Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-09-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Activity gets you busy. But productivity gets you results. Activity consumes time. Productivity frees it.

-- ummimq

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: abengoh
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43138

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 58
Ahli: 0
Jumlah: 58




  Yang Masuk Ke Sini
qudwah: 5 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 15 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 16 hari yang lalu
eme86: 16 hari yang lalu
sunan-faqih: 21 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Diminta taat suami, ibu bapa terabai


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Diminta taat suami, ibu bapa terabai

Please Mendaftar To Post


Oleh Diminta taat suami, ibu bapa terabai

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 20-01-08 06:33


Oleh MOHD. YUSOF ABAS

SOALAN: Saya baru berkahwin dengan seorang lelaki keturunan Arab yang berasal dari Arab Saudi. Beliau seorang berpelajaran agama yang tinggi. Namun hakikatnya, keegoan beliau begitu menebal.

Menurut katanya, suami harus menahan isterinya dari keluar rumah dan tidak dibenarkan untuk berkunjung atau berziarah ke rumah ibu bapa sendiri apa lagi ke rumah keluarga lain. Katanya, inilah yang dituntut oleh ajaran agama. Apa pandangan tuan berhubung perkara ini.

– Tiyyah Arsyad,

Butterworth.

Jawapannya:
Islam menganjurkan perkahwinan untuk berkasih sayang dan bermesra antara suami isteri dan keluarga kedua belah pihak. Bukan untuk bermusuhan dan bercerai-berai. Dalam hal ini firman-Nya bermaksud: Sebahagian dari tanda kebesaran-Nya iaitu menjadikan dari jenis kamu pasangan supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan menimbulkan antara kamu percintaan dan kasih sayang sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir (surah Ar-Rum ayat 21).

Bagaimana mereka bertindak melarang isteri keluar dari rumah untuk tujuan kebaikan dan melaksanakan kewajipan dan sebagainya itu dikatakan haram dan bidaah sedangkan Allah berfirman bermaksud: Layanilah mereka berdua (ibu bapa) di dunia ini dengan baik (surah Lukman ayat 15). Mereka menggunakan alasan ajaran agama, walhal hakikatnya atas alasan keegoan dan cemburu buta mereka atau adat resam tempatan mereka sahaja. Bukankah amalan menziarah kaum keluarga dan mengeratkan hubungan silaturahim itu amatlah digalak dan disanjung agama? Meskipun mereka berdalilkan dengan satu cerita pada masa Rasulullah s.a.w. yang memberitahu dan bersabda kepada wanita yang setia dan taat tidak melanggar perintah dan larangan suami dan bahawa Allah telah mengampuni bapanya itu dengan sebab kepatuhan anak tadi terhadap suaminya.

Mempersoalkan

Kita tidak pernah mempersoalkan kebaikan dan keistimewaan rahmat Allah s.w.t. yang dikurniakan kepada hamba-nya yang benar-benar jujur dan ikhlas dalam hidupnya tetapi atas alasan apakah suami itu menghalang isterinya dari menghubungi silaturrahim dengan ibu bapanya yang merupakan suruhan Allah dan Rasul-Nya supaya melayani keduanya dengan baik selama di dunia ini?

Apalagi semasa mereka yang sudah uzur dan lanjut usia pula.Yang mana kitalah anak kesayangan yang menjadi harapan mereka selama ini. Tetapi apabila sudah berkahwin maka bertukar menjadi seperti kacang lupakan kulit. Alangkah besar pahala sekiranya suami tersebut dapat bersikap terbuka dan tidak terlalu cemburu buta dan tidak terikat mengikut adat resam tempatnya. Ini kerana dia bersukarela memilih untuk mengahwini wanita dari luar negaranya dan berlainan adat resamnya. Wallahualam.

Mudah menghalalkan
SOALAN: Sebahagian ustaz kita memilih jalan mudah dalam meletakkan sesuatu hukum. Mereka banyak menghalalkan dari mengharamkan atau membolehkan dari melarang atau menyempitkan. Bagaimana pandangan tuan?

– Zainab Mansor,

Sabak Bernam, Selangor Darul Ihsan.

JAWAPAN: Apa yang perlu dilihat ialah apakah pandangan mereka itu sesuai dengan ajaran agama atau sebaliknya. Ini kerana Allah berfirman yang bermaksud: Allah tidak menjadikan dalam agama itu sebarang kesusahan (dan kepayahan) (surah al-Hajj ayat 78) dan Rasulullah juga pernah mengingatkan supaya kita permudahkan jangan menyusahkan, gembirakan jangan meliarkan (riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam sabdanya yang lain nabi menyatakan bahawa. Aku dibangkitkan untuk membawa rahmat bukan untuk mengutuk sesiapa. Dan sabdanya lagi, tinggalkan aku selagi aku tinggalkan kamu sebenarnya binasa orang yang sebelum kamu itu, kerana banyak persoalan mereka dan pertelingkahan mereka dengan Nabi mereka. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Barangkali mereka berpegang dan mengikut pendekatan yang diambil oleh Rasulullah yang bila berhadapan dengan perkara yang boleh meragukan dalam agama. Contohnya seperti dalam peristiwa nyanyian dua pelayan dalam rumah Aisyah yang menimbulkan kemarahan Abu Bakar. Abu Bakar terus mengherdik pelayan tersebut. Nabi kemudian lalu bersabda: biarkan mereka kerana hari ini Hari Raya. Semoga orang Yahudi tahu dalam agama kita ada kelonggaran tertentu dan aku sendiri diutuskan dengan agama yang saksama. (Riwayat Ahmad).

Baginda sendiri bila diberi pilihan antara dua perkara baginda terus pilih sahaja yang terlebih senang daripadanya. Apa lagi sekiranya dalil-dalil juga tidak ada yang melarang sedangkan dalil yang menggalakkan secara umum memang ada seperti melakukan amalan kebajikan yang tidak pernah diamalkan pada masa rasulullah.

Di antara dalil tersebut firman-Nya bermaksud: kerjakanlah amal kebajikan semoga kamu akan berjaya (surah al-Hajj ayat 77). Dan firman-Nya lagi: siapa yang bersukarela mengerjakan kebaikan maka Allah Maha bersyukur (surah al-Baqarah ayat 158). Dalam ayat-Nya yang lain: siapa yang bersukarela mengerjakan sebarang kebajikan maka itulah yang baik untuknya (maksud surah al-Baqarah 184). Amatlah dikesali hari ini ramai yang sengaja mempertikai amalan kebajikan yang dilakukan masyarakat, seperti amalan berjemaah, bergotong-royong, sambutan hari keluarga atau Maal Hijrah dan juga Maulidur Rasul dan lainnya.

- Wallahualam.

* ALAMATKAN kemusykilan anda kepada Kemusykilan Anda Dijawab, Yadim, Jalan Perdana 50480 Kuala Lumpur atau e-mel [email protected]. Nyatakan nama penuh dan nama samaran untuk siaran.


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 20-01-08 07:04


Pada 20-01-08 06:33 , broshahir posting:

!!! QUOTE !!!

Oleh MOHD. YUSOF ABAS

Islam menganjurkan perkahwinan untuk berkasih sayang dan bermesra antara suami isteri dan keluarga kedua belah pihak.

Kita tidak pernah mempersoalkan kebaikan dan keistimewaan rahmat Allah s.w.t. yang dikurniakan kepada hamba-nya yang benar-benar jujur dan ikhlas dalam hidupnya tetapi atas alasan apakah suami itu menghalang isterinya dari menghubungi silaturrahim dengan ibu bapanya yang merupakan suruhan Allah dan Rasul-Nya supaya melayani keduanya dengan baik selama di dunia ini?

Apalagi semasa mereka yang sudah uzur dan lanjut usia pula.Yang mana kitalah anak kesayangan yang menjadi harapan mereka selama ini. Tetapi apabila sudah berkahwin maka bertukar menjadi seperti kacang lupakan kulit. Alangkah besar pahala sekiranya suami tersebut dapat bersikap terbuka...



:welcome: silaturahim dengan keluarga takkan terputus dengan perkahwinan.. :welcome: isteri kena terima keluarga suami seadanya dan suami kena terima keluarga isteri seadanya, barulah rumahtangga bahagia... huhu belum kahwin lagi, saya rasa alangkah sedihnya berada di tempat isteri yang dihalang jumpa keluarganya.. :-(


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 20-01-08 07:24


suami yang baik takkan menghalang isterinya berjumpa dengan keluarganya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 20-01-08 10:06


Pada 20-01-08 07:24 , broshahir posting:

!!! QUOTE !!!

suami yang baik takkan menghalang isterinya berjumpa dengan keluarganya...


betul betul betul.. pilih lah suami yang hormat ibu bapa kita seperti dia hormat ibu bapa dia... :kelip: :kelip:



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 20-01-08 17:56


Pada 20-01-08 10:06 , anis_zulaikha posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 20-01-08 07:24 , broshahir posting:

!!! QUOTE !!!

suami yang baik takkan menghalang isterinya berjumpa dengan keluarganya...


betul betul betul.. pilih lah suami yang hormat ibu bapa kita seperti dia hormat ibu bapa dia... :kelip: :kelip:



betul betu betul..
insyaAllah suami saya macam tu, amin :sopan: :-) :-P


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

kapten06
WARGA SETIA
Menyertai: 04.01.2007
Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-01-08 18:28


mungkin boleh jadikan rumah mentua sebagai rumah pertama.....erm.....betul ke ini?

Bookmark and Share

    


  Member Information For kapten06Profil   Hantar PM kepada kapten06   Pergi ke kapten06's Website   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 20-01-08 19:36


Pada 20-01-08 17:56 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 20-01-08 10:06 , anis_zulaikha posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 20-01-08 07:24 , broshahir posting:

!!! QUOTE !!!

suami yang baik takkan menghalang isterinya berjumpa dengan keluarganya...


betul betul betul.. pilih lah suami yang hormat ibu bapa kita seperti dia hormat ibu bapa dia... :kelip: :kelip:



betul betu betul..
insyaAllah suami saya macam tu, amin :sopan: :-) :-P



budak kinah ni akak tengok, mm macam da tak sabar nak tawen ini :lol: :lol:



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 20-01-08 19:48


rumah mentua sebagai rumah pertama T.K :-? :berfikir:


eheh macamana kak anis boleh nampak saya ni :malu:
kak anis ni mesti tengok orang dari pengalaman :-D
erm kak anis, kata-kata tu kan doa.. kena doa banyak2lah :welcome: :malu: :-P


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 20-01-08 19:51


:) . . .

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

kapten06
WARGA SETIA
Menyertai: 04.01.2007
Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-01-08 20:08


Pada 20-01-08 19:48 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

rumah mentua sebagai rumah pertama T.K



jadikan rumah mak mentua macam rumah sendiri..jimat..tak perlu beli rumah lagi..isteri boleh tengok keluarga dia setiap hari..hehehehe

p/s: moral of the sotry rasanya..kawin lah dengan jiran sebelah rumah.....nanti nak balik raya taklah masalah sangat....sekali melawat kedua-duanya sekali boleh melawat...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For kapten06Profil   Hantar PM kepada kapten06   Pergi ke kapten06's Website   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 20-01-08 20:24


:-D best tengok bebudak kat sini..nakai betul.. ummu tengok pun kak kinah ni macam hormon istri da datang.. :-P

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 20-01-08 20:28


tak bolehlah macam tu kapten..

lelaki kena utamakan mak dan adik-beradik perempuan dia..
apatah lagi anak sulung lelaki yang ayah dalam keluarga tu dah meninggal..

hehe saya memahami.. :welcome:

betul tak kak anis? :-D

apa ummu ni :ejek: ada pula hormon istri :lol:
ummu ingat rahsia kita :-) :-P

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 20-01-08 20:41


ye..betul-betul setuju... kan kalau kawin tu bukan kawin dengan ponpuan saja..kawin sekali dengan keluarga nya..so kena paham lah...sama-sama berkongsi.. :berfikir: betul ka apa yang aku cakap ni...jangan nak halang kita ni nak pergi jumpa famly.. :cry:

T.K : kahwin dengan jiran? sapa erk..heheh..

hormon istri? hmm.. istri... HmM,
rahsia apa erk :lol: :-P..
baik bos..siap menerima arahan.. :ejek:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 20-01-08 22:09


hemm ummu dengan kinah ni macam ada komplot jet ini... komlot nak tawen cecepat :lol: :lol:

emm tol kinah, kalau nak kahwin cepat kena sebut hari2 :lol: :lol:



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 20-01-08 22:41


erk kak anis, lupakan pasal ummu tu.. :ejek: :lol:

tapi kan kak anis dari dulu lagi saya selalu sebut kahwin, tak kawen2 lagi :lol:
bukan saya suka cakap diri sendiri saja tapi orang2 sekeliling pun suka cakap pasal kahwin dengan saya :lol:
kawan-kawan pun dah tahu pasal kahwin dan rumahtangga itu my favourite topic :lol: :malu:

suami dan isteri kenalah toleransi..
tengok cerita dalam tv tu kadang-kadang isteri nak lebihkan keluarga dia saja..
eheh.. tak kahwin tak tahu lagi.. tapi insyaAllah kalau nak rumahtangga aman,
kena sayang mertua macam mak ayah sendiri... :welcome:

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 20-01-08 22:55


kak anis.. kak anis.. kak kinah kan..hehe
(tak nak cakap lah nanti kena tumbuk...

kak anis..saya tak nak kahwin lagi..k.kina agaknya..hormon2 keibuan da keisterian tu macam da ada...:-P

betul sumai isteri kena toleransi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 20-01-08 22:59


Pada 20-01-08 22:55 , ummusafiah posting:

!!! QUOTE !!!

kak anis.. kak anis.. kak kinah kan..hehe
(tak nak cakap lah nanti kena tumbuk...

kak anis..saya tak nak kahwin lagi..k.kina agaknya..hormon2 keibuan da keisterian tu macam da ada...:-P

betul sumai isteri kena toleransi..


:lol: :lol:

iskk ye lah sampai masa ada lah naluri nak berpasang pasangan ini... :kelip: :kelip:



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 20-01-08 23:01


naluri berpasang-pasangan :berfikir: kelip2 juga lah :kelip: :lol:

hMm betul-betul..semua org pun macam tu

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

cucu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.07.2004
Ahli No: 10226
Posting: 226
Dari: Bumi Milik Allah

russia  


posticon Posting pada: 21-01-08 12:42


suami kena bertimbang rasa... suami berhak atas isteri tapi berpada-pada. isteri pun kena tahu apa hak dia pada suami. apa keutamaan dia dan apa peranan dia. jangan terlalu beremosi....

Bookmark and Share

    


  Member Information For cucuProfil   Hantar PM kepada cucu   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 10-01-09 13:11


dulu ada sahabat ana yang dilarang oleh suaminya menghubungi kedua ibubapanya.....walaupun sekadar untuk bertanya kabar.....kasihan ana kat dia....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

adieq85
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.08.2008
Ahli No: 34673
Posting: 358
Dari: dari Kuantan merantau ke Bangi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 10-01-09 17:00


memang isteri dituntut taat pada suami selagi ia tidak bertentangan dengan agama..tapi takkanla tak boleh berjumpa ibu dan ayah sendiri..tanpa merekan tiadalah kita di dunia ni..buat pilihan yang betul sebelum memilih suami..

Bookmark and Share

    


  Member Information For adieq85Profil   Hantar PM kepada adieq85   Quote dan BalasQuote

ANSHU
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2009
Ahli No: 36822
Posting: 342
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-01-09 23:42


hm...bagi saya itu hak suami..walopun mungkin alasan dan sebab musabab dia buat begitu tak munasabah..itu keputusan dia..kena lah terima..bila seseorang perempuan dinikahkan dengan seorang lelaki...maka lelaki itulah yang akan bertanggungjwab atas segale2nye yang dilakukan isterinye samade dose mahupun pahala...secara otomatik hak mak ayah kandung si isteri terhadap anaknye akan pindah kepada si suami...memang lah nampak kejam..tapi ini hak yang diberi Allah pada suami kerana tggungan keatas isteri boleh menentukan syurga dan neraka si suami..bayangkan betape beratnya amanat seorang suami...jadi sebagai isteri kena lah set dalam kepala siap2 before bernikah yang memang akan ada kebarangkalian kita berase tertindas...tapi pada masa yang semua kembalilah kepade pencipte...kita disini hanyelah sementara...niatkan segalenye demi Allah...insyaAllah beban yang terasa berat akan ringan sedikit...soal ibu bapa yang terpaske diabaikan mungkin itu semua dugaan Allah buat mereka dan kita jugak...yakinlah tiap tentuan Allah adalah yang terbaik buat hamba2Nya...

ni cuma pendapat peribadi saya...kalau ada yang tak betul dan patut ditegur..sila lah..saya terima

Bookmark and Share

    


  Member Information For ANSHUProfil   Hantar PM kepada ANSHU   Quote dan BalasQuote

akil78
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2009
Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-04-09 14:53


Assalamualaikum..
sebagai seorang isteri kena taat pada suami walaupun tidak di izinkan berjumpa dengan keluarga sendiri..
ini adalah t/jawab isteri..
hatta bila mak meninggal isteri tak boleh keluar rumah tanpa izin suami..
w/bagaimanapun, suami yang melarang isteri keluar untuk mendengar majlis ilmu agama di larang oleh Allah..
isteri berhak dengan alasan taat pada perintah Allah..
kerna perintah Allah yang paling utama..


-----------------
gunakanlah hidup ini ke jalan yang betul supaya mendapat keredhaan dan rahmat dari Allah...
sentiasa mencari ilmu Allah dan beramal dengannya...


Bookmark and Share

    


  Member Information For akil78Profil   Hantar PM kepada akil78   Pergi ke akil78's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.143527 saat. Lajunya....