Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Fear is the path to the dark side. Fear leads to anger. Anger leads to hate. Hate leads to suffering.
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 254
Ahli: 0
Jumlah: 254




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: IMAM MASJIDIL HARAM MEMBERI AMARAN


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» IMAM MASJIDIL HARAM MEMBERI AMARAN

Please Mendaftar To Post


Oleh IMAM MASJIDIL HARAM MEMBERI AMARAN

nur-nur
Warga Rasmi
Menyertai: 27.07.2007
Ahli No: 30486
Posting: 11

Sabah  


posticon Posting pada: 03-02-08 18:58


JEDDAH: Imam Masjidil Haram, Dr Abdul Rahman Al-Sudais memberi amaran kepada umat Islam di seluruh dunia bahawa saudara mereka di Gaza menghadapi krisis kemanusiaan.

Beliau mengecam negara Barat yang kerap mengatakan mengenai hak asasi, kebebasan dan nilai demokratik, tetapi mendiamkan diri terhadap tindakan Israel menindas penduduk Palestin.

Dalam khutbah Jumaat kelmarin, Dr Abdul Rahman menggesa bantuan seperti makanan dan perubatan segera dihantar kepada penduduk Gaza.



"Saudara kita di Gaza sedang menghadapi kematian dan penghapusan, kebuluran dan terkepung... Selepas tuhan, hanya kita (saudara Islam) yang boleh meningkatkan semangat dan menyelamatkan mereka daripada bala ini," kata Dr Abdul Rahman dalam khutbah di Masjidil Haram yang ditujukan kepada umat Islam di seluruh dunia.

"Bantu mereka, kutip derma untuk mereka, terutama ketika cuaca yang amat sejuk sekarang. Mereka kini terpaksa mengharungi kehidupan tanpa bekalan elektrik dan ditimpa kebuluran dan kemiskinan.

"Mereka tiada bekalan air atau makanan dan perubatan. Sekatan ekonomi membuat hidup mereka perit," imam itu dipetik berkata oleh agensi berita Saudi Press Agency.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur-nurProfil   Hantar PM kepada nur-nur   Quote dan BalasQuote

bdk_kecik
Warga Rasmi
Menyertai: 09.01.2008
Ahli No: 32259
Posting: 11
Dari: gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-02-08 22:27


benar 2.. amerika hanya pandai bercakap daripada melakukan..
bush hanya mahu menarik hati rakyatnya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For bdk_kecikProfil   Hantar PM kepada bdk_kecik   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-02-08 23:20


teringat kata-kata baba

"kita ni asyik gaduh sesama kita.
tapi Kenapa tak ada seorang pun yang kedepan tembak saja si 'BUSUT' tu ye?"

tapi mama jawab balik

"hikmah disebalik kejadian hanya ALLAH sahaja yang mengetahui."

kami adik beradik terkebil2 sahaja depan tv tu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

beeman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.02.2008
Ahli No: 32524
Posting: 116
Dari: atas pokok

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 05-02-08 00:05


Assalamualaikum

Salam Palestin,


Entah mengapa hati ini berapi. Walaupun baru pulang dari program Interfaith(dialog antara agama) yang senantiasa membincangkan tentang keamanan sejagat, bergolak api dalam diri ini melihat nasib saudara se-Islam di Palestin. Mana tidaknya, apabila melihat situasi terkini di Palestin yang porak-peranda membuatkan diri ini rasa benci yang teramat sangat melihat 'musuh-musuh bertopeng' menindas rakyat Palestin yang tidak berdosa.


Pembebasan Gaza daripada cengkaman Fatah oleh Hamas telah membunuh Perjanjian Mekah yang dimeterai oleh Fatah dan Hamas bagi mewujudkan Kerajaan Perpaduan untuk rakyat Palestin. Apakah sebab kegagalan bagi perjanjian yang dilihat sebagai titik tolak bagi permulaan perpaduan rakyat Palestin yang menyeluruh?


Media massa memaparkan bawahasanya pengkhianat dalam perjanjian ini ialah Hamas kerana menjalankan rampasan kuasa secara besar-besaran di Gaza serta menindas Fatah. Hamas ialah teroris, Hamas jugalah musuh rakyat Palestin yang ingin kecapi kedamaian.

Betulkah apa yang cuba digambarkan oleh media massa begitu rupa?

Saya sempat berbincang panjang bersama 2 sahabat Palestin saya, Diaa dan Muslim yang kini sedang belajar di UIA akan masalah ini.

"Saya sudah jangkakan perkara ini akan berlaku. Hamas sudah lama bersabar dengan karenah Fatah yang memang sudah terkenal dengan masalah korupsi. Rakyat Palestin juga cukup masak dengan masalah sebegini." Muslim memberikan hujahnya.


"Fatah merupakan agen Israel. Terlampau ramai anggota mereka yang sudah 'menjual' maruah rakyat Palestin kepada Israel termasuklah Arafat sendiri yang cuba berdamai dengan puak Zionis Israel." Diaa meluahkan rasa meluatnya pada Fatah.


Selaku orang yang tidak pernah menjejakkan kaki ke bumi Palestin dan melihat sendiri konflik Palestin-Israel, sudah tentu kenyataan seperti ini membuahkan lebih banyak tanda tanya kepada saya. Persoalan perpecahan rakyat Palestin kepada puak Fatah dan Hamas merupakan antara persoalan yang saya gagal temui jawapannya sejak tahun lepas. Krisis rampasan kuasa di Gaza dan pemecatan ahli parlimenHamas oleh Presiden Abbas telah memperlihatkan kelibat sebenar punca masalah ini. Tidak syak lagi duri dalam daging ini merupakan Fatah yang korup. Sememangnya mereka ini adalah ajen Israel yang menjadi batu penghalang kepada kewujudan negara Palestin yang aman. Antara hujah saya dalam masalah ini dapat dilihat dari segi:


1. Pemecatan Hamas dari kerajaan perpaduan Palestin oleh Presiden Mahmoud Abbas.

Ternyata tindakan bodoh Abbas ini menyalahi perlembagaan Palestin. Abbas menggunakan hujah bahawa selaku Presiden, beliau berhak melucutkan jawatan pimpinan Hamas dan menubuhkan kerajaan baru dalam keadaan darurat.

Abbas tidak menghormati perlembagaan Palestin yang dirangka pada tahun 2003.

Article (89) In case of necessity, the President of the State, or the speaker of the Council of ministers may suggest dissolution of the House of Representatives. If the dissolution is ratified by two-thirds of the members of the Council of ministers, the President of the State shall issue the decree of dissolution.

The Government shall then call for election of a new House of Representatives within sixty days and in accordance to the procedure defined by the election law. If elections are not held, the House resumes its duties until a new House is elected. The House of Representatives may not be dissolved within the first year of its formation, or during the period of a declared ‘state of emergency’ as provided for in the Constitution.


Inilah bukti Abbas dan pimpinan Fatah merupakan pembelot utama kepada rakyat Palestin. Jelas terpampang dalam artikel 89 perlembagaan Palestin yang ditulis pada tahun 2003 memperkatakan untuk Abbas selaku Presiden melucutkan jawatan ahli kabinet perlulah mendapat sokongan dua pertiga ahli parlimen yang sememangnya mustahil dapat dilakukan kerana 70% ahli parlimen kerajaan Palestin terdiri daripada pimpinan Hamas.




Abbas tidak ubah seperti boneka Israel dan Amerika dengan tindakan bodoh beliau.



Dalam isi kedua artikel ini terang-terang menjelaskan pembubaran parlimen tidak boleh dilakukan sewaktu keadaan darurat di Palestin. Abbas sendiri memutuskan keadaan darurat selepas Hamas berjaya menguasai Gaza dalam rampasan kuasa tersebut.


2. Kerajaan baru pimpinan Salam Fayyad dihujani janji-jani manis bantuan daripada Barat yang sebelum ini dibekukan kepada Hamas.

Kenapa di bawah Salam Fayyad(juga merupakan bekas pekerja World Bank milik Zionis Amerika) baru Amerika dan sekutunya bermurah hati dengan menjanjikan pengaliran duit yang dibekukan sebelum ini dek Hamas merangkul sebagai kerajaan Palestin?

Lagi pelik apabila Olmert sendiri memberi janji-janji manis kepada kerajaan Fayyad untuk membantu kerajaan baru ini mentadbir Tebing Barat(West Bank) sewaktu persidangan bersama Liga Arab yang sedang berlangsung sekarang di Sham Al Sheih,Mesir.

Bagaimana dengan Gaza? Penduduk Gaza juga merupakan rakyat Palestin. Hanya kerana Hamas berkuasa penuh di Gaza, penduduk Gaza terpaksa menerima keperitan ketidak adilan rejim Zionis Amerika dan sekutunya dalam menerima bantuan luar.

Jelas dan terang, kerajaan Fatah di Tebing Barat adalah boneka Zionis. Mungkin puak Zionis berharap dengan layanan istimewa yang Fatah terima di Tebing Barat, dapat menggugat semangat penduduk Gaza yang sememangnya taat dibawah pimpinan Hamas selaku kerajaan yang sah dan kemudian berharap dengan kesusahan ini mereka dapat berpaling tadah pada Hamas seterusnya memilih Fatah sebagai pemimpin mereka.


Itulah dua hujah yang saya rasa konkrit untuk tidak berdolak-dalik lagi dalam mengenal pasti siapa sebenarnya duri dalam daging disebalik konflik di Palestin ini.

Adakah Hamas gembira dengan rampasan kuasa ini?

"Kami tidak gembira dan berbangga" kata Abu Ubaidah selaku komander Briged Izzudin Al- Qasam yang merupakan sayap tentera Hamas.


"Mereka semua(Fatah) adalah saudara kami. Mereka sama seperti kami sebagai tentera. Malangnya, mereka terpaksa menerima arahan ini dari luar Gaza; dari Ramallah, Israell dan Amerika. Saya tidak membenci Fatah. Mereka adalah saudara kami juga" jelas Abu Ubaidah.

Abu Ubaidah juga menjelaskan dengan penguasaan ini, mereka berharap dapat menyelesaikan masalah jenayah yang tinggi di Gaza terutamanya perbalahan antara puak-puak, penyeludupan dan pembunuhan. Jelasnya disini, Hamas ingin menerapkan undang-undang kembali di Gaza yang selama ini berada dalam keadaan pincang dari segi penguatkuasaan undang-undangnya.


Abu Ubaidah menekankan bahawa masalah ini berlaku kerana penyelewengan kuasa terhadap majlis sekuriti yang didalangi oleh Mohamad Dahlan, antara orang kuat Fatah yang menetap di Gaza.




Siapakah Dahlan? Tali barut rejim Zionis?


Sejarah sendiri telah menunjukkan betapa korupnya manusia yang bernama Dahlan ini. Selepas perjanjian damai Oslo pada tahun 1993 antara Palestin dan Israel, Arafat telah berjanji untuk memastikan keselamatan Israel tidak terancam oleh pejuang Palestin. Oleh kerana pada waktu itu Hamas sangat terkenal dengan perjuangan bersenjata(tidak lupa juga kerja-kerja sosial yang menyeluruh untuk rakyat Palestin) terhadap Israel, Arafat telah menyuruh Dahlan selaku penguatkuasa di Gaza pada waktu itu untuk menangkap dan membunuh pejuang Hamas.


Hamas sudah cukup bertolak ansur dalam masa yang lama dalam menghadapi polemik penentangan bersenjata dengan Fatah di Gaza. Rampasan kuasa di Gaza baru-baru ini merupakan satu pembedungan konflik dalaman Hamas dan Fatah daripada menjadi lebih teruk.

Sekarang kita perlu tunggu dan lihat bagaimana pemimpin Fatah dan dunia Arab yang rata-rata sudah 'dibeli' maruah mereka oleh rejim Zionis Antarabangsa menyelesaikan masalah ini dan tidak lupa juga makalah penting ini, ditujukan khas buat Pengerusi OIC, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang tidak kelihatan dalam menghulurkan bantuan bagi menyelesaikan masalah ini.


Marilah kita bersama-sama berdoa untuk keadilan rakyat Palestin. Semoga Allah selamatkan pejuang Islam yang ikhlas kerana-Nya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For beemanProfil   Hantar PM kepada beeman   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.100101 saat. Lajunya....