Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-10-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.
-- -- Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Kuyi
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43139

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 45
Ahli: 0
Jumlah: 45




  Yang Masuk Ke Sini
umy_1510: 1 hari, 6 jam, 4 minit yang lalu


Sampaikan
Topik: Salam maal Hijrah 1429 H/2008


Carian Forum

Moderator: Administrator, limah
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sampaikan
    »» Salam maal Hijrah 1429 H/2008

Please Mendaftar To Post


Oleh Salam maal Hijrah 1429 H/2008

istisafa

Menyertai: 16.12.2003
Ahli No: 5723
Posting: 626
Dari: Kelana Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-01-08 20:16


Assalamualaikum..

Kepada semua warga portal, salam maal hijrah buat semua. Jangan lupa baca doa akhir tahun dan doa awal tahun. Tekadkan azam untuk berjaya di dunia dan juga di akhirat. :bunga:

Bookmark and Share

    


  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Quote dan BalasQuote

sofya
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.06.2007
Ahli No: 30381
Posting: 156
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-01-08 20:40


salam maal hijrah... :welcome:
Tekadkan azam untuk berjaya di dunia dan juga di akhirat. :bunga:
amin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sofyaProfil   Hantar PM kepada sofya   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 08-01-08 20:51


salam maal hijrah buat semua warga ukhwah...
buang yang keruh, ambil yang jernih....
semoga kita sama-sama memenuhi lembaran baru ini dengan amal yang soleh..

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 08-01-08 22:10


Doa Awal Tahun

"Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka."



Doa Akhir Tahun

"Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka."




sumber: http://www.darulnuman.com/mhikmah/muharam.html

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 08-01-08 22:37


Azam baru : Melipatkan lagi ganda mencari keredhaan ALLAH, InsyaALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 08-01-08 22:47


Assalamualaikum...

salam Maal Hijrah dari ana..
semoga tahun baru hijrah yang akan datang ini...lebih baik dari tahun2 yang sebelum....

azam.... dapat memahami Islam dengan lebih mendalam.... insyaALLAH....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-01-08 23:00


salam maal hijrah....semoga tahun baru ini lebih cemerlang dari yang sebelumnya....InsyaALLAH...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 08-01-08 23:21


salam maal hijrah...

rindukan maal hijrah KML 03/04 lah mawar tersenyum ku sayang

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-01-08 23:32


salam maah hijrah juga dari ismi_atikah....
sedar tak sedar.... cepat betul masa berlalu....
1429-2008... tau2 saja dah tua... uhuk uhuk...

p/s: doakan rehlah kami adik2 usrah sempena awal muharram ni berjalan sebaiknya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

PerMataHiJau
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2007
Ahli No: 31471
Posting: 295
Dari: MELAKA

Pahang  


posticon Posting pada: 08-01-08 23:40


Assalamualaikum ..buat semua warga ukhwah..Salam Maal Hijrah..semoga tahun ini lebih baik dari yang terdahulu...dan moga-moga kita lebih diberkati ALLAH. :-) 8-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For PerMataHiJauProfil   Hantar PM kepada PerMataHiJau   Quote dan BalasQuote

syeikh
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.07.2005
Ahli No: 17559
Posting: 115
Dari: terengganu darul iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-01-08 07:46


Assalamualaikum...Salam Maal Hijrah dr saya untuk seluruh warga portal ukhwah.com. semoga semua diberkati dan dirahmati Allah. Jadikan azam tahun baru sebagai suatu pemangkin untuk kita agar menjadi hamba yang sentiasa patuh. pada Rabbnya...wallahu a'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For syeikhProfil   Hantar PM kepada syeikh   Quote dan BalasQuote

parit_buntar
Warga Rasmi
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30832
Posting: 12

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-01-08 08:49


nak ucapkan juga.. selamat tahun baru semua!! takbir!

Bookmark and Share

    


  Member Information For parit_buntarProfil   Hantar PM kepada parit_buntar   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-01-08 08:54


Assalamualaikum

happy New Year...........
hari ini lebik baik dari semalam...
Esok sepatutnya lebih baik dari hari ini...

pelangi ada tujuh warna.....


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

sufti_ilham
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2003
Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 09-01-08 09:27


bismillahhirrahmanirrahim

selamat tahun baru hijrah..moga dipanjangkan umur..dimurahkan rezeki.. ditingkatkan iman..diikhlaskan amal,insyaAllah..amin..


-----------------
"Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" : At-Thalaq : 3 -( PUAN SUFTI )-


Bookmark and Share

    


  Member Information For sufti_ilhamProfil   Hantar PM kepada sufti_ilham   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-01-08 09:32


copy-paste...

.....................................................................

Assalamu'alaikum Warahmatullah. ..,


Ikhwah Pendokong & Pejuang Kebenaran,

Petang ini akan jadi petang terkahir kita di tahun 1428H. Hijrahlah kita masuk ke fasa baru 1429H. Yang berumur 30 akan masuk 31, yang berumur 40 dah masuk 41, yang kurang berakal akan jadi sedikit berakal... dalam ertikata lain yang hidup pun dah makin nak mati, anytime. Persediaan untuk mati serta tanggungjawab hamba Allah yang diarahkan pada kita, tanyalah Iman sahaja. Alhamdulillah, Allah beri peluang kita menghirup sisa oxsigen untuk merasai seronoknya hidup di duniaNya ini...!

Baru minggu sudah kita sambut tahun baru 2008 Masihi, hampir lupa kita tahun Hijrie. Sistem kita menjadikan ramai yang tak menilai penggunaan tarikh Hijrie sedangkan ia sangat berkait rapat dengan perjuangan Islam, pengorbanan Nabi + sahabat, iktibar perjuangan sebenar. Malam 31/12/2007 kita lihat mad'u kita ummat Islam + non-Muslim terus dirosakkan oleh sistem jahilliyyah terancang. Semua peringkat berasmara dengan kehadiran 2008, seolahnya kita nak meraikan sepenuhnya apa jua kejayaan kita dalam tahun 2007 dahulu, enta apa yang kita raikan sebenarnya? Entah apa yang kita telah capai? Yang tak tercapai macamana pulak? Yang pasti pagi-pagi 1/1/2008 ramai yang Subuh menyembah sejadah 12tghri atau langsung bypass subuh, atau langsung tiada istilah subuh dalam diri pun. Power betul penangan sambutan tahun Masihi hadhari…Banyak kerja Islam hadhari wajib betulkan segala kerosakan-kerosakan terancang tersebut, kalau hendak?

TV3 yang buat rakaman penuh 31/12/2007, sambutan besar2an di Shah Alam , ASTRO di KLCC dan lain-lain yang terlibat di pelbagai peringkat, usah kira lagi yang berhibur dalam private VVIP room yang dioffer di setiap hotel+kelab pada malam itu. Kami ber-XPDC dakwah hampir 80 orang pun rasanya paling kuat sempat bersemuka kurang dari 1% saudara-mara kita yang terkial-kial pada malam itu....! Sedih, marah.... insaf/bersyukur. ...

Esoknya mereka juga TV3+NTV7+Media berleter mencemuh anak-anak muda merosakkan malam tahun baru dengan sampah-sampah dan adegan ranjang & sosial, mat-rempit yang tak senonoh yang sempat di rakam lense. NTV7 pulak tunjukkan banyak "special function" 24h disco sampai tengah hari 1/1/2008 penuh denagn wanita, sex dan arak. Melayu ramai yang di tangkap, mabuk, namun hanya kesalahan berseronok melebihi masa. kat depan SunwayPiramid pukul 3pg bersepah2 remaja Islam termuntah bersama kaum kuffar lain, berpelukan di atas jalan raya + tidur mabuk lesu di tepi pasu2 bunga. Itulah bahananya tatkala kita laksanakan sesuatu tanpa tahu ruh sebenarnya sambutan tersebut. Tanpa ruh, syaitan + iblis lah yang menjiwainya. Lebih buruk dari kebaikan.


Besar cabaran antum + kita yang bergelar pejuang Islam....!

Tahun masihi yang seronok kita sambut bersandarkan kalender Miladiah yang berasaskan kedudukan matahari. Tahun Miladiah atau Gregorian berasal daripada kalendar Julian ‘Julius Caesar’ yang diperkenalkan sejak tahun 45 baca. Kalender Gregorian hanya mula digunakan secara rasmi pada 1582 selepas melalui beberapa pengubahsuaian oleh Pope Greogory… Besar jasa pateri ini untuk ummat dunia, dunia Islam pun apa kuranganya mengambil jasanya serta menghargainya! Hilang sudah tahun sebenar ummat Islam...

Hijrah bersandarkan takwim Hijrie diperkenalkan ketika pemerintahan Khalifah Islam kedua, Saidina Umar Ibn al-Khattab dalam tahun 638 Masihi, berdasarkan perubahan kedudukan bulan.Takwim Hijrie dipilih mengingatkan hijrah Nabi Muhammad SAW + sahabat untuk berjumpa saudara di Madinah. Dalam rekod awwal Muharam tahun pertama hijrie bersamaan dengan 16 Julai 622 Masihi. Anak-anak kecil dok tanya pasal apa ada 2 pulak kalender? Tak bolehkah mudah pakai satu tahun Masihi sahaja, sebab disekolah semua pakai satu saja... Penat mak-bapak nak jawab soalan-soalan sebegitu (itu pun kalau mampu nak beri jawapan...). Yang pasti, amat berjaya agenda terancang untuk menghazafkan ruh hijrah tersebut dari ummat Islam... Hiduplah ummat Islam jauh dari ruh pengorbanan Nabi+Sahabat tersebut... Berjayalah Yahudi & Nasara...

Hijrah menuntut perubahan, benar-benar perubahan bukan setakat berkata + berazam sahaja. Nabi sebut melalui riwayat Abdullah bin Habsyi yang bermaksud: “..orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah...”

Pesanan untuk diri ana sendiri , nak kongsi dengan ikhwat-akhawat, sahabat-sahabat kalian. Malam ini pun dah masuk tahun baru 1429H. Banyak benda-benda yang kita tak buat walhal kita tahu kita kena buat (ibadah, muamalah, amanah etc etc etc ). Atau yang kita masih tak selesai buat, atau buat pun tak sesempurna mana pun, terpaksa! Mintaklah pada Allah petang ini untuk Allah menerima dengan rahmatNya amalan tersebut walau seciput mana amal yang telah dilakukan, dan mengampunkan segala kekhilafan, sengaja atau tak. Mintalah pada Ilahi agar kita tak mengulanginya lagi dan lagi dan lagi perbuatan yang sama saban tahun. Mintaklah pada Allah untuk diterima taubat kita lantaran sikap diri yang terus & sentiasa memberi alasan-alasan dalam melaksanakan arahan Allah. Betapa banyaknya... !!!

Tahun baru 1429H malam ini kita pohonlah rahmat & berkat yang berpanjangan menunjukkan kita jalan yang sebenar, lurus yang kita mampu menyusurinya dengan berjaya, selamanya. Sujudlah mengadu pada Ilahi apa-apa yanghendak kita panjatkan... .!

Pesanan untuk pejuang Islam untuk bermuhasabahlah apa yang dah berlalu. Muhasabah yang paling ikhlas adalah muhasabah dalam diri sendiri, kita yang tahu peri ikhlasnya dan bersungguhnya kita perjuangkan Islam. Insya Allah dengan sedikit masa yang kita gunakan untuk muhasabah itu mampu menjadikan kita lebih rapat serta muraqabah kepada Ilahi. Barulah kita tahu apa yang tak betul selama ini yang perlu kita betulkan, barulah selepas itu kita mampu melawan godaan nafsu dunia, melaksanakan tanggungjawab, bermujahadah sepenuhnya untuk mendapat kasih-sayang Ilahi...

Muhasabah > Muraqabah >> Mujahadah.... senang sangat nak disebut, nak praktikkan? Doa'lah pada Ilahi untuk bertanya kemampuan kita, Iman kita. Fasa 1429H ini memang fasa yanga makin mencabar... Mencabar segala-galanya dalam apa jua bentuk tindakan, tarbiyyah, siyasah, juga diri & kelaurga kita senriri. Mencabar juga dalam konteks pemerintahan & pilihanraya Malaysia yang lagi 2 bulan menjelma. Benda yang perlu kita selesaikan adalah cabaran dalam sendiri untuk buat kerja Islam dan beristiqamah dengannya.

Jauhkanlah diri kita dari memandang remeh hatta benda-benda kecik dalam ’amal harian pejuang Islam. Kalau sekecil ma’thurat, solah jamaah, solah malam, Al Quran kita masih tersangkut-sangkut, natijahnya kita mungkin belum mampu untuk dipilih Allah untuk tugasan yang amat besar yang menanti-nantikita selama ini. Nak memerintah + menerima amanah jutaan Ummat Islam, kalau kita tak bersungguh bersedia ertinya menempuh parah dan kita akan lalai dengan amanah tersebut.

Kalau kita gagal melaksanakannya, gagal menjadikan diri kita ada furqan & berbeza sebagai seorang pejuang Islam, bermaksud tiada bezanya kita vs musuh (...atau mad'u) kita, maka dah pasti buatlah kerja dan perancangan balik lewat malam, meeting setiap hari sekalipun, keluarlah duit banyak mana sekalipun, kita sebenarnya tetap tak layak untuk mendapat pertolongan Ilahi. Yang pasti Allah sebenarnya memberikan sesuatu mengikut kekuatan & kemampuan kita... Minta jauh dari sesuatu yang kita tak mampu menanggungnya!

Marilah kita be-resolusi untuk Pemuda syabab & ahkhawat yang sihat ini diwarisi dengan anugerah hati yang ikhlas di dalam menyusuri tahun yang mendatang. Kita wajibkan diri kita untuk duduk sesaat sebagai fardhi dalam jamaah untuk mulakan dengan muhasabah apa-apa jua yang dah lepas. Ana sarankan semula untuk kita ber’check-list' apa jua benda yang kita wajib lakukan setiap harian kita sebagai KPI kepada tahun yang mendatang. Then tahulah untuk kita menilainya dari semasa ke semasa setelah kita ada KPI tersebut...

Kalau kita dah kata solah malam, solah jemaah, ma'thurat, Al Quran, usrah dan sebaginya adalah WAJIB, buatlah mechanism yang perlu dilaksanakan untuk memaksa diri melaksanakannya sebagai routine. Ana teringat hujjah sahabat-sahabat pemuda semalam ketika usrah memperingatkan tentang konsep ibadah dalam anggota jamaah Islam yang mampu membawa kepada mengenali Syariat Allah yang sebenar >> menjadikannya Toriqat tatkala berlakunya keberlangsungan di dalam amalan tersebut >>> seterusnya menjadi Haqiqat apabila kita berjaya sampai kepada kesedaran perlaksanaan kita itu sebagai keperluan hidup tanpa paksaan lagi dalam apa jua situasi >>>> dan akahirnya kita mencapai Ma’rifat Allah sebenar kejadian diri apabila diri yang kerdil ini dapat merasai kebesaran Ilahi sebagai Pencipta. Kita sedar sepenunnya kita hanyalah HAMBA ALLAH... tak lebih dari itu pun.

Jauh lagi perjalanan kita sebagai anggota Islam dalam tanzim Jama'ah PAS ini untuk mencapai semua itu. Kemenangan sudah semakin hampir sebenarnya, kita yang perlu berhijrah untuk mencapai kemenangan itu. Kerja jama'ie kena dipertingkatkan, diteruskan walau kecik mana sekalipun.

Kecik tapi signifikan untuk diri, keluarga, masyarakat, dan Islam khususnya. Mohon Tuhan anugerahkan kita istiqamah...


Amiiin. Happy New Year…! Ahlan 1429H...!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

nurhaida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2004
Ahli No: 8493
Posting: 173
Dari: Sungai Petani,KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-01-08 11:37


Salam.

Selamat tahun baru 1429 hijrah...semoga hari2 yang kita lalui tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya. InsyaALLAH. :kelip:

:bunga:


-----------------
Tidak ada yang bermakna dalam hidup... selain kita berbuat baik sesama insan.(",)


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaidaProfil   Hantar PM kepada nurhaida   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-01-08 11:40


KONSEP KEMENANGAN

Kemenangan adalah satu perkara yang sentiasa menjadi matlamat dalam setiap perjuangan. Tidak kira perjuangan itu benar ( haq) atau batil, pejuang itu muslim atau tidak, masing-masing meletakkan harapan untuk mencapai kemenangan dengan berusaha untuk mengatasi yang lain.
Islam mempunyai pandangannya yang tersendiri tentang kemenangan, berbeza dengan konsep kemenangan dalam agama atau ideologi serta fahaman lain. Di dalam al-Quran, Allah s.w.t. menggunakan beberapa istilah kemenangan iaitu al-falah, al- fawz, al-nasr dan al-fath. Masing-masing mempunyai pengertian yang berbeza.


Kemenangan dengan istilah al-falah melambangkan kemenangan yang umum dan menyeluruh meliputi segala aspek individu, masyarakat umum, dunia dan akhirat. Kemenangan al-fawz pula digunakan secara lebih khusus kepada kemenangan atau kejayaan di akhirat. Manakala kemenangan al-nasr pula adalah kemenangan dalam jihad kerana membela agama Allah ke atas musuh-musuhNya.


A. Kemenangan di Dunia

Di dalam al-Quran, golongan yang memperolehi kemenangan dunia (al-nasr) ini disebut sebagai ghalibun dan dzahirun. Ghalibun memberi maksud orang-orang yang mengalahkan, manakala dzahirun bermaksud orang yang menang.
Kemenangan di dunia disebut juga al-fath. Istilah al-fath digunakan oleh al-Quran dalam banyak ayat yang menyentuh tentang kemenangan besar. Contohnya, Allah s.w.t. berfirman dalam Surah al-Fath ayat 1:
Maksudnya:''Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.''

Ulama' sejarah menggunakan istilah al-fath (pembukaan) di dalam setiap kejayan tentera Islam menawan sesuatu wilayah kerana mengambil pengajaran dari al-Quran. Sifat penaklukan itu bukan pemaksaan dan penjajahan, tatapi ia adalah pendedahan manusia kepada Islam, pemerintahannya dan keadilannya. Kemenangan di dunia dapat dilihat dari beberapa aspek sebagaimana dinyatakan di dalam Surah al-Nur ayat 55:
Maksudnya:''Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Muhammad!) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang- orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).''


Tiga bentuk kemenangan al-nasr yang dijanjikan itu adalah:
a) Mendapat kuasa pemerintahan di muka bumi dengan penguasaan pendukung-pendukung ke atas negara atau wilayah dan memeang tampuk pimpinan.

b) Menguatkan agama Islam dengan mengurniakannya wewenang untuk menentukan kehidupan manusia. Dengan kata lain, Islam menjadi asas kehidupan dan undang-undang dalam negara.

c) Mewujudkan keamanan dalam kehidupan setelah mereka berhadapan dengan pelbagai ancaman, rintangan dan risiko dalam mengharungi perjuangan.


B. Kemenangan di Akhirat

Kemenangan di akhirat (al-fawz) adalah kemenangan yang sbenar. Walaupun pejuang-pejuang Islam itu kalah atau gugur di medan peperangan atau sebarang medan perjuangan lain, namun pada hakikatnya mereka telah beroleh kemenangan. Kemenangan inilah yang menjadi matlamat sebenar di dalam perjuangan Islam.
Allah s.w.t. menawarkan kemenangan di dalam firmanNya dalam Surah al-Saff ayat 10 – 12:Maksudnya:''Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman ( syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga ''Adn''. Itulah kemenangan yang besar.''


Berdasarkan ayat di atas, kemenangan di akhirat itu meliputi empat perkara:

a) Mendapat jaminan keselamatan dari azab yang pedih di akhirat

b) Mendapat keampunan dari Allah s.w.t. atas segala dosa yang telah dilakukan

c) Dimasukkah ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai

d) Mendapat tempat tinggal yang baik khusus di yurga yang bernama ‘And


C. Kemenangan Adalah Janji Allah

Di dalam Islam, kemenangan adalah suatu yang pasti dan perlu diyakini oleh setiap muslim. Mereka perlu mengimani masa hadapan yang baik dan gemilang untuk Islam. Ini kerana terdapat banyak nas al-Quran dan al-Hadith yang memberitakan bahawa Islam akan berjaya pada suatu hari kelak. Ayat 55 Surah al-Nur tadi dimulakan dengan lafaz wa'ada bermaksud 'telah menjanjikan', di mana kemenangan di dunia (al-nasr) telah dijanjikan oleh Allah sebagai satu kemestian kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh apabila tiba masanya. Janji ini bukan sahaja dikhususkan buat umat Muhammad s.a.w., bahkan ia telah dinyatakan oleh Allah s.w.t. sejak zaman Nabi Daud a.s. lagi. Firman Allah s.w.t. dalam ayat ke 105 Surah al-Anbiya':
Maksudnya:''Sesungguhnya telah kami wartakan dalam kitab Zabur selepas peringatan bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh.''
Janji Allah s.w.t. ini disebut pula dalam hadith Rasulullah s.a.w.: Maksudnya:Dhari Tamim al-Dari katanya: ''Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: ''Akan sampai urusan ini (agama Islam) ke setiap tempat yang sampai padanya malam dan siang. Dan Allah tidak akan membiarkan walau sebuah rumah di Bandar dan perkampungan mahupun di pedalaman melainkan akan dimasukkanNya agama ini melalui kemuliaan orang yang mulia atau kehinaan orang yang hina. Dengan kemuliaan Allah memuliakan Islam dan dengan kehinaan Allah menghina kekufuran.'' Tamim al-Dari menyatakan bahawa aku telah mengalami perkara itu dalam keluargaku, yang Islam mendapat kebaikan, kemliaan dan kehebatan, manakala yang kafir mendapat kehinaan, merasa kerdil dan membayar jizyah.''

Hadith ini menerangkan bahawa agama Islam akan berkembang seluas-luasnya ke setiap penjuru dunia. Janji Allah dan RasulNya ini telah berlaku untuk peringkat pertamanya dengan berlakunya pembukaan-pembukaan negara Islam dan berkembangnya wilayah taklukan Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w. hingga kurun ke-14 Hijrah.


D. Kemenangan Adalah Pertolongan Allah

Persoalan pokok dan perkara penting yang membezakan konsep Islam terhadap kemenangan dengan konsep-konsep agama, ideology dan fahaman lain adalah unsur pertolongan Allah, Islam amat menitik-beratkan hubungkait manusia Islam dengan Tuhannya dalam perjuangan bahkan dalam setiap aspek kehidupan.

Para pendukung perjuangan Islam sentiasa diingatkan tentang peri pentingnya bergantung kepada Allah dan menyakini bahawa kemenangan hanya datang dari Allah apabila dikehendakiNya. Allah s.w.t. berfirman dalam ayat 10 Surah Ali 'Imran dan 126 Surah al-Anfal:
Maksudnya:''Dan tiadalah pertolongan kecuali dari Allah.'' (Al-Anfal: 126)

Al-Nasr dalam ayat ini memberi pengertian pertolongan dan kemenangan di dalam perjuangan. Allah s.w.t. mengaitkan persoalan kemenangan dalam ayat ini dengan pernyataan bahawa Allah Yang Maha Perkasa untuk menunjukkan bahawa Dialah yang berkuasa memberi kemenangan kepada orang-orang beriman walaupun jumlah mereka sedikit dan kelengkapan mereka kurang berbanding dengan pihak lawan.

Manakala pernyataan bahawa Allah Maha Bijaksana menegaskan bahawa Dialah yang lebih mengetahui bilakah masa yang paling sesuai untuk mengurniakan kemenangan dan sebab apakah kemenangan itu tidak diberikan dalam semua keadaan.

Setiap pejuang Islam perlu menyakini bahawa kemenangan adalah kurniaan Allah dan bergantung kepada izin dan kehendak Allah. Bila-bila masa Dia boleh mengurniakan kemenangan atau menarik nikmat itu dan memberikan kekuasaan kepada golongan lain.

Justeru, para pejuang Islam perlu mengambil berat hakikat ini agar kemenangan Islam itu dibina atas dasar kefahaman dan penghayatan Islam dalam mengisi kemenangan.

Hakikat ini dinyatakan dalam firman Allah dalam Surah Ali 'Imran ayat 26:Maksudnya:
''Katakanlah (wahai Muhammad) Ya Allah! Engkau pemilik segala kekuasaan, Engkau memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau mencabutnya dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Dan Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.''

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

Norhaslina
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.11.2005
Ahli No: 20221
Posting: 382
Dari: Bandar Baru Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-01-08 11:42


Assalamualaikum..

"ayuh kita renung sejenak, kisah hijrah rasul pilihan,
nyawa dan harta di korbankan, untuk agama Islam tercinta"

salam ma'al hijrah pada warga ukhwah :)
mhon maaf atas salah silap.
baca doa nanti ya... :)

.:: kusingkap tirai baru,lembaran hidup seorang hamba::.
.::muhasabah diri::. :bunga:


-----------------
SENYUMSOKMO (^_^)


Bookmark and Share

    


  Member Information For NorhaslinaProfil   Hantar PM kepada Norhaslina   Quote dan BalasQuote

alawiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.05.2006
Ahli No: 24416
Posting: 122
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 09-01-08 12:20


selamat menyambut ma'al hijrah kepada semua warga ukhwah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alawiyahProfil   Hantar PM kepada alawiyah   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-01-08 12:29


Assalamualaikum

Salam MaalHijrah untuk semua..
Semoga tahun ni lebih baik dr tahun² yang terdahulu...
InsyaAllah...
:bunga:

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir sekelian alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ya Allah, wahai Tuhanku, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak reda dan tidak melupakannya dan Engkau berlembut tidak mengazabkan aku malah memberi peluang supaya aku bertaubat selepas menceburkan diri melakukan maksiat itu.

Sesungguhnya aku memohon keampunan-Mu, maka ampunilah aku dan mana-mana perbuatan yang telah aku lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhainya dan Engkau janjikan ganjaran pahalanya.

Maka aku memohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah aku lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

dueramiela
WARGA SETIA
Menyertai: 21.01.2007
Ahli No: 28283
Posting: 732
Dari: DaRuL eHsaN

Selangor  


posticon Posting pada: 09-01-08 13:17


Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim.....

dengan segala kesyukuran kepada Allah swt insyaAllah kita sama-sama menempuh tahun hijrah yang baru....1429H

semOga hijrah kali ini menjadikan diriku yang lebih baik setiap hari bertambah amal serta menjadi muslimah yang baik pada pandangan Allah......

tiada kata yang dapat menggambarkan perasaanku saat ini...

akhir kalam,

salam ukhwah abadan abada.... :bye:



Bookmark and Share

    


  Member Information For dueramielaProfil   Hantar PM kepada dueramiela   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 09-01-08 13:31


Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
.............................
Doa Awal Tahun:

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


........................

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

Iman_Hayati
WARGA SETIA
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH

Kelantan  


posticon Posting pada: 09-01-08 14:20


Selamat tahun baru..Hijrah membawa perubahan dalam hidup kita.
Semoga hijarah kali ini memberikan daku kekuatan untuk melakukan kebaikan dan dijauhkan dari perkara yang melalaikan..dijauhkan dari mreka2 yang boleh merosakkan pemikiran, hati dan perasaan kita sebagai hambaNYA.
Umur ku semakin bertambah..Hijrah1429..


-----------------
Sesejuk Mata Memandang, Seindah Akhlak terpampang


Bookmark and Share

    


  Member Information For Iman_HayatiProfil   Hantar PM kepada Iman_Hayati   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 09-01-08 14:28


Salam_Maal_Hijrah_1429H

الله اكبرالله اكبرالله اكبر
لا إله إلاَّ الله محمد رسول الله

In the Name of ALLAH, in ALLAH do we have faith;
and whoever has faith in ALLAH no fear shall come upon him.

We are content with ALLAH as Lord,
and with Islam as religion,
and with Sayyidina Muhammad as Prophet.

O ALLAH, Bestow Your Blessings upon Sayyidina Muhammad
as many times as the number of rain drops
that drop from YOUR sky to YOUR earth
from the day YOU created the earth
till the Day of Judgement a thousand-fold a day!

O ALLAH, grant us in this New Hijrah Year a great blessing
and the ability to attain what pleases YOU.

O ALLAH, forgive us and relent towards us;
Truly, You are the Forgiver, the Most Merciful.

O ALLAH our Lord, pour out on us patience,
and make us dia (wafat) as those who have submitted to YOU,
and raise us in the Day of Judgement in the company
of the Prophets and the Truthful;
Truly, You are the Most Powerful over all things.

يا الله بحسن الخاتمة
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد واله وصحبه وسلم



-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 09-01-08 14:59


Assalamualaikum
salam maal hijrah kepada semua warga ukhwah...semoga tahun yang bakal menjelma ini dapat dimanfaatkan dengan lebih baik dari tahun² yang sudah...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

eyla05
WARGA SETIA
Menyertai: 17.10.2005
Ahli No: 19884
Posting: 546
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-01-08 15:36


salam maal hijrah 1429 kepada semua warga ukhwah... :-) :-) :-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For eyla05Profil   Hantar PM kepada eyla05   Quote dan BalasQuote

zainuha
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.08.2005
Ahli No: 18587
Posting: 72
Dari: Kajang

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-01-08 15:47


/

"SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1429H"

Bookmark and Share

    


  Member Information For zainuhaProfil   Hantar PM kepada zainuha   Quote dan BalasQuote

qistinaumaira
Warga Rasmi
Menyertai: 09.01.2008
Ahli No: 32265
Posting: 5
Dari: somewhere

austria   avatar


posticon Posting pada: 09-01-08 15:59


SALAM MAAL HIJRAH 1429...
MGA UMAT ISLAM LEBIH GEMILANG...
SUCCESS 4 D SAKE OF ISLAM~

Bookmark and Share

    


  Member Information For qistinaumairaProfil   Hantar PM kepada qistinaumaira   Quote dan BalasQuote

zainina_syafiqah
Warga Rasmi
Menyertai: 05.01.2008
Ahli No: 32207
Posting: 20
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 09-01-08 16:37


HAPPY NEW YEAR 1429 HIJRAH
moga kita akan menjadi lebih baik dari taun2 sebelumnya dan sentiasa mendapat redha Allah, InsyaAllah


-----------------
jaga diri hiasi peribadi


Bookmark and Share

    


  Member Information For zainina_syafiqahProfil   Hantar PM kepada zainina_syafiqah   Quote dan BalasQuote

aesyah86
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.11.2007
Ahli No: 31801
Posting: 109
Dari: chendering, tGanu

Terengganu  


posticon Posting pada: 09-01-08 16:44


buat semua warga ukhwah.com, SALAM MAAL HIJRAH

BERMULALAH DENGAN BERBUAT BAIK
UNTUK PENGAKHIRAN YANG BAIK



-----------------
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.


Bookmark and Share

    


  Member Information For aesyah86Profil   Hantar PM kepada aesyah86   Quote dan BalasQuote

Uswah_teladan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.06.2007
Ahli No: 30310
Posting: 168
Dari: Sandakan

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 09-01-08 18:25


/

Salam Awal Muharam dan Salam Maal Hijrah 1429H saya ucapkan buat seluruh warga ukhwah. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah dan ditunjukkan jalan yang benar. Amin. Lihat artikel terbaru saya sempena Awal Muharam 1429H ini di http://tamanulama.blogspot.com


-----------------
http://tamanulama.co.cc
http://potretulama.multiply.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For Uswah_teladanProfil   Hantar PM kepada Uswah_teladan   Pergi ke Uswah_teladan's Website   Quote dan BalasQuote

qibtiyah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish

seychelles   avatar


posticon Posting pada: 09-01-08 18:31


salam maal hijrah...
m0ga hijrah yang kita lakukan dapat mendorong sahabat2 kita
ke jalan yang diredhaiNya.. :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For qibtiyahProfil   Hantar PM kepada qibtiyah   Quote dan BalasQuote

najwa_adila
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.07.2005
Ahli No: 17677
Posting: 288
Dari: Ardhullahil Waasi'ah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 09-01-08 19:27


Pada 08-01-08 22:10 , broshahir posting:

!!! QUOTE !!!

Doa Awal Tahun

"Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka."



Doa Akhir Tahun

"Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka."




sumber: http://www.darulnuman.com/mhikmah/muharam.html


Thanks saudara broshahir

:-) selamat tahun baru juga كل عام وأنتم بخير


-----------------
Tiada Aku Tanpa-Mu...
cute


Bookmark and Share

    


  Member Information For najwa_adilaProfil   Hantar PM kepada najwa_adila   Pergi ke najwa_adila's Website   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-01-08 20:00


salam maal hijrah 1429H/2008 juga untuk semua, semoga ilmu dan amalan kita dapat di tingkatkan seiring usia yang semakin senja....... :cry:


-----------------
Photobucket

MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia


Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

firdaus_9
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2005
Ahli No: 16983
Posting: 703
Dari: Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-01-08 21:10


selamat tahun hijrah heh! :D

p/s: ana terima sms daripada sutera_kasih85 heh! :kelip: ada sesiapa kenal :kelip:

Bookmark and Share

    


  Member Information For firdaus_9Profil   Hantar PM kepada firdaus_9   Pergi ke firdaus_9's Website   Quote dan BalasQuote

firdaus_9
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2005
Ahli No: 16983
Posting: 703
Dari: Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-01-08 21:32


ouh baru tau siapa org nya heh! :D sebab sebelum ni sms dengan dia pakai 013.... tetiba, terima sms 012... :D

Bookmark and Share

    


  Member Information For firdaus_9Profil   Hantar PM kepada firdaus_9   Pergi ke firdaus_9's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 09-01-08 21:51


selamat awal muharam. . .



syukran kepada kak simple_shida yang sms ingatkan untuk berdoa..:-)


syukran juga kepada orang yang posting doa akhir tahun dan awal di sini..:bunga:

kalau tak, tak tahu pun.. :malu:

berdoa sambil menghadap laptop ini...    :-P


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

ummi_aisyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.02.2007
Ahli No: 28798
Posting: 103
Dari: Tawau

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 09-01-08 22:08


Ibnu Mas'ud berkata: " perkara yang paling sedih bila tiba tahun baru adalah bila umur ku bertambah tetapi amalan ku tak bertambah.." SELAMAT TAHUN BARU 1429h...SEMOGA BERTAMBAH AMALAN PADA TAHUN INI...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummi_aisyahProfil   Hantar PM kepada ummi_aisyah   Quote dan BalasQuote

nur_eiman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.03.2006
Ahli No: 23130
Posting: 113
Dari: Kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 09-01-08 22:39


Salam Maal Hijrah buat semua sahabat ukhwah.com...semoga tahun baru ini membawa sinar perubahan dalam hidup kita..tahap keimanan dapat kita tingkatkan...ALLAHUAKBAR!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_eimanProfil   Hantar PM kepada nur_eiman   Quote dan BalasQuote

highrisk
Warga Rasmi
Menyertai: 09.01.2008
Ahli No: 32271
Posting: 3
Dari: rumah di wolfsburg

germany   avatar


posticon Posting pada: 09-01-08 22:46


salam,

saya highrisk newbies dalam site ini mengucapkan selamat tahun baru 1429 hijrah kepada semua warga Ukhwah.com.
semoga kita semua dapat menghayati kesan dan pengajaran penghijrahan rasulullah untuk di "applied" pada hidup kita.


aku berazam meng 'upgrade' diri ..obviously kepada lebih baik


-----------------
impossible is nothing


Bookmark and Share

    


  Member Information For highriskProfil   Hantar PM kepada highrisk   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-01-08 00:11


Hari ini tanggal 10 Januari 2008 kita telah menyambut kedatangan tahun baru Islam 1429 atau lebih di kenali dengan Maal Hijrah(bersama-sama hijrah)

Hijrah Nabi s.a.w dan sahabat ke Madinah Al-Munawwarah bukan semata-mata hijrah menyelamatkan diri daripada ganguan kaum Quraisy Makkah, tetapi ia adalah untuk menyelamatkan kesucian Islam dan kemurnian akidah. Ini mengambarkan nilai sebenar akidah dan agama islam di sisi Allah di mana seluruh harta kekayaan, rumah, ladang dan segala kepentingan duniawi dikorbankan.

Hijrah yang berlaku kepada Rasulullah dan para sahabat janganlah di jadikan sekadar penceritaan dan pengkisahan apabila menjelang tahun baru hijrah. Sebaliknya kita hendaklah menjiwai ruh(semangat) hijrah tersebut dengan mencontohi dan meneladani perkara-perkara yang dilakukan oleh baginda dan sahabat-sahabatnya. Jika tidak mencontohi kesemuanya, jangan pula kita meninggalkan kesemuanya. Hendaklah kita sama-sama berusaha melakukan sekadar yang mampu walau sedikit.

Amalan-amalan di bulan Muharram

~ Membaca doa akhir tahun dan awal tahun.
~Berpuasa sunat pada tanggal 9 dan 10 Muharram.
~Mengadakan sambutan memperingati Peristiwa hijrah.
~Berusaha mengubah diri ke arah kebaikan.

akhir sekali, semoga artikel ni bermanfaat untuk semua kawan-kawan.....

:bunga:


-----------------
Photobucket

MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia


Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 10-01-08 14:37


salam MAAl HIjrah..
salAm MUhasabah Hati Iman Niat Tawakal
salam refOrmasi Diri...

* nak titipkan sms yang dapat..

masa terbahagi kepada 3
1.masa yang telah berlalu jadi sejarah untuk jadi renungan..
2.masa sekarang adalah pengalaman & cabaran yang perlu dihadapi
dengan waspada
3.masa hadapan adalah suatu harapan & impian
oleh itu.. jadikan hari ini sebagai titik mula HIJRAh ke arah kegemilangan dakwah & tarbiyyah ISLAMi
jiwa daie pemangkin generasi rabbani..
salam MAAL hijrah 1429 ** sampai 3pages..syukran jiddan badr

saat kekalahan itu bermula bila kamu merasa LEMAh
dalam perjuangan & saat kemenangan itu bermula bila kamu
MELAWAn rasa lemah -syed Qutb.


syukran yang bagi sms..
* awan_biru.. maaf kak save no dalam buku notes hehe..

banyak no pelik naik dalam inbox..
jadi.. terpaksa dok fikir.. siapa ek..
ehehhe..

ala kullihal.... jom HIJrah & lakukan tranfOrmasi diri.Iman.Amal.
barakallah... :welcome:



-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-01-08 00:54


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah kita telah melangkah ke tahun baru 1429 Hijrah.
Selamat Tahun Baru kepada semua warga ukhwah.com. Semoga dengan
keizinan Allah Subhanahu Wataala memberi kita kehidupan maka kita
perlu meneliti setiap saat pinjaman Allah ke atas kita selama ini.

Bagi umi yang sudah berumur separuh abad bersyukur kerana diizinkan
lagi untuk beramal terutama solat taubat di atas segala kesalahan
terahadap Allah Azza Wa jalla. Dan sekiranya ada kesalahan umi
terhadap anak_ummi di sini maka umi mohon keampunan jua. Dan tiada
yang lebih umi rasakan betapa Allah mengizinkan umi sekeluarga dapat
menjalani ibadah Haji tahun lepas yang ditaqdirkan Hari Arafah jatuh
pada hari Jumaat iaitu sama seperti Haji Wada' Rasulullah
sollallahu 'alaihi wassalam lebih 1400 tahun yang lampau. Semoga
Haji umi sekeluarga adalah Haji Mabrur. Ameen.

Sempena Maal Hijrah tahun ini umi ingin sekali menjelaskan satu
perkara yang amat besar perlu diambil kira agar kita tidak termasuk
golongan yang rugi dunia dan akhirat. ZALIM. Umi rasa kita faham
maksud perkataan tersebut. Tetapi yang paling menyedihkan apabila
insan dizalimi. Betapa maruah seorang insan itu tercemar dengan
cerita palsu yang direka cipta sehingga kekadang membuat orang yang
terpengaruh memandang serong dan sinis kepada insan tersebut. Insan
yang dizalimi akan terpinga-pinga gara-gara apa yang memulakan
cerita palsu tersebut? Mungkin penzalim yang memulakan cerita pun
akan diam membisu dan membiarkan cerita palsu berlarutan. Tetapi
ingatlah bahawa Allah tidak akan lupa kepada penzalim. Mafhum Surah
Ibrahim ayat 42 - 43:
"Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang
dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya
melambatkan balasan mereka ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku
pandangan mereka (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku
(dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang
mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak
berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)."

Nabi sollallahu 'alaihi wassalam pernah bersabda mafhumnya:
"Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (Muslim yang
lain) seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada
hari ini sebelum tiba waktu yang tidak ada dinar dan dirham (hari
kiamat). Sekiranya baginya amalan soleh maka akan diambil darinya
dengan kadar kezalimannya. Jika tidak ada baginya kejahatan, maka
akan diambil kejahatan orang yang dizalimi lalu ditanggung ke
atasnya (hari Bukhari).

Sekedar mengingatkan diri dan juga menyampaikan walau satu ayat.

Semoga silaturrahmi dikalangan kita berkekalan hingga ke akhir hayat.

Salam iman dan ukhwah dari ummimq sekeluarga sempena Maal Hijrah
1429.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - Kebenaran tanpa perancangan akan ditewaskan oleh kebatilan yang
berperancangan - Umar Al-Khattab.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-01-08 12:02


.. apa ek nak azam tahun baru ni:berfikir:..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

Haslan
WARGA SETIA
Menyertai: 06.09.2004
Ahli No: 10945
Posting: 402
Dari: banting

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-01-08 12:23


salam tahun baru

ingin ku buang cebisan diriku yang mencacat celakan diriku

dan

ingin ku gantikan kepingan yang indah untuk menjadikan ku insanMu Yang Mengharapkan KeredhaanMu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For HaslanProfil   Hantar PM kepada Haslan   Quote dan BalasQuote

sadiqah

Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15800
Posting: 684
Dari: Tawau_KL_tawau_pjaya

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 11-01-08 12:26


SALAM MAAL HIJRAH BUAT SEMUA WARGA ukhwah..
semoga segala impian dan azam terlaksana,
semoga sentiasa beroleh rahmat dan hidayah daripadaNYA..amin


-----------------
hIdUP mEsTi TeRuS..


Bookmark and Share

    


  Member Information For sadiqahProfil   Hantar PM kepada sadiqah   Quote dan BalasQuote

embun-pagi
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.10.2006
Ahli No: 27056
Posting: 41
Dari: Lorong Teratai

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-01-08 22:04


Salam Maal Hijrah 1429 buat semua warga UKHWAH...
dan buat diri ini moga akan lebih baik dari tahun sebelumnya...

INSYAALLAH dengan izin-NYA

Bookmark and Share

    


  Member Information For embun-pagiProfil   Hantar PM kepada embun-pagi   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-01-08 02:59


Hijrah penting kerana ia merupakan langkah pertama ke arah apa saja azam yang ingin dilaksanakan. Semoga hijrah hati kita semua dari baik ke bertambah baik diperkenankan oleh Allah Azza Wajalla. Ameen.

Wallahuta'ala a'lam bissawab

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

al-walid-04
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.10.2004
Ahli No: 11616
Posting: 135
Dari: kedah

Kelantan  


posticon Posting pada: 14-01-08 03:04


salam ma'al hijrah...semoga di tahun baru islam ni, marilah kita sama-sama berazam untuk melakukan setiap perkara dengan baik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-walid-04Profil   Hantar PM kepada al-walid-04   Quote dan BalasQuote

simple_NAH
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.08.2006
Ahli No: 26007
Posting: 77
Dari: shah alam

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 14-01-08 07:55


salam maal hijrah...semoga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya...sama-sama lah kita mempertingkatkan diri masing-masing ke arah yang lebih baik

Bookmark and Share

    


  Member Information For simple_NAHProfil   Hantar PM kepada simple_NAH   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.177404 saat. Lajunya....