Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
If we don't succeed, we run the risk of failure
-- Dan Quayle

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 205
Ahli: 0
Jumlah: 205




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Kebesaran Allah 1993


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Kebesaran Allah 1993

Please Mendaftar To Post


Oleh Kebesaran Allah 1993

hajime_kindaichi
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-01-08 22:34


Assalamualaikum...

Pagi tadi lecturer ana ada sebut pasal kejadian pada tahun 1993 tapi dia tak jelaskan lebih lanjut. Ana sangat tertarik untuk mengetahui apa yang berlaku pada tahun tersebut, lecturer ana kata ada sesuatu kat awan.. ada sesiapa tahu? plezz cerita kat ana.. masa tu ana kecik lagi, tak tahu apa-apa

Bookmark and Share

    


  Member Information For hajime_kindaichiProfil   Hantar PM kepada hajime_kindaichi   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-01-08 22:47


hurm... something terjadi kat awan? apa dia tu? 1993, masa tu saya darjah 3...

seingat saya, kalau tak silap lah, pada tahun 1997 di Terengganu pernah ada kalimah Allah di langit... ia berlaku pada hari Jumaat. maaf jika salah tahun... Terengganu buat kalendar dengan meletakkan gambar tu.

pernah suatu ketika beberapa tahun dahulu, ibu saudara saya melihat awan berbentuk Love yang sangat besar di langit di Petaling Jaya. pada waktu tu dia sedang menangis dan bersedih di buaian di sebuah taman... sambil di hatinya mengadu pada Allah sambil berzikir... kemudian dia pandang langit dan dia ternampak awan Love tu.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

mukmin0904
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21142
Posting: 298
Dari: petaling jaya

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-01-08 22:49


da lama sangat.gigi susu pertama saya patah masa tu

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukmin0904Profil   Hantar PM kepada mukmin0904   Quote dan BalasQuote

hajime_kindaichi
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-01-08 22:51


samelah.. ana pun darjah 3, tak tahu apa-apa :( tapi yang pasti ada something yang terjadi kat langit masa tu

Bookmark and Share

    


  Member Information For hajime_kindaichiProfil   Hantar PM kepada hajime_kindaichi   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 22-01-08 23:06


hmm..kalau tak silap time tu ada objek terbentuk kat awan..tak tau kat mana tapi tak silap time tu budak sekolah agama yang terpandang objek tu waktu malam..
objek tu katanya berbentuk macam peringatan pada umat manusia di mana salah satu objek tu tunjuk lidah kena potong dll.
dalam surat khabar pun ada tunjuk objek tu berdasarkan apa yang budak-budak tu tengok..
kalau silap saya minta maaf sebab saya ingat-ingat lupa pasal tu
wallahualam..


-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -


Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-01-08 02:11


Pada 22-01-08 22:34 , hajime_kindaichi posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum...

Pagi tadi lecturer ana ada sebut pasal kejadian pada tahun 1993 tapi dia tak jelaskan lebih lanjut.
..... Cubalah tanya pagi besok pulak, pagi lusa ka....!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-01-08 06:19


ooh... waktu2 subuh ni.. baru saya teringat tentang satu peristiwa.. ada objek terbentuk di langit... agak kecoh juga hal ni. berlaku di area Selangor... I think so lah.. huhu... hal ni sampai masuk surat khabar.

yang mereka lihat adalah objek manusia diseksa di neraka. saya betul-betul tak sure bagaimana tapi itu lah yang saya dapat tahu dari kawan-kawan dan surat khabar.

tahun bila pula.... saya betul-betul dah tak ingat dah...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 23-01-08 07:42


maksud artikel ni ke.dulu ada link keratan akhbar tapi tak ingat lah kat mana....

Objek di langit satu pembohongan

Oleh Nasron Sira Rahim
Kejadian misteri menyebabkan ramai umat Islam di negara ini bingung, takut

LAPORAN akhbar pada 11 Oktober 1992 sememangnya menggemparkan penduduk negara ini. Malah, kejadian misteri yang dilaporkan itu menyebabkan ramai umat Islam ketika itu kebingungan dan ketakutan.

Dilaporkan, pada 26 Julai sebelum itu, ketika jarum jam mula menganjak menghampiri tengah malam, sekumpulan 200 pelajar sebuah sekolah agama di Klang, Selangor; mendakwa melihat 26 objek aneh yang secara tiba-tiba muncul di langit.

Kumpulan pelajar terbabit melihat objek itu ketika mereka dalam perjalanan pulang ke asrama selepas menghadiri kelas mengulang kaji pelajaran. Objek itu jelas kelihatan dengan berlatarbelakangkan merah walaupun ketika itu langit gelap tanpa bulan dan bintang.

Ia muncul secara berturutan hampir empat jam bermula 11.30 malam sehingga membuatkan pelajar itu kebingungan dan ketakutan berhari lamanya.

Ketika kebingungan pelajar sekolah yang melihat objek itu masih belum reda, kejadian itu muncul sekali lagi seminggu kemudian dan disaksikan guru dan pelajar sekolah agama di Jeram. Seminggu selepas itu, ia muncul untuk kali ketiga disaksikan guru dan pelajar sekolah agama di Kuala Langat.

Objek yang muncul di dada langit itu adalah kalimah Allah, manusia berkepala anjing,

batu nisan, janin, manusia, mayat dibungkus, sebiji mata warna merah (seperti orang ketika marah), lidah panjang, lidah dipotong dan disambung semula (ditayangkan tiga kali).

Rambut perempuan yang sedang berlari ditarik, sayap burung berkibar, perempuan berwajah bab*, kala jengking, dua orang bergaduh kemudian bersalaman, lelaki berserban sujud ke arah Kaabah dan yang lain membelakangi Kaabah dan sujud ke arah belakang Kaabah.

Peta Malaysia terbalik, Singapura terletak sebelah atas, botol arak, salib bertukar menjadi kubah, ayam, seekor ikan, peta negara Arab, mayat berkapan, burung, orang berdoa dan tangan ingin mencapai sesuatu tetapi gagal dan di tapak tangannya ada tanda bulat.

Kejadian aneh itu mula meninggalkan kesan psikologi yang mendalam terhadap kumpulan pelajar berkenaan. Mereka ketakutan sehingga tiada lagi selera makan, asyik menangis dan beribadat dengan membaca al-Quran, berpuasa dan solat.

Peristiwa itu akhirnya sampai ke pengetahuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan mula melakukan siasatan. Mereka mengumpul maklumat dengan menemubual 11 pelajar serta empat guru dalam kejadian pertama dan mendapati keterangan semua saksi adalah sama serta tidak bercanggah.

Sehubungan itu, Jais pada sidang media 10 Oktober 1991 mengumumkan bahawa dakwaan kemunculan 26 objek aneh di langit seperti disaksikan 200 pelajar dan beberapa guru itu adalah benar dan bukannya rekaan.

Pengumuman menggemparkan itu bagaimanapun menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan penduduk. Kalangan ahli agama berpendapat bahawa kejadian objek di langit itu tidak mustahil berlaku dengan kekuasaan Allah.

Malah, Allah sudah menurunkan peringatan kepada umat Islam sejak dulu lagi seperti menurunkan bala di zaman nabi malah banyak perkara ghaib yang tidak dapat dijelaskan logik, boleh berlaku.

Objek di langit itu juga dikatakan berupa amaran daripada Tuhan supaya umat Islam kembali mengamalkan ajaran agama yang sebelum ini semakin diabaikan sebahagian penduduk negara ini.

Objek berkenaan yang disaksikan guru dan pelajar dari sekolah agama, menambahkan lagi keyakinan masyarakat.

Selain itu, terdapat juga pihak yang skeptikal dengan kejadian itu dan mengandaikan bahawa ia mungkin ciptaan manusia. Mereka berpandangan bahawa semua objek di langit itu tidak mustahil dihasil menggunakan kemajuan sains dan teknologi sedia ada.

Memberi contoh beberapa kes sebelum ini, pihak skeptikal mengandaikan bahawa persepsi masyarakat yang gemar membuat spekulasi menyebabkan mereka gemar mempercayai pelbagai perkara pelik.

Malah, dakwaan ada ayat al-Quran yang hilang daripada muka suratnya beberapa tahun sebelum itu juga sebenarnya tidak berasas apabila ia didapati berpunca daripada kesilapan cetakan yang tidak sempurna.

Mereka mengandaikan bahawa objek di langit itu kemungkinan dihasil menggunakan pancaran leser yang sememangnya mampu memberi kesan sama.

Mereka juga tidak bersetuju dengan pandangan masyarakat yang mengandaikan bahawa objek di langit itu adalah tanda kiamat semakin hampir sebaliknya menegaskan bahawa tanda kecil kiamat seperti disabdakan Nabi Muhammad SAW iaitu manusia semakin lalai daripada perintah Allah, sememangnya sudah berlaku.

Pihak skeptikal turut berhujah bahawa Nabi Muhammad SAW pernah mengingatkan sahabat dalam kejadian seperti itu dalam peristiwa mengebumikan anak Baginda. Sewaktu pengebumian dijalankan, berlaku kejadian gerhana matahari dan beberapa sahabat mengaitkan kejadian itu sebagai tanda bahawa alam berduka cita terhadap kematian anak Baginda.

Bagaimanapun, Baginda menafikan perkara itu dengan mengingatkan sahabat supaya tidak mengaitkan sesuatu kejadian mempunyai hubungan dengan peristiwa lain.

Ketika pelbagai hujah antara kalangan skeptikal dan mereka yang mempercayai kejadian itu berterusan, kira-kira seminggu selepas pengesahan Jais itu dilaporkan akhbar, 120 pelajar serta warden sekolah agama lelaki di Arau, Perlis mendakwa objek aneh itu kembali terpapar di langit di kawasan itu.

Malah objek yang disaksikan pelajar di Arau itu lebih banyak iaitu 133 objek berbanding 26 objek dalam kejadian di Klang. Antara objek tambahan adalah termasuk dua kalimah syahadat, kubah masjid terbalik, peta Arab Saudi, perempuan berambut panjang, anjing, zirafah dan kala jengking.

Peristiwa yang berlaku pada awal pagi di antara jam 2.15 dan 5.50 pagi dan hilang sebelum azan Subuh iaitu kira-kira jam 5.55 pagi dengan objek terakhir yang terpampang adalah kalimah Allah.

Guru ambil kesempatan untuk kepentingan diri

KETIKA isu objek di langit masih dalam siasatan, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengenal pasti kumpulan tertentu yang mengambil kesempatan daripada peristiwa terbabit untuk kepentingan mereka.

Jais menerima dua kes membabitkan peristiwa itu iaitu kegiatan mengutip derma bagi membina kapal besar serta kegiatan menjual gambar objek di langit.

Dalam kegiatan pertama, kumpulan tertentu mengutip derma kononnya untuk membiayai projek membina kapal bagi kegunaan ketika banjir yang dijangka melanda bandar Klang berikutan andaian bahawa Hari Kiamat bakal tiba berdasarkan petunjuk objek di langit.

Kumpulan itu membuat tafsiran bahawa bandar Klang akan dilanda banjir besar dan umat Islam memerlukan sebuah kapal untuk menyelamatkan diri menyebabkan ada antara penduduk terpengaruh dan mempercayai kumpulan itu.

Penduduk menderma antara RM50 dan lebih RM100 bagi membolehkan mereka menaiki kapal itu untuk menyelamatkan diri jika dilanda banjir. Derma juga diberi sebagai penebus dosa seperti didakwa kumpulan itu.

Bagaimanapun, kegiatan itu dijalankan secara senyap di kalangan kenalan rapat kumpulan itu saja.

Kumpulan terbabit bercadang membina tiga kapal layar besar dan sempat menyiapkan satu daripadanya berdasarkan kutipan derma mencecah ribuan ringgit daripada penduduk yang terpengaruh.

Sehubungan itu, polis dan Jais menyiasat mengenai pembinaan kapal berkenaan kerana ia membabitkan perkara negatif yang boleh memesongkan akidah umat Islam.

Selain pembinaan kapal itu, ada juga pihak yang mengambil kesempatan menjual gambar objek yang dilihat kumpulan pelajar agama di Klang. Pada mulanya, gambar itu dijual kumpulan pelajar yang membuat lakaran objek dan difotostat. Lakaran itu dijual kepada orang ramai dengan bayaran antara 10 sen dan 20 sen sehelai.

Selain pelajar, kegiatan menjual gambar lakaran objek dan memungut derma turut didalangi dua guru dari dua sekolah agama di Klang yang dikatakan mewakili kumpulan tertentu.

Seorang daripada guru itu menjual gambar dengan harga RM1 sekeping dan didakwa pernah menawarkan pelajar sebuah sekolah agama komisen RM300 bagi setiap seribu keping gambar yang berjaya dijual.

Gambar dijual guru terbabit dikatakan disalin daripada gambar dalam majalah dengan berlatarbelakangkan langit menggunakan teknik fotografi yang canggih.

Seorang lagi guru dikatakan menjalankan kegiatan memungut derma, kononnya untuk membiayai projek pembinaan kapal berkenaan.

Selain untuk kegunaan ketika banjir besar menjelang kiamat, kapal yang akan dibina itu juga kononnya akan digunakan untuk mengimport berlian dari Arab Saudi agar mereka sama-sama dapat memanfaatkan kekayaan sementara masa masih ada.

Di samping itu, guru berkenaan juga dikatakan meminta $2,000 daripada orang ramai yang ingin menyertai kumpulannya, kononnya boleh terselamat daripada banjir besar itu nanti.

Bahagian Hal-Ehwal Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri (BHEAI-JPM) yang mencurigai kegiatan dua guru itu mula menjalankan siasatan terhadap mereka.

Hasil siasatan mendapati guru yang mendakwa melihat 26 objek di langit itu juga adalah orang yang sama mencetuskan kegelisahan masyarakat beberapa tahun sebelum itu dengan dakwaannya bahawa ada ayat al-Quran yang ghaib daripada muka suratnya.

Malah, kumpulan dianggotai guru berkenaan juga mendakwa satu daripada 26 objek yang tertera di langit itu adalah gambaran wajah pemimpin mereka yang akan muncul tidak lama lagi. Mereka juga mengatakan bahawa gambar wajah pemimpin itu bagaimanapun tidak dilukis dengan betul ketika disiarkan dalam akhbar.

Akhirnya, selepas menjalankan siasatan terperinci, BHEAI-JPM pada 30 Oktober mengesahkan bahawa dakwaan kemunculan objek di langit yang disaksikan 200 pelajar dan beberapa guru serta menggemparkan masyarakat hanyalah satu penipuan.

Hasil siasatan jabatan itu juga mendapati guru berusia kira-kira 50 tahun yang terbabit dalam kejadian itu adalah ahli kumpulan ajaran sesat dan objek yang dilihat pelajar hanyalah khayalan hasil pendewaan pelajar terhadap guru itu.

Siasatan menunjukkan pemikiran pelajar itu dipengaruhi menerusi pendekatan pendewaan supaya apa saja diperkatakan guru itu dianggap benar. Malah, guru itu bukan saja melakukan kesalahan menyebar ajaran sesat, malah menyalahi undang-undang sivil kerana mengutip derma tanpa kebenaran.

Laporan sebuah akhbar lain pula memetik seorang rakan kepada guru itu mendakwa guru lelaki itu yakin objek di langit itu muncul atas kerahmatan seorang wali iaitu guru agama kumpulannya.

Selain menjual gambar dan mengutip derma, guru itu juga dikatakan cuba menjual minyak wangi yang didakwa berbau syurga kepada pelajar.

Rakannya dilaporkan berkata, sikap guru itu mula berubah selepas dia menceburi bidang perniagaan ala skim cepat kaya pada 1998 yang memerlukan setiap ahli membayar antara RM3,000 hingga RM5,000 sebagai yuran keahlian.


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

akasia
WARGA SETIA
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23581
Posting: 754
Dari: bandar minyak bumi kenyalang

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 23-01-08 11:21


ooohh ..baru teringat....memang kecoh lah sok kabar masa itu... gambar2 yang didakwa itu di tunjuk dalam sokkabar..tapi amse itu den kocik lagi..hahahaa

Bookmark and Share

    


  Member Information For akasiaProfil   Hantar PM kepada akasia   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 23-01-08 15:31


Assalamualaikum
a'ah..betul lah kes tu..yang bebudak KIK nampak bentuk bentuk aneh di awan tu...huh...memang best kalau dapat lihat..mesti mendatangkan keinsafan....



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 02-02-08 11:56


saya dah lupa lah pasal tu.ada tak gambar dia bolehlah kita kongsi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

hajime_kindaichi
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-02-08 21:05


a'ah... tak ada gambaar ke :(

Bookmark and Share

    


  Member Information For hajime_kindaichiProfil   Hantar PM kepada hajime_kindaichi   Quote dan BalasQuote

airbiru
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.01.2005
Ahli No: 13948
Posting: 52
Dari: Japan

japan  


posticon Posting pada: 04-02-08 21:20


Wallaualam..mungkin cerita tu betul..mungkin tak betul.

Tapi Allah tetap Maha Besar, Maha Agung, Maha Perkasa...

tu 100% betul.

Bookmark and Share

    


  Member Information For airbiruProfil   Hantar PM kepada airbiru   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-02-08 21:24


masa tu saya di sekolah rendah..tak berapa nak faham sangat... ada member bawa keratan akhbar siap tunjuk lukisan atau lakaran objek2 tersebut... seram juga dibuatnya... tapi sebab masih sekolah rendah, jadi sekejap sajalah takutnya...lepas tu dah lupa.... tapi tak taulah betul ke tak...
ada kata orang suluh macam lampu batman kat angkasa hehehe! tapi apapun..kita mesti sentiasa bersiap sedia terutama di akhir zaman ni... sama ada muncul objek ke tak dll... tak kan nak tunggu sesuatu baru nak insaf dan bertaubat dan beramal...
teringat dulu kecoh helaian Al-Quran hilang.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

wahidatulfarahah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32315
Posting: 328
Dari: malaysia

morocco   avatar


posticon Posting pada: 04-02-08 21:38


ya betul..budak KIK (now known as KISAS) yang nampak.my sis was in sama HIsyamudin Klang.dia pun tau cerita tu... tapi benar ke tak tak pasti..

Bookmark and Share

    


  Member Information For wahidatulfarahahProfil   Hantar PM kepada wahidatulfarahah   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-02-08 22:26


saya rasa saya pernah lihat masa saya kecil-kecil dulu...tak salah masa tu saya darjah 1.....saya tengok awan bentuk pelik-pelik....tapi masa tu tak tau apa-apa sangat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-02-08 23:17


kisah ni berlaku waktu akak di sekolah menengah..

memang agak popular berita ni.. dan adalah beberapa 'hand out' di edar untuk tunjuk 'rupa pembentukan awan' malam itu....

ada rupa mayat di kapan.. rupa org.. rupa kalimah.. tak silap dalam 27 bentuk. seingat akak.. kononnya ia berlaku waktu murid2 ni nak pergi qiyamullail rasanya.

tipu atau tidak.. hanya MEREKA yang benar-benar melalui hal itu sahaja boleh menentukan.sebab ada yang kata bukan betul, sekadar penceritaan guru pada murid. dan waktu tu murid2 tu terbayang2 sendiri

dengar dr massa atau sampai menyampai ni kekadnag banyak yang di tambah2 semata

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

Along_Safa
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 180
Posting: 348
Dari: tilamhotel.com

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-02-08 23:27


/

Terjumpa gambar ini di sebuah blog pro rufaqa.

Wallahualam. Saya masih kecil waktu itu.


-----------------
Mountain View


Bookmark and Share

    


  Member Information For Along_SafaProfil   Hantar PM kepada Along_Safa   Pergi ke Along_Safa's Website   Quote dan BalasQuote

Along_Safa
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 180
Posting: 348
Dari: tilamhotel.com

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-02-08 00:27


/

Mungkin gumpalan awan menyerupai kalimah Allah lebih kurang begini bentuknya ketika itu.


-----------------
Mountain View


Bookmark and Share

    


  Member Information For Along_SafaProfil   Hantar PM kepada Along_Safa   Pergi ke Along_Safa's Website   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-02-08 07:44


subhanallah...ana pernah terlihat awan berbentuk kalimah Allah lebih kurang waktu senja beberapa tahun lepas..bila nampak tu hati ana jadi gerun sangat badan pun menggeletar..hebatnya kuasa Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

hajime_kindaichi
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-02-08 00:53


wah bestnya... insaf rasa diri ini kalau betul-betul ternampak bentuk2 tu semua... Allahhuakhbar

Bookmark and Share

    


  Member Information For hajime_kindaichiProfil   Hantar PM kepada hajime_kindaichi   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 06-02-08 04:33


Wawa harap, Wawa akan nampak awan tu di masa akan datang .. :-) Selama ni selalu nampak komet saja .. Tu pun menggeletar tengok komet 2 ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

Howling_wolf
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.12.2003
Ahli No: 5759
Posting: 294
Dari: Irbid, Jordan

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 06-02-08 09:19


Tengok awan bentuk kalimah Allah baru rasa gerun dengan kekuasaan Allah? Tengok ikan ada kalimah Allah baru beriman? This is totally nonsense.

"Sesungguhnya di kalangan hamba-Nya yang paling takut kepada Allah ialah ulama/saintis"

Saya tak pernah dengar orang masuk Islam sebab tengok kalimah Allah atas langit atau atas badan ikan atau kat telinga bayi. Keajaiban bukan penentu kebenaran sesuatu akan tetapi FAKTA.

Hentikan kekarutan ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Howling_wolfProfil   Hantar PM kepada Howling_wolf   Pergi ke Howling_wolf's Website   Quote dan BalasQuote

Howling_wolf
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.12.2003
Ahli No: 5759
Posting: 294
Dari: Irbid, Jordan

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 06-02-08 09:23


Saya tak percaya cerita ni. Sekiranya benar-benar berlaku, sudah tentu akan ada kajian oleh pakar-pakar astronomi. Tapi kisah ini hanya berlegar dari mulut ke mulut tanpa seorang pun mengetahui siapa sebenarnya yang mengalaminya.

Bagi saya ia cuma ilusi psikologi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Howling_wolfProfil   Hantar PM kepada Howling_wolf   Pergi ke Howling_wolf's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 06-02-08 10:27


Pada 04-02-08 23:27 , safa_indah posting:

!!! QUOTE !!!

/

Terjumpa gambar ini di sebuah blog pro rufaqa.

Wallahualam. Saya masih kecil waktu itu.




saya pun kecil lagi masa tu.tapi tak ada ke gambar dari sumber lain seperti media cetak dan arus perdana.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

hajime_kindaichi
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-02-08 23:41


semalam 21hb Feb ana nampak kalimah Allah kat awan. masa tu malam, ana ngah naik skuter dalam perjalanan balik ke rumah. ana pandang kat langit nampak kalimah Allah. langit gelap, bulan di sebalik langit yang gelap so cahayanye tak terlalu terang, lepas itu awan warna putih berbentuk kalimah tu di hadapan cahaye bulan. betul-betul ana nampak. kat shah alam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hajime_kindaichiProfil   Hantar PM kepada hajime_kindaichi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.122837 saat. Lajunya....