Oleh |
siapa anak petani?saya... |
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 02-10-07 16:52
saja nak berkongsi cerita.. saya hairan ada orang yang malu mengaku anak nelayan atau anak petani... saya anak petani...saya suka hidup dan membesar sebagai anak petani.. mak sayalah petani, ayah saya kerja kerajaan tapi dah setahun lebih bersara.. saya kagum dengan mak saya yang boleh urus dan jaga beberapa kebun seorang diri...saya katakan seorang diri sebab anak-anaknya tak dapat selalu tolong dia buat kerja kebun..ayah pun cuma hujung minggu turun kebun tapi sangat jarang..anak2 dia ada yang dah kawin, kerja jauh, belajar jauh.. sesuatu yang kadang-kadang terlepas disedari dan dihargai..mak selalu membekalkan kami dengan sayur2 segar hasil dari tanamannya..kalau sayur kat rumah dah beberapa hari dan dah layu, mak kata, mak tanam sayur tapi anak2 tak dapat makan sayur segar2.. sejak saya kecil, saya selalu ikut mak ke kebun sebab tiada orang menjaga di rumah...perkara yang paling saya sedih dan menyesal bila ingat sekarang, suatu hari saya ikut mak ke kebun, mak biasanya balik rumah waktu petang tapi saya desak dan nangis ajak mak balik awal sedangkan mak sedang tekun buat kerja kebun.. sebab mak tak nak balik lagi, habis semua daun2 sayur-sayur tanamannya yang sedang menghijau saya kerjakan...sungguh sedih ingat perkara tu...mak tak marah saya, mak saya tetap pujuk sebab dia masih banyak kerja...akhirnya saya menurut...sebenarnya banyak kali saya ajak mak balik awal tapi hari tu paling sedih..sebab tu mak selalu tanya kalau saya betul-betul nak ikut atau tidak sebab mungkin serik dengan perangai anaknya yang begitu..sebenarnya pada hari kejadian tu sebelum bertolak dari rumah mak dah bagi duit rm5 dan saya dah janji tidak akan ajak mak balik awal.. saya bersyukur jadi anak petani...di kebun saya dapat melihat keindahan gunung kinabalu yang bermakhota awan putih di waktu pagi, dapat menikmati matahari terbit di sebalik gunung, dapat mendengar bunyi air dari gunung dan sungai... di kebun saya melihat kehijauan alam, menikmati udara sejuk dan segar, mendengar kicau burung.. di kebun, selera makan saya berlipat ganda..hehe..kalau nak masak sayur, cuma keluar dari pondok, petik sayur dan masak.. dah dua tahun lebih saya tak menikmati kesedapan dan kesegaran masakan di kebun...terlalu rindu.. di kebun, anak2 buah yang selalu tak berselera makan berebut-rebut nak makan... kebun mak saya macam-macam...ada kebun tanam sayur, kebun kopi, kebun pisang, dusun buah2, tanam padi (padi bukit) dan banyak lagi..semua tu mak usahakan seorang diri hingga sekarang pada usia separuh abad lebih...kalau sehari tak pergi kebun mak saya kata macam sakit..anak2nya menggelarnya "wanita berkerjaya yang sibuk".. hujan renyai2 pun dia nak pergi kebun...dia kata cukuplah kalau ada masa sejam buat kerja kat kebun tu daripada langsung tak pergi kebun.. kebun mak saya ada yang jauh ada yang dekat sebab dari nenek moyang kami, telah berhijrah 2 kali sebelum menetap kekal di kampung sekarang... kalau pergi kebun jauh, mak saya bertolak sebelum matahari terbit dan balik lepas matahari terbenam..tapi naik keretalah.., saya rindu suasana musim mengetam padi... kami sekeluarga dan dengan sepupu2 saling membantu... golongan kanak-kanak, remaja dan orang tua bekerjasama..mengetam padi dengan bermula dalam barisan dan berakhir dalam barisan... tidak dibenarkan ketam padi dalam lorong sendiri saja tapi mesti tolong ketam padi di lorong jiran kiri dan kanan... tidak boleh tidak sampai ke garis penamat... suasana ketam padi sangat seronok..yang tidak lepas kalau ketam padi ialah acara teka-teki..lebih ramai penyertaan lebih meriah...ada yang tak terjawab hari tu disimpan untuk esok hari..di celah2 padi mak tanam labu kundur, labu merah, jagung dan timun... kalau terjumpa buah timun ketika mengetam, kami akan berhenti sebentar membahagi2 dan makan timun bersama2... hilang dahaga di bawah terik mentari.. rindunya...dah 6 tahun saya tidak menikmatinya... cerita pasal kebun kopi..kebun tu atas bukit dan tempat sejuk... dekat dengan tempat kaki gunung kinabalu... kena lasaklah kalau nak sampai ke sana..naik dan turun bukit...kalau nak petik buah kopi kena naik atas pokok...hehe..masa kecil selalu melompat dari pokok ke pokok yang berdekatan..selalu pula buat pertandingan melompat pokok dengan kakak, abang dan sepupu... hasil buah yang dipetik dibawa turun bukit...seperti pahlawan anak2 mak termasuk perempuan mengangkat buah kopi dalam guni menuruni bukit...tapi sayalah yang paling tak kuat...kalau sampai jalan yang curam saya buang guni berisi kopi berguling2 sampai ke tanah rata...mencabar sungguh... banyak kenangan indah tapi hanya itu yang dapat dikongsi... rindunya.. ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
LinCikedot
WARGA SETIA Menyertai: 03.09.2006 Ahli No: 26163
Posting: 811
Dari: Atap Rumbia
|
Posting pada: 02-10-07 17:20
oo..macam tu ye..apa pun, tak semua orang malu nak mengaku macam tu. mungkin orang yang malu nak mengaku tu ada sebab-sebab peribadi yang tertentu.
|
damsyiq_group
Warga 1 Bintang Menyertai: 22.08.2007 Ahli No: 30741
Posting: 37
Dari: ipoh (DAMASCUS-SYRIA)
|
Posting pada: 02-10-07 17:29
emmm.... bagi saya lah tak ada sebab kenapa kita nak malu.. apa pun, siapa pun kita, kita tetapi hambaNya, ye tak..? (jangan jadi macam malin kundang udah lah.. na'izubillah..) sebenarnya pokok pangkal hati kita. di mana pun kita d campakkan jangan lupa siapa kita d mataNya.. manusia ini saling mmerlukan! sebagai contoh; kalau tak ada si petani orang-orang kaya tu nak makan nasi dari mana? k lah, skadr berkongsi.. semoga kalian semua sentiasa d bawah rahmatNya, amin..
|
mohdnurhakimin
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse
|
Posting pada: 02-10-07 20:48
Ana cucu petani; boleh masuk kelab ke tak? Rumah ana sekarang pun dikelilingi sawah padi. Ayah ana anak petani. Ingin ana tambah satu perkara (harap tak keluar topik): Ana masih ingat pesanan ayah ana, tentang 'power of education'. Katanya, ayah dia (datuk ana) susah, kerja dengan orang dan bertani. Dengan kata lain 'agak susah'. Alhamdulillah, ayah ana berjaya dalam pelajaran, dapat masuk universiti dan dapat pegang jawatan dalam kerajaan, walaupun bukan PM. Menjadi cabaran bagi ana dan adik beradik lain, kerana lumrah kita harus menjadi lebih baik daripada sebelumnya; dan ayah ana selalu mencabar kami menjadi lebih baik daripadanya. Susah juga,kan?
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 02-10-07 20:49
saya bangga menjadi menantu petani...... mandi air paya..... kutip sayur nak buat masak... tangkap ikan... semelih ayam bela..... errmm.. mana lah mudah nak dapek peluang begitu kat bando ni.....
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 03-10-07 09:39
teringin sangat nak tangkap ikan di sawah padi... impian yang belum tercapai ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
searchforguidance
WARGA SETIA Menyertai: 04.09.2007 Ahli No: 30916
Posting: 403
Dari: johore
|
Posting pada: 03-10-07 10:25
kita pun anak petani...selalu ikut arwah bapak pergi kebun,pakai comot2..kutip biji sawit, tanam pisang...petik buah limau... kita tak malu pun nak mngaku semua tu..bapak pernah jual ikan dari kampung ke kampung...pernah jual getah beku...yang busuk tu.tapi dengan duit hasil semua itulah bapak berjaya beri kami adik beradik pelajaran..... semua pencapaian alhamdulillah...... eeee....rindunyeeee kat arwwah.......
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 03-10-07 10:27
nak cuba menoreh getah... tengok kat tv seronok saja satu lagi impian belum tercapai ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 03-10-07 10:34
sya anak pekebun,seronok masa berkebun,,panjat betik,tanam jagung,tanam ubi kayu ...best...
|
syed
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun
|
Posting pada: 03-10-07 10:41
saya anak seorang nelayan dan juga petani... ----------------- "kullu amm waentum bikhair". Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan..
|
hasantembaga
Warga Rasmi Menyertai: 24.04.2007 Ahli No: 29732
Posting: 14
Dari: selangor
|
Posting pada: 03-10-07 10:42
Kalau boleh, saya nak belajar berkebun jugak.tak berpeluang..
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 03-10-07 10:52
Pada 03-10-07 10:42 , hasantembaga posting:!!! QUOTE !!! Kalau boleh, saya nak belajar berkebun jugak.tak berpeluang.. tak mengapa.. mulakan dengan tanam pokok2 bunga atau buah2an di halaman rumah ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
RaudhatuL_Muttaqin
WARGA SETIA Menyertai: 29.03.2005 Ahli No: 15423
Posting: 556
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 03-10-07 11:48
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 03-10-07 18:26
saya anak pakcik abdul ghani... ehehe.... atuk dan wan ana seorang petani... dengan hasil tani itulah kami 6 beradik membesar dengan sihat...
|
azzahrah
WARGA SETIA Menyertai: 12.02.2004 Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu
|
Posting pada: 03-10-07 20:07
saya anak pasangan cikgu tapi ba dan ma cukup suka berkebun
|
awa
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.03.2005 Ahli No: 15078
Posting: 136
Dari: Kedah
|
Posting pada: 03-10-07 21:39
Saya pun anak petani..Biasalah asal Kedah...So bapak saya kerja sebagai pesawahlah...Best sangat bila tengok anak padi menghijau...dan yang dah masak tu...jom p kedah ramai-ramai!!!
|