Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang-orang yang suka memuji dan mengampu bukan kawan sejati, kerana merosakkan hati kawannya.
-- -- Saidina Ali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 157
Ahli: 0
Jumlah: 157




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 44 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: JIKA PEREMPUAN TIDAK CUKUP KAIN DATANG ANTUM..


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» JIKA PEREMPUAN TIDAK CUKUP KAIN DATANG ANTUM..

Please Mendaftar To Post


Oleh JIKA PEREMPUAN TIDAK CUKUP KAIN DATANG ANTUM..

jubah_hijau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-12-07 21:11


Assalamualaikum...

ana cuma nak timbul persoalan pada sahabat ukhwah.com

jika perempuan tak cukup kain,free hair,bersubang,sosial (tapi still islam) yang agar jauh dengan islam, datang dekat antum...

dan dia bertanya, Kenapa kena pakai tudung
                        Kenapa kena tutup aurat dan lain-lain

apakah antum nak jawab supaya dia berubah..maksud ana method nak gunakan supaya perempuan tersebut berubah

adakah perlu kita kasi ayat Al-Quran dan hadis?
atau kita bertanya balik dan timbulkan persolan?

atau

cara lain yang sesuai dan berkesan untuk perempuan berubah dengan alsebab jawapan kita kasi(hidayah milik Allah)

apakah pandangan sahabat2 lain tentang ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jubah_hijauProfil   Hantar PM kepada jubah_hijau   Quote dan BalasQuote

jubah_hijau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-12-07 21:36


bukan terhad pada muslimin saja....muslimat boleh jugak respon...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jubah_hijauProfil   Hantar PM kepada jubah_hijau   Quote dan BalasQuote

jubah_hijau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-12-07 00:59


sekarang ni masyarakat semakin agar jauh nilai islam...ana juga bimbang kot2,ana di dalam situasi di atas tu..kita paham,tapi sukar nak sampai apa kita paham...

ana minta mntak ptolongan sahabat2 lain

Bookmark and Share

    


  Member Information For jubah_hijauProfil   Hantar PM kepada jubah_hijau   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 22-12-07 01:41


!!! QUOTE !!!

jika perempuan tak cukup kain,free hair,bersubang,sosial (tapi still islam) yang agar jauh dengan islam, datang dekat antum...

dan dia bertanya, Kenapa kena pakai tudung
                        Kenapa kena tutup aurat dan lain-lain

apakah antum nak jawab supaya dia berubah..maksud ana method nak gunakan supaya perempuan tersebut berubah

adakah perlu kita kasi ayat Al-Quran dan hadis?
atau kita bertanya balik dan timbulkan persolan?

atau

cara lain yang sesuai dan berkesan untuk perempuan berubah dengan alsebab jawapan kita kasi(hidayah milik Allah)

apakah pandangan sahabat2 lain tentang ni...



erm.. ingin berkongsi sikit ilmu yang tipis lagi dhaif min simple-shida

1st. sebelum nak tegur oran lain.. jangan dok pandang orang
cHecklist dulu kita ... kita tutup aurat ke?

2nd.Kenapa kena pakai tudung?
masalahnya bukan orang yang kita nak tegur tu tak tahu.....
yang AURat tu antara muka & tapak tangan sahaja.
tapi.. kurang sikit ilmu dan proses istiqomah dalam diri...
(fuh...ayat agak tinggi menjangkau pemostingnye :roll: )

so, kena tekankan....sampaikan lagi Aurat tu apa..
hukumnya...baLasannye.. boleh pAs risalah pasal aurat
pada dia.. mana yang dok sebilik tu
TAMpal lah poster keaGAmaan
jangan dok tmpal gambar artis laghoooo saja..
contoh gambar MAwi..etc.. :-(

3rd.method.. kena guna cara berHIkmah... slow...slow..
tampilkan diri kita sebagai role model dulu..
kalau rasa tak mampu... at least tunjukkan sifat mahmudah
pada sahabat tu. (jangan kita sama ikut lagu dia)

hati manusia ni sebenarnya boleh dikikis...
boleh dihakis.. boleh dilembutkan..
sekeras-keras batu pun boleh ditebuk dengan air..
inikan pula hati manusia..

memang manusia ada pelbagai jenis..
hati batu.. hati besi..hati macam-macam lah..

nak tegur..tengok tempat..keadaan..
tengok method tegur hikmah..tegur lazer.. show best attitude..
dengan perlakuan...

last sekali dengan doa...

em... nak berkalam banyak, ilmu belum di makam yang tinggi..
beri laluan pada sahabat yang boleh berkongsi..

wallahu'alam..... :roll: :roll:


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

saffaa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.03.2005
Ahli No: 14994
Posting: 120
Dari: atas tanah

uganda   avatar


posticon Posting pada: 22-12-07 02:32


kenal dulu mad'u tu..baru tau nak jawab cara mana,,
kena ikut level pemikiran,kena ikut zuruf keluarga,kena ikut macam-macam lagi..

kalau daie xknl mad'u..bagaimana nak dakwah.Islam itu indah,jangan cemari keindahan itu

Bookmark and Share

    


  Member Information For saffaaProfil   Hantar PM kepada saffaa   Quote dan BalasQuote

jubah_hijau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-12-07 09:08


kalau pendekatan ustaz haszizal...ana tak ambil full....

"
Saya selalu terkenang dialog saya ketika bertemu dengan seorang anak gadis kita yang telah 10 tahun membesar di England. Semenjak usianya 10 tahun dan kini telah mencecah 20 tahun, beliau dibesarkan di Boarding School, jauh dari alam Melayu malah Islam barangkali. Dia mengajukan soalan kepada saya, “do you believe in wearing scarf for Muslim girl? I don’t believe in wearing scarf. I don’t want to wear scarf.”



Soalannya amat provokatif. Dia juga bertanya soal Kenapa mesti solat, Kenapa tidak boleh bela anjing di rumah dan sebagainya. Seandainya saya mengambil pendekatan ’seorang ustaz’, mungkin saya akan menjelaskan ayat-ayat al-Quran dan Hadith berkaitan kewajipan bertudung dengan panjang lebar dan penuh nota kaki. Akhirnya saya sahaja yang akan kagum dengan diri sendiri terhadap betapa banyakkan dalil yang berjaya saya ingat dan bentangkan dengan fasih! Gadis tersebut mungkin menguap dan menutup telinganya sambil menanti saya mengangkat punggung dan beredar.



Tetapi saya cuba membawa gadis tersebut ke persoalan yang lebih pokok. Saya sebutkan kepada gadis tadi, “semua soalan anda tadi adalah persoalan kelapan dan kesembilan kita. Ada persoalan awal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu”.



“Oh begitu. Baik, apa persoalan utama awak?”, tanya gadis tadi.



“Menyelesaikan persoalan TUJUAN HIDUP!” jawab saya.



“Penting sangatkah nak tahu tentang tujuan hidup?”, tanyanya lagi.



“Cuba awak bayangkan, kita adakan permainan bola sepak, tetapi di padang bola tiada tiang gol! Atau awak main golf tetapi tidak tahu di mana lubangnya. Apa rasanya kalau awak terlibat dalam permainan seperti itu?”, saya menguji.



“Silly game.. mengarut!”, ujarnya sambil tersengih.



“Well, kita mungkin ketawakan mereka yang main bola atau golf begitu, tetapi sebenarnya kita sedang ketawakan ramai manusia yang hidupnya tiada tiang gol dan tiada lubang golf. Betul tak?”, saya menyoalnya. Dia menggangguk.



“Kalau kita tak tahu tujuan hidup kita yang sebenar, bagaimana kita nak fokus dan membuat prioriti? Saya yakin saudari boleh setuju bahawa kegagalan untuk fokus dan membuat prioriti, pasti mengundang kegagalan. Awak setuju?”, saya meneruskan perbualan.



“Ya, saya boleh bersetuju.”, jawabnya.



“Apa tujuan hidup awak?”, saya menyoal.



Jadi, apa tujuan hidup awak?”, beliau bertanya kepada saya.



“Saya nak berjaya dalam kerjaya dengan pendapatan jutaan Pound setahun.”, katanya dengan yakin.



“Bagi kita yang belum dapat pendapatan begitu, mungkin kita sangka itu tujuan hidup kita. Tapi bagi yang dah dapat, macam jutawan-jutawan dunia yang kita kenal, ketika mereka sampai ke puncak yang didaki, rupa-rupanya jiwa mereka masih kosong dan mereka masih terus bertanya, apakah untuk ini aku hidup? Akhirnya ramai di kalangan mereka yang gagal dalam rumah tangga walaupun berjaya mengurus syarikat, malah ada yang membunuh diri. Awak rasa itu kejayaan ke?”, saya bertanya kepadanya lagi.



“Hmm…”, sepi tanpa jawapan…



“Habis, apa tujuan hidup awak?”, gadis itu bertanya kepada saya.



“Hmm, awak rasa, saya ada ke jawapannya? Awak ada jawapannya? Saya rasa kita sama-sama tak ada jawapan sebab TUJUAN HIDUP kita telah ada sebelum kita lahir. Jika kita tanya lampu ni Kenapa dia diciptakan, andai dia boleh menjawab, mungkin dia tidak tahu Kenapa dia berada di sini. Logiknya kita kena tanya kilang yang membuat lampu itu tadi. Dan kalau kita tanya ke kilang, mereka akan memberikan koleksi soalan dan jawapan di dalam sebuah KITAB bernama Instruction Manual.



Begitulah juga dengan manusia. Jika mahu kepada jawapan, kenalah tanya kepada Tuhan yang menciptakan manusia iaitu Allah. Dan Allah telah memberikan kepada kita koleksi soalan dan jawapan di dalam Instruction Manual-Nya yang bernama…”



“Al-Quran! What does the Quran say about our PURPOSE OF LIFE?”, gadis tersebut mengacukan soalannya.



“DAN tidaklah Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan supaya mereka beribadah dan mengabdikan diri kepadaKu. Surah al-Dzariyat ayat 56″. Jawabku.



Lantas saya mengambil peluang untuk menjelaskan secara ringkas kepada beliau konsep ibadah dalam Islam. Bahawa selain solat dan ibadah khusus yang lain, apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan jika memenuhi kriteria Islam, maka ia jadi ibadah. Dan akhirnya saya membuat kesimpulan berikut:



“Seandainya saudari boleh menerima hakikat yang saudari perlukan Tuhan dalam hidup ini, maka barulah saya boleh menjawab soalan Kenapa kita kena sembahyang. Kita perlu sembahyang kerana kita perlukan Tuhan dalam hidup ini…



Jika saudari boleh bersetuju dengan kewajipan sembahyang, maka barulah saya boleh terangkan Kenapa saudari kena pakai tudung. Analoginya jika kita mengadap Yang Di Pertuan Agung pun ada kod berpakaian, dan itu haknya kerana dia ketua pemerintah negara. Maka apatah lagi untuk menghadap Allah di dalam sembahyang dan di luar sembahyang, tentunya kita kena bertudung kerana itu kehendak Dia.



Dan jika awak setuju sampai ke situ, saya boleh jelaskan Kenapa Islam tidak benarkan kita bela anjing. Islam cuma mengajar, andai dijilat anjing, samaklah dengan air dan tanah. Tetapi Islam tidak pernah mengajar kita supaya membenci anjing dan memukulnya. Itu semua soal adat sahaja!”, saya mengakhiri penerangan terhadap semua persoalan yang tertangguh.
"

Bookmark and Share

    


  Member Information For jubah_hijauProfil   Hantar PM kepada jubah_hijau   Quote dan BalasQuote

azzak
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2007
Ahli No: 31036
Posting: 491
Dari: klang, selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 22-12-07 10:23


Pada 21-12-07 21:11 , jubah_hijau posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum...

ana cuma nak timbul persoalan pada sahabat ukhwah.com

jika perempuan tak cukup kain,free hair,bersubang,sosial (tapi still islam) yang agar jauh dengan islam, datang dekat antum...

dan dia bertanya, Kenapa kena pakai tudung
                        Kenapa kena tutup aurat dan lain-lain

apakah antum nak jawab supaya dia berubah..maksud ana method nak gunakan supaya perempuan tersebut berubah

adakah perlu kita kasi ayat Al-Quran dan hadis?
atau kita bertanya balik dan timbulkan persolan?

atau

cara lain yang sesuai dan berkesan untuk perempuan berubah dengan alsebab jawapan kita kasi(hidayah milik Allah)

apakah pandangan sahabat2 lain tentang ni...


nampaknya posting kat atas memenuhi jugak keperluan yang ditanyakan....impressive..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzakProfil   Hantar PM kepada azzak   Pergi ke azzak's Website   Quote dan BalasQuote

ana_lia
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.06.2004
Ahli No: 9598
Posting: 338
Dari: gombak

Selangor  


posticon Posting pada: 22-12-07 11:50


Assalamualaikum
ana rasa elok juga gunakan ayat quran dan sunnah nabi.mungkin dari situ mereka boleh berfikir..
tapi boleh juga kita beri nasihat dengan cara berhikmah.
yang paling penting kita kena dulu selidik dulu diri kita sebelum kita menasihati org lain...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_liaProfil   Hantar PM kepada ana_lia   Quote dan BalasQuote

jubah_hijau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-12-07 11:57


ana tambah sikit.....

ANDAI KATA PEREMPUAN ITU TERUS DATANG PADA KITA dengan MENDADAK, DAN KITA PUN TIDAK TAHU DIA ASAL DARI MANA,LATARBELAKANG DIA...SERTA TANYA SOALAN DIA DI ATAS dengan PAKAIAN AGAR KURANG SOPAN

Bookmark and Share

    


  Member Information For jubah_hijauProfil   Hantar PM kepada jubah_hijau   Quote dan BalasQuote

jubah_hijau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-12-07 21:34


kadang-kadang..ana risau dengan jawapan kita,mad'u kita jauh dengan islam.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For jubah_hijauProfil   Hantar PM kepada jubah_hijau   Quote dan BalasQuote

baikhati
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.07.2006
Ahli No: 25177
Posting: 77
Dari: taiping

Perak  


posticon Posting pada: 22-12-07 21:52


biasa jawapan yang saya terima, belum dapat 'seru'...tapi mereka tak mampu huraikan apa maksud SERU yang mereka sampaikan tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For baikhatiProfil   Hantar PM kepada baikhati   Quote dan BalasQuote

ctnurbebo
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2007
Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 22-12-07 22:09


apabila kita ingin menasihati dan membr panduan,crnya haruslh bersesuaian dengan pemahaman seseorang itu...bila kita melihat individu,penerangan melalui contoh dan juga hadis yang tepat juga perlu bagi mengelakkan kekeliruan yang lebih kepada hukum dan kepentingan yang telah dittpkan dalam agama.oleh itu,kekuatan kita sendiri dalam menerangkan dan memberi nasihat adalah amat penting bagi membantu mereka yang memerlukan dalam mengikut jalan yang lurus dan bercahaya...perlu diingat,bila memberi nasihat jangan seperti ketam mengajar anak....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ctnurbeboProfil   Hantar PM kepada ctnurbebo   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-12-07 22:18


Yuppp.. Betul.!!


Contohilah Kak Shieda ini..


Ekekkekekeee... =P

Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-12-07 15:23


Pada 22-12-07 11:57 , jubah_hijau posting:

!!! QUOTE !!!

ana tambah sikit.....

ANDAI KATA PEREMPUAN ITU TERUS DATANG PADA KITA dengan MENDADAK, DAN KITA PUN TIDAK TAHU DIA ASAL DARI MANA,LATARBELAKANG DIA...SERTA TANYA SOALAN DIA DI ATAS dengan PAKAIAN AGAR KURANG SOPAN



pertama sekali hormati dia....raikan kedatangan dia , jangan menjadikan dia seperti "orang asing" dan jangan pula anda suka melihat dia sebegitu.
perkara begini kena tengok keadaan , kalau dia datang untuk sesuatu urusan ,ini saya pasti, dengan itu selesakan dia dengan kita dan selesaikan dulu apa urusannya, dengan itu baru kita tahu serba sedikit latar belakangnya. dan dengan sedikit maklumat baru kita boleh menasihatinya dengan baik.

1. sama ada dengan gurauan
2. sama ada dengan pujian nasihat
3 sama ada kalau kita rasa dia boleh terima teguran secara direct, kita tegurlah.


Apa pun tegurlah dengan santun dan lemah lembut dan kalau boleh jangan sampai dia rasa dirinya seperti di kandang orang salah dan sedang dihukum oleh kita. Kita bukan penghukum, kita penasihat.


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-12-07 16:19


Pada 22-12-07 09:08 , jubah_hijau posting:

!!! QUOTE !!!

kalau pendekatan ustaz haszizal...ana tak ambil full....

"
Saya selalu terkenang dialog saya ketika bertemu dengan seorang anak gadis kita yang telah 10 tahun membesar di England. Semenjak usianya 10 tahun dan kini telah mencecah 20 tahun, beliau dibesarkan di Boarding School, jauh dari alam Melayu malah Islam barangkali. Dia mengajukan soalan kepada saya, “do you believe in wearing scarf for Muslim girl? I don’t believe in wearing scarf. I don’t want to wear scarf.”



Soalannya amat provokatif. Dia juga bertanya soal Kenapa mesti solat, Kenapa tidak boleh bela anjing di rumah dan sebagainya. Seandainya saya mengambil pendekatan ’seorang ustaz’, mungkin saya akan menjelaskan ayat-ayat al-Quran dan Hadith berkaitan kewajipan bertudung dengan panjang lebar dan penuh nota kaki. Akhirnya saya sahaja yang akan kagum dengan diri sendiri terhadap betapa banyakkan dalil yang berjaya saya ingat dan bentangkan dengan fasih! Gadis tersebut mungkin menguap dan menutup telinganya sambil menanti saya mengangkat punggung dan beredar.



Tetapi saya cuba membawa gadis tersebut ke persoalan yang lebih pokok. Saya sebutkan kepada gadis tadi, “semua soalan anda tadi adalah persoalan kelapan dan kesembilan kita. Ada persoalan awal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu”.



“Oh begitu. Baik, apa persoalan utama awak?”, tanya gadis tadi.



“Menyelesaikan persoalan TUJUAN HIDUP!” jawab saya.



“Penting sangatkah nak tahu tentang tujuan hidup?”, tanyanya lagi.



“Cuba awak bayangkan, kita adakan permainan bola sepak, tetapi di padang bola tiada tiang gol! Atau awak main golf tetapi tidak tahu di mana lubangnya. Apa rasanya kalau awak terlibat dalam permainan seperti itu?”, saya menguji.



“Silly game.. mengarut!”, ujarnya sambil tersengih.



“Well, kita mungkin ketawakan mereka yang main bola atau golf begitu, tetapi sebenarnya kita sedang ketawakan ramai manusia yang hidupnya tiada tiang gol dan tiada lubang golf. Betul tak?”, saya menyoalnya. Dia menggangguk.



“Kalau kita tak tahu tujuan hidup kita yang sebenar, bagaimana kita nak fokus dan membuat prioriti? Saya yakin saudari boleh setuju bahawa kegagalan untuk fokus dan membuat prioriti, pasti mengundang kegagalan. Awak setuju?”, saya meneruskan perbualan.



“Ya, saya boleh bersetuju.”, jawabnya.



“Apa tujuan hidup awak?”, saya menyoal.



Jadi, apa tujuan hidup awak?”, beliau bertanya kepada saya.



“Saya nak berjaya dalam kerjaya dengan pendapatan jutaan Pound setahun.”, katanya dengan yakin.



“Bagi kita yang belum dapat pendapatan begitu, mungkin kita sangka itu tujuan hidup kita. Tapi bagi yang dah dapat, macam jutawan-jutawan dunia yang kita kenal, ketika mereka sampai ke puncak yang didaki, rupa-rupanya jiwa mereka masih kosong dan mereka masih terus bertanya, apakah untuk ini aku hidup? Akhirnya ramai di kalangan mereka yang gagal dalam rumah tangga walaupun berjaya mengurus syarikat, malah ada yang membunuh diri. Awak rasa itu kejayaan ke?”, saya bertanya kepadanya lagi.



“Hmm…”, sepi tanpa jawapan…



“Habis, apa tujuan hidup awak?”, gadis itu bertanya kepada saya.



“Hmm, awak rasa, saya ada ke jawapannya? Awak ada jawapannya? Saya rasa kita sama-sama tak ada jawapan sebab TUJUAN HIDUP kita telah ada sebelum kita lahir. Jika kita tanya lampu ni Kenapa dia diciptakan, andai dia boleh menjawab, mungkin dia tidak tahu Kenapa dia berada di sini. Logiknya kita kena tanya kilang yang membuat lampu itu tadi. Dan kalau kita tanya ke kilang, mereka akan memberikan koleksi soalan dan jawapan di dalam sebuah KITAB bernama Instruction Manual.



Begitulah juga dengan manusia. Jika mahu kepada jawapan, kenalah tanya kepada Tuhan yang menciptakan manusia iaitu Allah. Dan Allah telah memberikan kepada kita koleksi soalan dan jawapan di dalam Instruction Manual-Nya yang bernama…”



“Al-Quran! What does the Quran say about our PURPOSE OF LIFE?”, gadis tersebut mengacukan soalannya.



“DAN tidaklah Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan supaya mereka beribadah dan mengabdikan diri kepadaKu. Surah al-Dzariyat ayat 56″. Jawabku.



Lantas saya mengambil peluang untuk menjelaskan secara ringkas kepada beliau konsep ibadah dalam Islam. Bahawa selain solat dan ibadah khusus yang lain, apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan jika memenuhi kriteria Islam, maka ia jadi ibadah. Dan akhirnya saya membuat kesimpulan berikut:



“Seandainya saudari boleh menerima hakikat yang saudari perlukan Tuhan dalam hidup ini, maka barulah saya boleh menjawab soalan Kenapa kita kena sembahyang. Kita perlu sembahyang kerana kita perlukan Tuhan dalam hidup ini…



Jika saudari boleh bersetuju dengan kewajipan sembahyang, maka barulah saya boleh terangkan Kenapa saudari kena pakai tudung. Analoginya jika kita mengadap Yang Di Pertuan Agung pun ada kod berpakaian, dan itu haknya kerana dia ketua pemerintah negara. Maka apatah lagi untuk menghadap Allah di dalam sembahyang dan di luar sembahyang, tentunya kita kena bertudung kerana itu kehendak Dia.



Dan jika awak setuju sampai ke situ, saya boleh jelaskan Kenapa Islam tidak benarkan kita bela anjing. Islam cuma mengajar, andai dijilat anjing, samaklah dengan air dan tanah. Tetapi Islam tidak pernah mengajar kita supaya membenci anjing dan memukulnya. Itu semua soal adat sahaja!”, saya mengakhiri penerangan terhadap semua persoalan yang tertangguh.
"


assalamualaikum wbt...
thanks cik jubah hijau... penerangan ini sangat bermakna...
tapi macam tak sudah saja...
tak full kan... harap-harap boleh tau kesudahnnyer...
=)

Bookmark and Share

    


  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-12-07 16:21


saya setuju dengan pendapar semua
tapi bukan mudah kan untuk kita laksanakannya....
kdng2 prasaan takut ada... nak tegur dia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-01-08 23:31


:-) Assalamualaikum...



    Pernah berkawan dengan orang yang free hair masa kat kolej dulu...rata-rata mereka ni bukan tak percaya pada kewajiban menutup aurat..tetapi kerana mereka fikir kalau pakai tudung tak nampak cantik....rimas....
Mereka yang dah tahu kewajiban ni kita perlu guna psikologi....pendekatan secara berhemah.....tunjukkan Kenapa perempuan perlu menutup aurat..tunjukkan pakai tudung ,tutup semua pun still nampak cantik..yang paling penting..kita buat dulu...ada jugak yang cakap..kalau pakai tudung tapi akhlak buruk pun buat apa...so kita kena bertutup aurat dan akhlak jaga sekali..bagi mereka yang arif agama..ceritakan apa hikmahnya menutup aurat..antaranya kerana perempuan ni hiasan dunia..ALLAH bagi perempuan ni cantik..benda yang cantik takkan nak biar terdedah kan?cuba lihat barangan perhiasan yang cantik dan mahal kat pasaraya...terletak elok dalam kaca2..atau kotak2..siap pembalutnya...kalau yang tak cantik dan murah tu...jual lambak saja.....
     salah satunya juga supaya menjaga dari pandangan liar lelaki2...supaya tak berlaku perkara2 yang tak elok....


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.159827 saat. Lajunya....