masa sekolah rendah dulu:
- kat sekolah ada salesman jual buku
cerita. hari ni bagi list, esok minta duit
beli walaupun cerita buku tu dah tau.
salesman susu pun begitu juga.
- kat library, budak-budak memang baca buku tapi
just tengok gamba saja. bila ada program
Nilam, sebok semua nak pinjam buku.
- RMT kat sekolah makan tak best, tapi yang
berduit pun join RMT, tak faham....
- pakai pensel box yang boleh buka depan
belakang, lepas itu ada sharpener kat tengah-tengah dia.
- main lwn pemadam, sayang nak guna untuk
padam. padahal itu fungsi sebenar, untuk padam!
- pakai pembaris yang bergerigi, kat dalam
ada air lepas itu ada benda berkilat dalam air tu.
- cikgu pakai pembaris kuning panjang. ada
pemegang kat tengah-tengah tapi tak pernah nampak cikgu
pegang pun kat situ.
- bulu ayam jadi ramping kerana sering
dijadikan rotan.
- time pendidikan seni, lukis semua boleh
tapi bila time warna semua hampeh. ada juga
buat anyaman pakai kertas warna, kolaj
lah, apa lah...
- main game 2D. super contra, super
mario, street fighter, semua pakai tape.
- jam tangan Boy London jadi idaman, sebab boleh
tuka2 warna ikut suhu dan cuaca.
- takut BCG tapi lepas inject poyo lah pulak...
- balik sekolah beli JoJo tak pun Dendang.
Tora pun best juga. Beli se mata2 nak
mainan, coklat dia tak makan pun.
- Kasut berlampu kat tapak, yang iklan dia
kat tV boleh tembak alien tu...
- Siri kartun; power rangers, ultraman,
transformers, ninja turtles,
Thundercats, maskman, Gaban dan macam lagi.
jangan lupa semua ni sebab zaman sekarang budak-budak tak
sempit lyn benda-benda ni. kita akan sentiasa
berubah, cuma asal-usul kita yang
permanent. huhu~
pas kat member2 anda....
mesti mereka tersengeh2 baca benda ini...
hehehee..
-----------------