Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-09-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap awal tahun Allah SWT menghadiahkan 8760 hadiah amat berharga untuk setahun. Bagaimana anda menggunakan 8760 jam itulah yang menentukan kemajuan atau kemunduran hidup
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: abengoh
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43138

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 127
Ahli: 0
Jumlah: 127




  Yang Masuk Ke Sini
qudwah: 4 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 15 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 15 hari yang lalu
eme86: 15 hari yang lalu
sunan-faqih: 20 hari yang lalu


Awas!
Topik: Teknik Rompakan guna TELUR!!


Carian Forum

Moderator: Administrator, izdham
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Awas!
    »» Teknik Rompakan guna TELUR!!

Please Mendaftar To Post


Oleh Teknik Rompakan guna TELUR!!

AkaliliAiman_88
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.02.2008
Ahli No: 32645
Posting: 31

Pahang  


posticon Posting pada: 02-03-08 22:33


Ni aku ada dengar satu cerita. Nak kata baru tu tak jugak lah. Cuma
sekadar peringatan buat kita semua, supaya sentiasa berhati-hati walau
di mana kita berada.

Kisah ni terjadi sewaktu member kepada member aku ni, Mat Hassan (bukan
nama sebenar) sedang memandu di Lebuhraya Kesas dekat Plaza Tol Puchong
menuju ke Kajang 23 Disember 2007 lalu lebih kurang jam 11 malam.

Dia bersama isterinya Tipah (juga bukan nama sebenar), pulang dari makan
malam di rumah adiknya di Bandar Sunway.

Kemudian, sebuah motosikal memotongnya. Si pembonceng tiba-tiba melempar
dua biji telur ayam ke arah cermin hadapan (windscreen) kereta Mat
Hassan. Habis kotor cermin tu, sampai susah nak tengok depan.

Mat Hassan yang terus ter-refleks, tariklah spray wiper. Apalagi terus
hilang pandangan hadapan! Langsung tak nampak apa-apa. Mana taknya,
telur tu bila diratakan dengan bilah wiper, makin memutih lah kat atas
cermin tu dengan sebati dan sekata lagi…

Terus Mat Hassan berhenti mengejut di lorong kecemasan. Dia pun keluar
dari kereta, lap kesan telur tadi. Tipah pulak cemas saja dalam kereta.

Tiba-tiba sebuah Proton Satria berhenti belakang kereta Mat Hassan. 3
orang lelaki sasa keluar dari kereta terus meluru ke arah Mat Hassan
dengan pedang Samurai sebilah seorang sambil menempik menyuruh mereka
serah diri - bagi kunci kereta, wallet, dan handset.

Nasib baik lah, nak dijadikan cerita, Mat Hassan ni polis. Polis apa,
aku pun tak tau (member aku tak cerita pun). Terus dia keluarkan revolver
dia dan melepaskan 2 das tembakan kecemasan amaran ke udara.

3 lelaki tadi terus lari lintang pukang, melompat masuk macam orang
gila, ke dalam kereta dan terus blah, dengan lajunya, dengan tak bagi
isyaratnya…

Mat Hassan pun terus call bantuan, dan mereka akhirnya selamat. Kesan
telur pecah saja tak sempat nak lap lagi.

Modus operandi sebegini sebenarnya dah banyak digunapakai di lebuhraya.
Mangsa yang dituju biasanya golongan perempuan - lebih lagi yang bawa
anak kecil kat belakang.

Jadi, tolonglah kita sama-sama kena ingat. Bila perkara sebegini berlaku
kepada anda, pastikan:

1. Jangan sesekali tarik spray wiper;
2. Teruskan memandu dengan apa jua keadaan pun, ke mana-mana stesen
minyak, balai polis, 7-Eleven, atau mana sahaja tempat tumpuan
orang ramai.

Tolong pesan sekali kepada semua ahli keluarga, sedara mara dan rakan-rakan
Pandulah dengan selamat, wallahu a'lam.

P/s: Kadang-kadang bila kita dengar banyak cerita macam ni, kita akan
jadi lebih berhati-hati. . Bila perkara yang seumpama ini berlaku pada
kita, kita akan jadi lebih alert dan tindakan kita akan jadi lebih
proaktif dan berkesan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For AkaliliAiman_88Profil   Hantar PM kepada AkaliliAiman_88   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-03-08 23:26


Alhamdulillah, terima kasih atas artikel ini..

Hmm, apa yang nak aku simpulkan..

Kalian nilai sendiri ek..





Ucapan PM Abdullah Badawi semasa Kempen Pilihanraya April 2004;

"BILA BN MENANG KITA AKAN KURANGKAN KADAR JENAYAH 5% SETIAP TAHUN"



Dan yang ini pula,




Ucapan PM Abdullah Badawi sempena Taklimat Situasi Jenayah Bersama PDRM, Januari 2008;

"KADAR JENAYAH MENINGKAT 43%. ORANG RAMAI TAKUT UNTUK KELUAR RUMAH DIWAKTU MALAM"



Wallahua'alam


-----------------
.: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"


Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-03-08 23:30


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
                            FAKTA BUKAN AUTA
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Canny Ong - umur 29 tahun.
Diculik, diperkosa dan dibunuh. Bangsar,13/6/03


Preeshena Varshiny - umur 9 tahun
Diperkosa, diliwat dan dibunuh. Selayang, 1/12/07

Nurin Jazlin - umur 8 tahun
Diperkosa dan dibunuh. Wangsa Maju, 20/8/07


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Ada lagi..?? Atau FULL STOP??

:-D


-----------------
.: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"


Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

dziaulhaq
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2004
Ahli No: 12403
Posting: 563
Dari: perut IBU

singapore   avatar


posticon Posting pada: 03-03-08 03:45


::hah?? :-o :jangan:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For dziaulhaqProfil   Hantar PM kepada dziaulhaq   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-03-08 08:15


thank you atas info di atas...
Hello... ni topik org bagi info... awat nak masuk bab PRU pula... nak masuk, p lah masuk kat topik lain, nanti jadi tak best pula...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

Irshadianz_Boyz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13291
Posting: 139
Dari: Bumi Al-Irshad

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 06-03-08 10:20


Pada 02-03-08 23:26 , Muddathsir787 posting:

!!! QUOTE !!!

Alhamdulillah, terima kasih atas artikel ini..

Hmm, apa yang nak aku simpulkan..

Kalian nilai sendiri ek..





Ucapan PM Abdullah Badawi semasa Kempen Pilihanraya April 2004;

"BILA BN MENANG KITA AKAN KURANGKAN KADAR JENAYAH 5% SETIAP TAHUN"



Dan yang ini pula,




Ucapan PM Abdullah Badawi sempena Taklimat Situasi Jenayah Bersama PDRM, Januari 2008;

"KADAR JENAYAH MENINGKAT 43%. ORANG RAMAI TAKUT UNTUK KELUAR RUMAH DIWAKTU MALAM"



Wallahua'alam




-----------------





Bookmark and Share

    


  Member Information For Irshadianz_BoyzProfil   Hantar PM kepada Irshadianz_Boyz   Quote dan BalasQuote

Irshadianz_Boyz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13291
Posting: 139
Dari: Bumi Al-Irshad

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 06-03-08 10:23


Pada 02-03-08 23:26 , Muddathsir787 posting:

!!! QUOTE !!!

Alhamdulillah, terima kasih atas artikel ini..

Hmm, apa yang nak aku simpulkan..

Kalian nilai sendiri ek..





Ucapan PM Abdullah Badawi semasa Kempen Pilihanraya April 2004;

"BILA BN MENANG KITA AKAN KURANGKAN KADAR JENAYAH 5% SETIAP TAHUN"



Dan yang ini pula,




Ucapan PM Abdullah Badawi sempena Taklimat Situasi Jenayah Bersama PDRM, Januari 2008;

"KADAR JENAYAH MENINGKAT 43%. ORANG RAMAI TAKUT UNTUK KELUAR RUMAH DIWAKTU MALAM"



Wallahua'alam




HAII...DONT BLAME OTHERS...LET'S WORK TOGEHTHER!


-----------------





Bookmark and Share

    


  Member Information For Irshadianz_BoyzProfil   Hantar PM kepada Irshadianz_Boyz   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 06-03-08 10:25


Baru ni kawan rumah ada kena ikut dengan kereta lain... tak tau siapa yang ikut... nasib baik tak ada apa-apa.. kawan nak balik rumah masa tu dari tempat perkhemahan dalam pukul 2 pagi.. org tu ikut sampai rumah, tapi kawan tu cepat-cepat tukar jalan,tak jadi masuk rumah, takut nanti mereka nak buat apa-apa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

didad
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1966
Posting: 114
Dari: penang

Selangor  


posticon Posting pada: 06-03-08 11:10


salamm...

sungguh berguna cerita tu dijadikan iktibar..

Bookmark and Share

    


  Member Information For didadProfil   Hantar PM kepada didad   Quote dan BalasQuote

sufti_ilham
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2003
Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 06-03-08 11:24


Bismillahhirrahmanirrahim

erm..memacam teknik orang nak buat jahat sekarang ni..nauzubillah..tapi rasanya yang paling menjadi 'fitst choice' adalah perempuan,kan..walaupun lelaki jugak menjadik mangsa..lebih-lebih lagi kalau yang bawa kereta 'best' sikit..erm..nauzubillah..ee..geram

Bookmark and Share

    


  Member Information For sufti_ilhamProfil   Hantar PM kepada sufti_ilham   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: :: Terengganu/Selangor ::

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-11-08 15:23


Syukran atas info ni..InsyaAllah ana akan sampaikan kepada semua..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-11-08 19:39


alhamdulilah diatas info berguna ini...

:jangan: :jangan:


-----------------
"Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."


Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

yoma
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.02.2005
Ahli No: 14789
Posting: 60
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 30-11-08 20:47


terima kasih berkongsi cerita...

bijak sungguh penjahat sekarang...kita kena lebih pintar kalau nak selamat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For yomaProfil   Hantar PM kepada yoma   Quote dan BalasQuote

mazri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.07.2008
Ahli No: 34011
Posting: 118
Dari: Bumi Darul Sunnah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-11-08 21:06


Terima kasih atas info ini. Macam-macam hal betul perompak ni. Ada-ada saja taktik yang mereka nak cari lagi. Belum puas makan duit haram lagi agaknya makhluk ni.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mazriProfil   Hantar PM kepada mazri   Pergi ke mazri's Website   Quote dan BalasQuote

imni_1612
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-12-08 11:10


terima kasih untuk info ini..ni yang imni jadi takut nak bawa kereta sengsorang kat highway ni..:-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For imni_1612Profil   Hantar PM kepada imni_1612   Quote dan BalasQuote

pulu
WARGA SETIA
Menyertai: 27.01.2005
Ahli No: 13934
Posting: 697
Dari: Gorontalo

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 01-12-08 22:05


Ooo... ini macam tipu muslihat, banyak di Jakarta.

Bookmark and Share

    


  Member Information For puluProfil   Hantar PM kepada pulu   Pergi ke pulu's Website   Quote dan BalasQuote

ardani
WARGA SETIA
Menyertai: 24.06.2008
Ahli No: 33778
Posting: 451
Dari: queensland lake

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 01-12-08 23:27


macam-macam hal pjenayah ni kan..
thank you ingatkan..
semoga selepas ini kita lebih bhati2, insyaAllah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ardaniProfil   Hantar PM kepada ardani   Quote dan BalasQuote

Arayan
Warga 1 Bintang
Menyertai: 26.08.2008
Ahli No: 34662
Posting: 30
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 03-12-08 00:24


Assalamualaikum...
syukran jaziilan atas maklumat ni... lepas ni kenalah berhati-hati

Bookmark and Share

    


  Member Information For ArayanProfil   Hantar PM kepada Arayan   Quote dan BalasQuote

lailasuhaila
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.09.2008
Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 11-12-08 16:29


terima kasih atas info ni, semoga kita lebih berhati-hati...........

Bookmark and Share

    


  Member Information For lailasuhailaProfil   Hantar PM kepada lailasuhaila   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.110264 saat. Lajunya....