Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Manusia akan mati sekali sahaja, tetapi orang yang berhutang akan mati berkali-kali
-- Peribahasa India

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 152
Ahli: 0
Jumlah: 152




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: Amalan bagi pesakit gout


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» Amalan bagi pesakit gout

Please Mendaftar To Post


Oleh Amalan bagi pesakit gout

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 20-01-08 09:29


‘‘SAYA mengalami gout sejak beberapa tahun lalu. Bahagian kaki terutamanya pergelangan buku lali sering membengkak dan merah-kemerahan.

Bengkak ini juga sering menyerang sendi pada bahagian ibu jari kaki. Ada ketikanya saya tidak boleh bergerak apabila mendapat serangan yang serius sehingga saya perlu mengambil ubat.

Apakah amalan yang sesuai untuk saya atasi masalah ini?’’

JAWAPAN:
Gout merupakan sejenis artritis yang disebabkan oleh kandungan asid urik yang berlebihan dalam darah. Akibatnya, ia berkumpul pada bahagian sendi dan membentuk kristal yang mendatangkan kesakitan kepada penghidapnya.

Ia sebenarnya bukan sekadar menyerang bahagian kaki, tetapi juga sendi lain termasuk pergelangan tangan dan juga jari.

Diet yang tidak seimbang merupakan faktor penting yang menyumbang kepada kejadian gout.

Mereka yang mengambil alkohol secara berlebihan, kegemukan dan kekurangan enzim urinase juga boleh mendapat masalah ini.

Ia tidak hanya menyerang kaum lelaki, tetapi juga kaum wanita tetapi sering dialami pada usia yang lebih lewat, kebanyakannya selepas menopaus berbanding dengan kaum lelaki yang mendapatnya pada usia yang lebih muda.

Penghidap gout seharusnya mengelakkan makanan yang tinggi dengan kandungan purin seperti daging merah, organ dalaman haiwan, sesetengah kekacang dan juga makanan laut.

Sebaiknya, kurangkan juga pengambilan lemak haiwan, lemak tepu dan lemak trans yang akan meningkatkan penghasilan dan kandungan asid urik.

Dalam masa yang sama, tingkatkan pengambilan serat yang boleh merangsang persekitaran yang lebih bersifat alkali dan meningkatkan kecairan asid urik.

Amalkan pengambilan air secukupnya untuk mengekalkan tahap pencairan urin dan menggalakkan penyingkiran asid urik.

Dari segi herba, biji saderi boleh dianggap sebagai bahan diuretik dan membantu pembersihan darah. Ia boleh memainkan peranan dalam penyingkiran asid urik melalui ginjal.

Antara herba lain yang turut bermanfaat termasuklah Guaiacum, capsicum dan juga kunyit yang mempunyai bahan antikeradangan dan bermanfaat untuk kejang dan sakit sendi.

Sarsaparilla pula boleh digunakan untuk membersihkan toksin daripada sistem tubuh.

Halia membantu menghangatkan, melegakan kesakitan serta memperbaiki peredaran darah, bersesuaian untuk mereka yang menghidap masalah berkaitan dengan keradangan.


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

kakraihan
Warga Rasmi
Menyertai: 20.10.2008
Ahli No: 35485
Posting: 11
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-10-08 15:42


ada satu produk dah kawan kak amalkan...
dua bulan lepas tu, tanpa disedari...dia mampu habiskan setengah kilo kacang rebus...he..he...mujarabla itu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakraihanProfil   Hantar PM kepada kakraihan   Pergi ke kakraihan's Website   Quote dan BalasQuote

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 22-10-08 15:57


ayah ana mhidap penyakit gout....tahun lepas dia dapat temui penawarnya....iaini air pandan..

blander daun pandan tu sampai lumat,,,lepas itu tapis hampasnye..kemudian..minum airnya....sejak tu,,ayah saya da tak kena lagi gout,,
tapi makesure kena berpantang,,kalau tak pantang makan,,penyakit apa pun takkan sembuh....

selamat mencuba

Bookmark and Share

    


  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

sinnun85
Warga Rasmi
Menyertai: 06.12.2007
Ahli No: 31930
Posting: 6
Dari: batu pahat,johor

Johor  


posticon Posting pada: 07-11-08 18:27


abang saya menghidap gout..dia sering mengambil painkiller yang dibeli sendiri di farmasi..untuk hilangkan sakit..akhirnya setelah berthn dia mengalami kegagalan buah pinggang dan luka pada esofagus disebabkan kesan jangka panjang ubat tersebut..jadi, elakkan pain killer yang berlebihan dan dapatkan nasihat dr....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sinnun85Profil   Hantar PM kepada sinnun85   Quote dan BalasQuote

smile_roses
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2003
Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-11-08 23:58


kalau kat hospital kena ambik ubat yang dok bagi..
cumenya..my dad suka baca tentang health so halia memang berkesan..
my grandpa ada masalah gout yang teruk then my dad nasihatkan minum teh halia alhamdulillah slowly membantu..
selain tu, amalkn air suam :D

p/s: ambik medik tapi takot makan ubat.. macam mana tu? :berfikir:


-----------------
engkau selalu lupa
sedang hatimu tetap lalai
padahal umur kian tiada
namun dosamu makin bertambah


Bookmark and Share

    


  Member Information For smile_rosesProfil   Hantar PM kepada smile_roses   Pergi ke smile_roses's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.089814 saat. Lajunya....