Array
Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 | 29-03-2024 |
|
Isu dan Ehwal Semasa
|
Moderator: Administrator, hafeezzul |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | KHILAFAH PASTI TERTEGAK |
---|---|
gooku |
Posting pada: 27-11-07 00:15
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,
Firman Allah ta'ala dalam surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud, Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur engkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka (fasiq). (TMQ An-Nur :55) Dalam membahaskan ayat ini, Imam Qurthubi di dalam Al-JamiâI li Ahkam Al-Quran berkomentar, âMemang benar bahawa ayat ini berlaku bagi umat Muhammad secara umum kerana kekhususan (takhsis) tidak berlaku. Kecuali penyampainya (Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam) memberitahukan tentangnya, yang berlaku adalah keumuman lafaznyaâ Imam Asy-Syawkani pula berkomentar dalam Fath al-Qadir (4/74), âIni adalah janji Allah kepada mereka yang meyakini Allah dan melakukan kebaikan, bahawa Allah akan memberikan kekuasaan di dunia kepada mereka. Sebagaimana Dia memberikan kepada umat sebelumnya. Janji ini berlaku bagi umat secara keseluruhan. Ada anggapan bahawa janji ini berlaku bagi generasi sahabat tapi tiada bukti untuk mendukung kenyataan tersebut, kerana memiliki keyakinan (iman) dan melakukan kebaikan (amal soleh) tidak dibatasi bagi para sahabat sahaja bahkan terbuka bagi setiap individu yang menjadi bahagian umatâ Maka ayat ini merupakan dalil bagi suatu ketetapan dari Allah ta'ala ke atas mereka-mereka yang beriman dan beramal soleh agar diangkat menjadi penguasa (Khalifah) di muka bumi tanpa dikhususkan waktunya ataupun tempohnya. Manakala melalui beberapa hadis yang dilafazkan baginda melalui sanad-sanad periwayatan, mengkhususkan (takhsis al-Quran bi As-Sunnah) ayat tersebut, sebagaimana yang ditemui dalam hadis Imam Ahmad juga diriwayatkan oleh Baihaqi dari Nu'man Bin Basyir; âRasulullah Sallallahu âalaihi wa Sallam bersabda: Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah âala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan âAdhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah âala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam.â Begitu juga ditakhsis ayat tersebut oleh hadis-hadis lain, 1. Imam Ahmad dalam Musnad dari Maqal Bin Yasar âTidak lama setelah aku pergi akan muncul para tiran (pemimpin zalim). Ketika itu, keadilan akan hilang hingga orang-orang yang lahir tidak tahu apa-apa. Lalu, Allah akan turunkan keadilan dan ketika itu para tiran akan pergi sehingga orang-orang yang lahir pada masa itu tidak tahu apa-apaâ Bila direnung hadis ini dengan fikiran yang terbuka, jernih dan tulus realiti kini umat terutamanya pencinta kehidupan Islam sedang berhadapan dengan penguasa tiran dimana sahaja termasuk belahan bilad al-muslimin. Lalu apakah telah tiba tempoh waktu yang dilafazkan Baginda Sallallahu âalaihi wa Sallam itu sebagai "Allah turunkan keadilan" biarpun hakikatnya sekadar sekelumit sahaja dari keadilan yang dinyatakan dalam Al-Quran ? 2. Ibnu Asakir dalam Tarikh Ad-Dimasyq, Yunus Bin Maysara Bin Halbas berkata bahawa Nabi Sallallahu âalaihi wa Sallam bersabda âKekuasaan ini (Khilafah) akan ada setelahku di Madinah, lalu di Syam, di Jazirah Arab, di Iraq, di Madinah lalu di Baitul Maqdis (Al-Quds). Lalu ketika kekuasaan itu di Al-Quds, itulah tempatnya yang terakhir kerana setelah itu tiada seorangpun yang akan menghapuskannyaâ Menela'ah sejarah kegemilangan Islam dibawah naungan Khilafah sejak tertegaknya negara Madinah Al-Munawwarah hingga keruntuhan Othmaniyyah (3 Mac 1924) membuktikan Al-Quds tidak pernah menjadi Ibu Kota daulah Khilafah. Maka, saat Al-Quds akan muncul dengan izin Allah kelak. 3. Ibnu Saâad dan Al-Muttaqi Al-Hindi di dalam Kanzul Ummal 14/252, kedua-duanya meriwayatkan bahawa Abu Umairah al-Mazani mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, âAkan ada byeâat di Baitul Maqdisâ. Satu lagi bukti bahawa bye'at yang dimaksudkan sebagai tempat tertegaknya ibu kota daulah Khilafah suatu ketika sesudah zaman Rasulullah Sallallahu âalaihi wa Sallam serta para Khulafa' ar-rasyidin. Juga sesudah zaman kejatuhan kekhilafahan Othmaniyyah. 4. Imam Ahmad dalam Musnad 5/288, Abu Daud dalam Sunan no.2535, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, telah bersabda Rasulullah Sallallahu âalaihi wa Sallam, âKetika Khilafah datang ke tanah suci, maka gempa bumi, bencana dan peristiwa-peristiwa besar sudah dekat, dan Hari Kiamat akan lebih dekat dibandingkan jarak tanganku ke kepalamuâ Ketika berlaku peristiwa Fathu Makkah, peristiwa-peristiwa besar seperti tanda kemunculan al-Qiamah itu belum wujud. Maksudnya akan muncul kekhilafahan yang akan masuk ke tanah suci sekali lagi, masanya belum tiba. Menandakan masanya akan tiba dengan izin Allah ta'ala. 5. Al-Hakim dalam Al-Mustadrak 4/468, Imam Ahmad dalam Musnad 2/84, Abu Daud dalam Sunan no 2482, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda âAkan terjadi dua hijrah dan hijrah terakhir akan terjadi ditempat bapamu, Ibrahim as berhijrahâ. Hijrah pertama adalah hijrah Rasulullah Sallallahu âalaihi wa Sallam. Sedangkan penghijrahan kedua masih belum dilakukan oleh umat ini ke tempat asal penghijrahan Ibrahim 'alaihi salam yakni Makkah. 6. An-Nawawi dalam Syarah Muslim (18/38-39), Ahmad dalam Musnad 3/317, dari Jabir, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda âPada saat generasi terakhir dari umat ini akan ada seorang khalifah yang membahagi-bahagikan wang tanpa menghitungnyaâ 7. Imam An-Nawawi dalam Syarah Muslim (18/13), Abu Daud dalam Sunan no. 4252, At-Tirmidzi (2/27), Ibnu Majah (2952), Imam Ahmad dalam Musnad (5/278 dan 5/284), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (4/479), dari Tawban bahawa Rasulullah Sallallahu âalaihi wa Sallam bersabda, âAllah telah menyatukan seluruh bumi untukku sehingga aku dapat melihar bahagian timur dan barat sekaligus. Adapun kekuasaan umatku akan mencapai bahagian bumi yang pernah ditunjukkan kepadaku.â 8. Imam Ahmad dalam Musnad (2/176), manakala Ad-Darimi dalam Musnad-nya (1/126), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (3/422), dari Abu Qabil ia berkata âKami berada dirumah Abdullah Bin Amr Bin Al-âAsh dan ia ditanya, âMana yang akan lebih dahulu ditaklukkan, Konstantinople atau Rom?â Abdullah meminta sebuah kotak, dari kotak itu ia mengeluarkan sebuah buku, lalu berkata. âKami pernah berkumpul bersama Rasulullah SAW yang sedang menulis, lalu baginda ditanya, âKota mana yang lebih dahulu ditakluk ? Konstantinopel atau Rom? Baginda menjawab âKota Heraklius (Hercules) akan ditaklukkan lebih duluâ Khalifah Muhammad al-Fateh telah menawan Constantinople dalam 800 tahun setelah Rasulullah SAW mengeluarkan hadis ini. --------------- Orang-orang barat melalui lidah pemimpin-pemimpin mereka meyakini ataupun cemas akan kebangkitan semula Khilafah. 1. Eric Edelman, Setiausaha Polisi Pertahanan AS, berucap dengan merujuk kepada Khilafah sekitar Nov-Dis 2005 sebelum bersidang dimeja bulat di Kaunsil Hubungan Luar âMasa depan Iraq sama ada dinaungi keganasan pengganas dan melebar-luaskan pengaruh serta berkebolehan mendirikan Khilafah, atau ia akan berdepan dengan kepincangan yang besarâ 2. Setiausaha Pertahanan AS Donald Rumsfeld pula berucap pada 5 Disember 2005 di Washington mengatakan âIraq akan melaksanakan dasar baru Khilafah Islamiyyah untuk (kekuasaannya) Timur Tengah, dan dimana ianya akan mengancam kekuasaan kerajaan Eropah, Afrika dan Asia. Ini rancangan mereka. Mereka menyatakan demikian. Kita melakukan kesilapan besar jika kita gagal mendengar dan memahamiâ. Kemudian beliau turut merujuk kepada (perkataan) Khilafah hanya tiga hari selepas itu dalam temubualnya dengan PBS. 3. Stephen Hadley, Penasihat Negara AS, merujuk kepada (perkataan) Khilafah dalam bulan Oktober 2005 ketiba berucap di New York dan Los Angeles ketika Jenderal Abizaid, pemerintah tentera AS di Timur Tengah, di Capitol Hill September lalu berkata âMereka cuba mendirikan Khilafah diseluruh dunia kaum muslimâ. 4. Carleton S, ketika memberi komen tentang peradaban Islam dari tahun 800 hingga 1600, menyatakan, "Peradaban Islam merupakan peradaban yang paling besar di dunia. Peradaban Islam sanggup menciptakan sebuah 'continental super state' yang terbentang dari satu samudera ke samudera yang lainâŠ.Tenteranya merupakan gabungan dari pelbagai bangsa yang melindungi perdamaian dan kemakmuran yang belum pernah dikenal sebelumnya." . 5. George W Bush (Laknatulahi âAlaih) pada 6 Oktober 2005, menyatakan hal yang senada : "Kaum militan percaya bahawa dengan menguasai satu negara akan menggerakan umat Islam dan sanggup menggulingkan pemerintahan moderat di Timur Tengah dan menegakkan kembali empayar Islam radikal (Khilafah)yang akan menyebar dari Sepanyol hingga Indonesia." Nyata, Khilafah adalah perkataan yang mampu mengigaukan musuhnya "round the clock". Ini kerana analisis mereka berdasarkan pemerhatian yang rinci serta sokongan dalil naqli (Al QUran dan As Sunnah) seperti yang dinyatakan diatas. Namun, malangnya keyakinan itu tiada pada sebahagian besar umat Islam tatkala ini. Bahkan pula ada yang menentang seolah-olah khilafah bukan suatu yang benar dan pasti !, menurut mereka lagi "Tidak lebih hanyalah Khayalan belaka", ----------------- http://gooku1.fotopages.com |
Daeng_Jati |
Posting pada: 27-11-07 05:14
sebnonye apa yang diterangkan oleh gooku ni adalah mesej dari masa depan
Islam akan bangkit dari kawasan yang musuh islam tak sangke2 p/s kita tunggu dan lihat... ----------------- |
nabiru_san91 |
Posting pada: 27-11-07 22:37
...Ketahuilah sesungguhnya janji Allah itu benar dan Allah sentiasa menunaikan janjiNya...Namun adakah kita telah menunaikan janji kita kepada Allah...yakni menolong agamanya...Janganlah kita sentiasa berdoa sahaja kepada Allah tanpa azam dan usaha..
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri... Tolonglah agama Allah nescaya kita akan ditolong Allah... Kita adalah sebaik-baik umat tetapi dengan syarat...kita menyuruh membuat ma'aruf dan menegah mungkar dan beriman kepada Allah... Saya percaya hari yang ditunggu-tunggu tersebut tidak akan tiba dan tertangguh sehinggalah datangnya usaha besar daripada kita sendiri... Pada hari tersebut saya beranggapan kita mempunyai keupayaan persenjataan dan keimanan yang tinggi hasil daripada usaha kita juga... Oleh itu janganlah kita beretorik semata-mata seperti Bidin Kampung , tetapi bangkitlah wahai rakan-rakan semua menuju ke ufuk Al-Mahdi dan Isa a.s...Serulah,Berjihadlah,Bersegeralah kerana dunia ini sebenarnya sudah tidak berdaya lagi menadah darah-darah syuhada yang tidak berbalas usaha-usaha mereka dek kealpaan Ummah sendiri... Allah Maha Benar tetapi kita... Wassalam... HIDUP KHILAFAH ISLAMIAH |
pemburupokok |
Posting pada: 27-11-07 22:52
sepanjang pengalaman aku berkawan dengan bebudak U lah...
macam-macam perangai aku jumpa... yang cakap pasal Khilafah ni.... MEREKA SEMUA TAHU KHILAFAH AKAN TERTEGAK PADA MASA AKAN DATANG... MEREKA JUGA TAHU UMAT ISLAM AKAN MEMIMPIN DUNIA SUATU HARI NANTI..... ada kawan aku jumpa... mereka cakap... Buat apa dakwah-dakwah ni... kita tak berlu susah payah berdakwah... imam Mahdi akan selamatkan kita semua... ada lagi yang cakap.... sebelum berdakwah kepada orang lain... baik dakwah diri sendiri dulu.... biar iman sempurna dulu...... ada juga yang cakap.... ramai pendakwah-pendakwah hari ini tak solat subuh berjemaah di masjid (beliau highlightkan masjid tertentu).... macamana nak dakwah orang?? yang cakap ni yang ada PhD..... emmmm..... bagi aku... pandangan hangpa jauh terpesong!!!!! Allah dan Rasul-Nya menjanjikan kepada kita umat islam... khilafah akan tertegak untuk kedua kalinya.... AKU PEMBURU POKOK.... BERSAMA-SAMA JEMAAH MENYERU UMAT ISLAM BERSATU MEMBENTUK NEGARA KHILAFAH!!!!!! ALLAHU AKBAR!!!!! |
gooku |
Posting pada: 28-11-07 01:05
Imam An-Nawawi dalam Syarah Muslim (18/13), Abu Daud dalam Sunan no. 4252, At-Tirmidzi (2/27), Ibnu Majah (2952), Imam Ahmad dalam Musnad (5/278 dan 5/284), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (4/479), dari Tawban bahawa Rasulullah Sallallahu âalaihi wa Sallam bersabda, âAllah telah menyatukan seluruh bumi untukku sehingga aku dapat melihar bahagian timur dan barat sekaligus. Adapun kekuasaan umatku akan mencapai bahagian bumi yang pernah ditunjukkan kepadaku.â
Mungkinkah Umat Islam Bersatu? Menjawab keraguan orang tentang kemungkinan bersatunya umat Islam di bawah seorang Imam (khalifah), Dr.Yusuf Al-Qardhawi dengan tegas mengatakan bahwa kesatuan umat Islam adalah realiti dan pasti akan terwujud bukan sebuah khayalan (utopia). Di dalam risalahnya yang berjudul âAl-Ummah Al-Islamiyah Haqiqah lah Wahnâ beliau menyebutkan 6 (enam) kriteria tentang kepastian terwujudnya kesatuan umat Islam: 1.Menurut Logik Agama Al-Qurâan di dalam beberapa ayat menyatakan bahwa kaum muslimin adalah امة balikan امة واحدة bukan امما (beberapa umat). Hal ini dapat dilihat pada Surat Al-Baqarah: 143, Ali-Imran: 110, Al-Anbiya: 92, Al-Muâminun: 52. Sedang di dalam sunnah NAbi Shalallahu alaihi wa Sallam banyak sekali hadits yang menjelaskan pengertian umat sebagaimana yang disebutkan di atas, misalnya: كان امتي يدخلون الجنة إلا من ابى {البخاري}. âSemua umatku akan masuk surga kecuali yang tidak mahuâ (hari. Bukhari) 2.Menurut Logik Sejarah Umat Islam pernah bersatu di bawah seorang khalifah dalam masa hampir seribu tahun dan meliputi daerah yang sangat luas mulai dari Cina di sebelah Timur dan Andalusia (Spanyol) di sebelah Barat. Walaupun pernah pula muncul beberapa khalifah dan ada sebagian wilayah yang memisahkan diri namun secara umum umat Islam tersebut masih merasa bahwa mereka adalah salah satu bagian yang tak terpisahkan dari umat yang satu. Hal ini disebabkan tujuan mereka satu, musuh mereka satu maslahah mereka satu dan beberapa urusan lain yang mengharuskan mereka tetap bersatu. 3.Menurut Logik Geografi Dengan kehendak Allah, umat Islam menempati negeri-negeri yang saling berdekatan dan sambung menyambung antara satu dengan yang lainnya mulai dari Indonesia di sebelah Timur hingga Rabbath Al-Fath di sebelah Barat. Atau mulai dari Samudra Pasifik ke Samudra Atlantik. 4.Menurut Logik Realiti Secara realita umat Islam adalah umat yang satu. Hal ini kita lihat ketika sebagian umat Islam menderita maka sebagian yang lain ikut merasa penderitaan itu. Dalam kasus Masjid Al-Aqsha (Palestina) misalnya, kita lihat seluruh umat Islam di mana saja bangkit memberikan bantuan kepada Mujahidin yang berusaha membebaskan masjid Al-Aqshadari cengkeraman Zionis Yahudi. Begitu juga kasus Bosnia-Herzigovina, dengan penuh perhatian kaum muslimin seluruh dunia mengikuti perkembangan perjuangan muslimin Bosnia dari hari ke hari dan memberikan bantuan apa saja yang mereka perlukan Setelah dunia Arab kalah dalam pertempuran melawan Israel pada tahun 1967, maka ketika dibuka pendaftaran sukarelawan untuk membebaskan Palestin dari cengkeraman Isarel, orang yang paling banyak mendaftarkan adalah kaum muslimin dari Pakistan. Sementara itu dalam jihad di bumi Afghanistan melawan komunis Rusia, kebanyakan mujahidin yang datang adalah kaum muslimin Arab, Afrika, Eropa dan Amerika. Sampai saat ini para khatib seluruh dunia Islam senantiasa memanjatkan doâa pada setiap Jumâat untuk kebaikan, kesejahteraan dan kemuliaan negeri-negeri Islam seluruh dunia. Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengecualikan kesatuan menurut logik realiti ini dari kelompok pemimpin yang berkilatkan kepada para pemikir yang mengikuti Barat karena mereka ini adalah individu muslim yang telah terpisah dari nurani umat dan mereka tidak pernah mahu merasakan derita yang menimpa umat Islam. 5.Menurut Logik Non Muslim Orang-orang non muslim tidak pernah menjadikan realiti perpecahan dan perselisihan yang terjadi di kalangan umat Islam sebagai bukti bahwa umat Islam telah terpecah belah. Mereka tetap menganggap bahwa umat Islam itu adalah satu umat. Apabila terjadi perpecahan hanyalah perpecahan lahiriyah saja tetapi perasaan mereka tetap satu. 6.Menurut Logik Maslahat dan Tuntutan Zaman. Seandainya perwujudan umat Islam dalam arti yang sebenarnya tidak ada menurut logik agama, sejarah, geografi, realiti kehidupan dan persepsi orang non muslim, maka sesuai logik maslahat dan tuntutan zaman wajib bagi kita menciptakan dan mengusahakan kesatuan umat Islam. Karena mustahil umat Islam akan mampu bersaing di era tekhnologi canggih ini secara sendiri-sendiri sementara itu kita saksikan negara-negara industri maju berkerja sama untuk menciptakan produk-produk tercanggih yang sejalan dengan teknologi terkini. Pada masa lalu umat Islam memiliki seorang khalifah yang dapat mengajak umat Islam untuk bertindak bersama-sama dalam mengatasi problematik yang mereka hadapi. Mereka yang lemah dapat meminta pertolongan kepada khalifah apabila ada yang mengganggu. Hal ini menyebabkan musuh-musuh Islam berfikir panjang apabila hendak mengganggu umat Islam. Namun hari ini umat Islam tidak memiliki seorang khalifah yang melindungi mereka. Umat Islam telah melakukan kesalahan besar dengan menyia-nyiakan institusi khilafah dan tidak mampu mewujudkan gantinya. Aib (kesalahan) ini adalah kesalahan umat Islam bukan kesalahan Islam karena Islam telah mempersatukan umatnya dan mensyriaâatkan tuntunan yang dapat mewujudkan kesatuan mereka dan memelihara keselamatan mereka. Demikian sebagian uraian Dr. Yusuf Al-Qardhawi tentang kriteria yang memperkuat bukti akan terwujudnya kesatuan umat Islam. Namun kesatuan itu tidak akan datang begitu saja. Untuk mewujudkannya perlu kerja keras dan perjuangan yang berkesinambungan. Allah Subhanahu wa Taâala telah mewajibkan kerja keras dalam menggapai cita-cita, sebagaimana firman-Nya: إن الله لايغير ما بقوم حتى يغيروا ما بانفسكم {الرعد:11}. âSesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan suatu kaum, sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada mereka sendiriâ (QS.Ar-raâd: 11). Usaha yang paling fundamental untuk mewujudkan persatuan umat adalah dengan menegakkan institusi khilafah / imaamah. Karena hanya dengan adanya seorang khalifah / imam umat Islam dapat bersatu. p/s:Ana harap semua warga Ukhwah yang terdiri berbilang parti ini bersatu menegakkan KHILAFAH..insya Allah. Wallahu Aâlam Bissawwab ----------------- http://gooku1.fotopages.com |
Daeng_Jati |
Posting pada: 28-11-07 15:40
pemburupokok, teman ni juga budak U juga, budak U macam teman ni bodoh...
jangan percaya sangat cakap teman tu. Kekadang urang cakap teman ni gila. |
Martyr |
Posting pada: 28-11-07 16:36
erm ada betulnyer jugak...
kalau kita sendiri tak tunjukkan teladan yang baik. tak solat berjemaah. akhlak diri sendiri tidak sempurna berserah pada takdir segalanya bukan akidah kita. ----------------- |
Daeng_Jati |
Posting pada: 28-11-07 16:43
ni yang malas teman nak dedahkan benda-benda macam ni....
lagipun salah teman juga, selalu mengulang2kan perkataan 'mesej dari masa depan'. Ingatkan dapat lah mencetuskan idea kepade sesiapa yang perasan. maapkan teman ye semua, memang silap teman pun. |
ghazi |
Posting pada: 28-11-07 17:32
Salam,
Tak semestinya apabila seseorang itu berjuang menegakkan khilafah, aspek-aspek lain diabaikan. Solat berjemaah merupakan sunat muakkad yang diberatkan tuntutannya terutama ke atas orang lelaki. Akhlak mulia merupakan sebahagian daripada pekerti baginda saw. Justeru, selaku individu Muslim, kita wajar mengikutinya. Janganlah berpegang kepada prinsip "tunggu diri kita sempurna dahulu, barulah nak dakwah kepada orang lain". Prinsip sebegini tidak pernah ada dalam diri seorang daie sejati. Proses dakwah dan tarbiyah sewajarnya berjalan sejajar. Dalam berdakwah juga ada pentarbiyahan. Janganlah hanya kerana kita melihat segelintir individu yang berdakwah namun mengabaikan akhlak dan solat berjemaah, terus kita nak menghukum kesemua daie yang ada. Tidak salah nak menyerukan kepada kerja-kerja kebajikan, tidak salah nak menceritakan kebesaran Allah, tidak salah nak mengadakan rihlah, daurah, usrah, tidak salah nak mengadakan gasht, menceritakan fadail amal, namun yang pastinya setiap daripada perbuatan kita sewajarnya mencontohi keperibadian dan tingkah laku Rasulullah saw. Hal ini termasuklah dalam berdakwah dan menyampaikan risalah Islam. Wallahu'alam... P/s: Baguslah kerana menegur, terkadang diri ini terlalai. Terima kasih. Maaf andai mengguris perasaan mana-mana pihak. ----------------- Buah Cempedak di Luar Pagar, Ambil Galah Tolong Jolokkan, Saya Budak Baru Belajar, Kalau SalahTolong Tunjukkan. |
gooku |
Posting pada: 29-11-07 00:27 baguslah macam itu, semuanya sudah baik-baik nampaknya. Memang manusia ada salah silapnya, Diri kita takkan sempurna bahkan kita semua bukannya Maksum, ini termasuklah diri ana sendiri dan teruskan tegur-menegur serta saling membaiki antara satu sama lain. saling bahu membahu memikul dakwah Islam ini, agar suatu hari nanti apa yang dijanjikan oleh Allah, dengan izin Allah akan termakbul. Insya Allah, Allah tak menyia-yiakan perbuatan yang baik kita. walaupun, pada hari ini, kita dipersendakan, dihinakan bahkan ada yang terbunuh lantaran menyerukan "tegakkan Khilafah dan Syariah" kepada masyarakat ini. Insya Allah kalimah tauhid ini,beserta hukum syarak akan dilaksanakan oleh seorang pemimpin yang menjawat jawatan khalifah pada suatu hari nanti. Walaupun, mungkin kita sendiri tak rasai kenikmatan negara Islam itu nanti, kita akan berpuas hati dengan ganjaran yang cukup banyak di akhirat nanti. Iaitu ketika kebanyakan manusia alpa dan lupakan akan negara Islam, hukum syarak dan Khilafah. kita (termasuk anta semua) segelintir umat Muhammad SAW mampu mempertahankan As Sunnah Baginda, demi dan kerana Allah dan RasulNya. ----------------- http://gooku1.fotopages.com |
jubah_hijau |
Posting pada: 29-11-07 00:41
tapi sistem memerintahan kita menjadikan masyarkat kita ke arah lebih maksiat...malah lebih jauh daripada nilai islam....
itu kalau ada pembangkang...kalau tak ada pembakang,mesti lagi teruk... so,salah satu nak tegak islam...melalu politik..banyak cara lain nak tegakkan islam....tapi politik antara salah satu... |
gooku |
Posting pada: 29-11-07 01:10
jauhilah maksiat yang terbesar ini.
maksiat paling besar apabila hukum Allah digantikan oleh hukum manusia. Bangkang mesti bangkang akhi jubah hijau. tapi selepas bangkang, kena ajak (ini dinamakan dakwah) kepada Islam, ajaklah tegakkan hukum syarak. ajaklah supaya tunduk hukum Allah ini..insya Allah, sebagaimana Rasulullah SAW lakukan, iaitu dengan hanya menggunakan lidah saja negara Islam akan terwujud. kerana dakwah(/ajakkan) Rasulullah SAW berbentuk "Dakwah pemikiran tanpa kekerasan", dalam bahasa pasar kita lee Dakwah ajak orang ramai berfikir mana yang baik dan yang salah, ganjaran syurga dan neraka dari perbuatan manusia, tanpa menumpahkan darah sepertimana negara Islam yang pertama di Madinah. insya Allah, yakinilah janji Allah dan jalan yang ditempuhi oleh junjungan besar kita, Muhammad SAW. |
jubah_hijau |
Posting pada: 29-11-07 01:17
Pada 29-11-07 01:10 , gooku posting:
!!! QUOTE !!! jauhilah maksiat yang terbesar ini. Pendek kata..dalam sistem pun tak ada dakwah ke?? |
ghazi |
Posting pada: 29-11-07 01:25
Salam.
Dalam sistem yang ada sekarang ni, jarang sekali saya mendengar dalil dan hujah syarak digunakan semasa bersidang. Yang biasa saya dengar ialah pertelingkahan, sekali-sekala dibentangkan statistik, jarang dengar hujah syarak. Mungkin ada, wallahu'alam... ----------------- Buah Cempedak di Luar Pagar, Ambil Galah Tolong Jolokkan, Saya Budak Baru Belajar, Kalau SalahTolong Tunjukkan. |
jubah_hijau |
Posting pada: 29-11-07 01:28 |
jubah_hijau |
Posting pada: 29-11-07 01:28 |
gooku |
Posting pada: 29-11-07 01:38
betul kata akhi ghazi itu, akhi jubah hijau.
bila kita tengok dikaca TV tentang perbincangan diparlimen. bagaimana? huru-hara nampaknya. kadang-kadang, ana terfikir, setengah perwakilan itu, macam budak-budak berkelahi, macam ini ke rakyat memlilh perwakilan mereka. bukan apa, sedih kita tengok, standard perbincangan budak tahun satu. dalam sistem ini kita kena dakwah. kita kena ajak mereka kepada Islam. tak semestinya kita dakwah didalam dewan rakyat, kita boleh lakukan di luar dewan, didalam forum ini kah, ataupun dimana saja, dakwah kena dilaksanakannye. kalau dapat masuk ke dalam dewan rakyat itu, jangan lupa sembur habis-habisan dengan hujah AL Quran dan Hadis sampai pewakilan cabut lari mendengar seruan Islam, hukum syarak dan Khilafah bergema disitu. |
jubah_hijau |
Posting pada: 29-11-07 01:44 |
gooku |
Posting pada: 29-11-07 01:55
ana rasa perlu ada orang Islam di parlimen,
untuk memberi penerangan tentang hukum syarak bahawa Malaysia akan lebih maju dengan penerapan hukum syarak dan menjadi ibu/pusat kesatuan penyatuan umat islam seluruh dunia. hal ini akan mempengaruhi suasana di Parlimen apabila ada orang yang ikhlas menyatakan perkara yang Haq dan mendedahkan perkara yang batill dan ancaman neraka bagi orang yang menyetujui hukum manusia dilaksanakan. barulah orang di parlimen takut sedikit. |
jubah_hijau |
Posting pada: 29-11-07 01:58
so...perlu lah hantar untuk bertanding dalam pilihanra raya..ahli parlimen tu mesti lah memahami islam dan mengamalkan islam.....?
|
gooku |
Posting pada: 29-11-07 02:03 |
jubah_hijau |
Posting pada: 29-11-07 02:06
bagi enta...kalau semua dalam parlimen memahami islam yang sebenar...
adakah hukum Allah akan tertegak..?? pendapat enta..? |
gooku |
Posting pada: 29-11-07 02:17
pendapat lagi,
Kenapa tidak, kalau semua dah faham dari lidah pendakwah diparlimen. apa tunggu lagi,ayuh kita tegakkan syariah ini dan dirikan khilafah secepat mungkin. |
jubah_hijau |
Posting pada: 29-11-07 02:21 |
gooku |
Posting pada: 29-11-07 02:28 |
jubah_hijau |
Posting pada: 29-11-07 02:34
enta tak jawab lagi soalan ana...gooku
Pada 29-11-07 02:21 , jubah_hijau posting: !!! QUOTE !!! ana setuju.... |
gooku |
Posting pada: 29-11-07 02:49
ana kan pandai mengatur strategi, bagaimana nak jadi pendakwah di parlimen.
P/s: niat anta dah lain ini, nak kuasai parlimen pulak, patutnye niat anta nak jadi pendakwah di parlimen. anta perlu lupakan niat nak berkuasa sebelum diri anta menjadi pendakwah, menerang Islam di Parlimen. Sebelum ke sana, penuhilah tsaqafah terlebih dahulu. itulah langkah awal anta lakukan. sekurang-kurang anta mesti faham tentang khilafah terlebih dahulu, sekadar cadangan ana saja. kan anta sayangkan Nabi SAW, Nabi tegakkan negara Islam hanya menggunakan lidah saja, Baginda tarbiah umat Islam dan mendakwahkannye kepada orang tak tahu. dan tak mahu tunduk kepada Islam. begitu juga Mus'ab yang mendakwahkan penduduk di Yatrib(Madinah), dirinye penuh dengan tsaqafah Islam, beliau tahu apa nak didakwahkan kepada penduduk madinah. Anta kena buat, sepertimana mereka yang berjaya menegakkan Negara Islam terdahulu. Anta hendak pergi masuk parlimen? nak dakwah disana.ana tak larang . Tapi persoalannya, apa yang anta hendak dakwahkan.?? ini anta pula kena jawab, kita tukar turn jawab pulak. |
gooku |
Posting pada: 29-11-07 03:04
oklah, akhi jubah hijau. ana tunggu turn anta jawab soalan ana.
hari pun nak siang dah. ana nak buat kerja amalan sunat pulak. malam esok kita sambung balik. |
saffaa |
Posting pada: 29-11-07 04:47
khilafah pasti tertegak keranaitu janji Allah..
tapi siapa yang menegakkannya menjadi persoalan.. adakah kita tidak mahu menjadi orang yang akan melaksanakannya??? |
ghazi |
Posting pada: 29-11-07 08:34
Pada 29-11-07 02:06 , jubah_hijau posting:
!!! QUOTE !!! bagi enta...kalau semua dalam parlimen memahami islam yang sebenar... Salam, pada pandangan saya perbuatan sebegini adalah tidak wajar. Saya memetik ayat 36 surah al ahzab yang diterjemahkan seperti berikut; "Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." Hukum syarak yang telah ditetapkan oleh Allah swt bukanlah boleh dibahaskan dalam sidang parlimen sama ada nak menerimanya ataupun tidak. Bahkan selaku hamba-Nya kita wajib melaksanakannya tanpa sebarang pertikaian. Sebagai contoh, hukuman hudud. Bukanlah hak kita membahaskan sama ada nak melaksanakannya ataupun tidak. Dan sekiranya 100% ahli parlimen bersepakat untuk menerima pelaksanaan hudud sekalipun, kaedah penerapannya tidak menurut kaedah syarak. Hukum Allah terterap bukan kerana manusia bersepakat nak menerapkannya. Hukum Allah wajib diterapkan biarpun majoriti tidak menyetujuinya. Membahaskannya dalam parlimen bukan sahaja telah menyanggahi syarak dan melaksanakan kemaksiatan, bahkan perbuatan ini bermakna kita meletakkan hukum Allah di tangan manusia! Wallahu'alam... ----------------- Buah Cempedak di Luar Pagar, Ambil Galah Tolong Jolokkan, Saya Budak Baru Belajar, Kalau SalahTolong Tunjukkan. |
jubah_hijau |
Posting pada: 29-11-07 08:45
Pada 29-11-07 08:34 , ghazi posting:
!!! QUOTE !!! Pada 29-11-07 02:06 , jubah_hijau posting: dalam petikan ini...kita tak perlu untuk masuk PRU ke..??? *kita ni merujuk org islam yang memahami islam |
ghazi |
Posting pada: 29-11-07 08:46
"Menempatkan diri dalam parlimen dengan tujuan nak berdakwah."
Saya kurang bersetuju dengan kaedah ini, sekiranya orang tersebut terlibat sama dalam merangka hukum-hakam. Saya besetuju sekiranya individu tersebut mengambil peluang yang ada dalam persidangan untuk menyampaikan tsaqafah Islam, membentangkan kewajipan menegakkan daulah khilafah rasyidah, menyampaikan penyelesaian terhadap permasalahan umat menurut perspektif Islam dan juga menyeru sidang parlimen ke arah kemakrufan serta menolak kemungkaran. Dan kalau benar-benar ingin menggunakan saluran ini, maka pihak yang terlibat mestilah meletakkan calon secukupnya dan bersungguh-sungguh; bukannya seperti yang terjadi hari ini, di mana calon pilihanraya pun tidak mencukupi jumlah dua pertiga. Itu belum kira menang-kalah lagi. Kualiti calon juga mesti diberikan penekanan seperti yang dinyatakan oleh saudara gooku (minat dragonball ke? hehe - selingan). Pemahaman terhadap tsaqafah Islam juga mestilah mantap, supaya muhasabah yang diberikan dalam persidangan itu benar-benar menepati tuntutan syarak. Niat memasuki parlimen juga mestilah betul, iaitu untuk melakukan muhasabah. Bukannya untuk 'bercakaran' dan bertepuk-tampar membahaskan rang undang-undang sebagaimana realiti wakil-wakil rakyat di parlimen hari ini. Wallahu'alam... ----------------- Buah Cempedak di Luar Pagar, Ambil Galah Tolong Jolokkan, Saya Budak Baru Belajar, Kalau SalahTolong Tunjukkan. |
ghazi |
Posting pada: 29-11-07 08:49
Pada 29-11-07 08:45 , jubah_hijau posting:
!!! QUOTE !!! Pada 29-11-07 08:34 , ghazi posting: Sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini, walaupun 100% MP yang berada dalam Parlimen itu beriman dan bertaqwa, serta bersepakat menegakkan hukum syarak, namun kaedah penerapan hukum itu tetap tidak menepati kaedah yang dituntut oleh Islam. Wallahu'alam... ----------------- Buah Cempedak di Luar Pagar, Ambil Galah Tolong Jolokkan, Saya Budak Baru Belajar, Kalau SalahTolong Tunjukkan. |
jubah_hijau |
Posting pada: 29-11-07 08:51 |
ghazi |
Posting pada: 29-11-07 08:53
Maaf kerana saya kesuntukan masa. Sekejap lagi saya ada kuliah. Sebelum beransur, saya sertakan URL di sini untuk tatapan semua khususnya saudara jubah hijau yang dihormati.
Artikel ini merupakan surat terbuka HT kepada Mutahida Majlis E Amal yang berjuang melalui demokrasi. Teguran mesra daripada Muslim kepada saudara seagamanya. http://www.khilafah.com/kcom/activism/asia/open-letter-to-mutahida-majlis-e-ammal-mma.html Selamat membaca. Mudah-mudahan bermanfaat. Wallahu'alam... ----------------- Buah Cempedak di Luar Pagar, Ambil Galah Tolong Jolokkan, Saya Budak Baru Belajar, Kalau SalahTolong Tunjukkan. |
jaie |
Posting pada: 29-11-07 13:32
assalamualaikum..
islam pasti akan bangkit... tapi sudah bersediakah kita untuk menjadi peserta kelompok tersebut atau membiarkan kita termasuk dalam kelompok dajal.. ayat 36 surah al ahzab yang diterjemahkan seperti berikut; "Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." kita perlu mencari pemimpin yang beriman yang benar-benar akan menegak kan hukum Allah.. walau apa tentangan sekali pun pemimpin tersebut tetap cuba melaksanakan hukum Allah.. pemimpin ini perlu ada rasa takut hanya kepada Allah dan tidak boleh rasa takut pada sebarang ancaman selain dr ancaman Allah.. |
ghazi |
Posting pada: 29-11-07 18:06
Takbir! Allahu akbar!
Takbir! Allahu akbar! Takbir! Allahu akbar! Walillahil hamd... Janji Allah semakin hampir... Marilah berlumba-lumba menjadi insan terpilih untuk bersama-sama di jalan-Nya... ----------------- Buah Cempedak di Luar Pagar, Ambil Galah Tolong Jolokkan, Saya Budak Baru Belajar, Kalau SalahTolong Tunjukkan. |
sharifahnatasha |
Posting pada: 30-11-07 04:49 |
Rashdin |
Posting pada: 01-12-07 14:03 |
azzak |
Posting pada: 01-12-07 16:02
kita pun adalah khalifah kepada diri sendiri...nak jadi khalifah, kena pimpin diri sendiri dahulu, barulah dapat jadi pemimpin umat..inshaALLAH.
|
Daeng_Jati |
Posting pada: 01-12-07 19:21
moh kembali kepade syiar yang asal. kenapa kat ukhwah isu ni hangat saja. kat forum2 lain teman join tak ada pula....
|
syemarly |
Posting pada: 01-12-07 19:30
bismillah...
ana jugak percaya bahawa daulah khilafah akan tertegak suatu hari nanti..tapi bila..wallahua'lam...dan ana juga pasti bahawa umat islam akan kembali kuat...dan yang pasti juga kebngakitan islam akan bermula dr ceruk nusantara ini...insya-allah..secara peribadi itu keyakinan ana..walaupun dilihat secara realitinya zero tetapi Kalau sudah berada dalam ketentuanNya masakan tidak mustahil untuk terjadi..setiap bangsa dimuka dunia ini sedah terlakar sejarah kepahlawanan dan kepimpinan memimpin dunia..tinggal hanya bangsa di area nusantara sahaja yang belum menunjukkan taring kepimpinannya...ia akan berlaku diakhir2 nanti..umat melayu bakal bangkit menguasai dunia menggalas amanah mendaulatkan islam dimuka bumi ini..insya-allah.. |
Daeng_Jati |
Posting pada: 01-12-07 19:33
kawasan mana yang sekarang teruk dan selalu dilande gempe bumi. Apekah isyarat dan pengajaran yang kita dapat dari Peristiwe Tsunami, kenapa Tsunami berlaku malam Krismas
|
gooku |
Posting pada: 01-12-07 22:44
Alhamduillah, saudara-saudari mempunyai kesedaran dan semangat untuk membangkitkan Islam kembali tersinar.
Setelah kian lama dipijak oleh musuh-musuh Islam. Memang benar, kita sendiri tidak tahu, bila masanye Islam akan bangkit, sepertimana kita sendiri tidak tahu bilakah kita akan mati. Serta kita sendiri tidak tahu dimanakah Titik Permulaan kebangkitan itu berlaku, di nusantara inikah,ataupun di tanah-tanah Arab kah ataupun dimana saja Bumi Allah? Tapi, ini sangkaan ana saja, tidak perlu ambil berat sangat, sekadar sangkaan saja. Titik Kebangkitan Islam buat kali ke-2 ini di Palestin. Selain daripada beberapa hadis yang menyokong sangkaan ana ini (rujuk hadis diatas), ana lihat sirah terdahulu, Di keadaan Madinah -adanye orang-orang Yahudi disana, keadaan ini sama dengan Palestin. begitu juga dalam keadaan perang saudara aus-kharaj yang berlaku di Madinah sama dengan keadaan perang saudara dengan Hamas dan Fatah sekarang ini. Di Palestin, isu pembunuhan orang Islam tak pernah reda sampai sekarang, hasil ketabahan mereka -Insya Allah, Allah menganugerahkan titk permulaan Islam di sini. tapi, abaikan saja andaian ana ini kerana Allah lebih mengetahui manakah Titik permulaan kebangkitan Islam ini. Cuma kita hanya perlu berusaha menyebarkan kebenaran Islam terutamanye Hukum Syarak dan Khilafah untuk diterapkan dalam urusan kehidupan kita. ---------- Kali ini, ana mengajak tuan-tuan dan puan-puan fikirkan, realiti wawasan 2020yang dikeluarkan zaman Mathadir dan wawasan 2057 yang dikeluarkan zaman Pak Lah ini....mereka tidak berpijak bumi yang nyata, bahawasanye, apa yang mereka rancangkan itu bersifat khayalan belaka. Kerana zaman tersebut bukan lagi seperti zaman sekarang ini, tapi suatu zaman yang penuh dengan kerahmatan, setelah Islam menguasai segenap penjuru alam dengan penerapan hukum syarak dan Khilafah, iaitu suatu hukum yang datangnye dari Maha Pencipta Manusia. Bahkan, ini terbukti, hasil kajian National Intelligence Council (NIC), yang berpusat di CIA. Mereka menyatakan:- Ada Empat Skenario pada 2020 New Delhi, Selasa - Ada empat peristiwa yang akan terjadi pada 2020. Salah satunya adalah Asia akan menjadi motor penggerak ekonomi dunia dengan China dan India sebagai pemain utama. Presiden Italia Carlo Azeglio Ciampi mengatakan hal itu di New Delhi, Selasa (15/2). "Masuknya India dan China ke pentas dunia sedang mengubah secara radikal keseimbangan politik dan ekonomi internasional," ujar Ciampi seraya menambahkan bahwa posisi Italia di dunia boleh kompetitif hanya jika boleh menjadikan India dan China sebagai rakan kongsi. Hal serupa itu diutarakan dalam laporan National Intelligence Council (NIC) yang diketuai oleh Robert Hutchings. Laporan itu berjudul Mapping the Global Future, sebagaimana diberitakan harian USA Today edisi 13 Februari lalu (2005). NIC memaparkan laporan lima tahunan tentang masa depan dunia. NIC bermarkas di Central Intelligence Agency (CIA) di Langley, Virginia. Laporan terbaru itu juga memasukkan pandangan dari badan intelligen 15 negara. Hal itu bertujuan untuk menjaga independensi NIC, agar tidak didominasi intelligen AS yang kredibilitasnya tercoreng soal senjata pemusnah massal Iraq karena terbukti tidak ada. NIC juga menghindari peluncuran satu ramalan tentang apa yang akan terjadi pada 2020. NIC mengatakan, ada empat peristiwa hipotetis (hypothetical scenarios). peristiwa kedua adalah dunia di mana AS membentuk dan mengorganisasikan perubahan global. peristiwa ketiga adalah bangkitnya Kekhalifahan Islam (Islamic Caliphate) baru-sebuah pemerintahan Islam yang mampu memberi tantangan pada norma-norma dan nilai-nilai Barat. peristiwa keempat adalah munculnya lingkaran ketakutan (cycle of fear). Di dalam peristiwa ini, respons agresif pada ancaman teroris mengarah kepada pelanggaran atas aturan dan sistem keamanan yang berlaku. Hal itu kemungkinan akan melahirkan dunia Orwellian. Itu adalah julukan bagi dunia dengan situasi atau ide yang sama dengan isi dari fiksi novel politik karya George Orwell berjudul Nineteen Eighty-Four. Isinya kurang lebih, di masa depan semua manusia menjadi budak-budak bagi satu dari tiga negara totaliter. Namun, laporan NIC tentang 2020 itu pada umumnya bernada optimistis, tidak suram. "Kami berusaha menghindari peristiwa buruk, sebagaimana sering dituangkan dalam prediksi dunia intelligen," kata Hutchings. Meskipun demikian, diingatkan juga ada potensi perang India-Pakistan dan China-Taiwan. Sebuah tindakan salah boleh mengarah terhadap perang yang besar di wilayah tersebut. (AP/MON) http://kompas.com/kompas-cetak/0502/16/lain/1562726.htm ----0--------- Oleh itu, pemikir barat sudah memberi amaran salah satu daripada 4 peristiwa ada kemungkinan akan berlaku pada tempoh matang tersebut(2020) secara hipotesis(sangkaan). Dan bagi kita, kemungkinan yang ke-3 iaitu kebangkitan Khilafah itu adalah BENAR seperti mana 2 sumber (Al Quran dan As Sunnah) nyatakannye dan yang sememangnya ia sentiasa BENAR. ----------------- http://gooku1.fotopages.com |
pemburupokok |
Posting pada: 02-12-07 00:08
Pada 28-11-07 15:40 , Daeng_Jati posting:
!!! QUOTE !!! pemburupokok, teman ni juga budak U juga, budak U macam teman ni bodoh... emmmm.... aku tak faham kenyataan hang ni.... Kenapa hang cakap diri hang tu bodoh?? Kenapa pulak hang cakap jangan percaya cakap hang?? siapa yang cakap hang ni gila??? kompius aku.... ----------------- ((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK)))) Mari berforum dengan Pemburu Pokok |
pemburupokok |
Posting pada: 02-12-07 00:11
Pada 28-11-07 17:32 , ghazi posting:
!!! QUOTE !!!
aku dah terguris ni... tak apa... aku maafkan... ----------------- ((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK)))) Mari berforum dengan Pemburu Pokok |
Daeng_Jati |
Posting pada: 02-12-07 00:11
Pemburupokok,
teman minta maap lah, teman tau teman salah. Ye lah, bahasa meke tu kasor sangat, teman ni dah lah sensitip. Teman minta maap ye. Teman nak bersalam dengan meke ni... |
pemburupokok |
Posting pada: 02-12-07 00:18
Pada 02-12-07 00:11 , Daeng_Jati posting:
!!! QUOTE !!! Pemburupokok, oooo... macam tuuu... jangan lah ambil serius k... tak apa... kita semua memang ada tersilap... lepas itu kita bermaaf-maafan pula.... macam aku ni... tak pernah ambil serius dalam berforum.... p/s: gooku... oooo... gooku... teruskan sambungan topik hang.. "KHILAFAH PASTI TERTEGAK".... aku nak baca lagi apa yang hang nak tulis ni.... ----------------- ((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK)))) Mari berforum dengan Pemburu Pokok |
ghazi |
Posting pada: 02-12-07 01:55
Pada 01-12-07 16:02 , azzak posting:
!!! QUOTE !!! kita pun adalah khalifah kepada diri sendiri...nak jadi khalifah, kena pimpin diri sendiri dahulu, barulah dapat jadi pemimpin umat..inshaALLAH. Salam, benar tu. Namun seeloknya kita kena laksanakan usaha ke arah kedua-dua matlamat tersebut secara selari. Maksud saya kalau nak menunggu diri sempurna, maka tentulah akan terbantut gerak kerja dakwah kita. (Manusia tiada yang sempurna...) Kalau diperhatikan melalui sirah nubuwwah, manusia berbondong-bondong menerima Islam setelah tertegaknya Daulah Islam Madinah. Ini membuktikan bahawa strategi yang terancang, serta mendapat dokongan daripada sebuah entiti yang bertaraf 'negara', maka dakwah akan dapat disebarkan secara lebih efektif dan efisien. Wallahu'alam... ----------------- Buah Cempedak di Luar Pagar, Ambil Galah Tolong Jolokkan, Saya Budak Baru Belajar, Kalau SalahTolong Tunjukkan. |
ghazi |
Posting pada: 02-12-07 01:59
Pada 02-12-07 00:11 , Daeng_Jati posting:
!!! QUOTE !!! Pemburupokok, Salam, samalah nak minta maaf jugak kalau ada terkasar bahasa atau tersilap kata... ----------------- Buah Cempedak di Luar Pagar, Ambil Galah Tolong Jolokkan, Saya Budak Baru Belajar, Kalau SalahTolong Tunjukkan. |
gooku |
Posting pada: 03-12-07 08:12
,
kita sambung sedikit lagi, diharap jangan Boringlah, pasal ini cerita masa depan untuk umat Islam yang cemerlang dan kak Shida, tolong jangan tutup topik ini. Paderi bunuh diri kerana Islam berjaya -9nov2006 BERLIN: Seorang paderi yang sudah bersara bertindak membunuh diri di sebuah biara di Jerman pada Selasa lalu kerana terlalu kecewa dengan kegagalan pemimpin Gereja Protestan membendung kebangkitan Islam di negara itu. Roland Weisselberg, 73, menyimbah petrol ke tubuhnya dan membakar diri di kawasan biara Augustine di bandar raya Erfurt. Saksi berkata, Weisselberg memanjat bangunan bersebelahan gereja biara itu dan menjerit âJesus dan Oskarâ sebelum api menyambar dirinya. Perkataan Oskar merujuk kepada Oskar baruĂŒsewitz, paderi yang membakar diri pada 1976 sebagai bantahan terhadap pemerintahan rejim Komunis di Jerman Timur. Kakitangan biara cuba memadamkan api dan Weisselberg masih sedar ketika dibawa ke hospital. Dia meninggal dunia sehari kemudian. Laporan media menyebut, paderi itu cuba membunuh diri di dalam gereja tetapi mengubah fikiran selepas mendapati pintu terkunci. Datuk Bandar Erfurt, Elfriede Begrich, memberitahu wartawan bahawa balu Weisselberg berkata, suaminya membunuh diri kerana terganggu dengan kebangkitan Islam dan pendirian gereja berhubung isu itu. Weisselberg bersara sebagai paderi pada 1989 kerana tidak sihat. â Agensi Ketua Paderi Protestant Saxony, Axel Noack, berkata insiden itu mengejutkan masyarakat setempat tetapi berharap ia tidak menjejaskan hubungan baik antara penduduk Kristian dan orang Islam. âKami di Timur masih di tidak sepakat apabila kami membincangkan mengenai Islam,â kata Noack. Hubungan dengan penduduk Islam menjadi isu perbahasan hangat di Jerman sejak beberapa bulan ini, yang dicetuskan pembatalan opera Mozart di Berlin kerana mempunyai adegan membayangkan kepala Nabi Muhammad yang dipenggal berikutan bimbang ia menimbulkan kemarahan umat Islam. â Agensi http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Dunia/20061107055840/Article/ ----------- Saat ini banyak website-website Islam berbahasa Jerman, semakin membantu orang Jerman memahami Islam. Bahkan ada suatu keadaan, yang bukan hanya memberikan penjelasan tentang Islam tetapi juga memberikan pandangan-pandangan Islam atas permasalahan yang terjadi di dunia. Islam memiliki hukum (syariat)untuk urusan kehidupan, demikian seperti dikutip dari salah satu website Islam berbahasa Jerman, pada :- www.islam-projekte.com. atau http://www.schicksalsfrage.org/ ----------------- http://gooku1.fotopages.com |
aye |
Posting pada: 03-12-07 08:51
alhamdulillah.... syabas gooku... teruskan perjuangan...
Islam mesti di tegakkan... Islam itu Ulung, tiada yang terlebih ulang dari Islam... |
nurkamar |
Posting pada: 03-12-07 20:39
dari hari tu lagi berkenan betul dengan semangat yang ada pada pemburu pokok ni..
begitu juga dengan ghazi... teruskan. KAMI sokong dari sini |
syazmi_8283 |
Posting pada: 03-12-07 21:19 |
ibnu_musa |
Posting pada: 03-12-07 21:26
Pada 29-11-07 01:25 , ghazi posting:
!!! QUOTE !!! Salam. masuk dulu baru tau, jangan cakap saja kalau anda tak pernah ikut. saya pernah bertugas di parlimen, jangan terkejut kalau YB umno pun ada guna dalil hadith... itu baru YB umno, belum lagi tok guru Pas yang alim2 lagi p/s: kalau tak tahu lebih baik diam, kalau nak bersuara silalah bertanya pada yang tahu ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
Anak_Pejuang |
Posting pada: 03-12-07 21:32
.. camano nak bentuk khilafah, apa saluran? apa cara pendekatan? - gamaknya persoalan ini dah ditanya dari dulu lagi agaknya.
Saluran yang ada sekarang adalah dengan pilihanraya. dan den still blur dengan khilafah yang dilaungkan ini. |
Anak_Pejuang |
Posting pada: 03-12-07 21:47
umat Islam memang disatukan atas dasar aqidah, perbezaan yang ada adalah dalam memahami penghayatan Islam dalam kehidupan.
Den meraikan perbezaan pendapat selagi tidak menyalahi syariat. Juga pendekatan di dalam pembentukan negara Islam. Cuma yang masih blur lagi tentang khilafah ini lah.. siapa pemimpin-pemimpin nya yang nak diraikan sebagai khalifah terpilih? Dah dibuat ke satu pendekatan untuk mencari titik temu ke arah khilafah ini? Ataupun hanya diberikan slogan dan semangat semata-mata? Isu tentang umat belum habis lagi. Jika hanya berdasarkan semangat tanpa tindakan dan praktikal. Atau sekadar berhimpun tanpa bertindak - bagi den itu adalah nonsense. Bahkan ALlah memberi peringatan di dalam surah as Saf ayat 3. Apa usaha dakwah yang telah dilakukan selain dari melaung-laungkan khilafah semata-mata? Pertemuan dengan pemimpin? turun ke lapangan umat memberikan nasihat, motivasi? etc. Bukti? âHai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan hal yang tidak kamu perbuat. Amat besar kebencian Allah bahwa kamu mengatakan apa saja yang tidak kamu kerjakan (QS.Ash-Shaff : 3) |
ibnu_musa |
Posting pada: 03-12-07 22:06
siapa calon khilafah sekarang?
berdasarkan syaratnya, mesti dari bangsa quraisy kan? maybe di arab saudi ramai lagi orang2 quraisy. tapi saya dengar dan dapat dari website, orang2 saudi dah haramkan HT? betul ke? Kenapa? tempat yang ada orang quraisy, HT diharamkan? takkan lah... habis tu, dah jumpa ke calon2nya yang berbangsa quraisy? takkan cakap saja nak tegakkan khilafah, tapi calonnya tiada? negara saudi ni tempat kuat geng2 salafi, tapi salafi2 tu semuanya tolak HT, ish... nampaknya HT kena berbaik2 dengan salafi dulu agaknya, lagi pun Islam dulu mula tertegak di Makkah & Madinah, nak ikut sirah Nabi kena lah start dari situ juga, betul tak wahai HT? sekadar nak brainstorming anda semua, wassalam. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
ibnu_musa |
Posting pada: 03-12-07 22:08
insyaAllah, semua jemaah Islam memang bertujuan untuk tegakkan negara dan masyarakat Islam, maybe pendekatan yang berbeza?
betul tak? wassalam. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
Anak_Pejuang |
Posting pada: 03-12-07 22:12
ye memang pendekatan memang berbeza tetapi matlamatnya tetap sama, cuma begitulah kesatuan menuju ke arah itu. Bukan tiba-tiba buka satu fikrah lain bertindak seolah-olah sebagai alternatif - tetapi hakikatnya datangkan lagi pecah belah.
Dah ke pendekatan khilafah ini diperbincangkan dengan ngo dan pertubuhan Islam lain? pendapat mufti dan alim ulamak di negara ini sendiri bagaimana? |
hafeezzul |
Posting pada: 03-12-07 22:26
Pada 03-12-07 22:12 , Anak_Pejuang posting:
!!! QUOTE !!! ye memang pendekatan memang berbeza tetapi matlamatnya tetap sama, cuma begitulah kesatuan menuju ke arah itu. Bukan tiba-tiba buka satu fikrah lain bertindak seolah-olah sebagai alternatif - tetapi hakikatnya datangkan lagi pecah belah. kalau dah matlamat nya sama sokong lah antara satu sama lain...ni macam berbeza saja...puak ini cakap ini puak ini bahas, dan sebaliknya...tak nampak pun nak pergi ke matlamat yang sama...bagaimana ini?? |
Anak_Pejuang |
Posting pada: 03-12-07 22:31
hafeezul - silalah menyelidik dan mengkaji terlebih dahulu. Jangan kalut menelah tanpa mengkaji.
Saya amat berharap anda tahu mengenai pergerakan pertubuhan Islam, serta politik di Malaysia ini khususnya. |
fikrul_mustanir |
Posting pada: 03-12-07 22:37
Pada 03-12-07 22:06 , ibnu_musa posting:
!!! QUOTE !!! siapa calon khilafah sekarang? Salam, Semua muslim yang berkemampuan dan menepati syarat-syarat iniqad Khalifah boleh menjadi calon. Oleh itu ia bukan masaalah yang besar. Yang pentingnya kefahaman kaum muslimin akan kepentingan Khilafah itu mestilah meluas. Quraisy itu hanya syarat afdhaliat bukan syarat yang wajib. Tentang pengharaman Saudi terhadap HT itu tidak sukar difahami. HT bukan satu-satunya gerakan Islam yang diharamkan di sana. Lagipun siapa tak kenal rejim Saudi, seantero dunia kenal mereka sebagai boneka barat. Mereka pun merupakan pihak yang memiliki saham dalam meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah dahulu. Bukan semua salafi tidak menerima HT sama seperti tak semua mereka menerima ikhwan, malahan ada sebahagian mereka yang mengkafirkan as Syahid Sayid Qutub rahimallah. Islam tidak mula tertegak di Mekah. Ia hanya tertegak di sana setelah futuhat. Cuma dakwah Islam sahaja yang bermula di sana tetapi tertegak di Madinah. Untuk menyatakan bahawa gerakan Islam kena memulakan dakwah di Mekah terlebih dahulu, atas dasar menurut Rasul, adalah sesuatu yang kenyataan yang menunjukkan kekeliruan seseorang itu dalam memahami kaedah ittiba' urrasul. wasalam. |
ibnu_musa |
Posting pada: 03-12-07 22:57
Pada 03-12-07 22:37 , fikrul_mustanir posting:
!!! QUOTE !!!
saya sebut Makkah & Madinah, Kenapa anda sebut Makkah saja? ter"miss" madinah pula ye... so, adakah HT nak mula di Madinah? sebab anda kan lebih faham kaedah ittiba`ul-rasul... dalam kitab al-fiqh `ala al-mazahib al-arba`ah, dinyatakan antara syarat imam hendaklah dari bangsa quraisy, saya jumpa masa cari dalil kalau ada yang mengatakan hudud haram dilaksanakan kalau tiada khilafah, tapi cari punya cari syarat2 hukum hudud tak ada pun kata begitu... dalil yang wajibkan saja ada... rekaan saja agaknya. eh, kata ikut tariqah rasul, Nabi dan khulafa'ul-rasyidin semua dari bangsa quraisy, apa kata hadith?: "al-a'immah min quraisy." riwayat al-nasa'i. takkan nak guna dalil atau hujah akal lagi dalam isu ni... ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
Daeng_Jati |
Posting pada: 04-12-07 07:25
erm...
cuma kome kaji pemimpin Islam sekarang yang berani dan terpuji. Kaji asal usul keturunan dia. Lepas tu, kita pasti akan tersenyum dan mengatekan dalam hati, 'eh betullah...maha suci Allah SWT yang maha Tinggi' |
Anak_Pejuang |
Posting pada: 04-12-07 12:23 !!! QUOTE !!! ana rasa perlu ada orang Islam di parlimen, dah dibuat, Dan di pihak kerajaan mereka pun ada jawapan tersendiri. Mereka ada jabatan agama Islam di setiap negeri, Juga Jabatan Islam bahagian kementerian yang memantau. Juga mufti-mufti yang dilantik serta badan-badan yang memantau halal dan haram seperti Jakim. Juga berkaitan dengan urusan saudara baru seperti PERKIM. Pendek kata dah lengkap semuanya. Kecuali di dalam beberapa perkara yang berkaitan undang-undang syarak nampaknya perlu lebih lagi dikuatkuasakan. Pertanyaan saya - Anda pernah tak lihat di dalam tv atau di dalam internet tv tentang perdebatan di dalam parlimen ini? Den dah lihat beberapa perbincangan di dalam parlimen, pihak pembangkang atau kerajaan mereka juga menggunakan dalil al Quran dan hadith bagi menegakkan hujjah. Takut atau tidak? Itu bergantung pada iman masing-masing kerana ragam manusia bilmana diterangkan kepada yang haq tetapi hati dah penuh dengan kebatilan. Yang Haq itu akan terpadam dan sirna dari hatinya. Ini anda kena faham. ----------------- .:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:. http://jarumemas.blogspot.com http://jomfaham.blogspot.com |
aye |
Posting pada: 04-12-07 16:30 |
fikrul_mustanir |
Posting pada: 04-12-07 16:43
Pada 04-12-07 16:30 , aye posting:
!!! QUOTE !!! CAKAP KHILAFAH saja.... TERUS JADI TOPIK HT...... BORING lah... Buangkan perasaan boring saudara...ketelitian diperlukan untuk lebih faham. |
ghazi |
Posting pada: 04-12-07 21:38
Pada 03-12-07 21:26 , ibnu_musa posting:
!!! QUOTE !!!
Salam, sebab pernah dengarlah saya berani nyatakan di sini. Sepanjang saya mengikuti sidang parlimen tak pernah saya dengar dalil syarak dibentangkan supaya sistem Islam diterapkan. Yang ada hanyalah dalil syarak yang digunakan untuk menjustifikasi tindakan mereka. Sedangkan itu bukannya peranan al-Quran dan as-Sunnah. Inilah yang terjadi apabila kita mengIslamkan sistem yang ada. Al-Quran dan as-Sunnah berperanan mengatur kehidupan kita supaya selaras dengan perintah Allah swt. P/s: Saya bersyukur kerana tidak pernah bertugas di tempat yang mana maksiat terbesar dilakukan. Saya juga bersyukur kerana tidak pernah terlibat dengan sistem yang dipaksakan ke atas saya ini. Tak tahulah kalau ada yang berbangga sekiranya terlibat dalam sistem ini... Wallahu'alam... ----------------- Buah Cempedak di Luar Pagar, Ambil Galah Tolong Jolokkan, Saya Budak Baru Belajar, Kalau SalahTolong Tunjukkan. |
Anak_Pejuang |
Posting pada: 04-12-07 21:41 !!! QUOTE !!! Salam, sebab pernah dengarlah saya berani nyatakan di sini. Sepanjang saya mengikuti sidang parlimen tak pernah saya dengar dalil syarak dibentangkan supaya sistem Islam diterapkan. loh.. tindakan HT di sini menggunakan dalil dah hujjah sama juga untuk menjustifikasi tindakan mereka. Sama juga Bagaimana sebenarnya dalil syarak dibentangkan supaya sistem Islam diterapkan? Cuba bagi panduan sikit, mana tahu ada pihak yang terlibat dengan siasah di parlimen terbaca di dalam forum ini. Dan mereka akan buat panduan. Sila2 |
ghazi |
Posting pada: 04-12-07 22:52
Pada 04-12-07 21:41 , Anak_Pejuang posting:
!!! QUOTE !!!
Salam, terdapat perbezaan di sini. Kami menggunakan hujah-hujah dan dalil syarak supaya syarak dilaksanakan secara kaffah melalui sistem khilafah. Mereka pula menggunakan dalil dan hujah syarak dalam sistem yang ada sekarang ni. Benar tu, mungkin ada di kalangan forumers yang merupakan ahli parlimen dan sebagainya... bolehlah kongsikan... Wallahu'alam... ----------------- Buah Cempedak di Luar Pagar, Ambil Galah Tolong Jolokkan, Saya Budak Baru Belajar, Kalau SalahTolong Tunjukkan. |
Anak_Pejuang |
Posting pada: 04-12-07 23:01 !!! QUOTE !!! Salam, terdapat perbezaan di sini. Kami menggunakan hujah-hujah dan dalil syarak supaya syarak dilaksanakan secara kaffah melalui sistem khilafah. Mereka pula menggunakan dalil dan hujah syarak dalam sistem yang ada sekarang ni. dalam perkara ijtihad mengenai sistem yang ada banyak perkara bersangkutan tentang kaedah usul fiqh, keadaan dan suasana. Ini kerja mujtahid. Orang awam? Bertanyalah dengan yang pakar. |
pemburupokok |
Posting pada: 04-12-07 23:55
Pada 03-12-07 22:06 , ibnu_musa posting:
!!! QUOTE !!! siapa calon khilafah sekarang? Hang nak tahu siapa calon khalifah ibnu_musa??? hang perlu masuk Halaqah HT.. hangpa akan diterangkan dengan jelas calon-calon khalifah tersebut!!!! Hang nak tahu siapa calon khalifah... tetapi seminar HT tak nak pergi... Hang dapat info daripada mana calon khalifah dari bangsa Quraisy ni ibnu_musa???? Bagitau aku!!!! atau hang ni memandai reka cerita??? ----------------- ((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK)))) Mari berforum dengan Pemburu Pokok |
pemburupokok |
Posting pada: 04-12-07 23:58
Pada 04-12-07 16:30 , aye posting:
!!! QUOTE !!! CAKAP KHILAFAH saja.... TERUS JADI TOPIK HT...... BORING lah... Apa pulak boring ni????.... sepatutnya hang pun sama memperjuangkan untuk menegakkan Khilafah.... Hang kan orang islam.... sepatutnya hang berdakwah untuk memperjuangkan syariat... memperjuangkan Khilafah...... ----------------- ((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK)))) Mari berforum dengan Pemburu Pokok |
pemburupokok |
Posting pada: 05-12-07 00:04
Pada 03-12-07 21:32 , Anak_Pejuang posting:
!!! QUOTE !!! .. camano nak bentuk khilafah, apa saluran? apa cara pendekatan? - gamaknya persoalan ini dah ditanya dari dulu lagi agaknya. Hang blur sebab hang dah set minda hang "saluran nak bentuk khilafah dengan pilihanraya".... Padahal ada cara lain untuk menegakkan Negara Khilafah bukan melalui pilihanraya!!! nak tahu caranya??? Pergi seminar HT.... masuk Halaqah HT... hangpa akan tahu caranya.... dan hang takkan blur lagi!!! ----------------- ((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK)))) Mari berforum dengan Pemburu Pokok |
pemburupokok |
Posting pada: 05-12-07 00:05 |
Qaisar |
Posting pada: 05-12-07 07:04
Pada 04-12-07 23:58 , pemburupokok posting:
!!! QUOTE !!! Pada 04-12-07 16:30 , aye posting: ya perjuangkan islam.. dulu punya dahsyat mengutuk haji hadi.. payung dunhil lah.. apa lah.. kawan dia agaknya yang jadi khalifah tu, tu yang sokong sangat.. ----------------- Assubhubada' |
aye |
Posting pada: 05-12-07 08:02
Pada 04-12-07 23:58 , pemburupokok posting:
!!! QUOTE !!! Pada 04-12-07 16:30 , aye posting: macam mana demo tahu kawe tok memperjuangkan syariat dan khilafah???? tak pelah....bukan balasan makluk yang ku pinta tapi satu jah... kawe nok tanyo demo, demo bjuang untuk apa??? bukan kah demo bjuang untuk HT??? ----------------- "Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com |
aye |
Posting pada: 05-12-07 08:13
aku dah lama tunggu geng2 HT kat dalam portal ni kemukakan step by step untuk tegakkan 'KHILAFAH ala HT'.....
yang aku tahu, mereka edar risalah SN setiap jumaat dbeberapa buah masjid ibukota.... than yang aku tahu mereka buat seminar tetutup untuk takle golongan profesional kat bbrapa bandar2 di malaysia ni...... agak-agak akulah, kalau macam ni usaha mereka, tuggu Imam Mahadi turun dulu lah baru ttegak KHILAFAH..... Maaflah. Aku bukan nak pkecilkan peranan HT.... tapi aku kecewa, sebab hangpa cakap bukan main hebat, tapi gerakkerja dan plaksanaan hampeh..... kalau ada, tolong senaraikan sumbangan HT pada umat Islam malaysia ni??? |
ibnu_musa |
Posting pada: 05-12-07 09:41
Pada 04-12-07 23:55 , pemburupokok posting:
!!! QUOTE !!!
hang dok cakap pasal khilafah ni, takkan tak tau syarat2 seorang khalifah/imam? belek dulu kitab2, ada tak disebut syarat seorang khalifah adalah dari bangsa quraisy, dan perkara ni berdasarkan hadith! kata dah buat seminar, tak diterangkan ke??? ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
Daeng_Jati |
Posting pada: 05-12-07 09:45
pasal calon khalifah berbangse Quraisy tu tak perlu nak dihebohkan sebab akan menjadi benda tak elok saja...
sebab benda ni....erm.... |
Anak_Pejuang |
Posting pada: 05-12-07 10:15
Dan lagi satu berita :
Turki mulakan serangan -- * Operasi didakwa kecil-kecilan * 300 tentera masuki Iraq ANKARA 24 Okt. â Turki telah mula menyerang kedudukan para pemberontak Kurdis di selatan Iraq sambil meningkatkan bilangan tenteranya di sempadan. Beberapa pesawat perang dan tentera darat Turki, telah menyerang kedudukan pemberontak berkenaan sejak Ahad lalu hingga malam tadi. Menurut sumber tentera, dalam kejadian sebelum ini jet pejuang terbang sejauh 20 kilometer ke dalam wilayah Iraq, sementara kira-kira 300 askar darat mara kira-kira 10 kilometer dalam serangan yang membunuh 34 gerila Parti Pekerja Kurdistan (PKK). Unit artileri tentera turut membedil kedudukan pemberontak, katanya. Sumber menyifatkan serangan itu merupakan operasi kecil ke seberang sempadan bergunung-ganang itu, dan bukan operasi besar-besaran yang ingin dielakkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan kerajaan Iraq. Sementara itu, jurucakap AS meminta kedua-dua pihak yang terbabit tidak bertindak lebih jauh kerana bimbang ia akan mewujudkan ketidakstabilan di wilayah Kurdish, Iraq. âSerangan lanjut ke utara Iraq boleh dijangka,â kata seorang pegawai tentera ketika pihak kerajaan turut membincangkan untuk mengadakan serangan besar-besaran melepasi sempadan, tinadakan yang cuba dihalang oleh sekutu barat negara itu. Serangan tentera dilancarkan selepas 12 askar Turki terbunuh dan lapan lagi hilang dalam serangan hendap oleh gerila PKK dekat sempadan Iraq pada Ahad lalu. Turki yang memindahkan askar ke kawasan sempadan memberi amaran kepada Iraq dan sekutu-sekutunya di Barat semalam bahawa serangan ke utara Iraq boleh berlaku pada bila-bila masa kecuali kerajaan di Baghdad bertindak ke atas pemberontak tersebut. Ankara juga menegaskan gencatan senjata tidak mungkin diadakan dengan gerila PKK. Pemimpin Turki menghadapi tekanan hebat daripada rakyat supaya melancarkan serangan ke utara Iraq di mana gerila PKK mendirikan kem-kem untuk berehat, berlatih dan mendapat bekalan dalam situasi yang lebih selamat sebelum masuk semula ke Turki untuk melancarkan serangan. Iraq bercadang untuk menghantar satu delegasi peringkat tinggi ke Turki dalam masa beberapa hari bagi membincangkan masalah itu. Menteri Luar, Ali Babacan yang pulang dari Baghdad malam tadi berkata: âKami telah menyatakan kami menghendaki mereka mengemukakan cadangan konkrit, kalau tidak lawatan saya tidak bererti apa-apa.â Washington membuat tuntutan paling tegas setakat ini supaya tindakan diambil ke atas pemberontak oleh pemimpin Kurdis Iraq yang memiliki autonomi ke atas wilayah di utara negara itu. âKami bukan menagih janji sahaja. âKami menyatakan apa yang diperlukan ialah PKK dihalang menggunakan wilayah Iraq, bantuan lojistik dan semua aktiviti PKK di Iraq dihentikan dan semua kemnya ditutup,â kata Ali. Beliau menambah, Ankara juga mahu para pemimpin PKK ditangkap dan diekstradisi ke Turki. â AP Nampaknya tuduhan seorang ahli HT di UKhwah.com nicknya -farouks ini sudah terjawab - mereka (tentera turki) menyerang pemberontak sahaja, tidak melibatkan orang awam di dalam puak Kurdish. Lihat tuduhan asal farouks dalam membuat pertuduhan : !!! QUOTE !!! salam |
zulman |
Posting pada: 05-12-07 10:24
Pada 05-12-07 00:04 , pemburupokok posting:
!!! QUOTE !!! Pada 03-12-07 21:32 , Anak_Pejuang posting: maaf ye...cuma nak bertanya, kalau nak tegak pemerintahan Islam tanpa masuk Halaqah HT tak boleh ke...dah tak ada pendekatan lain ke...atau ini sahaja pendekatan yang ada. Kewaijpan menegakkan daulah Islamiyyah memang dituntut.perlu ke menyertai HT baru boleh berjuang untuk menegakkan pemerintahan Islam? |
Anak_Pejuang |
Posting pada: 05-12-07 10:28
pemburupokok tulis:
!!! QUOTE !!! Padahal ada cara lain untuk menegakkan Negara Khilafah sebagai agen bertindak HT anda sampaikan sahaja di dalam forum. Anda ingat semua orang ada masa ruang yang banyak nak poie seminar yang anda sebutkan itu? Aduhai - cara anda ini tak betul lah dalam mengajak orang. Saya pun ado tugasan seharian, dan juga dalam waktu cuti. Jika ini jawapan anda - memang orang akan semakin tak suka pada HT. itu sahaja |
pemburupokok |
Posting pada: 05-12-07 17:10
Pada 05-12-07 07:04 , Qaisar posting:
!!! QUOTE !!!
lah... aku komen pasal Haji Hadi berpayung DUNHILL hang kata kutuk????? aku hanya komen... faham tak Qaisar???? lagipun aku dah minta maaf pasal tu!!! apa lagi hang tak pueh hati dengan aku??? begitu fanatik hang terhadap Hj. Hadi ya Qaisar.... ingat.... Hj. Hadi bukannya Nabi.... bukan maksum... faham!!!! semua orang boleh melakukan salah dan silap!!!! ----------------- ((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK)))) Mari berforum dengan Pemburu Pokok |
pemburupokok |
Posting pada: 05-12-07 17:22
Pada 05-12-07 08:02 , aye posting:
!!! QUOTE !!!
Alhamdulillah aye... hang berjuang untuk menegakkan Syariat... aku berjuang menegakkan syariat... bukan untuk Hizbut-Tahrir.... Hizbut-Tahrir hanya platform aku untuk berjuang menegakkan syariat buat masa ini!!!! kalau ada parti lain yang lebih besar daripada HT pada masa akan datang... aku sokong sama.... sebelum ini aku pernah bergerak bersama JIM dan PAS... tapi bila aku berjumpa dengan Hizbut-Tahrir.... aku bergerak bersama-sama Hizbut Tahrir untuk mendirikan daulah Khilafah..... PAS hanya ada di Malaysia... tak kuat mana pun... hanya kuat di kelantan dan terengganu.... pilihanraya tahun 2004 kerusi parlimen PAS hanya 80 kerusi saja daripada 219... bagaimana nak ambil alih kerajaan malaysia??? Hizbut-Tahrir bergerak diseluruh dunia.... lebih besar... dan cara Hizbut-Tahrir untuk menegakkan syariat lebih tersusun dan teratur menyebabkan aku meninggalkan PAS.. dan berjuang bersama Hizbut-Tahrir..... ----------------- ((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK)))) Mari berforum dengan Pemburu Pokok |
Anak_Pejuang |
Posting pada: 05-12-07 17:23
oh macam itu perjuangannya PAS, ABIM, JIM walaupun di Malaysia - mereka ada jaringan hubungan juga di peringkat antarabangsa So sama saja.
|
pemburupokok |
Posting pada: 05-12-07 17:32
Pada 05-12-07 08:13 , aye posting:
!!! QUOTE !!! aku dah lama tunggu geng2 HT kat dalam portal ni kemukakan step by step untuk tegakkan 'KHILAFAH ala HT'..... semua orang boleh kritik HT....... kenyataan hang tersilap tu aye... HT tak buat seminar secara tertutup.... HT buat seminar secara terbuka... aku pernah ajak hang sebelum ni kan??? mana ada tertutup!!! hang saja tak mahu pergi sebab ada hal lain!!! ok.... aku bagitau hang bagaimana HT nak tegakkan daulah Khilafah berdasarkan Tariqah Rasulullah.... caranya ialah: TAHAP PERTAMA: PENGKADERAN INDIVIDU TAHAP KEDUA : INTERAKSI DENGAN MASYARAKAT TAHAP KETIGA : MENERIMA KEKUASAAN DARIPADA UMMAT semua ini panjang lebar dijelaskan dalam seminar dan Halaqah HT... aku takkan jelaskan dalam forum.. sebab panjang penerangannya... berdasarkan tiga tahap diatas... Hizbut-tahrir sekarang sedang TAHAP KEDUA iaitu berinteraksi dengan masyarakat seluruh dunia... sebab tu hang nampak HT seluruh dunia sebar risalah... buat seminar, buat demonstrasi dll.... sebab sedang berinteraksi dengan masyarakat!!!! Tahap ketiga... DAULAH KHILAFAH TERBENTUK DAH..... Hangpa hadiri seminar HT.... akan datang.... akan diterangkan "Bagaimana Nak Tegakkan Daulah Khilafah" ----------------- ((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK)))) Mari berforum dengan Pemburu Pokok |
pemburupokok |
Posting pada: 05-12-07 17:36
Pada 05-12-07 09:41 , ibnu_musa posting:
!!! QUOTE !!!
mana Hadis tu mana tu Ibnu_Musa??? ----------------- ((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK)))) Mari berforum dengan Pemburu Pokok |
pemburupokok |
Posting pada: 05-12-07 17:43
Pada 05-12-07 17:23 , Anak_Pejuang posting:
!!! QUOTE !!! oh macam itu perjuangannya PAS, ABIM, JIM walaupun di Malaysia - mereka ada jaringan hubungan juga di peringkat antarabangsa So sama saja. tapi jaringan PAS tak kuat... lagipun tariqah dia demokrasi (untuk masuk Parlimen baru dapat kuasa)... kerusi parlimen PAS tak cukup untuk menang pilihanraya beb..... 80 kerusi parlimen daripada 219.. menang semua kerusi (walaupun mustahil).... PAS masih belum dapat memerintah malaysia!!!! sebab tu aku keluar berjuang bersama PAS... aku berjuang menegakkan syariat dengan Hizbut-Tahrir sekarang ni.... ----------------- ((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK)))) Mari berforum dengan Pemburu Pokok |
pemburupokok |
Posting pada: 05-12-07 17:47
Pada 05-12-07 10:28 , Anak_Pejuang posting:
!!! QUOTE !!!
ajen bertindak HT tu apa ya?? aku pun tak tahu ada jawatan tu... kalau tak dapat hadiri seminar pada kali ni... insya ALLAH... boleh hadiri seminar pada masa akan datang... orang tak suka pada HT terpulang... itu pilihan masing-masing.... sama macam aku keluar daripada PAS... tak ada sapa yang marah aku!!!! tapi kalau nak cari platform untuk berjuang menegakkan syariat... Hizbut-Tahrir buka peluang untuk anda!!! ----------------- ((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK)))) Mari berforum dengan Pemburu Pokok |
pemburupokok |
Posting pada: 05-12-07 17:53
Pada 05-12-07 10:24 , zulman posting:
!!! QUOTE !!!
Zulman, terima kasih kerana bertanya.... sapa kata kalau nak tegakkan pemerintahan islam perlu masuk Halaqah HT???? aku tak kata sebelum ni kan??? yang aku kata adalah.... kalau nak tahu bagaimana cara HT nak tegakkan Khilafah... masuk Halaqah HT.... anggota HT akan terangkan panjang lebar cara-caranya!!!! ada aku kata perlu masuk HT untuk tegakkan pemerintahan islam?? aku tak kata kan???? ----------------- ((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK)))) Mari berforum dengan Pemburu Pokok |
ibnu_musa |
Posting pada: 05-12-07 17:54
Pada 05-12-07 17:36 , pemburupokok posting:
!!! QUOTE !!! Pada 05-12-07 09:41 , ibnu_musa posting: kalau bab syarat khalifah pun tak khatam lagi, macam mana nak cakap pasal yang lebih besar (khilafah)? antara syarat imam/khalifah hendaklah dari bangsa quraisy, berdasarkan hadith Nabi : al-a'immah min quraisy (hadith riwayat al-nasa'i), dan berdasarkan amalan khalifah2 selepas baginda. seminar hari tu tak sebut ke pasal ni...??? habis tu apa yang hang dapat kat sana, wahai pemburu pokok ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
Anak_Pejuang |
Posting pada: 05-12-07 17:57 !!! QUOTE !!! Hizbut-tahrir sekarang sedang TAHAP KEDUA iaitu berinteraksi oh patutlah jadi macam ini sekarang. Cakap saja lebih interaksi dengan bercakap saja tak jalan sheikh.. Nak turun ke lapangan umat, sama-sama selesaikan masalah sosial, tolong orang ISlam yang miskin memerlukan. Amat luas jalan dakwah itu, anda teruih melonjak ke atas PErtubuhan Islam kat Malaysia dah lama bertapak untuk menyemai penghayatan Islam, dengan program yang tersusun, ada sekolah dan bangunan sendiri. Ada wakaf dan yayasan sendiri. Ada hubungan baik dengan pemerintah dan juga jaringan antarabangsa. ini kat bahagian yang kecil pun tak lepas, terus nak pergi seluruh dunia !!! QUOTE !!! tapi kalau nak cari platform untuk berjuang menegakkan kat tempat lain pun ado. |
pemburupokok |
Posting pada: 05-12-07 17:59
Pada 05-12-07 17:54 , ibnu_musa posting:
!!! QUOTE !!!
so what???? apa yang hang nak bagitau aku ni ibnu_musa??? ----------------- ((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK)))) Mari berforum dengan Pemburu Pokok |
Anak_Pejuang |
Posting pada: 05-12-07 18:00 !!! QUOTE !!! ((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU...TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN/ORGANISASI/PARTI POLITIK)))) pastinya ada |
Daeng_Jati |
Posting pada: 05-12-07 18:01 |
pemburupokok |
Posting pada: 05-12-07 18:02
Pada 05-12-07 17:57 , Anak_Pejuang posting:
!!! QUOTE !!!
so.... apa yang hang tak puas hati dengan Hizbut-Tahrir... anak pejuang?? ----------------- ((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK)))) Mari berforum dengan Pemburu Pokok |
pemburupokok |
Posting pada: 05-12-07 18:03
Pada 05-12-07 18:00 , Anak_Pejuang posting:
!!! QUOTE !!!
ada apa???? ----------------- ((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK)))) Mari berforum dengan Pemburu Pokok |
zulman |
Posting pada: 05-12-07 18:03
Pada 05-12-07 17:53 , pemburupokok posting:
!!! QUOTE !!! Pada 05-12-07 10:24 , zulman posting: maknanya tak terlalu menekan sangatlah masuk HT ni ...terima kasih... maknanya kalau nak tegak pemerintahan islam tak masuk HT pun tak mengapa..ada cara lainlah...sistem yang digunakan HT ni salah satu caranya sahaja... emmm ok , terima kasih atas penerangan... pemburupokok yakin dengan caranya...biar dia teruskan... |
Moderator: Administrator, hafeezzul |
Please Mendaftar To Post |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |