Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak hidup dek puji; tidak mati dek keji
-- SMNA (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 203
Ahli: 0
Jumlah: 203




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Teknologi
Topik: UiTM cipta sistem kurangkan risiko banjir


Carian Forum

Moderator: Administrator, Martyr
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Teknologi
    »» UiTM cipta sistem kurangkan risiko banjir

Please Mendaftar To Post


Oleh UiTM cipta sistem kurangkan risiko banjir

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 20-12-07 06:32


Oleh NORHANA SALASHAR BASHARUDDIN

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Pusat Penyelidikan Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara (PPAS- UiTM) berjaya mencipta Sistem Buangan Bahan Organik yang berfungsi menambah kedalaman sungai, tasik dan pusat tadahan air sekali gus membantu mengurangkan risiko banjir besar.

Ketua PPAS UiTM, Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid berkata, sistem berasaskan penggunaan bakteria atau mikrob itu baru sahaja disiapkan dan kini diuji di Tasik Tebatan Banjir Sungai Dondang, Pulau Pinang.

‘‘Projek pertama itu menunjukkan keputusan yang amat membanggakan kerana ia bukan sahaja mendalamkan sungai tersebut malah memperbaiki kualiti air tasik itu sendiri,’’ ujarnya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ku Halim memberitahu sistem itu dibangunkan oleh pihaknya setelah mendapat kepercayaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mencari jalan bagi memperbaiki kedalaman sungai, tasik dan pusat tadahan air.

‘‘Selepas beberapa kajian dibuat, akhirnya satu sistem yang boleh mendalamkan dan memperbaiki aliran air berjaya dicipta,’’ katanya tanpa mahu mendedahkan kos membangunkan sistem tersebut.

Mengulas lanjut mengenai sistem itu, Ku Halim berkata, rumah yang menempatkan bakteria atau mikrob akan diletakkan di dasar sungai, tasik dan pusat tadahan air di mana bakteria itu nanti akan memakan kesemua sisa organik yang terdapat di dalamnya.

‘‘Negara kita mengalami masalah di mana kebanyakan sungai dan pusat-pusat tadahan air menjadi semakin cetek disebabkan oleh sisa buangan bahan organik dan sebagainya.

‘‘Bagi mengatasi masalah itu, penggunaan sistem ini akan membantu mendalamkan semula tempat tersebut dengan cara menyingkirkan bahan organik berkenaan,’’ ujarnya.

Beliau memberitahu, sisa buangan bahan organik seperti pasir dan sebagainya akan bertukar menjadi air dan gas bergantung kepada jenis bahan tersebut selepas dimakan oleh bakteria berkenaan.

‘‘Bakteria yang dicipta sepenuhnya oleh kami dan dibangunkan oleh Wintima Corporation Sdn. Bhd. itu akan hidup untuk tempoh yang panjang.

‘‘Selagi terdapat bahan makanan atau sisa buangan di situ, ia akan hidup,’’ katanya.

Ku Halim berkata, sistem tersebut yang dihasilkan sepenuhnya oleh pusat berkenaan turut mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila kerajaan Arab Saudi turut menunjukkan minat untuk menggunakannya.

‘‘Ini membuktikan sistem yang dicipta sepenuhnya oleh anak tempatan juga mampu mendapat pengiktirafan dari negara luar,’’ ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai banjir yang seolah-olah tidak mahu surut melanda negara kebelakangan ini, Ku Halim berkata, keadaan tersebut berlaku ekoran sistem pengairan dan perparitan yang tidak begitu sempurna.

‘‘Longkang, sungai, parit dan sebagainya yang terdapat di negara kita dipenuhi sampah sehingga menyebabkan laluan air tersekat.

‘‘Jika air banjir tidak boleh mengalir dengan baik di situ, bagaimana banjir tersebut mahu surut,’’ katanya.

Tambah beliau, sikap tidak bertanggungjawab rakyat di negara ini yang gemar membuang sampah merata-rata memburukkan lagi keadaan itu.


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 20-12-07 08:07


bagus lah Uitm.hebat.bukannya mengeluarkan sebarang idea yang pepelik lepas tu kena ada orang cover balik pula macam petikan akhbar ni.nak menunjukkan kepandaian akhirnya menampakkan kebodohan yang amat.Joke of the year before 2008.:oops:

SEGAMAT: 7 Dis (Bernama) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahukan sungai yang berlikuliku di Johor diluruskan agar airnya lebih mudah mengalir ke laut bagi mengelak banjir.
Perdana Menteri, yang membuat tinjauan dari udara dalam perjalanannya ke Segamat hari ini, berkata beliau mendapati banyak sungai di negeri itu yang tidak lurus seperti "ular kena pukul".

"Sungai yang berliku itu akan menyebabkan air mengalir tidak laju ke laut dan boleh menyebabkan banjir," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Segamat di sini hari ini.

Abdullah, yang dalam lawatan dua hari ke Johor mulai hari ini dengan ditemani isterinya Datin Seri Jeanne Abdullah, melahirkan rasa amat bimbang apabila melihat kawasan rendah dinaiki air dan air sungai melimpah berikutan hujan sejak beberapa hari lepas.
"Saya amat bimbang dengan keadaan ini, harap jangan air naik lagi, nanti rakyat kita akan susah," katanya.

Perdana Menteri berkata sungai yang berliku itu akan memerangkap sampah sarap dan akhirnya menyebabkan sungai menjadi cetek.
Beliau mencadangkan kepada Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman supaya sungaisungai berkenaan diluruskan.

"Panggil kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran, tengok peta, sungai yang berlikuliku cuba dibetulkan supaya air cepat sampai ke laut," kata Abdullah.

Perdana Menteri berkata bahagian sungai berlikuliku yang dipotong itu boleh digunakan untuk projek akuakultur seperti ternakan ikan yang boleh meningkatkan pendapatan penduduk.
Bagi sungai yang berhampiran bandar, bahagian sungai yang dipotong itu boleh dijadikan kawasan rekreasi seperti tasik untuk dimanfaatkan oleh orang ramai.

Abdullah mahu projek meluruskan sungai itu dilaksanakan dengan segera dan peruntukannya boleh dimasukkan dalam Kajian Rancangan Malaysia Kesembilan pada tahun depan.
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut merasmikan projek menaiktaraf jalan TangkakSegamat sejauh 40km daripada dua lorong kepada empat lorong.

Beliau berkata jalan berkenaan, yang sempit dan berliku, perlu dinaiktaraf bagi memudahkan perjalanan orang ramai.

Perdana Menteri juga menyampaikan surat hak milik tanah kepada 173 peneroka Felda Redong I. Mereka meneroka tanah tersebut sejak 1977 dengan tanaman kelapa sawit. BERNAMA


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

dziaulhaq
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2004
Ahli No: 12403
Posting: 563
Dari: perut IBU

singapore   avatar


posticon Posting pada: 20-12-07 11:52


:: wow..good research prof..Emm Pak Lah punya idea boleh pakai ke?Hehe..:kelip: :bunga:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For dziaulhaqProfil   Hantar PM kepada dziaulhaq   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-12-07 11:57


UiTM dihatiku... :welcome:


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.13591 saat. Lajunya....