Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila kita terlalu sibuk memikirkan kedudukan diri; kita lupa tanggung jawab kita yang sebenar
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 204
Ahli: 0
Jumlah: 204




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: bantu saya 1(valentine day)


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» bantu saya 1(valentine day)

Please Mendaftar To Post


Oleh bantu saya 1(valentine day)

Mulya
WARGA SETIA
Menyertai: 10.09.2007
Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN

indonesia  


posticon Posting pada: 06-02-08 11:11


aslmkm..
tak lama lagi 14 hb february...akan ramai rakan-rakan kita yang merayakan hari kasih sayang tu...berikan pendapat saudara...dan apa yang kita kena buat untuk bantu mereka..jangan jadikan diri kita seperti orang nasrani dan yahudi...
peluang jihad...jom...

Bookmark and Share

    


  Member Information For MulyaProfil   Hantar PM kepada Mulya   Pergi ke Mulya's Website   Quote dan BalasQuote

aishahumaira
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.11.2004
Ahli No: 12482
Posting: 48
Dari: U.M.T --

Terengganu  


posticon Posting pada: 09-02-08 13:02


paling minima dalam masa yang singkat, edaran risalah berkaitan valentine dan pendekatan cinta, sebaran besar-besaran forward email, dan pergi letak poster sejarah valentine kat kedai bunga dan kedai coklat.

lojik ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For aishahumairaProfil   Hantar PM kepada aishahumaira   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 09-02-08 13:12


ala..baritahu pun buat derk juga..
yang penting kita doa sama-sama supaya kawan-kawan seislam kita tak terlalu taksub dengan sambutan valentine ni..

p/s:kalau u wish happy valentine day kat i,seminggu i tak sms,call u.. :-D


-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -


Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 09-02-08 14:52


Assalamualaikum
mungkin cara aishahumaira tu boleh dipertimbangkan.....biasanya begitu lah yang orang buat...

cuma mungkin tak sampai lagi agaknya..tahap letak sejarah valentine di kedai coklat mahupun bunga ataupun stoberi..... :kelip:
juga doakanlah kepada kawan-kawan kita agar mereka sentiasa dilindungi Allah dan diberi hidayah agar mereka menyedari kesilapan mereka....



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-02-08 14:59


yang awak boleh lakukan adalah dengan menyebarkan fatwa diharamkan sambutan valentines day melalui emel, sms, friendster, atau blog, atau forum dan segala wasilah yang ada...

Kalau nak ambik mikrofon kendian buat pengumuman kat masjid bagus jugak... :D

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-02-08 15:56


We all dulu tampal saja asal-usul valentine day tu...tampal kat semua board kolej...siap ada yang kena cabut dengan budak kristian lagi....
tapi perkara tu...org islam mesti tau....Ramai sangat umat islam sambut ni....

tak perlu hari2 tertentu untuk menunjukkan sayang....
--Tiap hari sayang-


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

yusuf
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.01.2007
Ahli No: 28222
Posting: 35
Dari: kuching...

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 09-02-08 17:24


Pada 09-02-08 14:59 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

yang awak boleh lakukan adalah dengan menyebarkan fatwa diharamkan sambutan valentines day melalui emel, sms, friendster, atau blog, atau forum dan segala wasilah yang ada...

Kalau nak ambik mikrofon kendian buat pengumuman kat masjid bagus jugak... :D



..Assalamualaikum

bagus juga cadangan ini.. :-)


-----------------
~Sleep In Peace ALLAH Is Awake~...


Bookmark and Share

    


  Member Information For yusufProfil   Hantar PM kepada yusuf   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-02-08 17:31


PERINGATAN BUAT PUTERA PUTERI ISLAM

Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:

``Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.''

Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom.

``Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama.

Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II.

Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.

Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka.

Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.'

Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.

Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine' sesama pasangan mereka.

Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.

Harussani turut menyeru umat Islam agar tidak sesekali meniru budaya asing dan ternyata bercanggah itu apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan.

``Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala.

``Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara se-Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya sudahpun jatuh haram. Jadi amalan atau budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik,'' kata beliau.

Menurut Harussani, Islam turut menggalakkan umatnya mengasihi sesama mereka secara ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka.

``Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia,'' kata beliau.


SILALAH SEBARKAN - Tak silap den mufti kat negeri memasing pun ado beritahu kan :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

aishahumaira
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.11.2004
Ahli No: 12482
Posting: 48
Dari: U.M.T --

Terengganu  


posticon Posting pada: 10-02-08 08:49


sebarkan2...
biar buat yang sedikit daripada tak buat langsung.

Bookmark and Share

    


  Member Information For aishahumairaProfil   Hantar PM kepada aishahumaira   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 10-02-08 08:56


sebenarnya mengenal apa itu istilah valentine masa kat matriks..
sblm2 tu macam seingat2 lupa..memang tak tahu..
hMm,

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

Mulya
WARGA SETIA
Menyertai: 10.09.2007
Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN

indonesia  


posticon Posting pada: 11-02-08 09:29


terima kasih pada semua...semoga allah bantu kita...teruskan...berbuat dari sekarang..

Bookmark and Share

    


  Member Information For MulyaProfil   Hantar PM kepada Mulya   Pergi ke Mulya's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 11-02-08 11:50


assalamualaikum wbt mari donload risalah pengharaman valentine, fatwa2 ulama dan hujah2 pengharamannya untuk format pdf klik

http://www.4shared.com/file/37384741/3570f637/valentine.html?dirPwdVerified=967660b7    untuk format publication klik

http://www.4shared.com/file/17749798/172c4069/valetine.html?dirPwdVerified=967660b7

Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 11-02-08 13:01


Salam, dalam berdakwah ni kita kena juga kreatif dan menggunakan pendekatan yang pelbagai... Di samping kita sebarkan fatwa tentang keharaman valentine, saya berpandangan ada eloknya juga kalau kita sebarkan juga pengertian cinta menurut Islam. Kita sampaikan kepada mereka bahawa cinta sejati adalah cinta kepada Allah...

Saya percaya, yang menyambut valentine's day ni bukannya kerana mereka beriman kepada hakikat di sebalik sambutan tersebut. Sebaliknya kebanyakan mereka menyambutnya kerana kononnya nak membuktikan cinta mereka kepada kekasih masig-masing...

Kalau kita datang-datang kat mereka lalu terus katakan haram sambut valentine, tak berhikmahlah jadinya... Bukan semua yang berkefahaman dan berkesedaran Islamik seperti kalian... Please bear this in mind...

Seperkara lagi, janganlah jadikan dakwah bermusim pula ye... Misalnya bila sambutan tahun baru, merdeka, ataupun valentine's barulah kita nak berdakwah... Sewajarnya kita berterusan dalam berdakwah sepanjang tahun (ikut kemampuanlah...). Dengan ini, barulah mereka akan nampak kesungguhan kita. Barulah mudah nak menyampaikan mesej kepada mereka. Lebih afdal sekiranya kita bina hubungan dengan mereka terlebih dahulu...

Tak semestinya kita mesti pergi ke sarang-sarang maksiat... Sebaliknya kita boleh saja berdakwah di mana-mana... Janganlah sampai mengabaikan rakan-rakan dan jiran-jiran kita di lokaliti masing-masing dek kesibukan berdakwah di lapangan. Bahkan bagi saya ini lebih aula berbanding berdakwah di tempat-tempat lain... Kerana kita lebih memahami mad'u di tempat kita sendiri. Dengan itu, kita boleh tailor approach kita sesuai dengan keadaan mereka. Mungkin ada yang tak bersetuju dengan pendapat saya ni, terpulanglah. Ini sekadar cetusan daripada saya...

Kalau kita lihat, tabligh pun sebenarnya mengutamakan lokaliti masing-masing dalam berdakwah... Sebab saya pernah bertanya kepada seorang karkun (merangkap senior saya), Kenapa keluar satu hari, tiga hari, 4 bulan dan sebagainya? Jawabnya supaya kita dapat belajar lalu kita praktikkan di tempat kita...
Mereka juga menekankan aspek qudwah hasanah. Akhlak dipelihara, study ditekankan sebaik mungkin... Bukanlah saya nak katakan tabligh-lah yang terbaik, tapi sekadar nak berkongsi dengan kalian semua...

Saya percaya, ramai yang jauh lebih arif dalam soal dakwah ini, terutamanya dalam hal-hal dakwah fardiyah...

Pokoknya di sini, kita mestilah kreatif dan tidak rigid serta stereotype semata-mata. Yang penting, pendekatan tu kenalah berlandaskan syarak ye...

Seperkara lagi, gejala sebegini tidak akan pernah selesai sekiranya penguatkuasaan tidak dilaksanakan... Kita semua tahu batas-batas pergaulan lelaki-perempuan, tapi berapa ramai yang patuh kepadanya? Sebab tu lah diperlukan kepada penguatkuasaan. Tapi dalam masa yang sama, proses mendidik juga berjalan. Inilah penyelesaian kaffah daripada Islam...

Masalahnya sekarang ,undang-undang syariah sekarang ni bukanlah undang-undang yang sebenarnya.Sebaliknya telah banyak dicampur dengan kaedah serta bentuk-bentuk hukuman sivil...

Bagaimana nak mengubahnya? Tentulah melalui perubahan total dalam sistem yang mengatur kehidupan kita...


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 11-02-08 13:03


Dalam Kutbah Jumaat, sepupu teman ada Highlight dalam Kutbahnye, direct saja highlight tak ada sembunyi2 takut salah dan urang kerajaan band....


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 11-02-08 13:47


Pada 11-02-08 13:03 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

Dalam Kutbah Jumaat, sepupu teman ada Highlight dalam Kutbahnye, direct saja highlight tak ada sembunyi2 takut salah dan urang kerajaan band....



Salam, baguslah sebab beliau mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian (berkhutbah). Tapi tak semua orang boleh berkhutbah dan berceramah... Jadi kenalah manfaatkan segala kelebihan yang ada...

Kalau saya tiba-tiba datang depan kawan saya yang bercouple dan nak sambut valentine's, lalu bacakan khutbah berkenaan fatwa pengharamannya, tak kenalah jadinya...


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

riniey
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22591
Posting: 292

botswana   avatar


posticon Posting pada: 11-02-08 15:34


assalamualaikum....

mm.... memang sekarang ni ramai sangat umat islam yang merayakan hari valantine day tu. pelik betul. Kenapa harus ikut orang2 yahudi? kalau bab-bab hari valantine day cepat saja ikut. tapi kalau pergi masjid @ ceramah macam-macam alasan diberi. itulah lumrah anak muda zaman sekarang. hanya mengejar duniawi semata-mata. membe2 ana pun ramai yang macam tu. bila dinasihat dikatanya kita kolot dan tak mengikut peredaran zaman. entahlah... ana pun sedih...moga dijauhkan ana daripada sifat macam tu... wallahualam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rinieyProfil   Hantar PM kepada riniey   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.116148 saat. Lajunya....