Oleh |
Soalnya Siapa ...??? |
KnightIslam
Warga 2 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 142
Posting: 54
Dari: Pantai Timur
|
Posting pada: 19-05-03 16:53
"nurse,boleh tengok bayi saya.."ibu muda yg baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. sambil tersenyum jururawat membawa bayi yang masih merah itu. si ibu menyambut dengan senyuman meleret. dibuka selimut yang menutupi wajah comel itu, dicium berkali kali sebaik bayi tersebut berada dalam dakapannya. jururawat kemudian mengalihkan pandangan ke luar tingkap. tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yg terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa ke dua dua cuping telinga. namun gamamnya cuma seketika. dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek.
masa terus berlalu....pulang dari sekolah suatu hari si anak yang tiada cuping telinga menangis memberitahu bagaimana dia diejek oleh rakan rakannya. "mereka kata saya cacat"..katanya kepada si ibu. si ibu menahan sebak.dipujuknya anak dengan pelbagai kata semangat. bagaimanapun tanpa cuping telinga si anak tetap merasa rendah diri.
dua tahun berlalu..."anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma..tapi dirinya dirahsiakan..." kata si ayah. pembedahan dijalankan dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru..kacak serta bijak. pelajarannya cemerlang dan rasa rendah diri telah hilang.
pada usia lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik. "sebelum saya berangkat ke luar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya"..kata si anak berkali kali. "tak mungkin"..balas si ayah. "perjanjian antara ayah dengan penderma masih berjalan. tunggulah masanya akan tiba". hari yg ditunggu tiba akhirnya. ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan lahan si ayah menyelak rambut ibu yang kaku. gelap seketika pandangan si anak apabila melihat ke dua dua cuping telinga si ibu tiada. "ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik kepada si anak. "tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang penah ayah temui. tak percaya...tanyalah siapapun kenalannya"...
kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.
|
annasihah
Warga 1 Bintang Menyertai: 19.05.2003 Ahli No: 553
Posting: 35
Dari: darul ridzuan
|
Posting pada: 19-05-03 18:03
ermm...
penah juga dgr citer nih
cantik di hati lebih penting dr segala2nya
|
izad
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 66
Posting: 429
Dari: Wakaf Bharu
|
Posting pada: 21-05-03 13:32
erm betul tue mesej yang jelas...
kasih sayang tak dapat dibeli dengan wang ringgit... pengorbanan si ibu tak dapat ditukar ganti..... kesempurnaan sifat bukan asas segalanya...... teruskan berkarya..... -----------------
|
halawah_iman
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 355
Posting: 83
Dari: TaNaH
|
Posting pada: 22-05-03 22:16
ya Allah! kagumnyer dengan ibu dia. sanggup berkorban untuk anak. subhanallah! ----------------- DoN'T SToP aT THe ToP,
oR You WiLL DRoP!
|
SyAhEeDa
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 207
Posting: 571
Dari: Kelate
|
Posting pada: 22-05-03 22:51
Sedihnya bila dgr cerita ttg pengorbanan ibu... Ibu walau mcm mana pon anak dier... dier ttp sayang pd anak dier
Bersyukurlah kita kerana m'punyai seorg Ibu yg menyayangi n care about us.. ----------------- ++ 'Aish 'Azeezan au Mut Syaheedan ++ Live a glory life, or die a noble death ++
|
MencariSinar
WARGA SETIA Menyertai: 19.05.2003 Ahli No: 532
Posting: 672
Dari: Seky. 9 Shah Alam
|
Posting pada: 23-05-03 11:05
Assalamualaikum...
lihatlah betapa kudusnya kasih ibu demi anaknya..
erm...
Wsalam
----------------- Islam itu Indah
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 23-05-03 15:08
as'kum...kasih ibu membawa ke syurga.. kasih saudara masa berada. mula2 nengok title, ana ingatkan ala2 cerita lakonan erra fazira dan afdlin shauki..dah baca.. uikkss.. lagi menginsafkan cerita ni. apa2pun,cerita ni memang best,ada unsur2 suspen. ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
amad
Warga 3 Bintang Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 64
Posting: 147
Dari: Cleveland
|
Posting pada: 10-06-03 00:54
great story!...
kasih sayang ibu tuh memang tidak tebalas...tetapi kena ingat bahawa kasih sayang Allah terhadap hambanya 70 kali lebih dari kasih sayang seorang ibu... wallahua'lam...
|
ismi_safiza
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya
|
Posting pada: 01-03-04 19:06
suka dgn mesej yg disampaikan.
kecantikan bukan nilaian paras rupa, tapi cantiknya akhlak dan budi..itulah nilaian yg hakiki. -----------------
|
halesolurun_84
Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 14-12-08 00:52
seorang ibu tidak sanggup melihat anaknya dalam kesedihan.. sering diejek dan di caci.. ibu mana yang sanggup.. kalau saya sebagai ibu pun saya tidak sanggup melihat orang lain mengejek anak kita.. moralnya.. anak harus sedar pengorbanan ibu bukan hanya mengandungkan,membesarkan tapi lebih dari itu.. tidak ternilai jasa dan pengorbanan ibu..
|
MARIAH_SMILE
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12955
Posting: 71
Dari: banting, selangor
|
Posting pada: 14-12-08 01:16
takut nak baca cerita ni pada mulanya... tapi bjaye juga saya menghabiskannya.. msm pernah baca cerita ni dulu... xkisahla. yang penting ibu sanggup berkorban segalanya buat anaknya... yang penting kebahagiaan anaknya... love u mom...
|
leeya89
Warga 2 Bintang Menyertai: 18.08.2008 Ahli No: 34493
Posting: 44
Dari: seremban
|
Posting pada: 14-12-08 18:02
pengorbanan.... tak ada sesiapa boleh lawan pengorbanansi ibu....
|
lailasuhaila
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.09.2008 Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...
|
Posting pada: 11-01-09 17:52
pengorbanan ibu yang tiada nilainya...sayang ibu sangat-sangat....
|