Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
More care, less hate
-- Dari Filem Reading Room

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 151
Ahli: 0
Jumlah: 151




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 23 jam, 44 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Ucapan Dan Keadaan


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Ucapan Dan Keadaan

Please Mendaftar To Post


Oleh Ucapan Dan Keadaan

PrePAID
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3876
Posting: 130
Dari: Bukit Beruntung, Rawang

Kedah  


posticon Posting pada: 05-10-03 10:07


1 - Perkataan SUBHANALLAH

Ertinya ialah : " MAHA SUCILAH ALLAH "

Ianya diucapkan tatkala kita melihat sesuatu perkara
yang menggembirakan kita ataupun perkara-perkara yang
hebat lagi ajaib . Contohnya tatkala kita melihat
orang yang tidak cedera walaupun terlibat di dalam
kemalangan . Tujuan kita mengucapkan " SUBHANALLAH "
iaitu seolah-olah kita mendidik diri kita : " Wah !
hebatnya orang itu , tak cedera langsung . Tapi Allah
lebih Maha Hebat kerana itu semua tidak akan berlaku
melainkan dengan izin Allah Ta'ala " .

Ianya diucapkan juga apabila kita melihat ada apa-apa
perkataan ataupun perbuatan yang menyebabkan seseorang
itu syirik kepada Allah . Contohnya kita ucapkan "
SUBHANALLAH " apabila melihat ada orang yang menyembah
berhala-berhala . Di dalam hati kita ketika itu
seolah-olah kita berkata : " Allah Ta'ala Maha Suci
dan tiada kena-mengena langsung sebagai Tuhan yang
mereka anggap itu " . Lihatlah firman Allah Ta'ala
berikut :

Ertinya : " Dialah Allah yang tidak ada sama sekali
Tuhan yang layak disembah kecuali Dia Yang Maha
Berkuasa , Maha Suci , Maha Selamat , Maha Memberi
Keamanan , Maha Peneguh , Maha Mulia , Maha
Gagah-Perkasa , Maha Besar , Maha Sucilah Allah
daripada apa yang mereka sekutukan " ~ Surah al-Hasyr
: ayat 23

Lihat penggunaan " SUBHANALLAH " ataupun yang semakna
dengannya melalui ayat Al-Quranul Karim di bawah ini :

Ertinya : " Maha Sucilah Tuhan yang telah
memperjalankan hamba-Nya di waktu malam ( Israk ) drp
Masjid al-Haram ( di Mekkah al-Mukarramah ) ke Masjid
al-Aqso ( di Palestin ) yang telah Kami berkati
sekitarnya , agar Kami menunjukkan kepadanya ( Nabi
Muhammad s.a.w ) beberapa tanda kekuasaan Kami .
Sesungguhnya Dia ( Allah ) adalah Tuhan Yang Maha
Mendengar Lagi Maha Melihat " . ~ Surah al-Israk ,
ayat 1 .

Ya ! , peristiwa Israk-Mikraj adalah satu peristiwa
yang ajaib lagi hebat , namun sehebat-hebat peristiwa
itu , lebih hebat lagi Tuhan yang telah mengatur dan
mencipta peristiwa itu , Tuhan itulah Allah Ta'ala
Yang Maha Hebat , Yang Maha Mendengar segala doa
Nabi-Nya s.a.w dan tohmahan puak-puak yang tidak
mempercayai kisah itu dan Maha Melihat segala-galanya
. Dan Maha Sucilah Allah drp segala sifat-sifat yang
tidak sepatutnya dilemparkan kepada Dia .

Ucapan " SUBHANALLAH " ini juga dikenali sebagai "
TASBIH " . bersambung


Bookmark and Share

    


  Member Information For PrePAIDProfil   Hantar PM kepada PrePAID   Pergi ke PrePAID's Website   Quote dan BalasQuote

PrePAID
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3876
Posting: 130
Dari: Bukit Beruntung, Rawang

Kedah  


posticon Posting pada: 10-10-03 12:29


2 - Ucapan " ALHAMDULILLAH "

Ertinya : " Segala puja-puji hanyalah untuk Allah "
ataupun " Segala syukur dan terima kasih hanyalah
untuk Allah " .

Ianya diucapkan sebagai puja-pujian dan bersyukur di
atas segala nikmat yang Allah Ta'ala berikan kepada
kita .

Contoh ayat Al-Quranul Karim yang menerangkan hal ini
ialah :

Ertinya : "Dan Kami cabut segala macam dendam yang
berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka
sungai-sungai dan mereka berkata: "Segala puji bagi
Allah yang telah menunjuki kami kepada (surga) ini.
Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk
kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya
telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa
kebenaran." Dan diserukan kepada mereka: "ltulah surga
yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu
kamu kerjakan " ~ Surah al-'Aaraf , ayat 43 .

Ayat di atas menerangkan nikmat yang diperolehi oleh
orang-orang yang beriman kelak di hari akhirat iaitu
nikmat mendiami syurga yang dijanjikan kepada mereka
dahulu . Lihat ! , para penghuni syurga nanti akan
mengucapkan " ALHAMDULILLAH " sebagai berterima-kasih
dan bersyukur di atas ganjaran yang Allah Ta'ala
berikan kepada mereka dan disebabkan Allah Ta'ala
telah mengutuskan kepada mereka wahyu dan panduan
melalui Para Rasul a.s .

Kita juga wajib mengucapkan syukur kepada Allah Ta'ala
di atas nikmat sampainya Islam kepada kita dan masih
ramai lagi para ulama' rh , kerana tanpa Islam dan
bimbingan para ulama' rh , tidaklah kita layak masuk
ke dalam syurga Allah Ta'ala kelak .

Lihat lagi firman Allah Ta'ala di dalam Surah al-Kahf
, ayat pertama :

Ertinya : " Segala puja-puji hanyalah untuk Allah (
Tuhan ) yang telah menurunkan kepada hamba-Nya kitab
dan tidak pula Allah ciptakan baginya ada sebarang
kebengkokan ( pertentangan dan perselisihan di antara
satu ayat dengan ayat yang lain ) " .

Kita juga wajib bersyukur kepada Allah Ta'ala di atas
nikmat adanya kitab Al-Quranul Karim sebagai panduan
hidup kita , yang mana tanpanya , pastilah kita tidak
akan menemui kebenaran dan kejayaan di dunia dan di
akhirat .

Selain itu ianya diucapkan apabila kita dipuji ,
contohnya apabila orang memuji kita lantaran kejayaan
kita , lalu kita pun menjawab : " Alhamdulillah , saya
berjaya " ( Diucapkan ucapan " Alhamdulillah " agar
kita tidak lupa bahawa sehebat mana pun usaha kita ,
ianya tentu tidak akan berjaya jika tidak diizinkan
oleh Allah Ta'ala ) .

Ucapan " ALHAMDULILLAH " ini juga dikenali sebagai "
TAHMID " .


Bookmark and Share

    


  Member Information For PrePAIDProfil   Hantar PM kepada PrePAID   Pergi ke PrePAID's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.109637 saat. Lajunya....