Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-04-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang bodoh hanya berdiam diri, tetapi orang yang paling bodoh adalah yang bercakap perkara yang dia sebenarnya bodoh
-- -- Meow (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 34
Ahli: 0
Jumlah: 34




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 27 hari yang lalu
ronniefinancehome: 38 hari yang lalu
MTMKi: 48 hari yang lalu
usop79: 49 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Kakitangan Awam : Wajib bebaju batik setiap Khamis


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Kakitangan Awam : Wajib bebaju batik setiap Khamis

Please Mendaftar To Post


Oleh Kakitangan Awam : Wajib bebaju batik setiap Khamis

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-01-08 16:05


Ana mohon komentar para sahabat semua tentang ni??


.........................................................................


Wajib pakai baju batik setiap Khamis
PUTRAJAYA 15 Jan. – Semua kakitangan awam diwajibkan memakai baju batik pada setiap Khamis mulai minggu ini, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan memastikan kakitangan awam ‘tidak lupa’ untuk berbaju batik kerana sebelum ini ia hanya dipakai dua kali sebulan.

Ini bermakna pemakaian baju batik di kalangan kakitangan kerajaan bukan lagi pada hari pertama dan ke-15 setiap bulan seperti yang diamalkan sebelum ini.

Dengan penguatkuasaan peraturan itu, baju batik akan dipakai empat kali sebulan.

“Kakitangan lelaki digalakkan memakai batik Malaysia,” kata Mohd. Sidek kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penilaian Keberkesanan Pelaksanaan Inisiatif Baru Mempertingkatkan Sistem Penyampaian Kerajaan di sini hari ini.

Pekeliling mengenai arahan berbaju batik itu telah dikeluarkan dalam laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) oleh Ketua Pengarahnya, Tan Sri Ismail Adam.

Menurut Mohd. Sidek, pemakaian baju batik tidak dilakukan pada hari Jumaat kerana ramai kakitangan lelaki mahu memakai baju Melayu pada hari tersebut.

“Ini bukan arahan baru... kita cuma kembali pada sistem lama,” katanya.

Sebelum ini, pemakaian baju batik di kalangan kakitangan awam ialah pada hari Sabtu tetapi apabila hari bekerja sektor awam menjadi lima hari seminggu, ia ditukar kepada hari pertama dan ke-15 setiap bulan.

Sementara itu, JPA dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan arahan tersebut tidak terpakai kepada pegawai yang dibekalkan dengan pakaian seragam, pegawai yang menghadiri acara-acara rasmi seperti persidangan antarabangsa, perjumpaan dengan pelawat asing atau pegawai yang menghadiri majlis-majlis rasmi yang menetapkan pemakaian jenis pakaian lain.


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

mashyafinas
Warga 1 Bintang
Menyertai: 09.02.2004
Ahli No: 7130
Posting: 28
Dari: banting,selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-01-08 16:14


Pakai saja lah...siapa lagi nak pakai baju batik kalau tak ada peraturan macam ni...komen say,bagus jugalah...tapi sesiapa yang tak ada baju batik nak p ofis tu,janganla kebas kain batik isteri atau ibu buat baju pula ye....hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For mashyafinasProfil   Hantar PM kepada mashyafinas   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-01-08 17:30


Dulu sekedar pada 1 dan 15 haribulan. Kini setiap khamis. Nampak gaya kayalah tauke batik Malaysia :). Tahniah!

Wallahuta'ala a'lam bissawab

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-01-08 12:22


Pada 16-01-08 17:30 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Dulu sekedar pada 1 dan 15 haribulan. Kini setiap khamis. Nampak gaya kayalah tauke batik Malaysia :). Tahniah!

Wallahuta'ala a'lam bissawab



lebih ni mlambung naik lah harga batik ye...
so tpaksalah pak peil jadikan batik sebagai barang kawalan... :lol: :lol:




p/s.... nak pergi bank ke atau apa-apa ke, rasa malu...nanti org cop, govmen ni ponteng.. :-D


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

sadiqah

Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15800
Posting: 684
Dari: Tawau_KL_tawau_pjaya

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-01-08 12:28


seperti biasa tiap-tiap minggu akan iron baju untuk seminggu tapi batik not in list..memandangkan arahan baru, malam tadi iron baju batik sepasang untuk dipakai hari ni.. :-D :-D


-----------------
hIdUP mEsTi TeRuS..


Bookmark and Share

    


  Member Information For sadiqahProfil   Hantar PM kepada sadiqah   Quote dan BalasQuote

LinCikedot
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26163
Posting: 811
Dari: Atap Rumbia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-01-08 13:07


Pada 17-01-08 12:28 , sadiqah posting:

!!! QUOTE !!!

seperti biasa tiap-tiap minggu akan iron baju untuk seminggu tapi batik not in list..memandangkan arahan baru, malam tadi iron baju batik sepasang untuk dipakai hari ni.. :-D :-D



tahu sangat lah kalau akak yatie ni memang iron baju banyak-banyak sokmo time ujung minggu..kalau akak nak beli baju batik jangan lupa untuk saya sekali ek..hehehe..:D


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For LinCikedotProfil   Hantar PM kepada LinCikedot   Quote dan BalasQuote

lobam_shibin
WARGA SETIA
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12345
Posting: 723
Dari: Dalam Rumah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 17-01-08 13:09


bagus2..xdalah baju batik itu berswang ajerk..nak tunggu 1 dengan 15 kadang-kadang jatuh time cuti..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lobam_shibinProfil   Hantar PM kepada lobam_shibin   Pergi ke lobam_shibin's Website   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-01-08 14:16


Good...but terlalu mahal lah batik...
agaknya ada yang murah...takat basuh sekali dah kecut....

-->Beli kain batik rm10 selai..lepas itu buat baju batik..hehe... :sopan:


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-01-08 14:19


Pada 17-01-08 13:07 , LinCikedot posting:

!!! QUOTE !!!


tahu sangat lah kalau akak yatie ni memang iron baju banyak-banyak sokmo time ujung minggu..kalau akak nak beli baju batik jangan lupa untuk saya sekali ek..hehehe..:D



Senang macam ni..niza_ati pun same...gosok for a week...senang lau nak p kelas ambil saja....


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

LinCikedot
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26163
Posting: 811
Dari: Atap Rumbia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-01-08 14:22


Pada 17-01-08 14:16 , niza_ati posting:

!!! QUOTE !!!

Good...but terlalu mahal lah batik...
agaknya ada yang murah...takat basuh sekali dah kecut....

-->Beli kain batik rm10 selai..lepas itu buat baju batik..hehe... :sopan:



ahakss...cukup ke nak buat baju kalau beli kain batik tu..:D


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For LinCikedotProfil   Hantar PM kepada LinCikedot   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-01-08 14:56


.. nasib baik "i" suka pakai kain batik.. so tak lah "alergic" sangat dengan batik2 ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-01-08 15:13


hmmm.. pagi tadik masuk opis patutlah macam lain sikit suasananya...
semua orang pakai baju banyak kale2....
selalunya plain saja...
lupa pula hari ini hari ini dah kena pakai baju batik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

ainunhub
WARGA SETIA
Menyertai: 06.09.2007
Ahli No: 30954
Posting: 495
Dari: Melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 17-01-08 15:24


hah! arahan wajib.. bermakna telah menjadi satu ketetapan nampaknya bagi kakitangan awam, :P

agak2nya jika arahan wajib untuk berpakaian menutup aurat mengikut syara' ada tak yang membantah?

yelah.. yang ternampak jambul sana sini(meletakkan selendang atas kepala), terbelah sana sini tak termasuk lagi yang menonjolkan bentuk tubuh yang tertonjol(pakaian sendat-kebaya/kebarung atau mengkarung)

bukanlah kepada semua.. tetapi, arahan wajib untuk memakai batik mampu pula bersusah payah..

entohlerrrrrr!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainunhubProfil   Hantar PM kepada ainunhub   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 17-01-08 16:36


Assalamualaikum
comel sikit...cutie litle boy wearing a batik.... :-P



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

are_peace82
WARGA SETIA
Menyertai: 06.10.2006
Ahli No: 26802
Posting: 412
Dari: Kelantan & Kajang

Kelantan  


posticon Posting pada: 17-01-08 16:48


Lepas ni cuepacs minta elaun batik pulak. Sebab kerajaan wajibkan but duit tak bagi. kasihan kat orang yang tak berkemampuan nak beli batik.

Elaun batik....elaun batik....hihi sekali setahun pun jadilah.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For are_peace82Profil   Hantar PM kepada are_peace82   Quote dan BalasQuote

najwa_adila
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.07.2005
Ahli No: 17677
Posting: 288
Dari: Ardhullahil Waasi'ah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-01-08 17:35


erm..honestly..tak suka sebenarnya pakai batik..kainnya terlalu lembut 'mendayu-dayu'..yang terbaru pulak ditambah sifat 'licin' (tak tau sebut apa nama kainnya..buta kain sikit :) )..lagilah 'lemah-gemalai'..kalau yang jenis sutera batik pulak lagilah...nak iron payah..nak basuh payah..pokoknya rumit lah batik ni (bukan pemburupokok tau hehehe)..orang kaya2 ye lah boleh pakai jeq..nak iron, maid boleh tolong buat..nak basuh pun maid buat..huhu..so, alternatifnya saya pakai baju kurung kain bjnya plain, kain bawah batik..senang cerita :)


-----------------
Tiada Aku Tanpa-Mu...
cute


Bookmark and Share

    


  Member Information For najwa_adilaProfil   Hantar PM kepada najwa_adila   Pergi ke najwa_adila's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 18-01-08 08:14


komen saya ialah.../

skema~


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

InsaF82
Warga 1 Bintang
Menyertai: 04.12.2007
Ahli No: 31915
Posting: 22

iraq   avatar


posticon Posting pada: 18-01-08 08:43


hmmm...
ok lah tu. pakai batik. bukan tiap-tiap hari.
kalau tak mampu nak beli banyak sehelai dah lah.
sekali seminggu. sempat kering... huhuhu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For InsaF82Profil   Hantar PM kepada InsaF82   Quote dan BalasQuote

syira_qistina
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2003
Ahli No: 4102
Posting: 777
Dari: tempat yang paling jem

Selangor  


posticon Posting pada: 18-01-08 09:03


macammana lah rupa org tu pakai baju batik.. :berfikir: adess...dah lah orgnya kecik saja..mesti comel bangat...ehh..macam perempuan pulak dah... :-P



Bookmark and Share

    


  Member Information For syira_qistinaProfil   Hantar PM kepada syira_qistina   Quote dan BalasQuote

sadiqah

Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15800
Posting: 684
Dari: Tawau_KL_tawau_pjaya

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 18-01-08 09:04


Pada 17-01-08 16:48 , are_peace82 posting:

!!! QUOTE !!!

Lepas ni cuepacs minta elaun batik pulak. Sebab kerajaan wajibkan but duit tak bagi. kasihan kat orang yang tak berkemampuan nak beli batik.

Elaun batik....elaun batik....hihi sekali setahun pun jadilah.....


erm..ana setuju, sepasang batik paling murah pun boleh dapat dalam RM 150..kalau beli baju lain selain batik boleh dapat 3 pasang baju tau. :sopan:

tak pun setiap jabatan dan kementerian dibekalkan baju batik sekali setahun.. :-D
disamping tu boleh merapatkan tali silaturahim, yelah maby ada yang tak kenal satu jabatan pun..dah pakai baju sama mesti dah kenal kan..then kalau nak buat team boria lagi senang..jimat kos.. :lol: :lol: :lol:


-----------------
hIdUP mEsTi TeRuS..


Bookmark and Share

    


  Member Information For sadiqahProfil   Hantar PM kepada sadiqah   Quote dan BalasQuote

amirahni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.06.2006
Ahli No: 24839
Posting: 134
Dari: SHAH ALAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-01-08 09:34


Kalau tak bagi elaun batik bagi saguhati pun jadilah...dapat ke?hmmm suspen :berfikir:
semalam lupa arahan berkuatkuasa serta merta sampai office jadi org ganjil sebab tak pakai batik :-) . kalau nak batik yang senang basuh dan gosok belilah kain cotton. kat terengganu sepasang RM 60-70 boleh dapat. Insya ALLAH.


-----------------
BUAT YANG BETUL, BUAT DENGAN BETUL, BUAT BETUL-BETUL


Bookmark and Share

    


  Member Information For amirahniProfil   Hantar PM kepada amirahni   Pergi ke amirahni's Website   Quote dan BalasQuote

nafas
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29298
Posting: 355
Dari: kl

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 18-01-08 09:46


rasa macam undang-undang masa duduk hostel pula...
asrama kan ada baju batik..hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For nafasProfil   Hantar PM kepada nafas   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-01-08 09:50


Pada 18-01-08 09:34 , amirahni posting:

!!! QUOTE !!!

Kalau tak bagi elaun batik bagi saguhati pun jadilah...dapat ke?hmmm suspen :berfikir:
semalam lupa arahan berkuatkuasa serta merta sampai office jadi org ganjil sebab tak pakai batik :-) . kalau nak batik yang senang basuh dan gosok belilah kain cotton. kat terengganu sepasang RM 60-70 boleh dapat. Insya ALLAH.




anda nak pakai batik yang budak asrama pakai???
mana class... kita ni staff govmen..bukan standart budak sekolah...
nak tak nak paksa beli kain batik ygpaling kurang RM 50 smeter..
than upah jahit tak kurang RM50 spasang...

p/s.. ana sdiri ada shelai saja baju batik...itupun baju time jadi MTM kat campus dulu... :cry: :cry:
besok bartu nak pergi ukur, kain dah ada org kasi.. :-(


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

amirahni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.06.2006
Ahli No: 24839
Posting: 134
Dari: SHAH ALAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-01-08 10:02


taklah aye...baju batik tu cantik..baju budak sekolah jauh lebih murah. siap ada design untuk kebaya dan kurung lagi...kat terengganu memang boleh dapat harga murah. kat tempat lain tak taulah..kat office ana ramai yang pakai. kononnya nampak macam pramugari MAS walaupun tak seksi.


-----------------
BUAT YANG BETUL, BUAT DENGAN BETUL, BUAT BETUL-BETUL


Bookmark and Share

    


  Member Information For amirahniProfil   Hantar PM kepada amirahni   Pergi ke amirahni's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 18-01-08 10:34


nasib baik tak kerja lagi dengan kerajaan,xdenya nak pakai batik lagi...masa kerja dulu pun malas nak pakai baju batik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

emran_johanis
Warga Rasmi
Menyertai: 28.11.2007
Ahli No: 31860
Posting: 3

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 18-01-08 10:56


alamak
pokai pula duit aku kena beli baju batik 4 helai lagi
bukannya murah rm150 takpun rm180
baru saja simpan nak pergi tengok wayang
huhuhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For emran_johanisProfil   Hantar PM kepada emran_johanis   Pergi ke emran_johanis's Website   Quote dan BalasQuote

sadiqah

Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15800
Posting: 684
Dari: Tawau_KL_tawau_pjaya

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 18-01-08 13:18


Pada 18-01-08 09:34 , amirahni posting:

!!! QUOTE !!!

Kalau tak bagi elaun batik bagi saguhati pun jadilah...dapat ke?hmmm suspen :berfikir:
semalam lupa arahan berkuatkuasa serta merta sampai office jadi org ganjil sebab tak pakai batik :-) . kalau nak batik yang senang basuh dan gosok belilah kain cotton. kat terengganu sepasang RM 60-70 boleh dapat. Insya ALLAH.


boleh dapat dalam RM 60-70?..erm, ukhti ni asal memang orang terengganu ke?.boleh pesan tak?
kat ofis ni memang tak ada yang jual dengan harga yang ukhti sebutkan tu..ada juga kawan dari terengganu berniaga kain batik, tapi harga mak aiiii...mahal bebenor..RM 250..sadis betul.. :-(


-----------------
hIdUP mEsTi TeRuS..


Bookmark and Share

    


  Member Information For sadiqahProfil   Hantar PM kepada sadiqah   Quote dan BalasQuote

nafas
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29298
Posting: 355
Dari: kl

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 18-01-08 13:40


Pada 18-01-08 10:34 , sya_ryn posting:

!!! QUOTE !!!

nasib baik tak kerja lagi dengan kerajaan,xdenya nak pakai batik lagi...masa kerja dulu pun malas nak pakai baju batik...


wah dah mincul kembali sya_ryn
macam mana study? ok ke?
Itu lah hikmah saudara sambung blajakan... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nafasProfil   Hantar PM kepada nafas   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 18-01-08 14:51


Assalamualaikum
govt hav oblige the staff to wear batik on Thursday...
but neither govt nor any husband has compel his wife to wear kain batik at home..but still...kain batik seems like a complsory attire to women at home...huhu... :-D



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

amirahni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.06.2006
Ahli No: 24839
Posting: 134
Dari: SHAH ALAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-01-08 14:58


Maaflah Sadiqah ana bukan orang terengganu. Beli pun masa masa hantar adik ke U.M.T. Singgah pasar payang cari batik dengan harapan harganya murah dari lembah klang tapi hampa...Cakap kat peniaga tu kalau keluar duit bebanyak payah nak menjaganya tak berbaloi lah.Dia terus keluarkan batik cotton tu..Asalnya harga RM 90 (kalau tak silaplah)Ana cakap kalau harga lebih kurang dengan kain lembut tu ana taknak beli..Dia pun katalah org KL memang pandai tawar menawar sebab dah pening dengan ragam ana maka dapatlah harga yang dikehendaki. :-) he. he..Terengganu pengeluar batik takkan harganya sama kat KL kan?Sekarang pun ana tengah cari orang terengganu nak pesan batik macam tu.


-----------------
BUAT YANG BETUL, BUAT DENGAN BETUL, BUAT BETUL-BETUL


Bookmark and Share

    


  Member Information For amirahniProfil   Hantar PM kepada amirahni   Pergi ke amirahni's Website   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 18-01-08 16:12


baguslah semua sahut seruan kerajaan untuk pakai baju batik... nampak manis... lagi bagus kalau baju batik seragam ikut jabatan... :D

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 18-01-08 16:39


Walaupun di dalam Islam hukum memakai baju batik adalah mubah (harus), namun ramai yang melihat arahan KSN ini sebagai memperjuangkan isu ‘titik bengik’. KSN dilihat seolah-olah sudah tidak ada isu lain lagi yang ingin ditekankan. Inilah padahnya bila orang yang berada di atas tidak memperjuangkan sistem administrasi (jihazul idari) Islam, maka sistem Islam tidak dilaksanakan, tapi isu pemakaian baju batik pula yang dijaja.

JPA adalah tempat di mana negara mengatur keperluan masyarakat di dalam urusan administrasi dengan kerajaan. Di dalam Daulah Islam, strategi di dalam mengatur kepentingan masyarakat dilandasi dengan kesederhanaan (tidak komplikated), kecepatan dalam layanan dan profesionalisme (skil/kecekapan tinggi) orang yang menguruskannya. Hal ini diambil dari realiti pelayanan kepentingan/urusan itu sendiri. Orang-orang yang berurusan sudah tentu menginginkan kecepatan dan kesempurnaan dalam pelayanan (servis). Rasulullah saw bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berlaku ihsan dalam segala hal. Jika kalian membunuh (qisas), maka lakukanlah pembunuhan itu dengan cara ihsan (baik/sempurna). Jika kalian menyembelih maka lakukanlah penyembelihan itu dengan cara ihsan...” .

Ihsan (kebaikan/kesempurnaan) dalam melaksanakan pekerjaan jelas diperintahkan oleh syara’. Untuk merealisasikan ihsan dalam melaksanakan pekerjaan, mesti dipenuhi 3 hal berikut dalam urusan administrasi:-

(1) Kesederhanaan aturan (tidak komplikated / proses birokrasi yang menyusahkan): kerana kesederhanaan aturan itu akan memberikan kemudahan dan lebih praktikal, manakala aturan yang rumit akan menyebabkan kesulitan;

(2) Kecepatan dalam layanan transaksi (servis): kerana hal ini akan mempermudah urusan orang yang memiliki keperluan;

(3) Pekerjaan itu ditangani oleh orang yang mampu dan profesional.

Di dalam sesebuah administrasi, ketiga-tiga hal ini menjadi wajib bagi kesempurnaan pekerjaan sebagaimana dituntut oleh pelaksanaan pekerjaan itu sendiri

Inilah yang sepatutnya diterap dan difokuskan oleh KSN. Isu kecekapan kakitangan yang melaksanakan tugas bagi memberikan servis yang terbaik kepada rakyat memang diketahui umum amat buruk. Isu birokrasi juga memang dari dulu sampai kini masih belum selesai, malah bertambah rumit dari sehari ke sehari. Rakyat yang datang untuk mendapatkan servis daripada perkhidmatan kerajaan adalah mereka yang mempunyai masalah untuk diselesaikan, tetapi dengan semua pentadbiran yang tidak cekap dan profesional, maka masalah rakyat selalu terbantut, bahkan ada yang bertindih-tindih dan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

Hal inilah yang sepatutnya diberi perhatian serius oleh KSN, bukannya pemakaian baju batik. Tidak ada guna berbaju batik atau berbaju Melayu atau berkot sekalipun jika perkhidmatan awam tidak cekap/profesional, lambat dan lembap serta dipenuhi dengan birokrasi dari A sampai Z!!! Nampaknya KSN hanya mewajibkan benda yang tak wajib, manakala benda yang wajib pula ditinggalkan.

Sumber: mykhilafah.com


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

syira_qistina
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2003
Ahli No: 4102
Posting: 777
Dari: tempat yang paling jem

Selangor  


posticon Posting pada: 18-01-08 16:56


Pada 18-01-08 16:12 , mas_ayu posting:

!!! QUOTE !!!

baguslah semua sahut seruan kerajaan untuk pakai baju batik... nampak manis... lagi bagus kalau baju batik seragam ikut jabatan... :D


baju batik seragam...? :berfikir: tak dapat ana nak bayangkan... :sopan: :-P



Bookmark and Share

    


  Member Information For syira_qistinaProfil   Hantar PM kepada syira_qistina   Quote dan BalasQuote

najwa_adila
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.07.2005
Ahli No: 17677
Posting: 288
Dari: Ardhullahil Waasi'ah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-01-08 17:27


semalam (hari khamis) opis diwarnai batik yang pelbagai design dan jenama..rasa macam tengah hadiri majlis VVIP pula hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For najwa_adilaProfil   Hantar PM kepada najwa_adila   Pergi ke najwa_adila's Website   Quote dan BalasQuote

iza_faire
Warga Rasmi
Menyertai: 18.01.2008
Ahli No: 32367
Posting: 12
Dari: shah alam

Terengganu  


posticon Posting pada: 18-01-08 18:32


nampak sopan dan korporat.....ok saja baju batik....cuma untuk saya yang pemalas nak iron ni payah sikit....nasib baik untuk org dah kerja saja hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For iza_faireProfil   Hantar PM kepada iza_faire   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-01-08 08:23


Pada 18-01-08 17:27 , najwa_adila posting:

!!! QUOTE !!!

semalam (hari khamis) opis diwarnai batik yang pelbagai design dan jenama..rasa macam tengah hadiri majlis VVIP pula hehehe




yelah...opisboy pun bgaya VIP.... hebat..... :-D :-D




p/s.... apa pnilaian muslimat, pakai batik bersama pakai kupiah atau ketayap... :berfikir:


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

nafas
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29298
Posting: 355
Dari: kl

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 25-01-08 08:37


Pada 25-01-08 08:23 , aye posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 18-01-08 17:27 , najwa_adila posting:

!!! QUOTE !!!

semalam (hari khamis) opis diwarnai batik yang pelbagai design dan jenama..rasa macam tengah hadiri majlis VVIP pula hehehe




yelah...opisboy pun bgaya VIP.... hebat..... :-D :-D




p/s.... apa pnilaian muslimat, pakai batik bersama pakai kupiah atau ketayap... :berfikir:



ok saja tak ada masalah...

tapi yang lelaki ni kena hati-hati..jangan pakai batik sutera pulak... :jangan: :jangan: :jangan:

Bookmark and Share

    


  Member Information For nafasProfil   Hantar PM kepada nafas   Quote dan BalasQuote

adekuwan83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.11.2007
Ahli No: 31792
Posting: 189
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 25-01-08 08:41


ok saja pakai batik :) sedap mata memandangg

Bookmark and Share

    


  Member Information For adekuwan83Profil   Hantar PM kepada adekuwan83   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 25-01-08 09:15


Pada 18-01-08 16:56 , syira_qistina posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 18-01-08 16:12 , mas_ayu posting:

!!! QUOTE !!!

baguslah semua sahut seruan kerajaan untuk pakai baju batik... nampak manis... lagi bagus kalau baju batik seragam ikut jabatan... :D


baju batik seragam...? :berfikir: tak dapat ana nak bayangkan... :sopan: :-P



kalau batik seragam nampak sikit perbezaan setiap jabatan/ kementerian. Tak pun kerajaan sponsor semua batik sama jenis saja baju tu.. hehe... just bezakan bati kerajaan/swasta.. :-D


-----------------
http://aisyahumaira-masayu.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 30-01-08 15:39


kalau tak pakai berdosa ke aye, sebab dah wajib...hukum buatan manusia.....he..he..hee, asyik berubah saja...tak pernah sempurna, kejap gini, kejap begitu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

najwa_adila
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.07.2005
Ahli No: 17677
Posting: 288
Dari: Ardhullahil Waasi'ah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 30-01-08 15:59


pakai batik orang luar pun tau ini kakitangan awam..sekali pergi makan gerai kena cas mahal lah pulak :( agaknya mentang-mentang kakitangan awam yang konon dapat bonus agaknya :-D


-----------------
Tiada Aku Tanpa-Mu...
cute


Bookmark and Share

    


  Member Information For najwa_adilaProfil   Hantar PM kepada najwa_adila   Pergi ke najwa_adila's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-01-08 17:00


Pada 30-01-08 15:39 , Saifuddin posting:

!!! QUOTE !!!

kalau tak pakai berdosa ke aye, sebab dah wajib...hukum buatan manusia.....he..he..hee, asyik berubah saja...tak pernah sempurna, kejap gini, kejap begitu...



hahaha...sama juga time kat upm dulu... setiap rabu wajib pakai baju no3... hari2 lain kena tat-in, bkasut dan bstokin....
:sopan: :sopan:


Inilah mehnah dunia sekarang 'kewajipan' ditekankan pada arahan makluk...tapi arahan Allah langsung tak dipkatakan...
kakitangan awam wajib berpakaian batik setiap khamis..tapi tak pula dikatakan kakitangan awam wajib memakai tudung (bagi prempuan)...

baru-baru ni kita dkejutkan faizal tahir buka baju dikalayak ramai??? ramai org bangkit mgutuk dan mhetam faizal...last2 dia kena bane selama 6bln..
ye memang dia salah, malah haram sebab mnampak pusat buje dia....
tapi macam mana artis2 perempuan lain?? bukan setakat dedah aurat yang normal (rambut, kaki,lengan) malah sampai mnampakkan pusat betina dan longkang atas sekali..... ana duduk tunggu, mereka btanggungjawab mnanggani isu ni seperti mereka mperlakukan keatas faizal.... :berfikir: :berfikir:



p/s...memang tak syak lagi, malaysia adalah negara trepestandart..... :lol:


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

najwa_adila
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.07.2005
Ahli No: 17677
Posting: 288
Dari: Ardhullahil Waasi'ah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 30-01-08 17:05


Pada 30-01-08 17:00 , aye posting:

!!! QUOTE !!!


baru-baru ni kita dkejutkan faizal tahir buka baju dikalayak ramai??? ramai org bangkit mgutuk dan mhetam faizal...last2 dia kena bane selama 6bln..



nak nyampuk sikit...3 bulan saja lah :-D


-----------------
Tiada Aku Tanpa-Mu...
cute


Bookmark and Share

    


  Member Information For najwa_adilaProfil   Hantar PM kepada najwa_adila   Pergi ke najwa_adila's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 30-01-08 17:53


Assalamualaikum
teringat cerita seorang kawan saya....waktu tu, tentiba jeq media massa mengeluarkan kenyatan bahawa staf kerajaan kena memakai batik...bermula khamis (hari tu hari Rabu kan...?) huh...terkezut resakse lah mereka tu..lalu mereka beratnya kepada pegawai atasan...
what are we going to do now???
senang jawab orang tu....lah, tak ada pekeliling kan? tak payah lah pakai..apa susah...

P/S : pengaruh media massa sebaya....sejibik macam pengaruh rakan dulu kala...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 30-01-08 18:33


sebbaik lah tahon ni kena mengajar pend jasmani as elektif subjek

hari khamis pula tu..

selamat :P

** pun still tunggu dan terus tunggu kot2 ada pekeliling keluar pasal benda tu

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

A4_paper
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.12.2007
Ahli No: 32078
Posting: 30
Dari: bpmlk

malaysia  


posticon Posting pada: 30-01-08 20:23


minggu lepas lupa nak pakai baju batik...petang tadi dah iron baju batik untuk pakai esok!

- nak kena cari balik bju batik zamn study dulu-dulu :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For A4_paperProfil   Hantar PM kepada A4_paper   Quote dan BalasQuote

salmanfarees
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.10.2006
Ahli No: 26728
Posting: 79
Dari: New Zealand

newzealand   avatar


posticon Posting pada: 30-01-08 22:35


sekarang every week kena pakai baju batik. kos lagi. Batik bukan murah. bagaimana dengan staff yang kurang berkemampuan. Kasihan mereka.

Lainla kalau sudah terbukti pemakaian batik tu dapat meningkatkan prestasi kerja.

So remeh temeh thing.

Bookmark and Share

    


  Member Information For salmanfareesProfil   Hantar PM kepada salmanfarees   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 31-01-08 07:37


assalamualaikum, Aye, bab faizal tahir buka baju tu kawe tak hairan... sebab dia masih pakai seluar...
yang kawe duduk hairan premis judi di Genting, kilang arak di batu 3 P.J near to Shah Alam, sejak rafidah aziz luluskan permit lesen hari tu sampai lo ni still duduk kat situ...remaja melayu yang teguk arak punya ramai...

bab cukai haram yang jadi dosa besar kalau dikutip seperti lesen bab* ternak, bab* hutan, arak, judi, rumah urut, karaoke, disko, lounge, dll

ngapa hok tu tak nampak...ngapa tak gantung lesen....

Kalau otak dah sekular...gitulah... tunggu masa masuk tanah, bila tanah duduk ada dalam mulut, masa tu dah tak sempat dah nak haramkan apa yang Islam telah tetapkan haram...

bab pakai baju batik ni kira harus saja dalam Islam...tetapi manusia dah naikkan taraf jadi wajib...
yang wajib adalah menutup aurat.

ada staff yang pakai midi ke ofis...
nampajk lah pula betis dia. hari tu kawe tegur, dia yang non muslim jawab " baju mengandung",... kira non muslim sepatutnya tak pakai midi skirt paras lutut...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-01-08 11:12


Pada 31-01-08 07:37 , Saifuddin posting:

!!! QUOTE !!!


bab pakai baju batik ni kira harus saja dalam Islam...tetapi manusia dah naikkan taraf jadi wajib...
yang wajib adalah menutup aurat.

ada staff yang pakai midi ke ofis...
nampajk lah pula betis dia. hari tu kawe tegur, dia yang non muslim jawab " baju mengandung",... kira non muslim sepatutnya tak pakai midi skirt paras lutut...



kat JPSM ni pun ada juga yang jenis pakai kain tak cukop benang nak jahit... time naik tangga tak selesa kawe tengok... :terliur: :terliur: astafirullah.....
yang tak pakai tudung pun satu hal....


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 31-01-08 12:11


Assalamualaikum
huhu...best betul kewajipan yang kita kena tanggung sekarang.....kewajipan yang dah Allah tetapkan pun belum boleh buat dengan baik...dah ada pulak kewajipan dari manusia....hadui lah..... :oops:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 31-01-08 13:38


budget nak beli baju batik ada ke, beli yang murah saja...tak perlu sutera... silap haribulan, terpakai baju sutera, dah berdosa lah pula...

berapa ramai yang masih tak tahu bab larangan pakai sutera bagi lelaki...
kalau sutera campuran dah kira syubhat...
kawe pakai yang harga murah saja...

saya tetap saya ni kaji semut=nahlu=, belajar subject entomology ke...

conserve the semut is our responsible...

pernah seekor semut berdoa minta hujan telah menjadi asbab Allah turun kan hujan sebagaimana kisah Nabi Sulaiman dengan semut, hal ini ada dikisahkan dalam buku al Azhomah=KeAgungan Allah dikarang oleh Dr Abdullah Aidh al Qarni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

akasia
WARGA SETIA
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23581
Posting: 754
Dari: bandar minyak bumi kenyalang

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 31-01-08 13:52


ni tengah pakai baju batik lah ni sambil posting kat ukhwah...baju batik den murah jah..warna ungu ni..ada corak bunga kertas

Bookmark and Share

    


  Member Information For akasiaProfil   Hantar PM kepada akasia   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 31-01-08 13:59


tapi nampak comey apa pakai baju batik..
nampak berseri-seri saja si pemakainya...
lagi pun, boleh tengok citarasa yang pelbagai...
dan boleh jugak tahu jenis2 orgnya... kuang kuang kuang...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 01-02-08 08:04


kawe kelmarin, khamis pakai baju batik warna biru bercorak hijau, harga dalam RM50, hadiah Zaujati... ada dua lagi baju batik warna merah serta oren... yang ni murah sikit beli di KB tak sampai RM 40...

kira nak pakai baju batik ni tak sukar mana...
bagi yang beruniform tak perlu pakai baju batik, kecuali memang dia tu suka pakai baju batik, ada pekerja lain-lain pangkat yang suka bergaya seperti Officer, kawe buat tak tahu saja, dia ni tak pernah pakai uniform... bodek no satu... lulusan darjah enam saja, dari gred 11 sekarang ni dah naik gred 22 sebab bodek serta tangkap orang kampung punyalah banyak...
kawe pesan kat dia. "jangan sampai bila dah pencen,keluar dalam akhbar harian Metro, seorang tua dibelasah ditepi jalan"
habis musuh dia ramai sebab menyusahkan orang kampung... sebab dia ni kira suka tangkap orang kampung, orang kampung pula yang miskin dicompaund sampai RM800...
staff lain semua tak suka berkawan dengan dia ni...kaki bodek...
lain-lain pangkat kadang tu lebih bergaya dari officer...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

syira_qistina
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2003
Ahli No: 4102
Posting: 777
Dari: tempat yang paling jem

Selangor  


posticon Posting pada: 01-02-08 08:30


ada juga jabatan yang buat baju batik khas untuk semua staff jabatan tersebut. means baju batik seragam jabatan... kehkehkeh... teringin juga nak tengok... :kelip:



Bookmark and Share

    


  Member Information For syira_qistinaProfil   Hantar PM kepada syira_qistina   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-02-08 22:23


oklah pakai baju batik..tapi rasa panas pula bila pakai baju batik ni... kena beli lagi baju batik ni... tapi beli yang berpatutanlah..tidaklah sampai harga beratus2.. sederhana dan ikut kemampuan diri....

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

aisya_aqmar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.08.2004
Ahli No: 10643
Posting: 195
Dari: pasir puteh ~ kaiy ell ~ k. tganu ~ next....?

Kelantan  


posticon Posting pada: 01-02-08 22:56


tumpang tanya... baju batik ni dalam kategori baju rasmi yang boleh dikorporatkan ke? huhu...
~saya aku yang budak baru belajar~

Bookmark and Share

    


  Member Information For aisya_aqmarProfil   Hantar PM kepada aisya_aqmar   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.156187 saat. Lajunya....