Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 12-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 65
Ahli: 0
Jumlah: 65




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 24 hari yang lalu
nur_takwa88: 30 hari yang lalu
kismis: 30 hari yang lalu
qaulah_atrah: 42 hari yang lalu
muaz9768: 45 hari yang lalu
Rashdin: 51 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Yang Hadir Dan Yang Kembali


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Yang Hadir Dan Yang Kembali

Please Mendaftar To Post


Oleh Yang Hadir Dan Yang Kembali

Iman_Hayati
WARGA SETIA
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-12-07 10:44


Sedih jugak baca cerita ni..apa kata kawan-kawan baca..jangan nangis ye

Jam dinding berdeting beberapa kali. Pukul 3 pagi. Entah Kenapa aku terbangun dari tidur yang lena. Kutatapi wajah ’sahabat’ akrabku sedalam-dalamya. Kubelai perlahan rambut ikalnya yang menutupi wajahnya… Kau cantik sayang,do u know that?… bisikku perlahan. Tanpa disedari, usia perkahwinan kami telah mencecah tahun yang kelima. Namun kami masih belum dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri kebahagiaan ini. Ya Allah... kurniakanlah kepada kami seorang anak…walaupun cuma seorang. Itulah doa yang sering ku panjatkan kepada Ilahi dalam setiap sujudku. Kami telah disahkan oleh doktor pakar bahawa kami berdua adalah normal.
Pelbagai ikhtiar telah kami usahakan.Aku sendiri,walaupun sebagai doktor lulusan University of Nottingham,UK pun sudah hampir mati akal dibuatnya.Mungkin benar apa yang dikatakan Doktor Alhady dua tahun lalu; “Bersabarlah, mungkin anda berdua sedang diuji Tuhan. Teruskan usaha dan berdoalah. Mudah-mudahan dimakbulkan doa anda berdua…” Apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini. Aku yakin, Allah menyimpan hikmah ini untuk kuketahui suatu ketika kelak ….Pasti! “Huda….bangun…jom kita solat.” Kugerakkan bahu isteriku perlahan. Dia mengeliat ….Aku tersenyum melihat wajah comelnya yang keletihan.Letih menguruskan rumahtangga ditambah pula kesibukannya sebagai pengusaha Taman Didikan Kanak-Kanak Al-Usamah miliknya. Tentu dia penat melayan karenah ‘anak-anak’nya.Ahh…Im so grateful i have you Huda..
Akhirnya. Aku bangun sendiri. Aku tenggelam dalam solat malamku yang panjang..Dan seperti biasa aku tak pernah lupa memanjatkan doa sebagaimana dalam firman Allah… (al A’raaf : 189 ) yang bermaksud : ” Ya Allah jika Engkau memberi kami anak yang soleh, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur…” Jam berbunyi empat kali. Aku mengakhiri solat witirku dan ketika salam kedua ku dapati Huda dah berada di belakangku…Wajahnya masam, merajuklah tu. Kurenung wajahnya dengan riak lucu.” Kenapa ni…? Muncungya mulut…boleh gantung baldi..” usikku dalam nada separuh berbisik…. Semakin menjadilah rajuknya. “Kenapa abang tak kejutkan Huda…?” Protesnya. Aku tersenyum cuma. “Dah, abang tengok cik adik letih sangat…bukan tak kejut tapi cik adik sayang yang tak sedar…” Akhirnya Huda mengalah, tapi bersyarat…Jangan tidur sampai dia selesai solat malam. “Baiklah tuan puteri banyak songeh,patik menurut perintah.” Usikku lagi. Huda tersenyum lebar.
Serentak dengan itu jarinya yang mungil bertindak menggeletek pinggangku. Dia kemudiannya berlalu dengan wajah yang melucukan. Petang itu , sambil kami menikmati minum petang, Huda memecahkan kedamaian itu dengan ungkapan : “Abang…..nikah sajalah satu lagi” Dengan nada yang bersahaja.. Aku tersentak. Aku memang amat mengharapkan keturunan. Kan Rasulullah berbangga umatnya ramai..! Tapi hingga saat ini aku belum mampu membahagikan cintaku pada wanita lain. Walaupun Islam tidak pernah menghalang poligami apatah lagi dengan keadaan yang kami alami sekarang ini .
Sanggupkah aku memikul bebanan ini ….? “Hai…tak jealous ke nanti…?" Umpanku pula."Cemburu…..emmm, itukan memang fitrah manusia bang…takkan Huda tak cemburu. Aisyah pun cemburu pada Khadijah, tapi masalahnya sekarang, kalau abang kahwin satu lagi,kan Huda boleh tumpang kasih anak dari isteri abang..? Hujahnya panjang lebar. “Hai…Takkan tak cukup lagi ‘anak-anak’ di tadika..?" “Abang niii..Itu lain. Itu bukan dari zuriat abang. “Macam mana kalau isteri kedua abang pun tak boleh lahirkan zuriat..?” umpanku lagi.. “Kahwin satu lagi..” “Kalau tak dapat anak juga…?” Usikku terus.”Nikah lagi.kan boleh sampai empat..!” Jawab Huda dalam nada semakin kendur.Alolo buat muka kasihan pulak.“Huss..Huda!Jangan merepeklah . Abang tak mampu mencontohi Ibrahim bapa Ismail…berilah peluang abang meneladani Zakaria bapa Yahya.. ” Kutamatkan dialog ini seolah-olah marah kepadanya…Kudakap erat Huda…ada titisan panas yang membasahi dadaku.
Hari ini ulang tahun perkahwinan kami yang ke tujuh…umurku sudah merangkak 33 tahun…Uban di kepalaku sudah meningkat bilangannya …Berbanding ketika awal pernikahan bilangannya belum sampai sebelah tangan, beritahu Huda kepadaku. Sehingga ke saat ini, Allah belum kurniakan kami rezeki, seorang anak. Tapi cintaku pada Huda masih seperti dulu. Tak pernah pudar. Hidangan istimewa disediakan Huda hari ini….Ada bungkusan hadiah comel di meja hidangan. Huda menarik lenganku…dengan nada manja sambil berkata..: ” Happy anniversary my dear hubby ..”
Begitu teratur kalimah itu dibisikkan ke telingaku. Sambil mataku mencuri pandang hadiah di atas meja.Ada sampul surat yang berlogo Hospital Pantai Ayer Keroh. Tanganku segera ingin mencapai sampul tersebut. Huda dengan pantas menghalangya. “Makanlah dulu kek coklat yang Huda buat !Cik Abang ni tak sabarlah..” Protes Huda separuh merajuk. “Oklah sayang.” Ku pendamkan rasa ingin tahuku lalu ku ambil pisau yang dihulurkan.. “Bismillahirrahmanirrahimm..ku potong kek istimewa itu. Kami berbalas suapan.. dengan perlahan-lahan aku mengambil sampul surat dari tangannya tadi..”Subhanallah..Maha suci Allah,..Tuhan sekelian alam..!!” Huda hamil..!! Masya Allah, setelah sekian lama penantian ini.! Seketika aku tersungkur sujud. Airmataku mengalir deras. Kurangkul Huda seerat-eratnya.
Airmataku terus mengalir seolah-olah tak akan henti; tika ini… tangisan SYUKUR..! “Kenapa jumpa doktor tak bagitau abang..?” Tanya ku seperti memprotes..”Kalau beritahu tak surprise lahhh…” Jawab Huda selamba.. Tiba-tiba aku rasa bersalah…Sejak akhir2 ini Huda ada mengadu sakit kepala dan rasa kurang selera makan. Kusangka dia terlalu letih menguruskan cawangan tadikanya yang baru…Ditambah pula dengan kesibukanku di klinikku dan ‘kewajipan saham akhirat’. Aku benar-benar lupa untuk memeriksa dia sebagai seorang doktor. Sungguh..!! Aku benar-benar rasa bersalah…Patients berlambak-lambak kat klinik tu aku rawat,isteri sendiri pulak yang aku terlepas pandang.uhuhu.Sejak berita itu diterima, kesihatan dan aktiviti Huda menjadi perhatian utamaku…segala hajatnya kupenuhi. Aku tak benarkan dia memandu sendiri dan bercadang mengupah driver untuk kemudahannya. Aku minta supaya dia mengurangkan semua aktivitinya…Namun Huda tak bersetuju.. Katanya, janganlah terlalu manjakan dia..
Biarkan dia menjadi ibu yang ‘luar biasa’. Ibu yang ‘luar biasa’ akan melahirkan anak yang ‘luar biasa’…Ketika aku tetapi meminta dia memenuhi hasratku…dia berkhutbah panjang. “Abang sayangg…abang kata nak jadi seperti Zakaria bapa Yahya…Abang kata nak bayi ini menjadi mujahid atau mujahidah… Abang…kalau kita bercita-cita nak jadikan anak kita sebagai mujahid atau mujahidah…kita kena latih dia sejak dalam kandungan.. Maknanya…jangan manjakan ibunya..Kalau dilimpahkan kesenangan pada Huda dan anak yang bakal lahir ini… bagaimana nak dapat anak seperti Fatimah atau Ali Abi Thalib..? Abangkan tahu…kesenangan dan kemewahan bukan modal yang baik untuk anak…Dengan kesusahan barulah generasi menikmati kesenangan di syurga. Sebelum sempat khutbahnya diteruskan. Aku terus meletakkan tanganku di mulutnya..’Stop honey’.. Aku faham saja dan akan terus memahami hakikat pendidikan dalam Islam…Cuma aku sendiri pelik Kenapa tiba-tiba aku yang jadi terlalu cerewet..!
Pagi itu selepas sarapan aku melihat Huda tidak seperti biasa…Peluh mengalir laju membasahi dahinya…Dia kelihatan pucat..Kurasa badannya, panas…! Seingat aku Huda hanya akan melahirkan pada 26 Mei…hari ni baru 26 April. Aku panik.. Aku segera membawa Huda ke hospital dengan seribu satu doa yang tak putus dalam hatiku. Aku harap ayah dan ibuku segera datang untuk menambah ketenanganku. Aku mundar mandir..Ya Allah, selamatkanlah isteri dan anakku..bisik ku berulang kali.. “Encik Asyraf..?”..Dr Khadijah…pakar sakit puan rujukan isteriku… “Ya…saya doktor…” sahutku cepat..
Kuhampiri Dr Khadijah“Boleh kita berbincang sebentar…” Minta Doktor sambil mengajakku ke bilik rundingan..
Saya harap Encik Asyraf bertenang…Isteri encik menghadapi sedikit masalah…air mentubannya dijangkiti kuman.Aku tersentak.” Acute chorioamnionitis ke doctor?”Dr Khadijah sedikit terkejut mendengar perkataanku.dia terlupa aku ni doctor juga agaknya.”ya Dr Asyraf,itulah masalahnya sekarang.Puan Huda perlu dibedah segera..” “Hmm buatlah apa yang sewajarnya doktor.. Tapi what are the chances for my wife doktor..?” Tanyaku dengan nada separuh ketar…bimbang. “Saya akan cuba sedaya upaya untuk selamatkan kedua-duanya.Yang lain kita pulangkanlah pada Allah. Sama-samalah kita berdoa ..”Suara tenang tapi yakin lahir dari doktor Khadijah..Ya Allah…selamatkanlah isteriku…Ya Allah..jangan Kau ujiku di luar batas kemampuanku… Dalam sujudku yang panjang tak henti aku berdoa keselamatan isteri dan anakku..Aku memohon limpah kasih sayang Allah kepada isteri dan anakku tersayang.. Begitu lamaku cari ketenangan dalam solatku…tiba-tiba ayahku memanggilku mengajakku menunggu di luar bilik pembedahan.. Ketika sampai di pintu bilik…aku terdengar suara tangisan bayi…alangkah lunaknya. “Encik Asyraf..?” “Ya..saya..” “Alhamdulillah isteri encik telah pun melahirkan bayi perempuan yang sihat…2.9 kg dan comel seperti ibunya.” kata Dr Khadijah tenang…”Alhamdulillah…Isteri saya bagaimana doktor.?” Dr. Khadijah terdiam…tiba-tiba perasaan tidak sedap menjalar keseluruh tubuhku…
Kutenung wajah Doktor dengan tatapan penuh tanda tanya… tiba-tiba doktor menggeleng kepalanya perlahan sambil tertunduk.. Mulutku ternganga seketika… “Maaf, saya telah berusaha semampu yang mungkin…Tapi Allah lebih menyayangi Huda…” Deraian air panas bercucuran tanpa boleh dibendung…Perlahan aku mengikuti doktor ke ruang bilik pembedahan…Kurasa seperti seretan kaki ini sungguh lemah dan tak berdaya…Sesusuk tubuh ditutup dengan kain putih…terbaring…Perlahan aku membuka kain penutup..Innalillahi wainnailaihi raji’unnnn…Dari-Nya kita datang…kepada-Nya kita kembali… Wajah Huda pucat…tapi bibirnya terukir senyuman manis…manis sekali…tanpa ku sedari ku dakap Huda seerat-eratnya…tangisku perlahan, tapi tak tertahan..! “Sabar Encik Asyraf…sabar..” Terdengar suara doktor Khadijah cuba menenangkan aku.”Nurse… tolong bawa anak Encik Asyraf tu..” katanya lagi…
Seorang bayi mungil yang masih merah dihulurkan di hadapanku…perlahan kuambil dan kudakap bayi itu…Kutatap wajahnya berganti-ganti dengan Huda..Mereka amat mirip.! Matanya, hidungnya, mulutnya,kulitnya yang putih bak salju. Allahuakbar..!!! Dadaku bertambah senak..tangisanku semakin menjadi-jadi…Sehinggalah ayah datang memegang bahuku..dan berkata… “Iqamahkan anakmu, Asyraf…sambutlah yang hadir…doakanlah yang kembali..” Huda… rupanya inilah hikmah Allah…Maha Kuasa dan Maha Mengetahuinya Allah…Dia memberi kesempatan kepadaku menemanimu, mengasihimu, hampir selama lapan tahun…untuk akhirnya memanggilmu setelah dikurniakan gantinya…
Ya Allah…jangan biarkan hati ini berandai-andai… Seandainya kami tidak mengharapkan anak jika itu membawa kematian Huda… Tidak… Tidak…itu semuanya ketentuan-Mu Ya Rabb…Tuhan yang Maha Mengetahui…Lagi Maha Pengasih…"


Syukurilah apa yang kau ada hari ini.....kerana sesungguhnya manusia ini apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada sering dirisaukan.... :-)


-----------------
Sesejuk Mata Memandang, Seindah Akhlak terpampang


Bookmark and Share

    


  Member Information For Iman_HayatiProfil   Hantar PM kepada Iman_Hayati   Quote dan BalasQuote

SinarNajmie
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.09.2007
Ahli No: 31104
Posting: 40
Dari: putrajaya

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-09-08 09:46


Assalamualaikum .......

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih akan hambanya yang taat kepadaNya. Tatkala ada yang pergi akan pasti ada penggantinya. Kasih sayang dan Keikhlasan yang ditunjukkan isteri kepada suaminya membuatkan ana terpesona dan ana dapat merasa sebagai seorang wanita dan memahami perasaan kaum lelaki.

Orang yang kita sangka terlalu menyayanginya ternyata Allah S.W.T lebih menyayanginya dari kita

Waalaikumsalam ........

Ana sukakannya....


-----------------
keteguhan diri anda menjanjikan kecemerlangan hidup dunia dan akhirat


Bookmark and Share

    


  Member Information For SinarNajmieProfil   Hantar PM kepada SinarNajmie   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.085761 saat. Lajunya....