat Beckham ke?” usik Is, tersengih-sengih.

Nia terkejut. ‘Siap tahu nombor jersey aku ni.’ “Ala, Beckham tu yang minat saya,” ujar Nia kembali. Dia senang hati melihat Is tertawa. Awak pun apa kurangnya. Nombor 2. Minat Shevchenko ke?”

Is tersenyum. “Bolehlah sikit-sikit. Tapi saya minat Nuno Gomes lagi. Emm, awak ni tahu jugak ya pasal bola sepak?”

Giliran Nia pula menjaringkan bola. 2 pointer. Nak buat salam dunk, malu. Dahlah berbaju kurung. “tak adalah. Sikit-sikit saja. Kalau awak tanya saya Gomes dalam kelab apa, mungkin saya tak boleh jawab.”

Keesokan harinya mereka bertemu lagi di kejohanan. Sebelum kontinjen sekolah berangkat pulang, Is sempat bertanyakan alamat dan nombor telefon Nia. Dari situ mereka mendapat tahu mereka berasal dari kawasan yang sama: TTDI.

Masa berlalu. Melalui Nia, Is berkenalan dengan Nissa. Pertemuan kali pertama di Suria KLCC membibitkan bunga-bunga cinta. Nia juga galak memadankan mereka. Apabila Is dan Nissa bersatu, Is teringat, Nia lah yang paling gembira.

Persahabatannya dengan Nia juga makin utuh. Nia amat memahami. Dia paling tidak suka mengganggu janji temu antara Is dan Nissa. Is teringat lagi, Nissa telah mengajak Nia menonton wayang, tanpa memberitahunya bahawa Is juga akan ikut serta.

Is teringat motif utamanya menegur Nia di gelanggang malam itu. Dia tersenyum.

Dia memang sudah lama menyimpan niat untuk merapati gadis itu. Menurut rakan-rakan yang lain, Hadiah Hyrena seorang gadis yang hebat. Cantik, bijak, petah berkata-kata. Juga pandai bersukan. Namanya memang tidak lekang meniti dari bibir ke bibir. Dengar kata, bukan setakat Hari Kecemerlangan, Hyrena juga menyertai Piala Perdana dalam pertandingan bahas.

Sekarang, apabila si gadis sudah berada di depan mata, Is tidak mahu melepaskan peluang menegurnya. Hadiah Hyrena, nama secantik orangnya. Baju kurungnya yang berona biru lembut malam itu menambahkan keayuan wajahnya.

Menurut sumber, Hyrena juga sudah berpunya. Lelaki yang memilikinya juga bukan calang-calang, malah Ketua Pengawas KUSESS sendiri, Firdaus Hadi.

Setelah mengenali Nia dengan lebih dekat, Is memang pasti Nia bukan calang-calang gadis. Bagi Is, Nia cukup istimewa. Dia akur bahawa Nia memang menyukai Hadi. Is juga tidak dapat menolak hakikat bahawa hatinya juga tertarik dengan Nissa. Nissa mempunyai keunikan sendiri. Manja dan tidak kurang juga lincahnya.

Semenjak itu, Is dan Nia sekadar berkawan baik. Is amat menghormati persahabatannya dengan Nia. Mereka sering berutus-utus surat. Boleh dikatakan, setiap minggu surat dari sedar akan pasti mengunjungi pigeon hall aspuri KUSESS dan begitulah sebaliknya.

Ketika mereka di Tingkatan 5, Hadi pula telah tamat menduduki SPM dan melanjutkan pelajaran ke Australia. Hubungan Hadi dan Nia terputus begitu sahaja. Is tahu, Nia amat kecewa dengan tindakan Hadi, namun gadis itu hanya memendam perasaan.

Is melangkah masuk dari balkoni. Pintu kaca ditarik perlahan. Biarlah masa menentukan masa depan hubungan mereka.


“Nia?”

Nia mencapai jam meja dalam kegelapan. 10.32. “Is?” ujarnya kembali. Telefon bimbit dipegang erat sambil tangan kirinya menggosok-gosok mata yang kelat. “This better be good…”

Is tertawa. Dari suara Nia yang sedikit serak, Is pasti Nia sudah tertidur. “Kau dah tidur ke? Esok hari Ahad lah cik kak. Apa kelas tidur awal?”

Nia menggigit bibir. “Aku tertidur lepas Isyak tadi. Lagipun, esok aku ada program dengan Mercy,” balas Nia lambat-lambat. Dia masih terasa sedikit mamai. “Kau ada tujuan ke call aku ni?”

Is tergelak. “Kau dah jaga ke tak ni?”

Nia mendengus perlahan. Kadang-kadang sakit jiwa juga dia melayan kerenah Is. “Kenapa ni? Slack betul orang nak tidur!”

“Macam tu saja kau dengan aku ya..” balas Is, jauh bunyi suaranya.

Nia terdiam. Timbul rasa bersalah dalam hati. “Ya lah.. ya lah… Apa kau nak ni? Kalau tak ada apa-apa. Aku nak sambung tidur.”

“Teman aku pergi Bukit Beruntung kejap. Bas Ayun ke USM rosak dekat sana,” ujar Is.

“Haa…?” Nia betul-betul telah terjaga. “Dia ok ke?”

“Dia ok. Eh, kau jadi pergi tak? Kalau jadi, cepat siap. 15 minit lagi aku jemput.”

Khairunnisa dijemput. Sudahnya, mereka menuju ke KLIA dan Khairunnisa pulang ke Pulau Pinang dengan menaiki pesawat. Jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi ketika mereka dalam perjalanan pulang.

“Kau nak sambung tidur ke, Nia?” soal Is tatkala melihat Nia mencapai bantal bulat dari tempat duduk belakang Autobavaria. “Tadi waktu Ayun ada, kecoh kemain. Takkan sekarang dah hilang modal agaknya?”

Nia tersengih kepenatan. Memang sekiranya dia dan Khairunnisa bertemu, ada sahaja agenda-agenda yang dibincangkan. Tambah lagi, mereka berdua sama-sama merupakan bekas pelajar KUSESS. Nia dan Khairunnisa sememangnya rapat dan mereka selalu juga bertukar berita melalui SMS. “Mmm… Penat jugak mulut berceloteh tadi. Mungkin lah juga nak sambung tidur. Kenapa?”

Is terdiam. Takkan nak dihalang Nia tidur? Dia juga kasihan melihat mata wanita itu yang sudah agak sembab. Menurutnya, siang tadi dia telah mengambil bahagian dalam surgeri di OR yang berlangsung lebih kurang 6 jam. “Tak ada apa-apa.” Is cekap mengawal stereng kereta merentasi Lebuhraya Sungai Buloh yang agak lengang. “Tidurlah. Nanti dah sampai aku gerakkan.”

Nia tersenyum. Matanya memang sudah susah untuk dicelikkan, namun tidak sampai hati dia melihat Is memandu keseorangan. Apalah gunanya Is menjemputnya sekadar menjadi teman yang tertidur di sebelah? “Ala… Memandangkan aku tahu kau memang cuak nak lalu kat Highway Sungai Buloh ni, tak apalah. Aku boleh berjaga lagi..” ujar Nia, tersenyum nakal.

Is tergelak. “Banyaklah! Siapa yang cuak sebenarnya?”

Mereka sama-sama tertawa. Sepanjang perjalanan ke TTDI, mereka bersembang untuk menghilangkan rasa mengantuk. Namun, di saat-saat akhir, Nia mengaku kalah. Matanya tidak tertahan lagi. Dia tertidur apabila Is leka bercerita tentang projek terbaru yang mana dia menjadi peneraju.

Is sekadar tersenyum. Dia pulang ke rumah setelah menghantar Nia. Ketika hendak menutup pintu kereta, dia terperasankan bantal yang dipeluk Nia, tersadai di tempat duduk penumpang. Bantal itu dicapainya.

Di bilik, Is rebah di katil. Bantal bulat hiasan kereta itu dicapai. Dibelek-belek. Akhirnya dipeluk erat. Haruman Romance Ralph Lauren pilihan Nia malam tadi menusuk hidungnya.

Telefon bimbit Is berdering. Dia tersenyum melihat nama di skrin telefon. “Assalamualaikum.”

Waalaikumsalam. Dah nak tidur ke?” soal Nia, suaranya berbunyi kepenatan.

“A’ah. I’m okay. Dah selamat sampai,” ujar Is. Dia amat maklum dengan check-up call Nia. “Jangan risau. Pergilah tidur.”

Terdengar bunyi suara Nia menguap kecil. “Okay. Jangan tidur lewat sangat tau,” pesan Nia.

“Nia?”

“Yes?”

“Remember the pillow you were hugging in the car?” soal Is.

Nia terdiam. Mungkin sedang cuba mengingat bantal apa yang dimaksudkan. “You mean, yang aku bawa tidur dalam kereta tadi ke?” soal Nia kembali, inginkan kepastian.

“Yep, exactly. That one.”

“Mmm.. ingat. Kenapa?”

“I’m kinda hugging the pillow right now.”

Nia terdiam lagi. Kali ini, bibirnya menguntumkan senyum. “Smells nice?”

“Hmm… yes.”

Akhirnya Nia tertawa. “Hmm… Well, sweet dreams, Khairil Iskandar.” Klik.

Is merenung telefon bimbit. Panggilan telah diputuskan oleh Nia. Tawa wanita itu terngiang-ngiang di telinganya. Dia juga kurang pasti, mengapa bantal itu dipeluknya?

“Well, sweet dreams to you too, Hadiah Hyrena.”

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardiah_alwaniProfil   Hantar PM kepada wardiah_alwani   Quote dan BalasQuote

wardiah_alwani
Warga 5 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu

iceland  


posticon Posting pada: 09-04-08 11:20


Episod 6
Tengku Shafiq memusing stereng kereta Mercedes E500nya cekap ke dalam perkarangan SJMC. Dia sudah agak terlewat. Hari itu hari pertama adiknya dibenarkan pulang setelah terlantar selama sebulan di hospital akibat kemalangan jalan raya.

Setelah kereta diparkirkan, Tengku Shafiq berlari-lari anak ke wad terapi. Dia menuju ke bilik adik perempuannya di wad kelas satu. Pintu bilik dikuak.

“Abang!”

Tengku Shafiq tersenyum. Kelihatan Tengku Eliana, adik perempuannya berdiri di birai katil sambil melipat baju yang masih berbaki di atas katil. Eliana berjalan terhenjut-henjut ke arahnya. Ternyata Eliana begitu ceria hari itu.

“Sorry abang lewat. I’ve just finished a meeting with papa, actually,” ujar Tengku Shafiq, memohon maaf. Memang dalam perancangan, mereka sekeluarga akan datang menjemput Eliana. Namun, pada saat-saat akhir, syarikat Matsushima dari Jepun telah menghantar wakil mereka ke ibu pejabat. Hendak tak hendak, hanya Tengku Shafiq sahaja yang ada untuk menjemput Eliana.

Eliana tersenyum girang. “It’s okay. Elia tadi pun ada orang teman. I really want you to meet my doctor, actually,” balas Eliana. Baju-baju yang telah dilipat dimasukkan ke dalam beg pakaian.

Tengku Shafiq menjungkit kening. “Eh, kat hospital pun Elia sempat usha balak ke? Mesti doktor handsome ni kan,” gurau Tengku Shafiq.

Eliana ketawa besar. “Hey, I didn’t usha balak, okay? Anyway, my doctor is a lady lah, abang,” balas Eliana lagi. Dia tersengih-sengih. “Cantik tau!”

Tengku Shafiq tertawa. “Oh… Ni yang mama selalu cerita tu ya? Haa… mana dia? Abang pun nak tengok jugak. Betul ke lawa sangat macam yang mama selalu bisingkan tu?” ujarnya. Betulkah doktor itu secantik seperti yang mama khabarkan? Semenjak Eliana dirawat di hospital, tak jemu-jemu mama memuji wanita yang bergelar physician Eliana itu.

Eliana tersenyum. “Dia tengah isi form untuk Elia. Nanti abang tengoklah. Memang lawa. Takkan abang tak percaya dengan taste Elia?”

Tengku Shafiq tergelak besar. Dia memang sedia maklum tentang adik perempuannya yang satu ini. Walaupun baru berada di Tingkatan Empat, namun Eliana amat pandai bergaya. Tambahan, wajah Eliana yang cerah menambahkan keayuan wajahnya. “Lupa pulak. Elia kan high taste.”

“Saya dah minta Doktor Zainal sahkan, cuma perlukan tandatangan your next of kin and you are on the go.”

Tengku Shafiq dan Eliana melihat empunya suara. Tengku Shafiq terkaku sebentar. Eliana tersengih-sengih. “Doktor, saya nak perkenalkan, inilah abang saya, Tengku Shafiq Haris.”

Nia mengangkat wajah dari meneliti boring check-out pesakit di tangan. Air mukanya turut berubah. Perasaan yang tiba-tiba bergelodak sedaya-upaya cuba ditenangkan. “Doktor Hyrena,” ucap Nia lambat-lambat.

Tengku Shafiq mengangguk perlahan. Jantungnya juga berdegup kencang melihatkan wajah wanita di hadapannya. Segala memori tiga tahun lepas datang menyerpa. “Nice to meet you, doctor,” balas Tengku Shafiq, suaranya juga perlahan.

Nia memalingkan wajah. Dia cuba menguntumkan senyum kepada Eliana yang tersengih-sengih. “Eliana, ini borangnya. Keep in touch, okay?” ujar Nia, sambil memeluk lembut bahu Eliana.

“Of course, doctor. I’ll contact you sampai doktor pun dah bosan nak take my calls,” balas Eliana.

“Hey, try me! Pukul berapa pun Eliana call, saya akan tetap jawab call tu,” balas Nia lembut. Beg Eliana di atas katil dicapai. “Well, Tengku, if you could be so kind as to sign here, everything will be settled,” ujar Nia sambil menyerahkan borang discharge pesakit kepada Tengku Shafiq.

Tengku Shafiq yang dari tadi meneliti wajah Nia, tersentak. Agak terkejut dengan penggunaan bahasa wanita itu. Borang diambil. “Panggil saya Shafiq, doktor.”

Nia tersenyum. “Insya Allah. Come on, Eliana. I’ll walk you out, okay?”

Sewaktu Eliana melangkah keluar dari bilik nombor 11, dia menerima tepukan gemuruh dari warga wad. Selama sebulan dia menjadi pesakit itu, dia telah berubah daripada menjadi seseorang yang panas baran kepada gadis muda yang baik hati. Kelihatan Nurse Jaya memegang sejambak besar bunga ros merah jambu di tangan.

“Eliana, ingat tak semua bunga yang Eliana pernah bagi dengan kami?” soal Nurse Jaya. Eliana yang masih terkejut mengangguk laju. Nurse Jaya tertawa. Dia menyerahkan jambangan bunga itu kepada Eliana. “Kami tahu Eliana suka warna pink, jadi kami harap Eliana suka bunga ini,” ujarnya lagi.

Eliana menerima jambangan bunga itu dengan penuh rasa terharu. Matanya sedikit berkaca. “Terima kasih kak Jaya. Saya minta maaf sekali lagi dengan tingkah laku saya dulu,” ujar Eliana. Jambangan bunga itu diciumnya. “Thank you so much, everyone! Eliana takkan lupa jasa abang-abang dan kakak-kakak di sini.”

Jaya tersenyum. Dia memeluk gadis itu. “Jangan diingat lagi, ok? Eliana pula jangan lupa kami dekat sini.”

“Dengan kak Yati pun jangan lupa tahu!” laung Nurse Yati dari kaunter pertanyaan. Semua yang berada di lobi pecah ketawa.

Di kereta milik Tengku Shafiq, Nia dan Eliana berpelukan sekali lagi. Air mata Eliana sudah mengalir deras. “Eliana ni, pelik betul lah. Orang keluar hospital kemain gembira, Eliana pula sampai nangis-nangis,” gurau Nia. Matanya sendiri juga turut bergenang.

“I’ll miss this place very much, doctor. Especially you. Promise me you’ll visit me?” soal Eliana, tangan Nia dipaut erat.

Nia mengusap lembut kepala Eliana. “Insya Allah, Eliana. You just do me a favour and study hard, okay?”

Eliana tersengih-sengih. Dia menabik. “Don’t worry!”


“Dia buat macam tak kenal aku, Nissa. Hati ni Allah s.w.t. saja yang tahu,” luah Nia kepada Nissa. Nasi di pinggan dikuis-kuis tanpa dijamah. “Lima tahun, Nissa… Lima tahun…”

Nissa menolak gelas yang mengandungi air tebu ke tepi. Seleranya mati melihatkan wajah Nia yang sugul. “Nia…” ucap Nissa perlahan. Tangan Nia digenggamnya. “Nobody can forget the person he loved for five long years, Nia. Aku pasti dia tak pernah lupakan kau.”

Mata Nia mula berkaca. Sudah lama dia tidak menumpahkan air mata untuk lelaki yang satu itu. “Macam mana kau boleh sure sangat yang dia cintakan aku selama lima tahun tu, Nissa?”soal Nia, tertawa kecil. “Kau cuma jumpa dia waktu summer saja kan?”

Nissa menghela nafas. Dia teringat kali pertama Nia memperkenalkan Tengku Shafiq kepadanya. Waktu itu mereka sama-sama pulang ke tanah air untuk cuti musim panas setelah dua semester yang pertama berakhir. “He was so in love with you, Nia. Aku dapat tengok dalam mata dia, setiap kali dia tengok wajah kau.” Tangan Nia diramas lagi. “Somehow, along the way, people tend to fall out of love,” sambung Nissa lagi, perlahan. “Contoh terdekat. Aku dan Is.”

Nia tertawa melihat Nissa yang tersengih. “Entahlah Nissa… Lima tahun aku mencintai dia sepenuh hati. Hujung-hujung, dia tinggalkan aku begitu sahaja,” kata Nia. “Sekarang baru aku dapat tahu bahawa Eliana tu adik dia. How can I keep Eliana happy while even the sight of him breaks my heart?” soal Nia lagi.

“Ini semua dugaan Tuhan, Nia. Mungkin dah tertulis yang dia bukan jodoh kau,” tutur Nissa lagi. Dia teringat perbualan telefonnya bersama Is. Perlahan-lahan bibirnya menguntum senyum. “Sometimes, God takes us on a long journey to find happiness in our lives. But in the end, it’s all worth it.”

Nia tersenyum kecil. “Thanks, girl. Aku percaya, segala yang berlaku ada hikmahnya.” Dia terdiam sebentar. “Aku bersyukur, you were always there when I needed you the most.”

Nissa tersenyum lagi. Dia kagum dengan kesabaran Nia dalam menghadapi alam percintaan. Ketika di bangku sekolah dahulu, dia ditinggalkan Hadi yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Namun, Nissa sendiri tidak boleh memaafkan perbuatan Shafiq meninggalkan Nia setelah lima tahun memadu kasih. “Nia, you are a strong woman, dear. Aku respect gila waktu kau broke up dengan Shafiq dulu. Kau called aku, dan kau langsung tak menangis.”

Nia tertawa kecil. “Siapa cakap tak nangis? Cuma time tu aku macam tak terfikir nak menangis. Malam tu baru lencun bantal aku. Ingat nak call kau sekali lagi, tapi kat Jepun dah pagi buta, so I skipped lah,” terang Nia.

Nissa menepuk dahi. “apa benda lah kau ni Nia? Nak kena sepuk dengan aku lah tu. Aku dah sound awal-awal, apa-apa jadi call aku. I am so disappointed with you right now,” balas Nissa, tangan disilang menunjukkan rasa tidak puas hati.

Nia menggigit bibir. Terasa bersalah juga. Memang antara mereka tidak pernah ada rahsia. “Sorry lah.. Aku tahu the next day sure kau ada kelas…” ujar Nia perlahan, gilirannya pula memujuk hati Nissa. “Itu kisah lama, Nissa… Toksah lah ingat balik..”

Nissa tersengih. “Ya lah… Hmm… lupakan Shafiq, ok? His loss.” Matanya bersinar. “Aku ada story tak dengan kau? Is called aku two nights ago!”

Mata Nia membundar. “Serius? kenapa aku tak tahu apa-apa ni?” dia meraup kedua-dua belah tangan. Semangatnya sedikit teruja. “Apa cerita?”

“Haa… Alhamdulillah, rasanya sekarang semua ok. Kami bersembang lama juga hari tu. Sempatlah juga gelak-gelak,” ujar Nissa. Dia mengenyitkan mata. “Dia cerita ibu dia suruh dia kahwin.”

Nia tertawa besar. “A’ah, itulah pasal! Kasihan juga aku dengan dia. Chik Mah tak sudah-sudah tanya mana calonnya. Chik Mah cakap, dalam masa sebulan lagi ni dia tak ada calon, Chik Mah cari sendiri,” balas Nia.

“Ya Allah! Haa. Aku hairan kenapa Chik Shima tak buat macam tu jugak kat kau. Biar padan muka kau! Orang nak, asyik jual mahal saja,” perli Nissa. Orang yang nak mengorat bukannya sedikit, Nia sahaja yang tidak pernah memberi peluang. “Sampai bila nak maintain single ni?”

Nia memuncungkan bibir. “Haa… Mulalah tu. Kau pun belum selesai lagi, nak kenen-kenenkan aku pulak,” bidasnya. Dia sangat malas kalau Nissa mula membuka topik tentang perkahwinan.

Nissa tertawa. Dia tahu Nia memang berat untuk berbicara hal-hal demikian. “Ala. Aku belum selesai lagi pun tak semestinya aku tak boleh selesaikan hal kau dulu.”


Shafiq meneliti senarai pelajar baru di tangan. Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow kelihatan agak sibuk. 20 orang. 13 lelaki dan 7 perempuan. “Mana lagi seorang?” soal Shafiq. “Hadiah Hyrena Ahmad Kamal?”

“Sini,” ujar suara lembut seorang gadis. Shafiq menoleh ke arah suara itu. Hatinya berdetik melihat raut wajah empunya suara. “Maaf kerana saya hantar a senior citizen ke underground sekejap tadi,” sambung gadis itu lagi.

Shafiq mengangguk-ngangguk perlahan. Ditenangkan hati yang berkocak. “It’s okay. Next time you’re disappearing from the group, notify me first,” balasnya. Dia memandang wajah Iqbal yang tersengih-sengih. Mungkin seronok melihat freshies yang cun-cun belaka.

Kali pertama Shafiq bertemu dengan Nia, tanggapannya terhadap gadis itu amat lari dari realiti sebenar. Pada fikiran Shafiq, Nia tak ubah seperti gadis innocent yang baru tamat sekolah dan akan memulakan alam universiti di luar negara. Penampilan Nia yang bertudung menguatkan lagi pandangan Shafiq bahawa Nia adalah naïf.

Shafiq mengakui keayuan wajah Nia. Malah, hatinya sendiri terdetik tatkala pertama kali menatap wajah itu di Heathrow. Tiada apa kurangnya pada Nia. Segala-galanya cantik. Namun, Shafiq yakin dirinya tidak akan tertarik kepada gadis seperti Nia.

Mesyuarat Kelab Umno Dublin akan dimulakan tidak lama lagi. Rumah dua tingkat yang didiami oleh Shafiq dan 9 lagi pelajar lelaki lain riuh-rendah setelah diubah suai menjadi markas luar kampus kelab itu. Iqbal menarik kerusi dan duduk di sebelah Shafiq.

“Semua dah ada ke?” soal Shafiq, acuh tak acuh. Dia menjangkakan lebih kurang 50 ahli kelab akan datang ke mesyuarat malam itu.

Iqbal mengangguk. “Zameer cakap, mungkin Abang Izan akan lambat sikit. Katanya ada emergency case malam ni,” balas Iqbal.

“Freshies semua dah datang ke? Si Hyrena yang anda minat sangat-sangat tu dah sampai?” soal Shafiq lagi. Bukan sekali dua rakan-rakannya memuji tentang Hyrena. Shafiq hampir naik bosan mendengar nama itu disebut rakan-rakannya. “Jangan bagi muka sangat dengan mereka,” nasihat Shafiq.

Iqbal mencemik. “Shafiq, dia dengan geng dia yang tolong masak untuk jamuan malam ni,” terang Iqbal. Dia tidak faham mengapa Shafiq kurang masuk dengan gadis-gadis itu. Hanya semata-mata mereka bertudung?

Shafiq menjungkit kening. Dia terlihat kelibat Hyrena yang sedang ketawa bersama rakan-rakannya di sudut bilik. “Hmm.. Okay.”

Zameer muncul dan tunduk untuk berbisik kepada Shafiq. “We would better start now. Lambat sangat nanti kasihan the girls nak jalan balik.”

Shafiq mengangguk. Dia berdehem sebelum mengarahkan agar mesyuarat dimulakan. Setelah doa dibacakan oleh ketua biro kerohanian, setiausaha membentangkan agenda mesyuarat yang lepas. Kemudian, mesyuarat kembali beralih tangan kepada Shafiq, yang juga merupakan timbalan presiden kelab.

“Mengikut tradisi, kelab kita akan melantik muka-muka baru sebagai pelapis peneraju kelab. Pelapis-pelapis ini yang diharap dapat mewarisi kepimpinan dan menjadi backbone kepada kelab.



“Take care, Nia!”

Shafiq tersentak dari lamunan. Dia terlihat Hyrena berlari-lari anak menuruni tangga hadapan rumah sewanya. Gadis itu bersweater biru gelap dan berseluar jeans warna sedondon. Ringkas.

Shafiq melompat turun dari bangku di hadapan rumah Hyrena dan mula mendapatkan gadis itu. Hyrena berjalan agak laju. Mungkin sudah lambat untuk ke kuliah agaknya. “Hi. Can we talk?”

Hyrena yang tersentak, berpaling menghadap Shafiq. Bibirnya menguntum senyum. Langkahnya diteruskan. “Waalaikumsalam. Talk? Are you sure I’m worthy of this TALK?” soal Hyrena. Dia menatap wajah Shafiq sambil tersenyum.

Shafiq menggigit bibit. “I’m trying to apologize here…”

Langkah Hyrena termati. Dia memberikan ekspresi terkejut sambil meletakkan telapak tangan di dada. “Oh no, by all means Shafiq, you don’t owe me any apology,” ujar Hyrena. “I mean, I’m just another clueless girl who doesn’t know a poopie about this sponsorship trash, right?” perlinya lagi.

Shafiq terkesima. “Macam familiar saja ayat awak tu,” balas Shafiq kembali dalam suara yang perlahan. Dia sedar, dia terlalu merendah-rendahkan gadis itu.

Hyrena menjungkit kening. “Familiar? Hmm… mungkin lah juga. Well, Shafiq, I try not to waste any more of your time, jadi, eloklah kalau saya jalan dulu. Bye!” Hyrena kembali memulakan langkah.

“Tapi siapa suruh awak eavesdropped kami!”

Hyrena mendengus. Dia betul-betul bosan dengan lelaki itu. Ada sahaja jalan dia hendak menyalahkan Hyrena. “Well, talking in the kitchen was not exactly a stellar idea to begin with, sedangkan awak tahu kami semua busy preparing for the jamuan. You didn’t expect me to turn a deaf ear, did you?” Hyrena mengeluh. Susah rasanya untuk mempamerkan muka selamba lagi. Kalau boleh, hendak disekeh-sekeh lelaki itu. “Sudahlah Shafiq. Saya memang tiada hak untuk curi dengar, tetapi saya ada hak untuk marah. You don’t judge me accordingly. Awak Cuma kenal saya selama dua minggu, awak tiada hak untuk menilai kebolehan atau kelemahan saya.” Kata-kata Hyrena terhenti sebentar. Dia membetulkan beg yang disandang di bahu. “Betul kata awak. Saya tidak sesuai untuk jawatan itu.”

“Hyrena, I’m sorry.”

Hyrena tersenyum. “Well, the damage has been done. Tak kisahlah kan,” ujarnya kembali, acuh tak acuh.

Shafiq pula mengeluh. ‘Keras betul hati perempuan ni. Harap muka saja lembut, hatinya belum tentu lagi.’ “Awak masih marah lagi?” soal Shafiq kembali. Hatinya tidak sedap. Dia tidak tahu Kenapa pandangan perempuan itu terhadap dirinya terlalu penting.

“Hmm… mungkin juga,” balas Hyrena. “Tapi, apa yang saya rasa tak penting. Awak tak boleh nak jaga hati semua orang.”

Shafiq melepaskan keluhan. Beg yang makin melungsur di bahu dibiarkan terjatuh. “Macam mana saya nak hilangkan rasa marah awak?”

“Insya Allah, given time agaknya. A little less of seeing your face might help too, I guess,” kata Hyrena sambil tersenyum.

Akhirnya Shafiq tergelak. Dia mengakui Hyrena memang seorang yang berterus-terang. “So kiranya awak dah menyampah tengok muka saya lah ni?” soal Shafiq lagi, kali ini wajahnya lebih ceria. Seronok juga berbicara dengan gadis itu.

Hyrena pun tertawa. “Lebih kurang, begitu-begitu lah.”


“Mama dan abah minta maaf, Tengku. Abah ada conference di Nice,” tutur Nia sambil bersalaman dengan Tengku Suraya. “Mereka kirim salam dengan Tengku.”

Tengku Suraya tersenyum. Diraihnya gadis itu dalam pelukan. “Doktor ni, tak usahlah bertengku-tengku. Panggil aunty cukuplah,” balas Tengku Suraya. Wajah Nia ditatapnya. Sungguh manis wajah itu pada pandangan matanya.

“Baiklah,” ujar Nia, tersenyum. “Aunty pun janganlah berdoktor-doktor dengan saya. Cukuplah dengan panggilan Nia,” tambahnya lagi. “Aunty ingat lagi dengan abang dan adik saya kan? Ini abang Hazrin, yang ni pula Eezwan,” Tengku Suraya mengangguk dan berbual-bual seketika dengan mereka bertiga beradik.

Majlis doa selamat Tengku Eliana semakin penuh sesak. Nia meminta izin dari Tengku Suraya untuk mencari Eliana. Eezwan dan Hazrin pula telah beransur ke meja buffet untuk mengambil hidangan.

“Aduh!”

Pinggan berisi nasi himpit berkuah kacang yang dipegang Eezwan tersenget dek dirinya tersadung kaki seseorang. Eezwan menggelabah. Nasib kuah kacang tidak terpalit pada baju melayunya.

“Kenapa jalan tak tengok orang ni…” rintih suara halus seorang gadis. Eezwan memalingkan muka. Seorang gadis berbaju kurung merah jambu cair tersandar di tiang rumah sambil mengerang kesakitan.

Eezwan menjungkit kening. Eh eh, siapa yang buta ni?, ujarnya dalam hati, sedikit marah dituduh melulu. “Siapa yang tak tengok siapa?” soal Eezwan kembali, sedikit memerli.

Muka Eliana berkerut. Salah dia ke? Kakinya yang tidak sembuh sepenuhnya itu masih berdenyut-denyut kesakitan. Namun dikuatkan juga untuk memulakan langkah. Kalau dilihat, memang tidak ubah seperti orang capang. Namun, Eliana tekun untuk sembuh.

“Ya Allah…”

Terdengar tutur kata lelaki itu di telinga Eliana. Agaknya lelaki itu sudah sedar akan keadaan fizikalnya. Eliana tidak endah. Dia tidak mengharapkan simpati.

“Eliana?”

Eliana berhenti menapak. Dengan perlahan-lahan dia memusingkan badannya. Wajah lelaki itu berkerut sedikit. “Ya, saya. Kenapa? Boleh saya tolong ambil apa-apa?”

Eezwan beristighfar dalam hati. Dengan keadaan fizikalnya sedemikian, gadis itu masih mampu melayan tetamu sebaik mungkin. Dirinya dilanda perasaan serba salah. “Err.. tak ada apa-apa. It’s just that…… I’m sorry,” tutur Eezwan perlahan. “Salah saya.”

Eliana tersenyum. “Nevermind. Saya pun jalan pakai rempuh saja tadi. I’m sorry too. Nak saya ambilkan nasi himpit baru?”

Eezwan menggeleng kepala, hampir mati kata. So, inilah Eliana yang selalu diceritakan oleh Kak Nia. “It’s okay. Alah, tumpah kuah kacang saja. Erm.. awak ok tak?” soal Eezwan. Perutnya yang berkeroncong dilupakan dahulu.

Eliana tertawa. “Saya ok, no problem. Boleh saya tahu nama awak? Tak best lah awak saja yang tahu nama saya,” ujar Eliana. Kacak juga. Kulit cerah, mata pulak hazel.

Eezwan tersengih. Aku ni nak masuk line ke?, soalnya sendiri. Matilah kalau Kak Nia tahu… “Nama saya Khairil Eezwan.”

“Awak adik Doktor Hyrena kan?” teka Eliana, dahinya berkerut. Dia pasti Eezwan lah nama adik Doktor Hyrena yang sering disebut-sebut wanita itu.

Sementara itu di ruang tamu, Nia baru berjaya memboloskan diri dari rakan-rakan Tengku Suraya. Bukannya dia tidak mahu melayan golongan-golongan bangsawan itu, tetapi dia letih juga menjawab soalan-soalan mereka yang bertalu-talu. Ketika dia baru hendak melangkah ke serambi, namanya dipanggil lembut.

“Nia!”

Serentak dengan itu, langkah Nia terhenti. Dia amat mengenali suara itu. Akhirnya, perkara yang paling hendak dielakkannya berlaku juga. Nia memusingkan badan perlahan-lahan menghadap empunya suara.

Tengku Shafiq bersandar di dinding serambi, bibirnya menguntum senyuman kecil. Dia masih seperti dahulu, cuma lebih kacak dan berketrampilan berbanding dulu. Baju melayu Johor berwarna biru metallik dipadankan dengan seluar slack berona beige menyerlahkan ketampannya.

Hati Nia seolah-olah berhenti berdegup. Dia beristighfar berkali-kali dalam hati. Cuba menenteramkan hati yang gundah. Dia tersenyum juga akhirnya walaupun begitu payah.

“Thanks for making it today. It would mean so much to Elia,” ujar Tengku Shafiq perlahan. “I see dia sangat rapat dengan you.”

Nia mengangguk perlahan. “Alhamdulillah.I gembira dia dah semakin sihat sekarang.” Nia memandang sekeliling. Kosong. “Erm, okeylah…”

“Boleh kita berbual-bual sebentar, Nia? Dah lama I tak berborak dengan you,” potong Tengku Shafiq, wajahnya meminta persetujuan Nia. “Please, I insist.”

Angin bertiup lembut petang itu. Nia mendapat view terbaik akan majlis doa selamat itu dari serambi rumah mewah Tengku Khalid itu. Setelah Tengku Shafiq kembali dengan dua buah pinggan berisi makanan, mereka makan bersama-sama di situ.

“Apa cerita you sekarang?” soal Tengku Shafiq membuka bicara.

Nia menjungkit kening. Tisu dicapai untuk mengelap bibir. “Macam tu jugak. Ok saja. Sekarang ni I kerja di SJMC di wad surgery,” tutur Nia. Punch buah-buahan diteguknya. “You pula, apa cerita?”

“I medical consultant di ESSO. To compensate my scholarship,” jawab Tengku Shafiq. “So, you memang serius dengan surgery?”

Nia mengangguk. “Emm, lebih kurang. Neuro pun I minat juga, tapi entah. Let time decides. You tak cadang nak buka klinik ke?”

Tengku Shafiq tersenyum. “Tengoklah… Insya Allah…”

Suasana hening sekali lagi. Nia kurang senang dengan renungan mata Tengku Shafiq. Walaupun mereka telah lama berpisah, namun Nia masih dapat merasakan getaran dalam jiwanya.

“Nia, I am sorry…”

Nia menundukkan wajah. Dia segera menarik tangannya dari dicapai oleh Tengku Shafiq. “Shafiq, don’t be,” tegas bunyi suaranya, walaupun nadanya rendah. “Let the bygones be bygones.”

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardiah_alwaniProfil   Hantar PM kepada wardiah_alwani   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-04-08 07:17


takkan sikit sangat sambungannyer... smbung lah lagi... :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

hazni
Warga Rasmi
Menyertai: 29.02.2008
Ahli No: 32761
Posting: 20
Dari: ums-kal, labuan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-04-08 08:31


tak kan cerita ni da tak ada sambungannyer......
ala sambungla lagi......
tak best lah kalau tak tau cerita akhirnya....
paste lah lagi.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For hazniProfil   Hantar PM kepada hazni   Quote dan BalasQuote

wardiah_alwani
Warga 5 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu

iceland  


posticon Posting pada: 23-04-08 04:04


Episod 7
Eezwan merenung siling bilik. Kipas yang berputar-putar perlahan amat menarik minatnya. Entah berapa lama dia terbaring begitu. Nasib baik keesokan harinya bukanlah hari sekolah.

Dia hairan. Jarang dia meletakkan kepala ke bantal dan mengambil masa yang lama untuk lelap. Selalunya kurang lima minit mesti dia telah berdengkur membelah keheningan malam. Namun, malam itu dia berasa sedikit asing. Pelbagai aktiviti telah dilakukan untuk menyibukkan diri, namun, akhirnya mesti dia akan tetap terbaring di katil itu.

Final Fantasy sudah dikhatam sekali. Satu pin aiskrim Ben dan Jerry’s pun telah dihabiskannya. Malam tadi, abang Long telah membawa mereka makan di restoran The Ship. Kenapa dia masih berjaga walaupun perut telah dipenuhkan?

Telefon bimbit Samsung dicapai. Dia merenung sebaris nombor yang tertera di skrin. Wajar ke aku mesej dia? Gumam Eezwan dalam hati. Balas ke dia nanti ?

“assalamualaikum. Its Eezwan, in case you haven’t keyed in my no yet. Im wondering.. if its ok if I wanna get to know u better?”

“Wsalam. Of course ive saved your no.. Well, the favors done, only if its ok if I wanna get to know u better too. =)”

Eezwan tersengih memandang skrin telefon bimbit.


“What are you doing, Is?”

Lamunan Is tersentak dek teguran Saiful. Dia mengalihkan pandangan dari bingkai gambar yang terletak di atas meja. “Masuk tu cuba lah bagi salam dulu..”

Assalamualaikum,” ujar Saiful, tersengih. Dia menarik kerusi bertentangan Is. “So, jawablah soalan aku.”

Is menjungkit kening. “Waalaikumsalam. Apa lagi, tengah tunggu kau nak pergi lunch lah. Lembab semacam saja,” tukas Is kembali.

“Tunggu aku lunch ke mengelamun?”

Is yang mencapai kunci kereta, terkaku.

“Are you doing this stupid secret crushing on Nia or what?”

Is kembali mengambil tempat duduk. Saiful juga nampak tidak berganjak dari tempat duduknya. “Apa kau mengarut ni? Secret crushing? Nia?” Soal Is bertalu-talu. Dia musykil.

Saiful tersengih lagi. “Ala… Lagi nak cover line. Aku dah lama kenal dengan kau, Is. Kenapa kau berdiam tentang perasaan kau terhadap Nia?” ujar Saiful pula. Sudah lama dia menunggu Is membuka mulut. Selalunya dia tidak begini. Sekiranya Is menjumpai seseorang yang menarik minatnya, Saifullah orang yang pertama diceritakannya.

Is beralih duduk. Punggungnya hangat tiba-tiba. “Kau ni.. Nia is my best friend. Best friends and crushes don’t mix, Saiful,” tutur Is. Namun dia terasa kata-katanya goyah.

“Eh, apa pasal pulak tak boleh? Lain lah kalau kau dengan aku. Kalau kau ada crush dengan aku, seram sial!”

Is tergelak. “Mangkuk betul lah kau ni! Bontot pun tak ada, ada hati!”

Saiful turut tertawa. “Anyway, I think you should do something about your crush, man. Nia tu cantik, doktor pulak tu. Cepat sambar sementara dok ada depan mata, Is,” nasihat Saiful.

“Kau ni.. Nak aku cakap dalam bahasa Tamil ke. Aku dengan Nia cuma kawan baik saja…”

Saiful tersengih. Is tetap tidak mengalah. Saiful mengumpan lagi. “Jadi, kalau aku nak masuk line Nia, kau tak kisah lah ya?”

Raut muka Is berubah. Dengan spontan Saiful ketawa terbahak-bahak. “I thought so. Come on, man. Sort out your issue, and then come to me with your confession.”


“Kamu dah kenal Doktor Nia tu, Shafiq?”

Shafiq mengalihkan pandangan dari surat khabar yang dibaca. Dia memandang mamanya yang sedang berehat-rehat di sofa. “Apa maksud mama?”

Tengku Suraya tersenyum. “Apa susah sangat kamu faham soalan mama, Shafiq? Mama tanya kamu dah kenal ke Nia tu? Mama tengok hari tu sembang elok saja dekat balkoni, tak sempat-sempat mama nak introduce,” tuturnya.

Shafiq tersenyum hambar. “Oh… Nia tu junior saya di UK, mama. Tak sangka dia jadi doktor Elia,” balas Shafiq.

“begitu… Jadi, kira dah lama lah Shafiq kenal dengan dia? Dia berapa tahun junior Shafiq?” soal Tengku Suraya lagi.

Shafiq berpura-pura terus membaca akhbar. Dia malas ingin berbicara lebih lanjut tentang Nia dengan mamanya. Dia amat maklum tentang rancangan mama. Eliana pun sibuk bercerita tentang Nia kepadanya. “Setahun saja, mama.”

Tengku Suraya mengangguk-angguk. Terasa payah pula dia ingin berbicara hal-hal begini dengan anaknya. Sebelum itu, dia tidak pernah mengulas tentang gadis-gadis pilihan anaknya. Namun, setelah menatap wajah doktor muda itu dan mengenali dirinya dengan lebih rapat, Tengku Suraya mula terfikir-fikir menjodohkan Nia dengan Shafiq. “Shafiq tak rapat dengan dia ke di UK?” soal Tengku Suraya lagi.

“Mm… boleh tahanlah, mama. Dia Sponsorship Officer Kelab Umno Dublin dulu,” jawab Shafiq acuh tak acuh.

Tengku Suraya mengangguk lagi. “Mama tengok baik budaknya. Shafiq tak suka dengan Nia?”

Shafiq menghela nafas panjang. “Mama… Shafiq dah agak mama nak cakap hal ni. Tak payah lah, mama. Mana tahu si Nia tu dah ada boyfriend ke? Takkan orang lawa macam dia tak ada teman lelaki?”

“Tak salah kalau kita menyimpan minat. Elia cakap, Nia memang tak ada teman,” ujar Tengku Suraya. Dia meletakkan tangan ke atas bahu anak lelaki sulungnya. “Kamu nak mama risikkan?”

Bulat mata Shafiq mendengar kata mamanya. “Mama ni… Janganlah fikir jauh sangat. Shafiq kan muda lagi. Lagipun, Nia tu keturunan biasa saja, mama. Taklah glamour tahap mana,” tukas Shafiq kembali.

“Hish, itu pulak yang difikirkan. Mama tak kisah dia keturunan mana, asalkan orang baik-baik cukuplah,” jawab Tengku Suraya. Dia menggeleng-gelengkan kepala. “Apa definisi glamour kamu, Shafiq? Nia jauh lebih baik dari perempuan-perempuan yang kamu usung ke sana ke mari tu. Dengan tak cukup kain, sopan santun pun entah ke mana.”

Shafiq terdiam. Dia tahu mamanya marah. “Mama….”

“Ya Allah!” Tengku Suraya terjerit kecil, sambil menepuk dahi. “Bukan Nia ke yang kamu kenalkan kepada mama dan papa waktu kami bercuti di Dublin dulu? Haa… Betulkan?”

Shafiq mengeluh lagi. Terungkai sudah kisah lama. “Mama, itu semua kisah lama. Tak payah lah ungkit lagi…”


“Bukankah Nia dulu teman wanita Shafiq? Betulkan, Shafiq? Apa dah jadi sekarang?”


“Ya Allah…. Mama tak peduli, kamu usaha ambil hati Nia tu balik,” ujar Tengku Suraya perlahan. Dia tidak sangka anak lelakinya begitu dungu dalam persoalan cinta.

“Bukan senang, mama. Shafiq rasa, Nia dah buang Shafiq jauh-jauh. Dah banyak kali Shafiq buat silap terhadap Nia,” jawab Shafiq. Dia merenung wajah mamanya yang agak keruh. Sejak dia menceritakan kisah dia bersama Nia di UK, wajah Tengku Suraya bertambah kelat.

“Baru padan muka kamu. Dulu asyik terkejar-kejar enjoy. Dah dapat perempuan yang elok, dilepaskan begitu sahaja,” bebel Tengku Suraya lagi. “Belajar saja tinggi-tinggi, tapi hal-hal senang macam ni pun kamu gagal.”

“Sudahlah tu, mama.. Shafiq sedar Shafiq salah..”

Tengku Suraya menghela nafas. “Shafiq… Shafiq…”

Shafiq terdiam.


Mata Shafiq hanya merenung pada yang satu. Dia terasa getaran pada jiwanya.

“How much do I owe you?” ujar suara lembut seorang gadis. Bunyi dialek asing yang terselit halus dialek Inggeris.

“Five euro for the malt shake. Have a nice day!”

Nia melemparkan senyuman kepada jurujual dan terus melangkah untuk mengambil tempat duduk di booth yang disediakan. Dia berhati-hati agar wap ais pada gelas malt shake tidak terkena pada baju kebarungnya.

“Kau ni, betul ke tidak? Tengah winter boleh minum shake lagi ni,” soal Maisarah, gadis yang duduk di sebelahnya.

Nia tersengih. “Ala… kalau teringin malt shake aku, cakap saja lah. Nah, ambik sikit. Aku tak marah punya.”

Maisarah tertawa. Beberapa gadis lain yang duduk di booth yang sama turut tertawa. “Tengok tu, sound sikit, pandai betul dia pekena hang balik. Kau taknak belanja kami tea ke? Tengah sejuk tahap gampang dah ni,” ujar Faridah dengan loghat utaranya.

“Lawa betul muka kau, ye. Selawa kole shake ni. Lagipun aku cuma bawa lima euro yang aku guna tadi,” balas Nia. Teman-teman tertawa lagi. Gelas malt shake dihulurkan kepada rakan-rakan. “Minum shake pun ok, apa. Bagilah anda punya hypothalamus tu kerja sikit,” tambah Nia lagi.

“Mana geng bebudak senior laki ni? Dah melabuh kain baju kurung aku tunggu mereka. Kalau kita hantaq gambaq sendiri untuk Salam Aidilfitri tu tak boleh ke?” soal Faridah lagi.

“Assalamualaikum, Shafiq! Tengok apa tu ha?”

Faridah menarik nafas lega. “Baru disebut, panjang umuq sungguh!”

Zameer dan Iqbal yang baru memasuki café itu ketawa terbahak-bahak melihat reaksi Shafiq. Mereka melihat arah lirikan mata Shafiq. Ke arah booth yang dipenuhi freshies perempuan yang terletak di sudut kanan café. Booth Nia.

Serentak itu Nia memandang sekilas ke arah mereka. Mata Nia dan Shafiq bertaut.

Gelak tawa Zameer, Iqbal dan rakan-rakan lelaki yang lain bergema. Shafiq sekadar tersenyum. Dia berjaya mencuri pandangan mata Nia.








Episod 8
Is menekan butang ‘lock’ pada keypad dan berlalu dari keretanya. Dia segera berlari-lari anak ke pintu masuk SJMC.

Assalamualaikum, Encik Is. Tergesa-gesa nampak. Cari Dr. Nia ke?”

Is tersengih memandang Yati dan Jaya. “Ya, nak bawa dia pergi lunch. Dia dah keluar wad ke?” soal Is.

Jaya mengangguk. “Tadi saya nampak dia dah keluar dari wad. Eh, lawa betul bunga yang Encik Is hantar untuk Dr. tadi. Kata kawan baik sahaja. Ada apa-apa ke, Encik Is?” soal Jaya, sambil disambut gelak tawa Yati.

Is menjungkit kening, hairan. Dahinya berkerut. “Bila pulak saya hantar bunga untuk Dr. Nia?”

Yati tersengih-sengih. “Ala, Encik Is. Tak payahlah cover-cover lagi. Dr. Nia memang selalu dapat bunga dari bekas-bekas pesakit, tapi tak se’special’ seperti bunga hari ni. Lagipun, Encik Is saja yang tahu Dr. Nia suka bunga ros merah jambu. Macam yang Encik Is hantar untuk birthday dia dulu,” sambung Nia, lengkap dengan gaya bibirnya yang sedikit terjuih.

Is semakin hairan. “Bunga ros? Saya hantar?”

“Hai, apa-apa sajalah Encik Is. Jangan pendam lama-lama, nanti orang lain kebas,” ujar Yati lagi, tersenyum simpul. “Saya dengan Jaya pergi dulu, ya.”

Sepemergian mereka berdua, Is tertinjau-tinjau di sudut lobi SJMC. Dia terlihat susuk tubuh Nia yang berdiri tidak jauh dari sofa pelawat. Nia kelihatan sedang bersembang dengan seorang lelaki yang amat Is kenali.

Darah lelaki Is berderau. Teka-teki penghantar bunga ros telah pun berakhir.


“Hai, susah betul nak cari kawan baik aku yang satu ni. Nak pergi lunch dengan kau sekarang pun kena buat appointment ya?”

Is mengangkat muka dari kertas kerja Telekom yang ditatapnya sejak pagi. Dia tersenyum hambar melihat wajah yang muncul di biliknya. “Hai, Nia.”

Nia menjungkit kening. Dia menarik sebuah kerusi dan duduk bertentangan dengan Is. “Hai? Just that? No ‘I’m sorry, I’ve been so busy I didn’t have time to contact you, Nia’?”

Is tersenyum lagi. “Well, if you want it that way…”

Nia menghela nafas, dramatis. “Ye lah… Macam ni saja lah. Aku tengok secretary kau pun dah tukar. Makin mengancam. Apa jadi dengan Lina?” soal Nia lagi, tersengih.

“I let her go. Dia hilangkan tender dengan Roche Limited,” balas Is, acuh tak acuh.

Mata Nia membundar. “Oh my God…” Kemudian, dia memberi jelingan kepada Is. “You’re evil.”

Is tertawa. “Evil? I thought you would be happy aku dah berhentikan dia. I couldn’t excuse her, Nia. Tender tu ada lebih kurang nak 2 juta. Bukan mak bapak dia boleh ganti balik,” balas Is. Nia cuma tersenyum. Is memerhatikan Nia, tidak berkata apa.

“Cuti hari ni?” soal Is, melihat Nia yang hanya berjeans dan berblaus hijau berleher kimono dengan tudung berbunga warna sedondon. Keayuannya tetap terserlah berpakaian relaks sebegitu.

Nia mengangguk laju. “Ya. Unlike someone tu. Aku ingat hari ni hari apa…” balas Nia, jauh bunyi suaranya.

Is mengerut dahi. Lantas dia mencapai kalendar meja. “12 Mei.” Dia merenung wajah Nia, meminta jawapan. Sesaat kemudian, dia teringat keistimewaan tarikh itu. “Oh, darn!”

Nia tersenyum. “I was kinda expecting that.”

Is menepuk dahi. “Astaghfirullah hal’azim… Ya Allah… I’m sorry, sayang. Seriously. Aku terlupa sangat-sangat…”

“It’s okay. Aku tahu kau sibuk,” ujar Nia lembut. Dia bangkit dari kerusi. “Hey, come on. Aku dah book table kat Teppanyaki House. Hari ni aku bagi permit untuk kau membangkrapkan aku,” tambahnya lagi, tersengih.


“Orderlah lagi. Takkan malu-malu dengan aku agaknya?” gurau Nia. Dia memerhati Is yang mengunyah cebisan California Rollnya yang terakhir.

Is tergelak. “Perlilah pulak. Hey, try me. Karang aku order betul-betul, siapa yang menyesal?”

Nia tersengih. “Nah, seriously. I don’t mind. Hari ni is all about pigging out,” balas Nia. Dia menggelengkan kepala melihat telatah Is. “Kagum betul aku tengok kau makan. Kenapa aku tak boleh makan macam kau ya?”

Is menepuk dada. “Kena ada bakat, Nia,” balas Is. Dia mengelap bibir dengan napkin merah. “Although your offer is tempting, I think I have enough for the day,” tambahnya lagi, tersengih. “Sekarang, tutup mata.”

Nia menjungkit kening. “Buat apa?”

“Ala… Tutup saja lah…”

Nia merenung wajah Is, sedikit hairan. Perlahan-lahan dia menutup mata. “Betul ke tak mamat ni?” bebel Nia.

“Bagi tangan,” arah Is.

Nia berasa kurang senang. “Jangan letak benda merapu-rapu tau.” Dia menghulurkan tangan kepada Is. Terasa cebisan sejuk membaluti pergelangan tangannya.

“Sekarang buka mata.”

Kelopak mata dibuka. Nia terkesima melihat pergelangan tangannya.

“Suka tak?”

Nia mengangguk-angguk perlahan. Dia meneliti gelang tangan emas putih bertatahkan berlian biru pemberian Is. “Wow… Don’t I feel like such a cheap skate. Aku cuma belanja kau Teppanyaki House saja…”

Is tersenyum. Dia menongkat dagu, sambil merenung wajah Nia yang masih tergamam. “Well, you’re welcome, you know.”

Nia tertawa kecil. “Ok, ok, terima kasih banyak-banyak. Tapi Kenapa susah-susah, Is? And I thought you forgot!”

“Takkan aku boleh lupa anniversary friendship kita… Dah sedekad ya? Kau pun dah berkedut,” gurau Is.

“Eh, melampau pulak dia,” balas Nia, mencubit lengan Is. Is cuba mengelak tetapi gagal. “Anyway, thank you again. I love it. Honest,” ujar Nia lagi, tersenyum lembut.

“Aku teman Ayun pergi Tiffany’s hari tu. Dia nak sangat loket huruf ‘K’ katanya. The bracelet caught my eyes…”

Mata Nia membundar. “This is Tiffany’s? Ya Allah…” Nia menundukkan wajah. Platinum lagi tu…. “I don’t know what to say…”

“Try Is handsome, baik hati, segak, macho…”

Nia tertawa. “Ok ok. This Tiffany’s is a good enough reason to lie,” ujar Nia. Dia tergelak lagi melihat Is yang memuncungkan bibirnya. Ketika ketawanya reda, Nia kembali mengamati rantai tangan itu. “Is, I don’t deserve this, you know? Tiffany’s and all…”

“Apa kau cakap ni, Nia? Of course you do,” tutur Is lembut. “I am honoured to be your friend, and I would like to keep you where you are.”

Nia tersenyum. Dia menggigit bibir. “Ish, sebak lah pulak,” tuturnya ringkas. Serentak dengan itu, Is tergelak. Nia tersengih sahaja. Matanya sedikit berkaca.

“Kau ni, Nia. Aku nak bersentiment-oil sikit pun kau dah ralat,” ucap Is, masih tertawa. “Hey, kau nangis ke?”

Giliran Nia pula tertawa. Namun setitis air mata turut mengalir di pipi. “Well, sapa suruh kau went ahead, bought me super expensive Tiffany’s, said the cheesiest line ever, and you didn’t expect me to cry?” Nia tersenyum sambil menyeka air mata yang mengalir. “Kalau bukan kerana aku dah lama kenal kau, mesti aku ingat kau nak propose aku. Sweet sangat!”

Is tersenyum. Seketika dia terasa payah untuk menelan liur. Dia tersengih, walaupun hatinya tidak keruan. “Mana kau tahu? Apa kau nak buat kalau aku betul-betul propose kau?” soal Is sambil mengenyitkan matanya.

Nia tertawa lagi. “Hey, you are not supposed to wink at your own best friend, okay? Wink kau tu illegal. Nanti aku jatuh hati siapa yang susah?”

“Hmm…” Is menggaru-garu kepala yang tak gatal. “Apa susah? Kahwin saja lah…”

Bundar mata Nia. Dia mencubit lengan Is sekali lagi. “Is!”

“Sakitlah, yang oi! Kalau kita betul-betul kahwin, we really have to do something with that lethal pinch of yours!” Is tersengih lagi.

Muka Nia memerah, menguatkan lagi tawa Is. “Eh, siapa nak kahwin dengan kau?”

Is menjungkit kening. Dia menongkat dagu. “Well, you have no choice jugak kalau ibu aku masuk meminang. Pasal, mama kau gerenti cakap ‘no problem’!”

“Oh ya?” soal Nia, tersenyum. “Konfidennya. Kenapa ya?”

“Pasal, mama kau tahu aku saja lelaki terbaik yang boleh buatkan kau gelak, belikan kau Tiffany’s, sanggup jemput kau walaupun jam macam nak gila…”

“Lepas tu selalu buli aku. Selalu kacau aku tengok Gilmore Girls, selalu jatuhkan saham aku,” potong Nia, senyumannya melebar. “Is dear, the reason mama terima pinangan kau would be the same reason I don’t date: orang tengok kau saja, semua assume kau boyfriend aku. Tak pun tunang aku. Kau lainlah. Flirt dengan setiausaha kau pun, bukannya aku tahu.”

Is tersengih lagi. “Aww… Tu ke sebabnya kau tak ada boyfriend? Am I that adorable, Nia?”

Nia menjulingkan matanya. “Haa, mula lah nak perasan tu. Tolong sikit.”

“Dan kalau kita kahwin, I promise I won’t flirt with Tifa,” tutur Is lagi, sambil merujuk kepada setiausahanya.

Nia tersenyum. Terasa pipinya hangat dengan renungan mata Is. Dia mengendahkan hati yang gundah. Dengan Is, kata-kata mereka tidak pernah serius, fikirnya. “Really?”

Is mengangguk. Wajahnya serius. “Yes, cross my heart and hope to dia.”

“Even when Tifa’s skirt gets shorter?”

“Yes, even that too.” Is tersenyum.

Nia tertawa. Dia amat maklum dengan sifat Is yang selalu berkata-kata manis. Sweet talker lah katakan. Is seperti tidak tahu kesan kata-katanya terhadap perempuan. Tidak hairanlah ramai perempuan yang ingin memilikinya. “You,” tutur Nia, sambil menunjuk ke arah Is. “Need to get a girlfriend.”


“Thank you for the car, kak. I promise I’ll bring it back in one piece,” ujar Eezwan seraya dia mencium tangan Nia yang berdiri di muka pintu. Sebelum dia sempat menarik balik tangannya, kakaknya itu masih memautnya erat.

“Not so fast,” balas Nia, penyapu di tangan diletakkan ke tepi. “Hai, handsome betul Eewan hari ni. Dating dengan siapa pulak?”

Eezwan tersengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal. “Eh, adik akak ni memang hari-hari handsome, okay?”

Nia gelak. “Yalah yalah.” Nia memerhati pakaian yang dikenakan adiknya hari itu. “Kemeja ironed,” tutur Nia sambil mengelus leher kemeja adiknya. “Seluar pulak tak baggy, tak macam selalu. And,” kata-kata Nia terhenti, dia cuba menghidu wangian adiknya. “And Hugo Boss.” Nia tersenyum. “Not bad.”

“Akak….”

“Ok ok. Tapi Eewan nak keluar dengan siapa ni? Baik cakap dengan akak. Kalau tak,” kata-kata Nia terhenti seraya dia cuba memikirkan blackmail terbaik untuk mencungkil rahsia adiknya. Dia tersengih apabila idea muncul di benak fikirannya. “Haa, kalau tak, akak cakap dengan mama Eewan fail paper Bio hari tu.”

“Akak!”

“Mama!”

“Fine, fine,” keluh Eezwan. “Akak dah 27 tahun tau, you’re not supposed to tell-tale. That’s my job.”

“Hey, it’s fun,” balas Nia kembali, masih tersengih. “So?”

Eezwan tunduk melihat kasut sukan Nike kegemarannya. Dia tersengih. “Sibuk saja lah. Orang keluar dengan kawan saja.”

“Eewan tau kan, lagi lama Eewan cover line, lagi lambat lah Eewan keluar dari sini,” tutur Nia.

Eezwan menjulingkan mata. “Dengan Eliana.”

Nia tersenyum. Mengaku juga akhirnya adiknya itu. “That’s my brother. Never fails to notice a beautiful lady.”

“Yeah yeah,” ujar Eezwan, acuh tak acuh. Dia terasa pipinya sedikit hangat. “Akak, Eewan dah lewat ni.”

“Ok ok.” Nia terdiam seketika. “Try not to be the heartbreaker this time, okay? Eliana tu baik tau.”

“I know,” balas Eezwan memberikan senyuman ikhlas.

“Nia, Is telefon!” laung Chik Shima dari dapur.

Eezwan menjungkitkan kening. “Haa, lover boy dah panggil tu. Pergilah,” guraunya. Dia sempat mengelak lengannya dari dicubit Nia. “Bye kak!”

“Hello?”

“Hi beautiful.”

Nia tertawa. Dia melihat mamanya yang sedang minum-minum di dapur. “Well, assalamualaikum to you too, Is,” ucap Nia. Chik Shima menggeleng-gelengkan kepala melihat reaksi anaknya. Bibirnya menguntum senyum. “Apa yang kau racun mama aku ni? Dia dapat call dari kau, terus dok senyum seorang-seorang,” ngomel Nia.

Waalaikumsalam… Senyum seorang-seorang? Oh, adalah. Ni rahsia aku dengan Chik Shima. Buat apa kau nak tau?”

“Ok ok. Kenapa kau call aku ni?”

“Esok lunch kau free tak?”

“Well. Aku cuti esok. So lebih kurang free as I can be lah. Kenapa?”

“Perfect. Jom pergi lunch sama?”

Nia tersenyum. “Ok”


“Is. Aku kira sampai 8. Kalau kau tak bangun dari kerusi tu by the count of 8, kertas tu saja yang kau makan tengah hari ni, ok?”

Is tergelak. Cepat-cepat dia menutup fail yang ditatapnya sejak dua jam lalu. “Ok ok. Why 8?” Dia mengemas meja ala kadar lalu mencapai kunci keretanya. “Let’s go.”

“Is, honey, jom… Oh, hi.”

Nia menjungkit kening. Gadis yang baru sahaja membuka pintu pejabat Is pula tergamam melihat kehadiran Nia di situ. “Apa kau buat kat sini?”

Dahi Is berkerut, hairan. Dia melihat wajah Nia, kemudian wajah Ciara, rakan sepejabatnya. “Kau kenal Ciara, Nia?” soal Is. Reaksi Nia sukar dibaca, antara senyum dan marah.

“Of course. Perempuan ni baru saja patahkan lipstick M.A.C. I waktu nak naik lif tadi,” ujar Ciara, bibirnya dijuihkan ke arah Nia.

“Nice of you to remember me, considering the blue patch you gave to my foot by your killer stilettos,” balas Nia, sengaja dia melebarkan senyumannya untuk menyakitkan hati Ciara. Nia memandang Is, musykil. “Dan stilettos bukan menyalahi tatatertib berpakaian formal ke pejabat ke?” tambah Nia lagi.

Is menjungkit kening. “Lipstick? Stilettos?”

Ciara tidak membuang masa untuk memaut lengan Is. “Is…” rengek Ciara. “Perempuan ni tadi langgar I waktu nak naik lif tadi. Habis lipstick I patah. Bukannya murah, RM240 satu tau?”

Nia menjulingkan mata. “Oh, I’m sure. What a tragedy.”

“Hey, apa masalah kau ni? Dah cukup baik aku tak minta kau bayar untuk lipstick tu tau!” bentak Ciara, mukanya merah padam.

Nia menjungkitkan kening. “Kalau you nak suruh I ganti RM240 tu, it won’t leave me destitute. Now,” Nia berhenti seketika sambil meraup dagu. “Berapa pulak ya you patut bayar for my foot injury? Busted venules: RM100, sore muscles: another hundred ringgit, unbecoming blue patch: RM200. Yalah, nanti sesetengah baju I clash dengan warna kaki I yang biru ni. Pasal bayaran lain-lain tu, you refer saja kat my MAA, ok?”

“Is! Siapa perempuan ni?!” jerit Ciara, sakit hatinya meluap-luap.

Is menarik lengannya perlahan-lahan dari cengkaman Ciara. “Ok ok. Nia, why don’t you give me a heads up.”

“Well….”

“Kenapa you tanya dengan perempuan tu?” bentak Ciara lagi.

“Well, this perempuan happens to be my best friend. Ciara, meet Hadiah Hyrena,” tutur Is. Dia melihat Nia memberikan senyuman manis kepada Ciara. “Nia, meet Ciara, my colleague.”

Ciara mendengus. “Fine. I’ll tell you what happened. I tengah tunggu lif dan trying to put on my lipstick. Tiba-tiba your best friend ni, datang dari mana-mana entah, langgar I.”

“Cik Ciara, tipu berdosa tau,” tutur Nia ringkas. Dia melabuhkan diri atas sofa di sudut bilik. “It’s going to be a longggg day,” gumamnya sendiri.

Is tersenyum. Muka Ciara pula merah padam. “Ok, Nia. Apa kata kita dengar cerita kau pulak,” ujar Is, cuba untuk berdiplomasi.

Nia menjungkit bahu. “tak ada apa-apa cerita sebenarnya. Aku tengah dok terpacak depan lif tu, waiting for it to ding. The next thing I know, beg tangan aku termakan lipstick M.A.C. yang berharga RM240, kaki aku pulak dicium stilettos Cik Ciara ni.”

Is merenung mata Nia. Dia menahan rasa untuk ketawa setelah mendengar Nia bercerita tentang insiden antara dia dan Ciara. Siap stress harga lipstick lagi tu. “Is that the reason you walked in all funny tadi?” soal Is, geli hati.

Nia membaling tisu yang digumpalkan ke arah Is. “Hey, I didn’t walk funny!” tukas Nia. Dia melemparkan pandangan kepada Ciara, yang masih cuba memaut lengan Is. “Okay lah Cik Ciara. I pun on the way pergi lunch ni. Apa kata kalau I belikan you lipstick M.A.C. berharga RM240 baru untuk you? You cuma perlu bagitahu shade apa saja you nak,” tambah Nia. Dia tidak rasa seperti hendak melupakan fakta yang dia telah tamat universiti dan bergaduh dengan perempuan lain semata-mata kerana sebatang gincu bibir.

Ciara menjungkit kening. “Mampu ke kau nak beli? Lagipun, do you even know nak beli kat mana?” soal Ciara, memperli. Sengih Is melebar. Dia rasa seperti menonton salah satu episod ‘Sex & The City’. Is melihat wajah Nia. Dia percaya Nia dengan mudah dapat ‘menembak’ Ciara kembali.

“tak mengapa, nanti I kutip lah mana-mana RM240 tu. Susah sangat, I jual saja lah Honda Jazz I kat bawah tu. Nak beli kat mana? Tak dapat kat sini, I minta tolong my friend yang duduk kat UK belikan straight from the manufacturer,” balas Nia dengan muka bosan. Dia menguap sambil menutup mulut dan beristighfar. “Hmm…” Nia meneliti miniskirt bercorak harimau bintang yang dipakai Ciara. “Eh, I nampak that skirt dekat Sogo hari tu, dekat ‘off 75%’ rack,” tambah Nia lagi sambil memberikan senyuman manis kepada Ciara.

Ciara menghentakkan kaki. Dengan pantas dia melangkah ke pintu. Pada waktu yang sama, pintu itu terbuka sekali lagi. Saiful kehairanan apabila tubuhnya ditolak ke tepi oleh Ciara.

“Be careful, I think she bites,” ujar Nia kepada Saiful.

Ciara menghempas pintu sekuat hati.

Beberapa saat berlalu. Akhirnya Is ketawa terbahak-bahak. “Nia, kau memang evil!”

Nia terpandang Saiful yang tersenyum musykil. “Assalamualaikum Saiful. Nak join kami pergi lunch?” soal Nia sambil tersenyum.

Waalaikumsalam. Lunch? I ingat I baru masuk war zone mana tadi,” tutur Saiful. Dia melemparkan pandangan ke arah Is yang masih ketawa. “Kenapa gelak tak ingat dunia ni?”

“Nia baru buat lawak tadi. Berasap jugak lah si Ciara tu,” balas Is, mukanya sedikit merah akibat ketawa tidak berhenti-henti. “Rugi kau tak ada. Best tau, macam tengok ‘Sex & The City!”

Nia memasamkan muka. “Hai, suka sangat lah aku bergaduh ya? Bukannya kau nak leraikan pun,” tutur Nia, jauh bunyi suaranya.

Is turut duduk di sebelah Nia. “Sayang, I have faith in you that you were going to handle it beautifully. Tengok, mana ada gaduh pun. Aku respect dengan kau tau,” ujar Is lembut. Dia mengalihkan pandangan pada kaki Nia. “Eh, biru kaki kau tu. Let’s put ice on that.”

Nia tersengih. “tak mengapalah. Aku macho lah. A busted vein won’t kill me,” ujar Nia. Dia memaling ke arah pintu, seolah-olah mengingati kembali saat Ciara keluar tadi. “But the lady, she can give me a cardiac arrest, man,” tambah Nia sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

Saiful ketawa. “That I agree. Lebam tu nampak teruk, doktor. Betul ke you okay?”

“Betul,” balas Nia sambil memberikan senyuman tanda dia ok. “Hmm… Ber’honey-honey’ dengan kau nampak. Siapa Ciara tu?” soal Nia pula. “Cia-ra,” ulangnya sekali lagi, sengaja menebalkan sebutan pada huruf ‘’. “O-reng pu-theh ke?”

Saiful dan Is tergelak lagi. “Well, doktor, boleh tahan ya you ni,” ujar Saiful. “Ciara tu marketing officer kat HQ ni. Kalau nak tahu, company ni bapak dia antara shareholder terbesar.”

Nia mengangguk-angguk perlahan. “Ohh…. So, o-reng pu-theh ke o-reng kela-bhu e-sap sa-jhe?” soal Nia lagi, masih di dalam dialek orang putihnya. Is tak berhenti-henti menahan tawa.

“Ala, orang Pasir Mas saja tu,” tukas Saiful. “Nama betulnya Siti Sarah. Duduk kat New York setahun, jadi Ciara.”

“Oh…” Nia mengangguk bodoh. “Kalau kau kahwin dengan dia kau nak tukar nama jadi apa pulak? Isaac Newton?”

Is ketawa lagi. “Dah dah. Jom pergi makan.”


Episod 9
“Wow, pink roses,” komen Is sebaik sahaja Nia melangkah masuk ke pejabatnya. “Your favourite.”

Nia tersentak, hampir gugur jambangan bunga itu dari tangannya. “Is,” tutur Nia perlahan. “Tak tahu pula kau nak datang,” katanya. Nia mencapai vas kristal di sudut meja yang juga berisi bunga ros yang sama.

Is menjungkit bahu. “Saja, kerana aku baru lepas jumpa client tadi dekat Subang,” balasnya ringkas.

Nia mengangguk laju. Hatinya berdebar-debar. “Nak pergi lunch ke?”

“Hmm.”

“Okay. Tunggu kejap aku…”

“Kau tak nak tengok muka aku ke?”

Nia ketawa, hatinya berkocak. “Kenapa kau cakap begitu?” Dia mendongak kepala dan melihat wajah Is sekilas. Serius.

“Entah, tengok muka aku pun sekejap saja. Did I wear something backward or what?” soal Is lagi.

Nia ketawa lagi. Dia menggeleng-gelengkan kepala sambil melangkah keluar dari pejabatnya. Is yang membuntuti, tersenyum tawar.

Di dalam kereta, masing-masing menyepi. Nia masih terasa degupan jantungnya yang lebih laju dari biasa. Is pula langsung tidak mengendahkannya di sisi. Tidak seperti selalu, tidak kering gusi Nia ketawa kerana usikan Is.

“Is?”

“Hmm?”

Diam seketika. “Boleh aku pasang radio kau?”

Is memandang Nia di sisi sekilas. “Sejak bila nak pasang radio pun minta kebenaran aku dulu ni?”

“Boleh tak?”

Is mengangguk sekilas. Dia memerhati sahaja Nia memulas tombol radionya. Suara Justin Timberlake memecah suasana.

“Alright,” ucap Nia riang. “Won’t you be my girlfriend? I’ll treat you good. I know you hear your friends when they say you should.”

Is menggeleng-gelengkan kepala. “Kau saja nak aku sakit jantung ya?” Dia membuat muka, menjuih bibir. “dan’Sync. Give me a break. Nia, tukarlah stesen lain!”

Nia tertawa senang hati. “Eh, kalau kau dengar Blink-182 ke, tak pernah pulak aku minta tukar stesen,” tukas Nia. “sebab if you were my girlfriend, I’d be your shining star. The one to show you where you are. Girl, won’t you be my girlfriend?” Nia menyanyi kecil sambil tersengih-sengih memandang Is.

Is ketawa akhirnya. “Siap hafal lirik tu. Konon tak suka boyband. Ya sangat lah tu,” perli Is. “Habislah imej macho kau tu.”

“Jangan kacau konsestrasi aku. Aku dalam teeny-bopper mode ni,” balas Nia sambil tersengih.

Is tersenyum. Dia menumpukan kembali perhatian terhadap trafik. “Apa persamaan Justin Timberlake dan Tengku Shafiq pada pandangan mata kau?” Is menyoal bersahaja.

Nia berhenti menyanyi. Dia terasa jantungnya berhenti berdegup seketika. Is di sisi kelihatan tenang memandu. Nia melepaskan keluhan kecil dan tersenyum tawar. “Busted, am I not?”

Is turut tersenyum, namun matanya ditumpukan terhadap jalan raya di hadapan. “Pretty much, honey.” Dia menjungkit bahu. “Aku cuma tunggu masa untuk kau berterus-terang dengan aku.”

“Is…” tutur Nia perlahan. “Aku tak pernah sembunyi apa-apa dari kau.”

Is memandang Nia sekilas sambil menjungkit kening. Tangannya mencapai tombol radio dan beberapa saat kemudian, suara Justin Timberlake berhenti menyanyi. “There. Lega sikit telinga aku,” ujar Is.

“Aku tak boleh nak tolak dia hantar bunga-bunga tu. Aku dah jelaskan dengan dia, dia yang tak makan saman,” jelas Nia. Dia melemparkan pandangan ke luar tingkap. “Aku tak pasti apa yang dia mahu.”

Is terdiam. Jarinya mengetuk-ngetuk stereng. “Aku tak mahu kau terluka lagi, Nia,” ujar Is, ringkas.

Keruh di wajah Nia hilang. “I won’t let him.”

Telefon bimbit Is yang berada di atas dashboard berdering. Nia mencapainya sambil membaca nama pemanggil yang tertera di skrin. “Cia-ra,” Nia memaklumkan kepada Is. Dia tersengih.

Is tersenyum melihat keletah Nia. “Tolong sambungkan dengan earphone.”

Nia patuh. Dia melihat Is menjawab panggilan dengan nada serius. Dia tersenyum kecil. Terselit rasa bangga kerana memiliki Is sebagai seorang sahabat karib. Dari tempat duduk penumpang, Nia memerhati tingkah laku Is. Berkarisma. Bersahaja.

“Ciara, I’m obviously bukan dekat office sekarang. I’m all the way di Subang. Kenapa you expect I nak teman you pergi lunch?”

Nia tersentak dari lamunannya. Dia menahan tawa sambil mengingati insiden yang berlaku minggu lepas. Akhirnya, Nia membeli gincu baru untuk Cik Ciara, siap dengan bakul berisi buah-buahan, tanda maaf darinya. Namun balasan Cik Ciara hanyalah wajah monyok, ucapan terima kasih jauh sekali.

“I minta maaf, Ciara. I ada plan lain. Kalau you sound I awal-awal, mungkin I boleh pergi,” balas Is, dia menarik nafas dalam. “What do you mean I mesti tahu you nak lunch dengan I? I bukannya mind reader, Ciara.”

Nia menjungkit kening. Aik? Ketaralah Cik Ciara menyimpan hasrat dalam diam terhadap Is. On second thought, dalam diam apa? Obvious tak laratlah! Nia tersenyum. Dia sudah masak dengan perempuan-perempuan yang tidak jemu-jemu cuba memikat Is.

“Eh, Is. Jom lah jemput Cik Ciara sekali. Kasihan dia,” tutur Nia perlahan. Is memandangnya sekilas, terkejut.

“What? I’m sorry, I tak dengar apa you cakap,” balas Is lagi kepada Ciara, namun dia tidak lepas memandang Nia. “Ciara, I’m sorry tapi…. What the?” tukas Is dengan tidak semena-mena. Dia menarik headpiece dari telinga.

Nia memandang Is, terpinga-pinga.

“She hung up on me,” jelas Is.

Nia mengangguk perlahan. Dia kurang pasti apa yang wajar dituturkan kepada Is. “Maybe we should invite Ciara sekali pergi lunch,” tutur Nia, takut-takut. Dia tidak pasti akan respon Is.

Is membatu. Pandangan matanya dingin. “Oh yeah? Maybe we should invite Tengku Shafiq too.”


Is menghenyakkan punggung ke atas katil. Dia beristighfar. Penat masih terasa setelah sepetang bergelumang dalam trafik Kuala Lumpur. Selepas solat Isyak berjemaah bersama abah dan ibunya, Is terus menuju ke kamar tidur.

Hati Is bergelodak. Sudah lama dia dan Nia tidak berselisih faham begini. Selalunya mereka amat memahami antara satu sama lain. Sambil menghela nafas panjang, Is mencapai kad matriks SJMC Nia yang tergantung di sudut katil

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardiah_alwaniProfil   Hantar PM kepada wardiah_alwani   Quote dan BalasQuote

wardiah_alwani
Warga 5 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu

iceland  


posticon Posting pada: 23-04-08 04:07


Is menatap kad matrik Nia sekali lagi. Dalam kekalutan mereka berbalah, Nia tertinggal kad matriknya di dalam kereta Is. Is berkira-kira. Adakah itu tanda untuknya meminta maaf dari Nia?

Dia bersiap ala kadar. Sambil mencapai kunci keretanya, Is memerhati ke arah jam dinding. 9.30 malam. Mungkin mereka sempat minum seround dua di Hartamas.

“Ibu, orang pergi rumah Nia kejap. Dia lupa kad matrik dia ni ha,” tutur Is.

Cik Mah menjungkit kening. “Balik awal, tahu. Jangan kacau anak dara orang sampai lewat malam sangat. Ibu suruh nikah saja, tak nak,” bebel Cik Mah.

Is tersengih. “Ibu ni. Is betul-betul bawa Nia kahwin lari karang, ibu jugak yang gabra.”

Cik Mah tersenyum. Dia mengiringi Is ke kereta. “Kirim salam dengan Nia.”


Nia menyikat rapi rambutnya yang basah. Dia merenung wajahnya di cermin meja solek. Hambar. Arghh! Dia hairan mengapa Is mampu menguasai fikiran dan moodnya ketika itu.

Telekung dicapai. Isyaknya sudah lama tertangguh.

Nia kaget. Telinganya cekap menangkap bunyi angklung yang tergantung di pintu apartmennya. Telekung di tangan diletakkan kembali di atas katil perlahan-lahan. Dia beristighfar.

Dia tunduk untuk mencapai kayu besbol di bawah katil. Degupan jantungnya kian kencang. Sambil memegang erat kayu besbol itu, Nia merapatkan diri ke pintu bilik. Telinga ditekapkan ke pintu. Kedengaran derapan tapak kaki di ruang tamu.

Siapa yang bertandang ke rumahnya malam-malam begini? Kunci spare apartmennya hanya dimiliki mama, abah, Eewan dan juga Nissa. Tidak mungkin Eewan berasa bosan dan datang ke apartmennya tanpa menelefon Nia dahulu?

Bunyi tapak kaki semakin dekat dengan pintu bilik Nia. Bibirnya terkumat-kamit mengucapkan kalimah Allah untuk mengumpul kekuatan diri. Apabila tombol pintu dipulas, cengkaman Nia terhadap kayu besbol dikuatkan….

Pintu bilik dikuak. Kelihatan sekujur tubuh berpakaian serba gelap dan topeng ski hitam. Nia menghayunkan kayu besbol sekuat hati ke kepala manusia bertopeng itu. Bunyi kayu bertemu kepala berdesing. Sebaik sahaja manusia itu sungkur, Nia pantas berlari dari bilik tidurnya.

Di ruang tamu, Nia mencapai telefon bimbitnya di atas meja. Dia berkira-kira untuk menelefon polis, temuduga untuk alamat sahaja mengambil masa yang panjang. Dia menekan ‘speed dial 1#’. Telefon di tangan kiri, kayu besbol di tangan kanan, Nia berlari ke pintu utama apartmennya.

Ada jawapan di hujung talian. Nia mengucap syukur. “Eewan, telefon polis! Rumah akak!”

Sebelum sempat Eezwan menjawab, Nia menamatkan panggilan. Kelihatan manusia itu tergopoh-gapah berlari dari bilik tidur Nia. Nia kaget. Hendak jerit meminta tolong, dia sendiri tidak reti menjerit. Di koridor apartmennya sunyi sepi. Nia menelan liur.

“Tolong!!”

Manusia bertopeng itu tertawa mendengar jeritan Nia. Nia menelan liur lagi, kayu besbol di tangannya digenggam erat. Dia mengutuk diri sendiri. Pathetic betul aku jerit. Macam ayam kena gelek lori!

“Jerit macam nak panggil semut, siapa pun tak dengar cik adik, oi.”

Nia berkira-kira untuk lari sahaja dari apartmennya. Pak Guard pun mana? Nia melihat kiri dan kanan, sebelum membuka langkah seribu di koridor.

“Jangan lari!”

Nia terus berlari. Tanpa menoleh depan dan belakang. Dan dia berlari sehingga terasa badannya merempuh seseorang.

Nafas Nia tercungap-cungap. “Tolong, cik. Ada orang kejar saya,” tutur Nia pantas.
“Nia?”

“Is!”


Nia menyisip anak rambut yang terkeluar dari tudungnya. Jam menunjukkan pukul 1.10 pagi. Setelah berada selama sejam setengah di balai polis untuk memfailkan laporan, dia akhirnya dibenarkan pulang. Dia memerhati Is mengeluarkan beg baju dari bonet kereta, yang kemudiannya diserahkan kepada Eezwan.

“Kunci semua pintu, ok? Pasang alarm tu. Keep your handphone close,” pesan Is kepada Eezwan. Adiknya itu mengangguk-angguk tanda faham. Tiada gurau senda yang selalu kedengaran setiap kali mereka bertemu.

“Thanks, abang Is. I’ll take care of her, don’t worry,” janji Eezwan. Dia mengerling kakaknya yang membisu di sisi. “Susah jugak ya ada kakak lawa ni?”

Is tersenyum. Nia menyendeng bahu adiknya. Eezwan tergelak kecil. “Ok ok. Eewan masuk dulu ya? Jangan dating lama-lama pulak dengan abang Is,” ujar Eezwan sambil berlalu. Tawanya masih kedengaran.

Is tersenyum. Dia memerhati Nia yang tunduk membisu. “You okay?” soal Is lembut.

Nia mengangkat wajah. Dia mengangguk laju. “Yes.”

Diam.

“Is?”

“Ya?”

“Dahsyat jugak kau taekwondo kan mamat tu ya tadi?” ujar Nia, kagum. “Aku ingat black belt third dan kau tu perhiasan semata-mata saja.”

Is tergelak. “Ala, mamat tu pun dah sayur kau ganyangkan. Thank God the baseball bat was there,” balas Is.

Nia tersengih. “Yes, thanks to you. Berguna juga hadiah-hadiah pelik dari kau ya, Is?” tutur Nia. Teringat tatkala Is menghadiahkan kayu besbol itu pada hari pertama dia pindah ke apartmen. Langkah berjaga-jaga, kata Is. Terbukti, kayu besbol itu berjasa kepadanya malam itu.

Diam lagi.

“Is?”

“Yes, honey?”

Nia tersenyum. “Terima kasih. For everything. For always being there.”

Is tersenyum sama. “No problem. In fact, I think we should thank your matrix card.”

“Oh?” soal Nia kehairanan. Dia melihat Is menarik keluar kad matrik SJMC dari poket seluarnya. “Aku pergi ke apartmen nak pulangkan kad ni sebenarnya, and well, to apologize,” jelas Is.

“Apologize?”

Is melangkah setapak kehadapan mendekati Nia. Dia menyerahkan kad matrik itu kepada Nia. “I’m sorry, sayang. Let’s not fight again, okay?” tutur Is perlahan.

Nia mengangguk. Sebak. “Amazing how Allah works, right? Kalau kau tak datang. Aku tak tahu apa nasib aku,” sambung Nia perlahan.

Setelah Is pulang, Nia dan Eezwan memasang penggera keselamatan. Nia membatalkan niat Eezwan untuk memaklumkan mama dan abah yang berada di Venice tentang kejadian malam itu. Nia tidak mahu tugas abahnya terbantut. Abang Hazrin pula baru bertolak ke Beijing.

Eezwan menarik toto dari almari dan menyediakan tempat tidur di atas lantai bilik tidur kakaknya. Nia terharu. Setelah lampu dipadamkan, telefon bimbit Nia berbunyi, tanda SMS diterima.

‘assalamualaikum. Now I’ve realized, kecantikan yang dijaga dan dipelihara, ternyata lebih menyerlah dan bersinar dari kecantikan yang dijaja. Your hair cast a spell on me. =) Good night, Hadiah Hyrena. Semoga kita dalam lindungan ALLAH swt selalu. Amin.”

Episod 10
“Terima kasih Cik Hadiah kerana sudi meluangkan masa memberi keterangan kepada pihak polis. Untuk pengetahuan cik, Mohd. Saiful itu dikehendaki oleh pihak polis Wilayah Persekutuan dan Melaka atas 3 tuduhan merogol,” terang Inspektor Julia dari balai polis cawangan Bukit Aman.

Nia mengangguk perlahan. Seram di hulu hatinya mengenangkan nasib tiga mangsa penyerangnya semalam. Dia dapat merasakan Is meletakkan tangan ke bahunya. “Terima kasih kerana bertindak pantas menyelamatkan saya semalam.”

Inspektor Julia tersenyum. “Tanggungjawab kami, Cik Hadiah. Syukur cik ada kayu besbol tu. Pihak polis berharap lebih ramai kaum wanita mengambil langkah berjaga-jaga seperti Cik Hadiah.”

Setelah Nia bersalaman dengan Inspektor Julia, dia dan Is berlalu ke kereta. Kereta meluncur laju. Nia melontar pandangan ke Ibu Pejabat Bukit Aman setelah mereka menuruni bukit ke Jalan Kuching. “Aku rasa macam jumpa Inspektor Aliza dalam Gerak Khas,” komen Nia ringkas.

Is tertawa perlahan. “Come on, Nia. This is serious business, okay?”

Nia tersenyum. “Aku tahu.” Dia terdiam seketika. “Aku kagum tengok Cik Julia tadi. Smart semacam lah uniform dia. respect!”

Kali ini Is ketawa terbahak-bahak. “Kelakarlah kau ni. Sempat lagi usha uniform polis tu,” ujar Is. Ketawanya reda. “Semalam gaya dia pegang pistol pun macho gila. Smart!”

Nia mengangguk laju. “Agak-agaknya Yusuf Haslam nak buat skrip tak untuk kisah kita ni?” soalnya sambil tersengih.

Is menggeleng-gelengkan kepala. “Hadiah Hyrena, behave. I was about to have a heart attack last night, thanks to your attacker. We need to talk, hun.”

Nia menundukkan wajah. Dia berat hati untuk membincangkan apa yang telah terjadi. Dia tahu dia tidak sepatutnya mengambil lewa tentang serangan semalam. Malah, hatinya cukup takut setiap kali mengingati apa yang terjadi. Tetapi Nia tetap Nia. Cara paling senang untuk menyembunyikan perasaannya adalah dengan melupakan apa yang telah terjadi.

“Aku tahu perasaan kau, Nia. Tapi kita tak boleh endahkan apa yang terjadi. Inspektor Julia pun suspect Saiful tu diupah. I mean, he wouldn’t randomly choose his victims, Nia. Dia bukan sahaja pandai picked your lock, dia tahu bila kau akan berada di rumah berseorangan. My point is, I don’t feel good unless kau pindah balik ke TTDI,” ujar Is panjang lebar.

Nia terdiam. Gerun. Dari kecil dia dididik supaya jangan mencari musuh, agar selamat di kemudian hari. Di mana pula dia mengutip musuh yang satu ini? Siapa yang begitu bencikan dia sehingga mahu dia dirogol? Ya Allah, selamatkanlah hamba mu ini dari segala bala dan duka…

“Nia?”

“Hmm…”

“Pindah, okay?” soal Is lagi, seperti memujuk.

Nia mengangguk. Mati kata-kata.



“Ok ok. Janganlah risau lagi, Nissa. Aku kan dah pindah balik ke TTDI,” pujuk Nia.

“Mestilah aku risau, Nia. Dulu kita serumah, apa-apa terjadi, we had each other. Semenjak aku pindah Ampang. Aku dah sound awal-awal suruh cari housemate lain. Cakap orang tua tak pernah nak dengar,” Nissa membebel. Dahinya berkerut, risau mengenangkan kejadian yang menimpa teman baiknya.

Nia terkekeh-kekeh. “Aiseh. Salah tekan butanglaa… Kan kau dah start membebel ni… Butang mana nak suruh kau shut down ek?” gurau Nia.

Nissa memukul lembut lengan Nia. “Budak ni. Aku cakap serius, dibuat memain. Nasib lah tangan kau tu kuat dalam bab-bab baling, pukul dan debik ni. Dibuat tangan tu lemah gemalai, macam mana?”

Nia tersengih lagi. “Ish, baru saja nak jadi ayu. So kalau dah arif bab-bab debik orang ni boleh diconsider ayu lagi ke, Nissa?”

Giliran Nissa tergelak. “Nia.. Nia… Manalah Is tak bengang dengan kau. Dia kata kau boleh buat lawak lagi tentang attack malam tu. Speaking of which, syukur Alhamdulillah dia pergi jenguk kau malam tu.” Nissa tersenyum kecil. “Goes to show Allah take a look out on us every second of the day.”

Nia mengangguk, bersetuju. Kuasa Allah swt yang telah membuka pintu hati Is untuk melawat Nia malam itu, sekaligus kuasa Allah swt juga yang telah menyelamatkan nyawa dan maruahnya. Dia melemparkan pandangan ke arah Selat Melaka yang terbentang luas di hadapannya, mengagumi kekuasaan Ilahi.

“God works in mysterious ways, huh?” ujar Nissa tiba-tiba.

Nia menjungkit kening, mengalih pandangan dari laut yang biru ke wajah sahabatnya. “Apa maksud kau?”

Nissa tersengih. “Kau dengan Is,” Nissa berkais.

Nia melepaskan keluhan kasar. “Argh, not this again! Nissa!” rengek Nia, dia memukul lengan Nissa bertalu-talu. “You never give up, do you? Memanglah God works in mysterious ways,” ujar Nia. “Tapi ni bukan mysterious lagi dah ni, ini dah in a freaky way!”

Nissa tergelak. “Kau ni, tak pernah nak dengar point aku. Kau tak boleh nak tipu aku yang kau tak care langsung pasal Is,” tekan Nissa lagi.

Nia menanggalkan sunglassesnya. Dia memandang muka Nissa dengan ekspresi bosan. “Of courselah aku care pasal Is. Nama pun dia best friend aku. Macam aku care pasal kau lah. tak ada pulak aku terjatuh cinta kat kau.” Dia menyepak sedikit pasir lembut yang menghiasi pantai. “The day aku tangkap cintan dengan kau, I’ll give Farid a call to ditch you, okay? Don’t worry.”

Nissa menepuk dahi. “Susah betul bercakap dengan orang berkepala batu macam kau ni,” jawab Nissa. “Mata kau tu kena buka luas-luas, Nia. Aku perempuan, memanglah kau tak jatuh cinta dengan aku. Hii… budak ni. Nak kena sepuk dengan aku!”

Nia tertawa. Dia mencapai tangan Nissa dan mereka berjalan beriringan sepanjang pantai Morib. “Nissa, stop talking trash, okay. Aku tak berselera sungguh kau asyik dok cakap macam ni. Mama aku pun tak bising gini, tahu tak?” ujar Nia.

Nissa memasamkan muka. Sudah berminggu-minggu dia menyakinkan Nia tentang Is. “Nia, kau tak boleh lawan takdir. Kalau memang ditakdirkan kau dijodohkan dengan Is, mana kau boleh lawan. Apa kurangnya Is tu, Nia? He’s the perfect guy for you, dear… You guys know each other inside out. Perfect-O.”

“Eh, part inside out tu jaga-jaga sikit, ok? Lucah betullah,” bebel Nia, membuang pandangan jauh ke Selat Melaka.

Nissa menggeleng-gelengkan kepala. “Ya lah, doktor. Nama saja minor English literature minah sekor ni. Aku cakap bermetafora sikit dah fikir lain.”

Nia tergelak lagi. “Nissa, kau tahu kan kau best friend aku dunia akhirat?” ujarnya, memandang wajah Nissa meminta kepastian. Nissa mengangguk laju. Dia menjungkitkan kening. “Then, don’t do this to me, dear,” sambung Nia perlahan.

Mereka bertukar pandangan. Nissa seakan-akan memahami. Sepuluh tahun telah berlalu. Seboleh-bolehnya dia ingin memutarkan balik jarum waktu. Nia dan Shafiq yang meninggalkannya. Nissa yang telah meninggalkan Is. Nia dan Is yang ditakdirkan bersama, sejak awal lagi.

“Aku tahu, kalau aku menerima hakikat bahawa jodoh aku adalah bersama Is, deep down I know, it would still hurt you. Your love for someone never dies, Nissa.. It just fades away. Somehow, cinta yang hilang itu akan kembali semula. Aku tak boleh mencintai lelaki yang pernah kau cintai, Nissa… I won’t betray you like that. I love you too much to do something like that,” sambung Nia perlahan. Dia melabuhkan punggung di atas pasir. “Memang mungkin jodoh aku dan Is tiada. Aku redha.”

Nissa turut mengambil tempat di sebelah Nia. Pantai Morib minggu itu agak suram. Sesuram jiwa mereka berdua. Nissa terasa pedih di hujung mata. Dia sebak. Setitis air mata Nissa mengalir di pipi. Serentak dengan itu dia melentokkan kepala di atas bahu Nia dan memeluk sahabatnya erat. “Jangan buat begini, Nia… You deserve to be happy. Aku tahu kau mempunyai perasaan terhadap Is. In the end, we all get what we deserve. And I believe, you deserve Is. Perasaan aku terhadap dia adalah kisah lama, Nia. I won’t feel betrayed nor cheated. Aku juga redha yang jodoh kau memang dengan Is.”

“Nissa.. Aku tak mampu…”
“Nia, just give him a chance. Walaupun dia tak pernah cakap direct dengan aku, tapi aku dapat baca perasaan Is terhadap kau. Dia pun macam kau, afraid of the consequences sekiranya kau berdua mengambil keputusan untuk menjadi lebih dari kawan,” terang Nissa. “Tapi semuanya bergantung kepada kau, Nia. Whether you want to give it a chance or not. Kerana setahu aku, Is akan berbuat apa sahaja untuk membahagiakan kau.”

Nia menarik nafas dalam. Sebiji bola tampar pantai bergolek ke kakinya. Dia mengutip bola itu dan menyerahkan kembali kepada seorang anak kecil yang tersipu-sipu memandang ke arah mereka. “Nah, jangan takut, sayang,” ujar Nia lembut kepada kanak-kanak itu.

“Terima kasih, kak!” Kemudian, berdicit-dicit kanak-kanak itu berlari ke arah kawan-kawannya.

Nissa tersenyum melihat gelagat kanak-kanak itu. Kemudian, dia mengalihkan pandangan ke arah Nia. “Think about it, okay?”


“Tak sangka pakcik solo malam ni,” ujar Is tersengih-sengih. Dia bersalaman dengan Pakcik Hamzah, ayah Nia. Pakcik Hamzah baru sahaja mendarat di KLIA setelah beberapa jam berada di dalam perut pesawat.

Pakcik Hamzah tergelak. “Nak buat macam mana. Isteri diplomat di Venice tu kawan baik seuniversiti dengan Makcik Shima. Pakcik tengok they had so much fun together, so pakcik izinkan dia tinggal seminggu lagi di sana. Lone ranger lah nampaknya. Eh, Nia dengan Eezwan mana?” soalnya pula.

Is mengambil alih tugas menolak troli dari Pakcik Hamzah. “Dia ada emergency surgery, pakcik. Ada patient’s graft was rejected, or something like that,” terang Is. “Kelam kabut juga dia tadi. Eezwan yang teman kakaknya.”

Pakcik Hamzah mengerut dahi. “Sejak bila pulak Nia tu perlu berteman waktu kerja malam?”

Is terdiam. Mereka menghampiri Autobavaria Is. Setelah kereta meluncur laju membelah kepekatan malam di Sepang, Is membuka cerita tentang insiden yang menimpa Nia. Pakcik Hamzah tergamam. Dia mengucap istighfar berkali-kali.

“Ya Allah… Alhamdulillah hillazi ‘aafani mimmab talaaka bihi,” bisik Pakcik Hamzah perlahan. “Jadi Nia dah pindah balik ke?” soalnya lagi.

Is mengangguk. “Ya. Keesokan harinya kami terus pindahkan barang Nia ke TTDI. Alhamdulillah, semangat dia kuat, pakcik.”

Pakcik Hamzah terdiam. Hatinya gundah mengenangkan nasib anak daranya yang satu itu. “Pakcik tahu. Nia suka sangat sembunyi perasaan dia. Semangat dia kuat. Cuma kita yang tua ni lah asyik risau pasal dia 24 jam sehari,” balas Pakcik Hamzah.

Is tersenyum kecil. “Insya Allah, pakcik. Laporan polis dah dibuat. Sekarang ni pun Nia lebih berhati-hati. Kalau kerja malam sama ada saya atau Eezwan yang hantar dan jemput pulang.”

Pakcik Hamzah mengucap syukur. “Pakcik tak tahu macam mana nak balas jasa kamu, Is. Sejak dulu lagi kamu selalu ambil berat dan jaga kepentingan Nia. Bila yang kamu nak masuk meminang?”

Is ketawa. “Pakcik ni, ada-ada saja lah. Pakcik dan Cik Shima kan tahu, saya dengan Nia kawan baik dari sekolah lagi.”

Pakcik Hamzah pula tersenyum. “Alah, Is. Pakcik dengan Cik Shima dulu pun begitu. Waktu dekat sekolah dulu berdegar-degar cakap ‘kau’, ‘aku’. Bila dah masuk universiti, fikiran masing-masing dah matang, baru pakcik sedar rindu yang bertandang. Takkan kamu dengan Nia ni nak maintain kawan sampai ke tua?”

“Alahai, pakcik… Zaman pakcik memanglah… Zaman bell-bottom,” gurau Is. Serentak dengan itu tawa Pakcik Hamzah juga turut meletus.

“Gitulah kamu dengan Nia. Asal cakap soal jodoh sikit, ada saja alasannya. Patutlah abah kamu pun dah fed-up suruh kamu kahwin,” ujar Pakcik Hamzah.

Is tersengih-sengih, mati kata-kata. Parah juga sekiranya Pakcik Hamzah juga sudah berbicara perihal jodoh dengannya. Fikiran Is melayang memikirkan Nia di SJMC. Dia cuba memikirkan situasi sekiranya dia dan Nia diijabkabulkan. Agak kelakar untuk beromantika dengan kawan karib sendiri! Is tersenyum sendiri.


Tengku Shafiq melepaskan keluhan kecil. Minggu depan genaplah 28 tahun dia dilahirkan. Sudah hampir tiga dekad. Kawan-kawan kolej di United Kingdom awal-awal lagi telah mengingatkannya tentang rancangan reunion mereka di Bukit Merah Laketown resort.

Tengku Shafiq terharu dengan tumpuan yang diberikan oleh rakan-rakannya. Walaupun zaman mereka sebagai pelajar sudah lama berakhir, rakan-rakannya masih menganggap Tengku Shafiq sebagai ‘ketua’ atau penggerak mereka. Sambutan hari jadinya diberi tumpuan, malah selalu diselitkan dengan sesi reunion mereka.

Seperti tahun-tahun lepas, ramai di antara mereka yang hadir membawa teman masing-masing. Iqbal, kawan baik Tengku Shafiq sendiri sudah dua tahun mendirikan rumah tangga. Isterinya, Munirah, juga merupakan bekas penuntut di kolej yang sama.

Fikiran Tengku Shafiq terganggu.

Adakah sudah tiba masanya untuk dia berumah tangga?

Wajah Nia menerpa di benak fikirannya. Gadis perwatakan lembut itu agak keras hatinya. Setelah lima tahun mencintai gadis itu, Tengku Shafiq agak maklum tentang kekerasan hati Nia. Dia tersenyum mengingatkan insiden yang berlaku lebih kurang 8 tahun lalu…

Assalamualaikum.”

Nia terkejut. Dia melemparkan senyuman kecil kepada empunya suara. “Waalaikumsalam,” balas Nia pendek.

Shafiq senyum. “You like the flower?”

“Yes, thank you very much. Tapi, tak payah susah-susahlah, Shafiq,” balas Nia. Agak kurang senang dengan tumpuan yang diberikan.

Shafiq menjungkit bahu. “Not at all. I nampak bunga tu, terus teringat kat you.”

Bibit-bibit pengenalan antara Nia dan Shafiq memang agak melucukan. Shafiq malu dengan diri sendiri dan sahabatnya. Setelah memperlekehkan kemampuan Nia sewaktu awal kedatangannya ke bumi Dublin, Shafiq telah jatuh hati dengan perwatakan dan karisma gadis itu.

Shafiq berusaha sedaya-upaya mengambil hati Nia. Dia akur, Nia tidak berapa senang berada di sampingnya sejak pergaduhan mereka di perjumpaan Kelab Umno Dublin. Bunga dihantar, surat diutus, namun tiada respon.

Shafiq tidak berputus asa.

Dia tidak pernah jatuh cinta sebegini hebatnya. Memang dia agak popular sebagai playboy Melayu Dublin. Baru dua tahun di bumi itu, sudah berapa kali dia bertukar pasangan. Namun hubungannya dengan gadis-gadis sebelum Nia tidak pernah serius.

Setahun Tengku Shafiq memburu Nia, akhirnya hati mereka bersatu jua. Dia jujur mencintai Nia. Tulus. Tiada rahsia. Sepanjang bercinta Shafiq belajar menjadi lebih sensitif, sensitif tentang pendapat dan keperluan Nia. Dia tidak lagi memandang rendah terhadap kaum perempuan.

Tengku Shafiq sendiri tidak tahu di mana silapnya. Mengapa dia meninggalkan Nia, gadis pujaannya selama lima tahun. Komitmen memang menakutkan. Apatah lagi, pada ketika itu, Tengku Shafiq sudah bersedia untuk membuka lembaran baru. Meninggalkan lembaran lama. Meninggalkan alam universiti. Meninggalkan Nia.

Masih adakah ruang di hati Nia untuknya?

Episod 11
“Awak, bukan saya tak nak teman awak.. Saya tengah exam. Awak lain lah dah habis ujian…”

Shafiq berhenti dan memusingkan badan untuk memandang Nia. “Sekejap saja, sayang. Bukan jauh pun,” pujuk Shafiq lagi.

Nia turut berhenti berlari-lari anak mengejar Shafiq. Hairan juga. Pagi-pagi lagi Shafiq telah bertandang ke rumahnya. Selalunya Shafiq amat liat untuk bangun pagi, terutamanya pagi Ahad. Hari ini, tanpa ribut, tanpa petir, Shafiq telah mengajak Nia ke Iveagh Gardens yang terletak tidak jauh dari rumah mereka.

Nia tersenyum. Dia memandang Shafiq yang tersengih-sengih. “Kenapa awak excited semacam saja hari ni? Bangun pun awal. Kalau tidak, saya telefon pukul 1 nanti pun belum tentu awak dah bangun,” ujar Nia. Dia menapak perlahan-lahan ke arah Shafiq.

“Awak nak tahu awak kenalah ikut saya. Tak jauh lagi, dekat tu saja,” pujuk Shafiq lagi. mereka berjalan beriringan ke dalam taman. Kelihatan kanak-kanak berbasikal dan beberapa orang warga emas berjalan-jalan mengambil udara di situ. “Bila kali terakhir awak datang sini?”

Nia menjungkit kening. “Hmm… Saya pun tak ingat. Sepanjang winter, rasanya langsung tak jejak kaki ke sini,” balas Nia. “Kenapa?”

Shafiq mengangguk-anggukkan kepala. “Saja saja tanya. Patutlah awak pun dah makin berisi ya? Asal winter saja malas nak bersenam,” gurau Shafiq.

Nia tertawa. Dia memukul lembut bahi Shafiq. “Eh, lemak pulak Fiq ni. Mana ada Nia gemuk, ok? Orang tak membuta siang malam macam dia tu,” tukas Nia kembali.

“Ok, ok,” balas Shafiq, ketawa. “Kita dah sampai pun. Tengok belakang awak.”

Nia mengerut dahi. Hairan lagi. Perlahan-lahan dia memusingkan badannya. Dia tercengang. Diam tanpa kata.

“Cantik tak?” bisik Shafiq perlahan ke telinga Nia.

Nia mengangguk perlahan. Terpegun. Tiada kata dapat melafazkan perasaannya ketika itu. Melihatkan bunga-bunga mawar merah jambu yang sedang berkembang mekar di hadapannya. Seperti bunga yang memenuhi singgahsana lagaknya. Sungguh indah. “Subhanallah…” tutur Nia perlahan.

“Shafiq ingat nak gali sepohon-pohon bunga ros tu dan hantar to your doorstep, tapi takut pulak kalau City Council sumbat Fiq dalam jail, macam mana Fiq nak jumpa Nia hari-hari?”

“Fiq..”


“So, instead of bringing the flowers to you, I brought you to the flowers,” terang Shafiq lagi. “Here you are, honey. Your own bed of roses,” tutur Shafiq lagi, ikhlas.

Nia tersenyum. Matanya berkaca. “Thank you,” tutur Nia perlahan. “I love it.”

Shafiq membalas senyuman Nia. Mereka berdiri menghadap masing-masing, mentari Februari menjadi latar belakang saksi cinta mereka. “And I love you.”


“What do you mean the police don’t have a lead?” ulang Nissa, kali ini lebih kuat.

Nia menepuk dahi. Dia menarik tangan Nissa yang menggawang-gawang di udara. “Janganlah cakap kuat sangat,” bisik Nia. “Kau nak satu KLCC dengar ke?”

Nissa menjulingkan matanya. “Sorry I overreacted.” Dia menarik kerusi yang diunjukkan oleh pelayan Chilli’s kepada mereka. “We paid our taxes and all they could tell you was, ‘they don’t have a lead’?”

Nia menghela nafas. “It’s not like they didn’t try, ok? Inspektor Julia yang in-charge kes aku ni sangat macho. I’m sure she does her job efficiently,” balas Nia lagi.

“Macho? Hello?” Nissa membuka menu di hadapannya, walaupun dia sudah amat maklum apa yang bakal dipesannya. “Fox Mulder pun macho, tapi pernah ke dia selesaikan kes sebelum ni?” soal Nissa kembali.

“Tapi Scully pernah,” tukas Nia kembali. Dia ketawa. “Kau ni, buat penat saja cakap dengan kau. Aku pasti Inspektor Julia tengah berusaha. Mamat Saiful tu bukan saja didakwa atas tuduhan kes aku, malah tiga tuduhan merogol yang lain,” terang Nia, naik bulu romanya setiap kali menyebut perkataan ‘rogol’ itu.

Nissa terkedu. Dia juga terdiam. Kasihan melihat wajah Nia yang mendung tiba-tiba. Tangan sahabat baiknya itu dicapai.

“Kes aku ni di bawah kes jenayah keganasan. Aku pun blur jugak waktu Inspektor Julia briefed aku hari tu. Dia cakap, walaupun Saiful bekerjasama, kalau yang mereka dapat agak samar. Katanya Saiful menerima upah melalui telefon. Dia langsung tak pernah tengok muka pengupahnya tu,” ujar Nia lagi, suaranya mendatar.

Pelayan Chilli’s menghampiri meja dan mereka membuat pesanan. Selepas pelayan itu berlalu, mereka terdiam seketika.

“Insya Allah, dengan izin-Nya, sesiapa yang berbuat naya terhadap kau tu akan tertangkap,” ulas Nissa perlahan. Nia mengangguk bersetuju.

Setelah menikmati hidangan tengah hari, mereka bergerak keluar dari Chilli’s. Mereka telah membeli tiket wayang untuk filem ‘The Aviator’ siaran pukul 2 petang. Sebelum tayangan, mereka menapak ke surau perempuan.

Di hadapan pintu surau, telefon bimbit Nia berbunyi. Nia menarik tangan Nissa yang sedang membuka sandal untuk menemannya bercakap telefon di luar. “Assalamualaikum. Laporan pukul 1.30 petang: Saya, Hadiah Hyrena Hamzah selamat di samping Nur Hanissa Nazmi di KLCC, roger. Ada apa-apa perkembangan, tuan?” ucap Nia, tersenyum.

Nissa yang hanya mendengar menjungkitkan kening, hairan. “Kau cakap telefon dengan siapa tu? Polis mana?”

Is di hujung talian, tertawa. “Waalaikumsalam. Alhamdulillah kalau kau selamat. Ingatkan kurang selamat lepas dengar Nissa membebel. Dah makan?”

Nia ketawa. Dia memandang Nissa sambil tersengih. “Is cakap kau membebel.”

Nissa mencebik. “Banyaklah. Dia tu lagi kuat membebel. Kalah perempuan.”

Nia ketawa lagi. “Alhamdulillah, dah kenyang pun. Sekarang nak pergi tengok ‘The Aviator’.”

“Okay, that’s good, honey. Tapi sebelum tu pergi solat Zohor dulu, tau?”

“Dah depan surau dah pun ni.”

“Good girl. Kirim salam dengan Nissa, okay? Have fun, sayang.”

Talian dimatikan. Nissa tersengih-sengih memandang Nia. “Kenapa muka kau macam tu?” soal Nia, mengerut dahi.

“Macam mana?” soal Nissa lagi, hairan pula.

“Macam tu lah,” unjuk Nia ke arah Nissa. “Sengih-sengih macam kera sumbang.”

Nissa tertawa. “Kera sumbang pun tetap lawa apa. Aku sengih pasal tengok kau lah. Happy nampak?”

Nia menjulingkan mata. Dia menarik tangan Nissa ke surau semula. “I was not exactly crying pun tadi.”

“Memanglah. Tapi lepas dapat phonecall dari Is, senyuman kau terus jadi full-wattage,” usik Nissa lagi.

Nia menggeleng-gelengkan kepala. “Whatever makes you happy, Nissa. Jom solat. Aku nak doakan agar kau less irritating lepas ni.”

Nissa tersengih. “Aku pulak nak doakan agar jodoh kau dan Is berpanjangan. Amin.”

Nia sekadar mampu menjeling Nissa. Nissa terkekeh lagi.


“Go long, go long!”

Is berlari ke belakang untuk menyambut bola ragbi yang dibaling oleh Saiful. Fokus. Dia mendepa tangan, namun dengan tiba-tiba dia terasa dirinya terlanggar benda keras. Is mengaduh.

Serentak rakan-rakannya yang turut bermain American football ketawa terbahak-bahak. Azim yang bermain posisi wide receiver jatuh terduduk, akibat ketawa tidak berhenti-henti.

“Aku cakap ‘go long’, bukan suruh kau pergi langgar pokok,” laung Saiful dari posisinya. Ketawanya tidak berhenti.

Is masih mengaduh. Mukanya berkerut. Dia mengurut-ngurut pinggangnya. “Datang mana pulak pokok ni? Tadi tak ada pun,” ngomel Is. Bola ditangan dibiarkan terjatuh ke tanah.

Jimi, nama glamour untuk Mohd. Jazlan Haniff, datang menghampiri Is. Dia meletakkan lengan ke atas bahu Is. “Pokok ni sikit punya dok ada besaqnya, lagu mana boleh tak kelih? Hang letak mata kat kepala lutut apa?” soal Jimi.

Is mendengus kecil. “Woi, tulang belakang aku ni rasa macam dah patah dua, anda pulak lepak lagi dok gelakkan aku,” ujar Is, jauh bunyi suaranya.

Saiful juga turut menapak ke arah Is sambil membawa sebotol Yoko-yoko. “Haa, apa lagi. Konteklah doktor sayang,” gurau Saiful. Dia mengambil tempat duduk sebelah Jimi. “Ala, sajalah tu cari alasan nak manja-manja dengan doktor sayang,” bebel Saiful lagi.

Azim, Ketong, Sham dan Gambit turut membuat bulatan di sekitar Is. “Doktor sayang? Aik? Nia ke? Sejak bila sayang-sayang ni?” soal Azim pula. Dia mengelap peluh di muka dengan tuala yang disangkut di bahu. “Dah sayang-sayang, bahaya ni. Langsung tak sound kami doh.”

“Kau dengar sangatlah Saiful tu merepek,” tukas Is, menahan sakit. Dia mengangkat jersey Nikenya untuk memudahkan Saiful menyapu Yoko-yoko. “Ket, mai sikit air kau tu. Macam sedap saja,” tambah Is lagi sambil tersengih-sengih.

Ketong mencebik. Dia menyerahkan botol air mineralnya kepada Is. “minta air dengan aku, pandai. Nak story pasal awek sikit punya liat,” komen Ketong pula.

Gambit, atau nama sebenar Nik Akmar tersengih. “Dahlah kantoi belikan Tiffany’s untuk Nia hari tu,” tokok Gambit, seolah-olah menambah minyak ke atas api yang membara.

Bulat mata rakan-rakan Is mendengarnya. “Tiffany’s siyal! Belum propose lagi tu! Pergh. Kalau macam ni. Aku pun nak jadi awek kau, Is,” gurau Sham.

Saiful menggeleng-gelengkan kepala. “Menghampakan. Tiffany’s tapi langsung tak sound aku. Kecewa betul!”

Is menahan sakit apabila Saiful sengaja menekan-nekan tulang belakangnya. “Sudah. Sejak bila pulak kau buka kolum ‘Gosip Mangga’ ni?” bidas Is lagi. Mukanya semakin lama semakin merah, menahan sakit dan juga menahan malu.

Mereka ketawa. “Ala, sekali-sekala apa salahnya. Hari ni gossip panas, mana boleh miss, beb,” ujar Azim. “Aku dah agak dah. Dari lah lagi aku bajet Is dengan Nia ni tak lama.”

“Kepala hangguk kau lah, Azim. Tak lama? Bunyi macam lain saja,” komen Ketong.

Azim menjulingkan mata. “Maksud aku, tak lama lagi jadi an item lah. Ish, susah betul cakap dengan orang 166Mhz ni,” bebel Azim lagi.

“Sokong, sokong. Dari dulu lagi gambar Nia saja yang tak pernah pindah dari study dia. Lepas tu, tiap-tiap minggu up Dublin,” tambah Sham yang merupakan teman sedorm Is sepanjang di UCLA.

“Bukan setakat kat lah saja, kat opis sekarang pun gambar dia dan Nia orang lain tak boleh tempuh sikit pun,” sampuk Saiful pula, memberi informasi tambahan. Saiful tidak menuntut seuniversiti dengan Is, Ketong, Azim dan Sham. Is, Gambit, Jimi dan Saiful berkenalan setelah mereka bekerja di syarikat yang sama.

“Eh, tolong sikit. ‘Dia’ tu masih dok ada kat sini, rilek-rilek saja anda kutuk ya?” perli Is. “Macam anda tak tau, Nia tu member aku saja lah,” tambah Is lagi.

“Kalau member kau saja, kenapa kau tak kasi aku masuk line dia hari tu?” ungkit Saiful, saja untuk melihat reaksi rakannya. Yang lain mula bertepuk bertampar sesama sendiri, geli hati dengan reaksi Is.

Is menarik muka masam. “Macamlah aku nak kasi Nia kat golongan macam kau ni. Nama saja ex-SMAP, tapi perangai, masya Allah, jin pun takut,” ujar Is. “Dah aku kawan baik dia, tanggungjawab aku jugak nak jaga kebajikan dia.”

“Pergh. Siyot saja begitu. Tapi kalau kau elok sangat lah tu. Sekufu. Mak bapak pun dah kenal. Apa lagi Is? Kau nak simpan untuk sapa rumah dekat Bukit Jalil tu? Kahwin saja lah,” komen Gambit.

“kenapa anda dok gaduh suruh aku kahwin ni? Sepul tu, macam lah dah kahwin. Bagi nasihat kat aku berdegar-degar, tapi sendiri habuk pun tarak,” tukas Is lagi. Makin rimas dengan soalan-soalan yang diajukan oleh sahabatnya.

“At least mangkuk ni dah ada jugaklah calonnya,” ujar Jimi. “Yang hang tu dok bujang trang-tang-tang lagi. Anak dara mai ngorat, buat derk saja. Gambit yang muka macam manila kad ni pun dah ada calon. Hang tunggu sapa? Jennifer Lopez ka?”

Gambit menolak bahu Jimi, pura-pura marah dengan komen yang diberikan. Jimi buat bodoh. “Cuba hang sound mai kat aku. Hang mahu ka budak dengan si Nia tu? Kalau hang tak mahu. Aku ada tiga tempat kosong lagi,” sambung Jimi.

“Cheh, ingat Nia nak sangat lah kat muka kau tu. Muka samseng Kampung Dusun, ada hati nak tekel doktor cun tu,” komen Gambit, memulangkan paku buah keras.

Mereka yang lain ketawa. Is yang awalnya memasamkan muka, kini turut tersenyum.

“Is, man to man, I think you need to work this out,” Saiful bersuara tiba-tiba. “Aku yang dok jadi pemerhati pun tension tengok anda dua ekor. Dari dulu tak ada perubahan. Masih di takuk lama.”

“Ish, macam Liverpool,” sampuk Ketong.

“Aku take team dengan Ketong. Kau ni dah ibarat Liverpool. Konfem EPL ni kau kalah. Kau kena tukar strategi Is. Be more like Chelsea,” sambung Saiful. “Toksah lah nak cover-cover line lagi dah. Apa, kau ingat ni Mujhse Dosti Karoge ke nak simpan-simpan perasaan? Hal-hal begitu biar Hrithik Roshan saja buat.”

Is mengeluh. Semakin sengal badannya mendengar Saiful membebel begitu. “Siapa cakap aku nak jadi Hrithik Roshan? Ish, Saiful. You know I can’t take the chance,” keluh Is.

Rakan-rakan Is tersenyum. Akhirnya, sedikit pengakuan dari Is. “Take the chance? Meaning, kau suka lah ni?” tanya Azim, meminta kepastian.

“Trouble betullah cakap dengan anda ni,” rungut Is lagi. “Ibu aku pun tak tanya skema macam tu tau.”

Mereka tergelak.

Tiba-tiba telefon bimbit Is berdering. Masing-masing terdiam, agak terkejut dengan nada dering yang agak kuat. Is mencapai telefon di dalam poket seluarnya. Dia tersenyum melihat nama pemanggil yang tertera di skrin.

“Hello, assalamualaikum. Dekat padang dengan budak-budak. Hmm? Tengok Eewan main bola? kat mana? Okay…. Ya… Okay…. Of course. Kirim salam dengan mama and abah, okay? Bye, sayang.”

“Bye, sayang,” ajuk Sham, diselangi dengan gelak tawa mereka yang lain. Is turut ketawa melihat telatah Sham.

“Kalau sampai masanya, Insya Allah aku khabarkan dekat anda,” janji Is, serius.

Rakan-rakannya tersenyum.


“Tengku Suraya bertanya pasal Nia,” ujar mama sambil tangannya cekap membancuh lepat pisang.

“Tanya apa, mama?”

“Tanya pasal Nialah,” ujar mama lagi.

Nia mengerut dahi. Dia

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardiah_alwaniProfil   Hantar PM kepada wardiah_alwani   Quote dan BalasQuote

wardiah_alwani
Warga 5 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu

iceland  


posticon Posting pada: 23-04-08 04:08


Nia memfokuskan pandangan pada daun pisang. Termalu sebentar bersoal jawab hal jodoh dengan mamanya. “Pendapat apa pulak, mama? Dia tanya apa, mama jawab lah apa yang patut,” ujar Nia, ringkas.

Mama memeriksa periuk kukus yang diletak di atas api. Airnya hampir mendidih. “Mama sendiri tak tau nak jawab apa, yang oi. Soalan-soalan Tengku Suraya tu kalah soalan thesis mama kat universiti dulu,” gurau mama.

Nia tergelak. “Amboi. Habis tu mama cakap apa?”

“Mama cakaplah, tunggu mama buat reference dulu,” sambung mama lagi. “Dia tanya Nia dah ada yang punya ke belum.”

“Alamak,” ngomel Nia. “Habis tu apa yang mama jawab?”

“Nia nak mama jawab apa?” soal mama kembali. Dia mula menghamparkan daun pisang dan perlahan-lahan menceduk bancuhan lepat ke atas daun itu. Setelah dilipat kemas, tugas Nia pula untuk menyusun di dalam periuk kukus.

“Jawab saja lah apa yang patut, ma. Goreng saja. Seganlah pulak discuss bab-bab ni,” balas Nia, tersengih.

Mama ketawa lagi. “Apa yang kamu segan? Dah berapa kali orang bertanyakan hal kamu, mama pun dah kering idea nak jawab apa kali ni.” Mama terdiam sebentar. “Chik Mah pun ada bertanya hal kamu, Nia.”

Mata Nia membundar. Hampir tertumpah bancuhan lepat dari bekas daun pisangnya. “Mama…..”

“Itu back-up plan mama dengan Chik Mah. Kalau kamu dan Is lambat sangat bertindak, biar kami mak bapak saja yang settle kan,” ujar mama lagi.

“Mamaaaaa,” ngomel Nia lagi.

“Nia ni dah 27 tahun, tahu. Dah besar panjang. Orang lain semua dah beranak-pinak. Nia tunggu siapa lagi, sayang?”

“Ala mama… Nia tak puas lah bermanja dengan mama. Dulu lima tahun duduk asrama, lepas tu terus pergi Dublin. Bagi lah can, mama,” rengek Nia lagi. Selesa begitu dengan mamanya.

Mama mencebik. “Nak manja dengan mama konon. Siapa jugak yang pindah dulu?” ungkit mama pula.

“Aiseh. Kantoi….”

Mama berhenti menceduk dan memandang ke arah Nia, lembut. Matanya bersinar penuh kasih sayang terhadap anak perempuan tunggalnya. Rambut Nia yang terjurai menutup mata disisipkan ke belakang telinga Nia. “Nia sayang, mama serahkan segala keputusan ke tangan Nia. Fikirkan sedalam-dalamnya. Mama hanya mampu menasihati. Dirikan solat istikharah. Minta petunjuk dari Allah swt,” tutur mama lembut.

Nia terharu. Dia mengangguk lembut.

“Mama tak mahu anak mama menderita. Buatlah keputusan yang terbaik. Mama tahu, Nia boleh belajar dari pengalaman. Sebolehnya, kita elakkan perkara yang sama dari berulang,” tambah mama lagi. Walaupun tutur kata mama tidak menyebut butiran lengkap, Nia tahu mama merujuk kepada hubungannya dengan Tengku Shafiq di Dublin.

“saja vois aime, mon cherie,” tutur mama dalam bahasa Perancis. Terasa lebih mendalam maksud sayang yang disampaikan dalam bahasa nenek moyangnya.

Nia mengangguk. Matanya sendiri berkaca. “I love you too, mama.”

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardiah_alwaniProfil   Hantar PM kepada wardiah_alwani   Quote dan BalasQuote

nur_anis
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1496
Posting: 395
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-04-08 06:57


best sangat cerita ni..nak tanya boleh tak,cerita ni novel ke apa..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_anisProfil   Hantar PM kepada nur_anis   Quote dan BalasQuote

hazni
Warga Rasmi
Menyertai: 29.02.2008
Ahli No: 32761
Posting: 20
Dari: ums-kal, labuan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-04-08 14:43


makin...lama makin best.....
bila is nak propose ni.....lambat betul lah....
paste lah lagi.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For hazniProfil   Hantar PM kepada hazni   Quote dan BalasQuote

wardiah_alwani
Warga 5 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu

iceland  


posticon Posting pada: 25-04-08 04:52


Pada 23-04-08 06:57 , nur_anis posting:

!!! QUOTE !!!

best sangat cerita ni..nak tanya boleh tak,cerita ni novel ke apa..


novel online...saya jumpa..


-----------------
:::never stop trying because at the end of the tunnel there's a light-j.j palomo:::


Bookmark and Share

    


  Member Information For wardiah_alwaniProfil   Hantar PM kepada wardiah_alwani   Quote dan BalasQuote

nur_anis
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1496
Posting: 395
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 25-04-08 06:25


ye ke..nak cari kat lamn web mana novel online begini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_anisProfil   Hantar PM kepada nur_anis   Quote dan BalasQuote

wardiah_alwani
Warga 5 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu

iceland  


posticon Posting pada: 26-04-08 01:48


Pada 25-04-08 06:25 , nur_anis posting:

!!! QUOTE !!!

ye ke..nak cari kat lamn web mana novel online begini..


cari saja kat blog2 writers..eheh


-----------------
:::never stop trying because at the end of the tunnel there's a light-j.j palomo:::


Bookmark and Share

    


  Member Information For wardiah_alwaniProfil   Hantar PM kepada wardiah_alwani   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-04-08 14:24


hmm... smbung lah lagi ye...
makin best... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 28-04-08 17:08


Pada 04-04-08 08:27 , mas_ayu posting:

!!! QUOTE !!!

sambung lah lagi.... jangan lah sekerat-kerat.... huhu....
sambung lagi tau....

Saya sambung cerita beruang sarkas nak tak...?


-----------------
Kerbau adalah kerbau... Lembu adalah lembu... Kambing adalah kambing... Dan..., Aku adalah aku...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

wardiah_alwani
Warga 5 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu

iceland  


posticon Posting pada: 28-04-08 21:21


Episod 12
Perfect, bisik Nia ke telinga Nissa. Dia melihat pantulan wajah mereka di cermin meja solek Nissa. You look so beautiful, babe.

Nissa tersenyum kegirangan. Senyuman bagaikan aksesori yang melengkapkan busananya malam itu. Kain sutera berwarna krim bertatahkan mutiara kecil menjadi pilihan. Terima kasih. Itu pun kau yang teman aku pergi shopping material nak buat baju ni kan?

Nia mengangguk, senyuman melebar. Hatinya kagum melihat keayuan Nissa di malam akad nikahnya. Ala, setakat pilihkan kain, apalah sangat. Aku ikhlas ni puji kau. So, take it or leave it, usik Nia lagi.

Nissa terkekeh. Hampeh. Okay, I take it, balas Nissa, menyambung gurau Nia. Tangan sahabatnya dicapai. Nia memahami.

Kau cuak ya? soal Nia, tersenyum.

Nissa mengangguk perlahan. Agak cuak.

Zikirlah, Nissa. Tenangkan hati kau. For your information. Aku pun agak cuak sekarang, balas Nia sambil tersengih.

Nissa menjeling. Well, thats really helpful.

Kau dah siap ke achik?

Nia dan Nissa serentak berpaling ke arah empunya suara. Dah, along. Orang dah nak sampai ke? soal Nissa kepada kakak sulungnya.

Nur Khalida mengangguk. Abang Halim call. mereka baru habis solat jemaah di masjid. Tak lama lagi sampai lah tu. balasnya. Dia tersenyum melihat adik bongsunya. Nasib baik tu baju kahwin kau, achik. Kalau tak dah lama aku minta buat baju raya aku saja, gurau Khalida.

Nia ketawa. Apa ni, Kak Ida? kat Chow Kit 2 pasang baru RM50. I thought you have better taste than that, sampuk Nia lagi.

Khalida turut ketawa. Nissa pula sibuk mencubit sahabatnya. Kurang asam betul, ulas Nissa.

Khalida mengambil tempat di atas katil pengantin yang dihias indah. Matanya dilirikkan ke arah jambangan bunga ros kuning yang menghiasi kepala katil. Bunga tu jangan siapa-siapa pulak kebas. Along dah cop, ujarnya lagi sambil tersengih. Kau bila pula, Nia? Takkan tak ada doktor yang boleh pakai kat SJMC tu?

Nia menggaru kepala, tersengih. Alamak Kak Ida ni

Khalida tersenyum melihat reaksi Nia. Dia maklum situasi gadis itu. Memang agak ralat ketika mendengar cerita dari Nissa. Khalida kenal dengan Is ketika adiknya masih bercinta dengan lelaki itu. Namun dia juga akur, jodoh adiknya dengan orang lain.

Anak daranya dah siap ke. Aku dah penat dah pusing kampung ambil gambar, tapi gambar pengantinnya satu pun tak ada lagi.

Tikah! Nia terjerit kecil melihat sahabat lamanya muncul di birai pintu. Atiqah Ismail yang dikenali sejak zaman sekolah berasrama turut ketawa melihat Nia. Mereka berpelukan.

Terpegun. Nia memandang Atigah sambil menggeleng-gelengkan kepala. Masya Allah, lama sangat aku tak nampak kau, Tikah, ujar Nia. Ada kemajuan dalam ketinggian kau, gurau Nia.

Mereka tergelak. Atiqah memang selalu diusik kerana saiz badannya yang agak kecil. Dia turut terkekeh mendengar komen Nia. Tak boleh pakai betul lah hang ni, Nia. Nama saja doktor. Aku dah 27 tahun ni mana boleh meninggi lagi dah.

Nia memeluk sahabatnya sekali lagi. Subhanallah, jumpa juga kita ya, Tikah. Rindu betul aku dengan kau.

Atiqah tersengih, terharu dengan komen sahabatnya. Aku pun rindu dengan hang, Nia oi. KL tu bukannya besaq mana, hang tu saja yang dok menyombong dengan aku, tukas Atiqah.

Bukan Nia menyombong dengan kau, Tikah. Kau tu lah, rendang sangat, mana orang nak macam kau di KL, sampuk Nissa. Khalida tumpang ketawa mendengar komen adiknya.

Nia turut ketawa. Apa cerita kau sekarang Tikah? Glamour ya, jurukamera TV3 lah katakan, ujar Nia, kagum dengan pencapaian sahabatnya. Eh. Aku nak tanya, takkan lah dengan artis-artis pun kau cakap bahasa utara? Paham ke mereka?

Eh, hang ingat koman ka bahasa tok aku? Bahasa universal tau, jangan buat main-main, balas Atiqah selamba. Serentak mereka ketawa.

Aku nak ucapkan terima kasih sekali lagi sebab kau sudi menjadi camerawoman tak rasmi untuk majlis aku ni. Jimat jugak bil aku nanti, ya, tutur Nissa tersengih. Bukan apa aku tak minta tolong kau awal-awal. Aku takut kau busy dengan assignment di pejabat. Sebab tu aku upah jurukamera lain sebelum ni.

Atiqah tersenyum. Dia meletakkan sebelah tangan di bahu Nia. 15 tahun kita kawan, takkan lah sehari masa aku pun aku nak berkira, balas Atiqah, lembut. Dia memalingkan muka menghadap Nia. Hang nikah nanti tak sound aku, siap hang Nia, ugut Atiqah.

Nia tersengih.

Boleh harap nya kawan! Orang suruh pergi usha anak dara dah ready ke belum, dia boleh dok melepak kat dalam ni!

Atiqah terkekeh sementara Nia dan Nissa sekali lagi terjerit kecil melihat sahabat-sahabat yang lain. Riuh-rendah suasana di bilik. Rakan-rakan Nissa di Jepun dan pejabat juga tidak ketinggalan meramaikan suasana.

Sanak saudara juga turut memenuhi kamar tidur si anak dara. Gambar kenang-kenangan diambil. Bunga telur bertukar tangan. Keriangan tertera di wajah mereka. Anak-anak buah yang kecil juga tidak mahu mengalah. Masing-masing ingin bersalaman dan mengucup pipi Mak Achik kesayangan.

Tak lama kemudian, kedengaran bunyi hon di luar rumah. Suasana gamat menyambut ketibaan si anak teruna. Tiga buah kereta mengiringi sebuah Volvo berwarna biru gelap. Seorang lelaki tampan berbaju melayu berwarna krim dan bersongkok hitam melangkah keluar dari kenderaan itu. Dia melemparkan senyuman, memberi salam dan membuka pintu belakang, sambil menjemput Tuan Kadi keluar.

Nia yang mengintai dari dalam bilik, tersengih memandang rakan-rakannya yang lain. Handsome tau, Nissa, ujar Nia. Rakan-rakan yang lain turut tumpang mengintai sama.

Aku nak tengok boleh?

Hai, lepas malam ni, kau nak tengok lama mana pun siapa takkan halang Nissa oi, ujar Farah, yang mengundang tawa antara mereka.

Di ruang tamu rumah Tuan Nazmi yang mulanya riuh-rendah dengan suara sanak-saudara, menjadi tenang apabila Tuan Kadi mula memberi salam. Tidak lama kemudian, acara akad nikah dimulakan. Setelah mendapat persetujuan dan tanda tangan dari pihak pengantin perempuan, Tuan Kadi mula membacakan doa.

Selesai akad nikah, Farid menunaikan solat sunat dua rakaat di penjuru bilik. Kemudian, acara membatalkan air sembahyang dimulakan. Nia memanjatkan rasa syukur usai Farid mencium dahi Nissa. Alhamdulillah, Farid menjalani akad nikah dengan sekali lafaz, dan segala-galanya berjalan dengan lancar.


Nia melemparkan senyuman terhadap Is yang masih jauh. Lelaki itu tampak semakin kacak dan berkarisma berbaju melayu warna hijau tua. Is menghampiri Nia yang sibuk menyusun bunga telur.

Assalamualaikum warahmatullah. Eh, tadi baru nampak pengantin perempuan di luar. Kenapa ada lagi seorang di dalam? soal Is, tersengih.

Nia menggeleng-gelengkan kepala. Waalaikumsalam. Nak perli lah tu. Abah dengan ayah mana?

mereka pergi tengok khemah masak. Meriah ya buat majlis begini? Kalau masak sendiri, instead of catering, makin erat ukhwah antara jiran tetangga, ujar Is. And you look beautiful, macam pengantin, tambahnya lagi, nada suara sengaja dilembutkan.

Nia tersenyum. Dia memandang wajah Is yang tenang. Are you trying to get into my good book?

I have no doubt my name is already engraved there, balas Is lagi, matanya tidak berkelip.

Konfidennya. Kau memang tak ada masalah ya bab-bab self-esteem ni? soal Nia lagi.

Babe, I am the self-esteem.

Nia tertawa. You are too much.

Is tersenyum. Dia memerhatikan sahaja Nia menarik bunga telur satu persatu dari spannya dan dimasukkan ke dalam bakul. Thank you for being a good sport. I really appreciate it, you know, tambah Nia lagi.

Is mengangguk. Tak guna memanjangkan sengketa. Ive grown out of it. I admit I was being rather immature earlier.

Nia tersengih. Tau, tak mengapa.

Is menyeringai. Oh, pandai ya?

Eh, mestilah. Belajar jauh-jauh kalau tak pandai jugak, tak ke sia-sia?

Is pula ketawa. Rindunya terubat untuk menatap wajah Nia yang telah tiga hari meninggalkan Kuala Lumpur untuk menemani Nissa. Mereka terdiam seketika, melayan perasaan masing-masing.

Kalau kita nikah nanti, kita buat gotong-royong juga, setuju tak? soal Is, selamba.

Nia menjeling Is. Siapa nak nikah dengan kau ni?

Kau lah, Hadiah Hyrena Hamzah. Siapa lagi?

Eh? Bila pulak kita buat janji ni? soal Nia lagi. Terasa tusukan pandangan mata Is terhadapnya. Sengaja memfokuskan konsentrasinya terhadap bunga telur di tangan.

Mm Rasanya dalam sepuluh tahun lalu, ujar Is lagi, lembut.

Nia terdiam. Ingatannya kembali kepada kenangan sekolah menengah. Seolah-olah semalam dia berkenalan dengan Is di gelanggang bola keranjang SEMESTI. Tidak sangka, pertemuan singkat itu berjaya membuahkan persahabatan yang berlanjutan sepuluh tahun lamanya.

We were meant to be together then, and we are meant to be together now too, ujar Is lagi.

Jantung Nia berhenti berdegup.

Is! Lama tak nampak!

Is menarik nafas panjang. Dia melemparkan senyuman dan berjabat tangan dengan rakannya. Nia tersenyum dan mendiamkan diri. Pura-pura khusyuk mencabut bunga telur sambil mendengar Is dan rakannya bersembang.

Apabila bakul rotan yang dihias riben penuh dengan bunga telur, Nia meminta izin untuk berlalu.

Is hanya mampu memerhati dengan ekor mata.


So, how does it feel, champ? Kasi lah can team lain menang pulak, komen Is terhadap Eezwan.

Eezwan tersengih-sengih memandang Is dan kakaknya. Dia menyeka peluh yang mengalir di dahi. Eewan dah pernah try nak kasi can, susahlah. Kaki asyik nak score saja, balas Eezwan. Botol air Spritzer yang diserahkan oleh kakaknya disambut.

Nia ketawa, senang hati melihat kejayaan pasukan bola sepak adiknya. Mulalah nak riak tu. Macam mana lah team Malaysia nak menang Tiger Cup. Baru peringkat daerah, dah riak tak hingat.

Eezwan turut ketawa. Apalah akak ni. Tiger Cup ada Khalid Jamlus saja. Defender Eezwan Hamzah tak ada nak support.

Is menggeleng-gelengkan kepala, lucu melihat kedua-dua beradik di hadapannya. So, Khalid Jamlus, nak pergi lunch mana? My treat, tutur Is. Memang menjadi kebiasaan, setiap kali tamat perlawanan bola sepak Eezwan, mereka bertiga pasti akan makan tengah hari bersama-sama.

Eewan! Congrats, man! Dahsyat aa corner kau tadi!

Hey Aidid! sahut Eezwan. Rakannya Aidid meletakkan sebelah tangan di bahu Eezwan. Thanks, dude. Kau pun not bad passing tadi. Cun.

Aidid tersengih. Dia mengalihkan pandangan kepada Nia. Kak Nia, my sweetheart! Abang Is pun ada. Lama betul Kak Nia menyombong dengan Aidid. Ada patient cun-cun macam Eliana lagi tak?

Nia ketawa lagi. Aidid darling, siapa yang menyombong ni? Awak tu yang lama tak datang rumah. Is di sisi turut ketawa melihat telatah Aidid. Sekarang ni banyak makcik-makcik umur 50 tahun begitu. Lawa-lawa tau. Aidid nak berkenalan?

Aidid mengerutkan hidung dan bibirnya. Down lah Kak Nia ni. Mana aci introduce awek lawa-lawa dengan Eewan saja. Dia ni tak payah introduction pun dah cukup havoc. Muka jambu lah katakan.

Eezwan menyiku sahabatnya. Hangguklah kau.Drop my water face betul, komen Eezwan ringkas.

Eezwan, stop crawling and start walking, man! The Burger King aint gonna crawl back to you! laung Ivan, pemain midfielder dari tepi padang. Beberapa pemain VI yang lain turut ketawa. Kak Nia, come join us!

Jomlah star player. Yang lain penat dah tunggu kau. Kak Nia dan Abang Is nak join sama? ujar Aidid.

Kalau macam tu, Eewan pergi saja lah. Go have fun. Nanti akak cakap dengan mama Eewan balik lambat, okay? balas Nia, tidak mahu kebebasan anak-anak muda itu tersekat dengan kehadiran dia dan Is. Dia melambai ke arah Ivan, anak muda Eurasian berdarah Cina-British. Have fun, Ivan. Ill see you around, okay?

Setengah jam kemudian, kereta yang dinaiki Is dan Nia meluncur di atas lebuhraya menuju ke Bukit Jalil. Cadangnya mereka ingin meninjau rumah berkembar dua tingkat milik Is yang baru beberapa bulan tamat pembinaan. Rumah yang dibeli dua tahun lalu merupakan pelaburan aset pertama Is sejak bekerja dan mendapat gaji sendiri.

Isk, seronoknya aku tengok rumah kau, tutur Nia sebaik sahaja dia membuka pintu pagar rumah baru Is. Tak boleh jadi, lepas ni aku pun nak beli rumah jugak, sambung Nia lagi, menanam azam.

Is tersenyum. Dulu aku ajak tak nak beli. Sekarang apa macam? Jealous?

Nia tersengih. Dia menolak daun pintu kayu yang baru dibuka kunci oleh Is. Agak jealous jugak lah. Aku lebih interested beli tanah. Nanti boleh buat dusun, tambah Nia lagi. Dia meninjau keadaan ruang tamu rumah Is. Look! Kau ada patio!

So. Aku berjaya menjealouskan kau lagi, or what? soal Is. Dia merapati Nia yang berdiri menghadap sliding door kaca di patio.

Nia memusingkan badan untuk menghadap Is. Im officially jealous. Boleh tak aku tolong decorate this room? tutur Nia. Matanya mengharap.

Is menjungkit kening. Are you sure you wont mind the responsibility?

Nia menjuling mata. Hello? I was the one applying for it, balas Nia. So, do I get the the job?

Is terdiam. Dia menyeluk tangan ke dalam saku seluarnya. On one condition though.

Nia tersengih. Okay. As long as aku boleh decorate this room, balas Nia gembira.

Is tersenyum. Dia menarik nafas dalam. Kalau macam tu, tuturnya perlahan. Sebuah kotak baldu dikeluarkan dari saku. Tangan Nia diraih. Kotak itu kini beralih tangan.

Nia tergamam.

I would like you to give us a thought. Aku rasa cukuplah sampai di sini charade kita. Weve been pretending for way too long, tutur Is, suaranya mendatar. Kedua-dua tangannya diselukkan ke saku seluar. Gementar. Setiap kali aku ucap kata sayang kepada kau, it is as if Allah regards it as a doa. Theres no pretense behind the word anymore, Nia. I truly love you.

Aku nak bina hidup bersama dengan kau. A Baitul Muslim with you. Selama sepuluh tahun mencari, Ive always come back to the start: you.

Is merenung mata Nia. Gadis itu tidak keruan. Pandangan dilarikan ke taman di luar. I want to go home everyday to you. I want to share your every laughter, your every tears. I want to be more than a friend, Nia.

Nia masih lagi terdiam. Wajahnya yang memerah kini ditundukkan. Is akur.

Take your time, sayang. I dont want to place any pressure on you. The house is yours to decorate. Apa-apa pun keputusan kau selepas ini. Aku akan terima dengan redha."

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardiah_alwaniProfil   Hantar PM kepada wardiah_alwani   Quote dan BalasQuote

wardiah_alwani
Warga 5 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu

iceland  


posticon Posting pada: 28-04-08 23:06


Pada 28-04-08 17:08 , mizie_hafiz80 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 04-04-08 08:27 , mas_ayu posting:

!!! QUOTE !!!

sambung lah lagi.... jangan lah sekerat-kerat.... huhu....
sambung lagi tau....

Saya sambung cerita beruang sarkas nak tak...?



huhu..baik toksah...buat rosak cerita saja nanti, huhu


-----------------
:::never stop trying because at the end of the tunnel there's a light-j.j palomo:::


Bookmark and Share

    


  Member Information For wardiah_alwaniProfil   Hantar PM kepada wardiah_alwani   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-04-08 10:33


wah.... makin best ni... tak sabar nak tunggu nia cakap apa. harap-harap di terima lah cinta is... smbung2.... :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

hazni
Warga Rasmi
Menyertai: 29.02.2008
Ahli No: 32761
Posting: 20
Dari: ums-kal, labuan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-04-08 11:03


Pada 28-04-08 23:06 , wardiah_alwani posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 28-04-08 17:08 , mizie_hafiz80 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 04-04-08 08:27 , mas_ayu posting:

!!! QUOTE !!!

sambung lah lagi.... jangan lah sekerat-kerat.... huhu....
sambung lagi tau....

Saya sambung cerita beruang sarkas nak tak...?



huhu..baik toksah...buat rosak cerita saja nanti, huhu



tau, tak apa....hehehe....

cerita ni panjang lagi ke????

Bookmark and Share

    


  Member Information For hazniProfil   Hantar PM kepada hazni   Quote dan BalasQuote

wardiah_alwani
Warga 5 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu

iceland  


posticon Posting pada: 01-05-08 20:13


Episod 13
Tengku Shafiq mengurut dada. Batuknya tidak juga surut. Terkokol-kokol sejak kembali dari Bukit Merah.

Stereng kereta dikawal dengan cekap. Jalan raya di sekitar Ampang menuju KLCC sesak seperti biasa. Minyak ditekan cuma pada kadar 50km/j. Tiba lampu merah, dia menekan pedal brek.

Tengku Shafiq memerhati tapak tangannya yang cekap memegang stereng. Ada bintik-bintik kemerahan di situ. Sudah beberapa hari tidak juga hilang-hilang. Krim dermatologi dari Boots juga telah dipakai, tidak menunjukkan perubahan.

Kadang-kadang Tengku Shafiq diselubungi rasa takut. Tujuh tahun berlalu. Asimptomatik. Namun, sebagai seseorang yang berkecimpung dalam bidang perubatan, dia tahu prognosis dan manifestasi yang sepatutnya diambil kira. Mungkin dia tidak mahu menerima hakikat, atau pun mahu lari dari takdir. Apa-apapun, semuanya sudah tiada makna.

Tujuh tahun. Selama tujuh tahun jugalah dia dihantui kemungkinan dan kemusykilan. Seingatnya, dia pernah mengambil jalan mudah. Dia terima apa balasan Tuhan kepadanya. Dia tidak pernah terfikir untuk bertemu dan jatuh cinta sekali lagi dengan Hadiah Hyrena. Dublin dan Kuala Lumpur dua dunia berbeza.

Tengku Shafiq bersoal-jawab dengan diri sendiri. Mampukah dia menghadapi segalanya seorang? Salahkah dia?


Komitmen?

Benarkan Nia takut pada komitmen? Pada firasatnya, dia pernah meletakkan komitmen ke atas beberapa perkara penting dalam hidupnya. Komitmen terhadap keluarga. Terhadap universiti sehingga lahirnya seorang lagi doktor wanita di bumi Malaysia. Komitmen terhadap wangian kesukaannya Allure. Komitmen terhadap Gilmore Girls dan Futurama. Kenapa tiba-tiba Nissa mempersoalkan komitmen Nia?

Sampai bila kau nak takutkan komitmen Nia? Sampai satu tahap, kau kena berserah kepada takdir dan menerima apa yang Allah aturkan untuk kau, bebel Nissa. Inai di jari masih memerah.

Nia melemparkan pandangan ke arah Selat Melaka. Rasanya, setiap kali mereka ke pantai Morib, soal hati dan perasaan pasti tidak jauh dari agenda utama. Pening rasanya. Siapa cakap aku takutkan komitmen? Im very committed to my work, thank you very much. Do you see me quitting anytime soon? soal Nia kembali, tidak puas hati dengan tuduhan melulu sahabatnya.

Apa kau akan kahwin dengan kerjaya kau tu? Im not questioning your loyalty towards your career. Itu siapa pun tak ragui. Doktor Nia, siapa tak kenal di SJMC. Residen muda. But how about your personal relationship huh, Nia? Bila kali terakhir kau betul-betul sayangkan seseorang?

Nia terdiam.

Just what I thought, tutur Nissa, puas hati.

Nia menjungkitkan kening. Nissa, I can be committed to somebody. Buktinya, our friendship survived although aku di Dublin dan kau di Tokyo. You ought to give me some credits here, tukas Nia.

Komited? So diam tanpa kata-kata dan terus berlalu tu salah satu tanda kau komited ke? perli Nissa lagi. Pedas.

Nia tunduk. Agak sukar untuknya membalas kata-kata Nissa kali ini.

Ive never done that to you, I swear, balas Nia lembut.

Tapi kau buat begitu kepada Is! tukas Nissa lagi. Bukankah Is sahabat dunia akhirat kau juga? Sahabat yang kau sayang seperti mana kau sayangkan aku? Sahabat yang kau tak pernah guris hati dan perasaannya? ujar Nissa bertalu-talu. Congratulations, Nia. I think you have just managed to place the first scratch in your friendship with Is.

Nia mengangkat muka. Dia merenung wajah Nissa yang memerah. Please dont say that, ujar Nia, suaranya mendatar.

The damage has been done, dear, balas Nissa, sedikit berlembut. Kau sahaja yang ada kuncinya.

I do? soal Nia, agak samar dengan maksud tutur kata Nissa.

Nissa menghela nafas panjang. Nampaknya sahabatnya masih ragu-ragu tentang impak dirinya ke atas jejaka bernama Is itu. Nia, do you know by walking away, you had put a knife into Is heart?

Nia menggigit bibir. Aku jadi kaget, Nissa. Aku tengah senang hati ketawa dengan dia, I didnt even see the ring coming, terang Nia perlahan. I was just too taken aback for words.

Nissa menjungkit kening. After the years and a Tiffanys later, you honestly didnt see it coming? You have got to be kidding me, Nia, ujar Nissa, tersenyum kecil. Naif jugak kau ya?

Hey, thats not nice, tutur Nia, pura-pura merajuk.

Nia Niat Is ikhlas terhadap kau. Especially sejak kau balik dari Dublin dan dia dari buat masters di UCLA. Do you know how he deals seeing you everyday, tapi dia tak boleh luahkan perasaan dia terhadap kau? Dia pun rasa apa yang kau rasa. Dia takut kehilangan apa yang kau berdua telah established selama sepuluh tahun ni. Bayangkan perasaan dia setelah kau beredar tanpa kata-kata? If I were him, I would freak out, jelas Nissa satu persatu.

Those ten years have been wonderful, Nissa. Kenapa tiba-tiba dia mahu jeopardize hubungan kami? It was perfect, Nissa. You knew it yourself, tukas Nia. Dia tidak mahu mengalah.

Nissa menepuk dahi. Ternyata dia penat berdebat dengan Nia. Kalau dah wonderful, apa salahnya hubungan anda naik to the next level? Make in more beautiful, Nia. Kau tak harus takut dengan komitmen sekiranya the guy offering himself to you is perfect for you in every way. Kau rasa apa yang dia rasa. Is tak salah untuk cuba mendekati kau, pujuk Nissa lagi.

Nia terdiam semula.

Sampai masanya kau buang kenangan buruk kau bercinta dengan Shafiq. He was a pasti tense, dear. Tak adil bagi kau melukakan perasaan Is dan hati kau sendiri kerana perkara yang telah lima tahun berlalu.

How do I do that, Nissa?

Call him.


Akak!

Nia tersentak. Sikunya yang diletakkan di sudut meja tergelincir.

Eezwan ketawa. Jauh nampak. Dah sampai mana ya?

Nia tersipu-sipu. Bantal empat segi warna krim yang mama letakkan sebagai perhiasan di sofa dibalingnya ke arah adik kesayangannya. Kacau daunlah, Eewan ni, gumam Nia.

Eezwan tersengih. Dia mengambil remote televisyen dan duduk bersila di sebelah kakaknya. Ivan cakap, if abang Is is still taking his time, dia nak ajak pergi dinner, tutur Eezwan, merujuk kepada rakan sejawatan pengawas dan sepasukan bola sepaknya. He said he doesnt mind older women.

Nia ketawa. Apalah kawan-kawan Eewan ni. Macam akak ni adik perempuan Eewan pulak. Senang-senang saja nak ngorat. Tapi kalau Ivan pun, ok jugak. Handsome, kacukan lagi, komen Nia. Dia tersenyum mengingatkan kerenah rakan-rakan adiknya.

mereka jealous dengan Eewan, nak buat macam mana, balas Eewan, tersengih lagi. Along cakap kerjanya di Beijing mungkin larut sampai ke Tokyo, maklum Eezwan lagi. Eei, jelesnya.

Nia menjungkit kening. Iya? Akak pun jealous. Seronoklah along jalan-jalan nanti. Berapa lama lagi katanya nak balik Malaysia?

Mama tak cakap pula bila. Tapi mama cakap kemungkinan besar abang posting situ lepas majlis dia nanti, tambah Eezwan lagi. Tak seronoklah kalau along tak ada. Dia pergi sekejap-sekejap ni pun dah rasa tak complete. Apatah lagi kalau dia pindah terus nanti, komen Eezwan, bunyi suaranya berjauh hati.

Nia terdiam. Dia pun terasa rumah mereka di TTDI agak sunyi tanpa suara abang sulung mereka. Teringat waktu mereka bertiga masih di ambang persekolahan. Riuh-rendah rasanya. Terutamanya di hari minggu ketika along pulang dari SAS dan Nia dari KUSESS. Nia amat gemarkan waktu sarapan pagi. Walaupun along selalu juga menarik rambutnya atau meletakkan sudu bersalut susu ke dalam gelas jus orennya, namun Nia tidak pernah merajuk lama.

Kalau along dah kahwin nanti pun Eewan, memang confirm dia akan pindah, pujuk Nia perlahan. Sedih jugak ya kita discuss bab-bab begini?

Eezwan tersenyum. Dia menatap kaca tv, tanpa begitu mendengar perkembangan dialog filem yang ditayangkan. Along kahwin, akak pun mesti tak lama lagi follow suit. Last-last tinggal Eewan saja, ujar Eezwan, seakan-akan merajuk bunyinya.

Alah Nanti Eewan juga sibuk nak fly. SPM tu buat elok-elok. Jangan nanti penat saja mama dan akak pergi berhantar dan berjemput Eewan tiap-tiap hari ke sekolah, gurau Nia. Manjalah Eewan ni. Dulu dapat offer MRSM mengada tak nak pergi.

Eezwan tersengih. Ala, akak ni. Kalau masuk MRSM mana boleh main bola selalu-selalu gini. Lagipun, sayang rasanya nak tinggalkan budak-budak tu kat VI.

Akak?

Ya?

Akak gaduh dengan abang Is ke?

Nia terkesima. Kata-katanya mati. Kenapa Eewan cakap begitu?

Eezwan meluruskan kaki ke hadapan. Dia tersengih memandang wajah kakaknya yang merona merah. Ala, dah seminggu dia tak datang rumah. Mama pun syak ada something wrong, ujar Eezwan lagi. So, anda gaduh ke?


Assalamualaikum. Is Mr. Iskandar in?

Is tersenyum mendengar suara di hujung talian. Suara yang dirinduinya. Gagang telefon yang mulanya dikepit antara pipi dan bahu dipegang kemas. Waalaikumsalam warahmatullah. You are well aware that this is my office, jadi siapa lagi yang akan jawab phone aku?

Err ingatkan Tifa yang jawab

Kertas kerja yang berselerakan di meja dibiarkan begitu. Fokusnya lenyap seketika dan menerawang ke SJMC.

Is, next year aku nak buat specialist di UK. Dua tahun. JPA dah luluskan pinjaman aku, tutur Nia perlahan.

Is mengangguk. Ya, Im well aware of that. Have I informed you yang aku pun akan transfer ke main office di Birmingham next year? balas Is. Sekarang baru dia maklum arah tuju perbualan mereka.

Nia di hujung talian menggigit bibir. Cincin berbatu biru itu direnungnya dalam. Semalam, mimpi Nia berbeda sekali. Segalanya putih. Suci. Berseri. Di sebalik cahaya itu, muncul wajah tampan Is. Nia bersyukur. Dia tahu, dia tiada lagi alasan untuk berlari.

Nia?

Is, I dont really like watching filem tembak-tembak. Dan kau tahu aku suka cubit orang, especially kau. I dont like coffee, I cant see myself preparing a good coffee for you every morning. Aku tak suka bawa kereta dalam heavy traffic. Aku tak suka basuh kereta. I dont even know how to bowl, for goodness sake. Sedangkan its your favourite pastime. Nia terhenti, menarik nafas. Aku tak reti tanam bunga. Semua bunga mama yang aku cuba jaga kalau dia travel dengan ayah confirm mati.

Is?

Senyuman Is melebar. Ada lagi ke? Ke dah habis?

Nia menghela nafas. Aku serius ni. Aku tak reti nak manja-manja, nak romantik-romantik. Aku tak pandai nak melawa dan bergaya. I cant even tolerate your friend Ciara. Mulut aku tak ada insurans. Kadang-kadang aku lebih ikut perasaan dari kata akal, tutur Nia. Dia cuba menangkap reaksi Is di corong telefon.

Okay, kita beli dua televisyen. And Ive been enduring your pinches for ten years now, so I am practically immuned to it by now. Coffee? Ill bring you breakfast to bed, sayang. Selama ni pun dalam seminggu, lebih kurang tiga hari aku jemput kau dari SJMC. So let me deal with the traffics. Aku suka basuh kereta, no big deal, balas Is. Dia mengetuk-ngetuk jari di meja. Apa lagi ya? Oh. I know you dont know how to bowl. But its always nice to have something to laugh at, sambung Is lagi, mengingatkan ketika masa dia bermain bowling bersama Nia, Saiful dan lain-lain.

Nia ketawa kecil. Namun hatinya masih berdebar-debar dengan setiap kata yang Is tuturkan.

I dont mean to brag, tapi aku rasa bab-bab gardening ni aku lebih handal. So we dont have to worry about that. Tentang bab-bab romantik tu pula, tutur Is, kata-katanya mati di situ. I have my lifetime to teach you how to be one, sayang. Trust me, bisik Is lembut.

Nafas Nia rasa tertahan. Setelah 27 tahun hidup di muka bumi, Nia seolah-olah lupa cara untuk bernafas. Dia mencapai bingkai gambar Is di meja. Kenapa sweet talker sangat ni? kat US dulu kau minor in sweettalk-ology ke?

Is ketawa. It comes naturally with you, honey. Tak percaya lagi?

Nia terdiam. Semuanya bagaikan overwhelming.

Is, Im not ready for this. Aku takut, ujar Nia perlahan.

Is terdiam, mati kata-kata. Do me a favour, Nia. When you are finally ready, give me another call. Ill be here.

Klik.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardiah_alwaniProfil   Hantar PM kepada wardiah_alwani   Quote dan BalasQuote

wardiah_alwani
Warga 5 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu

iceland  


posticon Posting pada: 01-05-08 20:22


Episod 14
Stockholm?
Nia memohon maaf seraya dia terlanggar bahu seorang wanita. Dia menghela nafas. Balai berlepas penerbangan antarabangsa KLIA berpusu-pusu dengan manusia. Sudah, getus hati Nia. Ke mana yang harus dituju? Penerbangan apa? Kaunter apa? Ke Is sudah melepasi kastam?

Fikirannya berbaur. Gembira, kerana akhirnya dia dapat menerima hakikat cintanya terhadap Is. Resah, kerana Is tiada di hadapan mata. Takut, sekiranya Is berubah fikiran dan menolak cintanya.

Pagi ini lain dari pagi-pagi biasanya. Malam tadi dia bermalam di bilik residensi bersama Fara, rakan seresidensi. Dalam mimpinya sekali lagi muncul wajah Is, penuh berseri-seri di sebalik cahaya yang menerangi. Nia yakin dengan petunjuk yang Allah berikan. Usai solat Subuh, telefon bimbit Is didail.

Namun hanya suara gadis Maxis yang menyahut.

Nia tidak berputus asa. Tepat jam 8 pagi, dia meneruskan usaha menjejak Is di pejabat. Sekali lagi hampa. Latifah yang menjawab panggilannya.

Encik Iskandar outstation for the next two weeks, Cik Hadiah, jawab Latifah lembut.
Nia terkejut. Padanlah telefon bimbitnya dimatikan. Takkan merajuk begitu sekali?. Dia menarik nafas panjang. Er, Tifa. Im sorry, but if you dont mind me asking, Encik Is outstation ke mana?

Stockholm untuk uruskan tender Roche Limited, balas Latifah tanpa ragu-ragu.

Jantung Nia gugur ke lantai seramik SJMC. Stockholm, Sweden? ulangnya lemah.

Ya. Em, kalau tak salah, flightnya around pukul 11 pagi ni.

Baju scrub yang dipakainya dibuka tergesa-gesa. Pedal minyak Honda Jazz ditekan sambil dia mengawal stereng membelah lebuhraya ke Sepang. Pukul 8.30 pagi. Kebanyakan warga kota sudah selamat berada di pejabat masing-masing dan jalan agak lengang. Nia memanjatkan rasa syukur.

Namun, sekarang seraya dia berdiri di KLIA, fikirannya buntu. Think, Nia. Tengoklah information board tu, marah Nia kepada diri sendiri. Segera matanya diarahkan ke papan kenyataan elektronik, mencari maklumat pesawat ke Stockholm. tak ada! Connected flights ke?

9.47 pagi.

LH2889 pukul STO 1055 29

Nia mengalihkan pandangan dari papan elektronik itu. Telefon dicapai. Butang redial ditekan. Hatinya tidak putus-putus memanjatkan doa.

Hello. And Ive been waiting forever for you to spot me.

Hati Nia melonjak gembira. Is!

Is ketawa di hujung talian. Hai sayang. Nice to hear from you too.

Nia tersenyum. Dia dapat merasakan degupan jantungnya melebihi dari normal. Tachycardia around Is? Kau kat mana ni?

If you love me enough, your heart will lead you to me, gurau Is bersahaja.

Nia menggigit bibir. Dia berjengket, cuba mendapat view terbaik. Muka manusia yang memenuhi balai berlepas itu diperhatinya satu persatu. Is Im about to have a cardiac arrest here

Is ketawa lagi. Its okay. One of us obviously can make up to the losses, so Ill let my heart lead me to you, bisik Is.

Ahh, Is dan kata-kata manisnya. Nia termalu. Namun dia tidak berputus asa mencari kelibat Is.

Dah puas berjengket?

Mata Nia membundar. Perlahan-lahan dia memusingkan badannya ke arah empunya suara. Is tutur Nia perlahan, telefon bimbitnya masih ditekapkan di telinga.

Is tersenyum. Hatinya bahagia melihat wanita yang dicintai berada di hadapannya. You look beautiful, sambung Is lagi melalui telefon.

Nia ketawa akhirnya. Telefon dilipat kembali. Kenapa nak pergi Stockholm tak cakap dengan orang? soal Nia.

Is menjungkitkan kening. Macam mana nak cakap. Orang tu sibuk nak larikan diri, nak buat macam mana.

Nia tersengih. Ni kira kes merajuk bawa diri ke Sweden lah ni? soal Nia lagi, hilang rasa segan yang menyelubungi diri.

Bukan merajuk. Nak pergi cari lagi satu. Nak cukupkan kuota, balas Is selamba.

Ya? soal Nia, tersenyum.

On second thought, yang satu ni pun tak larat nak terkejar-kejar. I think, Ill stick to her for awhile, tutur Is lagi, turut tersenyum.

Nia pula menjungkit kening. Siapa ya? Kenapa tak introduce pun?

Eh, shes kinda hard to miss, actually, balas Is, briefcasenya ditukar ke tangan satu lagi. Shes beautiful, the type that takes your breath away. Sederhana tinggi, kulit cerah. Suka tersenyum dan ketawa. A very nice woman with a kind heart. Shes a doctor, actually. And shes always around this handsome guy. Hmm wonder if hes her fiance, tutur Is, meraup dagu. And yes, currently shes wearing a blue diamond ring, and her hand, kata-kata Is berhenti. Dia mencapai tangan kanan Nia dan menggenggamnya lembut. Is wrapped in mine, sambung Is, tersenyum.

Giliran Nia pula tersenyum bahagia.





======TAMAT======

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardiah_alwaniProfil   Hantar PM kepada wardiah_alwani   Quote dan BalasQuote

wardiah_alwani
Warga 5 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu

iceland  


posticon Posting pada: 01-05-08 20:25


eheh...at last..this is the ending of the story,

sorry to the original writer.i put your story here without your permission, sebab i dont know who u are and i've no idea how to tell u bout this..i really like this story and wanna share it with others
truly sorry, forgive me...

anyway, to the readers..inilah endingnya..huhu
enjoy it
wassalam...


-----------------
:::never stop trying because at the end of the tunnel there's a light-j.j palomo:::


Bookmark and Share

    


  Member Information For wardiah_alwaniProfil   Hantar PM kepada wardiah_alwani   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 02-05-08 11:46


waa... habis juga akhirnya... best sangat... terima kasih ye.... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.151422 saat. Lajunya....