Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Jika orang lain boleh melakukan, kita boleh belajar melakukan
-- Prinsip NLP

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 113
Ahli: 0
Jumlah: 113




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 19 hari yang lalu
Kang: 38 hari yang lalu
lidah-penghunus: 40 hari yang lalu
muslimin23: 48 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Bekas Mufti Pulau Pinang


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Bekas Mufti Pulau Pinang

Please Mendaftar To Post


Oleh Bekas Mufti Pulau Pinang

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar


posticon Posting pada: 01-03-08 12:37


Bekas Mufti Dato Sheikh Azmi Bin Ahmad telah kembali ke Rahmatullah pada jam 740pagi tadi kerana sakit jatung di IJN.

Moga ALLAHU RABBI mencucuri rahmat pada roh beliau. insya-ALLAH.


ISLAM adalah segalanya dalam kehidupan seorang manusia.

Ya ALLAH selamatkanlah penulis dan pembaca ini demi kejayaan ISLAM.


-----------------
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya


Bookmark and Share

    


  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

Penama
Deleted User


posticon Posting pada: 01-03-08 12:39


innalillahi wainnailaihi rajiun
satu demi satu mereka pergi meninggalkan kita...
al fatihah

Bookmark and Share

    


  Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-03-08 12:43


Allahu Allah.. inna liLLahi wa inna ilaiHi roji'uunn Al fatihah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

tirmidziy02
WARGA SETIA
Menyertai: 17.09.2004
Ahli No: 11209
Posting: 586
Dari: PULAU MUTIARA

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 01-03-08 13:34


KUALA LUMPUR, 1 Mac (Hrkh) – Mantan Mufti kerajaan negeri Pulau Pinang, Dato’ Syeikh Azmi bin Ahmad, telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.40 pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN) setelah mengalami sakit jantung dan kencing manis.

Jenazah telah selamat tiba di Masjid al-‘Itisam, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI Jaya) pada jam 10.00 pagi untuk pengurusan dan solat jenazah akan diadakan sejurus selepas solat Zuhur. Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21.

Menurut Tengku Ahmad Tengku Kasim yang merupakan adik ipar Almarhum, antara pimpinan yang akan tiba termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Dato' seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, anaknya Nurul Izzah, calon PAS Shah Alam, Ir Khalid Samad, pimpinan parti Keadilan dan PAS Shah Alam, kenalan, anak-anak murid Almarhum yang akan datang dari Kedah.

Almarhum yang pada mulanya mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Kompleks Anjung Rahmat, kemudian ke Kampung Baru Medical Centre (KBMC) di Kampung Baru dan kemudiannya dimasukkan pula ke IJN. Image

Almarhum Dato' Syeikh Azmi dilahirkan di Batas Liku, Arau, Perlis pada 10 Ogos 1943. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Arau. Kemudian menyambung pengajian menengah di Sekolah Arab Alawiyyah Arau.

Setelah tamat pengajian menengah, anak kedua kepada pasangan Hj. Ahmad Bin Long dan Melor Binti Musa ini kemudiannya menyambung pengajian di Universiti Baghdad, Iraq dalam bidang Pengajian Syariah & Kesusteraan Arab sehingga memperolehi B.A dalam bidang tersebut bersama-sama pimpinan PAS seperti Ustaz Hashim Jasin, Ustaz Hassan Syukri, Ustaz Jalaluddin Abdul Wahid dan Ustaz Abdul Halim (bekas Pegawai Agama Felda).

Setelah kembali ke tanah air, beliau mendirikan rumah tangga dengan Puan Balkis Binti Musa pada bulan April, 1971 dan kini mempunyai 8 orang anak (2 perempuan dan 6 lelaki). Pada mula kerjayanya bertugas sebagai Pegawai Penerangan Agama di Jabatan Hal Ehwal Agama, Perak.

Setelah itu, dilantik menjadi Kadi di Kedah sebelum dilantik menjadi Timbalan Kadi Besar di Kedah. Ketika bertugas di Alor Setar ini, beliau pernah mengikuti kursus Pengajian Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1987) dan memperolehi Diploma Kehakiman dan Pentadbiran Hukum Syara' dan kemudiannya mengikuti kursus di The Muslim Collegge, London (1990) selama 6 bulan.

Almarhum merupakan bekas Mufti Pulau Pinang (1992-1997), bekas Ketua Hakim Mahkamah Syarie Pulau Pinang (1998-1999), dan pernah juga menyandang jawatan sebagai yang.A.A. Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Labuan).

Almarhum juga merupakan bekas Naib Presiden Parti KeAdilan Nasional (sekarang Parti Keadilan Rakyat).

Warga kerja Harakah mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya bersama orang-orang soleh.

Bookmark and Share

    


  Member Information For tirmidziy02Profil   Hantar PM kepada tirmidziy02   Pergi ke tirmidziy02's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 01-03-08 14:16


Assalamualaikum
semua ulama' yang baik telah pergi satu demi satu...hanya kita yang tinggal....adakah kita akan dimasukkan dalam golongan kiri ataupun kanan.... :-(

P/S : al-fatihah untuk beliau...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar


posticon Posting pada: 01-03-08 16:11


Pada 01-03-08 14:16 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum
semua ulama' yang baik telah pergi satu demi satu...hanya kita yang tinggal....adakah kita akan dimasukkan dalam golongan kiri ataupun kanan.... :-(

P/S : al-fatihah untuk beliau...



Jika kita, banyak yang perlu kita betulkan.....macam dalam diri sendiri pun kepentingannya juga ada. Justeru, jom pakat dakwah dan tengok diri kita sedalam dalamnya.....

Wallahu'alam bissowab

insya-ALLAH, moga ALLAHU RABBI ampuni dosa penulis ini dan pembaca.


-----------------
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya


Bookmark and Share

    


  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.113758 saat. Lajunya....