Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Matinya anak muda itu bukan kerana tergelincir kakinya, tetapi kerana tergelincir lidahnya.
-- Ilham Pujangga

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 64
Ahli: 0
Jumlah: 64




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 13 hari yang lalu
lidah-penghunus: 15 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Pengetahuan Am
Topik: Bed time story versi Malaysia


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Bed time story versi Malaysia

Please Mendaftar To Post


Oleh Bed time story versi Malaysia

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 14-03-08 08:12


Oleh: ZUARIDA MOHYIN

BUDAYA membacakan bed time story atau amalan bercerita sebelum tidur merupakan satu yang baru buat masyarakat kita, sungguhpun ia satu kebiasaan ibu bapa dan penjaga di Barat.

Oleh kerana asalnya adalah budaya luar maka secara tidak langsung, kita terpaksa bergantung dengan bahan- bahan bacaan daripada kisah-kisah dongengan dari negara luar, walaupun menyedari perbezaan hantar mereka dan kita amat ketara sama ada dari segi kebudayaan, cara hidup dan latar suasana.

Menyedari akan kekosongan dan keperluan mendesak itu, maka PTS One Sdn. Bhd. mengambil inisiatif menerbitkan buku berjudul Bacakan Saya Satu Cerita bagi memberi alternatif kepada ibu bapa, sekali gus mendedahkan kanak-kanak dengan cerita tempatan yang lebih sesuai dengan budaya Malaysia.

Baru-baru ini bertempat di Menara Cenderawasih, Keramat, Kuala Lumpur satu majlis ramah mesra di antara pihak penerbit, penulis buku dengan media dibuat dalam suasana yang cukup sederhana tetapi meriah.

Majlis ini adalah atas idea salah seorang daripada 15 penulisnya iaitu Kusyi Hirdan.

“Pada asalnya saya hanya menyuarakan cadangan untuk diadakan satu sesi fotografi para penulis memandangkan antara kami masih belum saling mengenali. Alhamdulillah, biarpun hanya lapan penulis yang hadir, ia sudah begitu memadai kerana ada di antara mereka ini sanggup datang dari luar Lembah Klang.

“Biarpun buku ini sudah berada di pasaran sejak November tahun lalu, saya menaruh harapan tinggi agar mana-mana pihak terutamanya ibu bapa untuk mendapatkannya sama ada untuk kegunaan sendiri mahupun dijadikan hadiah atau cenderahati,” katanya.

Mengapa setiap rumah perlu mempunyai buku ini? Ini kerana buku yang mengandungi sebanyak 162 cerita ini sesuai untuk kanak-kanak antara usia lima hingga lapan tahun. Malah penggunaan gaya bahasa yang mudah difahami serta persembahan menarik menerusi lukisan berwarna menjadi faktor penarik pembaca.

Namun apa yang lebih ditekankan penerbitnya ialah kepada pengisian bahan-bahan cerita.

Buku ini adalah cerita dari orang kita untuk generasi kita. Cerita-ceritanya sesuai untuk semua golongan masyarakat tanpa sempadan agama dan bangsa. Pada setiap kisah yang diutarakan mempunyai pengajarannya yang tersendiri.

Izzah Ahmad, seorang penulis bebas yang merupakan penyumbang paling tinggi dalam buku ini iaitu sebanyak 19 cerita berharap ibu bapa menggunakan medium buku sebagai satu cara membina hubungan erat serta mendidik anak-anak.

“Sebenarnya, impak yang diperoleh menerusi kaedah pembacaan adalah jauh lebih berkesan dan mendalam. Apatah lagi, yang meluangkan masa singkat itu adalah ibu atau bapa.

“Idea dan ilham menghasilkan sesebuah cerita itu diperoleh dalam rutin harian saya bersama anak-anak. Kadang-kadang sifat kanak-kanak yang suka bertanya serta mengaitkannya dengan benda sekeliling menjadi modal cerita saya,” katanya.

Buku Bacakan Saya Satu Cerita dijual dengan harga RM49.90 senaskhah dan mereka yang berminat boleh menghubungi 03-4142 7413 atau layari laman web www.pts.com.my.


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

nuhan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.01.2004
Ahli No: 6399
Posting: 214
Dari: bangi

Perak  


posticon Posting pada: 14-03-08 08:41


bagus jugak bed time story ni untuk merapatkan hbungan keluarga especially dengan anak2..setuju cerita2 kisah tempatan, kisah2 nabi..tak ada lah asyik2, cerita cinderella, snow white kan? bagus3..

tak pernah pun buat bed time story, sebab jenis senang tidur..heheh :-D kadang-kadang buka buku kejap, dah menguap..huhuh.. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuhanProfil   Hantar PM kepada nuhan   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 14-03-08 09:55


wahh bagus ni..

boleh adakan sesi bercerita dengan anak2 walaupun bukan masa nak tidur..

dari kecil dah sajikan anak2 dengan kisah2 nabi..

plan untuk anak2 kira macam tu lah :-D

nanti dah besar sikit ada sesi anak2 sama-sama dengan mak ayah,
setiap anak ada giliran bercerita :sopan:


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

laili
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2003
Ahli No: 3366
Posting: 154
Dari: kota bahru

Kelantan  


posticon Posting pada: 14-03-08 10:59


boleh merangsang perkembangan otak si manja...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lailiProfil   Hantar PM kepada laili   Pergi ke laili's Website   Quote dan BalasQuote

setanggi_syurga83
WARGA SETIA
Menyertai: 10.03.2006
Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 14-03-08 13:19


Hmm..budaya bercerita sebelum tidur ni memang ada dipraktikkan oleh kalangan ibu bapa tapi kalau ibu bapa melayu ni lebih kepada cerita penglipurlara zaman duu-dulu..contoh cerita datuk nenek macam si tanggang.ada jugak arnab dengan kura2 lah..tapi semuanya bukan dibaca dari buku..kesimpulannya mengikut olahan dan daya kreatif ibu ayah untuk menceritakan..sekaligus tak memupuk minat anak2 membaca..tetapi sekadar bercerita saja...mungkin ibu dan ayah zaman moden boleh memanfaatkn budaya yang baik ni(membaca buku2 'bedtime story') untuk dipraktikkan kepada anak2..sekaligus meluangkan waktu berkualiti bersama anak2


-----------------
-StaIrWays To HeaVen-http://nurfazilah.hadithuna.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggi_syurga83Profil   Hantar PM kepada setanggi_syurga83   Pergi ke setanggi_syurga83's Website   Quote dan BalasQuote

aisya_aqmar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.08.2004
Ahli No: 10643
Posting: 195
Dari: pasir puteh ~ kaiy ell ~ k. tganu ~ next....?

Kelantan  


posticon Posting pada: 14-03-08 13:32


betul... ni sebagai salah satu cara dan kempen memupuk minat membaca sejak kecil lagi... melentur buluh biarlah dari rebungnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aisya_aqmarProfil   Hantar PM kepada aisya_aqmar   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-03-08 14:02


urm... mereka orang barat memang stail bed time story before tidur...

tapi kita pula orang islam, kalau ikut stail orang islam pula, patutnya 'bercerita' waktu sesi tazkirah selepas solat fardhu secara berjemaah, esp. between maghrib and isyak...

sapa rajin, buat lah kajian, which time of 'story time' is better to be applied... before tidur or during tazkirah sessions... ;-) sesiapa ada experience, boleh lah cerita bagaimana cara yang lebih berkesan untuk membangunkan minda serta minat anak2.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.122156 saat. Lajunya....