Bahagian III
Kelibat anak kecil berlari di ruang tamu rumah. Sungguh terasa satu perasaan yang berbeza. Kak Long pula tiba-tiba masuk ke ruang tamu yang sebentar tadi di ruang dapur.
”Tina, Iman, jangan berlari. Nanti Mak Usu pening kepala. Pergi main kat luar rumah.” Pesan Kak Long kepada dua anaknya yang sangat comel.
Aku tersenyum sahaja kepada Kak Long.
”Baik Ibu.” balas Iman dan berlalu bersama adiknya Tina bermain di luar rumah.
Kak Long mendekatiku.
”Kenapa ni? Tersenyum semacam saja.” Tegur Kak Long ramah.
Aku tersipu malu dengan tegurannya.
”Entahlah Kak Long. rasa bahagia pula jika ada anak kecil dalam rumah, kan?” balasku kemudian.
Kini Kak Long pula yang tersenyum kepadaku.
”Kak Long rasa memang dah patut juga kamu pun ada anak. Tidak perlu nak merancang lagi. Kamu dah bernikah hampir 5 tahun. Sepatutnya kamu lebih dulu dapat anak daripada Kak Long.” balas Kak Long lembut.
Aku tersenyum dengan jawapan Kak Long. Memang tidak dinafikan aku bernikah dulu berbanding Abang Long. Bezanya pernikahanku datang secara tiba-tiba waktu itu. Aku bersetuju dengan Arif yang datang dalam hidupku walaupun aku tidak menyintainya. Menerimanya demi mahu melupakan kesakitan yang terjadi dengan kisahku dan Zamarul. Menerimanya demi memulakan penghijrahan yang sempurna.
Aku semakin menerima abang Arif kerana dia menyokongku menyambung pengajian dan menanggungnya. Dia mahu aku mempunyai kerjaya yang aku impikan. Sesungguhnya inilah keindahan takdir. Aku berasa sangat bersyukur kepadaNya.
”Yaa, sebenarnya bila ada anak ini, hubungan suami isteri jadi lebih teguh. Anak-anak ini amanah, jadilah ibu bapa yang ikhlas memegang amanah Allah. Jangan pentingkan didikan dunia sahaja, tetapi didikan akhirat” balas kak Long lagi.
Aku mengangguk faham dengan kata-kata itu. Banyak benarnya kata-kata itu. Dari jauh aku dapati Abang Arif dan Abang Long bermain dengan Iman dan Tina di luar rumah. Kelihatan sangat gembira sahaja mereka.
Petang itu Abang Long dan Kak Long sudah bertolak pulang. Aku dan Abang Arif menghantarnya sampai ke lapangan terbang KLIA. rasa berlain pula bila tidak terdengar suara riang Iman dan Tina.
Dalam perjalanan pulang aku diam sahaja. Tetapi dalam fikiran teringat sahaja pada Iman dan Tina. Kekadang tersenyum sendiri. Entah Kenapa rasa begitu.
”Kenapa Aliya?” Soal Abang Arif.
Aku berpaling pada Abang Arif. Aku tersenyum sahaja kepadanya.
”Tidak ada apa-apa” Balasku ringkas.
Aku tidak mahu memberitahu abang Arif tentang apa yang bermain di fikiranku. Abang Arif pula membalas dengan senyuman. Dia biarkan sahaja aku bermain dengan fikiranku. Tiba-tiba abang arif memberhentikan kereta.
”Kenapa abang?” soalku dengan kehairanan.
Abang Arif mengamati wajahku seketika. Aku pula bertambah hairan. Ada sesuatu di benaknya yang mahu dia luahkan.
”Abang nak bawa Aliya ke rumah abang, mahu?” soalnya tiba-tiba.
Aku jadi terkejut dengan persoalannya. Apa pula yang dimaksudkan dengan rumahnya sedangkan kami sudah mempunyai rumah. Aku hanya diam seketika.
”Apa maksud abang ni? Rumah mana lagi kita ada?” soalku kemudian dengan kehairanan.
Aku masih menanti jawapannya. Tetapi dia masih diam seolah-olah minta aku mengerti. Aku berpaling ke luar kereta. Aku dapati aku berada berdekatan dengan rumah anak yatim. Kini. Aku baru teringat akan rumah anak yatim abang Arif di besarkan. Dia pernah bercerita kepadaku semasa awal mengenalinya, tetapi aku tidak pernah ingat namanya.
”Abang, kita pergi rumah abang ye?.” ujarku kemudian menyetujui permintaannya.
Aku mengenggam tangannya di tanganku. Aku tahu telah lama dia mahu aku kenal tempat ini, cuma aku selalu memberi alasan tidak dapat. Kami melangkah sama-sama ke rumah itu.
”Abang...abang...” jerit beberapa orang kanak-kanak yang bermain di taman permainan.
Abang Arif mendekati mereka.
”Kami rindukan abang..., dah sebulan lebih abang tidak datang..” ujar salah seorang kanak-kanak itu.
Air mataku tiba-tiba jatuh ke pipi. Aku rasa sangat terharu dengan Abang Arif, Begitu suci hatinya yang aku selalu menolak untuk memahaminya waktu dulu.
”Kenapa yaa?” soal abang Arif kepadaku.
Aku cuma mengeleng kepala. Aku tersenyum kemudian. Aku memimpin tangan kanak-kanak itu. Entah Kenapa aku berasa sangat bahagianya hari ini. Abang Arif cuma memerhatikan. Terlalu mudah aku menyesuaikan diri di sini. Bagiku, ini juga rumahku.
”Adik nama apa?” soalku pada kanak-kanak itu.
Kelihatan mereka tidak juga asing denganku. Mereka terlalu gembira dengan kedatangan aku dan abang arif.
”Saya suzi”
”Saya Ikhmal”
”Saya Farid”
”Saya Aminah”
”Saya Nurul”
”Saya Manisah”
Aku mengangguk sahaja tanda mendengar. Mereka pula memerhatikan sahaja. Entah apa lagi yang perlu di bualkan. Terasa hilang modal memulakan. Mungkin kerana ia terlalu baru mengenali mereka.
”Akak, dah lama kami tunggu akak datang..” ujar adik nurul memulakan bicara.
Aku terkejut juga dengan bicaranya.
”iyalah kak. Abang arif cakap akak sibuk dan sebab itu tidak dapat datang. Dia cakap suatu hari dia akan bawa akak, dan hari ini dia penuhi janjinya..” sampuk adik Ikhmal kemudian.
Aku berpaling pada abang Arif yang sedang berbual dengan seseorang di meja depan. Mungkin pengurus tempat ini. Aku tidak sangka abang arif berkata demikian kepada mereka. Mereka seolah begitu kenal dengan diriku walau aku hanya baru hari ini menemui mereka. Barangkali banyak cerita tentangku yang abang arif ceritakan.
”Akak gembira sangat hari ini..dapat bersama dengan kamu semua..rasa rugi bila sekarang baru dapat jumpa kamu semua.” balasku kemudian.
Mereka tersenyum dengan jawapanku.
”Abang arif juga sangat gembira hari ini. Sebelum ini dia kelihatan sedih sahaja. Walau dia tidak pernah cakap, tetapi kami tahu. Kami rapat dengan dia..” sambung adik Suzi.
Aku terkejut sekali lagi dengan bicara mereka. Begitu banyak bicara mereka kepadaku.
”Jangan risau, abang arif adalah baik sekarang. Dia tidakkan sedih lagi...” balasku kemudian.
Aku cuba menyakinkan mereka. Aku sedar jika mereka begitu risau tentang abang Arif.
”Abang arif selalu puji akak..sebab tu kami nak sangat jumpa akak.., memang akak sangat baik...” sambung Aminah.
Di hujung matanya ada air mata yang di tahannya. Aku memeluknya erat. Aku tahu mereka sangat dahagakan kasih sayang. Dan demikian juga dengan abang arif yang membesar di sini. Aku berpaling sekali lagi pada abang arif. Aku sedari semakin banyak aku menyintainya kini. Aku melepaskan pelukan adik Aminah.
”Adik-adik, akak nak pergi jumpa abang arif kejap. Nanti ada masa lapang, akak janji datang lagi” ujarku lagi.
Mereka mengangguk sahaja. Aku berlalu meninggalkan mereka yang kini begitu dekat denganku. Aku tekad untuk melawat mereka selalu.
”
...”sapaku kepada abang arif dan pengurus itu.
Mereka berpaling kepadaku. Mereka agak kusyuk berbual tanpa menyedari kehadiranku.
”Waalaikumussalam..” balas mereka.
Aku lantas menyalami tangan wanita setengah abad itu. Dan berlalu dan duduk di sisi abang arif.
“Yaa, ini pengurus tempat ini.” ujar abang arif kepadaku.
Aku mengangguk mengiyakan. Aku tersenyum kepadanya.
“Gembira berjumpa puan hari ini..”sapaku lagi.
“Sama-sama. Sayapun gembira juga..” balasnya dengan senyuman.
Dari jauh aku berpaling kepada kanak-kanak itu yang sambung bermain di taman. Mereka riang sekali.
”Yaa nak pergi tak kat taman bunga belakang bangunan ini?” soal abang arif tiba-tiba.
Aku menatap wajahnya. Apa lagi yang mahu abang arif mahu tunjukkan kepadanya.
”Pergila Aliya.., itulah tempat kegemaran si arif ini sejak kecil.” sambung pengurus itu lagi.
Aku tersenyum sahaja pada abang arif.
“Baiklah abang..” balasku kemudian.
Abang Arif membawaku ke taman bunga di belakang bangunan. Memang banyak bunga di yang tersusun dengan indah.
”Abang selalu datang sini..”ujarnya lagi.
Aku mendengar sahaja bicaranya. Pandanganku pada landskap yang indah. Sungguh mendamaikan. Kicauan burung dan deru air terjun buatan mengamit pandangan.
”Taman ini abang buat dengan kawan-kawan abang sejak kecil lagi. Apabila abang sudah dewasa, abang tambah lagi landskap ini. Ini impian abang bila membina tempat ini bersama kawan-kawan dulu bahawa dapat bawa isteri abang melihatnya apabila dewasa. Memang kelakar bila ingat balik masa-masa lalu..”ujarnya lagi.
Senyuman abang arif terukir. Aku turut tersenyum melihatnya begitu gembira.
”Apa pula nak kelakar. Semua orang akan ada impian sewaktu kecilnya.” balasku kemudian.
Abang arif memegang raut wajahku.
“Apa pula impian yaa masa kecil dulu?” soalnya lembut.
Aku cuma tunduk. Sebenarnya tidak banyak hal yang aku impikan pada waktu lalu. Cuma menghitung hari untuk menjadi dewasa sahaja. Mahu memiliki kejayaan sebagaimana lakonan watak di dalam televisyen di mana mereka mempunyai kerjaya yang cemerlang.
“Agaknya yaa tidak seperti abang sebab impian yaa cuma mahu jadi dewasa. Yaa orang susah sejak kecil, bagi yaa masa itu kalau yaa dewasa baru dapat hidup lebih baik.” balasku sayu.
Abang arif terdiam dengan bicaraku.
“Yaa, abang tidak mahu yaa sedih lagi. Abang akan selalu jadi penyokong yaa..”balasnya kemudian dengan lembut.
Aku tidak menafikan bahawa abang arif adalah insan yang banyak membantu diriku mencapai cita-citaku. Mungkin dia adalah impianku yang sebenarnya yang merupakan insan di sebalik kejayaanku hari ini.
“Abang, terima kasih sebab banyak membantu yaa mencapai cita-cita yaa. Kini impian yaa mahu jadi isteri yang solehah untuk abang” ujarku kepadanya.
Abang arif memandangku tenang. Dia tersenyum sekali lagi kepadaku.
“Yaa, abang juga mahu jadi suami yang soleh..., kita sama-sama hadapi hidup ini hingga ke taman syurga..” balasnya kemudian.
Aku tersenyum kepadanya. Titik jernih jatuh di pipi kami. rasa sangat bahagianya hari ini. Mudah-mudahan esok akan lebih bahagia lagi. Sesungguhnya, dugaan semalam sekadar menguji keteguhan kesetiaan, tetapi ianya tidakkan merubah apa-apa jika keikhlasan menjadi tiang kehidupan.