Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak semua yang kita mahu boleh didapat. Jika Allah tidak memberi sekarang, ia akan ditunda atau diganti yang lebih baik.
-- Dari Drama Kiamat Sudah Dekat

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 89
Ahli: 0
Jumlah: 89




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 14 hari yang lalu
nur_takwa88: 20 hari yang lalu
kismis: 20 hari yang lalu
qaulah_atrah: 31 hari yang lalu
muaz9768: 35 hari yang lalu
Rashdin: 41 hari yang lalu


Jejak Sekolah
Topik: Loghat daerah punca lemah Bahasa Melayu


Carian Forum

Moderator: Administrator, immad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Sekolah
    »» Loghat daerah punca lemah Bahasa Melayu

Please Mendaftar To Post


Oleh Loghat daerah punca lemah Bahasa Melayu

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 22-02-08 15:41


KUALA LUMPUR 21 Feb. - Ramai kalangan anak Melayu gagal menguasai bahasa kebangsaan dengan baik berikutan pengaruh bahasa Inggeris dan loghat daerah yang digunakan secara meluas.

Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, Datuk Dr. Hassan Ahmad berkata, sesetengah daripada mereka enggan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu sebaliknya mencampuradukkan dengan bahasa Inggeris dan loghat daerah apabila bertutur.

''Mereka sepatutnya berfikir seperti orang Melayu ketika bercakap dan mengelakkan penggunaan bahasa Inggeris sekiranya tidak mendapat perkataan yang tepat.

''Perbuatan beralih bahasa (quote switching) itu hanya menggambarkan penutur kurang perbendaharaan kata serta pengetahuan yang terhad dalam sesuatu perkara,'' ujarnya.

Hassan selaku Ketua Juri dalam Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu, Piala Timbalan Perdana Menteri 2008 peringkat separuh akhir berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas pertandingan itu di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.

Pertandingan akhir akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam esok dengan menampilkan tiga peserta dalam kategori nusantara dan lima dari kategori antarabangsa.

Pusingan separuh akhir hari ini menyaksikan tiga pemenang dalam kategori nusantara memperoleh markah lebih rendah daripada lima peserta kategori antarabangsa.

Mengulas perkara ini Hassan berkata, peserta antarabangsa lebih fasih dan lancar bertutur bahasa Melayu berbanding peserta Melayu.

''Peserta antarabangsa tidak dipengaruhi dengan loghat daerah seperti yang berlaku di Malaysia dan kerana itu mereka menggunakannya sebagai bahasa ilmu yang tinggi mutunya,'' jelasnya.

Kategori nusantara dimenangi peserta Brunei, Malai Yunus Malai Yusof, 38, yang memperoleh markah 77.43% manakala peserta Malaysia Farhan Nor Diayana, 21, menduduki tempat kedua dan Sujarhadi dari Indonesia mendapat tempat ketiga.

Dalam kategori antarabangsa pula, peserta China, Han Xiao mengungguli kategori itu dengan markah 81% manakala Alena Bykova dari Rusia di tempat kedua dan tempat ketiga disandang oleh Dahlia Gratia Setiyawan dari Amerika Syarikat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

ilma
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.02.2005
Ahli No: 14511
Posting: 247
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-02-08 17:18


salam....saya sangat setuju dengan kenyataan ini...sememangnya kelemahan orang melayu terutama dapat dilihat melalui cara berbahasa.amalan loghat melemahkan oarang melayu untuk berbahasa baku.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilmaProfil   Hantar PM kepada ilma   Pergi ke ilma's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 22-02-08 18:22


teman tak setuju dengan berita kat atas...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

zizoul
Warga Rasmi
Menyertai: 14.02.2008
Ahli No: 32626
Posting: 5
Dari: pulau pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-02-08 20:16


perkara mencampurkan bahasa inggeris dengan bahasa melayu memang tak sepatutnya, tapi tentang loghat tu tak menjadi masalah rasanya. malah ia menunjukkan identiti bangsa melayu yang pelbagai.bolehkah kita katakan bahasa orang kelantan bukan bahasa melayu?atau orang negeri sembilan cakap bahasa yang salah?atau orang utara merosakkan bahasa melayu? sebenarnya loghat atau dialek daerahlah yang mencantikkan lagi bahasa itu. berita diatas mengatakan orang malaysia kalah kepada orang asing kerana dikatakan tidak fasih bertutur bahasa melayu baku. adakah bahasa melayu baku itu adalah bahasa bangsa melayu yang asal? kalau kita bandingkan orang british dengan orang amerika, bukankah loghat mereka berbeza? jadi yang mana satu bahasa inggeris yang betul? memang tak salah belajar berbahasa dengan betul..tapi bayangkan kalau aku tanya adik aku : " adik, kemana kamu hendak pergi awal pagi ini?.. mahu serumah gelakkan aku.. jadi adakah hilang identiti melayu aku kalau dialognya begini : dik..hang nak pergi mana pagi2 buta ni?..
''Peserta antarabangsa tidak dipengaruhi dengan loghat daerah seperti yang berlaku di Malaysia dan kerana itu mereka menggunakannya sebagai bahasa ilmu yang tinggi mutunya,'' jelasnya.
-adakah bahasa yang kita cakap hari2 ni rendah mutunya? kalau begitu panggil mereka yang berbahasa melayu bermutu tinggi tu, bawa jumpa pak long2 dari kelate ke, nogori ke, aloq setaq ke,pas tu suruh bersembang..tengok siapa yang paham bahasa siapa..kah3


-----------------
Gaban Z, potong dua...


Bookmark and Share

    


  Member Information For zizoulProfil   Hantar PM kepada zizoul   Quote dan BalasQuote

ilma
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.02.2005
Ahli No: 14511
Posting: 247
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-02-08 23:54


masalah berbahsa melayu dengan baik dalam masyarakat sendiri...contohnya orang kelantan....mereka sukar untuk berbahasa melayu dengan baik bila berbual dengan orang dari negeri lain..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilmaProfil   Hantar PM kepada ilma   Pergi ke ilma's Website   Quote dan BalasQuote

dziaulhaq
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2004
Ahli No: 12403
Posting: 563
Dari: perut IBU

singapore   avatar


posticon Posting pada: 23-02-08 02:15


:: tak setuju :jangan: tapi kalau loghat daerah salah satu punca lemah bahasa melayu mungkin boleh diterima..ramai yang dalam percakapan seharian bertutur dengan loghat daerah tetapi masih mampu score A dalam subjek bahasa melayu..


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For dziaulhaqProfil   Hantar PM kepada dziaulhaq   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 23-02-08 05:15


Pada 22-02-08 15:41 , rimbabara posting:

!!! QUOTE !!!

...sesetengah daripada mereka enggan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu sebaliknya mencampuradukkan dengan bahasa Inggeris dan loghat daerah apabila bertutur.
...


Setuju.
Kerana tidak patut merojakkan bahasa, sebagaimana amalan kebanyakan orang kita, termasuk ahli politik.

Sepatutnya satu bahasa digunakan pada satu masa, bukannya dicampur adukkan sesuka hati.
Contoh mudah ialah apabila kita bermain bola sepak, kita perlu gunakan kaki, dan adalah bangang jika kita menggunakan kaki.

Tapi, perlu ditekankan bahawa, penguasaan bahasa terutamanya Inggeris sangat penting. Begitu juga dengan loghat daerah; berbanggalah anda yang punya loghat!

Cuma, gunakanlah pada tempat dan waktu yang sepatutnya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

husna_nasiha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.01.2006
Ahli No: 22138
Posting: 233
Dari: UPM

Perak  


posticon Posting pada: 10-07-08 10:21


Pada 23-02-08 02:15 , dziaulhaq posting:

!!! QUOTE !!!

::..ramai yang dalam percakapan seharian bertutur dengan loghat daerah tetapi masih mampu score A dalam subjek bahasa melayu..



Lisan dan penulisan lain.. memang mudah nak score tapi practically? serupa jugak dengan BI. Mudah saja nak tulis essay tapi speaking is the most important.. betul budak?


-----------------
Pernikahan menginsafkan kita..
Perlunya iman dan taqwa meniti sabar dan redha..
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan..
Susah mendatang tempuh


Bookmark and Share

    


  Member Information For husna_nasihaProfil   Hantar PM kepada husna_nasiha   Quote dan BalasQuote

rabiatuladawiyahabdlatif
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.12.2006
Ahli No: 27800
Posting: 77
Dari: n9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 15-07-08 20:55


tak jugak.. hasab org untuk menggunakan nya di tempat2 yang bersesuaian..
Kalau tak boleh nak berloghat, susah pula kita nak bermasyarakat nanti..
sekadar pandangan saja.. (",)

Bookmark and Share

    


  Member Information For rabiatuladawiyahabdlatifProfil   Hantar PM kepada rabiatuladawiyahabdlatif   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 15-07-08 21:03


masuk kandang kambing, mengembek..masuk kandang harimau,mengaum...samalah macam keadaan kita bertutur yakni depend pada situasi. kalau sesama bangsa sendiri, lantaklah guna loghat bhasa apa. cakap dengan org negeri lain pula, cakaplah BM yang standard...kadang-kadang negeri lain tak sama loghat BM,macam sabah dan sarawak..kadang-kadang org smenanjung tak faham..BI pula, kalau tera sangat tu speakinglah semuanyaa...hehe..

sekadar pendapat....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 16-07-08 09:57


Pada 22-02-08 23:54 , ilma posting:

!!! QUOTE !!!

masalah berbahsa melayu dengan baik dalam masyarakat sendiri...contohnya orang kelantan....mereka sukar untuk berbahasa melayu dengan baik bila berbual dengan orang dari negeri lain..


tak semua... tapi sepatutnya dalam pembelajaran guru2 pun kena lah berbahasa melayu fasih.. tak kisahla guru2 tu dari daerah mana pun tapi bahasa melayu mesti lah boleh kuasai dengan baik.. kadang-kadang guru2 ni yang suka dan terbiasa menggunakan loghat daerah dalam pembelajaran seharian..


-----------------
http://aisyahumaira-masayu.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 16-07-08 10:06


rasa-rasanya pemimpin kita pun ramai yang tak reti cakap melayu. kalau tengok berita bila ditanya wartwn tmptn pun nak spking juga...

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-07-08 10:58


Pada 22-02-08 18:22 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

teman tak setuju dengan berita kat atas...

ye, saya sokong daeng. loghat daerah juga adalah bahasa Melayu, tapi kalau bab bahasa rojak itu memang saya setuju, ia boleh menjadi punca lemah bahasa Melayu.

kelemahan BM ni adalah bergantung kepada pelajar dan pengajar itu sendiri.

Pada 22-02-08 23:54 , ilma posting:

!!! QUOTE !!!

masalah berbahsa melayu dengan baik dalam masyarakat sendiri...contohnya orang kelantan....mereka sukar untuk berbahasa melayu dengan baik bila berbual dengan orang dari negeri lain..

ilma orang ganu kan? saya tengok orang ganu pun apa kurangnya :sopan:

tak perlu kita nak salahkan loghat daerah mana-mana negeri, orang utara ke, pantai timur ke, borneo ke, ada sebahagian mereka bermasalah, dan ada yang tak bermasalah untuk bercakap bahasa melayu standard (loghat lembah klang?) :-P

kita kan dari daerah yang berlainan, biasa lah tu... tapi cubalah yang terbaik ye.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 21-11-09 17:58


tak lah...loghat tak salah..tapi penekanan kepada bahasa melayu formal tu saja tak menyeluruh.. jangan salahkan bahasa lain akibat kelemahan untuk kita bbahasa ibunda... apa salah loghat? yes..memang Kalau dalam perbualan harian memang sukar nak berslangan fromal bm tapi takkan dalam exam pun susah jugak..budak-budak cina india tu boleh pula A bm takkan kita yang sedia malay ni pula kantoi?


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.097675 saat. Lajunya....