Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-10-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak semua yang kita mahu boleh didapat. Jika Allah tidak memberi sekarang, ia akan ditunda atau diganti yang lebih baik.
-- Dari Drama Kiamat Sudah Dekat

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Kuyi
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43139

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 45
Ahli: 0
Jumlah: 45




  Yang Masuk Ke Sini
qudwah: 39 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 49 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 50 hari yang lalu
eme86: 50 hari yang lalu
sunan-faqih: 55 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Rahmat Untuk Suami Isteri Yang Bangun Malam


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Rahmat Untuk Suami Isteri Yang Bangun Malam

Please Mendaftar To Post


Oleh Rahmat Untuk Suami Isteri Yang Bangun Malam

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 10-02-08 07:58


Oleh Ustazah Siti Bahyah Mahamod

Kebahagiaan dan kesejahteraan hidup yang merupakan impian setiap insan bukanlah sekadar terletak pada nilaian harta benda dan wang ringgit. Banyak rumah tangga yang hancur kerana mengikut teori kebahagian sendiri. Mereka menyangkakan wang adalah segala-galanya… Namun setelah memperolehi semuanya itu, rumah tangga masih tidak bahagia. Suami isteri tidak mesra. Bahkan sentiasa berkrisis, bermasam muka dan berburuk sangka. Hubungan ibu bapa dan anak-anak renggang.

Justeru itu, kebahagiaan bukan terletak kepada material semata-mata, yang paling utama ialah pimpinan suami itu sendiri. Suami perlu mendidik isteri ke arah mencapai cinta Allah , cinta agama dan cinta akhirat. Cinta kepada Tuhan akan mendorong seseorang itu untuk berbuat kebaikan demi mencari redha Allah .

Setiap pasangan perlu saling bantu-membantu untuk memajukan diri mencari keredhaan Allah terutama sekali pada waktu keheningan malam. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

“Dan bantu-membantulah kamu dalam kebaikan dan takwa, janganlah kamu bantu-membantu dalam melakukan dosa dan pelanggaran.” (Al-Maidah: 2)

Malah baginda s.a.w. sangat suka kepada suami isteri yang saling bantu-membantu dalam ketaatan, rukuk dan sujud dalam kegelapan malam ketika semua manusia tidur dengan lenanya. Itulah sebenarnya petua kebahagiaan dunia dan akhirat.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah .a, katanya:Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Mudah-mudahan Allah merahmati seorang suami yang bangun pada tengah malam lalu mengerjakan solat dan membangunkan isterinya sama-sama melakukan solat. Sekiranya dia enggan, maka dipercikkannya ke wajahnya.” “Mudah-mudahan Allah merahmati seorang isteri yang bangun tengah malam untuk mengerjakan solat dan juga membangunkan suaminya, jika dia enggan, maka dipercikkanlah air ke mukanya.” (Riwayat: Abu Daud dan Ibnu Majah)Menerusi

Hadis di atas jelaslah kepada kita betapa indahnya saat-saat seorang suami membangunkan isterinya dengan lemah-lembut seperti memercikkan air ke mukanya pada tengah malam supaya sama-sama melakukan ibadat kepada Allah s.w.t. apatah lagi jika anak-anak dapat ikut serta.

Betapa sayunya hati ketika ini mengenali dosa-dosa yang telah dilakukan. Air mata menitis tanda keinsafan. Zikir dialunkan tanda kesyukuran. Doa dipanjatkan memohon kesejahteraan keluarga dunia dan akhirat. Kebahagiaan seperti inilah akan melahirkan jiwa yang tenang, aman damai, tiada ketakutan, tiada kebimbangan malah berada di dalam keadaaan redha dan diredhai Allah dunia dan akhirat.

Ini jelas dalam firman Allah bermaksud:

“Wahai jiwa yang tenang kembalilah kamu kepada Tuhanmu dalam keadaan kamu redha dan diredhai. Masuklah dalam hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (Al-Fajr: 27-30)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah dan Abu Said .a. katanya: Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Apabila seorang suami membangunkan isterinya pada waktu malam kemudian mereka mengerjakan solat dua rakaat, maka mereka termasuklah atau tergolonglah ke dalam golongan orang-orang yang banyak berzikir kepada Allah .” (Riwayat: Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Oleh itu, luangkan masa untuk bermunajat kepada-Nya agar tidak timbul penyesalan pada hari kemudian.

9 kelebihan bertahajud

Antara amalan-amalan yang boleh menyelamatkan manusia dari azab akhirat ialah sentiasa bertahajud dan berqiyamullail.

Rasulullah s.a.w. bersabda, sembilan kelebihan bagi orang yang bertahajud.

Lima ketika di dunia:

1.        Terselamat daripada beberapa bencana
2.        Berkat ke atasnya akan jelas diwajahnya
3.        Disukai oleh hamba Allah
4.        Ucapannya penuh hikmah
5.        Dijadikan orang yang bijaksana

Empat ketika di akhirat:

1.        Di pimpin dari kubur dengan muka berseri-seri
2.        Di ringan hisabnya
3.        Meniti titian sirat seperti kilat
4.        Menerima buku catatatan amal dari tangan kanan


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 10-02-08 08:02


nak cakap tapi takut org cakap jiwang pula...hehe
tapi nak cakap juga setiap org mengimpikan pasagan yang boleh
menunaikan solat mlmnya bersama..berjemaah sesama
termasuk diri ini :malu: :-P



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

khairulmukminah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2007
Ahli No: 28415
Posting: 180
Dari: Gombak, Selangor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-02-08 13:14


MasyaAllah..betapa indahnya dapat hidup seperti itu...InsyaAllah akanku cuba laksanakannya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairulmukminahProfil   Hantar PM kepada khairulmukminah   Pergi ke khairulmukminah's Website   Quote dan BalasQuote

lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA
Menyertai: 02.02.2006
Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-02-08 13:34


assalamualaikum..
nanti nak ajak lah suami bangun malam..
sama-sama kunci jam loceng..
hehehe..
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For lamyanunalif_mursyidahProfil   Hantar PM kepada lamyanunalif_mursyidah   Pergi ke lamyanunalif_mursyidah's Website   Quote dan BalasQuote

secerahpawarna
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.05.2005
Ahli No: 16384
Posting: 34
Dari: pulau pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 10-02-08 15:52


InsyaAllah..moga dapat sama-sama jadikannya amalan....moga tubuh badan ringan untuk bangun di tengah malam...ustaz ana cakap,kalau kita terjaga tengah mlm tapi susah nak solat,sebenarnya dosa2 kita sedang merantai kita,jadi susah sangat nak bangun..:kelip:

Bookmark and Share

    


  Member Information For secerahpawarnaProfil   Hantar PM kepada secerahpawarna   Quote dan BalasQuote

imtiyaz_lail86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.08.2006
Ahli No: 25728
Posting: 229
Dari: JeRaNTuT~NiLai

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 10-02-08 15:55


SALAM ALAIK...
jk dr bujang kita biasekn dari dengan bangun mlm...insyaALLAH sampai alam prkhwinn...untuk yang bangun mlm,kena lah ajr2 dari...tak boleh mnjakn dari tu...sama-sama lah kita usahakannye...kita semua mmpyai mtlamat yang sama..mencari keredhaan dan mendapat KBRKTN DRINYA...BAROKALLAHUFIKUM..

Bookmark and Share

    


  Member Information For imtiyaz_lail86Profil   Hantar PM kepada imtiyaz_lail86   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-02-08 16:01


!!! QUOTE !!!

"Dan bantu-membantulah kamu dalam kebaikan dan takwa, janganlah kamu bantu-membantu dalam melakukan dosa dan pelanggaran." (Al-Maidah: 2)
Malah baginda s.a.w. sangat suka kepada suami isteri yang saling bantu-membantu dalam ketaatan, rukuk dan sujud dalam kegelapan malam ketika semua manusia tidur dengan lenanya. Itulah sebenarnya petua kebahagiaan dunia dan akhirat.

owl: Sayang...bangun laahh tahajud joomm.. Jomlahh sayang...
xxxxx: OII!! Diamlaahh!! xxxxx ngantuukklahh!! Abang ni bising sajaa!!!
owl: Alaaahh.. jomlaahh.. kejap saja... Sayang cantik kannn...
Kalau sayang bangun sayanglah wanita yang paaallliingg cantik..
xxxxx: EEIII!! Ni apa niihh!!! Penat xxxxx kerjaa tau takk!!!
owl: OOII!!! Karang aku carikkk nombor dua karangg!!!
xxxxx: OKAYY!! OKAYY!! JOM KITA TAHAJUD!! MEEHH CEPATT!!!
owl: (Dalam Hati) Ya Allah, jadikanlah daku seorang muslim yang taat
padamu... Dan tidak hanya makan rezekimu tanpa bersyukur..
AMEEEN...


__________________________________
p/s: YEESS!!! Aku dapat idea baru dalam assignment
Project Management (WKES2202)aku!! And.. new technique
in Java programming!! Yess!! Synchronization in
programming language!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-02-08 17:09


Pada 10-02-08 07:58 , broshahir posting:

!!! QUOTE !!!


Justeru itu, kebahagiaan bukan terletak kepada material semata-mata, yang paling utama ialah pimpinan suami itu sendiri. Suami perlu mendidik isteri ke arah mencapai cinta Allah , cinta agama dan cinta akhirat. Cinta kepada Tuhan akan mendorong seseorang itu untuk berbuat kebaikan demi mencari redha Allah .

Setiap pasangan perlu saling bantu-membantu untuk memajukan diri mencari keredhaan Allah terutama sekali pada waktu keheningan malam.


seorang kenalan pernah bercerita, semasa zaman bujangnya rajin bangun-bangun malam ni tetapi bila dah berkeluarga dan anak dah tiga empat di tambah lagi dengan urusan kerja yang melampau jarang dah melakukan solat-solat sunat ni, sehinggalah dia naik hairan Kenapa di uji dengan pelbagai penyakit yang memaksa dia menginap di tempat yang dia paling tak suka iaitu hospital. :cry: :cry: :cry: . Padahal sebelum ni sihat walfiat...

Barulah dia terfikir bahawa semua ujian yang menimpanya selama ni, kerana Allah sayangkannya, dan nak dia kembali bermuhasabah diri mengerjakan amanlan-amanlan sunat :-) :-) :-)


-----------------
Photobucket

MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia


Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-02-08 08:44


Pada 10-02-08 16:01 , owl_UM posting:

!!! QUOTE !!!


owl: Sayang...bangun laahh tahajud joomm.. Jomlahh sayang...
xxxxx: OII!! Diamlaahh!! xxxxx ngantuukklahh!! Abang ni bising sajaa!!!
owl: Alaaahh.. jomlaahh.. kejap saja... Sayang cantik kannn...
Kalau sayang bangun sayanglah wanita yang paaallliingg cantik..
xxxxx: EEIII!! Ni apa niihh!!! Penat xxxxx kerjaa tau takk!!!
owl: OOII!!! Karang aku carikkk nombor dua karangg!!!
xxxxx: OKAYY!! OKAYY!! JOM KITA TAHAJUD!! MEEHH CEPATT!!!
owl: (Dalam Hati) Ya Allah, jadikanlah daku seorang muslim yang taat
padamu... Dan tidak hanya makan rezekimu tanpa bersyukur..
AMEEEN...


amin..

==

aduih.. tersengih2 saya pagi ini dengan si owl ini.. adesss adess... :lucu:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 14-02-08 18:17


Pada 10-02-08 16:01 , owl_UM posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

"Dan bantu-membantulah kamu dalam kebaikan dan takwa, janganlah kamu bantu-membantu dalam melakukan dosa dan pelanggaran." (Al-Maidah: 2)
Malah baginda s.a.w. sangat suka kepada suami isteri yang saling bantu-membantu dalam ketaatan, rukuk dan sujud dalam kegelapan malam ketika semua manusia tidur dengan lenanya. Itulah sebenarnya petua kebahagiaan dunia dan akhirat.

owl: Sayang...bangun laahh tahajud joomm.. Jomlahh sayang...
xxxxx: OII!! Diamlaahh!! xxxxx ngantuukklahh!! Abang ni bising sajaa!!!
owl: Alaaahh.. jomlaahh.. kejap saja... Sayang cantik kannn...
Kalau sayang bangun sayanglah wanita yang paaallliingg cantik..
xxxxx: EEIII!! Ni apa niihh!!! Penat xxxxx kerjaa tau takk!!!
owl: OOII!!! Karang aku carikkk nombor dua karangg!!!
xxxxx: OKAYY!! OKAYY!! JOM KITA TAHAJUD!! MEEHH CEPATT!!!
owl: (Dalam Hati) Ya Allah, jadikanlah daku seorang muslim yang taat
padamu... Dan tidak hanya makan rezekimu tanpa bersyukur..
AMEEEN...


__________________________________
p/s: YEESS!!! Aku dapat idea baru dalam assignment
Project Management (WKES2202)aku!! And.. new technique
in Java programming!! Yess!! Synchronization in
programming language!!



duh...pandai manipulate betul owl ni...


-----------------
strong minds talk about ideas, weak minds talk about people.


Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 03-04-08 22:10


ambui...owl...lepas ni boleh cipta lirik ni..
jadi penulis skrip ke..hehe..

“Wahai jiwa yang tenang kembalilah kamu kepada Tuhanmu dalam keadaan kamu redha dan diredhai. Masuklah dalam hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (Al-Fajr: 27-30)

amin....

* so.. boleh memiscall kawan-kawan ajak qiam.. au bagi sms di awal pagi..
erm... jom infak at least sebulan sekali.. hantar tazkirah.. ajak puasa etc pada kawan.kawan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

asroal
Warga 5 Bintang
Menyertai: 22.04.2006
Ahli No: 24359
Posting: 352
Dari: bumi ALLAH

france   avatar


posticon Posting pada: 03-04-08 22:57


kenapa Kalau bangun tengok bola bersengkang mata kui 2 3 pagi,ramai yang sanggup(untuk kaum lelaki lah),tapi Kalau nak bangun solat tahajud,masyaallah liat sungguh...Kalau nak tengok bola boleh pula bangun,siap kunci jam,tapi Kalau nak bangun solat,alarm bunyi pun buat-buat tak dengar jerrr........marilah kita sama-sama renungkan dan muhasabah diri ke arah menjadi hamba yang bersyukur..ku dambakan keluarga yang sakinah..insyaAllah,amin..:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For asroalProfil   Hantar PM kepada asroal   Quote dan BalasQuote

kahfi8
WARGA SETIA
Menyertai: 19.09.2007
Ahli No: 31129
Posting: 517
Dari: Damansara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-04-08 23:01


kalau isnin dan khamis, terus lah qiam sampai dekat subuh dan bersahur bersama2 pasangan kan.. bestnya.. lah ni buat seorang-seorang saja..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kahfi8Profil   Hantar PM kepada kahfi8   Pergi ke kahfi8's Website   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-04-08 06:44


Jam loceng di kamarnya berdering kuat. Lalu mati. Dia mendengar suara derit pintu. Lalu kecipak air. Ia menatap jam dinding. Pukul tiga. Tidak lama kemudian, dia mendengar suara alunan ayat-ayat suci al-Quran. Suara itu begitu jernih, fasih, tartil dan indah. Menyentuh hati siapa yang mendengarnya. Setelah empat tahun abangnya berada di Mesir, semakin indah bacaan al-Qurannya. Ah, abang Faiq, dalam keadaan letih dari perjalanan yang jauh, masih juga bangun tengah malam. Alangkah bahagianya siapa yang menjadi isterimu. Setiap malam boleh solat tahajjud bersama. Menangis bersama di hadapan Allah. Lalu anak-anakmu sesekali diajak ikut serta. Rumahmu penuh cahaya Qurani. Baunya harum wangi kasturi. Alangkah indahnya..." ~ Setitis Embun Cinta Niyala


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 04-04-08 07:15


Hikmah Berkahwin

Seorang sahabat yang anti dengan perkahwinan telah nekad mengambil keputusan bernikah setelah didatangi mimpi, didalam mimpinya melihat anak-anak kecil sedang sibuk memberi minuman kepada orang ramai yang kehausan di sebuah taman syurga. Bila sampai gilirannya, dia tidak diberi minum, sahabat tadi diberitahu tidak tersenarai antara penerima minuman kerana tidak seorang pun dari kalangan anak kecil itu adalah anaknya.

'Sesiapa yang berkahwin, sesungguhnya dia telah melengkapkan separuh imannya maka bertakwalah kepada Allah (bagi melengkapkan separuh bakinya)' mafhum hadith sahih.
Kata Iman al Ghazali : Yang dimaksudkan dengan baki lima puluh peratus itu ialah jihad. Berkahwin itu ialah jihad, dan latihan jihad itu ilah menunaikan hak-hak keluarga, mentadbir, bersabar dengan telatah dan budi pekerti perempuan, memimpin ke jalan yang baik, berjuang mencari rezeki yang halal dan mendidik anak-anak.

Sirah Rasul pernah merakamkan pada suatu ketika nabi s.a.w pernah bertanya kepada Abdullah bin Jabir yang kelihatan terlalu gembira. Ujar Jabir 'Saya dah berkahwin ya Rasullullah dan perkahwinan ini mengubat kesunyian dihati saya,' 'Dengan siapa kamu berkahwin dengan anak adara atau janda?' Tanya nabi lagi. Jelas Jabir 'Dengan Janda'. Rasullullah bertanya 'Kenapa kamu tidak berkahwin dengan anak dara? Kerana berkahwin dengan anak dara akan memudahkan kamu bergurau senda'. Disini Rasullullah s.a.w memberi priority kepada anak dara untuk dipilih sebagai pasangan hidup.

Qiammulail

“Mudah-mudahan Allah merahmati seorang suami yang bangun pada tengah malam lalu mengerjakan solat dan membangunkan isterinya sama-sama melakukan solat. Sekiranya dia enggan, maka dipercikkannya ke wajahnya.” “Mudah-mudahan Allah merahmati seorang isteri yang bangun tengah malam untuk mengerjakan solat dan juga membangunkan suaminya, jika dia enggan, maka dipercikkanlah air ke mukanya.” (Riwayat: Abu Daud dan Ibnu Majah)

Pengajaran dari sebuah hadith: Seandainya di dalam sebuah rumahtangga itu, suami bangun tengah malam menunaikan solat tahajjud dan mengejutkan isterinya, kalau isterinya tidak terjaga, dia kemudiannya merenjiskan air ke muka isterinya. Ini adalah pasangan yang dirahmati oleh Allah s.w.t, dan kalau isteri pula yang bangun tengah malam, dan ingin solat tahajjud, dia kejut suaminya dengan merenjiskan air ke muka suaminya, suami isteri ini adalah pasangan yang dirahmati oleh Allah.

Seorang isteri yang menyediakan segelas air untuk suaminya akan mendapat pahala berpuasa sunat setahun. Kalau dia mengurut badan suami tanpa disuruh, isteri itu mendapat pahala tujuh ketul emas, dan kalau isteri itu mengurut dengan permintaan suaminya, isteri itu mendapat pahala tujuh ketul perak.

p/s

"Wahai orang yang berselimut,bangunlah sembahyang tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat). Iaituseparuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit daripada separuh itu. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: danbacalah al-Quran dengan 'Tartil' (perlahan-lahan). Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yangberat (wahyu yang mengandungi perintah yang berat). Sesungguhnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuatkesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya". (Surah Al-Muzzammil, ayat 1-6)

memang sesungguhnye, bangun malam (qiammulail adalah suatu nikmat yang tak dapat diungkapkan) sangat sukar diungkapkan dengan kata-kata.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 04-04-08 07:29


'Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa'

Ameen.... Ya Mujibbusaillin


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 04-04-08 07:32


Pada 03-04-08 22:57 , asroal posting:

!!! QUOTE !!!

Kenapa Kalau bangun tengok bola bersengkang mata kui 2 3 pagi,ramai yang sanggup(untuk kaum lelaki lah),tapi Kalau nak bangun solat tahajud,masyaallah liat sungguh...Kalau nak tengok bola boleh pula bangun,siap kunci jam,tapi Kalau nak bangun solat,alarm bunyi pun buat-buat tak dengar jerrr........marilah kita sama-sama renungkan dan muhasabah diri ke arah menjadi hamba yang bersyukur..ku dambakan keluarga yang sakinah..insyaAllah,amin..:-)


kena batang idung sendiri ni....

:-D :-D :-D

insaf 3x

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 04-04-08 07:38


Petua Bangun Malam

Petua dari Imam Al-Ghazali...

1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.

2. Jangan tinggalkan tidur qailulah di siang hari.

3. Mengetahui dan menginsafi benar-benar keutamaan solat malam dengan mentadabburi selalu ayat-ayat Qur’an dan hadis-hadis serta kisah-kisah salafussoleh berkenaan dengan bangun malam.

4. Meningkatkan rasa cinta kepada Allah, rasa cinta yang sebenar-benarnya. Istiqamah dalam beribadah di waktu malam itu merupakan anugerah yang Allah berikan kepada kekasih-kekasih-Nya. Bersihkanlah diri dan hati daripada unsur-unsur syirik baik yang nyata atau yang tersembunyi, dan peliharalah ibadah sebelumnya, sesungguhnya seseorang yang berat beban dosanya dari amalan yang dilakukan sebelum tidurnya itu pasti memberatkannya untuk bangkit berkhalwah dengan Allah yang Maha Suci di malam hari.

p/s

Dari Abu Hurairah .a katanya; "Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam bersabda; "Syaitan itu memberikan ikatan pada hujung kepala seseorang di antara engkau semua sebanyak tiga ikatan, jikalau ia tidur. Ia membuat ketentuan pada setiap ikatan itu dengan kata-kata yang berbunyi;" Engkau memperoleh malam panjang, maka tidurlah terus!" Jikalau orang itu bangun lalu berzikir kepada Allah ta'ala maka terurailah sebuah ikatan dari dirinya, selanjutnya jikalau dia terus berwudhu', lalu terurai pulalah ikatan satunya lagi dan seterusnya, jikalau ia bersolat, maka terurailah ikatan seluruhnya, sehingga berpagi-pagi ia telah menjadi bersemangat serta berhati gembira. Tetapi jikalau tidak sebagaimana yang tersebut di atas, maka ia berpagi-pagi menjadi orang yang berhati buruk serta pemalas." (Muttafaqun 'alaih).


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-04-08 09:12


Pada 04-04-08 07:38 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

Petua Bangun Malam

Petua dari Imam Al-Ghazali...

1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.

2. Jangan tinggalkan tidur qailulah di siang hari.

3. Mengetahui dan menginsafi benar-benar keutamaan solat malam dengan mentadabburi selalu ayat-ayat Qur’an dan hadis-hadis serta kisah-kisah salafussoleh berkenaan dengan bangun malam.

4. Meningkatkan rasa cinta kepada Allah, rasa cinta yang sebenar-benarnya. Istiqamah dalam beribadah di waktu malam itu merupakan anugerah yang Allah berikan kepada kekasih-kekasih-Nya. Bersihkanlah diri dan hati daripada unsur-unsur syirik baik yang nyata atau yang tersembunyi, dan peliharalah ibadah sebelumnya, sesungguhnya seseorang yang berat beban dosanya dari amalan yang dilakukan sebelum tidurnya itu pasti memberatkannya untuk bangkit berkhalwah dengan Allah yang Maha Suci di malam hari.

p/s

Dari Abu Hurairah .a katanya; "Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam bersabda; "Syaitan itu memberikan ikatan pada hujung kepala seseorang di antara engkau semua sebanyak tiga ikatan, jikalau ia tidur. Ia membuat ketentuan pada setiap ikatan itu dengan kata-kata yang berbunyi;" Engkau memperoleh malam panjang, maka tidurlah terus!" Jikalau orang itu bangun lalu berzikir kepada Allah ta'ala maka terurailah sebuah ikatan dari dirinya, selanjutnya jikalau dia terus berwudhu', lalu terurai pulalah ikatan satunya lagi dan seterusnya, jikalau ia bersolat, maka terurailah ikatan seluruhnya, sehingga berpagi-pagi ia telah menjadi bersemangat serta berhati gembira. Tetapi jikalau tidak sebagaimana yang tersebut di atas, maka ia berpagi-pagi menjadi orang yang berhati buruk serta pemalas." (Muttafaqun 'alaih).




Syukran akhi.... :sopan: :sopan:


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-04-08 09:19


Pada 03-04-08 22:10 , simpLe_sHida posting:

!!! QUOTE !!!



“Wahai jiwa yang tenang kembalilah kamu kepada Tuhanmu dalam keadaan kamu redha dan diredhai. Masuklah dalam hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (Al-Fajr: 27-30)

amin....

* so.. boleh memiscall kawan-kawan ajak qiam.. au bagi sms di awal pagi..
erm... jom infak at least sebulan sekali.. hantar tazkirah.. ajak puasa etc pada kawan.kawan....



satu saranan yang baik.....

"Dan (tetaplah) memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman."
adz-dzaariat ayat 55


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

Al-Mashoori
WARGA SETIA
Menyertai: 12.07.2006
Ahli No: 25170
Posting: 483
Dari: Bandar Baru Gaza

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 04-04-08 12:04


Tersenyum seorang-seorang bila membaca topik ni. Tak dapat dibayangkan betapa besarnya ganjaran yang Allah beri kepada hamba-hambaNya yang bangun malam. Ana dari dulu lagi berangan nak bangun malam tiap-tiap malam. Tapi tu lah, matlamat terlampau tinggi sampai sekarang ni pun tak jadi-jadi :cry: :cry: :cry:

ps- Teringat kisah tentera Muhammad Al-Fateh menawan kota Constantinople


-----------------
zwani.com myspace graphic comments


Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MashooriProfil   Hantar PM kepada Al-Mashoori   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 07-04-08 06:31


Dari Ummah Al-Bahili dari Rasulullah s.a.w ;"Hendaklah kamu melazimkan (qiamulail) sembahyang malam. Sebab itu adalah amalan orang-orang soleh sebelum kamu. Ia menghampirkan kamu dengan tuhan, menebus keburukan (kamu) dan mencegah dari melakukan dosa."

( Riwayat At-Tarmizi )

Ya Allah, ya tuhanku kurniakan ku kemanisan iman.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 07-04-08 06:33


Rasulullah salallahulaihiwassalam bersabda;

"Keutamaan sembahyang malam dari sembahyang siang adalah seperti keutamaan bersedekah secara senyap-senyap dari bersedekah terang-terang."

( Riwayat Tabrani )

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 07-04-08 06:37


Sahl bin Saad .a. menerangkan (pada suatu ketika) Jibril datang menemui Rasulullah sambil mengingatkan beliau,"Wahai Muhammad, hiduplah semahu mu namun engkau pasti mati. Berbuatlah (apa sahaja) sekehendak mu, sesungguhnya perbuatan mu akan dibalas. Cintailah juga siapa yang engkau mahu, namun engkau pasti berpisah juga dengannya. Ketahuilah bahawa kemuliaan seorang mukmin itu pada sembahyang malam dan kehormatan (harga) dirinya ialah dengan tidak meminta- minta pada orang lain."

( Riwayat Tabrani )

Ya Allah, ya rabb kurniakan ku cinta yang hakiki


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 07-04-08 06:43


Abu Darda' meriwayatkan sabda Rasulullah salaallahualaihiwassalam;

"Tiga golongan yang Allah kasihkan kepada mereka; Allah gemar/gembira dengan mereka.

1) Orang yang pasukannya hampir kalah tetapi terus berperang (menggadaikan) nyawanya demi Allah s.w.t. Tekadnya ialah sama ada ia terkorban (syahid) atau dimenangkan oleh Allah dan diselamatkan olehNya. Sehingga Allah berkata; "Lihatlah kalian kepada hamba mu ini, demikian sabarnya dia demi aku."

2) Orang yang punya isteri rupawan dan tilam yang empuk nyaman namun ia bangun sembahyang malam."Allah sampai berkata,"(demikian sekalian dia), ia sanggup meninggalkan nafsu syahwatnya dan mengingat Aku, pada hal jika dia mahu, dia boleh terus tidur."

3) Dan orang yang dalam perjalanan bersama teman-teman. Mereka berjaga (kerana perjalanan), kemudian mereka tidur, namun ia bangun bersembahyang di larut malam dengan payah dan mudah."
                                            
( Riwayat Tabrani )

Ya Allah, kurniakan kepada kami kekuatan laksana Panglima Perang Sallahuddin Al-Ayubi, kurniakanlah kemenangan kepada Islam seluruhnya.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

sss_89
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.12.2006
Ahli No: 27711
Posting: 82
Dari: mana-mana saja

Kelantan  


posticon Posting pada: 07-04-08 07:32


huhhuhuhu....
ceh....kenapa susah sangat nak ngun mlm ni....
ni ...kes tidur lewat lani....
tapi...kat asrama tak pula susah bangun...
rindunyer....bila melihat kawan-kawan ana tiap-tiap hari bangun malm..
bila pula nak merasa...ek..
huhuhuhuu

thanks....akhi Daeng.....
sebab bawa hadis2 tu......

Bookmark and Share

    


  Member Information For sss_89Profil   Hantar PM kepada sss_89   Quote dan BalasQuote

setanggi_syurga83
WARGA SETIA
Menyertai: 10.03.2006
Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 07-04-08 12:30


Masyaallah..begitu indahnya kehidupan jika islam terus disemai dan disuburkan dalam keluarga..Jika seorang hamba Allah itu memperbaiki hubungannya dengan Penciptanya..Maka Dia akan memperbaiki hubungan hambanya dengan hamba2 yang lain..Insyaallah akan cuba istiqamah mempraktikkan solat mlm :-)


-----------------
-StaIrWays To HeaVen-http://nurfazilah.hadithuna.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggi_syurga83Profil   Hantar PM kepada setanggi_syurga83   Pergi ke setanggi_syurga83's Website   Quote dan BalasQuote

izzahtulsakinah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.11.2006
Ahli No: 27515
Posting: 112
Dari: Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-04-08 12:51


Manisnya tahajjud

Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Di muka langit bertaburan
bintang-bintang yang berkelipan, disisi bulan yang terang benderang.
Untuk apakah Allah s.w.t jadikan malam? Ada waktu malam yang dihiasi
dengan munajat kepada Allah s.w.t dan ada malam yang dihiasi dengan
derhaka kepada Allah s.w.t. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan
permai kerana ia bergantung kepada penghuni-penghuninya.

Bagi orang-orang yang soleh merindui malam ibarat pengantin menanti
malam pertama. Kerana pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra
dengan Tuhannya. Pada waktu malam tiada kebisingan kecuali mereka
mengadu dan bermunajat kepada Tuhannya.

Kalau sepasang kekasih mencari waktu malam untuk memadu kasih, maka
tidak hairan kalau orang-orang yang soleh juga menggunakan waktu malam
untuk memadu cinta sejati dengan Allah s.w.t. Berkata Al Fudhail bin
Iyadh, "Apabila terbenam matahari maka saya gembira dengan gelap. Dan
apabila terbitnya matahari maka saya berdukacita kerana datangnya
manusia kepadaku!" Abu Sulaiman pula berkata, "Jikalau tidaklah kerana
malam nescaya saya tidaklah menyukai tinggal di dunia ini."

Selain dari keheningan malam yang ada pada waktu malam, Allah juga
menurunkan malaikat-malaikat pada malam hari untuk memberi rahmat kepada hamba-hambaNya yang sedang beribadah. Malaikat akan turun ke bumi mencari manusia-manusia yang menghidupkan malam dengan ibadah
untuk diberi rahmat dan diaminkan doanya.

Pada waktu malam juga akan ada satu detik di mana barangsiapa yang
berdoa ketika itu akan dikabulkan segala hajatnya. Solat yang didirikan
pada waktu malam juga lebih banyak manfaat dan lebih pahalanya. Sabda
Rasulullah bermaksud: "Dua rakaat yang dikerjakan oleh hamba pada waktu
tengah malam adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya. Dan kalaulah
tidak memberi kesukaran kepada umatku, nescaya saya wajibkan kedua
rakaat itu atas mereka."

Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: "Kerjakan solat dua rakaat dalam
kegelapan malam untuk kesuraman kubur."

Maka sebaik-baik pengisian waktu malam ialah dengan mendirikan ibadah
solat. Allah memberi pandangan kepada golongan ini kerana mereka telah
sanggup meninggal keenakan dan keselesaan beristirehat untuk bangun
mengabdikan diri sebagai seorang hamba. Di tengah-tengah kesejukan dan
kedinginan malam, maka golongan ini telah membasuh diri dengan wudhuk
dan berdiri serta sujud kepada Allah s.w.t. Untuk melakukan pekerjaan
ini bukannya mudah. Ia memerlukan kegigihan pada hati serta hidup
cintanya dengan Tuhan. Sebab itu Allah menyediakan sebuah syurga bagi
hamba-hambaNya yang menghidupkan malam.

Meskipun itu adalah janji dari Allah s.w.t. kepada kita namun kepayahan
untuk menghidupkan malam lebih ketara lagi kerana syaitan turut
memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh menghalang
manusia melakukannya.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Diikat oleh syaitan di atas
seseorang kamu dengan tiga ikatan apabila ia sedang tidur. Maka syaitan
memukul tiap-tiap tempat ikatan tersebut sepanjang malam sehingga
tertidurlah kamu.
Kalau kamu terbangun dan berzikir kepada Allah s.w.t nescaya terbukalah
satu ikatan. Kalau berwuduk nescaya terbukalah satu ikatan lagi dan
kalau bersolat nescaya terbukalah semuanya. Sehingga kamu menjadi rajin
dan baik jiwanya. Kalau tidak yang demikian nescaya menjadi keji jiwa
dan malas."

Bila dilihat dari segi halangan-halangan yang terpaksa ditempuhi oleh
seseorang yang mahu menghidupkan malam dengan ibadah, maka tidak salah
kalau diletakkan mereka dealam golongan mnusia yang berjiwa gigih dan
hidup cintanya dengan Allah s.w.t. Golongan ini juga telah mewarisi
pekerjaan orang-orang soleh.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Haruslah kamu bangun malam
kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu.
Sesungguhnya bangun malam adalah mendekatkan diri kepada Allah
Azzawajalla, menutup segala dosa, menghilangkan segala penyakit pada
tubuh dan mencegah daripada dosa."

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzahtulsakinahProfil   Hantar PM kepada izzahtulsakinah   Pergi ke izzahtulsakinah's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-04-08 13:58


Firman Allah Taala pada memuji kaum mukminin:

'Mereka mempergunakan hanya sedikft saja dan waktu malam untuk tidur Dan di tengah malam, mereka sentiasa memohon ampun".

(Isra': 79)

Bersabda Rasulullah pula:

"Sembahyang yang palmg utama sesudah sembahyang fardhu ialah sembahyang di tengah malam."

Tersebu{ di dalam suatu atsar; Orang yang suka banyak tidur di waktu malam akan~atang di han kiamat sebagai seorang fakir.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-04-08 14:01


Sabda Rasulullah s.a.w.

"Manusia akan dikumpulkan (di han kiamat) pada suatu padang (Mahsyar), IaIu suatu suara menyeru: Mana dia orang~rang yang telah meninggalkan tempat tidurnya (kerana beribadat di tengah malam)? Mereka Ialu tampil ke hadapan dalam bilangan yang kecil saja lalu mereka dibenarkan masuk syurga tanpa hisab lagi"


COPY PASTE.............

TAHAJUD (SOLAT MALAM)- DARI PERPEKSTIF PERUBATAN
Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai shalatulail. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat .a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.

TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD
Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja. Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam. Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang athlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan. Mengikut kajian ahli perubatan Barat, sebelum kita merasa hendak tidur, mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk ( drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu.

Tidur Tao, Confucious dan Sikh.
Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti 'berzikir' dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antara agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao, Confusies dan Sikh.

PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT
Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang.
Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab :
" The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep."
Maksudnya " Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur."
"The heights by great main reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night." - Longfellow
Maksudnya " Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. "
Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.

Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur. Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui. Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dan gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidak merasa nikmat oksigen ini.

RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT
Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan. Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin. Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kak, dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan. Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawahan lain-lain otot lagi. Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain.

Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita. Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam. Abdullah Ibnu Umar .a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : " Zikir yang termulia ialah lah ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar."

Moga Ada Manfaat

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.142538 saat. Lajunya....