Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-02-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Ketahuilah kiranya kebahagiaan orang yang dikuasai oleh kemalasan, maka beratlah mereka untuk berjuang, berlatih dan bekerja untuk sucikan diri dan akhlak."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: sarashanee
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43127

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 24
Ahli: 0
Jumlah: 24




  Yang Masuk Ke Sini
sarashanee: 4 hari yang lalu
CikIzzah1992: 6 hari yang lalu
Qiamulail: 22 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Perlis pengamal mazhab Syafii tulen


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Perlis pengamal mazhab Syafii tulen

Please Mendaftar To Post


Oleh Perlis pengamal mazhab Syafii tulen

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 28-10-07 12:20


MUKADIMAH

PERBINCANGAN mengenai mazhab di negara ini sentiasa mendapat perhatian masyarakat. Sebarang cubaan memperkenal atau memperbetulkan perkara yang sejak turun-temurun diamalkan mempunyai risiko yang besar.

Begitulah yang berlaku kepada Perlis. Sebuah negeri paling kecil di Semenanjung Malaysia tetapi sering mendahului dalam segi membuat tajdid (pembaharuan) terutama dalam bab munakahat.

Ini bukanlah sesuatu yang asing memandangkan kedudukannya sebagai negeri paling hujung di utara semenanjung menjadikan ia persinggahan kepada pasangan yang mahu bernikah di sempadan Thailand. Ini menyebabkan Perlis meminda beberapa enakmen syariah bagi memudahkan pasangan berkahwin di negeri ini untuk membendung pernikahan di negara jiran.

Dalam masa yang sama, Perlis juga unik kerana tidak mempraktikkan beberapa amalan yang sudah sebati dengan masyarakat bermazhab Syafii di kebanyakan negeri. Antaranya, tidak membaca bismillah secara jahar (kuat) pada al-fatihah, tidak membaca qunut pada solat subuh, tidak ada tahlil dan talkin. Perbezaan ini menyebabkan ada pihak menuduh Perlis mengamalkan fahaman wahhabi.

Kepada wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan JOHARI SHAWAL, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menjawab pelbagai persoalan mengenai persepsi masyarakat yang mengaitkan negeri ini dengan fahaman wahhabi.

Dalam pertemuan di pejabatnya di Kangar, Khamis lalu, beliau dengan tegas memberitahu, “Saya dan Perlis adalah pengamal mazhab Syafii yang tulen.”

Beliau juga mempelawa pihak yang membuat tuduhan sedemikian akan bermuzakarah dengan para ulama Ahli Sunah waljamaah untuk mengenal pasti benarkah Perlis mengamalkan fahaman sedemikian?

“Perlis tidak pernah bimbang untuk bermuzakarah dengan sesiapa pun dalam bab agama. Kalau ada undang-undang Perlis yang dikatakan menyeleweng dari al-Quran dan sunah, tunjukkan kepada saya supaya saya boleh membuangnya serta-merta. Tetapi kalau ada amalan salah yang diguna pakai di tempat lain, saya ingin betulkan,” tegas beliau.

MINGGUAN: Tuduhan yang acapkali kedengaran ialah Perlis mengamalkan fahaman wahhabi. Adakah ia berasas Datuk Seri?

SHAHIDAN: Pasal Wahhabi ini, ia hanya diuar-uarkan oleh dua pihak. Kami di Perlis tidak tahu-menahu bahawa kami wahhabi. Yang kami tahu kami Ahli Sunah waljamaah dari segi akidahnya dan dalam fikah kami tidak terikat dengan hanya satu mazhab.

Dalam erti kata lain, kami bersifat terbuka mengambil manfaat ilmu daripada semua tokoh Ahli Sunah waljamaah tanpa taksub kepada satu-satu mazhab. Kami hormati kesarjanaan dan keilmuan semua tokoh ulama. Ini yang dituntut dalam Islam

Oleh itu, saya ingin bertanya apakah fahaman wahhabi itu? Adakah ia sesat dan terkeluar daripada Ahli Sunah waljamaah?

Masyarakat Islam di Malaysia jangan jumud, cubalah berfikiran terbuka. Wahhabi ini diasaskan oleh Imam Muhammad Abdul wahab at-Tamimi (1703-1791M) yang lahir di Uyaynah, utara Riyadh, Arab Saudi.

Beliau adalah ulama yang berpegang kepada aliran Imam Ahmad Ibn Hanbal iaitu salah satu mazhab yang diiktiraf di bawah Ahli Sunah waljamaah. Gerakan ini adalah gerakan jihad untuk membersih dan mengembalikan umat Islam kepada ajaran sebenar al-Quran dan hadis. Sebabnya pada masa itu, umat Islam di situ banyak melakukan pencemaran akidah dan penyelewengan amalan keislaman serta percaya kepada perkara khurafat dan melakukan amalan bidaah.

Perlis adalah negeri yang berpegang kepada al-Quran dan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Apa yang cuba kita buat ialah membersihkan segala amalan yang bidaah (melakukan perkara baru dalam agama yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan para tabiin).

Bagi kita di Perlis, hatta dalam ibadat pun tidak ada bidaah hasanah (baik).


Ada juga tuduhan mengatakan Datuk Seri juga adalah wahhabi?

SHAHIDAN: Saya ingin menjelaskan bahawa saya sebagai pemimpin kecil di Perlis, dan negeri ini adalah pengikut Imam Syafii yang tulen, bukan wahhabi. Saya menjadikan buku Manhaj ‘Aqidah tulisan Imam as-Syafii sebagai rujukan.

Malah, Perlembagaan Negeri Perlis juga menetapkan bahawa Duli Yang Mulia Raja, Menteri Besar, Penasihat Undang-undang, ahli exco, mufti, Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua Hakim Syarie dan Pengarah Jabatan Agama berpegang kepada pegangan Ahli Sunah waljamaah. Selepas ini, saya nak perluaskan skopnya kepada semua Jawatankuasa Bahagian UMNO Perlis.

Perlis ialah negeri Sunah waljamaah. Rujukan kami adalah sumber asli imam-imam Ahli Sunah, al-Quran dan al-hadis. Itulah jalan nabi dan para sahabat.

Tetapi Kenapa di Perlis tidak ada amalan membaca Yasin setiap malam Jumaat, tidak ada talkin, tidak ada tahlil arwah dan tidak ada qunut semasa solat subuh?

SHAHIDAN: Sebabnya Rasulullah tidak berbuat demikian. Kalau nak baca Yasin bacalah tetapi Kenapa dikhususkan malam Jumaat sahaja. Talkin yang diajar oleh Nabi Muhammad ialah talkin sebelum mati iaitu ketika orang itu sedang nazak.

Tahlil arwah pula adakah kita pasti bahawa semua yang hadir itu bacaan fatihahnya betul. Jika bacaannya salah tidakkah mereka menyedekahkan dosa kepada arwah yang berkenaan?

Demikian juga amalan berdoa beramai-ramai selepas solat. Ini tidak dilakukan oleh baginda s.a.w. Bukan maksudnya tidak boleh berdoa tetapi buatlah secara bersendirian. Lagipun dikhuatiri doa oleh imam yang dibaca secara jahar (kuat) itu boleh mengganggu jemaah lain yang masih solat. Bukankah itu lebih besar dosanya berbanding manfaat membaca doa beramai-ramai?

Islam tidak meletakkan wakil untuk kita berdoa kepada Allah sebagaimana beberapa agama lain. Setiap daripada kita disuruh memohon kepada Allah sebagaimana maksud firman-Nya, berdoalah nescaya aku perkenankan.

Bagaimanapun, tidak pula salah jika orang itu seorang alim lagi warak. Bolehlah kita minta pertolongannya untuk sama-sama berdoa dengan kita.

Masalah utama dalam masyarakat kita ialah budaya tokok tambah. Inilah yang berlaku selepas zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang membina Kaabah. Hasil tokok tambah selepas peninggalan baginda berdua, akhirnya di kiri dan kanan Kaabah dipenuhi dengan berhala yang besar-besar.

Malah dalam ibadat tawaf pun telah ditokok tambah iaitu bertawaf secara berbogel iaitu lelaki waktu siang dan wanita waktu malam. Tokok tambah beginilah yang merosakkan agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim. Sebab itu kita mempertahankan yang asli. Barangan asli sepatutnya menjadi pilihan utama setiap orang. Maka kita dalam solat dan ibadat khusus yang lain sentiasa mempelajarinya secara berdalil, bukan sekadar ikut-ikutan.

Tetapi bukankah ada hadis yang menyebut ulama itu adalah pewaris Nabi (riwayat Abu Daud). Jadi sudah tentu, apa yang dilakukan oleh ulama boleh diamalkan oleh masyarakat?

SHAHIDAN: Kita kena tengok dulu apa jenisnya ulama itu. Kalau ulama suuk (jahat) takkan kita nak ikut mereka. Adakah kita mahu mengikut Ayatollah Khomeini iaitu ulama Syiah atau yang memalsukan hadis seperti Abdullah bin Sabak?

Kalau ulama itu sentiasa bercakap baik dan sentiasa mematuhi perintah Allah dan rasul-Nya, maka barulah boleh kita mengikut mereka dan wajar diberi gelaran ulama pewaris nabi.

Ulama pewaris nabi ialah ulama yang mengikut Rasulullah. Jika mereka mengubah ajaran baginda, mereka tidak layak digelar pewaris.

Jika ulama ingin mewarisi nabi mereka mesti benar-benar mengambil apa yang diwarisi oleh baginda bukan mengada-adakan yang baru.

Kepada pihak yang terus-menerus menuduh Perlis mengamalkan wahhabi, apa nasihat Datuk Seri?

SHAHIDAN: Kepada golongan tersebut, saya dengan rendah diri menjemput mereka bermuzakarah bagi mencari penyelesaian dalam isu ini. Perlis tidak pernah bimbang untuk bermuzakarah dengan sesiapa pun dalam bab agama.

Kalau ada undang-undang Perlis yang dikatakan menyeleweng dari al-Quran dan sunah, tunjukkan kepada saya supaya saya boleh membuangnya serta-merta. Tetapi kalau ada amalan salah yang diguna pakai di tempat lain, saya ingin betulkan.

Cuma kalau amalan kita yang dikatakan wahhabi itu betul mengikut Ahli Sunah tidak mengapalah. Jangan semuanya dicerca.

Keilmuan di Perlis terbuka sesuai dengan prinsip negeri ini. Kita mementingkan dalil. Dalam Majlis Fatwa Negeri pun cuma ada tiga orang Perlis, Mufti Perlis sendiri adalah orang Pulau Pinang. Yang lainnya dianggotai oleh ulama dari seluruh negara.

Bagi saya orang yang ada ilmu yang digelar ulama jangan jumud dan cengih. Malah, saya juga bercadang membawa para mufti negeri lain ke Iran supaya mereka boleh melihat beberapa persamaan amalan masyarakat negeri lain dengan golongan syiah di sana.

Jangan pula kita mengguna pakai hadis-hadis secara sewenang-wenangnya tanpa merujuk kepada perawi dan martabat hadis berkenaan.

Adalah cukup malang apabila ada yang menggunakan hadis tentang anak yang menziarahi kubur ibu bapa pada hari Jumaat dan membaca Yasin akan terhapuslah dosa ibu bapa tersebut dalam penulisan menerusi akhbar. Hadis ini bukan hadis daif tetapi palsu. Sepatutnya ia tidak boleh dipakai langsung sebagai hujah kepada mana-mana ibadat.

Adakah ini bermakna menziarahi kubur juga dilarang?

SHAHIDAN: Perlis menggalakkan orang menziarahi kubur. Tetapi mesti menurut adab yang diajar olah baginda. Perlis tidak membaca al-Quran atas kubur sebaliknya kita menyuruh berdoa dengan ikhlas. Sebabnya, Rasulullah ada bersabda, Janganlah engkau menjadikan rumah-rumah kamu seperti kubur kerana tidak dibacakan al-Quran.

Maksudnya, Rasulullah melarang kita membaca al-Quran di kubur. Apa yang patut dibuat oleh waris terutama anak-anak di situ ialah berdoa.

Pelbagai kelonggaran dalam bab nikah kahwin di Perlis seolah-olah tidak seiring dengan negeri lain di Malaysia. Ini termasuklah dalam bab wali ingkar. Adakah ia bertujuan begitu?

SHAHIDAN: Perlis tidak memperkenalkan undang-undang syariah yang baru. Kita hanya umumkan pindaan undang-undang. Ia memasukkan perenggan baru selepas perkara 13(b) menyebut, “Dengan syarat bahawa dalam hal di mana wali yang telah enggan memberi persetujuan dengan tiada sebab yang syarie, Hakim Syariah boleh, selepas berpuas hati dan difikirkan patut, memberikan persetujuannya jika penyiasatan itu tertangguh sebanyak dua kali.”

Kita tidak pernah mengatakan wanita di Perlis boleh bernikah tanpa wali. Undang-undang ini pun telah diguna pakai di negeri-negeri lain termasuk juga di Perlis. Cuma ia tidak menyebutkan tempohnya. Kita jangan ingat anak gadis kita yang berumur 17 tahun sekarang akan berumur 17 tahun juga dalam tempoh 30 tahun akan datang.

Pada masa yang sama, mahkamah akan memastikan wujud keadilan. Jika bakal pengantin lelaki itu bermasalah menghidap Hiv/Aids atau bakal isterinya doktor tetapi bakal suami penagih, sudah pasti kita akan menyebelahi wali.

Tetapi kalau bakal isterinya doktor dan bakal suami pemandu, ini kita akan benarkan mereka bernikah walaupun jika walinya ingkar. Apa yang kita buat ialah mempermudahkan jalan kepada perkara-perkara yang halal.

Demikian juga dalam bab fasakh (membatalkan perkahwinan). Ada negeri yang ambil masa sampai lima tahun untuk dapat keputusan permohonan isteri mendapat fasakh. Kita di Perlis membuat pindaan kepada enakmen ini menurut subseksyen 52(4) di mana, “Walau apa jua peruntukan sebelumnya dalam seksyen ini, mahkamah boleh selepas berpuas hati dengan permohonan dalam subseksyen (1) dan difikirkan adil dan patut, membuat satu perintah jika permohonan itu telah tertangguh pendengarannya sebanyak dua kali.”

Dengan kata lain, undang-undang nikah kahwin kita adalah yang paling membela wanita. Dalam menuntut fasakh, masa yang diberi tidak sampai pun empat bulan. Selepas dua kali kita memanggil suami jika mereka enggan hadir di mahkamah, maka mahkamah boleh memutuskan permohonan isteri berkenaan.

Sepatutnya, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat Jalil gembira dengan Perlis kerana kita membela nasib wanita.

Ada juga dakwaan yang Perlis terlalu mudah meluluskan permohonan perkahwinan termasuk untuk poligami. Benarkah?

SHAHIDAN: Perlis pejuang hak lelaki dan wanita secara adil menurut Islam. Kita memudahkan perkara yang halal sebab perkara haram terlalu banyak. Jika kita menyusahkan perkara halal, nanti orang memilih yang haram. Cuma tentu semua perkara ada peraturannya. Insya-Allah jika kita teliti dengan insaf, kita akan dapati peraturan di Perlis ini adil untuk semua. Jangan emosi dan tenggelam dengan sentimen. Dengar dan teliti dahulu.

Terdapat juga cakap-cakap mengatakan Perlis menuduh mereka yang mengamalkan tahlil, talkin dan menyambut peristiwa besar seperti Maulidur Rasul sebagai bidaah. Apa komen Datuk Seri?

SHAHIDAN: Kita tidak pernah melemparkan kata-kata sedemikian. Perlis tidak kata pun perbuatan tersebut bidaah secara membabi buta.

Sebaliknya kita menjelaskan pandangan secara ilmiah. Kita tidak menghukum pembuat, sebaliknya hanya mempertikaikan amalan.

Tak bolehlah semua yang kurang baik itu dituduh Perlis memulakannya. Dalam masa yang sama, kita lupa ada pihak tertentu menuduh Perlis yang bukan-bukan. Mengapa mereka tidak dipertikaikan?

Melihatkan kepada perkembangan semasa dan juga dengan mufti muda yang lantang mengajak kepada mengikut amalan Islam sebenar, adakah Perlis bersedia menerajui gelombang tajdid (pembaharuan) di Malaysia?

SHAHIDAN: Penerimaan rakyat di seluruh negara begitu baik sekarang. Begitu menghormati Perlis dan menghulurkan persahabatan dan sumbangan, alhamdulillah baik yang muslim mahupun yang bukan muslim.

Itulah harapan kita. Sebabnya, Islam itu mudah, jadi jangan buat payah tetapi jangan pula kita ambil mudah. Jika umat Islam mahu maju kita kena ikut al-Quran dan sunah.

Memang kita menyedari bahawa setiap pembaharuan itu akan ada yang menentang. Hal ini adalah sunatullah. Ia bukan baru malah turut berlaku ke atas ulama-ulama besar zaman silam. Antaranya Imam Syafii sendiri, Imam Bukhari dan Imam Ahmad Ibn Hanbal yang dipenjarakan sehingga beliau wafat. Para penentang itu pula bukanlah orang sembarangan. Mereka juga adalah golongan yang memahami agama.

Golongan mualaf juga ramai yang memilih Perlis untuk mengucap dua kalimah syahadah. Antara lain sebabnya, kita benarkan mereka mengekalkan nama asal selepas memeluk Islam. Selain itu, kita juga permudahkan urusan memeluk Islam tidak perlu goncang-goncang tangan semasa mengucap.

Sepatutnya, negeri-negeri lain menyokong usaha dakwah oleh para pendakwah Perlis yang kadang- kadang berceramah di luar Perlis. Ini tidak, sebaliknya ada arahan oleh negeri tertentu supaya tidak dibenarkan pendakwah dari negeri ini berceramah di tempat mereka.

Jadi, apakah pendekatan yang akan diambil oleh Perlis dalam menjayakan misi ini?

SHAHIDAN: Kita akan mengamalkan pendekatan yang lemah-lembut dan berkasih sayang sesama manusia (hablum minannas). Ini memerlukan kepada penglibatan golongan ulil-amri atau pemerintah untuk merealisasikannya.

Pada masa yang sama kita ingin membangkitkan semangat jihad di kalangan umat Islam. Lihatlah semangat yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar al-Khattab yang masih memimpin tentera berperang pada usia 76 tahun.

Kita juga akan meningkatkan lagi kegiatan dakwah dan memperhebatkan muzakarah termasuk dengan parti pembangkang. Islam bukan eksklusif untuk mana-mana parti sebaliknya ia adalah hak bersama. Sebab itu, kini UMNO dilihat lebih ke hadapan dalam memperjuangkan Islam lebih-lebih lagi di bawah kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Semua orang Islam berhak membicarakannya untuk mencari ajaran Islam yang sebenar sebagaimana dituntut oleh al-Quran dan sunah Rasulullah. Jangan kita emosi dalam soal agama sebaliknya hendaklah berpegang kepada yang hak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

raudhatulmardhiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 140
Posting: 262
Dari: Kluang, Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-10-07 08:43


BANYAK KEKELIRUAN & KENYATAAN yang SALING BERTENTANGAN DI DALAMNYA:

Dalam pertemuan di pejabatnya di Kangar, Khamis lalu, beliau dengan tegas memberitahu, “Saya dan Perlis adalah pengamal mazhab Syafii yang tulen.”

Beliau juga mempelawa pihak yang membuat tuduhan sedemikian akan bermuzakarah dengan para ulama Ahli Sunah waljamaah untuk mengenal pasti benarkah Perlis mengamalkan fahaman sedemikian?
“Perlis tidak pernah bimbang untuk bermuzakarah dengan sesiapa pun dalam bab agama. Kalau ada undang-undang Perlis yang dikatakan menyeleweng dari al-Quran dan sunah, tunjukkan kepada saya supaya saya boleh membuangnya serta-merta. Tetapi kalau ada amalan salah yang diguna pakai di tempat lain, saya ingin betulkan,” tegas beliau.

MINGGUAN: Tuduhan yang acapkali kedengaran ialah Perlis mengamalkan fahaman wahhabi. Adakah ia berasas Datuk Seri?

SHAHIDAN: Pasal Wahhabi ini, ia hanya diuar-uarkan oleh dua pihak. Kami di Perlis tidak tahu-menahu bahawa kami wahhabi. Yang kami tahu kami Ahli Sunah waljamaah dari segi akidahnya dan dalam fikah kami tidak terikat dengan hanya satu mazhab.

Dalam erti kata lain, kami bersifat terbuka mengambil manfaat ilmu daripada semua tokoh Ahli Sunah waljamaah tanpa taksub kepada satu-satu mazhab. (TADI BELIAU KATA: SAYA DAN PERLIS ADALAH PENGAMAL MAZHAB SYAFI'I TULEN) Kami hormati kesarjanaan dan keilmuan semua tokoh ulama. Ini yang dituntut dalam Islam

Oleh itu, saya ingin bertanya apakah fahaman wahhabi itu? Adakah ia sesat dan terkeluar daripada Ahli Sunah waljamaah?

Masyarakat Islam di Malaysia jangan jumud, cubalah berfikiran terbuka. Wahhabi ini diasaskan oleh Imam Muhammad Abdul wahab at-Tamimi (1703-1791M) yang lahir di Uyaynah, utara Riyadh, Arab Saudi. (TADI BELIAU KATA: KAMI DI PERLIS TIDAK TAHU MENAHU BAHAWA KAMI WAHABI)

Beliau adalah ulama yang berpegang kepada aliran Imam Ahmad Ibn Hanbal iaitu salah satu mazhab yang diiktiraf di bawah Ahli Sunah waljamaah. (TADI BELIAU KATA: SAYA DAN PERLIS ADALAH PENGAMAL MAZHAB SYAFI'I TULEN) Gerakan ini adalah gerakan jihad untuk membersih dan mengembalikan umat Islam kepada ajaran sebenar al-Quran dan hadis. Sebabnya pada masa itu, umat Islam di situ banyak melakukan pencemaran akidah dan penyelewengan amalan keislaman serta percaya kepada perkara khurafat dan melakukan amalan bidaah.

Perlis adalah negeri yang berpegang kepada al-Quran dan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Apa yang cuba kita buat ialah membersihkan segala amalan yang bidaah (melakukan perkara baru dalam agama yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan para tabiin).

Bagi kita di Perlis, hatta dalam ibadat pun tidak ada bidaah hasanah (baik).
(TADI BELIAU KATA: KAMI DI PERLIS TIDAK TAHU MENAHU BAHAWA KAMI WAHABI. HAKIKATNYA RAMAI RAKYAT PERLIS yang MENENTANG KENYATAAN INI. SELIDIKLAH SEBAIKNYA.)

Ada juga tuduhan mengatakan Datuk Seri juga adalah wahhabi?

SHAHIDAN: Saya ingin menjelaskan bahawa saya sebagai pemimpin kecil di Perlis, dan negeri ini adalah pengikut Imam Syafii yang tulen, bukan wahhabi (TADI BELIAU KATA: WAHHABI INI DIASASKAN OLEH IMAM MUHAMMAD ABDUL WAHAB...............ADA BIDAH HASANAH (BAIK).
BELIAU JUGA KATA: KAMI BERSIFAT TERBUKA.....TANPA TAKSUB kepada satu-satu MAZHAB)

ALLAHUA'LAM.
CUKUP SETAKAT ITU.
ALLAH ITU AL-HAQ,
HANYA DIA yang BERKUASA MEMBOLAK-BALIK HATI MANUSIA.

Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhatulmardhiahProfil   Hantar PM kepada raudhatulmardhiah   Pergi ke raudhatulmardhiah's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-10-07 09:10


MB dengan Mufti nya sama saja.... cakap putar belit.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

jubah_hijau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-10-07 09:14


Pada 29-10-07 09:10 , aye posting:

!!! QUOTE !!!

MB dengan Mufti nya sama saja.... cakap putar belit.....


relax....ana paham perasaan enta...ana pun sebaris dengan enta jugak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jubah_hijauProfil   Hantar PM kepada jubah_hijau   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-10-07 09:45


Kata Mufti perlis:
"Di dalam sejarah Islam, DIDALAM HADIS TIDAK MENUNJUKKAN NABI BERTINDAK MEMBUNUH MEREKA (orang murtad). Ini MUNGKIN boleh dibuat suatu penilaian bahawasanya orang murtad ini adakah mesti dihukum mati ataupun menghukum mati orang yang murtad ialah tindakan pemerintah dengan PILIHANNYA iaitu takzir. Takzir ini : pemerintah samaada nak jatuhkan (bunuh si murtad) pun boleh, TAK NAK JATUHKAN PUN BOLEH. maka ada dalam islam aliran yang menganggap bahawasanya pahaman seperti Ibrahim An-Nakhai'e menganggap bahasawanya orang murtad selagi dia tidak menggungat kestabilan masyarakat Islam, tak mengisytiharkan murtadnya DIA TIDAK DIHUKUM MATI BAHKAN DIBIARKAN. Kerana Nabi pernah membiarkan (tidak bunuh) orang-orang yang menghina baginda PATUTNYA DIJATUHKAN HUKUMAN MATI....".

Mufti perlis kata lagi:
Saya tidak mahu bincang panjang masaalah undang-undang murtad. Samaada jatuh hukuman mati ataupun tidak. Kalau kita kata mati pun tuan-tuan TAK BOLEH buat apa. tak mati pun dah memang dia tak mati dah...(ketawa ha ha ha)".

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-10-07 10:25


Cakap politik camtuhla, dah ada persatuan ulamak malaysia, dia nak buat pulak persatuan ulamak sunnah.

Jika benar MAZHAB SYAFI'E TULIN mengapa disanggah tahlil, talqin, qunut?

!!! QUOTE !!!

Terdapat juga cakap-cakap mengatakan Perlis menuduh mereka yang mengamalkan tahlil, talkin dan menyambut peristiwa besar seperti Maulidur Rasul sebagai bidaah. Apa komen Datuk Seri?

SHAHIDAN: Kita tidak pernah melemparkan kata-kata sedemikian.


KENDIAN DIA CAKAP

!!! QUOTE !!!

Perlis tidak kata pun perbuatan tersebut bidaah secara membabi buta.Sebaliknya kita menjelaskan pandangan secara ilmiah. Kita tidak menghukum pembuat, sebaliknya hanya mempertikaikan amalan.


Tidak menghukum pembuat? Dah amalan ibadah tersebut dikata sebagai bid'ah, apa lagi pembuatnya tentu dinamakan ahli bid'ah. Lidah sapa yang berkata ini? Mufti dan MBnya sekali.

!!! QUOTE !!!

SHAHIDAN: Perlis menggalakkan orang menziarahi kubur. Tetapi mesti menurut adab yang diajar olah baginda. Perlis tidak membaca al-Quran atas kubur sebaliknya kita menyuruh berdoa dengan ikhlas. Sebabnya, Rasulullah ada bersabda, Janganlah engkau menjadikan rumah-rumah kamu seperti kubur kerana tidak dibacakan al-Quran.


Imam Nawawi pun membolehkan baca al Quran, bahkan mengakui Imam Syafi'e membenarkan dibaca al Quran di atas kubur. Masalah besar betul MB ini.

Bila urusan agama diserahkan bukan kepada ahlinya camnihlah jadinya, cakap mengalahkan samy vellu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-10-07 10:27


Lepas ini den nak nengok PERLIS buat dan laksanakan undang-undang HUDUD.


-----------------
.:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:.
http://jarumemas.blogspot.com

http://jomfaham.blogspot.com
[ Telah diedit oleh: Anak_Pejuang pada 29-10-07 10:28 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-10-07 10:35


Pada 29-10-07 10:27 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

Lepas ini den nak nengok PERLIS buat dan laksanakan undang-undang HUDUD.




SEBELUM TU TUTUP DULU PREMIS2 JUDI DAN KEDAI ARAK...


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

jubah_hijau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-10-07 11:19


Pada 29-10-07 10:27 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

Lepas ini den nak nengok PERLIS buat dan laksanakan undang-undang HUDUD.



ana setuju...ana nak tengok PERLIS buat tak hukum hudud...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jubah_hijauProfil   Hantar PM kepada jubah_hijau   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-10-07 16:43


hmmmm.... kebatilan akan 'terpanpar' juga...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 29-10-07 22:13


http://the-authenthic.blogspot.com/2007/10/perlis-syafie-tulen-betulkah.html

    Assalamualaikum WBT.

    Di bawah ini ialah kenyataan MB Perlis Dat' Shahidan Kassim tentang pegangan ASWJ negeri Perlis. Yang berwarna biru ialah komentar saya.

    

!!! QUOTE !!!

MINGGUAN: Tuduhan yang acapkali kedengaran ialah Perlis mengamalkan fahaman wahhabi. Adakah ia berasas Datuk Seri?

    SHAHIDAN: Pasal Wahhabi ini, ia hanya diuar-uarkan oleh dua pihak. Kami di Perlis tidak tahu-menahu bahawa kami wahhabi. Yang kami tahu kami Ahli Sunah waljamaah dari segi akidahnya dan dalam fikah kami tidak terikat dengan hanya satu mazhab.

    Dalam erti kata lain, kami bersifat terbuka mengambil manfaat ilmu daripada semua tokoh Ahli Sunah waljamaah tanpa taksub kepada satu-satu mazhab. Kami hormati kesarjanaan dan keilmuan semua tokoh ulama. Ini yang dituntut dalam Islam

    Oleh itu, saya ingin bertanya apakah fahaman wahhabi itu? Adakah ia sesat dan terkeluar daripada Ahli Sunah waljamaah?

    Masyarakat Islam di Malaysia jangan jumud, cubalah berfikiran terbuka. Wahhabi ini diasaskan oleh Imam Muhammad Abdul wahab at-Tamimi (1703-1791M) yang lahir di Uyaynah, utara Riyadh, Arab Saudi.


Komentar:

Kenyataan MB Perlis Shahidan Kassim ini boleh mengelirukan masyarakat. Benarkah Shaikh Muhammad Bin Abdul Wahab pernah mengasaskan gerakan yang dinamakan ‘Wahhabi’? Setahu saya daripada kitab-kitab beliau yang saya pernah baca, Shaikh Muhammad Bin Abdul Wahab tidak pernah menamakan diri beliau dan anak-anak murid atau pengikut beliau kepada satu aliran yang dinamakan Wahhabi.

    

!!! QUOTE !!!

Beliau adalah ulama yang berpegang kepada aliran Imam Ahmad Ibn Hanbal iaitu salah satu mazhab yang diiktiraf di bawah Ahli Sunah waljamaah. Gerakan ini adalah gerakan jihad untuk membersih dan mengembalikan umat Islam kepada ajaran sebenar al-Quran dan hadis. Sebabnya pada masa itu, umat Islam di situ banyak melakukan pencemaran akidah dan penyelewengan amalan keislaman serta percaya kepada perkara khurafat dan melakukan amalan bidaah.

    Perlis adalah negeri yang berpegang kepada al-Quran dan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Apa yang cuba kita buat ialah membersihkan segala amalan yang bidaah (melakukan perkara baru dalam agama yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan para tabiin).


Komentar:

Tindakan membasmi Bid’ah adalah satu hal yang benar. Akan tetapi bukan itu sahaja tuntutan al-Quran dan as-Sunnah. Untuk menyatakan bahawa pemerintah Perlis berpegang pada al-Quran dan as-Sunnah seolah-olah menyempitkan skop bahawa al-Quran dan as-Sunnah dan juga para Tabiin hanya mengajar umat untuk memerangi bid’ah. Sedangkan kerajaan Perlis bukan setakat perlu hapuskan bid’ah dan khurafat. Kerajaan Perlis juga hendaklah melaksanakan undang-undang yang hanya pemerintah berkuasa melaksanakannya berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah jua.

    

!!! QUOTE !!!

Bagi kita di Perlis, hatta dalam ibadat pun tidak ada bidaah hasanah (baik).

    MINGGUAN: Ada juga tuduhan mengatakan Datuk Seri juga adalah wahhabi?

    SHAHIDAN: Saya ingin menjelaskan bahawa saya sebagai pemimpin kecil di Perlis, dan negeri ini adalah pengikut Imam Syafii yang tulen, bukan wahhabi. Saya menjadikan buku Manhaj ‘Aqidah tulisan Imam as-Syafii sebagai rujukan.


Komentar:

Setahu saya tiada buku Imam asy-Syafie Rahimahullah yang bertajuk sedemikian. Setahu saya ia ialah buku karangan Dr. Abdullah Khumais yang menerangkan tentang akidah Imam asy-Syafie rahimahullah.

    

!!! QUOTE !!!

Malah, Perlembagaan Negeri Perlis juga menetapkan bahawa Duli Yang Mulia Raja, Menteri Besar, Penasihat Undang-undang, ahli exco, mufti, Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua Hakim Syarie dan Pengarah Jabatan Agama berpegang kepada pegangan Ahli Sunah waljamaah. Selepas ini, saya nak perluaskan skopnya kepada semua Jawatankuasa Bahagian UMNO Perlis.

Komentar:

Apakah bukti Sultan Perlis, Penasihat Undang-undang dan lain-lain berpegang kepada ASWJ. Apakah method untuk menyaring mereka yang bukan ASWJ?

    

!!! QUOTE !!!

Perlis ialah negeri Sunah waljamaah. Rujukan kami adalah sumber asli imam-imam Ahli Sunah, al-Quran dan al-hadis. Itulah jalan nabi dan para sahabat.

    MINGGUAN: Tetapi Kenapa di Perlis tidak ada amalan membaca Yasin setiap malam Jumaat, tidak ada talkin, tidak ada tahlil arwah dan tidak ada qunut semasa solat subuh?

    SHAHIDAN: Sebabnya Rasulullah tidak berbuat demikian. Kalau nak baca Yasin bacalah tetapi Kenapa dikhususkan malam Jumaat sahaja. Talkin yang diajar oleh Nabi Muhammad ialah talkin sebelum mati iaitu ketika orang itu sedang nazak.

    Tahlil arwah pula adakah kita pasti bahawa semua yang hadir itu bacaan fatihahnya betul. Jika bacaannya salah tidakkah mereka menyedekahkan dosa kepada arwah yang berkenaan?


Komentar:

Jawapan MB Perlis yang pertama sudah cukup. Akan tetapi membuat kaedah logik jika bacaan salah maka akan disedekahkan dosa kepada si mati adalah sesuatu yang tidak benar bagi saya. Setahu saya ulama-ulama yang menyatakan pahala sampai kepada si mati juga tidak ada yang berpendapat bahawa kalau silap baca nanti dosa akan sampai pada si mati. Adakah kita fakir jika kita buat maksiat dan selepas itu meniatkan supaya dosa maksiat kita itu disedekahkan kepada si mati, maka Allah akan menghukum si mati atas dosa maksiat kita. Sudah pasti tidak!

    

!!! QUOTE !!!

Demikian juga amalan berdoa beramai-ramai selepas solat. Ini tidak dilakukan oleh baginda s.a.w. Bukan maksudnya tidak boleh berdoa tetapi buatlah secara bersendirian. Lagipun dikhuatiri doa oleh imam yang dibaca secara jahar (kuat) itu boleh mengganggu jemaah lain yang masih solat. Bukankah itu lebih besar dosanya berbanding manfaat membaca doa beramai-ramai?

    Islam tidak meletakkan wakil untuk kita berdoa kepada Allah sebagaimana beberapa agama lain. Setiap daripada kita disuruh memohon kepada Allah sebagaimana maksud firman-Nya, berdoalah nescaya aku perkenankan.

    Bagaimanapun, tidak pula salah jika orang itu seorang alim lagi warak. Bolehlah kita minta pertolongannya untuk sama-sama berdoa dengan kita.

    Masalah utama dalam masyarakat kita ialah budaya tokok tambah. Inilah yang berlaku selepas zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang membina Kaabah. Hasil tokok tambah selepas peninggalan baginda berdua, akhirnya di kiri dan kanan Kaabah dipenuhi dengan berhala yang besar-besar.

    Malah dalam ibadat tawaf pun telah ditokok tambah iaitu bertawaf secara berbogel iaitu lelaki waktu siang dan wanita waktu malam. Tokok tambah beginilah yang merosakkan agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim. Sebab itu kita mempertahankan yang asli. Barangan asli sepatutnya menjadi pilihan utama setiap orang. Maka kita dalam solat dan ibadat khusus yang lain sentiasa mempelajarinya secara berdalil, bukan sekadar ikut-ikutan.

Komentar:

Jawapan MB Perlis untuk bahagian ini sangat baik.

    

!!! QUOTE !!!

Tetapi bukankah ada hadis yang menyebut ulama itu adalah pewaris Nabi (riwayat Abu Daud). Jadi sudah tentu, apa yang dilakukan oleh ulama boleh diamalkan oleh masyarakat?

    SHAHIDAN: Kita kena tengok dulu apa jenisnya ulama itu. Kalau ulama suuk (jahat) takkan kita nak ikut mereka. Adakah kita mahu mengikut Ayatollah Khomeini iaitu ulama Syiah atau yang memalsukan hadis seperti Abdullah bin Sabak?

    Kalau ulama itu sentiasa bercakap baik dan sentiasa mematuhi perintah Allah dan rasul-Nya, maka barulah boleh kita mengikut mereka dan wajar diberi gelaran ulama pewaris nabi.

    Ulama pewaris nabi ialah ulama yang mengikut Rasulullah. Jika mereka mengubah ajaran baginda, mereka tidak layak digelar pewaris.

    Jika ulama ingin mewarisi nabi mereka mesti benar-benar mengambil apa yang diwarisi oleh baginda bukan mengada-adakan yang baru.

    Kepada pihak yang terus-menerus menuduh Perlis mengamalkan wahhabi, apa nasihat Datuk Seri?

    SHAHIDAN: Kepada golongan tersebut, saya dengan rendah diri menjemput mereka bermuzakarah bagi mencari penyelesaian dalam isu ini. Perlis tidak pernah bimbang untuk bermuzakarah dengan sesiapa pun dalam bab agama.

    Kalau ada undang-undang Perlis yang dikatakan menyeleweng dari al-Quran dan sunah, tunjukkan kepada saya supaya saya boleh membuangnya serta-merta. Tetapi kalau ada amalan salah yang diguna pakai di tempat lain, saya ingin betulkan.


Komentar:

Jika begitu rasanya banyak undang-undang Perlis perlu di gubal. Adakah MB Perlis sangka bahawa undang-undang di Perlis sekarang mengikut al-Quran dan as-Sunnah sebagaimana difahami para salaf. Jauh panggang dari api! Sebutkan berapa banyak undang-undang yang ada dalam al-Quran dan as-Sunnah yang Perlis laksanakan. Atau adakah MB Perlis menyangka bahawa undang-undang yang perlu ikut al-Quran dan as-Sunnah hanyalah bab solat, puasa, thaharah, urusan jenazah sahaja!

    

!!! QUOTE !!!

Cuma kalau amalan kita yang dikatakan wahhabi itu betul mengikut Ahli Sunah tidak mengapalah. Jangan semuanya dicerca.

    Keilmuan di Perlis terbuka sesuai dengan prinsip negeri ini. Kita mementingkan dalil. Dalam Majlis Fatwa Negeri pun cuma ada tiga orang Perlis, Mufti Perlis sendiri adalah orang Pulau Pinang. Yang lainnya dianggotai oleh ulama dari seluruh negara.

    Bagi saya orang yang ada ilmu yang digelar ulama jangan jumud dan cengih. Malah, saya juga bercadang membawa para mufti negeri lain ke Iran supaya mereka boleh melihat beberapa persamaan amalan masyarakat negeri lain dengan golongan syiah di sana.

    Jangan pula kita mengguna pakai hadis-hadis secara sewenang-wenangnya tanpa merujuk kepada perawi dan martabat hadis berkenaan.

    Adalah cukup malang apabila ada yang menggunakan hadis tentang anak yang menziarahi kubur ibu bapa pada hari Jumaat dan membaca Yasin akan terhapuslah dosa ibu bapa tersebut dalam penulisan menerusi akhbar. Hadis ini bukan hadis daif tetapi palsu. Sepatutnya ia tidak boleh dipakai langsung sebagai hujah kepada mana-mana ibadat.

    Adakah ini bermakna menziarahi kubur juga dilarang?

    SHAHIDAN: Perlis menggalakkan orang menziarahi kubur. Tetapi mesti menurut adab yang diajar olah baginda. Perlis tidak membaca al-Quran atas kubur sebaliknya kita menyuruh berdoa dengan ikhlas. Sebabnya, Rasulullah ada bersabda, Janganlah engkau menjadikan rumah-rumah kamu seperti kubur kerana tidak dibacakan al-Quran.

    Maksudnya, Rasulullah melarang kita membaca al-Quran di kubur. Apa yang patut dibuat oleh waris terutama anak-anak di situ ialah berdoa.

    Pelbagai kelonggaran dalam bab nikah kahwin di Perlis seolah-olah tidak seiring dengan negeri lain di Malaysia. Ini termasuklah dalam bab wali ingkar. Adakah ia bertujuan begitu?

    SHAHIDAN: Perlis tidak memperkenalkan undang-undang syariah yang baru. Kita hanya umumkan pindaan undang-undang. Ia memasukkan perenggan baru selepas perkara 13(b) menyebut, “Dengan syarat bahawa dalam hal di mana wali yang telah enggan memberi persetujuan dengan tiada sebab yang syarie, Hakim Syariah boleh, selepas berpuas hati dan difikirkan patut, memberikan persetujuannya jika penyiasatan itu tertangguh sebanyak dua kali.”

    Kita tidak pernah mengatakan wanita di Perlis boleh bernikah tanpa wali. Undang-undang ini pun telah diguna pakai di negeri-negeri lain termasuk juga di Perlis. Cuma ia tidak menyebutkan tempohnya. Kita jangan ingat anak gadis kita yang berumur 17 tahun sekarang akan berumur 17 tahun juga dalam tempoh 30 tahun akan datang.

    Pada masa yang sama, mahkamah akan memastikan wujud keadilan. Jika bakal pengantin lelaki itu bermasalah menghidap Hiv/Aids atau bakal isterinya doktor tetapi bakal suami penagih, sudah pasti kita akan menyebelahi wali.

    Tetapi kalau bakal isterinya doktor dan bakal suami pemandu, ini kita akan benarkan mereka bernikah walaupun jika walinya ingkar. Apa yang kita buat ialah mempermudahkan jalan kepada perkara-perkara yang halal.

    Demikian juga dalam bab fasakh (membatalkan perkahwinan). Ada negeri yang ambil masa sampai lima tahun untuk dapat keputusan permohonan isteri mendapat fasakh. Kita di Perlis membuat pindaan kepada enakmen ini menurut subseksyen 52(4) di mana, “Walau apa jua peruntukan sebelumnya dalam seksyen ini, mahkamah boleh selepas berpuas hati dengan permohonan dalam subseksyen (1) dan difikirkan adil dan patut, membuat satu perintah jika permohonan itu telah tertangguh pendengarannya sebanyak dua kali.”

    Dengan kata lain, undang-undang nikah kahwin kita adalah yang paling membela wanita. Dalam menuntut fasakh, masa yang diberi tidak sampai pun empat bulan. Selepas dua kali kita memanggil suami jika mereka enggan hadir di mahkamah, maka mahkamah boleh memutuskan permohonan isteri berkenaan.

    Sepatutnya, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat Jalil gembira dengan Perlis kerana kita membela nasib wanita.

    Ada juga dakwaan yang Perlis terlalu mudah meluluskan permohonan perkahwinan termasuk untuk poligami. Benarkah?

    SHAHIDAN: Perlis pejuang hak lelaki dan wanita secara adil menurut Islam. Kita memudahkan perkara yang halal sebab perkara haram terlalu banyak. Jika kita menyusahkan perkara halal, nanti orang memilih yang haram. Cuma tentu semua perkara ada peraturannya. Insya-Allah jika kita teliti dengan insaf, kita akan dapati peraturan di Perlis ini adil untuk semua. Jangan emosi dan tenggelam dengan sentimen. Dengar dan teliti dahulu.


Komentar:

Jawapan yang sangat baik oleh MB Perlis. Semoga diberi kekuatan memacu kerajaan Peris untuk melaksanakan Islam semampu yang boleh.

    Terdapat juga cakap-cakap mengatakan Perlis menuduh mereka yang mengamalkan tahlil, talkin dan menyambut peristiwa besar seperti Maulidur Rasul sebagai bidaah. Apa komen Datuk Seri?

    

!!! QUOTE !!!

SHAHIDAN: Kita tidak pernah melemparkan kata-kata sedemikian. Perlis tidak kata pun perbuatan tersebut bidaah secara membabi buta.

    Sebaliknya kita menjelaskan pandangan secara ilmiah. Kita tidak menghukum pembuat, sebaliknya hanya mempertikaikan amalan.

    Tak bolehlah semua yang kurang baik itu dituduh Perlis memulakannya. Dalam masa yang sama, kita lupa ada pihak tertentu menuduh Perlis yang bukan-bukan. Mengapa mereka tidak dipertikaikan?


Komentar:

Benar, apabila kita menyatakan sesuatu amalan itu bid;ah. Itu tidak bermaksud kita menyatakan bahawa pelakunya mubtadi’ (ahli bid’ah). Begitu juga bila kita kata perbuataan seseorang itu syirik. Ini tidak bermakna kita boleh menyatakan bahawa pelaku itu orang musyrik. Begitu juga jika seseorang melakukan perbuataan atau perkataan kufur. Kita tidak boleh terus menghukum mereka sebagai kafir. Menghukum perbuatan dan pelaku adalah dua hal yang berbeza. Untuk menghukum seseorang sebagai mubtadi’, musyrik, kafir dan lain-lain perlulah melalui proses yang detail. Seseorang itu mestilah sudah tiada penghalang-penghalang lain untuk dijatuhkan hukum. Contohnya orang yang tak sengaja, keliru, jahil, dan lain-lain mawan’ tidak boleh dijatuhkan hukum sebagai mubtadi;, musyrik, kafir dan lain-lain. Untuk menjatuhkan hukum kepada individu mestilah setelah ditegakkan hujjah yang konkrit kepada mereka. Sila rujuk di sini untuk keterangan lanjut. http://the-authenthic.blogspot.com/2007/05/pengamal-bidah-mendapat-pahala.html

    

!!! QUOTE !!!

Melihatkan kepada perkembangan semasa dan juga dengan mufti muda yang lantang mengajak kepada mengikut amalan Islam sebenar, adakah Perlis bersedia menerajui gelombang tajdid (pembaharuan) di Malaysia?

    SHAHIDAN: Penerimaan rakyat di seluruh negara begitu baik sekarang. Begitu menghormati Perlis dan menghulurkan persahabatan dan sumbangan, alhamdulillah baik yang muslim mahupun yang bukan muslim.

    Itulah harapan kita. Sebabnya, Islam itu mudah, jadi jangan buat payah tetapi jangan pula kita ambil mudah. Jika umat Islam mahu maju kita kena ikut al-Quran dan sunah.

    Memang kita menyedari bahawa setiap pembaharuan itu akan ada yang menentang. Hal ini adalah sunatullah. Ia bukan baru malah turut berlaku ke atas ulama-ulama besar zaman silam. Antaranya Imam Syafii sendiri, Imam Bukhari dan Imam Ahmad Ibn Hanbal yang dipenjarakan sehingga beliau wafat. Para penentang itu pula bukanlah orang sembarangan. Mereka juga adalah golongan yang memahami agama.

    Golongan mualaf juga ramai yang memilih Perlis untuk mengucap dua kalimah syahadah. Antara lain sebabnya, kita benarkan mereka mengekalkan nama asal selepas memeluk Islam. Selain itu, kita juga permudahkan urusan memeluk Islam tidak perlu goncang-goncang tangan semasa mengucap.

    Sepatutnya, negeri-negeri lain menyokong usaha dakwah oleh para pendakwah Perlis yang kadang- kadang berceramah di luar Perlis. Ini tidak, sebaliknya ada arahan oleh negeri tertentu supaya tidak dibenarkan pendakwah dari negeri ini berceramah di tempat mereka.

    Jadi, apakah pendekatan yang akan diambil oleh Perlis dalam menjayakan misi ini?

    SHAHIDAN: Kita akan mengamalkan pendekatan yang lemah-lembut dan berkasih sayang sesama manusia (hablum minannas). Ini memerlukan kepada penglibatan golongan ulil-amri atau pemerintah untuk merealisasikannya.

    Pada masa yang sama kita ingin membangkitkan semangat jihad di kalangan umat Islam. Lihatlah semangat yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar al-Khattab yang masih memimpin tentera berperang pada usia 76 tahun.

    Kita juga akan meningkatkan lagi kegiatan dakwah dan memperhebatkan muzakarah termasuk dengan parti pembangkang. Islam bukan eksklusif untuk mana-mana parti sebaliknya ia adalah hak bersama. Sebab itu, kini UMNO dilihat lebih ke hadapan dalam memperjuangkan Islam lebih-lebih lagi di bawah kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


Komentar:

Apa kaitan UMNO dengan dakwah salafiah? Kalau setakat halang zikir jemaah, bid;ah dan khurafat mungkin UMNO tak kisah. Tapi adakah dakwah salaf hanya setakat itu. Adakah sunnah hanya setakat itu. Jadi mengaitkan UMNO dengan dakwah sunnah adalah satu kenyataan yang kelabu asap.

Mungkin MB Perlis benar-benar mahukan Islam. Benar-benar mahukan manhaj ASWJ. Akan tetapi adakah UMNO sedemikian. Kita tidak menyalahkan MB Perlis apabila undang-undang Islam tak dilaksanakan di Perlis kerana kita tahu pasti ada kekangan dari pihak pemerintah sendiri dan masyarakat. Tapi tak sepatutnya kecenderungan MB Perlis kepada manhaj Salaf ini cuba dikaitkan dengan UMNO atau parti pemerintah. Jauh panggang dari api!

    

!!! QUOTE !!!

Semua orang Islam berhak membicarakannya untuk mencari ajaran Islam yang sebenar sebagaimana dituntut oleh al-Quran dan sunah Rasulullah. Jangan kita emosi dalam soal agama sebaliknya hendaklah berpegang kepada yang hak.



-----------------
http://www.islamqa.com/en

http://lobaitampin.blogspot.com/



[ Telah diedit oleh: masri2 pada 29-10-07 22:21 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 29-10-07 23:44


assalamualaikum...

ya masri2...kalau enta betul-betul ikhlas dalam perjuangan, pergilah bincang-bincang dengan sheikh fuad...jangan taksub dengan dr asri saja...

buanglah bendera N9 tu...enta tak layak jadi pengikut SS Mufti sheikh murtadza...

enta tukar saja dengan bendera perlis macam mana mahu ka?...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 29-10-07 23:45


nak tanya rimbabara dan masri2...

yang kita amalkan selama ni mazhab Syafie palsu ke?..... :berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-10-07 01:18


PALSU lah..... hanya Perlis yang TULEN!!! kasihan Imam Syafie :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 30-10-07 08:09


Boleh sesiapa berikan biodata shahidan kasim apa kredibilitanya bercakap tentang agama, mengenai mazhab syafi'e?

Maaf cakaplah, orang yang ada kepentingan politik apatah lagi UMNO akan menggunakan pengaruhnya dengan apa jua cara walaupun terpaksa bercakap tentang agama demi kepentingan parti.

UMNO mengamalkan Islam ? Perlembagaan UMNO? Tingkah laku pengikut UMNO? Shahidan duduk di bawah parti apa? Kendian bercakap tentang mazhab Syafi'e?

Jika dia kata tak taksub mana-mana mazhab mengapa boleh berkata Perlis Mazhab Syafi'e Tulen? Pernyataan ini tidak taksub mazhab? Kontra Sungguh.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 30-10-07 08:16


!!! QUOTE !!!

Demikian juga amalan berdoa beramai-ramai selepas solat. Ini tidak dilakukan oleh baginda s.a.w. Bukan maksudnya tidak boleh berdoa tetapi buatlah secara bersendirian. Lagipun dikhuatiri doa oleh imam yang dibaca secara jahar (kuat) itu boleh mengganggu jemaah lain yang masih solat. Bukankah itu lebih besar dosanya berbanding manfaat membaca doa beramai-ramai?


pernyataan yang tidak boleh dipertanggungjawabkan. Menampakkan beliau ini orang yang jahil di dalam dalil dari hadith dan al Quran yang membolehkan membaca doa beramai-ramai.

Perkataan gangguan itu bergantung kepada individu sendiri, ada individu yang boleh terganggu dan ada yang tidak mengganggu. Serta ia juga mengikut keadaan.

Contohnya : Di dalam program fardhu ain - Pendakwah membaca doa beramai-ramai dengan orang asli, dan ketika itu ada pendakwah lain yang bersolat lewat. Dan pendakwah (yang sedang solat) ini faham ketika itu proses pengajaran fadhu ain sedang berlansung antara pendakwah dan orang asli.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-10-07 08:19


tak sangka, 'anak' wahabi pun tak setuju dengan 'bapak' dia walaupun seguru.... :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-10-07 08:20


SYABAS MASRI2 KERANA BERANI MENYATAKAN KEBENARAN.... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-10-07 08:53


Perlis Pelopori Pembentukan Gagasan Ulamak Sunnah Wal Jamaah
16 October, 2007 (12:32) | Berita

KANGAR, 14 Okt (Bernama) — Gagasan Ulamak Sunnah Wal Jamaah yang menghimpunkan para ilmuan yang mempunyai kepakaran agama Islam akan diwujudkan tidak lama lagi dengan Perlis sebagai negeri pelopornya.

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, mereka yang dipilih menganggotai gagasan itu terdiri daripada individu yang mempunyai tahap akademik tinggi dengan sekurang-kurangnya memiliki ijazah sarjana.

“Kami telah merintis penubuhan gagasan ini dengan pembentukan sebuah jawatankuasa penaja dan kini sedang dalam proses untuk didaftarkan,” kata mufti berusia 36 tahun dan yang termuda di Malaysia itu kepada Bernama di sini hari ini.
Ditanya sama ada gagasan itu akan bertindih peranan dan fungsinya dengan Persatuan Ulamak Malaysia (PUM), Dr Mohd Asri berkata, gagasan itu akan memberi tumpuan kepada Sunnah Wal Jamaah, iaitu mengikut ajaran al-Quran dan sunah Nabi Muhammad.
“Kalau Persatuan Ulamak Malaysia dianggotai oleh semua orang yang dilihat mempunyai kecenderongan agama tetapi gagasan ini hanya dianggotai oleh mereka yang mempunyai kepakaran dan tahap akademik yang tinggi,” katanya.
Menurutnya, kira-kira 200 ilmuan tempatan mengenai ajaran Islam telah dikenalpasti berupaya memartabatkan amalan Sunnah Wal Jamaah di negara ini dan mereka akan diundang menyertai gagasan itu selepas penubuhan gagasan itu diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan.
“Gagasan bertujuan menjaga ketulinan agama dan ia tidak ada kena mengena dengan kepentingan politik mana-mana pihak,” katanya.
Beliau yang juga penggerak idea bagi penubuhan gagasan itu berharap tidak ada mana-mana pihak yang memandang negatif terhadap gagasan itu.
Ditanya mengenai kepimpinan gagasan itu kelak, beliau berkata, ia akan dipilih di kalangan anggota-anggotanya tetapi Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim telah bersetuju sebagai penaungnya.
Sementara itu, ketika dihubungi, Shahidan berkata, gagasan itu penting bagi memartabatkan amalan Sunnah Wal Jamaah yang masih dilihat sebagai negatif oleh sesetengah pihak.
Katanya, gagasan itu akan menjadi kumpulan pemikir dan pengkaji ke arah memastikan amalan harian dalam kerja-kerja ibadah dilakukan secara tulin dan tidak menyeleweng.
Undang-undang tubuh negeri Perlis juga jelas menyatakan bahawa Sunnah Wal Jamaah menjadi pegangan bagi Muslimin di negeri itu.
sumber:Bernama

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 30-10-07 09:11


ye ke perlis nak bawa undang-undang ASWJ.masri,cuba hang tanya MB perlis tu,awat rumah kediaman dia banyak binatang peliharaan dari haiwan yang dilindungi.yang sepatutnya tak boleh pelihara.jadi dimana konsep keadilan.lepas tu dulu awat dia nak pegang jawatan sampai mati?dan satu lagi,dari zaman tun sampai sekarang ada dulu dia minta peruntukan untuk bina kolam renang untuk rakyat.kan ke menipu tu.tapi sampai sekarang tak terbina pun.mana pergi duit tu semua?setakat yang tahu,dia pakai duit tu untuk beri kepada semua rakyat perlis setiap tahun supaya sokong dia.sapa ada sedara kat perlis try pergi tanya tengok.di hari itu sapa post entah tak ingat tentang MB perlis kata takmau buat jalan tar ke sekolah agama apantah.atas alasan tu sekolah pembangkang.jadi PENIPU SUNGGUH MB PERLIS ni....nanti lah komen lagi... lawak lah hang ni masri serta MB Perlis dan muftinya

:sopan:


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 30-10-07 10:18


Ye ke? Mungkin ada tapi ana rasa just 10-20% yang mungkin mengamalkan mazhab syafie 100% di perlis.."Mungkin".
Kalau dilihat...di perlis pun masyarakatnya tak ramai...
Dan rata-rata mengamalkan bacaan qunut etc... Ramai saja kawan dan sedara ana disana... WaAllahulam


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-10-07 12:37


Kalau Shahidan bukan Menteri Besar Perlis
Zolkharnain Abidin

Membaca wawancara dengan Menteri Besar Perlis di dalam Mingguan Malaysia 28 Oktober 2007 terasa seperti membaca wawancara dengan seorang 'ahli agama' tersohor, ditambah dengan penampilan fotonya yang sedikit berjanggut dan bermisai nipis yang mungkin bertujuan supaya kelihatan lebih serasi dengan penampilan seorang 'ahli agama'.

Penampilannya sebelum ini tidak begitu. Dia bermisai tebal dan tidak berjanggut dan kelihatan agak cengih. Ini adalah gaya baru Shahidan supaya dia kelihatan lebih Islamik.

Shahidan juga acap kali tampil dengan jubah terutamanya ketika berdamping dengan mufti mudanya. Penampilan berjubah ketika dia menghadapi Dato’ Dr Harun Din dalam kempen pilihanraya 2004 yang lalu adalah perkara biasa.

Jubahnya mengalahkan jubah bekas calon PAS untuk Parlimen Arau itu. Namun, sehingga kini saya belum pernah nampak Shahidan menggayakan serban, menyampaikan kuliah pagi Jumaat di mana-mana masjid di Perlis atau mengimamkan solat sunat Tarawikh seperti bosnya PM Abdullah Ahmad Badawi.

Kalau dia melakukan begitu, pemimpin Umno Perlis yang lain akan terus menggigit jari untuk memanaskan kerusi MB Perlis kerana mereka semua dilihat tidak sinonim dengan penampilan 'orang agama' seperti Shahidan.

Shahidan lulus Bahasa Arab PMR

Wawancara ini menarik perhatian saya kerana Shahidan adalah pemimpin Umno yang diketahui umum bukan berlatar belakang pendidikan agama formal.

Saya tidak menafikan bahawa dia membaca buku-buku agama dan mendapat penjelasan mengenai perkara-perakara agama daripada mufti mudanya itu. Paling penting, dia adalah Ahli Majlis Tertinggi parti sekular Umno, Ketua Perhubungan Umno juga Pengerusi Barisan Nasional Perlis.

Saya sedikit pun tidak tertarik untuk memberi respon sekiranya individu yang diwawancarai itu adalah Dato' Dr Abdullah Mat Zin atau Dato' Dr Masyitah Ibrahim.

Namun, Shahidan yang lulus Bahasa Arab PMR, dilihat lebih terkehadapan bercakap topik agama berbanding kedua-dua pemimpin Umno tadi.

Saya percaya Shahidan akan lebih lantang bercakap mengenai agama kalau dia memegang potfolio Biro Agama Umno dan saya yakin usahanya untuk meng’Ahlus Sunnah’kan pemimpin Umno akan menjadi lebih berkesan.

Malah dia lebih lantang bersuara isu-isu agama berbanding PM Abdullah sendiri walau pun PM berdarah ulama.

Atas nama kembali kepada ajaran Rasulullah saw dan para sahabat, Shahidan pun dengan beraninya menghunus keris dengan satu misi besar, 'memerangi bidaah'. Keberanian Shahidan ini tentulah berasas kerana dia kini diapit oleh seorang mufti muda yang menyokong kuat Islam Hadhari.

Mufti muda ini kelihatan lebih gemar membangkitkan persoalan-persoalan kecil yang menjadi perselisihan para ulama mujtahidin yang pada pandangannya bercanggah dengan amalan Rasulullah saw.

Amalan membaca Yasin malam Jumaat, ber'usolli', tahlil arwah, berdoa beramai-ramai selepas solat diserang bertubi-tubi, seolah-olah itulah amalan yang meruntuhkan aqidah umat Islam hari ini.

Mereka yang mengamalkan itu semua pernah dilabel sebagai pendokong bidaah yang mewajarkan mereka di azab di akhirat.

Keberanian Shahidan sampai ketahap memperlekehkan para mufti negeri lain. Dia sanggup membawa mereka semua melawat Iran untuk membuktikan bahawa amalan agama di negeri mufti-mufti itu adalah sama dengan Syiah di sana.

Mereka juga digesa supaya tidak mengguna pakai mana-mana hadis tanpa merujuk mengenai statusnya. Wah, hebat. Mafhumnya, amalan para pembesar, Mufti, Kadhi dan rakyat negeri Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Melaka bahkan Singapura juga seandainya republik itu masih di dalam Malaysia, bagi Shahidan adalah sama dengan Syiah di Iran.

Beliau juga mahu memastikan selepas ini semua AJK Bahagian Umno di Perlis juga adalah Ahlus Sunnah wal Jamaah. Adakah mereka sekarang ini ada yang bukan begitu?

Semua tahu Umno parti sekular

Rakyat Perlis terutamanya pemimpin dan ahli Umno kenal benar dengan Shahidan. Mereka bukan sekadar mengenalinya sebagai orang nombor satu parti sekular Umno Perlis, malah lebih daripada itu. Mereka tahu latar belakangnya bahkan mereka saling berbisik sesama sendiri mengenai wataknya yang sebenar di belakangnya.

Mungkin ada mencium tangannya ketika menyalaminya, tetapi di belakangnya mereka siap mengasap keris untuk menjatuhkannya. Kalau Shahidan pakai serban sekali pun, mereka boleh membaca apa isi kepala Shahidan yang dibalut serban itu.

Kalau dia pakai jubah pun, mereka tahu irama degup jantung di dalam tubuhnya yang dibalut jubah itu.

Semua orang tahu juga, Umno pimpinan PM Abdullah Ahmad Badawi adalah parti sekular. Pemimpin parti sekular itu bukan sekadar menggadai maruah bangsa dan negara, tetapi maruah agama.

Pemimpin nombor satu parti sekular Umnolah yang memperkenalkan Islam Hadhari dan memaksa rakyat menerimanya, sehingga diterima oleh Samy Vellu dan Karam Singh Walia walau pun ditolak oleh Tun Dr Mahathir dan Allahyarham Tun Ghafar Baba.

Shahidan pula bermatian-matian untuk kembali kepada al-Quran dan hadith, jalan nabi dan jalan para sahabat.

Adakah Shahidan lupa, Islam Hadhari yang didokong bersama mufti mudanya itu, adakah bersumber daripada al-Quran dan sunnah? Adakah ia jalan para nabi dan sahabat? Bukankah Islam Hadhari adalah bidaah?

Umat Islam Malaysia hari ini berhadapan dengan pelbagai ancaman. Rasuah menjadi musuh nombor satu negara di samping penyalahgunaan dadah.

Gerakan memurtadkan atau merenggangkan umat daripada pegangan agama bergerak dengan tersusun. Jenayah semakin membimbangkan. Pelajar sekolah yang tidak tahu solat bahkan mengucap adalah kritikal. Sensitiviti umat terhadap agama makin menipis.

Bara konflik antara agama menanti hari untuk menyala. Sentimen perkauman semakin meruncing. Sistem pendidikan makin celaru. Alam sekitar makin punah. Demokrasi dicabul. Para penguasa pula bingkas memperkemas langkah memenuhkan tembolok masing-masing.

Dalam situasi genting sebegini, Shahidan mengambil kesempatan melonjakkan populariti dirinya menjadi penentang apa yang dianggapnya sebagai bidaah, dengan alasan membawa masyarakat kembali kepada al-Quran dan sunnah. Yang rosak adalah enjin, tetapi yang dibaiki adalah tayar.

Besar sangatkah bahaya ber'usolli' berbanding bahaya rasuah? Keji benarkah tahlil arwah berbanding menolak hukum Allah?

Arak dan judi dijual secara terbuka di Kangar

Ramai bersuara mengenai salah guna kuasa pemimpin dalam pengurusan wang Baitul Mal Perlis, adakah berdoa beramai-ramai selepas solat lebih buruk daripada itu?

Shahidan seperti lupa, dalam keghairahannya itu, dia sepatutnya membetulkan dulu pemimpin nombor satu parti sekular Umno dengan memastikan PM Abdullah Badawi menyuruh isterinya menutup aurat.

Bukankah itu ajaran al-Quran? Shahidan juga perlu memastikan para perenang negara memakai pakaian mengikut landasan al-Quran kerana dia adalah Presiden Persatuan Renang Malaysia. Shahidan juga Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia, atlit naungan persatuan itu macam mana?

Agaknya semua sudah bertudung seperti Siti Ruqaiya yang menjadi ratu pecut Sukan Aisa di Doha 2006 yang lalu? Apakah Shahidan tidak nampak, di Kangar masih bersepah dengan kedai empat nombor ekor dan judi toto? Adakah itu menepati al-Quran?

Arak dijual secara terbuka di berbagai premis perniagaan di bandar Kangar, adakah Shahidan perasan? Kalau Shahidan benar-benar serius untuk kembali kepada al-Quran dan sunnah, mengapa tidak dibentangkan dan diluluskan di dalam Dewan Undangan Negeri Perlis undang-undang hudud dan qisas, selepas tiga penggal dia berkuasa? Bukankah kedua-duanya adalah undang-undang al-Quran dan menepati sunnah? Poooraahhhh!

Perkara-perkara yang menjadi perselisihan di kalangan para ulama mujtahidin semenjak ratusan tahun itu sengaja digembar-gemburkan di tengah-tengah masyarakat untuk melekakan dan mengalih perhatian mereka daripada realiti kehidupan.

Masyarakat sedang sakit tetapi mereka disuntik dengan ubat pelali oleh pemimpin parti sekular Umno. Mereka sakit dengan kenaikan harga barangan yang melampau, kos hidup yang semakin mencekik dan hak mereka yang dirampas.

Dalam masa yang sama pemimpin parti sekular Umno hidup maha mewah. Tol, tarif eletrik dan minyak sudah menyeringai siungnya untuk membaham rakyat Malaysia lagi pada tahun hadapan. Apakah Shahidan kisah dengan semua itu?

Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2006 yang mendedahkan mengenai penduduk Kampong Air Timbul, Kubang Tiga yang masih menggunakan air perigi dan hanya bergantung kepada paip tepi jalan untuk air minuman selepas 50 tahun merdeka dan selepas tiga penggal Shahidan jadi Menteri Besar, hanya dipandang dengan sebelah mata sahaja.

Bagi Shahidan mudah saja, panggil mereka semua ke rumahnya dan hulurkan RM100, selesai. Apa nak jadi dengan kehidupan mereka selepas itu, bukan lagi keutamaan. Yang penting selepas solat jangan baca doa beramai-ramai dan kalau ada kematian jangan adakan tahlil arwah.

Pemimpin Umno adalah pemimpin politik serba boleh, kerana parti sekular itu memang berkiblatkan faham Machiavelli.

Di mana ada peluang di situ mereka mencelah. Mereka selicin daripada belut, tetapi seganas singa.

Shahidan adalah jenis manusia sebegitu. Saya percaya, Shahidan tidak akan menjadikan apa yang dilakukannya sekarang sebagai keutamaan kalau dia menjadi Menteri Besar Selangor atau Melaka.

Dia akan menjadi orang yang paling kuat mempertahankan sekolah agama rakyat kalau dia menjadi MB Kelantan. Persoalan ‘khilafiah’ ini tentu tidak dibangkitkan kalau dia jadi MB Kedah.

Tapi, dia adalah MB Perlis, dan kebetulan semenjak sekian lama Perlis dilihat dominan dengan persoalan itu. Shahidan perlu menjadi juara untuk memastikan survival politiknya terus bernafas.

Kalau Shahidan boleh melambung Tun Dr Mahathir setinggi gunung ketika orang itu berkuasa, dia juga boleh menjulang PM Abdullah Badawi sebegitu hari ini. Kalau Shahidan boleh menyepak meja atau menendang kerusi untuk memastikan dirinya terus terpilih sebagai Menteri Besar Perlis, adakah dia merasa bersalah untuk melakukan apa yang sedang dilakukannya pada hari ini?

Saya juga percaya Khir Toyo akan jadi seperti Shahidan kalau dia jadi Menteri Besar Perlis. Begitu juga Mohamad Hasan dari Negeri Sembilan.

Mereka semua sama seperti PM Abdullah Ahmad Badawi, pada awalnya berikrar memerangi rasuah habis-habisan tapi menikus apabila berhadapan dengan Musa Aman, Abdul Taib Mahmud dan Mohd Johari Baharom.

Pemimpin Umno seperti sesumpah, berkulit hijau bila berada dipohon berdaun hijau dan berkulit merah apabila berada dirimbunan daun merah. Jelas, kumpulan sesumpah inilah yang memperalatkan agama untuk kepentingan politik mereka.

Mereka bukan berpolitik kerana Islam dan demi Islam, tetapi berpolitik kerana kocek dan demi perut. - mks.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

jubah_hijau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-10-07 20:01


bagi ana simple saja...ana akan tunggu hudud yang akan dihasilkan oleh kerajaan perlis nanti....?

tengok dan lihat saja....buat ke atau tak buat

Bookmark and Share

    


  Member Information For jubah_hijauProfil   Hantar PM kepada jubah_hijau   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 30-10-07 20:08


Terbongkar satu temberang seorang menteri besar... semoga ALlah memberikan petunjuk kepadanya dan kita semua.. Amiiinnn...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 30-10-07 21:47


assalamualaikum wbt

bukan apa, bila disebut wahhabi, persepi masyarakat tak sama dengan persepsi mereka kepada mazhab maliki, syafie etc.

Ia seolah-olah menjadi mazhab baru. sdgkan masyarakat dengan mazhab2 muktabar lain pun silap hari bulan mereka akan kata sesat sebab tak pernah dengar contoh mazhab zahiri, mazhab imam at tsauri, dan lain-lain yang dah xpopular.

persepsi masyarakat pada wahhabi bukan sama macam persepsi mereka pada ikhwanul muslimin. masyarakat xd menganggap al-ikhwan sebagai satu mazhab baru. dan mereka faham ia hanya satu gerakan atau organisasi.

dan saya xkritik mb Perlis secara peribadi. saya sebenarnya bangga dengan dia, rasa syukur juga ada MB yang kehadapan dalam isu-isu agama. Kita pun tahu nak harap dia seorang laksana hudud, qisas dan lain-lain undang-undang Islam di perlis memang takkan mampu.

Cuma kita xsetujulah bila dia cuba mengaitkan manhaj salaf yang dia cuba pegang-pegang dengan UMNO.

ini akan dtgkan fitnah pada manhaj salaf.

Kesukaan saya kepada Pak Shahidan xbermakna saya perlu menjadi penyokong UMNO.

sekian lama kita berharap ada pemimpin yang bercakap untuk Islam setelah sekian lama mereka yang diberi jawatan tinggi dalam Pusat yang sepatutnya bercerita tentang agama hanya membisu. sekurang-kurangnya kehadiran MB Perlis dan Mufti perlis menghangatkan kembali diskusi agama di dalam media2 utama negara.

kita pun xmengharap mereka berdua untuk tampil dengan isu-isu yang akan membuatkan akhirnya mereka kena 'gam' dan terus tak masuk paper. bIla dah kena ban, bukan takat bincang bab hudud, nak diskus bab wudhu pun tak boleh keluar paper atau TV dah nanti. So daripada mereka tak dapat bersuara kepada masyarakat umum langsung, maka betterlah apa yang ada sekarang dan semoga sikit-sikit kehangatan isu agama yang mereka timbulkan akan membangkitkan semangat beragama di kalangan masyarakat. Dan semoga ia membangkitkan ilmuan2 Islam lain.

Moga komentar saya kepada MB Perlis itu xdianggap sebagai satu penentangan personal kepada beliau yang bagi saya jasa amat banyak dalam membantu kerja-kerja dakwah. mereka yang tak nampak mungkin tak tahu jasa-jasa MB Perlis, tapi kami yang merasa kesan tangan dan kelantangan beliau dalam isu-isu yang bagi sebhgn org adalah isu remeh.

Dan ada juga yang memprovok konon saya menentang tok guru sendiri. Saya katakan: Sejak di ajar untuk mendekatkan diri dengan manhaj salaf, satu persatu saya mula buang sifat taksub. Tak kiralah pada siapa hatta Mufti Perlis dan ramai lagi ustaz-ustaz yang mengajar saya. Bagi saya salaf ialah satu manhaj da bukannya satu hizbi yang mana kita kena letakkan ketaatan individu2 tertentu.

Wallahu'alam.

wasalam wbt

http://the-authenthic.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-10-07 09:02


Tak sangka ye manhaj salafi_wahabi masri2 boleh bersekonkol dengan sekuler :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus15
WARGA SETIA
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-10-07 10:11


hohoho... nak tipu orang luar perlis boleh lah... kawe bermusafir kat sini dah 4 tahun... tak ada maknanya

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus15Profil   Hantar PM kepada Firdaus15   Pergi ke Firdaus15's Website   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 31-10-07 10:32


Pada 30-10-07 08:09 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!


Maaf cakaplah, orang yang ada kepentingan politik apatah lagi UMNO akan menggunakan pengaruhnya dengan apa jua cara walaupun terpaksa bercakap tentang agama demi kepentingan parti.

UMNO mengamalkan Islam ? Perlembagaan UMNO? Tingkah laku pengikut UMNO? Shahidan duduk di bawah parti apa? Kendian bercakap tentang mazhab Syafi'e?


PAS bercakap agama untuk kepentingan apa? :berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

alhikam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal

Perlis  


posticon Posting pada: 31-10-07 11:32


Pada 31-10-07 10:32 , solskjaer posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 30-10-07 08:09 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!


Maaf cakaplah, orang yang ada kepentingan politik apatah lagi UMNO akan menggunakan pengaruhnya dengan apa jua cara walaupun terpaksa bercakap tentang agama demi kepentingan parti.

UMNO mengamalkan Islam ? Perlembagaan UMNO? Tingkah laku pengikut UMNO? Shahidan duduk di bawah parti apa? Kendian bercakap tentang mazhab Syafi'e?


PAS bercakap agama untuk kepentingan apa? :berfikir:


Hmm masih keliru ..

PAS = Dasar Al Quran dan Sunnah

UMNO = Dasar Nasionalisma

Nak tahu berjuang untuk kepentingan apa lihat dulu dasar . Kalau dasar perlembagaan Parti untuk Al-Quran dan Sunnah . Maka apa lagi tujuan berrjuang .

Kalau betul-betul nak tegakkan Dasar Al-Quran Sunnah .... boleh lagikah duduk di bawah lembayung UMNO yang dah dasarnya bukan ke arah itu .

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhikamProfil   Hantar PM kepada alhikam   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-10-07 11:33


Pada 31-10-07 10:32 , solskjaer posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 30-10-07 08:09 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!


Maaf cakaplah, orang yang ada kepentingan politik apatah lagi UMNO akan menggunakan pengaruhnya dengan apa jua cara walaupun terpaksa bercakap tentang agama demi kepentingan parti.

UMNO mengamalkan Islam ? Perlembagaan UMNO? Tingkah laku pengikut UMNO? Shahidan duduk di bawah parti apa? Kendian bercakap tentang mazhab Syafi'e?


PAS bercakap agama untuk kepentingan apa? :berfikir:



baca ucapan tok guru nik aziz ni....

http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?forum=2&topic=33982

tak payah sheikh buat-buat 'bodoh' :jangan: :jangan: malu kawe :sopan: :sopan:


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

Nuranys
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-10-07 16:54


Pada 29-10-07 09:14 , jubah_hijau posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 29-10-07 09:10 , aye posting:

!!! QUOTE !!!

MB dengan Mufti nya sama saja.... cakap putar belit.....


relax....ana paham perasaan enta...ana pun sebaris dengan enta jugak...


:sopan: ana pun...


-----------------
Photobucket





Bookmark and Share

    


  Member Information For NuranysProfil   Hantar PM kepada Nuranys   Pergi ke Nuranys's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.140444 saat. Lajunya....