Oleh |
Kerajaan Barisan Rakyat Difitnah & Disabotaj |
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 29-03-08 15:15
Kalau dulu...sepanjang pentadbiran PAS di kelantan....hampir setiap hari, setiap bulan & tahun.....pentadbiran PAS difitnah & dijaja berita2 palsu mengaibkan PAS di kelantan. hari ini....bukan hanya kelantan, bahkan kedah, penang, perak & selangor jugak turut difitnah dengan bermacam2 tuduhan. bermula dengan kerajaan PAS kedah...difitnah menyuruh penutupan tadika kemas selepas PAS ambil alih pejabat MB...kemudian difitnah lagi kerajaan PAS menaikkan harga tambang feri ke langkawi...terbaru mengatakkan bahawa kerajaan PAS hilang pelabor dari Dubai apabila syarikat berkenaan menarik balik pelaboran mereka di kedah. di penang...biaselah....heboh dengan isu DEB (yang dah lama tak pakai, yang disalahguna oleh UMNO-Gerakan mengkayakan kroni), isu project PGCC yang bakal dibatalkan. di selangor pulak....MB tan sri khalid dibidas kerana ingin membatalkan perjanjian dengan puncak niaga holding berhad, dibidas kerana ingin mengenakan levi kepada pekerja2 asing, jugak difitnah ingin mengusir rakyat2 miskin di selangor. begitulah hebatnya fitnah yang berlaku depan mata kita hari ini....fitnah ini pulak disensasikan di media2 arus perdana....& tanpa diketahui, ada antara kita termakan dengan berita2 fitnah tersebut. naruto-san harap....kita semua di ukhwah ini mengamalkan PENDEKATAN BIJAK dalam menilai sesuatu berita yang tersiar di media2 arus perdana (tv3, utusan, berita harian, metro & etc).....dapatkan cerita penuh, bukannya percaya bulat2 pada berita2 yang disembunyikan hujung pangkalnya. wallahua'lam ----------------- http://al-ahkam.net/home/index.phphttp://www.alwahy.com/
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 29-03-08 15:24
Kerajaan Pusat Dan Media Sabotaj Khalid IbrahimOleh: Raden Jowo - http://no2umno.blogspot.com/Jika anda berada di kerusi Menteri besar Selangor, apakah langkah langkah yang bakal anda lakukan? Kalau semua perkara yang hendak dijalankan menerima pelbagai kritikan. Untuk menjaga hati semua pihak, adakah semua perkara ini perlu didiamkan sahaja dan tunggu 4 tahun tanpa sebarang tindakan dan kemudian serahkan semula kerajaan kepada BN? Mungkin itu yang kita mahu?  Tidak perlu fakta untuk memperjelaskan, logik sekadar mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. 1. Perlantikan EXCO dan Timbalan - Selesai setelah kecoh 2. Air percuma - ditentang oleh Syarikat air Selangor 3. LEVI kepada pekerja asing - ditentang oleh SUARAM dan penduduk N9. 4. Ambil alih PKFZ - tentangan dari kerajaan pusat dan menteri pengangkutan 5. Setinggan Sifar - tentangan dari orang dalam. Segala tentangan ini di susuli dengan serangan pihak media yang mengkritik dan mengkritik tanpa fakta dan tanpa penerangan terperinci dari pihak Tan Sri Khalid sendiri. 50 tahun kerajaan BN memerintah secara kuku besi. Keputusan yang mereka buat tidak boleh dipertikaikan. Maka, akhirnya semua rakyat sengsara. Ekonomi semakin teruk, jenayah bertambah tambah dan keadaan rakyat terumbang ambing, kekayaan tidak sama rata. Namun mereka berjaya melakukan semua itu atas bantuan media arus perdana termasuk TV 3 yang memperlihatkan semua usaha kerajaan BN itu baik baik belaka. Kalau dulu kerajaan PAS Kelantan dikritik hebat, sekarang timpuan media dan kerajaan BN sudah beralih ke Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Mungkin sekarang baru TG Nik Aziz tenang dan aman sambil meneruskan usaha memajukan negeri Kelantan. Isu Perlantikan EXCO dan TMB sudah selesai dan kita tidak perlu sentuh lagi. Isu Kedua,Bekalan air percuma untuk 20 meter padu yang pertama merupakan sebahagian daripada janji manifesto pilihan raya .Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, bagi tujuan itu,pihaknya akan menilai semula perjanjian antara kerajaan negeri sebelum ini, dengan Puncak Niaga dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Namun Syarikat syarikat masih berdegil. Melalui perjanjian, Tan Sri Tahu bahawa ada keuntungan diperolehi berlebih lebih. Perjanjian ditanda tangani sehari sebelum pilihanraya. Cukup meragukan. Ada pihak yang bimbang dan ianya ditandatangani sebelum kerajaan bertukar. Selepas itu sebarang perubahan yang bakal di lakukan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim akan ditentang melalui perundangan dan media bagi mengHALALkan sebarang tindakan yang lepas lepas. Untung berlebihan, itu kata MB dan kepada siapa untung itu diberi? Pasti bukan pada rakyat. Isu KetigaPekerja asing, ia menjadi punca jenayah meningkat disamping pengurangan peluang pekerjaan. Kerajaan Selangor bercadang mengenakan caj sebanyak RM9 sebulan atau RM100 setahun terhadap kira-kira 1.5 sejuta pekerja asing yang bekerja dalam pelbagai sektor bagi menyelesaikan masalah belia tempatan menganggur di negeri itu. Jumlah yang bakal dikutip adalah RM13.5 juta sebulan. Wang itu akan gunakan sebagai dana untuk melatih belia tempatan dalam bidang kemahiran tertentu. Dalam pada itu pengaliran wang keluar oleh pendatang asing berlaku tanpa kawalan. Terutama kepada wang yang dibawa sendiri pulang ke negara asal. Berjuta juta wang keluar di dalam tempoh sebulan tanpa disedari. Semua itu tidak didedahkan selama ini. Kita tak perasan kerana ianya berlaku di luar kawalan dan pengetahun kita. Dalam pada itu, pergi kemana sahaja, wajah pendatang pasti ada. Kalau pendatang dengan IZIN berjumlah jutaan orang, bagaimana dengan yang tanpa izin dan yang mempunyai kad pengenalan palsu? Dan berapa banyakkah pengaliran wang keluar sebenarnya disamping jenayah yang ada tetapi tidak dilapurkan. Usaha Tan Sri Khalid mengenakan levi untuk mendapatkan dana bagi tujuan pembangunan negeri dan manafaat kepada rakyat negeri Selangor, tapi ditentang oleh SUARAM dengan alasan ianya bakal membebankan rakyat Selangor. Hakikatnya, Rakyat Selangor tidak terbeban kecuali para TOWKEY TOWKEY yang menggajikan mereka. Dan LEVI tidak dikutip dari majikan tetapi di potong dari gaji pendatang asing. Seperti biasa, media dan NGO nampaknya tidak mendapatkan penjelasan jelas dari pihak MB tentang langkah yang akan diambil. Kalau mahukan pengagihan sama rata, maka biarkan towkey towkey kurang untung asal rakyat bermanafaat. Tak setuju ke? Isu KeempatRM4.6 bilion yang dilaburkan Pusat untuk membangunkan PKFZ. Ianya kini sudah pun siap tetapi pelabur angkat kaki sebelum ianya disiapkan. Tanah berpindah tangan dan peningkatan harga berlaku. Kini kurang aktif dan merugikan. Kerajaan baru cuba untuk memulihkan dengan membawa masuk pelabur. Tetapi kebenaran pusat perlu dilakukan kerana ada campurtangannya disitu. Tan Sri Khalid mendakwa, syarikat P&O yang berpangkalan di Australia dan dimiliki pihak berkuasa Pelabuhan Dubai berminat untuk mengadakan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi membangunkan PKFZ. Menteri dan kerajaan pusat berdolak dalik dan memberikan pelbagai alasan. Peningkatan keuntungan melalui pelaburan masuk akan memberi manafaat kepada rakyat Selangor, tetapi ia nya bukan mudah selagi ditentang dan disekat. Kerana pengambil alihan PKFZ mampu memberikan lebih kepercayaan kepada kerajaan baru Selangor di samping membongkar lebih luas salah guna kuasa dan kewangan kerajaan BN. Itu sebab Kerajaan BN berdolak dalik. Isu kelima - Setinggan SifarDibantah tidak boleh, rupanya diikut pun tidak kena. Meneruskan unjuran setinggan sifar turut menerima kecaman. Bagaimana ia di lakukan, kenyataan dari Tan Sri tidak diperolehi. Kaedahnya, tidak dilapurkan. Adakah ia sekejam dahulu? Rakyat perlu tahu kaedahnya. Kalau setinggan diberikan kemudahan yang lebih baik tanpa dibebankan, maka Kenapa ia di bantah. Kecuali kalau setinggan dihalau seperti zaman pemerintahan Khir Toyo dahulu. Kita seharusnya dapatkan butiran yang jelas sebelum membuat andaian. Jangan cuba untuk melonjak atas keterangan yang diberikan hanya oleh media. Masalah kepada sesetengah kita, pada pilihanraya ke 12, kita undi pembangkang, tapi kita masih dengar berita arus Perdana. Sampai bila kita mahu ditipu? Apa kah sebenarnya yang kita mahu? Biarkan MB duduk relax, cukup tahun letak jawatan? Berikan kelonggaran untuk bertindak, kita lihat hasilnya. Rancangan serupa tapi kaedahnya mungkin berbeza. Kita mahukan keputusan dan perlaksanaannya lebih telus dan bertimbang rasa. Belum apa apa, sudah bantah, ini bukan mahu maju tapi duduk ditakuk yang lama. Tak guna lah demokrasi kalau macam ini. Oleh Raden Jowo - 28.03.2008 ----------------- http://al-ahkam.net/home/index.phphttp://www.alwahy.com/
|
nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 28.05.2003 Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 29-03-08 18:17
sekarang ni malas dah nak tengok tv..meluat, menyampah dengar berita dia org...
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 29-03-08 18:22
Pada 29-03-08 18:17 , nur_islami posting:!!! QUOTE !!! sekarang ni malas dah nak tengok tv..meluat, menyampah dengar berita dia org... satu cara terbaik.. tak payah pakai tv...hehe..radio pun tak payah....kalau nak juga,tak payah lah tengok berita,kata meluat dan menyampah,tak boleh pakai...tak payah lah tengok...yang pergi tengok juga kenapa...hehe ----------------- Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)
|
Martyr
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 31.10.2003 Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana
|
Posting pada: 29-03-08 18:41
pakai tv tak mesti nak tengok berita guna radio tak mesti dengar berita radio.... banyak lagi sumber berita... kalau orang dah tak suka yang kita pulak nak buat onar apa cerita.... yang tersinggung tu kenapa... ada dapat apa apa elaun ke tolong jawabkan. pelik ajaib... -----------------
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 29-03-08 18:50
Pada 29-03-08 18:41 , Martyr posting:!!! QUOTE !!! pakai tv tak mesti nak tengok berita guna radio tak mesti dengar berita radio.... banyak lagi sumber berita...
kalau orang dah tak suka yang kita pulak nak buat onar apa cerita.... yang tersinggung tu Kenapa... ada dapat apa apa elaun ke tolong jawabkan. pelik ajaib...
hehe...secara logiknya memang tak ada elaun pun...xpyhla cakap,duduk jadi matang ok apa.kita jawab berdasarkan penyataan,dan jawapan pun mencdgkn postif dan negatif.kata meluat tengok tv,so cadangan baik tak payah tengok tv,lepas itu cadangan kedua ada tv tapi jangan lah duduk tengok berita yang meluatkn,tau saja berita tu luat (ada ke pekataan ni,hehe),klik lah tv lain...memang diakui banyak cerita-cerita best lagi dalam tv.yang terasa tu kenapa?dapat komisen ke jawab saya punya prsoalan.... tak pelik dan tak ajaib...  ----------------- Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)
|
aieyda
WARGA SETIA Menyertai: 02.04.2004 Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang
|
Posting pada: 29-03-08 19:15
Pada 29-03-08 18:50 , sya_ryn posting:!!! QUOTE !!! Pada 29-03-08 18:41 , Martyr posting:!!! QUOTE !!! pakai tv tak mesti nak tengok berita guna radio tak mesti dengar berita radio.... banyak lagi sumber berita...
kalau orang dah tak suka yang kita pulak nak buat onar apa cerita.... yang tersinggung tu Kenapa... ada dapat apa apa elaun ke tolong jawabkan. pelik ajaib...
hehe...secara logiknya memang tak ada elaun pun...xpyhla cakap,duduk jadi matang ok apa.kita jawab berdasarkan penyataan,dan jawapan pun mencdgkn postif dan negatif.kata meluat tengok tv,so cadangan baik tak payah tengok tv,lepas itu cadangan kedua ada tv tapi jangan lah duduk tengok berita yang meluatkn,tau saja berita tu luat (ada ke pekataan ni,hehe),klik lah tv lain...memang diakui banyak cerita-cerita best lagi dalam tv.yang terasa tu Kenapa?dapat komisen ke jawab saya punya prsoalan.... tak pelik dan tak ajaib... 
sabar2...jangan bertekak pasai tv..esok mlm jom kita ramai-ramai tengok anugerah bintang popular.. p/s:jangan bang i yee..  ----------------- -biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 29-03-08 19:48
Menepis berita palsu media arus perdana tentang Kerajaan Barisan Rakyat Kedah: Fitnah tutup Tadika Kemas di Kedah - Berita Harian digesa mohon maafHelmi Khalid itu | Mar 11, 08 | 10:09:29 am MYT ALOR STAR, 11 Mac (Hrkh) - Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar menggesa akhbar Berita Harian untuk memohon maaf secara terbuka kepada kerajaan Kedah yang menyiarkan berita palsu kononnya kerajaan mengarahkan pengajian di Tadika Kemas ditutup. Katanya, jika Berita Harian gagal berbuat demikian, beliau akan bersama rakyat Kedah akan memboikot akhbar itu termasuk semua terbitan The New Straits Time. "Tidak mustahil ini boleh berlaku, BN pun rakyat Kedah dah tolak dan semestinya rakyat lebih bersedia untuk menolak media yang menyiarkan berita palsu," tegasnya. Ketua Penerangan PAS Pusat itu berkata demikian, dalam ceramah perdana meraikan kemenangan PAS di Kedah di Kompleks PAS Kedah yang dihadiri puluhan ribu rakyat negeri ini. Bermula dari jam 4.00 petang lagi, rakyat mula memasuki kawasan Kompleks PAS Kedah dan selepas jam 7.00 malam, jalan utama Alor Star-Sungai Petani berdekatan Kota Sarang Semut sesak teruk. Jika sebelum ini pihak polis sekadar datang untuk menyaman kenderaan yang diletakkan di tepi jalan di sepanjang Kompleks, namun pada malam ini, polis hadir untuk mengawal bagi melicinkan lalulintas. Segenap ruang kompleks ini dipenuhi rakyat yang ingin melihat sendiri dan meraikan kemengan PAs dan KeADILan di Kedah. Kelmarin, rakyat juga tidak berganjak dari hadapan pintu pagar utama Wisma Darulaman ketika majlis angkat sumpah Menteri Besar Kedah dilangsungkan di Dewan Seri Negeri. Sehinggalah, Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak keluar dan memberikan ucapan seterusnya meminta rakyat meninggalkan tempat tersebut, barulah rakyat mula meninggalkan kawasan berkenaan. - mr artikel asal----------------- http://al-ahkam.net/home/index.phphttp://www.alwahy.com/
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 29-03-08 20:43
Pada 29-03-08 18:17 , nur_islami posting:!!! QUOTE !!! sekarang ni malas dah nak tengok tv..meluat, menyampah dengar berita dia org... ala,kita tengok al jazeera.tergelak bila tengok Zam kena balun dengan al jazeera sampai letak telefon.PADAN MUKA!!!!!!!! ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
Martyr
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 31.10.2003 Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana
|
Posting pada: 29-03-08 23:23
Pada 29-03-08 18:50 , sya_ryn posting:!!! QUOTE !!! hehe...secara logiknya memang tak ada elaun pun...xpyhla cakap,duduk jadi matang ok apa.kita jawab berdasarkan penyataan,dan jawapan pun mencdgkn postif dan negatif.kata meluat tengok tv,so cadangan baik tak payah tengok tv,lepas itu cadangan kedua ada tv tapi jangan lah duduk tengok berita yang meluatkn,tau saja berita tu luat (ada ke pekataan ni,hehe),klik lah tv lain...memang diakui banyak cerita-cerita best lagi dalam tv.yang terasa tu Kenapa?dapat komisen ke jawab saya punya prsoalan.... tak pelik dan tak ajaib... 
tak ada terasa pun cuma pelik orang seperti kamu ni membalas posting...jadi terlintas nak respon sebab dah lama perhati. memang tak ada komisen pun tengok posting saya pun bukan kerap sangat cuma posting awak tu saja yang pelik... kamu ada masalah peribadi ke? agaknya kamu ni agaknya action kamen yang saya jumpa tu ye...sebab apa'el memang macam kamu.  -----------------
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 29-03-08 23:31
Pada 29-03-08 23:23 , Martyr posting:!!! QUOTE !!!
tak ada terasa pun cuma pelik orang seperti kamu ni membalas posting...jadi terlintas nak respon sebab dah lama perhati. memang tak ada komisen pun tengok posting saya pun bukan kerap sangat cuma posting awak tu saja yang pelik... kamu ada masalah peribadi ke?
agaknya kamu ni agaknya action kamen yang saya jumpa tu ye...sebab apa'el memang macam kamu. 
itu kamu...lagu lah pula..hehe.. saya normal,suka respon posting dan posting saya org suka respon...adil..xdenya yang pelik..apa pula kaitan posting dengan msalah peribadi?..hehe..semua org ada msalah peribadi...masalah negara pun semua org yang terlibat mesti ada juga..kenapa duduk perhati saja saya punya posting,,tak ada bndanya pun....mybe mungkin  ----------------- Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)
|
Martyr
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 31.10.2003 Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana
|
Posting pada: 29-03-08 23:54
Pada 29-03-08 23:31 , sya_ryn posting: !!! QUOTE !!! itu kamu...lagu lah pula..hehe.. saya normal,suka respon posting dan posting saya org suka respon...adil..xdenya yang pelik..apa pula kaitan posting dengan msalah peribadi?..hehe..semua org ada msalah peribadi...masalah negara pun semua org yang terlibat mesti ada juga..Kenapa duduk perhati saja saya punya posting,,tak ada bndanya pun....mybe mungkin 
sebab posting kamu ni macam spam .... ada saja... -----------------
|
alhikam
Warga 5 Bintang Menyertai: 11.09.2007 Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal
|
Posting pada: 30-03-08 00:36
Pada 29-03-08 23:54 , Martyr posting:!!! QUOTE !!! Pada 29-03-08 23:31 , sya_ryn posting:
!!! QUOTE !!! itu kamu...lagu lah pula..hehe.. saya normal,suka respon posting dan posting saya org suka respon...adil..xdenya yang pelik..apa pula kaitan posting dengan msalah peribadi?..hehe..semua org ada msalah peribadi...masalah negara pun semua org yang terlibat mesti ada juga..Kenapa duduk perhati saja saya punya posting,,tak ada bndanya pun....mybe mungkin 
sebab posting kamu ni macam spam .... ada saja...
biasa lah . Dulu sebelum pilihanraya debat guna fakta .. sekarang dah tak ada fakta kena lah guna spam saja .. fakta2 yang dulu tu dah berkubur .....
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 30-03-08 00:47
Pada 30-03-08 00:36 , alhikam posting:!!! QUOTE !!! Pada 29-03-08 23:54 , Martyr posting:!!! QUOTE !!! Pada 29-03-08 23:31 , sya_ryn posting:
!!! QUOTE !!! itu kamu...lagu lah pula..hehe.. saya normal,suka respon posting dan posting saya org suka respon...adil..xdenya yang pelik..apa pula kaitan posting dengan msalah peribadi?..hehe..semua org ada msalah peribadi...masalah negara pun semua org yang terlibat mesti ada juga..Kenapa duduk perhati saja saya punya posting,,tak ada bndanya pun....mybe mungkin 
sebab posting kamu ni macam spam .... ada saja...
biasa lah . Dulu sebelum pilihanraya debat guna fakta .. sekarang dah tak ada fakta kena lah guna spam saja .. fakta2 yang dulu tu dah berkubur .....  spam ? apa tu? ingatkan span...rupanya saya duduk debat dengan org IT...hehe..sia-sia saja lyn org macam saya ni...baik bercakap bdsrkn fakta dan spam wujud untuk menzahirkan fakta...  ----------------- Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)
|
Martyr
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 31.10.2003 Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana
|
Posting pada: 30-03-08 00:56
Pada 30-03-08 00:47 , sya_ryn !!! QUOTE !!! postingspam ? apa tu? ingatkan span...rupanya saya duduk debat dengan org IT...hehe..sia-sia saja lyn org macam saya ni...baik bercakap bdsrkn fakta dan spam wujud untuk menzahirkan fakta...
spam menzahirkan fakta? patutlah maklumat tak tepat.... -----------------
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 30-03-08 01:26
Isu sebenar disebalik penarikkan pelabur Dubai di Kedah: Usaha gambarkan kerajaan Kedah tidak stabil bukan baru - AmiruddinIntan Abdullah itu | Mar 25, 08 | 5:31:28 pm MYT KUALA LUMPUR, 25 Mac (Hrkh) - Ada pihak cuba untuk melemahkan kerajaan Kedah di bawah teraju kepimpinan baru selepas berjaya menumbangkan kerajaan Umno-BN dalam pilihan raya umum ke-12 lalu. Terbaru, laporan stesen televisyen TV3 24 Mac lalu mendakwa bahawa kerajaan Kedah terlepas projek bernilai RM500 juta yang sepatutnya diperolehi hasil usaha sama sebuah syarikat di luar negara dengan anak syarikat kerajaan negeri itu disebabkan oleh pertukaran kepimpinan kerajaan negeri tersebut. Menurut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Ir Amiruddin Hamzah, perkara tersebut belum dibincangkan secara terperinci oleh pihak Kerajaan Negeri Kedah, serta tiada sebarang bukti menunjukkan bahawa wujudnya hubungan dengan syarikat di Doha tersebut. "Kesemua yang berlaku ini adalah bermotif untuk mendakwa kerajaan negeri yang baru ini berada dalam keadaan yang tidak stabil kerana bertukar tampuk pemerintahan," ujar Ir Amiruddin Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perdagangan dan Industri, Sains dan Inovasi Negeri Kedah ketika dihubungi Harakahdaily. Jelasnya, pihak kerajaan negeri masih belum memperincikan malah belum mengusulkan kertas cadangan perlaksanaan projek tersebut kepada pihak yang akan menguruskannya. "Hairannya, Kenapa tiba-tiba sahaja laporan tersebut muncul di kaca televisyen sedangkan kami di pihak kerajaan negeri masih belum membincangkannya dan setakat ini tiada maklumat penuh mengenainya," katanya. Pada masa sama, Adun Anak Bukit itu menjelaskan bahawa projek tersebut telah ditawarkan kepada kerajaan Negeri Kedah untuk diusahakan. "Kami baru sahaja hendak membincangkannya," katanya lagi. Walau apapun, beliau tidak menafikan wujudnya pihak yang sengaja membuat cerita-cerita yang bertujuan menggambarkan keadaan kerajaan negeri yang tidak stabil. "Saya percaya banyak lagi 'serangan' dan perkara yang akan terjadi selepas ini. "Kita tunggu dan lihat sahajalah, apapun kami akan terus berusaha memberi khidmat terbaik dengan mandat dan kepercayaan yang telah diberikan rakyat kepada kami," ujarnya. Sebelum ini, ujarnya kerajaan Kedah telah dituduh bertanggungjawab menghalau pelajar tadika Kemas sedangkan perkara tersebut tidak benar. - mns artikel asal----------------- http://al-ahkam.net/home/index.phphttp://www.alwahy.com/
|
ana_lia
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.06.2004 Ahli No: 9598
Posting: 338
Dari: gombak
|
Posting pada: 30-03-08 10:35
kadang-kadang tengok tv ni rasa nak tergelak pun ada..dah kalau dah kalah atau kehabisan idea macam-macam yang mereka katakan untuk kembalikan hati rakyat yang dah terluka tu...kadang-kadang benda yang tak logik pun membawa pertikaian.. apa salahnya kita tengok berita dan baca surat khabar.dalam satu masa tu janganlah kita tinggalkan internet.dari situ kita dapat membezakan yang mana satu yang betul dan mana satu yang salah..dalam soal ni kita tak boleh emosional sangat..fikir yang betul tu yang perlu untuk dapatkan informasi yang terkini..
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 30-03-08 10:38
Pada 30-03-08 10:35 , ana_lia posting:!!! QUOTE !!! kadang-kadang tengok tv ni rasa nak tergelak pun ada..dah kalau dah kalah atau kehabisan idea macam-macam yang mereka katakan untuk kembalikan hati rakyat yang dah terluka tu...kadang-kadang benda yang tak logik pun membawa pertikaian.. apa salahnya kita tengok berita dan baca surat khabar.dalam satu masa tu janganlah kita tinggalkan internet.dari situ kita dapat membezakan yang mana satu yang betul dan mana satu yang salah..dalam soal ni kita tak boleh emosional sangat..fikir yang betul tu yang perlu untuk dapatkan informasi yang terkini..
betul tu. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
emirmizan
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.01.2006 Ahli No: 22006
Posting: 91
Dari: seremban
|
Posting pada: 30-03-08 10:43
hahaa~ kelakar melihat senario politik malaysia, ini politik budak-budak... kalau kalauh, carik jalan untuk kenakan yang menang... aduh.... bruknya perangai politiku-politikus ini...
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 30-03-08 10:44
Pada 30-03-08 10:43 , emirmizan posting:!!! QUOTE !!! hahaa~ kelakar melihat senario politik malaysia, ini politik budak-budak... kalau kalauh, carik jalan untuk kenakan yang menang... aduh.... bruknya perangai politiku-politikus ini... betul tu.main politik macam orang penakut. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
umarzahrawi
Warga 3 Bintang Menyertai: 22.08.2006 Ahli No: 25986
Posting: 91
Dari: kelantan
|
Posting pada: 30-03-08 20:43
Pada 30-03-08 10:44 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! Pada 30-03-08 10:43 , emirmizan posting:!!! QUOTE !!! hahaa~ kelakar melihat senario politik malaysia, ini politik budak-budak... kalau kalauh, carik jalan untuk kenakan yang menang... aduh.... bruknya perangai politiku-politikus ini...
betul tu.main politik macam orang penakut.
entah apa-apa mereka neh...sebelum pru mereka hntam...lepas klah pru pun stil nak hntam lagi..org nak buat benda baik pun tak boleh...isk3
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 31-03-08 00:32
media sekarang umpama telur di hujung tanduk saja..dan menjadi alat untuk barisan nasional ..kita tengok lah macam mana kesudahannya media2 penipu ni...
|
ABg_IMaM
 Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 31-03-08 03:22
langkah terdesak BN meraih simpati rakyat.....huh...
|
emirmizan
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.01.2006 Ahli No: 22006
Posting: 91
Dari: seremban
|
Posting pada: 31-03-08 03:53
betul, kita tengok bagaimana kesudahan media boneka ni... apa lah nak jadi.. uhrmph...
|
ainunhub
WARGA SETIA Menyertai: 06.09.2007 Ahli No: 30954
Posting: 495
Dari: Melaka
|
Posting pada: 31-03-08 08:01
Pada 30-03-08 10:35 , ana_lia posting:!!! QUOTE !!! kadang-kadang tengok tv ni rasa nak tergelak pun ada..dah kalau dah kalah atau kehabisan idea macam-macam yang mereka katakan untuk kembalikan hati rakyat yang dah terluka tu...kadang-kadang benda yang tak logik pun membawa pertikaian.. apa salahnya kita tengok berita dan baca surat khabar.dalam satu masa tu janganlah kita tinggalkan internet.dari situ kita dapat membezakan yang mana satu yang betul dan mana satu yang salah..dalam soal ni kita tak boleh emosional sangat..fikir yang betul tu yang perlu untuk dapatkan informasi yang terkini..
pepun.. kasihan dengan pembaca berita(tv/radio) yang 'tolong' membacakan berita tersebut dengan penuh semangat.. jika berita itu adalah fitnah, mungkin mereka juga termasuk dalam kalangan yang bersubahat.. kasihan.
|
mohamad
 Menyertai: 04.09.2006 Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor
|
Posting pada: 31-03-08 08:16
!!! QUOTE !!! Posting pada: 31-03-08 08:01
pepun.. kasihan dengan pembaca berita(tv/radio) yang 'tolong' membacakan berita tersebut dengan penuh semangat.. jika berita itu adalah fitnah, mungkin mereka juga termasuk dalam kalangan yang bersubahat.. kasihan. salam.. hehe... tu lah. eden pun nak tergelak bila tengok depa baca berita dengan penuh semangat.... apa lah punya haprak depa ni...  kesin pun ada juga.... hhmm... macam mana lah tu
|
gsrturbo
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.07.2005 Ahli No: 17654
Posting: 251
Dari: Kedah
|
Posting pada: 31-03-08 08:16
memang susah nak tegakkan keadilan...kita mesti berusaha, berdoa dan bersabar..insyaAllah.
|
mohamad
 Menyertai: 04.09.2006 Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor
|
Posting pada: 31-03-08 08:18
Pada 29-03-08 20:43 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! Pada 29-03-08 18:17 , nur_islami posting:!!! QUOTE !!! sekarang ni malas dah nak tengok tv..meluat, menyampah dengar berita dia org...
ala,kita tengok al jazeera.tergelak bila tengok Zam kena balun dengan al jazeera sampai letak telefon.PADAN MUKA!!!!!!!!
salam... hehe... sama lah kita. nyampah degan berita yang di berat sebelahkan.. __________________________________________________________ ana tengok tv tu, tengok lah juga.. tapi...bila dia cerita pasal yang tembak2 ni.... ana mula lah kumpul maklumat...  lepas itu... gelak seorang-seorang kat depan tv ni.... hehe.. *tengok malaysia kini ke... detik daily ke.....  ok juga...
|
gsrturbo
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.07.2005 Ahli No: 17654
Posting: 251
Dari: Kedah
|
Posting pada: 31-03-08 09:20
memang susah nak tegakkan keadilan...kita mesti berusaha, berdoa dan bersabar..insyaAllah.
|
azemi
WARGA SETIA Menyertai: 16.01.2004 Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban
|
Posting pada: 31-03-08 10:31
Pada 30-03-08 10:35 , ana_lia posting:!!! QUOTE !!! kadang-kadang tengok tv ni rasa nak tergelak pun ada..dah kalau dah kalah atau kehabisan idea macam-macam yang mereka katakan untuk kembalikan hati rakyat yang dah terluka tu...kadang-kadang benda yang tak logik pun membawa pertikaian.. apa salahnya kita tengok berita dan baca surat khabar.dalam satu masa tu janganlah kita tinggalkan internet.dari situ kita dapat membezakan yang mana satu yang betul dan mana satu yang salah..dalam soal ni kita tak boleh emosional sangat..fikir yang betul tu yang perlu untuk dapatkan informasi yang terkini..
yup..membaca pelbagai sumber..kadang-kadang suatu perkara boleh memerangkap pihak mereka sendiri..so pembangkang menang percuma saja jika media berterusan macam ni..salah satu punca kekalahan teruk BN kali ini ialah penggunaan kempen melalui media yang berlebih-lebihan..senjata yang memakan diri BN sendiri..ramai ahli intelek/penganalisis dah tegur, tapi BN dan media2nya buat dek saja..mereka masih bermimpi agaknya.hehe..biorlah mimpi sampai next election, jika berterusan tak mustahil BN boleh tumbang di Semenanjung.. ----------------- "Hujung FIKIR pangkal AGAMA"-Pak Hamka
|
alwalid
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2004 Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar
|
Posting pada: 31-03-08 10:39
bacalah the star (bukan nak promote), tapi The Star lebih sikit saja telus dia dalam menyiarkan akhbar, kalau media arus perdana lain tak pernah sekali pun siarkan berita tentang hal ehwal pembangkang kecuali nak kasi hentam saja...The Star ada juga sikit daripada tak ada langsung The star hari ni ada cerita pasal Adun PAS Teluk Intan, kalau media arus perdana lain ada tak gamaknye.... lagipun kandungannye pun banyak ruangan yang berilmiah..... ------------------------ Lihat dari pelbagai sudut sebelum menyimpulkan sesuatu
|
ABg_IMaM
 Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 31-03-08 12:20
!!! QUOTE !!! bacalah the star (bukan nak promote), tapi The Star lebih sikit saja telus dia dalam menyiarkan akhbar, kalau media arus perdana lain tak pernah sekali pun siarkan berita tentang hal ehwal pembangkang kecuali nak kasi hentam saja...The Star ada juga sikit daripada tak ada langsung
The star hari ni ada cerita pasal Adun PAS Teluk Intan, kalau media arus perdana lain ada tak gamaknye....
lagipun kandungannye pun banyak ruangan yang berilmiah..... tapi ana musykil satu saja. Kenapa The Star tampilkan kisah-kisah wakil rakyat DAP saja?...mungkin ke ini perancangan halus untuk lagakan wakil-wakil rakyat Ikatan Rakyat(PAS-PKR-DAP)?...
|
alwalid
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2004 Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar
|
Posting pada: 31-03-08 12:29
Pada 31-03-08 12:20 , ABg_IMaM posting:!!! QUOTE !!! !!! QUOTE !!! bacalah the star (bukan nak promote), tapi The Star lebih sikit saja telus dia dalam menyiarkan akhbar, kalau media arus perdana lain tak pernah sekali pun siarkan berita tentang hal ehwal pembangkang kecuali nak kasi hentam saja...The Star ada juga sikit daripada tak ada langsung
The star hari ni ada cerita pasal Adun PAS Teluk Intan, kalau media arus perdana lain ada tak gamaknye....
lagipun kandungannye pun banyak ruangan yang berilmiah.....
tapi ana musykil satu saja. Kenapa The Star tampilkan kisah-kisah wakil rakyat DAP saja?...mungkin ke ini perancangan halus untuk lagakan wakil-wakil rakyat Ikatan Rakyat(PAS-PKR-DAP)?... 
mungkin jugak sebab bos the star tu cina, hi posibility ada kepentingan dalam BN, mungkin juga tidak... so tak berani nak cakap but look on the bright sight lah.... media arus perdana lain mana ada yang ambil pendekatan seperti The Star, so tak salah kan kalau baca.... lagipun saya baca the star bukan hanya untuk politik semata... kos efektif maaa.... huhu berita banyak, tapi bayar rm1.20 saja kan berbaloi, memang berbaloi..... huhuhuhu
|
emirmizan
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.01.2006 Ahli No: 22006
Posting: 91
Dari: seremban
|
Posting pada: 31-03-08 13:18
huhu.. macam-macam... tapi BN akan menyesal kalau terus begini... ingat generasi pengundi sekarang bukan dari kalangan mak ayah atau nenek dan atuk yang bisa termakan budi hadiah baju dan topi serta duit yang tidak seberapa (arwah nenek pernah dapat) tetapi generasi sekarang adalah generasi muda yang akan memacu masa depan negara menggunakan akal yang waras... awas!!! jangan perbodohkan golongan intelek.....
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 31-03-08 14:23
Berita sukan pun boleh jadi bahan untuk hentam kerajaan negeri Kedah...Dah tak ada modal agaknya RTBN ni...Lepas tu timbulkan isu tol di Pulau Pinang dan isu bekalan air di kelantan...Kebetulan pula Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan bukan di kuasai oleh BN...Jadi RTBN perlu mencari kesalahan untuk memburukan imej PAS-PKR-DAP...  -----------------  DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 31-03-08 14:28
Kereta-kereta Exco Kedah disabotaj?http://www.parti-pas.org/index.php?option=com_content&task=view&id=267&Itemid=2 Semasa berada di pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darulaman semalam, penulis sempat bertemu beberapa orang sahabat di kantin bangunan tersebut. Duduk bersama ialah dua orang pemandu kepada Exco Kerajaan Negeri yang baru dilantik selepas PAS/BA berjaya menubuhkan kerajaan. Amat mengejutkan apabila mereka menceritakan perilaku pihak-pihak tertentu yang menggunakan kereta-kereta Proton Perdana yang diperuntukkan khas untuk para Exco Kerajaan Negeri semasa Barisan Nasional menguasai negeri ini penggal yang lepas. Amat mengejutkan apabila mereka menceritakan perilaku pihak-pihak tertentu yang menggunakan kereta-kereta Proton Perdana yang diperuntukkan khas untuk para Exco Kerajaan Negeri semasa Barisan Nasional menguasai negeri ini penggal yang lepas. Kata salah seorang dari pemandu tersebut, beliau tidak menolak kemungkinan berlakunya sabotaj oleh pihak-pihak tertentu sebelum memulangkan kereta-kereta tersebut untuk digunakan oleh Exco yang baru selepas mengetahui Umno/BN gagal mengekalkan kuasa di Kedah. "Ini berdasarkan keadaan kereta yang kita mula-mula guna, teruk sekali. Ada dua buah terpaksa ditukar "gear-box", sedangkan kata bahagian pengurusan kereta-kereta tersebut barus sahaja diservis. "Ada pula kereta yang sampai berasap bila dibawa. Satu lagi pula setiap hari perlu ditambah minyak enjin. Lagi teruk, setiap kereta tu sepatutnya ada pemain CD, tapi yang tinggal kini hanya pemain kaset," katanya. -----------------  DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 01-04-08 19:26
Pada 31-03-08 14:23 , sailormoon posting:!!! QUOTE !!! Berita sukan pun boleh jadi bahan untuk hentam kerajaan negeri Kedah...Dah tak ada modal agaknya RTBN ni...Lepas tu timbulkan isu tol di Pulau Pinang dan isu bekalan air di kelantan...Kebetulan pula Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan bukan di kuasai oleh BN...Jadi RTBN perlu mencari kesalahan untuk memburukan imej PAS-PKR-DAP... 
dah tak ada modal agaknya. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
ABg_IMaM
 Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 01-04-08 22:10
!!! QUOTE !!! Kereta-kereta Exco Kedah disabotaj? http://www.parti-pas.org/index.php?option=com_content&task=view&id=267&Itemid=2
Semasa berada di pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darulaman semalam, penulis sempat bertemu beberapa orang sahabat di kantin bangunan tersebut.
Duduk bersama ialah dua orang pemandu kepada Exco Kerajaan Negeri yang baru dilantik selepas PAS/BA berjaya menubuhkan kerajaan. Amat mengejutkan apabila mereka menceritakan perilaku pihak-pihak tertentu yang menggunakan kereta-kereta Proton Perdana yang diperuntukkan khas untuk para Exco Kerajaan Negeri semasa Barisan Nasional menguasai negeri ini penggal yang lepas.
Amat mengejutkan apabila mereka menceritakan perilaku pihak-pihak tertentu yang menggunakan kereta-kereta Proton Perdana yang diperuntukkan khas untuk para Exco Kerajaan Negeri semasa Barisan Nasional menguasai negeri ini penggal yang lepas.
Kata salah seorang dari pemandu tersebut, beliau tidak menolak kemungkinan berlakunya sabotaj oleh pihak-pihak tertentu sebelum memulangkan kereta-kereta tersebut untuk digunakan oleh Exco yang baru selepas mengetahui Umno/BN gagal mengekalkan kuasa di Kedah.
"Ini berdasarkan keadaan kereta yang kita mula-mula guna, teruk sekali. Ada dua buah terpaksa ditukar "gear-box", sedangkan kata bahagian pengurusan kereta-kereta tersebut barus sahaja diservis.
"Ada pula kereta yang sampai berasap bila dibawa. Satu lagi pula setiap hari perlu ditambah minyak enjin. Lagi teruk, setiap kereta tu sepatutnya ada pemain CD, tapi yang tinggal kini hanya pemain kaset," katanya.
pemimpin-pemimpin BN melingkupkan dulu kereta2 exco ni sebelum kekalahan mereka kerana mereka semacam dah terbau kekalahan tu... macam Koh Tsu Koon lah dah terbau kekalahan BN di DUN PP merancang nak lari ke Parlimen tapi akhirnya kantoi jugak... so exco2 ni alang kelapang pakailah kereta2 ni sampai melingkup habis... tak apa...pada ana exco2 baru kerajaan negeri Kedah ni tak kebulur nak pakai kereta2 ni...tengok sajalah MB Ustaz Azizan pakai kereta Merc model 80-an saja....masih steady lagi janji dimaintain...
|
beeman
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.02.2008 Ahli No: 32524
Posting: 116
Dari: atas pokok
|
Posting pada: 02-04-08 01:43
Kerajaan Barisan Rakyat Difitnah & Disabotaj? confirm ni mesti kerja umno-bn. dulu kerajaan kelantan yang kena.sekarang negeri2 pembangkang lain pun turut kena. kesimpulannya umno=bn=rtm=biawak...he he he...
|
emirmizan
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.01.2006 Ahli No: 22006
Posting: 91
Dari: seremban
|
Posting pada: 02-04-08 04:21
uhrm...kesiannya... busuk hati betul.... apa lah nak jadi depa ini... huhu....
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 02-04-08 08:40
Pada 02-04-08 01:43 , beeman posting:!!! QUOTE !!! Kerajaan Barisan Rakyat Difitnah & Disabotaj?
confirm ni mesti kerja umno-bn.
dulu kerajaan kelantan yang kena.sekarang negeri2 pembangkang lain pun turut kena.
kesimpulannya umno=bn=rtm=biawak...he he he... betul tu. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|