Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap tindakan menghasilkan tindakbalas
-- Hukum Newton

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 126
Ahli: 0
Jumlah: 126




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 25 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: Taqarrub kepada Allah faktor utama kejayaan


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» Taqarrub kepada Allah faktor utama kejayaan

Please Mendaftar To Post


Oleh Taqarrub kepada Allah faktor utama kejayaan

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 21-02-08 17:08


DAN tidaklah ada yang mereka ucapkan (semasa berjuang) selain daripada berdoa dengan berkata:

"Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau-lampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir. (Ali Imran: 147)

HURAIAN
Faktor utama kejayaan dalam sesuatu pekerjaan khususnya perjuangan pada jalan Allah s.w.t. ialah hubungan yang kuat lagi erat dengan Allah s.w.t. (taqarrub). Sikap terlalu bergantung kepada persediaan fizikal dan mental dengan mengabaikan hubungan rohani dan ketergantungan kepada Allah s.w.t. akan hanya membawa kepada kegagalan, kekalahan dan kekecewaan. Justeru aspek doa dan tawakal perlu dimasukkan dan dirangkumkan dalam erti kata persediaan dan usaha yang sebenar.

Selain berdoa kepada Allah agar membantu bagi menjayakan sesuatu perancangan atau pekerjaan, kita juga diingatkan supaya bertaubat dan memohon ampun daripada Allah atas segala dosa dan kesalahan yang pernah kita lakukan. Ini penting agar dosa atau maksiat kita yang lalu tidak menjadi hijab untuk diperkenankan doa kita, juga disarankan oleh Islam untuk berdoa agar ditetapkan pendirian dan keimanan di sepanjang tempoh pekerjaan atau perjuangan.

Ini memandangkan pelbagai halangan, cabaran dan ujian yang bakal diterima boleh menggugat dan menjejaskan tahap kesabaran dan pendirian. Oleh itu kebergantungan manusia kepada Allah s.w.t. tidak boleh putus atau berbentuk separuh jalan. Yang penting manusia perlu sedar bahawa mereka mesti bergantung hanya kepada Allah s.w.t. pada setiap masa dan keadaan.

KESIMPULAN


Taqarrub kepada Allah adalah faktor utama kejayaan sesuatu pekerjaan atau perjuangan. Dosa boleh menjadi hijab kepada mencapai kejayaan. Kita tidak boleh mengabaikan aspek doa dan tawakal dalam setiap pekerjaan, perancangan dan perjuangan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

sara_mujahidah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.11.2006
Ahli No: 27322
Posting: 88
Dari: mesir

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 21-02-08 18:48


Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa =)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sara_mujahidahProfil   Hantar PM kepada sara_mujahidah   Quote dan BalasQuote

shinobi
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17265
Posting: 425
Dari: bangi,gombak...

blank  


posticon Posting pada: 22-02-08 00:37


syukran kerana berkongsi

(ps leceh betul lah kena minimum 10 perkataan ni)

Bookmark and Share

    


  Member Information For shinobiProfil   Hantar PM kepada shinobi   Pergi ke shinobi's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.157145 saat. Lajunya....