Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap tindakan menghasilkan tindakbalas
-- Hukum Newton

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 259
Ahli: 0
Jumlah: 259




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Sampaikan
Topik: Tiada Secantik Mu: Salam Maulidurrasul


Carian Forum

Moderator: Administrator, limah
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sampaikan
    »» Tiada Secantik Mu: Salam Maulidurrasul

Please Mendaftar To Post


Oleh Tiada Secantik Mu: Salam Maulidurrasul

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar


posticon Posting pada: 19-03-08 20:54


Hati budi dan perwatakan sehinggalah kelakuan adalah senaskah Al Quran yang berjalan.

Sejarah benar benar membuktikan kewujudannya. Kata kataMu paling benar dalam dunia ini sehinggakan kami percaya Hari Kiamat semakin hampir. Petanda Kiamat juga telah diterangkan olehMu. Wahai Junjungan Mulia di sisi ALLAH Rabbul'iZzati.

Mulia Rasulullah Sallallahu'alaihi Wassalam (SAW) sangat tiada bandingannya.

Alhamdulillah kerana kita dilahirkan sebagai Ummat Baginda yang memegang tali ISLAM.

Alhamdulillah kerana kita masih sayangkan Baginda apabila kita menunjukkan kemarahan kita kepada kerajaan luar negara yang menghina Baginda melalui Demonstrasi bersama.

untukmu Ya Rasullullah....

Selawat dan Salam dijungjungkan ke atas Mu, kepada kaum kerabatMu dan para Sahabat setia Mu serta para Pejuang ISLAM seluruhnya.

Salam Maulidurrasul

Wallahu'alam bissowab


-----------------
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya


Bookmark and Share

    


  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 19-03-08 20:58


Salam Maulidur Rasul buat seluruh warga ukhwah, perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad S.A.W :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar


posticon Posting pada: 19-03-08 21:20


insya-ALLAH.

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya

Nota: bukan hanya untuk hari hari sebegini sahaja.

Bookmark and Share

    


  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 19-03-08 21:21


Pada 19-03-08 20:58 , broshahir posting:

!!! QUOTE !!!

Salam Maulidur Rasul buat seluruh warga ukhwah, perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad S.A.W :)



betul tu.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

ndb
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.10.2006
Ahli No: 27051
Posting: 61
Dari: KUALA TERENGGANU

Terengganu  


posticon Posting pada: 19-03-08 21:25


Salam Maulidur Rasul buat semua rakan-rakan ukhwah....
Jangan lupa perbanyakkan selawat ke atas jungjungan besar kita
Nabi Muhammad S.A.W

Bookmark and Share

    


  Member Information For ndbProfil   Hantar PM kepada ndb   Pergi ke ndb's Website   Quote dan BalasQuote

indahmalam
Warga Rasmi
Menyertai: 06.01.2008
Ahli No: 32226
Posting: 7
Dari: pahang

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-03-08 21:59


salam Maulidur Rasul
selawat buat baginda sentiasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For indahmalamProfil   Hantar PM kepada indahmalam   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 19-03-08 22:07


salam maulidurrasul kepada semua warga ukhwah :-)

tanda cinta terhadap Rasulullah SAW ialah mengamalkan sunnah2 baginda..

wassalam..


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

mohd
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 401
Posting: 283
Dari: kl

ireland  


posticon Posting pada: 19-03-08 22:45


salam maulidur rasul(saw)...baru lepas balik dr pusat Islam uim..karnival cinta rasul...best lah ceramh ustazah bahyah dengan ustaz wan akasya tadi..esok kat stadium melawati..jommm

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdProfil   Hantar PM kepada mohd   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 20-03-08 06:59


Rasulullah tekankan ciri mulia, kekuatan iman
Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

HARI ini kita meraikan sambutan Maulidur Rasul sempena mengingati tarikh kelahiran Rasulullah SAW pada 12 Rabiul Awal. Nabi Muhammad SAW adalah manusia agung yang mendapat perlindungan Allah sejak kecil lagi lagi.

Meskipun Arab jahiliah adalah masyarakat yang rosak dan runtuh akhlaknya, Rasulullah tidak pernah melakukan apa yang mereka lakukan. Baginda terkenal sebagai seorang yang jujur, amanah dan tidak pernah berdusta.

Keadaan masyarakat Arab yang tenggelam dalam kesesatan dengan penyembahan berhala, keadaan moral kian parah melalui perjudian, pelacuran, rampasan harta, pembunuhan, minum arak dan segala macam perbuatan keji, menyebabkan hati sucinya menjadi gundah gulana.


Kerana itu, Baginda lebih tenteram memencilkan diri dengan bermunajat kepada Allah di Gua Hira’.

Sejarah Islam mencatatkan salah satu petanda menunjukkan Nabi Muhammad SAW bakal diangkat sebagai Nabi dan Rasul-Nya adalah peristiwa turun wahyu pertama ketika berusia 40 tahun.

Menjelang turunnya wahyu pertama, baginda sering bermimpi melihat cahaya terang bagaikan fajar pagi. Baginda terus melihat keadaan itu sehingga turun wahyu pertama iaitu firman Allah yang bermaksud: “Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhan-Mu yang paling pemurah yang mengajar manusia dengan perantara kala. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Surah al-Alaq, ayat 1-5)


Nabi Muhammad menerima wahyu berikutnya secara terus menerus selama 23 tahun sehingga pada usia 63 tahun. Wahyu diterima Baginda dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu wahyu yang diturunkan di Makkah (dinamakan ayat Makkiah) dan ayat diturunkan di Madinah (ayat Madaniyyah). Semua wahyu itu disusun kembali oleh Khlaifah Uthman bin Affan.

Jika dilihat jenis wahyu atau ayat yang diturunkan itu, ia dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu ayat yang menyentuh persoalan tugas dan tanggungjawab manusia, persoalan selepas mati dan perkara berkaitan ketuhanan atau akidah.

Menyampaikan ajaran yang tersirat mahupun tersurat melalui wahyu, Baginda menolak sebarang tujuan dan matlamat yang boleh membawa kepada kepentingan peribadi. Bahkan Baginda terpaksa berdepan pelbagai kerenah dan tradisi masyarakat Arab yang sekian lama menjalani hidup jauh terpesong daripada ajaran Islam sebenar.

Baginda dan pengikutnya terpaksa menghadapi pelbagai ancaman, penindasan dan penderitaan dalam usaha menyebarkan dakwah Islam kepada penduduk Makkah yang begitu kuat berpegang kepada ajaran nenek moyang mereka.

Penentangan kuat diterima daripada masyarakat Arab menyebabkan Nabi Muhammad SAW dan pengikutnya terpaksa mengatur strategi dakwah secara sulit selama tiga tahun. Selepas keadaan berubah, Baginda mengambil keputusan berdakwah secara terang-terangan selama 10 tahun.

Kemasukan mereka yang rapat dengan Baginda ke dalam Islam awalnya tidak begitu menimbulkan suasana tegang memandangkan Islam baru saja ingin berkembang. Wanita pertama memeluk Islam ialah isteri baginda sendiri iaitu Siti Khadijah. Dari golongan kanak-kanak pula ialah Ali bin Abi Talib, manakala orang dewasa pula ialah Abu Bakar as-Siddiq, Zaid bin Harithah, Uthman bin Affan, Zubair Ibnu Awwam, Abdul Rahman bin Auf dan beberapa lagi.

Apabila Baginda mendapat undangan istimewa al-Arqam bin al-Arqam untuk menjadikan rumah beliau sebagai markaz penyebaran syiar dakwah waktu itu, Rasulullah SAW menjadi semakin bersemangat untuk meneruskan usaha sesuai dengan amanah yang datang dari Allah.

Selepas pengikut Baginda semakin bertambah dan bilangan orang awam Makkah yang memeluk Islam semakin ramai, pemimpin kafir Quraisy mula berasa kepentingan mereka terancam dan memulakan penentangan terhadap gerakan Islam.

Penentangan golongan kafir Quraisy bukan semata-mata berdasarkan sentimen keagamaan, tetapi disebabkan faktor lain iaitu:

1 Aspek aqidah - masyarakat Arab jahiliah tidak dapat menerima kepercayaan tuhan lain dan kewujudan hari kemudian (kiamat). Ia kerana ajaran yang dibawa oleh nenek moyang mereka sejak zaman dulu sudah sebati dalam kehidupan mereka.

2 Aspek sosial - konflik mula wujud apabila Nabi Muhammad SAW menyatakan bahawa semua manusia adalah sama taraf di sisi Allah, tidak ada yang mempunyai kehebatan tertentu melainkan mereka yang kukuh iman, kuat amalan serta teguh keyakinan serta ketakwaan terhadap Allah.

3 Aspek ekonomi - penguasaan kepemimpinan kafir Quraisy terhadap perdagangan dan ekonomi Makkah dirasakan mula terancam apabila tiada lagi orang dari luar Makkah yang akan datang berniaga dan berdagang di Makkah. Ini kerana lahir suatu ajaran baru yang mengancam berhala mereka di sekeliling Kaabah.

Ajaran Nabi SAW walaupun terus diancam dan dimusuhi masyarakat jahiliah pada waktu itu, Islam tetap tersebar dan berkembang dengan baik. Penentang kuat Baginda yang memusuhi dan menolak kewujudan suatu agama dan kepercayaan baru, sedikit demi sedikit mula mengakui kebenaran Islam.

Bentuk ajaran Rasulullah pada peringkat awal ini menekankan ciri kemuliaan, turut menanamkan satu bentuk kekuatan iman atau akidah menakjubkan. Iman yang terbina dengan mentauhidkan Allah, menolak semua cabaran terhadap keesaan Allah, mampu merubah sesuatu yang mustahil sehingga menjadi sesuatu yang mungkin.

Alangkah murni dan agungnya iman yang dibina Rasulullah SAW pada awal kemunculan Islam. Pada saat kehidupan manusia penuh kesesatan, hanya manusia yang mampu menggunakan kewarasan akal dikurnia Allah boleh menerima agama tauhid ini dengan perasaan lapang.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang mengerjakan kebaikan walaupun sebesar zarah sekalipun, nescaya dia akan melihat (balasan). Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan walaupun sebesar zarah, nescaya dia juga akan melihat (balasannya) juga”. (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8)

Sifat istimewa yang ada pada Rasulullah adalah sebenarnya terbit daripada rahmat Allah kerana sifat itu memang dirancang oleh Allah sendiri sehingga Baginda layak dipilih memikul tugas yang amat berat itu.

Contoh ditunjukkan Rasulullah, Baginda sebenarnya mahu semua umatnya mengikuti jejak teladan itu. Tentulah tidak akan berkesan penghayatan kita sekiranya kita hanya membesarkan sambutan Maulidur rasul pada setiap 12 Rabiul Awwal, tetapi sifat dan akhlak baginda yang mulia itu tidak kita ikuti dan tidak kita amalkan secara bersungguh-sungguh.


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 20-03-08 09:51


Mohamed_PBUH_by_samirmalik

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد
واله وصحبه وسلم

"Ya ALLAH yang membolak-balikkan hati
keluarkanlah dari hati kami kecintaan
terhadap hal-hal yang KAU hinakan
semayamkan dihati kami kecintaan kepada-MU
dan kepada Nabi-MU صلى الله عليه وسلم
dan kepada Keluarganya
dan kepada para Sahabat
sehingga kami dapat menempuh jejak mereka
jejak para pewaris Nabi صلى الله عليه وسلم yang Mulia"

آميـــــن للهــــم آميـــــن


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-03-08 10:07


salam maulidur rasaul...selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW...

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

nurul83
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.04.2004
Ahli No: 8350
Posting: 122
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-03-08 11:08


Assalamualaikum

SALAM MAULIDUR RASUL....

selawat dan salam untuk rasul junjungan, moga disyafaatkan...
amin......

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurul83Profil   Hantar PM kepada nurul83   Quote dan BalasQuote

e_yahan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.04.2007
Ahli No: 29636
Posting: 93
Dari: kemaman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 20-03-08 11:32


salam maulidur rasul kepada semua ahli ukhwah....
perbanyakkan selawat ke atas nabi junjungan kita nabi muhammad...

Bookmark and Share

    


  Member Information For e_yahanProfil   Hantar PM kepada e_yahan   Quote dan BalasQuote

Uswah_teladan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.06.2007
Ahli No: 30310
Posting: 168
Dari: Sandakan

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 20-03-08 17:30


/

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1429H saya ucapkan buat seluruh kaum muslimin dan muslimat. Sempena Maulidur Rasul kali ini, biarlah sama-sama kita kembali menyusuri sirah Rasulullah saw, meneladani sifat & peribadi Rasulullah saw dan mengikuti segala sunnah Rasulullah saw dengan sebenarnya. Sebagai menghormati Maulidur Rasul ini, saya akan perturunkan sirah mengenai kelahiran, nama & nasab Rasulullah saw. Ikuti perjalanan yang menarik selebihnya sempena Maulidur Rasul ini lebih lanjut di blog saya yang khusus mengenai sirah Rasulullah saw di http://uswahhasanah.blogspot.com

Kelahiran Rasulullah SAW

1. Allah Ta'ala berfirman: "Sungguh Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan mereka Al Kitab dan Al Hikmah dan sebelum itu, mereka benar-benar berada dalam kesesatan yang nyata." (QS. Ali Imran:164)

2. Allah Ta'ala berfirman: "Katakanlah: "Sesungguhnya saya ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku bahwa sesungguhnya Tuhan kamu adalah Tuhan yang Esa." (QS. Al Kahfi:11)

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam pernah ditanya tentang puasa pada hari Senin. Beliau menjawab: "Pada hari itulah aku di lahirkan, lalu diangkat menjadi Rasul dan diturunkan Al-Qur'an kepadaku." (hari.Muslim)

4. Rasullauh Shallallahu 'Alaihi wa Sallam dilahirkan pada hari Senin bulan Rabi'ul Awal di Makkah Al Mukarramah tahun Al Fiil (571 M), berasal dari kedua orang tua yang sudah ma'ruf. Bapaknya bernama Abdullah bin Abdul Muthallib dan ibunya bernama Aminah binti Wahb. Kakek beliau memberinya nama Muhammad. Bapak beliau meninggal dunia sebelum kelahirannya.

5. Sesungguhnya termasuk kewajiban seorang muslim adalah hendaknya dia mengetahui kedudukan Rasul yang mulia ini, berhukum dengan Al Qur'an yang diturunkan kepadanya, berakhlak dengan akhlaknya serta mengutamakan dakwah kepada Tauhid yang mana risalahnya dimulai dengannya sesuai firman Allah Ta'ala:"Katakan: Sesungguhnya saya hanya menyembah Rabbku dan saya tidak mempersekutukan sesuatupun dengan-Nya." (QS. Al-Jin:20)

Nama dan Nasab Rasulullah SAW

1. Allah Ta'ala berfirman: "Muhammad adalah Rasulullah." (QS. AlFath:29)

2. Rasullullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda: "Saya memiliki lima nama: Saya Muhammad, saya Ahmad, saya Al-Mahi yang Allah menghapus kekufuran denganku, saya Al-Hasyir yang manusia dikumpulkan di atas kedua kakiku, dan saya Al-'Aqib yang tidak ada Nabi pun setelahnya." (Muttafaq 'Alaih). Dan Allah menamakannya dengan "Raufur Rahim"

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam mengenalkan dirinya kepada kita dengan beberapa nama: "Saya Muhammad, saya Ahmad, saya Al Muqaffy (Nabi terakhir) dan Al Hasyir, saya Nabi At Taubah, Nabi ArRahman." (hari. Muslim)

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda: "Tidaklah kamu hairan bagaimana Allah memalingkan dari saya cacian orang-orang Quraisy dan laknat mereka? Mereka mencaci dan melaknat saya dengan sesutu) yang sangat tercela, dan saya adalah Muhammad." (hari. Bukhari)

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda : "Sesungguhnya Allah telah memilih dari keturunan Ismail Kinayah, dan dari Kinayah Allah memilih Quraisy, dari Quraisy Allah memilih bani Hasyim, dan dari bani Hasyim Allah memilih saya." (hari. Muslim)

6. Dan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda yang artinya: "Namailah diri kalian dengan nama-nama saya, tapi janganlah kalian berkuniah (mengambil gelar) dengan kuniah saya. Karena sesungguhnya saya adalah Qasim sebagai pembagi diantara kalian." (hari. Muslim)

Rasulullah SAW, Seolah-olah Kamu Melihatnya

~ Bahawasanya Rasulullah saw adalah manusia yang paling tampan wajahnya, paling bagus bentuk penciptaannya, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek. (Muttafaq alaih)

~ Bahawasanya Rasulullah saw berkulit putih dan berwajah elok. (Muslim)

~ Bahawasanya badan Rasulullah saw tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek, dadanya bidang, janggutnya lebat, rambutnya sampai ke daun telinga. Aku (sahabat) pernah melihatnya berpakaian merah dan aku tidak pernah melihat yang lebih indah daripadanya. (Bukhari)

~ Bahawasanya wajah Rasulullah bulat bagaikan matahari dan bulan. (Muslim)

~ Bahawasanya apabila Rasulullah saw gembira, wajahnya menjadi bercahaya seolah-olah seperti belaian bulan dan kami semua mengetahui yang demikian itu. (Muttafaq alaih)

~ Bahawasanya tidaklah Rasulullah saw tertawa kecuali dengan senyum dan apabila kamu memandangnya maka kamu akan menyangka bahawa baginda memakai celak pada kedua matanya, padahal baginda tidak memakai celak. (Tirmizi. Hasan)

~ Dari Aisyah ra, dia berkata

"Tidak pernah aku melihat Rasulullah tertawa terbahak-bahak sehingga kelihatan batas kerongkongnya. Akan tetapi tertawa baginda adalah dengan tersenyum". (Bukhari)

~ Dari Jabir bin Samurah ra, dia berkata:

"Aku pernah melihat Rasulullah saw pada malam bulan purnama. Aku memandang baginda sambil memandang bulan. Baginda mengenakan pakaian merah. Maka menurutku, baginda lebih indah daripada bulan." (Tirmizi, dia berkata: Hadis hasan gharib. Dan disahihkan oleh al-Hakim serta disetujui oleh az-Zahabi)

Sumber:
- Mengenal Peribadi Rasulullah SAW karya Syeikh Muhammad Jamil Zainu
- http://uswahhasanah.blogspot.com
- http://tamanulama.blogspot.com


-----------------
http://tamanulama.co.cc
http://potretulama.multiply.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For Uswah_teladanProfil   Hantar PM kepada Uswah_teladan   Pergi ke Uswah_teladan's Website   Quote dan BalasQuote

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar


posticon Posting pada: 21-03-08 11:32


apa cerita sambutan kat tempat antum ye?

insya-ALLAH saya dan keluarga serta sahabat pembaca sayang Nabi Mulia ini.

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya

Bookmark and Share

    


  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.113727 saat. Lajunya....