Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-04-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bulan tak jatuh ke riba, sebaliknya manusia menjatuhkan diri ke atas bulan
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 35
Ahli: 0
Jumlah: 35




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 27 hari yang lalu
ronniefinancehome: 38 hari yang lalu
MTMKi: 48 hari yang lalu
usop79: 49 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: datuk Z meninggal dunia


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» datuk Z meninggal dunia

Please Mendaftar To Post


Oleh datuk Z meninggal dunia

miller
Warga Rasmi
Menyertai: 11.03.2008
Ahli No: 32853
Posting: 4
Dari: wangsa maju

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-03-08 14:42


Bekas anggota Dewan Undangan Negeri
Pelabuhan Klang Datuk Zakaria Deros,
62, meninggal dunia selepas sesak
nafas di rumahnya di Kampung Idaman,
Klang awal pagi tadi.

Menurut seorang anak perempuannya,
Liza, allahyarham tiba-tiba mengalami
sesak nafas semasa sedang berbual
dengan anggota keluarganya.

"Sebelum itu, bapa saya baru balik
dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
dan berborak-borak dengan kami seperti
biasa. Beliau tak ada pun mengadu apa-
apa," katanya ketika dihubungi Bernama
di sini, hari ini.

Beliau berkata doktor yang dipanggil
ke rumah mereka mengesahkan Zakaria,
juga dikenali Datuk Z atau Abang Z,
meninggal dunia pada jam 1 pagi.

Zakaria yang juga Ketua Umno Klang,
menyertai beberapa orang rakannya
mengikuti perkembangan mesyuarat
Majlis Tertinggi Umno dan Dewan
Tertinggi Barisan Nasional.

Liza berkata jenazah bapanya akan
dibawa dari rumah mereka pada pukul 11
pagi ini untuk dikebumikan di tanah
perkuburan Islam di Kuala Sungai Baru,
Melaka di sebelah pusara keluarganya.

Sebelum ini, Zakaria menjadi tumpuan
ramai apabila beliau terbabit dalam
kontroversi pembinaan banglo mewah
tanpa kebenaran Majlis Perbandaran
Klang (MPK).

MPK turut merobohkan premis perniagaan
milik Zakaria, juga atas alasan yang
sama. Ketika itu, Zakaria merupakan
ahli MPK.

Al-Fatihah. semoga Allah mengampuni beliau dan menempatkan roh beliau di kalangan org yang salihin.


-----------------
.Miller Somel.


Bookmark and Share

    


  Member Information For millerProfil   Hantar PM kepada miller   Quote dan BalasQuote

RijaludDeen
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.10.2006
Ahli No: 27105
Posting: 305
Dari: Perak..

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-03-08 14:46


Dari ALLAH kita datang, kepada Allah juga kita akan kembali..

moga-moga menjadi peringatan buat kita yang masih hidup ini..


-----------------
"Put Our Trust In ALLAH"




Bookmark and Share

    


  Member Information For RijaludDeenProfil   Hantar PM kepada RijaludDeen   Pergi ke RijaludDeen's Website   Quote dan BalasQuote

mohd
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 401
Posting: 283
Dari: kl

ireland  


posticon Posting pada: 11-03-08 14:47


alfatihah..semoga semua amal kenajikan beliau diterima Allah...semoga anak2 nya jadi anak yang solehah

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdProfil   Hantar PM kepada mohd   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-03-08 14:53


Takziah kepada keluargaya. Al-fatihah buat dirinya.

-->Ana baru tau kul2.15 tadi sebab ustadz bahasa arab ana btau...


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar


posticon Posting pada: 11-03-08 14:59


Agak-agaknya jika beliau masih hidup...apa yang akan dilakukan oleh kerajaan negeri yang dikuasai oleh BA itu padanya? :-?

Bookmark and Share

    


  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 11-03-08 15:06


Pada 11-03-08 14:59 , fikrul_mustanir posting:

!!! QUOTE !!!

Agak-agaknya jika beliau masih hidup...apa yang akan dilakukan oleh kerajaan negeri yang dikuasai oleh BA itu padanya? :-?



wallahuallam


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

alqibtiaz
WARGA SETIA
Menyertai: 31.07.2004
Ahli No: 10409
Posting: 542
Dari: kuala terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 11-03-08 15:09


Takziah dari ana buat keluarga Allahyarham...

Al-Fatihah...;-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For alqibtiazProfil   Hantar PM kepada alqibtiaz   Quote dan BalasQuote

syah_apium
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1424
Posting: 415
Dari: malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-03-08 16:55


salam

takziah daripada ana untuknya
yang pasti
kita yang hidup perlu mengambil iktibar dan meneruskan perjuangan
di landasan yang di redhai oleh NYa, insya Allah


-----------------
ukhwah itu indah bila dihubungkan melalui silaturrahim

layari http://ibnusyah.blogspot.



    


  Member Information For syah_apiumProfil   Hantar PM kepada syah_apium   Quote dan BalasQuote

gooku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.12.2006
Ahli No: 27562
Posting: 269

blank  


posticon Posting pada: 11-03-08 17:35


Pak Lah meninggal....
dari Allah ia datang, kepada Allah ia dikembalikan







Pak Lah meninggal

MELAKA 10 Mac - Kanak-kanak lelaki yang namanya sama seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, meninggal dunia akibat penyakit leukemia di Hospital Melaka hari ini.

Abdullah Ahmad Badawi, 9, meninggal dunia pada pukul 8.50 pagi selepas menderita penyakit tersebut sejak dua tahun lalu.

Bapanya, Abdul Rahman Mahmud, 44, berkata, dia reda dengan kehendak Allah yang lebih menyayangi anaknya itu yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah setelah pelbagai usaha dilakukan untuk mengubatinya.

‘‘Alhamdulillah, dua minggu lalu, saya sempat penuhi semua permintaan arwah untuk berjumpa dengan semua keluarga yang rapat dengannya termasuk membelikannya sebuah kereta kawalan jauh,’’ katanya kepada para pemberita di rumahnya di Taman Jaya, Padang Temu di sini hari ini.

Kanak-kanak itu yang merupakan anak ke-10 daripada 11 adik beradik meninggal dunia di sisi ibu bapa dan adik beradiknya yang juga memiliki nama menyerupai nama pemimpin negara iaitu kakaknya, Siti Rafidah, 13, dan adiknya Mahathir Mohamad, lima tahun.

Adik beradiknya yang lain ialah Siti Maisara, 24; Mohd. Al Hafiz, 22; Siti Nurul Aini, 21; Mohd. Al Najib, 19; Mohd Al Arif, 18; Siti Hajirah, 17; Muhammad Al Bunyamin, 15, Mohd. Al Azim, 13 dan Azaharem, 6.

Menurut Abdul Rahman, anaknya itu mulai sakit teruk awal Februari lalu dan sempat menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.

‘‘Sebaik saja dia pulang ke sini, dia sempat tinggal dua hari saja di rumah sebelum diserang demam dan dimasukkan ke wad di Hospital Melaka selama 16 hari dan meninggal dunia pagi ini,” katanya.

Sementara itu, abang Abdullah, Al Azim berkata, sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi ini, adiknya sempat berbisik di telinganya mengatakan sesuatu.

‘‘Sedang saya duduk di sisinya, tiba-tiba dia tarik saya dan berbisik sambil menunjukkan tangan ke atas mengatakan dia nampak sesuatu. Saya hanya mampu menganggukkan kepala sebelum dia terdiam dan tersenyum melihat saya,” katanya.

Jiran arwah, Mohd. Husaini Hussin, 16, berkata, dia sedih dengan kehilangan seorang kawan yang ceria dan suka berkawan semasa arwah masih sihat.

‘‘Kami semua sangat sedih dengan kehilangannya apatah lagi dia merupakan pemain kompang termuda di taman ini. Selepas ini kami semua pasti merinduinya terutama apabila berkumpul bermain kompang setiap kali ada majlis kenduri atau keraian,” katanya.

Seorang rakannya, Mohd. Sazlie Salleh berkata, dia pasti akan terasa sunyi kerana sebelum ini sering bergurau dengan Abdullah yang pintar kerana pandai bertutur bahasa Cina dan Inggeris dengan baik.

‘‘Dia juga pandai baca surat khabar dengan lancar walaupun hanya sempat sekolah setakat darjah satu,” katanya.


-----------------
http://gooku1.fotopages.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For gookuProfil   Hantar PM kepada gooku   Pergi ke gooku's Website   Quote dan BalasQuote

ryn0566
Warga Rasmi
Menyertai: 05.03.2008
Ahli No: 32812
Posting: 9
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 11-03-08 18:12


Takziah...sesungguhnya ajal maut itu ditangan ALLAH S.W.T..setiap yang hidup pasti akan mati..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ryn0566Profil   Hantar PM kepada ryn0566   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 11-03-08 18:48


biarlah abang Z berurusan dengan Allah s.w.t. selepas ni...

al-Fatihah buat abang Z....:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-03-08 20:50


Pada 11-03-08 14:59 , fikrul_mustanir posting:

!!! QUOTE !!!

Agak-agaknya jika beliau masih hidup...apa yang akan dilakukan oleh kerajaan negeri yang dikuasai oleh BA itu padanya? :-?


dok fikir pasal kes tu yang sampe sesak napas, dok tertunggu bila lah pegawai bpr nak serbu rumah a.k.a istana, last2 malaikat maut yang sampai dulu....huhuhu

Inna Lillahiwaina hirajiu'dan........

Al-Fatihah.........

Moga Allahyarham dihisab dan diadili seadil2nya oleh Yang Maha Esa

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 11-03-08 20:52


!!! QUOTE !!!

dok fikir pasal kes tu yang sampe sesak napas, dok tertunggu bila lah pegawai bpr nak serbu rumah a.k.a istana, last2 malaikat maut yang sampai dulu....huhuhu


:lucu: :lucu: :lucu:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

setanggi_syurga83
WARGA SETIA
Menyertai: 10.03.2006
Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 11-03-08 21:12


Innalillah..daripada Dia kita datang,dan kepada Dia juga kita dikembalikan..semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya..dan diberi keampunan kepadanya.. al fatihah..ameenn


-----------------
-StaIrWays To HeaVen-http://nurfazilah.hadithuna.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggi_syurga83Profil   Hantar PM kepada setanggi_syurga83   Pergi ke setanggi_syurga83's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 11-03-08 22:02


Pada 11-03-08 14:59 , fikrul_mustanir posting:

!!! QUOTE !!!

Agak-agaknya jika beliau masih hidup...apa yang akan dilakukan oleh kerajaan negeri yang dikuasai oleh BA itu padanya? :-?


kalau naruto-san berada di kerusi MB baru selangor....naruto-san akan arah supaya abang Z ini disiasat dan diheret ke mahkamah. 8-)

agaknya....disebabkan dia ini terlalu takut...takut dengan segala kesalahan2 dia sebelum ini....sampai kena heart attack.

anywhere....jangan ingat bila dah mati...segala harta benda, kekayaan yang diperolehi melalui cara batil boleh dilupakan begitu sahaja atas nama SIMPATI (sebab suami dah meninggal).....rumah besar abang Z (i think that is not a house, but a mansion or palace) perlu disita.


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 11-03-08 22:05


Pada 11-03-08 18:48 , ABg_IMaM posting:

!!! QUOTE !!!

biarlah abang Z berurusan dengan Allah s.w.t. selepas ni...

al-Fatihah buat abang Z....:-)



betul tu.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-03-08 22:22


dah meninggal beliau. Segala urusannya didunia dan akhirat diserahkan pada ALLah. Yang buruk dijadikan sempadan, yang baik dijadikan tauladan.

Semoga diletakkan di kalangan orang-orang yang soleh.. Amiinnnn. Alfatihah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar


posticon Posting pada: 12-03-08 00:00


Pada 11-03-08 22:02 , naruto-san posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 11-03-08 14:59 , fikrul_mustanir posting:

!!! QUOTE !!!

Agak-agaknya jika beliau masih hidup...apa yang akan dilakukan oleh kerajaan negeri yang dikuasai oleh BA itu padanya? :-?


kalau naruto-san berada di kerusi MB baru selangor....naruto-san akan arah supaya abang Z ini disiasat dan diheret ke mahkamah. 8-)

agaknya....disebabkan dia ini terlalu takut...takut dengan segala kesalahan2 dia sebelum ini....sampai kena heart attack.

anywhere....jangan ingat bila dah mati...segala harta benda, kekayaan yang diperolehi melalui cara batil boleh dilupakan begitu sahaja atas nama SIMPATI (sebab suami dah meninggal).....rumah besar abang Z (i think that is not a house, but a mansion or palace) perlu disita.



Ya, benar tu! Itu salah satu cara dalam nak meringankan bebanannya di akhirat kelak!

Bookmark and Share

    


  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

wahidatulfarahah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32315
Posting: 328
Dari: malaysia

morocco   avatar


posticon Posting pada: 12-03-08 04:42


innalillah..

betul tu.walaupun dah meninggal, harta tu tak kan jadi halal automatically, jika dirampas, mungkin kurang bebannya di sana, insyaAllah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For wahidatulfarahahProfil   Hantar PM kepada wahidatulfarahah   Quote dan BalasQuote

eyla05
WARGA SETIA
Menyertai: 17.10.2005
Ahli No: 19884
Posting: 546
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-03-08 09:35


al-fatihah....

semoga kedua-dua rohnya dicucuri rahmat dari ALLAH SWT...



Bookmark and Share

    


  Member Information For eyla05Profil   Hantar PM kepada eyla05   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 12-03-08 10:43


Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas roh allahyarham..al-Fatihah..kepada keluarganya, semoga tabah atas kehilangan allaryarham..kepada kita yang masih hidupni, jadikan sebagai iktibar..kekayaan kamu, rumah kamu, istana kamu tidak dapat membantu..amal kebajikan lah yang membantu kita didalam kubur kelak..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.104846 saat. Lajunya....