Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 31-05-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Manusia akan mati sekali sahaja, tetapi orang yang berhutang akan mati berkali-kali
-- Peribahasa India

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 16
Ahli: 0
Jumlah: 16




  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 23 hari yang lalu
izdham: 32 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 41 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: REVOLUSI ZINA!


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» REVOLUSI ZINA!

Please Mendaftar To Post


Oleh REVOLUSI ZINA!

idie04
WARGA SETIA
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20831
Posting: 413
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 17-03-08 22:12


assalamualaikum,

Masa kini, Malaysia sedang menuju ke lembah kemaksiatan taha teruk...

Media massa sekarang tidak bertanggungjawab dengan begitu aktif menyiarkan program yang menjurus ke arah zina...contoh cerita adalah impak maksima (impak maksiat?!)

Kita sekarang menuju REVOLUSI ZINA...
Pendapat anda?


-----------------
~Betulkan yang biasa,biasekan yang betul!


Bookmark and Share

    


  Member Information For idie04Profil   Hantar PM kepada idie04   Pergi ke idie04's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 17-03-08 22:20


nama pun dah akhir zaman..sendiri jaga diri sendiri..siapa yang mampu igt2 kan lah juga kepada yang alpa..tapi memang hakikat sedang menuju ke penghujung rasanya..doa lah banyak-banyak agar ALLAH pelihara dar fitnah akhir zaman

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

kahfi8
WARGA SETIA
Menyertai: 19.09.2007
Ahli No: 31129
Posting: 517
Dari: Damansara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 18-03-08 02:17


anak halal pun lebih kurang jugak (ana tengok trailer kat internet).. lepas itu ana tengok ada pulak nak keluar ni KL drift entah apa ke namanya pun.. isk3x tak ada langsung inisiatif nak kuarkan kisah tariq ibn ziyad ke, ikrimah, usamah, ali ke etc..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kahfi8Profil   Hantar PM kepada kahfi8   Pergi ke kahfi8's Website   Quote dan BalasQuote

emirmizan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.01.2006
Ahli No: 22006
Posting: 91
Dari: seremban

australia   avatar


posticon Posting pada: 18-03-08 06:28


depa ni pandai.... pandai ilmu dunia, pandai buat tu andai buat ni.. tapi jahil, sensitiviti depa terhadap Islam ni tak ada..... aqal yang Allah bagi pinjam salah guna... betuilah cakap ulama'... jahil itu tidak tertumpu semata-mata kepada tempat... waktu dan zaman... zaman canggih pun dok ada lagi orang jahil....

Bookmark and Share

    


  Member Information For emirmizanProfil   Hantar PM kepada emirmizan   Pergi ke emirmizan's Website   Quote dan BalasQuote

nisa_iman
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.01.2008
Ahli No: 32305
Posting: 341
Dari: sintok..>>..bangi

Perak   avatar


posticon Posting pada: 18-03-08 07:09


inilah antara tanda-tanda kiamat semakin dekat.. maksiat berleluasa..
nanti pada satu ketika, orang buat maksiat kat tepi jalan pun, orang dah tak ambil peduli dah sebab benda ni dah jadi kebiasaan..

inilah fitnah dunia yang besar..

oleh tu, betul cakap saudara hafeezul, sekarang ni masing-masing jaga diri..
kena bekalkan iman yang cukup kuat.. nanti kalau iman tak kuat, tu yang boleh terjerumus tu..

ya Allah jauhilah hambamu dr kemaksiatan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisa_imanProfil   Hantar PM kepada nisa_iman   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 18-03-08 07:21


wanita dieksploitasi dan wanita mengeksploitasi diri sendiri

tak sukanya wanita yang dijadikan model bergambar dengan kereta :cry:
cerita lama tapi semalam tengok kat akhbar.. malunya :cry:


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 18-03-08 07:32


Pada 18-03-08 07:21 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

wanita dieksploitasi dan wanita mengeksploitasi diri sendiri

tak sukanya wanita yang dijadikan model bergambar dengan kereta :cry:
cerita lama tapi semalam tengok kat akhbar.. malunya :cry:


Assalamualaikum...

setuju dengan ukhti sakinah

semalam pun, masa lalau dekat lebuhraya.... ana terpandang satu iklan besar berkenaan dengan "siri litar tertutup" kalau tak salah.
kat sebelah dia ada gambar perempuan..

ana tertanya-tanya....apa kena mengena perempuan dengan kamera litar tertutup tu..

huurrmm... :-?
memang telah dieksploitasi betul lah.


-----------------
Janganlah berlalu satu haripun tanpa kita memikirkan tentang masalah umat islam....


Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

wahidatulfarahah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32315
Posting: 328
Dari: malaysia

morocco   avatar


posticon Posting pada: 18-03-08 07:36


Pada 18-03-08 07:21 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

wanita dieksploitasi dan wanita mengeksploitasi diri sendiri

tak sukanya wanita yang dijadikan model bergambar dengan kereta :cry:
cerita lama tapi semalam tengok kat akhbar.. malunya :cry:



zaman sekarang ni, wanita banyak sangat dieksploitasi.wanita yang buat tu pun tak kisah dieksploitasi sebab dapat duit.kadang-kadang iklan pelancaran IT gadget guna perempuan seksi.. :roll: ada kaitan ke perempuan seksi dengan benda tu? dulu, minyak pelincir kereta, guna prempuan seksi, minyak rambut lelaki pun guna perempuan seksi :roll: .siap ada istilah untuk pmpuan2 yang ada masa plumbaan kereta atau motor - gadis litar.pakai bju seminimum mungkin.apa kaitan perempuan seksi gila dengan luba kereta atau moto? huhuhu

:-? :roll: :-| laki-laki pun banyak saja suka tengok pmpuan2 begitu.harap laki-laki kat ukhwah ni tak lah tergolong dalam kategori tu.. :jangan: :jangan:


-----------------
~GELITA KERANA CINTA, BERDERANG KERANA KASIH~


Bookmark and Share

    


  Member Information For wahidatulfarahahProfil   Hantar PM kepada wahidatulfarahah   Quote dan BalasQuote

mrdie
Warga Rasmi
Menyertai: 18.03.2008
Ahli No: 32926
Posting: 1
Dari: Kota Bharu, Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-03-08 09:22


Pada akhir zaman kaum lelaki menjadi fasik dan kaum wanita semakin melampaui batas.. Semoga dijauhkan kita, ahli keluarga kita dan sahabat2 kita dari tergolong dalam golongan tersebut..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mrdieProfil   Hantar PM kepada mrdie   Pergi ke mrdie's Website   Quote dan BalasQuote

RijaludDeen
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.10.2006
Ahli No: 27105
Posting: 305
Dari: Perak..

Perak   avatar


posticon Posting pada: 18-03-08 09:50


Assalamualaikum..
Betul tu..dewasa ni,terlalu banyak wanita-wanita yang dijadikan bahan untuk diekspoitasi dan sebagai penarik..ni lah yang dikatakan wanita sebagai fitnah..
Bak kata idie04,contoh cerita yang xbagus sekarang ni, 'impak maksima'..tak lama lagi nak keluar pula 'kl drift'...
Kerajaan sekarang ni sibuk dok bkempen,bhati2 di jalan raya,nak banteras gejala mat rempit..tapi dalam pada masa yang sama, penerbit2 filem & drama,dok sibuk2 mempopularkan aksi2 rempit, car racing..lepas itu budak-budak muda lah yang akan terpengaruh dengan aksi2 macam tu..dok merempit tengah-tengah mlm..dengan benda-benda macam tu lah akan timbul gejala2 xshat,sosial budak-budak muda yang melampaui batas..sia-sia saja lah usaha kerajaan tu..

Peringatan untuk diri sendiri jugak..Allahua'lam..

p/s:ana xstuju langsung Kalau ada penerbit yang kata nak bagi kesedaran melalui filem2 macam tu.. :jangan: :jangan:


-----------------
"Put Our Trust In ALLAH"




Bookmark and Share

    


  Member Information For RijaludDeenProfil   Hantar PM kepada RijaludDeen   Pergi ke RijaludDeen's Website   Quote dan BalasQuote

lat-terang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.03.2008
Ahli No: 32894
Posting: 156
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 18-03-08 10:04


Setuju..semua hiburan saja kat tv kan..ni dah masuk AF lagi..tengoklah selepas ini bagaimana budak-budak muda ni...penuh saja dok tengok AF ...sampaikan nenek pun join sekali..dah agak parah tu..insaflah nenek oiiii

Bookmark and Share

    


  Member Information For lat-terangProfil   Hantar PM kepada lat-terang   Quote dan BalasQuote

aisya_aqmar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.08.2004
Ahli No: 10643
Posting: 195
Dari: pasir puteh ~ kaiy ell ~ k. tganu ~ next....?

Kelantan  


posticon Posting pada: 18-03-08 10:22


huhu... entah lah... kerajaan yang kena mainkan peranan untuk banteras gejala dan masalah yang tak sihat ini... tapi, apa nak buat... mereka s'diri yang suka hiburan2 yang macam ni. kalau tak, mereka takkan didik masyarakat untuk terima dan adapt gejala hedonisme ini... saya bukan nak mnylhkn k'jaan. tapi, tu semua bidang kuasa mereka. terutama sekali menteri penerangan dan kementerian dalam negeri yang bagi kelulusan terbitkan bahan cetak...
please lah... do something... i'm very sick to see our youth like this... pemuda pemimpin negara pada masa akan datang.. apa akan jadi pada negara kita kalau pemuda2nya mabuk hedonisme? huhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For aisya_aqmarProfil   Hantar PM kepada aisya_aqmar   Quote dan BalasQuote

Nurizmi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20156
Posting: 539
Dari: utara...

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-03-08 10:33


hmm..macam-macam pendapat dari sahabat2 semua erk..
so sekarang...peranan kita lah pulak..
amal maakruf nahi mugkar..
mulakan dengan diri sendiri dulu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurizmiProfil   Hantar PM kepada Nurizmi   Pergi ke Nurizmi's Website   Quote dan BalasQuote

asrul_safwan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 213
Posting: 154
Dari: Shah Alam....

Terengganu  


posticon Posting pada: 18-03-08 11:23


Kalau dah tahu sekarang banyak maksiat...undilah PAS....

Bookmark and Share

    


  Member Information For asrul_safwanProfil   Hantar PM kepada asrul_safwan   Quote dan BalasQuote

aisya_aqmar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.08.2004
Ahli No: 10643
Posting: 195
Dari: pasir puteh ~ kaiy ell ~ k. tganu ~ next....?

Kelantan  


posticon Posting pada: 18-03-08 18:56


hehe... direct kempen tu... undilah PAS... huhu... undilah orang-orang yang betul-betul nak melaksanakan islam sepenuhnya... bukan islam yang sengaja direka2. ditambah2 sini, dibuang2 situ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aisya_aqmarProfil   Hantar PM kepada aisya_aqmar   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 18-03-08 19:01


Pada 18-03-08 18:56 , aisya_aqmar posting:

!!! QUOTE !!!

hehe... direct kempen tu... undilah PAS... huhu... undilah orang-orang yang betul-betul nak melaksanakan islam sepenuhnya... bukan islam yang sengaja direka2. ditambah2 sini, dibuang2 situ...


betul tu.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

wahidatulfarahah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32315
Posting: 328
Dari: malaysia

morocco   avatar


posticon Posting pada: 18-03-08 19:02


betul-betul.undi lah islam, bukan islam yang lain-lain jenis sebab islam ada stu jenis saja.. contoh islam lain jenis ialah islam hadhari.. uhuk3..

Bookmark and Share

    


  Member Information For wahidatulfarahahProfil   Hantar PM kepada wahidatulfarahah   Quote dan BalasQuote

idie04
WARGA SETIA
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20831
Posting: 413
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 18-03-08 22:22


lagi satu cerita tak senonoh...SINDARELA.....
secara jujurnyer tak ada langsung nilai ISLAM dan timur dalam cerita tu....
laki dan perempuan berpeluk sesuka hati.......

Ana khuatir generasi kini yang masih kecil akan menganggap perkara itu merupakan satu kebiasaan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For idie04Profil   Hantar PM kepada idie04   Pergi ke idie04's Website   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 18-03-08 22:28


erm...nak tengok television pun malas sekarang ni...kekadang walaupun tengok rancangan berilmiah, tiba-tiba keluar iklan memacam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

Irshadianz_Boyz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13291
Posting: 139
Dari: Bumi Al-Irshad

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 19-03-08 00:15


AKHIR ZAMAN..huhuhu...kan best kalau kita lahir zaman para anbiya'......

Bookmark and Share

    


  Member Information For Irshadianz_BoyzProfil   Hantar PM kepada Irshadianz_Boyz   Quote dan BalasQuote

sitishairah
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2007
Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-03-08 00:34


Assalamualaikum wr wbt

Hm..baru-baru ni saya jalan-jalan kat luar macam..tiba-tiba nampak pasangan kissing depan saya..Astagfirullahalazim...terkejut comel saya dibuatnya..memang tak sangka lah akan berlaku perkara tu depan saya..nak bersangka baik pun...iyalah..assume saja lah mereka tu suami isteri..tapi...perlu ke buat begitu kalau suami isteri pun....huhu..
risaunya kalau nanti kissing2 dah jadi amalan pulak....macam yang dah jadi kat Indonesia tu..kalau perasan cerita cinta dr Indonesia mesti ada bab tu..walaupun pelakon tu Islam...

Nauzubillah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sitishairahProfil   Hantar PM kepada sitishairah   Quote dan BalasQuote

sitishairah
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2007
Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-03-08 00:54


uiks..jadi 'macam' pulak dia...okla...bukan 'macam' ye tapi Central Market..hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For sitishairahProfil   Hantar PM kepada sitishairah   Quote dan BalasQuote

insan_wardah
Warga Rasmi
Menyertai: 10.03.2008
Ahli No: 32844
Posting: 19
Dari: atAs buMi ALLAh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 19-03-08 17:12


memang da macam-macam yang di iklankan dan disiarkn kat tv.....semuanya cite2 yang lagho... huhu...memang sedih tengok org melayu berlakon macam 2...masayaALLAH...
YA ALLAH..JAUHKANLAH HAMBAMU INI DARI TERJERUMUS KE LEMBAH MAKSIAT...sama-sama lah kita mendoakan moga-moga mereka dapat hidayah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For insan_wardahProfil   Hantar PM kepada insan_wardah   Quote dan BalasQuote

emirmizan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.01.2006
Ahli No: 22006
Posting: 91
Dari: seremban

australia   avatar


posticon Posting pada: 19-03-08 17:25


huhuh.. tak taulah apa nak jadi... ya, benar... zaman kian menuju ke penghujungnya, kiamat sedang hampir kepada kita.... ya Allah, lindungi kami dari kesesatan yang nyata...

Bookmark and Share

    


  Member Information For emirmizanProfil   Hantar PM kepada emirmizan   Pergi ke emirmizan's Website   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 21-03-08 14:36


Nikah adalah baik untuk maruah, keturunan, serta kesihatan tubuh,
zina perbuatan maksiat dosa besar,...

Apabila Nabi Isa AlaihisSalam Turun

Hadis sahih Muslim jilid 1 No. 127.

Dari Abu Hurairah .a katanya Rasulullah saw. Bersabda “Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya telah dekat masanya Isa Ibnu Maryam akan turun di tengah-tengah kamu. Dia akan menjadi Hakim yang ADIL, akan dihancurnya salib, dibunuhnya bab*/khinzir, dihapuskannya pajak, dan kekayaan akan melimpah ruah (ma’mur) sehingga tidak seorang pun lagi bersedia menerima pemberian”

Hadis 128

Jabir bin Abdullah .a mendengar Nabi saw. Bersabda”Akan senantiasa ada hingga hari Kiamat segolongan umatku yang berjuang menegakkan kebenaran dan mereka pasti menang” sementara itu nabi ‘Isa a.s akan turun ke tengah-tengah umat. Lalu pemimpin-pemimpin mereka berkata kepadanya: “Sudilah Anda solat dan menjadi Imam (pemimpin) kami.” Jawab Nabi ‘Isa a.s ,”Tidak, Masing-masing kamu boleh menjadi pemimpin bagi yang lain, selaku suatu kehormatan yang dilimpahkan Allah kepada ummat ini”.



Dari Ibnu Umar .a katanya Rasulullah saw. Berbicara mengenai dajjal di hadapan orang banyak. Sabda beliau “Sesungguhnya Allah Taala tidak picek (buta matanya sebelah). Ketahilah sesungguhnya Al masih Dajjal yang picek mata kanannya seperti buah anggur mengembung”

Dari Anas bin malik .a katanya Rasulullah saw. Bersabda “Tidak ada seorang Nabi melainkan dia mengingatkan ummatnya supaya waspada terhadap sipicek pembohong besar. Ketahuilah dia picek, sedang Tuhanmu tidak picek. Antara kedua matanya tertulis k-f- (kafir)

Dari Hudzaifah .a katanya Rasulullah saw. Bersabda “ aku lebih tahu tentang dajjal daripada dajjal itu sendiri. Dia mempunyai dua sungai yang mengalir. Yang satu kelihatan oleh mata mengalirkan air putih bersih, sedang yang satu lagi kelihatan bagai api bergejolak yang sedang mengalir.Siapa yang menemukannya hendaklah didatangi sungai yang kelihatan seperti api menyala, lalu picingkan mata, tundukkan kepala dan minumlah airnya. Maka sesungguhnya itulah air. Sejuk. dajjal matanya tertutup oleh selapi daging tebal. Antara kedua matanya terdapat tulisan”kafir” yang dapat dibaca oleh setiap orang mukmin baik yang tahu tulis baca atau tidak”

Dari Hudzaifah .a dari Nabi saw. Sabdanya”dajjal selalu membawa air dan api. Api itu sebenarnya adalah air sejuk, sedang air sebenarnya adalah api. Kerana itu waspadalah kamu agar tidak celaka”

Dari Nawas bin Sam’an .a katanya “Pada suatu pagi Rasulullah saw. Berbicara mengenai dajjal. Tempo-tempo beliau merendahkan suara dan kadang-kadang meninggikannya, sehingga kami merasakan seolah-olah berada dalam kelompok lebah. Petang hari kami mendatangi beliau. Beliau sudah tahu persoalan kami. Tanya beliau “apakah kabar kalian?” jawab kami” Ya Rasulullah, tadi pagi anda berbicara mengenai dajjal. Kadang kadang anda merendahkan suara kadang-kadang meninggikan suara sehingga kami merasakan seolah-olah berada dalam kelompok lebah” Jawab Rasululah saw. “Bukan dajjal yang mengkhuatirkanku terhadap kamu sekelian. Jika dia muncul, sedang aku sudah tidak berada disampingmu, maka ummat manusia akan menjadi pembela atas dirinya sendiri, dan Allah Taala penggantiku menjadi pembela atas setiap orang muslim. dajjal pemuda berambut kerinting, mata picek. Aku lebih condong mengatakannya serupa dengan abdul uzza bin qathan. Barang siapa di antara kamu bertemu dengannya bacakan kepadanya permulaan surat Kahfi. Dia muncul di suatu tempat sunyi antara Syam dan Iraq. Lalu dia merusak ke kanan dan ke kiri. “Wahai hamba Allah! Kerana itu teguhkan pendirianmu!. “Tanya kami”Ya rasulullah, berapa lama dia tinggal di bumi” jawab Rasululah saw. ”empat puluh hari. Satu hari seperti setahun,satu hari seperti sebulan, satu hari seperti sepekan (minggu) dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang.” Tanya kami” ya Rasulullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat kami sekarang?” Jawab beliau”tidak, tetapi hitunglah bagaimana pantasnya” Tanya kami berapa kecepatannya berjalan dibumi?” Jawab beliau “Seperti hujan ditiup angin. Dia mendatangi suatu kaum, maka diajaknya kaum itu supaya iman kepadanya, lalu meraka iman dan mematuhi segala perintahnya. Diperintahkannya langit supaya hujan maka turunlah hujan. Diperintahkannya bumi supaya subur maka tumbuhlah tumbuh-tumbuhan. Bila hari telah petang, ternak mereka pulang ke kandang dalam keadaan lebih gemuk dan dengan susu lebih besar cukup makan. Kemudia didatanginya kaum yang lain dan diajaknya mereka supaya iman kepadanya Tetapi mereka menolak ajakannya. Maka ia berlalu dari mereka. Besok pagi negeri mereka menjadi kering kerontang dan kekayaanan mereka habis ludes. Kemudian dia lewat di suatu negeri yang telah rusak binasa. Katanya ”keluarkan perbendaharaanmu. Maka keluarlah seluruh kekayaan negeri itu dan pergi mengikuti dajjal seperti pemimpin lebah diikuti rakyatnya. Kemudian dipanggil seorang muda remaja lalu dipukulnya dengan pedang sehingga anak muda itu belah dua dan belahannya terlempar sejauh anak panah dipanahkan. Dajjal memanggil tubuh yang terbelah itu kembali. Dia datang seutuhnya dan dengan wajah berseri-seri sambil tertawa. Sementra dajjal asyik dengan perbuatan-perbuatannya yang merusakkan, Allah Taala membangkitkan Isa Al Masih Ibnu Maryam. Dia diturunkan dekat menara putih sebelah timur Damsyiq, memakai dua pakai bewarna, berpegang pada sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepala hujan turun,dan apabila dia mengangkat kepala berjatuhan daripadanya biji-biji perak bagaikan mutiara. Orang kafir tidak diperkenankan bau nafasnya. Siapa yang menciumnya dia langsung mati. Bau nafasnya tercium sejauh mata memandang. Maka dicari dajjal dan bertemu olehnya di pintu gerbang kota Lud. (sebuah kota dekat Baitul Maqdis), lalu dibunuhnya dajjal. Kemudian didatanginya kaum yang dipelihara Allah dari kejahatan dajjal. Maka diusapnya mereka dan dikabarkan kepada mereka kedudukannya di Syurga. Allah mewahyukan kepada Isa a.s ”Aku akan mengeluarkan hamba-hambaku yang tak terkalahkan oleh sesiapa pun Kerana itu selamatkanlah hamba-hambaKu yang Soleh ke bukit” lalu Allah Taala membangkitkan ya’juj dan Ma’juj Mereka turun melanda dari tempat yang tinggi. Gelombang pertama melewati telaga Thiber, lalu mereka minum habis air telaga tersebut Kemudian lewat pula kumpulan yang lain. Kata mereka”Sesungguhnya dahulu di sini ada air. Nabi Isa dan para sahabatnya terkepung sehingga sebuah kepala sapi lebih berharga bagi mereka dari seratus dinar bagi seorang kamu hari ini (kerana kekurangan makanan) Nabiyallah Isa dan para sahabatnya mendoakan semoga AllahTaala menghancurkan ya’juj ma’juj maka dikirimkan kepada mereka penyakit hidung seperti pada haiwan-haiwan sehingga mereka mati semuanya. Kemudian nabi Isa dan para sahabatnya turun ke Bumi. Tetapi tidak sejengkal tanah pun didapati melainkan penuh dengan bangkai-bangkai busuk. Nabiyallah Isa dan para sahabatnya mendoakan semoga Allah sudi menyingkirkan bangkai-bangkai busuk itu. Maka dikirimkan Allah burung-burung sebesar unta lalu diangkatnya bangkai-bangkai tersebut. Dan dilemparkannya di tempat yang dikehendaki Allah. Kemudian diturunkan Allah hujan, sehingga walaupun rumahnya tanah liat dan rumah-rumah bulu di bersihkannya. Sehingga bumi kelihatan seperti kaca Kemudian diperintahkan Allah kepada bumi “ Tumbuhkanlah tumbuh-tumbuhanmu dan kembalikanlah keberkatanmu. Ketika itu sekelompok keluarga kenyang makan sebuah delima. Dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya, Rezeki mereka sangat berkah sehingga susu seekor unta cukup untuk orang sekampung. Susu seekor sapi cukup untuk orang satu qabilah. Susu seekor biri-biri cukup untuk sekelompok keluarga dekat. Ketika mereka berada dalam keadaan keredhaan Tuhan yang demikian, tiba-tiba Allah mengirimkan angin baik melewati ketiak mereka, maka tercabut ruh setiap mukmin dan orang muslim. Maka tinggal orang jahat belaka, bercampur-baur seperti keldai. Maka ketika itu terjadilah Kiamat.

Hadis 2481 jilid 4 sahih muslim

Dari Abu Said Al Kudri .a katanya :”Rasulullah saw menceritakan yang panjang mengenai dajjal. Antara lain beliau menceritakan: dajjal itu datang. Dia terlarang masuk Madinah. Kerana itu dia berhenti di sebuah kebun di pinggir kota. Pada hari itu datang kepadanya seorang lelaki elok. Kata lelaki itu”Aku memastikan bahwa engkau adalah dajjal yang diceritakan Rasulullah saw kepada kami” kata dajjal kepada para pengikutnya “Bagaimana pendapat kalian, jika kubunuh orang ini. Aku bisa menghidupkannya kembali. Ragukah kalian akan hal itu.? Jawab mereka”Tidak maka dibunuhnya orang itu, kemudian dihidupkannya kembali. Setelah hidup kembali lelaki itu berkata kepada dajjal,”Demi Allah ,sekarang aku tambah yakin engkau sesungguhnya Dajjal”.Dajjal hendak membunuhnya kembali, tetapi dia tidak sanggup lagi melakukannya. Kata Abu Ishaq ”Lelaki itu ialah Nabi Khidhir ‘alaihissalam”
Abu Ishaq yang disebut itu ialah Ibrahim bin Sufyan, perawi kitab Sahih Muslim. Jadi, dia memasukkan pendapatnya dalam kitab Muslim.



Dari Anas bin Malik ra.a katanya Rasulullah saw bersabda:”Tidak sebuah jua negeri, melainkan semua diinjak oleh dajjal.Kecuali makkah dan madinah. Semua jalan yang menuju ke sana dijaga malaikat dengan berbaris. Maka berhenti dajjal disebuah kebun (dipinggir kota Madinah). Madinah bergoyang (gempa) tiga kali. Orang-orang kafir dan orang munafik keluar semuanya dari kota Madinah menemui dajjal”

Dari Abu Hurairah .a katanya Rasulullah saw bersabda:”Segeralah kamu beramal sebelum terjadi enam perkara (1) Sebelum matahari terbit dari barat (2) keluar dajjal (3) keluar dabbatul ard (binatang melata) (5) peristiwa yang menimpa dirimu sendiri(maut) (6) peristiwa yang menimpa orang banyak (kiamat)

Dari Ma’qil bin Yasar .a katanya rasulullah saw bersabda:”Beribadat masa-masa sulit sama dengan hijrah kepadaku”

Hadis no 2485 jilid 4 sahih muslim
Dari Abdullah .a dari Nabi saw sabdanya:”Tidak terjadi kiamat melainkan kerana kejahatan manusia

Perang besar antara dua kekuatan besar (Sahih Muslim jilid 4)
Hadis 2461 dari Abu Hurairah .a katanya “Rasulullah saw. Bersabda “Belum akan terjadi kiamat sebelum dua golongan besar saling memerangi satu sama lain, sedangkan kurban di kedua pihak sangat besar pula.dan alasan kedua-duanya hanya satu”

Hadis sahih Muslim No 2463jilid 4.
Dari Tsauban .a katanya rasulullah saw, bersabda”sesungguhnya Allah taala telah memperlihatkan kapada ku peta bumi secara keseluruhannya, sehingga aku dapat melihat bumi sebelah Timur dan barat dan sesungguhnya kekuasaan ummatku akan sampai ke seluruh tempat yang telah diperlihatkan Allah Taala kepadaku. Kepadaku diberikan dua jenis perbendaharaan, iaitu merah dan putih. Aku memohon kepada Tuhan untuk membantu ummatku agar mereka tidak binasa dengan musim susah yang panjang, dan agar mereka tidak dijajah oleh kuasa asing selain mereka sendiri, sehingga kekuasaan mereka menjadi hancur luluh. Tuhanku berfirman “Ya Muhammad, apabila Aku telah memutuskan suatu keputusan, maka keputusanKu tidak dapat diubah lagi Aku memperkenankan doamu untuk ummatmu, bahawa mereka tidak akan binasa dengan musim susah yang panjang. Dan bahawa Aku tidak akan menjajahkan kepada mereka suatu kekuatan musuh selain diri mereka sehingga kekuatan mereka hancur luluh, sekalipun musuh-musuh mereka bersatu mengelilingi, kecuali bila sebagian mereka membinasakan yang sebagian dan mereka saling tawan menawan.

Hadis no 2464 jilid sahih Muslim
Dari Amir bin saad dari bapanya ra. Katanya “Pada suatu hari Rasulullah saw. Datang dari daerah perbukitan. Ketika baginda sampai di Masjid bani Muawiyah baginda masuk ke masjid lalu solat dua rakaat.kami pun solat pula bersama-sama dengan baginda. Baginda berdoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah mendoa baginda menoleh kepada kami lalu bersabda “Aku memohon kepada tuhanku tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhanku supaya jangan membinasakan ummatku dengan musim susah yang panjang. Maka diperkenankan. Aku memohon supaya ummatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda ummat Nabi Nuh, atau seperti tentera dan Firaun yang tenggelam di lautan), permohonanku itu diperkenankanNya juga. Aku memohon supaya ummatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonanku ini tidak diperkenankan”

Hadis no 2474 sahih Muslim jilid 4 dari Abu Hurairah .a dari nabi saw, sabdanya “Belum terjadi kiamat sebelum dibangkitkan dajjal, pembohong besar yang jumlahnya hampir 30 orang. Semuanya mengatakan bahawa mereka adalah rasulullah.

Hadis no 2486 jilid 4 sahih Muslim ,kiamat sudah dekat:
Dari Anas .a katanya rasulullah saw bersabda “(Jarak waktu. Aku diutuskan dan hari kiamat seperti ini “Baginda memberikan isyarat dengan merapatkan telunjuk dengan jari tengah”

Hadis no 127 jilid 1 sahih Muslim
Dari Abu Hurairah .a katanya rasulullah saw bersabda “Demi Allah yang jiwaku di TanganNya, sesungguhnya telah dekat masanya Isa ibnu Maryam akan turun di tengah-tengah kamu. Dia akan menjadi hakim yang Adil, akan dihancurkannya salib, dibunuhnya bab*, dihapuskannya pajak dan kekayaan akan melimpah ruah sehingga tidak seorang pun lagi yang bersedia (layak ) menerima pemberian”

Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2294
Dari Anas bin Malik .a. katanya rasulullah saw bersabda “sebagian di antara tanda-tanda hari kiamat ialah hapusnya ilmu agama , berjangkitnya kejahilan, merajalelanya perzinaan (pelacuran), melimpahnya minuman keras, habis (extince) kaum lelaki, dan yang tinggal hanya wanita, dengan nisbah seorang lelaki berdiri di tengah-tengah lima puluh wanita”

Hadis sahih Muslim jlid 4 no 2014
Dari Mughirah bin Syu’bah .a katanya “Tidak ada sahabat yang bertanya kepada Rasulullah s.a.w. perihal dajjal yang lebih banyak dari pertanyaanku” Kerana itu Rasulullah saw. Bersabda kepadaku, “Hai anakku, Engkau tak usah terlalu risau memikirkannya. Dia tidak akan mencelakakanmu” Kataku, “Orang ramai mengatakan dajjal mempunyai sungai yang mengalir dan bukit roti.” Sabda baginda, “Itu amat mudah bagi Allah Ta’ala menciptakannya.”



Robohnya Kaabah
Hadis 1512 Bukhari
Aisyah .anha berkata :”Nabi s.a.w. bersabda :”Kaabah itu akan diperangi oleh musuh , tetapi mereka itu lalu ditenggelamkan dalam bumi yakni di Baida’, suatu tempat antara Makkah dan Madinah”

Hadis 1513 dari Ubaidillah bin Akhnas , katanya :”Aku diberitahu oleh Ibnu Abi Mulaikah dari Ibnu Abbas .anhuma dari Nabi s.a.w. , sabdanya: ”Seolah-olah aku dapat melihat orang-orang yang merobohkan Kaabah itu berkulit hitam, merenggangkan kedua kakinya dan membongkar Kaabah itu batu-batunya satu demi satu”

Hadis 1514 dari Ibnu Syihab dari Sa’id bin Musayyab bahawasanya Abu Hurairah .a. berkata:” Rasulullah s.a.w bersabda :” Kaabah itu akan diruntuhkan oleh yang mempunyai dua betis yang kecil, berasal dari negeri Habasyah (Abesenia)”

Keterangan:
Ya’juj dan ma’juj keluar, Kaabah dirobohkan dan tidak ada yang berhaji di Baitullah adalah tanda-tanda dekat hari Kiamat tiba.

Hadis 94 jilid 1 Muslim
Dari Abu Hurairah .a, katanya Rasulullah saw. Bersabda “Sesungguhnya Allah akan meniupkan angin dari Yaman lebih lembut dari Sutera. Namun tidak seorang pun yang ada (iman) di hatinya” Abu Alamah mengatakan “Walaupun seberat biji bayam?” Kata Abdul Aziz “Iman yang seberat debu pun akan tercabut nyawa olehnya”


Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2293
Dari Anas bin malik .a katanya Rasulullah saw. Bersabda “ Sebagian di antara tanda-tanda hari Kiamat ialah hapusnya Ilmu (Agama Islam), berjangkitnya kejahilan, melimpahnya minuman keras dan merajalelanya perzinaan (pelacuran)”


Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2294
Dari Anas bin malik .a katanya Rasulullah saw. Bersabda “Sebagian di antara tanda-tanda hari Kiamat ialah : hapusnya Ilmu (Agama Islam) , berjangkitnya kejahilan, merajalelanya perzinaan (pelacuran), melimpahnya minuman keras, habis/extince kaum lelaki dan yang tinggal hanya wanita dengan perbandingan seorang lelaki berdiri ditangah-tengah lima puluh wanita.


Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2295
Dari Abdullah dan Abu Musa .a. keduanya berkata bahawa Rasulullah saw. Bersabda :”Sebelum terjadi hari kiamat terlebih dahulu hapus ilmu (Addin) dan berjangkit kejahilan (maksiat, kejahatan dan sebagainya) dan banyak terjadi pembunuhan.



Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2296
Dari Abu Hurairah .a katanya Rasulullah saw. Bersabda “Tanda hari Kiamat semakin dekat, dihapus (dicabut) Ilmu (Addin), lalu timbul fitnah (bala bencana/kekacauan). Di mana-mana dijumpai kebakhilan serta banyak pembunuhan”






Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2297
Dari Abdullah bin Amru bin Al‘Ash, katanya dia mendengar Rasulullah saw. Bersabda “ Allah tidak menghapuskan ilmu (Addin) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia tetapi dengan jalan mewafatkan para Ulama’. Apabila Ulama’ sudah habis, umat manusia mengangkat orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Lalu mereka bertanya kepada para pemimpin yang bodoh. Si pemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak maka sesatlah mereka semuanya”


Bila wanita lebih banyak daripada pria/pemuda
Hadis 965 sahih Muslim jilid 2
Dari Abu Musa .a dari Nabi saw. Sabdanya “Kelak akan datang suatu masa di mana seorang lelaki berkeliling membawa emas/zahab untuk disedekahkannya, tetapi dia tidak mendapatkan orang yang bersedia menerima sedekahnya itu. Akan terjadi pula kelak, seorang laki-laki direbuti oleh empat puluh wanita yang kesemuanya menginginkan lelaki itu untuk menjadi suaminya. Hal itu terjadi kerana jumlah lelaki jauh lebih sedikit daripada perempuan”

Bila zaman makmur
Hadis 966 sahih muslim jilid 2
Dari Abu Hurairah .a katanya Rasulullah saw bersabda “Tidak akan terjadi Kiamat sebelum harta kekayaan telah bertumpuk tumpuk dan melimpah ruah; sehingga seorang lelaki pergi kemana-mana sambil membawa hartanya untuk dizakatkannya, tetapi dia tidak mendapatkan seorang jua pun yang bersedia / layak menerima zakatnya itu; dan sehingga tanah Arab menjadi subur makmur kembali dengan padang-padang rumput dan sungai-sungai”

Hadis 967 Sahih Muslim jilid 2

Dari Abu Hurairah .a., dari Nabi saw. Sabdanya “Tidak akan terjadi kiamat, sebelum harta kekayaan telah bertumpuk-tumpuk dan melimpah ruah (kemakmuran telah merata); sehingga si pemilik harta merasa sedih kerana tidak ada orang yang bersedia menerima sedekahnya. Dan orang yang dimintanya untuk menerima sedekahnya menjawab; “Aku tidak memerlukan sedekah anda”

Hadis 968 sahih Muslim jilid 2

Abu Hurairah .a. katanya Rasulullah saw. Bersabda:”Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata:” Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata:”kerana inilah aku putuskan silaturrahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata: Kerana inilah tanganku dipotong. Sesudah itu mereka tinggalkan saja harta kekayaan itu, tiada mereka ambil sedikitpun.


"Dajjal adalah seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah dan berambut keriting..."(hari.Bukhari dan Muslim)

Dajjal itu matanya buta sebelah, mata yang ada itu seperti anggur yang masak. lalu sahabat yang mendengar hadith itu berkata, kalau macam tu dajjal tu sama dengan Ibn Qathn, seorang lelaki bani Khuza'ah. "
* Ibn Qathn ialah Abdul 'Uzza bin Qathn bin Amar al-Khuza'iy, dia bukan sahabat Nabi dan meninggal pada zaman jahiliyah lagi. (alFath, 6/488)

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-03-08 15:02


Saya pun rasa menyampah tengok drama yang entah apa-apa itu. tapi memandangkan kita banyak pilihan, pilihlah mana-mana channel yang bagi impak yang baik pada kita..

Mereka ni setakat nak mendapatkan keuntungan..tetapi mereka tidak fikir panjang. biarkanla mereka..

sekarang ni kita ada banyak pilihan..contoh astro oasis, dan tv1 pun ada forum perdana..mana yang baik, itu kita pilih k?

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

lading21
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.03.2008
Ahli No: 32849
Posting: 125

blank  


posticon Posting pada: 21-03-08 15:06


Pada 21-03-08 15:02 , NurArisha posting:

!!! QUOTE !!!

Saya pun rasa menyampah tengok drama yang entah apa-apa itu. tapi memandangkan kita banyak pilihan, pilihlah mana-mana channel yang bagi impak yang baik pada kita..

Mereka ni setakat nak mendapatkan keuntungan..tetapi mereka tidak fikir panjang. biarkanla mereka..

sekarang ni kita ada banyak pilihan..contoh astro oasis, dan tv1 pun ada forum perdana..mana yang baik, itu kita pilih k?


:-D betul-betul...kita ada banyak pilihan contohnyer Astro,macam-macam ada!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For lading21Profil   Hantar PM kepada lading21   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.133991 saat. Lajunya....