Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika tak dapat menjadi paus gagah di lautan, jadilah keli lincah di sungai

-- Dari Buku Revolusi Mental

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 155
Ahli: 0
Jumlah: 155




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 15 jam, 32 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Komputer dan IT
Topik: Soal Jawab IT


Carian Forum

Moderator: Administrator, ibnuyahya
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Komputer dan IT
    »» Soal Jawab IT

Please Mendaftar To Post


Oleh Soal Jawab IT

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 07-12-07 15:13


Menyekat penggunaan Yahoo Messenger

SOALAN:

Saya ada beberapa permasalahan IT:


1. Bagaimanakah caranya untuk menyekat Yahoo! Messenger ( YM ) dari dilayari?

2. Apa perisian percuma yang boleh digunakan untuk memantau komputer peribadi (PC) pengguna lain di dalam rangkaian sama. Perisian itu juga hendaklah mampu mengetahui apa yang dilakukan oleh PC pengguna dan pentadbir boleh menyekatnya sebarang perlakuan tidak menentu?

3. Bagaimanakah caranya untuk menyekat laman web yang menggunakan winxp?




JAWAPAN:

Setiap sesi antara pengguna (client) dan pelayan di Internet, tidak mengira sama ada mereka berbual secara online (chatting), melunsuri laman-laman web dan sebagainya itu akan menggunakan protokol TCP/IP.

Untuk menghalang sesi terbabit, anda perlu mempunyai akses atas rangkaian dan juga jaringan keluar ke Internet.

Terdapat beberapa cara. Antaranya dengan menggunakan firewall dan proxy.

Biasanya Firewall diletakkan di antara rangkaian pengguna dan jaringan keluar ke Internet. Dengan itu, semua trafik mesti melalui firewall.

Anda boleh sediakan peraturan di peringkat firewall untuk menghalang pelayan Yahoo! Messenger.

Pelayan proxy pula berfungsi dengan menjadi orang tengah untuk pengguna mencapai Internet. Apabila pengguna mahu mencapai laman web, permintaan pengguna akan dihantar ke pelayan proxy, lalu menghantar permintaan itu, menunggu jawapan dari laman web, dan memulangkan jawapan kepada pengguna.

Dengan itu juga anda boleh menyekat permintaan ke pelayan Yahoo! Messenger dengan mewujudan peraturan berkenaan.

Namun begitu, terdapat banyak ‘client’ untuk Yahoo Messenger, termasuk client web seperti meebo.com. Anda harus ambil kira laman seperti meebo itu jika anda mahu menghalang 100 peratus.

Terdapat banyak jenis firewall dan pelayan proxy yang boleh dibeli.Terdapat juga firewall dan pelayan proxy percuma, selalunya dari Perisian Sumber Terbuka, yang boleh anda gunakan.

Anda boleh dapati Firewall dari pengedaran Linux dan *BSD yang boleh dibut dari CD, tanpa sebarang pemasangan di http://www.livecdlist.com/?pick=All&showonly=Firewall&sort=&sama=1

Kebanyakan pengedaran atau penyaluran dari laman web berkenaan juga boleh digunakan sebagai Pelayan Proxy.

Untuk memantau komputer lain di dalam rangkaian, anda boleh gunakan Virtual Network Computing (VNC).

Anda perlu memasang pelayan VNC di komputer yang hendak dipantau sebelum boleh menggunakan klien VNC.

Antara perisian VNC termasuk RealVNC yangboleh diperoleh di http://www.realvnc.com dan tightVnc http://www.tightvnc.com

Untuk menyekat laman web di Windows, anda perlu firewall atau pelayan proxy seperti dinyatakan di atas, atau memasang program yang boleh menyekat sesi antara Windows XP tersebut dengan pelayan.

Contohnya, anda boleh tambah peraturan di firewall yang dipasang secara ‘default’ pada Windows XP.

Terdapat juga Personal Firewall yang boleh digunakan dengan syarat seperti ZoneAlarm dan Lavasoft Personal Firewall.

Bagaimanapun, mungkin sukar bagi anda mengawal peraturan untuk firewall yang dipasang di komputer jika terdapat banyak komputer yang perlu dijaga.

Soalan anda ada kaitan dengan polisi penggunaan komputer. Sebelum anda menggunakan jawapan yang disiarkan, pastikan anda mendapat sokongan Jabatan berkaitan.

Jawapan ini juga boleh digunakan untuk rangkaian kecil di rumah (SOHO). Walau apa pun, cara terbaik ialah dengan pembelajaran dan ‘self censorship’.


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 07-12-07 15:17


Mengakses Internet di kawasan terbuka

SOALAN:

Selain peralatan asas seperti komputer notebook atau laptop dan talipon bimbit pintar, apakah peranti khas yang diperlukan untuk mengakses internet di kawasan terbuka seperti di padang atau gurun? Jika ada, apakah peralatan atau perisian khas itu? Bagaimana pula dengan alamat IP?




JAWAPAN:

Perkara yang paling penting sekali untuk mencapai Internet ialah liputan "signal" dari pembekal talian sama ada syarikat telekomunikasi atau penyedia perkhidmatan Internet (ISP) atau jaringan tanpa wayar.

Jika menggunakan khidmat selular, anda perlu mendapatkan khidmat pembekal dan pastikan liputan ada di kawasan itu.

Anda boleh menggunakan telefon bimbit dan lebih baik lagi sekiranya mempunyai telefon bimbit terkini dengan fungsi 3G atau EDGE.

Secara ringkas, sambungkan telefon bimbit anda ke komputer menggunakan kaedah penyambungan Bluetooth atau kabel USB dan gunakan perisian yang dibekalkan pembuat telefon bimbit untuk memulakan sambungan ke Internet.

Alamat IP akan dibekalkan oleh pembekal selular anda.Setelah dapat alamat IP, anda boleh mencapai Internet.

Gambar yang disertakan menunjukkan perisian Nokia PC Suite dengan pilihan sambungan ke Internet.


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 07-12-07 15:20


Padam sejarah capaian laman web



SOALAN:

Bagaimanakah caranya untuk memadam alamat laman web yang kita taip di ruangan ' address ' bersebelahan kolum 'go'.




JAWAPAN:

Proses memadam sejarah pelunsuran laman web berbeza dan bergantung kepada perisian pelunsur yang digunakan.

Untuk Firefox 2.tak, ikuti langkah di bawah:

- klik Tools > 'Clear Private Data' atau gunakan kekunci 'Ctrl + Shift + Delete';

- Pilih jenis data yang hendak dipadam. Contohnya 'Browsing History', 'download History' dan lain-lain lagi;

- klik OK



Untuk IE6:

- klik Tools > Internet Options

- klik tab General

- klik "Clear History"

Untuk IE7:

- klik Tools > Internet Options

- klik "Delete"

- Pilih pilihan yang mahu dipadam


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 07-12-07 15:25


Tarikh komputer tidak betul

SOALAN:

Mengapa tarikh pada komputer tidak betul. Setiap


kali selepas dipasang, akan terpapar CMOS ‘setting wrong’ dan tarikhnya 3-7-2003.

Adakah penambahan perisian akan menyebabkan komputer semakin perlahan?


JAWAPAN:

CMOS ialah kependekan Complementary Metal Oxide Semiconductor. Ia digunakan untuk menyimpan data khusus seperti tarikh, masa dan pelarasan untuk komputer.

Tambahan perisian baru bukan penyebab ralat berkenaan. Biasanya ralat CMOS ‘settings wrong’ disebabkan bateri yang kurang elok atau lemah.

Untuk menyelesaikannya, gantikan saja bateri itu dengan yang baru. Untuk mencapai bateri itu, anda perlu buka penutup unit pemprosesan pusat (CPU).

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 07-12-07 15:37


Perisian anti virus percuma

SOALAN:

Bagaimana cara untuk mendapatkan perisian anti virus secara percuma melalui perkhidmatan internet?

JAWAPAN:

Terdapat beberapa perisisan anti virus percuma untuk penggunaan di rumah atau pelajar. Antara perisian yang paling popular dan berkesan ialah AVG Anti-virus (http://free.grisoft.com), avast! (http://www.avast.com) dan Clamwin (http://www.clamwin.com)

Untuk mendapatkannya, layari laman yang dinyatakan dan pindah turun turun

aplikasi anti virus berkenaan.

Bergantung kepada jenis anti virus, anda mungkin perlu mendapatkan lesen untuk mendapatkan kemas kini kerana sifat lazim sesebuah perisian anti virus itu memerlukan rutin kemas kini yang agak kerap.

Pengemaskinian itu penting kerana setiap hari banyak virus baru wujud dalam persekitaran perkomputeran kita, terutamanya apabila kita sering bertukar-tukar komputer dan melayari laman-laman web.

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

fath
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4641
Posting: 56
Dari: Klang

Selangor  


posticon Posting pada: 07-12-07 22:40


pasal VNC tu, ada banyak exploit sekarang yang boleh scan VNC and boleh take over macam tu saja..

so avoid VNC kalau boleh

Bookmark and Share

    


  Member Information For fathProfil   Hantar PM kepada fath   Pergi ke fath's Website   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 07-12-07 22:56


saudara fath, boleh bagi alternatif lain selain VNC?

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

fath
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4641
Posting: 56
Dari: Klang

Selangor  


posticon Posting pada: 08-12-07 12:57


hmm.. yahoo messenger ni dia tak akan boleh run kalau port dia di tutup.
so first sekali kena carik dia pakai port apa.. then install apa-apa program yang boleh tutup port... firewall pun ok juga sebab filewall boleh blok incoming dan outgoing connection dari port2 yang dibukak di pc..

:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For fathProfil   Hantar PM kepada fath   Pergi ke fath's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 11-12-07 17:04


Kalau expoit untuk password(brute force) boleh gunakan password yang susah di teka dan selalu tukar password...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

fath
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4641
Posting: 56
Dari: Klang

Selangor  


posticon Posting pada: 11-12-07 21:59


leceh tu leceh juga lah brute force.. kekadang ambil masa lama.. depends...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fathProfil   Hantar PM kepada fath   Pergi ke fath's Website   Quote dan BalasQuote

firdaus_9
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2005
Ahli No: 16983
Posting: 703
Dari: Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-12-07 22:40


kalau PC, ana tak reti... tapi kalau Mac Apple... boleh guna melalui admin untuk setkan Parent Control kat System Preferences heh! :D

Bookmark and Share

    


  Member Information For firdaus_9Profil   Hantar PM kepada firdaus_9   Pergi ke firdaus_9's Website   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-12-07 23:45


saya cuba letak javaScript kat profile friendster, ceehh!!! diz coding being disabled!!! geram tulll!!! sapa tau haa? i mean... the way to embedded the code...
macam SQL_injection juga ke?
-Shafiq-

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

fath
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4641
Posting: 56
Dari: Klang

Selangor  


posticon Posting pada: 12-12-07 21:23


javascript kat fster memang taklah.. sebab kalau tak banyak exploit lah buat kat situ.
overlay pun dalam tempoh ttentu, dia akan hilang balik.. sebab fster selalu upgrade sistem dia.. yang sekarang ni mereka tak bagi kita buat direct link.. embed boleh pakai kat profile sendiri saja.. nak bagi comment embed da tak lah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fathProfil   Hantar PM kepada fath   Pergi ke fath's Website   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-12-07 15:25


Run ActiveX scripts ni apa??
sesiapa tau?? maaf lah.. even im computerist also memang setengah benda tak tau..

setakat ilmu macam ayam2 kita tak boleh dabik dada...

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-12-07 15:26




Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-12-07 15:27


aiikkk??? sini pun tapis javaScript jugak???
hhiihhiieeehhooee....

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-12-07 15:28


HTML filter.... Copyright 2004 The Apache Software Foundation


public static String filter(String message) {

        if (message == null)
            return (null);

        char content = new char;
        message.getChars(0, message.length(), content, 0);
        StringBuffer result = new StringBuffer(content.length + 50);
        for (int i = 0; i ':
                result.append(">");
                break;
            case '&':
                result.append("&");
                break;
            case '"':
                result.append(""");
                break;
            default:
                result.append(content);
            }
        }
        return (result.toString());

    }


Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

fath
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4641
Posting: 56
Dari: Klang

Selangor  


posticon Posting pada: 13-12-07 23:05


dalam forum2 biasanya org guna html dengan bbcode.
dan tak semua html features allowed kat forum.
certain func saja available.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fathProfil   Hantar PM kepada fath   Pergi ke fath's Website   Quote dan BalasQuote

fAraH_exaPIuM
Warga 2 Bintang
Menyertai: 25.12.2007
Ahli No: 32096
Posting: 56
Dari: wilayah darul makmur

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 30-12-07 16:03


salam...
saya ada satu masalah..
kenapa laptop saya bila saya install printer..instruction dia semua keluar arabic...xkuar english pun
bila kita guna ym tarikh pun keluar arabic juga..
memang masa sebelom saya format laptop ni dah ada arabic, tapi ok saja
bila format dia jadi begitu..sesiapa yang boleh membantu?

Bookmark and Share

    


  Member Information For fAraH_exaPIuMProfil   Hantar PM kepada fAraH_exaPIuM   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 1.239685 saat. Lajunya....