Oleh |
Salahkan Saya Bekerja?? |
encikfaizal
Warga 1 Bintang Menyertai: 17.10.2007 Ahli No: 31424
Posting: 36
|
Posting pada: 08-12-07 18:23
assalamualaikum wbrth Apa pandangan anda tentang dunia pekerjaan? Saya berasa kecewa dengan diri sendiri apabila memasuki alam pekerjaan. Setiap hari saya fikir Kenapa saya harus lalui semua ini. Suasana pekerjaan pada masa ini begitu berbeza sekali. Ada antara kita yang merasakan mungkin seronok ketika bekerja dapat duit dan sebaginya..tapi bagi saya pekerjaan saya ini tidak menguntungkan saya..dari segi duit memanglah seronok tapi dari segi rohani memang kosong. Dulu masa zaman student boleh juga pegi2 kelas mengaji, dengar ceramah dan sebagainya...tapi bila dah kerja ini...bukan kelas mengaji...nak solat pun akhir2 waktu saja...kecewa sangat...apakah semu manusia mengalami nasib yang sama..adakah pekerjaan ini tidak sesuai?tapi untuk cari pekerjaan lain juga bukanlah mudah...tambah ibubapa saya amat menyukai saya bekerja disitu kerana dr segi keteguhan syarikat kukuh...Saya kecewa dan amat berasa tidak selesa dengan pergaulan yang terlalu bebas ini...suami dan isteri org boleh berpegangan tangan bergurau senda cuit-mencuit antara satu sama lain tanpa rasa bersalah..mahu ditegur status bos sendiri, tak tegur macam membenarkan maksiat itu...bersembang lucah antara rakan sekerja, saya hanya rasa saya seorang sahaja yang menjaga adap susila sebagai org Islam tetapi org lain semua ambil tak kesah. Dah lah kerja company melayu yang rata-rata islah Islam. Saya risau kalau hal ini berlanjutan lama kelamaan akan mempengaruhi saya kerana iman saya juga semakin nipis kerana tiada dorongan dari kawan kawan untuk menasihati kearah kebaikan lagi...saya rindukan zaman belajar dan universiti dimana enviroment nya lebih kepada Islamik...dimanakah silap saya? apa yang harus saya lakukan...dimana harus saya bergantung sedangkan setiap hari dihiburkan dengan maksiat.
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 08-12-07 18:33
waalaikummussalam encik faizal dah berkahwin? carilah isteri yang solehah yang dapat menjadi pendamping yang rapat dan sahabat setia encik faizal dan yang dapat membantu encik faizal agar istiqamah di jalan yang lurus selalu... iaitu yang sama-sama inginkan islam. jika encik faizal terbabas, isteri ingat-ingatkan. di samping dekatkan lah diri dengan masjid atau surau berdekatan dengan tempat tinggal encik faizal dan hadiri majlis2 ilmu yang diadakan pihak masjid. berhubung rapat lah dengan orang2 masjid selalu... Insya Allah kalau dikelilingi orang-orang yang baik, diri akan terhalang daripada terpesong ke arah keburukan.
|
Muddathsir787
WARGA SETIA Menyertai: 20.10.2007 Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor
|
Posting pada: 08-12-07 19:57
Wa'alaikumussalam wbk.. ambil kerja apa bro?? Macam tension saja dengar...
|
encikfaizal
Warga 1 Bintang Menyertai: 17.10.2007 Ahli No: 31424
Posting: 36
|
Posting pada: 09-12-07 11:31
Pada 08-12-07 18:33 , syahidatul posting:!!! QUOTE !!! waalaikummussalam
encik faizal dah berkahwin? carilah isteri yang solehah yang dapat menjadi pendamping yang rapat dan sahabat setia encik faizal dan yang dapat membantu encik faizal agar istiqamah di jalan yang lurus selalu... iaitu yang sama-sama inginkan islam. jika encik faizal terbabas, isteri ingat-ingatkan.
di samping dekatkan lah diri dengan masjid atau surau berdekatan dengan tempat tinggal encik faizal dan hadiri majlis2 ilmu yang diadakan pihak masjid. berhubung rapat lah dengan orang2 masjid selalu... Insya Allah kalau dikelilingi orang-orang yang baik, diri akan terhalang daripada terpesong ke arah keburukan. masih belum berkahwin dan mungkin lambat lagi untuk berkahwin atas dasar kewangan dan dari sendiri belum sedia untuk memikul tanggungjawap sebagai suami
|
encikfaizal
Warga 1 Bintang Menyertai: 17.10.2007 Ahli No: 31424
Posting: 36
|
Posting pada: 09-12-07 11:32
Pada 08-12-07 19:57 , Muddathsir787 posting:!!! QUOTE !!! Wa'alaikumussalam wbk..
ambil kerja apa bro?? Macam tension saja dengar... banyak kerja yang tension rasanya...even kawan saya kerani pun tak terlepas dr pemasalahan begini...cuma saya bukan lah kerani...cuma executive sahaja.
|
amira_aqilah
WARGA SETIA Menyertai: 28.11.2005 Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi
|
Posting pada: 09-12-07 14:12
saya pun tak terlepas dengan environment kerja yang seperti tu..rasanya bukan saya seorang saja..ramai lagi yang merasa begitu..sometimes feel give up, nak berenti kerja dan etc. tmbahn pula, dikalangan rakan sekerja, tak ramai yang betul-betul memahami islam walaupun beragama islam.. 'kawan makan kawan', 'gila pangkat', pergaulan bebas dan etc..
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 09-12-07 14:21
sedih kan macam tu... saya tak kerja lagi tapi nampak persekitaran kerja macam tu.. memang menyedihkan.. boleh dengar lagi perempuan2 ketawa kuat tak henti2.. astaghfirullah.. takutnya masuk alam kerja.. ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
insan_sekular
Warga 3 Bintang Menyertai: 05.06.2004 Ahli No: 9301
Posting: 105
Dari: selangor
|
Posting pada: 09-12-07 14:33
tu cabaran commonla untuk semua org..hampir disemua tempat kerja begitu k??time saya kerja shell dulu pun..bos melayu..yang kerja semua islam..tapi time solat jumaat..seorang saja dibenarkan pergi.. smase kita dibawah ni memang kita tak punyai kuasa sangat untuk merubah..tapi jadikan motivasi untuk kita bekerja lebih kuat dan orang lain boleh hormati dan contohi kita..so..bila dah ada authority or dah nek pangkat nanti..gunekanla kedudukan yang ada untuk kebaikan.. sebenarnya..if kita betul-betul dah bagus dan dah terbukti..org di atas akan dengar and hormati permintaan kita..tak banyak pun..sedikit..contohnya..saudara minta nak keluar solat di awal waktu.. so..daripada dia kehilangan pekerja yang susah dicari ganti (sangat baguslah maknanya)..baik dia penuhi permintaan saudara..yerla..kalau tak..time tu maybe saudara akan beralih ke syarikat lain.. dengan pengalaman yang betul-betul ditimba..satu ketika nanti..pasti saudara akan ditawarkan bekerja dengan beberapa syarikat yang lain..time tu..gunekanlah peluang yang ada untuk kebaikan diri saudara... buat masa ni..cubalah cari ruang yang ada untuk still dekatkan diri dangan aktiviti kerohanian..macam hari sabtu and ahd if tak kerja..ada saja kuliah masjid lepas subuh or maghrib di surau2 dan masjid2.. forum begini pun satu medium yang bagus..selain tu..banyakkanla membaca buku agame ke..letakkan kat office tu..satu hari satu muka pun jadila..revise balik ke buku2 yang dah ada.. diharapkan akan kita semua sentiasa diberikan kekuatan jati diri..janganlah ikut benda yang buruk di sana walaupun sekecil mana pun..kerana dari yang kecil akan datang yang besar... k lah..harap dapat membantu walaupun sedikit..gudluck
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 09-12-07 14:37
kita memang selalu mengharapkan perkara yang baik-baik..yang soleh...yang islamik... tapi selalunya kita dihidangkan dengan persekitaran yang bertentangan dengan kemahuan kita.. dengan diri sendiri yang perlu dibantu, ditambah pula dengan persekitaran sebegini...segala2 nampak sukar sangat sehingga menimbulkan konflik di dalam diri.. di tempat kerja yang baru, belum tentu persekitarannya berubah.. tapi, nak cakap mana ya..berdoalah banyak-banyak kat Allah..semoga dikurniakan hati yang sentiasa bersabar...semoga dipelihara iman walau dimana kita berada. ----------------- Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.
|
syah_apium
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.06.2003 Ahli No: 1424
Posting: 415
Dari: malaysia
|
Posting pada: 09-12-07 15:16
salam jangan menyalahkan pekerjaan, kerana itu adalah dikira sebagai ibadah juga. yang penting kita mesti pandai membahagi masa antara kerjaya dan amal ibadah yang lain, insya ALlah
|
zaneera
Warga 2 Bintang Menyertai: 19.11.2007 Ahli No: 31755
Posting: 49
|
Posting pada: 09-12-07 17:49
salam.. ana pernah mengalami keadan seperti saudara faizal semasa ana bekerja 3 tahun lalu selepas grad dip.. kita kena kuat.. malah pegawai2 melayu keliling ana tidak segan silu membeli d2 lucah dan no ekor secara terang-terangan.. yang ana buat ana jadi diri sendiri.. bila time solat, ana solat walaupun selalu diperli diejek sebab bila mereka ajak ana keluar sedangkan ana selalu dahulukan waktu solat dari lunch.. ana bimbg jika lambat solat nanti waktu rehat ana habis... ana buat-buat tak kisah.. ana bergaul dengan mereka tetapi berbatas sebagai seorang Islam.. pedulikan apa org kata.. ana juga pernah dibelanja oleh bos ana ( seorang cina ) iaitu pada 1 hari bos ana belikan kuehtiaw untuk semua staff (8 orang staff ) di company tersebut. semua staff ambil kecuali ana.. ana ragu2 ..ana tanya pada bos.. mana bos beli? bos jawab "ni halal ma.. tak letak bab* punya.." ana tetap tak nak.. hati ana rasa tak sedap.. bila ana berkeras bos beritahu yang dia beli kat kedai cina sebrg jalan tapi tak letak daging bab*.. bayangkan staff malay kat situ walaupun tahu bos beli kat situ mereka selamba saja makan..akhirnya.. bila bos nampak ana jenis yang keras dan bukan jenis cincai pasal agama.. bos mula hormati ana .. tapi nampak macam ana seorang sahaja dihormati hak sebagai muslim sebab yang lain semu tak kisah.. lepas kejadian tu bos ana bila nak blnja staff dia..dia akan bagi duit pada kedai melayu.. dan minta pekedai tu hantar sendiri makanan pada ana sebagai org pertama supaya ana tahu tu dari kedai melayu.. ana kerja dctu selama 1/2 tahun..lepas tu ana dapat sambung dgree d utm... ana jenis bila cuti sem ana akan kerja.. memang biasa diperlekehkan bila kita minta izin untuk solat, ana jauhkan diri bila mereka bercakap pasal hal-hal lucah, cd, no ekor. dll... ana bergaul dengan mereka macam biasa but bila hal-hal yang tak sepatutnya ana tak join... pada ana, yang pentg ana cari rezeki halal dan ana jadi diri ana sendiri.. ana tak peduli bila org pulaukan ana bila ana selalu solat sebab mereka kata ana tunjuk baik.. pada ana , itu bukan tunjuk baik but t/jawab sebagai muslim.. kepada saudara faizal.. ingat kerja itu juga ibadah.. dan sebagai org Islam kita ada t/jawab kepada YANG ESA... biarlah apa org nak kata.. asal jadi diri sendiri.. jag agama.. pada na. apabila kita berkeras untuk tunaikan t/jawab sebagai muslim.. lama-kelamaan mereka akan hormati kita.. walaupun sebelum tu anda akan hadapi pelbagai kritikan, tomahan dan macam-macam sebab ana tidak join mereka.. anda kena yakin dan doa pada Allah supaya kuatkan iman anda untuk hadapinya.. antara dugaan yang ana pernah lalui adalah ana diberi hadiah daging bab* yang telah dibuat serunding daging..ana buka bekas tersebut pegang dagingnya dan ana rasa pelik sebab tak macam serunding daging lembu yang ana selalu buat.. bila ana dah pegang baru mereka kata yang tu daging bagi.. ana pulgkn balik daging tersebut pada org yang bagi ana sebab dia kata staff lain terima saja.... nak tak hendak masa zohor tu sebelum ambil wudhuk terpaksa samak.. saudara faizal kuatkan semangat.. dekatkan diri pada Allah..selalu2 pergi solat berjemaah d surau/masjid berdekatan dengan rumah anda.. bila kita usaha dekatkan diri pada nya InsyaAllah Allah akan bantu kita hadapi segala dugaan dan ujian.
|
amira_aqilah
WARGA SETIA Menyertai: 28.11.2005 Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi
|
Posting pada: 09-12-07 18:10
dalam jabatan saya juga, terdapat ramai lelaki kasanova..that makes me scared..saya tak suka keadaan ini... as a muslim, we are leader...as a leader we influence others..not influenced by others.. so, btolkan niat untuk bekerja and be urself..biar kita mempengaruhi yang lain.. insyaAllah, mohon padaNya..
|
encikfaizal
Warga 1 Bintang Menyertai: 17.10.2007 Ahli No: 31424
Posting: 36
|
Posting pada: 09-12-07 18:18
terima kasih semua kerana share pendapat dan pandangan masing-masing..baru lah terasa diri ini rupanya tak keseorangan yang mengalami ujian seperti ini..ada juga yang mengalami nasib sama...terasa lebih bersemangat untuk bekerja selepas ini
|
dmz
WARGA SETIA Menyertai: 28.09.2006 Ahli No: 26613
Posting: 442
Dari: selangor
|
Posting pada: 09-12-07 18:32
Pada 08-12-07 18:23 , encikfaizal posting:!!! QUOTE !!! assalamualaikum wbrth
Apa pandangan anda tentang dunia pekerjaan? Saya berasa kecewa dengan diri sendiri apabila memasuki alam pekerjaan. Setiap hari saya fikir Kenapa saya harus lalui semua ini. Suasana pekerjaan pada masa ini begitu berbeza sekali. Ada antara kita yang merasakan mungkin seronok ketika bekerja dapat duit dan sebaginya..tapi bagi saya pekerjaan saya ini tidak menguntungkan saya..dari segi duit memanglah seronok tapi dari segi rohani memang kosong. Dulu masa zaman student boleh juga pegi2 kelas mengaji, dengar ceramah dan sebagainya...tapi bila dah kerja ini...bukan kelas mengaji...nak solat pun akhir2 waktu saja...kecewa sangat...apakah semu manusia mengalami nasib yang sama..adakah pekerjaan ini tidak sesuai?tapi untuk cari pekerjaan lain juga bukanlah mudah...tambah ibubapa saya amat menyukai saya bekerja disitu kerana dr segi keteguhan syarikat kukuh...Saya kecewa dan amat berasa tidak selesa dengan pergaulan yang terlalu bebas ini...suami dan isteri org boleh berpegangan tangan bergurau senda cuit-mencuit antara satu sama lain tanpa rasa bersalah..mahu ditegur status bos sendiri, tak tegur macam membenarkan maksiat itu...bersembang lucah antara rakan sekerja, saya hanya rasa saya seorang sahaja yang menjaga adap susila sebagai org Islam tetapi org lain semua ambil tak kesah. Dah lah kerja company melayu yang rata-rata islah Islam. Saya risau kalau hal ini berlanjutan lama kelamaan akan mempengaruhi saya kerana iman saya juga semakin nipis kerana tiada dorongan dari kawan kawan untuk menasihati kearah kebaikan lagi...saya rindukan zaman belajar dan universiti dimana enviroment nya lebih kepada Islamik...dimanakah silap saya? apa yang harus saya lakukan...dimana harus saya bergantung sedangkan setiap hari dihiburkan dengan maksiat.  .... dah tu kalau tak kerja nak makan apa. Kalau dah ada tanggungan pula nak bagi makan apa... Nak tau penting tidaknya makan, cuba buat iklan kat sini... "SIAPA SUKA JADI ISTERI SAYA...TAPI SAYA TAK SUKA BEKERJA UNTUK CARI NAFKAH..." Adakah wanita yang sanggup menyambut iklan macam ni...ada kah...sila jawab gadis2 kat laman ni.... ----------------- http://studiouniversiti.blogspot.com/
|
encikfaizal
Warga 1 Bintang Menyertai: 17.10.2007 Ahli No: 31424
Posting: 36
|
Posting pada: 09-12-07 19:27
saudara salah tafsir tulisan saya itu. janganlah cepat membuat kesimpulan saudara. bukan saya tidak mahu bekerja cuma apa saya tekankan adalah enviroment nya sahaja. saya cuma mebincangkan tentang pergaulan yang serius dan sebagai org Islam bagaimana cara yang sesuai untuk kita adaptasikan dengan akhir zaman ini. alhamdulilah ada antara rakan-rakan yang memberi nasihat pandangan dan juga mereka ada melalui ujian yang sama. mungkin tidak kena pada saudara ujian ini. diharap saudara faham pemasalahan ini.
|
nailah_miz
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.04.2004 Ahli No: 8296
Posting: 335
Dari: Universiti Utara Malaysia
|
Posting pada: 09-12-07 20:55
Bergantung pada diri individu.. Dunia pekerjaan perlukan kekuatan kita.. Tak kira minda, iman atau sebagainya.. Teruskan usaha.. Kalau kita nak yang terbaik untuk diri kita.. Lakukan sesuatu.. Jangan mudah mengalah.. Kita tak boleh mengubah mereka.. Tapi kita janganlah berubah menjadi seperti mereka..
|
sudin
Warga Rasmi Menyertai: 29.09.2007 Ahli No: 31275
Posting: 10
Dari: paHanG
|
Posting pada: 11-12-07 02:28
Saya sangat-sangat setuju dengan zaneera.. jadilah diri kita sendiri. Jangan ikut perangai orang lain. Kita ada tanggungjawab yang hanya kita sendiri dapat laksanakan. Kepada encikfaizal, jika kerja anda tidak sesuai dengan jiwa anda, carilah jalan supaya ianya dapat disesuaikan dengan kehendak dan kemahuan saudara. Pedulikan sindiran dan pulauan orang lain. Simpatilah pada mereka kerana mereka telah tegelincir dari jalan yang lurus.. Jadilah diri sendiri.. 'Hidupku dan Matiku hanyalah untuk Allah'..
|
Iman_Hayati
WARGA SETIA Menyertai: 24.10.2003 Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 11-12-07 08:15
Pada 09-12-07 18:32 , dmz posting:!!! QUOTE !!!
.... dah tu kalau tak kerja nak makan apa. Kalau dah ada tanggungan pula nak bagi makan apa... Nak tau penting tidaknya makan, cuba buat iklan kat sini... "SIAPA SUKA JADI ISTERI SAYA...TAPI SAYA TAK SUKA BEKERJA UNTUK CARI NAFKAH..." Adakah wanita yang sanggup menyambut iklan macam ni...ada kah...sila jawab gadis2 kat laman ni....
nampaknya dmz dah salah sangka dengan tajuk ni.. encikfaizal meluahkan apa yang dia rasa tentang persekitaran kerja.. bukan tak hendak kerja..kalau boleh baca posting encikfaizal dengan jelas sebelum melulu tak tentu fasal..Jangan marah kerana semua orang akan berpendapat demikian kepada dmz kerana tidak baca betul-betul perkara yang diluahkan olleh encikfaizal. p/s:Untuk encikfaizal..kerja tu sebagai ibadah..sambil2 kerja kat situ cuba cari kerja ditempat lain jika keadaan disitu membuat hati kita tak tenteram..pengalaman seorang pensyarah tempat ana kerja..dia dulu seorang engineer yang hebat, gaji mahal,dah lama kerja..tapi persekitaran dan keadaan kerja yang terlalu sosial antara rakan-rakan sekerja membuatnya berhenti kerja..tak sanggup berada dalam keadaan tu..Dia tukar arah kepada bidang pendidikan, kerana bgnya menyampaikan ilmu adalah satu pahala ----------------- Sesejuk Mata Memandang, Seindah Akhlak terpampang
|
encikfaizal
Warga 1 Bintang Menyertai: 17.10.2007 Ahli No: 31424
Posting: 36
|
Posting pada: 13-12-07 16:01
teringin juga untuk menukar bidang pendidikan sebagai pensyarah..tapi bila rasekan diri ini tak layak jadi pensyarah rasa xjadik pula. yerla kita nak smpaikan ilmu kita kena dalami ilmu tu sedalam2nya...masa saya student dulu,saya paling tak suka pada lecture yang hanya lepaskan batuk ditangga. jadi lecture sebab kerja kerajaan or nak senang saja walhal satu apa pun diajarnya tak faham..saya tak suka macam itu..kalau saya nak jadi lectuer..saya nak jadi yang hebat..tapi saya tau saya ni tak pandai..so saya kena kerja yang macam ini tapi ini pula yang terjadi pada saya
|
kakisamun
WARGA SETIA Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku
|
Posting pada: 13-12-07 16:13
.. kalau dah tak suka.. sambil2 kerja tu cuba cari pekerjaan yang lain.. tapi jangan berhenti.. sebab mungkin ada hutang yang perlu diselesaikan atau hal lain-lain yang sudah kita bajetkan setiap bulan hasil dari wang gaji kita.. cuma kalau masih bekerja si tempat berkenaan kuatkan diri.. banyak cara untuk saudara kembalikan ilmu2 agama.. sebagai contoh jadikan internet ini sebagai medium perantara untuk saudara membuka laman2 web berunsurkan Islam.. soal jawab agama misalnya.. membeli cd atau dvd berkaitan dengan agama Islam.. cd atau dvd ceramah, cd atau dvd belajar al-quran.. tidak semestinya kita hanya belajar agama di masjid2, surau2 atau di tpt2 tertentu sahaja.. di mana-mana pun boleh asalkan ada kemahuan.. dimana ada kemahuan disitu ada jalan.. insyaALLAH sama-samalah kita ye saudara.. peringatan ini untuk aku yang lemah lagi daif juga..
|
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 27-12-07 11:51
sebab tu kita kena kerja bersungguh2 sehingga kita berada di atas..trend pada akhir zaman ini, orang-orang yang kurang agama banyak berada di atas, hakikatnye bila bos-bos kita jahil tentang agama mereka akan buat sesuka hati mereka sehingga kita yang ada sedikit ilmu rasa kurang selesa dengan tindakan bos-bos kita ini. Anda baru bekerja sebab tu rasa macam itu..nasihat saya kerja bersungguh2, doa kepada ALLAH, jika ALLAH izinkan anda kan berada di tempat bos2 anda sekarang. Bila dah senang nanti jangan lah lupakan diri..bila dah bos buatlak enviriment islamik seperti yang anda mahukan contoh time meeting semu patut solat berjemaah, kan bagus itu...tapi untuk permulaan ini, belajar tentang pekerjaan anda supaya anda dikagumi kerana org yang kuat dan jujur bekerja bukan macam trend sekarang banyak kaki ampu dr yang nak bekerja....
|
songkok_aji02
WARGA SETIA Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB
|
Posting pada: 27-12-07 12:15
kerja apa pun, walau dimanapun..tetap ada cabaran dan dugaan...carila hikmahnya
|
sayang_semuanya
WARGA SETIA Menyertai: 23.03.2007 Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris
|
Posting pada: 27-12-07 15:12
assalamualaikum tak semestinya apa... takkan lah setiap kalai solat anda akan solat dalam akhir waktu kan.. tentu nya tidak... cuba kira betul, dalam 1 hari, berapa kali anda solat dalam akhir waktu??? kerja 2 biasa lah... janji nya, kita tidak lepas kan solat, atau solat 2 di qada'/jamak tanpa sebab... saudara tentu cari rezeki yang halalkan?? pandai2 bagi kan masa lah... kalau konteks singapura sekarang memang susah nak solat awal waktu.. lebih lebih lagi kerja macam saya ni... tukang masak, customer service, ambil dan hantar deliveri dan juga accounts...2 semua saya kena buat dalam masa yang sama... pada mula nya memang agak paya lah... lama lama kelamaan, saya korbankan masa makan saya, dan minta ditangguhkan dan kadang-kadang awal kan waktu makan saya semata mata untuk solat. cuma kadang-kadang masa tidak mengizinkan, dan saya terpaksa solat di akhir waktu... tentang ceramah atau solat jemaah, still boleh lakukan seperti biasa... kalau zaman student dulu, memang lah ada banyak masa untuk buat 2 semua.. 2 lah yang selalu saya amalkan pada student juga... sekarang ni, paling2 saya akan dengar ceramah dalam seminggu sekali... sebab saya kerja 6 hari seminggu...
|
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 01-01-08 12:38
Berusahalah dengan sungguh agar waktumu terbahagi empat: 1/4 untuk munajat kepada ALLAH azzawajalla; 1/4 untuk mencari kehidupan; 1/4 untuk bergaul dengan saudara-saudara dan orang-orang yang terpercaya yang mahu menunjukkan kekuranganmu dan yang ikhlas kepadamu dalam hatinya; dan 1/4 lagi untuk menikmati hal-hal yang tidak diharamkan atas dirimu. Janganlah kamu berkata-kata tentang kemiskinan dan panjang umurmu. Sebab, barangsiapa yang menceritakan kemiskinannya bererti ia bakhil; Sedangkan orang yang berbicara tentang panjang umur bererti ia orang tamak. Jadikanlah untuk dirimu bahagian kehidupan dunia dengan memberinya suatu kesenangan yang halal tanpa berlebih-lebihan dan mintalah pertolongan untuk itu dengan melaksanakan perintah-perintah agama. Sebab, "Tidaklah termasuk golongan kami, orang yang meninggalkan urusan dunianya untuk mengejar urusan akhiratnya dan yang meninggalkan urusan akhiratnya untuk mengejar urusan dunianya."
|
zulman
 Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 01-01-08 12:49
Pada 08-12-07 18:23 , encikfaizal posting:!!! QUOTE !!! assalamualaikum wbrth
Apa pandangan anda tentang dunia pekerjaan? Saya berasa kecewa dengan diri sendiri apabila memasuki alam pekerjaan. Setiap hari saya fikir Kenapa saya harus lalui semua ini. Suasana pekerjaan pada masa ini begitu berbeza sekali. Ada antara kita yang merasakan mungkin seronok ketika bekerja dapat duit dan sebaginya..tapi bagi saya pekerjaan saya ini tidak menguntungkan saya..dari segi duit memanglah seronok tapi dari segi rohani memang kosong. Dulu masa zaman student boleh juga pegi2 kelas mengaji, dengar ceramah dan sebagainya...tapi bila dah kerja ini...bukan kelas mengaji...nak solat pun akhir2 waktu saja...kecewa sangat...apakah semu manusia mengalami nasib yang sama..adakah pekerjaan ini tidak sesuai?tapi untuk cari pekerjaan lain juga bukanlah mudah...tambah ibubapa saya amat menyukai saya bekerja disitu kerana dr segi keteguhan syarikat kukuh...Saya kecewa dan amat berasa tidak selesa dengan pergaulan yang terlalu bebas ini...suami dan isteri org boleh berpegangan tangan bergurau senda cuit-mencuit antara satu sama lain tanpa rasa bersalah..mahu ditegur status bos sendiri, tak tegur macam membenarkan maksiat itu...bersembang lucah antara rakan sekerja, saya hanya rasa saya seorang sahaja yang menjaga adap susila sebagai org Islam tetapi org lain semua ambil tak kesah. Dah lah kerja company melayu yang rata-rata islah Islam. Saya risau kalau hal ini berlanjutan lama kelamaan akan mempengaruhi saya kerana iman saya juga semakin nipis kerana tiada dorongan dari kawan kawan untuk menasihati kearah kebaikan lagi...saya rindukan zaman belajar dan universiti dimana enviroment nya lebih kepada Islamik...dimanakah silap saya? apa yang harus saya lakukan...dimana harus saya bergantung sedangkan setiap hari dihiburkan dengan maksiat. jangan putus asa dalam hidup setiap manusia mempunyai jalannya sendiri.. tukarlah kepada jalan yang diredhai, environment kerja tu manusia yang buat dan ianya boleh diubah, islah diri anda dahulu...pilihlah jalan yang lurus dan bersih.. ubahlah kehidupan anda dengan cara yang anda mampu... ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.
|