Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-04-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila seseorang itu sentiasa meninggi diri, dirinya saja yang lebih dari orang lain, dirinya saja yang hebat, pastilah dialah orang yang paling rendah nilai, maruah, akhlak dan kedudukannya
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 29
Ahli: 0
Jumlah: 29




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 27 hari yang lalu
ronniefinancehome: 38 hari yang lalu
MTMKi: 48 hari yang lalu
usop79: 49 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Tips Menjadi Orang Kena Dakwah Yang Berjaya


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Tips Menjadi Orang Kena Dakwah Yang Berjaya

Please Mendaftar To Post


Oleh Tips Menjadi Orang Kena Dakwah Yang Berjaya

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 28-03-08 00:16


Tips Menjadi Orang Kena Dakwah Yang Berjaya
Assalamualaikum WBT.

ok selalunya kan kita baca orang akan tulis tentang method dakwah yang betul, bagaimana nak menghadapai orang-orang kena dakwah atau dengan perkataan femesnya Mad;u. Selalulah digarap hal-hal yang perlu dilakukan pendakwah atau kata femesnya dai'e. Antara perkataan yang selalu diguna kena berhikmah, kenal dulu siapa orang yang kita nak dakwah dan lain-lain. Tapi jarang atau senang kata tak pernah lagi aku jumpa tulisan atau ceramah sebut tentang method orang yang didakwah. Macam mana cara nak terima dakwah dari pendakwah.


ok, maka dengan sedikit pengalaman aku sebagai orang yang selalu kena dakwah dan adalah sikit-sikit berdakwah, maka aku nak simpulan beberapa tips yang patut aku dan anda sekalian amalkan apabila seorang saudara atau saudari kita ataupun dengan perkataan yang terkenal dikalangan budak-budak Islamis iaitu Ikhwah dan Akhawat. Apakah tips-tips itu? Mari kita saksikan.


Sebelum aku nak bagi tips-tips ini kepada diri aku dan pembaca sekalian. Maka aku juga ingin mengajak aku dan pembaca-pembaca (macam ramai saja hek!) untuk meneliti sedikit method yang lurus apabila membaca topik ini. Apakah itu method atau jalan yang lurus ataupun Sirothul Mustaqim apabila membaca topik ini. Inilah dia jalan yang lurus itu:


1) Letakkan diri kita sebagai seorang manusia yang kena dakwah dan bukannya sebagai seorang pendakwah.


2) Lupakan tentang orang lain apabila membaca tulisan ini. Ingat tentang diri kita dahulu.


3) Lupakan segala pengalaman kita berdakwah. Sebaliknya ingatlah pengalaman-pengalaman kita apabila di dakwah.


ok mari kita check satu persatu.


Tips-tipsnya ialah:


1) Lihat apa yang dikata, jangan lihat pada siapa yang berkata- Sekiranya kita adalah seorang lelaki yang malas nak pergi solat Jemaah di surau ataupun masjid. Kita ni budak yang rajin pergi kelas, tiba-tiba datanglah seorang mamat ni. Dia ni boleh tahan rajin solat jemaah, tetapi malas sikit dalam belajar. Dia ajak kita pergi solat jemaah. Apakah respond kita?


Mungkin kita akan cakap "Elleh, kau selalu 'tuang' kelas, tunjuk bagus nak ajak aku solat, blahlah oi".


Mungkin juga kita akan cakap "Kau sebelum nak nasihat aku, naikkan dulu pointer kau tu, setakat rajin solat tapi pointer rendah buat apa!". Dan mungkin banyak lagi.


Yang sepatutnya kita buat ialah menerima apa sahaja nasihat tak kira dari siapa pun yang datang memberikannya. Hatta kalau orang bukan Islam suruh kita buat baik, kita mesti terima nasihat itu. Jangan gatal-gatal mulut sebut "Oi kau kapir, apa kau tahu!".


2) Lupakan kejahatan si pendakwah- Mungkin si pendakwah ini ada sedikit kecacatan moral. Contoh kita ni rajin sangat solat, tapi pakai baju ketat-ketat. Lepas tu datanglah seorang minah bertudung labuh ajak kita menutup aurat dengan sempurna. Malangnya minah bertudung labuh ini terkenal dengan mulut lasernya suka mengumpat dan menjadi CNN di kalangan teman-teman hostel.


Apa reaksi kita? Mungkin kita akan kata: "Pakai saja tudung labuh, tapi hati busuk buat apa". Ataupun "Kau tak tengokke dalam internet tu, minah-minah yang dok ringan-ringan dengan balak mereka pun pakai tudung juga."


Atau mungkin yang lagi laser akan jawab: "Elleh. Aku tak nak jadi macam kau, pakai saja tutup aurat, mulut macam mangkuk jamban."


Cara yang betul ialah mengucapkan terima kasih kepad si pendakwah kerana mengajak kita kepada kebaikan. Jangan hiraukan kejahatan si pendakwah, ingatlah kebaikan di dalam apa yang dia ajak.


Benda ini juga patut diaplikasi jika kita ni seorang yang tutup aurat, ala-ala gadis muslimah terakhirlah. Tiba-tiba datang minah pakai baju ketat dengan seluar jeans ajak kita pergi solat jemaah di surau. Janganlah kita tunjuk handal mengungkit tentang pakaiannya, sebaliknya hargailah ajakan dia.


3) Jangan selidiki pendakwah- mungkin kita akan didatangi oleh seseorang yang pandai mengajak orang tetapi dia sendiri tak buat apa yang dia cakap. Dia ajak kita solat jemaah tetapi dia sendiri solat di bilik. Dia ajak kita jangan buang masa duduk chatting-chatting, tapi dia ni dekat bilik kaki main game FIFA.


Terima nasihat dia. Tidak perli sibuk-sibuk menjadi ejen FBI mahupun CIA untuk menyiasat sama ada si pendakwah ini melakukan apa yang dia dakwah.


4) Lupakan kebaikan kita- mungkin si pendakwah ini adalah orang yang pernah kita bantu. Maka lupakan segala kebaikan kita kepada pendakwah itu. Contohnya seorang budak lelaki ini dulu ada pinjam duit kita waktu dia susah, kita selalu belanja dia makan dan minum sebab waktu tu dia tak ada duit. Satu hari kita berbelanja sakan, tiba-tiba kawan kita itu kata kat kita, "Tak elok membazir, kan elok jimat cermat".


Apa jawapan kita. Mungkin waktu itu dalam kelajuan 10MB sesaat, memori kita terus memproses segala duit-duit yang kita laburkan untuk sedekah kat kawan kita. Hasil pemprosesan itu mungkin kita akan menjawab "Oi, kau tak sedar diri ke, dengan duit akulah kau dapat survive sampai sekarang. Yang kau sibuk-sibuk apahal!".


Maka lupakan segala kebaikan kita kepada si pendakwah. Ambiklah kebaikan daripada nasihat si pendakwah.


5) Jangan beri alasan- Jika kita disuruh menutup aurat, jangan beri alasan panas, jika disuruh ke masjid jangan cakap sibuk. Paling kurang sebutlah "Terima kasih, Insya-Allah saya akan buat."


6) Carilah pendakwah- Kita mesti mencari orang yang boleh mendakwahkan kita. Jangan kita hanya menunggu-nunggu. Tempat yang sesuai mencari pendakwah-pendakwah ialah di masjid atau di kuliah-kuliah. Jika kita masuk ke masjid, dan melihat ada sekelompok manusia yang sedang berkumpul, bercerita tentang isu-isu agama, membuat usrah dan lain-lain pergilah kepada mereka.


7) Jalinkan hubungan mesra- rapat-rapatlah dengan si pendakwah. Jadikan mereka rakan kita. Belanja mereka makan dan minum, ajak mereka borak-borak ke, jalan-jalan ke. Ataupun bantu mereka. Contohnya kalau kita ni jaguh dalam matematik ke, B. Inggeriske, bolehlah kita tolong semakkan assignment-assignment pendakwah kita.


Sekian lah 7 tips menjadi orang didakwah yang berjaya. Sebelum mengundur diri aku ingin mengingatkan larangan apabila membaca topik ini:


1) Jangan baca topik ini dari kacamata seorang pendakwah kerana kita akan mencari-cari alasan untuk menjawab topik ini.


2) Jangan berfikir tentang rakan-rakan kita yang menjadi orang yang didakwah kerana nanti kita akan asyik mencari-cari kesalahan mereka sebagaimana yang tertulis dalam tips-tips di atas.


3) Jangan menjadikan tulisan ini sebagai satu teori untuk dibahas dan didebatkan, sebaliknya jadikan ia satu benda untuk diamalkan.


Ditakuti dengan melakukan larangan-larangan di atas, ia akan menjerumuskan kita ke jalan yang bengkok dan bukan lagi jalan yang lurus. Silap-silap jalan yang bengkang-bengkok itu akan membawa kita ke lembah gaung yang tak diketahui dalamnya.


Maka. Aku ingin mengingatkan diri aku dan diri-diri pembaca sekalian. Apa yang aku tulis ini hanyalah apa yang aku rasa dan alami apabila menjadi seorang manusia yang didakwah. Maka, tulisan ini adalah nasihat kepada diri sendiri sebelum menasihati orang lain. Dengan menasihati orang lain, kita sebenarnya menasihati diri sendiri.


Apabila kita mengajak manusia bersolat jemaah sedangkan diri kita sendiri selalu solat seorang diri di dalam bilik, lama kelamaan nasihat kita akan memberi kesan kepada diri kita. Kita akan asyik teringat apa yang kita ajari dan lama-kelamaan kita akan memegang apa yang kita ajari walaupun mungkin sebelum ini kita ialah manusia yang cakap tak serupa bikin.


Sekian Wallahu'alam.

http://the-authenthic.blogspot.com


-----------------
http://www.islamqa.com/en

http://lobaitampin.blogspot.com/





Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

abadaa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.11.2005
Ahli No: 20370
Posting: 126
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-03-08 10:17


terima kasih kerana mengajak dan mengingatkan kami untuk berfikir dan membaiki diri..

Bookmark and Share

    


  Member Information For abadaaProfil   Hantar PM kepada abadaa   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 28-03-08 12:09


Assalamualaikum
betul jugak...asik fikirkan nak mendakwah jeq...kengkadang, bila didakwah...mulalah gatal-gatal habis satu badan...peringatan buat diri yang selalu leka...kita bukansahaj berdakwah..malah diri kita sendiri perlu snetiasa didakwah agar kembali kepada landasan yang benar.... :jangan:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

nisa_iman
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.01.2008
Ahli No: 32305
Posting: 341
Dari: sintok..>>..bangi

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-03-08 15:11


syukran atas info yang berguna..
kepada pendakwah dan yang didakwah (da'e dan mad'u) kedua-duanya kenalah bersabar..
kena sentiasa berlapang dada..
kepada da'e dalam berdakwah memang payah.. tak senang macam kita fikirkan
even Nabi kita sendiri pun di hina dan di caci dalam berdakwah..

hanya sabar tu lah yang petang.. kalau dapat manage sabar
insyaAllah method dakwah tu akan sampai kepada org yang nak didakwah..

untuk dakwah kepada org yang agak sosial ni.. kita kena memahami cara mereka
tapi bukan ikut cara mereka cuma ambil tahu sahaja..
dr situ kita dapat tahu car macam mana nak dakwah spy tak melukakn hati mereka..
bukan main terus serang saja.. tu method dakwah yang salah..

insyaAllah..dalam proses memperbaiki diri..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisa_imanProfil   Hantar PM kepada nisa_iman   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-03-08 13:45


Orang yang menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah SWT, orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah SWT.
wasiat Luqman al-Hakim :-)


-----------------
Photobucket

MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia


Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

islam-me
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.04.2006
Ahli No: 24095
Posting: 110
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-05-08 15:53


assalamualaikum. terima kasih masri2. ilmu baru ni sangat berguna.

Bookmark and Share

    


  Member Information For islam-meProfil   Hantar PM kepada islam-me   Pergi ke islam-me's Website   Quote dan BalasQuote

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 18-05-08 15:58


bagus artikel ni......artikel ni buat saya teringat kat tulisan dr juanda jaya..dalam tajuknye dakwah bkesan jika fahami jiwa remaja...


nanti ada masa ana kongsi artikel tu dengan antum semua,,insyaAllah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

adam_muslimin
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2006
Ahli No: 27068
Posting: 714
Dari: [email protected]

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 15-08-08 15:25


assalamualaikum...memang jarang tesempak dengan topic cmnie...^_^...
apabila kita "down" atau jatuh dalam kegiatan dakwah kita memang diperlukan tarbiah2 yang mampu menaikkan semangat au azam kita kembali....
Kalau xdown pun sekurang kurangnya dapat lah kita menerima bahan untuk input dalam diri kita....syukran untuk artikel ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For adam_musliminProfil   Hantar PM kepada adam_muslimin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.088064 saat. Lajunya....