Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Seekor ikan di tangan lebih berharga dari dua ekor ikan di kolam
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 138
Ahli: 0
Jumlah: 138




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 18 jam, 16 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Kelakar
Topik: Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kelakar
    »» Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?

Please Mendaftar To Post


Oleh Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-02-08 18:03


Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional Kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan Kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese – The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya... ......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

     Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya – bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh
orang lain yang belum tentu cukup bersih.

     Kedua:     Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya
seorang saja yang menggunakannya – tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya
                    
     Ketiga:     Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.... ......... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.... .........

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya Kenapa mereka berbuat begitu...... ......... ..

:welcome:

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

beeman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.02.2008
Ahli No: 32524
Posting: 116
Dari: atas pokok

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 04-02-08 19:40


hormat mengormati antara stu dengan lain tu budaya islam juga.

aku dengar Nabi pernah bersabda,kata baginda "siapa yang tidak mengasihi tidak dikasihi"

aku suka cerita ni.banyak pengajaran...

Bookmark and Share

    


  Member Information For beemanProfil   Hantar PM kepada beeman   Quote dan BalasQuote

airbiru
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.01.2005
Ahli No: 13948
Posting: 52
Dari: Japan

japan  


posticon Posting pada: 04-02-08 21:17


makan dengan tangan tu sunnah Nabi saw...

Bookmark and Share

    


  Member Information For airbiruProfil   Hantar PM kepada airbiru   Quote dan BalasQuote

hilyah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.01.2007
Ahli No: 28324
Posting: 30
Dari: bumi AL-KHALIQ

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 05-02-08 15:12


assalamulaikum
bagus betul cerita rimbabara
sangat menarik tersenyum lebar bila membaca jawapan tengku kudin
jelas dan terang jawapan nya tapi penuh makna tersirat disebaliknya

Bookmark and Share

    


  Member Information For hilyahProfil   Hantar PM kepada hilyah   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-02-08 16:31


dari awal lagi saya tercari2 di manakah yang kelakarnya? so, is this based on a true story or does it actually meant for laughs? (I didn't find anything amusing though)..


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

addinulhuda
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2007
Ahli No: 31217
Posting: 664
Dari: ~bumi bertuah~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-02-08 16:36


Pada 05-02-08 16:31 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!

dari awal lagi saya tercari2 di manakah yang kelakarnya? so, is this based on a true story or does it actually meant for laughs? (I didn't find anything amusing though)..



dia tersalah post agaknya kak..


-----------------
~membangun bersama islam~


Bookmark and Share

    


  Member Information For addinulhudaProfil   Hantar PM kepada addinulhuda   Pergi ke addinulhuda's Website   Quote dan BalasQuote

khairani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.01.2008
Ahli No: 32319
Posting: 221
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-02-08 16:59


Assalamualaikum
rasanya makan dengan menggunakan tangan ni lebih kenyang berbanding dengan sudu selain mengikut sunnah nabi......

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairaniProfil   Hantar PM kepada khairani   Pergi ke khairani's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 05-02-08 17:24


Kenapa ya orang makan dengan tangan saya tengok hujung2 jari saja kena makanan..saya sampai sepanjang jari kena..hehe malu juga kadang-kadang..macam kebuluran..

oh ya orang kafir pun mengaku makan dengan tangan itu lebih mudah dan nikmat... :welcome:

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

syira_qistina
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2003
Ahli No: 4102
Posting: 777
Dari: tempat yang paling jem

Selangor  


posticon Posting pada: 05-02-08 20:01


Pada 05-02-08 17:24 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

Kenapa ya orang makan dengan tangan saya tengok hujung2 jari saja kena makanan..saya sampai sepanjang jari kena..hehe malu juga kadang-kadang..macam kebuluran..

oh ya orang kafir pun mengaku makan dengan tangan itu lebih mudah dan nikmat... :welcome:


hehe... kelakar lah kinah ni. tak apa..lama2 nanti mesti pandai.

P/S: anyway, nice story...walaupun tak kelakar... :-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For syira_qistinaProfil   Hantar PM kepada syira_qistina   Quote dan BalasQuote

aisya_aqmar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.08.2004
Ahli No: 10643
Posting: 195
Dari: pasir puteh ~ kaiy ell ~ k. tganu ~ next....?

Kelantan  


posticon Posting pada: 06-02-08 07:00


Pada 05-02-08 16:59 , khairani posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum
rasanya makan dengan menggunakan tangan ni lebih kenyang berbanding dengan sudu selain mengikut sunnah nabi......


setuju... makan dengan tangan lebih kenyang berbnding makan dengan sudu...


-----------------
~Islam is our way of life~

http://ungulavender.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For aisya_aqmarProfil   Hantar PM kepada aisya_aqmar   Quote dan BalasQuote

Fairuzfirdausi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5074
Posting: 304

japan  


posticon Posting pada: 06-02-08 07:43


Pada 05-02-08 17:24 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

Kenapa ya orang makan dengan tangan saya tengok hujung2 jari saja kena makanan..saya sampai sepanjang jari kena..hehe malu juga kadang-kadang..macam kebuluran..


aah..saya pun amazed dengan org yang makan hujung2 tangan ni..macam bersopan saja..saya pulak eheh,sama kes lah dengan sakinah :-P


-----------------
p(^_^)q
gambaru!!



Bookmark and Share

    


  Member Information For FairuzfirdausiProfil   Hantar PM kepada Fairuzfirdausi   Quote dan BalasQuote

biohazard
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.10.2007
Ahli No: 31483
Posting: 163
Dari: bumi

Perak  


posticon Posting pada: 11-02-08 18:57


makan dengan tangan lagi senang....kalau makan ayam senang sikit nak cubit...kalau pakai sudu dan garputak boleh nak cubit....mesti ada yang tertinggal sikit...kan...kan...kan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For biohazardProfil   Hantar PM kepada biohazard   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-02-08 21:01


COMEL saja... :-D


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

sikinshaharudin
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.11.2008
Ahli No: 36109
Posting: 87
Dari: zi ji l0ng p0

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 16-12-08 14:08


tapi kann........
tangan saya pernah jatuh dalam longkangg kottt.... :oops:


-----------------
senYum s0km0 =)


Bookmark and Share

    


  Member Information For sikinshaharudinProfil   Hantar PM kepada sikinshaharudin   Quote dan BalasQuote

arrantaui
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.12.2008
Ahli No: 36246
Posting: 99

blank   avatar


posticon Posting pada: 16-12-08 14:24


Ada orang yang terasa 'jijik' makan dengan tangan sendiri, tapi tak pula dengan tangan orang lain. Makanan yang sampai dalam pinggan kita tentu kena dengan tangan orang lain dalam prosesnya yang panjang itu sekalipun kita suapkannya guna sudu ke dalam mulut. Kecualilah kita tanam sendiri, tuai sendiri, masak sendiri.

Bookmark and Share

    


  Member Information For arrantauiProfil   Hantar PM kepada arrantaui   Quote dan BalasQuote

arrantaui
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.12.2008
Ahli No: 36246
Posting: 99

blank   avatar


posticon Posting pada: 16-12-08 14:30


Pada 05-02-08 16:31 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!

dari awal lagi saya tercari2 di manakah yang kelakarnya? so, is this based on a true story or does it actually meant for laughs? (I didn't find anything amusing though)..



Kelakarnya ada, tetapi telah bercampur baur dengan unsur-unsur lain.

Bookmark and Share

    


  Member Information For arrantauiProfil   Hantar PM kepada arrantaui   Quote dan BalasQuote

PUTERI_FUZA
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1975
Posting: 201
Dari: Perth, Australia

australia  


posticon Posting pada: 16-12-08 16:21


kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yang kiri. Ini adalah kerana enzim yang ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan “the first process of digestion”.

Bookmark and Share

    


  Member Information For PUTERI_FUZAProfil   Hantar PM kepada PUTERI_FUZA   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-12-08 16:47


betul itu memang ada logiknya di samping dapat pahala


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.251822 saat. Lajunya....