Oleh |
Keajaiban Dunia Sempena Kelahiran Rasulullah s.a.w |
Kokseikokde
Warga 2 Bintang Menyertai: 12.03.2008 Ahli No: 32873
Posting: 48
|
Posting pada: 20-03-08 19:16
Keajaiban Dunia Sempena Kelahiran Rasulullah Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta. Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam. Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas. Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga: 1] Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda. 2] Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya. 3] Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum tersingkap. Oleh itu penulis terpanggil untuk menyingkap kembali peristiwa di sebalik kelahiran baginda Junjungan Besar s.a.w. Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. ## Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia. Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya. ## Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi. Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya. ## Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi. Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah. Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah. ## Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa. Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata ``Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.'' Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa. Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman. Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat. Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan. Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''. Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk. Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan. Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.'' Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut. Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama 1000 tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi. Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah. Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat. Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau. Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda. Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari. Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail. Lalu membelah dada baginda dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. Hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : “Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)? “ Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi. Perkara-perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya. Di samping itu, bukti-bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 20-03-08 22:55
Pada 20-03-08 19:16 , Kokseikokde posting:!!! QUOTE !!!
Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam.
masa Nabi Muhammad s.a.w lahir, Asiah dan Maryam masih hidup ke  ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
mohdnurhakimin
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse
|
Posting pada: 21-03-08 01:04
Terlalu banyak kita dengar tentang keajaiban kelahiran Rasulullah saw, termasuklah yang direka-reka dan yang tidak berasas. p/s: Ada sesiapa yang punya maklumat tentang cerita mengarut berkaitan kelahiran Nabi saw?
|
raudhatulmardhiah
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 140
Posting: 262
Dari: Kluang, Johor
|
Posting pada: 21-03-08 01:35
Pada 20-03-08 22:55 , sakinahazzahra posting:!!! QUOTE !!! Pada 20-03-08 19:16 , Kokseikokde posting:!!! QUOTE !!!
Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam.
masa Nabi Muhammad s.a.w lahir, Asiah dan Maryam masih hidup ke 
yang hadir adalah roh Saidatina Asiah dan Saidatina Mariam... mempercayai perkara2 ghaib adalah wajib...  ----------------- Mencurah Kasih Berkongsi Ilmu http://raudhatulmardhiah.blogspot.com Ingatlah hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang
|
wardiah_alwani
Warga 5 Bintang Menyertai: 09.04.2004 Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu
|
Posting pada: 21-03-08 06:37
Pada 21-03-08 01:35 , raudhatulmardhiah posting:!!! QUOTE !!! Pada 20-03-08 22:55 , sakinahazzahra posting:!!! QUOTE !!! Pada 20-03-08 19:16 , Kokseikokde posting:!!! QUOTE !!!
Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam.
masa Nabi Muhammad s.a.w lahir, Asiah dan Maryam masih hidup ke 
yang hadir adalah roh Saidatina Asiah dan Saidatina Mariam...
mempercayai perkara2 ghaib adalah wajib...

wajib?
|
raudhatulmardhiah
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 140
Posting: 262
Dari: Kluang, Johor
|
Posting pada: 21-03-08 07:25
Pada 21-03-08 06:37 , wardiah_alwani posting:!!! QUOTE !!! Pada 21-03-08 01:35 , raudhatulmardhiah posting:!!! QUOTE !!! Pada 20-03-08 22:55 , sakinahazzahra posting:!!! QUOTE !!! Pada 20-03-08 19:16 , Kokseikokde posting:!!! QUOTE !!!
Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam.
masa Nabi Muhammad s.a.w lahir, Asiah dan Maryam masih hidup ke 
yang hadir adalah roh Saidatina Asiah dan Saidatina Mariam...
mempercayai perkara2 ghaib adalah wajib...

wajib? Dalam disiplin Ilmu Usuluddin yang bersumber dari sumber yang asal biasanya diajarkan 3 bahagian: 1) Perkara yang bersangkut paut dengan Ketuhanan (Ilahiyat atau Uluhiyyah) - Tauhid Al-Asma', Tauhid As-Sifat dll 2) Perkara yang bersangkut paut dengan Kenabian (Nabawiyyat atau Nubuwwah) - 3) Perkara-perkara yang dikhabarkan oleh Rasul saw, yang mana termasuklah perkara-perkara Sam'iyat Perkara sami'yat adalah perkara2 ghaib iaitu... sesuatu yang pelik dan tidak lojik oleh akal manusia tetapi jelas dikhabarkan didalam Al-Quran dan Al-Sunnah maka ia wajib diterima dan diimani yang dinamakan dengan Al-Sam’iyyat seperti persoalan azab kubur, hari kebangkitan, mizan, syurga, neraka dan sebagainya . Juga terdapat beberapa perkara pelik yang menyalahi adat yang berlaku kepada para Ambiya’ yang dinamakan sebagai Mukjizat dan Irhash, yang berlaku kepada para Auliya’ dinamakan sebagai Karamah,yang berlaku kepada golongan awam yang soleh dinamakan sebagai Ma’unah,yang berlaku kepada orang fasik dinamakan sebagai Istidraj ,yang berlaku kepada seorang yang mendakwa sebagai seorang rasul Ihanah dan yang berlaku kepada orang kafir dinamakan sebagai Sihir ----------------- Mencurah Kasih Berkongsi Ilmu http://raudhatulmardhiah.blogspot.com Ingatlah hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang
|
ah_mad
Warga Rasmi Menyertai: 01.01.2009 Ahli No: 36592
Posting: 15
|
Posting pada: 02-01-09 23:17
kelahiran Rasullullah membawa rahmat seluruh alam...
|
are_dik
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.11.2004 Ahli No: 12567
Posting: 93
Dari: student
|
Posting pada: 03-01-09 00:35
kisah NAbi Muhammad kalau baca memang best..tak rugi pun kalau kita tahu...paling best sekali hafal tarikh penting2 nabi..
|
solehen
Warga 3 Bintang Menyertai: 07.08.2006 Ahli No: 25686
Posting: 90
Dari: sentul
|
Posting pada: 05-01-09 07:40
salam ukhwah.. DIALAH penyeri seluruh alam..  . . . . ----------------- For Things to Change, I mUst Change First. There is no FAILURE, Only Wrong Result, So I Change My STRATEGY.
|
syahadahtul_nur
Warga 5 Bintang Menyertai: 10.09.2008 Ahli No: 34899
Posting: 385
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 05-01-09 08:28
SUBHANALLAH... Maha Suci Allah yang memuliakan Rasulullah SAW disisiNya...
|
Muddathsir787
WARGA SETIA Menyertai: 20.10.2007 Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor
|
Posting pada: 05-01-09 10:13
AlhamdulilLah, terima kasih koseikokde.. Hmm, kalau nyatakan sumber terlebih baik.. SakinahAzzahra tulih; !!! QUOTE !!! masa Nabi Muhammad s.a.w lahir, Asiah dan Maryam masih hidup ke Hmm, saya tolong permudahkan buat KakKinah.. ye..? Hmm, Asiah ini adalah wanita (isteri Firaun) di zaman Nabi Musa a.s dan Maryam pula adalah ibu Nabi Isa a.s. Kedua-duanya adalah wanita yang dimuliakan ALLAH SWT dan telah meninggal dunia semasa Aminah masih ada. Akak jangan keliru ek..? Sebab kisah macam ni seperti serangan tentera bergajah dan rumah bercahaya saya pernah baca. Part ditemani Asia dan Maryam saya tak pernah baca.. Sama ada yang hadir dalam bentuk mimpi atau tidak.. Wallahua'lam. Cuma mesejnya adalah "Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa. "Wallahua'alam. Harap membantu. HambaNYA yang jahil, -- Muddathsir ----------------- .: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"
|
Wawa_83
WARGA SETIA Menyertai: 20.12.2004 Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!
|
Posting pada: 05-01-09 12:17
Rasulullah S.A.W.. Dia yang susah2 sampaikn ajaran Islam pada kita .. Adakah kita mghargainya..?? Muhasabah diri ...
|
hid_uniten
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.09.2005 Ahli No: 18744
Posting: 252
Dari: :: bumi Allalh ::
|
Posting pada: 05-01-09 16:13
sama-sama kita banyakn selawat ke atas baginda..moga kita mdpt syafaatnye di akhirat kelak, amin...
|
lailasuhaila
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.09.2008 Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...
|
Posting pada: 06-01-09 17:54
Pada 05-01-09 16:13 , hid_uniten posting:!!! QUOTE !!! sama-sama kita banyakn selawat ke atas baginda..moga kita mdpt syafaatnye di akhirat kelak, amin... betul tu... ----------------- http://www.dapatwang.com/?id=laila82
|
as-syafie
WARGA SETIA Menyertai: 25.01.2007 Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'
|
Posting pada: 11-01-09 21:23
Pada 05-01-09 16:13 , hid_uniten posting:!!! QUOTE !!! sama-sama kita banyakn selawat ke atas baginda..moga kita mdpt syafaatnye di akhirat kelak, amin... Insya Allah.. moga-moga kita sama-sama dapat syafaat di Hari Yang Kekal Abadi Buat Selamanya...
|
shafiqah88
Warga 4 Bintang Menyertai: 11.09.2008 Ahli No: 34910
Posting: 308
Dari: irbid, jordan
|
Posting pada: 12-01-09 01:03
Pada 11-01-09 21:23 , as-syafie posting:!!! QUOTE !!! Pada 05-01-09 16:13 , hid_uniten posting:!!! QUOTE !!! sama-sama kita banyakn selawat ke atas baginda..moga kita mdpt syafaatnye di akhirat kelak, amin...
Insya Allah.. moga-moga kita sama-sama dapat syafaat di Hari Yang Kekal Abadi Buat Selamanya... ye betul tu.. doakan nabi dapat wasilah yang dijumpai masa peristiwa israk mikraj tu.. "aati saiyidina muhammadanil wasiilata wal fadhiilah".. keratan ayat dalam doa selepas azan.. peristiwa israk mikraj, nabi telah masuk ke syurga, dan menjumpai suatu tempat yang sangat cntik.. nabi tye pada jibril, apa benda tu?? jibril jawab, tu ar wasilah, iaitu tempat yang mana Allah khaskan tempat tu untuk seorang saja hmbanye yang taat... nabi pun berdoa supaya org tu adalah dirinya, dan disyariatkan umatnye, supaya mendoakan juga... "aati saiyidina muhammadanil wasiilata wal fadhiilah".. semoga nabi dapat wasilah tu, secara tak lgsung, kita pun akan mndapat syafaat nabi, kerana mendoakan... sollu alan nabiy!!! ----------------- chayo!
|
rostanmohd
Warga 2 Bintang Menyertai: 19.05.2010 Ahli No: 39839
Posting: 42
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 26-05-10 12:41
KEKASIH ALLAH SWT...DARI DALAM KANDUNGAN LAGI TELAH DIJAGA OLEH ALLAH SWT..... ----------------- Insan yang lemah..........
|
Awani
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.10.2009 Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind
|
Posting pada: 27-05-10 12:21
Pada 02-01-09 23:17 , ah_mad posting:!!! QUOTE !!! kelahiran Rasullullah membawa rahmat seluruh alam... Setuju sangat. Cuma kadang² manusia terlalu leka dengan dunia  -----------------
|
iDeologi
Warga Rasmi Menyertai: 12.10.2005 Ahli No: 19771
Posting: 8
Dari: iDeologi.my
|
Posting pada: 29-05-10 12:42
tidak ada satu pun cerita di atas ada sandaran hadis yang sahih. Bahkan semuanya bersumberkan cerita palsu, mengarut dan rekaan terhadap Nabi. Asiah dam Maryam dah mati, mana boleh teman lagi. Kalau tak ada dalil, tak boleh pakai. Prinsipnya, dalam cerita tentang Nabi s.a.w, tanpa dalil yang sahih lebih baik tersalah tidak percaya berbanding tersalah percaya. ----------------- muamalat.NET
|
al-barbahari
Warga Rasmi Menyertai: 29.09.2010 Ahli No: 40330
Posting: 6
Dari: Lembah Klang
|
Posting pada: 29-09-10 21:49
Pada 21-03-08 01:35 , raudhatulmardhiah posting:!!! QUOTE !!! Pada 20-03-08 22:55 , sakinahazzahra posting:!!! QUOTE !!! Pada 20-03-08 19:16 , Kokseikokde posting:!!! QUOTE !!!
Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam.
masa Nabi Muhammad s.a.w lahir, Asiah dan Maryam masih hidup ke 
yang hadir adalah roh Saidatina Asiah dan Saidatina Mariam...
mempercayai perkara2 ghaib adalah wajib...

memang lah mempercayai perkara ghaib wajib sebagai mana diterangkan oleh nas. tapi kehadiran asiah dan maryam ada nas ke menyatakan sebagai satu cerita yang sahih?
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 30-09-10 13:19
Apapun kita terhutang budi kepada Baginda. Zahirkan rasa terima kasih kepada Baginda.
|
al-barbahari
Warga Rasmi Menyertai: 29.09.2010 Ahli No: 40330
Posting: 6
Dari: Lembah Klang
|
Posting pada: 30-09-10 22:39
cara berterima kasih kepada Baginda ialah dengan berselawat dan dengan menghidupkan sunnah-sunnah baginda. Bukan dengan mereka-reka cerita yang tak betul tentang baginda sebagai mana cerita dikatakan asiah dan maryam datang saat kelahiran, dan dikatakan pula wajib untuk beriman, adusss..
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 01-10-10 09:54
Salawat dan salam pada junjungan Rasulullah SAW. Itulah sebaik baiknya. Para sahabat telah menzahirkan kecintaan dan kerinduan kepada Baginda. Saiyidina Ali dan Talhah ra sanggup menjadi perisai di Jabal Uhud malah ada yang sanggup mencabut giginya semata mata untuk merasai kesakitan Baginda patah gigi semasa perang Uhud. Apalah bandingan kita, berbangga menamakan anak dengan nama Muhammmad pun belum tentu.
|
al-barbahari
Warga Rasmi Menyertai: 29.09.2010 Ahli No: 40330
Posting: 6
Dari: Lembah Klang
|
Posting pada: 02-10-10 10:06
Betul, biarlah bertindak tepat dengan mengikuti sunnahnya dan mengikut segala ajarannya. Semoga kita terus istiqamah. Berhati-hatilah dengan perkara baru yang diadakan dalam agama, Nabi sentiasa berpesan kepada kita.
|