Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap awal tahun Allah SWT menghadiahkan 8760 hadiah amat berharga untuk setahun. Bagaimana anda menggunakan 8760 jam itulah yang menentukan kemajuan atau kemunduran hidup
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 197
Ahli: 0
Jumlah: 197




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 13 jam, 18 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: jangan....!!!!!


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» jangan....!!!!!

Please Mendaftar To Post


Oleh jangan....!!!!!

aliflamra
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 245
Posting: 292
Dari: Putrajaya

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-10-03 14:27



Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana
berpagi-pagi
itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan bergaul bebas ditempat kerja.
Banyak buruk dari baiknya.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf
pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan lupa bila berhutang...ingat bila kita susah.Tidak redha rezeki
yg ada
jika hutang diabaikan....

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada
kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal
selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.




-----------------
Get graphics at Nackvision.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For aliflamraProfil   Hantar PM kepada aliflamra   Quote dan BalasQuote

achik_solehah
WARGA SETIA
Menyertai: 04.07.2003
Ahli No: 2015
Posting: 654
Dari: Kuantan

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-10-03 07:51


assalamualaikum..

jangan biarkan diri kita melakukan apa yg Allah larang.....nnt Allah tak sayang pada kita..

Bookmark and Share

    


  Member Information For achik_solehahProfil   Hantar PM kepada achik_solehah   Pergi ke achik_solehah's Website   Quote dan BalasQuote

are_rule1981
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.09.2003
Ahli No: 3442
Posting: 293
Dari: Ampang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-10-03 21:57


sebut pasal jangan ni...ana teringat kat sebuah siaran stesen televisyen....bunyinya macam ni : " Jangan biarkan hidup anda diselubungi...missss...teriiiiii....
hehehe...


------------

" Mata bertentang mata akan timbul rasa sayang..hati bertemu hati akan timbul rasa kasih..sejadah bertemu dengan dahi barukan terasa kehambaan pdNya..ketenangan jua akan diperolehi... "

[ Posting ini telah di edit oleh: luahan_dehearty pada 2003-10-09 22:00 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For are_rule1981Profil   Hantar PM kepada are_rule1981   Quote dan BalasQuote

jundullah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.09.2003
Ahli No: 3276
Posting: 105
Dari: kelate

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-10-03 23:49


banyaknye jangan... apa yang boleh lak....



Bookmark and Share

    


  Member Information For jundullahProfil   Hantar PM kepada jundullah   Pergi ke jundullah's Website   Quote dan BalasQuote

ayuazar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.07.2003
Ahli No: 2390
Posting: 171
Dari: kuala lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-10-03 00:59


apa yg boleh? boleh lakukan apa yg Allah swt suruh

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayuazarProfil   Hantar PM kepada ayuazar   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.101098 saat. Lajunya....