Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Kebahagiaan yang sebenar lagi utama terletak pada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 187
Ahli: 0
Jumlah: 187




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 21 jam, 26 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Dendang Perantau
Topik: KUTEMUI gadis Yahudi


Carian Forum

Moderator: Administrator, sadiqah
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Dendang Perantau
    »» KUTEMUI gadis Yahudi

Please Mendaftar To Post


Oleh KUTEMUI gadis Yahudi

dinulhuda1422h
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 19.07.2003
Ahli No: 2447
Posting: 793
Dari: Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-10-03 09:21


KUTEMUI gadis Yahudi itu secara kebetulan.Ketika dia masih tercangak-cangak di hadapan Old College di New Promenade,aku lantas menghulurkan bantuan.Barangkali dia tersilap informasi sehingga tersasar haluan di pekan Aberystwyth itu.

"Mahu ke mana?" sapaku ketika kami bertiga dari North Beach petang minggu dalam musim bunga."University of Wales!" jawabnya sambil Menyebak rambut perang yang melitupi wajah pucat.Bebola matanya biru nipis galak memandang kami yang sawo matang.Kehairanan mungkin.
"Baru tiba?!" "Emm...!!"
"Dari mana?"
"Tel Aviv!"
Jawapan itu menjadikan kami bertiga berpandangan.Namun,kami cepat-cepat
berlakon selamba.Seperti tidak ada apa-apa.Walaupun sebenarnya di antara aku, HaiQal dan Ridwan dengan gadis itu seperti langit dengan
bumi.Perbezaan kami bukan dari warna kulit,akan tetapi lebih jauh daripada itu.Dia Yahudi totok barangkali.Bagaimana harus aku melunasi kerak kebencian terhadap satu bangsa yang jijik sejarahnya itu.

"Saya tersesat!
Barangkali saudara boleh membantu!" ada nada merayu simpati dalam ungkapannya.Dia orang baru yang bakal menjadi warga Aberystwyth untuk beberapa waktu,mungkin empat tahun. Aku hanya bersetuju walau dalam hati ada rasa kejengkelan.Dia Yahudi totok,musuh sejak lama.Kami tidak punya hubungan apa-apa. Terlalu jauh beza bangsa,budaya,apatah lagi agama.Permusuhan ini termaktub dalam kitab-kitab utama.Dan hingga
ke hari ini api itu masih marak seperti bumi Palestin yang terbakar.
Aku melaksanakan tugas kemanusiaan,tanpa mahu berlama-lama mengiringi
sekujur tubuh yang membawa jiwa permusuhan.Selesai saja masalahnya,aku
segera beredar,sambil membuang segala ingatan tentangnya.Minta dijauhkan daripada bertemu lagi. Keturunannya tidak ada hubungan apa-apa dengan keturunanku,apatah lagi agamaku. Negaranya tidak ada hubungan diplomatik dengan negaraku. Tidak kuduga,dia tinggal sekolej denganku.Ah,kebetulan.Waktu makan malam hari berikutnya,aku disapa dari belakang.Malah dia mendesak aku untuk duduk semeja.Barangkali mahu
mencari perlindungan daripada terjahan mata galak senior.Aku yang sudah
dua tahun di sini mungkin selamat untuk didampingi. "Saya Abigail Netanya," tangan putihnya pantas dihulur. Aku teragak-agak menerima salam perkenalan itu.Aku berasa diperhatikan oleh seribu mata,terutama mata dari rakan-rakan senegara. Malah semua mata di tanahair seakan-akan menjegil ! tunak ke arahku.Kedinginan musim bunga di Aberystwyth tiba-tiba saja berubah pijar.

"Saya Shahril!" aku menyambut salam perkenalan itu. Tidak manis tidak menerima salam orang lain.Kemanusiaan melebihi garisan budaya dan agama.Dan malam itu aku duduk dan makan semeja dengan seorang
gadis Yahudi totok.Aku lebih banyak diam daripada bercakap.Jiwaku masih belum dapat menerima bahawa aku akan duduk di depan seorang yang berjiwa permusuhan.Sekali lagi aku bertekad untuk berbuat sesuatu.Aku tidak mahu bertemu lagi dengan gadis bermata biru itu.Sepanjang malam aku terbayang kerakusan serangan di Ramallah.Aku terbayang ledakan-ledakan maut yang mewarna bumi Nablus dan Jenin.Sepanjang malam itu terbayang wajah Yasser Arafat yang terketar-ketar bibirnya diasak
peluru kereta kebal sehingga meruntuhkan pertahanan terakhir.Yang
tinggal hanya kamar sempit, terlalu sempit bagi seorang yang bergelar
pemimpin negara. Esoknya,dia datang lagi.Dan kami duduk semeja lagi.Sehingga suatu petang dia memintaku menghantarnya ke Queen's Avenue.Aku tidak dapat menolak.Petang itu kubawa dia melalui Portland Street,Bath Street sehingga ke Queen's Avenue.Aku mula merasakan sesuatu.
"Abigail...!
"Panggil aku Girl...!"
"Tidak perlu aku.."
"Itu nama manjaku.Hanya ibu yang memanggilku dengan nama itu," "Maksudku..." Hilang Kata-kata itu hilang tanpa sempat aku meluahkannnya.Aku tidak mahu berterusan berkawan dengan seorang yang
berjiwa permusuhan. Sebenarnya aku sedang bermusuh dengannya.Aku tahu yang dia cukup mengerti tentang itu.Lebih-lebih lagi apabila aku memberitahu bahawa aku beragama Islam,datang dari sebuah negara Islam di Asia Tenggara.

"Aku sayang kamu shah...!"
"Ti..tidak! Tidak mungkin...!"
"Y tidak mengira agama shah...!"
"Tetapi,kita tidak boleh meneruskannya..."
"Siapa kata tidak?!"
"Semuanya akan berkata tidak! Kita tidak boleh begini...!"
Dalam tidak mahu itu,aku semakin terbabas ke dalam medan musuh. Dia sebenarnya musuh yang tidak seganas bangsanya meragut nyawa rakyat Palestin.Tetapi dia tetap berlabel musuh.Aku semakin terpengaruh
dengan musuh itu.Aku amat takut suatu hari nanti dia akan menjadi
musuh dalam selimutku sendiri. Aku perlu bertindak pantas.Aku berpindah dari Student Village di Pentre Jane Morangan ke Seafront Residences Brynderw berhadapan dengan Cardigan Bay.Biarpun kucekalkan hati,aku sebenarnya mula berasa kehilangan seketika.Sehingga suatu hari pintu kamarku diketuk.

"Kau lari daripada aku,shah?"
"Tidak! Tidak Girl.Cuma aku..."
"Kau membenci aku!Hanya kerana aku Yahudi,"
"Susah... susah untuk kuterangkan kepadamu,"
"shah,aku kebetulan dilahirkan dalam keluarga Yahudi.Tetapi aku manusia
biasa seperti kamu,seperti HaiQal dan Ridwan.Di Tel Aviv aku menyertai
pertubuhan anti keganasan.Kau tidak boleh membuat generalisasi terhadap aku!" "Kita hanya layak berkawan saja.Itupun atas dasar kebetulan,Girl.Tidak lebih daripada itu.Ada sempadan besar yang merentang di antara kita," "Aku mahu berhijrah ke seberang sempadan itu!" Aku bungkam dengan penyataan yang keluar dari bibir merah gadis
berambut perang itu.Aku buntu,tetapi aku tidak harus kalah dalam permainan perasaan ini.Aku tidak harus menyerah. Langkah terbaik hanya kunantikan saat kami berpisah.Aku akan menyelesaikan pengajian sarjana dalam bidang kejuruteraan.Selepas itu akan pulang ke tanah air. Barangkali ini saja cara yang dapat membebaskan musuh yang kudampingi semakin hampir ini.Semakin hampir sehingga tidak dapat kubohongi hati dan perasaanku. Akhirnya,saat yang kunantikan tiba juga.Setelah dua tahun aku berdepan dengan musuh keturunan dan agama,aku menunggu saat untuk berangkat.Biarkan dia di tanah Aberyswyth itu.Dia sudah lama di sini dan punya ramai kenalan.Tidak lama lagi dia juga akan menamatkan pengajian komputernya.Dia akan balik ke Tel Aviv.Dia akan membantu membunuh umat Islam di bumi Palestin.Itulah yang ada dalam fikiranku.
Dia Yahudi totok.Yahudi tetap Yahudi.Aku tidak mahu bersubahat lagi
dalam perkara ini.cukuplah.Aku hanya menantikan saat untuk pulang.
Dia tetap musuhku biarpun sebenarnya sebagai manusia aku semakin
sayang kepadanya. "shah,boleh kukatakan sesuatu kepadamu..." "Katakan Girl.Yang pasti aku mahu pulang ke tanah airku!" "Aku mahu ikut kau pulang ke Malaysia!" Darahku seperti berhenti mengalir sejenak.Kerongkongku seperti disumbat kain yang basah oleh darah rakyat Palestin.Kita tidak ada hubungan apa-apa.Tiada hubungan diplomatik. Tiada hubungan agama. Aku ingat ketika pasukan kriket negaranya datang ke Malaysia,keadaannya amat kecoh.Ramai yang berdemonstrasi menentang kedatangan itu.Mustahil aku akan membawa balik seorang gadis Yahuditotok.

"Itu sesuatu yang sangat mustahil,Girl,"
"Aku sudah buat keputusan...!"
"Itu keputusan kamu,bukan aku!"
"Aku telah ke musalla kampus minggu lepas,"
"Buat apa?"

Soalan itu tidak terjawab.Aku masih diserang kegugupan yang serius. Dalam hati ini,aku tidak dapat menafikan bahawa jiwa lelakiku telah
mula memuja wajah lembutnya,rambut perang keemasannya,mata birunya dan semua yang ada pada dirinya.Akan tetapi aku masih mampu bertahan.Ini soal besar,membabitkan negara,lebih-lebih lagi agamaku yang suci.
Musim bunga di Pekan Penglais itu bakal menjadi yang terakhir buatku.Beberapa musim yang lalu,aku sering bersama Girl berjalan dari kampus University of Wales ke pusat bandar.Tidak jauh,hanya lima belas minit dalam keadaan biasa.Tetapi aku dan Girl akan mengambil masa yang
lebih.Terutamanya apabila Aberystwyth disirami hujan kerana kedudukannya yang hampir dengan pantai barat,berdepan pula dengan Cardigan Bay. Kami berjalan melalui Old College yang menempatkan Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan dan Jabatan Pendidikan. Sering juga aku dan Girl menghabiskan cuti hujung minggu di North Beach,mengambil angin segar di sepanjang Marine Terrace sehingga ke Victoria Terrace di
hujung sebelah utara.Atau kami berpeleseran di stesen bas di Alexandra
Road.Semuanya menjadikan aku dan Girl seperti sepasang kekasih.Tetapi
dia tetap musuh kepadaku.Aku tidak harus percaya dengan mudah segala
kata manisnya.
"Aku serius shah...!"
"Maksud kamu Girl?"
"Aku mahu terus berada di sampingmu..."
"Hanya untuk itu?"
"Tidak shah! Aku sudah lama mahu melakukannya di negeriku.Tetapi keadaan tidak mengizinkan!"
"Sukar untuk kupercaya,Girl!"
"Terpulang! Tapi aku akan buktikan kepadamu shah,"
Mata birunya kulihat basah.Tangisan itu masih meragukan hatiku.
Benarkan ia ikhlas dengan semua yang diperkatakan.Atau dia sengaja mahu
memerangkap aku,sementelah kami sememangnya musuh yang panjang sejarahnya.Adakah aku akan tewas dengan air mata itu.

Aku pulang penghujung musim bunga setelah selesai majlis konvokesyen
sarjanaku. Hingga ke saat perpisahan kami di Heathrow, Girl masih
merayu aku dengan permintaan yang sama.Akan tetapi aku terpaksa bertegas, walaupun pernah sekali kulihat dia bertelekung,seperti baru selesai solat ketika aku ke kediamannya.Bagiku musuh boleh berbuat apa saja untuk memerangkap lawan. Ketika aku mula bertugas di ibu kota,aku mula mendapat surat elektroni daripada Girl. Dalam e-melnya,dia masih merayu agar aku berbuat sesuatu.Katanya dia akan menjadi seorang muslimah sejati sekiranya aku memberikan kata putus.Katanya kalau boleh dia tidak mahu pulang ke Tel Aviv.Katanya dia sudah terlalu jijik melihat kekejaman manusia.Dan aku masih tidak percaya. Dua tahun selepas aku pulang,Girl menamatkan pengajiannya.Kami terus berhubung melalui siber.Dan malam itu apabila aku membuka kotak e-mel,aku terperanjat dengan isi kandungannya.

"Shah,aku merayu untuk sekian kalinya kepadamu.Namun aku sedar
kau seorang yang sangat kuat pendirian dan kukuh pegangan agama. Aku
hormat pendirianmu.Aku sudah mengubah pendirianku untuk tidak pulang ke tanah air.Aku tidak menyalahkanmu.Kini aku sebenarnya sudah berada di tanah tumpah darahku sendiri.Maafkan aku shah. Halalkan segala kenangan kita di tanah Aberystwyth.Seperti yang kujanjikan padamu,aku sudah berhijrah dan akan terus berhijrah." "Untuk e-mel terakhir ini,aku nyatakan sekali lagi dan terakhir bahawa aku benar-benar mencintaimu.Selamat tinggal shah.Akan kubawa hati suciku hingga mati."
Dariku, Habibah Firdaus Abdullah @ Girl Malam itu aku terkedu separuh mati menonton berita lewat Cable News Network. Seorang gadis yang bernama Abigail Netanya meletupkan dirinya dalam sebuah disko dan
membunuh tidak kurang daripada dua puluh remaja rakyat Israel yang
sedang bersuka ria.Dialah Abigail yang kukenali.Abigail yangbenar-benar
telah berhijrah. Malam itu juga aku berzikir panjang,bertahlil seorang diri untuk roh seorang yang pernah hadir dalam hidupku.Semoga rohnya diterima dalam kelompok mereka yang syahid.

Walla Hua'lam Bisawab....


-----------------
Keikhlasan teramat penting dalam mengatur kehidupan yang menyakinkan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For dinulhuda1422hProfil   Hantar PM kepada dinulhuda1422h   Quote dan BalasQuote

dinulhuda1422h
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 19.07.2003
Ahli No: 2447
Posting: 793
Dari: Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-10-03 09:24


kalau sahabat2 jadi Shahril..apa kah tindakan yang patut dilakukan ke atas Girl..samada sebelum dia letupkan diri atau selepasnya....Apa komen anda?

Bookmark and Share

    


  Member Information For dinulhuda1422hProfil   Hantar PM kepada dinulhuda1422h   Quote dan BalasQuote

kokokranc
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 209
Dari: johor baharu

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 11-10-03 17:45


tengok waqi' la

Bookmark and Share

    


  Member Information For kokokrancProfil   Hantar PM kepada kokokranc   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-02-04 21:25


assalamulaikum wbt..
pada mulanya saya baca ingatkan cuma serita biasa2 je..tapi akhir2 jadi sedih pulak..
saya rase tindakan shahril tu ade pro dan contra..
yang baiknya..dengan persahabatn dia dengan girl tu menyebabkan hidayah Allah sampai kepadanya..baguslah..kalau saya di tempatnya mungkin saya juga akan buat mcm tu..ape2 pun nak tanya sikit ni..cerita ni betul2 ke main2???
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 28-02-04 21:34




pertamanya maaf mencelah, cerpen ini ada dalam forum cerpen tajuk : Perjuangan CintaKu.

mesej dlm cerpen ini jelasnya..berjuanglah demi agama bukan kerana hambaNya.

-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-02-04 22:53


hemm ye ke??ana ingat real punya...hemm ok lah wassalam..tapi jalan ceritanya menarik bah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

masri
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.01.2004
Ahli No: 6370
Posting: 178
Dari: Tampin

Melaka  


posticon Posting pada: 29-02-04 23:09


cerpen pnie pernah disiarkan dlm akhbar bebrapa thn yg lalu..
mmg best..saye suka cite nih..hidayah tue milik allah..bukan hak kita nak menentukan

Bookmark and Share

    


  Member Information For masriProfil   Hantar PM kepada masri   Pergi ke masri's Website   Quote dan BalasQuote

Afiza_Ahmad
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 09.11.2003
Ahli No: 5031
Posting: 53
Dari: Ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-03-04 10:50


ermm..cerpen ni saya pernah baca dlm email..menarik..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Afiza_AhmadProfil   Hantar PM kepada Afiza_Ahmad   Pergi ke Afiza_Ahmad's Website   Quote dan BalasQuote

ladybirdy
WARGA SETIA
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7399
Posting: 405
Dari: bumi

malaysia  


posticon Posting pada: 02-03-04 14:18


sya pernah gak baca artikel ni.pelikla.rupanya ada gak org yahudi yang baik....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ladybirdyProfil   Hantar PM kepada ladybirdy   Quote dan BalasQuote

ain_mardziah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.01.2004
Ahli No: 6659
Posting: 188
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 04-03-04 13:25



best gak citer ni yer.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ain_mardziahProfil   Hantar PM kepada ain_mardziah   Quote dan BalasQuote

haneem-al_amr
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.02.2004
Ahli No: 7010
Posting: 79
Dari: MeLBouRNe

australia  


posticon Posting pada: 06-03-04 23:54


macam pernah bacalah cite ni.
ape tajuknye ek?

-----------------
Lantas kini ..salahkah untuk aku mengidami pewaris Rasulullah?

Bookmark and Share

    


  Member Information For haneem-al_amrProfil   Hantar PM kepada haneem-al_amr   Quote dan BalasQuote

ZahRaTuL_RaiHaNaH81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 426
Posting: 861
Dari: .: SaBah :.

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 08-05-04 00:24




-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ZahRaTuL_RaiHaNaH81Profil   Hantar PM kepada ZahRaTuL_RaiHaNaH81   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 24-10-04 16:35


huuuuuuuuuu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

lobam_shibin
WARGA SETIA
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12345
Posting: 723
Dari: Dalam Rumah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 07-11-04 21:39


sodih gilo..jika benarlah cerita ini pernah berlaku..semoga allah merahmati roh habibah firdaus abdullah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lobam_shibinProfil   Hantar PM kepada lobam_shibin   Pergi ke lobam_shibin's Website   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 27-04-05 20:23




Tuhan Maha Pemberi Petunjuk...
Ana pun pernah dengar ada rabin yang masuk Islam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 27-04-05 23:38




hidayah allah itu untuk semua manusia tak kira Yahudi ker...

ana teringat kisah satu famili Yahudi di Israel memeluk Islam dan terus dipulau masyarakat Yahudi...

selain tu kegigihan Azmi Bishara MP Israel berbangsa Arab membuka mata org-org Israel sendiri...

lagi satu tgk jer kelab bolasepak Arab Israel Bnei Sakhnin yg pernah main dlm Piala UEFA tahun lepas menunjukkan tak semua org Yahudi anti-org Islam...orang Yahudi dan org Islam boleh bermain dlm satu pasukan...

tu sbb ana tak setuju komen sorang ustz bahawa gambar rabbi-rabbi demo anti-Israel di New York adalah satu lakonan semata2...yg ana nampak 50/50...sbb mmg ada ayat Quran menyebut org Yahudi adalah manusia yg paling benci Islam...tp Yahudi mcm maner?...kalau Ariel Sharon dan konco-konconya....betul lah jugak...

[ Posting ini telah di edit oleh: ABg_IMaM pada 2005-04-27 23:39 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

wasatiah3
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.04.2005
Ahli No: 15741
Posting: 117
Dari: Bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-04-05 10:36


perancangan allah terlalu sempurtna ... jange kesal..hanya ujian untuk check sape beriman atau camne...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wasatiah3Profil   Hantar PM kepada wasatiah3   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-04-05 11:03


Beruntunglah jadi manusia pilihan Allah...

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

ecyberzam
Warga Rasmi
Menyertai: 27.10.2004
Ahli No: 12121
Posting: 12
Dari: Pahang

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-04-05 11:30


tersentuh jiwa... mengusik kalbu... lalu berguguran air jernih dimata... isk3 sedih tul cite ni...

-----------------
Telah lahirlah bencana di darat dan di laut kerana usaha tangan
manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari
(balasan) perbuatan yang mereka perbuat, mudah-mudahan mereka
kembali (taubat).

Surah : Ar-Rum (ayat 41)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ecyberzamProfil   Hantar PM kepada ecyberzam   Quote dan BalasQuote

hamdan454
Warga 2 Bintang
Menyertai: 31.01.2005
Ahli No: 14025
Posting: 43
Dari: taiping

Perak  


posticon Posting pada: 29-04-05 22:47




best la cerita pendek tu... saya minat gak...
saya ada simpan lagi cerpen tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hamdan454Profil   Hantar PM kepada hamdan454   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-01-06 03:33


tidak semua manusia itu jahat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

ibnuriz_faridz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.11.2005
Ahli No: 20211
Posting: 273
Dari: Egypt

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-01-06 03:44


semua insan itu tetap ada budi pekerti kemnusiaan..Allah maha berkuasa untuk memberi hidayah kepada umatnyer yang mahu akan nur islam...tiada yang boleh menghalangnya...sesungguhnya kita semua hanyalah insan yang serba dhaif dan kekurangan..

ikhwahegypt

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuriz_faridzProfil   Hantar PM kepada ibnuriz_faridz   Pergi ke ibnuriz_faridz's Website   Quote dan BalasQuote

nurfara
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7219
Posting: 56
Dari: Kuala Lumpur/Muar

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-01-06 08:49


sedih cerita 2...tak sangka begitu besar pengorbanan abigail...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurfaraProfil   Hantar PM kepada nurfara   Quote dan BalasQuote

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 29-01-06 08:56


Pada 02-03-04 14:18 , ladybirdy posting:

!!! QUOTE !!!

sya pernah juga baca artikel ni.pelikla.rupanya ada juga orang yahudi yang baik....


Assalamualaikum... Sedih sangat rasanya membaca artikel ini.. seolah-olah, saya sendiri berada di tempat Shahril..... Seperti komen salah seorang warga ukhwah, dalam hal ini, ada pro dan kontranya... Namun, kita tidak boleh menilai dan "menjatuhkan hukuman" tanpa dibicarakan dahulu..... Maybe GIRL tak tahu nak tunjukkan macam mana lagi keikhlasan yang ada pada dirinya....
    Di samping itu, ladybird, dalam setandan pisang, bukan semuanya elok dan begitu juga sebaliknya... kadang-kadang, rasa pisang tersebut juga agak berbeza meskipun dari sisir yang sama....
    Shahril membuat keputusan nya atas dorongan rasa dendam terhadap kaum Yahudi, namun dia lupa bahawa, ALLAH yang mencipta kaum tersebut.... Maka, kita harus fikirkan semula, akibat dari perbuatan kita....
     Yang baik datangnya dari ALLAH, yang kurang itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri..Wallahualam.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 05-03-06 20:42


hanya rekaan manusia semata2... tapi bagus lah untuk menyedarkan... yahudi musuh yang nyata....

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 05-03-06 22:25


hidayahNya tidak pernah kita jangkakan,
pada siapa dan atas sebab apa..
semua di luar pemikiran aqal kita yang terbatas

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

aremalzz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.12.2005
Ahli No: 21290
Posting: 181
Dari: GolDeN SanD

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-03-06 22:50


Cerpen tu hanya rekaan..
tapi betulkah ada orang yahudi ini semuanya jahat?


setahu saya
Yahudi dan Israel ini berbezakan...
Yahudi ini Agama...
Israel ini Bangsa...

nak tanya

selain bangsa israel tak ada kah bangsa lain yang beragama yahudi..?
mungkinkah orang yang berbangsa israel ada yang beragama kristian atau islam?

ini ada link tentang israel dan palestin..
http://www.tragedipalestina.com/index.html
saya tak sempat baca.. internet problem..
sapa2 yang baca boleh tolong ringkaskan kat sini tak...
[ Telah diedit oleh: aremalzz pada 05-03-06 22:54 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For aremalzzProfil   Hantar PM kepada aremalzz   Pergi ke aremalzz's Website   Quote dan BalasQuote

kasturi_hati
Warga 1 Bintang
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 13001
Posting: 31
Dari: Bumi Asing

usa  


posticon Posting pada: 06-03-06 00:17


Menjwab persolan dr aremaizz:
Bangsa israel adalah beragama yahudi..bukan semua BUT mostly..ada saja yang masuk Islam.There are some jews overhere who embrace Islam. Mungkin persoalan 'bangsa yahudi, agama yahudi' tu yang buat kita konpius.BUt apa yang saya paham, jews are people, they belive in judaism which is their religion. Kalau kat sini, tak pernah dengar pula omputih masuk yahudi ke, african american masuk yahudi ke ..sebabnya? Sebab bagi orang-orang yahudi ini, derangbelieve judaism is for jews..ONLY!Kalau derang nak edarkan risalah2 pasal judaism, derang tak bagi kat semua orang..derang bagi kat banga2 derang saja..BUt kat sini ada la jugak american yang kahwin dengan yahudi, then their children jadi jew..macam my prof, she said that she was a jew..whoaaaa..terkejut gila sebab dia sangat la baeknya...maybe sebab dia bukan bangsa israel asli...dia adalah anak campur..ALLAH knows best.
Just my two cents.

Bookmark and Share

    


  Member Information For kasturi_hatiProfil   Hantar PM kepada kasturi_hati   Quote dan BalasQuote

aemanpsycho
WARGA SETIA
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1143
Posting: 434
Dari: dari Bangi ke OKC

Pahang  


posticon Posting pada: 06-03-06 01:44


owhh..owhh..
tak pernah jumpa jews lagi..
kat dalam tv pernah la...
tapi dah pernah belajar pasal judaism neh..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aemanpsychoProfil   Hantar PM kepada aemanpsycho   Quote dan BalasQuote

khalifah_85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22747
Posting: 437
Dari: johor bahru

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 06-03-06 08:33


assalamualaikum...

pad apandangan saya lah...syahril membuat keputusan begitu bukan atas alasan dendam semata2..tetapi utkl menjaga keimanan...tidak semua orang yang kata dia nak amsuk islam dia benar-benar nak masuk islam...ana pernah membaca satu novel yang bertajuk...maria...dia pernah nak masuk islam atas alasan untuk mengajak bakal suaminya itu masuk keristian untuk menyesatkannya...akan tetapi hidayah ALLAH maha tinggi sehingga akhirnya dia memang benar-benar masuk islam...
begitu juga mungkin syahril ingin menjaga keimanannya...kalau dihayati hatinya sudah mula menyayantginya akan tetapi dia tidak boleh nak terima dengan mudah sahaja....takut kalau imannya dipermainkan...perhatikan ayat ini...MUSUH ISLAM BOLEH MELAKUKAN APA SAHAJA untuk MENJERAT MUSUHNYA....APA ye MAKNENYA TU???

pasal israel tu...israel adalah nama lain bagi nabi ALLAH ya'kub...sebabtu dinama kan kaum bani israel..kaum keluarga nabi ya'kob..ana terbaca kat artikel mana ye..saya dah lupa dah...yahudi pula adalah agama mereka.pasal kaum bani israel ini ada yang agama islam saya kutrang pasti....semuanya terletak dibawah kuasa ALAH...kalau ALLAH nak memuliakan seseorang,walaupun semua manusia berpakat untuk menghinanya maka dia tetap akna mulia....begitu juga sebaliknya....

itu saja pandangan ana yang lemah..kalau silap janagn segak nak tegur..orang takkan tau dia buat salah jika tidak ditegur..

wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For khalifah_85Profil   Hantar PM kepada khalifah_85   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-03-06 08:50


:)

setahu saya,cerpen ini hanya ringkasan pendek dr satu novel..sebab saya pernah membaca novelnya ..tapi..saya dah tak ingat tajuk..sebab novel ni pun novel pinjam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

cititel
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.01.2006
Ahli No: 21725
Posting: 150

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 06-03-06 09:01


kalau lah ana di empat shahril, anan akan meminta pertolongan ALLAH dengan solat istikarah meminta bantuan petunjuk untuk memandu ke arah yang betul... sedih cerita ni sebab ada kena mengena dengan kisah hidup ana ..

Bookmark and Share

    


  Member Information For cititelProfil   Hantar PM kepada cititel   Quote dan BalasQuote

rajanazri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.06.2006
Ahli No: 24728
Posting: 123
Dari: n9

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 12-06-06 12:29


xpeanah jumpa wanita yahudi ni.avri.l avigne kenal la . penyanyi 2.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rajanazriProfil   Hantar PM kepada rajanazri   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.435348 saat. Lajunya....