Oleh |
Mandi lewat malam, apa implikasinya terhadap kesihatan ? |
permata_hatiku
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.12.2004 Ahli No: 13095
Posting: 147
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 30-10-07 19:13
 ... mungkin saudara atau saudari kat sini dapat memberikan sedikit info tentang keburukan mandi lewat malam.. salam ukhwah...
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 30-10-07 20:09
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 30-10-07 20:10
Dr Ros mana? dia tau jawapan dia...
|
najah_musla
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.09.2006 Ahli No: 26198
Posting: 319
Dari: Gunung Semanggol
|
Posting pada: 30-10-07 20:28
mandi lewat malam ni org yang ada lelah,terus lelah boleh serang dia kalau dia mandi lewat malam
|
smile_roses
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2003 Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 30-10-07 21:03
mandi lewat mlm tak menyebabkn peparu berair.. ana dah ajukn soalan ni pada lecturer... mandi mlm memang tak elok untuk kesihatan, better if nak mandi above 9 pm please take warm bath.. lagipun mlm dah sejuk nak mandi dengan air sejuk macam-macam boleh jadi contohnya selsema,demam..  p/s:ramai yang mandi lewat mlm ek.. ----------------- engkau selalu lupa sedang hatimu tetap lalai padahal umur kian tiada namun dosamu makin bertambah
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 30-10-07 21:23
 , terpulang lah pada lecturer anda  , kan dah sebut itu kata orang-orang tua. Saya menerima saja petua orang-orang tua selagi tidak melanggar syariat  dan saya juga mendengar nasihat doktor dan mereka yang ahli dari perubatan Islam  .
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 30-10-07 21:27
teman teringat satu benda, Alah ilmu dek petua, alah petue dek rasa, alah rasa dek cahaye, alah cahaye dek Allah.... -----------------
|
smile_roses
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2003 Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 30-10-07 21:29
Pada 30-10-07 21:23 , Anak_Pejuang posting:nada macam marah.. afwan.. ana tak bermaksud tolak petua..tak desikit pun niat macam tu  ----------------- engkau selalu lupa sedang hatimu tetap lalai padahal umur kian tiada namun dosamu makin bertambah
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 30-10-07 21:31
kalau sebut pasai petua, Teman memang memegang petua, menggenggam ugame... menjunjung ilmu  -----------------
|
smile_roses
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2003 Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 30-10-07 21:37
Pada 30-10-07 21:31 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! kalau sebut pasai petua, Teman memang memegang petua, menggenggam ugame... menjunjung ilmu 
 .. ana pun tak tolak petua.. ----------------- engkau selalu lupa sedang hatimu tetap lalai padahal umur kian tiada namun dosamu makin bertambah
|
permata_hatiku
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.12.2004 Ahli No: 13095
Posting: 147
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 30-10-07 21:57
Pada 30-10-07 20:09 , Anak_Pejuang posting:!!! QUOTE !!!
Orang tua kata, dah tua nanti paru-paru berair, sakit sendi.
WaLlahua'lam..
ye, saya sedia maklum yang mandi lewat boleh mengakibatkan paru2 berair.. kalau sakit sendi merupakan info terbaru buat saya. Terima kasih, akhi kerana berkongsi info.
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 30-10-07 22:18
tu sebab Kalau suka berkipas saja (sejuk juga itu) nanti lama2 tahu lah apa rasa
|
doktor_kampung
WARGA SETIA Menyertai: 19.05.2003 Ahli No: 505
Posting: 436
Dari: jelapang, ipoh
|
Posting pada: 30-10-07 23:06
ana pun kurang pasti kalau mandi malam ni boleh menyebabkan komplikasi akut atau tidak. cuma dari segi logik perubatan memang ada. bila suhu badan seseorang menjadi terlalu rendah ie mandi malam, ia akan mecetuskan satu keadaan dipanggil hypothermia. jadi akan berlaku pengecutan salur darah untuk kekalkan suhu badan selain dari badan kita menggigil untuk naikkan metabolisma tubuh. dalam proses tu, sedikit air akan ekstravasate dari salur darah ke ruang luar sel eg. paru-paru. tapi kalau orang normal dan sihat, air ni akan diserap semula. mungkin smile_roses boleh komen sikit?  ana pun dah lupa physio ini
|
Hibatullah
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.04.2007 Ahli No: 29793
Posting: 305
Dari: bumi Allah-sumut
|
Posting pada: 31-10-07 04:22
orang tua selalu kata tak elok mandi malam2. dan tak elok untuk kesihatan.
|
atie82
WARGA SETIA Menyertai: 15.12.2004 Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,[email protected]
|
Posting pada: 31-10-07 08:48
 wwt.. Mandi lewat malam, apa implikasinya terhadap kesihatan ? Kalau mandi lewat malam..pagi tu ana mesti demam..kalau immune system lemah, better elakkan mandi malam..BAHAYA Wassalam ----------------- The Light of ALLAH surround Me, The Love of ALLAH Enfolds Me, The presence of ALLAH watches over Me, Whatever I am...ALLAH iS.. [ Telah diedit oleh: atie82 pada 31-10-07 08:49 ]
|
mrbr_2001
Warga 4 Bintang Menyertai: 10.02.2006 Ahli No: 22604
Posting: 169
Dari: Subang Jaya
|
Posting pada: 31-10-07 08:52
kalau mandi sentiasa pakai warm water bagaimana pula... alaa pakai hilter air itu... tak apa kan
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 31-10-07 08:54
Pada 31-10-07 08:52 , mrbr_2001 posting:!!! QUOTE !!! kalau mandi sentiasa pakai warm water bagaimana pula... alaa pakai hilter air itu...
tak apa kan tak tahulah pula..tapi saya dengar kat radio kalau mandi air sejuk boleh bakar lemak dalam badan.. err mungkin sebab dah biasa mandi dengan warm water nanti tak tahanlah mandi air sejuk.. ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
Firdaus15
WARGA SETIA Menyertai: 26.12.2003 Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu
|
Posting pada: 31-10-07 09:56
ni tips dari org tua2 juga... kalau nak mandi jugak malam tanpa menanggung risiko pelbagai penyakit, elok sebelum mandi tu kemam air dalam mulut, mandi dah sudah baru buang air dalam mulut... wallahua'lam
|
atie82
WARGA SETIA Menyertai: 15.12.2004 Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,[email protected]
|
Posting pada: 31-10-07 10:00
Pada 31-10-07 09:56 , Firdaus15 posting:!!! QUOTE !!! ni tips dari org tua2 juga... kalau nak mandi jugak malam tanpa menanggung risiko pelbagai penyakit, elok sebelum mandi tu kemam air dalam mulut, mandi dah sudah baru buang air dalam mulut... wallahua'lam owh ye ke.. setahu ana,kalau kemam air dalam mulut ketika mandi adalah petua untuk melunakkan suara.. Hmm..tak mengapa lah..petua 2 in 1..  ----------------- The Light of ALLAH surround Me, The Love of ALLAH Enfolds Me, The presence of ALLAH watches over Me, Whatever I am...ALLAH iS..
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 31-10-07 10:38
mandi lewat mlm dan tidur tak suka pakai baju,pakaian adalah..baju saja tak suka pakai.....
|
gsrturbo
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.07.2005 Ahli No: 17654
Posting: 251
Dari: Kedah
|
Posting pada: 31-10-07 10:45
the conclusion is, ramai yang tak mandi..hehehe
|
atie82
WARGA SETIA Menyertai: 15.12.2004 Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,[email protected]
|
Posting pada: 31-10-07 10:57
Pada 31-10-07 10:45 , gsrturbo posting:!!! QUOTE !!! the conclusion is, ramai yang tak mandi..hehehe sowee..ana otter sikit ye..ramai yang tak mandi..malam  ----------------- The Light of ALLAH surround Me, The Love of ALLAH Enfolds Me, The presence of ALLAH watches over Me, Whatever I am...ALLAH iS..
|
aidil_firdaus
Warga 2 Bintang Menyertai: 30.10.2007 Ahli No: 31562
Posting: 58
Dari: pahang-putrajaya
|
Posting pada: 31-10-07 10:58
saya pun selalu mandi malam.kadang-kadang malam baru balik dari ofis.tak mandi melekit pulak rasa.tak selesa.lepas ni kena kurangkan mandi malamlah gayanya.
|
trouver_99
WARGA SETIA Menyertai: 01.02.2004 Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang
|
Posting pada: 31-10-07 10:59
kalau mandi time malam,bukan ke degupan jantung macam lemah sikit ke?jadi jantung degup lambat sikit tak betul ke doktor smile_roses? ----------------- = think Islam , think Globally , think Reality = [ Telah diedit oleh: trouver_99 pada 31-10-07 10:59 ]
|
mama_iman
WARGA SETIA Menyertai: 24.09.2007 Ahli No: 31188
Posting: 1558
Dari: Pantai Remis
|
Posting pada: 31-10-07 11:12
copy & paste: KESAN mandi malam & minum ais..PENTING! Assalamu'alaikum wbt... Biarpun Artikel ini panjang tapi amat berguna untuk Kesihatan Kita semua. Setelah saya menulis tentang tapak tangan yang lembap dan basah, ada yang minta penjelasan lanjut secara lebih ilmiah atau secara saintifik mengapakah mandi malam dan minum air batu merosakkan paru-paru. Lebih dahulu saya menjelaskan pengertian sains itu sendiri. Sains menurut kamus oxford ialah satu cabang ilmu pengetahuan yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen untuk membuat rumusan idea, penerangan dan pemahaman terhadap fenomena alam semula jadi. Dan ini pula adalah penjelasan yang lebih menyeluruh mengenai sains di wikipedia. Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru. Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar gelas ini. Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah in ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air. Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esofagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity). Apabila seseorang minum air batu seperti jus apel atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain. Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan bahagian paru- paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi. Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak balas iaitu tapak tangan lembap dan basah. Kajian saintifik ini telah dimantapkan dengan mencari data ujian kes sebenar ke atas sampel-sampel orang yang memang suka minum air batu. Beratus sampel dikaji dan salah seorang pelajar saya akhirnya memilih tajuk yang berkaitan bagi Pr ojek Tahun Akhir beliau. Saya banyak membantu beliau dan pelajar ini juga sebenarnya banyak membantu saya. Salah satu sampel yang menarik dalam kajian saya ini ialah satu hamba Allah saya namakan Mr yang. Mr yang berusia 48 tahun. Seorang ketua jabatan yang tabiaatnya ialah gemar air batu. Biliknya sentiasa berhawa dingin namun yang peliknya ialah tingkap bilik Mr yang sentiasa terbuka agar biliknya tidak sejuk (panas). Mr yang juga gemar berbaju dua lapis atau memakai blazer walaupun cuca agak panas bagi saya. Namun yang paling menggelikan hati saya ialah beliau tidak boleh tidur bersama isteri, alasannya ialah bila tidur dengan isteri, siisteri hendak buka kipas syiling tetapi Mr yang tidak membenarkan kerana sejuk. Bagi mengelakkan pergaduhan, isteri tidur dengan anak-anak dengan membuka kipas sementara Mr yang tidur bersendirian tanpa buka kipas. Bagi makluman pembaca sekelian, Mr yang sudah kena simptom kalah sejuk iaitu antara pelbagai kesan dari masalah paru-parunya. Berikut pula adalah penjelasan bagi kes mandi malam. Pada tahun 1983, saya mula gemar bermain badminton dan budaya ini berterusan sehingga tahun 1998. Selalunya saya main pada waktu malam dan sekembalinya saya akan mandi sebelum tidur. Selalunya saya bermain badminton 2 kali seminggu atau lebih. Saya perhatikan bahawa tapak tangan saya semakin basah semenjak saya bermain badminton. Pada penghujung 1980an arwah guru saya mula mengajarkan ilmu bahawa elakkan mandi malam bagi mengelakkan penyakit paru-paru berair. Saya macam percaya dengan tidak kata-kata guru saya ini kerana maklumlah saya lulusan universiti sedangkan guru saya tidak masuk universiti. Saya tidak menolak atau menerima saranan beliau namun saya menjalankan proses sains iaitu membuat proses pemerhatian untuk mendapatkan keputusan. Bila ada kesempatan ke hospital sewaktu menziarahi rakan atau saudara, saya meluangkan masa berjumpa dengan pesakit yang kena penyakit paru-paru berair. Saya perhatikan pesakit ini ditebuk lubang pada dadanya untuk memasukkan saluran getah kira-kira diameter 5mm. Salur getah ini disambungkan dihujungnya kepada satu beg plastik transparens. Di dalam beg plastik transparens ini terkandung cecair pekat mirip air jus tembikai. Saya mula bertanya kepada pesakit ini tentang penyakitnya serta sejarah hidupnya. Pesakit ini memberitahu saya bahawa beliau kena penyakit paru- paru berair. Setelah berbagai soalan saya ajukan, akhirnya saya dapat satu soalan cepu mas iaitu ada main badminton ke?? Pesakit ini memberitahu saya bahawa ia bermain badminton semenjak belasan tahun hingga usia sekarang iaitu lebih 50 tahun. Ia bermain waktu malam dan selepas bermain beliau akan mandi. Dari proses sains secara membuat pemerhatian ini saya sudah boleh membuat kesimpulan iaitu mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair. Dari satu pemerhatian ini, kajian saya masih belum mantap kerana terdapat pelbagai variable lain yang saya lupa masukkan dalam kajian ini. Dengan itu, saya meneruskan kajian ini kep ada ramai orang lain dan hasilnya menakjubkan. Sememangnya korelasi mandi malam dengan masalah paru-paru adalah tersangat kuat. Dengan ini kesimpulan asal saya adalah tepat dan benar iaitu mandi malam menyebabkan masalah paru-paru seperti paru-paru berair. Pada kira-kira 3 bulan lepas, seorang rakan s ekerja saya yang bakal pencen pada Februari ini telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana masalah paru-paru. Saya bersama beberapa rakan dan Ketua Jabatan datang melawat pesakit ini di HSA. Apabila sampai dan bertemu pesakit ini, kami terus mengajukan apakah sebenarnya penyakit yang dialami rakan sekerja saya ini. Setelah beliau memberitahu beliau menghadapi masalah paru-paru berair, saya terus mengajukan soalan Sipolan, engkau selalu mandi malam ke? . Belum sempat pesakit ini menjawab, isterinya segera mencelah Dia memang selalu mandi malam. Orang dah pesan jangan mandi malam tetapi dia degil terus mandi malam. Kadang-kadang kalau musim panas, dia ni mandi malam dua kali untuk menyejukkan badannya . Sahabat saya diam tersipu-sipu lalu berkata badan dah panas, nak buat apa!. Begitulah kata- kata orang yang degil. Dari penjelasan ringkas saya di sini boleh dirumuskan bahawa: MANDI MALAM DAN MINUM AIR BATU merosakkan paru-paru. Sekian Wassalam Wallahualam. ==================================== Department of English, Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: 603-79675505 Fax: 603-79675456 http://autos.groups.yahoo.com/group/kenarianz/message/157
|
sufti_ilham
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2003 Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL
|
Posting pada: 31-10-07 12:00
bismillahhirrahmanirrahim hem,ana pun selalu sangat mandi lewat malam..lepas tu mulalah semput.. kalau kat rumah selalu kena marah dengan family Kalau mandi lebih dari pukul 8pm.. ----------------- "Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" : At-Thalaq : 3 -( PUAN SUFTI )- [ Telah diedit oleh: sufti_ilham pada 31-10-07 12:01 ]
|
tanpanama
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.09.2005 Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur
|
Posting pada: 31-10-07 12:08
dalam dewan kosmik tahun lepas satu artikel telah di keluarkan bahawa mandi malam tidak menyebabkan paru2 berair. petua orang-orang tua ni boleh di pakai selagi mana tidak bercanggah dengan Agama dan saintifik. sesetengah orang-orang tua mereka cipta petua atas sebab2 tertentu seperti mandi malam akan mendatangkan itu dan ini , mungkin zaman dahulu tidak selamat, kerana kebanyakan orang mandi di sungai, atau pun luar Rumah.lebih-lebih lagi untuk anak2 dara sunti. zaman sekarang ada bilik air sendiri dalam rumah, ada tab mandi dan lain-lain. maka ikutilah peredaran zaman. bukannya bertaqlid buta pada petua orang-orang tua. Wassalam
|
Wuddah
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2007 Ahli No: 29021
Posting: 508
Dari: Chenderong Balai
|
Posting pada: 31-10-07 12:15
 ...betul tu...dah rasa terbukti kat diri sendiri....ana memang tak boleh mandi lebih dari pukul 10 malam kalau tak mesti sekit [email protected] susah nak bernafas...memang dah tinngalkan tabiat tu... tapi tak boleh nak tinggalkan minum air berais...
|
fiera_mz
Warga 4 Bintang Menyertai: 10.10.2007 Ahli No: 31386
Posting: 299
Dari: Sg.Petani
|
Posting pada: 31-10-07 15:30
xberape bagus sebab nanti effect paru2
|
permata_hatiku
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.12.2004 Ahli No: 13095
Posting: 147
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 31-10-07 19:44
Pada 31-10-07 09:56 , Firdaus15 posting:!!! QUOTE !!! ni tips dari org tua2 juga... kalau nak mandi jugak malam tanpa menanggung risiko pelbagai penyakit, elok sebelum mandi tu kemam air dalam mulut, mandi dah sudah baru buang air dalam mulut... wallahua'lam terima kasih kerana sudi berkongsi info.. Ada juda yang mengatakan wandi lewat pukul 9 malam tak mengapa, tapi nasihat daripada nenek saya, mandi lewat memang tak baik untuk kesihatan salam ukhwah...
|
permata_hatiku
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.12.2004 Ahli No: 13095
Posting: 147
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 31-10-07 19:48
Pada 31-10-07 11:12 , mama_iman posting:!!! QUOTE !!! copy & paste: KESAN mandi malam & minum ais..PENTING!
Assalamu'alaikum wbt... Biarpun Artikel ini panjang tapi amat berguna untuk Kesihatan Kita semua.
Setelah saya menulis tentang tapak tangan yang lembap dan basah, ada yang minta penjelasan lanjut secara lebih ilmiah atau secara saintifik mengapakah mandi malam dan minum air batu merosakkan paru-paru.
Lebih dahulu saya menjelaskan pengertian sains itu sendiri. Sains menurut kamus oxford ialah satu cabang ilmu pengetahuan yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen untuk membuat rumusan idea, penerangan dan pemahaman terhadap fenomena alam semula jadi. Dan ini pula adalah penjelasan yang lebih menyeluruh mengenai sains di wikipedia.
Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru. Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar gelas ini. Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah in ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air. Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esofagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity). Apabila seseorang minum air batu seperti jus apel atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang terletak berhampiran
esofagus ini juga menjadi sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain.
Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan bahagian paru- paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.
Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak balas iaitu tapak tangan lembap dan basah. Kajian saintifik ini telah dimantapkan dengan mencari data ujian kes sebenar ke atas sampel-sampel orang yang memang suka minum air batu. Beratus sampel dikaji dan salah seorang pelajar saya akhirnya memilih tajuk yang berkaitan bagi Pr ojek Tahun Akhir beliau. Saya banyak membantu beliau dan pelajar ini juga sebenarnya banyak membantu saya.
Salah satu sampel yang menarik dalam kajian saya ini ialah satu hamba Allah saya namakan Mr yang. Mr yang berusia 48 tahun. Seorang ketua jabatan yang tabiaatnya ialah gemar air batu. Biliknya sentiasa berhawa dingin namun yang peliknya ialah tingkap bilik Mr yang sentiasa terbuka agar biliknya tidak sejuk (panas). Mr yang juga gemar berbaju dua lapis atau memakai blazer walaupun cuca agak panas bagi saya. Namun yang paling menggelikan hati saya ialah beliau tidak boleh tidur bersama isteri, alasannya ialah bila tidur dengan isteri, siisteri hendak buka kipas syiling tetapi Mr yang tidak membenarkan kerana sejuk. Bagi mengelakkan pergaduhan, isteri tidur dengan anak-anak dengan membuka kipas sementara Mr yang tidur bersendirian tanpa buka kipas. Bagi makluman pembaca sekelian, Mr yang sudah kena simptom kalah sejuk iaitu antara pelbagai kesan dari masalah paru-parunya.
Berikut pula adalah penjelasan bagi kes mandi malam. Pada tahun 1983, saya mula gemar bermain badminton dan budaya ini berterusan sehingga tahun 1998. Selalunya saya main pada waktu malam dan sekembalinya saya akan mandi sebelum tidur. Selalunya saya bermain badminton 2 kali seminggu atau lebih. Saya perhatikan bahawa tapak tangan saya semakin basah semenjak saya bermain badminton. Pada penghujung 1980an arwah guru saya mula mengajarkan ilmu bahawa elakkan mandi malam bagi mengelakkan penyakit paru-paru berair. Saya macam percaya dengan tidak kata-kata guru saya ini kerana maklumlah saya lulusan universiti sedangkan guru saya tidak masuk universiti. Saya tidak menolak atau menerima saranan beliau namun saya menjalankan proses sains iaitu membuat proses pemerhatian untuk mendapatkan keputusan. Bila ada kesempatan ke hospital sewaktu menziarahi rakan atau saudara, saya meluangkan masa berjumpa dengan pesakit yang kena penyakit paru-paru berair. Saya perhatikan pesakit ini ditebuk lubang pada dadanya untuk memasukkan saluran getah kira-kira diameter 5mm.
Salur getah ini disambungkan dihujungnya kepada satu beg plastik transparens. Di dalam beg plastik transparens ini terkandung cecair pekat mirip air jus tembikai. Saya mula bertanya kepada pesakit ini tentang penyakitnya serta sejarah hidupnya. Pesakit ini memberitahu saya bahawa beliau kena penyakit paru- paru berair. Setelah berbagai soalan saya ajukan, akhirnya saya dapat satu soalan cepu mas iaitu ada main badminton ke?? Pesakit ini memberitahu saya bahawa ia bermain badminton semenjak belasan tahun hingga usia sekarang iaitu lebih 50 tahun. Ia bermain waktu malam dan selepas bermain beliau akan mandi. Dari proses sains secara membuat pemerhatian ini saya sudah boleh membuat kesimpulan iaitu mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair.
Dari satu pemerhatian ini, kajian saya masih belum mantap kerana terdapat pelbagai variable lain yang saya lupa masukkan dalam kajian ini. Dengan itu, saya meneruskan kajian ini kep ada ramai orang lain dan hasilnya menakjubkan. Sememangnya korelasi mandi malam dengan masalah paru-paru adalah tersangat kuat. Dengan ini kesimpulan asal saya adalah tepat dan benar iaitu mandi malam menyebabkan masalah paru-paru seperti paru-paru berair. Pada kira-kira 3 bulan lepas, seorang rakan s ekerja saya yang bakal pencen pada Februari ini telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana masalah paru-paru. Saya bersama beberapa rakan dan Ketua Jabatan datang melawat pesakit ini di HSA. Apabila sampai dan bertemu pesakit ini, kami terus mengajukan apakah sebenarnya penyakit yang dialami rakan sekerja saya ini. Setelah beliau memberitahu beliau
menghadapi masalah paru-paru berair, saya terus mengajukan soalan Sipolan, engkau selalu mandi malam ke? . Belum sempat pesakit ini menjawab, isterinya segera mencelah Dia memang selalu mandi malam. Orang dah pesan jangan mandi malam tetapi dia degil terus mandi malam. Kadang-kadang kalau musim panas, dia ni mandi malam dua kali untuk menyejukkan badannya . Sahabat saya diam tersipu-sipu lalu berkata badan dah panas, nak buat apa!. Begitulah kata- kata orang yang degil. Dari penjelasan ringkas saya di sini boleh dirumuskan bahawa:
MANDI MALAM DAN MINUM AIR BATU merosakkan paru-paru.
Sekian Wassalam Wallahualam.
==================================== Department of English, Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: 603-79675505 Fax: 603-79675456
http://autos.groups.yahoo.com/group/kenarianz/message/157 kesimpulannya, mandi malam tak baik untuk kesihatan. Terima kasih buat ukhti yang sudi berkonsi info.
|
smile_roses
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2003 Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 31-10-07 20:06
Pada 30-10-07 23:06 , doktor_kampung posting:!!! QUOTE !!! ana pun kurang pasti kalau mandi malam ni boleh menyebabkan komplikasi akut atau tidak. cuma dari segi logik perubatan memang ada. bila suhu badan seseorang menjadi terlalu rendah ie mandi malam, ia akan mecetuskan satu keadaan dipanggil hypothermia. jadi akan berlaku pengecutan salur darah untuk kekalkan suhu badan selain dari badan kita menggigil untuk naikkan metabolisma tubuh. dalam proses tu, sedikit air akan ekstravasate dari salur darah ke ruang luar sel eg. paru-paru. tapi kalau orang normal dan sihat, air ni akan diserap semula. mungkin smile_roses boleh komen sikit? ana pun dah lupa physio ini  wahai en dr_kg.. afwan ana short form sb nak study parasit.. hihi tadi dalam kelas dah pening2 lalat sampai kena gelak dengan lecturer  .. rasanya apa yang en dr kata tu mostly tindakan otak untuk demam.. i think memang ada mempengaruhi tapi if mandi mlm suhu tak banyak berubah.. tak sampai menyebabkn filtration plasma ke interstitial..ana pun tak sure sangat implikasi mandi malam.. insyaAllah ana cuba tanya pensyarah ana esok  ----------------- engkau selalu lupa sedang hatimu tetap lalai padahal umur kian tiada namun dosamu makin bertambah
|
smile_roses
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2003 Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 31-10-07 20:18
Pada 31-10-07 10:59 , trouver_99 posting:!!! QUOTE !!! kalau mandi time malam,bukan ke degupan jantung macam lemah sikit ke?jadi jantung degup lambat sikit
tak betul ke doktor smile_roses?
afwan.. tentang degupan jantung tu ana tak sure tapi setahu ana sistem badan akan berubah if terdesak dengan keadaan yang betul-betul bdan tak bleg tolerate.. rasanya mandi mlm tak turunkn suhu sangat.. afwan nanti ana cuba tanya lecturer ye tentang persoalan ni ----------------- engkau selalu lupa sedang hatimu tetap lalai padahal umur kian tiada namun dosamu makin bertambah
|
doktor_kampung
WARGA SETIA Menyertai: 19.05.2003 Ahli No: 505
Posting: 436
Dari: jelapang, ipoh
|
Posting pada: 31-10-07 23:41
mmm..nak tanya permata_hatiku, dari mana dapat fakta kajian tu ye? ada publish dalam mana-mana jurnal? just nak tau
|
tanpanama
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.09.2005 Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur
|
Posting pada: 31-10-07 23:46
apa autoriti department tu. itu bukan jabatan sains ataupun fakulti perubatan
|
lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA Menyertai: 02.02.2006 Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor
|
Posting pada: 31-10-07 23:57
assalamualaikum.. ana penggemar mandi malam..  lepas itu selalu kena tegur dengan roomate..  wassalam
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 01-11-07 00:01
penulis artikel itu adalah seorang pengkaji, dan dia menggunakan hypothesis dan correlation antara mandi malam dengan ujikaji yang dibuatnya. Penulis tersebut dari Department of English, Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: 603-79675505 Fax: 603-79675456 ----------------- .:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:. http://jarumemas.blogspot.comhttp://jomfaham.blogspot.com[ Telah diedit oleh: Anak_Pejuang pada 01-11-07 08:54 ]
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 01-11-07 01:48
mandi malam ni sama tak dengan mandi awal pagi...??  -----------------
|
nak_jadi_baik
Warga 3 Bintang Menyertai: 14.10.2007 Ahli No: 31409
Posting: 112
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 01-11-07 04:20
a'a lah.. saya selalu mandi pagi.. specially lepas sbuh sebab nanti nak pergi kuliah pg2 lagi.. tak nak lambat sebab brebut tandas dengan houmate.. hehe.. kalau mandi pagi.. menggigilnya lagi teruk dr mandi mlm agaknya..(jarang2 sangat mandi mlm kcuali kelas habis lambat).. bagaimana itu?
|
Firdaus15
WARGA SETIA Menyertai: 26.12.2003 Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu
|
Posting pada: 01-11-07 06:58
Pada 31-10-07 11:12 , mama_iman posting:!!! QUOTE !!! copy & paste: KESAN mandi malam & minum ais..PENTING!
Assalamu'alaikum wbt... Biarpun Artikel ini panjang tapi amat berguna untuk Kesihatan Kita semua.
Setelah saya menulis tentang tapak tangan yang lembap dan basah, ada yang minta penjelasan lanjut secara lebih ilmiah atau secara saintifik mengapakah mandi malam dan minum air batu merosakkan paru-paru.
Lebih dahulu saya menjelaskan pengertian sains itu sendiri. Sains menurut kamus oxford ialah satu cabang ilmu pengetahuan yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen untuk membuat rumusan idea, penerangan dan pemahaman terhadap fenomena alam semula jadi. Dan ini pula adalah penjelasan yang lebih menyeluruh mengenai sains di wikipedia.
Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru. Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar gelas ini. Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah in ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air. Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esofagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity). Apabila seseorang minum air batu seperti jus apel atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang terletak berhampiran
esofagus ini juga menjadi sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain.
Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan bahagian paru- paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.
Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak balas iaitu tapak tangan lembap dan basah. Kajian saintifik ini telah dimantapkan dengan mencari data ujian kes sebenar ke atas sampel-sampel orang yang memang suka minum air batu. Beratus sampel dikaji dan salah seorang pelajar saya akhirnya memilih tajuk yang berkaitan bagi Pr ojek Tahun Akhir beliau. Saya banyak membantu beliau dan pelajar ini juga sebenarnya banyak membantu saya.
Salah satu sampel yang menarik dalam kajian saya ini ialah satu hamba Allah saya namakan Mr yang. Mr yang berusia 48 tahun. Seorang ketua jabatan yang tabiaatnya ialah gemar air batu. Biliknya sentiasa berhawa dingin namun yang peliknya ialah tingkap bilik Mr yang sentiasa terbuka agar biliknya tidak sejuk (panas). Mr yang juga gemar berbaju dua lapis atau memakai blazer walaupun cuca agak panas bagi saya. Namun yang paling menggelikan hati saya ialah beliau tidak boleh tidur bersama isteri, alasannya ialah bila tidur dengan isteri, siisteri hendak buka kipas syiling tetapi Mr yang tidak membenarkan kerana sejuk. Bagi mengelakkan pergaduhan, isteri tidur dengan anak-anak dengan membuka kipas sementara Mr yang tidur bersendirian tanpa buka kipas. Bagi makluman pembaca sekelian, Mr yang sudah kena simptom kalah sejuk iaitu antara pelbagai kesan dari masalah paru-parunya.
Berikut pula adalah penjelasan bagi kes mandi malam. Pada tahun 1983, saya mula gemar bermain badminton dan budaya ini berterusan sehingga tahun 1998. Selalunya saya main pada waktu malam dan sekembalinya saya akan mandi sebelum tidur. Selalunya saya bermain badminton 2 kali seminggu atau lebih. Saya perhatikan bahawa tapak tangan saya semakin basah semenjak saya bermain badminton. Pada penghujung 1980an arwah guru saya mula mengajarkan ilmu bahawa elakkan mandi malam bagi mengelakkan penyakit paru-paru berair. Saya macam percaya dengan tidak kata-kata guru saya ini kerana maklumlah saya lulusan universiti sedangkan guru saya tidak masuk universiti. Saya tidak menolak atau menerima saranan beliau namun saya menjalankan proses sains iaitu membuat proses pemerhatian untuk mendapatkan keputusan. Bila ada kesempatan ke hospital sewaktu menziarahi rakan atau saudara, saya meluangkan masa berjumpa dengan pesakit yang kena penyakit paru-paru berair. Saya perhatikan pesakit ini ditebuk lubang pada dadanya untuk memasukkan saluran getah kira-kira diameter 5mm.
Salur getah ini disambungkan dihujungnya kepada satu beg plastik transparens. Di dalam beg plastik transparens ini terkandung cecair pekat mirip air jus tembikai. Saya mula bertanya kepada pesakit ini tentang penyakitnya serta sejarah hidupnya. Pesakit ini memberitahu saya bahawa beliau kena penyakit paru- paru berair. Setelah berbagai soalan saya ajukan, akhirnya saya dapat satu soalan cepu mas iaitu ada main badminton ke?? Pesakit ini memberitahu saya bahawa ia bermain badminton semenjak belasan tahun hingga usia sekarang iaitu lebih 50 tahun. Ia bermain waktu malam dan selepas bermain beliau akan mandi. Dari proses sains secara membuat pemerhatian ini saya sudah boleh membuat kesimpulan iaitu mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair.
Dari satu pemerhatian ini, kajian saya masih belum mantap kerana terdapat pelbagai variable lain yang saya lupa masukkan dalam kajian ini. Dengan itu, saya meneruskan kajian ini kep ada ramai orang lain dan hasilnya menakjubkan. Sememangnya korelasi mandi malam dengan masalah paru-paru adalah tersangat kuat. Dengan ini kesimpulan asal saya adalah tepat dan benar iaitu mandi malam menyebabkan masalah paru-paru seperti paru-paru berair. Pada kira-kira 3 bulan lepas, seorang rakan s ekerja saya yang bakal pencen pada Februari ini telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana masalah paru-paru. Saya bersama beberapa rakan dan Ketua Jabatan datang melawat pesakit ini di HSA. Apabila sampai dan bertemu pesakit ini, kami terus mengajukan apakah sebenarnya penyakit yang dialami rakan sekerja saya ini. Setelah beliau memberitahu beliau
menghadapi masalah paru-paru berair, saya terus mengajukan soalan Sipolan, engkau selalu mandi malam ke? . Belum sempat pesakit ini menjawab, isterinya segera mencelah Dia memang selalu mandi malam. Orang dah pesan jangan mandi malam tetapi dia degil terus mandi malam. Kadang-kadang kalau musim panas, dia ni mandi malam dua kali untuk menyejukkan badannya . Sahabat saya diam tersipu-sipu lalu berkata badan dah panas, nak buat apa!. Begitulah kata- kata orang yang degil. Dari penjelasan ringkas saya di sini boleh dirumuskan bahawa:
MANDI MALAM DAN MINUM AIR BATU merosakkan paru-paru.
Sekian Wassalam Wallahualam.
==================================== Department of English, Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: 603-79675505 Fax: 603-79675456
http://autos.groups.yahoo.com/group/kenarianz/message/157 ni copy dari laman emjay ini. memang banyak petua2 menarik di laman emjay ini... http://emjayjb.multiply.com/
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 01-11-07 07:02
Petua orang dedulu, nak mandi mula dari bawah... basahkan kaki dulu baru ke atas... sebabnya, memang banyak khasiatnye...
|
mama_iman
WARGA SETIA Menyertai: 24.09.2007 Ahli No: 31188
Posting: 1558
Dari: Pantai Remis
|
Posting pada: 01-11-07 08:28
nabi pun ajar mandi macam tu.. slowly from leg,tak ada lah mengejut sejuknya.. mula dr bawah kalau nak sejukkan badan.. kalau pns kan bdan mula dr atas,sebab tu senaman warming-up mula dr kepala..
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 01-11-07 08:31
mama, kalau ikut senaman yang efektip, ia juga bermula dari bawah sampei ke atas. Senaman sekarang ni semua bermula dari kepala...
|
zulman
 Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 01-11-07 08:35
Pada 01-11-07 07:02 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! Petua orang dedulu, nak mandi mula dari bawah... basahkan kaki dulu baru ke atas... sebabnya, memang banyak khasiatnye... saya pun buat macam tu juga... tapi tak mahu panggil petua.. nak positifkan ia jadi pemuda...  [ Telah diedit oleh: zulman pada 01-11-07 08:36 ]
|
mama_iman
WARGA SETIA Menyertai: 24.09.2007 Ahli No: 31188
Posting: 1558
Dari: Pantai Remis
|
Posting pada: 01-11-07 08:47
dulu saya kat PLKN, jurulatih cakap kalau panaskan badan dr kepala sampai ke kaki step dia.. kalau sejukkan badan mula dr bawah..so lepas habis buat latihan kami akan buat yang dr kaki sampai ke kepala untuk sejukkn badan sprti suhu biasa..
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 01-11-07 09:03
erm... Lain padang, lain belalang Petua orang dedulu ni sungguh baik, tak kira ayo paneh ato sejuk. Ayo akan disiram dari kaki sampei kepala, tujuannya supaya tak terkejut dan menstabilkan suhu... Orang dedulu ada senaman yang dinamekan 'Anak raje turun ke kolam'
|
mas_ayu
WARGA SETIA Menyertai: 30.01.2007 Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:
|
Posting pada: 01-11-07 09:06
kalau mandi malam mesti rasa sakit2 badan..
|
mama_iman
WARGA SETIA Menyertai: 24.09.2007 Ahli No: 31188
Posting: 1558
Dari: Pantai Remis
|
Posting pada: 01-11-07 09:14
betul lah akhi..tak tkejut & stabilkn suhu tu betul..abah naz pun beritahu begitu.. anak raje turun ke kolam?hehe..akhi org lama tau lah benda klasik begitu..apa tu ek..
|
zulman
 Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 01-11-07 10:38
Pada 01-11-07 09:03 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! Orang dedulu ada senaman yang dinamekan 'Anak raje turun ke kolam'
macam mana tu pro Daeng....saya pun tak pernah dengar...maklumlah lain padang....
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 01-11-07 10:49
Pada 01-11-07 10:38 , zulman posting:!!! QUOTE !!! Pada 01-11-07 09:03 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! Orang dedulu ada senaman yang dinamekan 'Anak raje turun ke kolam'
macam mana tu pro Daeng....saya pun tak pernah dengar...maklumlah lain padang....  Sebnonye 'Anak raje turun ke kolam' tu diambil dari protokol anak raje masa nak bersiram. Anak raje akan slow2 turun ke kolam dengan memasukkan kakinye dulu, lepas tu masuk ke kolam dengan slow2 juga. Lepas tu akan merendamkan badan dengan care turun slow2 juga. tujuannya macam yang teman cakap kat atas tu lah. Sekarang protokol berkenaan dah dijadikan senaman. Ianye baik untuk kesihatan dan juga lutut. Baik sekali buat 'Lelaki'  -----------------
|
marsyalaila
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.10.2004 Ahli No: 12102
Posting: 278
Dari: terengganu
|
Posting pada: 01-11-07 11:31
salam... terlanjur menyebut tentang penyakit paru-paru berair ni, saya nak tanya sikit lah, apa simptom2 awal bagi penyakit paru-paru berair ni.. mana-mana dr. atau bakal dr. yang ada kat sini bagi respon sikit boleh..
|
islamic_gil
WARGA SETIA Menyertai: 24.02.2005 Ahli No: 14692
Posting: 427
Dari: SATU KAWASAN DI SATU MASA
|
Posting pada: 01-11-07 11:58
 mandi malam..boleh tapi se-elok2nye sebelum pukul 12 malam k..mungkin ada implikasinye pada setiap individu.bergantungla pada seseorang antibodi mereka boleh terima ke tak air yang sejuk waktu malam..  .tetang apa yang ahli lain cakap tu ada yang betulll. p/s sekadar pandangan... ----------------- don't forget to say THANK YOU ALLAH
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 01-11-07 12:58
Pada 01-11-07 04:20 , nak_jadi_baik posting:!!! QUOTE !!! a'a lah.. saya selalu mandi pagi.. specially lepas sbuh sebab nanti nak pergi kuliah pg2 lagi.. tak nak lambat sebab brebut tandas dengan houmate.. hehe.. kalau mandi pagi.. menggigilnya lagi teruk dr mandi mlm agaknya..(jarang2 sangat mandi mlm kcuali kelas habis lambat).. bagaimana itu? betul ke sunnah nabi mandi sebelum subuh atau dalam sejam selepas subuh? macam pernah dengar di radio..dia cakap kebaikan mandi masa tu air tu boleh meresap baik kulit, nanti boleh bakar lemak ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
permata_hatiku
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.12.2004 Ahli No: 13095
Posting: 147
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 01-11-07 15:56
Pada 31-10-07 23:41 , doktor_kampung posting:!!! QUOTE !!! mmm..nak tanya permata_hatiku, dari mana dapat fakta kajian tu ye? ada publish dalam mana-mana jurnal? just nak tau  fakta kajian yang dikongsi oleh mama_iman dalam ruangan forum ni.
|
smile_roses
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2003 Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 01-11-07 21:14
Assalammualaikum.. ana ada bertanya dengan akhi dr zul-f(senior lagi dr ana).. ni cuma kemungkinan, bila suhu badan sejuk then perubahan pada normal flora pada badan.. bila normal flora berubah bacteria mudah membiak.. salah satu sebab peparu berair adalah infection dr bacteria.. maybe bila selalu sangat mandi mlm, normal flora berubah, bacteria mudah membiak... p/s: maaf if silap..
|
maestra_dila
WARGA SETIA Menyertai: 26.10.2007 Ahli No: 31514
Posting: 404
|
Posting pada: 05-11-07 04:38
buruk juga akibatnya kalau mandi malam, jadi lebih baik kita semua mandi awal..  .
|
kahfi8
WARGA SETIA Menyertai: 19.09.2007 Ahli No: 31129
Posting: 517
Dari: Damansara
|
Posting pada: 05-11-07 06:49
mandi pagi bagaimana pula?ada orang kata sejuk, saya ok saja.. watever, saya tidur memang tak pasang kipas kuat2 kecuali banyak nyamuk, itupun letak bntal atas dada supaya tak sejuk sangat, risau kena paru2 berair 2..
|
miledi
WARGA SETIA Menyertai: 28.07.2006 Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng
|
Posting pada: 05-11-07 11:46
ada jugak dengar tentang mandi yang mula dr kaki....tapi apa pun ana memang takkan mandi kalau cuaca sejuk...tak tahan sejuk..ehehe....lain lah kalau mandi pagi..tu dah kira wajib lah....ana pun selalu juga kena mrah kalau mandi lewat malan..selalunya mak ayah tak benarkan....lain lah kalau terpaksa dgt mandi...lap2 saja dengan tuala basah..tu dah cukup..tak payah mandi lagi..
|
fatimah-azzahra
Warga 3 Bintang Menyertai: 04.08.2006 Ahli No: 25632
Posting: 113
|
Posting pada: 05-11-07 12:41
saya suka mandi malam2..hehheh bahaya rupanya tak nak buat dah pas ini time ksah atas info
|
smile_roses
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2003 Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 18-01-08 13:54
Assalammualaikum actually macam ni, peparu berair bukan disebabkan mandi malam tapi sebenarnya bila dah kena peparu berair lebih baik elakkan mandi malam  ~harap-harap jelas ye~
|
kakisamun
WARGA SETIA Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku
|
Posting pada: 18-01-08 16:04
Pada 18-01-08 13:54 , smile_roses posting:!!! QUOTE !!! Assalammualaikum actually macam ni, peparu berair bukan disebabkan mandi malam tapi sebenarnya bila dah kena peparu berair lebih baik elakkan mandi malam 
~harap-harap jelas ye~ .. terima kasih cik doktor..
|
niza_ati
WARGA SETIA Menyertai: 17.12.2004 Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor
|
Posting pada: 18-01-08 16:08
tak suka mandi lewat mlm..biasanya sebelum kul8..tapi lately ni terpaksa lah...BBBBZZZZZZZZZZZZZZ...memanjang....... -----------------  cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku
|
arebie
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.03.2006 Ahli No: 23558
Posting: 207
Dari: bp ------> kl
|
Posting pada: 18-01-08 16:51
agak-agak da mlm sangat terus tak mandi hehehe tunggu sok pagi nya
|
Ninja85
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.10.2007 Ahli No: 31536
Posting: 218
Dari: kelantan
|
Posting pada: 18-01-08 16:58
salam, biasa sya mndi before magrib, ada jugak mndi malam-malam, tapi kadang-kadang saja.
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 18-01-08 17:48
hav a bath late in the night...and bathing in the night....??? hmm....same or similar...????
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 18-01-08 17:59
lewat malam dan malam.... tak sama rasanya... lewat malam rasanya jam 11.00pm-2/3am... hmm... orang kata kalau mandi awal pagi, bagus... selain seperti yang teman2 katakan di atas... ianya juga dapat djdkan sebagai saah satu awet muda... tpai kalau dah tua baru nak amalkan... tak dapek den nak nolong eh.... makna kata awal pagi di sini... waktu2 sebelum kita buat solat sunat malam... p/s: kalau ayo perigi... lagi malam, lagi panas... bila pepagi... uisshh... kemain lagi sejuknya... supaya tak ngantuk bila ngadapNYA... nak gali perigilah....
|
wardiah_alwani
Warga 5 Bintang Menyertai: 09.04.2004 Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu
|
Posting pada: 18-01-08 20:29
Pada 30-10-07 20:09 , Anak_Pejuang posting:!!! QUOTE !!!
Orang tua kata, dah tua nanti paru-paru berair, sakit sendi.
WaLlahua'lam..
betullah...macam pernah dengar jugak... ----------------- :::never stop trying because at the end of the tunnel there's a light-j.j palomo:::
|
faizatul
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.02.2007 Ahli No: 28760
Posting: 122
Dari: KL
|
Posting pada: 18-01-08 22:37
kalau mandi malam-malam pas 2 basuh rambut senang kena sakit kepala.......ni sebab dah ada pengalaman,huhuhuhuhu..........
|
kakisamun
WARGA SETIA Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku
|
Posting pada: 18-01-08 23:08
.. kalau mandi malam nanti bulu ketiak akan basah.. jadi kalau tak hendak bulu ketiak basah.. tak payah lah mandi mlm.. tapi kalau dah ketiak dah hangit bau bawang.. bawak2 lah mandi malam ye  ..adehh..
|
Ustadz
WARGA SETIA Menyertai: 30.06.2006 Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing
|
Posting pada: 19-01-08 08:37
salam..ana ada sahabat yang ada amalan mandi malam,maksud mandi malam tu adalah mandi atas pukul sepuluh..dan asbab mandi malam tu dia kena radang paru-paru dan telah menjalani rawatan dan telah pulih dengan zat Allah..
|
Ustadz
WARGA SETIA Menyertai: 30.06.2006 Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing
|
Posting pada: 19-01-08 08:40
eloklah bertanya pada pakar,doktor atau orang yang mempunyai pengalaman..
|
sofea_hanzalah
Warga 1 Bintang Menyertai: 13.01.2008 Ahli No: 32302
Posting: 27
Dari: penang
|
Posting pada: 19-01-08 10:23
pernah saya terdengar atau saya ada terbaca,,saya pun tak ingat kat mana saya dapat info ni...tapi,yang saya dapat tahu mandi malam yakni dalam jangka masa sebelum pukul 12 mlm,tak elok,memudaratkan kesihatan seperti paru-paru berair...tapi,kalau lebih pukul 12 mlm ke atas,elok pula untuk kesihatan...sya pun tak tahu batul ke tidak,,,saya pernah berbincang perkara ini dengan kawan-kawan...mereka semua bangkang...komen yang biasa dan selalu didengar...mandi malam kena paru-paru berair nanti...malam, tak kira lah pukul berapa asalkan gelap....he he...TUHAN saja yang tahu...
|
hudahaida
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.01.2008 Ahli No: 32255
Posting: 128
Dari: dunia
|
Posting pada: 19-01-08 20:52
dr pengalaman sendiri..huhuhu..boleh sbbkn paru2 berair tau..nanti mulalh rasa susah nak bernafas.. lagipun memang xbagus mndi lepas maghrib..sebaik-baik nya sebelum pukul 7..ini apa yang sya baca dr salah satu buku kesihatan lah.. Sekadar berkongsi
|