Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kami disuruh oleh Rasulullah agar menaburkan debu tanah ke muka orang yang memuji-muji dan mengampu-ngampu.
-- -- Hadis riwayat Imam Ibnu Majah

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 174
Ahli: 0
Jumlah: 174




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 18 jam, 8 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Faktor2 yang memudahkan bangun qiyamullail


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Faktor2 yang memudahkan bangun qiyamullail

Please Mendaftar To Post


Oleh Faktor2 yang memudahkan bangun qiyamullail

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-02-08 10:28


Adakala kita mudah untuk bangun... adakalanya sukar... check balik diri kita... bilamana yang jadi mudah, dan bilamana ia terasa sukar... dan Kenapa boleh jadi mudah, dan Kenapa pula adakala ia adalah sukar...

mungkin ia jadi mudah bila kita tidur awal... atau bila kita selalu berdoa supaya Allah kurniakan hidayah kepada kita... contohnya seperti tiba-tiba jeq kita terbangun dan tak boleh tidur semula... dan hati tergerak untuk bangun solat....

mungkin ia jadi sukar bila kita selalu lakukan maksiat dan dosa...

boleh jadi kita tidur lewat pada malam tu tapi masih boleh bangun untuk qiyam... semuanya atas hidayah Allah jua...

==

Faktor yang memudahkan seseorang itu bangun untuk
berqiyamullail
(Insya ALLAH)

Menurut Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, terdapat
beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu
umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah
malam seperti di bawah ini:

1. Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan yang
dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan
solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan
orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak
dalam diri.

2. Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam
itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah SWT
menjemputnya untuk bangun di tengah malam.

3. Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai
kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian
dan perbincangan.

4. Memerhati kepada kesungguhan individu-individu
terdahulu daripada kita yang istiqamah dan iltizam
melakukan qiyamullail khususnya para solihin di
kalngan para sahabat dan ulama.

5. Tidur di atas lambung sebelah kanan akan
memudahkan seseorang itu boleh bangun di tengah malam
seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah
s.a.w.

6. Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan
oleh Rasulullah; "Apabila anda hendak masuk tidur,
berwuduklah seperti untuk menunaikan solat." Hadis
riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada al-Barra Bin
Azib.

7. Bersegera masuk tidur (tidur di awal waktu)
terutama lepas solat Isyak seperti amalan yang
dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

8. Berzikir dengan wirid-wirid yang Ma'thur seperti
Ma'thurat sebelum tidur, kerana ia menjadi benteng
diri daripada kejahatan Syaitan dan membantu untuk
mudah bangun, atau ayat-ayat pilihan dari al-Quran,
baca doa tidur, membaca tiga Qul dan sebagainya.

9. Seboleh-bolehnya tidur sebentar di siang hari
yang dikenali sebagai 'Qailulah', iaitu sebelum masuk
waktu Zohor atau selepasnya, ala kadar setengah jam.

10. Elak daripada banyak makan dan minum, kerana ia
boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah
malam.

11. Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam
apa jua keadaan.

12. Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia
dikenal-pasti sebagai penghalang pertama dan utama
dari mudah untuk bangun di tengah malam.

13. Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak
mampu untuk bangun di tengah malam.


Ketahuilah wahai saudara-saudaraku sekalian!

Qiyamullail adalah ibadat yang menghubungkan hati kita
dengan Allah selain ia adalah sunnah muakkadah yang
sangat dianjurkan oleh Nabi s.a.w. Baginda bersabda :
"Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam,
sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kepada orang-orang
soleh sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada
Tuhan kamu, ia juga penghapus segala dosa, penghalang
daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar
kepada penyakit yang ada di tubuh." Hadis riwayat Imam
Ahmad dan Tirmizi.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

tornado
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.01.2006
Ahli No: 22015
Posting: 287
Dari: saturn

blank   avatar


posticon Posting pada: 01-02-08 12:05


sebaik-baiknya sebelum tidur, niatkan yang kita memang nak bangun untuk solat malam.
baca doa ni sebelum tidur:
"Ya ALLAH, bangunkanlah aku pada waktu yang ENGKAU sukai dan gunakanlah aku pada amalan yang ENGKAU sukai".
doa ni memang mustajab, insya ALLAH kita tiada masalah untuk qiyamullail walaupun tidur lewat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For tornadoProfil   Hantar PM kepada tornado   Quote dan BalasQuote

Qaisar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.11.2006
Ahli No: 27543
Posting: 266
Dari: Darul Aman

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 01-02-08 15:04


terima kasih atas makluman ni.. semoga allah memberkati cik syahidatul.. insya allah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For QaisarProfil   Hantar PM kepada Qaisar   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 22-03-08 08:07


Pada 01-02-08 12:05 , tornado posting:

!!! QUOTE !!!

sebaik-baiknya sebelum tidur, niatkan yang kita memang nak bangun untuk solat malam.
baca doa ni sebelum tidur:
"Ya ALLAH, bangunkanlah aku pada waktu yang ENGKAU sukai dan gunakanlah aku pada amalan yang ENGKAU sukai".
doa ni memang mustajab, insya ALLAH kita tiada masalah untuk qiyamullail walaupun tidur lewat.


oh baru tahu.. syukran.. :-)


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-03-08 08:12


Alhamdulillah, bagus juga doa tu . .

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

searchforguidance
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30916
Posting: 403
Dari: johore

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-03-08 10:26


info yang bguna.....
terima kasih sangat-sangat to syahidatul dan tornado...


-----------------
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For searchforguidanceProfil   Hantar PM kepada searchforguidance   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 22-03-08 10:28


Saya ada satu perkara nak kongsikan.. ilmu ni dah lama saya amalkan.. alhamdulillah semenjak sekolah rendah sampai sekarang ni.. Dulu saya ada mendengar dari YB Datuk Ismail Kamus.. beliau petuakan supaya sebelum tidur tu bacakan dua ayat terakhir surah al-Kahfi..

/



Say: "If the ocean were ink (wherewith to write out) the words of my Lord, sooner would the ocean be exhausted than would the words of my Lord, even if we added another ocean like it, for its aid."

Say: "I am but a man like yourselves, (but) the inspiration has come to me, that your Allah is one Allah: whoever expects to meet his Lord, let him work righteousness, and, in the worship of his Lord, admit no one as partner.



p/s: sorry for the oversize text.. :oops:


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-03-08 12:03


pada pendapat ismi yang tak ada pendapatan ni...

selain dari yang di'list'kan oleh cik syahidatul dan doa yang meow nyatakan dari 2 ayat terakhir surah al-kahfi...
nak bangun qiam, kena kuat semangat..kena dan kena paksa diri untuk bangun...
tak mengapa buat sikit-sikit.... pelan-pelan...

insyaAllah, kalau kit abebetul nak.. akan dapat jugak... insyaAllah..
yakinlah.. Allah tu maha Adil...

wallahu'alam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

nisa_iman
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.01.2008
Ahli No: 32305
Posting: 341
Dari: sintok..>>..bangi

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-03-08 14:31


assalamualaikum..
nak kongsi sikit boleh..
umi (usrah) ana bagitau, sebelum tidur kita kena pasang niat untuk bangun bertahajud..
malah bukan sekadar niat tapi mesti berkehendakkan kepada tahajud..
kalau kita tak terbangun, itu menandakan dosa kita menyelimuti dan menghalang kita untuk bertahajud..


---- belilah buku INDAHNYA SAAT BERSAMA-MU panduan praktikal qiamullail oleh NIK ABD RAHIM NIK ABD GHANI DAN USTAZ ZAHAZAN MOHAMED---

bacalah... best sangat

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisa_imanProfil   Hantar PM kepada nisa_iman   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-03-08 15:30


ismi rasa macam pernah kongsikan salah satu cara yang ismi sering lakukan...
tapi tak jumpa pula kat topik mana... bangun pagi juga rasanya....

sebelom titun.. dalam keadaan berwudhu'...
dan sebelum membaringkan badan....
tepuk2 skek bantal tu 3 kali...
pesan kat dia.. " nanti kejutkan atikah(contoh nama saja) pukul 4.30 pagi ek, saya nak bangun solat, insyaAllah..."

insyaAllah... musti ada saja kejadian buat kita terbangun... contohnya-tiba-tiba tekak menjadi sangat kering sampai terbatuk2.. walhal tak batuk pun...tapi tentulah biiznillah...
tapi kita kena yakin... :sopan::kelip:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-03-08 16:33


Miss Syahidatul, thanks for the article.. Boleh diaplikasikan bukan
sahaja untuk tahajjud, malah untuk study... EHEEHH.. Memang
membantu. Ya, tak dinafikan tahajjud tentulah not one of the five
obligatory prayers required of all Muslims, tapi seperti yang
dinyatakan saudari syahidatul, sabda Rasulullah, "Hendaklah
kamu lakukan solat di tengah malam,
sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kepada orang-orang
soleh sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada
Tuhan kamu, ia juga penghapus segala dosa, penghalang
daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar
kepada penyakit yang ada di tubuh." Hadis riwayat Imam
Ahmad dan Tirmizi.

Dah habiss tahajjud kan bleyy sambung study... Lagi laah manfaat...
p/s: Apakan daya diriku juga insan hina dan pemalas.. ADDDOOII...

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 22-03-08 18:01


!!! QUOTE !!!

---- belilah buku INDAHNYA SAAT BERSAMA-MU panduan praktikal qiamullail oleh NIK ABD RAHIM NIK ABD GHANI DAN USTAZ ZAHAZAN MOHAMED---



buku ini antara koleksiku..cover buku mengamit2 diriku untuk membelinya...

Ya Allah!! mudah2han membantu diri ini mendirikan solat malam..



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-03-08 18:19


Prof payah betul nak bangun....untuk Qialmullail
Asyik QiaLonglai............huhuhu...sedih.. malu pun ada

p/s: niat ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-03-08 20:48


tak apa prof, niat pun dah dapat pahala...
mudah2 lepas ni, kita mudah bangun malam..
kekadang dah bangun tapi tidur balik :D
insyaAllah...semoga diberi kekuatan oleh Allah untuk qiamullail

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

khairani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.01.2008
Ahli No: 32319
Posting: 221
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-03-08 21:21


salam terima kasih semua info..... alhamdulillah banyak ilmu yang dapat kita kongsikan disini.....


-----------------
Vote For Hizbul Islam
PERTAHANKAN KELANTAN DI BAWAH KEPIMPINAN ULAMAK




Bookmark and Share

    


  Member Information For khairaniProfil   Hantar PM kepada khairani   Pergi ke khairani's Website   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-03-08 10:35


Dulu kat srwk...every weeked mesti buat jemaah kat suruh blok 3.... Terus buat usrah lepas solat subuh.... Isu pertama yang dibangkitkan ialah "tudung labuh". Adik2 tanya macamane boleh pakai tudung labuh etc....

Rindu hal-hal kat srwk...tapi sekarang dah tak ada...semua dah sambung belajar sekitar malaysia....


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 24-03-08 10:49


setelah hidup beberapa bulan ni..
susah juga bangun malam.. :-(
selalu juga niat nak bangun tu sebab kita tahu macamana nikmat tahajjud tu..
tapi selalu dah bangun tidur balik.. :-D
ataupun kata sekejap lagi lah..sambung tidur lagi..terbangun lagi..eh nantilah..
akhirnya bangun2 dah subuh :malu:


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-03-08 13:01


Pada 24-03-08 10:49 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

setelah hidup beberapa bulan ni..
susah juga bangun malam.. :-(
selalu juga niat nak bangun tu sebab kita tahu macamana nikmat tahajjud tu..
tapi selalu dah bangun tidur balik.. :-D
ataupun kata sekejap lagi lah..sambung tidur lagi..terbangun lagi..eh nantilah..
akhirnya bangun2 dah subuh :malu:



tak mengapa cik kinah..
jom kita usaha lagi...
jom.. jom... sama kita berusaha untuk istiqamah ek... :sopan:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 24-03-08 13:08


pernah juga istiqamah dalam seminggu
masa tu semangat gilerr.. :-D
lepas tu adui dalam sebulan tu langsung tak boleh

tapi betullah bagus buat perlahan2..jangan banyak-banyak :malu:
oklah kut kalau buat sekali seminggu.. atau sekali sebulan..
daripada berbulan2 tak buat..

erk sekali sebulan tu buat seumur hidup begitu, barulah istiqamah
daripada buat 5 kali seminggu kemudian tak buat sebulan..
betul tak?

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.178405 saat. Lajunya....