Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-04-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda taknak bekerja, carilah duit sebanyak-banyaknya; nanti anda tak perlu bekerja
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 35
Ahli: 0
Jumlah: 35




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 27 hari yang lalu
ronniefinancehome: 38 hari yang lalu
MTMKi: 48 hari yang lalu
usop79: 49 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Dakwah Rasulullah secara sembunyi


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Dakwah Rasulullah secara sembunyi

Please Mendaftar To Post


Oleh Dakwah Rasulullah secara sembunyi

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 08-02-08 08:16


WAHAI orang yang berselimut, bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia) (al-Muddatstsir: 1)

SEMENJAK mendapat wahyu pertama di Gua Hira’, Rasulullah telah bersedia untuk memulakan tugasnya. Baginda akan menyeru manusia ke jalan yang benar. Wahyu daripada Allah terus turun tanpa henti.

Pada peringkat awal kerasulan, baginda tidak menyebarkan dakwah Baginda secara terang-terangan. Begitu juga dengan isteri Baginda iaitu Khadijah. Khadijah ialah orang yang mula-mula sekali memeluk agama Islam. Baginda dan Khadijah tahu jika mereka menghebahkan perkara ini, masyarakat Quraisy akan gempar. Kemungkinan kota Mekah akan menjadi kacau bilau.

Baginda hanya berdakwah kepada kaum keluarga dan kawan rapat sahaja. Ali bin Abu Talib ialah sepupu Baginda. Ali masih seorang kanak-kanak ketika dia memeluk agama Islam. Zaid bin Harithah adalah pembantu yang sangat disayangi oleh Baginda. Zaid adalah antara yang terawal beriman kepada Allah.

Abu Bakar merupakan sahabat karib Baginda. Sejak kecil lagi mereka telah berkawan dan membesar bersama-sama. Hubungan mereka sangat akrab. Oleh itu, apabila Baginda menjelaskan kepada Abu Bakar tentang agama Islam, Abu Bakar menunjukkan minat. Apabila Baginda mengajak Abu Bakar memeluk Islam, Abu Bakar terus akur. Beliau mengaku dan beriman kepada Allah.

Abu Bakar adalah seorang hartawan yang terkenal di kota Mekah. Masyarakat Quraisy sangat menghormati Abu Bakar. Abu Bakar sangat pemurah dan suka menolong orang susah. Semua kawan-kawan dan saudara mara Abu Bakar sangat sayang kepadanya.

Abu Bakar giat membantu Nabi berdakwah. Beliau mengajak kawan-kawannya menghentikan penyembahan berhala. Hanya Allah yang layak disembah. Usaha Abu Bakar tidak sia-sia. Ramai kawan-kawan Abu Bakar memeluk Islam. Semua ini kerana kegigihan berdakwah tanpa jemu.

Secara perlahan-lahan, islam mula tersebar di kalangan masyarakat Quraisy. Pengikut Baginda bertambah dari seorang demi seorang. Baginda pula terus menerima wahyu yang diturunkan oleh Allah.

Islam di kota Mekah disebarkan secara sulit. Pengikut-pengikut Baginda menyembunyikan perkara ini kerana takut diketahui oleh para pemimpin Quraisy. Jika rahsia itu bocor, para pemimpin tersebut tentu tidak akan berdiam diri. Mereka pasti akan mencederakan Baginda.

Islam terus berkembang ibarat benih yang dicampakkan ke tanah yang subur. Baginda tidak jemu-jemu berdakwah dan mengajak masyarakat Mekah menyembah Allah. Namun, baginda masih melakukan secara bersembunyi. Para pengikut Baginda pun turut membantu. Mereka menyebarkan Islam dengan bersungguh-sungguh.

PENGAJARAN

Jika kita sabar dan tabah dalam melakukan sesuatu perkara, nescaya ia akan berhasil juga suatu hari nanti.

PERBENDAHARAAN KATA

gempar: huru-hara

akrab: karib

giat: bersungguh-sungguh

sulit: bersembunyi

subur: banyak mengandungi galian untuk tanaman

INFORMASI

Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu pertama di Gua Hira’. Sehingga kini, Bukit Hira’ sering dikunjungi oleh orang Islam dan dikenali dengan nama Jabal Nur (Bukit Cahaya). Antara yang terawal menerima Islam ialah;

- Khadijah binti Khuwailid

- Ali bin Abi Talib

- Zaid bin Harithah

- Abu Bakar as-Siddiq

- Uthman bin Affan

- Zubair bin Awwam

- Abdul Rahman bin Auf

- Saad bin Abi Waqqas


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 08-02-08 08:31


bila menghayati sirah dakwah rasulullah....
sedihnya rasa... bukan main susah rasulullah menegakkan syiar islam...

betapa membangun dan berjayanya umat islam zaman tu...

tapi sekarang ni, walaupun islam dah tersebar ke serata dunia, umat islam tak menghargai "islam" hari ni...

kalau RASULULLAH masih ada, tentu sedih RASULULLAH tengok ummat hari ni.. :roll: :roll:



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 08-02-08 08:54


aduh baru teringat buku sirah Rasulullah..
semangat saja beli tapi tak pernah baca lagi..

sedih dengar kisah detik kewafatan Rasulullah..
saat2 menghembuskan nafas terakhir, umat yang diingati..
dalam tu siapa ya sahabat yang menangis bila turun ayat Quran yang terakhir..
ayat dalam surah maidah ke :berfikir:
tentang Islam dah sampai tahap sempurna ..
semua orang gembira bila turunnya ayat itu
tapi dia pula menangis sebab bila sesuatu dah mencapai tahap puncak kesempurnaan,
pasti tak lagi naik tapi akan turun...


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 08-02-08 09:01


erm..memang sedih baca kisah detik kewafatan Rasulullah..
walaupun dah banyak kali baca...

surah apa ye? tak tahu pula..

erm..semoga Islam kembali gemilang sebagaimana yang telah dijanjikanNya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 08-02-08 09:10


saya bukan baca.. dengar ceramah..
tapi dalam laptop satu lagi yang hancur kena virus..
tak dapat diselamatkan ceramah2 dan lagu2 nasyidku :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

adam_muslimin
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2006
Ahli No: 27068
Posting: 714
Dari: [email protected]

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 15-08-08 15:41


assalamualaikum...

diantara tahapan-tahapan dakwah rasul...iaitu sirriyatud da'wah( dakwah secara rahsia ). semasa tahapan ini sahabat yang mula-mula masuk islam beribadah di lorong2 makkah secara sembunyi dari pandangan orang-orang quraisy..
da'wah pada tahap ini menghasilkan seramai 40 org islam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For adam_musliminProfil   Hantar PM kepada adam_muslimin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.085876 saat. Lajunya....