Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.
-- -- Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 249
Ahli: 0
Jumlah: 249




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 9 jam, 31 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Ketua Hakim Negara Pertama Jadi Banduan


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Ketua Hakim Negara Pertama Jadi Banduan

Please Mendaftar To Post


Oleh Ketua Hakim Negara Pertama Jadi Banduan

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 25-09-07 22:20


Fairuz Bakal Cipta Nama Dalam Guinness World Record
sebagai Ketua Hakim Negara Pertama Jadi Banduan!

Oleh Herman Samsudeem

Klip video perbualan VK Lingam melalui telefon dengan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim pada tahun 2002 semakin menjadi perhatian ramai. Pada ketika itu Ahmad Fairuz merupakan Ketua Ketua Hakim Malaya iaitu orang nombor tiga dalam hierarki badan kehakiman negara.

Penyebaran Klip Video tersebut adalah taktik terbaik untuk memastikan bahawa semua rakyat tahu kisah penyelewengan tersebut. Jika laporan terus dibuat seperti sebelum ini, rakyat akan bertanya-tanya tentang intipati isu ini.

Apa yang paling dikhuatiri adalah tindakan sabotaj dari Kerajaan BN yang menguasai seluruh sistem perundangan dan Kehakiman negara. Dan kebiasaannya orang yang melaporkan perkara sebeginilah yang selalu jadi mangsa dan direman kononya untuk siasatan. Dengan cara ini, agak sukar untuk Polis dan BPR melakukan sesuka hati mengikut telunjuk pemimpin BN.

Justeru itu, pada hari ini kita dapat melihat bahawa tindakan bijak Dato' Seri Anwar Ibrahim ini menyebabkan pemimpin BN khususnya UMNO menjadi panas punggung. Pelbagai ulasan mereka berikan dan semuanya cuba menutup kesalahan mereka dan cuba menyelamatkan diri masing-masing.

Kenyataan Pak Lah yang kecewa dengan pendedahan ini jelas menunjukan bahawa adanya konspirasi peringkat tertinggi untuk menyalahgunakan kuasa Kehakiman bagi melindungi pemimpin BN atau menaikkan kroni-kroni mereka.

Pak Lah tidak seharusnya berasa canggung dengan pendedahan ini jika ianya tiada kaitan dengan beliau atau kroni beliau. Seharusnya beliau bersikap profesional dan menyiasat pita video berkenaan dan mendedahkan siapakah orang-orang lain yang terlibat dalam konspirasi terancang ini.

Pada masa ini, tidak mustahil jika pakar IT Polis mengatakan bahawa video berkenaan sebagai rakaman super impose kerana mereka semakin terdesak untuk menafikan salah laku Pemimpin Besar mereka!

Jika dibandingkan dengan kes-kes yang melibatkan pembangkang seperti kes Memali, Kes Khalwat Mat Sabu, Kes Anwar Ibrahim, dan Kes Batu Buruk semuanya disiasat secara tidak adil. Pihak polis sanggup mereka cipta bukti, cerita palsu dan video super impose untuk memburukan pembangkang. Malah, mereka mengambil kesempatan menyebarkannya pada rakyat walaupun kes sebenar belum lagi diputuskan sama ada bersalah atau tidak.

Permainan mereka ini akhirnya memakan diri bila mana pembangkang mengambil inisiatif serupa terhadap gejala jenayah mereka yang memang benar dan sahih.

Dalam kes ini, Pak Lah seperti orang bodoh yang tidak tahu apa-apa dan cuba menafikannya bagi memutarkan fakta kes agar tidak kena-mengena dengan mana-mana kroninya. Laporan telah dibuat minggu lepas lagi tetapi hingga kini tiada satu tindakan pendakwaan atau tangkapan pun dibuat. Bukti telah ada tetapi mereka tengah pening kepala cari ilham untuk menggelakkan Ketua Hakim Negara dari dibicarakan.

Apa yang pasti, seandainya Ketua Hakim Negara dibicarakan semua media utama seluruh dunia akan tertumpu ke Malaysia. Pendedahan demi pendedahan pasti akan berlaku. Seandainya perbicaraan berlangsung, maka pastinya Tun Fairuz akan jadi kambing hitam dan akan diugut serta dipukul oleh polis dengan teruk agar tidak membongkar rahsia keseluruhan kes ini pada umum.

Akhirnya yang merengkok dalam penjara adalah Tun Fairuz seorang. Dan pastilah beliau akan jadi banduan paling glamour dengan title "Mantan Ketua Hakim Negara Pertama Dipenjarakan" sekaligus mencipta rekod baru dalam Guinness World Record.

Kepada Tun Fairuz-Pintu sel penjara sedang menanti. Pilih sahaja yang mana satu, Sungai Buloh atau Kajang, mereka tak sabar menantimu!

Jangan lupa bawa kroni sekali!

- Herman Samsudeen
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

artikel asal
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 25-09-07 22:21 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 25-09-07 22:31


/

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 26-09-07 14:49


umno kini sedaya upaya untuk menyembunyikan isu sebanar kes ini.

suruhanjaya penyiasat (bukan suruhanjaya diraja seperti yang dituntut rakyat) hanya akan menyiasat kesahihan pita tersebut....dan jika didapati sahih, akan menangkap pemberi maklumat berkenaan....then akan ditahan atas enekmen OSA.

sepatutnya menyiasat isi kandungan pita tersebut....bukan menangkap pemberi maklumat.

biaselah umno...pengkhianat agama, bangsa dan negara.
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 26-09-07 14:50 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 26-09-07 21:55


/

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

alSubhi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.01.2007
Ahli No: 28403
Posting: 137
Dari: KL, melbourne, australia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-09-07 22:43


baguslah sebab penyiasat bebas yang siasat kes ni... harap-harap tak ada kelibat sesiapa dalam siasatan ni... kita lihat keputusannya nanti...

Bookmark and Share

    


  Member Information For alSubhiProfil   Hantar PM kepada alSubhi   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 28-09-07 16:00


selagi mana Suruhanjaya Diraja tidak ditubuhkan....selagi itulah rakyat tidak yakin dengan system kehakiman negara.

Panel Khas (sila maklum ini bukan Suruhanjaya Diraja) yang dilantik bagi menyiasat kesahihan video kini diragui ketelusannya...ahli2 panel yang dilantik tersebut terdiri dari bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohd Norr, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar dan aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye.

Rupanya perlantikkan panel khas ini juga mencetuskan kontroversi.....pihak Majlis Peguam Malaysia serta beberapa NGO dan parti-parti politik langsung tidak yakin dengan panel2 yang dilantik ini.

Sila baca seterusnya di bawah:

!!! QUOTE !!!

Ketua Pembangkang Lim Kit Siang mahukan pengerusi panel ini Tan Sri Haidar menarik diri. Kenapa? Siapakah Tan Sri Haidar?

Tan Sri Haidar kini adalah Pengerusi CIMB, beliau dilantik kejawatan ini sejurus bersara dari bidang kehakiman. Soalnya siapakah Tan Sri Haidar sehingga didesak agar menarik diri dari mempengerusikan panel ini?

Untuk mengetahuinya kita perlu melangkah jauh kembali ke tahun 1988 iaitu kira-kira 19 tahun yang lalu. Ketika itu Haidar adalah Ketua Pendaftar Mahkamah Agung. Dan tahun 1988 adalah tahun paling kontroversial bagi badan kehakiman Malaysia kerana pada tahun itulah berlakunya perisitiwa pemecatan terhadap Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas, yang kemudiannya turut menyaksikan penggantungan lima hakim Mahkamah Agung dan kemudiannya pemecatan dua daripada mereka.

Badan kehakiman mati dikuburkan pada tahun itu, dan sejak itu ia cuba bangkit kembali, tetapi terus digerhanai dengan syak-wasangka dan prejudis oleh rakyat dan dunia luar.

Kisah detail dan panjang lebar episod hitam dalam sejarah negara ini boleh dibaca dalam buku karangan Tun Salleh (bersama K. Das) bertajuk:

May Day for Justice (1989)

Haidar ketika itu walaupun berkhidmat di bawah Tun Salleh telah akhirnya menjadi saksi tribunal untuk memecat bekas bosnya itu. Konspirasi pemecatan Tun Salleh diketahui Haidar sejak awal-awal lagi sedangkan Tun Salleh tidak tahu menahu. Tun Salleh menulis:

On Saturday, 21 May the Chief Registrar, Encik Haidar Mohamed Noor came to see me at home regarding some documents which I had to sign. During the course of our conversation he said that Tan Sri Abdu Hamid Omar was in Singapore with his daughter and son in law who were on their way on a round the world trip. Encik Haidar then added that Tan Sri Hamid was canceling his own vacation abroad because according to the Chief Justice SOMETHING BIG WAS HAPPENING.

Tun Salleh tidak pun bertanya apakah yang dimaksudkan something big itu, rupanya ia bermaksud yang beliau akan dipecat tidak lama lagi!

Semasa menjadi saksi kepada tribunal yang mencadangkan pemecatan Tun Salleh, Haidar menurut Tun Salleh membantu dalam memberikan gambaran seolah beliau (Tun Sallah) telah melakukan salah laku yang besar ketika menangguhkan kes Teoh Eng Huat v Kadhi Pasir Mas Kelantan and Another (kes melibatkan seorang anak gadis keluarga Buddha yang memeluk Islam tanpa persetujuan bapanya).

Dengan dibantu Penguam Negara Tan Sri Abd Talib Othman ketika itu Tun Salleh digambarkan sengaja melengah-lengahkan kes ini sedangkan menurut penjelasan Tun Salleh dalam bukunya itu, beliau tidak pernah bermaksud demikian.

Itulah Haidar, yang kini Tan Sri Haidar. Sejurus selepas Tun Salleh dan dua lagi Hakim Mahkamah Agung berjaya dipecat, semua yang terlibat telah secara kebetulan atau tidak menerima ghanimah (harta rampasan perang) masing-masing. Ini termasuklah Haidar yang telah dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi dan kemudiannya bersara sebagai Hakim Besar Malaya!

Kerana itulah ramai yang tidak berpuas hati apabila Haidar yang dilantik mempengerusikan panel ini, kerana Haidar sama ada secara langsung atau tidak adalah parti kepada tahun gelap 1988 dahulu. Anda bagaimana?


p/s: apelah nak jadi dengan malaysia ini.....umno & polis sememangnya merosak dan memusnahkan malaysia....umno & polis adalah pengkhianat agama, bangsa, dan negara.

/
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 28-09-07 16:04 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 28-09-07 16:56


ketelusan dan kebebasan ahli2 panel lain jugak turut diragui....

Tan Sri Lee Lam Thye yang jugak Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara ....serta bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar.....mereka berdua jugak tidak diyakini dalam membuat siasatan yang bersih dalam kes ini.

Lee Lam Thye tidak mempunyai latar belakang undang-undang.... dianggap tidak sesuai berada dalam panel itu memandangkan program PLKN yang berada di bawah pengendaliannya terlibat dengan pelbagai masalah..... sehingga ke tahap mengorbankan nyawa mereka yang tidak berdosa.

sementara Mahadev pula, kata mereka yang mempertikaikan, pernah menganggotai suruhanjaya diraja bagi menyiasat insiden mata lebam yang melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang .....tidak mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai polis lain yang juga berada di tempat kejadian ketika Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor membelasah Anwar.

paling tidak diyakini ialah....hasil siasatan panel khas ini perlu terlebih dahulu dibentangkan dalam kabinet sebelum diumumkan kepada rakyat.....cehh....siapa nak percaya hasil siasatan macam ini....ini semua cerekarama umno saja.....ahli2 panel khas ini kelak confirm akan kipas punggung boss2 mereka.

Tubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes ini!!!!
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 28-09-07 16:59 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 29-09-07 21:22


Hanya anda yang mampu memulihkan
Sistem Keadilan Negara
daripada campurtangan Eksekutif supaya segala rahsia tersembunyi dapat dibongkar!

/
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 30-09-07 14:19 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 30-09-07 01:36


Gambar2 semasa Walk For Justice oleh Majlis Peguam Malaysia:

///////////

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 30-09-07 14:14


Malaysia hanya selamat kepada pemimpin dan kroni sahaja.
Bukan untuk rakyat!

Mampukah filem ini mendedahkan kepincangan
Sistem Keadilan Negara Malaysia?
TIDAK! TANPA SURUHANJAYA DIRAJA!

/
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 30-09-07 14:15 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 03-10-07 14:33


/

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 03-10-07 14:38


salam...


wah... naruto-san,

banyak nya yang enta tau..

ana tak sempat nak ikuti perkembangan...

p/s: boleh lah jadi wartawan ukhwah.com ??..

kan..kan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-10-07 15:39


Pada 03-10-07 14:38 , mohamad posting:

!!! QUOTE !!!

salam...


wah... naruto-san,

banyak nya yang enta tau..

ana tak sempat nak ikuti perkembangan...

p/s: boleh lah jadi wartawan ukhwah.com ??..

kan..kan...


setuju... setuju...
naruto-san memang selalu ada berita terkini....
baguzz... baguzz...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

RaudhatuL_Muttaqin
WARGA SETIA
Menyertai: 29.03.2005
Ahli No: 15423
Posting: 556
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 03-10-07 16:19


alahai.. macam-macam...
panggil otomen suruh fire

Bookmark and Share

    


  Member Information For RaudhatuL_MuttaqinProfil   Hantar PM kepada RaudhatuL_Muttaqin   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 03-10-07 16:50


aah lah,suruh lah naruto ni jadi wartawan hehhe

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 05-10-07 16:32


BPR telah membuat ugutan ke atas Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah dan Penyelaras Politik Dato' Seri Anwar Ibrahim, Sim Tze Tzin semalam ....supaya memdedahkan identiti pemberi sumber video tape yang melibatkan skandal chief justice ahmad fairuz & peguam VK Lingam...yang dikatakan berkonspirasi dalam menentukan jawatan2 hakim di malaysia.

sekiranya mereka tidak mendedahkan nama didentiti tersebut...kedua mereka boleh dikenakan penjara selama 2 tahun.

kedua mereka kekal bertegas dalam melindungi pemberi sumber tersebut...mereka bertegas akan melindungi mereka yang berani mendedahkan kezaliman pihak kerajaan pemerintah.....orang yang baik perlu ditolong, bukan dihumban masuk dalam penjara.

gambar di bawah ini menceritakan segala-galanya...tentang orang yang cuba mendedahkan penyelewengan pihak pemerintah yang zalim....apa yang akan dibuat oleh pemerintah    currupted kepada mereka yang berani mencabar kerajaan yang zalim.

/

umno = pengkhianat agama, bangsa & negara!!!
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 05-10-07 16:38 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 08-10-07 01:54


/

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 08-10-07 03:08


p/s: antum semua dapat tengok tak segala gambo2 cartoonkini by zunar, poster & gambo2 walk for justice dalam topic ini???

kalau tak dapat tengok....sila bagitau ye.
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 08-10-07 03:10 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-10-07 05:41


dapat naruto-san

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 08-10-07 07:10


insyaALLAH....semua nya dapat dilihat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

apis_udm
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.08.2007
Ahli No: 30795
Posting: 64
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 08-10-07 12:48


macam-macam ye

Bookmark and Share

    


  Member Information For apis_udmProfil   Hantar PM kepada apis_udm   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 08-10-07 16:26


pak lah degil, keras kepala.....tak mahu tubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes ini.

nak harapkan suruhanjaya khas yang langsung tiada kuasa panggil saksi, tiada kuasa untuk menjalakan siasat secara bersih tanpa ada campur tangan orang2 politik.

persoalan....Kenapa susah sangat NAK BENARKAN PENUBUHAN SURUHANJAYA DIRAJA????.....takut nanti rahsia terbongkar ke jika SURUHANJAYA DIRAJA yang menyiasat kes ini????....oppss...kantoi :-P
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 08-10-07 16:28 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 08-10-07 17:05


Assalamualaikum..
ye..ye...dapat....
harap agar keadilan dapat ditegakkan dengan cara paling baik....



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

dr_nik
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.09.2007
Ahli No: 31081
Posting: 206
Dari: KL

blank   avatar


posticon Posting pada: 10-10-07 09:39


Pada 08-10-07 16:26 , naruto-san posting:

!!! QUOTE !!!

pak lah degil, keras kepala.....tak mahu tubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes ini.

nak harapkan suruhanjaya khas yang langsung tiada kuasa panggil saksi, tiada kuasa untuk menjalakan siasat secara bersih tanpa ada campur tangan orang2 politik.

persoalan....Kenapa susah sangat NAK BENARKAN PENUBUHAN SURUHANJAYA DIRAJA????.....takut nanti rahsia terbongkar ke jika SURUHANJAYA DIRAJA yang menyiasat kes ini????....oppss...kantoi :-P


apa nak jadi pula selepas ini... semua dah tak betul...


-----------------
-Dr Nik-


Bookmark and Share

    


  Member Information For dr_nikProfil   Hantar PM kepada dr_nik   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-10-07 09:48


Pada 25-09-07 22:20 , naruto-san posting:

!!! QUOTE !!!

Fairuz Bakal Cipta Nama Dalam Guinness World Record
sebagai Ketua Hakim Negara Pertama Jadi Banduan!

Oleh Herman Samsudeem


Jangan lupa bawa kroni sekali!

- Herman Samsudeen
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

artikel asal


Seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah...
oleh yang demikian kenyataan diatas tidak tepat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 10-10-07 13:35


zulman....cuba perhati betul-betul tajuk tulisan yang ditulis Herman Samsudeem itu....dia tulis BAKAL.....bukannya sudah pasti.

so....kenyataan dalam tulisan artikel kat atas tiada apa-apa masalah....sekiranya dibuktikan bahawa hakim ahmad fairuz bersalah (hanya boleh dibuktikan jika ditubuhkan suruhanjaya diraja sahaja untuk menyiasat kes ini )....maka serta merta atau automatik kenyataan dalam artikel kat atas akan jadi kenyataan.

Jangan lupa bawa kroni sekali!.....ini hanya simbolik kepada rakan-rakan hakim ahmad fairuz yang bersekongkol sekali dalam menjahanamkan sistem kehakiman negara.
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 10-10-07 13:39 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-10-07 14:21


Pada 25-09-07 22:20 , naruto-san posting:

!!! QUOTE !!!

Fairuz Bakal Cipta Nama Dalam Guinness World Record
sebagai Ketua Hakim Negara Pertama Jadi Banduan!

Oleh Herman Samsudeem

kali

Akhirnya yang merengkok dalam penjara adalah Tun Fairuz seorang. Dan pastilah beliau akan jadi banduan paling glamour dengan title "Mantan Ketua Hakim Negara Pertama Dipenjarakan" sekaligus mencipta rekod baru dalam Guinness World Record.

Kepada Tun Fairuz-Pintu sel penjara sedang menanti. Pilih sahaja yang mana satu, Sungai Buloh atau Kajang, mereka tak sabar menantimu!

Jangan lupa bawa kroni sekali!

- Herman Samsudeen
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

artikel asal


tapi tajuk topik yang di posting kat kat sini Ketua hakim Negara pertama jadi Banduan ?

Jadi tak perlu nak percaya artikel diatas, sekadar andaian dan tekaan dan agakan encik Herman Samsudin saja.

kalau lah tak betul dan nama Tun fairuz bersih, salah lah En Herman yang membuat andaian ni...lepas tu agaknya En Herman ni nak tak keluarkan artikel untuk nyatakan Tun fairuz ni bersih???
[ Telah diedit oleh: zulman pada 10-10-07 14:23 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 11-10-07 03:30


/

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 11-10-07 21:22


/

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 28-10-07 04:40


BPR sekarang ini sedang berusaha dengan susah payah mengipas punggung pemimpin-pemimpin durjana malaysia....BPR sekarang ini sedang menjadi pelakon2 handalan dalam opera yang diarah oleh pemimpin-pemimpin jahat malaysia.

BPR sekarang ini sedang menjadi boneka2 kepada pemimpin zalim malaysia.

Pihak BPR kini bersikap putar belit dalam kes Lingam demi ingin menyelamatkan hakim2 jahat dan periuk rahsia pemimpin-pemimpin yang melantik mereka bekerja dalam BPR

sekarang ini....BPR is stand for = Badan Pro Rasuah.....jika anda buat laporan rasuah, anda sendiri yang akan ditangkap dan dimasukkan dalam penjara.....mereka yang jahat, mengamalkan rasuah hidup dengan penuh happy di luar sana.

/


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 28-10-07 04:46 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 28-10-07 09:33


hohoho...Qul haq..lau kaa na murran!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 28-10-07 11:29


hmmm,tembelang nak pecah jadi mesti kroni2 cuba selamatkan diri ye.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 16-11-07 15:13


!!! QUOTE !!!


Panel bebas cadang tubuh Suruhanjaya Diraja
Thursday, 15 November 2007
TERKINI KUALA LUMPUR: Panel bebas khas yang menyiasat kesahihan rakaman dan perbualan didakwa antara seorang peguam dan hakim kanan mengenai pelantikan Ketua Hakim Negara sepakat mencadangkan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan.

    Sumber memberitahu, panel itu yang ditubuhkan September lalu dan diketuai oleh bekas Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Haidar Mohd Noor bersetuju inkuiri diadakan terhadap dakwaan itu.

    Selain Haidar, panel turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar dan Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye. Sumber itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Sumber: Berita Harian


---------------------------------------------------------------------------------------------




:lol: :lol: .....panel bebas yang dilantik pun menyuruh kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk siasat kes ini.

tapi kerajaan masih degil....yang ditubuhkan ialah kumpulan siasatan yang terdiri dari menteri2.

hampeh betul....tetap tidak mahu tembelang mereka diketahui rakyat.


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-11-07 15:21


Pada 16-11-07 15:13 , naruto-san posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!


Panel bebas cadang tubuh Suruhanjaya Diraja
Thursday, 15 November 2007
TERKINI KUALA LUMPUR: Panel bebas khas yang menyiasat kesahihan rakaman dan perbualan didakwa antara seorang peguam dan hakim kanan mengenai pelantikan Ketua Hakim Negara sepakat mencadangkan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan.

    Sumber memberitahu, panel itu yang ditubuhkan September lalu dan diketuai oleh bekas Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Haidar Mohd Noor bersetuju inkuiri diadakan terhadap dakwaan itu.

    Selain Haidar, panel turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar dan Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye. Sumber itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Sumber: Berita Harian


---------------------------------------------------------------------------------------------




:lol: :lol: .....panel bebas yang dilantik pun menyuruh kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk siasat kes ini.

tapi kerajaan masih degil....yang ditubuhkan ialah kumpulan siasatan yang terdiri dari menteri2.

hampeh betul....tetap tidak mahu tembelang mereka diketahui rakyat.



Apalagi tuan Perdana...tubuhlah suruhanjaya diraja...
kalau berani...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 16-11-07 15:39


Ketua Hakim negara yang pertama siapa tau?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 17-11-07 15:47


Pada 16-11-07 15:39 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

Ketua Hakim negara yang pertama siapa tau?


sebelum nama Ketua HAkim Negara (Chief Justice Of Malaysia) diguna pakai, jawatan tersebut diberi nama Lord President of the Federal Court of Malaysia.

List of Lord Presidents (aka Chief Justice) of Malaysia:
1- Tun Sir James Beveridge Thomson 1963 - 1966
2- Tun Syed Sheh Hassan Barakbah (1906 - 1975) 1966 - 1968
3- Tun Mohamed Azmi Mohamed (1909 - 1996) 1968-1974
4- Tun Mohamed Suffian Mohamed Hashim (1917 - 2000) 1974 - 1982
5- Raja Tun Azlan Shah (later Sultan of Perak and Yang di-Pertuan Agong of Malaysia) (1928 - ) 1982 - 1984
6- Tun Mohamed Salleh Abas 1984 - 1988 ---- kawan baik sultan azlan, dipecat kerana mempertahankan akidah orang Islam.
7- Tun Abdul Hamid Omar 1988 - 1994
8- Tun Mohamed Eusoff Chin (1994 – 2000) ----- controversy
9- Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah (2000 – 2003) ---- controversy
10- Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim (2003 – 2007) ---- controversy vk lingam tape, tittle "TUN" patut ditarik balik.


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 19-11-07 01:58 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 19-11-07 01:53


adakah individu yang mendedahkan vk lingam tape....adik kepada peguam vk lingam???

!!! QUOTE !!!

Adik VK Lingam Mendedahkan Rasuah Abangnya

Kuala Lumpur, Nov 18 - Peguam Wee Choo Keong hari ini mendedahkan bahawa adik VK Lingam, Thirunama Karasu a/l Kandar Velluppillai, telah membuat dua laporan polis terhadap abangnya pada bulan Mac lalu.

Laporan-laporan tersebut mengandungi butir-butir mengenai kejadian rasuah antara VK Lingam dan bekas Ketua Hakim Negara Eusoff Chin, bekas Peguam Negara Mohtar Abdullah, bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor, dan hakim-hakim Mohtar Sidin, Low Hop Bing, and K.L Rekraj.

Thirunama, seorang juruelektrik, membuat laporan-laporan tersebut di balai polis Kelana Jaya pada 16 Mac 2007 dan Brickfields pada 19 Mac 2007.

Wee berkata beliau akan memberi salinan laporan tersebut kepada Majlis Peguam dan Pemangku Ketua Hakim Negara.


artikel asal


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 19-11-07 01:55 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 19-11-07 16:56


hmm,macam sandiwara saja kes bicara vk lingam ini.macam nak sorok sesuatu saja.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 20-11-07 17:14


Petikkan laporan polis oleh Thirunama Karasu a/l Kandar Velupillai terhadap abangnya Dato V. Kanalingam (krisis kehakiman vk lingam tape) yang dibuat di balai polis Brickfields pada 19 Mac 2007:

!!! QUOTE !!!

I WAS USED BY MY BROTHER V. KANAGALINGAM TO CORRUPT THE FORMER CHIEF JUDGE TUN EUSOFF CHIN, THE FORMER ATTORNEY GENERAL TAN SRI MOHTAR ABDULLAH, THE FORMER IGP TAN SRI RAHIM NOOR, THE PRESENT COURT OF APPEAL JUDGES DATUK MOHTAR SIDIN, THE PRESENT COURT OF APPEAL JUDGE DATO LOW HOP BING AND A FORMER JUDGE DATO K.L REKRAJ
Saya diperalatkan oleh abang saya V. Kanagalingam untuk merasuah bekas Ketua Hakim Tun Eusoff Chin, bekas Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor, Hakim Mahkamah Rayuan kini Dato Low Hop Bing dan bekas Hakim Dato K.L Rekraj

IN 1995 I WITNESS A DINNER HOSTED BY MY BROTHER DATO V. KANAGALINGAM AT HIS HOUSE NO 1 JALAN SS 7/24 KELANA JAYA 47301 PJ FOR THE FORMER CHIEF JUDGE TUN EUSOFF CHIN'S WIFE AND CHILDREN WERE PRESENT. ALSO PRESENT IN THIS DINNER WERE THE FORMER COURT OF APPEAL PRESIDENT TAN SRI LAMIN YUNUS AND HIS WIFE
Pada tahun 1995 saya menjadi saksi kepada majlis makan malam yang dianjurkan oleh abang saya Dato V. Kanagalingam di rumahnya di No. 1 Jalan SS 7/24 Kelana Jaya 47301 PJ untuk bekas Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin. Isteri dan anak-anaknya juga hadir. Turut hadir dalam majlis makan malam itu adalah bekas Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Lamin Yunus dan isteri.


artikel asal


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 29-11-07 14:58


!!! QUOTE !!!

Apa jadi dengan Suruhanjaya Diraja?

Khamis 15 November lepas, akhbar tempatan menyiarakan kenyataan Nazri Aziz, Menteri di JPM bahawa:

We will be able to give u a decision next week

Bermakna pembentukkan Suruhanjaya Diraja yang akan bertugas menyiasat kandungan video kontroversi peguam VK Lingam, akan diumumkan minggu hadapan. Hari ini 29 November, telah lebih dua minggu berlalu dan semalam kabinet mengadakan mesyuarat mingguannya. Lalu apa jadi dengan Suruhanjaya ini?

Kata Nazri:

Ini kali pertama PM mempengerusikan mesyuarat kabinet sejak kita buat keputusan membentuk Suruhanjaya Diraja. Jadi kita sekali lagi berbincang secara umum dan PM mengambil semua pandangan dan pembentukannya (Suruhanjaya Diraja) akan diumum PM selepas ini

Selepas ini?

Saya tidak pasti, tetapi kelihatan seolah ada usaha untuk melengah-lengahkan pembentukkan suruhanjaya ini yang kini ditunggu-tunggu oleh rakyat. Ianya kritikal kerana sistem kehakiman kita tercabar dengan kandungan video itu yang memaparkan seolah ada manipulasi dalam perlantikkan hakim-hakim kanan dalam negara, serta elemen rasuah dan salah guna kuasa peringkat tertinggi.

Kini pendedahan dan pengakuan dari adik VK Lingam lebih menghangatkan isu ini. Mengapa kabinet masih terkial-kila jika keputusan telah dibuat untuk membentuk suruhanjaya ini?
Bekas PM Britain, Gladstone pernah menyebut bahawa:

Justice delayed is justice denied
Keadilan yang dilengah-lengahkan (seakan) menafikan keadilan itu


Mungkinkah kini Dollah tiba-tiba tersedar akan implikasi terhadap kerajaan beliau sekiranya suruhanjaya ini dibentuk, lalu terpaksa melengah-lengahkan pembentukannya? Ini bukan kali pertama sebuah suruhanjaya seperti ini dibentuk. Terakhir tidak silap saya dalam kes “mata lebam” Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan sebelumnya banyak lagi suruhanjaya yang lain. Sudah pastilah memutuskan bidang kuasanya tidaklah seberat mana memandangkan ianya bukan pembetnukkan kali pertama.

Adakah Dollah menghadapi masalah melantik Pengerusi dan ahli-ahli suruhanjaya itu? Di luar sana banyak nama yang boleh dipertimbangkan, kalau terlebih berani lantik sahaja Tun Saleh Abbas, atau Datuk Shaikh Daud atau Datuk Syed Ahmad Idid. Jika tidak dan mahu selamat maka pilih sahaja dikalangan pensyarah atau pengamal undang-undang seperti Dr Abd Aziz Bari, Prof Shad Faruqi, Param Cumaraswamy, Raja Aziz Addruce, Sulaiman Abdullah. Atau bimbang sangat dengan aktivisma nama-nama itu maka pilihlah yang lebih selamat dikalangan yang pro kerajaan seperti Tengku Razaleigh Hamzah, Zaid Ibrahim atau Shahril Samad.

Atau kesudahnnya jika Dollah mahu keputusan suruhanjaya itu nanti berpihak sahaja kepadanya maka lantiklah sahaja Eusoffe Chin, Sheikh Ahmad Fairuz, Rahim Nor dan Rashid SPR, selesai kerja!


artikel asal


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 15-02-08 20:37


rupanya....kes lingam ini sebenanrya bukan hanya teruk....tapi sudah PARAH, sudah berpenyakit.

that means....segala keputusan kehakiman di bawah hakim eusuff chin dan hakim2 yang lain boleh dipertikai.....segala kes2 pergi sudah ditutup, dijatuhkan hukuman sejak 1994 (or maybe earlier) boleh dibuka semula untuk dibicarakan kembali.

apa sudah jadi dengan Malaysia....badan kehakiman malaysia sudah nazak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 16-02-08 18:13


Petikan daripada MalaysiaKini:
Pendedahan mengejutkan terhadap Lingam
Soon Li Tsin | Feb 12, 08 8:23pm -

Bekas setiausaha Datuk VK Lingam membuat pendedahan yang mengejutkan terhadap bekas bosnya itu ketika memberi keterangan kepada suruhanjaya diraja yang menyiasat klip video Lingam hari ini.

Dalam akuan bersumpahnyanya, dengan Jayanthi, 45, berkata beliau bekerja hingga jam 3 pagi di pejabat Lingam untuk menyediakan draf penghakiman yang akhirnya menjadi keputusan penting yang dibaca oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mokhtar Sidin dalam kes saman fitnah Tan Sri Vincent Tan terhadap minggu Pillai.

Ini, katanya, berlaku antara bulan November dan awal Disember tahun 1994,

Lingam mewakili Tan, seorang ahli perniagaan, dalam kes saman sebanya, RM10 juta itu.

/

Jayanthi berkata beliau "masih ingat dengan jelas" bagaimana Lingam membaca draf penghakiman tersebut dari nota-nota tulisan tangan, manakala seorang lagi kakitangan, J Sumanti menaipnya.

"Lingam kemudiannya membuat pembetulan dengan menggunakan pen dakwat merah. Sumanti kemudiannya membuat pembetulan tersebut dan membuat satu salinan penghakiman tersebut dalam disket untuk diserahkan kepada Mokhtar.

"Saya kemudiannya mendapati penghakiman yang disediakan oleh Lingam itu digunakan sepenuhnya dalam penghakiman rasmi hakim berkenaan," katanya.

Jayanthi menegaskan bahawa pada malam berkenaan, Lingam dibantu oleh adiknya Datuk V Sivaparanjothi, peguam Adam Bachek dan bekas pengerusi Mahkamah Perindustrian, W Satchithanandan.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwaraya, Datuk Nordin Hassan, Jayanthi berkata, beliau telah membuat tempahan tiket penerbangan untuk Lingam dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin untuk percutian ke New Zealand pada 1994.

Menurutnya, beliau menyediakan pelan perjalanan tersebut berdasarkan kepada jadual tulisan tangan dari syarikat pelancongan yang mengendalikan percutian mereka.

Selepas Lingam pulang dari percutian tersebut, Jayanthi diberi tiga gulung filem percutian tersebut untuk diproses di mana segulung daripadanya tidak diambil balik oleh Lingam.

Ia merupakan foto dan keratan tiket serta jadual percutian yang Jayanthi serahkan kepada peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah.

'Merbahaya dan pendendam'

Beliau memberitahu suruhanjaya tersebut bahawa Satchithanandan telah mengingatkannya bahawa Lingam adalah seorang yang "merbahaya dan pendendam".

Menurut Jayanthi, peguam tersebut tidak puashati kerana Lingam telah mengesyorkan bekas Ketua Hakim Mahkamah Tinggi, KL Rekhraj dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman dan bukannya Satchithanandan.

"Satchi mengadu kepada saya bahawa Lingam tidak memegang janjinya untuk mengesyorkan kepada ketua hakim supaya melantik beliau sebagai pesuruhjaya kehakiman, walaupun beliau yang memperkenalkan Lingam kepada ketua hakim (Eusoff)," katanya.

Jayanthi juga memberitahu bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah memaklumkan kepadanya pada 1998 bahawa penyiasatan yang membabitkan Lingam telah ditutup kerana ia "membabitkan pegawai tinggi".

Jayanthi juga memberitahu bahawa BPR telah memberinya RM3,000 dan beliau mengambilnya. Beliau bagaimanapun tidak dapat menyatakan mengapa BPR memberi wang itu kepadanya.

http://www.malaysiakini.com/news/77970


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 16-02-08 18:16


Pada 08-10-07 16:26 , naruto-san posting:

!!! QUOTE !!!

pak lah degil, keras kepala.....tak mahu tubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes ini.

nak harapkan suruhanjaya khas yang langsung tiada kuasa panggil saksi, tiada kuasa untuk menjalakan siasat secara bersih tanpa ada campur tangan orang2 politik.

persoalan....Kenapa susah sangat NAK BENARKAN PENUBUHAN SURUHANJAYA DIRAJA????.....takut nanti rahsia terbongkar ke jika SURUHANJAYA DIRAJA yang menyiasat kes ini????....oppss...kantoi :-P



ada udang disebalik nasi agaknya.tu yang takut nak tubuhkan tu.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.264981 saat. Lajunya....