Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
" Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 204
Ahli: 0
Jumlah: 204




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 14 jam, 54 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Sirah dan Tokoh Islam
Topik: mara menuju Uhud


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sirah dan Tokoh Islam
    »» mara menuju Uhud

Please Mendaftar To Post


Oleh mara menuju Uhud

aymannur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.06.2003
Ahli No: 1022
Posting: 212
Dari: irbed

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 19-03-08 03:05


Perang Uhud

Salah satu perang besar yang berlaku dalam sejarah indah namun perit umat Islam terdahulu, Perang Uhud.Berlaku pada tahun ke 3 ijrah, selepas perang badar al-Kubra yang berlaku pada tahun ke 2 ijrah.

Orang Musyrik Mekah menyimpan dendam yang tinggi selepas kekalahan dalam perang Badar, lalu dendam itu dikumpul dan diluahkan dalam Perang Uhud ini. Diceritakan bagaimana berlakunya pelaguan syair2 mengajak orang Musyrik keluar berperang dan untuk menaikkan semangat kabilah-kabilah arab di Mekah. Akhirnya mereka berjaya mengumpulkan sebanyak 3000 orang tentera beserta unta dan kuda. Wanita juga turut serta dalam ekspedisi perang tersebut sebagai pemberi semangat terhadap tentera mereka. Mereka lalu bergerak ke Bukit Uhud.

Rasulullah ketika ini berada di Madinah, lalu sampailah berita mengenai ketibaan tentera Musyrik di Bukit Uhud kepada nabi. Erdapat dua cadangan yang diutarakan :

1.    Bertahan di madinah sahaja, tidak perlu keluar dari Madinah. Wanita hanya perlu menyerang dari dalam rumah mereka sahaja. Rasulullah sendiri yang mendangkan usul ini. Cadangan ini sangatlah disokong para munafikin (orang Islam yang menyembunyikan ketidaktaatan mereka pada Islam sendiri) yang tidak mahu untuk keluar berperang.
2.    Keluar berperang di luat Madinah. Rasulullah menerima cadangan ini. Menunjukkan bahawa Allah menggagalkan cita-cita orang Munafikin.

Kemudian Rasulullah pun mula menyusun strategi perang dengan membahagikan tentera Muslimin kepada tiga pasukan. Rasulullah s.a.w. juga menapis tentera perang. Orang yang terlalu muda tidak dibenarkan berperang. Namun terdapat seorang pemuda bernama Rafi yang terkenal dengan kehebatannya, lalu Rasulullah membenarkannya. Seorang lagi pemuda yang pernah mengalahkan Rafi, namanya Samurah juga ingin turut serta berperang kerana beliau pun kuat juga kan. Jadi Rasulullah membenarkannya. Betapa hebatnya para sahabat, berebut-rebut ingin keluar berperang walaupun pada usia yang sangat muda, malah lebih muda dari kita sekarang. Sesiapa yang sanggup mempertahankan Allah dan RasulNya, maka dia di syurga, begitu sabda Nabi s.a.w.

Seterusnya banyak lagi kisah menarik yang berlaku dalam sejarah silam Islam, dalam Perang Uhud ini yang sepatutnya menjadi teladan kepada kita, sekaligus menaikkan semangat untuk melalui kehidupan sekarang yang tidak kurang juga ujiannya. Sama-sama kita ladeni hati kita dengan lambakan motivasi dari sejarah Islam sendiri~

Bookmark and Share

    


  Member Information For aymannurProfil   Hantar PM kepada aymannur   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 19-03-08 09:23


syukran.. bagus juga kalau kumpul cerita2 perang di sini..

suka juga baca..kagum dengan semangat orang zaman Rasulullah..

erm asal orang zaman Rasulullah itu panggil sahabat ke?


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 19-03-08 09:47


memang bagus kita mengenang kembali erti perit juang rasulullah dan sahabat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 19-03-08 09:49


daeng jati merah silu tak ada ke cerita perang nak kongsi..

apalagi perang ada..


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 19-03-08 09:51


Khalid Ibn Walid Sang Pedang Islam

ORANG seperti dia, tidak dapat tanpa diketahui dibiarkan begitu saja. Dia harus diincar sebagai calon pemimpin Islam.

Jika dia menggabungkan diri dengan kaum Muslimin dalam peperangan melawan orang-orang kafir, kita harus mengangkatnya kedalam golongan pemimpin? demikian keterangan Nabi ketika berbicara tentang Khalid sebelum calon pahlawan ini masuk Islam.

Khalid dilahirkan kira-kira 17 tahun sebelum masa pembangunan Islam. Dia anggota suku Banu Makhzum, suatu cabang dari suku Quraisy. Ayahnya bernama Walid dan ibunya Lababah. Khalid termasuk diantara keluarga Nabi yang sangat dekat. Maimunah, bibi dari Khalid, adalah isteri Nabi. Dengan Umar sendiri pun Khalid ada hubungan keluarga, yakni saudara sepupunya. Suatu hari pada masa kanak-kanaknya kedua saudara sepupu ini main adu gulat. Khalid dapat mematahkan kaki Umar. Untunglah dengan melalui suatu perawatan kaki Umar dapat diluruskan kembali dengan baik.

Ayah Khalid yang bernama Walid, adalah salah seorang pemimpin yang paling berkuasa diantara orang-orang Quraisy. Dia sangat kaya. Dia menghormati Ka'bah dengan perasaan yang sangat mendalam. Sekali dua tahun dialah yang menyediakan kain penutup Ka?bah. Pada masa ibadah Haji dia memberi makan dengan cuma-cuma bagi semua orang yang datang berkumpul di Mina.

Ketika orang Quraisy memperbaiki Ka?bah tidak seorang pun yang berani meruntuhkan dinding-dindingnya yang tua itu. Semua orang takut kalau-kalau jatuh dan mati. Melihat suasana begini Walid maju kedepan dengan bersenjatakan sekop sambil berteriak, "O, Tuhan jangan marah kepada kami. Kami berniat baik terhadap rumahMu".

Nabi mengharap-harap dengan sepenuh hati, agar Walid masuk Islam. Harapan ini timbul karena Walid seorang kesatria yang berani dimata rakyat. Karena itu dia dikagumi dan dihormati oleh orang banyak. Jika dia telah masuk Islam ratusan orang akan mengikutinya.

Dalam hati kecilnya Walid merasa, bahwa Al Qur'an itu adalah kalimat-kalimat Allah. Dia pernah mengatakan secara jujur dan terang-terangan, bahwa dia tidak bisa berpisah dari keindahan dan kekuatan ayat-ayat suci itu.

Ucapan yang terus terang ini memberikan harapan bagi Nabi, bahwa Walid akan segera masuk Islam. Tetapi impian dan harapan ini tak pernah menjadi kenyataan. Kebanggaan atas diri sendiri membendung bisikan-bisikan hati nuraninya. Dia takut kehilangan kedudukannya sebagai pemimpin bangsa Quraisy.

Kesangsian ini menghalanginya untuk menurutkan rayuan-rayuan hati nuraninya. Sayang sekali orang yang begini baik, akhirnya mati sebagai orang yang bukan Islam.

Suku Banu Makhzum mempunyai tugas-tugas penting. Jika terjadi peperangan, Banu Muhzum lah yang mengurus gudang senjata dan gudang tenaga tempur. Suku inilah yang mengumpulkan kuda dan senjata bagi prajurit-prajurit.

Tidak ada cabang suku Quraisy lain yang bisa lebih dibanggakan seperti Banu Makhzum. Ketika diadakan kepungan maut terhadap orang-orang Islam dilembah Abu Thalib, orang-orang Banu Makhzumlah yang pertama kali mengangkat suaranya menentang pengepungan itu.

Latihan Pertama

Kita tidak banyak mengetahui mengenai Khalid pada masa kanak-kanaknya. Tetapi satu hal kita tahu dengan pasti, ayah Khalid orang berada. Dia mempunyai kebun buah-buahan yang membentang dari kota Mekah sampai ke Taif. Kekayaan ayahnya ini membuat Khalid bebas dari kewajiban-kewajibannya.

Dia lebih leluasa dan tidak usah belajar berdagang. Dia tidak usah bekerja untuk menambah pencaharian orang tuanya.

Kehidupan tanpa suatu ikatan memberi kesempatan kepada Khalid mengikuti kegemarannya. Kegemarannya ialah adu tinju dan berkelahi.

Saat itu pekerjaan dalam seni peperangan dianggap sebagai tanda seorang Satria. Panglima perang berarti pemimpin besar.

Kepahlawanan adalah satu hal terhormat di mata rakyat.

Ayah Khalid dan beberapa orang pamannya adalah orang-orang yang terpandang dimata rakyat. Hal ini memberikan dorongan keras kepada Khalid untuk mendapatkan kedudukan terhormat, seperti ayah dan paman-pamanya. Satu-satunya permintaan Khalid ialah agar menjadi orang yang dapat mengatasi teman-temannya didalam hal adu tenaga. Sebab itulah dia menceburkan dirinya kedalam seni peperangan dan seni bela diri. Malah mempelajari keahlian mengendarai kuda, memainkan pedang dan memanah. Dia juga mencurahkan perhatiannya kedalam hal memimpin angkatan perang. Bakat-bakatnya yang asli, ditambah dengan latihan yang keras, telah membina Khalid menjadi seorang yang luar biasa.

Kemahiran dan keberaniannya mengagumkan setiap orang.

Pandangan yang ditunjukkannya mengenai taktik perang menakjubkan setiap orang. Dengan gamblang orang dapat melihat, bahwa dia akan menjadi ahli dalam seni kemiliteran.

Dari masa kanak-kanaknya dia memberikan harapan untuk menjadi ahli militer yang luar biasa senialnya.

Menentang Islam

Pada masa kanak-kanaknya Khalid telah kelihatan menonjol diantara teman-temannya. Dia telah sanggup merebut tempat istimewa dalam hati rakyat. Lama kelamaan Khalid menanjak menjadi pemimpin suku Quraisy. Pada waktu itu orang-orang Quraisy sedang memusuhi Islam. Mereka sangat anti dan memusuhi agama Islam dan penganut-penganut Islam. Kepercayaan baru itu menjadi bahaya bagi kepercayaan dan adat istiadat orang-orang Quraisy. Orang-orang Quraisy sangat mencintai adab kebiasaannya. Sebab itu mereka mengangkat senjata untuk menggempur orang-orang Islam. Tunas Islam harus dihancurkan sebelum tumbuh berurat ber-berakar. Khalid sebagai pemuda Quraisy yang berani dan bersemangat berdiri digaris paling depan dalam penggempuran terhadap kepercayaan baru ini. Hal ini sudah wajardan seirama dengan kehendak alam.

Sejak kecil pemuda Khalid bertekad menjadi pahlawan Quraisy. Kesempatan ini diperolehnya dalam pertentangan-pertentangan dengan orang-orang Islam. Untuk membuktikan bakat dan kecakapannya ini, dia harus menonjolkan dirinya dalam segala pertempuran. Dia harus memperlihatkan kepada sukunya kwalitasnya sebagai pekelahi.

Peristiwa Uhud

Kekalahan kaum Quraisy didalam perang Badar membuat mereka jadi kegila-gilaan, karena penyesalan dan panas hati. Mereka merasa terhina. rasa sombong dan kebanggaan mereka sebagai suku Quraisy telah meluncur masuk lumpur kehinaan Arang telah tercoreng dimuka orang-orang Quraisy. Mereka seolah-olah tidak bisa lagi mengangkat dirinya dari lumpur kehinaan ini. Dengan segera mereka membuat persiapan-persiapan untuk membalas pengalaman pahit yang terjadi di Badar.

Sebagai pemuda Quraisy, Khalid bin Walid pun ikut merasakan pahit getirnya kekalahan itu. Sebab itu dia ingin membalas dendam sukunya dalam peperangan Uhud. Khalid dengan pasukannya bergerak ke Uhud dengan satu tekad menang atau mati.

Orang-orang Islam dalam pertempuran Uhud ini mengambil posisi dengan membelakangi bukit Uhud.

Sungguhpun kedudukan pertahanan baik, masih terdapat suatu kekhawatiran. Dibukit Uhud masih ada suatu tanah genting, dimana tentara Quraisy dapat menyerbu masuk pertahanan Islam. Untuk menjaga tanah genting ini, Nabi menempatkan 50 orang pemanah terbaik. Nabi memerintahkan kepada mereka agar bertahan mati-matian. Dalam keadaan bagaimana jua pun jangan sampai meninggalkan pos masing-masing.

Khalid bin Walid memimpin sayap kanan tentara Quraisy empat kali lebih besar jumlahnya dari pasukan Islam. Tetapi mereka jadi ragu-ragu mengingat kekalahant-kekalahan yang telah mereka alami di Badar. Karena kekalahan ini hati mereka menjadi kecil menghadapi keberanian orang-orang Islam.

Sungguh pun begitu pasukan-pasukan Quraisy memulai pertempuran dengan baik. Tetapi setelah orang-orang Islam mulai mendobrak pertahanan mereka, mereka telah gagal untuk mempertahankan tanah yang mereka injak.

Kekuatannya menjadi terpecah-pecah. Mereka lari cerai-berai. Peristiwa Badar berulang kembali di Uhud. Saat-saat kritis sedang mengancam orang-orang Quraisy. Tetapi Khalid bin Walid tidak goncang dan sarafnya tetap membaja. Dia mengumpulkan kembali anak buahnya dan mencari kesempatan baik guna melakukan pukulan yang menentukan.

Melihat orang-orang Quraisy cerai-berai, pemanah-pemanah yang bertugas ditanah genting tidak tahan hati. Pasukan Islam tertarik oleh harta perang, harta yang ada pada mayat-mayat orang-orang Quraisy. Tanpa fikir panjang akan akibatnya, sebagian besar pemanah-pemanah, penjaga tanah genting meninggalkan posnya dan menyerbu kelapangan.

Pertahanan tanah genting menjadi kosong. Khalid bin Walid dengan segera melihat kesempatan baik ini. Dia menyerbu ketanah genting dan mendesak masuk. Beberapa orang pemanah yang masih tinggal dikeroyok bersama-sama. Tanah genting dikuasai oleh pasukan Khalid dan mereka menjadi leluasa untuk menggempur pasukan Islam dari belakang.

Dengan kecepatan yang tak ada taranya Khalid masuk dari garis belakang dan menggempur orang Islam dipusat pertahanannya.

Melihat Khalid telah masuk melalui tanah genting, orang-orang Quraisy yang telah lari cerai-berai berkumpul kembali dan mengikuti jejak Khalid menyerbu dari belakang. Pemenang-pemenang antara beberapa menit yang lalu, sekarang telah terkepung lagi dari segenap penjuru, dan situasi mereka menjadi gawat.

Khalid bin Walid telah merobah kemenangan orang Islam di Uhud menjadi suatu kehancuran. Mestinya orang-orang Quraisylah yang kalah dan cerai-berai. Tetapi karena gemilangnya Khalid sebagai ahli siasat perang, kekalahan-kekalahan telah disunglapnya menjadi satu kemenangan. Dia menemukan lobang-lobang kelemahan pertahanan orang Islam.

Hanya pahlawan Khalidlah yang dapat mencari saat-saat kelemahan lawannya. Dan dia pula yang sanggup menarik kembali tentara yang telah cerai-berai dan memaksanya untuk bertempur lagi. Seni perangnya yang luar biasa inilah yang mengungkap kekalahan Uhud menjadi suatu kemenangan bagi orang Quraisy.

Ketika Khalid bin Walid memeluk Islam Rasulullah sangat bahagia, karena Khalid mempunyai kemampuan berperang yang dapat digunakan untuk membela Islam dan meninggikan kalimatullah dengan perjuangan jihad. Dalam banyak kesempatan peperangan Islam Khalid bin Walid diangkat menjadi komandan perang dan menunjukan hasil gemilang atas segala upaya jihadnya. Betapapun hebatnya Khalid bin Walid di dalam medan pertempuran, dengan berbagai luka yang menyayat badannya, namun ternyata kematianya diatas ranjang. Betapa menyesalnya Khalid harapan untuk mati sahid dimedan perang ternyata tidak tercapai dan Allah menghendakinya mati di atas tempat tidur, sesudah perjuangan membela Islam yang luar biasa itu.

Demikianlah kekuasaan Allah. Manusia berasal dari Allah dan akan kembali kepada-Nya sesuai dengan kemaua-Nya.

Dipetik dari:
Ar-Rahmah Blog


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 19-03-08 09:53


Pada 19-03-08 09:23 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

syukran.. bagus juga kalau kumpul cerita2 perang di sini..

suka juga baca..kagum dengan semangat orang zaman Rasulullah..

erm asal orang zaman Rasulullah itu panggil sahabat ke?



ye, urang yang hidup di zaman rasul dan rapat dengan Nabi Muhammad dipanggil Sahabat.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 19-03-08 09:56


Pada 19-03-08 09:53 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 19-03-08 09:23 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

syukran.. bagus juga kalau kumpul cerita2 perang di sini..

suka juga baca..kagum dengan semangat orang zaman Rasulullah..

erm asal orang zaman Rasulullah itu panggil sahabat ke?



ye, urang yang hidup di zaman rasul dan rapat dengan Nabi Muhammad dipanggil Sahabat.



termasuk para isteri nabi?

tapi budak-budak tidak gelar sahabat lah kan..
warghh.. masih konpius :-(


oh syukran perkongsian..
pernah juga dengan pahlawan khalid bin walid..
memang hebat2 sahabat Rasulullah..
nantilah baca..cafe2..


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 19-03-08 10:20


"Ash-Shabi (sahabat) ialah orang yang bertemu dengan Rasulullah SAW, beriman kepada beliau dan meninggal dalam keadaan Islam"

Riwayat Ibnu Hajar al-Asqalani asy-Syafi'i

ye, Isteri Nabi juga dipanggil Sahabat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 19-03-08 10:22


Pada 19-03-08 09:56 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!



tapi budak-budak tidak gelar sahabat lah kan..
warghh.. masih konpius :-(



kanak-kanak kecil yang pernah melihat wajah nabi juga digelar Sahabat Nabi.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 19-03-08 10:46


/

- gambar hiasan

“Sesungguhnya zaman itu berputar sebagaiman bentuknya semula di waktu Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan diantaranya terdapat empat bulan yang dihormati : 3 bulan berturut-turut; Dzul Qo’dah, Dzul Hijjah, Muharram dan Rajab Mudhar, yang terdapat diantara bulan Jumada tsaniah dan saya’ban.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

p/s

gambar di atas menunjukkan perjalanan Hijratul Rasul min Makkahtul Mukaramah ila Yatrib (Madinatul Munawarah)


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 19-03-08 11:41


"Dalam hati kecilnya Walid merasa, bahwa Al Qur'an itu adalah kalimat-kalimat Allah. Dia pernah mengatakan secara jujur dan terang-terangan, bahwa dia tidak bisa berpisah dari keindahan dan kekuatan ayat-ayat suci itu.

Ucapan yang terus terang ini memberikan harapan bagi Nabi, bahwa Walid akan segera masuk Islam. Tetapi impian dan harapan ini tak pernah menjadi kenyataan. Kebanggaan atas diri sendiri membendung bisikan-bisikan hati nuraninya. Dia takut kehilangan kedudukannya sebagai pemimpin bangsa Quraisy."


oh baru faham dari ni pasal ahli2 kitab yang selama ini saya tak faham..
....................................

walid tu walaupun bukan Islam tapi memelihara kaabah.. begitu ke maksudnya :berfikir:
tak termasuk pula cerita bagaimana khalid memeluk Islam..

dalam perang uhud tu Islam kalah dan khalid belum Islam kan :-?


kisah sumayyah dah baca ingat2 lupa..syahidah pertama Islam kan..


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

Nurizmi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20156
Posting: 539
Dari: utara...

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 19-03-08 11:51


assalamualaikum wbt...

alhamdulillah..syukran atas info..

hmm..sahabat2 pada zaman Rasulullah dulu menegakkan islam dengan berperang..pedang bagaikan sahabat bagi mereka..tapi bagaimana kita sekarang ye..macam mana kita berjuang menegakkan agama kita?lebih-lebih lagi berjuang mengekalkan akidah kita..hmm..sama-sama kita muhasabah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurizmiProfil   Hantar PM kepada Nurizmi   Pergi ke Nurizmi's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 19-03-08 11:53


Sakinah, ahli kitab tu urang2 sebelum Islam yang beriman dengan kitab2 Taurat, dan Injil...
yang beriman seratus peratus terhadapnye...


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 19-03-08 12:08


Pada 19-03-08 11:53 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

Sakinah, ahli kitab tu urang2 sebelum Islam yang beriman dengan kitab2 Taurat, dan Injil...
yang beriman seratus peratus terhadapnye...



yang ini tahu :-) yang tak fahamnya Kenapa bila datang Islam sedangkan mereka yang lebih faham kitab dan dalam kitab ada nubuat kedatangan Rasulullah tapi mereka tak beriman dengan Islam..dari ni samalah ya..sebab takut kedudukan hilang..


ada lagi cerita?


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

pejuang_terakhir
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 19-03-08 12:16


yang dikatakan sahabat adalah mereka-mereka yang hidup pada zaman rasulullah bertemu muka dengan baginda serta beriman dengan ajaran baginda serta mati dalam iman kepada ajaran islam....tak semua yang hidup pada zaman tu dipanggil sahabat selagi mana tidak melengkapi criteria2 yang tertera....contohnya abu talib,tidak dipanggil sahabat, dan lagi uwais al-qarni seorang yang soleh hidup pada zaman nabi tetapi dipanggil tabiin kerana tak mengadap secara langsung dengan baginda

Bookmark and Share

    


  Member Information For pejuang_terakhirProfil   Hantar PM kepada pejuang_terakhir   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 19-03-08 12:49


terima kasih pejuang terakhir sebab mengajo teman ilmu dengan lebih mendalam...

teman nak doa kejap,

Robbi zindeni ilman, wa zuk ni fahman....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 19-03-08 14:55


Pada 19-03-08 10:20 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

"Ash-Shabi (sahabat) ialah orang yang bertemu dengan Rasulullah SAW, beriman kepada beliau dan meninggal dalam keadaan Islam"

Riwayat Ibnu Hajar al-Asqalani asy-Syafi'i

ye, Isteri Nabi juga dipanggil Sahabat


ya..ini ialah hadis yang tepat...dalam terjemahan al-Quran ada..tapi, tak ingat di mana...hmm..kisah yang diceritakan aymannur...hanyalah permulaan perang uhud kan...

jika CK berminat nak baca sirah Rasul secara mudah..belilah buku Sirah Rasulullah karangan Mustafa as-Syibaie...bagus buku tu...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

aymannur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.06.2003
Ahli No: 1022
Posting: 212
Dari: irbed

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 19-03-08 22:58


sambung lagi...

Setelah selesai menyusun strategi dan menapis tentera yang boleh pergi berperang,tentera Islam bergerak ke suatu kawasan bernama as-Syaikani. Sebelum tiba waktu subuh keesokannya, Abdullah bin Ubay, ketua orang munafik telah menarik diri bersama 300 orang pengikutnya dari bersama-sama dalam peperangan. entera Islam yang pada asalnya 1000 orang, telah menjadi 700 orang sahaja. Keadaan ini melemahkan semangat beberapa tentera Islam, namun dengan pertolongan Allah, perjalanan diteruskan hingga ke Uhud.

Dua bala tentera telah pun tiba di Uhud. Talhah bin Abu Talha, musyrik Mekah mara ke hadapan sebagai wakil musyrikin. Talhah sangat digeruni kerana keberaniannya. Lalu az-Zubair dengan pantasnya keluar lalu menikam Talhah. Peperangan pun tercetus.

Di saat kemenangan hampir berpihak kepada Islam, beberapa pasukan pemanah telah mengingkari arahan Rasulullah dan beredar dari posisi mereka. Maka Khalid al0-Wald telah mengambil kesempatan ini untuk mengganyang tentera Islam. Keadaan kembali kucar-kacir, pasukan Islam terkepung. Di saat ini juga Musyrikin mengambil kesempatan untuk membunuh nabi s.a.w. Di saat ini juga menyaksikan betapa hebatnya pengorbanan dan kesungguhan para sahabat menggadaikan diri untuk Islam dan mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan nyawa seorang rasul. Diceritakan bagaimana Rasulullah telah dilindungi oleh 9 orang sahabat, 7 daripadanya orang ansar dan 2 daripadanya orang Muhajirin. Ketujuh-tujuh orang Ansar syahid ketika mempertahankan Rasullullah. Lalu tinggallah 2 orang Muhajirin mempertahankan Rasullullah, Saad b Abi waqas dan Talhah bin Ubaidillah. Ketika ini juga diturunkan Jibril dan Mikail untuk ikut bertempur.

Selain itu, pelbagai peristiwa menyayat hati yang berlaku dalam perang Uhud ini. Ketika keadaan yang sangat genting ini, Mus`ab bin Umeir memegang panji Islam. Tangan kanannya yang memegang panji Islam disabit, lalu dipegang pula dengan tangan kirinya. Disabit pula tangan kirinya lalu dipeluk di antara dada dan lehernya. Akhirnya beliau dipancung dan syahid. Orang yang membunuhnya bernama Qam`ah bin Qam`ah. Diriwayatkan Mus'ab bin Umeir ini memiliki wajah seakan0-akan nabi sehingga pihak Musyrikin ketika itu menyangkakan nabi sudah mati, lalu mereka pun bersorak kegembiraan dan mula berundur. Ketika inilah tentera Islam menyerang kembali tentera musyrukin yang telah kucar-kacir.

Diceritakan juga kisah seorang syahid yang tidak cukup kain kapan, lalu ditutup sebahagian dari jasadnya dengan daun.sesudah selesai mengebumikan jasad para syuhada` Rasullah s.a.w. dan sahabat kembali ke Madinah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For aymannurProfil   Hantar PM kepada aymannur   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-03-08 02:55


Tapi syahid yang dipinta Khalid Al Walid tak pernah kunjung tiba......
menunjukkan bahawa Khalid tidak terkalah oleh manusia, hanya kalah pada ketentuan Yang Maha Esa............

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 24-03-08 17:02


Pada 19-03-08 22:58 , aymannur posting:

!!! QUOTE !!!



Diceritakan juga kisah seorang syahid yang tidak cukup kain kapan, lalu ditutup sebahagian dari jasadnya dengan daun.sesudah selesai mengebumikan jasad para syuhada` Rasullah s.a.w. dan sahabat kembali ke Madinah.


syahid yang tidak cukupkain kafan ini ialah Mus'ab bin Umayr lah...
begitu menyedihkan kisah perqng Uhud ni..menjadi pengajaran tentang bagaimana kita sebagai seorang pengikut kepada seorang pemimpin, betapa pentingnya mengikut kata² pemimpin...apatah lagi kata² Rasulullah....hatta kita merasa yakin sekalipun bahawa kita telah berjaya atau menang, jangan sekali² mengingkari apa yang telah ditetapkan/diputuskan seorang pemimpin kerana di situlah letaknya tanggungjawab seorang pemimpin...

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. "

(Surah an-Nisa' : 59)



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.294112 saat. Lajunya....