Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kamu ingin tinggi, jangan hanya merenung gunung, panjatlah. Jika kamu ingin bijaksana, jangan merenung kitab, amalkanlah.
-- Meow (warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 85
Ahli: 0
Jumlah: 85




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 14 hari yang lalu
nur_takwa88: 19 hari yang lalu
kismis: 20 hari yang lalu
qaulah_atrah: 31 hari yang lalu
muaz9768: 35 hari yang lalu
Rashdin: 41 hari yang lalu


Jejak Sekolah
Topik: Bagi yang gagal SPM dll exam...


Carian Forum

Moderator: Administrator, immad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Sekolah
    »» Bagi yang gagal SPM dll exam...

Please Mendaftar To Post


Oleh Bagi yang gagal SPM dll exam...

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 20-03-08 12:35


Assalamualaikum

PAGI itu Amir berasa begitu gementar dan tidak senang duduk. Apa tidaknya, sebentar lagi dia bakal mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah.

Ayah Amir faham akan resah anaknya. Lantaran sekolahnya agak jauh, dia memandu kereta dan menemani anaknya mengambil keputusan.

Dalam perjalanan tersebut, ayah Amir berbicara memecah kesunyian: “Amir, ayah faham sekarang ni Amir berasa begitu gemuruh... Banyakkan bertenang, apa kata Amir memperbanyakkan doa mohon diberi ketenangan dan kemudahan...,” Amir mengangguk- angguk, tetapi jauh di sudut hatinya, sangat resah.

Kini kereta ayah Amir memasuki perkarangan tempat letak kereta di sekolahnya. Kelihatan ramai calon SPM sekolahnya bersama keluarga masing-masing berlegar-legar di kawasan sekolah.

Setelah meletakkan kereta, mereka bergerak menuju ke dewan sekolah. Ramai rakan-rakan sekelasnya yang telah tiba terlebih dahulu. Amir kemudiannya pergi ke meja kaunter untuk mendapatkan keputusannya. Dibukanya slip keputusan peperiksaannya perlahan-lahan.

“Ohh..”

“3A..5B..1C,” ujar Amir perlahan dengan penuh sayu.

“Alhamdulillah...Tahniah Amir! Ayah gembira mendengar keputusan yang kamu terima,” balas ayahnya dengan nada bersyukur.

Amir sedar bahawa dia bukanlah tergolong dalam kalangan pelajar pintar, dia tetap berusaha bersungguh-sungguh demi menghadapi peperiksaan tersebut. Namun keputusan yang sudah dijangkanya itu masih amat sedih untuk diterimanya memandangkan dia tetap mengharapkan pencapaian yang lebih baik.

“Inna lillah wa inna ilaihi rajiun...”

Mungkin ada hikmahnya di sebalik semua ini..getus hati kecil Amir.

“Apa kata kita pergi makan-makan dulu ye..Ayah bawa Amir ke restoran yang Amir suka..

“Mmm..baiklah Ayah..Terima kasih..” ujar Amir sambil mengangguk lemah.

Selesai menikmati hidangan, ayah Amir bersuara, “Amir..”

“Mmm..” balas Amir lemah, jauh fikirannya melayang.

“Ayah tahu Amir telah berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan keputusan terbaik.. Tapi kita manusia hanya mampu berusaha, Penentunya ialah Allah yang Maha Bijaksana..”

“Tapi ramai rakan Amir yang mendapat keputusan yang baik daripada Amir. Kawan-kawan yang sama-sama belajar dengan Amir, ramai yang berjaya. Bagaimana dengan masa depan Amir nanti? Amir rasa bersalah sebab hampakan ayah dan ibu,” ujar Amir perlahan. Jelas sekali kekecewaan di raut wajahnya.

“Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Barangkali ini adalah ujian daripada-Nya, supaya Amir bersabar dan tidak putus asa daripada terus berusaha. Ada orang, apabila mendapat kejayaan, dia lupa diri, lupa keluarga dan berasa bangga lalu sombong..”

“Contohnya, ada yang merasakan bahawa kejayaan adalah kekayaan. Ada pula yang merasakan bahawa kekayaan itu adalah kejayaan. Ia terpulang kepada persepsi seseorang itu terhadap sesuatu perkara, bagaimana mereka menerima sesuatu perkara sama ada dari sudut positif atau tidak”.

“Pada ayah, Amir telah berjaya, kerana ayah lihat dalam pada Amir berusaha, Amir tidak lupakan tanggungjawab Amir terhadap Allah, keluarga dan rakan-rakan. Jadi tidak timbul soal kecewakan ayah dan ibu. Ayah percaya, jika Amir tingkatkan usaha dan menggunakan kaedah yang betul, pasti Amir boleh berjaya selepas ini,” ujar ayah Amir sambil tersenyum.

“Ini barangkali adalah petanda supaya Amir tidak terus berputus asa dan mesti terus berusaha. Kami sebagai ayah dan ibu Amir akan sentiasa menyokong dan mendoakan yang terbaik buat Amir, dengan syarat Amir juga mesti selalu berusaha dan tidak putus meminta rahmat daripada Allah...,” kata ayah Amir sambil menepuk-nepuk bahu anaknya. Dia tahu anaknya kecewa, tetapi anaknya harus dibantu untuk menenangkan perasaannya yang sedang berkecamuk.

Amir berasa lega sedikit. Namun dia berasa sangat bersyukur kerana ibu ayahnya sangat memahami perasaannya ketika itu, membantunya berfikir tentang perspektif lain tentang erti kejayaan. Jauh di sudut hatinya, dia masih lagi menggenggam impian untuk terus berusaha dan berjaya.

Ibu Bapa Penyokong Terbaik

Begitulah secebis kisah tentang seorang remaja yang baru sahaja menerima keputusan peperiksaan SPMnya.

Dalam tempoh sebegini sememangnya emosi pelajar agak berkecamuk serta dihantui oleh perasaan sedih, kecewa, kesal atau rendah diri.

Justeru dampingan ibu bapa amat diperlukan tatkala meniti saat-saat kegagalan dalam mencapai matlamat peperiksaan mereka.

Seandainya ibu bapa bersikap menyalahkan atau menghukum anak-anak mereka , sama ada dengan makian ataupun layanan kurang baik, maka hal ini boleh membuatkan anak-anak berasa lebih tertekan. Teguran terhadap anak-anak boleh dilakukan tetapi ia seharusnya bersifat mendidik dan bukannya bermaksud melepaskan kemarahan yang terpendam kepada mereka.

Kata-kata perangsang yang dilontarkan mampu menumbuhkan kembali semangat anak-anak untuk terus memandang ke hadapan.

Pertamanya ibu bapa boleh menjelaskan kepada anak-anak berkenaan konsep qada dan qadar, yakni kita manusia hanya merancang dan berusaha namun akhirnya Allah jua yang menentukan.

Justeru kita seharusnya reda dengan apa jua yang telah ditentukan ke atas kita serta bersangka baik terhadap Allah. Mungkin di sebalik kegagalan ini ada hikmahnya tersendiri yang belum tersingkap oleh kita.

Kejayaan dalam peperiksaan sememangnya diakui penting untuk pelajar melangkah lebih jauh ke menara gading. Namun rezeki Allah ada di mana-mana asalkan kita mahu berusaha serta berdoa agar dipermudahkan rezeki kita.

Banyak lagi perkara yang bakal ditempuhi selepas ini yang menuntut kepada usaha berterusan, keteguhan tekad serta pedoman agama. Tempoh selepas persekolahan merupakan masanya remaja menuntut ilmu serta membentuk kemahiran dalam bidang yang diminati demi kerjaya masa depan.

Selain itu, kegagalan hanyalah sementara, yang penting ialah kita perlu bangkit, mengambil pengajaran daripada kesilapan yang lalu, serta merancang langkah seterusnya ke arah masa depan yang lebih baik.

Merancang Langkah Seterusnya

Ibu bapa juga boleh bersikap proaktif terhadap situasi tersebut dengan membantu anak-anak meneroka pelbagai peluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi atau kolej kemahiran yang bersesuaian dengan kemampuan, minat serta potensi mereka.

Seandainya ibu bapa menyedari bahawa peluang anak-anak mereka agak tipis disebabkan oleh keputusan yang diperoleh, maka ibu bapa perlu turut serta membantu anak-anak untuk meneroka alternatif untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Kini terdapat banyak pusat pengajian tinggi swasta yang menawarkan pelbagai kursus untuk para pelajar lepasan sekolah. Di samping itu, bagi remaja yang cenderung ke arah kemahiran, terdapat juga pelbagai kolej kemahiran di bawah kelolaan agensi kerajaan dan juga swasta.

Bagi ibu bapa yang berada, mereka mungkin tidak bermasalah mendaftarkan anak-anak ke institusi-institusi swasta sedemikian.

Namun bagi mereka yang tidak berkemampuan, bantuan kewangan mungkin boleh diusahakan sama ada melalui pinjaman, biasiswa atau sebagainya asalkan berpunca daripada sumber yang halal.

Kesimpulan

Kejayaan dan kegagalan adalah lumrah dalam natijah peperiksaan. Apa yang penting ialah kita membuat persediaan dan menduduki peperiksaan dengan sebaik mungkin. Di samping itu kita juga perlu berdoa kepada Allah agar dikurniakan kejayaan yang cemerlang.

Akhirnya keputusan yang diterima mesti ditanggapi dengan perasaan reda serta bersyukur. Muhasabah diri pula melengkapkan sikap yang positif bagi seseorang Muslim dalam usaha mencapai kejayaan.



:-)


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.084425 saat. Lajunya....