Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
"Courage is like love; it must have hope for nourishment."
-- Napoleon Bonaparte

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 67
Ahli: 0
Jumlah: 67




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 15 jam, 44 minit yang lalu
Kang: 19 hari yang lalu
lidah-penghunus: 21 hari yang lalu
muslimin23: 29 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: demokrasi oh demokrasi


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» demokrasi oh demokrasi

Please Mendaftar To Post


Oleh demokrasi oh demokrasi

ustaz75
Warga Rasmi
Menyertai: 27.09.2007
Ahli No: 31236
Posting: 3
Dari: Kulai

tunisia   avatar


posticon Posting pada: 12-11-07 10:31


malaysia negaraku..mana dia perginya demokrasimu?aku tahu bukan salahmu..BN lah racun yang cuba memusnahkanmu. BN lesapkan harta dan kekayaanmu. rakyatmu dizalimi mereka tanpa rasa segan silu lagi..dibelasah..disembur asid..ditahan lokap..ISA..malah ditembak. Suara rakyatmu disekat..leher rakyatmu dicekik. tapi rakyatmu tetap bangkit..berani..sanggup mati mempertahankanmu daripada BN dan pemimpin-pemimpin zalim itu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ustaz75Profil   Hantar PM kepada ustaz75   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 12-11-07 18:10


Salam,

Warga Ukhwah.com yang dihormati, kalian dijemput menghadiri Seminar Negara Islam: Siri 1 anjuran Hizbut Tahrir Malaysia pada 25 November 2007 (Ahad). Tempat dan masa akan diumumkan kemudian. Harap dapat kosongkan diari dan planner anda pada hari tersebut bagi meluangkan masa menghadiri majlis yang membincangkan perkara yang penting ini. Tanpa pengetahuan yang benar berkenaan Negara Islam, hala tuju dan fokus perjuangan kita akan lari daripada jalan yang benar menurut acuan syarak.

Hadirlah sebagai seorang Muslim yang prihatin terhadap aspek ruhiyah dan siyasiyah dalam Islam, ad-din yang syumul ini. Kehadiran mereka yang arif dalam hal ini turut dialu-alukan. Semoga kehadiran para pemimpin, ulama, ilmuan, asatizah, pensyarah dan penuntut jurusan Syariah serta hadirin sekalian ke majlis ini akan menghidupkan proses muzakarah semasa sesi soal-jawab yang diadakan selepas pembentangan.

Kita jumpa di sana, insya Allah..!

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk website rasmi HTM, www.mykhilafah.com, atau thread Pengumuman Aktiviti: Seminar Negara Islam: Siri 1 pada URL berikut: http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?forum=2&topic=34290


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

kahfi8
WARGA SETIA
Menyertai: 19.09.2007
Ahli No: 31129
Posting: 517
Dari: Damansara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-11-07 20:40


demokrasi tak ada.. demo keras lagi ada lah.. semoga PRU akan datang bersih daripada kezaliman dan penipuan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kahfi8Profil   Hantar PM kepada kahfi8   Pergi ke kahfi8's Website   Quote dan BalasQuote

mrbr_2001
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22604
Posting: 169
Dari: Subang Jaya

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-11-07 23:35


ETIKA FORUM didalam UKHWAH.com

1--> Ahli hendaklah menggunakan bahasa yang baik dan sopan santun.
2--> Penggunaan bahasa yang kasar dan keras seperti ‘gua’ dan ‘lu’ adalah tidak dibenarkan.
3--> Bahasa chat dan IRC juga tidak dibenarkan sama sekali.
4--> Perbincangan hendaklah berada dalam keadaan aman, damai, dan harmonis agar mencapai kata sepakat dari perbincangan bukan untuk menghentam atau memalukan mana-mana pihak.
5--> Perbincangan yang terlalu agresif akan dikunci untuk kebaikan ahli.
6--> Perbincangan mengenai politik hendaklah global dan tidak mengena mana-mana parti.
7--> Posting yang diambil dari web lain (copy and paste) hendaklah dinyatakan sumber dan dihuraikan dahulu.
8--> Pastikan topik berkenaan dalam ruangan yang sepatutnya. Elakkan masalah salah ‘landing’.
9--> Pastikan topik yang hendak dihantar belum dibincangkan lagi. Sekiranya sudah ada, ahli hendaklah menyambung perbincangan tersebut sahaja. ....


KAWAN-KAWAN SEMUA CUBA lah BACA KOD ETIKA 4 dan 6
http://ukhwah.com/peraturan.php

SO FAHAM-FAHAMLAH, JANGANLAH NAK BERMUSUHAN DALAM PORTAL INI.

I LOVE UKHWAH.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For mrbr_2001Profil   Hantar PM kepada mrbr_2001   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 19-11-07 16:21


Bila ada sahaja kelompok yang menolak demokrasi, maka pastinya umum akan berkata:
“Ini mesti Hizbut Tahrir. Tak pun al-Qaeda”.

Hakikatnya bukan HT sahaja yang menolak demokrasi ini. Demokrasi merupakan suatu yang telah jelas keharamannya menurut Islam. Justeru, berjuang menegakkan Islam melalui demokrasi merupakan suatu yang tertolak oleh syarak. Matlamat tidak menghalalkan cara. Sebarang cubaan untuk mengislamkannya samalah seperti misalan berikut; bab* tetap haram walaupun disembelih oleh seorang Muslim menggunakan pisau yang tajam dan dimulakan dengan lafaz basmalah. Dan sekiranya diproses dengan bersih, lalu dicop halal pada tinnya tetap tidak akan menjadikannya halal.

Syaikh Ali Belhaj (seorang tokoh FIS Algeria) menulis panjang lebar berkenaan isu ini dalam bukunya “Ad Damghah Al Qawwiyah li Nasfi Aqidah Ad Dimuqrathiyah” terbitan Darul ‘Uqab, Lebanon. Saya merujuk kepada terjemahan Indonesia oleh Muhammad Siddiq al-Jawi.

Hujah-hujah ini juga pernah dikeluarkan oleh “Al-Munqidz”, edaran rasmi FIS (Front Islamic du Salut) edisi ke-24 dan 25 pada 2 dan 16 Safar 1411H bersamaan 1992M.

FIS merupakan parti Islam yang berjuang melalui demokrasi namun kemenangannya dalam pilihanraya di Algeria telah digagalkan oleh pihak tentera dengan campurtangan Perancis. Kini, ahli-ahlinya diburu, dipenjarakan, dan ada yang dilaporkan “hilang”.


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 19-11-07 16:23


Di sini saya post-kan pengantar penerbit edisi bahasa Arab buku tersebut

PENGANTAR PENERBIT EDISI BAHASA ARAB

Segala puji hanya bagi Allah Tuhan semesta alam yang telah berfirman dalam kitab-Nya yang mulia :
“Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” (QS. Al-Maidah : 50)

Pada saat demokrasi yang kufur menyerang negeri-negeri kita, pada saat sebagian orang yang rendah taraf berpikir dan moralitasnya menyambut gembira demokrasi, termasuk juga di dalamnya orang yang tersesat dan menyerah kalah di hadapan peradaban Barat, bangkitlah di antara kaum muslimin para tokoh panutan dan pemikir besar untuk menyingkapkan cacat, kepalsuan, dan kontradiksi demokrasi dengan Islam, baik dari segi asas maupun cabangnya. Para pemikir besar tersebut terus bergerak melawan arus yang sangat deras yang mendominasi negeri-negeri kita, Mereka terus melawan orang-orang yang menyerukan demokrasi sebagai solusi masalah kaum muslimin. Para pemikir itu bertindak laksana orang yang khawatir kambingnya diterkam serigala. Mereka tak peduli dengan semua resiko yang akan dihadapinya, yang terkadang mengancam mata pencaharian dan keluarga mereka. Mereka berani mengucapkan perkataan yang haq. Mereka tidak akan takut karena Allah SWT akan celaan dari orang-orang yang suka mencela.

    Dari sekian banyak tokoh terkemuka yang membongkar kebusukan demokrasi dan produk hukum kafir yang lahir darinya, salah satunya adalah Syaikh Ali Belhaj, penulis kitab ini yang telah menghabiskan hari-harinya dalam penjara demokrasi ( ! ) yang dimiliki oleh kaum demokrat ( ! ), hanya karena beliau menghendaki Islam menjadi pemimpin sekaligus hakim kehidupan, serta menghendaki kemuliaan kaum Muslim.

             Semoga Allah SWT membalas amal shaleh penulis dengan segala kebaikan karena perjuangannya membela kita dan kaum muslimin. Kita pun berharap semoga Allah segera melepaskannya dari kesulitan-kesulitan. Semoga kita dapat mengambil manfaat dari buku yang amat berharga ini.

Samir Az-Zain
(Darul ‘Uqab)


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-11-07 16:24


Pada 12-11-07 23:35 , mrbr_2001 posting:

!!! QUOTE !!!

ETIKA FORUM didalam UKHWAH.com

1--> Ahli hendaklah menggunakan bahasa yang baik dan sopan santun.
2--> Penggunaan bahasa yang kasar dan keras seperti ‘gua’ dan ‘lu’ adalah tidak dibenarkan.
3--> Bahasa chat dan IRC juga tidak dibenarkan sama sekali.
4--> Perbincangan hendaklah berada dalam keadaan aman, damai, dan harmonis agar mencapai kata sepakat dari perbincangan bukan untuk menghentam atau memalukan mana-mana pihak.
5--> Perbincangan yang terlalu agresif akan dikunci untuk kebaikan ahli.
6--> Perbincangan mengenai politik hendaklah global dan tidak mengena mana-mana parti.
7--> Posting yang diambil dari web lain (copy and paste) hendaklah dinyatakan sumber dan dihuraikan dahulu.
8--> Pastikan topik berkenaan dalam ruangan yang sepatutnya. Elakkan masalah salah ‘landing’.
9--> Pastikan topik yang hendak dihantar belum dibincangkan lagi. Sekiranya sudah ada, ahli hendaklah menyambung perbincangan tersebut sahaja. ....


KAWAN-KAWAN SEMUA CUBA lah BACA KOD ETIKA 4 dan 6
http://ukhwah.com/peraturan.php

SO FAHAM-FAHAMLAH, JANGANLAH NAK BERMUSUHAN DALAM PORTAL INI.

I LOVE UKHWAH.com


.. alamak.. ramainya yang melanggar etika.. termasuklah aku:terliur:

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 19-11-07 16:24


Rasanya kalau nak post kesemua hujah-hujahnya, akan menyebabkan post ini terlalu panjang. Kalau berminat nak tahu huraiannya, sila PM saya, berikan saya emel anda dan saya akan hantarkan teks penuh buku tersebut, insya Allah Taala. Selepas membaca dan memahami buku tersebut, jemputlah untuk memberikan pandangan masing-masing supaya dapat dikongsikan bersama ahli-ahli ukhwah yang lain. :-D

P/s: Walaupun buku tersebut dalam bahasa Indonesia, rasanya tidak ada banyak masalah untuk memahaminya. Lebih-lebih lagi dengan kebanjiran lagu-lagu Indonesia dan juga drama-dramanya ke sini. :-D


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 19-11-07 16:25


Saya menolak demokrasi bukan kerana ikut-ikut orang sahaja. Saya menolaknya setelah berbahas dengan syabab HT secara mendalam berkenaan isu ini. Mula-mulanya saya memang menolak mentah-mentah. “Kalau bukan demokrasi, nak guna cara apa lagi? Revolusi???” Nak menangis juga saya dibuatnya pada waktu itu. Masakan tidak, Parti Islam yang selama ini saya sokong dan dokong dikatakan mengikuti jalan yang salah! Jalan yang haram, jalan yang kufur!

Saya juga ada merujuk kepada ilmuan dari Parti Islam (dengan niat nak membela perjuangan melalui demokrasi) dan telah maklum dengan hujah kedua-dua belah pihak. Setelah berfikir panjang dan mendalam, saya dapati hujah-hujah di pihak yang menolak demokrasi lebih kuat.

Mungkin ada yang mempertikaikan kemampuan saya dalam membuat penilaian. Maklumlah, saya bukannya lepasan Al-Azhar ataupun Darul Uloom. Jadi saya beri peluang kepada anda semua untuk menilai sendiri hujah daripada tokoh FIS ini. Kalau nak tahu hujah daripada HT pun dipersilakan. Kita boleh aturkan pertemuan dengan syabab HT yang ada. Namun harapnya agar kita berbincang secara rasional dan bukannya emosi semata-mata.

Tidak adil sekiranya kita mendengar daripada sebelah pihak sahaja. Jadi, luangkanlah sedikit masa untuk mendengar hujah dari pihak yang lain


Wallahu’alam


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 19-11-07 16:28


Tokoh-tokoh lain yang menolak demokrasi.

Adakah mereka semua ini ‘orang-orang HT’?

1. Adnan ‘Aly Ridha An-Nahwy dalam kitabnya Syura lah Ad-Dimuqrathiyah

“Kebenaran bukan ditetapkan oleh suara mayoritas, sekalipun yang menang tersebut kaum muslimin. Juga, ukuran kebenaran bukan ditentukan oleh kongres atau parlemen yang mengacungkan dan menurunkan tangan berdasarkan hawa nafsu yang mengakibatkan kehancuran bangsa tersebut. Islam telah memiliki manhaj rabbani, satunya-satunya pelindung bagi manusia walau dalam keadaan berbeda dan saling silang pendapat.”

2. Sayyid Quthub mengatakan :

“Rasulullah melarang kaum muslimin bertasyabbuh dalam pakaian dan penampilan, gerak dan tingkah laku, perkataan dan adab, karena di balik semua itu terdapat perasaan batin yang membedakan konsep, manhaj dan watak jamaah Islam dengan konsep, manhaj dan watak jamaah lainnya. Rasulullah juga melarang kaum muslimin untuk menerima (hukum/aturan/ideologi) selain dari Allah SWT. Padahal manhaj yang Allah berikan kepada umat ini adalah untuk diwujudkan di muka bumi.

Rasulullah juga melarang kita untuk mempunyai perasaan-kalah terhadap kaum lain di muka bumi, sebab perasaan-kalah terhadap suatu masyarakat akan menimbulkan kelemahan dalam jiwa yang membuat kita bertaqlid kepada masyarakat tertentu itu. Padahal seharusnyalah kaum Muslim tegak menjadi pemimpin manusia serta mengarahkan sikap taqlidnya seperti mereka mengambil akidahnya dari sumber yang mereka pilih yang memang layak untuk memimpin. Bukankah kaum Muslim umat yang paling tinggi, umat pilihan, dan sebaik-baik umat yang dilahirkan di tengah tengah manusia ? Lantas dari mana kaum Muslim mengambil konsep dan manhaj mereka ? Bukanlah kaum Muslim mengambilnya dari Allah sedang mereka (selain kaum Muslim) mengambil konsep dan manhaj mereka dari sesuatu yang rendah yang lalu mereka angkat tinggi-tinggi !

3. Dr. Fathi Ad Darini, Khasha`ish At Tasyri’ Al Islami fi As Siyasah wa Al Hukm mengkritik demokrasi;

“Sesungguhnya sistem-sistem demokrasi Barat, dalam substansinya hanyalah merupakan ungkapan dari politik tersebut (sekularisme—penerj.) dan sudah diketahui bahwa demokrasi –pada asalnya— bersifat individualistis dan etnosentris.”

4. Syaikh Abul A’lah Al Maududi dalam kitabnya Al Islam wa Al Madaniyah Al Haditsah

“Telah saya katakan sebelumnya bahwa pengertian demokrasi dalam peradaban moderen adalah memberikan wewenang membuat hukum kepada mayoritas rakyat (hakimiyah al jamahir)...

...Maka dari itu, kita menentang sistem sekuler yang nasionalistis-demokratis baik yang ditegakkan oleh orang-orang Barat maupun Timur, muslim ataupun non muslim. Setiap kali bencana ini turun dan di mana pun dia ada, maka kita akan mencoba untuk menyadarkan hamba-hamba Allah akan bahayanya yang besar dan akan mengajak mereka untuk memeranginya.”

5. Muhammad Yusuf Musa dalam kitabnya Nizham Al Hukm fi Al Islam

“Sesungguhnya sistem pemerintahan Islam bukanlah sistem demokrasi, baik dalam pengertiannya menurut kaum Yunani kuno maupun dalam pengertiannya yang moderen.”

6. Muhammad Asad dalam kitabnya Minhaj Al Islam fi Al Hukm ketika membincangkan tentang demokrasi;

“Adalah merupakan penyesatan yang sangat luar biasa, jika ada orang yang mencoba menerapkan istilah-istilah yang tidak ada hubungannya dengan Islam pada pemikiran dan peraturan/sistem Islam.”

7. Anwar Al Jundi menggariskan 17 perbezaan antara demokrasi dan sistem Islam dalam bukunya; Sumum Al Istisyraq wa Al Mustasyriqun fi Al Ulum Al Islamiyah.

8. Syaikh Muhammad Al Ghazali membantah hujah Khalid Muhammad Khalid yang menyerukan keutamaan pemerintahan demokratik dalam bukunya Min Huna Na’lam.


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

addinulhuda
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2007
Ahli No: 31217
Posting: 664
Dari: ~bumi bertuah~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-11-07 16:35


Assalamualaikum

nak tanya..demokrasi tu apa?? :-?


-----------------
~membangun bersama islam~


Bookmark and Share

    


  Member Information For addinulhudaProfil   Hantar PM kepada addinulhuda   Pergi ke addinulhuda's Website   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 19-11-07 16:43


Pada 19-11-07 16:35 , addinulhuda posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

nak tanya..demokrasi tu apa?? :-?



Salam,

persoalan tentang demokrasi telahpun dibincangkan secara detail dalam thread yang lain. Kalau tak silap saya dalam thread Seruan Khilafah mendunia. Kalau tak ada maknanya saya tersilaplah. Maaflah dah lama tak rujuk ke thread tersebut. Harap dapat dirujuk.

Namun, kalau berminat untuk tahu lebih lanjut tentang demokrasi, harap dapat PM saya dan berikan emel. Nanti saya emelkan artikel berkenaan demokrasi tulisan Syeikh Abdul Qadim Zallum versi Indonesia.

Saya berbuat demikian demi mengelakkan repetition... Harap maklum...

Wallahu'alam...


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 19-11-07 16:46


hmm orang yang salah akan lagi menyalahgunakan sumber2 negara.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-11-07 16:50


!!! QUOTE !!!

Gara-gara penyakit inilah maka kita menyaksikan suasana umat yang amat menyayat hati dan meruntun emosi. Gamatnya pertelagahan di kalangan pendokong-pendokong wadah Islam sehingga mengakibatkan terabainya tanggungjawab utama menyelesaikan pelbagai masalah umat yang melanda kini. Sebaliknya seluruh tenaga dihabiskan dan tertumpu kepada polemik, “politiking”, adu-domba dan perlumbaan menambah bilangan penyokong pendapat masing-masing


Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 19-11-07 16:56


Pada 19-11-07 16:50 , kakisamun posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

Gara-gara penyakit inilah maka kita menyaksikan suasana umat yang amat menyayat hati dan meruntun emosi. Gamatnya pertelagahan di kalangan pendokong-pendokong wadah Islam sehingga mengakibatkan terabainya tanggungjawab utama menyelesaikan pelbagai masalah umat yang melanda kini. Sebaliknya seluruh tenaga dihabiskan dan tertumpu kepada polemik, “politiking”, adu-domba dan perlumbaan menambah bilangan penyokong pendapat masing-masing


Penyakit apa yang anda maksudkan ini kakisamun?


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 19-11-07 17:01


Salam,

Untuk peta lokasi, sila klik pada URL tersebut:

http://pkukmweb.ukm.my/~ukmholding/puri/images/lokasi.jpg

Wallahu'alam...

Berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang tersayang...


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-11-07 17:01


!!! QUOTE !!!

Oleh: DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI

Antara kelemahan yang paling mengkhuatirkan sedang melanda umat Islam ketika ini ialah perpecahan yang diakibatkan oleh kepelbagaian aliran pemikiran. Walaupun Islam tidak pernah menolak hakikat kerencaman pendapat, namun perselisihan yang menimbulkan pertentangan tajam sehingga menenggelamkan hakikat persamaan risalah dan matlamat ditentang sama sekali.
Jika diperhatikan secara objektif, kebanyakan perselisihan yang membawa kepada pertentangan dan perpecahan amat terkait dengan sikap fanatik terhadap pendapat sendiri, lantas cuba memonopoli pemikiran dan tiada kesediaan untuk menghormati pandangan orang lain. Penyakit yang disebut juga sebagai ‘al-`ijab bi al-ra’yi’ atau penyakit mengkagumi pendapat sendiri ini bagaikan wabak merbahaya yang sedang menjalar dalam urat saraf umat sehingga mereka tidak lagi mewarisi sikap dan adab para pejuang dan pendokong Islam terdahulu.


Para imam mazhab umpamanya turut berselisih pendapat dalam pelbagai persoalan semasa namun mereka tidak pernah mendabik dada sebagai pemonopoli kebenaran. Sebaliknya berpendirian: “Pendapatku betul tetapi masih berkemungkinan salah. Pendapat orang lain salah tetapi mungkin juga betul”.
Ungkapan seperti ini adalah manifestasi adab dan etika dalam perbezaan pendapat yang telah diwarisi sejak zaman para sahabat lagi. Sebab itulah jika disingkap tabir sejarah, kita akan dapati bagaimana para sahabat turut berselisih dalam banyak perkara cabang namun tidak pernah melunturkan iman apa lagi melemahkan mereka walau sedikitpun.
Diriwayatkan bahawa Khalifah Umar Abdul Aziz juga tidak pernah mengimpikan supaya para sahabat tidak berselisih faham sama sekali. Ini kerana baginya, perselisihan faham akan membuka pintu keluasan, keanjalan dan kemudahan kepada umat yang mempunyai tabiat dan keperluan yang berbeza (Al-Qaradawi, Fatawa Mu’asarah).
Pelbagai bukti sejarah mengenai perselisihan di kalangan sahabat dapat disaksikan sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi seperti perselisihan mereka mengenai arahan Nabi berkenaan sembahyang Asar sewaktu pergi ke Bani Quraizah. Ini adalah peristiwa terkenal yang mengungkapkan hakikat perselisihan tetapi Rasulullah s.a.w. sedikitpun tidak mencela kedua-dua kumpulan yang berselisih faham itu.

Perselisihan tidak hanya berlaku di zaman Rasulullah sahaja, namun seawal kewafatan baginda, para sahabat sekali lagi berselisih mengenai tempat sewajarnya di mana Rasulullah s.a.w. patut dimakamkan. Ada yang berpendapat baginda wajar dikebumikan bersama sahabat-sahabatnya, manakala sebahagian yang lain berpendapat agar dipusarakan jasad Nabi s.a.w. di dalam masjid. Namun setelah dirujuk kepada sebuah hadis Nabi s.a.w. yang disampaikan oleh Abu Bakar: “Tidaklah diwafatkan seorang Nabi melainkan ia dikebumikan di tempat ia diwafatkan itu”, para sahabat terus mengangkat tikar tempat Rasulullah diwafatkan dan digalikan pusara untuknya.

Banyak lagi contoh-contoh lain perbezaan dan perselisihan pendapat yang berlaku dikalangan sahabat seperti persoalan politik, pemilihan Khalifah, isu memerangi golongan yang enggan membayar zakat dan pelbagai perselisihan dalam masalah fekah yang kesemuanya ditangani tanpa mengikut hawa nafsu dan emosi melulu.
Begitulah tingginya adab dan etika perbezaan pendapat yang didokongi para sahabat Nabi s.a.w. yang kemudiannya diwariskan kepada generasi selepasnya, sehinggalah umat dihinggapi penyakit baru yang cepat membarah, sekaligus meranapkan akal budi dan peribadi umat.

Gara-gara penyakit inilah maka kita menyaksikan suasana umat yang amat menyayat hati dan meruntun emosi. Gamatnya pertelagahan di kalangan pendokong-pendokong wadah Islam sehingga mengakibatkan terabainya tanggungjawab utama menyelesaikan pelbagai masalah umat yang melanda kini. Sebaliknya seluruh tenaga dihabiskan dan tertumpu kepada polemik, “politiking”, adu-domba dan perlumbaan menambah bilangan penyokong pendapat masing-masing.

Justeru, dalam upaya mengembalikan sinar kegemilangan Islam yang semakin pudar, usaha penjernihan sikap dan pemikiran harus segera dilakukan ke atas setiap umat Islam. Umat seharusnya kembali menjiwai budaya dan prinsip penting yang mendasari sikap dan perwatakan generasi awal Islam terutamanya dalam menangani fenomena perbezaan pendapat.
Prinsip-prinsip tersebut termasuklah sikap keterbukaan kepada pandangan berbeza, tidak taksub atau fanatik kepada pandangan sendiri, berlapang dada, saling hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama lain. Mungkin jalan keluar dari belitan konflik kefanatikan pemikiran yang melanda kini terumus dalam ungkapan keramat tokoh reformis Islam, Jamaluddin al-Afghani: Bekerjasamalah dalam hal-hal yang disepakati dan berkompromi dalam hal-hal yang diperselisihkan.

Sesungguhnya kepelbagaian pendapat sebenarnya mampu memperkaya khazanah pemikiran Islam andainya kita bersedia menghadapinya secara dewasa. Tetapi andainya kita menanganinya dengan sikap keanak-anakan, menganggap mereka yang tidak sealiran sebagai musuh, maka perbezaan pendapat pasti menjadi bahan bakar penyemarak api persengketaan yang membinasakan.


http://www.abim.org.my/madani/




Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 19-11-07 17:03


Salam,

Inilah yang dipegang oleh setiap syabab HT...

“Pendapatku betul tetapi masih berkemungkinan salah. Pendapat orang lain salah tetapi mungkin juga betul”.


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 19-11-07 17:04


"Bekerjasamalah dalam hal-hal yang disepakati dan berkompromi dalam hal-hal yang diperselisihkan."

Tidak semua hal boleh dikompromikan...Akidah Islam bukanlah suatu yang boleh dikompromikan...

Janganlah kita membuat generalisation terhadap qoutation seseorang tokoh.

Wallahu'alam... :-D


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

shinfay_de
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2007
Ahli No: 31653
Posting: 616
Dari: Wilayah Persekutuan

blank   avatar


posticon Posting pada: 19-11-07 19:11


agak-agaknyalahkan.... yang memasing online guna kemudahan kat pejabat tu waktu kerja tak ambik kira sebagai menyeleweng jugak ke? dari bawah lagi dah menyeleweng... macam mana agaknya kalau dah duduk atas?

Bookmark and Share

    


  Member Information For shinfay_deProfil   Hantar PM kepada shinfay_de   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-11-07 19:22


Pada 19-11-07 17:03 , ghazi posting:

!!! QUOTE !!!

Salam,

Inilah yang dipegang oleh setiap syabab HT...

“Pendapatku betul tetapi masih berkemungkinan salah. Pendapat orang lain salah tetapi mungkin juga betul”.


baguslah tu kalau itu juga pegangan HT.

tapi geng2 HT kat ukhwah ni geng2 HT celup ke, tiruan eh? asyik nak tegakkan pendapat sendiri, malah berani menyalahkan dan membatilkan pandangan ulama'!

maybe saya boleh respect kat orang2 HT kat luar tu, tapi yang kat dalam ni lain, tak boleh dah nak nolong...

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-11-07 19:23


Pada 19-11-07 19:11 , shinfay_de posting:

!!! QUOTE !!!

agak-agaknyalahkan.... yang memasing online guna kemudahan kat pejabat tu waktu kerja tak ambik kira sebagai menyeleweng jugak ke? dari bawah lagi dah menyeleweng... macam mana agaknya kalau dah duduk atas?

gunalah internet di rumah :jangan:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 21-11-07 17:25


Kepada para pengundi, adakah kalian akan memangkah parti roket (sekutu yang cuba ‘disatukan’ dengan Parti Islam oleh DSAI) yang terang-terang memperjuangkan Malaysian Malaysia, yang bermakna menjadikan Malaysia negara sekular? Fikirkan semula. Mereka langsung tidak mempedulikan perjuangan kalian.

Bahkan mereka telah menghina Islam seta mempertikaikan ulama’ yang kita hormati dengan menolak bulat-bulat perjuangan membentuk ‘negara Islam’. Mereka juga menyalahkan konsep negara Islam sebagai punca penurunan bilangan undi mereka. Mereka bukannya hendak berkongsi kuasa dengan kalian, sebaliknya hanya memperalatkan kalian demi mengurangkan kerusi kerajaan Be End dalam parlimen. Janganlah kalian mengambil orang-orang kafir sebagai teman, lalu mengetepikan kami, saudara seagama kalian.


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 21-11-07 17:27


Pada 19-11-07 19:11 , shinfay_de posting:

!!! QUOTE !!!

agak-agaknyalahkan.... yang memasing online guna kemudahan kat pejabat tu waktu kerja tak ambik kira sebagai menyeleweng jugak ke? dari bawah lagi dah menyeleweng... macam mana agaknya kalau dah duduk atas?


Saya menggunakan kemudahan internet di perpustakaan. Bukanlah suatu perbuatan yang menyeleweng...

Harap maklum

Diharapkan agar tidak membuat generalisasi.

:bunga: :bunga: :bunga:


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 21-11-07 17:28


Say NO to demo*****, say YES tu Khilafah Rasyidah ‘ala Minhaju Nubuwwah.

Say NO to compromise, say YES to the method of Prophet saw.

Say NO to defensive, defeatist, apologetic attitude, say YES to ‘izzah.


We are not calling all of you to join HT, what we want is your support for reestablishing Khilafah with the method of Prophet saw. O Muslimeen, answer to our warm call, answer to the method of Prophet. Fear nobody but Allah, let us find His pleasure!

Muslimeen, wake up! Wake up from your deep sleep, and clean your dusty clothing (due to prolong static)! Answer our call, answer our warm call. Wake up and rise! You are truly the best nation among other nations. But, why, my dear brothers and sisters, why do you all are still in the deep sleep, with all the indignity, shameful, and defeatist attitude?

Wallahu’alam... :-D


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-11-07 21:31


Pada 21-11-07 17:25 , ghazi posting:

!!! QUOTE !!!

Kepada para pengundi, adakah kalian akan memangkah parti roket (sekutu yang cuba ‘disatukan’ dengan Parti Islam oleh DSAI) yang terang-terang memperjuangkan Malaysian Malaysia, yang bermakna menjadikan Malaysia negara sekular? Fikirkan semula. Mereka langsung tidak mempedulikan perjuangan kalian.

ada sesiapa kat sini yang pangkah roket ke? :-?

bukan ke ramai yang sokong bulan purnama kat sini? :-?

roket tu lambang HT ke? :-?


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ToK_iMaM
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1071
Posting: 183
Dari: ...NeGeRi $eRaMbI MeK@H... ź..::iSLaM iS Da WaY oF LiFe ::..©..:: IIUM ::..

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-11-07 22:02


salam..
best baca buku islam dan demokrasi..tulisan tok guru abdul hadi..keluaran pts..

banyak dia terang kat situ

Bookmark and Share

    


  Member Information For ToK_iMaMProfil   Hantar PM kepada ToK_iMaM   Pergi ke ToK_iMaM's Website   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-11-07 17:37


Pada 21-11-07 22:02 , ToK_iMaM posting:

!!! QUOTE !!!

salam..
best baca buku islam dan demokrasi..tulisan tok guru abdul hadi..keluaran pts..

banyak dia terang kat situ


Bagus juga, nanti saya cari... terima kasih atas syor yang diberikan.

Tapi dalam masa yang sama, jangan lupa membaca Demokrasi Sistem Kufur karangan Syeikh Abdul Qadim Zallum...

Kalau nak soft copy nya, maklumkan kepada saya...

Wallahu'alam...


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

Administrator




posticon Posting pada: 22-11-07 19:05


Kenapa lari dari topik asal? janganlah begini...

Bookmark and Share

    


  Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.481062 saat. Lajunya....