Oleh |
bagaimana nak mudah tidur |
nurshuhada
Warga 3 Bintang Menyertai: 21.01.2007 Ahli No: 28282
Posting: 77
Dari: ipoh
|
Posting pada: 26-10-07 23:23
ana ada probs sikit.. ana cukup susah nak lelap masa nak tidur waktu malam.. kadang-kadang dekat 2 jam, tetap xlelap.. selalunya dah nak dekat pagi, baru mata ni nak tutup.. so, hasilnyer ana selalu bangun pagi lewat.. kalau mlm susah nak tidur, tapi kalau siang senang lah pulak..ish3.... ----------------- conan rules...
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 26-10-07 23:29
jadual tidur tak betul itu. tips supaya mudah nak tidur : 1. jangan berfikir banyak semasa nak tidur 2. Tak minum kopi, nescafe 3. tak perlu buat aktiviti yang banyak mengeluarkan tenaga. 4. Biasanya baca buku berbentuk fakta memudahkan ngantok dan tertidur sambil buku diletakkan di muka sendiri. 5. Buat pengiraan (dalam cerita orang puteh selalu buat begini) mengira kambing biri-biri melompat pagar.. satu... dua..tiga, dan seterusnya. 6. sahabat yang lain boleh tambah...
|
nurshuhada
Warga 3 Bintang Menyertai: 21.01.2007 Ahli No: 28282
Posting: 77
Dari: ipoh
|
Posting pada: 26-10-07 23:35
terima kasih.. ana akan cuba.. memang dah lama tinggalkan kopi dan nescafe..
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 26-10-07 23:48
cuba tidak tidur siang.. try senang tak tidur malamnye?
|
syira_qistina
WARGA SETIA Menyertai: 08.10.2003 Ahli No: 4102
Posting: 777
Dari: tempat yang paling jem
|
Posting pada: 26-10-07 23:53
biasanya org yang tak tidur siang..senang saja nak tidur waktu mlm. lagi-lagi org yang bekerja...sekejap saja dah pengsan..
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 26-10-07 23:54
hehe.. benar juga, tetapi apabila sudah menjadi kebiasaan susah nak hilangkan. Tapi bukan bermaksud tidak boleh melakukan perubahan
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 26-10-07 23:55
orang yang bekerja kerana sudah banyak menggunakan tenaganya sama ada melalui fikiran ataupun fizikal Memang berbaloi lah kalau tidorr..
|
raihan2004
Warga 5 Bintang Menyertai: 11.01.2004 Ahli No: 6388
Posting: 375
Dari: kedah
|
Posting pada: 27-10-07 00:26
ini dah kes insomnia ini...
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 27-10-07 00:42
insomnia - penyakit tak boleh tidor - ada banyak stages antaranya - memang tak boleh tidur langsung ataupun dah terbangun tak boleh tidur semula ada yang tak dapat tidur semalaman, beberapa malam, berminggu, berbulan, bertahun..
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 27-10-07 01:46
Pada 26-10-07 23:29 , Anak_Pejuang posting:!!! QUOTE !!! jadual tidur tak betul itu.
tips supaya mudah nak tidur :
1. jangan berfikir banyak semasa nak tidur 2. Tak minum kopi, nescafe 3. tak perlu buat aktiviti yang banyak mengeluarkan tenaga. 4. Biasanya baca buku berbentuk fakta memudahkan ngantok dan tertidur sambil buku diletakkan di muka sendiri. 5. Buat pengiraan (dalam cerita orang puteh selalu buat begini) mengira kambing biri-biri melompat pagar.. satu... dua..tiga, dan seterusnya. 6. sahabat yang lain boleh tambah... 6.5. minum susu 7. mandi air panas (suam2) 8. baring sambil berzikir sampai terlelap 9. paksakan juga diri tidur.. -----------------
|
dueramiela
WARGA SETIA Menyertai: 21.01.2007 Ahli No: 28283
Posting: 732
Dari: DaRuL eHsaN
|
Posting pada: 27-10-07 03:50
pastikan sebelum tdur,makan......huhu mesti senang nak tidur.... ***boleh ke........?
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 27-10-07 03:56
Pada 27-10-07 03:50 , dueramiela posting:!!! QUOTE !!!
pastikan sebelum tdur,makan......huhu
mesti senang nak tidur....
***boleh ke........?
betullah tu.. bayi-bayi pun akan hanya boleh tidur bila dah kenyang. saya pun tak dapat tidur kalau perut lapar... -----------------
|
Iman_Hayati
WARGA SETIA Menyertai: 24.10.2003 Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 27-10-07 08:59
Pada 26-10-07 23:48 , syahidatul posting:!!! QUOTE !!! cuba tidak tidur siang.. try senang tak tidur malamnye? Em..betul tu.. kalau kita tidak tidur siang..confirm mlm ngantuk.. bila nak tidur..cuba jangan banyak berfikir.. kalau tak boleh tidur jugak..cuba baca buku.. kalau ana tak boleh tidur..ana akan ambik buku, baca..kejap saja mesti ngntok ----------------- Sesejuk Mata Memandang, Seindah Akhlak terpampang
|
atie82
WARGA SETIA Menyertai: 15.12.2004 Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,Sabah@Seremban
|
Posting pada: 27-10-07 11:07
wwt... If you toss and turn during the night without being able to fall asleep, do the following: 1. Remember Allah with prophetic supplications or supplications taken from the Quran: Verily in the remembrance of Allah do hearts find rest (Surah Ar raād 13: verse 28) 2. Avoid sleeping during the day, except when you have no other choice: And have made the day for livelihood (Surah An Nabaā 78: verse 11) 3. Read or write until sleep comes: And say: āMy Lord! Increase me in knowledge (Surah Taha 20: verse 114) 4. Work hard during the day : And (it is He Who) makes the day Nushur (i.e. getting up and going about here and there for daily work, etc., after oneās sleep at night or like resurrection after oneās death).ā (Surah 25: verse 47) Wassalam ----------------- The Light of ALLAH surround Me, The Love of ALLAH Enfolds Me, The presence of ALLAH watches over Me, Whatever I am...ALLAH iS..
|
alornk
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.10.2007 Ahli No: 31510
Posting: 133
Dari: atas bukit bawah angin
|
Posting pada: 27-10-07 11:17
time siang buat kerja or aktvt yang penat2..bila malam relax dan mudah lah lelap..
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 27-10-07 11:39
makan ubat tidur..... adalah suatu cubaan yang perlu dijauhi...bukan didekati... huhu... nak senang tidur malam..jangan tidur siang..bagun malam dan solat malam....mesti senang nak tidur malam..silapĀ² letak bantal saja terlelap....macam emak dan ayah saya....
|
mmas_forever1991
WARGA SETIA Menyertai: 28.05.2007 Ahli No: 30088
Posting: 741
Dari: AS
|
Posting pada: 27-10-07 11:51
minum ubat batuk k juga...... hehe.....
|
cahaya_hatiku
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.09.2007 Ahli No: 31094
Posting: 217
Dari: serambi mekah...
|
Posting pada: 27-10-07 11:57
salam... Kalau ana susah nak tidur ana akan baca nota @ buku sambil baring... insya allah tak sampai setengah jam mesti tidur ah
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 27-10-07 13:33
biasanya cara cahaya_hatiku tu pasti berkesan pada studentĀ².... saya..dulu...tak sampai 2 minit pun boleh tertidur kalau mengadap buku....hish.... letih sangat ke......??? (tanya diri sendiri..)
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 29-10-07 20:32
Pada 27-10-07 11:39 , sayatetapsaya posting:nahye ni letak bantal terus lelap... ummi ana letak kepala kat bantal terus lelap... -----------------
|
adh_ham
Warga 1 Bintang Menyertai: 11.01.2005 Ahli No: 13658
Posting: 37
Dari: Tsik Pmysuree, Cheras
|
Posting pada: 04-12-08 07:45
saya pun ada beberapa kawan yang susah yang nak tidur. sebenarnya kalau nak setelkan sebarang masalah, kena tengok daripada puncanya dahulu. apa yang saya nampak pada kawan-kawan saya susah nak tidur ni, mereka ada beberapa persamaan tabiat: 1. heavy smoker (kes majoriti) 2. suka sangat berfikir (fikir pasal kerja, kawin,keluarga...) Tapi yang pentingnya..jangan sesekali cuba ambil ubat tidur..sebab nanti akan sebabkan ketagihan. bagi saya, yang paling berkesan adalah cari sesuatu amalan yang memberi ketenangan, amalkan sebelum tidur. Bila anda dah mula dapat tidur secara normal, insya Allah..masa susah nak tidur takkan muncul lagi. Cakap pasal ketenangan, mungkin anda boleh cb beberapa cara: - dengar alunan zikir atau bacaan Quran - dengar alunan muzik yang membosankan - bercakap dengan org yang bisa buat kita tenang - pastikan bilik dipenuhi aroma yang menyenangkan - lapangkan fikiran..elakkan fikir yang benda-benda yang patutnya fikir masa nak tidur..berangan tak apa Selamat mencuba!
|
mykrk
Warga Rasmi Menyertai: 17.12.2008 Ahli No: 36374
Posting: 2
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 17-12-08 11:14
http://belajar-bahasa-arab-mykrk.blogspot.com/2008/10/doa-memudahkan-tidur.htmlDoa Memudahkan Tidur عَــن ْ ز َيـْـد بن ثـَــابـِـت رَضـِـــيَ اللهُ عـَـنـْـهُ قـَــالَ: شـَــكـَــوْت ُ إلـَــى رَسـُــول ِ اللهِ صـَــلـَّـى اللهُ عـَــلـَــيـْــهِ وَسـَــلـَّــمَ أ َرَقـًــا أ َصـَــابَــنـِــى، فـَــقـَــالَ قـُــلْ اللهُــمَّ غـَــارَتِ النـُّــجـُــومُ وَهَــدَأ َتِ الـْــعـُــيُــون ُ وَأ َنـْـت َ حـَــيٌّ قـَــيـُّــومٌ لاَ تـَــأ ْخـُــذ ُكَ سـِــنـَــة ٌ وَلاَ نـَــوْمٌ يـَــاحـَــيُّ يـَــا قـَــيـُّــومُ أ َهـْــدِئْ لـَــيـْــلـِــى وَأ َنـِــمْ عـَــيـْــنـِــى فـَـقـُــلـْــتـُــهـَــا فـَــأ َذ ْهـَــبَ اللهُ عـَــز َّ وَجـَــلَّ عـَــنـِّــى مـَــا كـُــنـْــت ُ أ َجـِــدُ رواهُ ابن السني رضى الله عنه Zaid bin Thabit .a. menyatakan beliau mengadu kepada Rasulullah s.a.w. bahawa beliau mengalami masalah susah hendak tidur, maka Rasulullah s.a.w. mengajar beliau doa ini, اللهُــمَّ غـَــارَتِ النـُّــجـُــومُ وَهَــدَأ َتِ الـْــعـُــيُــون ُ وَأ َنـْـت َ حـَــيٌّ قـَــيـُّــومٌ لاَ تـَــأ ْخـُــذ ُكَ سـِــنـَــة ٌ وَلاَ نـَــوْمٌ يـَــاحـَــيُّ يـَــا قـَــيـُّــومُ أ َهـْــدِئْ لـَــيـْــلـِــى وَأ َنـِــمْ عـَــيـْــنـِــى dan apabila dibacanya, katanya, Allah SWT menghilangkan penyakit susah tidur yang kualami itu. Maksud doa tersebut ialah: Ya Allah, telah lenyap segala bintang dan telah lelap semua mata sedangkan Engkau sentiasa hidup lagi berdiri, tidak mendatangi / mengenai Engkau mengantuk dan lena, wahai Tuhan yang hidup lagi berdiri, tenangkanlah malamku dan lelapkanlah mataku. (Hadith riwayat Ibnu Sunni .a)
|
halesolurun_84
Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 17-12-08 11:22
guling-guling saja kat tempat tidur.. insyaAllah lama2 terpejam juga mata ini..
|
Jue_Effendy
WARGA SETIA Menyertai: 10.11.2008 Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu
|
Posting pada: 17-12-08 11:24
Apabila seseorang itu tidur kurang daripada enam jam, pelbagai masalah akan timbul terhadap dirinya. Sebelum Thomas Edison mencipta mentol lampu (tahun 1880), manusia selalunya tidur sekitar 10 jam sehari. Antara petua untuk memudahkan anda tidur lena pada waktu malam hari ialah: * Mendisiplinkan diri dengan jadual waktu tidur yang seragam. * Elakkan aktiviti senaman sekitar lima atau enam jam daripada masa tidur. *Jauhkan diri daripada mengambil sebarang bentuk kafein, nikotin atau alkohol. * Elakkan diri daripada makan makanan yang memberi kesegaran pada tubuh badan pada waktu malam. * Elakkan tidur pada waktu petang atau selepas waktu Asar. * Tenangkan diri sebelum masuk tidur dengan melakukan aktiviti seperti mandi air panas, membaca buku atau mendengar muzik yang berirama perlahan. * Sekiranya selepas melakukan perkara-perkara di atas, anda masih belum tidur. Jangan bimbang kerana kebimbangan akan menyebabkan anda semakin susah untuk tidur. Cuba buat perkara-perkara lain yang boleh membuat diri anda mengantuk, contohnya membilang biri-biri melompat pagar dan sebagainya. selamat mencuba.....
|
sasuke-kun
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2004 Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun
|
Posting pada: 17-12-08 12:27
cuba solat tahajud plus baca al-quran confirm xsampai 10 minit dah ngantuk....
|
Violet-8
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.12.2008 Ahli No: 36178
Posting: 74
|
Posting pada: 17-12-08 12:53
Saya pun ada pengalaman seperti macam tu. Tambah lagi bekerja sambil belajar...Aduh! lagi stress dengan dah rumahtangga lagi, Sebab belajar lagi lepas tu buat assignment lagi esok pagi nak bangun awal masuk kerja. Pukul 4.00 pagi memang biasalah tidur...Sampai saya pernah menangis sebab tak boleh tidur malam. Pernah nak berhenti belajar kerana masalah tak boleh tidur ni tapi memandangkan melihat kawan-kawan ada yang sarat pregnant lagi, dah beruban rambut masih kuat lagi belajar sambil bekerja, saya gagah jugakan teruskan belajar ni... Sebab tak tahan, ambil ubat selsema mengantuk Piriton, Peace tablet ke tapi makan ubat tu memang kuat mengantuknya..tapi takadalah ambil selalu, kadang-kadang saja ambil.. Jangan terlalu banyak berfikir sangat. Sebelum tidur dan selepas tidur baca doa. Itulah saya amalkan selalu ni sehingga Allah Taala permudahkanlah dapat menikmati tidur. Tapi selepas tu, dah lalai pulak baca doa ni.....Apalah lemah sangat iman ni..
|
nurhaziqah
WARGA SETIA Menyertai: 09.04.2005 Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm
|
Posting pada: 30-10-09 23:27
cuba minum susu panas sebelum tidur. boleh memudahkan kita tidur. (petua dari majalah kesihatan) tapi, bagi saya, Kalau nak mudah tidur, cubalah baca buku2 ilmiah dan pelajaran. mesti mengantuk. sebab tu lah saya senang mengantuk waktu belajar. ni masalah saya, tak berapa dapat concentrate time study sebab selalu ngantuk setiap kali buka buku2 pelajaran. mungkin saudari pembuka topic boleh try cara ni =)
|
aiNa85
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.11.2009 Ahli No: 38304
Posting: 94
Dari: negeri jelapang padi
|
Posting pada: 18-12-09 12:14
saya dulu pun ada masalah susah nak tidur malam jugak, tapi sekarang..alhamdulillah dah ok.cuma kadang-kadang saja, bila hadapi tekanan kerja atau masalah lain, susah juga nak lelap mata. kalau susah nak tidur malam, apa yang saya selalu buat ialah: 1. buat pengiraan (kira saja bintang atau apa-apa saja sampai boring dan ngantuk) 2. dengar lagu kat sinar fm..confirm boleh tidur.. ----------------- -PermataAyahBonda-
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 18-12-09 22:10
timing tidur dah lari tu... seeloknya mengikut fitrah... siang untuk mencari rezeki.. malam untuk istirehat.. kalau budak lelaki pulak, ramai yang mudah tertidur di majlis ilmu dan semasa khutbah jumaat..itulah belitan iblis kepada penuntut.. ----------------- Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.
|