Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 27-10-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Keep your friends close, and your enemies closer
-- Sun-Tzu

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Kuyi
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43139

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 60
Ahli: 0
Jumlah: 60

  Yang Masuk Ke Sini
umy_1510: 6 jam, 51 minit yang lalu

Pengetahuan Am
Topik: Demokrasi dan ISlam (untuk sahabat-sahabat HT)

Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Demokrasi dan ISlam (untuk sahabat-sahabat HT)

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 3

Go To Page: 1 · 2 · 3  
Jump To Page:

Oleh Demokrasi dan ISlam (untuk sahabat-sahabat HT)

aremaf
Warga Rasmi
Menyertai: 23.01.2008
Ahli No: 32413
Posting: 5
Dari: selangor

blank  

posticon Posting pada: 24-02-08 15:45

salam..
saya dapati ramai sahabat2 kita ni mungkin cenderung kepada jemaah HT...saya rasa eloklah juga kalau shabat2 kita membaca dan meneliti pandangan yang dikeluarkan oleh ustaz. Zaharuddin Abd rahman (UZAR) tentang antara Pilihanraya(demokrasi) dan ISlam ini:

sila klik:

Isu undi,Pilihanraya dan ISlam

p/s: insyaAllah dengan membca artikel ini sahabat2 penyokong dan beberapa org yang dikatakan 'pengkaji' HT lebih terbuka soal demokrasi dan pilihanraya....sebab banyak hujah2 dikalangan sahabat2 sekalian sebelum ini agak kurang berdasarkan dalil2 yang kukuh...
wallahualam...

Bookmark and Share

  Member Information For aremafProfil   Hantar PM kepada aremaf   Quote dan BalasQuote

aremaf
Warga Rasmi
Menyertai: 23.01.2008
Ahli No: 32413
Posting: 5
Dari: selangor

blank  

posticon Posting pada: 24-02-08 15:53

beberapa lagi persoalan Hukum berkenaan mengundi dan Islam oleh ulama2 dunia....

Hukum Mengundi

Soalan:

Kami tinggal di sebuah Negara yang tidak berhukum dengan hukum Allah.
Adakah harus bagi seseorang mengundi dan mencalonkan diri dalam
pilihanraya Negara ini?

Jawapan:

Tidak harus bagi seorang Islam untuk mencalonkan dirinya untuk
menyertai kerajaan yang berhukum dengan selain apa yang diturunkan
Allah (AL Qur'aan dan Sunnah) dan tidak beramal dengan shariat Islam.
Maka tidak harus bagi seorang Muslim untuk mengundinya atau mengundi
selain daripadanya yang bekerja dalam kerajaan tersebut. Melainkan
jika orang yang mencalonkan dirinya dari kalangan orang Islam dan
mereka yang mengundi berhasrat untuk menukar hukum kepada beramal
dengan shariat Islam melalui cara memasuki pilihanraya, dan mengambil
cara itu sebagai satu jalan untuk menguasai sistem pemerintahan. Orang
yang telah berjaya memasuki pemerintahan itu pula tidak bekerja di
jawatan-jawatan yang bercanggah dengan shariat Islam.

Fatwa Lajnah Daa'imah yang diketuai oleh Shaikh Ibn Baaz 23/406-407.

Soalan:

Sebagaimana yang pihak tuan sedia maklum, kami di Algeria ini
mempunyai pilihanraya tashri'iyyah. Sebahagian parti-parti di sini
menyeru ke arah berhukum dengan shariat Islam dan sebahagian lain pula
tidak mahu kepada hukum Islam. Maka apa hukumnya mengundi golongan
yang tidak mahu menegakkan hukum Islam walaupun dia solat ?

Jawapan:

Wajib bagi orang Islam yang berada di Negara yang tidak berhukum
dengan hukum Islam untuk mengerah tenaga dan usaha mereka semampu
mungkin untuk berhukum dengan Shariat Islam. Mereka hendaklah
berganding bahu dalam membantu parti yang diketahui akan menghukum
dengan Shariat Islam. Adapun membantu orang yang menyeru ke arah tidak
melaksanakan shariat Islam adalah tidak boleh malah boleh membawa
kepada Kufur berdasarkan kepada firman Allah :

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa
yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak
hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak
memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah
kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah
itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan
sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari
umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.

Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum
jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan tidak ada
sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah.

(Al Maa'idah 49-50)

Oleh kerana itu setelah Allah menerangkan kekufuran orang yang tidak
berhukum dengan shariat Islam maka Allah memberi amaran agar tidak
membantu mereka dan tidak mengambil mereka sebagai
penolong/kawan/pemimpin. Lalu Allah memerintahkan orang-orang beriman
agar bertaqwa jika mereka benar-benar beriman.

Maka Allah berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang
yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan dari
orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu dan orang-orang
kafir musyrik itu: Menjadi penolong-penolong dan bertakwalah kepada
Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman.

(Al Maa'idah 57)

Wabillahittawfiiq. Wa Sollallah `ala Nabiyyina Muhammad wa aalihi wa
sohbihi wa sallam.

Fatwa Lajnah Daa'imah yang diketuai oleh Shaikh Ibn Baaz 1/373-374

Diterjemah pada 9 Safar 1429 H.

=&ID=10720&searchScope=3&SearchScopeLevels1=&SearchScopeLevels2=&highLight=1&Sea
rchType=EXACT&bookID=&LeftVal=17343&RightVal=17344&simple=&SearchCriteria=Allwor
ds&siteSection=1& searchkeyword=2161632171340322171382171302171362171332171362 161
67032216168216167217132216170217131216167216170217129#firstK eyWordFound

Minit 2-7

Siri pertemuan terbuka nombor 210 side B

(Silsilah Liqaa' Al Baab Al Maftuuh, Mu'assasah Al Istiqaamah)

Soalan:

Apakah hukum pilihanraya yang wujud di Kuwait memandangkan bahawa
kebanyakan golongan Islam dan Da'wah yang menyertainya telah terfitnah
agama mereka ? Apa pula hukum pilihanraya kecil kabilah yang wujud di
dalamnya wahai sheikh ?

Jawapan:

Saya menganggap bahawa pilihanraya ini wajib. Kita wajib untuk
melantik orang yang kita nampak sebagai memiliki kebaikan kerana
apabila orang-orang baik lengah dalam perkara ini maka siapakah yang
akan mengambil tempat mereka ? Orang-orang jahat atau manusia lalang
yang tidak memiliki kebaikan mahupun keburukan, yang mengikuti setiap
yang bersuara lantang.

Kita wajib untuk memilih orang yang kita lihat sebagai Saaleh. Apabila
seseorang berkata bahawa kami telah memilih seorang tetapi majoriti
ahli majlis (parlimen/dewan rakyat/dewan negara) adalah daripada
aliran lain maka kita menjawab: Tidak mengapa. Seorang ini jika Allah
menjadikan dalam dirinya keberkatan dan dia melontarkan
kalimah-kalimah yang benar dalam majlis ini nescaya ia akan memberi
kesan yang pasti.

Namun kita kurang dari segi keihlasan kepada Allah. Kita terlalu
bergantung kepada perkara-perkara material dan tidak melihat kepada
kalimah Allah `Azza wa Jalla. Lihatlah apa yang Allah firmankan kepada
Musa `Alaihissalam ketika Fir'aun meminta kepadanya pertemuan untuk
mendatangkan seluruh ahli sihir. Musa menjanjikan kepadanya pertemuan
pada waktu dhuha, hari perayaan. Pada waktu tengah hari di tempat yang
rata dan bukan pada waktu malam. Berkumpullah manusia yang ramai lalu
Musa `Alaihissolaatuwassalam berkata kepada mereka:

"Celakalah kamu kelak! Janganlah kamu mendakwa secara dusta terhadap
Allah, kerana dengan sebab itu Dia akan membinasakan kamu dengan azab
seksa dan sesungguhnya orang yang berdusta, tetap hampa dan kecewa."
(Taha: 61)

Inilah satu pernyataan yang bagaikan ledakan bom!

Allah berfirman:

"Maka merekapun berbantah-bantahan tentang urusan mereka di antara
mereka."
(Tahaa: 62)

Huruf nothing' dalam perkataan Fatanaaza'uu memberi erti urutan, akibat dan
sebab.

Apabila manusia berbantah-bantahan maka itu adalah kegagalan
sebagaimana Firman Allah `Azza wa Jalla:

"Dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu
menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu." (Al Anfaal : 46)

"Maka merekapun berbantahan dan berunding sesama sendiri mengenai
perkara sihir mereka dan mereka rahsiakan apa yang mereka rundingkan."
(Tahaa: 62)

Hasilnya ialah para ahli sihir yang datang untuk menentang Musa
kemudiannya menyertai beliau. Mereka tersungkur sujud kepada Allah
lalu mendeklarasikan di depan Fir'aun:

"Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa."
(Tahaa: 70)

Kalimah haqq daripada seorang individu telah memberi kesan kepada
begitu ramai orang yang dipimpin seorang pemerintah yang sangat kejam.

Oleh itu saya berkata: Walaupun ditentukan bahawa tidak ada di dalam
Parlimen melainkan bilangan kecil di kalangan ahli kebenaran nescaya
mereka akan memberi manfaat. Tetapi mereka hendaklah ikhlas kepada
Allah `Azza wa Jalla. Adapun kata-kata bahawa Parlimen itu tidak harus
(dimasuki) dan tidak boleh menyertai serta duduk dengan orang-orang
Faasiq, maka adakah kita ada mengatakan bahawa kita menyertai Parlimen
untuk menyetujui mereka? Kita duduk bersama mereka untuk menerangkan
kebenaran buat mereka.

Sebahagian rakan di kalangan `Ulama' menganggap bahawa haram menyertai
plilihanraya kerana ia menjadikan seorang yang beristiqamah duduk
dengan seorang yang terpesong. (Jadi kita ingin bertanya) Adakah
lelaki istiqamah ini memasuki pilihanraya untuk memesongkan dirinya
atau untuk meluruskan apa yang bengkok ? Jawab ! Adakah seorang
lelaki yang istiqamah yang duduk di sebelah seorang yang terpesong
dalam pilihanraya untuk memesongkan orang ? Ya, dia menyertai
pilihanraya untuk membetulkan dan meluruskan yang bengkok lagi
tersasar.Jika dia tidak berjaya kali ini dia akan berjaya lain kali.

Yang bertanya : Pilihanraya kecil kabilah wahai sheikh ?

Jawapan:
Semuanya sama. Lantiklah orang yang kamu anggap sebagai baik dan
bertawakkallah kepada Allah.

+ Silsilah Liqaa' Al Baab Al Maftuuh merupakan siri majlis dengan
Shaikh Muhammad ibn Saaleh Al `Uthaymeen yang berlangsung di rumah
beliau pada setiap hari Khamis dari tahun 1412 sehingga tahun
kewafatan beliau pada 1421 Hijrah.

Diterjemah pada 4/11/1428 H bersamaan 14/11/2007

Diterjemahkan oleh Doktor Imran di dalam http://groups.yahoo.com/group/alfikrah

Bookmark and Share

  Member Information For aremafProfil   Hantar PM kepada aremaf   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 24-02-08 16:14

macam mana nak berhujah, kalau ulama yang menulis tak membezakan antara hukum pilihanraya dan demokrasi.

dah banyak posting2 saya lihat di ukhwah.com ni yang menjelaskan berkenaan pilihanraya dan demokrasi, tak perlu saya bahas panjang lebar.

sedikit penjelasan, pilihanraya dalam skop yang halal untuk memilih ketua darjah hatta ketua negara hukumnya sah. contohnya khalifah, antara beberapa calon diadakan pilihanraya untuk memilih, ia adalah mubah. tetapi calon tersebut tidak sah sebagai khalifah selagi tidak melalui aqad bye'ah. poilihraya hanya salah satu teknik atau pendekatan untuk memilih calon terbaik, tapi yang menjadikan is sah dan terikat dengan hukum syara' adalah akad bye'ah.

demokrasi pula adalah hak rakyat untuk menggubal undang-undang, melalui suara majoriti. dari demokrasi wujudnya badan legaslatif untuk meggubal undang-undang dan juga badan eksekutif untuk melaksanakan jentera pemerintahan. ini jelas bertentang dengan hukum islam. islam tidak membenarkan manusia buat undang-undang sendiri.

ini cuma penjelasan ringkas, banyak dah dipostingkan di sini. saya dah banyak kali berhujah tentang demokrasi ni, setakat ini alhamdulillah tiada dalil dan hujah yang dapat menghalalkan demokrasi(baca:membenarkan manusia gubal hukum). buat aremaf dan sahabat2 yang lain, saya amat gembira jika dapat bertemu dengan antum, berkenalan dan sama-sama kita bahaskan demokrasi ini. kalau hujah demokrasi itu halal lebih kuat, saya akan ikut demokrasi. sambutlah salam ukhwah ini dari saya, khairul khairi dari johor.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

aremaf
Warga Rasmi
Menyertai: 23.01.2008
Ahli No: 32413
Posting: 5
Dari: selangor

blank  

posticon Posting pada: 24-02-08 16:40

"islam tidak membenarkan manusia buat undang-undang sendiri."

salam..
saya rasa sedara perlu menilai sedalam2'dan contoh pemerintahan Pas di Kelantan..
walaupun Pas hanya pegang satu negeri..tetapi berapa banyak undang-undang konvensional terpaksa tunduk dengan undang-undang Islam yang disyiarkan oleh Pas..
contoh yang paling simple berkenaan papan tanda iklan yang diwajibkan menutup aurat dan penggunaan tulisan jawi...
bagaimana pula dengan kakitngan kerajaan klatan yang diwajibkan guna bank Islam?akhirnya undng2 yang asalnya hanya diwajibkan di Kelantan akhirnya tersebar ke seluruh negrara...semakin banyak bank2 knvensional menubuhkn bnk Islam...tu antra contoh yang simple lah...
sedara kena kaji juga apa yang ada dalam Pas serta jemaah2 lain selain pas...sebab saya pun sempat jadi ahli HT selama 3 bulan di kampus..
yang pasti..tiada jemaah yang sempurna di dunia ini..tapi semuanya menuju ke arah ksempurnaan itu...oleh itu,xwajar jika satu-satu jemaah blame ntara stu yang lain...m'haramkn stu yang lain dsebabkan jalan yang stu2 jemaah ambil sebagai pndekatan mereka untuk kembali kepada khalifah dan tertegaknya syiar Islam...

p/s: untuk pengetahuan,saya bukan ahli Pas...

Bookmark and Share

  Member Information For aremafProfil   Hantar PM kepada aremaf   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 25-02-08 03:53

Salam ukhwah, aremaf. Tidak jadi masalah bagi saya kalau anda ni bukan ahli PAS. Tapi yang saya minat pada part "saya pun sempat jadi ahli HT selama 3 bulan di kampus"... Apa outcome-nya, Kenapa 3 bulan sahaja, benarkah jadi ahli, ataupun sekadar ikuti halaqah sahaja? Nanti kita bincang lagi ye...

Tapi buat masa ni, saya nak berbalik kepada topik perbincangan.

1.

!!! QUOTE !!!

sebab banyak hujah2 dikalangan sahabat2 sekalian sebelum ini agak kurang berdasarkan dalil2 yang kukuh...

Rasanya dah disenaraikan nas satu persatu sebelum ni. Bahkan kalau berminat, saya boleh emelkan buku "Demokrasi: Sistem Kufur" oleh Abd Qadim Zallum.

Tapi paling penting, kenalah sepakat dahulu dengan apa yang dimaksudkan dengan demokrasi itu sendiri... Dan tidak keliru antara pilihanraya dan demokrasi...

2.

!!! QUOTE !!!

Orang yang telah berjaya memasuki pemerintahan itu pula tidak bekerja di jawatan-jawatan yang bercanggah dengan shariat Islam.

Fatwa Lajnah Daa'imah yang diketuai oleh Shaikh Ibn Baaz 23/406-407.

Macam mana pula tu..? Ada ke jawatan yang tak bercanggah dengan syariat Islam dalam sistem demokrasi? Bukankah kesemua ahli parlimen itu terlibat dalam proses penggubalan hukum? Kan dah bercanggah dengan syariat tu... Sebab hak menggubal hukum hanyalah milik Allah (asy-Syari')

3. Ada yang memberikan justifikasi "meletakkan individu yang baik dalam parlimen untuk memuhasabah". Tapi kalau dilihat dari segi realiti, mengapa dihantar calon non-Muslim pula? Mengapa diseru supaya mengundi calon non-Muslim (daripada pakatan pembangkang), sedangkan matlamat perjuangan PAS dalam demokrasi ialah untuk menegakkan syariat? Kan ironi jadinya..?

Kalau nak diikut logik mengikut sistem demokrasi ni, maka kenalah letak seramai mungkin calon yang faham Islam supaya nanti bila diusulkan hudud misalnya, maka majoriti akan menerimanya, lalu diluluskan pelaksanaannya. Sebab dalam sistem demokrasi, ahli parlimen (baca: manusia) yang berhak menggubal hukum. Jika PAS menang dan daulah ditubuhkan, adakah wakil rakyat non-Muslim juga akan turut terlibat dalam menetapkan hukum-hakam Islam?

Lebih-lebih lagi apabila DAP dah terang-terang menentang negara Islam, manakala Tian Chua pula memastikan bahawa negara Islam tidak akan tertubuh sekiranya pembangkang memenangi pilihanraya kali ini (Opposition deals seats - The Star).

4. Kebanyakan ulama' yang mengharuskan demokrasi mengelak daripada membincangkan isu "meletakkan kedaulatan di tangan manusia". Sedangkan inilah ciri demokrasi yang paling utama dan inilah antara sebab mengapa ia haram.

Ada yang memberikan hujah bahawa PAS akan gubal undang-undang yang selaras dengan syariat Islam, jadi isu ini tak timbul. Betul ke macam tu?

Adakah kita berhak untuk membincangkan sesuatu yang telah ditetapkan Allah ke atas kita? Seolah-olah dalam nak menegakkan hukum Allah tu perlu dapat kelulusan parlimen pula. Kaedah penerapan hukum sebegini tidak tepat sebenarnya. Mari rujuk ayat berikut;

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلاَ مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمْ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ

“It is not for a believer man or woman to have any say in the matter after the decision is made by Allah and RasulAllah ” Surah al-Ahzab 33:36

Apa-apa sahaja yang telah diputuskan oleh Allah dan Rasul wajib dipatuhi tanpa sebarang soal. Sekarang lihatlah apa yang terjadi kepada hudud... Anda boleh kata, "kerajaan BN yang menolaknya", tapi sistem mana yang mengizinkan mereka berbuat demikian, kalau bukan demokrasi yang kalian sertai ini?

5.

!!! QUOTE !!!

..tetapi berapa banyak undang-undang konvensional terpaksa tunduk dengan undang-undang Islam yang disyiarkan oleh Pas..

Namun sistem dualisme tetap dipertahankan... Bermakna, undang-undang sivil tetap diiktiraf... Sedangkan dalam daulah Islam, hanya satu sahaja undang-undang yang diiktiraf, dan diterapkan kepada semua warga daulah baik yang Muslim mahupun non-Muslim kecuali dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama mereka (nikah-cerai, perwarisan dan sebagainya)

6.

!!! QUOTE !!!

papan tanda iklan yang diwajibkan menutup aurat dan penggunaan tulisan jawi...

Usaha sebegini bagus, namun tidak memadai. Pemain bolasepak masih lagi memakai seluar pendek, peraturan etika pemakaian Islam hanya dilaksanakan ke atas wanita (betulkan kalau saya tersilap, mungkin dah diubah...).

!!! QUOTE !!!

bagaimana pula dengan kakitngan kerajaan klatan yang diwajibkan guna bank Islam

Benarkah bank Islam itu benar-benar syarie..? Jika begitu, mengapa banyak dinilai semula apabila Bank al-Rajhi masuk ke Malaysia..? Macam ada yang tak kena sahaja... Penggunaan istilah Bahasa Arab dalam produk-produk kewangan tidak bermakna sistem perbankan itu telah convert dan menjadi "mualaf"... Saya ni bukanlah pakar kewangan, jadi tak layak nak cerita panjang lebar... Tapi setakat pengetahuan saya, banyak transaksi yang mempunyai masalah dari segi akad...

7. Kesungguhan dan semangat untuk menegakkan Islam itu memang bagus dan terpuji, namun mestilah berada di jalan yang benar... Kita tak boleh tangkap muat sahaja, asalkan dapat dilaksanakan... Saya tak layak nak kata orang ni betul, orang ni salah... Yang jadikan sesuatu itu betul atau salah bukannya saya ataupun HT, tetapi Allah swt melalui panduan wahyu serta sunnah ar-Rasul. Kita tidak akan sesat selagi berpegang teguh kepadanya...

Marilah kita sama-sama kembali menilai dari perspektif syarak, dan bukannya maslahat / manfaat semata-mata...

-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

alKhattab
Warga 5 Bintang
Menyertai: 02.01.2005
Ahli No: 13471
Posting: 374

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 25-02-08 07:07

salam ukhwah..

kullu am wa'antum bkhair!selamat berjuang sahabat2 ku yang ingin menegakkan Islam seluruh dunia..semoga anda dirahmati Allah..

Bookmark and Share

  Member Information For alKhattabProfil   Hantar PM kepada alKhattab   Quote dan BalasQuote

pemburupokok
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2007
Ahli No: 30607
Posting: 1512
Dari: Dikawasan yang ada pokok

blank   avatar

posticon Posting pada: 25-02-08 17:41

Pada 24-02-08 15:45 , aremaf posting:

!!! QUOTE !!!

salam..
saya dapati ramai sahabat2 kita ni mungkin cenderung kepada jemaah HT...saya rasa eloklah juga kalau shabat2 kita membaca dan meneliti pandangan yang dikeluarkan oleh ustaz. Zaharuddin Abd rahman (UZAR) tentang antara Pilihanraya(demokrasi) dan ISlam ini:

sila klik:

Isu undi,Pilihanraya dan ISlam

p/s: insyaAllah dengan membca artikel ini sahabat2 penyokong dan beberapa org yang dikatakan 'pengkaji' HT lebih terbuka soal demokrasi dan pilihanraya....sebab banyak hujah2 dikalangan sahabat2 sekalian sebelum ini agak kurang berdasarkan dalil2 yang kukuh...
wallahualam...

AKU MEMANG TIDAK respect KEPADA ZAHARUDDIN NI!!!!!
MAMAT NI TAK FAHAM APA ITU DEMOKRASI!!!!

-----------------
((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK))))

Mari berforum dengan Pemburu Pokok

Bookmark and Share

  Member Information For pemburupokokProfil   Hantar PM kepada pemburupokok   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 25-02-08 18:56

Pada 25-02-08 03:53 , ghazi posting:

!!! QUOTE !!!

3. Ada yang memberikan justifikasi "meletakkan individu yang baik dalam parlimen untuk memuhasabah". Tapi kalau dilihat dari segi realiti, mengapa dihantar calon non-Muslim pula? Mengapa diseru supaya mengundi calon non-Muslim (daripada pakatan pembangkang), sedangkan matlamat perjuangan PAS dalam demokrasi ialah untuk menegakkan syariat? Kan ironi jadinya..?

Kalau nak diikut logik mengikut sistem demokrasi ni, maka kenalah letak seramai mungkin calon yang faham Islam supaya nanti bila diusulkan hudud misalnya, maka majoriti akan menerimanya, lalu diluluskan pelaksanaannya. Sebab dalam sistem demokrasi, ahli parlimen (baca: manusia) yang berhak menggubal hukum. Jika PAS menang dan daulah ditubuhkan, adakah wakil rakyat non-Muslim juga akan turut terlibat dalam menetapkan hukum-hakam Islam?

Lebih-lebih lagi apabila DAP dah terang-terang menentang negara Islam, manakala Tian Chua pula memastikan bahawa negara Islam tidak akan tertubuh sekiranya pembangkang memenangi pilihanraya kali ini (Opposition deals seats - The Star).

memanglah kena letak seramai mungkin calon..tapi, kita kena sedar juga realiti sekarang yang mana PAS belum mampu untuk meletakkan calon yang berpotensi menang di semua tempat kerana pas belum mampu memberi kefahaman yang jelas untuk semua org ISLAM dimalaysia disamping penindasan BN dalam menyekat ahli PAS memberi penerangan tentang negara islam.

disebabkan itu maka PAS bekerjasama dengan pembangkang yang non muslim bagi membolehkan mencapai beberapa matlamat seperti mengurangkan majoriti 2/3 BN,menghapuskan rasuah,menghapuskan kezaliman BN yang mana sememangnya disepakati oleh non muslim..

dan insya Allah bila mana kemampuan pas telah terselah disamping KEFAHAMAN yang jelas dikalangan org islam di malaysia tentang negara islam,rasnya tidak mustahil pas akan menghantar clon kesemua kerusi yang dipertandingkan..

p/s : pada pandangan saya, HT belum mampu membina khilafah setelah 60 tahun penubuhan adalah disebabkan proses kefahaman juga kan????

anda ada kata "Kalau nak diikut logik mengikut sistem demokrasi ni"

saya pun nak kata, logik ke? kita nak bina khilafah islamiyyah hanya sekadar buat SN,halaqah,seminar??

Bookmark and Share

  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 25-02-08 19:02

Pada 25-02-08 03:53 , ghazi posting:

!!! QUOTE !!!

6.

!!! QUOTE !!!

papan tanda iklan yang diwajibkan menutup aurat dan penggunaan tulisan jawi...

Usaha sebegini bagus, namun tidak memadai. Pemain bolasepak masih lagi memakai seluar pendek, peraturan etika pemakaian Islam hanya dilaksanakan ke atas wanita (betulkan kalau saya tersilap, mungkin dah diubah...).

saya tidak pasti, cuma pernah membaca hukum ahli sukan yang berseluar pendek(lelaki) adalah harus..mungkin nanti saya paste kalau jumpa balik..

itulah arab saudi dan negara wahabi pun mempunyai pemain bola yang guna seluar pendek..

Bookmark and Share

  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 25-02-08 19:21

Pada 25-02-08 03:53 , ghazi posting:

!!! QUOTE !!!

5.

!!! QUOTE !!!

..tetapi berapa banyak undang-undang konvensional terpaksa tunduk dengan undang-undang Islam yang disyiarkan oleh Pas..

Namun sistem dualisme tetap dipertahankan... Bermakna, undang-undang sivil tetap diiktiraf... Sedangkan dalam daulah Islam, hanya satu sahaja undang-undang yang diiktiraf, dan diterapkan kepada semua warga daulah baik yang Muslim mahupun non-Muslim kecuali dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama mereka (nikah-cerai, perwarisan dan sebagainya)

ini disebabkan kuasa yang terhad pada kerajaan negeri sheikh...nak menghapuskan mahkamah cicil kerja kerajaan pusat sheikh..parti politik seperti HT pun rasanya tidak mampu & tidak berkuasa menghapuskan mahkamah civil masakini kan, kerana HT tidak berkuasa lagi kan..

Bookmark and Share

  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 25-02-08 19:27

Pada 25-02-08 03:53 , ghazi posting:

!!! QUOTE !!!

2.

!!! QUOTE !!!

Orang yang telah berjaya memasuki pemerintahan itu pula tidak bekerja di jawatan-jawatan yang bercanggah dengan shariat Islam.

Fatwa Lajnah Daa'imah yang diketuai oleh Shaikh Ibn Baaz 23/406-407.

Macam mana pula tu..? Ada ke jawatan yang tak bercanggah dengan syariat Islam dalam sistem demokrasi? Bukankah kesemua ahli parlimen itu terlibat dalam proses penggubalan hukum? Kan dah bercanggah dengan syariat tu... Sebab hak menggubal hukum hanyalah milik Allah (asy-Syari')

itulah makanya, bila pas memerintah nanti ALQURAN dan SUNNAH yang akan menjadi perlembagaan tertinggi sheikh..bila Al-Quraan dan sunnah dah jadi perlembagaan tertinggi, tidak kira muslim ataupun kafir yang mahu membuat sesuatu undang-undang kenalah merujuk AL QURAN DAN SUNNAH..

Bookmark and Share

  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  

posticon Posting pada: 25-02-08 21:56

Pada 25-02-08 17:41 , pemburupokok posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 24-02-08 15:45 , aremaf posting:

!!! QUOTE !!!

salam..
saya dapati ramai sahabat2 kita ni mungkin cenderung kepada jemaah HT...saya rasa eloklah juga kalau shabat2 kita membaca dan meneliti pandangan yang dikeluarkan oleh ustaz. Zaharuddin Abd rahman (UZAR) tentang antara Pilihanraya(demokrasi) dan ISlam ini:

sila klik:

Isu undi,Pilihanraya dan ISlam

p/s: insyaAllah dengan membca artikel ini sahabat2 penyokong dan beberapa org yang dikatakan 'pengkaji' HT lebih terbuka soal demokrasi dan pilihanraya....sebab banyak hujah2 dikalangan sahabat2 sekalian sebelum ini agak kurang berdasarkan dalil2 yang kukuh...
wallahualam...

AKU MEMANG TIDAK respect KEPADA ZAHARUDDIN NI!!!!!
MAMAT NI TAK FAHAM APA ITU DEMOKRASI!!!!

hmmm..at least dia berpengetahuan luas pasal agama...banyak berdakwah, bidang pengajian dia bidang agama, yang pasti lebih ilmunya berbanding anda(maaf kl salah, mungkin anda dah tahap ulama' muktabar agaknya duduk blame orang itu ini, tak betul..)....

memang brbeza dengan orang yang duduk dengar kuliah sheikh2 HT saja...

-----------------
"Subhanaka lah 'ilma lana illa ma'allamtana innaka antal 'alimul hakim...Ilaahi Anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi...

Bookmark and Share

  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 25-02-08 22:20

" di akhir zaman.... ulamanya adalah sejahat2 makhluk, dari mereka fitnah datang, kepada mereka fitnah itu kembali" (hari Baihaqi)

jadi kita rujuk ulama atas dalil mereka, dalil yang paling kuat kita ikut. kalau semua nak berhujah "dia ulama, lebih banyak ilmu, lebih tahu, dia ulama besar" tanpa membandingkan dalil mana yang paling kuat nescaya rosaklah agama yang suci ini. jangan kita tergolong sebagaimana dinyatakan dalam hadith tentang orang nasrani yang mengikut paderi dengan personaliti luarannya tanpa memikirkan ia betul atau tidak.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 26-02-08 03:31

Pada 25-02-08 18:56 , acok_86 posting:

!!! QUOTE !!!

memanglah kena letak seramai mungkin calon..tapi, kita kena sedar juga realiti sekarang yang mana PAS belum mampu untuk meletakkan calon yang berpotensi menang di semua tempat kerana pas belum mampu memberi kefahaman yang jelas untuk semua org ISLAM dimalaysia disamping penindasan BN dalam menyekat ahli PAS memberi penerangan tentang negara islam.

disebabkan itu maka PAS bekerjasama dengan pembangkang yang non muslim bagi membolehkan mencapai beberapa matlamat seperti mengurangkan majoriti 2/3 BN,menghapuskan rasuah,menghapuskan kezaliman BN yang mana sememangnya disepakati oleh non muslim..

Kerjasama ini menuntut kompromi. Dan PAS terpaksa berkompromi dalam soal pokok perjuangan PAS itu sendiri, iaitu dalam menegakkan negara Islam yang meletakkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai perlembagaan. Bagaimana tu..?

!!! QUOTE !!!

dan insya Allah bila mana kemampuan pas telah terselah disamping KEFAHAMAN yang jelas dikalangan org islam di malaysia tentang negara islam,rasnya tidak mustahil pas akan menghantar clon kesemua kerusi yang dipertandingkan..

p/s : pada pandangan saya, HT belum mampu membina khilafah setelah 60 tahun penubuhan adalah disebabkan proses kefahaman juga kan????

anda ada kata "Kalau nak diikut logik mengikut sistem demokrasi ni"

saya pun nak kata, logik ke? kita nak bina khilafah islamiyyah hanya sekadar buat SN,halaqah,seminar??

Memanglah tak logik kalau sekadar berbuat demikian. Mungkin anda tak tahu, jadi izinkan saya memberitahu. Dalam masa yang sama, proses meraih kekuasaan turut berjalan sama... Itulah proses yang dinamakan sebagai thalabun nusrah...

Jadi, janganlah anggap tiada usaha meraih kekuasaan dilakukan oleh HT...

Saya syorkan supaya acok membaca Dakwah to Islam tulisan Syeikh Ahmad Mahmoud. Boleh download dari web khilafah.com. Kalau dah tiada, sila PM emel anda kepada saya, nanti saya emelkan. Insya Allah.

-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 26-02-08 03:34

Pada 25-02-08 19:02 , acok_86 posting:

!!! QUOTE !!!

saya tidak pasti, cuma pernah membaca hukum ahli sukan yang berseluar pendek(lelaki) adalah harus..mungkin nanti saya paste kalau jumpa balik..

itulah arab saudi dan negara wahabi pun mempunyai pemain bola yang guna seluar pendek..

Salam, saya pun pernah terdengar tentang khilaf tersebut daripada rakan saya. Tapi benarkah itu alasan sebenarnya?

Seperkara lagi, bukan itu yang ingin saya tekankan. Saya nak menekankan bahawa usaha yang telah dilakukan itu masih belum memadai dan tidak sepatutnya dijadikan showcase menunjukkan bahawa Kelantan sudah "cukup Islamik".

Marilah menerapkan Islam secara kaffah..!

-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 26-02-08 03:40

Pada 25-02-08 19:21 , acok_86 posting:

!!! QUOTE !!!

ini disebabkan kuasa yang terhad pada kerajaan negeri sheikh...nak menghapuskan mahkamah cicil kerja kerajaan pusat sheikh..parti politik seperti HT pun rasanya tidak mampu & tidak berkuasa menghapuskan mahkamah civil masakini kan, kerana HT tidak berkuasa lagi kan..

Syeikh, anda perlu jelas bahawa sistem dualisme ini dibentangkan dalam dokumen Negara Islam, dan bukannya dalam mesyuarat DUN Kelantan ataupun Terengganu (dahulu). Negara, bukannya negeri. Bermakna, PAS akan mengekalkan dualisme setelah menang, menjadi kerajaan pusat, dan menubuhkan negara Islam.

Sila ambil perhatian...

Seperkara lagi, tugas parti politik dalam sistem Islam bukannya untuk memerintah, sebaliknya untuk melakukan muhasabah kepada pemimpin. Sebelum wujudnya khilafah, peranan parti politik Islam ialah berusaha ke arahnya.

Jadi, apabila khilafah tertegak, bukan HT yang memerintah... Yang memerintah ialah khalifah yang dipilih dan dibaiah oleh umat.

-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 29-02-08 00:14

Sebagai perimbangan :

APAKAH SISTEM DEMOKRASI HARAM?

Pertanyaan:

Apaka Demokrasi haram?
Apakah dizaman rosululloh ada sistem demokrasi?

IWAn

Jawaban:

Assalamu alaikum wr.wb.
Saudara Iwan yang dirahmati Allah. Demokrasi adalah sebuah tema yang banyak dibahas oleh para ulama dan intelektual Islam. Untuk menjawab dan memosisikan demokrasi secara tepat kita harus terlebih dahulu mengetahui prinsip demokrasi berikut pandangan para ulama tentangnya.

Prinsip Demokrasi
Menurut Sadek, J. Sulaymâdan, dalam demokrasi terdapat sejumlah prinsip yang menjadi standar baku. Di antaranya:
• Kebebasan berbicara setiap warga negara.
• Pelaksanaan pemilu untuk menilai apakah pemerintah yang berkuasa layak didukung kembali atau harus diganti.
• Kekuasaan dipegang oleh suara mayoritas tanpa mengabaikan kontrol minoritas
• Peranan partai politik yang sangat penting sebagai wadah aspirasi politik rakyat.
• Pemisahan kekuasaan legislatif, eksekutif, dan yudikatif.
• Supremasi hukum (semua harus tunduk pada hukum).
• Semua individu bebas melakukan apa saja tanpa boleh dibelenggu.

Pandangan Ulama tentang Demokrasi
Al-Maududi
Dalam hal ini al-Maududi secara tegas menolak demokrasi. Menurutnya, Islam tidak mengenal paham demokrasi yang memberikan kekuasaan besar kepada rakyat untuk menetapkan segala hal. Demokrasi adalah buatan manusia sekaligus produk dari pertentangan Barat terhadap agama sehingga cenderung sekuler. Karenanya, al-Maududi menganggap demokrasi modern (Barat) merupakan sesuatu yang berssifat syirik. Menurutnya, Islam menganut paham teokrasi (berdasarkan hukum Tuhan). Tentu saja bukan teokrasi yang diterapkan di Barat pada abad pertengahan yang telah memberikan kekuasaan tak terbatas pada para pendeta.

Mohammad Iqbal
Kritikan terhadap demokrasi yang berkembang juga dikatakan oleh intelektual Pakistan ternama M. Iqbal. Menurut Iqbal, sejalan dengan kemenangan sekularisme atas agama, demokrasi modern menjadi kehilangan sisi spiritualnya sehingga jauh dari etika. Demokrasi yang merupakan kekuasaan dari rakyat, oleh rakyat, dan untuk rakyat telah mengabaikan keberadaan agama. Parlemen sebagai salah satu pilar demokrasi dapat saja menetapkan hukum yang bertentangan dengan nilai agama kalau anggotanya menghendaki. Karenanya, menurut Iqbal Islam tidak dapat menerima model demokrasi Barat yang telah kehilangan basis moral dan spiritual. Atas dasar itu, Iqbal menawarkan sebuah konsep demokrasi spiritual yang dilandasi oleh etik dan moral ketuhanan. Jadi yang ditolak oleh Iqbal bukan demokrasi an sich. Melainkan, prakteknya yang berkembang di Barat. Lalu, Iqbal menawarkan sebuah model demokrasi sebagai berikut:
- Tauhid sebagai landasan asasi.
- Kepatuhan pada hukum.
- Toleransi sesama warga.
- Tidak dibatasi wilayah, ras, dan warna kulit.
- Penafsiran hukum Tuhan melalui ijtihad.

Muhammad Imarah
Menurut beliau Islam tidak menerima demokrasi secara mutlak dan juga tidak menolaknya secara mutlak. Dalam demokrasi, kekuasaan legislatif (membuat dan menetapkan hukum) secara mutlak berada di tangan rakyat. Sementara, dalam sistem syura (Islam) kekuasaan tersebut merupakan wewenang Allah. Dialah pemegang kekuasaan hukum tertinggi. Wewenang manusia hanyalah menjabarkan dan merumuskan hukum sesuai dengan prinsip yang digariskan Tuhan serta berijtihad untuk sesuatu yang tidak diatur oleh ketentuan Allah.
Jadi, Allah berposisi sebagai al-sayaâri’ (legislator) sementara manusia berposisi sebagai faqîh (yang memahami dan menjabarkan) hukum-Nya.
Demokrasi Barat berpulang pada pandangan mereka tentang batas kewenangan Tuhan. Menurut Aristoteles, setelah Tuhan menciptakan alam, Diia membiarkannya. Dalam filsafat Barat, manusia memiliki kewenangan legislatif dan eksekutif. Sementara, dalam pandangan Islam, Allah-lah pemegang otoritas tersebut. Allah befirman
Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam. (al-A’âf: 54).
Inilah batas yang membedakan antara sistem syariah Islam dan Demokrasi Barat. Adapun hal lainnya seperti membangun hukum atas persetujuan umat, pandangan mayoritas, serta orientasi pandangan umum, dan sebagainya adalah sejalan dengan Islam.

Yusuf al-Qardhawi
Menurut beliau, substasi demokrasi sejalan dengan Islam. Hal ini bisa dilihat dari beberapa hal. Misalnya:
- Dalam demokrasi proses pemilihan melibatkkan banyak orang untuk mengangkat seorang kandidat yang berhak memimpin dan mengurus keadaan mereka. Tentu saja, mereka tidak boleh akan memilih sesuatu yang tidak mereka sukai. Demikian juga dengan Islam. Islam menolak seseorang menjadi imam shalat yang tidak disukai oleh makmum di belakangnya.
- Usaha setiap rakyat untuk meluruskan penguasa yang tiran juga sejalan dengan Islam. Bahkan amar makruf dan nahi mungkar serta memberikan nasihat kepada pemimpin adalah bagian dari ajaran Islam.
- Pemilihan umum termasuk jenis pemberian saksi. Karena itu, barangsiapa yang tidak menggunakan hak pilihnya sehingga kandidat yang mestinya layak dipilih menjadi kalah dan suara mayoritas jatuh kepada kandidat yang sebenarnya tidak layak, berarti ia telah menyalahi perintah Allah untuk memberikan kesaksian pada saat dibutuhkan.
- Penetapan hukum yang berdasarkan suara mayoritas juga tidak bertentangan dengan prinsip Islam. Contohnya dalam sikap Umar yang tergabung dalam syura. Mereka ditunjuk Umar sebagai kandidat khalifah dan sekaligus memilih salah seorang di antara mereka untuk menjadi khalifah berdasarkan suara terbanyak. Sementara, lainnya yang tidak terpilih harus tunduk dan patuh. Jika suara yang keluar tiga lawan tiga, mereka harus memilih seseorang yang diunggulkan dari luar mereka. Yaitu Abdullah ibn Umar. Contoh lain adalah penggunaan pendapat jumhur ulama dalam masalah khilafiyah. Tentu saja, suara mayoritas yang diambil ini adalah selama tidak bertentangan dengan nash syariat secara tegas.
- Juga kebebasan pers dan kebebasan mengeluarkan pendapat, serta otoritas pengadilan merupakan sejumlah hal dalam demokrasi yang sejalan dengan Islam.

Salim Ali al-Bahnasawi
Menurutnya, demokrasi mengandung sisi yang baik yang tidak bertentangan dengan islam dan memuat sisi negatif yang bertentangan dengan Islam.
Sisi baik demokrasi adalah adanya kedaulatan rakyat selama tidak bertentangan dengan Islam. Sementara, sisi buruknya adalah penggunaan hak legislatif secara bebas yang bisa mengarah pada sikap menghalalkan yang haram dan menghalalkan yang haram. Karena itu, ia menawarkan adanya islamisasi demokrasi sebagai berikut:
- menetapkan tanggung jawab setiap individu di hadapan Allah.
- Wakil rakyat harus berakhlak Islam dalam musyawarah dan tugas-tugas lainnya.
- Mayoritas bukan ukuran mutlak dalam kasus yang hukumnya tidak ditemukan dalam Alquran dan Sunnah (al-Nisa 59) dan (al-Ahzab: 36).
- Komitmen terhadap islam terkait dengan persyaratan jabatan sehingga hanya yang bermoral yang duduk di parlemen.

Kesimpulan
Dari uraian di atas dapat disimpulkan bahwa konsep demokrasi tidak sepenuhnya bertentangan dan tidak sepenuhnya sejalan dengan Islam.
Prinsip dan konsep demokrasi yang sejalan dengan islam adalah keikutsertaan rakyat dalam mengontrol, mengangkat, dan menurunkan pemerintah, serta dalam menentukan sejumlah kebijakan lewat wakilnya.
Adapun yang tidak sejalan adalah ketika suara rakyat diberikan kebebasan secara mutlak sehingga bisa mengarah kepada sikap, tindakan, dan kebijakan yang keluar dari rambu-rambu ilahi.
Karena itu, maka perlu dirumuskan sebuah sistem demokrasi yang sesuai dengan ajaran Islam. Yaitu di antaranya:
1. Demokrasi tersebut harus berada di bawah payung agama.
2. Rakyat diberi kebebasan untuk menyuarakan aspirasinya
3. Pengambilan keputusan senantiasa dilakukan dengan musyawarah.
4. Suara mayoritas tidaklah bersifat mutlak meskipun tetap menjadi pertimbangan utama dalam musyawarah. Contohnya kasus Abu Bakr ketika mengambil suara minoritas yang menghendaki untuk memerangi kaum yang tidak mahu membayar zakat. Juga ketika Umar tidak mahu membagi-bagikan tanah hasil rampasan perang dengan mengambil pendapat minoritas agar tanah itu dibiarkan kepada pemiliknya dengan cukup mengambil pajaknya.
5. Musyawarah atau voting hanya berlaku pada persoalan ijtihadi; bukan pada persoalan yang sudah ditetapkan secara jelas oleh Alquran dan Sunah.
6. Produk hukum dan kebijakan yang diambil tidak boleh keluar dari nilai-nilai agama.
7. Hukum dan kebijakan tersebut harus dipatuhi oleh semua warga

Akhirnya, agar sistem atau konsep demokrasi yang islami di atas terwujud, langkah yang harus dilakukan:
- Seluruh warga atau sebagian besarnya harus diberi pemahaman yang benar tentang Islam sehingga aspirasi yang mereka sampaikan tidak keluar dari ajarannya.
- Parlemen atau lembaga perwakilan rakyat harus diisi dan didominasi oleh orang-orang Islam yang memahami dan mengamalkan Islam secara baik.
Wallahu a’lam bi al-shawab
Wassalamu alaikum wr.wb

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 29-02-08 00:14

PENGULANGAN SEMULA PERBEZAAN PENDAPAT ULAMAK /b]MENGENAI DEMOKRASI MASAKINI :

Takrif Demokrasi

Para ilmuwan Muslim membahaskan masalah ini dengan panjang lebar. Ada berpendapat menyatakan Islam tiada sama dengan demokrasi, ada juga yang berpendapat ia adalah sama dengan demokrasi. Ada berpendapat, di sana ada persamaan dan juga perbezaan.Fahmi Huwaidi dalam bukunya al-Islam wa al-Dimuqratiyah menjelaskan bahawa dua keadaan yang menjadi kesalahan besar kepada Islam iaitu ketika seseorang yang menyatakan Islam sama dengan demokrasi dan ketika ia menyatakan Islam menentang demokrasi. Sesungguhnya perkara ini memerlukan kepada kebebasan dan penjelasan yang mendalam.

Dr. Dyiauddin al-Ris dalam bukunya yang bertajuk Nazariah al-Siyasah al-Islamiah menyebut:

i. Kalimat “bangsa” atau “rakyat” dalam sistem demokrasi hanya terhad dalam rakyat negara tërsebut atau dikenali sebagai “Nasionalisme”.. Bangsa tersebut dibatasi oleh sempadan geografi, yang hidup dalam satu iklim di mana individu-individu di dalamnya terikat oleh ikatan darah, jenis, bahasa dan kebudayaan. Menurut Islam, “umat” tidak harus terikat oleh sesuatu tempat, darah atau bahasa tetapi terikat dalam bentuk akidah..

ii. Matlamatnya adalah untuk material semata-mata manakala Islam meliputi kerohanian dan kebendaan dengan memberi semua keperluan tersebut secara seimbang.

Menurut demokrasi Barat, kekuasaan rakyat adalah secara mutlak. Umat adalah pemegang kekuasaan tertinggi. Umat boleh membuat dan membatalkan undang-undang dan segala keputusan meskipun keputusan itu bertentangan dengan norma-norma susila atau bertentangan dengan kepentingan manusia secara keseluruhan. Perkara ini berbeza dengan Islam yang mana kekuasaan itu tertakluk kcpada undang-undang Islam.Umat tidak boleh bertindak melebihi batas-batas yang ditetapkan dalam ajaran Islam.

Beliau juga menjelaskan bahawa Islam tidak dapat disamakan dengan sistem-sistem yang lain sama ada faham autokrasi, teokrasi dan demokrasi dengan pengertian yang sempit. Ini disebabkan kekuasaan tertinggi dalam Islam sangat utuh dan mantap yang berpadu kepada umat dan syariat Islam. Oleh itu, umat dan syariat merupakan pemegang kekuasaan penuh dalam negara Islam.

Meskipun demokrasi Barat memiliki kelebihan-kelebihan, tetapi ia tidak memiliki sebarang prinsip yang membatasinya atau nilai-nilai yang menjadi landasan kehidupannya seperti kebebasan mutlak, digunakan untuk membela kepentingan sesetengah kelompok yang kuat dan meruntuhkan nilai-nilai murni termasuk nilai-nilai murni demokrasi itu sendiri. Apabila perkara ini terjadi, maka sistem demokrasi yang digambarkan sebagai terbaik menjadi lebih kejam daripada kediktatoran.

Demokrasi ialah kesepakatan rakyat untuk memilih sebahagian orang yang akan memerintah dan mengatur urusan mereka.Dengan cara itu rakyat terhindar daripada memilih seorang pemimpin yang tidak mereka kehendaki dan dari sistem yang menindas mereka. Demokrasi boleh difahami sebagai satu sistem yang mempunyai undang-undang berprosedur yang mengkhususkan siapa yang berwibawa untuk membuat sesuatu keputusan secara kolektif dan melalui prosedur apakah yang harus digunakan untuk membut keputusan.Demokrasi mengandungi prosedur-prosedur demi untuk mencapai keputusan secara kolektif dalam suasana menjamin penyertaan secara maksima yang boleh tercapai bagi mereka yang berkepentingan,termasuklah kepentingan ini ialah :

i. kepentingan hak untuk samarata

ii. kepentingan golongan majoriti yang memerintah dan jaminan kepada hak minoriti. Ini adalah untuk memastikan keputusan kolektif dipersetujui oleh sebilangan suara yang secukupnya untuk membuat keputusan tersebut.

iii. Prinsip undang-undang

iv. Jaminan berpelembagaan untuk kebebasan berkumpul dan luahan pendapat dan hak-hak kebebasan lain-lain yang akan membantu menjamin siapa yang akan membuat keputusan atau dipilih untuk buat keputusan supaya boleh memilih dari pilihan-pilihan yang terbaik.

Demokrasi sebenarnya cara atau metode bagi menghalang sokongan yang memerintah untuk terus menerus menyesuaikan kuasa yang ada padanya untuk kepentingan matlamatnya sahaja. Atau dengan kata yang berbeza sedikit, politik demokrasi moden ialah pemerintah di mana pemerintah dipertanggungjawabkan dalam tindakan mereka dihadapan orang awam dari rakyat jelata yang bertindak secara tidak langsung melalui wakil-wakil rakyat yang dipilih dalam satu suasana persaingan dan permuafakatan.

Bagi pemikir-pemikir politik Islam yang utama, definisi sedemikian yang difahami dari demokrasi adalah amat sesuai dengan nilai-nilai syura yang diamalkan dalam ajaran Islam. Walaupun demikian ada di kalangan pemikir Islam menganggap dengan penuh keyakinan demokrasi tidak sesuai dengan Islam. Demokrasi juga bermaksud kuasa politik dan segala hak politik diserahkan kepada rakyat. Demokrasi juga bukan sahaja bentuk kerajaan tetapi juga satu bentuk masyarakat. Namun ada sebahagian pemikir Islam mendesak supaya umat Islam tidak berfikir secara dikatomi demokrasi mahupun diktator sahaja tanpa melihat elemen-elemen Islam seperti syura, keadilan, persamaan yang lebih lengkap dan mantap sifatnya dalam ajaran Islam.

Kategori Penerimaan dan Penolakan terhadap Demokrasi

Dalam hal tersebut, terdapat tiga aliran pendapat mengenai demokrasi iaitu :

1. Golongan menolak demokrasi secara mutlak iaitu menanggapnya sebagai satu peraturan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Antara pendukung pendapat ini ialah Taqiyuddin al-Nabhani, Pengasas Hizbul Tahrir al-Islami dalam bukunya Nizam al-Hukm fi al-Islam, 1989 yang menyebutkan bahawa demokrasi adalah bertentangan dengan akidah Islamiah. Mereka mendakwa bahawa tidak ada apa-apa dalam tradisi Islam yang serasi dengan kerajaan berperlembagaan dan perwakilan. Demokrasi juga merupakan legasi imperialis Barat.

2. Golongan yang bersetuju dengan demokrasi secara mutlak. Antara golongan ini ialah Syeikh Muhammad Husein dalam artikelnya Tanbih al-Ummah wa Tanziyah al-Millah yang menyeru berpegang kepada demokrasi sebagai satu wasilah untuk menumbangkan diktator. Menurutnya, diktator terbahagi kepada dua iaitu diktator politik dan diktator agama dan diktator agama adalah yang paling sukar dihapuskan.

3. Golongan ini tidak menerima atau menolak secara mutlak.Mereka membezakan demokrasi sebagai alat dengan demokrasi sebagai satu bentuk pegangan. Golongan ini semakin mendapat tempat di kalangan umat Islam sekarang ini. Termasuk dalam golongan ini seperti Muhammad Khatami, Presiden Iran, Muhmmad Mahdi Syamsuddin, seorang ulamak syiah, Yusuf al-Qaradhawi, Rashid al-Ghannoushi., Taufiq al-Shawi dan Hassan al-Turabi. Pendokong demokrasi Islamik menekankan konsep-konsep syura, bye’ah, permuafakatan, ijtihad dan maslahah untuk menunjukkan bahawa Islam tidak berkurangan dalam landasan-landasan asas yang secocok dengan tatacara dan matlamat demokrasi.

Al-Afghani, Abduh dan Rashid Rida menyatakan antara faktor kemunduran umat Islam ialah wujudnya pemimpin politik yag jahat.Pemerintahan yang kejam menyebabkan umat Islam lupa terhadap perkara perundingan dan kesatuan.

Menurut Rashid al-Ghannoushi, demokrasi adalah hasil evolusi sejarah yang meluas dan bukan sekadar buatan para teorist mahupun jurist atau pemikir-pemikir politik.Kebanyakan daripada prinsipnya diceduk dari suasana zaman pertengahan Eropah yang melalui perkembangan sehinggalah terbentuk bersama-sama sejarah yang panjang ini satu sistem. Orang-orang Eropah banyak mengambil pengajaran dari tamadun Islam untuk membantu mencipta satu masyarakat yang disinari dengan konsep-konsep nilai sosial di mana dengan itu lahirnya demokrasi liberal. Perhubungan Eropah dengan Islam telah membuka mata Eropah ketika itu dari kehinaan Feudalisme dan dari kongkongan agama dan dari kediktatoran kepada elitis pihak pemerintah.

Taufiq al-Shawi berpendapat demokrasi sebenarnya adalah versi syura menurut Islam. Menurutnya, banyak pemimpin-pemimpin Islam yang naik kuasa selepas Khulafa’ al-Rasyidin membelakangkan syura sehingga zaman kita ini. Barat pula mendahului perkara ini hari ini dalam mengamalkan nilai-nilai syura seperti kebebasan dan menjernihkan kebebasan berpolitik. Negara Eropah berjaya mengasaskan sistem secara syura ini dalam kerajaan mereka yang mereka namakan demokrasi. Dengan lain perkataan, syura yang datang dari bumi Islam menjadi layu kerana tidak dipelihara dengan rapi rupa-rupanya subur berkembang di bumi bukan Islam.

Hassan al-Turabi pula menjejaki titik tolak penukaran demokrasi moden bermula dari amalan kontrak yang dikenali sebagai peristiwa bye’ah. Menurutnya, beberapa amalan demokrasi mempelajarinya dari feqh siasah hasil perhubungan mereka dengan Islam.

Menurut Dr. Abdullah Ahmad Qaderi bahawa jika dibandingkan sistem demokrasi dengan sistem diktator, maka sistem dcmokrasi lebih baik kerana Ã-a memberi kebebasansan bersuara. Apabila pemerintahan Islam hilang, maka di hadapannya ada dua sistem, perlulah ia rnemilih sistem yang dapat memberi kebebasan dakwah, kebebasan memilih pernimpin yang soleh yang kemungkinan dapat menjalankan hukum-hukum Allah. Ini berlainan dengan sistem diktator yang menjurus manusia ke arah hawa nafsu dan tiada berpeluang untuk memilih pemimpin. Ini tidak bermakna harus orang mukmin mengambil demokrasi apabila hilangnya pemerintahan Islam.

Sementara itu, Muhammad al-Ghazali dalam bukunya Dustur al-Wihdah al-Thaqafah Bayna al-Muslimun mengatakan bahawa demokrasi bukanlah agama yang diletakkan dalam barisan Islam melainkan hanyalah sebuah sistem interaksi antara pemerintah dengan rakyatnya. Kita perlu melihatnya kembali untuk memahami bagaimana demokrasi memberikan penghormatan individu bagi pendukung dan pembangkang dengan kedudukan yang sama. Dan bagaimana dia memberi dorongan kepada orang-orang yang tidak sejalan dan sependapat untuk mengatakan “tidak”, tanpa rasa takut dipenjara atau ditangkap. Sikap dan tindakan yang keterlaluan serta pemerintahan diktator merupakan bencana yang memakan agama dan dunia kita.

Said Hawwa pada mulanya menolak demokrasi tetapi akhirnya menerima demokrasi apabila berpendapat demokrasi adalah jalan terbaik untuk mendapat kejayaan di negara umat Islam .Ahmad Shawqi al-Fanjari dalam bukunya Hurriyat al-Siyasah fi al-Islam (Kebebasan Berpolitik dalam Islam) dan buku Kayfa Nahkum bi al-Islam fi Dawlah 'Asriah (Bagaimana Kita Memerintah dengan Islam dalam Negara Moden) mengatakan setiap zaman mempunyai terminologi sendiri untuk merumuskan konsep demokrasi dan kebebasan. Apa yang disebut oleh demokrasi adalah sama apa yang disebut dalam ajaran Islam tentang keadilan ('adl), hak (haqq), perundingan (Shura) dan persamaan (musawat).Ini kerana pemerintahan demokrasi memberi perhatian kepada elemen-elemen keadilan dan kenenaran kepada rakyat dan rakyat berpitipasi dalam menentukan perkara tersebut. Sebagai contoh bye’ah sama dengan hak memilih dan ijma’ itu sebagai satu kehendak majoriti. Kalimah 'hurriyat al-siyasah' (kebebasan berpolitik) sememangnya tidak ada disebut dalam al-Quran tetapi elemen-elemennya terdapat dalam al-Quran selengkapnya.Ia hanya berbeza dari segi terminologi tetapi mempunyai matlamat yang sama. Apa yang disebut sebagai 'hurriyat al-siyasah' adalah sama dengan apa yang dilaungkan oleh Islam sejak 14 kurun yang lalu tentang al-Shura. Malah Islam memberi penekanan terhadap suhulah al-Hijab antara pemimpin dan rakyat dan adanya sifat rahmah dan tarahum.(rahmat dan kasih mengasihani) antara kedua-dua pihak.

Dalam pertemuan penulis dengan Rashid al-Ghannoushi, beliau menegaskan bahawa Islam tidak bertentangan dengan demokrasi bahkan berkongsi beberapa ciri yang sama di mana kepentingan bersama dapat bertukar antara satu sama lain. Beliau menyeru kepada umat Islam supaya menerima demokrasi sebagai satu langkah untuk membebaskan negara dari pemerintahan diktator yang menghalang kebebasan bersuara dan pilihanraya umum. Beliau berkeyakinan melalui demokrasi yang bercirikan Islam merupakan jalan untuk menobatkan Islam sebagai syariat tertinggi. Hujah al-Ghannoushi bahawa Islam tidak bertentangan dengan demokrasi ialah kerana sistem autoriti sivil diwujudkan di mana perlakuan politiknya diserahkan kepada rakyat. Dalam sistem demokrasi, beberapa mekanisme demokrasi seperti kebebasan bersuara, sistem berparlimen, pilihanraya boleh diwujudkan dan diinstitusikan dengan melaksanakan shura. Oleh itu, beliau menegaskan bahawa demokrasi diperlukan kerana kebaikannya. Ia merupakan mekanisme bagi warga muslim untuk memanfaatkan sebaik mungkin darinya bagi mewujudkan semula pemerintahan moden berasaskan shura dan demokrasi Islami.

Di sini ada baiknya kita memerhatikan pandangaan Yusuf al-Qaradhawi mengenai Islam dan demokrasi. Beliau menegaskan bahawa negara Islam menjalankan sistem-sistem terbaik yang terdapat pada sistem demokrasi, tetapi itu tidak bererti bahawa negara Islam merupakan salinan daripada sistem demokrasi Barat. Ia serupa dengan demokrasi Barat dari segi memberi kebebasan, tanggungjawab pemimpin dan majlis perundingan. Namun begitu demokrasi Barat tidak memiliki prinsip untuk membatasinya atau nilai-nilai yang menjadi landasan kehidupannya. Hal ini membolehkan mereka melakukan apa sahaja untuk menghapuskan nilai-nilai murni dan mengantikannya dengan kemungkaran. Di samping itu, demokrasi juga sering digunakan untuk membela kepentingan sesetengah kelompok yang kuat dan tidak memperjuangkan kesehjahteraan rakyat. Perkara ini disebabkan demokrasi tidak pernah menjadikan kriteria moral dan akhlak sebagai persyaratan utama bagi orang-orang yang terpilih ataupun orang –orang yang memilih.

Di sini letak keistimewaan sistem shura yang diperjuangkan oleh negara Islam. Shura memiliki had-had dan batasan yang tidak boleh dilanggar. Di samping itu, ketetapan-ketetapan Islam dalam perkara shura telah sampai kepada peringkat kesempurnaan yang tidak pernah dicapai oleh sebarang sistem demokrasi moden bahkan dijangkakan sistem ciptaan manusia itu tidak akan pernah mampu menyainginya di masa hadapan. Perkara yang penting ialah mengambil manfaat yang baik daripada sistem demokrasi.

Dr. Taufik al-Shawi menjelaskan bahawa demokrasi iaitu sistem politik dan kenegaraan tetapi konsep shura dalam Islam lebih meluas dari itu kerana ia merupakan bentuk proses pendidikan akhlak bagi individu, rnasyarakat untuk beriltizam dengan perbincangan dalam segala aspek. Shura merupakan pernbinaan akh1ak, perangai dan nilai-nilai kemasyarakatan. Ia tidak terhad dalam sistem kenegaraan.Syariat Islam telah mendahului sistem demokrasi dalam membuat dasar-dasar pemerintahan kerana ia menjadikan ahli al-Hall wa al-’aqd sebagai wakil umat dalam memilih pemimpin dan mengawasinya. Selain itu, prinsip pemisahan antara perundangan dan pemerintahan adalah perbezaan yang substansial bagi sistem Islam, kerana ia berkaitan dengan kedaulatan syariat atas pemerintah dam kemandiriannya dari para penguasa. Ini merupakan ciri khas yang membedakan Shura Islamiah dan menjadikannya lebih progresif daripada sistem demokrasi sekarang.

Bagi golongan yang menolak demokrasi dan menanggapnya sebagai satu kemungkaran kerana mengamalkan konsep ‘hukum rakyat untuk rakyat’ yang bercanggah dengan konsep ‘hukum hanya milik Allah’ adalah satu anggapan yang tidak boleh diterima menurut al-Qaradhawi. Menurutnya, prinsip’hukum untuk rakyat’ dalam demokrasi sama sekali tidak bercanggah dengan prinsip perundangan Islam. Malah prinsip demokrasi itu bercanggah dengan ‘hukum individualisme’ yang menjadi asas kepada timbulnya kediktatoran. Menurutnya, sistem demokrasi adalah menentang kuasa kediktatoran yang menindas rakyat. Perkara terpenting bagi mereka yang memperjuangkan demokrasi ialah mengusahakan agar rakyat memiliki kebebasan penuh untuk memilih para pemimpin yang sesuai dengan kehendak mereka dan agar mereka memperhitungkan tindak–tanduk orang yang memimpinnya, menolak perintahnya jika bercanggah dengan falsafah bangsa atau menurunkannya jika terbukti menyeleweng serta enggan menerima nasihat dan teguran rakyat.

Rashid al-Ghannoushi berpendapat bahawa sikap bermusuhan dengan doktrin demokrasi adalah berpunca dari konsep hakimiyyah.Seandainya konsep hakimiyyah itu difahami dengan baik ia adalah satu idea yang indah. Menurut al-Ghannoushi, menerima idea hakimiyyah adalah melaksanakan satu hak bagi merealisasikan kebebasan memilih.Justeru itu hakimiyyah tidak bermakna Tuhan secara berterusan campur tangan dalam semua urusan kehidupan manusia di atas muka bumi.Hakimiyyah hanya mengemukakan prinsip-prinsip umum untuk umat Islam membuat satu keputusan dengan tepat.

Bagi Fahmi Huwaidi, sejarah hitam yang dilalui oleh umat Islam merupakan faktor utama keraguan, kebimbangan tuduhan dan penolakan mereka terhadap demokrasi. Demokrasi tidak dilihat sebagai sistem pemerintahan yang berlandaskan kepada kebebasan tetapi dilihat sebagai rumusan konsep Barat yang ingin menghancurkan umat Islam. Demokrasi dilihat sebagai konsep Barat yang lahir daripada kehinaan sistem penjajahan Barat. Di samping itu, terdapat fatwa-fatwa ulamak yang mengharamkan mengambil sistem demokrasi seperti fatwa Mufti kerajaan Uthmaniah Atahullah Afandi yang menetapkan bahawa setiap penguasa yang memasukkan sistem-sistem kafir, maka dia tidak boleh menjadi seorang raja. Akibatnya Sultan Salim III dijatuhkan pada tahun 1807 kerana dituduh menerapkan sistem-sistem kafir.

Umat Islam secara umumnya telah menerima demokrasi sebagai mekanisme yang terbaik untuk membangunkan negara. Dr. Fathi Osman menyatakan : “Demokrasi meskipun banyak kekurangannya merupakan warisan kemanusiaan yang tidak ternilai harganya yang sampai sekarang belum diketemukan alternatif yang lebih unggul untuknya.”

Al-Qaradhawi berkata : “saya termasuk salah seorang yang mendambakan demokrasi dalam sifatnya sebagai sarana yang mudah dan mampan untuk merealisasikan matlamat kita dalam kehidupan yang mulia dan membolehkan kita untuk menyeru manusia kepada Islam. Sistem itulah yang membolehkan rakyat melakukan semua itu tanpa perlu mengadakan sebarang revolusi berdarah.”

Menurutnya lagi, tidak ada sebarang dalil syariah yang mencegah kita daripada mengambil pemikiran, teori ataupun penyelesaian pratikal yang berasal dari luar Islam.Kita berhak untuk mengambil pemikiran, kaedah serta sistem-sistem luar yang bermanfaat kepada kita selagi ia tidak bercanggah dengan nas yang jelas serta kaedah-kaedah syariat yang baku. Pemikiran atau sistem yang kita ambil itu tentunya harus kita tambahkan dengan nilai-nilai kerohanian daripada agama kita sehingga ia tampil dalam bentuk yang islami. Begitulah caranya kita mengambil sistem demokrasi. Kita ambil kaedah-kaedah dan sarana-sarananya. Kemudian, kita ubah dan luruskan sehingga sesuai dengan ajaran agama dan kita tinggalkan sebahagian falsafahnya yang mungkin boleh menghalalkan perkara haram atau mengharamkan perkara halal.

-----------------
.:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:.
http://jarumemas.blogspot.com

http://jomfaham.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 29-02-08 00:15

Sikap golongan Islamis terhadap Demokrasi

Senario politik muslim semenjak akhir tahun 1980-an menunjukkan satu siri anjakan oleh kerajaan muslim yang berkuasa dengan aktivis Islam yang mencabarnya; yang satu ke arah Islamisasi, yang satu lagi ke arah memperjuangkan demokrasi dan penglibatan politik.respons daripada elit muslim dan pemerintah yang mengambil bentuk kombinasi paksaan, bertolak ansur dan kooptasi telah pada ammnya berjaya mengawal cabaran golongan Islamis terhadap keduduklan kuasanya.Sebahagian daripada respons ini, pihak pemerintah telah melancarkan siri program Islamisasi untuk meningkatkan rekod Islamnya. Gerakan-gerakan Islam telah menunjukkan tanda-tanda peralihan daripada ‘fasa fundamentalis radikal’ 1970an dan 1980an kepada ‘fasa penglibatan’ yang dicirikan oleh kemiripan untuk bergerak dalam sistem yang sedia ada dan memulakan episod meneliti semula peranan tradisional agama, kepimpinan, organisasi, keutamaan dan tafsirannya.

Pemerintahan Muslim memulakan demokratik Islamik sebagai elemen terpenting dalam pemerintahannya sebagai respons baru terhadap anjakan orientasi politik golongan Islamis yang mencabar mereka. Golongan Islamis pada tahun 1990an semakin memainkan peranan mengawal kecenderungan autoritariannisme pihak berkuasa. Pihak Islamis dikatakan sebagai pembangkang yang yang berkesan dalam mengekang pemerintahan autoritarian.

Pemimpin parti Islam berulang kali menyatakan kepercayaan mereka terhadap tatacara dan jangkaan-jangkaan demokratik termasuk kebebasan individu dan kumpulan, penyertaan universal dan tukar ganti pihak berkuasa melalui pilihanraya yang jujur dan pembabitan mereka adalah satu pilihan jangka panjang yang definit dan bukannya satu taktik jangka pendek. Mereka menolak ideologi sekularisme dan usaha mengaitkan demokrasi dengan sekularisme.Mereka menuntut nilai-niali agama sebagai nilai-nilai asas dalam pemerintahan. Mereka melihat kepelbagaian warisan dalam sejarah Islam dan kebolehannya untuk diharmonikan dengan elemen-elemen demokrasi Islamik. Pembabitan PAS dalam arena politik negara telah memberi kesan terhadap demokrasi yang berlaku dan kemasukan golongan islamis dalam kerajaan. Namun eksperimen ini dikatakan berjaya di Malaysia tetapi tidak di Negara Muslim yang lain seperti di Turki dan Algeria akibat golongan Islamis tidak diberi peluang untuk menyuarakan hak walaupun atas nama demokrasi.

Pengamalan Demokrasi Di Malaysia

Seharusnya difahami bahawa demokrasi mutlak adalah idealisme yang tidak mungkin tercapai sepenuhnya. Bahkan demokrasi terkenal dengan sikap menabur dan mengkhianati janji. Berlakunya jurang antara demokrasi yang ideal sebagaimana ianya difahami dengan kenyataan yang berlaku dalam suasana demokrasi hari ini. Janji yang tidak ditunaikan hari ini terbantut dengan wujudnya realiti-realiti seperti survival politik, kewujudan elitis politik, kepentingan tertentu atas nama perwakilan rakyat, kurangnya penyertaan rakyat dan kegagalan mendidik orang ramai tentang demokrasi dan hak mereka. Di samping itu, kita melihat Barat cuba menafikan kemenangan beberapa parti politik yang dikatakan Islami seperti parti Refah, FIS dan Nahdah di atas pentas demokrasi. Ini menambahkan lagi kecurigaan terhadap demokrasi.

Ramai penganalisis yang menganggap Malaysia sebagai sebuah ‘rejim kacukan’ yang tidak autoktratik tetapi tidak juga demokratik. Ia memiliki keperluan luaran sebagai sebuah negara demokrasi, namum ia juga mempunyai peraturan-peraturan drakonian yang membatasi pembangkangan dan yang memberi kuasa yang sangat luas kepada eksekutif. Hujah pimpinan Umno dalam mempertahankan pembatasan demokrasi iaitu:

i. sensitiviti isu-isu etnik yang jika tidak dikawal perdebatan awam tentangannya akan memudaratkan kestabilan sosial

ii. keutamaan meningkatkan taraf hidup rakyat

iii. perlu disesuaikan amalan demokrsi dengan pengalaman sejarah dan suasana objektif tempatan.

Bagi Lim Kit Siang, pemerintahan Mahathir telah menyekat kebebasan dan Mahathir tidak bersedia untuk berbuat demikian.Jauh daripada memperkenalkan pembaharuan politik dan demokratik, malah melakukan keterlaluan-keterlaluan yang melampau dalam pemerintahannya seperti penghinaan terhadap Yang Dipertun Agung, perlembangaan dan parlimen, penangkapan dan pendakwaan pemimpin pembangkang, tiada kebebasan akhbar dan media, kegunaan kuasa polis secara besar-besaran dan pencabulan sistem kehakiman. Bagi Tun Suffian, trend autoritarian bukan sahaja menular dalam kerajaan tetapi dalam Umno juga. Ada juga melihat Malaysia sebagai 'semi -demokrasi'.

Bagi Mahathir, pengamalan demokrasi di Malaysia mengikut acuannya sendiri. Walaupun ia mengamalkan demokrasi tetapi dalam beberapa hal, ia tidak sama dengan demokrasi Barat yang memberi kebebasan mutlak seratus peratus kepada rakyat sehingga boleh melakukan apa saja atas nama demokrasi. Mahathir Mohamad dalam Konvesyen UMNO sempena ulangtahun yang ke 50 (11 Mei 1996) menjelaskan : “ ramai yang kononnya menerima demokrasi sebagai sistem politik tetapi kerana tidak faham apa ianya demokrasi, mereka telah menjadi mangsa demokrasi tanpa sedikit pun memperolehi manfaat. Harus diingat juga bahawa demokrasi bukan agama Tuhan. Demokrasi adalah ciptaan manusia dan sudah tentu ia jauh daripada sempurna. Bangsa-bangsa Barat cuba mendakwa bahawa demokrasi tidak cacat dan menanggapnya sebagai satu sistem yang tidak siapa boleh mempertikaikan atau mengubahnya.Mereka menciptakan slogan Vox populi, vox Dei iaitu suara ramai adalah suara Tuhan. Tetapi percayalah demokrasi bukan suara Tuhan dan jauh daripada sempurna, bahkan ia penuh dengan kecacatan dan yang boleh membinasakan pengamalnya dan menjadikan mereka mangsa kezaliman sistem demokrasi yang tidak kurang buruknya daripada kezaliman sistem feudal atau pun sistem diktator.”

Dalam Perasmian Perhimpunan Agung UMNO tahun 1997, Mahathir Mohamad sekali lagi menjelaskan : “ Malaysia berjaya juga menggunakan sistem demokrasi, memilih kerajaan dan mempunyai pentadbiran yang berkesan. Tetapi hanya dengan ini sahaja tidak menjamin kita akan maju. Untuk mencapai kemajuan kita perlu ada ide-ide yang baik, pendekatan yang boleh menjayakan ide-ide berkenaan dan pengurus-pengurus yang berkebolehan.Majunya negara kita, terlaksananya rancangan-rancangan kita bermakna faktor-faktor ini ada pada kita.”

Bagi Mahathir, kejayaan sesebuah negara bukan bergantung kepada sistem demokrasi sahaja tetapi adalah ide-ide, wawasan, perancangan yang rapi dan pengurus yang terbaik dalam melaksanakan pembangunan negara.Menurutnya, demokrasi mesti disesuai dan diselaraskan dengan keadaan setiap negara dan budayanya. Beliau istilahkan sebagai ‘Demokrsi Asia’, ‘Nilai Asia Baru’ atau ‘Demokrasi ala Malaysia.’ yang mementing disiplin dan mendahulukan kepentingan awam sebagai kunci untuk mencapai perpaduan negara dan pertumbuhan ekonomi. Mahathir juga percaya untuk membawa keutuhan sesebuah negara memerlukan demokrasi dan autoritariannisme wujud seiringan. Pindaan-pindaan baru kepada perlembagaan Umno seperti undi bonus kepada mereka yang dicalonkan untuk jawatan tinggi parti – meningkatkan kuasa kepimpinan parti dan penguncupan tatacara demokratik dalam urusan dalamannya.

-----------------
.:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:.
http://jarumemas.blogspot.com

http://jomfaham.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 29-02-08 00:15

Ciri-Ciri Demokrasi

Antara ciri-ciri terpenting demokrasi adalah seperti berikut :

i. kedaulatan rakyat
ii. persamaan politik-satu rakyat satu undi
iii. mengambil kira pendapat umum- menilai pandangan umum tentang politik awam (popular consultation)
iv. pengagungan kehendak majoriti

Ada elemen-elemen demokrasi yang yang diterima pakai dalam pemikiran politik Islam dan boleh dimodifikasi. Antaranya :

1. pemilihan dipegang oleh umat
2. konsep persamaan di antara semua manusia
3. perundingan rakyat
4. pengiktirafan majoriti
5. kebebasan
6. pemisahan kuasa-kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman.
7. sistem pilihanraya dan parlimen

Elemen-elemen demokrasi yang ditolak ialah :

i. kedaulatan mutlak ditangan rakyat
ii. keputusan majoriti sebagai kayu ukur kebenaran
iii. kebebasan mutlak
iv. mengeluarkan hukum bersandarkan akal semata-mata.

Apapun perbahasan di atas, Malaysia boleh dikatakan contoh kepada “demokrasi Islam” dengan syarat beberapa kelemahan-kelemahan demokrasi dihindarkan atau diperbaiki dengan nilai-nilai yang Islami. Namun istilah itu, menurut Abdul Aziz Badri dalam buku Hukm al-Islam fi al-Istirakiyyah tidak bersetuju sesuatu istilah politik moden yang digunakan jika konsep yang ada di dalammnya tidak islamik dan menyimpang dari kebenaran.

-----------------
.:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:.
http://jarumemas.blogspot.com

http://jomfaham.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 29-02-08 00:16

Power Sharing.

Beberapa sarjana Islam menggagaskan power sharing kepada umat Islam untuk bekerjasama dengan pihak pemerintah. Gerakan Islam tidak harus terjebak dalam agenda merebut kekuasaan sehingga hilang arah dan keutamaan bertindak dalam menyedarkan masyarakat terhadap agama. Kekuasaan dakwah membuktikan penyedaran nilai-nilai Islam berjaya dengan cemerlang hasil peranan ulama dakwah dan tokoh sufi. Pada abad 18 dan 19, umat Islam ditindas oleh penjajahan sama ada dari segi politik atau ekonomi. Namun begitu agama Islam terus berkembang hasil aktiviti dakwah. Kekuatan dakwah membuktikan bahawa Islam dapat mengalahkan kekuasaan jahiliah sepertimana Nabi Musa yang dapat mengalahkan Fir’aun yang memiliki segala kekuatan ketenteraan, kehebatan politik dan dakyah. Kalau Nabi Musa berfikir sebagai pemimpin siyasah sudah tentu Nabi Musa tidak mampu untuk menentang Fir’aun. Tetapi atas dasar dakwah Nabi Musa dapat menewaskannya. Abu Hassan al-Nadwi dalam bukunya Tarshid Sahwah al-Islamiah (Panduan-Panduan Kebangkitan Islam) menjelaskan bahawa pendakwah hendaklah lebih banyak bersifat positif dari bersifat negatif, mendahulukan prinsip menyampaikan nilai-nilai iman kepada pemerintah dan membawa mereka kepada naungan Islam serta melaksanakan peraturan Islam dalam kehidupan mereka dari bergesa-gesa meletakkan ahli-ahli gerakan islah kepada tampuk pemerintahan. Dengan kekuasaan dakwah, Islam tersebar di alam Melayu, Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman dan negara-negara lain di Eropah.

Rashid al-Ghannaushi menegaskan betapa pentingnya gerakan Islam berkongsi kuasa dengan pihak pemerintah walaupun ia adalah sekular mahupun komunis. Beliau menganggap pergerakan Islam tidak perlu berkeras untuk memegang tampuk pemerintahan dan berkuasa penuh apatah lagi perkara tersebut mengakibat perang saudara dan pepecahan dan kekacauan yang parah.

Perkara yang menjadi masalah besar kepada umat Islam kini adalah perebutan kuasa (sultah).Jalan keluar dari masalah ini ialah perkongsian kuasa (power sharing) walaupun gerakan Islam tidak berada di hadapan. Memadai penyertaannya dalam kerajaan dengan kadar yang dianggap tidak menggugat kepentingan-kepentingan besar negara. Apa yang perlu ialah ruang yang membolehkan mereka bergerak dan bekerja terutama sekali dalam rangka membangun masyarakat awam/madani (civil society). Antara pergerakan yang telah mengadakan perkongsian kuasa ialah di Yaman, Jordan dan Bahrain.

Perkongsian kuasa bererti saling mengakui peranan satu sama lain, antara kerajaan dan pelbagai pergerakan Islam dan pergerakan lain termasuk komunis. Yang penting semua pihak mesti menghormati undang-undang dan mengelak menggunakan kekerasan untuk mendapatkan kuasa. Semua pihak perlu membiarkan rakyat menentukan parti mana yang mereka mahu dan memilih untuk memimpin negara. Perkongsian kuasa ini memberi jalan tengah untuk mengelakkan krisis yang berpanjangan sesama umat Islam. Apa yang terjadi ialah parti pemerintah ingin terus mempertahankan kuasa dan parti pembangkang pula mesti menjatuhkan parti pemerintah untuk berkuasa. Akibatnya, umat terbelah dua sehingga melarat kepada pertumpahan darah yang tragis seperti yang berlaku di Algeria dan Syria.

Konflik di antara gerakan Islam dengan kerajaan dengan menggunakan kekerasan tidak menguntungkan umat Islam sendiri. Secara pragmatik, gerakan Islam terus kecundang dan tidak berjaya seperti berlaku di Syria. Gerakan Islam perlu menggunakan cara aman. Ia mesti menolak sebarang aktiviti yang berunsur kekerasan atau gerakan revolusi.Sikap keras Parti Refah di Turki telah menyebabkan kuasa yang diperolehinya dirampas kembali oleh tentera. Ikhwan Muslimun Mesir berhadapan dengan tentangan yang hebat dari pihak pemerintah, tetapi pemimpinnya menolak untuk terlibat dalam sebarang bentuk kekerasan. Pemerintah memang mahukan supaya gerakan Islam Mesir masuk ke gelangang pertarungan kerana mereka yakin bahawa mereka berkemampuan untuk mengalahkan pergerakan Islam. Sebenarnya, arena pertarungan gerakan Islam ialah pemikiran dan idea yang mampu memberi kesan besar kepada orang awam. Gerakan Islam harus berusaha mengurangkan ketegangan dengan mencari titik-titik pertemuan untuk bekerjasama supaya dapat mengelakkan sebarang konfrontasi sedapat mungkin.

Rashid al-Ghannaushi menasihatkan kepada pemimpin gerakan Islam di Malaysia khususnya supaya tidak terlalu ghairah untuk mendapatkan kuasa politik penuh walaupun mereka berhak untuk berbuat begitu. Ini bukan kerana kita perlu menjauhkan diri daripada tampuk kekuasaan, tetapi suasana antarabangsa kini menyebabkan penguasaan tampuk kekuasaan dengan kekuasaan yang penuh itu memungkinkan berlaku perang saudara atau menyebabkan gerakan Islam langsung terpinggir atau dipukul hingga sukar untuk bangun kembali seperti yang berlaku di Algeria dan Sudan. Di Sudan, gerakan Islam telah mencapai kekuasaan penuh tetapi gagal apabila ia ditekan dan dihimpit oleh pihak antarabangsa yang menyebabkan ia lemas da tidak dapat melakukan apa-apa. Seterusnya beliau menyebutkan : “Gerakan Islam sepatutnya tidak menjadikan penubuhan kerajaan sebagai keutamaan. Pengambilalihan kerajaan sepatutnya tidak menjadi pencapaian terbesar gerakan Islam. Pencapaian yang lebih besar adalah apabila masyarakat cintakan Islam dan pemimpinnya. Keseluruhan aktiviti kita seharusnya berdasarkan kepada contoh negara Islam yang diasaskan oleh khalifah Umar Abdul Aziz yang hanya memerintah selama dua tahun berbanding khalifah-khalifah sebelum beliau. Walaupun pemerintahannya singkat tetapi beliau telah banyak melakukan perubahan. Pemerintahan beliau meninggalkan kesan ke atas sanubari setiap muslim dan diingati hingga sepanjang zaman. Isunya bukan selama mana seseorang itu memerintah tetapi apakah sumbangan yang dilakukan oleh seseorang itu sepanjang pemerintahannya.” (Risalah, Bil. 5, Oktober 2001, hal. 14)

Sebagai umat Islam, kita mesti yakin bahawa usaha ini merupakan usaha murni. Yakinlah bahawa satu hari nanti perpaduan dan perkongsian kuasa yang lebih baik dari yang sekarang akan berlaku. Perpaduan dan perkongsian kuasa ini menguntungkan umat Islam dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

-----------------
.:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:.
http://jarumemas.blogspot.com

http://jomfaham.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 29-02-08 00:16

Penutup

Masa depan demokrasi di Malaysia banyak bergantung kepada kekuatan golongan islamis dalam mengawal aotoritarianisme dan demokrasi yang dijalankan oleh pemerintahan agar ia serasi dengan nilai-nilai islami. Oleh itu, dalam mewujudkan landasan baru politik muslim dan demokrasi Islam maka timbal balik antara golongan Islamis dan pemerintah sangat diperlukan dan kerjasama yang itu akan menguntungkan rakyat. Pada tahun 1990an, PAS juga mengubah perhatian kepada isu-isu keadilan sosial dan reformasi demokratik dalam paradigma Islamik untuk dipersembahkan kepada rakyat sebagai alternatif yang lebih baik daripada Umno untuk memimpin Malaysia. Pas tidak lagi menggunakan pendekantan fiqhi yang simplistik tetapi ia seiring dengan kumpulan protes yang lain untuk menyifatkan suasana politik selepas pemecatan Anwar sebagai ‘demokrasi sedang terancam’ malahan reformasi tahun 1998 berarak di jalan raya menuntut reformasi demokrasi yang lebih telus bukan sebuah negara Islam. Sementara Umno juga terus mengatur strategi untuk memastikan kerelevanan parti itu menghadapi cabaran baru. Insiatif Islamisasi pemerintah akan pasti berterusan kerana ia adalah survival parti pemerintah dan menyesuaikan diri dengan arus tuntutan demokrasi yang lebih islami. Pertembungan kedua-dua pihak tentang perjalanan demokrasi menjanjikan kemungkinan wujudnya sikap demokrasi Islami dalam pratik politik muslim dengan asas norma sistem bersama yang autentik daripada sudut Islam dan demokrasi yang boleh diterima oleh masyarakat majmuk Malaysia. Keberkesanan dan pelaksanaannya terletak kepada tuntutan rakyat untuk menuntut demokrasi yang lebih telus. Demokrasi yang telus lahir daripada rakyat yang demokratik dan pemimpin yang baik lahir dari umat yang terbaik dan berkualiti. Ini kerana pemimpin adalah cerminan kualiti umat yang sebenar. Pemimpin yang hampas adalah lahir daripada umat yang hampas.

-----------------
.:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:.
http://jarumemas.blogspot.com

http://jomfaham.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 29-02-08 00:17

Sila hormati pendapat ulamak, jika anda ada ulamak yang anda segani dan menyokong hujjahnya, maka kami pun mempunyai ulamak yang disegani juga ada hujjah. Bertoleransi di dalam perkara yang kita perselisihkan. Banyakkan kawan, bukan permusuhan.

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 29-02-08 00:21

i ) Syeikh Mufti Atiyyah Saqar

Dalam kitab 'Dirasat Islamiah li ahammi qadaya al mu'asarah' menyebutkan demokrasi mempunyai dua dasar asas yang diiktiraf oleh Islam iaitu pertama pemerintahan rakyat dan kedua pemerintahan kebebasan,

Walaupun demikian Islam berbeza dengan demokrasi.

pertama: Islam tidak menjadikan rakyat berkuasa pada perkara sabit dan tetap. Inilah asas umum dan kukuh dalam Islam.
kedua: Pemerintahan di dalam Islam tidak akan meminta pandangan di dalam perkara-perkara yang dihasilkan oleh al Quran dan as-Sunnah. Syeikh mufti menyebut di hujung perbahasannya "Demokrasi di dalam Islam bukan laungan yang dislogankan tetapi hakikatnya untuk perlaksanaan dan pengamalan yang berdiri di atas iman dengan kemuliaan Islam, penghargaan kebebasan dan pengeratan ikatan-ikatan kemasyarakatan.

Dasar keimanan adalah sebaik-baik peraturan untuk sampai kepada kebahagiaan dunia dan akhirat.
ii ) Syeikh doktor Yusof al Qardawi

Syeikh Doktor telah menyebutkan di dalam 'Fatwa' dan ' Feqh Daulah' bahawa Jauhar Demokrasi (jauhi daripada pelbagai definisi dan istilah-istilah akedemik) ialah suatu proses dimana rakyat memilih pemerintah dan pentadbir urusan mereka dan undang-undang yang dibenci tidak akan menguasai mereka. Dengan sebab itu kita perlu meneliti kaedah yang sudah di sepakati oleh para ulama iaitu kaedah feqhiyah 'menentukan hukum ke atas sesuatu itu menjadi perkara cabang daripada hakikatnya'. Maka sesiapa yang menetapkan hukum tentang sesuatu padahal dia tidak mengetahui secara pasti, maka ketetapan hukumnya ini dianggap cacat dan tidak tepat.

Beliau menyebutkan lagi bahawa "realitinya arang yang meneliti jauhar demokrasi mendapati bahawa ia daripada intipati Islam." Justeru tu syeikh doktor berpendapat demokrasi adalah sistem yang tidak bercanggah dengan Islam pada asasnya selama mana menjadikan undang-undang Islam sebagai undang-undang tertinggi negara.

Syeikh doktor juga berpendapat "tidak ada salahnya bagi manusia, pemikir dan para pemimpinnya untuk mencari alternatif sistem lain yang lebih ideal dan lebih baik, tapi mestilah lebih mudah diterapkan didalam kehidupan manusia. Kami berpendapat tidak ada salahnya jika kita mengambil kaedah dari sistem demokrasi, sebagai cara untuk mewujudkan keadilan dan syura, menghormati hak-hak manusia, menghalang dan memberhentikan gerak kerja taghut di muka bumi."

iii) Syeikh Muhammad Ghazali

Semenjak keluar kitab 'Islam wal istibdad as Siasi' pada awal tahun 1949M, beliau terkenal dengan pertahanan taqlidi tentang demokrasi. beliau terbuka menolak pandangan ustaz Muhammad Qutub yang mengkritik mengambil ideologi-ideologi lawan antaranya demokrasi. Di dalam 'tarbiah Islamiah', ustaz muhammad Qutb telah mensabitkan: "Orang-orang yang berkata dakwaan mereka "kami mengambil daripda Islam, demikian daripada demokrasi, demikian daripada sosialis, demikian dan kami masih orang-orang Islam." Allah telah menyebut tentang orang-orang yang seumpama ini dengan firmannya yang bermaksud: "maka apakah kamu beriman dengan separuh daripada kitab dan kafir dengan sebahagian kitab yang lain. Maka tidak ada satujuzu' bagi orang yang melakukan sedemikian kecuali ia menyesal di dunia dan pada hari qiamat kelak mereka akan dikembalikan ke tempat yang paling teruk azab nerakanya."

Syeikh Muhammad Ghazali telah memunaqasyahkannya dan menolak pandangan ini didalam kitabnya 'Dustur al wahdahtul thaqafiah baina al muslimin"

Beliau berkata "Ucapan itu perlu kepada penetapan 'dhawabit'. Demokrasi bukan agama yang di letakkan di dalam saf orang Islam. Sesungguhnya demokrasi ialah satu sistem yang menghubungkan antara pemerintah dan rakyat. Kami telah mengkaji sistem ini sehingga kami menemui kemuliaan individu terlaksana bagi semua penyokong dan pembangkang sama sahaja.
Bagaimana dapat dibina undang-undang untuk menghalang seseorang daripada melampau dan mendokong penentang supaya dia berkata dengan penuh lantang "tidak! tidak takut penjara! Tidak takut ancaman gantung!" dan sebagainya. Sesungguhnya kediktatoran adalah perosak yang memakan agama dan dunia kita. Adakah haram ke atas penyeru kebaikan untuk orang Islam supaya mencedok setengah langkah (prosedur) yang dilakukan oleh umat-umat lain tatkala mereka teruji seperti ujian yang di hadapi oleh orang Islam. Cara yang kita gunakan untuk aqidah dan kelebihan kita juzuk daripada pemikiran kemanusiaan yang umum yang tiada hubungan dengan matlamat yang dilaungkan.

Kita telah melihat pendokong-pendokong falsafah yang bertentangan memindahkan banyak bidang dengan tanpa kesalahan. Kesalahan keseluruhan ialah meninggalkan agama, usul-usul dan nilai-nilai agama kerana melebihi sistem-sistem lain yang di import daripada timur dan barat.

SUMBER

-----------------
.:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:.
http://jarumemas.blogspot.com

http://jomfaham.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 29-02-08 01:00

Pada 29-02-08 00:17 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

Sila hormati pendapat ulamak, jika anda ada ulamak yang anda segani dan menyokong hujjahnya, maka kami pun mempunyai ulamak yang disegani juga ada hujjah. Bertoleransi di dalam perkara yang kita perselisihkan. Banyakkan kawan, bukan permusuhan.

Benar, tapi tak bermakna semua perkara boleh dikompromikan, tak semua benda boleh ambil jalan tengah... Kalau saya berpegang kepada pendapat demokrasi itu haram, kemudian saya biarkan saja orang lain mengamalkannya. Bukankah itu bertentangan dengan pegangan saya (berkenaan isu ini)?

Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Saya akan membacanya dengan penuh berhati-hati dan teliti.

Setakat ni saya hanya scan dahulu, dan saya dapati beberapa perkara yang perlu di-clarify semula (jika dah pernah diterangkan sebelum ni). Antaranya;

1. Kedaulatan di tangan manusia.
2. Perbezaan antara sistem syura dan juga parlimen.
3. Antara pilihanraya dan demokrasi
4. Konsep hadharah dan madaniyah.
5. Method / thariqah meraih kekuasaan.

...dan beberapa perkara lagi yang mungkin perlu dihuraikan semula. Sebelum pergi lebih jauh, ada baiknya saya jelaskan buat kesekian kalinya bahawa tujuan saya bukanlah nak menjatuhkan mana-mana gerakan Islam yang bergerak melalui jalan demokrasi. Sebaliknya untuk mencari kesepakatan dalam kebenaran serta nak mengelakkan kalian daripada terus terjerat...

Wallahu'alam...

Mari hidupkan budaya ilmiah dan mengaplikasikannya dalam kehidupan kita....

-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 29-02-08 01:13

Sudah disebutkan mengenai demokrasi - anda ada hujjah, dan ulamak lain juga mempunyai hujjah yang mengharuskannya. Jika anda mengatakan tidak boleh kompromi dalam hal demokrasi

Maka saya juga tidak akan berkompromi dengn pendapat bahawa demokrasi itu haram secara total.

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 29-02-08 01:18

Tapi yang menjadi isunya sekarang, demokrasi tertegak atas dasar kompromi! (bukan marah, sekadar membuat penegasan). Lihatlah realitinya, mula-mula perundangan dualisme, kemudian negara kebajikan, dan seterusnya trias politica... Selepas ni apa pula ye..?

DAP tak suka konsep negara Islam, maka disembunyikan syiar perjuangan tersebut. DSAI menolak negara Islam, didiamkan sahaja (mungkin nak jaga integriti BA agaknya...).. Contoh-contoh realiti ini sahaja dah menunjukkan bahawa dalam demokrasi, bukan sahaja perlu berkompromi dalam hal-hal biasa, bahkan turut melibatkan teras perjuangan PAS itu sendiri..! (penegasan, bukan marah ye).

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 29-02-08 01:23

!!! QUOTE !!!

Apapun perbahasan di atas, Malaysia boleh dikatakan contoh kepada “demokrasi Islam” dengan syarat beberapa kelemahan-kelemahan demokrasi dihindarkan atau diperbaiki dengan nilai-nilai yang Islami. Namun istilah itu, menurut Abdul Aziz Badri dalam buku Hukm al-Islam fi al-Istirakiyyah tidak bersetuju sesuatu istilah politik moden yang digunakan jika konsep yang ada di dalammnya tidak islamik dan menyimpang dari kebenaran.

Ini merupakan contoh yang menunjukkan terdapat unsur kompromi di mana demokrasi 'dikahwinkan' dengan Islam... Sebab itulah lahirnya idea dualism...

Adakah peranan Islam sekadar nak menampal 'kebocoran' dan 'kecacatan' pada demokrasi semata-mata? Bukankah Islam telah turun lengkap sebagai aturan hidup manusia yang menguruskan hubungan manusia dengan Pencipta, hubungan sesama manusia, dan juga urusan diri manusia itu sendiri..?! (penegasan ye...)

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 29-02-08 09:57

Demokrasi ini bukan masalah dari segi aqidah. Tetapi ia hanya melibatkan urusan hidup manusia. Begitupun ada beberapa perkara di dalam demokrasi yang di janakan oleh barat yang perlu diperbetulkan.

Ingat sejarah tentang ketamadunan, mengenai pendidikan, termasuk juga ilmu kalam dan sebagainya yang berkaitan dengan Islam ada juga diambil dari tamadun lain yang kufur kepada ALlah. Bukan dilihat kepada aqidah mereka. Tetapi selagi ia tidak bertentangan dengan al Quran, sunnah serta ijmak.

Begitu jugalah yang kita lihat, orang kafir musyrikin ada juga mempunyai akhlak yang baik untuk kita ikuti seperti menghormati tetamu.

ISlam memang sudah sedia lengkap - di dalam al Quran itu kedapatan prinsip2 secara umum dan pengkhususan, serta dijelaskan juga melalui al hadith. Tetapi pintu ijtihad sentiasa terbuka selagi ia tidak bercanggah dengan al Quran dan Sunnah terutamnya mengenai soal isu yang tiada kedapatan di dalam al Quran dan Sunnah.

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 29-02-08 10:41

Pada 24-02-08 16:14 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

macam mana nak berhujah, kalau ulama yang menulis tak membezakan antara hukum pilihanraya dan demokrasi.

dah banyak posting2 saya lihat di ukhwah.com ni yang menjelaskan berkenaan pilihanraya dan demokrasi, tak perlu saya bahas panjang lebar.

sedikit penjelasan, pilihanraya dalam skop yang halal untuk memilih ketua darjah hatta ketua negara hukumnya sah. contohnya khalifah, antara beberapa calon diadakan pilihanraya untuk memilih, ia adalah mubah. tetapi calon tersebut tidak sah sebagai khalifah selagi tidak melalui aqad bye'ah. poilihraya hanya salah satu teknik atau pendekatan untuk memilih calon terbaik, tapi yang menjadikan is sah dan terikat dengan hukum syara' adalah akad bye'ah.

demokrasi pula adalah hak rakyat untuk menggubal undang-undang, melalui suara majoriti. dari demokrasi wujudnya badan legaslatif untuk meggubal undang-undang dan juga badan eksekutif untuk melaksanakan jentera pemerintahan. ini jelas bertentang dengan hukum islam. islam tidak membenarkan manusia buat undang-undang sendiri.

ini cuma penjelasan ringkas, banyak dah dipostingkan di sini. saya dah banyak kali berhujah tentang demokrasi ni, setakat ini alhamdulillah tiada dalil dan hujah yang dapat menghalalkan demokrasi(baca:membenarkan manusia gubal hukum). buat aremaf dan sahabat2 yang lain, saya amat gembira jika dapat bertemu dengan antum, berkenalan dan sama-sama kita bahaskan demokrasi ini. kalau hujah demokrasi itu halal lebih kuat, saya akan ikut demokrasi. sambutlah salam ukhwah ini dari saya, khairul khairi dari johor.

setakat yang dipost di sini pun, pihak yang claim pengkaji HT tak pernah boleh bawa dalil qat`i yang mengharamkan demokrasi, hanya based on ijtihad pimpinan mereka saja.

silalah bawa nas2 yang mengharamkan demokrasi, bukan artikel HT yang berjela2 yang ada memuatkan beberapa potong ayat Al-Quran lalu diclaim hukum demokrasi haram berdasarkan nas qat`i.

tapi bila suruh bawa nas tu, tak boleh pula tunjuk nas mana yang haramkan demokrasi, kena bawa dengan artikel2 sekali baru boleh buktikan dakwaan anda, kalau begitu anda sebenarnya merujuk kepada artikel bukan nas!

silalah ye buktikan, kalau anda teruskan lagi sikap yang sama perbincangan ini hanya sia-sia, jangan buat perangai macam beberapa pengkaji HT yang bila orang minta dalil haram demokrasi, dia minta dalil halal demokrasi pula, khatam dulu usul fiqh dan kaedah fiqh.

wassalam.

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 29-02-08 10:48

Hakikatnya sekarang kita semua terpaksa guna cara DEMOKRASI lagi di Malaysia dan bukan sistem KHILAFAH sebab kemenangan belum dicapai. Maka cara pilihanraya perlu diterima....

Kita tahu semua tidak mahu jadi macam negara Islam lain yang sedang berperang sekarang.... Ada sebabnya..... serta bukan masanya lagi

-----------------

::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama

Bookmark and Share

  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 29-02-08 18:24

demokrasi memang dari islam ke?

perkara yang datang bukan dari nabi dan berkaitan suatu pandangan hidupselain islam, ia dalah haram diambil. contohnya cara orang kafir gubal undang-undang, pengagihan kekuasaan negara, bentuk perkongsian perniagaan.

islam menjelaskan tentang methodlogi istinbath hukum untuk dijadikan undang negara VS kapitalisme ajar demokrasi untuk gubal undang-undang.
islam jelaskan bye'ah sebagai method sahnya pengangkatan khalifah VS angkat sumpah depan raja, atau parlimen dalam sistem kapitalisme hari ni.
islam jelaskan 5 method perkongsian islam, terang lagi bersuluh dibahskan oleh keempat2 imam mazhab VS perkongsian2 kapitalisme sendirian berhad, berhad, musahamah.
jadi, kalau islam dah menjelaskan hukum2 dan perinciannya, maka HARAM kita ambil yang selain dari Islam. betul tak? ke boleh kalau kita campur aduk antara islam dan kapitalisme?

p/s: sapa nak vote boleh campur aduk antara hukum islam dan hukum kapitalisme?

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Al-Qarni
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.01.2004
Ahli No: 6699
Posting: 296
Dari: fakulti ekonomi

KualaLumpur  

posticon Posting pada: 29-02-08 21:04

salam sahabat2 sekalian....

buat apa layan karenah puak2 HT yang umno yang tengah SANGAP tak tahu nak buat apa selain dr mengelirukan pemikiran2 umat2 islam yang sekarang ni tengah berjuang untuk daulah islamiyah...kita sedang berjihad dengan cara yang telah pun ulama'2 restu...

mereka HT sekarang bagi ana memang tengah SANGAP!...nak perang????POYO LAH LU PEMBURUPOKOK HAPRAK!...harap cakap poyo macam ganasla dalam ukhwah ni...
entah-entah duduk makan KFC tajaan YAHUDI....

mereka hanya pandai mengarang risalah2...tapi mereka sebenarnya SANGAP!...tak tahu nak buat apa!!!...mereka jeles tengok kita tengah berjuang sekarang ni...bermunajat pada Allah supaya mengurniakan kita kemenangan....

mereka hanya cakap berapi2 nak berjihad...tapi apa tindakan mereka???nak lwn FRU malaysia pun PONDAN...

jadi PULAUKAN mereka yang SANGAP ni...mereka tak ada ulama' tersohor macam tok guru nik aziz dan haji hadi....

yang ada pada mereka hanyalah tok2 guru BANGLA2 yang SANGAP!!!

hahaha!!!!!

tu semua anak beranak PEMBURUPOKOK...sebab tu cakap pun kuang ajar macam bangla!

jom sahabat2...kita masih ada kerja untuk perjuangan Allah....jangan layan puak2 SANGAP ini...buang masa saja..haktuiii!HT

Bookmark and Share

  Member Information For Al-QarniProfil   Hantar PM kepada Al-Qarni   Pergi ke Al-Qarni's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 29-02-08 21:50

assalamualaikum wbt...

dalam posting saya di mana-mana thread, saya sebenarnya cuba untuk mengajak kita tak kira penyokong PAS, HT dan sapa saja kat portal ini untuk berbaik-baik.
saya elakkan diri menulis jika dalam keadaan emosional. saya berusaha menyampaikan fikrah yang saya faham walaupun mungkin ada yang tak setuju.
dalam masa yang sama, saya rasakan tak islami kalau setakat berdegar kat kat alam maya ni, sebaiknya kita sambung perkenal di ukhwah.com ni dengan ukhwah di alam nyata, sebab tu saya mengajak teman-teman yang dikasihi untuk kita jumpa, kenal, berbaik2 dan kemudian bolehlah kita berhujah untuk islam.
apa pun, kahak ludah dari saudara seagama saya tetap saya rasa lebih manis dari hadiah dan pujian dari kafir yang berpura.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

raudhatulmardhiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 140
Posting: 262
Dari: Kluang, Johor

Johor   avatar

posticon Posting pada: 29-02-08 22:13

Pada 29-02-08 21:50 , wuzaraa posting:

MABRUK!

Bookmark and Share

  Member Information For raudhatulmardhiahProfil   Hantar PM kepada raudhatulmardhiah   Pergi ke raudhatulmardhiah's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 29-02-08 22:21

sabar al qarni - jangan cakap begitu kasar, kita tak perlu mengikut orang yang suka bercakap kesat dan maki hamun. Adab di dalam alam maya perlu juga dijaga.

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 01-03-08 00:16

nak tanya :

Demokrasi menurut HT - HARAM DAN KUFUR (sebab dah masuk kepada aqidah,kononnya tak ikut sunnah etc)

Ulamak yang menyokong harusnya demokrasi (dengan dalil dan hujjah mengikut kaedah feqah yang mereka kuasai - KUFUR?

Ulamak pertengahan yang tidak berat kepada menyokong dan menentang - ? KUFUR?

Umat Islam yang mengikut ulamak yang mengatakan harusnya demokrasi - ?

Yang tak KUFUR ?

-----------------
.:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:.
http://jarumemas.blogspot.com

http://jomfaham.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

kapten06
WARGA SETIA
Menyertai: 04.01.2007
Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 01-03-08 00:38

Pada 29-02-08 21:50 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum wbt...

dalam masa yang sama, saya rasakan tak islami kalau setakat berdegar kat kat alam maya ni, sebaiknya kita sambung perkenal di ukhwah.com ni dengan ukhwah di alam nyata, sebab tu saya mengajak teman-teman yang dikasihi untuk kita jumpa, kenal, berbaik2 dan kemudian bolehlah kita berhujah untuk islam.

Jom lah wuzaraa, kita boleh jumpa kat JK(bila lah saya dapat pergi niee..huhuhu). kat situ semua ada.....Prof ada..Ibnu musa ada dan ramai lagi..boleh lah berdiskusi...sambil menjoin JK...ok tak?

p/s: saya dengar ada ura2 mengatakan dalam bulan 3 ini ada JK di kuantan, JK apa ye

:berfikir:

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For kapten06Profil   Hantar PM kepada kapten06   Pergi ke kapten06's Website   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 01-03-08 03:25

Pada 29-02-08 09:57 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

Demokrasi ini bukan masalah dari segi aqidah. Tetapi ia hanya melibatkan urusan hidup manusia. Begitupun ada beberapa perkara di dalam demokrasi yang di janakan oleh barat yang perlu diperbetulkan.

Ingat sejarah tentang ketamadunan, mengenai pendidikan, termasuk juga ilmu kalam dan sebagainya yang berkaitan dengan Islam ada juga diambil dari tamadun lain yang kufur kepada ALlah. Bukan dilihat kepada aqidah mereka. Tetapi selagi ia tidak bertentangan dengan al Quran, sunnah serta ijmak.

Begitu jugalah yang kita lihat, orang kafir musyrikin ada juga mempunyai akhlak yang baik untuk kita ikuti seperti menghormati tetamu.

Kita tak boleh nak pukul rata. Kita perlu bezakan antara hadharah dan madaniyah. Jika madaniyah, kita boleh ambil daripada tamadun lain. Namun jika melibatkan hadharah, maka kita mestilah berpegang kepada apa yang ditetapkan syarak. Huraian berkenaan hadharah dan madaniyah akan diberikan sekiranya ada permintaan dan jika perlu.

Demokrasi termasuk dalam aspek hadharah, kerana ia melibatkan sudut pandangan hidup. Ia merupakan sebuah sistem yang mengatur hidup manusia. Ia terbina atas dasar kebebasan yang jelas bertentangan dengan Islam.

Menghormati tetamu pula merupakan sebahagian daripada ajaran Islam. Kita menerimanya bukan kerana ia 'berasal daripada tamadun luar yang tidak bertentangan dengan Islam'. Sebaliknya kita menerimanya kerana ia merupakan tuntutan Islam.

!!! QUOTE !!!

ISlam memang sudah sedia lengkap - di dalam al Quran itu kedapatan prinsip2 secara umum dan pengkhususan, serta dijelaskan juga melalui al hadith. Tetapi pintu ijtihad sentiasa terbuka selagi ia tidak bercanggah dengan al Quran dan Sunnah terutamnya mengenai soal isu yang tiada kedapatan di dalam al Quran dan Sunnah.

Sumber-sumber ijtihad ialah al-Quran, as-Sunnah, ijma' dan qiyas. Bagi perkara yang tak dijelaskan dalam al-Quran dan as-Sunnah kita mesti rujuk kepada ijma' dan qiyas, bukannya kepada sumber pemikiran Yunani, India, China dan sebagainya.

Sistem pemerintahan telahpun ditunjukkan berdasarkan sirah nubuwwah dan juga pada zaman khulafa' ar-Rasyidin. Bahkan method nak meraih kekuasaan juga telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Kenapa nak beralih kepada tamadun luar pula?

-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 01-03-08 03:50

Pada 29-02-08 21:04 , Al-Qarni posting:

!!! QUOTE !!!

salam sahabat2 sekalian....

buat apa layan karenah puak2 HT yang umno yang tengah SANGAP tak tahu nak buat apa selain dr mengelirukan pemikiran2 umat2 islam yang sekarang ni tengah berjuang untuk daulah islamiyah...kita sedang berjihad dengan cara yang telah pun ulama'2 restu...

mereka HT sekarang bagi ana memang tengah SANGAP!...nak perang????POYO LAH LU PEMBURUPOKOK HAPRAK!...harap cakap poyo macam ganasla dalam ukhwah ni...
entah-entah duduk makan KFC tajaan YAHUDI....

mereka hanya pandai mengarang risalah2...tapi mereka sebenarnya SANGAP!...tak tahu nak buat apa!!!...mereka jeles tengok kita tengah berjuang sekarang ni...bermunajat pada Allah supaya mengurniakan kita kemenangan....

mereka hanya cakap berapi2 nak berjihad...tapi apa tindakan mereka???nak lwn FRU malaysia pun PONDAN...

jadi PULAUKAN mereka yang SANGAP ni...mereka tak ada ulama' tersohor macam tok guru nik aziz dan haji hadi....

yang ada pada mereka hanyalah tok2 guru BANGLA2 yang SANGAP!!!

hahaha!!!!!

tu semua anak beranak PEMBURUPOKOK...sebab tu cakap pun kuang ajar macam bangla!

jom sahabat2...kita masih ada kerja untuk perjuangan Allah....jangan layan puak2 SANGAP ini...buang masa saja..haktuiii!HT

al-Qarni sengaja nak buat provokasi. Sengaja nak membuat pemburupokok dan yang lain-lain (termasuklah saya sendiri) melenting serta berniat nak mencetuskan persengketaan. Ini bukan akhlak seorang Muslim, apatah lagi yang mengaku memperjuangkan Islam.

Dia nak tunjuk dia sajalah yang hebat perjuangkan Islam, kemudian dia nak perlekeh uslub orang lain. Tuduh HT sebagai proksi UMNO dengan niat supaya orang PAS akan membenci kami (walhal tuduhan ni tak berasas sama sekali). Inilah yang terjadi apabila diri dipenuhi dengan nafsiyah Islam sahaja, tapi fikrahnya bercelaru...

Daripada post dia kita dapat lihat sentimen asabiyah dan nasionalistik. Baginya, orang bangla ni hina, tak setaraf dengan tok guru dia semata-mata kerana mereka bangla. Ilmu bukannya diukur berdasarkan status bangsa. Bagi kami tiada masalah dalam soal bangsa ni. Bahkan kalau amir HT merupakan orang kulit hitam bibir tebal sekalipun tiada masalah bagi kami selagimana ilmu dan akidahnya terpelihara.

Kata nak perjuangkan Islam, tapi sentimen asabiyah masih tebal dalam diri. Mulia sangat ke orang Melayu ni berbanding orang Bangla? Daulah Islam tu milik orang Melayu-Islam saja ke? Perbetulkan balik niat dan dasar perjuangan tu. Jangan nanti bila menghadap Allah kat akhirat kelak dengan hanya membawa "guni kosong yang bocor"... Nasihat kepada diri saya juga...

Saya percaya tuan guru tak pernah ajar pengikutnya untuk berperangai sebegini... Ada masalah dengan tarbiyah dia ni...

-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 01-03-08 04:02

Pada 01-03-08 00:16 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

nak tanya :

Demokrasi menurut HT - HARAM DAN KUFUR (sebab dah masuk kepada aqidah,kononnya tak ikut sunnah etc)

Ulamak yang menyokong harusnya demokrasi (dengan dalil dan hujjah mengikut kaedah feqah yang mereka kuasai - KUFUR?

Ulamak pertengahan yang tidak berat kepada menyokong dan menentang - ? KUFUR?

Umat Islam yang mengikut ulamak yang mengatakan harusnya demokrasi - ?

Yang tak KUFUR ?

anak_pejuang, yang kufur tu adalah demokrasi itu sendiri, bukannya orang yang terlibat dengannya. Harap jelas dan jangan bangkitkan lagi persoalan sebegini. Orang yang terlibat dalamnya, ataupun para ulama' yang mengharuskannya tidak pula jatuh kafir.

Soal keimanan ni bukannya boleh dibuat main-main.

-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 01-03-08 04:10

Pada 29-02-08 10:48 , Prof_Muslim posting:

!!! QUOTE !!!

Hakikatnya sekarang kita semua terpaksa guna cara DEMOKRASI lagi di Malaysia dan bukan sistem KHILAFAH sebab kemenangan belum dicapai. Maka cara pilihanraya perlu diterima....

Kita tahu semua tidak mahu jadi macam negara Islam lain yang sedang berperang sekarang.... Ada sebabnya..... serta bukan masanya lagi

Salam prof, sikap defeatist sebegini mestilah dibuang jauh-jauh. Janganlah jadikan realiti sebagai sumber pemikiran. Kalau tak terima demokrasi, tak bermakna perang saja option yang ada.

Kalau ditelusuri sirah nubuwwah, kita tidak akan jumpa sebarang kompromi dalam soal-soal pokok perjuangan. Dan segala tindakan baginda saw hanyalah berpandukan wahyu, bukannya hawa nafsu. Mustahil Allah swt tak tahu apa yang terbaik bagi hamba-Nya...

-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 01-03-08 11:40

Jadi sebenarnya tak ada masalah untuk ikut saluran demokrasi sebenarnya - ia tidak menjatuhkan hukuman kufur kepada sesiapa yang mengikutinya. :)

Oleh itu teruskan sahaja perjuangan mengikut saluran demokrasi, kendian kita sama-sama mengubahnya.

saya rasa kesimpulan dah dapat di sini.

Jika demokrasi itu mengenai pada aqidah barulah kita hadamkan sama-sama, tetapi ia adalah soal cabang dan bukan perkara usul.

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 01-03-08 11:49

!!! QUOTE !!!

ini cuma penjelasan ringkas, banyak dah dipostingkan di sini. saya dah banyak kali berhujah tentang demokrasi ni, setakat ini alhamdulillah tiada dalil dan hujah yang dapat menghalalkan demokrasi

Anda berhujah dengan ulama ke dengan budak-budak? Ulamak seperti yusof al qardhawi, al ghazali dan ramai lagi mengharuskan demokrasi.

Jika anda berdebat sahaja dengan pelajar dan kendian anda kata tiada hujjah yang kuat.. kerana mereka itu tidak menguasai feqh. Berdebat dengan yang ahli lah baru betul. Jadi ulama yang mengharuskan yang mana dah anda temui untuk berdebat dengan mereka?

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 01-03-08 13:42

CIRI UTAMA DEMOKRASI DAN PENDIRIAN ISLAM TENTANGYA

1) Pemerintah dari kalangan rakyat.

Asas ini diterima oleh Islam sebagaimana Sabda Nabi SAW :

خيارأئمتكم الذين تحبونهم ويحبونكم وتصلون عليهم ويصلون عليكم وشرار أئمتكم الذين تبغضونهم ويبغضونكم وتلعنونهم و يلعنونكم

Mafhum : Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu sukai, dan mereka( pemimpin) juga menyukai kamu, kamu mendoakan mereka, begitu juga mereka, manakala seburuk-buruk pemimpin adalah mereka yang kamu benci dan mereka juga benci kepadamu, kamu melaknat mereka, mereka juga melaknat kamu" (Riwayat Muslim)

Begitu juga dengan hadith :

ثلاثة لا ترتفع صلاتهم فوق روؤسهم شبرا..وذكر أولهم.. رجل أم قوما وهم له كارهون

Mafhum : "Tiga kumpulan yang tidak diangkat solatnya walapaun sejengkal di atas kepala mereka, ...disebut pertamanya, lelaki yang mengimamkan kaum, dalam keadaan kaum membencinya"

Jelas dari hadith tadi, Islam juga menitik beratkan kepimpinan rakyat yang disukai oleh rakyat, justeru realiti semasa bagi mengetahui kesukaan rakyat kepada seseorang pimpinan adalah melalui kaedah pengundian.

2) Pemerintah bekerja untuk rakyat.

Pemerintah bekerja untuk kebaikan rakyat. Ciri ini juga telah diterima oleh Islam sebagaimana konsep kepimpinan dalam Islam, dimana pemimpin hakikatnya menjadi petugas yang bersusah payah bagi kebaikan rakyat. Di sebut di dalam sebuah Hadith :

سيد القوم خادمهم

Mafhum : "Pemimpin kaum adalah org yang berkhidmat (khadam) bagi kaum."

Khalifah Abu Bakar as-siddiq, berkata : Wahai manusia. Aku bekerja untuk keluargaku maka aku mencari penghasilan untuk makanan mereka, sekarang aku bekerja untuk kamu, maka tetapkanlah buatku dari Baitul Mal kamu"

Khalifah Uthman ra juga pernah menegaskan bahawa : " Urusan aku adalah menuruti urusan kamu"

Abu Muslim al-khawalani, seorang faqih tabi'ein masuk menemui Muawiyyah ra. lalu berkata :

السلام عليكم أيها الأجير

Mafhum : "Asallamualaikum wahai org gaji"

Malah pemimpin Islam bertanggung jawab menyelamatkan rakyatnya dengan memberikan bantuan apabila mereka dalam kesusahan sebagaimana firman Allah dalam ayat 33, Surah al-Maidah. Malah kewajiban utama para pemimpin Islam adalah memberikan nasihat-nasihat keagamaan terhadap rakyatnya sebagaimana disebut di dalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim yang masyhur. Tugas mereka juga adalah untuk menguatkuasakan undang-undang bagi mencegah keburukan dunia dan akhirat dari menimpa rakyatnya.

Sabda Nabi SAW :

عن معقل بن يسار قال: سمعت النبي(ص;) يقول: ما من عبد استرعاه الله رعية فلم يحطها بنصيحة إلا لم يجد رائحة الجنة

Mafhum : "Tiada seorang manusia pun yang Allah memberikannya kuasa pemerintahan, kemudian ia tidak memberikan nasihat Islam (kepada rakyatnya) kecuali tiadalah ia mendapat cium bauan syurga" ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Sebuah hadith lagi menyebut

الناس على دين ملوكهم

Ertinya : "Sesungguhnya rakyat akan mengikut gaya, cara hidup dan agam pemimpin mereka"

Cuma perbezaan terzahir jika dilihat dari cara kerja pemimpin dalam sistem Islam dan demokrasi. Pemimpin dalam system Islam bekerja untuk rakyat kerana Allah manakala pemimpin demokrasi tidak bekerja untuk Allah pada konsep asalnya tetapi bebas menurut pengamal demokrasi tersebut.

3) Suara majoriti adalah terpakai.

Asalnya Islam tidak meletakkan suara majoriti sebagi pemutus dalam semua pekara. Ia tidak tepakai dalam perkara-perkara thawabit . Perkara thawabit juga tidak boleh berubah menurut zaman dan masa, ia adalah perkara yang mesti dilakukan serta tiada ruang ihtimal. Manakala perkara mutaghayyirat adalah perkara dari Nusus Zanniyyah seperti Nas umum (menurut jumhur), lafaz bersifat Mutlaq terutamanya dalam perkara ijtihadiyyah dan baru . serta perkara-perkara bersifat strategi kepimpinan dan politik yang tiada nas qati'e.

Firman Allah SWT :

وإن تطع أكثر من في الأرض يضلوك عن سبيل الله إن يتبعون إلا الظن وإن هم إلا يخرصون

Mafhum : "Sekiranya kamu mentaati majority di atas muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkan kamu, mereka tiada menurut kecuali sangkaan..." ( Al-An'am :116)

Justeru, Islam menerima suara majority dalam hal ‘mutaghayyirat' tetapi dengan syarat-syarat tertentu, menurut keadaan dan maslahat seperti hanya undian di kalangan ‘ ahl al-hal wal al-‘aqd ' atau dalam menentukan bentuk-bentuk tindakan dan bukannya bersifat hukum. Juga dalam urusan melantik pimpinan atau juga urusan kemaslahatan rakyat seperti membina lebuh raya dan menetapkan cukai tol.

Ini bermakna unsur ini juga diterima oleh Islam, cuma dalam ruang lingkup yang terhad, ini kerana aqal manusia tidak mampu mengetahui seluruh kebaikan untuk manusia, hanya Allah swt yang mengetahui kebaikan sebenar untuk manusia. Perlu di ingat bahawa Allah tidak menafikan fungsi aqal dalam menentukan tindakan terhadap perkara baru selagi mana tidak melanggar nas atau ‘maqasid syariat'.

4) Rakyat diberi hak kebebasan sewajarnya.

Islam juga mengiktiraf kebebasan individu sama ada dalam menegur pemerintah, kerjaya yang halal, beragama dan mengamalkan, pemilikan harta dan banyak lagi. Bagaimanapun demi menjaga ketenteraman manusiawi sama ada rohani dan jasmani maka kebebasan yang dianjur oleh Islam mempunyai batasannya. Secara ringkas batasannya terkandung dalam 5 perkara dharuriyyat :

i. Aqidah : Bermakna disekat kebebasan bagi keluar atu menggugat aqidah Islam sama ada murtad atau memerangi Islam. Juga tidak dibenarkan merosakkan aqidah umat.

ii. Nyawa : Kebebasan Islam tidak membenarkan membunuh tanpa hak, membunuh diri, menyakiti individu lain tanpa hak, maka tidak dibenarkan juga menyerang sesama manusia tanpa sebab.

iii. Aqal : Kebebasan Islam tidak membenarkan umatnya merosakkan aqalnya sama ada dengan meminum arak, dadah atau apa jua yang memabukkan, tidak juga bebas melihat atau melakukan sesuatu yang boleh merosakkan aqal.

iv. Keturunan/Maruah: Kebebasan Islam juga tidak membenarkan mencabul kehormatan sesama manusia, tidak juga dibenarkan berzina, menuduh zina tanpa saksi, mengumpat, memfitnah, dan mencari-mancari kesalahan manusia.

v. Harta : Kebebasan Islam tidak membenarkan merampas harta, curi, rompak, memeras, menipu, menindas secara riba dan seumpamanya.

Lalu, secara teori umum, Islam menerima kaedah ini tapi diperincikan bersama pengecualian-pengecualian demi kemaslahatan manusia.

5)Rakyat berhak menegur kepimpinan yang silap serta berhak menjatuhkannya.

Item ini jelas, bertepatan dengan Islam, ia bertitik tolak dari kepimpinan adalah amanah dan tangung jawab, sebarang penyelewengan mesti ditegur oleh rakyat. Rasulullah sendiri menerima pandangan dann teguran para sahabat dalam beberapa persitiwa yang terkenal antaranya, teguran Al-Habbab Ibn Munzir dalam menentukan kubu terbaik dalam peristiwa perang Badar, begitu juga teguran suad dalam kes ditolak dengan busar oleh Rasul dan banyak lagi.

Hak teguran ini digalakkan begitu hebat di zaman Khalifah Islam yang pertama Abu Bakar As-Siddiq dimana beliau menyatakan dalam ucapannya yang mashyur:

وليت عليكم ولست بخيركم فإن أحسنت فأعينوني و...أطيعوني ما أطعت الله ورسوله فإذا عصيت الله فلا طاعة لي عليكم

Mafhum : "Sesungguhnya aku hanya dilantik dr kalangan kamu, bukanlah aku yang terbaik dr kamu, kiranya aku berada di landasan kebenaran maka bantulah aku, taatilah aku selagi mana aku mentaati Allah dan RasulNya, maka apabila aku menderhaka Allah maka tiadalah wajib lagi taat kepadaku"

Islam mempunyai sikap tegas terhadap para pemerintah zalim dan bersifat autokratik atau diktator. Sabda Nabi SAW :

أشد الناس عذابا يوم القيامة إمام جائر

Mafhum : "Sekeras2 manusia yang dikenakan azab di akhirat kelak adalah pemimpin yang zalim"

Bagaimanapun rakyat yang ingin menegur pimpinan negara Islam seeloknya menjaga adab-adab teguran yang sesuai tetapi jika ia tidak diendahkan, Islam membenarkan pimpinan tersebut diturunkan kerana ia dianggap kepimpinan negara Islam yang menyeleweng, demikianlah pandangan Syeikh Sa'id Hawwa di dalam kitabnya Jundullah hlm 380. Ulama lain juga menambah bahwa proses menurunkan perintah itu boleh dibuat secara aman. Prof. Dr. Muhd Salam Madkur menegaskan adalah suatu kewajiban untuk menurunkan pemimpin fasiq dengan syarat kita mempunyai bukti tentang kefasiqan serta pemimpin tersebut tidak lagi boleh diberi nasihat. Demikian juga pandangan Imam Abu Hanifah, Imam al-Qurtubi , Imam Abu Hamid al-Ghazali (505 H) , Imam as-Syawkani (1255 H) dan Dr. Yusoff Al-Qaradhawi.

Manakala Abu Yu'lah al-Farra al-hanbali menuruti pandangan Imam Ahmad Hanbal yang tidak menentang dan menjatuhkan khalifah Makmun dan Mu'tasim. Imam Al-Mawardi ( 450 H) menyebut dalam sesebuah negara Islam yang menyeleweng seorang khalifah itu boleh diturunkan jika berlaku kezaliman dan fasiq.

Imam an-Nawawi pula dalam mensyarahkan hadith muslim, "Adapun keluar daripada mentaati pemerintah dan memeranginya (dengan mengangkat senjata bukan pilihanraya dan undi) adalah haram dengan Ijma' al-Muslimin sekalipun mereka itu fasik ataupun zalim. Ini semua jelas terbukti di dalam hadith-hadith yang memberi maksud apa yang aku sebutkan? Kata para ulama? :" Sebab tidak dipecat dan diharamkan keluar menentangnya adalah kerana membawa kepada fitnah dan tumpah darah dan kerosakan yang nyata, maka menjadikan kerosakan memecatnya lebih besar dari mengekalkannya.?

Dalam mensyarahkan hadith lain pula an-Nawawi menyebut: " Sesungguhnya tidak harus menentang pemerintah hanya sekadar zalim atau fasik selagi mereka tidak mengubah suatu daripada kaedah-kaedah Islam. (Syarah Sohih Muslim oleh an-Nawawi, jld 12)

Ad-Dawudi pula menyebut: "yang menjadi pegangan para ulama, mengenai para pemerintah yang zalim ialah sekiranya mereka boleh dipecat tanpa sebarang fitnah dan kezaliman, maka wajib dipecat, jika tidak, maka wajib bersabar" (Fath al-Bari oleh Ibn Hajr al-Asqalani m.s. 498/jilid 14 cetakan dar al-Fikr, Beirut)

Ibn ‘Atiyyah pula menyatakan : "As-Syura adalah prinsip syariah, mana-mana pemimpin yang tidak ber'syura' bersama ahli agama, maka menjatuhkannya adalah WAJIB"

Maka kaedah Pilihanraya yang ada pada hari ini tanpa syak lagi, adalah suatu kaedah yang berkesan untuk memecat pemimpin zalim dan mengabaikan tanggung jawab Islam dengan aman, tanpa fitnah dan pembunuhan. Selain itu, wajib pula berusaha mengubah kemungkaran melaluinya.

Rasulullah SAW juga telah menyatakan keharusan merebut kekuasan dari pimpinan sebagaimana hadithnya :

دخلنا على عبادة بن الصامت وهو مريض قلنا أصلحك الله حدث بحديث ينفعك الله به سمعته من النبي صلى الله عليه وسلم قال دعانا النبي صلى الله عليه وسلم فبايعناه فقال فيما أخذ علينا أن بايعنا على السمع والطاعة في منشطنا ومكرهنا وعسرنا ويسرنا وأثرة علينا وأن لا ننازع الأمر أهله إلا أن ترو كفرا بواحا عندكم من الله فيه برهان

Mafhum : Kami telah berbai'ah kepada Rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia melebihi kami.(Kami juga berbai'ah) untuk tidak merebut kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat ‘Kufr Bawwah' (kekufuran yang nyata) yang kami mempunyai alasan disisi Allah (kami juga berbai'ah) untuk menyatakan al-Hak dimana saja kami berada dan kerana allah kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela.

Jelas dari hadith di atas tahap untuk kesabaran dan tindakan yang perlu diusahakan oleh individu Islam terhadap pemerintah mereka yang terang-terang melakukan maksiat serta menggalakkannya. Dalam hal ini, pilihanraya adalah salah satu medan yang terbuka demi menunaikan tanggung jawab tersebut. Saya tidak mengtaakan ianyaa adalah satu-satunya jalan, tetapi ia adalah salah satu jalan yang boleh diguna pakai demi mencapai matlamat besar Islam. Wallahu a'lam.

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 01-03-08 17:26

Salam, anak_pejuang. Saya dah memberikan respon berkenaan hal yang anda bangkitkan tu dalam topik Hizbut Tahrir: Parti Politik Islam part 2. Takpalah, saya postkan sekali lagi...

Perbincangan membahaskan “CIRI UTAMA DEMOKRASI DAN PENDIRIAN ISLAM TENTANGYA’’ daripada zaharuddin.net

1) Pemerintah dari kalangan rakyat.

Hadis-hadis yang ditampilkan tiada pula secara qatie menyatakan berkenaan demokrasi. Dalam sistem khilafah pun kekuasaan terletak di tangan rakyat. Dalam sistem khilafah juga pilihanraya diharuskan (mubah) bagi mengangkat pemimpin (i.e. Khalifah dan ahl halli wal aqd). Kekuasaan di tangan rakyat bukanlah eksklusif kepada demokrasi. Dan keharamannya bukan kerana perkara ini.

Yang menjadikannya haram ialah kerana demokrasi meletakkan kedaulatan di tangan rakyat (baca: manusia). Rakyat memilih pemimpin untuk duduk dalam parlimen bagi menggubal undang-undang… Walaupun undang-undang yang digubal itu berlandaskan syarak, namun kaedahnya tidak tepat. Hukum syarak diterapkan bukan atas suara majoriti. Kalau 99 orang daripada 100 bersetuju untuk menghalalkan judi (kerana mendatangkan pulangan kepada ekonomi negara), adakah ia akan diterima?

2) Pemerintah bekerja untuk rakyat.

Sekali lagi, perkara ini bukanlah ciri khas yang hanya ada pada sistem demokrasi. Kalau mengikut realiti, perkara ini memang tidak berlaku… Bahkan sebaliknya yang terjadi… Bagi setiap pemimpin yang naik, kroni-kroninya pasti akan hidup senang. Cuba kita selidiki realiti negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi di dunia ini. Kalau dari segi teorinya memang nampak seolah-olah cantik, adil, dan baik belaka. Amerika, negara penaja demokrasi, sedangkan pada hakikatnya yang untung hanyalah golongan pemodal. Setiap dasar negara tersebut dibuat berasaskan kepentingan pihak-pihak tersebut. Bagaimana perkara sebegini boleh terjadi? Kerana semasa kempen pilihanraya presiden, golongan-golongan pemodal (kapitalis) lah yang memberikan sumbangan. Contohnya dalam perang teluk kedua. Cuba kaji, syarikat minyak siapa yang mendapat keuntungan daripada perang tersebut.
!!! QUOTE !!!
Cuma perbezaan terzahir jika dilihat dari cara kerja pemimpin dalam sistem Islam dan demokrasi. Pemimpin dalam system Islam bekerja untuk rakyat kerana Allah manakala pemimpin demokrasi tidak bekerja untuk Allah pada konsep asalnya tetapi bebas menurut pengamal demokrasi tersebut.

Cuba baca ayat terakhir yang dalam perenggan tersebut…

3) Suara majoriti adalah terpakai.

Yang menjadi persoalannya sekarang ialah, dalam demokrasi tiada pula pembahagian antara perkara yang boleh ditetapkan melalui suara majoriti (mutaghaiyyirat) dan perkara thawabit. Semua perkara yang melibatkan penggubalan rang undang-undang akan ditetapkan berdasarkan majoriti. Sebab tu hudud tidak dapat dilaksanakan, kerana majoriti menolak, lalu membangkitkannya di Mahkamah Persekutuan. Hukum yang qatie sekalipun tak diterapkan kerana majoriti menolaknya.

4) Rakyat diberi hak kebebasan sewajarnya.

Semua perbuatan kita terikat dengan hukum syarak. Ini berasaskan kaedah “Hukum asal sesuatu perkara ialah terikat dengan hukum syarak”. Dalam sistem demokrasi apakah hukuman bagi seorang yang murtad? Adakah akidah manusia terpelihara melalui demokrasi?

Bahkan, prinsip kebebasan yang menjadi tunjang kepada demokrasi inilah yang merosakkan kita sebenarnya.

Kebebasan Berakidah
Kebebasan Kepemilikan
Kebebasan Bersuara
Kebebasan Peribadi / bertingkah laku

5)Rakyat berhak menegur kepimpinan yang silap serta berhak menjatuhkannya.

Sistem Islam turut memberikan ruang seluas-luasnya bagi umat untuk memuhasabah pemimpin. Bahkan Mahkamah Mazalim berhak melucutkan jawatan Khalifah sekiranya sabit kesalahan. Rakyat tidak mempunyai kuasa secara langsung untuk melucutkan jawatan Khalifah. Mereka bebas memilih calon khalifah yang diingini (sudah semestinya yang memenuhi syarat in’iqad), namun mereka tidak berhak menukarnya sesuka hati setelah membaiatnya. Ini berbeza dengan sistem demokrasi, di mana rakyat bebas memilih atau menukar pemimpin mereka melalui undian dalam pilihanraya. Mereka juga dilarang daripada melakukan bughat kepada Khilafah selagimana beliau tidak melakukan kuffar bawwahan…

Wallahu’alam…

P/s: Bagaimana pula dengan CIRI PALING UTAMA demokrasi iaitu “Meletakkan kedaulatan di tangan manusia”? Inilah yang menjadikannya haram di sisi syarak.

-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 01-03-08 17:51

kedaulatan di tangan manusia? Adakah maksud anda hukuman Islam itu?

Tentunya tiada disebutkan dalam hadith DEMOKRASI HALAL DI DALAM ISLAM.

Tetapi kaedah yang didapati di dalam hadith dan al Quran tersebut mengenai prinsip yang ada juga tersebut di dalam demokrasi. Ini bukan menunjukkan bahawa demokrasi yang ditaja barat itu digunapakai secara total.

Tetapi lihat - yang dijelaskan oleh ustaz zaharuddin adalah menurut hujjah al Quran dan Sunnah yang membuat perbandingan dengan demokrasi secara Islam.

Tiada pula disebutkan dalam artikel ustaz zaharuddin untuk mengguna pakai suara manusia di dalam menggubal hukum ALlah yang jelas qot'ie?

kendian anda sebutkan perkara ini ?

!!! QUOTE !!!

Bahkan, prinsip kebebasan yang menjadi tunjang kepada demokrasi inilah yang merosakkan kita sebenarnya.

Kebebasan Berakidah
Kebebasan Kepemilikan
Kebebasan Bersuara
Kebebasan Peribadi / bertingkah laku

Maaf saya tidak faham. Sebab tiada disebutkan di dalam artikel ustaz zaharuddin. Sebab artikel yang ditulis oleh ustaz semuanya berkaitan dengan demokrasi menurut pandangan Islam.

Di dalam hujjah yang dikemukan ustaz zaharuddin adalah seperti di bawah, tak ada kena mengena dengan hujjah balas yang anda nyatakan di atas. Lihat :

3) Suara majoriti adalah terpakai.

Asalnya Islam tidak meletakkan suara majoriti sebagi pemutus dalam semua pekara. Ia tidak tepakai dalam perkara-perkara thawabit . Perkara thawabit juga tidak boleh berubah menurut zaman dan masa, ia adalah perkara yang mesti dilakukan serta tiada ruang ihtimal. Manakala perkara mutaghayyirat adalah perkara dari Nusus Zanniyyah seperti Nas umum (menurut jumhur), lafaz bersifat Mutlaq terutamanya dalam perkara ijtihadiyyah dan baru . serta perkara-perkara bersifat strategi kepimpinan dan politik yang tiada nas qati'e.

Firman Allah SWT :

وإن تطع أكثر من في الأرض يضلوك عن سبيل الله إن يتبعون إلا الظن وإن هم إلا يخرصون

Mafhum : "Sekiranya kamu mentaati majority di atas muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkan kamu, mereka tiada menurut kecuali sangkaan..." ( Al-An'am :116)

Justeru, Islam menerima suara majority dalam hal ‘mutaghayyirat' tetapi dengan syarat-syarat tertentu, menurut keadaan dan maslahat seperti hanya undian di kalangan ‘ ahl al-hal wal al-‘aqd ' atau dalam menentukan bentuk-bentuk tindakan dan bukannya bersifat hukum. Juga dalam urusan melantik pimpinan atau juga urusan kemaslahatan rakyat seperti membina lebuh raya dan menetapkan cukai tol.

Ini bermakna unsur ini juga diterima oleh Islam, cuma dalam ruang lingkup yang terhad, ini kerana aqal manusia tidak mampu mengetahui seluruh kebaikan untuk manusia, hanya Allah swt yang mengetahui kebaikan sebenar untuk manusia. Perlu di ingat bahawa Allah tidak menafikan fungsi aqal dalam menentukan tindakan terhadap perkara baru selagi mana tidak melanggar nas atau ‘maqasid syariat'.

Baca elok-elok.

-----------------
.:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:.
http://jarumemas.blogspot.com

http://jomfaham.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 01-03-08 17:59

!!! QUOTE !!!

Ini berbeza dengan sistem demokrasi, di mana rakyat bebas memilih atau menukar pemimpin mereka melalui undian dalam pilihanraya. Mereka juga dilarang daripada melakukan bughat kepada Khilafah selagimana beliau tidak melakukan kuffar bawwahan…

persoalan anda ini telah dijawab oleh ustaz zaharuddin :

Rasulullah SAW juga telah menyatakan keharusan merebut kekuasan dari pimpinan sebagaimana hadithnya :

دخلنا على عبادة بن الصامت وهو مريض قلنا أصلحك الله حدث بحديث ينفعك الله به سمعته من النبي صلى الله عليه وسلم قال دعانا النبي صلى الله عليه وسلم فبايعناه فقال فيما أخذ علينا أن بايعنا على السمع والطاعة في منشطنا ومكرهنا وعسرنا ويسرنا وأثرة علينا وأن لا ننازع الأمر أهله إلا أن ترو كفرا بواحا عندكم من الله فيه برهان

Mafhum : Kami telah berbai'ah kepada Rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia melebihi kami.(Kami juga berbai'ah) untuk tidak merebut kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat ‘Kufr Bawwah' (kekufuran yang nyata) yang kami mempunyai alasan disisi Allah (kami juga berbai'ah) untuk menyatakan al-Hak dimana saja kami berada dan kerana allah kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela.

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 01-03-08 18:01

!!! QUOTE !!!

2) Pemerintah bekerja untuk rakyat.

Sekali lagi, perkara ini bukanlah ciri khas yang hanya ada pada sistem demokrasi. Kalau mengikut realiti, perkara ini memang tidak berlaku… Bahkan sebaliknya yang terjadi… Bagi setiap pemimpin yang naik, kroni-kroninya pasti akan hidup senang. Cuba kita selidiki realiti negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi di dunia ini. Kalau dari segi teorinya memang nampak seolah-olah cantik, adil, dan baik belaka. Amerika, negara penaja demokrasi, sedangkan pada hakikatnya yang untung hanyalah golongan pemodal. Setiap dasar negara tersebut dibuat berasaskan kepentingan pihak-pihak tersebut. Bagaimana perkara sebegini boleh terjadi? Kerana semasa kempen pilihanraya presiden, golongan-golongan pemodal (kapitalis) lah yang memberikan sumbangan. Contohnya dalam perang teluk kedua. Cuba kaji, syarikat minyak siapa yang mendapat keuntungan daripada perang tersebut.

yang anda pertikaikan adalah demokrasi anjuran barat secara total. Tetapi artikel di atas demokrasi menurut Islam. Iaitu pimpinan, ulamak, dan rakyat Islam yang beriman mengamalkan demokrasi menurut acuan Islam sendiri.

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 01-03-08 18:11

Assalamualaikum

Dewasa ini semakin ramai yang keliru apabila bercakap mengenai Islam. Kekeliruan mungkin kerana tidak cukup pengetahuan atau salah mentafsirkan ajaran Islam. Saya cukup bersimpati dengan masyarakat yang terlalu banyak terdedah kepada sumber yang pelbagai. Pada satu keadaan ia baik, jika masyarakat boleh menapis dan menilainya dengan baik. Tetapi ia menjadi negatif, apabila anggota masyarakat tidak cukup alat untuk membuat penilaian.

Bagi menjawab persoalan ini, dalam menilai kedudukan demokrasi, ada beberapa pihak dalam masyarakat Islam iaitu pertama: Mereka yang menolak demokrasi secara total. Kedua, menerima demokrasi tanpa soal. Ketiga: Menerima demokrasi dengan syarat tidak bertentangan dengan Islam.

Golongan pertama, mereka ini menolak demokrasi dengan alasan cukup simplistik. (a) Islam dari Tuhan dan demokrasi daripada manusia. (b) Islam menjalankan hukum Allah, sedangkan demokrasi melaksanakan hukum dan undang-undang manusia. (c) Demokrasi berasaskan suara majoriti, sedangkan tidak setiap pendapat majoriti itu betul. (d) Demokrasi perkara bidaah kerana tidak ada pada zaman nabi dan umat terdahulu. (e) Demokrasi dari Barat yang sekular. Demokrasi itu kufur, kata mereka.

Golongan kedua, mempercayai demokrasi boleh menyelesaikan segala masalah negara, bangsa dengan maksud kebebasan berpolitik, keadilan sosial, ekonomi bebas.

Tanpa syarat mereka inginkan demokrasi di negara ini dilaksanakan seperti di barat, tanpa ikatan keagamaan, mengetepikan akhlak malah tidak percaya kepada nilai-nilai yang telah tetap. Mereka cuba memisahkan sepenuhnya akhlak dan ekonomi, akhlak dan ilmu malah akhlak dan politik. Mereka mahu ikut barat seratus peratus.

Golongan ketiga, majoriti umat Islam yang melihat dalam sistem demokrasi, termasuk sistem pilihan raya, dalamnya ada perkara yang serasi dengan prinsip Islam. Inti pati demokrasi yang serasi dengan Islam seperti, orang ramai memilih pemimpin mereka, mereka tidak dipaksa menerima pemimpin yang mereka tidak menyukainya.

Demokrasi juga menyediakan saluran bagi rakyat memperbetulkan keadaan jika berlaku kesilapan. Dua pendapat terawal jelas terjebak dalam perangkap hitam putih. Malangnya sikap bercelaru antara benar dan salah ini berlaku juga di kalangan mereka yang menganggap diri mereka kuat beragama.

Menganggap demokrasi sepenuhnya buruk, satu sikap yang keterlaluan. Ia menunjukkan kejahilan terhadap makna demokrasi sebenar. Bukankah demokrasi di sesetengah negara dicapai oleh rakyat setelah memakan korban darah dan air mata rakyatnya? Contohnya seperti berlaku di Eropah Timur.

Bukankah sebuah negara demokratik menjadi idaman orang-orang Islam yang diperintah oleh sistem pemerintahan kuku besi? Kenapa sebahagian kaum muslimin menolak demokrasi? Banyak perkara inti pati dalam demokrasi, bukan sahaja tidak bertentangan dengan prinsip kebebasan dan keadilan dalam Islam, malah ia merupakan tuntutan Islam. Munculnya kediktatoran apabila hilangnya suara rakyat yang berani menegur. Diktator muncul bila hilangnya demokrasi.

Sedang Islam menentang sistem yang menzalimi rakyat dengan kekerasan, dan siapa sahaja yang berani menegur akan dihumban ke neraka. Satu sistem di mana mereka yang menjadi pengampu sahaja yang boleh hidup.

Demokrasi sebenar sama dengan Islam, di mana pemimpin selalu mengambil pandangan rakyat bagi mencapai keadilan dan menghormati hak asasi manusia.

Dalam Islam bukanlah menjadi kesalahan mengambil atau meniru mana-mana sistem yang baik. Selagi ia tidak bercanggah dengan nas, atau tidak bertentangan dengan kaedah syarat yang tetap.

Jadi pilihan raya sebagai satu mekanisme memilih pemimpin dalam Islam bolehlah disamakan dengan hukum dan kaedah memberi saksi “syahadah”. Mereka yang berhak bersuara setelah sampai usia 21 tahun, wajib menunaikan tanggungjawab penyaksian itu. Mereka mesti memilih pemimpin yang lebih berupaya, adil dan berkemampuan memimpin. Itu saksi mereka kepada Tuhan.

Memilih

Mereka yang memilih pemimpin yang tidak layak, adalah termasuk orang yang bohong dalam memberikan saksi palsu. Apabila kriteria pemilihan salah kerana calon itu keluarganya atau ada kepentingan diri atau apa- apa sebab lain maka ia menjadi saksi palsu.

Jika kerana tidak mengundi, yakni tidak memberi saksi yang benar, terpilihlah calon yang tidak layak, pengundi yang tidak menjalankan undian itu berdosa. Islam memberikan dua kriteria utama; calon yang kuat dan beramanah.

Jelasnya, inti pati demokrasi seperti disebut al-Qaradawi dalam fatwanya, berserasi dengan prinsip Islam berdasarkan sumber al- Quran dan al-sunah.

Umat Islam yang menerima demokrasi sebenarnya menerima ia sebagai satu bentuk atau kerangka bagi satu sistem pemerintahan. Ia mengandungi cara pemilihan pemimpin, cara berunding, nasihat, amar makruf nahi munkar, menentang kezaliman, menolak maksiat, dan sebagainya.

Apa yang lebih penting jika dapat disebut, mana-mana peraturan yang bercanggah dengan syariat, ia terbatal. Justeru itu demokrasi menurut acuan sendiri yang dipraktis dalam masyarakat muslim yang berilmu, berakal, beriman dan bersyukur menepati kehendak Islam.

Hanya tinggal lagi, tidak boleh dalam sistem demokrasi, sampai membenarkan undian dalam perkara jelas hukumnya, atau perkara asas agama yang berdasarkan suara ramai. Pengundian hanya dibolehkan dalam perkara ijtihadiah sahaja.

Contohnya, memilih calon ke dewan undangan negeri dan parlimen. Ini termasuk apa yang dinamakan oleh para ulama fikah “kepentingan umum”. Banyak dalam kes pada zaman nabi dan para sahabat, apabila pendapat berbeza, suara majoriti diambil kira. Imam al-Ghazali sendiri menyetujui, suara ramai diambil kira apabila ada perbezaan pandangan.

Perjuangan utama umat Islam dewasa ini adalah kebebasan. Ini boleh dicapai dengan apa yang diistilahkan oleh Mahmud ‘Aqqad sebagai “demokrasi Islam”. Demokrasi sebagai jalan paling ampuh dan berdisiplin untuk menjayakan agama dan kehidupan yang mulia. Oleh itu saya berpendapat mengundi adalah wajib mengikut hukum agama.
Wallahualam.

:-)

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 01-03-08 18:18

Pada 01-03-08 17:51 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

kedaulatan di tangan manusia? Adakah maksud anda hukuman Islam itu?

Tentunya tiada disebutkan dalam hadith DEMOKRASI HALAL DI DALAM ISLAM.

Tetapi kaedah yang didapati di dalam hadith dan al Quran tersebut mengenai prinsip yang ada juga tersebut di dalam demokrasi. Ini bukan menunjukkan bahawa demokrasi yang ditaja barat itu digunapakai secara total.

Tetapi lihat - yang dijelaskan oleh ustaz zaharuddin adalah menurut hujjah al Quran dan Sunnah yang membuat perbandingan dengan demokrasi secara Islam.

Tiada pula disebutkan dalam artikel ustaz zaharuddin untuk mengguna pakai suara manusia di dalam menggubal hukum ALlah yang jelas qot'ie?

kendian anda sebutkan perkara ini ?

Dan tentunya tiada disebutkan dalam hadis DEMOKRASI HARAM DALAM ISLAM.

Kenapa saya sebutkan perkara sebegini (i.e. isu meletakkan kedaulatan di tangan manusia)..? Sebab ia tidak dibincangkan. Kenapa tidak dibincangkan? Kerana apabila dibincangkan oleh UZAR, akan jelas menunjukkan bahawa demokrasi itu haram.

Memang ada beberapa prinsip yang selari dengan Islam, namun prinsip-prinsip tersebut diterima bukan kerana 'ia berasal daripada tamadun luar yang tidak bertentangan dengan Islam'. Tetapi sebab ia merupakan sebahagian daripada tuntutan Islam. Dan Islam telahpun mempunyai sistem pemerintahannya yang tersendiri.

-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 01-03-08 18:24

BRO - JIKA TIADA DALIL YANG MENGHALAL ATAU MENGHARAMKAN DEMOKRASI - MAKA MENGIKUT KAEDAH SEMUA PERKARA ASALNYA ADALAH MUBAH. KECUALI ADA HADITH DAN DALIL AL QURAN YANG JELAS MENUNJUKKAN IA ADALAH HARAM.

"Apa saja yang Allah halalkan dalam kitabNya, maka dia adalah halal, dan apa saja yang Ia haramkan, maka dia itu adalah haram; sedang apa yang Ia diamkannya, maka dia itu dibolehkan (ma'fu). Oleh karena itu terimalah dari Allah kemaafannya itu, sebab sesungguhnya Allah tidak bakal lupa sedikitpun." Kemudian Rasulullah membaca ayat: dan Tuhanmu tidak lupa.2 (Riwayat Hakim dan Bazzar)

Saya tidak faham dengan pernyataan kedaulatan di tangan manusia. Sila Jelaskan.

Jika anda mengatakan hak daulah itu adalah hak ALLah, maka ALlah pun sudah menjadikan manusia untuk memakmurkan bumi menjadi khalifah dan mengikut apa yang diperintahkan dan tinggalkan apa yang dilarang.

Apa masalahnya di sini? Demokrasi memberikan kedaulatan pada tangan manusia? Khilafah bukan meletakkan daulah pada manusia?Bukankah manusia juga yang menjadi khalifahnya?

-----------------
.:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:.
http://jarumemas.blogspot.com

http://jomfaham.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 01-03-08 18:25

Pada 01-03-08 17:51 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

Di dalam hujjah yang dikemukan ustaz zaharuddin adalah seperti di bawah, tak ada kena mengena dengan hujjah balas yang anda nyatakan di atas. Lihat :

3) Suara majoriti adalah terpakai.

Asalnya Islam tidak meletakkan suara majoriti sebagi pemutus dalam semua pekara. Ia tidak tepakai dalam perkara-perkara thawabit . Perkara thawabit juga tidak boleh berubah menurut zaman dan masa, ia adalah perkara yang mesti dilakukan serta tiada ruang ihtimal. Manakala perkara mutaghayyirat adalah perkara dari Nusus Zanniyyah seperti Nas umum (menurut jumhur), lafaz bersifat Mutlaq terutamanya dalam perkara ijtihadiyyah dan baru . serta perkara-perkara bersifat strategi kepimpinan dan politik yang tiada nas qati'e.

Firman Allah SWT :

وإن تطع أكثر من في الأرض يضلوك عن سبيل الله إن يتبعون إلا الظن وإن هم إلا يخرصون

Mafhum : "Sekiranya kamu mentaati majority di atas muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkan kamu, mereka tiada menurut kecuali sangkaan..." ( Al-An'am :116)

Justeru, Islam menerima suara majority dalam hal ‘mutaghayyirat' tetapi dengan syarat-syarat tertentu, menurut keadaan dan maslahat seperti hanya undian di kalangan ‘ ahl al-hal wal al-‘aqd ' atau dalam menentukan bentuk-bentuk tindakan dan bukannya bersifat hukum. Juga dalam urusan melantik pimpinan atau juga urusan kemaslahatan rakyat seperti membina lebuh raya dan menetapkan cukai tol.

Ini bermakna unsur ini juga diterima oleh Islam, cuma dalam ruang lingkup yang terhad, ini kerana aqal manusia tidak mampu mengetahui seluruh kebaikan untuk manusia, hanya Allah swt yang mengetahui kebaikan sebenar untuk manusia. Perlu di ingat bahawa Allah tidak menafikan fungsi aqal dalam menentukan tindakan terhadap perkara baru selagi mana tidak melanggar nas atau ‘maqasid syariat'.

Baca elok-elok.

Cuba anda baca elok-elok hujah balas saya ni (tentang suara majoriti);

!!! QUOTE !!!

Yang menjadi persoalannya sekarang ialah, dalam demokrasi tiada pula pembahagian antara perkara yang boleh ditetapkan melalui suara majoriti (mutaghaiyyirat) dan perkara thawabit. Semua perkara yang melibatkan penggubalan rang undang-undang akan ditetapkan berdasarkan majoriti. Sebab tu hudud tidak dapat dilaksanakan, kerana majoriti menolak, lalu membangkitkannya di Mahkamah Persekutuan. Hukum yang qatie sekalipun tak diterapkan kerana majoriti menolaknya.

Dalam demokrasi tiada pembezaan antara mutaghaiyirat dan thawabit! Mereka balun semua sekali, baik yang thawabit, mahupun mutaghayirat semuanya kena guna majoriti. Pernah tak dalam parlimen dinyatakan oleh mana-mana MP, "Ini melibatkan perkara thawabit, tak boleh bincang ni." Bahkan tentang hudud yang jelas-jelas qatie kewajipannya pun diperbahaskan.

Baca elok-elok ye...

-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 01-03-08 18:29

!!! QUOTE !!!

Dalam demokrasi tiada pembezaan antara mutaghaiyirat dan thawabit! Mereka balun semua sekali, baik yang thawabit, mahupun mutaghayirat semuanya kena guna majoriti. Pernah tak dalam parlimen dinyatakan oleh mana-mana MP, "Ini melibatkan perkara thawabit, tak boleh bincang ni." Bahkan tentang hudud yang jelas-jelas qatie kewajipannya pun diperbahaskan.

Anda ini reti membaca atau tidak?

Saya sudah sebutkan artikel yang dibentangkan oleh UZAR adalah DEMOKRASI DI DALAM ISLAM. YAng anda dari tadi cakap mengikut pandangan barat itu Kenapa?? apa masalah minda anda ini?

Ada UZAR MENCIPLAK DEMOKRASI MENURUT BARAT SECARA BULAT2 ?

-----------------
.:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:.
http://jarumemas.blogspot.com

http://jomfaham.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 01-03-08 18:47

Pada 01-03-08 18:24 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

BRO - JIKA TIADA DALIL YANG MENGHALAL ATAU MENGHARAMKAN DEMOKRASI - MAKA MENGIKUT KAEDAH SEMUA PERKARA ASALNYA ADALAH MUBAH. KECUALI ADA HADITH DAN DALIL AL QURAN YANG JELAS MENUNJUKKAN IA ADALAH HARAM.

eh, mana boleh begitu. Memanglah dalam hadis ataupun alQuran tidak ditemui perkataan demokrasi. Tapi dalam ayat-ayat al-Quran telah ditegaskan supaya kita berhukum dengan hukum Allah. Hadis pun ada yang jelas melarang umat Islam daripada mempunyai lebih daripada satu pemimpin. Dalam demokrasi sekarang ni, orang Turki ada pemimpinnya sendiri, orang Singapura ada pemimpinnya sendiri, orang Pakistan ada pemimpinnya sendiri... Boleh ke macam tu?

!!! QUOTE !!!

"Apa saja yang Allah halalkan dalam kitabNya, maka dia adalah halal, dan apa saja yang Ia haramkan, maka dia itu adalah haram; sedang apa yang Ia diamkannya, maka dia itu dibolehkan (ma'fu). Oleh karena itu terimalah dari Allah kemaafannya itu, sebab sesungguhnya Allah tidak bakal lupa sedikitpun." Kemudian Rasulullah membaca ayat: dan Tuhanmu tidak lupa.2 (Riwayat Hakim dan Bazzar)

Ok, sekarang saya nak tanya, ada tak Rasulullah saw tunjukkan kepada kita bentuk pemerintahan daulah Islam? Ada tak para sahabat tunjukkan kepada kita bentuk pemerintahan semasa zaman khulafa' ar-Rasyidin? Tentu ada, kan?

Yang tidak ditemui dalam al-Quran, kita rujuk kepada as-Sunnah. Jika tiada dalam kedua-duanya, kita rujuk kepada ijma' dan qiyas. Dalam al-Quran dan hadis tidak dinyatakan demokrasi itu haram, tapi sunnah Rasulullah saw telah menunjukkan bentuk pemerintahan yang sepatutnya, jadi kita mestilah kembali kepada as-Sunnah. Sunnah tak semestinya dalam bentuk kata-kata baginda saw sahaja, ia termasuklah perbuatan baginda dan diamnya baginda saw.

Seperkara lagi, kalau tak ditemui dalam al-Quran dan as-Sunnah, adakah kita perlu merujuk kepada hadharah kufur?

!!! QUOTE !!!

Saya tidak faham dengan pernyataan kedaulatan di tangan manusia. Sila Jelaskan.

Jika anda mengatakan hak daulah itu adalah hak ALLah, maka ALlah pun sudah menjadikan manusia untuk memakmurkan bumi menjadi khalifah dan mengikut apa yang diperintahkan dan tinggalkan apa yang dilarang.

Apa masalahnya di sini? Demokrasi memberikan kedaulatan pada tangan manusia? Khilafah bukan meletakkan daulah pada manusia?Bukankah manusia juga yang menjadi khalifahnya?

Demokrasi meletakkan kedaulatan di tangan manusia kerana manusia berhak untuk menggubal hukum sendiri. Sedangkan dalam Islam, khalifah hanya menerapkan hukum yang berdasarkan perintah dan larangan Allah. Apabila Allah mewajibkan hudud, maka khalifah menerapkannya tanpa sebarang soal. Dalam demokrasi, hudud diperbahaskan dan akhhirnya ditolak. Dalam sistem khalifah, perkara yang thawabit tidak diperbahaskan dan diminta pandangan berdasarkan majoriti.

Dalam khilafah, kedaulatan di tangan hukum syarak, bukannya di tangan manusia. Memang benar, manusia juga yang jadi khalifahnya, tapi manusia itu menjalankan hukum berdasarkan perintah Allah dan larangan-Nya. Manusia itu tidak merujuk kepada suara majoriti dalam semua perkara. Perkara-perkara yang telah jelas hukumnya, maka ia diterapkan walaupun majoriti menentangnya. Dan perkara yang tidak jelas, maka ia terbuka kepada ijtihad, bukannya terbuka untuk diundi berdasarkan majoriti. Dalam sistem demokrasi, tiada ketetapan bahawa MP yang ada dalam parlimen tersebut mesti bertaraf ulama' dan layak berijtihad. Bahkan ada non-Muslim lagi tu... Dalam demokrasi, yang membahaskan sesebuah undang-undang itu merupakan ahli parlimen. YDPA hanya berperanan meluluskannya sahaja. Jadi, adakah dibenarkan untuk non-Muslim untuk terlibat berijtihad?

-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 01-03-08 19:02

Pada 01-03-08 18:29 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

Anda ini reti membaca atau tidak?

Saya sudah sebutkan artikel yang dibentangkan oleh UZAR adalah DEMOKRASI DI DALAM ISLAM. YAng anda dari tadi cakap mengikut pandangan barat itu Kenapa?? apa masalah minda anda ini?

Ada UZAR MENCIPLAK DEMOKRASI MENURUT BARAT SECARA BULAT2 ?

Anda yang tak faham sebenarnya. Cuba tenung betul-betul tajuknya; CIRI UTAMA DEMOKRASI DAN PENDIRIAN ISLAM TENTANGYA. Ini jelas menunjukkan bahawa demokrasi yang cuba dijelaskan oleh UZAR bukannya berasal daripada Islam.

Tiada pula dinyatakan demokrasi dalam Islam. Demokrasi adalah demokrasi, sistem Islam adalah sistem Islam. Demokrasi tiada dalam Islam, dan Islam bukannya sama dengan demokrasi.

Demokrasi di barat, demokrasi di timur sama sahaja. Kedua-duanya meletakkan kedaulatan di tangan manusia.

UZAR menyatakan bahawa dalam demokrasi juga ada prinsip-prinsip yang tidak bertentangan dengan Islam, bukannya beliau mengatakan demokrasi dalam Islam. Namun malangnya beliau tak membincangkan soal meletakkan kedaulatan di tangan manusia, sedangkan ciri inilah yang menyebabkannya jelas-jelas haram di sisi Islam. Kebanyakan ustaz dan ulama yang mengharuskan demokrasi mengelak untuk membincangkan isu ini. Syeikh Yusuf Qardawi pula mengabaikan aspek ini dan menjawab menggunakan hujah rasional sahaja (namun tak rasional pun sebenarnya). Biar saya post-kan kenyataan beliau;

!!! QUOTE !!!

'The fear of some people here that democracy makes the people a source of power and even legislation (although legislation is Allah's alone) should not be heeded here, because we are supposed to be speaking of a people that in its majority and has accepted Allah as its Lord, Mohammad as its Prophet and Islam as its Religion. Such a people would not be expected to pass a legislation that contradicts Islam and its incontestable principles and conclusive rules.'

Dipetik daripada versi bahasa Inggeris 'Priorities of the Islamic Movement in the Coming Phase', Bab: The movement and political Freedom and Democracy.

Jawapan beliau mudah: “..should not be heeded here…”. Kenapa? “people that in its majority and has accepted Allah as its Lord, Mohammad as its Prophet and Islam as its Religion.”

Beliau tak mengeluarkan dalil dari nas untuk menjawab isu ini, sebaliknya menggunakan logik akal, katanya umat Islam majoriti, dan menerima Allah sebagai Tuhan, Muhammad saw sebagai Rasul, dan Islam sebagai agama. Jadi tak sepatutnya umat sebegini akan menggubal hukum yang bertentangan dengan Islam.

Cuba kita lihat realiti hari ini. Tak perlu pergi jauh, cukup dengan situasi di Malaysia. Siapa majoriti di sini? Melayu-Muslim. Tapi Kenapa hudud ditolak? Belum cerita tentang sistem Islam yang lain lagi…

Maknanya, majoriti Islam pun belum tentu undang-undang yang tak Islami akan ditolak… Lebih-lebih lagi kalau ada kelompok liberal yang memutar-belit Islam di kalangan kita. Sehinggakan ada yang menganggap Malaysia sebagai Negara Islam…mengikut definisi yang tersendiri…

-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

raudhatulmardhiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 140
Posting: 262
Dari: Kluang, Johor

Johor   avatar

posticon Posting pada: 01-03-08 19:05

Pada 01-03-08 11:40 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

Jadi sebenarnya tak ada masalah untuk ikut saluran demokrasi sebenarnya - ia tidak menjatuhkan hukuman kufur kepada sesiapa yang mengikutinya. :)

Oleh itu teruskan sahaja perjuangan mengikut saluran demokrasi, kendian kita sama-sama mengubahnya.

saya rasa kesimpulan dah dapat di sini.

Jika demokrasi itu mengenai pada aqidah barulah kita hadamkan sama-sama, tetapi ia adalah soal cabang dan bukan perkara usul.

ana sokong. betul tak ghazi?

Bookmark and Share

  Member Information For raudhatulmardhiahProfil   Hantar PM kepada raudhatulmardhiah   Pergi ke raudhatulmardhiah's Website   Quote dan BalasQuote

raudhatulmardhiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 140
Posting: 262
Dari: Kluang, Johor

Johor   avatar

posticon Posting pada: 01-03-08 19:10

Pada 01-03-08 19:02 , ghazi posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 01-03-08 18:29 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

Anda ini reti membaca atau tidak?

Saya sudah sebutkan artikel yang dibentangkan oleh UZAR adalah DEMOKRASI DI DALAM ISLAM. YAng anda dari tadi cakap mengikut pandangan barat itu Kenapa?? apa masalah minda anda ini?

Ada UZAR MENCIPLAK DEMOKRASI MENURUT BARAT SECARA BULAT2 ?

Anda yang tak faham sebenarnya. Cuba tenung betul-betul tajuknya; CIRI UTAMA DEMOKRASI DAN PENDIRIAN ISLAM TENTANGYA. Ini jelas menunjukkan bahawa demokrasi yang cuba dijelaskan oleh UZAR bukannya berasal daripada Islam.

Tiada pula dinyatakan demokrasi dalam Islam. Demokrasi adalah demokrasi, sistem Islam adalah sistem Islam. Demokrasi tiada dalam Islam, dan Islam bukannya sama dengan demokrasi.

Demokrasi di barat, demokrasi di timur sama sahaja. Kedua-duanya meletakkan kedaulatan di tangan manusia.

UZAR menyatakan bahawa dalam demokrasi juga ada prinsip-prinsip yang tidak bertentangan dengan Islam, bukannya beliau mengatakan demokrasi dalam Islam. Namun malangnya beliau tak membincangkan soal meletakkan kedaulatan di tangan manusia, sedangkan ciri inilah yang menyebabkannya jelas-jelas haram di sisi Islam. Kebanyakan ustaz dan ulama yang mengharuskan demokrasi mengelak untuk membincangkan isu ini. Syeikh Yusuf Qardawi pula mengabaikan aspek ini dan menjawab menggunakan hujah rasional sahaja (namun tak rasional pun sebenarnya). Biar saya post-kan kenyataan beliau;

!!! QUOTE !!!

'The fear of some people here that democracy makes the people a source of power and even legislation (although legislation is Allah's alone) should not be heeded here, because we are supposed to be speaking of a people that in its majority and has accepted Allah as its Lord, Mohammad as its Prophet and Islam as its Religion. Such a people would not be expected to pass a legislation that contradicts Islam and its incontestable principles and conclusive rules.'

Dipetik daripada versi bahasa Inggeris 'Priorities of the Islamic Movement in the Coming Phase', Bab: The movement and political Freedom and Democracy.

Jawapan beliau mudah: “..should not be heeded here…”. Kenapa? “people that in its majority and has accepted Allah as its Lord, Mohammad as its Prophet and Islam as its Religion.”

Beliau tak mengeluarkan dalil dari nas untuk menjawab isu ini, sebaliknya menggunakan logik akal, katanya umat Islam majoriti, dan menerima Allah sebagai Tuhan, Muhammad saw sebagai Rasul, dan Islam sebagai agama. Jadi tak sepatutnya umat sebegini akan menggubal hukum yang bertentangan dengan Islam.

Cuba kita lihat realiti hari ini. Tak perlu pergi jauh, cukup dengan situasi di Malaysia. Siapa majoriti di sini? Melayu-Muslim. Tapi Kenapa hudud ditolak? Belum cerita tentang sistem Islam yang lain lagi…

Maknanya, majoriti Islam pun belum tentu undang-undang yang tak Islami akan ditolak… Lebih-lebih lagi kalau ada kelompok liberal yang memutar-belit Islam di kalangan kita. Sehinggakan ada yang menganggap Malaysia sebagai Negara Islam…mengikut definisi yang tersendiri…

2 perenggan terakhir anta - jelas menyatakan hukum hudud dan sistem Islam yang lain ditolak
jadi, cuba fikir-fikirkan..
cara mana kita nak kembangkan ISLAM zaman sekarang ni kecuali dengan KUASA
KUASA saja yang boleh bagi kita rasa syiar ISLAM kat Malaysia ni
kalau tak percaya cuba kita buat kajian, FAKTOR APA yang PALING MEMPENGARUHI PERUBAHAN MASYARAKAT??
pasti jwpnny kuasa (dengan izin ALLAH)

apa salahny kita korbankan sikit kudrat untuk pergi mengundi
stkat ni tak ada org kata lagi pergi mengundi berdosa (org cakap tak pergi undi berdosa ada lah..)
mana tau dengan usaha kita yang tak seberapa tu ALLAH bagi pahala (yang penting niat kerana ALLAH)

fardhu ain lengkap, sunnah amal, undi pun buat..kan lebih baik macam tu..
sekadar berkongsi BUAH FIKIRAN.. :-)

Bookmark and Share

  Member Information For raudhatulmardhiahProfil   Hantar PM kepada raudhatulmardhiah   Pergi ke raudhatulmardhiah's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 01-03-08 19:23

Mudahnya begini - dengan sikap berdolak dalih anda cuba nyatakan dalam hujjah UZAR dalam laman webnya sila sebutkan tang mana dia mengatakan haram secara total demokrasi ?

Yang dia banyak tekankan mengenai undi, pemimpin dan yang saya postingkan di sini adalah mengenai ciri utama demokrasi. bahkan dia juga turut mengundi (maksudnya beliau juga berpendapat harus mengikut saluran demokrasi).

Nampaknya di sini anda yang tak faham - bila dah keluar tajuk CIRI UTAMA DEMOKRASI DAN PENDIRIAN ISLAM TENTANGYA.

Dan kendian tiada pula menunjukkan UZAR mengharamkan DEMOKRASI menurut apa yang dipelajarinya. Maka sudah jelaslah DEMOKRASI hukumnya adalah harus dengan bentangan dari UZAR sendiri.

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 01-03-08 19:32

!!! QUOTE !!!

eh, mana boleh begitu. Memanglah dalam hadis ataupun alQuran tidak ditemui perkataan demokrasi. Tapi dalam ayat-ayat al-Quran telah ditegaskan supaya kita berhukum dengan hukum Allah. Hadis pun ada yang jelas melarang umat Islam daripada mempunyai lebih daripada satu pemimpin. Dalam demokrasi sekarang ni, orang Turki ada pemimpinnya sendiri, orang Singapura ada pemimpinnya sendiri, orang Pakistan ada pemimpinnya sendiri... Boleh ke macam tu?

abende lah-- jika satu pemimpin sahaja - maka apa perlu pulak gabenor? bukan gabenor itu adalah pemimpin juga untuk wilayah mereka?

Jika anda gunakan hadith itu untuk makna umum diambil zahirnya sahaja - maka tentulah penat seorang pemimpin sahaja untuk umat Islam.

!!! QUOTE !!!

Ok, sekarang saya nak tanya, ada tak Rasulullah saw tunjukkan kepada kita bentuk pemerintahan daulah Islam? Ada tak para sahabat tunjukkan kepada kita bentuk pemerintahan semasa zaman khulafa' ar-Rasyidin? Tentu ada, kan?

Yang tidak ditemui dalam al-Quran, kita rujuk kepada as-Sunnah. Jika tiada dalam kedua-duanya, kita rujuk kepada ijma' dan qiyas. Dalam al-Quran dan hadis tidak dinyatakan demokrasi itu haram, tapi sunnah Rasulullah saw telah menunjukkan bentuk pemerintahan yang sepatutnya, jadi kita mestilah kembali kepada as-Sunnah. Sunnah tak semestinya dalam bentuk kata-kata baginda saw sahaja, ia termasuklah perbuatan baginda dan diamnya baginda saw.

Seperkara lagi, kalau tak ditemui dalam al-Quran dan as-Sunnah, adakah kita perlu merujuk kepada hadharah kufur?

Relaks beb... zamankini memerlukan ijtihad - dan ia juga perlu selari di dalam al Quran dan Sunnah. DEMOKRASI yang harus hukumnya adalah hasil dari ijtihad yang berlandaskan al Quran dan Sunnah juga. Jadi tiada masalah untuk menggunakan saluran demokrasi untuk menegakkan negara Islam.

Penggunaan ijtihad tidaklah dilarang, bahkan di zaman rasuluLLah sekiranya ada pendapat yang baru rasuluLlah tidak terus mengatakan ia bid'ah, haram terus!.

Darihal pemerintahan - demokrasi dilihat oleh ulamak yang mengharuskan boleh digunakan untuk menegakkan Islam.

apa MAKSUD MELETAKKAN KEDAULATAN DI TANGAN MANUSIA ini? DAH TANYA MASUK KALI KEDUA TAPI TAK DIJAWAB.. boleh jelaskan?

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 02-03-08 07:54

Pada 01-03-08 19:05 , raudhatulmardhiah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 01-03-08 11:40 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

Jadi sebenarnya tak ada masalah untuk ikut saluran demokrasi sebenarnya - ia tidak menjatuhkan hukuman kufur kepada sesiapa yang mengikutinya. :)

Oleh itu teruskan sahaja perjuangan mengikut saluran demokrasi, kendian kita sama-sama mengubahnya.

saya rasa kesimpulan dah dapat di sini.

Jika demokrasi itu mengenai pada aqidah barulah kita hadamkan sama-sama, tetapi ia adalah soal cabang dan bukan perkara usul.

ana sokong. betul tak ghazi?

Salam, memanglah tak menyebabkan seseorang itu tergelincir akidahnya, namun kita perlu jelas bahawa hukum melakukan sesuatu perkara yang haram itu kan berdosa.

Kalau orang yang berbuat dosa secara berterusan itu apa? golongan fasik. Minum arak taklah sampai jadi kafir, tapi kan berdosa tu... fasik lah jadinya. Tinggalkan solat, kan berdosa tu. tapi taklah sampai jadi kafir. Bermain saham, kan terdapat unsur spekulatif, jadi berbentuk perjudian, kan berdosa tu. Tapi tak jatuh kafir,kan?

Selagimana si pelaku masih mengakui keberadaan hukum-hukum tersebut, maka akidahnya masih terpelihara. Lainlah kalau dia katakan solat fardu tu tak wajib. Ataupun dia katakan dalam Islam tiada sistem pemerintahan.

Kenapa dalam hal-hal sebegini, boleh saja diterima. Tapi bila melibatkan demokrasi yang kalian guna pakai, cepat saja dinafikan...

Ada orang yang nak kaitkan HT sama macam wahhabi ghuluw yang gemar mengkafirkan orang lain, sebab tu lah saya jawab bahawa HT hanya melihat demokrasi sebagai sistem kufur, tapi tak bermakna pengamalnya sampai jadi kufur. Orang yang putar-belit sebegini memang berniat buruk dan nak jauhkan umat Islam daripada HT.

-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 02-03-08 08:01

Pada 01-03-08 19:10 , raudhatulmardhiah posting:

!!! QUOTE !!!

2 perenggan terakhir anta - jelas menyatakan hukum hudud dan sistem Islam yang lain ditolak
jadi, cuba fikir-fikirkan..
cara mana kita nak kembangkan ISLAM zaman sekarang ni kecuali dengan KUASA
KUASA saja yang boleh bagi kita rasa syiar ISLAM kat Malaysia ni
kalau tak percaya cuba kita buat kajian, FAKTOR APA yang PALING MEMPENGARUHI PERUBAHAN MASYARAKAT??
pasti jwpnny kuasa (dengan izin ALLAH)

apa salahny kita korbankan sikit kudrat untuk pergi mengundi
stkat ni tak ada org kata lagi pergi mengundi berdosa (org cakap tak pergi undi berdosa ada lah..)
mana tau dengan usaha kita yang tak seberapa tu ALLAH bagi pahala (yang penting niat kerana ALLAH)

fardhu ain lengkap, sunnah amal, undi pun buat..kan lebih baik macam tu..
sekadar berkongsi BUAH FIKIRAN.. :-)

Tapi kan ukhti, cara nak meraih kekuasaan tidak semestinya melalui demokrasi. Kan banyak lagi cara yang lebih syarie. Sedangkan dalam sekecil-kecil urusan seperti beristinjak sekalipun Islam ada tunjukkan caranya, masakan dalam meraih kekuasaan tidak diajarkan pula. Takkanlah Islam ni tak sempurna sampai perlu guna cara yang kufur untuk meraih kekuasaan?

Tiada siapa pernah menafikan kepentingan dalam meraih kekuasaan. Yang menjadi isunya sekarang ialah kaedah nak meraih kekuasaan itu sendiri... Kita perlu jelas, bahawa matlamat tidak menghalalkan cara. Janganlah semata-mata nak menangkan Islam, boleh ambil jalan yang salah. Janganlah disebabkan maslahat, maka dibenarkan untuk membuat cara yang haram dan batil.

Maslahat tidak mengatasi hukum syarak. Keterlibatan dalam demokrasi bukanlah suatu perkara perlu dilakukan disebabkan dharurat.

-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 02-03-08 08:13

Pada 01-03-08 19:23 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

Mudahnya begini - dengan sikap berdolak dalih anda cuba nyatakan dalam hujjah UZAR dalam laman webnya sila sebutkan tang mana dia mengatakan haram secara total demokrasi ?

Yang dia banyak tekankan mengenai undi, pemimpin dan yang saya postingkan di sini adalah mengenai ciri utama demokrasi. bahkan dia juga turut mengundi (maksudnya beliau juga berpendapat harus mengikut saluran demokrasi).

Nampaknya di sini anda yang tak faham - bila dah keluar tajuk CIRI UTAMA DEMOKRASI DAN PENDIRIAN ISLAM TENTANGYA.

Dan kendian tiada pula menunjukkan UZAR mengharamkan DEMOKRASI menurut apa yang dipelajarinya. Maka sudah jelaslah DEMOKRASI hukumnya adalah harus dengan bentangan dari UZAR sendiri.

Anda buat tuduhan, kemudian cuba taklifkan kepada saya. Anda buat soalan seolah-olah saya yang menyatakan bahawa UZAR ada mengatakan demokrasi itu haram secara total. Kemudian minta saya buktikan perkara yang tidak pernah saya katakan. Peliklah begitu. Saya tak pernah mengatakan bahawa UZAR berpendapat demokrasi itu haram sepenuhnya.

Dari awal lagi saya nampak perangai anda memang sebegini. Anda nak mengelak daripada dikatakan membuat pertuduhan, jadi anda lontarkannya dalam bentuk persoalan supaya orang melihat saya yang membuat kenyataan sedemikian.

Ini kenyataan saya, harap jangan dipusing-pusing lagi;

UZAR TIDAK MENGATAKAN DEMOKRASI ITU HARAM. Namun beliau tidak menilai daripada aspek 'meletakkan kedaulatan di tangan manusia'. Sebab itulah menurut pandangan beliau demokrasi itu harus kerana beliau melihat ada beberapa persamaan dari segi prinsip antara demokrasi dan Islam.

Sebab tu saya nyatakan di akhir post saya seperti berikut;

!!! QUOTE !!!

P/s: Bagaimana pula dengan CIRI PALING UTAMA demokrasi iaitu “Meletakkan kedaulatan di tangan manusia”? Inilah yang menjadikannya haram di sisi syarak.

Ini menunjukkan bahawa hujah UZAR terhadap isu tersebut tiada dalam artikel yang di-post (mungkin dalam artikel lain ada, tapi setakat ni saya tak jumpa pun). Jadi saya meminta penjelasan. Harap jelas.

-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 02-03-08 08:31

Pada 01-03-08 19:32 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

abende lah-- jika satu pemimpin sahaja - maka apa perlu pulak gabenor? bukan gabenor itu adalah pemimpin juga untuk wilayah mereka?

Jika anda gunakan hadith itu untuk makna umum diambil zahirnya sahaja - maka tentulah penat seorang pemimpin sahaja untuk umat Islam.

Kan dah dijelaskan sebelum ni, kenapalah masih nak bangkitkan soal gabenor lagi. Kan gabenor tu diberi mandat oleh khalifah untuk menjalankan tugas-tugasnya di wilayah masing-masing? Bermakna mereka masih tunduk kepada satu kepimpinan iaitu khalifah. Peranan gabenor ialah di peringkat negeri, bukannya negara.

Dan hadis yang saya maksudkan itu jelas menyatakan bahawa yang dilarang ialah membaiat lebih daripada satu khalifah.

Apabila dibaiat dua orang khalifah, maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya (Hadis Riwayat Muslim)

Khalifah, bukannya gabenor. Yang dilarang ialah mempunyai lebih daripada satu kepimpinan di peringkat negara, bukannya peringkat negeri, daerah, mahupun kampung.

!!! QUOTE !!!

Relaks beb... zamankini memerlukan ijtihad - dan ia juga perlu selari di dalam al Quran dan Sunnah. DEMOKRASI yang harus hukumnya adalah hasil dari ijtihad yang berlandaskan al Quran dan Sunnah juga. Jadi tiada masalah untuk menggunakan saluran demokrasi untuk menegakkan negara Islam.

Penggunaan ijtihad tidaklah dilarang, bahkan di zaman rasuluLLah sekiranya ada pendapat yang baru rasuluLlah tidak terus mengatakan ia bid'ah, haram terus!.

Taqiuddin Nabhani, Abdul Qadem Zallum, Ali Belhaj, dan Ata Abu Rushta bukanlah orang yang berfikiran simplistik seperti yang anda nyatakan itu. Mereka bukannya orang yang berpegang bahawa "Kalau tak terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah, maka ia bidaah, ia haram". Mereka tu mengkaji, baik dari segi nas mahupun dari segi realiti. Dan mereka bukannya orang awam macam kita semua ni.

!!! QUOTE !!!

Darihal pemerintahan - demokrasi dilihat oleh ulamak yang mengharuskan boleh digunakan untuk menegakkan Islam.

apa MAKSUD MELETAKKAN KEDAULATAN DI TANGAN MANUSIA ini? DAH TANYA MASUK KALI KEDUA TAPI TAK DIJAWAB.. boleh jelaskan?

Saya dah jawab,kan? Buat apa nak tanya kali kedua... Anda yang tak baca post saya dengan teliti... Cuba check balik...

-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 02-03-08 09:17

ada sesetengah golongan berpandangan negara islam itu syura. kemudian mereka cuba menyesuaikan syura tu dengan sistem pemerintahan bersekutuan sekarang.
contohnya, negara tetap diketuai oleh perdana menteri, dan dibantu barisan majlis syura. selain itu struktur kenegaraan lebih kurang sama dengan konsep demokrasi & pengagihan kuasa sekarang. bukti paling nyata dalam manifesto negara kebajikan PAS ada menyatakan akan memperkukuhkan doktrin pengasingan kuasa.
pengasingan [email protected] segregation of power @ trias politica ini sistem kufur idea montesqiu dalam 'kitab' spirit of law. sebagai orang yang membawa konsep2 fundamental dalam sistem kapitalisme, konsep ini diguna pakai oleh negara2 kapilalisme termasuk malaysia.
konsep kufur ni, kerajaan BN terapkan di Malaysia tetapi kerajaan BN sendiri cabuli, biasalah kerna bagi mereka matlamat menghalalkan cara. tapi lebih pelik PAS yang kononnya nak memperjuangkan Islam di malaysia tetapi sebaliknya berjanji dalam manifesto mereka untuk memperkukuhkan konsep kufur ini.
nampak jelas, walaupun mereka melaungkan Islam tapi tindakan mereka jelas menyokong idea kufur ini. sebab itu tak pelik kalau di sini ramai yan tak faham apa itu negara islam iaitu khilafah. mereka salah faham negara islam lain, khilafah lain. macam mana nak faham, kalau ulama' pun tak jelaskan negara islam yang sebenar, tapi malah nak laksanakan konsep kufur trias politika.

p/s: selepas ini adalah yang persoalkan siapa wuzaraa tu nak persoalkan ulama, hehehe... kalau betul ikut, tak betul jangan ikut, jadi tak taksub.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 02-03-08 10:43

!!! QUOTE !!!

Taqiuddin Nabhani, Abdul Qadem Zallum, Ali Belhaj, dan Ata Abu Rushta bukanlah orang yang berfikiran simplistik seperti yang anda nyatakan itu. Mereka bukannya orang yang berpegang bahawa "Kalau tak terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah, maka ia bidaah, ia haram". Mereka tu mengkaji, baik dari segi nas mahupun dari segi realiti. Dan mereka bukannya orang awam macam kita semua ni.

Jika begitu pada anggapan anda tentang ulamak yang disebutkan, samalah juga dengan ulamak seperti yusof al qardhawi, alghazali, dan yang lain. Mereka juga bukan berfikiran simplistik. Ada kaedah feqah yang mereka gunakan sebelum mengistinbath hukum. So jangan persoalkan lagi ye.

Asyik nak persoalkan sahaja ulamak yang tak bersetuju dengan ulamak yang dia guna.

!!! QUOTE !!!

Kan dah dijelaskan sebelum ni, kenapalah masih nak bangkitkan soal gabenor lagi. Kan gabenor tu diberi mandat oleh khalifah untuk menjalankan tugas-tugasnya di wilayah masing-masing? Bermakna mereka masih tunduk kepada satu kepimpinan iaitu khalifah. Peranan gabenor ialah di peringkat negeri, bukannya negara.

Dan hadis yang saya maksudkan itu jelas menyatakan bahawa yang dilarang ialah membaiat lebih daripada satu khalifah.

Apabila dibaiat dua orang khalifah, maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya (Hadis Riwayat Muslim)

Khalifah, bukannya gabenor. Yang dilarang ialah mempunyai lebih daripada satu kepimpinan di peringkat negara, bukannya peringkat negeri, daerah, mahupun kampung.

Ye - memang begitu, peringkat negeri kena ada satu pemimpin, begitu juga dalam daerah dan kampung beb..

Kendiannya - kat bumi ini ada lebih 100 buah negara di seluruh dunia. Dalam feqah sebelum untuk istinbath hukum, banyak perkara akan diteliti terlebih dahulu termasuklah waqi' , keadaan di sesuatu tempat. Begitu di dalam berdakwah banyak perkara diperhatikan bukan tiba-tiba jatuh hukum haram terus.

Semasa di zaman rasuluLLah - jika mengikut sunnahnya - dalam keadaan awal dakwahnya - baginda tidak terus kata buat sebuah negara Islam, tetapi berdakwah terlebih dahulu dengan bertahap. Sehinggalah perintah berhijrah dari ALlah - dengan mempersaudarakan kaum ansor dan muhajirin, kendian adanya piagam madinah.

Benarkan begitu? Tetapi saya lihat hujjah ahli HT lain pulak ye.. masa berdakwah biarlah berkeras (sambil boleh menyatakan) biarlah bulan dan matahari diletak dikanan dan kiri tetapi akan tetap memperjuangkan Islam - seolah-olah dia sedang bercakap dengan orang kafir musyrikin yang menolak Islam yang didakwahnya :) - yang ini diikut sebagai hujjah untuk berdakwah.

-----------------
.:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:.
http://jarumemas.blogspot.com

http://jomfaham.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 02-03-08 11:01

!!! QUOTE !!!

Salam, memanglah tak menyebabkan seseorang itu tergelincir akidahnya, namun kita perlu jelas bahawa hukum melakukan sesuatu perkara yang haram itu kan berdosa.

Kalau orang yang berbuat dosa secara berterusan itu apa? golongan fasik. Minum arak taklah sampai jadi kafir, tapi kan berdosa tu... fasik lah jadinya. Tinggalkan solat, kan berdosa tu. tapi taklah sampai jadi kafir. Bermain saham, kan terdapat unsur spekulatif, jadi berbentuk perjudian, kan berdosa tu. Tapi tak jatuh kafir,kan?

Selagimana si pelaku masih mengakui keberadaan hukum-hukum tersebut, maka akidahnya masih terpelihara. Lainlah kalau dia katakan solat fardu tu tak wajib. Ataupun dia katakan dalam Islam tiada sistem pemerintahan.

Kenapa dalam hal-hal sebegini, boleh saja diterima. Tapi bila melibatkan demokrasi yang kalian guna pakai, cepat saja dinafikan...

Ada orang yang nak kaitkan HT sama macam wahhabi ghuluw yang gemar mengkafirkan orang lain, sebab tu lah saya jawab bahawa HT hanya melihat demokrasi sebagai sistem kufur, tapi tak bermakna pengamalnya sampai jadi kufur. Orang yang putar-belit sebegini memang berniat buruk dan nak jauhkan umat Islam daripada HT.

suka hati saja letak perkara furuk macam demokrasi ini haram total. :) Dah jelas banyak hujjah ulamak mengatakan ia harus. Wah.. ulamak yang tidak bersetuju dengan pendapat haram demokrasi secara total adalah berdosa jugak ye :) Sedangkan ia di dalam daerah khilaf. Mujtahid anda maksum? Hujjahnya lebih kuat dari mujtahid lain? :)

Kenapa saya mengatakan sama macam wahabi ghuluw - sebab sikapnya sama - bila melihat orang gunakan demokrasi pada masakini padahal ada hujjah dan dalilnya terus dihukum HARAM, BERDOSA! Sedangkan ia masuk dalam daerah khilaf antara ulamak. Jika tidak masakan ada ulamak mengatakan ia harus, ada yang mengatakan haram??

Tentunya jika jelas haramnya demokrasi ia sudah menjadi ijmak ulamak kini. Adakah ulamak yang mengharuskan demokrasi melanggar ijmak sahabat pula?? Tentulah di zaman sahabat berlainan pula dengan zaman kini banyak perkara yang berlainan dengan zaman rasuluLLah dan sahabat maka perlunya banyak perkara diteliti oleh ulamak tersebut sehingga mereka mengatakan ia harus pada masakini.

Malahan pula demokrasi dilihat banyak persamaanya dengan Islam. Cuma ia perlu digubal lagi. Tak salah mengambil idea yang datang dari barat kerana Hikmah adalah benda yang hilang dari orang Mukmin, di mana sahaja ditemui merekalah yang berhak menerimanya.

Di dalam peperangan Khandak RasuluLlah sendiri membenarkan idea daripada Salman al Farisi iaitu menggali kubu iaitu strategi yang digunakan oleh tentera PArsi. Yang Islam ketika itu adalah Salman al Farisi tetapi tentera Parsi adalah kufur kepada ALlah.

Begitu juga RasuluLlah mengambil faedah daripada tawanan Badar untuk mengajar anak-anak orang Islam yang tidak tahu membaca dah menulis walaupun mereka adalah ahli syirik.

Al Qardhawi berpendapat tidak menjadi kesalahan mencedok pemikiran, strategi dan sistem-sistem dari luar yang boleh memberi faedah kepada umat Islam. Kerana ia tidak bertentangan dengan kaedah syarak yang mantap. Setelah itu orang-orang Islam boleh menambah ke atas pemikiran, strategi dan sistem-sistem ini ruh Islam. Yang menukarkannya menjadi sebahagian dari kehidupan orang-orang Islam dan akan luputlah bentuk yang pertama.

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 02-03-08 11:07

!!! QUOTE !!!

Anda buat tuduhan, kemudian cuba taklifkan kepada saya. Anda buat soalan seolah-olah saya yang menyatakan bahawa UZAR ada mengatakan demokrasi itu haram secara total. Kemudian minta saya buktikan perkara yang tidak pernah saya katakan. Peliklah begitu. Saya tak pernah mengatakan bahawa UZAR berpendapat demokrasi itu haram sepenuhnya.

Dari awal lagi saya nampak perangai anda memang sebegini. Anda nak mengelak daripada dikatakan membuat pertuduhan, jadi anda lontarkannya dalam bentuk persoalan supaya orang melihat saya yang membuat kenyataan sedemikian.

mengapa saya bertanya demikian? Adakah saya menuduh anda pula? Anda suka sangat bersangka2 ye. Kan pernyataan itu berbentuk pertanyaan yang memerlukan penjelasan yang bagi menjelaskan demokrasi adalah harus hukumnya. Kerana UZAR pun tidak menyatakan ia haram.

Yang anda perasan bahawa saya menuduh anda pulak Kenapa? Hadoi lah - penat bercakap orang yang suka bersangka. Bukan untuk waktu ini sahaja. Bahkan apabila saya berkata mengenai ahli HT yang bermasalah. Anda sangka diri anda seorang sahaja bermasalah.

Ada penyakit paranoid ke bro? - ini pertanyaan ini bukan tuduhan.

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 02-03-08 11:15

Saya ambil artikel dari posting rimbabara :

Bersikap kasar dalam pergaulan dan kesat kata-kata adalah sangat dilarang. Perkataan yang kesat dan sikap yang keras hanyalah digunakan dalam medan perang ketika menghadapi musuh.

Sikap taksub dan fanatik kepada pendapat sendiri mahupun guru dan kumpulan masing-masing adalah salah satu daripada gejala melampau-lampau. Ia menggambarkan kebekuan fahaman seseorang yang tidak boleh melihat maslahah umum. Sikap begini adalah pembawaan yang memandang hanya diri atau kumpulan sendiri sahaja yang betul, manakala pihak lain salah. Pihak yang tidak menurut pemikirannya dianggap bodoh, fasik dan derhaka. Keadaan ini, seolah-olah menjadikan diri sendiri sebagai rasul yang maksum dan kata-katanya sebagai sabda yang diwahyukan, sedangkan semua ulama salaf dan khalaf telah berijmak bahawa semua pendapat boleh diambil dan ditinggalkan kecuali sabda Rasulullah.

Taksub dan fanatik yang dikutuk begini adalah sikap orang-orang yang cuba mengikat pihak lain kepada dirinya dan menafikan peranan orang lain. Ia akan menjadi lebih berbahaya apabila sikap ini dimanifestasikan dalam bentuk tindakan keras dan memaksa, walaupun terdapat keadaan yang memberi kelonggaran atau kelapangan. Contohnya, percubaan mewajibkan sesuatu yang Allah tidak wajibkan, lalu memaksa orang lain mengerjakan amalan-amalan sunat sama seperti menunaikan yang fardu, atau mewajibkan meninggalkan yang makruh seperti meninggalkan yang haram.

Dalam medan dakwah, pendekatan keras dan kasar juga tidak wajar digunakan. Malah Rasulullah menyatakan, Allah menyukai sikap lemah lembut dalam segala urusan. Salah satu manifestasi ketaksuban adalah apabila terdapat sesuatu pihak yang mengkafirkan pihak yang lain, kecuali yang berpegang kepada prinsip mereka atau menganggotai jemaah mereka. Gejala ini membawa kepada perbuatan menghalalkan darah dan harta pihak lain kerana pada pandangan mereka, golongan tersebut dianggap murtad dan kufur. Penyakit ini disifatkan oleh Yusuf al- Qaradawi seperti penyakit yang menimpa golongan Khawarij pada zaman awal Islam.

Untuk kita semua renungkan buat jemaah Islam

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 02-03-08 11:22

Islam dan Demokrasi

Di antara kaedah yang diakui oleh ulamak Islam ialah hukuman yang dijatuhkan ke atas sesuatu hendaklah didasarkan kepada gambaran sebenar perkara tersebut.

Orang yang menghukum sesuatu, sedangkan ia sendiri jahil tentang selok belok perkara tersebut, hukuman yang dijatuhkannya akan meleset walaupun kadang-kadang bertepatan dengan kebenaran kerana ia lebih berbentuk panahan tanpa pemanah.

Dari itu sabit di dalam hadis, Qadi yang menghukum dalam keadaan jahil berada dalam neraka. Sama dengan contoh ini ialah orang yang mengetahui kebenaran tetapi menghukum dengan yang lain darinya.

Adakah demokrasi yang diperjuangkan oleh penduduk dunia hari ini baik di sebelah timur mahupun barat, yang kadang-kadang berjaya dicapai oleh sesetengah rakyat seletah menghadapi pertempuran sengit dengan golongan taghut yang menyebabkan mengalirnya darah insan yant tidak berdosa dan gugur ribuan malah jutaan korban. Sebagaimana yang berlaku di Eropah timur dan lain-lain kawasan. Yang dilihat oleh kebanyakan umat Islam sebagai cara yang boleh diterima untuk menentang kekerasan pemerintahan individu dan menentang penguasaan politik.

Ia juga telah banyak menguji umat Islam. Adakah demokrasi seperti ini satu perkara yang mungkar atau kufur sebagaimana dilanung-laungkan oleh golongan yang suka bertindak secara tergesa-gesa dan bersikap lajak dari laju?

-----------------
.:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:.
http://jarumemas.blogspot.com

http://jomfaham.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 02-03-08 11:30

Melihat kepada intipati demokrasi, ia membawa maksud masyarakat memilih orang yang menjadi pemimpin bagi menguruskan urusan mereka, supaya mereka dijauhi dari dipimpin oleh pemimpin atau peraturan yang mereka benci.

Melalui sistem ini juga, rakyat mempunyai hak menegur kerajaan, jika kerajaan tersalah langkah atau salah laku di samping berhak menurunkan seseorang pemimpin dari jawatannya apabila keadaan pentadbirannya tidak memuaskan.

Demokrasi juga bertujuan supaya manusia tidak diheret kepada fahaman-fahaman atau sistem ekonomi atau kebudayaan atay politik yang mereka tidak pernah kenali dan tidak meredhai sama sekali ianya diterapkan di dalam kehidupan mereka.

Inilah intipati demokrasi tulen, yang mana manusia mempunyai berbagai cara dan acuan untuk menegakkannay melalui pilihanraya, mendapatkan pandangan umum atau pungutan suara, menyokong keputusan majoriti, mewujud pelbagai aliran parti politik., membenarkan hak minoriti membuat bantahan, membenarkan hak kebebasan akhbar, kehakiman dan lain-lain lagi.

Adakah intipati demokrasi bercanggah dengan Islam? .. Dari mana datangnya percanggahan ini? Manakah dalil dari ayat-ayat muhkamat yang terdapat di dalam kitab dan sunnah yang menyokong dakwaan ini?

Sebenarnya kalau diperhatikan kepada intipati demokrasi, ia juga termasuk ke dalam intipati agama Islam. Islam mengingkari seseorang menjadi imam di dalam solat dalam keadaan makmum membencinya dan tidak meredhainya.

Di dalam hadith menerangkan yang ertinya : "Ada tiga golongan manusia yang mana solat mereka tidak diangkatkan melebihi kepada mereka walaupun sejengkal. Seseoranga lelaki yang mengimami satu kaum dalam keadaan mereka membencinya." (riwayat ibnu majah, dan berkata al Busiri sanadnya sahih dan perawinya adalah thiqah)

Ini berhubung dengan solat, apalagi perkara yang berhubung dengan urusan kehidupan dan politik, Di dalam hadith sahih dijelaskan yang bererti :

Sebaik-baik pemimpon di kalangan kamu ialah yang kamu kasih kepada mereka dan mereka pula kasih kepada kamu. Kamu mendoakan untuk mereka dan mereka pula mendoakan untuk kamu, manakala seburuk-buruk pemimpin di kalagan kamu ialah yang kamu benci kepada mereka dan mereka pula benci kepada kamu, kamu melaknat mereka, dan mereka pula melaknat kamu. (riwayat Muslim dari Auf bin Malik)

-----------------
.:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:.
http://jarumemas.blogspot.com

http://jomfaham.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

kapten06
WARGA SETIA
Menyertai: 04.01.2007
Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 02-03-08 15:15

Pada 02-03-08 10:43 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

Benarkan begitu? Tetapi saya lihat hujjah ahli HT lain pulak ye.. masa berdakwah biarlah berkeras (sambil boleh menyatakan) biarlah bulan dan matahari diletak dikanan dan kiri tetapi akan tetap memperjuangkan Islam - seolah-olah dia sedang bercakap dengan orang kafir musyrikin yang menolak Islam yang didakwahnya :) - yang ini diikut sebagai hujjah untuk berdakwah.

maaf lah nak menyampuk sikit.... saya bersetuju dengan pendapat anak_pejuang itu. Saya pun lihat macam itu jugak.tak bolehkah kita berlapang dada... HT dengan pendapat ulamak HT, dan saya dengan pendapat ulamak saya selagi pendapat itu berlandaskan islam....adakah saya akan brdosa kalau saya tak mengikut pendapat ulamak2 HT? saya ini masih lagi dalam dilemma...

p/s: maaf kalau salah, xmahir dalam bab-bab ini....jadi ingin kepastian..

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For kapten06Profil   Hantar PM kepada kapten06   Pergi ke kapten06's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 02-03-08 17:52

Islam mendahului demokrasi dalam mengakui kaedah-kaedah yang terdapat di daam intipati demokrasi itu sendiri. Bagaimanapun ia menyerahkan perincian-perinciannya kepada kebijaksanaan ijtihad orang-orang Islam selaras dengan prinsip agama dan kepentingan duniawi mereka dan selaras dengna perlembagaan hidup mereka mengikut suasasna masa dan tempat pembaharuan hal ehwal manusia itu sendiri.

Dalam syar'iat tidak terdapat tegahan mencedok teori atau penyelesaian amali dari orang-orang yang bukan Islam selagimana tidak memudaratkan umat Islam.

Nabi s.a.w dalam peperangan Khandak atau Ahzab mengambil idea menggali kubu dari Salman al Farisi, padahal strategi menggali kubu adalah strategi yang digunakan oleh tentera Parsi. Baginda s.a.w juga mengambil faedah dari tawanan musyrikin dalam peperangan Badar.

Yang tahu membaca dan menulis supaya mengajar anak-anak orang Islam walaupun mereka adalah ahli syirik. Hikmah adalah benda yang hilang dari orang Mukmin, di mana sahaja ditemui, merekalah yang paling berhak menerimanya.

Al Qardhawi berpendapat tidak menjadi kesalahan mencedok pemikiran, strategi dan sistem-sistem dari luar, yang boleh memberi faedah kepada orang-orang Islam. Kerana ia tidak bertentangan dengan kaedah syarak yang mantap.

Setelah itu orang-orang Islam boleh menambah ke atas pemikiran, strategi dan sistem-sistem ini ruh agama Islam, yang menukarkannya menjadi sebahagian dari kehidupan orang-orang Islam dan akan luputlah bentuknya yang pertama.

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 02-03-08 18:01

jangan risau kapten 06, sebab perkara demokrasi ini adalah perkara furu' yang diperselisihkan oleh Ulamak. sama ada anda hendak ikut atau tidak terpulanglah. Cumanya apabila berada di dalam khilafiyyah seperti ini maka perlulah berlapang dada dan bertoleransi antara satu dengan yang lain.

Jika ia berdosa - maka tentunya ulamak yang mutakhirin juga berdosa kerana mereka tidak pula menguar-uarkan khilafah ini ke seluruh dunia selepas kejatuhan khilafah yang akhir iaitu kerajaan uthmaniyah.

Tentunya ulamak yang berada selepas khulafa' ar rasyidin juga akan terpalit dosa kerana mereka tidak menguar-uarkan khilafah semasa zaman mereka. Kerana ahli HT ini mengatakan bahawa sejarah tidak boleh dijadikan dalil bahkan yang hendak diikuti adalah manhaj yang dibawa oleh khulafa' ar rasyidin sahaja. Tiada pada zaman umayyah, abbasiyyah dan pelbagai lagi zaman ketika itu.

Tak perlu kita mengatakan pendapat kita adalah yang paling benar, dan pendapat orang lain lemah. Ini bukan kerja kita untuk mentarjih melainkan adalah kerja mujtahid yang menguasai disiplin ilmu - seperti jarh wa at ta;dil, riwayah dan dirayah, termasuk di dalamnya ulumul hadith. Ulumul quran, penguasaan bahasa arab nahu, sorof, balaghah, dan pelbagai disiplin ilmu untuk menilai hujjah mana yang lebih kuat.

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 02-03-08 20:28

Pada 02-03-08 10:43 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

Jika begitu pada anggapan anda tentang ulamak yang disebutkan, samalah juga dengan ulamak seperti yusof al qardhawi, alghazali, dan yang lain. Mereka juga bukan berfikiran simplistik. Ada kaedah feqah yang mereka gunakan sebelum mengistinbath hukum. So jangan persoalkan lagi ye.

Asyik nak persoalkan sahaja ulamak yang tak bersetuju dengan ulamak yang dia guna.

Saya tak tuduh pun mereka berfikiran simplistik. Yang menjadi masalahnya ialah Dr. Yusuf Qaradhawi mengabaikan aspek meletakkan kedaulatan di tangan manusia. Sebab itulah beliau berpendapat bahawa demokrasi itu tidak haram. Lepas ni jangan cakap saya ni "hebat sangat ke sampai mengatasi ulama tersohor dunia?"

!!! QUOTE !!!

Ye - memang begitu, peringkat negeri kena ada satu pemimpin, begitu juga dalam daerah dan kampung beb..

Tau tak mengapa. Sekarang ni ada berapa negara umat Islam kat dunia ni? Takkanlah nak dibiarkan saja. Daulah Islam bukan untuk Malaysia saja. Daulah Islam bukan untuk sebuah pulau saja. Daulah Islam menaungi seluruh umat Islam, baik yang bangla mahupun melayu, baik arab mahupun turki, semua sekali.

!!! QUOTE !!!

Kendiannya - kat bumi ini ada lebih 100 buah negara di seluruh dunia. Dalam feqah sebelum untuk istinbath hukum, banyak perkara akan diteliti terlebih dahulu termasuklah waqi' , keadaan di sesuatu tempat. Begitu di dalam berdakwah banyak perkara diperhatikan bukan tiba-tiba jatuh hukum haram terus.

Benarkah hukum syarak berubah mengikut zaman dan waqi'? Seperkara lagi, hukum demokrasi ni bukannya "tiba-tiba jatuh hukum haram terus" seperti yang anda nyatakan tu. Teliti dulu hujahnya, sejak awal lagi saya dah rekemenkan supaya kalian baca dahulu. Ambil sikap neutral dalam mengkaji. Janganlah disebabkan tok syeikh anda kata sekian-sekian, terus nak dianggukkan. Itulah taksub sebenarnya.

Ada dua bahan bacaan yang saya rekemenkan kepada anda buat masa ni. Dah habis mutalaah ke belum?

1. Demokrasi sistem kufur - Abdul Qadim Zallum
2. Dakwah to Islam - Ahmad Mahmoud

Dengar daripada kedua-dua pihak, jangan dengar daripada satu pihak saja. Nasihat kepada diri juga.

!!! QUOTE !!!

Semasa di zaman rasuluLLah - jika mengikut sunnahnya - dalam keadaan awal dakwahnya - baginda tidak terus kata buat sebuah negara Islam, tetapi berdakwah terlebih dahulu dengan bertahap. Sehinggalah perintah berhijrah dari ALlah - dengan mempersaudarakan kaum ansor dan muhajirin, kendian adanya piagam madinah.

Samalah, HT tak terus kata buat sebuah negara Islam. Dalam pengkajian, perkara pertama yang dibincangkan ialah jalan menuju iman (tariqul iman). Kemudian dijelaskan tentang konsep qadha' dan qadar. Diikuti dengan qiyadah fikriyah, hadharah Islam, as-Sunnah, akhlak, dan seterusnya.

Kalau begitu, pergilah muhasabah ahli PAS, merekalah yang tergesa-gesa nak mencapai kekuasaan melalui demokrasi. Mereka nak tegakkan negara Islam dalam keadaan umat masih belum bersedia. Bila masyarakat keliru dengan konsep negara Islam yang dibawa, mereka ubah jadi negara berkebajikan.

!!! QUOTE !!!

Benarkan begitu? Tetapi saya lihat hujjah ahli HT lain pulak ye.. masa berdakwah biarlah berkeras (sambil boleh menyatakan) biarlah bulan dan matahari diletak dikanan dan kiri tetapi akan tetap memperjuangkan Islam - seolah-olah dia sedang bercakap dengan orang kafir musyrikin yang menolak Islam yang didakwahnya :) - yang ini diikut sebagai hujjah untuk berdakwah.

Lihat, anda menggunakan perkataan "seolah-olah", menunjukkan bahawa itu hanyalah sangkaan anda semata-mata dan bukannya pendirian kami. Sistem sekarang ni yang berbentuk jahiliyah, kami bukannya mengkafirkan umat Islam yang hidup dalam sistem tersebut. Tolonglah, saya rayu sangat-sangat, hentikanlah dakwaan-dakwaan sebegini. Semua ni tak benar. Kami tak mengkafirkan orang sesuka hati. Cukuplah setakat ni.

-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 02-03-08 20:38

Saya takkan beri respon bertalu-talu lagi selepas ini demi mengelakkan kekeliruan dan salah faham. Harap dapat baca dengan teliti. Mohon maaf atas kesilapan tatabahasa dan sebagainya. Terima kasih.

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 02-03-08 20:56

!!! QUOTE !!!

Dr. Yusuf Qaradhawi mengabaikan aspek meletakkan kedaulatan di tangan manusia.

adakah tidak menyebut begitu bermakna mengabaikan? Tuduhan lagi itu :)

!!! QUOTE !!!

Tau tak mengapa. Sekarang ni ada berapa negara umat Islam kat dunia ni? Takkanlah nak dibiarkan saja. Daulah Islam bukan untuk Malaysia saja. Daulah Islam bukan untuk sebuah pulau saja. Daulah Islam menaungi seluruh umat Islam, baik yang bangla mahupun melayu, baik arab mahupun turki, semua sekali.

yang Ahli HT sibuk lah ini adalah peringkat dunia. Masalahnya peringkat negara pun tak lepas lagi. Awat nya sibuk kat dunia. Awat tak belajar feqh keutamaan dahulu ke?

!!! QUOTE !!!

Benarkah hukum syarak berubah mengikut zaman dan waqi'? Seperkara lagi, hukum demokrasi ni bukannya "tiba-tiba jatuh hukum haram terus" seperti yang anda nyatakan tu. Teliti dulu hujahnya, sejak awal lagi saya dah rekemenkan supaya kalian baca dahulu. Ambil sikap neutral dalam mengkaji. Janganlah disebabkan tok syeikh anda kata sekian-sekian, terus nak dianggukkan. Itulah taksub sebenarnya.

Anda neutral ke? Huhu.. bukan tukang angguk jugak? Ulamak yang mengkaji mengenai demokrasi mereka juga ada hujjah, Dah banyak kali sebutkan.

!!! QUOTE !!!

Kalau begitu, pergilah muhasabah ahli PAS, merekalah yang tergesa-gesa nak mencapai kekuasaan melalui demokrasi. Mereka nak tegakkan negara Islam dalam keadaan umat masih belum bersedia. Bila masyarakat keliru dengan konsep negara Islam yang dibawa, mereka ubah jadi negara berkebajikan.

Anda dah pergi usrah PAS? Berapa kali pergi? bertemu dengan peringkat pimpinan atau bertemu dengan Tuan Guru Haji Hadi sendiri berbincang tentang ini. Konsep negara kebajikan itu pun anda tak faham tentang tujuannya. Dah tiba-tiba labelkan ia juga adalah tajaan ideologi barat. Habis semua idea yang baguih ditolak.

Sedap tempelak kepada ahli Pas ini apa kurangnya ahli HT - tergesa-gesa membawa kepada khilafah huhu. Yang baguihnya dengan maki hamun dan kata kesat lagi. (ANDA JANGAN PERASAN PULAK).

!!! QUOTE !!!

Lihat, anda menggunakan perkataan "seolah-olah", menunjukkan bahawa itu hanyalah sangkaan anda semata-mata dan bukannya pendirian kami. Sistem sekarang ni yang berbentuk jahiliyah, kami bukannya mengkafirkan umat Islam yang hidup dalam sistem tersebut. Tolonglah, saya rayu sangat-sangat, hentikanlah dakwaan-dakwaan sebegini. Semua ni tak benar. Kami tak mengkafirkan orang sesuka hati. Cukuplah setakat ni.

Sapa pulak menuduh ahli HT mengkafirkan sesuka hati ?. Dalam pernyataan itu saya menegur tentang AKHLAQ dalam berdakwah! Tentang bagaimana berhikmah untuk berdakwah.

ILMU BANYAK TAPI AKHLAQ DALAM BERDAKWAH tak ada TIADA GUNA. SEBAB RASULULLAH BERDAKWAH DENGAN AKHLAQ YANG BAIK!.

p/s: susah ye cakap dengan orang yang terlalu bijak dan taksub dengan ulamak sendiri. Aiseh..

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 02-03-08 21:09

JIka dilihat kepada sistem pilihanraya atau pungutan suara, amalan ini menurut Islam adalah satu bentuk penyaksian tentang kelayakan atau kesesuaian seseorang calon. Orang yang memberikan suaranya mestilah mencukupi syarat-syarat saksi iaitu hendaklah seorang yang adil dan baik pula perilakunya, firman ALlah yang bererti :

Dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya) - At Thalaq : 2

Dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi - Al Baqarah :282.

Orang yang memperakusaksikan seseorang yang tidak layak sebenarnya layak, bermakna ia telah melakukan dosa besar. Kerana menjadi saksi palsu. Al Quran membandingkan dengan syirik dengan ALLah. Firman ALlah s.w.t

Ertinya : Maka jauhilah kekotoran syirik yang disebabkan oleh penyembelihan berhala, serta jauhilah perkataan yang dusta. - Surah al Hajj :30

sesiapa yang memperakusaksikan tentang kelayakan seseorang calon hanya semata-mata calon berkenaan adalah kerabatnya atau orang sekampungnya atau untuk kepentingan peribadi yang diharapkan di sebalik penyaksian yang dibuat. Orang ini jelas menyanggahi forman ALlah s.w.t :

ertinya : Dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan penyaksian itu kerana ALLah semata-mata."

Orang yang enggan melaksanakan kewajipan dalam pilihanraya sehingga calon yang layak gagal meraih sebarang kemenangan, sebaliknya suara majoriti dimenangi oleh orang yang tidak berhak dari kalangan mereka yang tidak mempunyai ciri-ciri 'dedikasi dan amanah' (al Qowiyyul Amin) bermakna ia telah menyembunyikan persaksian yang sangat-sangat diperlukan oleh Umat Islam.

Firman ALLah s.w.t :

Ertinya : Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila dipanggil menjadi saksi. - al Baqarah :282

Ertinya : Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. Dan sesiapa yang menyembunyikannya ia adalah orang yang berdosa hatinya". - Al Baqarah :283

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 02-03-08 21:29

Bukan semestinya apabila dikumandangkan seruan ke arah fahaman demokrasi bererti menolak hakimiyah ALlah dan bererti mendahulukan hakimiyah manusia. Kebanyakan mereka yang menyeru ke arah fahaman demokrasi tidak pernah terlintas di hati mereka hal itu.

Apa yang mereka maksudkan dan ingin lakukan ialah menolak kuasa pihak diktator yang berkuasa secara zalim dan angkuh.

Memang diakui maksud demokrasi ialah rakyat memilih pemerintah sebagaimana yang mereka ingini,s eterusnya mereka mempunyai hak dalam menilai tindak tanduk para pemimpin tersebut dalam sesuatu urusan. Rakyat berkuasa menolak pemerintah-pemerintah mereka.

Apabila mereka menyanggahi perlembagaan ummah. Dengan kata lain, dari sudut pandangan Islam, apabila rakyat disuruh melakukan maksiat, perintah ini tidak wajib ditaati. Selain itu, dalam sistem Demokrasi, rakyat juga mempunyai hak untuk memecat pemerintahan terlibat, apabila ia menyeleweng dan zalim. Dan enggan menerima sebarang nasihat mahupun peringatan.

Sebenarnya prinsip "Hakimiyyah Hanya Untuk ALlah" adalah prinsip Islam yang asal, yang diakui oleh seluruh ulamak. Usul dalam perbahasan mereka tentang hukum syarak dan pemerintah. Mereka sepakat, pemerintah atau hakim yang Mutlak ialah ALLah.

Nabi s.a.w adalah penyampainya. ALlah s.w.t mempunyai kuasa mutlaj dalam menyuruh dan melarang, menghalal dan mengharamkan, dan menghukum dan mensyariatkan. Perkara ini tidak akan ditolak oleh seseorag yang benar-benar beriman kepada ALlah sebagai Tuhan. ISlam sebagai agama dan Muhammad sebagai nabi dan Rasul.

Orang Islam yang menyeru ke arah demokrasi atas alasan demokrasi itu adalah satu bentuk pemerintahan yang sesuai dengan prinsip-prinsip Islam yang asasi dalam memilih calon pemimpin, mengakui syura, nasihat, menjalankan amar ma'ruf, nahi munkar, menentang kezaliman dan menolak kemaksiatan khususnya apabila sampai ke tahap kekufuran yang nyata. Tidak boleh dikatakan sebagai seorang Ilam yang menyanggahi al Quran dan al Hadith.

Buktinya perlembagaan negara masih menjadikan di samping berpegang dengan amalan demokrasi. Agama Negara adalah Islam dan syariat Islamiyyah adalah sumber utama perundangan.

Ini menguatkan lagi hakimiyyah ALLah iaitu hakimiyyah Syari'atNya. Malah boleh ditambah satu peruntukan lain yang lebih jelas iaitu mana-mana undang-undangn atau sistem yang bercanggah dengan nas syarak yang putus, ia jelas batil.

Dari itu amat tidak wajar menganggap seruan ke atah demokrasi bererti meletakkan kuasa rakyat sebagai ganti dari kuasa ALlah. Dengan itu tiada percanggahan antara keduanya.

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

kapten06
WARGA SETIA
Menyertai: 04.01.2007
Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 03-03-08 01:08

terima kasih atas penerangan anda anak_pejuang..sekarang baru saya paham sikit...

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For kapten06Profil   Hantar PM kepada kapten06   Pergi ke kapten06's Website   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 03-03-08 04:28

Pada 02-03-08 20:56 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

Dr. Yusuf Qaradhawi mengabaikan aspek meletakkan kedaulatan di tangan manusia.

adakah tidak menyebut begitu bermakna mengabaikan? Tuduhan lagi itu :)

Sebab tu saya katakan anda ni tak cermat dalam membaca post. Kan saya dah sertakan sekali komen Dr. Yusuf Al-Qaradhawi sebelum ni? Memang benar beliau mengabaikannya. Ni saya highlightkan bahagian yang anda terlepas pandang.

!!! QUOTE !!!

'The fear of some people here that democracy makes the people a source of power and even legislation (although legislation is Allah's alone) should not be heeded here, because we are supposed to be speaking of a people that in its majority and has accepted Allah as its Lord, Mohammad as its Prophet and Islam as its Religion. Such a people would not be expected to pass a legislation that contradicts Islam and its incontestable principles and conclusive rules.'

Should not be heeded tu apa maksudnya? ini tuduhan ke? kan saya dah bawa buktinya tu. Beliau ada menyebutnya, tapi beliau meminta supaya diabaikan (should not be heeded here).

!!! QUOTE !!!

yang Ahli HT sibuk lah ini adalah peringkat dunia. Masalahnya peringkat negara pun tak lepas lagi. Awat nya sibuk kat dunia. Awat tak belajar feqh keutamaan dahulu ke?

Memanglah peringkat negara pun tak lepas lagi. Kalau dah lepas, khilafah dah lama tertegak. Yang menjadi isunya sekarang, kami tidak mengehadkan kepada perjuangan setempat sahaja. Daulah khilafah bukan untuk Malaysia sahaja, daulah khilafah menaungi seluruh dunia Islam.

!!! QUOTE !!!

Anda neutral ke? Huhu.. bukan tukang angguk jugak? Ulamak yang mengkaji mengenai demokrasi mereka juga ada hujjah, Dah banyak kali sebutkan.

Tukang angguk? Ha, satu lagi contoh klasik 'tuduhan dalam bentuk persoalan'. Memang benar, saya bersikap neutral apabila mengkaji tentang demokrasi. Tapi saya takdalah seumur hidup duduk atas pagar, kata dua-dua pendapat betul. Sooner or later, we have to take our stand, right?

!!! QUOTE !!!

Anda dah pergi usrah PAS? Berapa kali pergi? bertemu dengan peringkat pimpinan atau bertemu dengan Tuan Guru Haji Hadi sendiri berbincang tentang ini. Konsep negara kebajikan itu pun anda tak faham tentang tujuannya. Dah tiba-tiba labelkan ia juga adalah tajaan ideologi barat. Habis semua idea yang baguih ditolak.

Kalau saya tak faham, tiadalah saya nak memandai buat cerita, syeikh. Misalnya dalam soal ekonomi, tak banyak yang saya tahu, jadi takdalah saya ceritakan di sini.

Kita kena fahami realiti sesuatu perkara tu, kemudian menilai dari sudut syarak. Tidak cukup dengan hanya mencari persamaan antara demokrasi dan sistem Islam misalnya, kita perlu selidiki prinsip dan dasarnya setajam mungkin. Dan hujah ini bukannya lahir dari kepala saya sendiri. Bukan saya yang reka. Kalau anda meragui kredibiliti saya, terpulanglah. Namun ia tidak sedikitpun menjejaskan hujah yang dibawa, kerana bukannya saya reka sesuka hati.

Usrah PAS? Perlu ke saya kemukakan di sini? Berbincang dengan pimpinan? Itu bukan tugas saya, biarlah pimpinan yang menjalankan peranan mereka. Kita ada organisasi, bekerjalah seperti sebuah organisasi.

!!! QUOTE !!!

Sedap tempelak kepada ahli Pas ini apa kurangnya ahli HT - tergesa-gesa membawa kepada khilafah huhu. Yang baguihnya dengan maki hamun dan kata kesat lagi. (ANDA JANGAN PERASAN PULAK).

Itulah masalahnya syeikh, anda menghukum berdasarkan peribadi ahli, bukannya menilai dari sudut organisasi. Kita ni kan manusia. Ada macam-macam ragamnya.

!!! QUOTE !!!

Sapa pulak menuduh ahli HT mengkafirkan sesuka hati ?. Dalam pernyataan itu saya menegur tentang AKHLAQ dalam berdakwah! Tentang bagaimana berhikmah untuk berdakwah.

ILMU BANYAK TAPI AKHLAQ DALAM BERDAKWAH tak ada TIADA GUNA. SEBAB RASULULLAH BERDAKWAH DENGAN AKHLAQ YANG BAIK!.

p/s: susah ye cakap dengan orang yang terlalu bijak dan taksub dengan ulamak sendiri. Aiseh..

Terpulanglah, saya tak mahu melanjutkan lagi isu ini. Boleh saja kalau saya nak quote, tapi apa faedahnya kepada perkembangan dakwah... Kalau anda rujuk sendiri, anda akan jumpa. Memang benar, anda tak tuju direct, tapi anda kemukakannya dalam bentuk persoalan supaya kelihatan innocent. Saya nak tamatkan isu ni, kalau anda nak teruskan tak dapatlah saya nak halangnya...

-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 03-03-08 05:10

Pada 02-03-08 11:01 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

suka hati saja letak perkara furuk macam demokrasi ini haram total. :) Dah jelas banyak hujjah ulamak mengatakan ia harus. Wah.. ulamak yang tidak bersetuju dengan pendapat haram demokrasi secara total adalah berdosa jugak ye :) Sedangkan ia di dalam daerah khilaf. Mujtahid anda maksum? Hujjahnya lebih kuat dari mujtahid lain? :)

Eh, Kenapa sampai begitu sekali, anak_pejuang?

!!! QUOTE !!!

Kenapa saya mengatakan sama macam wahabi ghuluw - sebab sikapnya sama - bila melihat orang gunakan demokrasi pada masakini padahal ada hujjah dan dalilnya terus dihukum HARAM, BERDOSA! Sedangkan ia masuk dalam daerah khilaf antara ulamak. Jika tidak masakan ada ulamak mengatakan ia harus, ada yang mengatakan haram??

oh, anda ke yang katakan sama macam wahhabi ghuluw? opss... :-D

!!! QUOTE !!!

Tentunya jika jelas haramnya demokrasi ia sudah menjadi ijmak ulamak kini. Adakah ulamak yang mengharuskan demokrasi melanggar ijmak sahabat pula?? Tentulah di zaman sahabat berlainan pula dengan zaman kini banyak perkara yang berlainan dengan zaman rasuluLLah dan sahabat maka perlunya banyak perkara diteliti oleh ulamak tersebut sehingga mereka mengatakan ia harus pada masakini.

Mana boleh begitu syeikh. Beginilah, biar saya bawakan satu contoh. Di pengakhiran zaman Khilafah Uthmaniyyah, Syaikhul Islam telah mengeluarkan fatwa menerimapakai sistem dualisme dalam perundangan (sekitar 1870M). Dan majoriti umat Islam menerimanya, bahkan ia diterapkan dalam daulah. Namun adakah bermakna perkara ini dibenarkan dalam Islam? Hal ini berlaku ketika lemahnya pemikiran umat Islam sehingga terpengaruh dek kemasukan budaya barat. Mereka melihat barat berjaya membangun, manakala daulah ketinggalan disebabkan pengamalan sistem lama. Demikianlah public opinion umat Islam ketika itu. Akhirnya mereka menerimapakai dualisme kerana para ulama' ketika itu gagal menemui nas yang melarangnya. Semua ini adalah rentetan daripada tertutupnya pintu ijtihad di kalangan ulama'.

Itu di zaman khilafah masih ada, sekarang ni khilafah sudah tiada. Kebanyakan kita hidup selepas ketiadaan khilafah. Kita tak nampak bagaimana khilafah itu berperanan mengatur kehidupan warganya mengikut syariat Islam. Kebanyakan kita membesar dalam zaman di mana demokrasi dan kapitalism telah sebati dalam masyarakat. Sebab tu sekarang ni kebanyakan kita tak nampak jalan untuk meraih kekuasaan selain daripada melalui demokrasi. Inilah pemikiran pragmatik.

!!! QUOTE !!!

Malahan pula demokrasi dilihat banyak persamaanya dengan Islam. Cuma ia perlu digubal lagi. Tak salah mengambil idea yang datang dari barat kerana Hikmah adalah benda yang hilang dari orang Mukmin, di mana sahaja ditemui merekalah yang berhak menerimanya.

Di dalam peperangan Khandak RasuluLlah sendiri membenarkan idea daripada Salman al Farisi iaitu menggali kubu iaitu strategi yang digunakan oleh tentera PArsi. Yang Islam ketika itu adalah Salman al Farisi tetapi tentera Parsi adalah kufur kepada ALlah.

Begitu juga RasuluLlah mengambil faedah daripada tawanan Badar untuk mengajar anak-anak orang Islam yang tidak tahu membaca dah menulis walaupun mereka adalah ahli syirik.

Al Qardhawi berpendapat tidak menjadi kesalahan mencedok pemikiran, strategi dan sistem-sistem dari luar yang boleh memberi faedah kepada umat Islam. Kerana ia tidak bertentangan dengan kaedah syarak yang mantap. Setelah itu orang-orang Islam boleh menambah ke atas pemikiran, strategi dan sistem-sistem ini ruh Islam. Yang menukarkannya menjadi sebahagian dari kehidupan orang-orang Islam dan akan luputlah bentuk yang pertama.

Dalam hal ini kita perlu membezakan antara hadharah (civilization) dan madaniyah (material progress).

Dan berkaitan madaniyah pula, kita perlu kenalpasti sama ada ia lahir daripada hadharah ataupun hasil daripada perkembangan sains dan teknologi.

Hadharah lahir daripada sudut pandangan terhadap kehidupan. Hadharah Islam lahir daripada akidah Islam yang mengimani Allah, para Malaikat, Kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat, dan Qadha'-Qadar.

Sedangkan hadharah Barat pula lahir daripada sudut pandangan pemikirnya terhadap kehidupan dan erti kebahagiaan. Dari sinilah lahirnya prinsip-prinsip kebebasan yang bertentangan dengan Islam. Dan daripada prinsip kebebasan inilah terbentuknya sistem kapitalis yang menerapkan demokrasi sebagai pengatur kehidupan mereka.

Inilah (hadharah) yang dilarang daripada diambil. Sedangkan madaniyah yang lahir daripada perkembangan sains dan teknologi, tiada masalah untuk diambil. Sains dan teknologi sifatnya neutral. Strategi perang Parsi, itu kan strategi peperangan, bukannya berkaitan dengan hadharah Parsi. Nabi meminta tawanan perang Badar untuk mengajar anak-anak orang Islam membaca dan menulis, itukan perkembangan sains dan teknologi (sistem tulisan). Tak salah pun.

Kegagalan dalam membezakan antara hadharah dan madaniyah inilah yang mencetuskan kemelut kelompok muktazilah dan mutakallimin (kerana mereka menerimapakai falsafah Yunani dalam memahami akidah) serta menyebabkan umat Islam ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi (ada ulama' Arab Saudi yang mengharamkan penggunaan lampu elektrik di masjid serta mengharamkan telefon ketika ia mula diperkenalkan di sana).

Jangan kata saya yang reka semua ni pulak ye... :-D

-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 03-03-08 10:40

!!! QUOTE !!!

oh, anda ke yang katakan sama macam wahhabi ghuluw?

yup, saya yang menyatakan demikian, tak reti lah nak sembunyi2 ini. :)

!!! QUOTE !!!

Dalam hal ini kita perlu membezakan antara hadharah (civilization) dan madaniyah (material progress).

Dan berkaitan madaniyah pula, kita perlu kenalpasti sama ada ia lahir daripada hadharah ataupun hasil daripada perkembangan sains dan teknologi.

Hadharah lahir daripada sudut pandangan terhadap kehidupan. Hadharah Islam lahir daripada akidah Islam yang mengimani Allah, para Malaikat, Kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat, dan Qadha'-Qadar.

Sedangkan hadharah Barat pula lahir daripada sudut pandangan pemikirnya terhadap kehidupan dan erti kebahagiaan. Dari sinilah lahirnya prinsip-prinsip kebebasan yang bertentangan dengan Islam. Dan daripada prinsip kebebasan inilah terbentuknya sistem kapitalis yang menerapkan demokrasi sebagai pengatur kehidupan mereka.

Inilah (hadharah) yang dilarang daripada diambil. Sedangkan madaniyah yang lahir daripada perkembangan sains dan teknologi, tiada masalah untuk diambil. Sains dan teknologi sifatnya neutral. Strategi perang Parsi, itu kan strategi peperangan, bukannya berkaitan dengan hadharah Parsi. Nabi meminta tawanan perang Badar untuk mengajar anak-anak orang Islam membaca dan menulis, itukan perkembangan sains dan teknologi (sistem tulisan). Tak salah pun.

Kegagalan dalam membezakan antara hadharah dan madaniyah inilah yang mencetuskan kemelut kelompok muktazilah dan mutakallimin (kerana mereka menerimapakai falsafah Yunani dalam memahami akidah) serta menyebabkan umat Islam ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi (ada ulama' Arab Saudi yang mengharamkan penggunaan lampu elektrik di masjid serta mengharamkan telefon ketika ia mula diperkenalkan di sana).

Jangan kata saya yang reka semua ni pulak ye

apa masalahnya dari segi ketamadunan yang diambil dari orang kafir selagi ia bukan berkaitan dengan aqidah :) Seperti yang dinyatakan - ada akhlaq yang baik pada orang kafir musyrikin yang boleh dicontohi - ini bukan termasuk di dalam hadharah ? :) kendian sifat berani mereka, memuliakan tetamu, ini tidak bertentangan dengan Islam. Sikap rajin, berusaha - conthnya orang Jepun mempunyai mutu kerja yang baik KAIZEN - maka kita boleh ambil contoh darinya.

Begitu juga dengan adanya pengenalan IQ,EQ dan kini SQ - ia diperkenalkan oleh siapa? tentunya dari orang barat yang mengkaji. Dan kita juga mempunyai acuan kita sendiri dengan memasukkan di dalamnya Quranic Quotient di samping menyatupadukan antara IQ, EQ dan SQ untuk menjadi lebih mantap.

Saya percaya - apa yang datang dari barat sebenarnya mereka mencedk juga dari al Quran sebagaimana yang kita tahu sepanyol pada masa dahulu adalah pusat ilmu dan kebudayaan di mana barat dan timur bertemu untuk belajar. Begitu juga ketika peperangan monggol dari hulaku khan banyak kitab2 yang dibakar dan dimusnahkan. Tentunya ada kitab2 yang berkualiti dari tokoh Islam yang mengandungi pemikiran dan teknologi di ambil dan dibawa ke universiti di barat sana.

Kemudiannya mereka gubal dan ubah lalu mengatakan ini adalah dari idea kami padahal hikmah itu banyak yang hilang dan keciciran.

Sains dan teknologi juga membentuk kepada civilization - kerana ia mempengaruhi juga cara hidup, tatabudaya, sosial dan sebagainya. Dengan adanya sains dan teknologi ia mengubah cara berfikir, cara bertindak maka ia memberi kesan kepada hadharah itu sendiri :). Seperti kita gunakan Handphone sekarang ini yang rata-ratanya diambil dari teknologi barat - adakah ia tidak mengubah hadharah?

Benar - ia mengubah ketamadunan - dari segi kemajuan, adat basa basi - teknlogi internet begitu juga- ia membabitkan perubahan besar di dalam adat budaya, jika dahulu kita hanya menggunakan surat - di dalam persuratan pun menghasilkan budayanya tersendiri - cara menulis, gaya bahasanya, adab2nya.

Manakala di dalam internet - kita berforum - internet adalah teknologi - tetapi ada tak di dalamnya akan menghasilkan budaya sosial yang baru? Tentunya ada - cara kita menulis, cara kita berforum, menilai sesuatu penulisan dan sebagainya. Maka material tidak dapat dipisahkan dengan hadharah. Kedua-duanya saling pengaruh mempengaruhi antara satu dengan yang lain dalam membentuk peradaban. Maka dengan penerimaan sains dan teknologi yang baru yang akhirnya membentuk pelbagai sikap dan tingkah laku yang baru ia boleh diselaraskan dengan kehendak Islam.

Maka di sini - saya percaya demokrasi juga adalah satu bentuk pemikiran yang di mana ia boleh dibentuk dan diubah mengikut kehendak Islam. Prinsip-prinsip di dalamnya pun tiada masalahnya dengan ajaran Islam. Mana yang tidak betul sahaja yang akan digubal.

-----------------
.:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:.
http://jarumemas.blogspot.com

http://jomfaham.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 03-03-08 10:47

FIQAH DAULAH DALAM PERSPEKTIF AL-QURAN DAN SUNNAH
Oleh Dr Yusuf al-Qardhawy

Dalil dari Tabiat Islam

Tabiat dan risalah Islam yang bersifat umum dan universal, harus boleh menyusup ke seluruh sisi kehidupan. Maka sulit digambarkan jika ia mengabaikan urusan daulah dan menyerahkan kepada para ateis atau orang-orang jahat untuk memutarbaliknya berdasarkan hawa nafsu mereka.

Kerana Islam menyeru kepada displin dan pembatasan tanggungjawab, membenci kezaliman dan penganiayaan dalam segala hal, maka kita melihat Rasulullah s.a.w memerintahkan kita agar meluruskan saf tatkala solat dan mengangkat orang yang paling banyak ilmunya sebagai imam. Baginda juga bersabda tentang perjalanan, "Angkatlah salah seorang di antara kalian sebagai pemimpin."

Dalam buku As-Siyasah Asy-Syar`iyah, Ibnu Taimiyah berkata, "Mesti diketahui bahawa wilayah (perwalian, pemerintahan) urusan manusia merupakan kewajipan agama yang paling besar. Bahkan tidak ada ertinya penegakan agama dan dunia tanpa perwalian ini. Kemaslahatan Bani Adam tidak akan berjalan secara sempurna kecuali dengan membentuk komuniti, kerana sebahagian di antara mereka pasti memerlukan sebahagian yang lain. Dalam komuniti itu diperlukan seorang pemimpin." Hingga baginda bersabda (yang bermaksud):
"Jika ada tiga orang yang pergi dalam suatu perjalanan, hendaklah mereka mengangkat salah seorang di antara mereka sebagai pemimpin." (Diriwayatkan Abu Daud)

Baginda juga bersabda (yang bermaksud):
"Tidak diperkenankan tiga orang yang berada di padang yang luas melainkan jika mereka mengangkat salah seorang di antara mereka sebagai pemimpin." (Diriwayatkan Ahmad)

Rasulullah s.a.w mewajibkan pengangkatan seseorang sebagai pemimpin, sekalipun dalam komuniti yang kecil saat bepergian. Hal ini merupakan peringatan yang berlaku untuk semua bentuk komuniti.

Allah telah mewajibkan amar ma`ruf nahi mungkar, yang tidak boleh berjalan secara sempurna kecuali dengan menggunakan kekuatan dan kepimpinan. Begitu pula yang berlaku untuk hal-hal yang diwajibkan, seperti pelaksanaan jihad, penegakan keadilan, pelaksanaan haji, solat Jumaat, membantu orang yang dizalimi, menerapkan hukum, yang semuanya tidak akan berjalan secara sempurna kecuali dengan menggunakan kekuatan dan kepimpinan. Oleh kerana itu ada sebuah riwayat yang menyebutkan, "Sultan itu adalah lindungan Allah di atas bumi." Maka orang-orang salaf, seperti Al-Fudhail bin Iyadh, Ahmad bin Hambal dan lain-lainnya pernah berkata, "Andaikata kami mempunyai dakwah yang dipenuhi, tentu kami akan berdakwah kepada Sultan." Sebab dengan kebaikan Sultan, sekian ramai manusia juga menjadi baik.

Tabiat Islam lainnya yang dianggap sebagai manhaj yang hendak menuntun (membimbing) , mentadbir dan mengarahkan kehidupan, menetapkan hukum bagi masyarakat, mengawal perilaku manusia sesuai dengan perintah Allah, tentu saja tidak cukup hanya berupa seruan, anjuran, peringatan dan contoh yang baik, tidak menyerahkan hukum, nasihat dan ajaran-ajarannya dalam pelbagai sektor kehidupan kepada sanubari individu. Sebab jika sanubari ini sakit atau bahkan mati, maka hukum dan ajaran itu pun akan ikut sakit dan mati. Oleh kerana itu Uthman bin Affan pernah berkata, "Sesungguhnya Allah memberi ilham kepada penguasa, apa yang tidak Dia berikan kepada Al-Qur`an."

Di antara manusia ada yang mendapat petunjuk Al-Kitab dan neraca keadilan, dan di antara mereka ada yang tidak boleh dicegah kecuali dengan menggunakan besi dan batu pengasah. Oleh kerana itu Allah berfirman (yang bermaksud):
"Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al-Kitab dan neraca (keadilan), supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan, Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan pelbagai manfaat bagi manusia." (Al-Hadid: 25)

Ibnu Taimiyah berkata, "Sesiapa yang menyimpang dari Al-Kitab, perlu diadili dengan menggunakan besi. Oleh kerana itu dilihat orang-orang yang menegakkan agama biasanya membawa Mushhaf dan pedang."

Al-Imam Al-Ghazali berkata, "Dunia adalah ladang akhirat. Agama tidak akan menjadi sempurna kecuali dengan dunia. Kekuasaan dan agama adalah anak kembar. Agama merupakan dasar dan sultan merupakan penjaga. Sesuatu yang tidak memiliki dasar pasti akan binasa dan sesuatu yang tidak memiliki penjaga akan mudah sirna (lenyap). Kekuasaan dan penerapan tidak akan menjadi sempurna kecuali dengan adanya sultan."

Nas Islam tidak datang menegaskan kewajipan mendirikan daulah bagi Islam. Sejarah Rasulullah dan para sahabat juga tidak datang sebagai penerapan praktikal dari seruan nas. Tetapi tabiat risalah Islam itu sendiri sudah memastikan keharusan adanya daulah atau wilayah bagi Islam, agar boleh mengembangkan akidah, syiar, ajaran, pemahaman, akhlak, keutamaan, tradisi dan syariat-syariatnya di sana .

Islam sangat memerlukan daulah yang bertanggungjawab pada setiap zaman. Tetapi ia jauh lebih memerlukannya pada zaman sekarang, zaman yang lebih banyak memunculkan "Negara Ideologi". Dengan kata lain, daulah yang mampu membangun suatu pemikiran, yang seluruh bangunannya didirikan pada prinsip-prinsip yang dikehendaki, baik pendidikan, pengajaran, hukum, undang-undang, ekonomi dan pelbagai masalah dalam negeri mahupun politik luar negerinya, seperti yang dapat kita lihat secara jelas di negara-negara komunis dan sosialis. Ilmu pengetahuan moden yang didukung dengan kemajuan teknologi siap membantu daulah, sehingga dengan begitu daulah boleh mempengaruhi keyakinan rakyat, fikiran, perasaan, citarasa dan perilakunya secara lengkap, yang tidak pernah ada seperti itu sebelumnya. Bahkan dengan perangkat-perangkat nya yang moden, daulah boleh merubah nilai-nilai sosial seperti membalik telapak tangan, selagi hal ini tidak dihadang dengan sebuah kekuatan yang besar.

Sementara itu, daulah Islam adalah daulah berbasis akidah dan pemikiran, daulah yang didirikan pada landasan akidah dan sistem, bukan sekadar "Perangkat proteksi" yang menjaga umat dari agresi dari dalam mahupun invasi dari luar. Tetapi tugas daulah yang paling mendalam dan paling besar adalah mengajar dan mendidik umat berdasarkan ajaran dan prinsip-prinsip Islam, menciptakan iklim yang baik, agar akidah Islam, pemikiran dan ajaran-ajarannya beralih ke alam nyata yang boleh dirasakan, dapat menjadi teladan bagi setiap orang yang mencari petunjuk dan menjadi hujah bagi setiap orang yang sudah berjalan di atas petunjuk.

Oleh kerana itu Ibnu Khaldun mendefinisikan khilafah sebagai berikut: Keharusan semua orang untuk memikul tugas sesuai dengan pandangan syariat demi untuk kemaslahatan ukhrawi dan duniawi yang nyata. Kerana semua keadaan dunia di sisi Pembuat syariat mesti kembali kepada kemaslahatan ukhrawi. Jadi pada hakikatnya ini merupakan perwakilan atas nama Pemegang syariat untuk menjaga agama dan penataan (penyusunan) dunia.

Oleh kerana itu Allah menyifati orang-orang beriman, tatkala mereka diberi kedudukan di dunia, atau dengan istilah lain tatkala mereka menegakkan daulah, dengan berfirman (yang bermaksud):
"(Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di mukabumi, nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma`ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar." (Al-Hajj: 41)

Slogan daulah Islam adalah seperti yang dinyatakan Rab`yang bin Amir di hadapan Rustum, pemimpin Parsi, "Sesungguhnya Allah mengutus kami untuk mengeluarkan manusia dari penyembahan terhadap manusia kepada penyembahan terhadap Allah semata, dan kesempitan dunia kepada keselesaannya, dan kezaliman pelbagai agama kepada keadilan Islam."

Daulah yang berbasiskan akidah dan pemikiran ini tidak hanya bersifat kecil, tetapi merupakan daulah yang memiliki risalah sedunia. Sebab Allah telah menugasi umat Islam untuk menyeru semua manusia kepada petunjuk dan cahaya, melimpahkan kesaksian atas manusia dan pelopor bagi semua umat. Umat Islam bukan umat yang boleh berdiri sendiri secara tiba-tiba dan bukan berdiri untuk dirinya sendiri, tetapi umat Islam dikeluarkan bagi semua manusia, dikeluarkan Allah sebagai umat yang paling baik.

FirmanNya (yang bermaksud):
"Dan, demikian (pula) Kami telah menjadikan kalian (umat Islam) umat yang adil dan pilihan agar kalian menjadi saksi atas (perbuatan) manusia." (Al-Baqarah: 143)

Dari sini kita melihat bahawa tatkala Rasulullah s.a.w mendapat kesempatan pertama kali, tepatnya setelah perjanjian Hudaibiyah, baginda menulis surat kepada pelbagai raja dan amir di mana pun, menyeru mereka kepada Allah dan agar mahu bergabung di bawah panji tauhid. Baginda membebankan dosa diri mereka dan dosa rakyatnya jika mereka lari dari keimanan. Biasanya baginda menutup suratnya dengan ayat berikut (yang nermaksud):
"Hai Ahli Kitab, marilah kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kalian, bahawa tiada kita sembah kecuali Allah dan tiada kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling, maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah bahwa kami adalah orang-orang yang menyerahkan diri (kepada Allah)." (Ali Imran: 64)

Kita Memerlukan Daulah Yang Melindungi Islam

Yang paling diperlukan dakwah Islam pada zaman sekarang adalah "Darul-Islam" (wilayah Islam) atau "Daulah Islam", agar boleh menjadi tumpuan risalah Islam, akidah mahupun sistem, ibadah mahupun akhlak, kehidupan mahupun peradaban, yang boleh menegakkan semua sektor kehidupan, yang berlandaskan kepada risalah yang universal ini, membuka pintu bagi setiap orang Mukmin yang hendak hijrah ke sana dari wilayah orang-orang kafir, zalim dan yang menyimpang.

Daulah seperti ini merupakan kepentingan Islam, yang sekaligus merupakan urgensi kehidupan manusia. Kerana daulah seperti itu akan menghadirkan nilai yang hidup dan kombinasi antara material dan roh bagi kehidupan manusia, mengakomodasikan (menyesuaikan) antara kemajuan peradaban dan keluhuran akhlak, yang sekaligus merupakan batu bata pertama berdirinya daulah Islam yang agung, yang menyatukan umat Islam di bawah panji Al-Qur`an, di bawah lindungan khilafah Islam. Tetapi kekuatan yang memerangi Islam sentiasa berusaha sekuat tenaga agar daulah ini tidak boleh berdiri di penjuru dunia mana pun, sekalipun wilayahnya kecil dengan penduduk yang sedikit.    

Orang-orang Barat boleh membiarkan berdirinya negara Marxis. Orang-orang komunis boleh membiarkan berdirinya negara Liberalis, tetapi mereka tidak akan membiarkan berdirinya daulah Islam yang sebenarnya.

Setiap kali ada harakah Islam yang berjaya dan dikhuatirkan akan berkembang menjadi sebuah daulah, maka secepat itu semua kekuatan orang-orang kafir, yang bersifat antarabangsa dikerahkan ke sana , melalui cara pengusiran, sekatan bahan makanan, penyeksaan dan pembantaian. Belum selesai dengan satu cara, sudah disusuli dengan cara lain, agar harakah itu tersepit dan menderita, tidak lagi menuntut dan agresif. (Komen saya: Contoh hari ini, kita boleh lihat dengan jelas apa yang mereka buat kepada penduduk Palestin khususnya di Gaza , apabila Hamas dipilih secara demokrasi.)

Andaikata Kita Mempunyai Suatu Pemerintahan

Ustaz Hasan Al-Banna pernah berkata, "Andaikan saja kita mempunyai suatu pemerintahan Islam yang benar-benar sesuai dengan Islam, memiliki iman yang benar, bebas dalam pemikiran dan pelaksanaannya, mengetahui besarnya simpanan yang ada di dalamnya, menyedari keagungan sistem Islam yang diwarisinya, boleh menjaga kesihatan rakyatnya dan menunjuki semua manusia, maka kita boleh meminta kepada pemerintah Islam itu untuk mentadbir dunia dengan nama Islam, agar meminta kepada negara-negara lain untuk mengkaji dan mengarahkan pandangan ke sana, menuntun negara-negara lain bergabung dengannya dengan disertai dakwah secara berterusan, penyajian dalil yang memuaskan, pengiriman utusan secara berturut-turut dan penggunaan pelbagai fasiliti dakwah yang memungkinkan. Andaikan ini terwujud, maka pemerintah itu boleh menjadi pusat rohani, politik dan aktiviti bagi pemerintah-pemerint ah yang lain, memperbaharui kehidupan rakyat, mendorongnya kepada kemuliaan dan cahaya, membangkitkan semangat, optimisme, kesungguhan dan amal."

Aneh sekali jika ada komunis yang boleh mendapatkan sebuah negara yang menyerukan semua ini, mengajak manusia kepadanya dan dengan dukungan dana yang tidak sedikit jumlahnya, atau ada Fasisme dan Nazisme yang mendapatkan bangsa yang mengagungkan dua faham ini, berjuang untuk kepentingannya, senang mengikutinya dan semua sistem hidup tunduk kepada ajaran-ajarannya. Sungguh aneh jika ada aliran-aliran sosial dan politik memiliki para pendukung yang tangguh (kuat), mencurahkan jiwa, akal, fikiran, harta dan usahanya untuk kepentingan faham ini, bahkan rela hidup dan mati demi faham ini.    

Sementara itu, kita dapati tidak ada satu pun pemerintahan Islam hari ini yang mahu melaksanakan kewajipan dakwah kepada Islam, yang menghimpun semua kebaikan tatanannya dan mengusir keburukan-keburukan nya, lalu menganjurkannya kepada bangsa lain agar menjadi tatanan antarabangsa, agar menjadi jalan keluar yang benar untuk memecahkan pelbagai masalah kehidupan manusia. Padahal Islam menjadikan dakwah sebagai kewajipan yang tidak boleh ditawar-tawar lagi, yang diwajibkan kepada orang-orang Muslim dalam kapasitinya sebagai bangsa mahupun golongan. Firman Allah (yang bermaksud):
"Dan hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma`ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung." (Ali Imran: 104)

Tetapi mana para penguasa kita yang seperti ini? Mereka semua sudah terbuai dalam ayunan orang-orang luar, berfikir seperti mereka, mengikuti jejak mereka dan berlumba mendapatkan pengakuan mereka. Maka tidak terlalu berlebih-lebihan jika dikatakan, kebebasan berfikir untuk merombak keadaan dan tindakan pun sama sekali tidak terbersit dalam sanubari para penguasa ini, apalagi merombak sistem kerja mereka.

Harapan-harapan seumpama ini sudah pernah kami sampaikan kepada para pegawai di Mesir. Tetapi juga sudah lumrah jika harapan itu tinggal harapan, sama sekali tidak memiliki pengaruh secara praktikal. Orang-orang yang sengaja menghilangkan ciri Islam dari dirinya, keluarganya dan keadaannya secara khusus adalah orang yang paling tidak mampu menganjurkannya kepada orang lain, apalagi mementingkan dakwah kepada orang lain. Orang yang sudah kehilangan sesuatu, mana mungkin boleh memberikan sesuatu itu kepada orang lain?

Itu memang bukan tugas mereka (pemimpin Negara Islam hari ini) wahai ikhwan! Sudah cukup banyak pengalaman yang memberi gambaran ketidakmampuan mereka dalam hal ini. Dakwah merupakan tugas generasi baru. Maka hendaklah mereka menatanya (menyusunnya) secara baik dan melakukannya secara sungguh-sungguh. Ajarkanlah kebebasan jiwa dan hati, kebebasan akal dan fikiran, kebebasan berjihad dan beramal. Isi rohnya dengan keagungan Islam dan kehebatan Al-Qur`an, kerahkan pasukannya di bawah panji Muhammad, dalam jangka waktu yang tidak terlalu lama akan muncul penguasa Muslim yang mahu mengorbankan diri dan berusaha untuk kebahagiaan orang lain.    

Islam dan Politik

Para imperialis dan kaki-tangannya terus berusaha untuk menanamkan satu pemikiran bahwa Islam tidak memiliki hubungan dengan politik dan negara. Sementara pada saat yang sama, orang-orang yang hendak melakukan pembenahan (pengislahan) , yang dipelopori Ustaz Hasan Al-Banna, juga berusaha mati-matian untuk mengajarkan "Universaliti Islam", atau dengan istilah lain, untuk mengembalikan kepada mereka apa yang sudah ada dan ditetapkan selama tigabelas abad sebelum ini, tepatnya sebelum masuknya misi imperialisme dan invasi pemikiran ke negeri mereka. Ertinya, Islam meliputi seluruh sisi kehidupan manusia, dengan syariat dan petunjuknya, yang secara vertikal dimulai semenjak dia dilahirkan hingga meninggal dunia, bahkan sebelum dia dilahirkan dan setelah dia mati. Sebab di sana ada hukum-hukum yang berkaitan dengan janin dan hukum-hukum yang berkaitan dengan manusia setelah meninggal dunia. Adapun secara horizontal, Islam menunjuki orang Muslim dalam adab istinjak hingga ke penerapan hukum serta hubungan antara perdamaian dan perang.

Hasil dari jihad ini jelas sekali, iaitu adanya asas yang luas untuk mengamankan universaliti dan seruan kepada Islam, akidah mahupun syariat, agama mahupun daulah, yang berlaku untuk semua wilayah Islam. Kembalinya orang-orang yang menjadi mangsa invasi pemikiran yang sengaja dilancarkan orang-orang Barat dan munculnya shahwah Islam yang memadukan pemikiran dan politik, telah membalik timbangan kekuatan. Keadaan ini memaksa pihak asing yang datang dari Barat mahupun Timur berusaha menyelenggarakan berbagai seminar, kongres dan studi fenomena Islam yang dianggap berbahaya ini, dengan dukungan dana yang melimpah. Menurut Ustaz Faluny Huwaidy, pertemuan seumpama ini yang mereka selenggarakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini mencapai seratus dua puluh kali atau bahkan lebih.

Inilah yang mendorong para kakitangan Barat dan agen pemikiran mereka berusaha menghentikan fajar yang akan menyingsing atau matahari yang akan terbit. Mereka ingin memutarkan tayar sejarah kembali ke belakang, ke masa gencar-gencarnya (kegemilangan terus-terusan) imperialisme, sambil berseru, "Tidak ada politik dalam agama dan tidak ada agama dalam politik." Mereka ingin mengembalikan keadaan ini hingga ke akar-umbinya. Padahal era itu sudah berlalu sekitar abad yang lampau.

Sehingga para agen Barat itu disebut sebagai "Orang Muslim yang perlu dikasihani", yang tidak mengenali Islam kecuali melalui kacamata masa imperialisme, Islam seperti yang dilihat para ahli fiqah, ushul fiqah, tafsir, hadis dan teologi yang berkembang di setiap mazhab, yang berkisar pada kitab taharah hingga ke jihad, yang membahas Islam sebagai akidah dan syariat, Islam Al-Qur`an dan Sunnah, yang juga disebut Islam politik. Namun dengan pemikiran Islam ini mereka ingin membuat manusia takut terhadap politik, kerana memang ramai orang di negeri kita yang takut terhadap hal-hal yang berbau politik. Sebab tidak jarang dunia politik hanya mendatangkan bencana dan kesulitan bagi mereka.    

Lalu apa cara kita jika memang Islam sebagaimana yang disyariatkan Allah adalah sesuatu yang berbau politik? Apa cara kita jika Islam seperti yang dibawa Rasulullah s.a.w tidak ingin membahagi kehidupan dan manusia antara Allah dan kaisar? Bahkan dengan lantang, Islam menegaskan bahawa Kaisar, Kisra, Fir`aun dan semua raja di bumi mesti menjadi hamba bagi Allah semata.

Ada seorang penulis yang menghendaki agar kita berlepas diri dari Kitab Rabb kita, Sunnah Nabi kita, ijma` umat kita, petunjuk warisan peninggalan kita, agar selanjutnya kita menciptakan Islam moden, pasrah kepada para pemimpin dunia yang ada di seberang lautan. Dia menghendaki "Islam rohani" atau "Islam ala pendeta", yang cukup hanya dengan membaca Al-Qur`an di sisi orang yang sudah mati bukan dibacakan kepada orang yang hidup, memohon berkah ke tembok-tembok yang dihiasi ayat-ayat Al-Qur`an, atau Al-Qur`an itu hanya cukup dibacakan pada awal pertemuan, sepotong dua potong ayat-ayat yang mudah dibaca, kemudian menyerahkan kepada Kaisar agar menetapkan hukum semahunya serta berbuat sekehendaknya.

Islam yang disebutkan di dalam Al-Qur`an dan Sunnah, yang dikenali umat salaf mahupun khalaf adalah Islam yang saling melengkapi dan utuh, tidak menerima pemisahan, iaitu Islam yang bermakna rohani, akhlak, pemikiran, pendidikan, jihad, sosial, ekonomi dan politik. Semua sektor tercakup di dalamnya, kerana Islam mempunyai tujuan dalam semua sektor ini, yang juga menyertainya dengan hukum dan petunjuk.

Al-Imam Hasan Al-Banna berkata tentang hubungan agama dengan politik, "Tentunya engkau jarang menemukan orang yang berbicara tentang politik dan Islam. Kalaupun ada, paling dia hanya menyajikan sedikit huraian antara keduanya, lalu meletakkan masing-masing pada dua makna yang berdiri sendiri-sendiri, kerana memang keduanya tidak pernah bertemu dan berkumpul menjadi satu menurut pandangan orangramai. Oleh kerana itu organisasi seumpama ini disebut organisasi Islam non-politik, atau organisasi keagamaan di luar politik. Sehingga tidak jarang dalam butir-butir aturan pelbagai macam organisasi Islam ditemukan satu ayat yang berbunyi: "Organisasi tidak akan bersinggungan (bersentuhan) dengan masalah politik."

Sebelum memaparkan lebih jauh tentang pandangan ini, kami ingin mengalihkan pandangan kedua masalah yang penting, iaitu:
1) Ada perbezaan yang jauh antara parti dan politik. Kadang keduanya bertemu dan kadang berpisah. Seseorang boleh disebut politikus dengan segala pengertian yang terkandung di dalam kata ini, tanpa ada kaitannya sedikit pun dengan suatu parti. Seseorang boleh disebut partisan (aktivis atau pengikut parti) dan sama sekali tidak mengenali politik. Dua sebutan ini boleh berkumpul menjadi satu, sehingga seseorang disebut politikus dan partisan atau partisan politikus. Kalau kami berbicara tentang politik, maka yang kami maksudkan adalah politik secara mutlak, iaitu pandangan tentang keadaan internal dan eksternal umat, tanpa terkait dengan parti, dalam keadaan bagaimana pun.

2) Tatkala orang-orang non-Muslim tidak mengetahui Islam, atau mereka boleh menyedari masalah Islam, keberadaannya di dalam jiwa para pemeluknya, kemantapannya di dalam sanubari orang-orang Mukmin, kesiapan setiap orang Muslim untuk mengorbankan jiwa dan hartanya, memang mereka tidak berusaha melukai jiwa orang-orang Muslim dengan nama Islam, penampakan dan penampilannya, tetapi mereka justeru berusaha membatasi maknanya dalam pengertian yang sempit, sehingga tidak ada lagi ertinya sisi-sisi yang kuat dan praktikal yang terkandung di dalamnya. Maka setelah itu muncul sebutan-sebutan kosong bagi orang-orang Muslim, yang sama sekali tidak bermanafaat dan tidak boleh mengenyangkan perut yang sedang kelaparan. Dengan begini mereka membelikan suatu pengertian bahawa Islam adalah sesuatu dan masalah sosial adalah sesuatu yang lain, bahawa Islam adalah sesuatu dan masalah undang-undang adalah sesuatu yang lain, bahawa Islam adalah sesuatu dan masalah-masalah ekonomi adalah sesuatu yang lain, bahawa Islam adalah sesuatu dan masalah peradaban secara umum adalah sesuatu yang lain, bahawa Islam adalah sesuatu yang mesti dijauhkan dari urusan politik.

Tolong beritahu kepada ku wahai ikhwan tentang Rabb kalian, jika Islam merupakan sesuatu di luar politik dan di luar masalah sosial, ekonomi dan peradaban, lalu Islam macam apakah itu? Apakah Islam ini bererti rakaat-rakaat yang tanpa disertai hati, apakah hanya sekadar untaian kata seperti yang dikatakan Rabi`ah Al-Adawiyah, "Istighfar yang memerlukan istighfar berikutnya." Untuk inikah Al-Qur`an diturunkan sebagai tatanan yang lengkap, penuh kandungan hukum yang pasti dan terperinci wahai ikhwan? Sementara Allah telah berfirman (yang bermaksud):
"Dan Kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Qur`an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri." (An-Nahl: 89)

Pengertian yang rendah tentang pemikiran Islam dan pembatasan sempit yang diberikan terhadap makna Islam ini sengaja diupayakan oleh musuh-musuh Islam untuk memperbodoh- bodohkan orang-orang Muslim, lalu mereka tertawa-tawa jika orang-orang Muslim berkata, "Kami telah meninggalkan kebebasan agama demi kalian. Undang-undang juga telah menetapkan bahawa negara yang rasmi adalah Islam."

Kami sampaikan secara lantang dan terus terang dari atas mimbar ini wahai ikhwan, bahwa Islam tidak seperti pengertian itu, tidak seperti yang dikehendaki oleh para kakitangan musuh-musuh Islam, dengan cara menipu dan membatasinya. Islam adalah akidah dan ibadah, negara dan kebangsaan, kebebasan dan kekuatan, akhlak dan material, peradaban dan undang-undang. Dengan status ke-Islamannya, setiap orang Muslim dituntut membantu setiap urusan umat. Sesiapa yang meremehkan urusan orang-orang Muslim, maka dia tidak termasuk golongan orang-orang Muslim.

Kami yakin, orang-orang salaf di antara kita memahami Islam seperti pemahaman ini. Dengan pemahaman seperti ini, mereka menetapkan hukum, demi Islam mereka berjihad, di atas landasannya mereka bermu`amalah, dalam batasan-batasannya mereka menyusuri setiap urusan kehidupan yang praktikal sebelum menyusuri urusan akhirat dan rohani. Semoga Allah merahmati khalifah yang pertama, Abu Bakar Ash-Shidiq yang berkata, "Andaikata ada tali unta yang hilang, tentu aku boleh mendapatkan hukumannya di dalam Kitab Allah."

Seorang sejarawan yang handal, Dr Dhiya`uddin Ar-Rais berkata di dalam bukunya, An-Nazhariyyatus- Siyasiyah Al-Islamiyah, "Di sana tidak ada keraguan bahawa tatanan (daulah) yang didirikan Rasulullah s.a.w dan orang-orang Mukmin yang bersama baginda di Madinah, jika dilihat sisi penampakannya secara praktikal, lalu dikiaskan dengan politik pada zaman sekarang, maka tatanan ini boleh disebut politik, dengan seluruh pengertian yang terkandung di dalam kata ini. Namun pada saat yang sama juga berorientasi agama, jika pertimbangannya tertuju kepada tujuan, pendorong dan landasan spiritualnya. "

Jika pada saat yang sama suatu tatanan (daulah) boleh disifati dengan dua sifat, sebab hakikat Islam itu bersifat universal, menghimpun segala masalah dari dua sisi, material dan spiritual, meliputi amal manusia di dunia dan di akhirat. Bahkan falsafahnya bersifat umum, mengakomodasikan (menyesuaikan) antara keduanya, tidak mengenal perbezaan di antara keduanya kecuali hanya dari sisi pandang, tetapi dari segi zatnya tetap menjadi satu kesatuan yang tidak terpisah. Hakikat tabiat Islam ini sudah jelas dan tidak memerlukan penjelasan lebih lanjut atau bukti penguat, yang boleh dilihat dari hakikat-hakikat sejarah dan merupakan keyakinan orang-orang Muslim di setiap masa pada zaman dahulu. Masalah ini sudah diketahui para orientalis, sekali pun mereka tidak berdekatan dengan Islam. Namun di sana ada segolongan orang dari para pemeluk Islam, yang menyebut dirinya sebagai "Mujaddid" (Pembaharu) yang terang-terangan mengingkari hakikat ini. Mereka menyatakan bahawa Islam hanya sekadar dakwah agama.    

Dengan kata lain, Islam hanya sekadar suatu keyakinan atau hubungan spiritual antara seseorang dengan Tuhannya, tidak ada hubungannya dengan urusan-urusan material di dalam kehidupan dunia ini, seperti urusan perang, pengaturan harta benda, terlebih lagi politik. Di antara perkataan mereka, "Sesungguhnya agama adalah sesuatu dan politik adalah sesuatu yang lain."

Untuk membantah perkataan mereka ini, tidak tepat jika kami mengutip pendapat para ulama Islam. Kerana cara ini tidak membuat mereka merasa puas terhadap pendapat ulama itu. Kami juga tidak akan menyodorkan hakikat-hakikat sejarah, kerana dengan sikap angkuh mereka mengecilkan hakikat-hakikat itu. Tetapi kami cukup menghadirkan sejumlah pernyataan para tokoh orientalis berkaitan dengan perkara ini. Mereka telah menjelaskan pendapat masing-masing melalui ungkapan-ungkapan yang jelas dan pasti. Sebab para pembaharu itu tidak mungkin mengaku bahwa mereka lebih dapat dipercayai dalam konteks zaman moden, dan tidak lebih hebat dalam penggunaan metod pengkajian kontemporari serta ilmiah. Inilah di antara pendapat para orientalis ini.
1. Dr V. Fitzgerald berkata, "Islam bukan hanya sekadar agama (A Religion), tetapi ia merupakan tatanan politik (A Political System). Sekalipun pada dekad kebelakangan ini muncul beberapa orang Islam, yang biasa disebut "Modenis", berusaha memisahkan dua sisi ini, tetapi semua pemimpin Islam telah membangun suatu landasan bahawa dua sisi ini saling bertautan, yang satu tidak mungkin dipisahkan dari yang lain,"

2. C.A. Nallino berkata, "Pada waktu yang sama Muhammad telah membangun agama (A Religion) dan daulah (A State). Batasan-batasan di antara keduanya saling berdampingan selama hidupnya."

3. Dr Schacht berkata, "Kerana Islam ini difahami lebih sekadar agama, maka ia juga menggambarkan teori-teori hukum dan politik. Dan sejumlah pendapat menyatakan bahwa ia adalah tatanan peradaban yang lengkap, mencakupi agama dan daulah secara bersamaan.”

4. . Strothmann berkata, "Islam adalah fenomena agama yang berwawasan politik. Sebab pendirinya adalah seorang nabi dan sekaligus seorang politikus yang bijak, atau disebut pula seorang negarawan.”

5. D. B. Macdonald berkata, "Di sana (di Madinah) berdiri negara Islam yang pertama dan di sana diletakkan dasar-dasar pemerintahan untuk undang-undang Islam."

6. Sir T. Arnold berkata, "Pada saat yang sama, nabi adalah seorang pemimpin agama dan pemimpin negara."

7. Gibb berkata, "Dalam keadaan seperti itu nyatalah bahwa Islam bukan sekadar keyakinan agama secara individual, tetapi ia mengharuskan berdirinya sebuah masyarakat yang merdeka, mempunyai tatanan tersendiri dalam hukum, undang-undang dan sistem secara khusus."

Sesiapa yang belum merasa puas dengan pernyataan orang-orang Barat ini, bererti dia layak disebut orang yang sombong. (Komen saya: Kalau dilihat semua kenyataan para orientalis di atas, no wonderlah paderi di England baru–baru ini boleh keluarkan kenyataan respect Islam.)

------------ --------- --------- --------- --
Nota:
As-Siyasah Asy-Syar`iyah, disebutkan dalam Majmu` Fatawa, Syaikhul-Islam Ibnu Taimiyah, 28/390-391

Majmu` Fatawa, 28/264.

Ihya` Ulumuddin, 1/71.

Muqaddimah, Ibnu Khaldun, 2/518.

Dinukil dari risalah Muktamar para pelajar Al-Ikhwanul- Muslimun

Tokoh pertama yang terang-terangan menyatakan pendapat ini dan sekaligus membelanya adalah Ustaz Ali Abdurrazzaq, seorang bekas hakim di Al-Manshurah, kemudian dia menjadi menteri wakaf. Dia menulisnya pada tahun 1925 di dalam bukunya, Al-Islam Wa Ushulul-Hikmi. Bantahan lebih lanjut dari sedikit pemaparan ini akan kami sampaikan pada huraian mendatang, iaitu pada Bab IV dari buku ini, dengan tajuk: Bantahan terhadap pendapat sebahagian Modenis.

Dalam buku Muhammedan.

Dikutip Sir T. Arnold dalam bukunya, the Caliphate, m.s. 198

Encyclopedia of Social Sciences, Jld. Vol. VIII, m.s. 333

The Encyclopedia of Islam, iv, m.s. 350

Rion - Development of Islam Theology - Jurprudence and Constitual Theory , New York , hal 67.

The Caliphate Oxford . m.s. 30.

Muhammedanism, 1949, m.s. 3

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 03-03-08 10:51

Jika kita lihat sebagaimana yang anda sebutkan tentang pemikiran muktazilah - bagaimana ia muncul - tentunya akibat dari perkembangan ilmu pengetahuan akal manusia. Adakah salah menggunakan ilmu mantiq ? Apa salahnya menggunakan falsafah?

Bagaimana pula Imam alghazali menyatukan falsafah dengan ruh Islam? Dan bagaimana pula imam abu hassan al asy;hari menggunakan ilmu kalam untuk menentang hujjah muktazilah?

Berdosakah imam al ghazali menggabungkan falsafah dengan Islam, begitu pula imam abu hassan al asy'hari? Sedangkan ketika itu zaman amat memerlukan mereka berbuat demikian bagi mengimbangi dan membetulkan pemikiran yang meracuni umat Islam ketika itu??

Begitu jugalah demokrasi di sini - kedapatan di dalamnya ada prinsip2yang baik untuk diambil, maka ia diharuskan oleh Ulamak untuk mengikutinya dengan syarat tertentu dan perlu dengan perubahan dengan acuan Islam sesuai dengan zaman ini.

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 03-03-08 11:03

!!! QUOTE !!!

Memanglah peringkat negara pun tak lepas lagi. Kalau dah lepas, khilafah dah lama tertegak. Yang menjadi isunya sekarang, kami tidak mengehadkan kepada perjuangan setempat sahaja. Daulah khilafah bukan untuk Malaysia sahaja, daulah khilafah menaungi seluruh dunia Islam.

:) sebab itu bagi anda keutamaan nya adalah seluruh dunia. Tetapi bagi jemaah Islam bukan sahaja seluruh dunia perlu diperhatikan, tetapi di dalam peringkat nasional perlu juga diberi keutamaan. Itulah bezanya HT dan jemaah Islam yang lain. Lagipun jemaah Islam yang lain semuanya ada rangkaian antarabangsa yang menyatukan fikrah dan hati antara satu dengan yang lain.

Darinya ada kesatuan dan kerjasama dari segi ekonomi, sosial, politik, kesihatan, semuanya ada dibincangkan.

!!! QUOTE !!!

Itulah masalahnya syeikh, anda menghukum berdasarkan peribadi ahli, bukannya menilai dari sudut organisasi. Kita ni kan manusia. Ada macam-macam ragamnya.

jadi apa peranan kita sebagai seorang Islam, saudara yang amat menyayangi saudaranya antara satu dengan yang lain? Hanya kerana kita menegur maka anda mengatakan saya berhukum berdasarkan peribadi ahli?

Sudah saya nyatakan dalam perkara akhlaq ini kita tak perlu pilih bulu. RasuluLlah ada pilih kawan ke atau lawan dalam menegur? Adakah rasuluLLah tidak pernah menegur Umar? Tidak pernah menegur anaknya sendiri? dan sahabatnya yang lain dalam membetulkan akhlaq?

JIka PAS, HT untuk semua umat ISlam - Kenapa kita tidak mahu merasakan pada setiap unit yang ada di dalamnya itu yang membentuk jemaah itu sendiri? Di mana pula perasaan kasih sayang antara satu dengan yang lain? Saling tegur menegur dan berkasih sayang?

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 03-03-08 14:42

Pada 03-03-08 10:51 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

Jika kita lihat sebagaimana yang anda sebutkan tentang pemikiran muktazilah - bagaimana ia muncul - tentunya akibat dari perkembangan ilmu pengetahuan akal manusia. Adakah salah menggunakan ilmu mantiq ? Apa salahnya menggunakan falsafah?

Bagaimana pula Imam alghazali menyatukan falsafah dengan ruh Islam? Dan bagaimana pula imam abu hassan al asy;hari menggunakan ilmu kalam untuk menentang hujjah muktazilah?

Berdosakah imam al ghazali menggabungkan falsafah dengan Islam, begitu pula imam abu hassan al asy'hari? Sedangkan ketika itu zaman amat memerlukan mereka berbuat demikian bagi mengimbangi dan membetulkan pemikiran yang meracuni umat Islam ketika itu??

Begitu jugalah demokrasi di sini - kedapatan di dalamnya ada prinsip2yang baik untuk diambil, maka ia diharuskan oleh Ulamak untuk mengikutinya dengan syarat tertentu dan perlu dengan perubahan dengan acuan Islam sesuai dengan zaman ini.

enta dapat aqidah islam dengan jalan mantiq ke anak pejuang?
kalau ilmu kalam dan falsafah cedokan dari nasrani pun boleh jadi pembahasan bagi hujah aqidah, tak hairanlah beb hukum pun boleh ambil demokrasi boleh cedok dari yunani.
kalau setakat mutakalimin, walaupun tak setuju tapi tak adalah mengkafirkan mereka. mereka mempunyai niat yang baik untuk menjawab persoalan agama nasrani dari kacamata islam.

cuba ulang sekali lagi, ahli falsafah pun anta sokong ye anak pejuang. nak ke didedahkan kekufuran perbincangan falsafah ni?
apa statement ibnu arabi tentang zat allah dan lain-lain?

kemudian dengan alasan mantiq, kalam dan falsafah, nak hujahkan kehalalan demokrasi. pembahasan kalam bermula sebelum zaman imam mujtahid yang 4, ada ke 4 imam mazhab tu bahas aqidah cara kalam?

p/s: sedih2 tengok thesis budak-budak syariah sekarang...

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 03-03-08 15:14

Salam Sheikh Wuzaraa...
baca fatwa ulama' ni... walaupun anta dah ulama', jumhu ulama' anta wajib ikut sama... :-D

FATWA ‘ALIM ‘ULAMA’ MENGENAI PILIHANRAYA UMUM

Muktamar ‘Aiim ‘Ulama’ dan Muballigh Islam se Indonesia yang diiangsungkan tanggal 27 Rejab I Sya’ban 1372 bersamaan dengan 11—l5hb., April 1953 di Medan; Sesudah memperhatikan Undang-undang Pilihanraya Umum untuk memilih anggota-anggota Parlimen dan Dewan Perwakilan Rakyat (Indonesia) dan sesudah memahamkan:

a) Surah as-Syura ayat 13 yang menyuruh menegakkan Agama Islam (yang berbunyi):

“ALlah telah menerangkan kepada kamu — di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (ALlah) wahikan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintah kan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi ‘Isa, iaitu: “Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belahpadanya...”

(Surah al-Syura: Ayat 13)

b) “Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi ‘wali’ (pemimpin) dengan meninggalkan orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang-nyata bagi ALlah untuk (menyeksa) kamu”.

(Surah al-Nisa’: Ayat 144)

“Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin; sebahagian inereka menjadi pemimpin sebahagian yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka sebagai pemimpin (kawan rapat), maka sesungguhnya ia adalah dan golongan mereka itu (Yahudi dan Nasrani). Sesungguhnya ALlah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim”.

(Surah al-Ma’idah: Ayat 51)

“Wahai orang yang beriman! janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuhmu sebagai wali (pemimpin) kamu...”

(Surah al-Mumtahanah: Ayat 1)

Nas-nas di bahagian “b” itu antara lain menyimpulkan tentang penentuan batas-batas orang yang boleh diangkat menjadi penguasa (pemimpin).

c) Surah aI-Ma’idah ayat 44,45,47 yang isinya menyuruh menjalankan undang-undang yang sesuai dengan hukum-hukum ALlah:

“Sesiapa yang tidak menjalankan hukum yang diturunkan oleh ALlah, mereka itulah

orang-orang yang fasiq”

.“Sesiapa yang tidak menjalankan hukum yang diturun kan oleh ALlah, mereka itulah

orang-orang yang zalim”.

“Sesiapa yang tidak main jalankan hukum yang diturun kan oleh ALlah, mereka itulah

orang-orang yang kafir”.

d) Surah an-Nissa’ ayat 59 yang menyuruh menta’hati ALlah RasulNya dan UliIamri yang beriman:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu ta’at kepada ALlah, dan hendaklah kamu ta’at kepada Rasul, dan pemerintah di kalangan kamu (berirnan)”.

e) Surah al-Haj ayat 41* dan surah ali-’Imran ayat 110, yang menyuruh berbuat kebajikan dan melarang kemunkaran:

“laitu orang-orang yang apabila Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, rnenyuruh mengerjakan yang ma’ruf dan melarang dan berbuat yang munkar; dan kepada ALlah kembali segala urusan”.

* Dalam teks asal dinyatakan Surah aI-Haj ayat 11; ternyata bila diteliti ianya bercanggah dengan penghuraian maksud umum bahagian ini. Kami merasakan ayat yang sebenar adalah ayat 41 kerana beralasankan kepada maksud umum bahagian ini,

iaitu: menyuruh berbuat kebajikan dan melarang berbuat kemunkaran. Wallahu ‘A’Iam. — Editor.

“Karnu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh mengerjakan yang ma ‘ruf dan melarang yang munkar, dan kamu berirnan kepada ALlah”.

(Surah ali-Imran: Ayat 110)

f) Surah al-Ma’idah ayat 35, yang maksudnya menyuruh mencari wasilah kepada ALlah:

“Wahai orang-orang yang berirnan, bertaqwalah kepada ALlah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada Nya (wasilah), dan berjihadlah pada jalanNya supaya kamu mendapat keuntungan (kemenangan)”.

pergi) Qa’idah Usul yang berbunyi:

“Hukurn wasilah (jalan) itu, juga hukurn tujuannya”.

dan:

“Setiap apa yang tidak sempurna kewajipannya melainkan dengan sesuatu itu, maka ianya juga rnenjadi Wa jib”.

MEMUTUSKAN:

Memfatwakan kepada seluruh ummat Indonesia sebagai berikut:

1. Tiap-tiap warga negara Indonesia yang beragama Islam, laki-laki dan perempuan, yang mempunyai hak memilih menurut Undang-undang Pemilihan Umum Indonesia yang telah disahkan:

a) WAJIB menjalankan hak-pilihnya dengan jalan mendaf tarkan diri sebagai pemilih dan memberikan suaranya (undinya) kelak pada waktu diadakan pemungutan suara.

b) WAJIB memilih hanya calun-calun yang mempunyai cita-cita terlaksananya ajaran dan hukum Islam dalam negara.

2. Kaum Muslimin, laki-laki dan perempuan yang telah mukallaf (akal-baligh), wajib berusaha dan memberikan segala macam bantuan dan pengorbanan untuk tercapainya kemenangan Islam dalam pemilihan umum yang akan datang.

Medan, 30 Rejab 1372

(14 April 1953)

KEPUTUSAN MAJLIS SYURA

1. Dengan ‘inayah dan taufiq ALlah Subhanahu wa Ta’ala dan berdasarkan menegakkan “baldatun tayyibatun”, maka Majlis Syura Pusat Masyumi mengeluarkan fatwa sebagai berikut:

a) Mengadakan pemilihan umum untuk membentuk parlimen Konstiuante adalah wajib hukumnya.

b) Kerana kemenangan Islam dan ummatnya tergantung kepada turut serta tiap-tiap seseorang (individu) Muslim laki laki dan wanita dalam perjuangan pemilihan umum, maka adalah: wajib ‘am hukumnya atas tiap-tiap Muslim Mus limat yang mukallaf, dan segala golongan, kalangan dan tingkatan turut serta benjuang dalam pemilihan umum tersebut.

c) Kerana kemenangan itu tergantung kepada pemberian suara (undi) buat memilih pemuka-pemuka (tokoh-tokoh atau wakil-wakil) Islam, maka:

a) Wajib atas tiap-tiap pemilih Muslim hanya memilih calun-calun yang bercita-cita politik Islam.

b) Terlarang hukumnya memilih calun-calun yang tidak, apa lagi yang anti cita-cita Islam.

c) Buat melaksanakan perjuangan pemilihan yang menjamin kemenangan maka wajiblah tiap-tiap Muslim dan Muslimat menyiapkan segala alat kelengkapan yang diperlukan oleh perjuangan itu baik lahir maupun batin.

5. Ummat Islam seluruhnya dianjurkan memperkuatkan persatuan kerjasama dan saling mengerti yang sebaik-baiknya yang menjamin kemenangan Islam.

Jakarta:

10 Jamadilakhir 1372,

24 Februani 1953.

MAJLIS SYURA PUSAT “MASYUMI”

Ketua,

K.H.A. RAHMAN SYIHAB

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 03-03-08 16:26

Pada 03-03-08 14:42 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

enta dapat aqidah islam dengan jalan mantiq ke anak pejuang?
kalau ilmu kalam dan falsafah cedokan dari nasrani pun boleh jadi pembahasan bagi hujah aqidah, tak hairanlah beb hukum pun boleh ambil demokrasi boleh cedok dari yunani.
kalau setakat mutakalimin, walaupun tak setuju tapi tak adalah mengkafirkan mereka. mereka mempunyai niat yang baik untuk menjawab persoalan agama nasrani dari kacamata islam.

kalau anda tak setuju dengan ilmu mantiq, anda nak semua orang jadi macam anda?

apa salahnya ilmu mantiq, adakah kerana contoh beberapa orang yang anda sebut tu, maka ilmu itu tak boleh dipelajari?

adakah kerana dalam internet ada website2 lucah, menggunakan internet itu jadi haram terus?

ilmu mantiq ada banyak gunanya, terutama untuk berhujah dan memperkuatkan hujah. kalau ada orang kat sini yang tak suka ilmu mantiq, xyahlah guna, tapi jangan nak salahkan orang lain yang belajar dan guna ilmu mantiq!

wassalam.

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar

posticon Posting pada: 03-03-08 17:46

Pada 03-03-08 16:26 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 03-03-08 14:42 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

enta dapat aqidah islam dengan jalan mantiq ke anak pejuang?
kalau ilmu kalam dan falsafah cedokan dari nasrani pun boleh jadi pembahasan bagi hujah aqidah, tak hairanlah beb hukum pun boleh ambil demokrasi boleh cedok dari yunani.
kalau setakat mutakalimin, walaupun tak setuju tapi tak adalah mengkafirkan mereka. mereka mempunyai niat yang baik untuk menjawab persoalan agama nasrani dari kacamata islam.

kalau anda tak setuju dengan ilmu mantiq, anda nak semua orang jadi macam anda?

apa salahnya ilmu mantiq, adakah kerana contoh beberapa orang yang anda sebut tu, maka ilmu itu tak boleh dipelajari?

adakah kerana dalam internet ada website2 lucah, menggunakan internet itu jadi haram terus?

ilmu mantiq ada banyak gunanya, terutama untuk berhujah dan memperkuatkan hujah. kalau ada orang kat sini yang tak suka ilmu mantiq, xyahlah guna, tapi jangan nak salahkan orang lain yang belajar dan guna ilmu mantiq!

wassalam.

Apa yang kecoh sangat ni ibnu musa?

Bukankah perkara yang dihigh lightkan kat situ adalah penggunaan ilmu mantiq dalam membina akidah.

Yang melalut sampai website2 lucah tu apa hal?

Jangan lah main terpa tak tentu hujung pangkal. :-D

Bookmark and Share

  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 03-03-08 20:44

!!! QUOTE !!!

enta dapat aqidah islam dengan jalan mantiq ke anak pejuang?
kalau ilmu kalam dan falsafah cedokan dari nasrani pun boleh jadi pembahasan bagi hujah aqidah, tak hairanlah beb hukum pun boleh ambil demokrasi boleh cedok dari yunani.
kalau setakat mutakalimin, walaupun tak setuju tapi tak adalah mengkafirkan mereka. mereka mempunyai niat yang baik untuk menjawab persoalan agama nasrani dari kacamata islam.

cuba ulang sekali lagi, ahli falsafah pun anta sokong ye anak pejuang. nak ke didedahkan kekufuran perbincangan falsafah ni?
apa statement ibnu arabi tentang zat allah dan lain-lain?

kemudian dengan alasan mantiq, kalam dan falsafah, nak hujahkan kehalalan demokrasi. pembahasan kalam bermula sebelum zaman imam mujtahid yang 4, ada ke 4 imam mazhab tu bahas aqidah cara kalam?

p/s: sedih2 tengok thesis budak-budak syariah sekarang...

beb - ALlah menunjukkan hidayah itu pada jalan apa sahaja, sama ada ilmu mantiq. melalui penemuan sains dan teknologi, melalui akal yang berfikir dan bertadabbur. Jangan mengecilkan kekuasaan ALlah dalam memberi hidayah kepada manusia.

Anda hendak menafikan imam abu hassan al asy'hari pula ke ? Imam al Ghazali? Bukankah Imam Abu hassan al asy'hari juga menggunakan akal di dalam membalas hujjah muktazilah? Bukankah Imam Al Ghazali yang dikenali sebagai hujjatul Islam menggabungkan falsafah dan Islam dalam mencari titik tengah ?

Apa anda hendak mengkufurkan ibnu Arabi? Ibnu Arabi yang mana anda hendak kufurkan? Hanya kerana akal kita tak mencapai apa yang dia fikirkan? Saya menjauhi perbicaraan kafir mengkafir dan sesat menyesatkan antara ulamak. Cukuplah hanya ulamak yang muktabar sahaja membicarakan. Perbicaraan pada orang awam, apatah lagi kepada pelajar yang baru mengenal beberapa hadith dan ayat al Quran hanya akan membawa kekeliruan dan permusuhan. Kerana ia sendiri tidak mahir dalam bidang tersebut, NAUZUBILLAH.

Jangan sedap2 anda berbincang tentang perkara aqidah dan perbezaan feqah akhirnya anda akan terhunjam dalam daerah kafir mengkafir, dan sesat menyesatkan tanpa hak.

Belajar balik beb mengenai imam abu hanifah, beliau sendiri banyak menggunakan kaedah akal dalam berdebat dengan orang yang mulhid. Belajar juga mengenai imam as syafiie yang mempunyai pendapat yang lama dan baru qaul qadim dan qaul jadid.

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 03-03-08 20:59

Sesetengah kalangan berhujjah demokrasi adalah satu fahaman yang diimport ke negara Islam dan tiada hubungan langsung dengan Islam. Ia berasaskan keputusan suara majoriti, Suara ini berkuasa melantik pemerintah, memudahkan urusan dan memilih satu-satu perkara yang diperselisihkan.

Pendek kata suara dalam aliran demokrasi adalah hukum dan tempat rujuk. Mana-mana pendapat yang memperolehi undi majoriti, itulah pendapat yang dilaksanankan walaupun boleh jadi ianya salah dan batil.

Sebenarnya Islam tidak mengakui xara ini dan tidak pernah menyokong seseorang kerana pendapat ramai yang menyetujuinya. Sebaliknya Islam melihat kepada intipati benda yang dicadangkan adakah ianya benar atau salah.

Jika ianya benar ia boleh dilaksanakan walaupun hanya satu suara sahaja yang menyokongnya ataupun tidak ada langsung suara yang menyokongnya. Jika salah hendaklah ditolak walaupun terdapat 99% suara yang menyokongnya.

Ucapan di atas tadi adalah tertolak, kerana kita sepatutnya membincangkan soal demokrasi di dalam masyarakat Islam, yang mana kebanyakan penghuninya adalah orang yang mengetahui, boleh berfikir, beriman dan bersyukur.

Kita bukannya memperkatakan tentang masyarakat yang ingkar atau sesat dari jalan ALlah. Tambahan pula di sana ada beberapa perkara yang tidak boleh dibentangkan untuk dibuat bahan pungutan suara, kerana ia termasuk ke dalam perkara yang sabit yang tidak berubah kecuali jika berubah masyarakatnya dan tidak lagi dikira sebagai masyarakat Muslim.

Tidak boleh dibuat pungutan suara, perkara-perkara yang melibatkan hukum syarak yang pasti. Perkara-perkara asas agama dan perkara yang diketahui secara daruriyyah. Pungutan suara hanya boleh dilakukan dalam perkara ijtihad yang mengandungi lebih dari satu pendapat dan masyarakat pula berselisih tentangnya.

Seperti memilih salah seorang calon untuk jawatan tertentu. Walaupun tugas memilih itu tugas pemimpin negara. Mengeluarkan undang-undang bagi mengatur pergerakan lalu lintas atau membinca tempat-tempat peranginan atau perusahaan atau hospital-hospital atau lain-lain yang termasuk dalam apa yang dinamakan fuqaha' sebagai Al Musalih al Mursalah.

Seumpamanya juga ialah mengeluarkan keputusan mengisytiharkan perang atau tidak, mengisyhtiharkan undang-undang darurat. Menentukan tempoh yang perlu dipegang oleh pemimpin negara. Keharusan memperbaharui pilihanraya dan sebagainya.

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 03-03-08 21:03

ana nak tanya lah...
bagi mereka yang menghalalkan demokrasi,
pandangan antum berkenaan:
a) dari apa yang ana faham, dari perlaksanaan hukum islam akan menjaga maslahah. apakah antum berpandangan, apa-apa untuk maslahah umat atau untuk menjaga maqasid syariah, maka ia boleh diguna pakai?

b)dari apa yang ana faham, islam itu dah lengkap. tak perlu ditokok tambah walaupun ia nampak elok atau pun seakan seperti hukum islam. maksud ana dalam perkara berkaiantan hadharah lah (yang berkaitan dengan aqidah dan hukum). manakala perkara madaniah yang umum seperti teknologi, perubatan adalah mubah. apakah antum berpandangan sesuatu hukum yang datang bukan dari islam, tetapi ada yang iras2 hukum islam, sesuai dengan realiti semasa &tempat, walaupun ada tidak sepenuhnya selari dnegan islam ia masih boleh digunapakai.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 03-03-08 21:31

Islam memang dah lengkap, syumul dari segi aqidahnya, cara hidup. Dalam al Quran menyebutkan tentang pelbagai perkara yang bersangkutan dengan mentauhidkan ALlah, sirah, sains teknologi, perubatan, muamalat, munakahat, politik. Termasuk di dalamnya adalah hukum yang muhkamat dan mutasyabihat.

Begitu jugalah di dalam Al Quran tidak menghalang manusia untuk berfikir, menggunakan apa yang ALlah berikan yang halal dan tinggalkan apa yang dilarang iaitu haram. Begitu juga kehebatan al Quran mengandungi juga prinsip-prinsip umum. Dan terdapat di situ perkara--perkara yang perlu diperincikan. Iaitu diterangkan di dalam al Quran bahawa wajibnya kita mentaati Rosul.

Maka kita faham bahawa as Sunnah atau Hadith (ada pandangan ulamak mengatakan kedua-duanya mempunyai makna yang sama, dan ada juga yang membezakan) adalah sumber kedua yang menjadi sumber perundangan.

Kita faham bahawa As Sunnah memperincikan apa yang diterangkan secara umum di dalam al Quran seperti potong tangan bagi pencuri, cara mengerjakan haji, muamalat, pernikahan dan sebagainya dengan lebih jelas.

As Sunnah juga tidak menghalang umatnya untuk berijtihad (iaitu dengan disiplin ilmu yang amat ketat untuk dikuasai) sebagaimana yang telah diperjelaskan oleh sahabat RasuluLLah muaz bin jabal semasa ia hendak ke negeri yaman. Bagaimana sekiranya ia tidak menjumpai perkara yang diputuskan melalui al Quran dan Sunnah - maka ia berkata dengan ijtihadnya sendiri.

Begitu jugalah dengan perkara hukum, perkara hukum yang jelas qot'ie (terang dijelaskan halal dan haram) wajiblah kita ikuti. Manakala yang tidak diterangkan ia dalam daerah mubah (harus).

Adakah hukum boleh berubah?

Ia - ia memang boleh berubah mengikut keadaan. Anda tidak boleh terus mengatakan haram kepada orang Asli untuk minum arak dan makan bab* sedangkan ketika itu ia sendiri baru sahaja memeluk Islam dan belum faham lagi tentang Islam secara menyeluruh. Malah ia mungkin melarikan diri kerana kejahilan pendakwah tersebut kerana tidak mempunyai ilmu dalam berdakwah. Mungkin ditukar sahaja perkataan sahaja haram itu dengan perkataan yang lebih mudah. Atau dengan teknik yang lain.

Anda tidak boleh mengatakan wajib kepada orang yang cedera teruk di kepalanya untuk mengenakan air wuduk di kepalanya.

Feqah itu berkembang mengikut perkembangan semasa dan ia tetaplah melindungi perkara doruriyyah iaitu agama, akal, nyawa, kehormatan, harta

-----------------
.:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:.
http://jarumemas.blogspot.com

http://jomfaham.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 03-03-08 21:36

ooo demokrasi dalam masyarakat bukan islam tak boleh?
tapi dalam masyarakat islam, jadi boleh pula?

banyak perkara dalam intipati demokrasi sahabat ana, anak pejuang, dah jelaskan. dari yang ana faham dari penulisan diaatas
demokrasi dalam masyarakat bukan islam tak boleh, tapi dalam masyarakat islam, jadi boleh pula.

anak pejuang,
dah banyak yang kita tulis, pasti dihisab Allah.
banyak dah hujah2 yang digunakan untuk menghalalkan demokrasi. ada yang kata tak ada perkataan demokrasi dalam quran, ada yang guna kes2 umar, ada yang guna kaedah asal perbuatan/benda, macam-macam kaedah syara dll.
satu perkara yang jelas, antum tak dapat nafikan intipati demokrasi adalah penggubalan undang-undang mengikut suara majoriti. ia boleh dilihat dengan matakasar dan konsep asas demokrasi itu sendiri. tetapi disebabkan maslahah, maqasid syariah, realiti semasa, dharurah apa diperbolehkan menggunakan demokrasi.

boleh kata ramai dah penghalal demokrasi berhujah dengan saya terutama di alam nyata. pendirian HT jelas bahawa keharaman berhukum selain hukum Allah walaupun sezarah adalah qathie, dan demokrasi adalah salah satu manatul hukmi dari hukum ini. sebagaimana dengan hukum2 kufur lain dalam sistem kapitalisme, begitulah bencinya kami dengan hukum kufur ini. perkara yang hak dan bathil sekali2 tidak boleh diasimilisasikan.

sia lontarkan mana yang betul?
- demokrasi memang dari islam?
- demokrasi mirip islam, syura?
- demokrasi adalah sekadar alat?
- menggunakan ruang2 yang ada dalam demokrasi?
- demokrasi ni memang bnukan dari islam, tapi tak ada jalan lain?
- hukum asal benda adalah mubah
- kes umar, imam syafie, nabi yusuf
- demokrasi memang haram, nanti dapat negara kita ubahlah, tak ada lagi demokrasi, buat khilafah, etc...
- memang demokrasi ni tak boleh tegakkanislam, tapi jangan tak buat langsung
-macam-macam kaedah, dar'ul afasid aula min jalb masolih, ,malayatimul wajib... etc
- demokrasi memang dari islam, tapi demokrasi masia tak islami
- demokrasi kat masyarakat kufur tak boleh, tapi masyarakat islam boleh

banyak lagi lah dalil2 yang bertentangan antara satu sama lain. ini hujah2 yang saya jumpa sendiri dari macam orang ada pemimpin aliran demokrasi, ustad balik dr azhar, local uni, dll. sebab tu saya ajak jumpa dan hujahkan senang untuk kita berdalil, tak boleh lari2 cerita atau ubah topik. kita bincang dari ushool lagi.

p/s: ada juga 2,3 org ustaz hujah demokrasi, islamic banking tapi loan kereta pakai konventional juga. dah malu sangat, hujahnya aku ustaz, belajar syariah, anda apa tahu.... itulah ustad cari makan namanya.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 03-03-08 21:49

ini kes baca tak habis ke apa ini?

Anda faham perkara khilaf?

Jika anda mengatakan ulamak anda mengharamkan demokrasi secara total. Ada juga ulamak yang mengharuskannya. Dan ada ulamak yang pertengahan tidak menerima secara total dan menolak secara total.

Cukuplah - dah jika perkara khilaf, adakah bermakna khilfah yang anda laungkan itu pasti benar? Tiada cacat celanya? sedangkan perlaksanaan khilafah itupun masih kabur. Islam tidak mengajar kita mengejar perkara yang masih kabur. ALlah amat murka kepada orang yang hanya pandai bercakap tetapi tidak melaksanakan.

Dan lihatlah khilafah yang dilaungkan masih tiada langsung model yang boleh dijadikan contoh terbaik pada masakini.

Sedangkan anda hanya mengambil ijmak sahabat sahaja, sedangkan ijmak itu pun ada beberapa lagi sebagaimana yang disebutkan.

!!! QUOTE !!!

p/s: ada juga 2,3 org ustaz hujah demokrasi, islamic banking tapi loan kereta pakai konventional juga. dah malu sangat, hujahnya aku ustaz, belajar syariah, anda apa tahu.... itulah ustad cari makan namanya.

berhati-hati dengan pernyataan di atas. Saya juga boleh mengatakan anda ini suka menuduh. Dan taksub dengan pendapat sendiri.

Terpulanglah enta nak kabo camano, nak jumpa dengan enta sekadar nak bincang perkara khilafah. Baik saya tumpukan kepada remaja yang tidak solat, meningkatkan keinginan mereka kepada Islam. Lebih bagus.

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 03-03-08 22:22

Pada 03-03-08 21:49 , Anak_Pejuang posting:

ustaz-ustaz tu bukan saya tuduh. saya jumpa sendiri dengan mereka, berhujah dengan mereka. lepas itu kantol mereka beli kereta dengan loan kerajaan. kahwin pun buat loan bank rakyat. islamic banking ke perbankan kufur ke, saya berpandangan masih lagi tak islami. ketua majmu' islami, syeikh taqi uthmani pun bagitahu tak ada perbankan islam yang mematuhi garis panduan yang difatwakan majmu' tetapi gunapakai fatwa untuk promosi ia syar'ie.

apa pun, kalau mereka dah percaya 'islamic banking' hari ni benar-benar syar'ie lantas sanggup bayarlah lebih berbanding loan kerajaan atau bank konventional saya masih hormat mereka.

paling sedih kat tempat saya ni, ada satu saja usrah PAS yang konsisten, hampir dah kat 3 tahun. rata-rata yang datang pesara, adalah dalam 10 orang. ustaz yang ajar tu boleh kata, dalam keadaan hari ni, terlibat dengan interest adalah mubah atas masolihul mursalah.

bila saya tanya masolih yang bagaimana ustaz, muktabar atau ghaira muktabarah? pucat lesi dia... kalau naqib pun begitu, kasihan kat pakcik2 yang ikhlas tu... kepimpinan PAS yang saya ajukan perkara ni pun mengakui kelemahan tu.

p/s: ustaz grad UKM jiran saya, tanpa segan silu bagitahu buan loan CIMB beli proton baru tu, apa entah nama. mungkin ikhtilaf agaknya...

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 03-03-08 22:47

Jauh topik ini nak dilarikan..

Saya bukan pakar dalam ekonomi Islam. Dan saya tidak akan bercakap tentang perkara ini.

Takpa lah bro - sila berbual pulak dengan UZAR - dia pakar dalam ekonomi Islam. Silalah.

Saya percaya dengan adanya kepimpinan Islam seperti yang ditunjukkan di Kelantan. Kita akan beransur menjauhi riba' ini. Insya ALlah.

Kita nak bicara tentang demokrasi ini bro :)

p/s: Tentu bro tidak terlibat dengan sistem riba' dan tak islami ini ye. Macam ini boleh lah ajar kami camano nak mengekang dari terlibat dalam perkara ni.

itu belum masuk hal PTPTN tu..

-----------------
.:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:.
http://jarumemas.blogspot.com

http://jomfaham.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 04-03-08 04:59

Pada 03-03-08 21:49 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

Cukuplah - dah jika perkara khilaf, adakah bermakna khilfah yang anda laungkan itu pasti benar? Tiada cacat celanya? sedangkan perlaksanaan khilafah itupun masih kabur. Islam tidak mengajar kita mengejar perkara yang masih kabur. ALlah amat murka kepada orang yang hanya pandai bercakap tetapi tidak melaksanakan.

Disebabkan kaburlah kita perlu kepada penjelasan. Inilah yang sepatutnya dilaksanakan. Bukannya bila kabur, maka kita tinggalkan. Sejak dulu lagi anda katakan tentang soal 'pandai cakap tetapi tak laksanakan'. Tapi bila diseru ke arah pelaksanaannya, anda katakan pula 'kabur, tidak jelas'. Kan paradoxical jadinya tu...

Kemudian bila dijemput bertemu untuk diberikan penjelasan bagi menghilangkan 'kekaburan', anda katakan 'lebih baik tumpu kepada remaja yang tak solat'. Memang benar, perkara tersebut tidak kurang pentingnya, bahkan menjadi sebahagian daripada kewajipan kita. Namun adakah kita perlu tumpukan kepadanya sampai mengabaikan aspek pemerintahan (khilafah)? Kalau begini, bermakna kita mengambil sebahagian daripada kitab, kemudian tinggalkan yang lainnya...

Perlu diingat bahawa proses amar makruf nahi mungkar tidak sekadar tertumpu kepada dakwah fardiyah semata-mata. Ada tiga lapisan sebenarnya.

1. Ketaqwaan individu itu sendiri yang menghalangnya daripada melakukan kemungkaran serta mendorongnya melakukan kebaikan.

2. Kawalan masyarakat, di sinilah peranan kita dalam membanteras kebejatan yang sedang berleluasa masakini.

3. Tindakan negara dalam menjalankan hukuman bagi mereka yang engkar.

Dalam keadaan sekarang ni, yang ada hanyalah yang pertama dan kedua. Yang ketiga itu tidak berperanan sepenuhnya. Jadi, usaha ke arah khilafah ini juga merupakan sebahagian daripada amar makruf nahi mungkar juga...

!!! QUOTE !!!

Dan lihatlah khilafah yang dilaungkan masih tiada langsung model yang boleh dijadikan contoh terbaik pada masakini.

Pada masakini memang tiada satupun daulah Islam yang menetapi takrif syarak. Sebab tu lah kita kena hidupkan semula. Kalau nak rujuk kepada modelnya, nah... kita ada rentetan 1300 tahun pelaksanaan khilafah. Bukannya setahun dua, bukannya 51 tahun, bukannya 84 tahun.

Republik Islam Iran misalnya, pada masa tersebut belum pernah ada modelnya. Tapi kan Kenapa usahanya diteruskan juga? Umat Islam di Iran ketika itu dah benci dengan status quo yang telah jauh lari daripada ajaran Islam, lalu mereka ingin kembalikan kepada pemerintahan Islam. Cuma malangnya mereka tak mengambil sepenuhnya daripada Islam. Mereka menerimapakai sistem daripada Perancis, mereka wujudkan Republik lalu 'dikahwinkan' dengan Islam. Sebelum revolusi Iran, pernah wujudkah Republik Islam sebelumnya (yang sama seperti Iran)?

-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 04-03-08 05:07

!!! QUOTE !!!

Sedangkan anda hanya mengambil ijmak sahabat sahaja, sedangkan ijmak itu pun ada beberapa lagi sebagaimana yang disebutkan.

Benarkah hanya ijma' sahabat sahaja yang menjadi pegangan tentang kewajipan khilafah? Di sini saya senaraikan pendapat para ulama' yang menekankan kewajipan khilafah.

1. Imam Asy-Syaukani dalam Nailul Authar jilid 8 hal. 265 menyatakan; "Menurut golongan syiah, minoritas muktazilah, dan asy'ariyah, (khilafah) adalah wajib menurut syara'."

2. Ibnu Hazm dalam Al-Fashl fil Milal wal Ahwa' wan Nihal hanya 4 hal. 87 mengatakan; "Telah sepakat seluruh ahlus sunnah, seluruh murji'ah, seluruh syiah, dan seluruh khawarij, mengenai wajibnya imamah (khilafah)".

Yang seterusnya saya cuma nyatakan nama ulama' dan kitabnya sahaja (tak larat nak taip semua, nanti jadi berjela pula.

3. Imam al-Mawardi, al Ahkam as Sultaniyyah, hal. 5

4. Ibnu Taiymiyah, as-Siyasah asy-Syar'iyah hal. 161; Majmu'ul Fatwa, jilid 28 hal. 62

5. Imam al-Ghazali, al-Iqtisad fil I'tiqad, hal. 97

6. Ibnu Khaldun, al Muqaddimah, hal. 167

7. Tafsir al-Qurtubi, hanya 1 hal. 264

8. Abdul Qadir Audah, al Islam wal Audha'una as Siyasah, hal.124

dan banyak lagi...

-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Demokrasi dan ISlam (untuk sahabat-sahabat HT)

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 3

Go To Page: 1 · 2 · 3  
Jump To Page:

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.247852 saat. Lajunya....